kisah para nabi dan rasul
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Jumlah para nabi seramai 124 ribu dan 313 orang para rasulTRANSCRIPT
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
1
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
2
Muqadimah Tentang Para Nabi dan Rasul
Nabi dalam agama Islam adalah lelaki yang diberi wahyu oleh Allah dan boleh
menyampaikan wahyu yang diterima akan tetapi tidak diwajibkan untuknya menyampaikan
wahyu kepada umatnya. Perkataan nabi berasal daripada kata naba yang bermaksud 'dari
tempat tinggi', kerana itu orang yang berada di tempat tinggi sudah semestinya mempunyai
penglihatan yang jauh (tentang masa depan) yang disebut Nubuwwah.
Manakala Rasul adalah lelaki yang diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan wahyu
kepada umatnya pada zamannya. Perkataan Rasul berasal daripada kata 'risala' yang bererti
penyampaian.
Mempercayai nabi dan rasul merupakan rukun iman yang ketiga dalam Islam dan wajib
diimani oleh umat Islam. Terdapat perbezaan antara nabi dan rasul dari segi tugas dan juga
jumlahnya. Para nabi yang diberi wahyu oleh Allah boleh menyampaikan wahyu yang
diterima tetapi tidak diwajibkan keatasnya untuk menyampaikan wahyu yang diterima. Para
rasul pula adalah terdiri dalam kalangan para nabi dan mereka wajib menyampaikan wahyu
yang telah diterima kepada umat manusia di zamannya.
Al-Qur'an menyebut beberapa orang sebagai nabi. Nabi pertama adalah Adam. Nabi sekaligus
rasul terakhir ialah Muhammad yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan
yang khusus kepada manusia di zamannya sehingga hari kiamat. Isa yang lahir dari perawan
Maryam binti Imran juga merupakan seorang nabi.
Selain ke-25 nabi sekaligus rasul, ada juga nabi lainnya seperti dalam kisah Khidir bersama
Musa yang tertulis dalam Surah Al-Kahf ayat 66-82. Terdapat juga kisah Uzayr dan Syamuil.
Juga nabi-nabi yang tertulis didalam Hadits dan Al-Qur'an, seperti Yusya' bin Nun,
Zulqarnain, Iys, dan Syits.
Sedangkan orang suci yang masih menjadi perdebatan sebagai seorang Nabi atau hanya wali
adalah Luqman al-Hakim dalam Surah Luqman.
Dari segi jumlah pula, para nabi adalah seramai 124 ribu orang manakala para rasul pula
adalah seramai 313 orang dan ini selaras dengan hadis Rasulullah S.A.W.
Dari Abi Zar ra bahwa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi,
"(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi." "Lalu berapa
jumlah Rasul diantara mereka?" Beliau menjawab, "Tiga ratus tiga belas (313)" Hadits
riwayat At-Turmuzy.
Nabi Yusha' A.S.
Yusha bin Nn (Arab:) adalah salah seorang nabi yang memimpin Bani Israel memasuki kota Yareho (Jericho). Yusha bin Nn membawa ajaran Musa pada pertama kali tiba di "Tanah Yang di Janjikan". Ia mengatur penempatan kedua belas suku Israel setibanya di
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
3
Kanaan. Yusha dikenal sebagai Joshua didalam Taurat. Namanya tidak disebutkan secara
langsung tetapi Al-Qur'an mereferensikannya bersama dengan kisah Musa didalam surah Al-
maidah, Al Kahfi dan Waqi'ah.
Sesudah Harun dan Musa wafat, kaum Bani Israil dipimpin oleh Yusha bin Nn, yang memang telah ditunjuk oleh Musa untuk menggantikannya sebelum kewafatannya. Berkat
kepemimpinan Yusha bin Nn mereka dapat menguasai tanah Palestin dan menetap tinggal di istana. Namun setelah Yusha bin Nn wafat, mereka berpecah-belah. Dalam ajaran Islam dikatakan bahawa isi kitab Taurat mereka diubah dan ditambah-tambah. Mereka sering
berselisih pendapat sesama mereka sendiri hingga akhirnya hilanglah kekuatan persatuan
mereka, yang mengakibatkan tanah Palestin diserbu dan dikuasai oleh bangsa lain. Dari segi
positifnya adalah ketika dia meninggal, semua tugas untuk mengatur dua belas suku tersebut
telah selesai sesuai dengan kehendak Allah.
Matahari terhenti seketika:
Di antara mukjizat Nabi Yusha' ialah Allah berhentikan matahari bagi menyebabkan hari
Jumaat berpanjangan bagi membolehkan perang diteruskan. Hal ini kerana waktu itu Allah
mengharamkan kaum Yahudi berperang pada hari Sabtu, dalam satu peperangan terhadap
kaum kanaan yang berlaku pada hari Jumaat, maka berlakulah mukjizat tersebut. Mengikut
syariat terdahulu, hari sabtu hanya untuk melakukan ibadat. Nabi Yusha' telah berdoa agar
Allah memberhentikan seketika matahari bagi membolehkan Nabi Yusha' bersama-sama
tenteranya menggempur kota Jericho yang merupakan "Tanah Yang di Janjikan".
Nabi Khidir A.S
Al-Khir (Arab:, Khar, Khaer, al-Khair) adalah seorang nabi yang dikisahkan oleh Allah dalam Al-Qur'an di dalam Surah Al-Kahfi ayat 65-82. Selain kisah tentang nabi Khidir
yang mengajarkan tentang ilmu dan kebijaksanaan kepada Nabi Musa, asal usul dan kisah
lainnya tentang Nabi Khidir tidak banyak disebutkan.
Etimologi
Al-Khidir secara harfiah bererti 'Seseorang yang Hijau' melambangkan kesegaran jiwa, warna
hijau melambangkan kesegaran akan pengetahuan berlarut langsung dari sumber kehidupan. Dalam Encyclopdia Britannica, dikatakan bahawa Khidir telah diberikan sebuah nama, yang
paling terkenal iaitu Baly bin Malkn.
Teguran Allah kepada Musa
Kisah Musa dan Khidir dirakamkan oleh Al-Qur'an dalam Surah Al-Kahfi ayat 65-82.
Menurut Ibnu Abbas, Ubay bin Ka'ab menceritakan bahawa beliau mendengar nabi
Muhammad bersabda: Sesungguhnya pada suatu hari, Musa berdiri di khalayak Bani Israil lalu beliau ditanya, Siapakah orang yang paling berilmu? Jawab Nabi Musa, Aku Lalu Allah menegur Nabi Musa dengan firman-Nya, Sesungguhnya di sisi-Ku ada seorang hamba yang berada di pertemuan dua lautan dan dia lebih berilmu daripada kamu.
Lantas Musa pun bertanya, Wahai Tuhanku, dimanakah aku dapat menemuinya? Allah pun berfirman, Bawalah bersama-sama kamu seekor ikan di dalam sangkar dan sekiranya ikan tersebut hilang, di situlah kamu akan bertemu dengan hamba-Ku itu. Sesungguhnya teguran
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
4
Allah itu mencetuskan keinginan yang kuat dalam diri Nabi Musa untuk menemui hamba
yang soleh itu. Di samping itu, Nabi Musa juga ingin sekali mempelajari ilmu dari Hamba
Allah tersebut.
Musa kemudiannya menunaikan perintah Allah itu dengan membawa ikan di dalam wadah
dan berangkat bersama-sama pembantunya yang juga merupakan murid dan pembantunya,
Yusya bin Nun.
Mereka berdua akhirnya sampai di sebuah batu dan memutuskan untuk beristirehat sejenak
kerana telah menempuh perjalanan cukup jauh. Ikan yang mereka bawa di dalam wadah itu
tiba-tiba meronta-ronta dan selanjutnya terjatuh ke dalam air. Allah SWT membuatkan aliran
air untuk memudahkan ikan sampai ke laut. Yusya` terpegun memperhatikan kebesaran Allah
menghidupkan semula ikan yang telah mati itu.
Selepas menyaksikan peristiwa yang sungguh menakjubkan dan luar biasa itu, Yusya' tertidur
dan ketika terjaga, beliau lupa untuk menceritakannya kepada Musa. Mereka kemudiannya
meneruskan lagi perjalanan siang dan malamnya dan pada keesokan paginya,
Nabi Musa berkata kepada Yusya` Bawalah ke mari makanan kita, sesungguhnya kita telah berasa letih kerana perjalanan kita ini. (Surah Al-Kahfi : 62)
Ibn `Abbas berkata, Nabi Musa sebenarnya tidak berasa letih sehingga baginda melewati tempat yang diperintahkan oleh Allah supaya menemui hamba-Nya yang lebih berilmu itu. Yusya berkata kepada Nabi Musa, Tahukah guru bahawa ketika kita mencari tempat berlindung di batu tadi, sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak lain
yang membuat aku lupa untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu kembali masuk
kedalam laut itu dengan cara yang amat aneh. (Surah Al-Kahfi : 63)
Musa segera teringat sesuatu, bahawa mereka sebenarnya sudah menemuui tempat pertemuan
dengan hamba Allah yang sedang dicarinya itu. Kini, kedua-dua mereka berbalik arah untuk
kembali ke tempat tersebut iaitu di batu yang menjadi tempat persinggahan mereka
sebelumnya, tempat bertemunya dua buah lautan. Musa berkata, Itulah tempat yang kita cari. Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. (Surah Al-Kahfi : 64)
Terdapat banyak pendapat tentang tempat pertemuan Musa dengan Khidir. Ada yang
mengatakan bahawa tempat tersebut adalah pertemuan Laut Romawi dengan Parsi iaitu
tempat bertemunya Laut Merah dengan Samudra Hindia. Pendapat yang lain mengatakan
bahawa lautan tersebut terletak di tempat pertemuan antara Laut Roma dengan Lautan
Atlantik. Di samping itu, ada juga yang mengatakan bahawa lautan tersebut terletak di sebuah
tempat yang bernama Ras Muhammad iaitu antara Teluk Suez dengan Teluk Aqabah di Laut
Merah.
Persyaratan belajar
Setibanya mereka di tempat yang dituju, mereka melihat seorang hamba Allah yang berjubah
putih bersih. Nabi Musa pun mengucapkan salam kepadanya. Khidir menjawab salamnya dan
bertanya, Dari mana datangnya kesejahteraan di bumi yang tidak mempunyai kesejahteraan? Siapakah kamu Jawab Musa, Aku adalah Musa. Khidir bertanya lagi, Musa dari Bani Israil? Nabi Musa menjawab, Ya. Aku datang menemui tuan supaya tuan dapat
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
5
mengajarkan sebagian ilmu dan kebijaksanaan yang telah diajarkan kepada tuan.
Khidir menegaskan, Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup bersabar bersama-samaku. (Surah Al-Kahfi : 67) Wahai Musa, sesungguhnya ilmu yang kumiliki ini ialah sebahagian daripada ilmu kurniaan dari Allah yang diajarkan kepadaku tetapi tidak diajarkan
kepadamu wahai Musa. Kamu juga memiliki ilmu yang diajarkan kepadamu yang tidak
kuketahuinya.
Nabi Musa berkata, Insya Allah tuan akan mendapati diriku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentang tuan dalam sesuatu urusan pun. (Surah Al-Kahfi : 69)
Dia (Khidir) selanjutnya mengingatkan, Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu. (Surah Al-Kahfi : 70)
Perjalanan Khidir dan Musa
Demikianlah seterusnya Musa mengikuti Khidir dan terjadilah beberapa peristiwa yang
menguji diri Musa yang telah berjanji bahawa baginda tidak akan bertanya sebab sesuatu
tindakan diambil oleh Nabi Khidir. Setiap tindakan Nabi Khidir A.S. itu dianggap aneh dan
membuat Nabi Musa terperanjat.
Kejadian yang pertama adalah saat Nabi Khidir menghancurkan perahu yang ditumpangi
mereka bersama. Nabi Musa tidak kuasa untuk menahan hatinya untuk bertanya kepada Nabi
Khidir. Nabi Khidir memperingatkan janji Nabi Musa, dan akhirnya Nabi Musa meminta
maaf kerana kelancangannya mengingkari janjinya untuk tidak bertanya terhadap setiap
tindakan Nabi Khidir.
Selanjutnya setelah mereka sampai di suatu daratan, Nabi Khidir membunuh seorang anak
yang sedang bermain dengan kawan-kawannnya. Peristiwa pembunuhan yang dilakukan oleh
Nabi Khidir tersebut membuat Nabi Musa tak kuasa untuk menanyakan hal tersebut kepada
Nabi Khidir. Nabi Khidir kembali mengingatkan janji Nabi Musa, dan beliau diberi
kesempatan terakhir untuk tidak bertanya-tanya terhadap segala sesuatu yang dilakukan oleh
Nabi Khidir, jika masih bertanya lagi maka Nabi Musa harus rela untuk tidak mengikuti
perjalanan bersama Nabi Khidir.
Selanjutnya mereka melanjutkan perjalanan hingga sampai disuatu wilayah perumahan.
Mereka kelelahan dan hendak meminta bantuan kepada penduduk sekitar. Namun sikap
penduduk sekitar tidak bersahabat dan tidak mahu menerima kehadiran mereka, hal ini
membuat Nabi Musa berasa kesal terhadap penduduk itu. Setelah dikecewakan oleh penduduk,
Nabi Khidir malah menyuruh Nabi Musa untuk bersama-samanya memperbaiki tembok suatu
rumah yang rosak di daerah tersebut. Nabi Musa tidak kuasa kembali untuk bertanya terhadap
sikap Nabi Khidir ini yang membantu memperbaiki tembok rumah setelah penduduk
menzalimi mereka. Akhirnya Nabi Khidir menegaskan pada Nabi Musa bahawa beliau tidak
dapat menerima Nabi Musa untuk menjadi muridnya dan Nabi Musa tidak diperkenankan
untuk terus melanjutkan perjalanannya bersama dengan Nabi Khidir.
Selanjutnya Nabi Khidir menjelaskan mengapa beliau melakukan hal-hal yang membuat Nabi
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
6
Musa bertanya. Kejadian pertama adalah Nabi Khidir menghancurkan perahu yang mereka
tumpangi kerana perahu itu dimiliki oleh seorang yang miskin dan di daerah itu tinggallah
seorang raja yang suka merampas perahu milik rakyatnya.
Kejadian yang kedua, Nabi Khidir menjelaskan bahawa beliau membunuh seorang anak
kerana kedua-dua orang tuanya adalah pasangan yang beriman dan jika anak ini menjadi
dewasa dapat mendorong bapa dan ibunya menjadi orang yang sesat dan kufur. Kematian
anak ini digantikan dengan anak yang soleh dan lebih mengasihi kedua ibu bapanya hingga ke
anak cucunya.
Kejadian yang ketiga (terakhir), Nabi Khidir menjelaskan bahawa rumah yang dinding
diperbaiki itu adalah milik dua orang adik-beradik yatim yang tinggal di kota tersebut.
Didalam rumah tersebut tersimpan harta benda yang ditujukan untuk mereka berdua. Ayah
kedua-dua adik-beradik ini telah meninggal dunia dan merupakan seorang yang soleh. Jika
tembok rumah tersebut runtuh, maka boleh dipastikan bahawa harta yang tersimpan tersebut
akan ditemui oleh orang-orang di kota itu yang sebahagian besar masih menyembah berhala,
sedangkan kedua adik-beradik tersebut masih cukup kecil untuk mengelola peninggalan harta
ayahnya. Dipercayai tempat tersebut berada di negeri Antakya, Turki.
Akhirnya Nabi Musa as. sedar hikmah dari setiap perbuatan yang telah dikerjakan Nabi
Khidir. Akhirya mengerti pula Nabi Musa dan berasa amat bersyukur kerana telah
dipertemukan oleh Allah dengan seorang hamba Allah yang soleh yang dapat mengajarkan
kepadanya ilmu yang tidak dapat dituntut atau dipelajari iaitu ilmu ladunni. Ilmu ini diberikan
oleh Allah SWT kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Nabi Khidir yang bertindak
sebagai seorang guru banyak memberikan nasihat dan menyampaikan ilmu seperti yang
diminta oleh Nabi Musa dan Nabi Musa menerima nasihat tersebut dengan penuh rasa
gembira.
Saat mereka didalam perahu yang ditumpangi, datanglah seekor burung lalu hinggap di
hujung perahu itu. Burung itu meneguk air dengan paruhnya, lalu Nabi Khidir berkata,
Ilmuku dan ilmumu tidak berbanding dengan ilmu Allah, Ilmu Allah tidak akan pernah berkurang seperti air laut ini kerana diteguk sedikit airnya oleh burung ini.
Sebelum berpisah, Khidir berpesan kepada Musa: Jadilah kamu seorang yang tersenyum dan bukannya orang yang tertawa. Teruskanlah berdakwah dan janganlah berjalan tanpa tujuan.
Janganlah pula apabila kamu melakukan kekhilafan, berputus asa dengan kekhilafan yang
telah dilakukan itu. Menangislah disebabkan kekhilafan yang kamu lakukan, wahai Ibnu
`Imran.
Hikmah kisah Khidir
Dari kisah Khidir ini kita dapat mengambil iktibar penting. Diantaranya adalah Ilmu
merupakan kurniaan Allah S.W.T, tidak ada seorang manusia pun yang boleh mengaku
bahawa dirinya lebih berilmu dibanding yang lain. Hal ini kerana ada ilmu yang merupakan
anugrah dari Allah SWT yang diberikan kepada seseorang tanpa harus mempelajarinya (Ilmu
Ladunni, iaitu ilmu yang dikhususkan bagi hamba-hamba Allah yang soleh dan terpilih)
Hikmah yang kedua adalah kita perlu bersabar dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan
kebijaksanaan dari setiap peristiwa yang dialami. Hikmah ketiga adalah setiap murid harus
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
7
memelihara adab dengan gurunya. Setiap murid harus bersedia mendengar penjelasan seorang
guru dari awal hingga akhir sebelum nantinya dapat bertindak diluar perintah dari guru. Kisah
Nabi Khidir ini juga menunjukan bahawa Islam memberikan kedudukan yang sangat istimewa
kepada guru.
Nabi Zulkarnain A.S
Zulkarnain secara harfiahnya bermaksud "Dia yang Bertanduk Dua", merupakan satu tokoh
yang disebutkan di dalam Qur'an, iaitu kitab suci Islam yang menyatakan beliau sebagai
pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok pengantara Yakjuj dan Makjuj dari
menyerang orang yang di Barat. Mengikut sejarah, Zulkarnain dikatakan sebagai Iskandar
Agung (Alexander dari Macedonia) tetapi ia hanyalah pendapat paling sekular dan disangkal
sendiri oleh para ulama dan sarjana Islam yang mengatakan Zulkarnain adalah Cyrus Agung.
Gelaran tersebut turut terkenal di kalangan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam yang
boleh dikatakan telah digunakan sekurang-kurangnya tiga orang raja yang berbeza.
Timbulnya persoalan
Persoalan tentang Zulkarnain tercatat dalam sirah nabawiyah (sejarah Nabi) dan tertulis dalam
sirah Ibnu Ishaq yang menceritakan bahawa musyrikin Makkah meminta bantuan Yahudi
Khaibar untuk mencari kelemahan Muhammad S.A.W. Ketika Nadr mengatakan hal tersebut
kepada mereka, mereka mengirim dia dan Uqbah bin Abu Muit kepada rabai Yahudi di
Madinah. Untuk membuktikan kenabian, rabai tersebut akan mengajukan tiga soalan yang
sekiranya dijawab dengan betul, maka itu membuktikan akan baginda seorang nabi dan begitu
juga sebaliknya.
1. Persoalan yang ditanyakan ialah:
Tentang beberapa anak muda di zaman dahulu yang ceritanya amat pelik dan
menakjubkan.
2. Tentang seorang lelaki yang merupakan pengembara hebat yang telah sampai ke timur dan barat.
3. Tentang Roh.
Baginda Muhammad s.a.w. meminta masa untuk menjawabnya dan selepas diturunkan
wahyu, semuanya telah terjawab melalui surah al-Kahfi.
Berikut petikan tafsir dari surah al-Kahfi yang menceritakan tentang Zulkarnain.
Ayat 83: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain.
Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit
tentang perihalnya.
Ayat 84: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi
dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
Ayat 85: Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
8
Ayat 86: Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya
terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang
kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain!
Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap
mereka.
Ayat 87: Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami
akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya
dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
Ayat 88: Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang
sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak
memberati.
Ayat 89: Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.
Ayat 90: Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit
kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan
daripadanya.
Ayat 91: Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan
segala yang ada padanya.
Ayat 92: kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.
Ayat 93: Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum
yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
Ayat 94: Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj
sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan
sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina
sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
Ayat 95: Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku
menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu
beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang
kukuh.
Ayat 96: Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas
tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka
membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia
menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku
tuangkan atasnya.
Ayat 97: Maka, mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat
menebuknya.
Ayat 98: (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
9
pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan
adalah janji Tuhanku itu benar.
Bertanduk dua? Sesetengah pihak berpendapat gelaran "Zulkarnain" bermaksud "bertanduk dua", yang secara
tersiratnya merujuk kepada syiling yang ditempa untuk Iskandar Agung mahupun ukiran
dinding Cyrus Agung. Pentafsir Quran abad ke-14 memberikan sebab yang berbeza. Dalam
Tafsir Ibn Kathir menyatakan, "sesetengah mereka memanggilnya Zulkarnain kerana dia
mencapai dua "tanduk" (batas) matahari, timur dan barat, tempat ia terbit dan terbenam."
Tambahan pula, nama Zulkarnain juga diterjemahkan menjadi "dia yang berketurunan dua",
"dia yang hidup hingga dua kurun", "dia yang memiliki dua kerajaan" ataupun "pemerintah
dua kerajaan". Banyak yang mentafsirkan perkataan tersebut dengan maksud yang berbeza.
Terdapat juga pendapat yang mengatakan "bertanduk dua" bermaksud menggabungkan 2
negeri.
Perbezaan Antara Iskandar Agung dan Zulkarnain
Hasil kajian ilmuan dan sarjana Islam seperti Seyyed Ahmad Khan (pentafsir Quran terkenal),
Molana Abolkalam Azad (Menteri Kebudayaan India), Baha'eddin Khomrashahi dan Dr.
Muhammad Ebrahim Bastabi Parizi menyangkal bahawa Zulkarnain adalah Iskandar Agung.
1. Mereka lebih mengesyaki yang Zulkarnain adalah Cyrus Agung iaitu raja empayar Parsi Arkaemenia. Mereka memberikan bukti-bukti kukuh termasuk artifak tulisan dan
ukiran pada batu istana dan kubur. Berikut merupakan bukti yang dinyatakan:
2. Ukiran pada batu yang masih dapat dilihat hingga kini yang memaparkan Cyrus dengan mahkotanya yang mempunyai tanduk.
3. Menurut Qur'an, rahmat Tuhan diberikan bersamanya dan dengan itu, Cyrus merupakan raja pertama (beberapa ratus tahun sebelum Iskandar Agung) yang
menakluki sebahagian besar Eropah dan Asia.
Cyrus (seperti juga Zulkarnain) menyembah satu Tuhan tetapi Iskandar Agung
mempunyai banyak dewa-dewi.
4. Di dalam al-Qur'an tercatat perjalanan Zulkarnain iaitu bermula ke Barat lalu ke Timur sebelum ke jalan yang lain (iaitu Utara) yang bertepatan dengan ekspedisi Cyrus yang
memulakan penaklukan di Barat Parsi hingga ke Lydia di Asia Kecil kemudian
berpatah ke timur sehingga Makran dan Sistani (Scythian) sebelum ke Timur Laut
menawan Eropah berhampiran Balkan.
5. Ekspedisi Cyrus diteruskan dengan penaklukan Lycia, Cilicia dan Phoenicia, dan mereka menggunakan teknik pembinaan tembok yang belum digunakan lagi oleh
orang Yunani ketika itu.
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
10
6. Menurut al-Qur'an, pengembaraan Zulkarnain dimudahkan dan kebetulan bagi Cyrus, beliau menamatkan ekspedisinya pada 542 SM, sebelum pulang ke Parsi manakala
Iskandar masih dalam misi menakluknya ketika dia mati.
7. Keperibadian Iskandar juga dikatakan tidak seperti yang dikatakan mulia apabila Iskandar sendiri sering berpesta arak dan juga mempunyai seorang lelaki, Haphaeston,
sebagai kekasihnya.
Menurut Afareez Abd Razak Al Hafiz; seorang penulis buku 'Benarkah Iskandar
Bukan Zulqarnain' telah menceritakan bahawa Raja Kurush yang memerintah Parsi
pada ketika itu ialah Nabi Zulqarnain A.S. Hasil kajian yang dilakukan oleh beliau
telah menunjukkan terdapat persamaan ciri-ciri antara Raja Kurush dengan Zulqarnain.
Kisah-kisah Nabi selain 25 orang rasul (Nabi Syith A.S)
Selain itu, terdapat kisah mengenai para nabi selain 25 orang rasul dan antaranya ialah Nabi
Syith A.S.
Set bahasa Arab: Shith atau Shiyth yang bermaksud "ditempatkan; ditunjuk" dalam kitab
Kejadian dari Kitab Suci Ibrani dan Alkitab, adalah salah satu anak (kemungkinan anak ketiga)
dari Adam dan Hawa, dan merupakan adik dari Qabil dan Habil. Ia dilahirkan setelah Habil
dibunuh oleh Qabil. Nama Set disebut sepuluh kali dalam Alkitab, tujuh kalinya di kitab
Kejadian, sekali di kitab Bilangan, I Tawarikh, dan Lukas.
Set diberikan oleh Allah kepada Nabi Adam A.S sebagai pengganti Habil yang dibunuh. Ia
mempunyai seorang anak yang bernama Enos pada usia 105 tahun dan hidup hingga
mencapai usia 912 tahun.
Melalui keturunan Set dilahirkanlah Nuh A.S, Ibrahim A.S, Daud A.S hingga akhirnya
menurunkan Isa A.S.
Set menurut kepercayaan Islam
Set (Syits) (sekitar 3630-2718 SM), hidup selama lebih kurang 912 tahun, meninggal pada
usia 1042 tahun. Menikah dengan Azura (Hazurah), kemudian mengandung seorang anak
yang bernama Enos pada usia 105 tahun. Ia salah seorang anak Adam, yang dianggap sebagai
salah satu dari nabi-nabi dalam Islam. Ia juga termasuk guru Nabi Idris yang pertama kali
mengajar membaca dan menulis, ilmu falak, menjinakkan kuda dan lain-lain.
Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (bahasa Arab: ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan
merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad
merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat
sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai.
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
11
Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah.
Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat Islam,
tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan
rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud: "Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai
Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
Kelahiran
Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April
570M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin
Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib.
Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam
keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika
baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi
keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita
yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di
pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah
untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul
Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya
di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam
(Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan
kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.
Masa remaja
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah.
Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak.
Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi
penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua
kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi,
meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai
As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai
orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Berumahtangga
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja
dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama
Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam
(Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan
keuntungan luar biasa.
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
12
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau
untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan
perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4
perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal
semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum
dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah
meninggal pada usia 51 tahun.
Kerasulan
Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan
hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang
kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang
dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon
kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi
Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya.
Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril
mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama.
Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan
perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40
tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun.
Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan
dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-
ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-
ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya,
tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah
digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri
kepada Allah.
Cabaran-cabaran
Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya.
Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan
masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zaid dan Bilal. Apabila baginda
memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang
disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi
berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan
mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek
mereka.
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
13
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di
Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair
bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya,
disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk
pengikutnya. Baginda meminta Negus (Najasyi) Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-
orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak
membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.
Hijrah
Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu
sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh
masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari
berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka
sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan
tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan
Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari
Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama
Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk
melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka
menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul
Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka
mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka
berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak
lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan
mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka.
Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah
Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke
Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang
kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali
dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan
untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik
dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang
kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
Madinah
Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas
mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya
melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
14
oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish
Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu
umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan
untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.
Pembukaan Kota Makkah
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke
Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh
bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk
menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan
supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.
Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10
hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di
hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah
dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir
disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu
akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai
sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa
untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga
mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu,
maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas
mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah
solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan
kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
15
adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang
lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar
jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan
lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku
yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-
Mu."
Kronologi perkembangan Islam
570M- Nabi Muhammad dilahirkan.
610M- Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira'.
615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah.
616M- Saidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah.
619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi) meninggal dunia. Melawat
Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.
621M- Baiat Aqabah 1
622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina.
624M- Perang Badar.
625M- Perang Uhud.
627M- Perang Ahzab.
628M- Perjanjian Hudaibiyah.
629M- Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine, baginda menghantar
tentera Islam dalam Perang Mu'tah.
630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.
631M- Perang Tabuk.
632M- Kewafatan Nabi Muhammad Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.
Nabi Isa A.S
Isa hidup (sekitar 1 - 32M) merupakan seorang nabi yang penting dalam agama Islam. Dalam
Kitab Suci Al Qur'an, ia digelar Isa ibni Maryam atau Isa al-Masih. Kata ini diperkirakan
berasal dari bahasa Aram, Eesho atau Eesaa. Jesus Christ adalah nama yang umumnya diguna
pakai oleh pengganut Kristian untuk menyebutnya, sedangkan orang Arab Kristian
menyebutnya dengan Yasu' al-Masih.
Mengikut al-Qur'an, keturunan Isa bermula dari kelahiran Maryam iaitu anak perempuan
Imran, berlanjut dengan tumbuh kembangnya dalam asuhan Zakaria, serta kelahiran Yahya.
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
16
Kemudian Qur'an menceritakan keajaiban kelahiran Isa sebagai anak Maryam tanpa ayah.
(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan
kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang)
daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di
akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah) (Qur'an surat Ali Imran
ayat 45)
Cerita tentang Isa kemudian berlanjut dengan pengangkatannya sebagai utusan Allah,
penolakan oleh Bani Israel dan berakhir dengan pengangkatannya ke syurga.
Kelahiran
Berdasarkan Al-Quran, Nabi Isa Al-Masih telah dilahirkan di bawah sebatang pokok tamar
(kurma) di suatu tempat yang diberi nama Bethlehem,Palestin. Kelahiran Isa dianggap ajaib,
diceritakan dalam beberapa ayat dalam Al-Qur'an. Dalam cerita Islam disebutkan datangnya
malaikat kepada Maryam mengkhabarkan bahawa dia akan segera melahirkan seorang putera
(lihat kembali ayat 45 surah Ali Imran pada bahagian awal artikel). Maryam kemudian
terkejut dan menjawab kepada Malaikat itu bahawa dia tidak pernah disentuh seorang lelaki
pun. Jibril kemudian menjawab:
Jibril berkata: "Demikianlah". Tuhanmu berfirman: "Hal itu adalah mudah bagiKu; dan agar
dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal
itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan". (Qur'an surah Maryam ayat 21)
Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya:
"Jadilah", maka jadilah ia. (Qur'an surah Maryam ayat 35)
Beberapa ayat lain berkaitan dengan kelahiran Isa antara lain:
Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah
menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang
manusia), maka jadilah dia. (Ali Imran 3:59)
Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke
dalam (tubuh)nya roh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah)
yang besar bagi semesta alam (Surah Al Anbiyaa' ayat 21)
Sebagai seorang nabi Beberapa ayat dari Al Qur'an yang menegaskan tentang kenabian Isa antara lain:
Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku kitab suci (Injil) dan Dia
menjadikan aku seorang nabi,dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja
aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat
selama aku hidup; dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang
sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku
dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". Itulah
Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
17
tentang kebenarannya. Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia
telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia.
(Surah Maryam ayat 30-35)
Dan tatkala Isa datang membawa keterangan dia berkata: "Sesungguhnya aku datang
kepadamu dengan membawa hikmat dan untuk menjelaskan kepadamu sebagian dari apa
yang kamu berselisih tentangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah (kepada) ku".
Sesungguhnya Allah Dialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah Dia, ini adalah jalan
yang lurus. Maka berselisihlah golongan-golongan (yang terdapat) di antara mereka, lalu
kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang zalim yakni siksaan hari yang pedih (kiamat).
(Surah Az Zukhruf 63-65)
Al Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu
sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa
memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli kitab)
tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari
memperhatikan ayat-ayat Kami itu). (Surah Al Maa'idah ayat 75)
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan
kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?". Isa menjawab:
"Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku
(mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang
ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib". Aku tidak pernah
mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya
yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap
mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah
yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. (Surah
Al Maa'idah ayat 116-117)
Nabi Isa dan Mukjizat
Al Qur'an juga menceritakan perihal Nabi Isa yang diberikan mukjizat oleh Tuhan.
Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian (dari) mereka atas sebahagian yang lain. Di antara
mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah
meninggikannya beberapa darjat. Dan Kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa
mukjizat serta Kami perkuat dia dengan Ruhul Qudus. Dan kalau Allah menghendaki,
nescaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang (yang datang) sesudah rasul-rasul itu,
sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih,
maka ada di antara mereka yang beriman dan ada (pula) di antara mereka yang kafir.
Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah
berbuat apa yang dikehendaki-Nya. (Surah Al Baqarah ayat 253)
(Ingatlah), ketika Allah mengatakan: "Hai Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu
dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan ruhul qudus. Kamu dapat
berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah)
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
18
di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu
kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan ijin-Ku, kemudian
kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku.
Dan (ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu
dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu
mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di
waktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu
mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir
diantara mereka berkata: "Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata". (Al Maa'idah ayat 110)
Isa tidak dibunuh ataupun disalib
Al-Qur'an menerangkan dalam surat An Nisaa':157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh
mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang
bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as.(sebahagian ulama
berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama
Yudas Iskariot) dan kerana ucapan mereka:
"Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal
mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah)
orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih
paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu.
Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti
persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. (An
Nisaa' : 157)
Isa diselamatkan oleh Allah SWT dengan diangkat ke langit
Nabi Isa as. diselamatkan oleh Allah SWT. dengan cara diangkat ke langit dan ditempatkan
disuatu tempat yang hanya Allah SWT yang tahu. Al Qur'an menjelaskan tentang peristiwa
penyelamatan ini.
Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. (An Nisaa':158)
Berdasarkan kepada ayat yang sama, sebahagian kecil umat Islam pula yang berpendapat
bahawa Nabi Isa as diselamatkan dari kematian di tiang salib, kemudian telah wafat
sewajarnya manusia, dengan demikian darjat baginda telah ditinggikan oleh Allah SWT
dengan terhindar dari kematian di tiang salib.
Walau bagaimanapun, sebilangan besar umat Islam mempercayai Nabi Allah Isa telah
diangkat beserta dengan jasad-jasadnya sekali ke Sisi-Allah.Hal ini berdasarkan kepada
peristiwa yang berlaku ketika Nabi Allah Isa bersama kaum Hawariyyun (12 orang)
menjamah makanan moreh terakhir bersama dalam peristiwa (the last supper). Pada waktu itu
Nabi Isa ada menyebutkan yang salah seorang dari kaum Hawariyyun akan mengkhianatinya .
Dan tatkala ketika Nabi Isa bersama dengan kaum Hawariyyun di (Taman Gethsamani,
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
19
BaitulMaqdis, Jerusalem) selepas makan moreh (untuk bertahannuth, bertaqarrub, bertasbih,
dan berdoa kepada Allah) datang salah seorang dari kaum hawariyyun kepada Nabi Allah Isa
yang digelar Judas Iscariot, cuba untuk membisikkan sesuatu kepada nabi Allah Isa,
sekumupulan kecil dari tentera Rom turut hadir dan menunggu diluar Taman Gethsamani bagi
memastikan orang yang pertama yang keluar dari taman itu adalah Isa Al Masih yang
dimaksudkan.
Namun kuasa Allah Yang maha Tinggi dan Terpuji serta kasih kepada Rasul dan hambanya,
Allah telah menyelamatkan Nabi Isa ke langit dan serta merta menukarkan paras rupa Yudas
supaya seiras dengan raut wajah Nabi Isa. Apabila tentera Rom mendapati bahawa orang yang
keluar dari taman itu adalah berparas rupakan seseorang yang mirip dengan Isa putera
Maryam, mereka menangkap Yudas dan dibawa ke muka pengadilan supaya dapat disalibkan.
Namun begitu, para pembesar Israel, Kesatria Rom dan majlis kehakiman benar-benar
bertelagah dan berasa was-was adakah orang yang dimaksudkan itu adalah Isa atau orang lain,
hal ini kerana walaupun mukanya mirip muka Isa , namun perwatakan orang itu amat berbeza
sekali dengan Nabi Isa. 11 orang kaum Hawariyyun yang lain pada peristiwa itu telah pun
berpisah dan melarikan diri bagi mengelakkan diri mereka dikesan oleh para pembesar Israel .
Namun tidak berapa lama kemudian mereka bertemu semula untuk memastikan diantara
mereka sentiasa mempraktikkan segala ilmu duniawi dn ukhrawi yang telah diajarkan oleh
Nabi Isa sebelumnya. Serta mereka mengharapkan kedatangan pemimpin yang masyhur yang
dijanjikan kedatangannya oleh Allah iaitu Nabi Muhammad Rasullullah S.A.W.
Nabi Isa akan menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman
Menurut suatu riwayat Nabi Isa ,setelah turun dari langit akan menetap di bumi sampai
wafatnya selama 40 tahun. Ia akan memimpin dengan penuh keadilan , sebagaimana yang
diceritakan dalam hadis berikut :
Demi yang diriku berada ditanganya,sesungguhnya Ibn Maryam hampir akan turun di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil,maka ia akan menghancurkan
salib,membunuh babi,menolak upeti,melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mau
menerima pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya (HR. Bukhari,Muslim,Ahmad,NasaI,Ibn Majah dari Abi Hurairah)
Nabi Isa akan wafat
Janji Allah pasti berlaku pada semua hambanya, semua yang bernyawa pasti akan mati, begitu
juga Nabi Isa as. . Setelah menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman, Allah SWT. akan
mewafatkan Nabi Isa. Hanya Allah SWT saja yang tahu bila dan dimana Nabi Isa akan
diwafatkan. Setelah wafatnya Nabi Isa as. dunia kemudian akan mengalami kiamat. Wallahu
alam.
Nabi Yahya A.S
Nabi Yahya a.s. (sekitar 1 SM - 31 M) merupakan salah seorang nabi dan rasul dalam Islam.
Diyakini bahawa Yahya hidup selama 30 tahun. Ia diangkat menjadi nabi pada tahun 28 M
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
20
dan ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Namanya disebutkan sebanyak 4
kali di dalam Al-Quran dan wafat di Damaskus Syria.
Kisah Yahya
Nabi Yahya tidak banyak dihuraikan dalam Qur'an. Hanya dijelaskan baginda dikurniakan
hikmah dan ilmu semasa kanak-kanak. Ia hormat pada orang tuanya, dan tidak sombong
ataupun durhaka. Ia pintar dan tajam pemikirannya. Ia beribadah siang malam sehingga
tubuhnya kurus kering, wajahnya pucat, dan matanya cekung.
Di kalangan Bani Israil, dia dikenali sebagai ahli agama dan hafal Taurat. Ia berani
mengambil keputusan, tidak takut dihina orang, dan tidak menghiraukan ancaman penguasa
dalam usahanya menegakkan kebenaran. Ia menganjurkan orang bertaubat dan sebagai tanda,
ia memandikan orang yang bertaubat di sungai Jordan, yang sebenarnya adalah mandi besar,
dan disebut pembaptisan dalam ajaran Kristian.
Yahya Menentang Herodes
Pada masa itu, Herodes penguasa Palestin telah merancang akan menikah dengan anak
saudara sendiri yaitu Hirodia. Hirodia sendiri berasa senang jika diperisterikan oleh seorang
raja. Yahya melarang pernikahan ini kerana bertentangan dengan syariat kitab Taurat dan
Zabur. Seluruh istana pun gempar, mereka setuju dengan pendapat Yahya. Sehingga membuat
raja menjadi malu dan murka, kemudian ia dan Hirodia berusaha mencari jalan untuk
membungkam mulut Yahya dengan cara apapun.
Bagi menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat, Herodia tidak tinggal diam. Ia
berusaha dengan bersenjatakan kecantikan dan parasnya yang ayu itu bagi mempengaruhi
bapa saudaranya yang juga calon suaminya agar rancangan perkahwinan dilaksanakan.
Dengan menghias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi mengunjungi bapa
saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara. Bertanya Herodus kepada anak
saudaranya calon isterinya yang nampak lebih cantik daripada biasa : "Hai manisku, apakah
yang dapat aku berbuat untukmu?. Katakanlah. Aku akan patuhi segala permintaanmu.
Kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang
ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku,
aku sedia melayani segala keperluan dan keinginanmu."
Herodia menjawab: "Jika Tuanku berkenan, maka aku hanya mempunyai satu permintaan
yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal itu
ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rancangan kita dan mencemarkan
nama baik Tuanku dan namaku sekeluarga di segala tempat dan penjuru. Supaya dia
dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku
memperkenankan permintaanku ini".
Herodus yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh kecantikan dan keelokan Herodia
tidak berkutik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain
tunduk kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan panggilan akal
sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria
berlumuran darah dan diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
21
gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah dipenuhi
dan rintangan utama yang akan menghalangi rancangan perkahwinannya telah disingkirkan,
walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani
Isra'il seluruhnya.
Cerita tentang Nabi Yahya A.S terdapat di dalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat 39, surah
Al-An'am ayat 85 dan surah Maryam ayat 7-15.
Nabi Zakaria A.S
Zakaria A.S (sekitar 100 - 20 SM) adalah salah seorang nabi yang disebut di dalam Al Kitab
dan Qur'an. Ia diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM dan ditugaskan berdakwah kepada
Bani Israil di Palestin. Namanya disebutkan sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran. Ia memiliki
seorang anak dan wafat di Syam. Nabi Zakaria adalah daripada keturunan Nabi Sulaiman A.S
dan isterinya pula yang bernama al-Yashbi' adalah daripada keturunan Nabi Harun A.S.
Biografi
Nabi Zakaria A.S telah diutuskan kepada Bani Israil. Sudah sejak lama Nabi Zakaria A.S
mendambakan seorang anak. Namun keinginannya belum juga dipenuhi walau ia sudah tua.
Suatu hari datanglah janda Imran menyerahkan bayi perempuannya (Maryam) pada Nabi
Zakaria untuk diasuh dan dibesarkan sesuai dengan nazarnya. Nabi Zakaria dan para imam
Baitul Maqdis terkejut akan hal itu, sebab janda Imran sudah tua dan rasanya tidak mungkin
memperoleh anak. Namun setelah mendapat penjelasan dari janda Imran bahawa
kehamilannya ialah kehendak Allah S.W.T, mereka pun mengerti.
Setelah itu timbul persoalan, siapakah yang berhak mengurus Maryam. Untuk itu, mereka
telah mengundi dengan melemparkan pena ke dalam air. Barangsiapa yang penanya terapung,
dialah yang berhak mengurus Maryam. Ternyata pena Nabi Zakarialah yang terapung
sehingga beliau berhak menjadi pengasuh Maryam. Semua keperluan Maryam ditanggung
oleh Nabi Zakaria. Namun kemudian rasa sayang Nabi Zakaria pada Maryam berubah
menjadi rasa takjub. Suatu hari ketika melihat Maryam, beliau melihat ada buah-buahan
berada dekat pada Maryam. Ada juga buah-buahan yang bukan musimnya. Maryam
menjelaskan bahawa semua itu berasal dari Allah.
Nabi Zakaria takjub dan tergetar. Ia ingin mendapat kemuliaan dari Allah S.W.T. Maka ia
bermunajat kepada-Nya, memohon agar dikurniakan anak. Allah S.W.T berfirman melalui
malaikat Jibril bahawa Nabi Zakaria akan akan dikurniakan anak bernama Yahya dengan
tanda tidak boleh bercakap selama 3 hari 3 malam.Setelah itu isterinya mengandung dan
melahirkan anak lelaki dan diberi nama Yahya. Seperti ayahnya, Yahya juga seorang nabi.
Zakaria Mendambakan Anak
Nabi Zakaria A.S. iaitu ayah Nabi Yahya sedar banyak anggota keluarganya dari Bani Israil
merupakan orang yang tidak beradab dan gemar bermaksiat kerana kedangkalan iman mereka.
Ia khuatir bila tiba ajal dan tidak mempunyai keturunan yang dapat memimpin kaumnya,
sehingga mereka akan semakin bermaharajalela dan kemungkinan besar akan mengadakan
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
22
perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalahgunakan hukum agama.
Kerisaun itu mengusik fikiran Zakaria, dan ia sedih kerana belum juga mempunyai keturunan
walau telah berusia 90 tahun. Ia agak terhibur ketika mengasuh Maryam yang dianggap
sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya untuk
memperoleh keturunan timbul kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan di
mihrab Maryam. Ia berfikir di dalam hatinya bahawa tidak ada yang mustahil bagi Allah.
Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri dan tidak
berdaya. Allah pasti berkuasa memberinya keturunan bila dengan kehendak-Nya walaupun
usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh beruban.
Zakaria Berdoa Kepada Allah
Pada suatu malam yang telah larut, Zakaria duduk di mihrabnya mengheningkan cipta kepada
Allah dan bermunajat serta berdoa dengan khusyuk dan yakin. Dengan suara yang lemah
lembut dia berdoa: "Ya Tuhanku, berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan
mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan pembimbing
kepada Bani Isra'il. Aku risau sepeninggalku nanti anggota-anggota keluargaku akan rosak
kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan tanpa seorang pemimpin yang akan
menggantikanku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi
uban, sedang isteriku adalah seorang perempuan mandul. Namun kekuasaanmu tidak terbatas,
dan aku berdoa Engkau berkenan mengurniakan seorang anak yang soleh dan Engkau ridha
padaku.
Allah Mengabulkan doa Zakaria
Kemudian Allah menjawab doa Zakaria dan berfirman : Wahai Zakaria, kami sampaikan khabar gembira padamu, kamu akan mendapatkan seorang anak laki-laki bernama Yahya
yang soleh dan membenarkan kitab-kitab Allah, menjadi pemimpin yang dianut, menahan diri
daripada nafsu dan godaan syaitan, dan kelak akan menjadi seorang Nabi. Kemudian Zakaria berkata: Ya Allah, bagaimana aku dapat memperoleh keturunan sedang isteriku seorang yang mandul dan akupun sudah lanjut usia. Allah berfirman: Hal demikian itu adalah mudah bagi-Ku. Tidakkah telah Ku-ciptakan kamu, sedangkan waktu itu kamu tidak ada sama
sekali.
Nabi Zakaria Dibunuh
Pada suatu ketika Nabi Yahya terbunuh kerana perintah Raja Herodus. Setelah Nabi Zakaria
mengetahui akan kematian anaknya Nabi Yahya, Nabi Zakaria melarikan diri untuk
menghindarkan penangkapan, kerana sudah tersiar pula khabar bahawa ia juga akan dibunuh.
Beliau bersembunyi di dalam sebuah kebun dekat kota Jerusalem. Akhirnya kebun itupun
dikepung oleh alat-alat negara untuk menangkapnya.
Telah dikhabarkan bahawa sebuah pokok kayu yang besar membelah dirinya dan
mempersilakan Zakaria bersembunyi di dalam batangnya. Tetapi Iblis telah memberitahukan
kepada para pengepung bahawa Zakaria bersembunyi di dalam pokok kayu itu. Mereka lalu
memotong kayu tersebut, sehingga Nabi Zakaria mati terbunuh pula.
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
23
Dengan kematian Nabi Yahya dan Nabi Zakaria, Allah menimpakan bencana demi bencana
kepada Bani Israel, yang berupa serangan serangan dari tentera musuh yang amat ganas,
sebagaimana juga sudah sering terjadi sebelumnya.
Pernah dalam suatu serangan yang dilakukan oleh musuh mereka, 120,000 orang, termasuk
pembesar pembesar mereka mati terbunuh semuanya. Hanya sedikit saja yang dapat
meloloskan diri dan pembunuhan itu. Terkenal dalam sejarah dunia serangan Nebukadnezar
dari Babilon dan serangan Titus dan Rome, sebelum dan sesudah lahirnya Isa al-Masih A.S.
Firman Allah dalam al-Quran surah al-Isra, ayat 48:
Dan Kami (Allah) putuskan (takdirkan) bagi Bani Israel dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu
akan mengadakan kerosakan di bumi dua kali (berulang ulang), dan sesungguhnya kamu akan
sombong dengan sebesar besar kesombongan. Maka apabila datang perjanjian yang pertama
dari yang dua itu, kami utus untuk menunjuki kamu, hamba-hamba Kami yang mempunyai
kekuatan yang sangat, lalu mereka bermaharajalela di seluruh negeri, dan adalah perjanjian itu
sudah dilakukan. Kemudian Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan atas mereka dan Kami
beri kepada kamu harta dan anak, serta Kami jadikan kamu menjadi bilangan yang banyak
(kembali). Jika kamu berbuat kebajikan, bererti kamu berbuat kebajikan bagi dirimu sendiri.
Dan jika kamu berbuat kejahatan, bererti kamu berbuat kejahatan bagi dirimu. Maka apabila
datang perjanjian yang akhir (Kami utus mereka) supaya mereka membusukkan akan muka-
muka kamu (merosak dan mengalahkan kamu), dan supaya mereka masuk ke dalam Masjid
(maksudnya Baitul Maqdis), sebagaimana mereka sudah masuk ke dalamnya pertama kali,
dan supaya mereka binasakan kamu selagi mereka berkuasa. Mudah mudahan Tuhan kamu
mengasihi kamu, dan jika kamu kembali, Kami akan kembali (menyeksamu), dan Kami
jadikan Jahannam bagi orang orang kafir sebagai kurungan.
Zakaria dalam Qur'an
Kisah Nabi Zakaria dalam Al-Quran ada di dalam Surah Maryam : 1 -15
Nabi Yunus A.S
Yunus (sekitar 820-750 SM) adalah salah seorang nabi dalam agama Samawi (Islam, Yahudi,
Kristen) yang disebutkan dalam Al-Qur'an dalam Surah Yunus dan dalam Alkitab dalam
Kitab Yunus. Ia ditugaskan berdakwah kepada orang Assyiria di Ninawa-Iraq. Namanya
disebutkan sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Ninawa-Iraq. Yunus bin Matta
dari keturunan Bunyamin bin Ya'qub.
Berdakwah di Ninawa
Yunus bin Matta diutus oleh Allah untuk menghadapi penduduk Ninawa, suatu kaum yang
keras kepala, penyembah berhala, dan suka melakukan kejahatan. Secara berulang kali Yunus
memperingatkan mereka, tetapi mereka tidak mahu berubah, apalagi kerana Yunus bukan dari
kaum mereka. Hanya ada 2 orang yang bersedia menjadi pengikutnya, yaitu Rubil dan Tanuh.
Rubil adalah seorang yang alim bijaksana, sedang Tanuh adalah seorang yang tenang dan
sederhana.
Penolakan penduduk Ninawa
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
24
Ajaran-ajaran Nabi Yunus itu bagi para penduduk Ninawa merupakan hal yang baru yang
belum pernah mereka dengar sebelumnya. Kerananya mereka tidak dapat menerimanya untuk
menggantikan ajaran dan kepercayaan yang telah diwariskan oleh nenek moyang mereka yang
sudah menjadi adat kebiasaaan mereka turun temurun. Apalagi pembawa agama itu adalah
seorang asing tidak seketurunan dengan mereka.
Mereka berkata kepada Nabi Yunus: "Apakah kata-kata yang engkau ucapkan itu dan
kedustaan apakah yang engkau anjurkan kepada kami tentang agama barumu itu? Inilah
tuhan-tuhan kami yang sejati yang kami sembah dan disembahkan oleh nenek moyang kami
sejak dahulu. Alasan apakah yang membenarkan kami meninggalkan agama kami yang
diwariskan oleh nenek moyang kami dan menggantikannya dengan agama barumu? Engkau
adalah orang asing yang datang pada kami agar kami merubah keyakinan kami. Apakah
kelebihanmu sehingga mengajari dan menggurui kami. Hentikan perbuatan sia-siamu itu.
Penduduk Ninawa tidak akan mengikutimu kerana kami teguh dengan ajaran moyang kami".
Nabi Yunus berkata: " Aku hanya mengajakmu beriman dan bertauhid sesuai dengan amanah
Allah yang wajib kusampaikan padamu. Aku hanyalah pesuruh Allah yang ditugaskan
mengeluarkanmu dari kesesatan dan menunjukkanmu ke jalan yang lurus. Aku sekali-kali
tidak mengharapkan upah atas apa yang kukerjakan ini. Aku tidak boleh memaksamu
mengikutiku. Namun jika kamu tetap bertahan pada aqidah moyangmu itu, maka Allah akan
menunjukkan tanda-tanda kebenaran akan risalahku dengan menurunkan azab yang pedih
padamu, seperti yang terjadi pada kaum-kaum sebelum kamu, yaitu kaum Nuh, Aad, dan
Tsamud. Mereka menjawab dengan menentang: "Kami tetap tidak akan mengikuti
kemahuanmu dan tidak takut ancamanmu. Tunjukkan ancamanmu jika kamu termasuk orang
yang benar!" Nabi Yunus tidak tahan lagi dengan kaum Ninawa yang keras kepala. Ia pergi
dengan marah dan jengkel sambil meminta Allah menghukum mereka.
Penduduk Ninawa bertaubat
Sepeninggalan Nabi Yunus, kaum Ninawa gelisah, kerana mendung gelap, binatang
peliharaan mereka gelisah, wajah mereka pucat dan angin bertiup kencang yang membawa
suara bergemuruh. Mereka takut ancaman Yunus benar-benar terjadi atas mereka. Akhirnya
mereka sedar bahawa Yunus adalah orang yang benar, dan ajarannya berasal dari Allah.
Mereka kemudian beriman dan menyesali perbuatan mereka terhadap Yunus. Mereka lari
tunggang langgang dari kota mencari Yunus sambil berteriak meminta pengampunan Allah
atas dosa mereka. Allah Yang Maha Pemaaf-pun mengampuni mereka, dan segera seluruh
keadaan pulih seperti sedia kala. Penduduk Ninawa kemudian tetap berusaha mencari Yunus
agar ia boleh mengajarkan agama dan membimbing mereka ke jalan yang benar.
Yunus ditelan ikan Nun
Keadaan Yunus setelah pergi dari Ninawa tidak menentu. Ia mengembara tanpa tujuan dengan
putus asa dan berasa berdosa. Akhirnya ia tiba di sebuah pantai, dan melihat sebuah kapal
yang akan menyeberangi laut. Ia menumpang kapal itu, dan ketika telah berlayar tiba-tiba
terjadi badai yang hebat. Kapal bergoncang, dan para penumpang sepakat untuk mengurangi
beban dengan membuang salah seorang diantara mereka ke laut. Undian pertama jatuh pada
Yunus, namun undian diulang kerana penumpang berasa Yunus tidak layak dibuang sedang ia
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
25
orang yang mulia. Tapi pada pengulangan yang kedua, dan ketiga, tetap nama Yunus yang
keluar. Yunus sedar itu adalah kehendak Allah, ia kemudian rela menjatuhkan diri ke laut.
Allah kemudian mengirim ikan Nun (paus) untuk menelan Yunus. Di dalam perut ikan Nun,
Yunus bertaubat meminta ampun dan memohon pertolongan Allah, ia bertasbih selama 40
hari dengan berkata:
()
"Laa ilaaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu minadzh dzhalimiin
87. dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) Dalam
keadaan marah, Yang menyebabkan ia menyangka Bahawa Kami tidak akan mengenakannya
kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa Yang berlaku) maka ia pun menyeru
Dalam keadaan Yang gelap-gelita Dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang
dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada
melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang
Yang menganiaya diri sendiri".
Allah mendengar doa Yunus, dan Memerintahkan ikan nun mendamparkan Yunus di sebuah
pantai. Allah Yang Maha Penyayang menumbuhkan pohon labu, agara Yunus yang kurus dan
lemah tak berdaya dapat bernaung dan memakan buahnya. Setelah pulih, ia diperintahkan
kembali ke Ninawa, dimana ia kemudian hairan melihat perubahan penduduk Ninawa yang
telah beriman kepada Allah. Yunus kemudian mengajarkan mereka tauhid dan
menyempurnakan iman mereka.
Nabi Ilyasa' A.S
Al-Yasa' (sekitar 885-795 SM) adalah seorang Nabi yang tertera dalam Qur'an dan juga
dianggap nabi oleh umat Yahudi dan Kristien. Ia diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM
dan ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam.
Namanya disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran dan Ia wafat di Palestin.
Latar belakang kenabian Al-Yasa'
Ilyasa' adalah anak dari Safet dan penerus Nabi Ilyas. Al-Yasa' adalah Nabi selanjutnya untuk
bangsa Israel.
Dia menghadapi sikap penyangkalan Raja dan Ratu Israel terhadap agama sepeninggal Ilyas.
Al-Yasa' menunjukkan banyak mukjizat untuk menunjukkan kekuasaan Allah, tapi mereka
tetap menentangnya malah menyebutnya tukang sihir, sama seperti ketika mereka menyebut
Nabi Ilyas sebelumnya. Mereka terus membangkang sepanjang hidup Al-Yasa'.
Setelah beberapa lama, bangsa Israel ditaklukkan oleh Bangsa Assyria. Bangsa Assyria
menghancurkan Kuil Gunung dan menyebabkan kerosakan teruk di Israel.
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
26
Kisah Al-Yasa'
Nama Al-Yasa' disebut dalam kisah Nabi Ilyas, ketika rasul itu dikejar oleh kaumnya dan
bersembunyi di rumah Al-Yasa'. Maka besar kemungkinan Al-Yasa' juga tinggal di sekitar
lembah sungai Jordan.
Ketika Ilyas A.S bersembunyi di rumahnya, Al-Yasa' masih seorang remaja. Ketika itu
baginda tengah menderita sakit kemudian Ilyas membantu menyembuhkan penyakitnya.
Setelah sembuh, Al-Yasa' pun menjadi anak angkat Ilyas A.S yang selalu mendampingi untuk
menyeru ke jalan kebaikan. Al-Yasa' melanjutkan tugas kenabian tersebut setelah Nabi Ilyas
A.S wafat. Al-Yasa' melanjutkan misi ayah angkatnya, agar kaumnya kembali taat kepada
ajaran Allah.
Al-Yasa' kemudian mendapati bahawa manusia ternyata begitu mudah kembali ke jalan sesat.
Itu terjadi tidak lama setelah Ilyas A.S wafat. Padahal masyarakat lembah sungai Jordan itu
sempat mengikuti seruan Ilyas A.S agar meninggalkan pemujaannya pada berhala. Pada
kalangan itulah Ilyasa' tidak berhenti menyeru ke jalan kebaikan. Dikisahkan bahawa mereka
tetap tidak mahu mendengar seruan Al-Yasa', dan mereka kembali menanggung bencana
kekeringan yang luar biasa.
Kisah Nabi Ilyasa' terdapat di dalam Al Quran iaitu surah Al-An'aam ayat 86 dan surah Shod
Nabi Ilyas A.S.
Nabi Ilyas A.S. (sekitar 910-850 SM) adalah seorang utusan Allah. Ilyas merupakan
keturunan ke-4 dari Nabi Harun. Ia diangkat menjadi nabi pada tahun 870 SM dan ditugaskan
berdakwah kepada orang-orang Phiniq dan Bani Israel yang menyembah berhala bernama
Baal di Baalbak, Syam. Namanya disebutkan sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Menurut
kisah Islam ia tidak wafat tapi diangkat ke sisi Allah.
Kisah Ilyas
Ilyas berulang kali memperingatkan kaumnya, namun mereka tetap durhaka. Kerana itulah
Allah menurunkan musibah kekeringan selama bertahun-tahun, sehingga mereka baru
tersedar bahawa seruan Nabi Ilyas itu benar. Setelah kaumnya tersedar, Nabi Ilyas A.S berdoa
kepada Allah S.W.T agar musibah kekeringan itu dihentikan. Namun setelah musibah itu
berhenti, dan ekonomi mereka pulih, mereka kembali durhaka kepada Allah S.W.T. Akhirnya
kaum Nabi Ilyas kembali ditimpa musibah yang lebih berat daripada sebelumnya, yaitu
gempa bumi yang dahsyat sehingga mereka mati bergelimpangan.
Selesailah halaman kehidupan dunia dan mereka dihadirkan di hadapan Allah pada hari
kiamat. Allah menceritakan hal tersebut dalam firman-Nya:
"Dan sesungguhnya Ilyas termasuk salah seorang dari rasul-rasul. (Ingatlah) ketika ia berkata
kepada kaumnya: 'Mengapa kamu tidak bertakwa? Adakah patut kamu menyembah Baal dan
kamu tinggalkan sebaik-baik Pencipta, yaitu Allah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu yang
terdahulu?' Maka mereka mendustakannya, kerana itu mereka akan diseret (ke neraka),
kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa). Dan Kami abadikan untuk Ilyas
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
27
(pujian yang baik) di halangan orang-orang yang datang kemudian. (Yaitu) kesejahteran
dilimpahkan atas Ilyas? Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan hepada orang-
orang yang berbuat baik. Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman."
(QS. ash-Shaffat: 123-132)
Demikianlah kisah mengenai Nabi Ilyas A.S.
Nabi Sulaiman A.S
Nabi Sulaiman a.s. (sekitar 975-935 SM) merupakan anak Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi
baginda telah menunjukkan kecerdasan dan ketajaman fikirannya. Baginda pernah
memutuskan perkara 2 orang yang berselisih, iaitu antara pemilik kebun dan pemilik kambing.
Baginda diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM. Namanya disebutkan sebanyak 27 kali di
dalam Al-Quran. Baginda wafat di Rahbaam, Baitul Maqdis-Palestin.
Raja segala makhluk
Allah SWT mengangkatnya sebagai nabi dan rasul. Setelah Sulaiman cukup umur dan
ayahandanya wafat, Sulaiman diangkat menjadi raja di kerajaan bani Israil. Beliau berkuasa
tak hanya atas manusia, namun juga binatang dan makhluk halus seperti jin dan lain-lain.
Baginda dapat memahami bahasa semua binatang
Istana Nabi Sulaiman sangat indah. Dibangun dengan gotong royong manusia, binatang, dan
jin. Dindingnya terbuat dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya
dari perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan berlian, pasir di taman ditaburi
mutiara, dan sebagainya.
Sulaiman kawal jin, haiwan
NABI Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga memiliki
pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap
jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.
Allah berfirman: Dan sesungguhnya Kami telah memberikan ilmu kepada Daud dan Sulaiman dan keduanya mengucapkan; segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dan
banyak hambanya yang beriman. Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata; Wahai
manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu.
Sesungguhnya semua ini benar-benar satu anugerah yang nyata.
Kebijaksanaan Sulaiman dapat dilihat melalui pelbagai peristiwa yang dilaluinya. Misalnya,
beliau cuba mengetengahkan idea kepada bapanya, Nabi Daud bagi menyelesaikan
perselisihan antara dua pihak, masing-masing membabitkan pemilik haiwan ternakan dan
kebun.
Walaupun ketika itu usianya masih muda, pendapatnya bernas. Mulanya Nabi Daud
memutuskan pemilik haiwan supaya menyerahkan ternakannya kepada pemilik kebun sebagai
ganti rugi disebabkan ternakannya memasuki dan merosakkan kebun itu. Sulaiman yang
mendengar keputusan bapanya mencelah: Wahai bapaku, menurut pandanganku, keputusan
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
28
itu sepatutnya berbunyi; kepada pemilik tanaman yang telah musnah tanaman diserahkanlah
haiwan jirannya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan dimanfaatkan bagi keperluannya.
Manakala tanamannya yang binasa itu diserahkan kepada jirannya, pemilik ternakan untuk dijaga sehingga kembali kepada keadaan asal. Kemudian masing-masing menerima kembali
miliknya, sehingga dengan cara demikian masing-masing pihak tidak ada yang mendapat
keuntungan atau menderita kerugian lebih daripada sepatutnya. Pendapat yang dikemukakan Sulaiman dipersetujui kedua-dua pihak. Malah orang ramai yang menyaksikan perbicaraan itu
kagum dengan kebolehan beliau menyelesaikan perselisihan terbabit.
Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Sulaiman semakin terserlah dan ia juga
sebagai bibit permulaan kenabian Sulaiman. Melihat kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu,
Nabi Daud menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti dalam
kerajaan Bani Israel. Namun, abangnya Absyalum tidak meredai beliau melangkah bendul
dalam hiraki pemerintahan itu, malah mendakwa dia yang sepatutnya dilantik putera mahkota
kerana Sulaiman masih muda dan cetek pengalaman. Absyalum mahu mendapatkan takhta itu
daripada bapa dan adiknya. Justeru, dia mula menunjukkan sikap baik terhadap rakyat,
dengan segala masalah mereka ditangani sendiri dengan segera, membuatkan pengaruhnya
semakin meluas.
Sampai satu ketika, Absyalum mengisytiharkan dirinya sebagai raja, sekali gus merampas
kekuasaan bapanya sendiri. Tindakannya itu mengakibatkan huru-hara di kalangan Bani Israel.
Melihatkan keadaan itu, Nabi Daud keluar dari Baitulmaqdis, menyeberangi Sungai Jordan
menuju ke Bukit Zaitun. Tindakannya itu semata-mata mahu mengelakkan pertumpahan
darah, namun Absyalum dengan angkuh memasuki istana bapanya. Di Bukit Zaitun, Nabi
Daud memohon petunjuk Allah supaya menyelamatkan kerajaan Bailtulmaqdis daripada
dimusnahkan anaknya yang derhaka itu. Allah segera memberi petunjuk kepada Nabi Daud,
iaitu memerangi Absyalum. Namun, sebelum memulakan peperangan itu, Nabi Daud
berpesan kepada tenteranya supaya tidak membunuh anaknya itu, malah jika boleh ditangkap
hidup-hidup. Bagaimanapun, kuasa Allah melebihi segalanya dan ditakdirkan Absyalum mati
juga kerana dia mahu bertarung dengan tentera bapanya.
Kemudian, Nabi Daud kembali ke Baitulmaqdis dan menghabiskan sisa hidupnya selama 40
tahun di istana itu sebelum melepaskan takhta kepada Sulaiman. Kewafatan Nabi Daud
memberikan kuasa penuh kepada Nabi Sulaiman untuk memimpin Bani Israel berpandukan
kebijaksanaan yang dianugerah Allah. Beliau juga dapat menundukkan jin, angin dan burung,
sehingga dapat disuruh melakukan apa saja, termasuk mendapatkan tembaga dari perut bumi
untuk dijadikan perkakasan.
Firman Allah bermaksud: Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman yang perjalanannya pada waktu petang, sama dengan perjalanan sebulan dan Kami alirkan cairan tembaga
baginya. Dan sebahagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah
kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpan antara mereka daripada
perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.
Ratu Balqis tunduk kepada Nabi Sulaiman
Setelah membangunkan Baitulmuqaddis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana,
disuruhnya burung hud-hud (sejenis belatuk) mencari sumber air. Tetapi burung berkenaan
tiada ketika dipanggil. Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman.
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
29
Selepas itu burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: "Aku telah terbang
untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan..."
Firman Allah, bermaksud: "Maka tidak lama kemudian datanglah hud-hud, lalu ia berkata;
aku telah mengetahui sesuatu, yang kamu belum mengetahuinya dan aku bawa kepadamu dari
negeri Saba suatu berita penting yang diyakini.
"Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka dan dia dianugerahi
segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya
menyembah matahari, selain Allah..."
Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya
menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima sendiri
Ratu Balqis. Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah
kepada Sulaiman. Dalam al-Quran diceritakan: "Tatkala utusan itu sampai kepada Nabi
Sulaiman, seraya berkata; apakah patut kamu menolong aku dengan harta?
"Sesungguhnya apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang
diberikannya kepadamu, tetapi kamu berasa bangga dengan hadiahmu.
"Kembalilah kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentera
yang mereka tidak mampu melawannya dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu
(Saba) dengan terhina dan mereka menjadi tawanan yang tidak berharga."
Utusan itu kembali ke negeri Saba dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman
kepada Ratu Balqis, sehingga dia berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Sulaiman.
Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dulu dan beliau memerintahkan
tenteranya, terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi
menyambut kedatangan Ratu Balqis. Nabi Sulaiman juga memerintahkan pasukannya supaya
membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya.
Pada ayat 38-40 di surat Al-Naml, disebutkan : 38. Berkata Sulaiman : Hai pembesar-pembesar, siapakah diantara kamu sekalian yang sanggup membawa singgasananya (ratu
Balqis) kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang yang berserah diri.
39. Berkata Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin : Aku akan datang kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu ; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya
lagi dapat dipercaya.
40. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari buku-buku : Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip. Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana tersebut itu terletak di hadapannya, iapun berkata : Ini termasuk dari kurniaan Tuhanku untuk menguji apakah aku bersyukur atau mengingkari nikmatNya. Dan barangsiapa
bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri dan baransiapa
yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Mulia.
Lalu manusia yang memiliki ilmu memindahkan istana ratu Balqis. Apabila Ratu Balqis tiba,
lalu ditanya oleh Sulaiman: "Seperti inikah singgahsanamu?" Dijawab Ratu Balqis: "Ya,
-
Kisah Para Nabi dan Rasul
30
memang sama apa yang seperti singgahsanaku" Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke
istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya,
kerana menyangka air pada lantai istana Sulaiman, sehingga menyelak kainnya.
Firman Allah yang bermaksud: Dikatakan kepadanya; masuklah ke dalam istana. Maka
tatkala dia (Ratu Balqis) melihat lantai istana itu, dikiranya air yang besar dan
disingkapkannya kedua betisnya.
Berkatalah Sulaiman; "sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca". Berkatalah
Balqis; "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah
diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam."
Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari kelemahannya,
sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya dia diperisterikan
oleh Nabi Sulaiman.
Kewafatan baginda
Kisah Sulaiman merangkumi tenteranya yang terdiri daripada manusia, haiwan dan jin dalam
menjalankan dakwah Allah terhadap Ratu Balqis. Kematian beliau berlainan dengan manusia
biasa. Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan duduk di kerusi, dengan memegang tongkat
sambil mengawasi dan memerhatikan jin yang bekerja.
Firman Allah: "Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang
menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan anai-anai yang memakan
tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka
mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang men