kisah nabi

62
iday, November 28, 2008 Sedikit Tentang Agama Hindu Saya ada berbual dengan seorang remaja Hindu tentang agama Hindu. Remaja ini mempelajari ilmu-ilmu agama Hindu daripada ibunya. Dalam sesi perbualan ini, si remaja dibantu oleh dua orang rakannya. Berikut adalah maklumat-maklumat yang sempat saya notakan. Oleh kerana ketiga-tiga remaja ini kurang mahir berbahasa Melayu, boleh jadi ada maklumat yang kurang tepat. Menurut mereka, Tuhan yang terbesar/ tertinggi ialah Sivan. Adiknya bernama Braman dan adik bongsunya bernama Vishnu. Ketiga-tiganya Tuhan. Namun di atas daripada mereka ada Yang Lebih Besar iaitu Adi Parasakti. Isteri Sivan bernama Parasati. Isteri Braman bernama Saraswati. Isteri Vishnu bernama Latchmi. Braman bertanggungjawab menulis takdir manusia. Apa yang akan berlaku semua sudah ditulisnya siap-siap. Vishnu akan menjadi avatar. Dia sudah mengambil 9 avatar manakala stau lagi belum iaitu Kalki Avatar. Sivan mempunyai anak bernama Vinayagan. Di kuil-kuil dia digambarkan sebagai berkepala gajah. Hal ini kerana kepalanya sudah diputuskan oleh tentera Ravanan. Oleh itu kepalanya digantikan dengan kepala gajah. Anak Sivan (adik kepada Vinayagan) bernama Murugan. Di negara ini, Murugan disembah secara besar-besaran di Batu Caves. Semua nama-nama yang disebutkan tadi mempunyai banyak nama lain. Vinayagan dan Murugan mesti ada kedua-duanya di semua kuil, tidak boleh tidak ada. Namun Sivan, Braman dan Vishnu boleh tidak diadakan. 9 planet yang mengitari matahari juga Tuhan. Nama-nama mereka ialah Budain, Velli, Bumi, Sevail, Viallan, Sani, Niruthi, Varunan dan Kuberan. Ada satu individu namanya Narder. Kerjanya memuatkan orang lain berselisih-faham tetapi dia bukanlah jahat, cuma mahu menjadikan hidup manusia lebih bererti. Peayaan Deepavali disambut kerana meraikan kemenangan matahari ( yang juga Tuhan) yang namanya Suria Begawan membunuh anaknya Naraga Asuran. Naraga Asuran sebelumnya suka melakukan keganasan di muka bumi ini. Perayaan Pongghal dibuat sebagai mengucapkan terima kasih kepada Suria Begawan (emak Naraga Asuran) dengan membuat jamuan kepadanya. Thaipusam disambut sempena Murugan punya teruvila . (remaja-remaja ini tidak tahu apa terjemahan bagi teruvila ). ’” Ketika berpuasa, penganut Hindu hanya boleh makan tumbuh-tumbuhan. Apa yang bernafas, hidup di darat, hidup di alam laut dan mempunyai empat kaki tidak boleh dimakan. Mereka bertanyakan saya tentang rupa Tuhan orang-orang Islam. Saya katakan Tuhan yang disembah itu tidak ada rupa kerana Dia sangat hebat. Dia tidak ada persamaan dengan apa jua pun dan tidak dapat

Upload: azurahanuar

Post on 24-Jul-2015

136 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah Nabi

iday, November 28, 2008

Sedikit Tentang Agama Hindu

Saya ada berbual dengan seorang remaja Hindu tentang agama Hindu. Remaja ini mempelajari ilmu-ilmu agama Hindu daripada ibunya. Dalam sesi perbualan ini, si remaja dibantu oleh dua orang rakannya. Berikut adalah maklumat-maklumat yang sempat saya notakan. Oleh kerana ketiga-tiga remaja ini kurang mahir berbahasa Melayu, boleh jadi ada maklumat yang kurang tepat.

Menurut mereka, Tuhan yang terbesar/ tertinggi ialah Sivan. Adiknya bernama Braman dan adik bongsunya bernama Vishnu. Ketiga-tiganya Tuhan. Namun di atas daripada mereka ada Yang Lebih Besar iaitu Adi Parasakti. Isteri Sivan bernama Parasati. Isteri Braman bernama Saraswati. Isteri Vishnu bernama Latchmi.

Braman bertanggungjawab menulis takdir manusia. Apa yang akan berlaku semua sudah ditulisnya siap-siap. Vishnu akan menjadi avatar. Dia sudah ‘mengambil’ 9 avatar manakala stau lagi belum iaitu Kalki Avatar.

Sivan mempunyai anak bernama Vinayagan. Di kuil-kuil dia digambarkan sebagai berkepala gajah. Hal ini kerana kepalanya sudah diputuskan oleh tentera Ravanan. Oleh itu kepalanya digantikan dengan kepala gajah.

Anak Sivan (adik kepada Vinayagan) bernama Murugan. Di negara ini, Murugan disembah secara besar-besaran di Batu Caves.

Semua nama-nama yang disebutkan tadi mempunyai banyak nama lain. Vinayagan dan Murugan mesti ada kedua-duanya di semua kuil, tidak boleh tidak ada. Namun Sivan, Braman dan Vishnu boleh tidak diadakan.

9 planet yang mengitari matahari juga Tuhan. Nama-nama mereka ialah Budain, Velli, Bumi, Sevail, Viallan, Sani, Niruthi, Varunan dan Kuberan. Ada satu individu namanya Narder. Kerjanya memuatkan orang lain berselisih-faham tetapi dia bukanlah jahat, cuma mahu menjadikan hidup manusia lebih bererti.

Peayaan Deepavali disambut kerana meraikan kemenangan matahari ( yang juga Tuhan) yang namanya Suria Begawan membunuh anaknya Naraga Asuran. Naraga Asuran sebelumnya suka melakukan keganasan di muka bumi ini. Perayaan Pongghal dibuat sebagai mengucapkan terima kasih kepada Suria Begawan (emak Naraga Asuran) dengan membuat jamuan kepadanya. Thaipusam disambut sempena “Murugan punya ‘teruvila’”. (remaja-remaja ini tidak tahu apa terjemahan bagi ‘teruvila’).

Page 2: Kisah Nabi

Ketika berpuasa, penganut Hindu hanya boleh makan tumbuh-tumbuhan. Apa yang bernafas, hidup di darat, hidup di alam laut dan mempunyai empat kaki tidak boleh dimakan.

Mereka bertanyakan saya tentang rupa Tuhan orang-orang Islam. Saya katakan Tuhan yang disembah itu tidak ada rupa kerana Dia sangat hebat. Dia tidak ada persamaan dengan apa jua pun dan tidak dapat digambarkan. (Bagi orang-orang Islam, apa saja yang boleh digambarkan, terpengaruh dengan warna, terpengaruh dengan tempat, cahaya, lokasi, arah, berbentuk dan seumpamanya adalah makhluk ciptaan Tuhan semuanya. Tuhan sudah sedia ada sebelum Dia menciptakan warna, tempat, cahaya, lokasi, arah dan bentuk. Oleh itu mustahil Dia terpengaruh dengan semua itu. Apa saja yang terpengaruh dengan semua itu adalah bersifat lemah dan tidak layak sebagai Tuhan. Itu menurut kepercayaan umat Islam).

Menurut mereka lagi, nenek moyang oang-orang Hindu ada yang pernah melihat Tuhan. Oleh itu mereka mengukir rupa Tuhan itu di batu-batu, maka jadilah patung-patung.

Bagaimana penganut agama Hindu sekarang tahu tentang semua hal yang diperkatakan ini? Menurut mereka, di negara India ada ‘papan’ yang ditulis oleh orang-orang terdahulu. ‘Papan’ itulah kitab/ buku suci. Ia dipelihara dengan baik. Pada ‘papan’ itulah tertulis segala kepercayaan ini termasuklah nama-nama Tuhan yang berterusan digunakan sehingga ke hari ini.

Ketika melakukan meditasi, seseorang itu boleh tidak makan dan minum sehingga bertahun-tahun. Orang itu akan berzikir “Ohm, ohm” saja. Mereka juga tidak akan berasa sakit meskipun dipatuk oleh ular. Ada yang berkeadaan begitu sehingga 21 tahun. Malahan di India ada yang sampai 200 tahun, badannya tinggal kulit dengan tulang dan rambut panjang mengurai tetapi masih hidup.

Begitulah lebih kurang penjelasan mereka tentang agama Hindu.

'BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw'

hursday, November 27, 2008

Buddha yang Nabi Lagi Rasul?

Ketika menghadiri perjumpaan ahl-ahli Bicarasufi pada 25 Oktober 2008 lalu, saya sempat berbual dengan Tuan Cenderawasih tentang agama-agama dunia dan tokoh-tokohnya khususnya agama Buddha. Seronok berbual dengannya. Hal ini berikutan diskusi saya dengan Ustaz Izzat dan Mat Lang di forum Bicarasufi tentang perkara tersebut. Kebetulan saya

Page 3: Kisah Nabi

ada sedikit pengetahuan dan rujukan tentangnya, maka saya tambahkan di sini.

Dalam perbincangan kami itu, secara tidak langsung kami bersepakat mengatakan Buddha mungkin salah seorang pesuruh Tuhan. Belasan tahun lalu, saya juga pernah mendengar pendangan peribadi Dr Danial (JIM Pulau Pinang) dalam ceramahnya mengatakan Buddha seorang nabi. Namun kita sedia maklum, jika dikaji ilmu dan sumber-sumber agama Buddha hari ini memang hampir-hampir tidak ada yang menyentuh tentang Tuhan. Hal ini menjadikan para penganut agama Buddha umumnya sama ada menjadi seorang atheis ataupun bertuhankan Gautama Buddha- pengasas ajaran itu.

NABI DAUDPemuda Oria bin Hannan sudah meningkat ke umur remajanya. Badannya sihat. kuat dan segar bugar, baik rupa dan tampannya. Tiada pula kekurangan dalam penghidupannya. Sungguhpun begitu, dia selalu tampak gelisah saja, sering pula dia duduk mengelamun. Tidak lain yang menggoda fikirannya yang menyebabkan dia sering mengelamun itu, ialah cita cita baru yang timbul dalam hatinya, cita cita yang datangnya keras maha dahsyat, iaitu cita cita ingin mempunyai teman hidup. Kenapa hal ini menyebabkan dia gelisah dan mengelamun? Bukankah di kalangan orang sekampung dan bangsanya sendiri banyak gadis gadis yang tidak keberatan berkahwin dengan dia, kalau dia mahu? Yang menyebabkan gelisahnya, bukanlah kerana kekurangan gadis, tetapi adalah kerana banyaknya anak anak gadis itu. Dia menginginkan seorang gadis yang paling cantik dan manis, yang paling menarik hatinya. Menetapkan yang paling cantik dan menarik inilah yang sangat ia susahkan dan inilah yang menyebabkan dia melamun dan gelisah itu. Kegelisahan ini tidak dibiarkannya lama. Dia bangun dari lamunannya, berdiri dan berkata kepada dirinya: Dengan sekadar mengelamun saja, tidak akan menamatkan perjuangan batinku ini. Lebih baik kumulai hari ini juga berjalan dan terus berjalan mencari pemudi yang secocok dengan kehendak hatiku. Siapa tahu, bahawa di sana di bawah lingkaran langit yang biru ini, ada seorang yang dapat memenuhi hasrat hati, yang secocok dengan syarat mutlak yang terguris dalam kalbuku ini. Tidak lama dia berjalan mencari cari itu, dengan takdir Allah, pada suatu hari di sebuah tempat, panah asmara yang tersembur dari matanya sendiri jatuh tertambat di wajah seorang gadis dari kaumnya juga, bernama Sabiq binti Syaik. Dalam pandang pertama yang lamanya hanya sekejap itu, Oria bin Hannan melihat, lalu menimbang, lantas mengusul, akhirnya memutuskan dalam hatinya, bahawa inilah dia gadis yang dicari carinya itu. Memang pilihannya tidak salah lagi. Memang Sabiq adalah seorang gadis yang cantik jelita, termasuk gadis gadis yang mulia di negerinya, tenang dan dalam pula pemikirannya, Yang semua itu, kalau dikirakan akan menambah molek dan jelitanya pula, dengan pandangan lahir, apalagi dengan batin manusia yang melihatnya. Segera dia datang kepada famili gadis itu. Pinangan dan lamarannya disambut dengan tangan terbuka dan dada yang lapang. Perkahwinan antara kedua merpati itu segera berlangsung. Hasrat pemuda kita itu segera terkabul, sehingga dunia yang selama ini gelap dalam pandangannya, menjadi sinar diterangi surya bahagia rumahtangganya. Dalam kedua suami isteri itu sedang hidup dengan asyik dan masyuknya, seakan akan selalu dalam bulan madu, tiba tiba Raja Daud mengumumkan adanya bahaya dari luar. Pemuda pemuda Israel diperintahkan untuk mencatatkan diri menjadi tentera pembela tanahair dan agama, untuk menghadapi perang dan jihad dalam jalan Allah. Berat hati pemuda Oria bin Hannan untuk melangkahkan kakinya ke medan perang, yang mungkin menjadi medan maut di kala dia sedang terpaku di tengah tengah alam bahagiaraya di samping isterinya yang dicintainya itu. Takut dia kalau lama dia tidak dapat pulang, lebih takut lagi kalau dia mati syahid dimedan perang. Bagai manakah isterinya tinggal tanpa dia dan bukankah keduanya sudah begitu asyik, sehingga terpisah sebentar sajapun sampai menguraikan airmata? Tetapi kewajipan terhadap tanahair dan agama, adalah kewajipan yang berdiri atas segala kewajipan. Kewajipan yang harus ditunaikan sekalipun akan menyebabkan membanjirnya airmata dan darah sekalipun. Oria bin Hannan terjunkan dirinya dalam ketenteraan dan terus dikirimkan kemedan perang menghadapi serangan musuh yang

Page 4: Kisah Nabi

kuat. Pertempuran terjadi dan berkobar dengan hebatnya. Pertempuran demi pertempuran, silih berganti tidak ada putus putusnya. Kerana sama sama kuatnya, maka perang itu bukan berjalan dalam satu dua hari saja, tetapi puluhan dan ratusan hari, belum juga berkesudahan. Fikiran Oria bin Hannan sehabis tiap tiap pertempuran yang dihadapinya, selalu terbang melayang kerumah kepada isterinya. Kewajipan dijalankan sebaik baiknya, dengan harapan dan doa yang saban waktu diucapkannya kepada Tuhan, mudah mudahan perang lekas berakhir dengan kemenangan yang gilang gemilang bagi negeri dan agamanya. Tetapi perang tidak kunjung berhenti, malah semakin sengit. Takdir Tuhan menentukan, bahawa pada suatu hari mata Raja Daud, Nabi Yang Mulia ini terpandang kewajah pemudi Sabiq bin Syaik, isteri pemuda Oria bin Hannan, hati Nabi Daud bergetar dibuatnya, ingin mempersunting jelita itu menjadi isterinya pula. Dengan segera Daud mengajukan lamaran pada keluarga Sabiq. Siapakah gerangan yang akan menolak lamaran dari seorang Nabi Yang Mulia, raja yang besar seperti Daud itu? Raja dan Nabi yang terbesar di seluruh dunia di kala itu, apalagi suami Sabiq sendiri sudah lama benar tidak terdengar beritanya, mungkin tewas atau lainnya.* Perkahwinan Nabi Daud dengan Sabiq binti Syaik segera pula terjadi, dengan riang gembira bagi Daud dan keluarga sendiri. Tetapi di sana dibawah ufuk yang tinggi, ada seorang pemuda yang mendengar terjadinya perkahwinan ini, sebagai pukulan yang hebat menimpa dirinya, pukulan yang menghancurkan segala sendi dan urat sarafnya, menembus jantung dan kalbunya. Sejak perkahwinan dengan Sabiq binti Syaik ini, Nabi Daud lebih gembira dalam menjalankan tugasnya sebagai raja dan Nabi Allah. Rencana pekerjaannya ditetapkan dan diatur begitu rupa, sehingga segala galanya berjalan dengan lancar dan baik. Rencana itu ialah dengan membahagi waktunya kepada empat pembahagian. Bahagian pertama untuk kepentingan dirinya sendiri, hari kedua untuk kepentingan kepada Tuhannya, hari ketiga untuk menghukum dan menyelesaikan urusan urusan ummat dan hari yang keempat untuk mengajar dan memimpin rakyat ke jalan yang dikehendaki oleh Allah. Begitulah dijalankan seterusnya oleh Daud. Sebagai raja besar dan Nabi Mulia, rumah Daud selalu dijaga oleh penjaga penjaga dan tentera. Tidak seorang juga dibolehkan masuk menemui Daud, sebelum mendapat izin dari penjaga dan sesudah dibenarkan oleh Daud sendiri dan tidak seorang juga yang diperbolehkan masuk, kalau tidak sepadan dan sesuai dengan rencana pekerjaan yang sudah ditetapkan oleh Daud itu. Di hari dia beribadat, siapa juga tidak diizinkan masuk untuk mengadukan perkara. Begitulah seterusnya, pada suatu hari ada dua orang lelaki yang tidak ada bezanya dengan lelaki lain, minta izin masuk kepada penjaga penjaga itu, untuk bertemu dengan Daud. Setelah aturan itu diterangkan oleh penjaga, tetapi kedua orang lelaki ini mendesak mahu bertemu. Bagaimana juga desakan dan permintaannya ini, tidak dapat dikabulkan oleh penjaga penjaga itu. Tetapi hairan, keadaan yang sangat luar biasa, yang belum pernah terjadi. Dengan keadaan pintu tertutup, tiba tiba kedua orang itu sudah sampai saja di hadapan kamar Nabi Daud, lantas masuk menemui Daud. Memang kedua lelaki itu bukanlah manusia biasa, keduanya Malaikat yang diutus Allah berbentuk manusia untuk mendatangi Daud dan memberikan peringatan dan pengajaran kepada Daud. Alangkah terkejutnya Daud dengan kedatangan kedua tamu itu ke dalam kamarnya sendiri, sedang dia sendiri tidak pernah mengizinkan masuknya kedua orang itu. Kedua Malaikat itu segera duduk di dekat Daud dan berkata: Jangan takut hai Daud, kami ini dua orang bersaudara yang bertentangan satu sama lain. Maka berilah kami hukuman yang benar, atas pertentangan dan perselisihan kami, tetapi jangan dihukum dengan cara yang tidak adil. Tunjukilah kami kepada jalan yang sebaik baiknya. Daud tidak dapat menolak perkara yang sudah ada dihadapannya itu, sekalipun hari itu bukan harinya perkara. Dia bersiap untuk menjatuhkan putusan hukum terhadap dua orang yang berselisih itu. Setelah mendengarkan keterangan keterangan yang diperlukan dalam perkara ini, akhirnya seorang diantara kedua orang itu berkata kepada Daud: Saudara saya ini mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing dan saya hanya mempunyai seekor kambing. Tetapi saudara saya ini menuntut kepada saya untuk mengambil kambing saya itu, agar kambingnya genap menjadi seratus, sedang saya tak mempunyai kambing sama sekali. Tuntutan ini sudah beberapa kali saya tolak, tetapi dia

Page 5: Kisah Nabi

membantah dengan kata kata yang fasih, sehingga saya kalah tentang kefasihannya itu. Setelah mendengarkan itu semua, Daud lalu menghadapkan mukanya kepada yang seorang lagi dan bertanya kepadanya tentang duduk perkara yang sebenarnya. Orang itu menjawab, bahawa memang dia sudah mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing dan lagi seekor kepunyaan saudaranya itu, agar cukup kambingnya berjumlah seratus ekor. Mendengar keterangan itu, merah padamlah muka Nabi Daud kerana marahnya; dengan badan gementar dan suara yang keras, dia berkata kepada orang yang menuntut itu: Tuntutanmu itu tidak baik, kalau engkau tetap menuntut begitu, akan kami pukul dahi dan hidungmu itu. Baru saja Daud berkata demikian Malaikat itu berkata: Engkau seharusnya yang lebih baik dipukul, sebab engkau sudah mempunyai sembilan puluh sembilan orang isteri, lantas mengambil isteri Oria bin Hannan yang hanya mempunyai isteri seorang itu saja. Mendengar kata kata yang terang dan tepat itu, Nabi Daud tunduk kepalanya, gementar badannya, terbuka kepadanya hakikat keadaan yang dihadapinya itu, bahawa yang dihadapinya itu adalah dua orang Malaikat yang diutus Allah untuk membetulkannya dan menunjukinya. Daud lalu tunduk dan sujud minta ampun kepada Tuhan, atas kekeliruannya, Allah segera memberi ampun dan taubat buat Daud, dengan berkat petunjuk petunjuk dan peringatan peringatan dari Allah Taala. Tuhan memperlihatkan kepada manusia dan Daud sendiri, bahawa baik soal kecil apa lagi soal besar, tetap diperhatikan oleh Allah. Bukan saja terhadap manusia biasa, tetapi juga terhadap orang orang pilihan Allah, Nabi nabi Mulia dan Rasul rasul yang Suci, dengan tidak diperbezakan sedikitpun antara Nabi dan manusia biasa, antara raja dan rakyat biasa. Hanya bezanya, para Nabi itu senantiasa dapat menerima ajaran Allah dan menjalankannya dengan baik dan patuh, sedang manusia biasa kadang kadang engkar dan tidak ambil peduli semua petunjuk yang baik baik itu.

Berbagai bagai pendapat telah dikemukakan para ahli tafsir mengenai cerita perkahwinan Nabi Daud dengan Sabiq ini. Ada yang mengatakan bahawa Nabi Daud mengahwininya setelah yakin bahawa suaminya telah lama mati di medan perang. Pendapat yang lain mengatakan pula bahawa setelah suami Sabiq hilang tanpa berita demikian lama, maka di anggaplah talaknya telah gugur, barulah dikahwini Nabi Daud. Ada juga yang mengatakan bahawa peraturan zaman itu tidak melarang seorang lelaki melamar seorang perempuan yang telah bersuami asalkan si perempuan itu ingin kepada lelaki yang melamarnya, lalu di mintakan fasakhnya. Bahkan ada pula para mufassir yang menolak sama sekali berita perkahwinan Nabi Daud dengan Sabiq itu dan dianggap berita itu

sebagai cerita cerita dongeng israeliyat yang tak patut dipercayai juga.

PERISTIWA HARI SABTU

Sejak dahulu sudah ditetapkan Allah satu hari dalam se minggu, di hari semua orang diwajibkan berkumpul menjalankan ibadat bersama sama dan menerima tuntunan Allah dengan perantaraan Nabi dan RasulNya masing masing. Tetapi entah kerana apa, di zaman Nabi Musa kaum Bani Israel sama bermohon, agar hari itu dijadikan hari Sabtu saja. Keinginan mereka ini dikabulkan oleh Allah dan sudah tetaplah menurut syariat Nabi Musa, bahawa hari Sabtu itu adalah hari istimewa, hari mana setiap orang tidak boleh bekerja, tetapi hari itu dikhaskan hanya semata-mata untuk menyembah Allah, untuk bersyukur kepada Tuhan dan hari menerima pelajaran Tuhan atau agama. Begitulah telah menjadi adat, syariat dan tradisi bagi Bani Israel, sejak zaman Nabi Musa sampai ke zaman Nabi Daud a.s. Di sebuah kampung yang terletak di pinggir Lautan Merah, bernama kampung Allah, di mana

Page 6: Kisah Nabi

tinggal bangsa keturunan Bani Israel juga. Mereka juga menjalankan syariat yang menjadikan hari Sabtu itu semata-mata untuk beribadat saja. Kerana adat dan syariat yang sudah turun temurun begitu lama, di mana tidak seorang juga di antara manusia yang pergi ke ladang membajak, tidak seorang juga pergi ke pasar berniaga, tidak seorang juga pergi ke laut menangkap ikan, maka syariat Bani Israel itu menyebabkan timbulnya sebuah tradisi pada ikan yang hidup di dalam laut di sekitar desa itu. Tidak begitu jauh dari pantai di desa itu, ada dua buah batu besar yang putih warnanya di dalam laut. Saban hari Sabtu, bukan main banyaknya ikan ikan besar yang lalu dan bermain main di antara dua buah batu besar itu. Rupanya ikan ikan itupun sudah tahu, bahawa kalau mereka berman main di situ pada hari Sabtu, tidak seorang juga manusia yang menangkap mereka, sedang di hari-hari yang lain, tidak ada se ekor pun di antara ikan ikan itu yang muncul di situ, kerana bila ada se ekor saja, sudah pasti akan ditangkap oleh manusia untuk menjadi makanannya yang paling enak. Di hari hari selain hari Sabtu mereka hampir seluruhnya pergi ke laut menangkap ikan. Dari hari ke sehari, tahun ke tahun, makin banyak juga ikan ikan besar Lautan Merah yang melancung pada tiap hari Sabtu ke antara dua batu besar itu. Hal ini akhirnya menerbitkan selera bangsa Bani Israel yang tinggal di desa itu. Nafsu tamak dan keinginan untuk memakan daging ikan yang besar-besar itu, menyebabkan mereka lupa kepada ajaran agama mereka sendiri. Mereka berkumpul bermesyuarat, bertukar fikiran. Mereka berkata: Kenapa kita biarkan saja ikan ikan besar sebanyak itu berkeliaran di hadapan kita di hari Sabtu ini. Sedang di hari hari lainnya, kita bermati matian ke tengah laut yang luas mencari ikan dengan bersusah-payah, kadang-kadang dengan mengorbankan jiwa kita sendiri. Alangkah baiknya kalau di hari Sabtu itu, kita tangkap semua ikan yang lalu antara dua buah batu itu, kita pasti akan mendapatkan ikan sebanyak banyaknya dengan jalan yang amat mudah. Fikiran ini lekas diterima oleh lain-lain orang di kampung itu, kecuali beberapa orang saja yang tetap beriman dan tidak sudi melanggar aturan agama. Begitulah setiap hari Sabtu penduduk kampung itu bersama sama menangkap ikan di antara dua buah batu besar itu dengan mudah sekali. Hasil mereka sehari itu jauh lebih banyak dari hasil mereka di hari hari lainnya yang enam hari itu. Alangkah senang hati mereka mendapat akal yang demikian itu. Dengan akal ini, maka hari Sabtu itu sudah mereka robah, bukan untuk menyembah Allah lagi, tetapi mereka jadikan hari melupakan Allah, hari beriang gembira, makan makan besar dengan ikan ikan besar yang mereka dapati di hari Sabtu yang istimewa itu. Di hari Sabtu itulah mereka makan seenak enaknya dan sebanyak banyaknya, dengan daging ikan ikan besar yang berbagai-bagai pula macam ragamnya. Setelah pekerjaan mereka itu diketahui oleh orang orang yang beriman, mereka memberikan nasihat kepada yang melanggar aturan agama itu. Tetapi nasihat ini tidak masuk lagi ke dalam hati mereka. Akhirnya oleh golongan yang beriman, diadakan tindakan kekerasan untuk menginsafkan orang orang yang sudah sesat itu. Dengan kekuatan senjata, mereka jaga agar jangan sampai ada seorang juga di antara penduduk yang menangkap ikan di hari Sabtu itu. Tetapi mereka yang ingkar dan sesat itu sama sama memprotes keras: Kampung ini bukan kepunyaanmu saja, kami juga turut berhak atas kampung ini. Tetapi kenapa kamu melarang kami berbuat apa yang kami inginkan di kampung kami sendiri? Kami merdeka berbuat itu

Page 7: Kisah Nabi

semua, apalagi mencari rezeki yang berupa makanan itu. Atau kalau kamu tidak suka kami mengerjakan apa yang kami perlukan, lebih baik kampung ini kita bagi dua saja. Setengahnya untuk kami, kami merdeka berbuat apa saja yang kami kehendaki di kampung bahagian kami dan setengah lagi untukmu dan kamu merdeka pula berbuat apa saja yang kamu kehendaki atasnya. Untuk menghindarkan selisih dan pertumpahan darah, orang orang yang beriman akhirnya suka kalau kampung itu di bagi antara kedua golongan itu. Kampung itu lalu di bagi dua. Kedua golongan disetiap kampung itu, kini merdeka berbuat sekehendak hati masing masing. Golongan yang sudah sesat itu berkecimpungan dengan keingkaran, mereka telah melupakan Tuhan dan makan makan besar setiap hari Sabtu, yang oleh Allah telah ditetapkan hanya untuk beribadat kepadaNya itu. Adapun orang-orang yang beriman selalu menasihatkan kepada sesama mereka, agar jangan meniru perbuatan salah dari orang-orang yang sesat itu, kerana itu akan berakhir dengan dosa dan petaka yang diakhiri dengan seksaan Allah yang sebesar-besarnya, Setelah semua anjuran itu oleh golongan yang sesat itu tidak di acuhkan sama sekali, akhirnya perbuatan mereka itu dibiarkan saja, diserahkan kepada Tuhan saja untuk menghukumnya. Tetapi Nabi Daud tidak mahu membiarkan begitu saja orang melanggar perintah Allah. Nabi Daud terus menerus menasihati mereka, agar mereka kembali kepada ajaran Nabi dan agamanya. Tetapi mereka hanya menggelengkan kepalanya, bahkan mengejek ejek. Akhirnya Nabi Daud tidak dapat membiarkan dan tidak dapat pula memberi nasihat lagi. Masalah ini diserahkannya kepada Allah semata mata, dengan doa agar Allahlah yang mengajari orang orang yang sudah sesat itu. Orang-orang yang ingkar itu rupanya menjadi semakin ingkar dan semakin tamak dalam hidupnya, akhirnya mereka mengerjakan segala macam dosa dan noda dalam hidupnya. Tabiat mereka berubah menjadi saperti kera atau beruk, tidak tahu akan halal dan haram, tidak kenal akan permatang atau pagar. Akhirnya bukan hanya tabiatnya saja yang jelek begitu rupa, tetapi rupa dan bentuk mereka juga jadi memburuk. Tabiat yang kasar dan dosa yang terlalu banyak, telah merobah bentuk rupa mereka juga, menyerupai kera atau beruk, menjadi binatang lata. Pada suatu hari terjadilah gempa besar di desa itu. Dengan gempa besar itu, semua kaum Mukminin, sama keluar dari rumah rumah mereka minta perlindungan dari Allah. Adapun orang orang yang sudah sesat itu, masih tetap makan-makan besar dengan hasil penangkapan ikan mereka di hari Sabtu itu. Akhirnya datang lagi gempa yang kedua, ketiga, keempat berturut turut tidak putus putusnya, yang semakin hebat dan dahsyat juga. Dengan gempa dahsyat itu, lenyaplah semua orang yang ingkar itu terpelanting ke dalam laut, di timpa oleh batu batu dan rumah rumah yang runtuh, sedang orang orang yang beriman tetap selamat, berkat perlindungan dari Allah

NABI NOHPENCIPTA KAPAL PERTAMA

Kalau benarlah apa yang di katakan oleh Hisyam bin Muhammad bin as-Saib al-Kalby, bahawa Adam dan Hawa mula pertama diturunkan Allah ke

Menurut at-Tabary, nama-nama tersebut sesudah ditaarifkan, iaitu dibahasa-Arabkan, iaitu sesudah dilbranikan

Nabi Noh menambah lagi dengan sabar: Sungguh kamu orang-orang yang bodoh sekali, kamu

Page 8: Kisah Nabi

permukaan bumi, di daerah pergunungan yang paling subur bernama Gunung Nut, India. Sedang menurut Ahmad Zaky, Gunung Nut itu nama aslinya adalah Gunung Rahun, dimana Adam pertama kali diturunkan. Di sanalah Adam dan Hawa hidup dan berketurunan. Di antara keturunan Adam dan Hawa ada yang hidup berpindah randah, tentu saja dengan tujuan mencari tempat yang lebih baik, udara yang lebih nyaman, atau penghasilan yang lebih mudah mendapatkannya. Dengan jalan begitu, manusia makin lama makin banyak jumlahnya, dan daerah yang mereka tempati semakin luas pula, berkembang ke Timur dan ke Barat, ke Utara atau ke Selatan. Beberapa abad kemudian, dunia ini menjadi ramai dan semakin ramai. Pada abad pertama sampai kelima menurut Said yang diambil dari perkataan Qatadah (Sahabat Rasulullah s.a.w.), mereka boleh dikatakan hidup dalam keadaan aman dan tenteram, dengan kepercayaan yang benar sesuai dengan ajaran Adam dan Hawa yang sangat giat menunjuki akan anak turunan-nya agar jangan sampai tersesat dan celaka, seperti apa yang sudah terjadi antara adik dan kakak yang bernama Qabil dan Habil. Tetapi dalam abad-abad yang berikutnya, iaitu kira-kira pada turunan yang kelima atau keenam dari Adam dan Hawa, mulailah timbul kerosakan dalam kepercayaan mereka. Ajaran Adam dan Hawa nenek moyang mereka, sudah mereka lupakan. Lalu timbullah berbagai-bagai kerosakan, kekacauan atau

dari bahasa aslinya. Pada abad kedua, cara membesarkan dan menghormati patung-patung itu makin ditingkatkan. Dalam pada itu timbullah berbagai bagai cerita dongeng tentang patung patung atau berhala berhala tersebut, cerita-cerita yang sangat mempengaruhi jiwa manusia yang mendengarkannya. Dalam abad ketiga, mulalah timbul dogma-dogma, mitos atau kepercayaan-kepercayaan yang bersifat mistik. Mereka katakan, bahawa nenek-moyang kita sampai menghormati patung patung itu, karena dengan penghormatan itu patung-patung tersebut dapat mendatangkan manfaat dan syafaat bagi mereka. Lalu patung-patung itu mereka sembah, mereka puja-puja. Timbullah kepercayaan menyembah patung-patung, dan patung-patung itulah tuhan, kata mereka. Berkata Ibnul Kalby dari Ibnu Salih, bahawa menurut Ibnu Abbas r.a. antara Adam dan Noh adalah 12 abad lamanya. Dan di abad kedua belas sesudah Adam ini, seluruh manusia sudah menyembah patung-patung tersebut. Kerananya Allah lalu mengutus Nabi Noh a.s. untuk memperbaiki keadaan mereka

minta seksaan Allah, bukan rahmat Allah yang kamu tuntut. Ketahuilah bahawa Allah kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kalau Allah menghendaki akan diseksanya kamu, dan kalau Allah suka datanglah seksaan itu selekas-lekasnya kepada kamu, dimana kamu pasti menyesal nanti. Sehabis perdebatan itu, Nabi Noh selamanya bermunajat dan berdoa kepada Allah, mengemukakan perasaan hati dan bermohon ampun atas kelemahannya, minta petunjuk petunjuk yang baru, sambil mengeluh dan mengadu. Akhirnya Allah menurunkan wahyu kepada Noh: Tidak akan beriman kaummu itu selain orang-orang yang telah beriman itu, dan janganlah kamu berputus asa atas apa apa yang mereka perbuat. Sehabis berjuang dan berusaha, dengan kesabaran yang ada padanya, akhirnya Nabi Noh berdoa kepada Allah: Ya Allah, janganlah dibiarkan tinggal di bumi ini orang-orang yang engkar seorang pun, sebab kalau engkau biarkan mereka tinggal, mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka akan menurunkan

Page 9: Kisah Nabi

perselisihan antara mereka. Diriwayatkan oleh Atiyah dari Ibnu Abbas r.a., bawah manusia di saat wafatnya Adam semuanya baik dan beriman, tetapi kemudian hampir seluruhnya menjadi seperti binatang binatang yang tidak mempunyai akal. Dan karena itulah Allah lalu mengutus Nabi-nabi dan Rasul-rasul, untuk membimbing mereka, dengan memberi khabar gembira dan ancaman. Nabi pertama yang diutus Allah, iaitu Nabi Idris a.s. kira-kira dalam abad keenam sesudah Adam. Tetapi Nabi Idris ini mereka dustakan, sampai Nabi Idris ini diangkatkan Allah ke Tempat Tinggi (wafat). Sepeninggalan Nabi Idris a.s., di antara manusia yang hidup kafir dan jahat seperti binatang itu, ada pula beberapa orang yang hidup secara baik, sehingga mereka dicintai oleh kaum kerabat dan orang orang yang ada di sekitar mereka. Di antara mereka itu ada lima orang yang amat masyhur, iaitu yang bernama: Wad, Suwaa, Yaghuth, Yauuq dan Nasr. Menurut Hisyam, kelima-lima orang yang baik ini mati serentak berturut turut dalam satu bulan, sehingga menyebabkan kegemparan yang amat sangat bagi keluarga dan orang-orang yang mencintai mereka itu. Kemudian salah seorang dari kerabat yang sangat cinta mengusulkan kepada teman-teman dan kaum kerabat, agar bagi kelima orang baik yang telah meninggal dunia itu, dibuatkan gambar berupa patung yang menyerupai mereka, sekadar untuk kenang kenangan supaya melepaskan teragak atau rindu hati terhadap masing-masing mereka. Usul ini

yang sudah rosak itu.

Menurut al-Quran, umur Nabi Noh ini 950 tahun. Nabi Noh diutus Allah menjadi Nabi dan Rasul ketika berumur 480 tahun, sampai wafatnya, iaitu dalam masa 500 tahun atau 5 abad lamanya. Nabi Noh a.s. dengan segiat-giatnya, tanpa mengenal lelah, siang dan malam, terus-menerus mencuba membelokkan kaumnya dari kekafiran menyembah patung-patung tersebut. Tetapi amatlah sulitnya, terlalu sedikit hasilnya. Dalam masa 5 abad itu, hanya berhasil mendapatkan pengikut 70 atau 80 orang saja, yang semuanya terdiri dari orang-orang yang lemah dan melarat saja. Nabi Noh itu adalah seorang fasih berkata kata, tajam pemikiran atau akalnya, dapat menangkis kalau berdebat, bersifat sabar dan tenang. Sungguhpun begitu, setiap kali Nabi Noh membawa mereka kepada menyembah Allah, maka mereka menentangnya; setiap diperingatkan akan azab dan seksa Tuhan, mereka menutup anak telinga masing-masing; saban diberi khabar suka dengan Syurga Allah, bahkan mereka menyombong dan mengejek serta mencuba membantah seruan Nabi Noh. Dengan sabar dan tak

turunan yang jahat dan engkar saja. Doa Nabi Noh ini didengar oleh Allah, dan dikabulkanNya, lalu berfirman: Engkau perbuatlah kapal dengan pertolongan dan petunjuk-petunjuk Kami dan janganlah engkau pohonkan pertolongan kepadaKu tentang nasib orang-orang yang zalim itu, mereka semuanya akan tenggelam. Nabi Noh mulai membina kapal dengan mempergunakan kayu dan paku, di suatu tempat dekat kota. Dan tiap orang yang lalu di tempat itu, selalu mengejek dan memperolok-olokkannya dengan berbagai bagai kata dan bicara, Ada yang berkata: Engkau selama ini, hai Noh, mendakwakan yang engkau Nabi dan Rasul; kenapa had ini kami lihat engkau menjadi tukang kayu? Apa engkau sudah bosan menjadi Nabi dan ingin menjadi tukang kayu? Ada pula yang mengejek: Apa gunanya kapal yang engkau buat itu, sedang di sini tidak ada laut dan sungai? Apakah engkau akan tarik dengan lembu kapal itu atau akan engkau terbangkan di udara? Di bawah serangan ejekan itu Nabi Noh terus bekerja dan

Page 10: Kisah Nabi

diterima orang banyak dengan gembira. Lalu di carilah orang-orang yang pandai menggambar dan mematungkannya. Mereka buatlah lima patung (berhala) yang pertama di dunia ini, yang masing-masingnya mereka beri nama dengan nama nama dari orang yang meninggal itu, iaitu Wad, Suwaa, Yaghuth, Yauuq dan Nasr. Begitulah, patung-patung itu sering mereka datangi untuk melihatnya, mereka hormati, kadang-kadang dengan upacara-upacara tertentu. Demikianlah terjadi pada abad pertama.

putus asa, Nabi Noh menghadapi mereka. Bukan sekali dua kali, bukan dalam waktu sebulan-dua bulan, atau setahun-dua tahun, tetapi dalam waktu berpuluh, bahkan beratus tahun. Hampir seluruh umur yang diberikan Allah kepada Nabi Noh yang lamanya 950 tahun itu, dipakaikan dengan segiat giatnya untuk membelokkan kekafiran kaumnya itu. Dengan kesabaran dan keterangan-keterangan yang terang dan jelas elas, dengan kepandaian berkata dan berbicara, dengan membawakan alasan-alasan yang lengkap. Langit dan bumi, siang dan malam, laut dan darat, dipergunakan Nabi Noh sebagai alasan dan bukti atas keagungan Allah atas kekuasaanNya, dan atas keesaan Allah.

Sedikit sekali mereka yang percaya kepada Noh dan mengiakan pelajarannya. Tidak sesuai dengan jumlahnya manusia, tidak cocok dengan kegiatan dan kebijaksanaan yang sudah diberikan Nabi Noh. Tidak lebih jumlah mereka yang menurut ini daripada 80 orang saja. Yang lain tetap engkar, tidak percaya, tetap mem-bantah dan membesarkan diri, mengejek dan lain-lain sebagainya.

hanya berkata: Bila kamu tetap mengejek kami, kami akan mengejek kamu pula nanti sebagai kamu mengejek kami ini, dan akan kamu ketahui sendiri nasibnya orang-orang yang kena seksa itu, sedang seksaan itu akan terjadi. Noh dan pengikutnya terus bekerja, sehingga sempurnalah pembikinan kapal itu. Hanya sekarang menunggu bagaimana perintah Allah selanjutnya. Dalam pada itu Tuhan telah mewajibkan kepada Noh, agar bila seksa itu telah datang, Noh dan pengikut-pengikutnya segera naik ke kapal itu, dengan membawa semua orang yang beriman dan binatang ternaknya yang berpasang-pasangan. Terbukalah pintu-pintu langit, sehingga dari langit itu tercurah air sebesar-besarnya jatuh ke bumi, sedang dari bumi terpancar sumber-sumber air yang besar-besar, sehingga dalam sebentar waktu permukaan bumi digenangi air banjir yang luar-biasa hebatnya, menggenangi tanah yang tinggi dan yang rendah. Air banjir semakin naik juga sehingga telah mencapai rumah-rumah dan bukit-

Page 11: Kisah Nabi

Reaksi dari mereka yang engkar itu bukan semakin berkurang, malah bertambah hebat dan meningkat juga. Mereka berkata ke-pada Nabi Noh: Bukankah engkau manusia biasa seperti kami juga, buat apa kami mengikuti engkau. Kalau diutus kepada kami seorang Malaikat, barangkali dapat kami mengikutnya, mengiakan katanya. Bukankah orang-orang yang mengikuti engkau itu, orang-orang yang rendah dan bodoh belaka. Sedangkan kami ini orang orang yang mulia, berkedudukan dan pekerjaan yang tinggi-tinggi, tidak mengharapkan fikiran dan pertolongan orang lain, cukup kepandaian dan kepintaran Engkau sendiri, ya Noh, bukan lebih dari kami tentang harta, tentang akal dan fikiran, tentang pemandangan, bahkan engkau kami pandang orang yang dusta. Semua itu dijawab oleh Nabi Noh dengan jawapan yang tegas tepat, dengan keterangan-keterangan yang dapat melemahkan dan mengalahkan hujah mereka: Dapatkan gerangan kamu memutar jalan matahari dengan kepandaianmu, atau mencapai bintang dengan tanganmu? Dapatkah kamu

bukit, sedang Nabi Noh dan pengikut-pengikut-nya sewaktu itu telah berada di atas kapal yang mereka perbuat selama ini. Dengan kegemparan yang luar biasa, manusia manusia engkar itupun berlompatan ke sana-sini tidak keruan tujunya sebagai se gerombolan keldai dikejuti singa, berteriak melolong lolong, menghindarkan diri masing-masing dari bahaya maut, Ada yang naik ke atas atap rumah rumah tetapi tercapai juga oleh air banjir, ada yang naik memanjat batang kayu yang tinggi, tetapi akhirnya tenggelam juga, ada pula yang berenang menuju ke bukit yang tinggi-tinggi yang menurut kiranya tidak akan tercapai oleh banjir yang bagaimana hebatnya. Ketika Nabi Noh berdiri di tempat yang tertinggi di atas kapalnya, mata Nabi Noh terpandang kepada seorang anaknya yang bernama Kanan, anak yang engkar yang tidak tunduk kepadanya sedang berjuang dengan maut menggabai-gabai mencari tempat yang tinggi. Cinta kepada anak memaksa Noh memanggil anaknya yang

Page 12: Kisah Nabi

beroleh terang kalau tidak karena matahari yang diciptakan Allah. Dapatkah kamu hidup kalau tidak dengan udara yang dijadikan Allah? Mereka menjawab lagi dengan sanggahan yang baru dan dibuat-buat: Kalau engkau benar-benar orang yang mencintai sesama manusia, cintailah orang-orang yang telah mengikutimu itu saja, sedang kami biarkanlah saja, karena kami tidak akan dapat mengikuti jejak mereka, kami tidak dapat menganut agama yang mereka anut yang engkau ajarkan itu, dimana disamakan sang raja raja dengan rakyat murba, orang-orang yang mulia dengan orang yang hina-dina, orang yang kaya dengan orang-orang yang miskin. Nabi Noh menjawab: Bahawa agama ini buat kamu sekalian, dengan tidak mengecualikan yang pintar dan yang bodoh, yang jadi raja dan yang jadi budak, yang berkuasa dan dikuasai, yang kaya dan yang miskin. Debat ini bertambah sengit juga. Noh menghadapinya dengan sabar dan tenang saja, tetapi mereka rupanya telah sempit dada, lalu berkata kepada Noh: Hai, Noh, engkau sudah debat kami, dan telah lebih dari cukup banyaknya,

malang itu, panggilan yang penghabisan: Hai, anakku! Mari bersama kami, janganlah engkau bersama orang-orang yang kafir itu ! Seruan yang penghabisan di saat yang genting begitu rupa itupun tidak dapat diterima oleh otak dan perasaan anak yang derhaka itu, karena ia masih percaya akan dapat menghindarkan dirinya dari seksaan yang nyata itu dengan kekuatan dan fikiran yang ada padanya. Seruan bapaknya itu dijawab dengan sombong pula: Saya akan mencapai puncak gunung yang tinggi itu, sehingga saya akan terlepas dari banjir ini. Noh berkata lagi kepadanya, ya karena cinta kepada anak sendiri: Hari ini tidak ada yang dapat melindungi dari seksa, selain Tuhan Yang Maha Pengasih. Anak itupun lenyap ditelan ombak yang sedang bergulung gulung, tinggallah Nabi Noh melihat dengan sedih dan berkata: Ya Allah, bukankah anakku itu termasuk keluarga saya sendiri? Allah menurunkan ilham kepada Noh, bahawa anak itu bukan ahlimu lagi dan tidaklah termasuk menjadi keluargamu siapa

Page 13: Kisah Nabi

datangkanlah kepada kami (seksa) yang engkau katakan itu, kalau engkau orang yang benar.

saja yang kafir dan derhaka: Kami hanya berhak menolong orang orang yang iman saja. Allah ilhamkan pula kepada Noh, agar Nabi Noh jangan minta minta lagi kepada Tuhan tentang apa yang tidak diketahuinya dengan berfirman: Aku ajari engkau (ya Noh) tentang apa yang engkau masih jahil. Nabi Noh insaf akan ajaran yang di terimanya dari Allah lalu menengadahkan kedua telapak tangannya bersyukur kepada Allah yang telah memelihara kaumnya yang beriman terlepas dari seksa, lalu Nabi Noh bermohon ampun atas segala dosa dan kesalahannya: Aku berlindung diri kepadaMu, ya Tuhanku, atas apa-apa yang sudah saya mohon yang saya sendiri tidak tahu betul, dan kalau Engkau tidak beri ampun atas saya, sungguh saya akan tergolong orang orang yang merugi. Banjir dahsyat dan gelombangnya yang bergulung itu telah dapat menelan semua manusia yang engkar. Langit mulai tertutup dan berhenti mencurahkan air, sedang bumi telah menghisap semua air yang ada di atas

Page 14: Kisah Nabi

datarannya. Kapal Nabi Noh terhenti di atas puncak Gunung Judy yang sampai sekarang orang-orang pintar sedang mencari bekas bekasnya. Nuh dan pengikutnya kembali ke kampung-halamannya menghirup udara baru yang penuh dengan berkat dan pertolongan Allah.

Secara peribadi pula, saya memandang kehadiran Gautama Buddha yang bernama Putera Siddharta itu bukanlah membawa satu agama baru ke India, sebaliknya sebagai pentajdid agama tauhid sebelumnya iaitu agama yang kemudiannya dijenamakan sebagai ‘Hindu’. Saya lebih senang menyebut agama tauhid ini sebagai agama Weda, iaitu ajaran-ajaran asal yang kemudiannya dikitabkan. Ajaran agama Weda itu sudah mengalami kerosakan dan kekeliruan kerana sikap manusia dan usia agama itu sendiri yang sudah lama. Dengan itu Tuhan mengutus pembaharunya iaitu Gautama Buddha.

Samalah halnya seperti ajaran Nabi Adam yang rosak diperbaharui oleh Nabi Nuh selepas banjir besar. Ajaran Nuh yang rosak pula diperbaharui oleh Nabi Ibrahim. Ajaran Ibrahim diperbaharui oleh Musa. Ajaran Musa diperbaharui oleh Nabi Isa. Ajaran Musa dan Isa dan seluruh ajaran di serata dunia diperbaharui oleh Nabi Muhammad saw. Semua mereka tidak membawa agama baru tetapi agama tauhid sebagaimana asalnya. Cuma yang berubah sedikit ialah dari segi syariat agama-agama itu yang ada perbezaan yang Tuhan sesuaikan dengan kehendak-kehendak zaman dan tempatan. Semua mereka membawa Islam walaupun jenama ‘Islam’ itu muncul pada zaman Muhammad saw.

KITAB AGAMA BUDDHA

Cenderawasih bertanyakan saya tentang kitab agama Buddha. Memang ada kitab-kitabnya dan yang paling utama ialah kitab Tripitaka (Tiga Keranjang). Jika dibandingkan dengan agama Islam, kitab Tripitaka ini bolehlah ditarafkan sebagai hadis atau sunnah Rasulullah saw kerana kitab ini mengandungi perkara-perkara yang pernah dicakap, pernah dibuat dan pernah diakui oleh Gautama Buddha. Samalah dengan hadis dalam agama Islam iaitu perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi

Page 15: Kisah Nabi

Muhammad. Sama seperti hadis juga, kitab Tripitaka ini disusun lama selepas kematian nabinya.

Dari SATU SUDUT, kitab Tripitaka tidaklah sekufu dengan kitab suci al-Quran kerana Tripitaka bukanlah perkataan Tuhan (wahyu) tetapi hadis Sang Buddha. Manakala kitab Bible pula sudah bercampur antara wahyu Tuhan, hadis para nabi dan tulisan para sejarahwan.

Buddha berdakwah selama lebih kurang 45 tahun. Sepanjang tempoh itu ajarannya tidak ditulis. Dakwah dilakukan secara lisan hasil hafazan dan ingatan para pendakwah.

PERSIDANGAN PERTAMA

Pada tahun 483 SM, para sami Buddha yang bersedih atas kematian Buddha dikejutkan dengan perlakuan seorang sami bernama Subhadda. Subhadda ini merupakan sami yang paling lewat menjadi sami. Dia mengatakan:

“Teman-teman, janganlah berasa kesal. Berhentilah menangis. Sekarang Sang Buddha sudah meninggal dunia. Kitalah yang berkuasa. Kini kita dapat berbuat dan bertindak sesuka hati kita. Lebih baiklah kamu semua bersuka ria atas KEMERDEKAAN kamu daripada kamu berduka cita.”

Para hawari Buddha sangat terkejut dengan syor Subhada ini yang tidak lain adalah saranan supaya ajaran Buddha dibatalkan memandangkan dia sudah meninggal dunia. Hal yang sama berlaku kepada ajaran Nabi Isa as. Sebelum Nabi Isa diangkat oleh Allah, dia dikhianati oleh hawari paling akhir daripada 12 orang hawari iaitu Yahuza/ Judas sehingga Nabi Isa dihukum salib. Tempat Judas kemudiannya didakwa digantikan oleh St. Paul sebagai hawari terakhir. St. Paul pula bertindak membatalkan begitu banyak ajaran Taurat dan Injil yang dipegang oleh Isa as hinggalah ajarannya berubah menjadi agama Kristian.

Para sami Buddha sudah nampak betapa bahayanya jika ajaran-ajaran Buddha tidak diselamatkan. Oleh itu, satu perhimpunan yang dihadiri oleh 500 orang sami diadakan untuk mengingat dan menyeragamkan ajaran Buddha sebelum ia menjadi tidak asli. Majlis ini berlangsung selama tujuh bulan. Beberapa orang sami utama termasuklah murid kesayangannya bernama Ananda menyampaikan ajaran Buddha SECARA LISAN untuk dihafal ataupun diingati oleh para sami.

Ringkasnya, setakat tarikh itu ajaran asli Buddha bolehlah dikatakan terpelihara.

Dalam agama Islam, sebaik-baik sahaja Nabi Muhammad wafat, muncul segolongan yang membatalkan syariat Islam seperti pembayaran zakat. Pengganti baginda iaitu Khalifah Abu Bakar bertindak bijak lagi pantas dengan terus ‘mencantas’ golongan ini. Dengan itu agama Islam diselamatkan serta-merta. Virus perosaknya dihapuskan.

Page 16: Kisah Nabi

PERSIDANGAN KEDUA

100 tahun selepas itu, diadakan sidang yang kedua. Kali ini ia dihadiri oleh 700 orang sami dan berlangsung selama lapan bulan. Persidangan ini dilakukan kerana ajaran Buddha yang asli sudah ada yang terseleweng. Hal ini kerana ada antara sami yang hadir dalam persidangan kali pertama tidak bersetuju dengan beberapa keputusan sidang pertama itu. Mereka kemudiannya menyebarkan ajaran Buddha tanpa mengikut keputusan sidang pertama. Ajaran ini kemudiannya semakin meluas dan mengancam kelangsungan ajaran Buddha yang asli.

Sekali lagi hadis-hadis Buddha diulangkaji, disampaikan SECARA LISAN dan dihafal oleh para sami. Tidak ada sebarang catatan dibuat. Dakwah disampaikan melalui lisan semata-mata.

PERSIDANGAN KETIGA

Pada tahun 269 SM, Asoka menjadi maharaja yang masyhur. Dia memeluk agama Buddha dan berusaha menyebarkan ajaran ini. Saya berpandangan hal ini ada kaitan dengan politik. Kemungkinan Asoka menjadikan agama sebagai alat untuk mengukuh dan meluaskan pengaruh politiknya.

Ketika itu para sami Buddha sudah berpecah kepada belasan mazhab. Ada antaranya yang bermusuhan. Asoka yang melihat situasi ini boleh melemahkan kekuasaannya berusaha mengadakan sidang kali ke-3. Semua mazhab menghantar sami-sami mereka.

Jika kita perhatikan, sidang ini tidak ubah seperti Sidang Nicea dalam agama Kristian yang diadakan 300 tahun selepas zaman Jesus. Pemerintah pula melihat agama sebagai satu alat untuk tujuan-tujuan politik mereka lalu mereka mengacu agama yang ada mengikut acuan mereka. Kemudian ajaran Jesus yang mereka pilih itu diwartakan sebagai ‘ajaran Jesus’. Mana-mana ajaran yang tidak mereka pilih diwartakan sebagai sesat.

Hal inilah yang berlaku pada zaman Asoka. Mana-mana mazhab Buddha yang tidak dipersetujui pemerintah dikira sebagai sesat. 60,000 daripada penganut ajaran Buddha diwartakan sebagai murtad. Boleh jadi mereka yang 60,000 ini membawa ajaran Buddha yang asal, tidak mustahil. Dalam Persidangan Nicea, penganut ajaran Jesus yang menyembah 1 Tuhan (Unitary) diisytiharkan sesat manakala yang menyembah 3 Tuhan dalam 1 (Trinity) diwartakan sebagai penganut asli.

Dalam persidangan ke-3 ini, sekali lagi ajaran-ajaran Buddha dibincang dan disampaikan secara lisan, dan sudah ada penambahan kepada ‘kitab lisan’ ajaran Buddha. Sebelumnya, sejak zaman Ananda kitab lisan ini mempunyai 2 bahagian sahaja iaitu Sutta dan Winaya. Namun kali ini, Asoka menambahkan satu lagi bahagian iaitu Abhidhamma. Ketiga-tiga bahagian ini menjadi ‘kitab secara lisan’ ajaran Buddha dan dinamakan

Page 17: Kisah Nabi

Tripitaka (Tiga Keranjang). Tidak mustahil juga ajaran-ajaran dalam dua bahagian pertama itu turut dipilih-pilih ataupun diubahsuai.

Secara peribadi, saya berkeyakinan ajaran asli Buddha mula lari daripada yang asalnya secara besar-besaran pada zaman Asoka. Apabila agama dipolitikkan dengan cara yang tidak benar, begitulah jadinya.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian, pada zaman ini sudah ada ajaran-ajaran Buddha yang dituliskan tetapi bukan secara keseluruhan. Ada yang ditulis di kepingan-kepingan kayu, batu-batu dan lain-lain. Asoka sendiri mempunyai beberapa tulisan. Ada pendapat mengatakan kitab Tripitaka ditulis secara keseluruhannya pada zaman Asoka selepas perhimpunan ke-3 ini. Namun begitu tidak ada sumber-sumber kukuh untuk mengesahkannya. Apa yang pasti, memang ada orang-orang tertentu yang mencatat ataupun menyimpan sebahagian kecil ajaran Buddha ataupun huraiannya.

PENUTUP BAHAGIAN INI

Setakat ini, kesimpulannya memang ADA KEMUNGKINAN Buddha seorang nabi lagi rasul yang membawa agama tauhid. Namun seperti agama-agama tauhid yang lain (selain Islam), keasliannya tidak terpelihara hingga ke akhir zaman.

'BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw'

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

NABI HUDAlhambra Granada Sepanyol

Page 18: Kisah Nabi

Nabi Noh dan pengikut pengikutnya yang terdiri dari orang orang yang beriman telah diselamatkan Allah dari bahaya maut. Semua musuh mereka yang terdiri dari orang-orang kafir yang jahat, seluruhnya sudah musnah. Orang-orang beriman yang selamat ini, setelah berhenti banjir dahsyat itu, di bawah pimpinan Nabi Noh semakin tebal iman mereka, semakin percaya kepada Nabi Noh dan ajarannya. Mereka tidak berhenti henti mengucap syukur dan beribadat menyembah Allah yang telah menyelamatkan mereka. Makin terasa sampai sedalam dalamnya dalam jiwa raga mereka akan kebesaran Allah dan kekuasaanNya. Demikianlah berjalan beberapa abad pula lamanya. Manusia hidup rukun dan damai, iman dan taqwa, senang, tenang dan bahagia sekali.

Tetapi beberapa abad kemudian, anak cucu atau keturunan mereka, mulalah melupakan ajaran Nabi Noh dan nenek moyang mereka yang beriman itu. Mungkin karena kurangnya penerangan atau pengaruh penghidupan yang semakin meningkat, pengaruh ekonomi, keinginan-keinginan dan keperluan, ditambah lagi oleh tipu daya Setan dan Iblis yang selalu menggoda dan memperdayakan mereka. Akhirnya seluruh manusia menjadi lupa sama sekali akan Allah Pencipta yang diajarkan Nabi Noh dan nenek moyang mereka orang beriman. Setelah mereka berkembang biak menjadi manusia banyak, hidup terpancar di segenap pelosok yang berjauhan dan berdekatan, menjadi berbagai bagai suku kaum dan bangsa, antar satu sama lain sudah tak kenal mengenal lagi, masing masing golongan, suku dan bangsa berkembang menurut adat kebiasaan atau tradisi masing masing. Yang satu ingin lebih kaya, lebih kuat dari yang lain. Akhirnya yang kaya memeras terhadap si miskin, dan yang kuat menindas terhadap yang lemah. Bersamaan dengan lenyapnya keimanan terhadap Allah, lenyap pulalah ketenteraman dan keamanan, kebahagiaan dan kesenangan hidup. Lalu timbullah berbagai-bagai maksiat, kejahatan, kepercayaan yang sesat dan menyesatkan. Bila mereka sudah kacau dan tak aman lagi, kembalilah mereka ingin menyelamatkan diri masing masing. Karena mereka sudah lupa terhadap Allah, maka mereka tercari carilah cara memperoleh keselamatan dan ketenteraman. Akhirnya mereka buat pulalah patung berhala, dan patung patung itulah menurut para pemuka mereka yang dapat menyelamatkan mereka dari segala kesusahan dan bahaya. Akhirnya patung atau berhala itu mereka hormati, mereka mengagungkannya, mereka puji lalu sembah. Dan patung patung itulah 'tuhan',

Page 19: Kisah Nabi

kata mereka. Sejarah sepeninggalan Nabi Noh berulang kembali, dengan ulangan yang sama tidak ada perbezaan sama sekali. Bangsa 'Ad, begitulah namanya satu kaum yang paling derhaka di zaman itu, hidup di negeri Ahqaf, antara Yaman dan Oman sekarang ini, di bilangan negeri Arab jua. Bangsa 'Ad ini termasyhur sekali karena besar tubuh orangnya dan kuat. Hidup di tanah yang subur, tumbuh di situ berbagai bagai tumbuh tumbuhan, mengalir di situ sungai sungai dan mata air. Masing masing mempunyai kebun yang luas, hasil bumi yang berlipat ganda banyaknya. Dengan kekayaan yang melimpah ruah itu, mereka dapat membuat rumah dan istana tempat tinggal masing masing.

Kerana kebahagiaan hidup yang berlimpahan itu, mereka lupa akan asal usul kejadian mereka, mereka tidak tahu dari mana asalnya segala nikmat dan rahmat yang berlimpah ruah itu. Akal mereka hanya sampai ke batu batu yang mereka buat dan gambar sendiri berupakan patung patung. Kepada batu batu itulah mereka berterima kasih atas semua nikmat dan rahmat itu, dan kepada batu itu pulalah mereka minta tolong bila di timpa kesusahan dalam hidup dan penghidupan mereka. Bukan hanya sesat diri mereka bahkan akhirnya mereka menyebarkan kejahatan di permukaan bumi yang penuh rahmat itu. Si kuat di antara mereka menyeksa kepada yang lemah, yang besar menganiaya terhadap anak kecil, sehingga keamanan dan kebahagiaan hanya dimiliki oleh beberapa gelintir manusia saja di antara mereka, iaitu mereka yang kuat dan berani saja. Sedang orang yang lemah dan tak punya kekuasaan, hidup menderita, dengan derita yang tak terperikan lagi. Diutus Tuhanlah kepada mereka seorang dari bangsa 'Ad itu sendiri, Nabi Hud namanya. Seorang yang lapang dada, berbudi tinggi, pengasih dan penyantun, penuh dengan kesabaran. Diajarkan kepada kaum 'Ad itu akan Tuhan yang sebenarnya, iaitu Allah s.w.t. Sedang batu batu yang mereka sembah dan cintai itu tak ada kekuasaan apa apa. Tidak dapat memberi manfaat atau mudarat, tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa apa. Allahlah yang selayaknya disembah dan dipuja, karena Allahlah yang menjadikan kamu dan memberi kamu rezeki, yang menghidupkan dan mematikan kamu, yang membentangkan bumi tempat berpijak, menumbuhkan tumbuh tumbuhan dan mendatangkan berbagai-bagai nikmat yang kamu pergunakan, kata Nabi Hud kepada mereka. Sebagai manusia di zaman Nabi Noh, seruan dan ajaran Hud ini tidak dihiraukan oleh manusia 'Ad, mereka membantah dengan membangga banggakan kekayaan dan kepintaran mereka sendiri. Diperingatkan pula oleh Nabi Hud, bahawa nanti semua orang yang sudah mati itu akan dihidupkan kembali di Alam Akhirat, akan diperhitungkan kejahatan dan kebaikannya. Mana yang jahat akan diseksa dan mana yang baik akan dibahagiakan dalam Syurga yang disediakan Tuhan. Ajaran ini lebih mereka ejek lagi dengan berkata: "Manakan boleh orang yang sudah mati dan hancur menjadi satu dengan tanah akan dapat hidup kembali. Hidup hanya di dunia ini saja, senang dan susah hanya di muka bumi saja." Diperingatkan Hud seksa yang pernah diturunkan Allah terhadap manusia engkar di zaman Nabi Noh. Mereka tidak percaya. Itu adalah cerita bohong yang diada adakan saja, atau berita dongeng yang diada adakan oleh Hud, kata mereka. Bahkan Hud dianggap mereka orang yang terlalu bodoh. "Apa kelebihan engkau atas kami?" kata mereka kepada Hud. "Engkau makan sebagaimana kami makan jua, engkau minum sebagaimana kami minum pula, engkau hidup seperti kehidupan kami tak ada bezanya sedikit juga," kata mereka selanjutnya. "Kenapa engkau mengatakan diutus Allah? Kenapa engkau saja yang diutus Allah? Kami pun berhak diutus Allah itu! Perkataanmu itu adalah bohong semata mata," kata mereka kepada Hud. Hud terus mengajak mereka, walaupun mendapat sambutan dingin dan juga tentangan dari mereka yang engkar itu. Demikianlah dari masa ke semasa, tahun ke tahun, beratus tahun pula lamanya. Hanya sedikit sekali yang menurut ajarannya itu. Ternyata pulalah, bahawa memang mereka tidak mahu beriman, mereka tidak mahu berhenti berbuat derhaka dan jahat, mereka hanya berbuat apa yang mereka kehendaki

Page 20: Kisah Nabi

belaka dengan tidak mengacuhkan siapa saja. Sifat takbur mereka sudah demikian hebatnya, sehingga tidak dapat diempang empang lagi, sehingga masyarakat ketika itu kerananya menjadi kacau bilau, porak peranda, sehingga tak ada orang yang merasa aman lagi, selain orang orang yang kuat dan berkuasa saja. Sedang semua mereka tidak juga mahu menurutkan ajaran Nabi Hud itu.

Pada suatu hari terbentanglah di langit awan hitam yang panjang, melintang di tengah tengah langit. Hampir semua mereka ke luar rumah menoleh ke arah awan yang agak ganjil itu. Akhirnya mereka berkata: "Itulah awan panjang, menandakan sebentar lagi hujan akan turun untuk menyiram tanam tanaman kita, memberi minum kepada binatang-binatang ternak kita." Tetapi Nabi Hud berkata kepada mereka: "Itu bukan awan rahmat, tetapi awan yang membawa angin kencang yang akan menewaskan kamu sekalian, angin yang penuh dengan azab seksa yang sepedih pedihnya." Sejurus kemudian angin dahsyat berhembuslah, luar biasa hebatnya. Binatang ternakan mereka yang sedang berkeliaran di padang pasir, kecil besar turut terbang disapu bersih oleh angin entah ke mana perginya. Mulalah mereka takut dan berlompatan lari masuk ke dalam rumah mereka masing masing, yang merupakan gedung dan istana yang kuat kukuh itu. Mereka tutup segala pintu, untuk berlindung diri. Mereka pergunakan segala kekuatan tubuh mereka yang kuat dan besar itu untuk mempertahankan pintu dan rumah-rumah mereka itu agar jangan diterbangkan angin. Tujuh malam dan delapan hari lamanya angin dahsyat itu bertiup sehebat hebatnya. Jangankan manusia dan binatang-binatang serta tumbuh tumbuhan, batu yang besar yang berupakan gunung itu pun lenyap menjadi angin, lebih lebih lagi patung yang mereka sembah selama ini. Demikianlah jadinya manusia kuat yang takbur itu. Firman Allah: "Tidaklah Tuhan akan mencelakakan satu negeri dengan satu petaka, sedang penduduknya berbuat baik baik." Heran, Nabi Hud dan pengikutnya

Page 21: Kisah Nabi

tetap di rumah saja, dengan tidak merasakan sedikit juga akan bahaya angin ribut yang begitu dahsyat selama se minggu berturut turut itu. Akhirnya Nabi Hud pindah tempat karena negeri itu sudah menjadi padang jarak padang tekukur. Dia pindah ke Hadhramaut, di mana beliau hidup sampai wafatnya.

Alhambra Granada

NABI LUTKetika Nabi Ibrahim meninggalkan Mesir, menuju Palestin, turut serta pula anak saudaranya, iaitu Nabi Lut. Tetapi tak lama kemudian, desakan penghidupan memaksa kedua dua Nabi ini berpisah. Nabi Lut lalu menetap di sebuah dusun yang bernama Sadum, di kawasan Palestin juga. Adapun penduduk kampung itu luarbiasa nakal dan rosak perangainya. Mereka berlumba lumba mengerjakan kejahatan, segala rupa kejahatan: merompak, membunuh teman sendiri, menganiaya sesama manusia, sehingga tidak seorang pun dari orang lain yang dapat lalu di situ, melainkan dirompak mereka. Salah satu kemesuman yang paling busuk yang menjadi adat dan kebiasaan hidup mereka, ialah bahawa suka mengerjakan pekerjaan yang hina dina, iaitu melepaskan syahwat terhadap orang lelaki, sedangkan terhadap perempuan tidak ada sedikitpun menarik hati dan kegemaran mereka. Bertentangan dengan tabii alam yang biasa, dimana kaum lelaki dengan segala kepandaian dan kekuatan memrebutkan perempuan cantik

Page 22: Kisah Nabi

untuk dijadikan isteri, tetapi mereka ini tidaklah tertarik sedikit juga hatinya terhadap kaum wanita yang bagaimanapun juga cantik dan moleknya, Yang mereka rebutkan, sampai dengan menghabiskan harta dan menumpahkan darah, ialah orang orang lelaki sendiri lebih lagi pemuda pemuda yang gagah dan cantik, untuk dijadikan teman hidup dan pelepas hawa nafsu mereka. Jika ada pemuda yang lalu ke kampung mereka, pasti pemuda itu mereka goda dan diperebutkan, kadang kadang sampai dengan menumpahkan darah, antara satu sama yang lain. Dapatlah digambarkan, bagaimana buruk dan celakanya nasib wanita di saat itu. Tidak ada orang suka kepada mereka, tidak ada yang menghiraukan. Mereka terpaksa mengerjakan hal hal yang tak layak pula dengan sesama wanita sendiri untuk sekadar menghilangkan nafsu berahi mereka sebagai wanita. Kerusakan masyarakat sungguh hebat dan merata di seluruh pelusuk dan lapisan. Demikianlah hidup mereka puluhan tahun lamanya. Kejahatan dan kemesuman itu bukan semakin berkurang, sebab tidak seorang juga di antara mereka yang mahu menurutkan nasihat orang lain. Bahkan kejahatan dan kemesuman itu semakin menjadi jadi, sehingga keluar dari batas perikemanusiaan samasekali. Terhadap kaum yang begitu itulah, akhirnya Allah menurunkan perintah kepada Nabi Lut dengan perantaraan wahyuNya. Perintah untuk membimbing kaum yang sesat kepada menyembah Allah, menjauhi segala kejahatan dan kemesuman, menghentikan semua kemungkaran yang sudah menjadi tabiat dan adat mereka itu. Tetapi, semua ajaran dan peringatan Nabi Lut itu tidak dapat masuk dalam telinga dan hati mereka. Kejahatan dan kemesuman mereka lakukan terus, bahkan semakin hebat dan hebat juga. Nabi Lut dengan tabah tak bosan bosannya memberikan nasihat nasihat dan pengajaran kepada mereka, diingati dengan ancaman azab Allah. Tetapi semua itu mereka permudahkan malah mereka ejek saja.

Page 23: Kisah Nabi

Akhirnya Nabi Lut mendoa ke hadhrat Allah, minta agar kaumnya yang sesat itu ditunjuki. Dan kalau sudah nyata nyata tidak akan dapat ditunjuki dan diajari samasekali lagi, Nabi Lut minta agar kepada mereka diturunkan ajaran yang tidak berupakan nasihat dan kata kata saja, tetapi dikirimkan azab yang sengeri ngerinya, agar dengan azab itu mereka insaf kembali atau musnah samasekali. Sebab tidak ada gunanya hidup mereka di muka bumi ini, selain dari menambah kerusakan dan kejahatan saja. Doa Nabi Lut ini didengar dan dikabulkan Tuhan. Tuhan mengutus beberapa Malaikat untuk menurunkan seksa terhadap kaumnya Nabi Lut yang derhaka dan tak mahu ditunjuki itu. Malaikat malaikat itu mula mulanya turun dan singgah di rumahnya Nabi Ibrahim dengan berbentuk manusia. Mula mula Nabi Ibrahim mengira yang Malaikat malaikat itu manusia biasa yang bertamu ke rumahnya. Mereka diperlakukan Nabi Ibrahim sebagai tamu. Tetapi Malaikat malaikat itu menerangkan yang bahwa mereka adalah Malaikat yang diutus Allah ke kampung Nabi Lut, untuk menurunkan seksa yang sehebat hebatnya terhadap mereka yang engkar itu.

Tetapi dengan tegas dijawab oleh Malaikat malaikat yang datang itu, bahawa kepada mereka sudah dikirim Nabi Lut untuk mengembalikan mereka dari kesesatannya. Sayang mereka tidak mendengarkan ajakan Nabi Lut itu, sehingga semua usaha dan daya sudah dipandang cukup. Dan ditegaskan pula bahwa Nabi Lut serta orang orang yang percaya akan terlepas dari seksa itu. Sedang isteri Nabi Lut sendiri pun akan turut pula merasakan seksa hebat itu, karena dia termasuk orang orang yang engkar dan tidak menurutkan kebenaran Nabi Lut. Malaikat malaikat itupun meninggalkan rumah Nabi Ibrahim, pergi menuju ke desa Sadum yang derhaka itu dengan berbentuk manusia yang masih muda belia dengan wajah yang cantik molek dan menarik. Di tengah jalan Malaikat malaikat itu bertemu dengan seorang anak perempuan yang sedang mengambil air minum. Kepada anak perempuan

Mula mula Nabi Lut agak keberatan menerima kedua pemuda itu menjadi tetamu di rumahnya sendiri, takut kalau-kalau diketahui rakyat dan pasti akan mendatangkan kecelakaan besar bagi tamu dan dirinya sendiri. Tetapi kerana rasa perikemanusiaan, dia tidak sampai hati untuk menolak tetamu yang ingin menumpang dan bermalam di rumahnya. Akhirnya Nabi Lut dengan diam diam dan sembunyi sembunyi agar jangan dilihat orang, ingin berjumpa sendiri dengan kedua pemuda yang bertamu itu. Setelah bertemu, lalu Nabi Lut menasihatkan supaya kedua pemuda itu berhati hati sekali, jangan diketahui orang dan jangan sampai menumpang di rumah orang lain di desa itu, agar jangan diperkosa dan menjadi mangsa nafsu dan kemesuman mereka. Nabi Lut bersedia membawa mereka bermalam dan menjadi tetamu di rumahnya sendiri, tetapi harus berhati hari benar. Dengan rasa khuatir dan waswas yang memuncak, tetamu itupun dibawanya pulang dengan

Page 24: Kisah Nabi

Alangkah terperanjat Nabi Ibrahim mendengarkan seksa yang akan datang itu, dan meminta kepada Malaikat malaikat itu untuk menunda datangnya seksa itu, dengan harapan mudah mudahan mereka kembali dari kejahatan mereka.

itu, Malaikat malaikat itu minta supaya diperlakukan sebagai tetamu di rumahnya. Oleh anak perempuan itu diterangkan akan tabiat penduduk kampungnya sendiri yang penuh dengan kejahatan, lebih lebih kalau melihat dan mengetahui akan lelaki yang berwajah cantik, pasti timbul perkosaan dan pencemaran dengan segala cara yang mesum mesum. Maka sebelum menerima permintaan tetamu yang terdiri dari dua orang pemuda yang cantik molek, anak perempuan ini minta izin lebih dahulu kepada tetamunya untuk memberitahukan dan bermusyawarah dengan bapanya. Anak perempuan itupun pulang ke rumahnya memberitahukan kepada bapanya dengan berkata: Ya bapaku, di sana di pintu masuk ke kota ini, ada dua orang lelaki, yang belum pernah saya lihat penduduk kampung kita ini sebaik dan secantik kedua mereka itu. Keduanya ingin bermalam di rumah kita. Tetapi saya takut kalau

diam diam dan sembunyi sembunyi. Tetapi malang baginya, dalam pada itu isteri Nabi Lut sendiri, telah mengetahui akan kejadian ini dan telah menyiarkan kedatangan tetamu itu kepada penduduk kampungnya. Alangkah terkejutnya Nabi Lut, setelah dia dan tetamu itu sampai di rumahnya sendiri, penduduk kampungnya sudah berkerumun mengepung rumahnya, ingin mendapatkan lelaki yang cantik yang menjadi tamu Nabi Lut itu untuk pelepas nafsu mereka sebagai yang diterangkan di atas tadi. Tidak ada lain bagi Nabi Lut untuk menghindarkan kemesuman yang akan terjadi, selain memberi nasihat kepada mereka sekali lagi, agar mereka kembali ke jalan yang henar, meninggalkan pekerjaan yang keji dan mesum itu serta takut kepada seksaan Allah yang mungkin datang. Semua nasihat Nabi Lut itu hanya melayang di udara, tidak satu pun yang dapat masuk dalam telinga dan otak mereka. Malah di saat Nabi Lut memberi nasihat itupun sebahagian mereka sudah bersiap untuk

Page 25: Kisah Nabi

diketahui oleh penduduk kampung kita ini, beradanya mereka di tempat kita ini. Bapa ini adalah Nabi Lut sendiri, sedang anak perempuan itu adalah anaknya Nabi Lut. Alangkah terkejutnya Nabi Lut mendengar khabar ini. Setelah bertanyakan akan keadaan kedua orang itu, Nabi Lut memberikan nasihat kepada anaknya bagaimana cara caranya agar tetamu itu tidak sampai diketahui oleh penduduk kampungnya.

menyerbu merebutkan dua pemuda yang menjadi tetamu Nabi Lut itu. Melihat keadaan yang genting itu, Nabi Lut dengan segera menutup pintu rumahnya, serta menguncinya dari dalam, agar tidak seorang pun dari mereka itu yang dapat masuk ke dalamnya.

Kembali Nabi Lut menasihati mereka melalui sebuah jendela, agar mereka penduduk yang sesat itu kembali kepada isteri mereka masing masing, yang sudah diajarkan halal bagi mereka. Membuang adat yang kotor itu sejauh jauhnya, dan memperingatkan, bahawa kalau mereka tak menurutkan nasihatnya akan datang seksa Tuhan yang sehebat hebatnya. Nasihat Nabi Lut ini mereka jawab dengan berkata: Hai Lut, kami tidak tertarik kepada anak anak perempuan engkau, kami tidak hendak dan tak ingin terhadap perempuan, engkau sudah tahu apa apa yang kami ingini itu. Nafsu mereka sudah tiba di puncak matahari dan perasaan mereka sudah tertutup oleh nafsu yang memuncak itu, sehingga nasihat yang bagaimana juga pun hebatnya tidak akan terdengar lagi oleh telinga mereka, tidak akan diterima lagi oleh akal mereka. Mereka semakin mendesak memaksa masuk ke rumah Nabi Lut. Mereka masuk lantas menyerbu terhadap tetamu yang dua orang itu, berebutan sebagai binatang buas. Melihat hal yang demikian itu, kedua orang tetamu itu, iaitu Malaikat malaikat yang diutus Tuhan itupun berkata kepada Nabi Lut: Hai Lut, janganlah khuatir benar, kami ini Malaikat yang diutus Allah untuk mengabulkan doa engkau dan melepaskan engkau dari bahaya besar ini, mereka tidak dapat berbuat apa apa terhadap engkau dan kami, mereka malah akan dapat dihancurkan. Barulah hilang ketakutan dan kekhuatiran Nabi Lut. Dengan sekejap mata, Nabi Lut, anak perempuannya, dua Malaikat itu sendiri beserta orang orang yang beriman dengan Lut, dapat meloloskan diri dari kepungan kaum derhaka itu. Nabi Lut dan pengikut pengikutnya diperintahkan Malaikat itu untuk meninggalkan desa yang keparat itu, dan tidak dibolehkan membawa isterinya sendiri, karena isterinya termasuk mereka yang akan menerima seksa. Seperginya Nabi Lut dan sahabat sahabatnya, maka turunlah seksa Tuhan atas desa dan penduduk desa itu. Mula mula sekali bergoncanglah bumi dengan sehebat hebatnya, sehingga runtuh segala gubuk dan gunung, segala gedung gedung dan rumah rumah. lalu turun hujan batu yang sehebat hebatnya. Sehingga dalam sekejap mata saja, datarlah kampung itu dan lenyaplah semua penduduk yang jahat, engkar dan derhaka itu. Firman Allah: Kejadian itu adalah satu ayat Allah, tetapi banyak orang yang tidak percaya. Sungguh hebat dan mengerikan sekali siksa Tuhan yang ditimpakan kepada kaum Lut,

Page 26: Kisah Nabi

kerana kejahatan yang mereka lakukan adalah puncak segala kejahatan, iaitu yang dinamai kemesuman, bahkan puncak dari segala perbuatan mesum. Pembunuhan, perzinaan, perompakan semuanya itu adalah perbuatan mesum, perbuatan yang menjatuhkan darjat manusia. Tetapi melepaskan nafsu berahi (sexual) antara sesama lelaki atau sesama wanita, adalah lebih mesum dari semua kemesuman kemesuman yang tersebut di atas ini. Binatang pun tak pernah melakukan kemesuman semacam ini. Bagaimanakah jadinya masyarakat manusia kalau kemesuman seperti itu bermaharajalela dan merata? Akibatnya ialah terhentinya keturunan, manusia akan lenyap dari permukaan bumi. Bumi akan kosong dari makhluk yang bernama manusia. Bumi akan didiami hanya oleh binatang binatang lata. Ya, sampai demikianlah jahatnya manusia berakal kalau dibiarkan, kalau tak mahu menurutkan pimpinan Allah dengan perantaraan para Nabi dan RasulNya. Manusia akan kehilangan rasa malu, bila meninggalkan pimpinan Allah dan RasulNya. Tanpa perasaan malu, manusia akan menjadi lebib rendah daripada binatang yang tak punya akal. Nabi Lut beserta kedua orang puterinya beserta orang orang yang beriman dengannya dihindarkan Allah dari seksa hebat itu, kerana mereka orang orang beiman. Tetapi isteri Nabi Lut turut musnah kerana dia termasuk golongan orang orang yang kafir itu. Tetapi sayang, dalam Bible Perjanjian Lama, Kitab Kejadian 19, ayat 30 sampai 38, dicantumkan cerita yang sangat menodai akan kesucian Nabi Lut dan kedua orang puterinya. Tercantum disitu, bahwa kerana semua lelaki sudah musnah, sedang puteri itu menginginkan turunan yang baik, lalu kedua puteri itu bersepakat untuk memberikan minuman tuak yang memabukkan kepada Nabi Lut, agar Nabi Lut menjadi mabuk (hilang akal atau kesedarannya). Di saat Nabi Lut kehilangan kesedaran itu, lalu kedua puterinya itu mengajak bapanya sendiri iaitu Nabi Lut untuk bersetubuh (Nauzu Billah), agar mendapatkan keturunan dari bapanya sendiri. Alangkah kotor dan mesumnya cerita yang demikian ini, tertulis dalam sebuah kitab yang mereka anggap suci. Nabi Muhammad diutus membawa Kitab Suci al-Quran di antara lain adalah untuk membersihkan nama dari setiap Nabi dan Rasul Allah, termasuk Nabi Lut dan kedua puterinya itu. Firman Allah dalam al-Quran: Sesungguhnya Lut adalah seorang dari orang orang yang diutus. Ertinya salah seorang Rasul dari Rasul rasul Allah yang suci dan murni. Tidaklah mungkin seorang Rasul Allah akan minum tuak yang haram dan terlarang, akan mabuk hilang akal dan kesedaran, apalagi akan berbuat mesum dengan puterinya sendiri. Sungguh satu tuduhan palsu yang sangat maksum. Umat Islam wajib membela nama dan kesucian Nabi.

NABI SULAIMANNabi Daud menjadi Raja Bani Israel hingga beliau mencapai usia lanjut. Berkat cara pemerintahan yang adil dan bijaksana, maka wujudlah keamanan, kemakmuran serta kemajuan di dalam segala lapangan di seluruh daerah kerajaan dan dirasai setiap warga kerajaan. Kalau ada kejadian kecil saja yang menimpa rakyat, maka rakyat selalu memberitahukan kepada rajanya yang adil itu. Kejadian itu dapat diurus dengan segera oleh raja. Begitu pula kalau ada perselisihan antara rakyat dengan rakyat, tidak ada satu perselisihan pun yang terjadi yang tak dapat diselesaikan oleh Nabi Daud, dengan cara yang sebaik-baiknya dan seadil-adilnya pula. Nabi Daud dalam hidupnya diberkati oleh Allah dengan beberapa orang anak. Sulaimanlah yang paling pintar di antara anak-anak Nabi Daud itu. Kerana melihat akan kemajuan fikiran Sulaiman itu, Nabi Daud mempunyai kepercayaan penuh akan mulianya hari depan Sulaiman; sebab itu pendidikan kepadanya agak diistimewakan pula. Setiap hari, Nabi Daud menyelesaikan beberapa perkara dan perselisihan antara rakyatnya, Sulaiman selalu berada disampingnya, agar Sulaiman bertambah jalan akal dan fikirannya dengan melihat sebab perselisihan dan cara cara penyelesaiannya yang ditetapkan oleh Raja Nabi Daud. Sekalipun Sulaiman dikala itu boleh dikatakan masih kecil, tetapi kerana kemajuan fikirannya yang luar biasa, dia telah dapat menangkap pelajaran dari apa yang disaksikannya itu, sehingga bertambah ilmu pengetahuan dan hikmat akalnya.Melihat kecekapan dan keluarbiasaannya itu, maka Daud telah menetapkan dalam hatinya, bahawa bila dia meninggal dunia nanti, maka Sulaimanlah yang akan menggantikannya menjadi Raja Bani Israel. Kerana ketetapan fikiran inilah makanya Sulaiman dididik demikian rupa, setiap hari melihat dan menyaksikan berbagai

Page 27: Kisah Nabi

bagai perkara dan perselisihan yang diselesaikan oleh Nabi Daud. Pada suatu hari, ketika Nabi Daud dan Sulaiman sedang duduk berdua, tiba tiba datang dua orang lelaki yang bermasalah untuk minta penyelesaian pula atas permasalahannya itu. Dengan segera Nabi Daud memeriksa perkara kedua orang itu dengan disaksikan oleh Sulaiman. Seorang dari kedua orang itu lalu berkata: Saya mempunyai sebidang kebun yang sedang menghijau warnanya. kerana suburnya tanaman yang saya tanam di dalamnya, sehingga setiap orang yang melihat, akan gembira riang memandangnya. Tiba-tiba pada suatu hari, kebun itu dimasuki oleh kambing kepunyaan orang ini, sehingga semua tanaman yang sedang menghijau itu habis seluruhnya dimakan atau dirosakkan kambing itu. Setelah ditanyakan kepada orang yang empunya kambing yang didakwa itu, dia pun membenarkan semua keterangan itu dengan tidak membantah sedikit pun. Hanya sekarang kedua orang yang bermasalah itu meminta ditetapkan hukum apa yang harus dijalankan. Nabi Daud menetapkan penyelesaian perkara ini, dengan mengambil kambing itu sendiri dari tangan orang yang empunya, lalu diserahkan kepada orang yang empunya kebun, sebagai ganti kerosakan tanaman yang disebabkan oleh kambing itu. Tetapi Sulaiman yang baru berumur sebelas tahun itu dengan segera berkata: Penyelesaian cara begitu kurang tepat, ada cara yang lebih baik dan lebih adil. Nabi Daud, kedua orang yang bermasalah dan semua yang turut hadir menyaksikan perkara itu, sama tercengang menyaksikan keberanian Sulaiman dan menunggu-nunggu dengan sabar, cara bagaimana penyelesaian yang dianggap lebih baik oleh Sulaiman itu. Sulaiman lalu berkata: "Lebih baik kambing itu dipinjamkan kepada orang yang punya kebun, dengan membolehkannya mengambil susunya, anak anaknya dan bulunya. Adapun kebun itu dipinjamkan kepada orang yang punya kambing, dia diwajibkan menanaminya dengan tanaman yang dirosaki kambingnya, sehingga kembali sebagaimana sebelum dirosaki; setelah itu kambing dikembalikan pula kepada yang empunya dan kebun pun dikembalikan pula kepada yang punya kebun. Inilah penyelesaian yang lebih dekat kepada keadilan dan yang lebih sah keputusannya dalam menghukum, kata Sulaiman seterusnya. Semua orang yang hadir dan juga orang yang bermasalah dan Nabi Daud sendiri, sama mengakui akan adilnya keputusan secara demikian ini. Mereka mengagumi kebijaksanaan Sulaiman. Inilah tanda yang pertama diperlihatkan Tuhan pada diri Sulaiman, bahawa dia seorang yang akan jadi Nabi dan Rasul sebagaimana bapanya dan dia pulalah yang paling layak menjadi raja, menggantikan bapanya yang sudah tua itu.

PERANG SAUDARA

Sekalipun masih dalam keadaan terlalu muda, tetapi kerana bakat dan kebijaksanaannya, kerana akal dan budi pekertinya, maka Daud sebelum meninggal dunia, telah menetapkan akan menyerahkan mahkotanya kepada Sulaiman. Penyerahan ini pun terjadilah, sehingga Sulaiman sekarang ini menjadi Raja Bani Israel, menggantikan bapanya yang sudah tua dan ingin bersara itu. Dengan pengangkatan ini, anak-anak Daud yang lain merasa tidak senang, karena merekalah yang lebih tua, lebih pantas kata mereka. Perasaan ketidakpuasan ini, lebih hebat lagi pada Absyalum, anak Nabi Daud yang tertua. Selain tertua ia banyak pengalaman, berbadan kuat dan tangkas, ia tahu pula akan selok-belok pemerintahan; tetapi mengapa tidak dia yang diangkat, padahal dialah sebenarnya yang lebih berhak? Dia tidak senang, dia tidak tinggal diam. Dengan terang-terangan dia menyatakan, bahawa dirinya tidak tunduk kepada keputusan bapanya itu dan dia tidak akan mengakui atas penobatan Sulaiman menjadi Raja Bani Israel. Absyalum bekerja segiat-giatnya mendekati bangsanya Bani Israel, ia bergaul dengan mereka dengan pergaulan yang sebaik-baiknya, untuk menarik hati mereka. Ditolongnya mereka dan dikumpulkannya dalam sebuah organisasi yang dipimpin sendiri, Dengan segala daya-upayanya, dia berikhtiar agar supaya rakyat yang dipimpinnya itu hanya tunduk kepadanya dan mencegah mereka mengakui Sulaiman sebagai raja. Kepada para pengikutnya itu dicubanya menanamkan kepercayaan, bahawa dialah yang lebih pintar, lebih berhak menjadi raja, sedangkan Sulaiman dan bapanya sendiri adalah orang yang salah, kesalahan mana harus segera diperbaikinya.

Page 28: Kisah Nabi

Usahanya yang dengan sungguh-sungguh ini berhasil pula. Banyak bangsa Israel telah dapat diperkudanya. Mereka tunduk serta patuh terhadap semua anjuran dan perintahnya, dengan tidak menghiraukan lagi akan perintah Raja Sulaiman. Absyalum sekarang menuju kepada rencana yang terakhir, iaitu akan mengadakan perebutan kekuasaan dengan cara kekerasan. Segala cara-caranya sudah direncanakan, segala persiapan sudah tersedia, sedang pengikut-pengikutnya hanya tinggal menunggu komando saja. Di waktu segala pengikutnya siap sedia itu, dia minta izin kepada bapanya untuk pergi ke desa Jidwan, untuk beristirahat menyampaikan nazar hatinya. Tetapi sebelum ia berangkat, kepada semua pengikutnya dia tinggalkan amanat, bahawa bila nanti terdengar bunyi trompet, supaya mereka semuanya berlarian kepadanya dan lalu bersama-sama mengangkatnya jadi raja. Kerana amanatnya itu diberikan kepada orang banyak, maka berita ini tersiar hampir ke seluruh rakyat. Keadaan ketika itu menjadi genting sekali. Kota Ursyalim ketika itu menjadi ribut, kegelisahan memuncak dengan tiba tiba, orang ramai khuatir, kalau kalau akan terjadi kekecohan hebat. Melihat suasana dan mengetahui akan niat Absyalum itu, bukan main marah dan sedihnya hati Nabi Daud. Tetapi kesemuanya itu ditahannya sekuat-kuat jiwanya. Dengan tenang Daud berkata kepada pengikutnya: Marilah kita lari saja dari sini, memang tidak ada cara yang lebih baik menghadapi Absyalum yang telah ganas itu, selain menghindarkan diri. Begitulah keesokan harinya, Nabi Daud diiringkan oleh semua pengikutnya serta keluarganya, bertolak meninggalkan kota Ursyalim, menghindarkan diri dari keganasan pemberontak yang menginginkan kekuasaan. Akhirnya mereka tiba di pinggir sungai Ardun dan sungai itu terpaksa mereka seberangi. Di seberang sungai itu mereka berhadapan dengan gunung yang tinggi, iaitu gunung Zaitun; gunung itupun terpaksa mereka daki dan ketika itu keluarlah airmata Nabi Daud kerana sedihnya. Ketika itu mulailah didengar oleh Daud, ada golongan yang menghina dia, mencaci-maki serta mengeluarkan kata-kata yang pedas terhadap dirinya; sekalipun sebelumnya mereka menyanjung serta memujinya, membesarkan dan menghormatinya. Begitulah umumnya si rakyat bodoh yang tidak berpendirian; bila seseorang sedang berkuasa, dia dipuja-puja, sebaliknya bila sudah tak berkuasa lagi, sekalipun tidak mempunyai kesalahan apa-apa, dia lalu dicaci-maki dan dihina-dinakan. Penghinaan itu didengar oleh Daud dengan sabar, kerana dia merasa sudah tua sekali, tidak dapat berbuat apa-apa lagi, malah kepada dirinya sendiri Daud berkata: Kalau anakku sendiri sudah berani mahu membunuhku, apalagi orang lain, tentu akan lebih dari itu lagi. Dengan rasa hina diri dan tunduk, Nabi Daud berdoa kepada Allah s.w.t., agar Tuhan menyelamatkan dirinya berserta keluarganya dari segala malapetaka dan agar Allah dengan segera memadamkan pemberontakan yang tidak diinginkan ini. Baru saja Daud sekeluarga serta pengikutnya meninggalkan Ursyalim, Absyalum dengan tenteranya segera menduduki ibu kota itu dengan aman dan tenteram. Segera diumumkannya, bahawa dialah yang menjadi raja yang sah di negeri dan bangsa Israel. Dalam pada itu Nabi Daud pun tidak tinggal diam dengan berpangku tangan dan berdoa saja, tetapi segera pula menyusun kekuatan yang ada padanya, untuk bertindak memadamkan api pemberontakan itu. Beberapa pemimpin perang yang taat kepadanya, selalu dibawanya bermusyawarah, akhirnya semua pemimpin perang Nabi Daud mendapat kata sepakat akan menyerang kota Ursyalim yang sudah diduduki Absyalum dan tenteranya itu. Sebelum tentera Daud berangkat menyerang, Nabi Daud menasihatkan kepada mereka, agar mereka memasuki kota dengan memberikan penerangan dan kebijaksanaan, tidak dengan kekuatan senjata dan dinasihatkan pula supaya mereka sedapat mungkin jangan membunuh Absyalum. Tetapi setelah mereka tiba di kota Ursyalim, penerangan dan kebijaksanaan yang diperintahkan Nabi Daud itu tidak berguna sama sekali. Terpaksalah mereka mengangkat senjata untuk mencapai penyelesaian dengan Absyalum, kerana hanya itulah satu satunya jalan, yang dapat mereka lakukan. Pertempuran segera berkobar dengan dahsyatnya. Tentera Absyalum hancur seluruhnya, Absyalum mati di ujung mata pedang bersama tenteranya. Kota Ursyalim diduduki

Page 29: Kisah Nabi

tentera Nabi Daud kembali, keadaan segera menjadi aman dan tenteram kembali. Sesudah kejadian itu, maka Sulaiman tetap menjadi raja dengan aman dan tenteram bertahun-tahun, sehingga bangsa dan negeri itu semakin maju dan makmur, tidak kurang bahkan telah melebihi daripada zaman pemerintahan bapanya Nabi Daud a.s. Daerah kerajaannya semakin luas juga, serta rakyatnya pun hidup dengan penuh bahagia, patuh dan taat kepada perintah rajanya. Di saat itulah, setelah Sulaiman sampai umur, Allah mengangkat Sulaiman menjadi Nabi dan RasulNya, untuk mengisi negara dan bangsa yang merdeka dan makmur itu dengan semangat agama dan ketuhanan, menjadi bangsa dan negara yang diredai Allah, agar keamanan dan kemakmuran itu tetap dan abadi, bukan hanya aman dan makmur di dunia ini saja, juga menjadi aman dan makmur sampai di akhirat nanti. Sebagai mukjizat besar bagi Nabi Sulaiman, beliau dapat mengerti segala percakapan burung-burung dan dengan menggunakan bahasa (bunyi) bermacam-macam burung dan binatang itu, Nabi Sulaiman dapat bercakap-cakap dengan burung-burung dan binatang-binatang itu. Dengan jalan begitu pula. segala burung dan binatang itupun semua tunduk dan taat kepada Nabi Sulaiman. Diberikan Allah pula mukjizat yang lebih hebat lagi kepada Nabi Sulaiman, ia dapat melihat segala kekayaan alam yang ada di perut bumi, baik yang merupakan emas, perak, besi dan tembaga, begitu pula harta kekayaan yang berada di dalam laut, seperti intan, mutiara dan berbagai-bagai pualam yang mahal-mahal harganya. Segala jin dan setan pun dapat dikuasai oleh Nabi Sulaiman, sehingga kekuatan jin dan setan itu dapat digunakan oleh Nabi Sulaiman untuk menjadi kuli, kaum pekerja yang harus mengeluarkan semua kekayaan dan perhiasan sebanyak itu, guna mendirikan rumah-rumah dan gedung-gedung yang bagaimana juga besar dan cantiknya. Nabi Sulaiman malah dapat pula menguasai angin, sehingga angin itu dapat dipergunakan oleh Sulaiman sebagai kenderaannya, bila Sulaiman akan berpergian ke tempat yang bagaimana jauh dan tingginya. Rakyat Sulaiman bukan hanya makhluk yang bernama manusia saja tetapi segala burung, binatang, jin, setan, semut-semut dan segala yang melata di muka bumi ini, menjadi rakyatnya yang patuh dan tunduk di bawah kekuasaannya. Dengan kenderaannya yang bernama angin itulah Nabi Sulaiman dapat berpergian ke sana ke mari memeriksa kerajaan serta rakyatnya, bahkan sampai ke negeri Askalan, beliau sampai pula di sebuah lapangan luas yang penuh dengan semut. Ketika Nabi Sulaiman dan tenteranya sampai di lapangan itu, dari jauh Nabi Sulaiman telah melihat semua semut itu terperanjat benar atas kedatangannya itu. Semut-semut itu berkumpul, di mana mereka bermusyawarah bersama-sama, bagaimana menghindarkan diri dari bahaya injakan kaki tentera Sulaiman. Semua itu dapat di lihat, didengar dan difahami oleh Nabi Sulaiman. Dengan terang dapat didengar oleh Sulaiman, komando semut itu memberikan perintah kepada rakyatnya: Masuklah kamu dengan segera ke dalam rumahmu masing-masing, agar jangan menjadi mangsa injakan kaki tentera Sulaiman, sedang mereka sendiri tidak merasakannya Mendengar kata-kata semut itu, Nabi Sulaiman tersenyum simpul dan merasa gembira atas kesanggupan yang diberikan Allah kepadanya, untuk mengerti kata kata semut itu. Terasalah oleh Sulaiman, bahawa dia Nabi sebagaimana juga Nabi-nabi lainnya dan dia merasa wajib memerintahkan kepada manusia, agar manusia mengasihi akan semua binatang yang melata di bumi ini, jangan sampai menganiaya dengan sengaja atau dengan tidak diketahui. Ketika itu Nabi Sulaiman menyembah dan sujud kepada Tuhan, bersyukur atas segala nikmat dan pemberian Tuhan, serta mendoa agar dia dan kaumnya dimasukkan Allah dalam golongan hamba Allah yang baik. "Semua ini adalah kurnia Allah atas diriku untuk menguji, apakah aku dapat bersyukur atau akan berkufur, kata Sulaiman a.s.

NABI SULAIMAN DAN RATU BALQIS

Nabi Sulaiman bercita-cita ingin mendirikan sebuah rumah suci di Syam, untuk dapat dipergunakan sebagai tempat ibadat menyembah Allah dan pula sebagai pengorbanan

Page 30: Kisah Nabi

dari dia sendiri kepada Allah. Tiang-tiang yang tinggi dan besar lalu didirikan, dinding-dinding tembok yang besar dan agung pun berdiri dan tidak lama kemudian Rumah Suci (Baitul Maqdis), yang dicita-citakan Nabi Sulaiman itupun jadi kenyataanlah, yang sampai sekarang masih ada dan tetap ada dan masih tetap bernama Rumah Suci (Baitul Maqdis atau Jerusalem). Kepada semua manusia yang beriman kepada Allah, diperintahkan Tuhan, untuk datang berhaji ke tempat suci itu setiap tahun. Tetapi kerana kemudian, oleh bangsa Israel tempat itu dijadikan tempat menyimpang dari ajaran Allah, maka kepada Nabi Muhammad diperintahkan Tuhan untuk memindahkan tempat suci itu ke Mekah. Ke sanalah umat Islam menghadapkan muka dalam sembahyang dan ke sana pulalah umat Islam setiap tahun datang berkumpul melaksanakan ibadat haji mereka. Baru saja Nabi Sulaiman selesai mengerjakan Rumah Suci itu, Nabi Sulaiman berangkat meninggalkan tempat itu memenuhi nazarnya sebelum mendirikan Rumah Suci itu. Nazar (janji) akan mengembara di sekitar muka bumi untuk melihat dan mengetahui kebesaran Allah yang mencipta bumi ini juga maksudnya. Mula mula Nabi Sulaiman menuju ke tanah Yaman, lalu memasuki daerah Sanak. Di daerah ini beliau mengalami kekurangan air. Ke mana juga dicarinya, tidak ada air dijumpai. Ke puncak bukit yang tinggi, di bawah jurang yang dalam, kadang kadang digalinya berupakan sumur yang dalam, namun air tidak ditemuinya. Di saat hampir menemui jalan buntu untuk mendapatkan air, tiba tiba lalulah terbang melintas di atas kepalanya se ekor burung Hud Hud. Burung itu segera dipanggil oleh Sulaiman dan kepada burung itu diperintahkannya untuk mencari tempat yang ada airnya dan menunjukkan jalan kepadanya menuju ke tempat itu. Kerana burung Hud Hud yang diutus itu lama tidak kembali, maka Nabi Sulaiman menjadi marah dan mengucapkan sumpahnya, akan menghukum burung itu dengan menyembelihnya, bila tidak segera datang dan bila burung itu tidak dapat menerangkan sebab sebab dari kelewatannya itu. Baru saja Nabi Sulaiman mengucapkan sumpahnya, burung Hud Hud yang ditunggu-tunggunya itupun datanglah dengan merendahkan kepala dan menggerak-gerakkan ekornya, tanda minta maaf dan minta ampun kepada Nabi Sulaiman atas kelewatannya itu. Akhirnya Hud Hud bercerita kepadanya: Saya sudah dapat melihat di tempat yang jauh di sana, sesuatu yang belum pernah engkau ketahui, sebuah tempat yang belum pernah tunduk di bawah kekuasaanmu dan engkau sendiri tidak mengetahui tentangnya. Alangkah terkejutnya Nabi Sulaiman mendengar khabar ini, sebab belum pernah dia mendengar khabar yang demikian. Kepada burung Hud Hud diperintahkannya untuk melanjutkan ceritanya itu dan alasan apakah yang menyebabkan kelambatannya. Hud Hud melanjutkan ceritanya: Adapun negeri itu bernama Saba dan yang menjadi rajanya adalah seorang perempuan. Ia sangat berkuasa atas rakyatnya serta istananya pun besar sekali. Tetapi sayang, penduduk dalam negeri itu rupanya dipengaruhi setan dan iblis, kerana ternyata mereka sudah tidak dapat membezakan antara yang halal dan haram, antara darah dan daging, begitu pula antara kebenaran dan kepalsuan. Penduduk negeri itu umumnya buta dan bodoh-bodoh, tidak mempunyai pemikiran dan kemajuan sama sekali. Mereka menyembah matahari, bukan menyembah Allah. Saya merasa sedih melihat keadaan mereka yang demikian. tetapi apa dayaku, kerana penduduk negeri itu kuat-kuat dan besar-besar badannya. Pada pendapatku, alangkah baiknya bila mereka diperintahkan untuk menyembah Allah, iaitu Tuhan yang sebenarnya yang mempunyai kerajaan yang Maha Agung dan Maha Besar. Nabi Sulaiman sungguh terkejut mendengar berita ini, tetapi dia tidak mahu mengejutkan Hud Hud yang telah bercerita itu. Dia hanya berkata: Akan kuselidiki dahulu khabar yang kau bawa ini. Aku ingin mengetahui apakah engkau berkata benar atau berkata bohong dalam hal ini. Kalau memang benar apa yang telah kau katakan tadi, maka inilah se pucuk surat dariku, segera kau sampaikan surat ini kepada raja dan bangsa yang telah kau ceritakan itu. Aku akan menunggu khabar jawapannya selekas mungkin! Surat itu segera diambilnya dari tangan Nabi Sulaiman, lalu burung itu terbang melayang, menyampaikan surat itu ke alamat yang sudah ditentukan, iaitu raja (ratu) dan rakyat Balqis di negeri Saba. Hud Hud terbang menyusup ke atas mahligai istana Ratu Balqis. Dengan melalui sebuah

Page 31: Kisah Nabi

jendela, surat itu dijatuhkannya dalam istana itu tepat di hadapan Ratu Balqis sendiri. Surat tersebut jatuh, lalu diambil dan dibaca oleh Ratu Balqis: Surat ini dari Sulaiman. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Janganlah kamu meninggikan diri terhadapku dan hendaklah kamu mendatangiku dengan menganut Agama Islam. Baru saja melihat dan membaca surat yang ajaib serta isinya yang mengejutkan itu, Ratu Balqis segera mengumpulkan semua menteri kerajaan, pembesar-pembesar dan ahli-ahli cerdik pandai, untuk bermesyuarat, guna meminta pertimbangan mereka tentang isi surat yang baru di terimanya itu; apakah akan menyerah dan tunduk kepada apa yang di maksud oleh Raja Sulaiman, atau tidak akan mempedulikan sama sekali isi surat itu. Mereka sama berkata: Kita ini adalah suatu bangsa yang berani dan ahli perang, bukan suatu bangsa yang hanya pandai berunding dan mengalah saja, Kami sudah menetapkan dirimu, ya Balqis, untuk memutuskan segala sesuatu dan memerintah kami. Tetapkanlah apa yang hendak kau putuskan, kami akan menjalankannya dengan penuh rasa taat dan tunduk kepadamu. Bila engkau perintah ke langit, kami mahu terbang, ke laut kami menyelam, ke lurah kami menurun dan ke bukit pun kami akan mendakinya:. Setelah Balqis mengetahui tanda-tanda dari para menteri dan pembesar-pembesar yang menghendaki perang itu, segera ia mengemukakan pendapatnya, yang bertentangan dengan kehendak mereka; dengan tenang berkatalah Ratu Balqis: Fikiran yang menghendaki perang itu, adalah fikiran yang salah, selama jalan damai belum ditempuh sedapat-dapatnya, kerana perdamaian lebih baik dari berperang. Begitulah menurut fikiran orang waras. Bila tentera telah dapat mengalahkan musuhnya di medan perang, negeri yang dikalahkannya itu pasti mereka rusak dan mereka hancurkan, segala harta kekayaannya mereka rampas, orang-orang yang mulia mereka hinakan sebaliknya orang-orang hina dimuliakannya. Akhirnya mereka memperbudak, lalu menjalankan tangan besi, kalau dapat berabad abad lamanya, atau untuk selama-lamanya. "Aku, kata Ratu Balqis selanjutnya, Ingin mengutus sebuah delegasi yang terdiri dari orang-orang yang terhormat dari bangsa kita sendiri, untuk menghadap Raja Sulaiman dan pula untuk memberikan hadiah yang paling berharga. Khabar ini sebagai jawapan terhadap surat Sulaiman itu, dituliskan dalam sebuah surat, lalu diserahkan kepada burung Hud Hud itu, untuk disampaikan kepada Sulaiman. Untuk menyambut kedatangan delegasi Balqis itu, Sulaiman mengadakan persiapan seperlunya. Sulaiman ingin memperlihatkan kegagahan dan keluarbiasaannya. Semua jin dipanggilnya dan diperintahkan untuk mendirikan sebuah istana dari segala macam batu dan perhiasan yang berada di perut bumi di dalam laut. Dalam waktu yang singkat saja, gedung besar, iaitu istana yang terindah yang belum pernah ada tandingannya di muka bumi Allah ini, sekarang menjelma. Dindingnya terbuat dari kaca yang beraneka warna, lantainya daripada emas dan perak, serta pasirnya dari intan dan berlian dan berbagai-bagai batu berharga lainnya, Semua itu dikemukakan dan didirikan oleh segala jin dengan petunjuk Nabi Sulaiman sendiri. Delegasi yang ditunggu tunggu itupun datanglah. Kedatangan mereka disambut dengan sambutan yang hormat dan meriah. Alangkah terkejut dan kagumnya mereka melihat kemewahan yang tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata itu. Dengan rasa malu, mereka menyerahkan hadiah besar yang dianugerahkan Ratu Balqis kepada Raja Sulaiman. Melihat hadiah itu, Nabi Sulaiman hanya minta maaf dan berkata: "Maaf saja, kuharap agar hadiah ini dikembalikan saja kepada Ratu Balqis, kerana pada diriku telah cukup segala-galanya dianugerahi Allah, baik berupa kekayaan mahu pun perhiasan, bahkan Tuhan telah menganugerahkan yang cukup, kekuasaan yang besar dan pangkat kenabian yang mulia yang belum pernah dipunyai oleh seorang manusiapun di atas dunia ini. Aku tidak memerlukan emas perak, sekalipun sebesar bumi ini. Kulihat engkau sekalian ini hanya mengenal hidup yang lahir (nyata) di dunia ini saja dan dengan penghidupan dunia yang begini saja, kamu telah dapat bergembira diri. Kembalilah kamu ke negeri dan rajamu. Katakan kepadanya, bahawa aku tidak memerlukan harta kekayaan, tidak perlu kekuasaan dan segala-galanya. yang perlu agar kamu sekalian tunduk dan menyembah akan Allah, yang telah menjadikan semuanya ini. Kuharap agar kamu sekalian patuh menjalankan perintah Allah itu, janganlah kamu menyembah selain daripada Allah, serta katakan pula kepada mereka, bahawa kami akan segera mengirimkan tentera kami, untuk menggempurmu, bila ternyata kamu tidak mahu

Page 32: Kisah Nabi

tunduk kepada kebenaran ini dan yang hanya mempercayai kepada kekuatan tenteramu saja! Delegasi itupun segera kembali mendapatkan raja dan bangsanya, lalu disampaikannya hasil pertemuan dengan Raja Sulaiman itu. Mendengar semua itu, dengan perasaan yang tenang Ratu Balqis berkata: Tidak ada daya dan usaha lain lagi, kecuali kita hanya tunduk dan taat menurut ajaran Sulaiman itu.

Ratu Balqis ingin menghadap sendiri kepada Sulaiman, serta ia bermaksud akan mengucapkan kalimat iman di hadapan Sulaiman. Ratu itupun berangkatlah diiringkan oleh semua pengiring dan pengawalnya. Setelah Nabi Sulaiman mengetahui akan keberangkatannya itu. maka beliau berkata kepada semua jin: "Siapakah di antaramu yang sanggup mengambil istana Ratu Balqis dan membawanya ke mari, sebelum Ratu Balqis sendiri sampai di sini untuk menyatakan Islamnya dihadapanku? Raja dari segala jin lalu menjawab: "Saya sanggup membawa mahligai Ratu Balqis ke mari dengan segera dan mahligai itu akan berada di sini, sebelum pertemuan ini berakhir kerana saya mempunyai kekuatan yang luar biasa hebatnya. Dengan kekuatan itu saya jamin, bahawa segala yang ada dalam mahligai itu akan selamat. Tiba tiba muncul dan berdiri seorang manusia beriman, yang kepadanya oleh Allah telah dianugerahi pengetahuan yang cukup dan kekuatan ghaib, lalu ia berkata kepada Raja Sulaiman: "Insya Allah saya sanggup mendatangkan mahligai itu ke mari dan mahligai itu akan berada di sini, sebelum engkau menggerakkan pelupuk matamu, ya Raja Sulaiman. Ya, dalam sekelip mata saja, mahligai ratu itupun sudah berdiri dengan megahnya di hadapan Nabi Sulaiman. Di situ Nabi Sulaiman lalu bersujud dan bersyukur pula kepada Tuhannya, atas kekuasaan Tuhan yang telah diperlihatkan kepadanya. Beliau bersujud dan bersyukur kembali berulang-ulang, serta terus-menerus untuk menyembah Allah Yang Maha Bijaksana, Maha Besar dan Maha Kuasa itu. Akhirnya Ratu Balqis pun datanglah. Kepada Ratu Balqis, Sulaiman berkata: "Beginikah istanamu? Setelah diperhatikannya dengan sungguh-sungguh, Ratu Balqis berkata: "Agaknya itulah. Alangkah kaget dan kagumnya Ratu Balqis setelah melihat kejadian itu, iaitu istananya sendiri sudah berada di hadapan istana Sulaiman, sebelum dia sendiri sampai di tempat itu. Dalam pada itu Nabi Sulaiman sudah memerintahkan pula untuk membangun sebuah mahligai yang terbuat dari kaca yang putih bersih; kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke dalamnya. Ratu Balqis mengira bahawa mahligai kaca itu air yang sedang mengalir berombak, lalu dia membukakan betisnya untuk memasukinya, tetapi kemudian ternyata bahawa itu bukanlah air. Dengan kekhilafannya ini, maka terbukalah hati dari Ratu Balqis yang selama ini tersesat di dalam gelombang kekayaan dan kekuasaan itu. Dia telah tersesat dan terkhilaf, sebagaimana kekhilafannya terhadap kaca yang di kiranya air. Dia insaf dan terbukalah hijabnya, sehingga dengan kejadian itu, kini dia merasakan akan kesesatannya, kerana dia mengira bahawa kekayaan itu dapat membahagiakannya, begitu pula kekuasaannya di dunia ini adalah kekuasaannya yang paling besar; baru sekarang dia mengetahui, bahawa ada yang mempunyai kekuasaan yang dapat melebihi kekuasaannya. Dia menjadi insaf dan bertaubat kepada Tuhan: "Ya Allah, Tuhanku ! Sudah lama saya tersesat sehingga saya tidak mengenalMu dan tidak pernah menyembahMu. Saya sudah tersesat dalamasa yang panjang, kerana kelobaan saya atas harta kekayaan pemberianMu itu, sehingga saya sudah aniaya terhadap diriku sendiri dengan melupakan Engkau, ya Allah. Saya kira hanya harta dan kekuasaan itu saja bahagia dan rahmat dari Engkau, rupanya itu sama sekali belum bererti apa-apa, bila dibandingkan dengan rahmat dan nikmatMu yang lainnya. Ampunilah saya ini, ya Allah! Sekarang saya insaf dan taubat, saya akan menerima pelajaran Sulaiman dengan menganut Agama Islam, iaitu agama Engkau, ya Allah. Saya akan tunduk dan taat kepadaMu, ya Allah, ampunilah saya, kerana Engkau suka memberi ampun dan penerima taubat pula.

HUKUMAN ALLAH TERHADAP BANI ISRAEL

Berkumpul dan datang silih berganti nikmat dan rahmat Allah atas bangsa Israel. Mereka

Page 33: Kisah Nabi

dilepaskan Allah dari berbagai-bagai azab dan seksa. DiutusNya kepada mereka beberapa Nabi dan Rasul, untuk melepaskan mereka dari berbagai azab dan seksa itu, guna membimbing mereka ke jalan yang benar, sehingga mereka dengan pimpinan para Nabi dan Rasul itu, mendapat kemakmuran dan kemajuan yang luar biasa, penuh dengan kehidupan yang bahagia dan senang, menjadi pemimpin di atas dunia ini. Sungguhpun begitu mereka senantiasa berpaling juga dari jalan yang benar dan baik itu. Setiap kali mereka mendapat kecelakaan dan kesengsaraan yang luar biasa, menginginkan pimpinan dan Nabi. Setelah mereka aman dan bahagia kembali dengan pertolongan pemimpin dari Nabi itu, kembali mereka tak mengakui akan Nabi itu, mereka lupakan segala nikmat dan rahmat Allah itu, bahkan para pemimpin dan Nabi itu banyak pula yang mereka bunuh, lalu mereka kembali kepada kesesatan dan berbagai-bagai kejahatan. Kalau mereka telah tersesat dan derhaka, mereka tidak dapat lagi dibelokkan ke arah kebenaran hanya dengan peringatan-peringatan dan ajaran-ajaran dari Allah saja, bagaimana juga benarnya peringatan dan ajaran itu, mereka tetap menolaknya, bahkan mereka ludahi. Hanya dengan seksaan jualah yang dapat membetulkan kembali tindakan mereka itu. Oleh sebab itu Tuhan mengirimkan berbagai-bagai seksaan, untuk membetulkan tindakan mereka yang salah itu. Sejak dahulu kala Tuhan menurunkan berbagai-bagai seksa dan azab terhadap Bani Israel. Tetapi kini mereka telah melupakan pula akan semua azab dan seksaan Allah itu, mereka bertindak dengan berbagai-bagai kejahatan lagi. Kesesatan dan kejahatan itu telah demikian rupa pula hebatnya, sehingga tidak dapat dibiarkan begitu saja. Tuhan mengutus pula kepada mereka seorang Nabi, Armiya namanya. Nabi ini dengan seluruh tenaga dan daya yang ada padanya, berusaha keras untuk mengembalikan. Diperingatkan oleh Nabi ini, akan ajaran-ajaran para Nabi dan Rasul yang telah meninggal dunia. Diperingatkan kepada mereka akan ajaran-ajaran Kitab Suci yang telah diturunkan Allah dengan perantaraan Nabi-nabi dan Rasul-rasul itu. Diperingatkan pula akan azab dan seksa bagi bangsa yang telah menderhaka ajaran-ajaran yang benar itu. "Ingatlah kepada seksaan yang menimpa Raja Namrud dan Firaun, ingatlah akan seksaan yang ditimbulkan oleh tentera Sanharib yang telah menghancur leburkan negeri Babilon dan rakyat-nya! Ingatlah akan berbagai-bagai azab yang berupakan angin taufan dan hujan batu, yang berupakan berbagai-bagai penyakit menular dan taun, yang berupakan udara yang panas terik dan lain-lainnva! Demikianlah Nabi Armiya memperingatkan kepada mereka; tetapi mereka tidak mahu mendengarkan dan menurutinya. Tuhan tidak akan henti-hentinya pula menurunkan seksa dan azabnya, selama manusia tidak bosan-bosannya berbuat kejahatan dan kesesatan. Terhadap bangsa Israel yang sudah tidak mahu dinasihati itu, tidak ada gunanya nasihat lagi, Lalu Tuhan utus kepada bangsa itu tentera yang paling kejam, yang dipimpin oleh seorang raja dan jeneral yang lebih kejam, iaitu tenteranya Nebukadnezar (Bakhtanassar) yang termasyhur itu. Dari arah Timur, tentera ini menyerbu dengan jumlah yang sangat besar, belum pernah ada tentera di dunia ini yang lebih besar jumlahnya dari tentera Nebukadnezar ini, seakan-akan gelombang demi gelombang, banjir demi banjir, mereka menyerbu dan terus menyerbu. Tidak ada sebuah kekuatan pun di atas dunia ini yang dapat menghalanginya, siapa saja yang melawan dibunuh mati, rumah-rumah, gedung dan kota-kota dihancurkannya sampai rata dengan tanah. Bangsa Israel yang masih tetap tinggal hidup, sebagai sisa pembunuhan dan penyembelihan, semuanya dikumpulkan menjadi tawanan, lalu dibuang jauh dari negeri mereka sendiri. Kota Baitul Maqdis dan Rumah Suci pun disapu bersih, sehingga hilang kehormatannya sama sekali. Semua Kitab Suci pun mereka bakar sampai habis. Lama pula konon masanya Nebukadnezar menguasai negeri Bani Israel, sampai kepada beberapa keturunan, dengan segala kekejamannya yang tidak ada tolok bandingannya. Akhirnya kerajaan kejam ini menjadi semakin lemah, hilang kekuatannya, sehingga tak sanggup berdiri lagi. Kekuasaan di seluruh Babilon dan bangsa Israel, akhirnya dipegang oleh seorang raja yang baik hati, lemah-lembut dan suka bergaul dengan rakyat. Dengan tenang raja ini mendidik dan mengumpulkan serta memerintah bangsa Israel yang sudah hancur-lebur

Page 34: Kisah Nabi

dan cerai-berai itu menjadi suatu bangsa yang berpadu-satu. Kita ini adalah bangsa yang terhormat, keturunan Nabi Yaakub dan anak-cucu Nabi Daud yang maha besar. Tanahair kita adalah Syam, yang penuh dengan sumber-sumber kekayaan, Kita adalah bangsa yang merdeka dan kuat dahulunya. Tetapi kerana kesalahan-kesalahan kita sendiri, kita dapat diusir musuh dari tanahair kita itu, kerana kita tidak mahu tunduk kepada peraturan, ingin menurutkan kemahuan diri sendiri saja. Sekarang marilah kita bersatu, mengumpulkan tenaga dan kekuatan kembali ke tanahair kita yang sudah lama kita tinggalkan itu! Kerana sudah mengalami benar-benar bagaimana pahit dan getirnya terusir dari tanahair sendiri, menjadi tawanan dan budak belian, dengan kerja paksa yang berat dan hina-dina, maka apa yang diucapkan oleh pemimpin itu, sangat meresap dalam kalbu dan jiwa mereka. Dengan keinsafan inilah mereka kembali bersama-sama ke tanah airnya sendiri, tanah Syam (Palestin) Dengan kegiatan bekerja dan persatuan yang teguh, bangsa dan Kerajaan Israel berdirilah meliputi tanah Syam. Mereka hidup dengan baik dan berketurunan yang banyak, sehingga berdirilah pula kebun-kebun yang luas, kota-kota yang besar, desa-desa yang aman dan penuh dengan kebahagiaan. Seharusnya mereka bersyukur atas semua nikmat dan rahmat Tuhan itu. Tetapi setelah hidup senang dan bahagia, mereka kembali melupakan Tuhan. Kembali menurutkan kehendak diri sendiri. Mereka lupa akan segala pengalaman dan penderitaan mereka selama terusir; malah masing-masing dirinya yang sudah senang dan kaya itu merasa sudah kuasa dan takkan mahu tunduk pula kepada kebenaran lagi. Begitulah jiwanya bangsa Israel itu. Dengan senang mereka naik sesudah jatuh, tetapi dengan mudah pula mereka lupa daratan, sehingga berbuat jahat dan sewenang-wenang lagi. Kalau mereka sudah menjadi jahat kembali, maka tidak ada kata-kata dan ajaran yang dapat menginsafkannya kembali. Mereka hanya insaf kembali kalau sudah dikutuk dengan seksa yang sehebat-hebatnya. Masyarakat mereka yang sudah mulai aman dan bahagia, sekarang mulai kacau kembali. Penuh sesak dengan berbagai-bagai kejahatan dan kemesuman. Orang-orang suci dan para Nabi yang diutus Tuhan untuk memimpin mereka, bukan hanya mereka tolak dan hinakan saja, bahkan banyak pula mereka bunuh. Dua Nabi Suci yang paling penyantun, iaitu Nabi Zakaria dan Nabi Yahya menjadi korban keganasan mereka. Bangsa Israel kembali menjadi bangsa yang hauskan darah. Riwayat berulang, bukan sekali ulang, tetapi berkali-kali. Terhadap mereka dikirim Tuhan tentera kejam yang jauh lebih kejam dari tentera Nebukadnezar, iaitu tentera Judarz. Tentera itu tanpa sebab peringatan sama sekali, lalu menyerang seluruh negeri dan bangsa Israel dari segala jurusan. Dengan kekuatan tentera yang jauh lebih banyak, dengan kekejaman yang jauh lebih hebat, tanah Syam yang didiami bangsa Israel itu mereka hancur-leburkan menjadi abu. Rakyatnya mereka sembelih dan koyak-koyak sebagai harimau menerkam mangsanya. Bangsa dan negara Israel kembali hancur-lebur. Sebahagian besar mereka musnah dan sebahagian kecil saja dapat meloloskan diri dari maut, lari ke mana saja ke timur dan ke barat, tidak keruan sama sekali. Begitulah nasibnya negara dan bangsa yang telah mendapat cop kemarahan dari Allah. Itu disebabkan kerana engkar akan ajaran-ajaran Allah, membunuh dan membinasakan para Nabi dan Rasul Allah; dan semua itu kerana kemaksiatan mereka yang melampaui batas, sehingga seksaan Tuhan datang melampaui batas pula hebatnya.

PERGOLAKAN DI ANTARA DUA FAHAMAN

Ada dua orang bersaudara di antara golongan Bani Israil juga. Keduanya bersaudara kandung. Tetapi hairan, satu sama lain bertentangan dalam pendapat dan pandangan hidup, bertentangan faham dan ideologi; ibarat buah sepohon dan sekebun tempat tumbuhnya, tetapi rasa, yang sebiji manis, sedang yang sebiji lagi pahit sepahit-pahitnya.

Yahuza, demikianlah nama salah seorang di antara kedua orang yang bersaudara itu. Dia ini adalah seorang yang mukmin dan mendasarkan hidup dan perjuangannya kepada dasar ketuhanan. Tahu akan darjat diri tempat di mana dia hidup sekarang menjelang

Page 35: Kisah Nabi

matinya. Sifatnya pemaaf dan pemurah hati, penyantun terhadap sesama dan suka merendahkan diri, tidak terlalu tergoda oleh keriang-gembiraan dunia dan hartabenda kekayaan. Yang seorang lagi dari kedua orang itu bernama Qutrusy. Dia tidak mahu mengenal Tuhan dan hari Akhirat. Hidupnya dalam kekafiran tanpa agama, hanya berpedoman kepada otaknya sendiri saja. Sifatnya kasar dan bakhil sekali, selalu menganggap dirinya lebih pintar dan lebih kuasa dari semua orang. Ia selalu memandang rendah kepada orang dan golongan lain, lebih-lebih kepada orang yang beriman kepada Allah dan senantiasa beribadat. Setelah bapa kedua orang bersaudara ini menjadi tua dan dekat waktunya meninggal dunia, kedua anaknya itu dipanggilnya. Sang bapa merasa khuatir bila dia meninggal dunia kalau-kalau kedua anaknya ini akan berebutan harta peninggalannya yang begitu banyak dan berselisihan. Agar perselisihan yang tidak diharapkannya itu jangan sampai terjadi, maka di saat itu juga semua harta-benda kekayaannya yang banyak itupun, dibahagikannya sama banyak antara kedua anaknya itu. Sesudah dibahaginya sama rata, masing-masing merdeka memperbanyak dan menghabiskan hartanya itu sekehendak hati mereka. Adapun Yahuza telah menetapkan niat dan rencana dalam hatinya, akan menggunakan harta yang diterimanya itu untuk keperluan segala sesuatu yang diredhai Allah, sebagai tanda bakti dan taatnya kepada Tuhan, tanda syukur dan berterimakasih kepada Allah. Dia akan gunakan segala harta dan wang yang ada padanya itu untuk membeli dan menebus Syorga yang dijanjikan Allah. Harta itu selalu dipergunakannya untuk menolong orang-orang yang sengsara hidupnya, orang-orang yang lapar dan dahaga kerana miskinnya. Dia mendirikan jambatan dan memperbaiki jalan yang rusak untuk dilalui orang banyak, serta dia membantu orang-orang yang mendapat kecelakaan dan yang ditimpa bahaya. Tidaklah hairan kalau hartanya itu bukan semakin bertambah banyak, malah semakin sedikit dan akhirnya habis samasekali; tetapi Yahuza tetap tenang dan sabar. Dicukupkannya apa-apa yang dapat dicarinya sehari-hari untuk penghidupannya, bahkan kadang-kadang dia tidak mendapatkan apa-apa untuk dimakannya, lalu dia berpuasa tanda dia bermohon kepada Allah agar diberi rezeki. Bila dia mendapat rezeki yang agak banyak, maka bertambah-tambah syukur dan ibadatnya kepada Allah. Tidak jemu-jemunya lidah serta anggota tubuhnya menyebut dan menyembah Allah. Adapun Qutrusy dengan harta pusaka yang diperolehnya itu semakin bertambah lupa dia kepada Tuhan, kerana asyik mengurus harta dan kekayaannva itu saja. Dengan tidak kenal penat dan lelah, siang dan malam tidak ada yang difikirkannva. selain bagaimana caranya untuk menjadikan harta yang banyak itu agar menjadi lebih banyak lagi. Satu sen pun dia tidak mahu memberikan hartanya itu kepada orang-orang yang bagaimana juga melarat dan miskinnya, apalagi untuk keperluan sosial dan umum, sedikitpun tidak pernah waktunya dipergunakan untuk mengingat dan menyembah Allah, sebab fikirnya, menyebut dan menyembah Allah itu membuang-buang waktu kepada yang tak berguna dan tidak mendatangkan hasil saja, dapat merugikan diri sendiri dan berbodoh-bodoh. Telinganya ditutupnya serapat-rapatnya, bila mendengar suara orang yang meminta, pintu rumahnya dikunci serapat-rapatnya bila ada orang yang mengharapkan bantuan dan pertolongan, hanya dibuka selebar-lebarnva bagi orang yang akan menambah untung dan kekayaan semata. Dengan hartanya itu, dia berhasil membangun dua buah kebun vang besar dan luas. Mengurus dan memajukan kedua kebun itulah segala umur dan kekayaannya ditumpahkan. Kebun itu teratur rapi, bersih dan menghijau. Tumbuh di dalamnya berbagai-bagai tanaman yang selalu mendatangkan hasil yang berlipat ganda; di tengah-tengahnya dibuatnya taman dan jalan-jalan yang bersimpang-siur, sedang di kelilingnya berdiri rumah-rumah tempat tinggal sebagai istana layaknya, enak dipandang mata, sejuk perasaan bila memasukinya, seakan-akan syurga di atas dunia. Tidak kurang pula dengan sungai-sungainya yang mengalir air jernih, untuk diminum dan tempat mandi bersenang-senang. Buahnya lebat lazat dan nyaman kalau dimakan, daunnya yang rimbun segar itu dipergunakan untuk berteduh dan berlindung di kala musim panas. Semua orang tertarik akan kebun yang moden itu, hal mana menambah banyak hasil

Page 36: Kisah Nabi

yang diperoleh daripadanya. Qutrusy tidak bosan-bosannya memandang dan mengurus kebun yang cantik molek dan mendatangkan keuntungan yang tidak sedikit itu. Siang-malam dengan asyiknya dia keluar-masuk kebun itu, untuk memandang buah-buahan yang lebat dan warnanya yang menghijau. Kekayaannya makin berlimpah-limpah, hidupnya semakin senang dan bahagia rasanya. Dia dianugerahi Allah pula beberapa orang anak yang sihat-sihat serta gagah-gagah. Tetapi dengan semua nikmat dan anugerah Allah itu, hidupnya semakin lupa dan jauh dari Allah, kesombongan dan kebongkakkannya semakin menghebat, kebakhilannya pun menjadi berlipat-ganda pula. Tidak pernah lidahnya dipergunakan untuk mensyukuri nikmat Allah itu dan tidak pernah pula dahinya direndahkan untuk menyembah dan beribadat. Kebunnya makin diperluas dan diperluas juga, rumah-rumah dan istana yang ditempatinya dipertinggi dan dipermoden pula, orang gajinya makin diperbanyak. Tetapi semakin senang dan kaya, dia semakin kafir dan lupa kepada Tuhan yang telah menjadikan dirinya dan hartabenda sebanyak itu. Pada suatu hari, setelah lama tak berjumpa kedua orang bersaudara iaitu Qutrusy dan Yahuza, mereka bertemu pada suatu tempat. Alangkah terkejutnya Qutrusy melihat saudaranya yang berpakaian compang-camping itu. Matanya mengejek, mulutnya segera menegur saudaranya itu: Ke mana perginya harta dan kekayaanmu itu? Ke mana perginya emas dan perakmu? Sekarang ternyatalah akan kebodohanmu dan kepintaran diriku. Engkau hidup melarat dan compang-camping. Tidak mempunyai teman dan tak akan dipandang oleh orang banyak sedikitjuga. Adapun keadaanku boleh kau lihat sendiri. Hidupku senang, bahagia selamanya. Banyak harta dan anak keturunan, banyak teman dan pembantu. Cubalah masuk ke dalam kebunku ini, lihatlah di sana pemandangan dan hasilnya, daunnya yang rimbun menghijau, buah-buahannya yang lebat dan lazat. Jalan-jalan dan rumah-rumahna yang cantik dan teratur, sungai-sungainya yang senantiasa mengalir tidak kering-keringnya. Setiap hari dan bulan terus-menerus mendatangkan hasil dan keuntungan. Adapun engkau ini selalu memikirkan Tuhan dan Akhirat saja. Aku tidak perlu tahu tentang Tuhan dan Akhirat itu. Akupun tidak perlu Syorga yang dijanjikan Allah, sebagai katamu selama ini. Aku ini sudah dapat membuat Syorgaku sendiri dengan kepintaran dan tenagaku sendiri. Mendengar itu Yahuza menjawab dengan tenang: Engkau sudah kafir mengengkari Allah, sudah tidak percaya alam akhirat, Engkau sudah tidak percaya akan hidup kembali sesudah matimu di alam fana ini, di alam mana engkau akan dihisab dan diperhitungkan segala amal perbuatanmu. Tidakkah engkau tahu siapa yang telah menjadikan manusia ini pada mulanya dari bahan tanah, kemudian dari setetes air dirahim ibu, yang kemudian lalu berubah menjadi segumpal darah, jadi berdaging dan bertulang? Berbentuk berupa, kemudian diberinya roh atau jiwa. Maka lahirlah ke alam dunia menjadi bayi, akhirnya menjadi manusia yang bertenaga sebagai engkau ini. Apakah engkau tidak percaya, bahawa Tuhan yang telah dapat menciptakan manusia dengan jalan demikian itu, tidak akan dapat menciptakan alam akhirat sebagai ajaran agama Tuhan itu? Semua itu mudah sekali bagi Tuhan Yang Maha Kuasa. Tetapi engkau tidak mengakui ini, kerana mata hatimu sudah ditutup serapat-rapatnya oleh keengkaranmu sendiri, sehingga semua itu kau lupakan dan tidak mahu memikirkannya. Engkau hanya memikirkan wang dan kekayaanmu saja. Pendirianmu itu sajalah yang dapat engkau benarkan. Pendirian orang yang beriman, walaupun dengan alasan yang bagaimana juga banyak dan nyatanya, tetap kau tolak, kau engkari dan kau dustakan. Dengan pendirianmu yang demikianlah engkau telah menghina memandangku rendah, kerana kemiskinanku. Engkau menganggap dirimu lebih benar dari aku kerana hartamu yang lebih banyak itu. Aku dengan kemiskinanku ini lebih kaya daripadamu dengan kekayaanmu itu. Kekayaan yang sebenarnya, tidak terbatas pada wang dan harta saja, sedang engkau memandang kekayaan itu hanya dari segi wang dan harta saja. Kerananya, seluruh tenaga dan fikiranmu itu dikerahkan ke arah wang dan harta saja. Kekayaan yang sebenarnya, adalah terletak dalam perasaan, merasa cukup apa yang ada.

Page 37: Kisah Nabi

Itu emas dan perak, perhiasaan yang berupakan intan dan berlian, kebun-kebun yang luas dan tanaman-tanaman di atasnya, menurut pandanganku adalah ibarat biji yang tumbuh di atas tanah, ada masanya tumbuh dan subur, tetapi ada pula masanya layu dan mati. Begitu pula ada masanya berada dan akan datang masanya habis dan lenyap kesemuanya itu, dikeranakan oleh terik panas matahari, atau kerana dilanda banjir, atau ditiup angin taufan. Adapun orang-orang sebanyak itu yang menjadi budakmu, menjadi pekerja dan buruh yang selalu kau sombong-sombongkan itu, belum tentu akan dapat engkau pekerjakan atau menolong bila engkau sedang ditimpa bahaya hebat, malah mungkin merekalah nanti yang akan mencelakakan dirimu sendiri. Adapun aku ini hanya ingin ditolong oleh Tuhan, iaitu menjadi kawan Tuhan, bukan menjadi musuhnya Tuhan. Buat aku nikmat yang paling penting, bukan harta dan kekayaan, tetapi adalah kesihatan badan dan hidup selalu dalam keredhaan Allah; asal diredhai Allah, aku tidak takut dimusuhi manusia. Asal dapat aku memperoleh Syorga yang dijanjikan Allah itu, aku rela sekalipun hidupku miskin di atas dunia yang fana ini, kerana hanya kebahagiaan hidup di dalam Syorga itu sajalah yang bakal kekal selama-lamanya. Adapun kebahagiaan dunia ini, hanya terbatas dalam jangka waktu yang amat singkat saja. Sekalipun kebun dan kekayaanmu itu berlimpah-limpah, serta terjaga rapi oleh penjaga-penjaga yang engkau beri upah, tetapi siapakah gerangan yang akan dapat menjaganya dari bahaya badai dan banjir besar? Siapakah yang dapat menjaganya dari hawa panas terik, sehingga kesemuanya menjadi kering? Itu air yang mengalir di dalam kebunmu, dapat menghidupkan dan menyuburkan tanaman dan binatang-binatang ternakmu, tetapi air itupun sewaktu-waktu dapat juga menghancurkan dan memusnahkan segala yang engkau tanam dan pelihara itu. Segala sesuatu mudah terjadi, bila telah dikehendaki oleh Allah yang menjadikan semua itu; kalau engkau tidak mahu patuh, tunduk dan selalu bertindak memusuhi terhadap Tuhan yang Maha Kuasa itu. Sehabis berkata-kata demikian, Yahuza segera meninggalkan tempat itu, meninggalkan saudaranya yang sudah nyata tidak akan menerima segala nasihat yang bagaimanapun juga baik dan jujurnya. Qutrusy segera pula kembali ke dalam kebunnya. Dia kembali asyik dengan harta kekayaannya saja, dia lupa akan semua nasihat yang didengar dari mulut saudaranya itu. Pada suatu hari, tidak lama setelah pertemuan dengan saudara-setelah dia bangun dari tidurnya pagi-pagi benar, sebagainya itu, kebiasaannya, segera dia keluar menuju kebunnya yang tak sedikit juga dari ingatannya, untuk bersenang-senang dan melihat segala kekayaan yang menjadi penghibur hatinya. Alangkah terkejut dan terperanjatnya, setelah dilihatnya bahawa semua tanaman-tanamannya yang subur dan menghijau itu, kesemuanya telah menjadi kering dan mati. Setetes air, sedikit angin pun tidak berhembus lagi di tempat itu. Melihat pemandangan itu, kering lidah dan mulutnya, gemetar sekujur badannya, lemah lunglai semua persendian dan tulangnya. Dia rebah ke tanah tidak bertenaga lagi. Dengan susah-payah dia menengadahkan kedua telapak tangannya ke langit, menunjukkan akan penyesalan dalam hatinya, dia merasa rugi atas segala dan susahpayahnya selama ini. Disanalah dia mengeluh dengan suaranya yang sayup-sayup kedengaran: Aku menyesal akan kemusyrikanku dan telah mengengkari Tuhan ! Sesalnya ini sudah terlambat, sesal kemudian sungguh-sungguh tidak ada gunanya samasekali !

MENYANGGAH HAK FAKIR MISKIN

Baru saja fajar menyingsing di ufuk timur, orang tua yang telah bongkok punggungnya dan lemah persendiannya itu, lalu bangun dari tidurnya. Dengan langkah yang tenang dan nafas yang sesak, sambil memegang tongkat ditangannya, orang tua

Page 38: Kisah Nabi

itu keluar dari rumahnya, menuju ke kebunnya. Sebelum matahari terbit, sudah pasti dia berada dalam kebunnya itu setiap pagi, untuk bekerja, menjaga dan memelihara kebunnya itu. Dengan kerajinannya yang ditumpahkan terhadap kebunnya itu, maka tidaklah hairan bila kebun itu sangat baik dan teratur, subur tanamannya, serta banyak sekali buah-buahan yang dihasilkan setiap tahunnya. Semua orang senang melihat kebun itu. Malah disanalah mereka sering melepaskan lelah dan bersenang-senang, sambil menghirup hawa sejuk pada waktu pagi mahupun petang, apalagi bila sedang teriknya panas matahari orang-orang sama berteduh di bawah pohon-pohon kayu yang terdapat dalam kebun itu, sambil melepaskan pemandangan yang indah di sekitarnya. Setelah orang tua itu selesai menilik dan memelihara kebunnya, iaitu memeriksa buahnya yang masih putik dan yang sudah matang, melihat kembang-kembangnya yang masih kuncup dan yang sudah merkah. Setelah dia mendengar bunyi burung-burung yang juga sama merasa bahagia tinggal dalam kebun itu, baru dia pulang ke rumahnya, lalu bersembahyang dan bersujud syukur terhadap Allah yang telah memberikan nikmat yang demikian berharga kepadanya dan dia bermohon ke hadhrat Allah agar dipelihara oleh Allah dari segala dosa yang mungkin timbul dari kekayaan yang ada padanya, minta agar dia dijauhkan Tuhan dari fitnah kesenangan dunia, serta pengaruh syaitan dan hawa nafsu. Demikianlah cara hidupnya orang tua itu, sejak waktu mudanya sampai menjadi tua seperti sekarang ini. Begitu adanya di waktu pagi dan petang, di waktu malam berganti siang. Dan bila waktu memetik buah dari kebunnya itu sudah datang, dipanggilnyalah tukang-tukang kebun dan orang-orang pekerjanya untuk bekerja menyediakan sabit dan keranjang, dipanggilnya pula segala kaum fakir miskin untuk menolong. Setelah selesai dari memetik buah hasil perkebunannya itu, mereka masing-masing diberinya upah menurut hasil tenaga mereka masing-masing. Diberi pula sewa sabit dan keranjang yang mereka bawa. Kemudian, bila hasil itu sampai nisabnya semua fakir miskin itu dipanggil untuk menerima bahagian mereka masing-masing, sebagai zakat dari hasil bumi itu. Demikianlah halnya saban tahun, sehingga dengan kebun yang besar dan luas kepunyaan orang tua itu dapatlah semua orang yang tidak berpunya di sekitar kampung itu ikut serta mengecap hasilnnya, sehingga mereka tidak khuatir atas kemiskinan mereka dan tidak dengki atas kekayaan orang tua itu. Tetapi anak-anak dari orang tua itu yang sekarang ini sudah agak besar-besar, berakal dan berfikir pula, maka adat kebiasaan orang tua yang sebaik

Page 39: Kisah Nabi

itu dibantah dan disanggah mereka, tidak suka kalau hasil kebunnya itu dibagi-bagikan kepada orang fakir miskin begitu rupa saban tahun. Salah seorang dari anak-anaknya itu berkata: Bapaku, bila saban orang yang miskin diberi, tiap orang yang minta-minta dikasih begitu rupa, maka itu bererti bahawa bapa sudah mengurangi hak-hak kami kerana makin sedikit hasil yang kami peroleh dari kebun kita itu. Berkata pula seorang lainnya: Hai bapa, kalau terus-menerus begitu, akhirnya habislah semua kekayaan kita dan hasil perkebunan kita ini, sepeninggal bapak nanti, kami ini semua pasti melarat dan terpaksa mengemis kepada orang lain. Mendengar segala sanggahan itu, tampil pula anak yang ketiga, Dengan segala keterangan dan kesabaran anak yang tinggi mutunya ini lalu berkata: Semua yang kamu ucapkan itu adalah berdasarkan fikiran yang salah semata, berdasarkan perhitungan manusia yang membelok dari kebenaran dan hanya dengan sangkaan-sangkaan belaka. Kamu tidak tahu akan apa yang sebenarnya harta kekayaan dunia itu. Harta itu bukan hanya harta kepunyaan saya dan kepunyaanmu saja. Kebun kita yang luas itu, bukan hanya kebun kita. Tetapi adalah harta dan kebun Allah, yang diamanatkan Allah kepada kita untuk menyelenggarakannya, dengan perjanjian dan aturan Allah, bahawa semua hasilnya itu dipergunakan sebaik-baiknya kepada yang lebih memberi manfaat, dengan tidak boleh melupakan hak orang-orang fakir dan miskin, orang yang terlantar dan kekurangan syarat hidup atau dalam perjalanan. Sebahagian lagi untuk burung-burung yang datang ke dalam kebun ini. Burung-burung itupun mempunyai hak, kerana ada pula jerih dan jasanya terhadap kebun itu. Sebab itu janganlah hak-hak orang fakir dan miskin itu dihalang-halangi dan disanggah. Salah benar perbuatan kita bila menyanggah aturan Allah. Bapa mereka yang sudah tua dan tidak berdaya lagi itupun turut bernasihat: Aku sudah tua, kekuatanku sudah habis, tulang-belulangku sudah terasa kaku dan aku tidak lama lagi akan pergi meninggalkan kamu sekalian. Nasihat dan fatwaku yang penghabisan, ialah agar kamu sekalian yang menerima kebun itu sebagai pusaka dariku, pandai-pandailah mempergunakan nikmat dan pemberian Allah itu. Dua kalimat sebagai amanatku hendaklah kamu tanamkan dalam ingatanmu, jangan sampai dilupakan dan dilanggar: Bila kamu dapat mempergunakan nikmat itu dengan baik, sepanjang aturan Allah akan menambah nikmatNya atas kamu sekalian. Tetapi bila kamu bakhil dan mempergunakan nikmat itu dengan cara yang salah, Tuhan tentu akan kuasa mencabut nikmatNya itu dengan sekaligus. Kamu sekalian tidak akan luput dari tinjauan Allah atas segala perbuatanmu,

Page 40: Kisah Nabi

Dari itu hendaklah kamu berhati-hati. Tidak lama kemudian, orang tua yang baik itupun meninggal dunia, semua kekayaan dan kebun itu menjadi hak anak-anaknya itu, sebagai pusaka. Hari berganti bulan, semua tanaman-tanaman dari kebun itu dengan buah-buahannya yang lebat dan subur, semakin mendekati hari untuk dipetik hasilnya. Musim yang sekarang ini lebih baik dari musim musim sebelumnya, berkat nikmat dan pemberian Allah terhadap anak-anak itu. Datanglah masanya untuk memetik segala hasilnya. Di kala itupun mereka berkumpul. Yang terbesar di antara mereka mulai berkata dalam pertemuan itu: Mulai saat ini tidak ada hak lagi bagi fakir miskin dan orang-orang yang mengemis atas hasil kebun kita ini. Semua hasil itu akan kita bagi sama banyak antara kita saja, juga merdeka untuk mempergunakan bagian kita masing-masing, menurut kehendaknya masing-masing pula, baik untuk disimpan mahupun ditukarkan. Tetapi kalau bahagian itu kita simpan bersama-sama dan tidak disedekahkan kepada siapapun juga, pasti kita akan semakin kayaraya dan harta kita akan selalu bertambah banyak. Anak yang saleh antara anak-anak itupun lalu menjawab: "Engkau merencanakan sebuah rencana yang baik menurut fikiranmu, tetapi yang sebenarnya salah dan pasti membawa keburukan dalam masyarakat ini. Rencana yang engkau kira akan membawa manfaat itu, sebenarnya akan menimbulkan siksa dan bencana saja. Cuba, kalau hak fakir miskin itu kamu sanggah dan kamu langgar, akan timbullah perasaan hasad dan dengki dikalbu mereka, Akhirnya kita tidak akan merasakan keamanan lagi dalam hidup kita, sebab mungkin mereka akan memberontak terhadap kita. Sebab itu, janganlah rencanamu itu dijalankan dan mari kita kembali kepada rencana yang sudah diamanatkan almarhum bapa kita sendiri, dengan cara memberikan haknya fakir miskin, dengan tidak menguranginya sedikit juga. Sesudah hak mereka kita keluarkan, maka yang tinggal itu adalah hak kita, hak yang diredhai Allah dan akan penuh dengan berkat. Mendengar pendapat anak yang saleh ini, mereka sama berteriak dengan suara keras menyanggahkan: "Jangan kau kemukakan rencanamu itu, berhentilah kamu dari berkata-kata demikian. Hanya engkau saja yang tidak bersetuju dari apa yang sudah kami setujui bersama ! Mendengar sanggahan sekeras ini, dengan sabar anak yang saleh itu berkata pula: Sebelum menyanggah kata-kataku yang benar ini, lebih baik kamu bersabar dan berfikir tenang terlebih dahulu. Kalau masih juga belum dapat bersabar dan tenang hatimu, kuanjurkan agar kita sekalian lebih dahulu bersembahyang, kerana sembahyang itu adalah

Page 41: Kisah Nabi

ubat ketenangan dan kesabaran batin ! Ajakan ini tidak mereka jawab, yang ertinya mereka tidak mahu menerimanya samasekali. Matahari sudah mulai turun dan hari pun menjelang malam. Di waktu senjakala yang lengang dan sepi itu, mereka kembali berapat dan musyawarah lagi. Yang mereka muafakatkan ialah bagaimana caranya mereka dapat memungut hasil kebun itu dengan tidak setahu fakir miskin dan orang banyak, agar semua fakir miskin jangan sampai turut dan tidak usah mendapat bahagiannya. Hasil dari permusyawaratan itu, ialah mereka akan memetik segala hasil kebun itu di pagi buta, sebelum terbitnya matahari dan sebelum orang-orang di sekitarnya bangun dari tidurnya. Semua hasil itu akan mereka bagikan untuk mereka saja. Mereka menetapkan, bahawa esok hari sebelum matahari terbit, semua hasil kebun itu sudah berada dalam gudangnya masing-masing dengan pasti, tanpa ragu-ragu dan tanpa insya Allah lagi. Tuhan Maha Mendengar dan Maha Mengetahui atas segala pembicaraan dan putusan yang mereka ambil itu. Di malam itu juga dikirim Allah bala besar kepada kebun itu, sehingga seluruh tanaman dan buahnya kering, gugur dan hancur di atas tanah, sehingga tidak ada barang sebiji pun yang dapat diambil hasilnya. Pagi-pagi benar mereka itu bangun dari tidurnya. Dengan diam-diam mereka menuju ke kebun dengan membawa sabit dan keranjang-keranjang buah. Setelah tiba di pagar kebun, mereka melihat apa yang sudah terjadi dengan kebun serta tanamannya. Kesemuanya sudah kering, gugur, menjadi hancur dan busuk, serta menjadi satu dengan tanah. Kata mereka: "Petang kemarin kita lihat kebun ini masih menghijau subur, tidak kurang air yang mengalir di antara tanaman-tanaman yang sedang berbuah lebat dan sudah matang-matang itu. Kenapa sekarang jadi begini? Barangkali ini bukan kebun kita. mungkin kita salah jalan, kerana hari masih gelap. Berkata pula anak yang saleh: "Ah, ini memang benar kebun kita sendiri, nyata sekali yang ini adalah kebun kita, Allah rupanya telah menghukum kita, kerana kamu telah membuat rencana yang salah. Bukankah sudah kuterangkan dan diamanatkan pula oleh bapa kita sendiri, bahawa semua itu mudah saja bagi Allah? Allah tidak rela nikmat dan pemberianNya itu diperkosa oleh orang-orang yang berdosa dan aniaya. Barulah mereka insaf, lalu hadap-menghadapi, salah-menyalahkan satu sama lain dan akhirnya mereka mengeluh: "Maha Suci Allah, kami mengaku bahawa kami sudah aniaya. Ya, kiranya kami sudah derhaka, kami berjanji akan tunduk pada aturan Tuhan kami. Sesal yang sudah terlambat. Sesal kemudian yang

Page 42: Kisah Nabi

tidak berguna. Ini baru siksaan dunia bagi mereka. Di akhirat nanti, untuk mereka disediakan lagi azab dan siksa yang lebih kejam dari itu.

NABI YUNUSSebuah negeri Ninuwi namanya, dimana setiap rumah penuh dengan berhala yang disembah dan hampir setiap penduduknya hidup dalam kejahilan, kegelapan, kesesatan dan berbagai hal yang jauh dari kebenaran. Kepada mereka itulah Nabi Yunus diutus Tuhan untuk menyingkapkan kegelapan dan membawa cahaya terang. Untuk membimbing akal dan fikiran mereka, agar dapat memikirkan alam yang luas bukan hanya alam yang sempit, agar dapatlah mereka menginsafi bahawa berhala itu adalah barang buatan yang tidak ada gunanya disembah, yang harus disembah adalah Allah yang menjadikan bumi dan langit, bulan, matahari dan segalanya. Mereka terkejut mendengar keterangan baru itu, yang memang bertentangan dengan apa yang sudah menjadi tradisi kehidupan mereka turun temurun; iaitu menyembah dan memuja batu batu yang berupakan patung atau berhala. Mereka bukan hanya terkejut saja, tetapi kerana sudah menjadi tabiat pula bagi mereka, bahawa mereka tidak akan tunduk menurutkan kata seseorang yang dianggapnya bukan raja dan bukan bangsawan, tidak mempunyai kekayaan dan kekuasaan apa apa, tetapi hanya orang biasa saja. Sebagaimana nasibnya semua Nabi dan Rasul, demikian pulalah nasib dan pengalaman yang dialami oleh Nabi Yunus. Dia ditentang dan didebat orang dengan berbagai bagai tentangan dan debatan. Dengan sabar dan tahan hati, dengan lunak dan budi yang tinggi, Nabi Yunus menghadapi mereka. Bukan sebulan dua, tetapi sampai bertahun tahun pula, namun mereka tetap mengengkari akan ajakan Nabi Yunus. Kerana keengkaran yang tidak boleh ditawar tawar ini, Nabi Yunus mulai khuatir, kalau kalau mereka itu akan mengalami pula seksa dan azab Tuhan, sebagaimana yang telah dialami oleh bangsa bangsa yang terdahulu dari mereka. Hal ini dikemukakan Nabi Yunus kepada mereka: Saya khuatir kalau seksaan Allah turun atas kamu sekalian, kerana keengkaran kamu yang tidak boleh ditawar tawar ini dan tidak seorang juga yang dapat menghindarkan dirinya dan seksaan Allah itu, selain orang yang dikehendaki Allah yaitu orang orang beriman dan tunduk kepada ajaran Allah. Lucu dalam pendengaran telinga mereka peringatan Nabi Yunus yang demikian itu. Kerana semua itu mereka anggap hanya omong kosong belaka. Mereka menjawab peringatan ini dengan kesombongan: Kami tidak akan tunduk kepadamu, kami tidak takut akan seksa Tuhanmu itu. Datangkanlah siksa itu kalau engkau memang benar. Nabi Yunus tidak dapat menahan sabarnya lagi. Hatinya marah tidak terhingga, harapannya putus samasekali. Nabi Yunus berjanji tidak akan berhubungan dan berkata lagi di hadapan mereka. Nabi Yunus lalu berjalan, bertolak meninggalkan kampung dan bangsa yang engkar itu. Dia pergi merantau ke negeri lain, dengan hati yang kesal dan putusasa. Tidak lama dan belum jauh perjalanan Nabi Yunus dari negeri itu, turunlah seksa Tuhan atas penduduk negeri yang sombong dan bongkak itu. Mula mula hawa panas meningkat tinggi kerananya warna kulit mereka berobah seketika itu juga, menjadi jelek serta banyak cacat cacatnya. Derita hawa panas semakin meningkat tinggi lagi, sehingga mereka merasakan benar pedihnya seksaan itu. Mulai timbul di hatinya, rasa takut dan mereka mulai percaya akan kata kata Nabi Yunus itu memang benar. Sekarang mereka menjerit jerit mencari Yunus, ingin taubat serta ingin menurut perintahnya. Mereka teringat akan azab dan seksa yang pernah diturunkan terhadap kaumnya Nabi Nuh, terhadap bangsa Ad dan Tsamud. Mereka ingin bertaubat dan menurut akan segala ajaran Nabi Yunus. Tetapi sayang, Nabi Yunus sudah pergi dan tidak seorang pun mengetahui ke mana perginya. Hawa makin meningkat juga panasnya. Kaum ibu sudah tak menghiraukan lagi anak anak bayi mereka sendiri, begitu pula keadaan kambing dan biri biri sama sama tidak diladeni lagi, lembu dan unta pun demikian pula keadaannya. Baik manusia mahupun binatang,

Page 43: Kisah Nabi

masing masing memikirkan nasibnya sendiri. Di kala itulah mereka minta taubat dan ampun sehebat hebatnya kepada Allah yang pernah diajarkan Nabi Yunus kepada mereka yang pada waktu itu mereka tolak. Karena taubat dan kehendaknya itu benar benar keluar dan hati mereka, taubat yang ikhlas seikhlas ikhlasnya, segera Allah menghentikan seksaan yang telah diturunkan itu. Mereka kembali hidup dalam keadaan biasa, aman dan tenteram. Mereka menginginkan agar Nabi Yunus segera kembali kerana mereka merasa rindu kepada Yunus dan pelajaran Nabi dan Rasul, sebagai guru dan kalau perlu akan mereka angkat menjadi raja mereka. Tetapi Yunus tidak kembali. Dia berjalan terus-menerus dengan hatinya yang kesal dan......... Sesudah lama berjalan, akhirnya Yunus tiba di pinggir laut, di tepi sebuah pantai. Tampaklah olehnya sekelompok manusia yang sedang bersiap untuk belayar menyeberangi lautan luas itu dengan sebuah perahu. Yunus minta agar diizinkan turut menumpang dan bersama sama belayar. Sebagai tamu, Nabi Yunus mereka sambut dengan penghormatan dan kemuliaan. Permintaan Yunus mereka kabulkan, apalagi setelah terbukti Yunus adalah seorang yang baik budi serta halus tuturbahasanya. Penghormatan-nya terhadap Yunus semakin bertambah sehingga Yunus benar-benar menjadi tamu yang paling terhormat di kalangan mereka. Perahu belayar dengan lancarnya mengarungi samudera luas akhirnya hilanglah tepi pantai dan pandangan mata. Mereka tiba di tengah tengah samudera luas yang tak berpinggir. Dengan takdir Allah, di tengah tengah samudera yang luas itu, perahu tersebut menjumpai gelombang yang sangat tinggi, gulung menggulung, sebagai gunung gunung yang sedang berkejar kejaran, seolah olah hendak menyerang bahtera kecil yang sedang mereka kayuh. Hati para penumpang berdebar hebat, bahaya maut menghadang mereka. Tidak ada jalan lain yang dapat menghindarkan diri dan bahaya samudera itu selain dengan mengurangi muatan perahunya. Semua barang muatan pun segera dilemparkan ke luar perahu, tetapi perahu masih dalam bahaya, sehingga terpaksa harus mengurangi muatan lainnya, iaitu muatan yang berupakan manusia. Tetapi siapakah di antara mereka yang harus dilemparkan ke laut, untuk menjaga keselamatan jiwa orang yang banyak itu? Untuk ini, tidak dapat hanya dengan cara ditunjuk belaka. Akhirnya mereka tetapkan mengadakan undian saja, untuk menentukan siapa yang harus berkorban demi keselamatan jiwa lainnya. Mereka rela menjalankan korban jiwa dilemparkan ke laut, bila takdir menentukan demikian dengan undian itu. Setelah undian dilangsungkan, maka jatuhlah pada nama Nabi Yunus. Tetapi kerana Yunus adalah tamu yang terhormat yang harus mereka pelihara dan menjaganya bersama sama, maka mereka tidak sudi menjalankan putusan undian terhadap diri Yunus di kala itu. Mereka tetapkan mengadakan undian yang kedua kalinya. Tetapi kali yang kedua ini pun, undian itu jatuh pada din Nabi Yunus pula. Timbul keyakinan dalam hati Yunus, bahawa jatuhnya undian yang berulang dua kali atas dirinya itu, adalah hal yang sangat luarbiasa dan mungkin ini mengandung rahsia yang luarbiasa pula. Dengan demikian, Nabi Yunus tidak suka undian itu diulang ketiga kalinya. Dia minta supaya ketetapan undian yang sudah berlangsung dua kali itu dijalankan. Dia sendiri bersiap untuk dilemparkan ke dalam laut, sedia untuk ditelan oleh gelombang yang datang mengganas itu. Mungkin ini sebagai peringatan Allah atas dirinya, yang telah meninggalkan kewajibannya sendiri menghadapi kaumnya dengan berputusasa dan hijrah sebelum ada perintah Allah untuk berhijrah. Sesudah mengucapkan selamat tinggal dan selamat jalan kepada semua penumpang dan kawan kawan seperahu, Nabi Yunus lalu melompat ketengah tengah gelombang besar itu, menyerahkan nasibnya kepada Allah s.w.t. Ikan besar yang sedang melewati dekat tempat itu, mendapat wahyu dan Allah untuk menelan Nabi Yunus dengan syarat, bahawa ikan itu tidak akan memakan daging Nabi Yunus dan tidak akan merusak tulang belulangnya, kerana dia itu adalah Nabi Allah yang mulia, seorang Nabi yang terburu mengambil keputusan dan diserang putusasa. Hal itu dijalankan Nabi Yunus untuk menebus kesalahan dan keputusasaannya sendiri. Nabi Yunus ditelan oleh ikan besar itu, masuk ke dalam perutnya dengan selamat, tidak kurang suatu apa. Kemudian ikan besar itu berenang ke sana ke mari ditengah

Page 44: Kisah Nabi

gelombang yang besar, kadang kadang ke permukaan samudera dan kadang kadang pula sampai ke dasar laut yang jauh di bawah. Gelap di bilik gelap, dengan perasaan yang tidak dapat dibayangkan dengan pena. Tetapi dia rela, dia sabar dan tabah untuk menebus kesalahan keslahannya dan selalu berdoa, mudah mudahan Allah mengampuninya dan kesalahan itu dan Allah sudi menurunkan rahmat yang lebih besar atas diri dan bangsanya. Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, ya Tuhanku, dan sungguh saya ini orang yang sudah aniaya terhadap diriku sendiri. Demikianlah ucapan Nabi Yunus di dalam perut ikan yang gelap gelita itu. Doa dan permohonan Nabi Yunus itu didengar oleh Allah, kerana Tuhan Maha Mendengar akan doa hambaNya, di mana saja hambaNya itu berdoa kepadaNya. Ikan diwahyukan Allah untuk memuntahkan tamu yang ada dalam perutnya itu ke atas daratan di tepi pantai. Keadaan Nabi Yunus sekeluar dan kapal selam yang berjiwa itu sangat luarbiasa, badannya kurus kering lemah longlai dan tidak mempunyai daya lagi. Dengan rahmat Allah atas din Nabi Yunus, di tempat dia terdampar itu, lalu tumbuh sepohon yaqtin yang berbuah dan berdaun rimbun. Buahnya lalu dimakan oleh Nabi Yunus dan di bawah naungan daunnya yang rimbun itulah Nabi Yunus ber-lindung dad terikan panas matahari. Berhubung dengan kejadian atas din Nabi Yunus mi, Allah dengan tegas membukakan rahsianya dengan firmanNya Surah as-Saffat, ayat i~ dan 144: Kalau bukanlah dia (Yunus), yang sebelumnya banyak menyebut nama Allah (ibadat), nescaya dia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari kiamat. Jadi nyatalah bahawa yang menyebabkan dia dapat tetap hidup dalam perut ikan selama tiga hari tiga malam, tanpa udara, makanan dan minuman itu, adalah lantaran zikir dan ibadat yang banyak dilakukannya sebelum kejadian itu. Zikir dan ibadat itulah yang dapat menjadi udara, makanan dan minumannya. Sungguh beruntunglah manusia yang dalam hidupnya banyak melakukan zikir dan ibadat terhadap Allah, Tuhan Rabbul Alamin. Lama kelamaan Nabi Yunus menjadi sihat dan kuat kembali dan mulai merasakan keenakan hidup di tengah udara yang cukup. Baru saja Nabi Yunus dapat duduk dan berdiri, perintah Allah datang berupa wahyu kepadanya: Kembalilah engkau sekarang juga ke kampung halamanmu karena bangsamu sedang menunggu pinpinanmu. Mereka sudah beriman semuanya dengan keimanan yang suci murni. Mereka sudah membuang segala berhala dan patung yang selama ini mereka puja dan sembah. Mereka sedang bersusah payah mencari engkau, tetapi tidak bertemu. Nabi Yunus kembali ke kampung halamannya, bertemu dengan sanak saudaranya dan bangsanya. Nabi Yunus lalu sujud bersimpuh memuji dan menyembah Allah, diikuti oleh seluruh keluarga dan bangsanya yang sudah taubat dan sedar itu. Dengan merekalah Nabi Yunus hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram, merupakan suatu masyarakat manusia makmur dan diredhai Allah.

KELUARGA IMRANSemasa masih remaja puteri bercita-cita beroleh anak, sampai tua dan beruban belum juga dianugerahi Allah seorang anak pun. Cita cita untuk beroleh anak inilah yang selalu menggoda ketenangan hati dan kebahagiaan hidup perempuan tua yang kita ceritakan ini, iaitu isteri Imran. Lebih lebih ketika matanya menuju memandang burung burung yang dengan riang gembira berterbangan ke sana ke mari dengan anak anaknya, berkicauan dan bersiul siul, berebut ulat dan buah buahan. Demikian pula perempuan tua mi melihat perempuan perempuan lain sedang menggendong dan membuaikan anak anak bayi mereka, membelai dan menyanyikan anak yang menjadi buahati mereka, dengan kasihsayang dan kegembiraan penuh. Apalagi melihat anak anak orang yang sudah besar besar, datang dan pergi bila dipanggil dan disuruh ibu bapaknya. Sedang perempuan tua ini hidup sebatang kara hanya dengan suami yang sudah tua dan sepi, kerana tidak seorang anak pun yang berada di samping keduanya untuk memecahkan kesepian hidupnya itu.

Page 45: Kisah Nabi

Siang menjadi angan angan, malam menjadi buah mimpi, sehingga sudi dan rela hatinya mengorbankan apa saja yang ada padanya asal saja dia dapat beroleh seorang anak yang terdiri dari darah dan dagingnya sendiri. Anak, sekali lagi anak dan seterusnya anaklah yang menjadi impian dan idamannya sepanjang masa. Siang berganti malam, hari berganti bulan, bulan berganti tahun dan sudah berpuluh puluh tahun konon lamanya, cita cita ini tetap menjadi cita cita saja, namun dia belum juga beroleh yang dicitakannya itu. Hatinya mulai kesal, rasa putusasa mulai bertunas dalam kalbunya, kerana umur yang dicapainya ini rasanya tidak memungkinkan lagi untuk beroleh anak, fikirnya. Tidaklah bererti bahawa cita citanya itu telah padam. Tidak, malah bertambah hebat dan bernyala nyala juga. Akhirnya dia menghadapkan muka dan seluruh jiwaraganya kepada Allah Yang Maha Kuasa, yang menjadikan langit dan bumi. Berdoalah dia dengan khusyu dan khudhu agar kiranya Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pengasih, yang mendengar segala doa yang sanggup membuat apa kehendakNya, mengurniainya jua dengan seorang anak. Untuk menguatkan doanya ini, ia bernazar, berjanji kepada Allah tempat dia meminta itu, bahawa bila doanya mi terkabul, maka anak yang akan diperolehinya itu, akan didermakannya bulat bulat tanpa syarat untuk Rumah Suci Baitul Maqdis, sebagai abdi Allah dan pengawal Rumah Suci itu. Tidak akan dipekerjakan, selain untuk mengabdikan diri dan menyembah Allah semata di tempat. suci itu. Allah mendengar dan mengabulkan doa perempuan tua itu. Perempuan tua itu mulai merasakan sesuatu yang bergerak dalam rahimnya. Bukan main girang dan senang hatinya. Dunia yang mulanya gelap gelita dan lapuk dalam pemandangannya, kembali menjadi terang dan muda dalam pandangannya, penuh dengan cahaya terang benderang. Hilang rasanya segala pandangan gelap dan kegelisahan hati selama itu. Duduklah dia di samping suaminya (Imran) dan menerangkan apa yang terasa dalam kandungannya itu. Dan mata suaminya yang sudah tua itu terpancarlah cahaya kegembiraan yang kilau kemilau, diiringi oleh beberapa titis airmata tanda kegembiraan yang tidak terhingga hebatnya. Tetapi......, riang dan sedih tidak ada yang kekal di atas dunia ini. Dalam keadaan riang gembira yang penuh nikmat itu, seakan akan berada dalam mimpi menunggu kelahiran seorang putera yang sudah lama dicita citakan itu, tiba tiba kegembiraan dan kenikmatan perasaan itu berganti dengan nasa sedih dan pilu, kerana suaminya yang tua yang dicintainya itu pulang ke rahmatullah, menemui Tuhannya sebelum dapat melihat dengan biji matanya, akan anak yang ditunggu tunggu dan diidam idamkannya itu. Tinggallah perempuan tua itu seorang diri, diselubungi oleh perasaan sedih dan pilu ditinggalkan suami yang sangat dicintainya, sekalipun dalam dadanya penuh rasa harap dan gembira, bersemi pula memenuhi kalbunya menanti nanti kelahiran sang bayi dan kandungannya, yang sudah sekian lama diidam idamkannya. Belum pernah kiranya seorang manusia di dunia ini yang diserang rasa sedih dan pilu bersamaan waktunya dengan perasaan gembira dan nikmat, sebagai perempuan tua janda Imran ini. Dengan perasaan sedih bercampur gembira dan harap itu dia merasakan bahawa dia sudah dekat bersalin. Segala sesuatu disiapkannya, lalu kandungannya itupun lahirlah. Setelah diketahuinya, bahawa bayi yang dilahirkannya itu adalah perempuan, dia pun mengeluh lagi, kerana bukanlah sebagai yang dicita citakannya selama ini. Seorang perempuan tentu tidak dapat dijadikan abdi Rumah Suci Baitul Maqdis, fikirnya. Dengan perasaan duka dan sedih pula, bayi yang baru lahir itu diberi nama dengan nama yang sudah diwahyukan Tuhannya; iaitu Mariam yang bererti Pengabdi Tuhan.

MARIAM (WANITA PALING MULIA DI MUKA BUMI)

Janda Imran mendoakan anak bayinya yang bernama Mariam itu kepada Tuhan, agar Allah menjaga dan melindunginya dan segala noda dan cela, agar amal dan pekerti anak itu nanti sesuai dengan nama yang diberikanNya itu. Dia doakan pula, agar Mariam dan keturunannya diperlindungi Allah dari godaan godaan syaitan yang laknat. Dia sudah nazarkan anaknya itu untuk menjadi abdi di Rumah Suci. Tetapi dapatkah gerangan seorang perempuan menjadi abdi di Tempat Suci? Bukankah perempuan itu

Page 46: Kisah Nabi

tidak dapat disamakan dengan lelaki? Dia sangat khuatir dan gelisah lagi, kesedihan dan kegelisahan yang tidak kurang hebatnya dan kesedihan dan kegelisahannya di kala suaminya meninggal dunia. Tetapi apakah daya, selain memohon dan menyerah ke hadhrat Allah mendoa petang dan pagi dengan tidak putus putusnya, agar anaknya itu diterima Allah menjadi abdi di Rumah Suci, sebagai yang dinazarkannya itu. Semua doanya itu dijawab oleh Allah dengan jawaban yang sebaik baiknya. Kepadanya diilhamkan Allah, bahawa nazarnya itu akan dikabulkan Allah, anaknya itu akan diterima Allah sebagai abdi di Tempat Suci Baitul Maqdis. Dengan diam diam, pada suatu malam anaknya yang masih kecil itupun dibungkusnya baik baik dengan kain, digendongnya dan dia lalu berjalan menuju Baitul Maqdis, Tempat Suci. Di Ternpat Suci itu ditemuinya semua pendita yang menjadi pegawai Tempat Suci itu. Kepada pendita itu dia berkata: Anak perempuan ini aku serahkan kepada Tuan tuan, kerana saya sudah bernazar untuk menyerahkan anakku ini untuk menjadi abdi Rumah Suci ini. Alangkah tabah dan kesatrianya hati yang dimiliki perempuan ini. Dia baru saja kehilangan suami, sekarang anaknya yang hanya seorang, yang diidam idamkan dan dicita citakannya berpuluh tahun lamanya itu, diserahkannya pula untuk Tempat Suci memenuhi nazarnya, kerana taat akan janji dan nazar yang sudah diucapkannya ke hadhrat Allah s.w.t. Dia segera pulang ke numahnya, meninggalkan anak kandungnya. Bukan airmata yang tercurah dan matanya saban dia teringat akan anaknya, atau dia mendengar berita yang dibawa orang lalu tentang keadaan anaknya itu, tetapi dia bersyukur memuji Allah dengan hati yang tenang dan sabar. Tidak pernah dia mengeluh dan menyesal. Mariam sekarang berada di tengah tengah para pendita di Tempat Suci Baitul Maqdis. Masing-masing pendita ingin agar dia sendirilah yang menjadi pengasuh dan memelihara Mariam. Berbagai-bagai alasan yang mereka kemukakan, untuk mendapatkan keinginannya terhadap Mariam. Ada yang berkata kerana berdekatan kampung dengan Mariam. Ada yang berkata mengemukakan alasan kerana berdekatan hubungan kekeluargaan dan famili, ada pula alasan lain yang mengatakan bahawa bapa Mariam itu adalah guru dan pemimpinnya sendiri. Terbitlah pentengkaran antara pendita dengan pendita, untuk mendapatkan Mariam yang masih bayi itu. Yang paling keras dan paling kuat alasannya di antara para pendita itu, ialah seorang tua yang bernama ZAKARIA (Nabi Zakania): Serahkanlah pengasuhan dan pemeliharaan Mariam kepada saya, kata Zakania. Sayalah yang paling berhak menjaga dan rnengasuhnya, kerana sayalah yang paling dekat perhubungan kefarnilian dengannya. Pendita pendita yang lain pun tidak kurangnya mengemukakan alasan mereka pula, sehingga pertengkaran dan pendebatan semakin sengit, soal jawab semakin hebat. Sernuanya ingin menjadi pengasuh Mariam, semua ingin memberikan baktinya terhadap Allah s.w.t. Kerana tidak seorang jua di antara para pendita itu yang mahu rnengalah, akhirnya mereka bersepakat akan rnengadu peruntungan masing masing dengan undian. Mereka lalu berangkat menuju salah sebuah sungai, dimana mereka akan melemparkan tongkat masing masing ke sungai itu dengan perjanjian, tongkat siapa yang tidak tenggelam, maka dialah yang berhak menjadi pengasuh Mariam. Setelah undian itu dilakukan, maka terbuktilah bahawa tongkat Zakaria saja yang tidak tenggelam, maka para pendita itupun relalah sekarang menyerahkan Mariam kepada Zakaria, untuk diasuh dan dibesarkan. Zakaria seorang tua yang belum pernah mempunyai anak, cintanya terhadap Mariam bukan alang kepalang. Segala sesuatu yang dapat menggembirakan hati Mariam, disediakan sebaik baiknya dan secukup cukupnya. Segala keperluan Mariam dia sendirilah yang menguruskannya, baik urusan yang kecil kecil, apalagi urusan yang besar besar. Seorang manusia lain, siapapun juga, tidak diizinkannya menghampiri Mariam. Mariam ditempatkannya di salah sebuah bilik, yang besar di tingkat atas dalam Rumah Suci itu, sedang di bawah bilik itu adalah Mihrab Nabi Zakaria sendiri, dimana Nabi Zakaria setiap waktu beribadat dan mengajar agama kepada setiap orang yang datang belajar. Tidak seorang juga manusia dapat masuk ke dalam bilik Mariam, dengan tidak melalui tangga di mihrabnya itu, sedang tangga itu dijaganya sebaik baik dan serapi

Page 47: Kisah Nabi

rapinya. Zakaria merasa senang dan tak pernah merasa penat menjaga dan mengasuh Mariam serapi itu, kerana hal itu bererti menjalankan amanat Allah. Demikianlah berlangsung bertahun tahun lamanya, sehingga keadaan Mariarn semakin lama semakin besar jua.

KEJADIAN ANEH

Pada suatu ketika Zakaria sebagai biasa masuk mihrabnya dan menemui Mariam dikamarnya. Tiba tiba dia melihat makanan terletak di pintu masuk ke kamar Mariam. Alangkah terkejutnya melihat makanan itu disitu, siapakah gerangan yang telah membawa makanan itu ke dalam kamar Mariam dengan tiada seizin dan setahu Zakaria sendiri? Zakaria amat gelisah memikirkan kejadian ajaib itu, tetapi untuk sementara dibiarkannya saja. Tetapi dia berjaga jaga, kalau ada orang masuk dengan cara sembunyi sembunyi. Pada hari esoknya dia masuk pula ke kamar Mariam dan didapatinya pula di tempat itu makanan yang baru lagi, lain dari makanan yang sebelumnya. Penjagaan makin diperkuatnya. Lusanya kembali dia melihat makanan yang baru lagi, sudah tersedia pula dengan baiknya di kamar Mariam. Kecurigaan Zakaria terhadap manusia lainnya mulai berkurangan, tetapi kehairanannya semakin menghebat, sebab dia sudah tahu benar, tidak seorang manusia pun yang datang dan masuk ke situ, sebagai yang dicurigainya semula. Kepala Zakaria penuh dengan fikiran dan keajaiban kejadian itu, tentang rahsia yang dihadapinya. Dia masuk mendapatkan Mariam dan bertanya: Hai Mariam, dan manakah datangnya makanan itu, sedang pintu tetap tertutup dan tidak seorang juga yang dapat masuk ke mari membawa makanan? Mariam menjawab dengan tenang: Makanan itu adalah dari Allah. Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya dengan tidak berhisab. Mendengar jawapan Mariam yang tegas dan tenang itu, barulah Zakaria insaf, bahawa Allah sudah menentukan Mariam yang dia jagai itu menjadi seorang hambaNya yang luarbiasa, mempunyai kedudukan dan martabat penting di sisi Allah yang belum pernah dicapai dan diduduki oleh perempuan lain di atas dunia ini. Kasih dan sayang Zakaria terhadap Mariam berubah menjadi penghormatan dan pengkhidmatan yang semakin lama semakin bertambah dan mendalam jua, sehingga penjagaan dan pemeliharaannya semakin teliti dan hati hati lagi dan yang sudah sudah. Cita cita baru mulai bersemi dengan kukuh sekali di hati Zakaria. Zakaria yang sudah tua dan tidak bertenaga lagi itu, kini semakin ingin untuk beroleh seorang anak dari darah dagingnya sendiri. Bukan hanya semata mata ingin beranak, tetapi cita cita yang jauh lebih agung

Page 48: Kisah Nabi

dan luhur, ialah agar anak yang dicintakan itu dapat meneruskan perjuangan suci menghadapi suasana baru yang akan ditimbulkan oleh Mariam, kerana dia sendiri sekarang sudah tua dan sudah dekat kepada akhir hayatnya. Nabi Zakaria lalu mendoa kepada Allah tentang cita citanya. Allah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Isterinya yang sudah tua itupun mulai mengandung. Tidak lama kemudian lahirlah seorang putera, yang diberi nama Yahya (Nabi Yahya). Adapun Mariam tetap tinggal di tempatnya, semakin besar dan besar juga, dengan hati yang penuh taqwa, dengan ibadat yang tulus ikhlas. Namanya mulai terkenal kepada setiap orang sebagai seorang puteri yang suci murni, yang terjauh dari segala dosa dan noda. Dia menjadi buah bibir, menjadi contoh dan kata kata julukan segenap ummat yang hidup di masanya itu.

NABI ISA AL-MASIHIMariam sekarang ini telah menjadi remaja puteri, seorang gadis yang lain dari yang lain, yang kerjanya hanya beribadat dan mensucikan din di hadapan Allah, di dalam Rumah Suci. Pada suatu hari Mariam sedang beribadat di tempatnya sebagai kebiasaannya, tiba tiba dihadapannya berdiri seorang lelaki. Alangkah terkejut dan terperanjatnya, kerana selama hidup dan selama dia berada di tempat itu, belum pernah dia mendapat kunjungan seorang lelaki selain Zakaria. Mariam nampaknya mahu berpaling dan menghindarkan diri kerana menurut kiraan Mariam lelaki itu adalah seorang jahat yang berniat buruk terhadap dirinya, sedang dia sendiri adalah seorang suci dan penuh iman. Mariam berlindung diri kepada Allah dengan berkata: Sesungguhnya saya melindungkan diri kepada Allah dan kejahatan engkau, sekiranya engkau seorang yang takut kepada Allah. Orang yang tidak dikenal itu memberikan isyarat, agar supaya Mariam tinggal tenang jangan takut dan khuatir. Lalu orang itu berkata kepada Mariam: Sesungguhnya saya ini datang diutus oleh Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak yang suci. Dengan muka yang diselubungi kesedihan, hati yang penuh hairan dan khuatir, mulut dan lidahnya rasa terkunci, akhirnya dapat juga Mariam menjawab: Bagaimana saya akan memperolehi seorang anak, sedang seorang manusia pun belum pernah menyentuh tubuh saya dan saya bukan seorang yang jahat. Mendengar jawapan itu, Malaikat (Ruhul Kudus) itupun berkata: Demikianlah halnya; Tuhanmu telah berfirman: Perkara itu amat mudah bagiKu, supaya Kujadikan itu tanda kekuasaanKu untuk manusia dengan rahmatKu. Kejadian itu bukanlah satu hal yang tidak dapat diluluskan. Sehabis jawaban itu, Malaikat itupun lenyaplah dari pemandangan Mariam, tidak diketahui ke mana perginya. Tinggallah sekarang Mariam seorang diri kehairanan memikirkan apa yang sudah dilihat dan didengarnya itu. Mulailah dia khuatir lagi, kekhuatiran yang lain pula sifatnya dan kekhuatirannya semula tadi. Sudah pasti orang ramai akan heboh dan bising, bila mereka mendengar bahawa Mariam menjadi hamil. Apalagi kalau melahirkan anak dengan tidak mempunyai suami. Fikiran ini sangat menggoyangkan perasaan Mariam, sebab ini bukanlah masalah kecil bagi seorang yang suci murni sebagai Mariam. Badannya gementar memikirkan bagaimana akhirnya kejadian ini. Dia benar benar merasa sesuatu dalam kandungannya. Untuk menghindarkan apa yang akan terjadi sebagai yang dikhuatirkannya itu, Mariam memutuskan akan menjauhkan

Page 49: Kisah Nabi

diri ke luar kota, mengasingkan diri di tempat yang jauh dan terpencil, yang sunyi sepi. Maksudnya itu diteruskannya dengan mengambil satu tempat jauh di desa, dimana dia tinggal seorang diri berhati sedih bercampur takut, memikirkan kejadian yang akan terjadi bila dia sudah melahirkan bayi kandungannya, bayi yang tidak berbapa. Beberapa bulan berlalu, kandungannya makin terasa mendekati waktu bersalin. Semakin dekat waktunya bersalin, semakin hebat pulalah penderitaan batin yang dideritanya, sehingga makan dan minum tidak berasa enak lagi. Makanan dimakannya berasa sekam, air diminum berasa duri.

KESEDIHAN YANG MEMUNCAK

Di dalam sebuah pondok didesa yang jauh terpencil, dia menyembunyikan diri dari pandangan dan pendengaran orang ramai, agar rahsia ajaib yang sudah ada dibatang tubuhnya jangan sampai diketahui orang, tidak dilihat sebuah mata dan tidak didengar sebuah telinga pun. Setelah terasa betul oleh Mariam, bahawa waktu yang ditunggu-tunggunya itu sudah dekat, tanda-tanda yang dia akan melahirkan seorang anak telah cukup, maka disaat itulah kesedihan hatinya, kekhuatiran dan ketakutannya memuncak hebat sehebat-hebatnya. Ketika itulah dia mengeluh sambil berkata: Maha Penyantun Engkau, ya Tuhanku. Takdir apakah gerangan yang akan terjadi, kejadian apakah akan terjadi dibalik malam yang gelap ini. Mariamlah seorang manusia yang paling berat ditimpa beban pemikiran di saat itu. Dia berasal dari keturunan yang baik-baik dan kukuh kuat. Bapanya seorang yang suci terhormat, ibunya pun demikian pula. Dia sendiri pun seorang yang suci murni dan ini sudah cukup dikenal dan diakui orang ramai. Tetapi sudah cukupkah kesemuanya itu menjadi jaminan baginya terhadap tuduhan orang ramai? Apakah orang ramai tidak akan menuduhnya dengan tuduhan yang bukan-bukan terhadap dirinya, sekiranya dia melahirkan anak dengan tidak berbapa? Dapatkah gerangan semuanya itu melenyapkan seluruh tohmahan yang akan tumbuh itu? Atau dituduh orang jugakah dia melakukan perbuatan jahat dan mesum? Akan dituduh dia mencemarkan nama baik ibu-bapa dan nenek-moyangnya yang suci murni. Semua itu amat berat untuk difikirkan dan dipecahkan oleh Mariam yang hanya seorang diri yang pula menderita sakitnya mahu bersalin. Jasadnya menanggung tanggungan yang paling berat, sedang jiwanya pula sedang menanggung tanggungan yang lebih berat lagi. Dua beban berat yang harus dipikul sekaligus. Tetapi bagaimana juga berat dan hebatnya derita lahir dan batin yang dideritanya, rasa ibadat dan taqwa kepada Allah telah dapat menolong dia dalam menanggung semua penanggungan itu, pananggungan yang maha berat dan rumit. Ya, dia akan melahirkan seorang yang amat mulia dan amat agung, maka penanggungan dan penderitaan yang amat berat dan hebat harus ditanggungkannya pula untuk melahirkannya. Itu sudah menjadi adat alam sunnah Ilahi kiranya.

KELAHIRAN ISA AL-MASIHI

Setelah Mariam merasakan betul bahawa kandungannya sudah dekat sekali akan lahir, maka dia tinggalkan pondok tempat dia mengasingkan diri itu. Dia berjalan meninggalkan desa yang terpencil itu, mencari tempat yang lebih suci dan sepi lagi. Disuatu tempat dipadang pasir, dibawah sebatang pokok korma, dia lalu berhenti. Disitulah dia duduk seorang din menantikan takdir, tidak ada kawan dan bidan atau tabib yang akan menolong dia, bila ditimpa sakit atau kesulitan dalam melahirkan bayi kandungannya. Dalam keadaan demikian, dibawah langit terbuka, ditengah sawang padang pasir yang luas, dengan tidak ditemani seorang manusia pun, selain temannya yang bernama iman dan taqwa tibalah saat yang ditunggu-tunggunya. Seorang anak bayi lelaki pun lahirlah ke atas dunia yang luas terbuka ini, seorang bayi yang akan menjadi manusia suci dan berpengaruh besar.

Page 50: Kisah Nabi

Dengan perasaan terharu-biru dan cemas sedih, dipandangnyalah wajah anak bayinya yang baru lahir itu. Dengan keadaan tubuh yang lesu-lunglai bekas bersalin, fikiran dan perasaan yang semakin diliputi cemas dan khuatir, timbullah berbagai-bagai kegelisahan batin yang tak terbada, sehingga dia mengeluh: Aduhai nasibku ini. Lebih baik kiranya aku mati sebelum ini, tentu aku dilupakan manusia selupa-lupanya. Fikirannya bingung tidak tahu apa yang harus dikerjakannya. Badannya lesu dan lemah longlai segala sendi dan tulang-belulangnya, ditambah lagi dengan rasa lapar dan dahaga yang tak terkirakan hebatnya sehabis melahirkan bayinya itu. Dia lalu menyandarkan dirinya ke pokok korma yang kering itu, sambil memangku anak bayinya dengan kedua tangannya yang lemas itu. Baru saja biji matanya tertuju ke wajah bayinya, tiba-tiba Mariam mendengar suara yang jelas dan dekat, memanggilnya: Hai Mariam, janganlah engkau terlalu berdukacita. Sesungguhnya Tuhanmu sudah mengadakan didekatmu sebuah anak sungai yang kecil dan goncangkanlah batang korma yang engkau sandari itu, nescaya akan berguguranlah buah-buahnya yang sudah masak. Maka makanlah dan minumlah dan tenangkanlah hatimu. Lantas kalau engkau ditanya seseorang, maka berkatalah kepadanya: Aku bernazar kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, bahawa aku akan diam, tidak akan berkata-kata kepada siapapun juga di hari ini. Setelah mendengar suara itu, Mariam melihat tanah yang berada di sisinya menjadi retak dan dari retakan itu mengalir air yang amat jernih, merupakan anak sungai yang kecil, tepat sebagai yang didengarnya dan suara tadi. Matanya lalu dialihkannya ke arah batang korma yang disandarnya itu. Di atas pohon korma itu jelas dilihatnya buah-buah korma yang sudah masak. Dengan tangannya yang masih lemah dan tidak berdaya itu, cuba menggerakkan batang korma yang kukuh itu. Batang korma itu bergerak dengan kerasnya, sehingga buah-buahnya yang masak itu berguguran didekatnya. Dimakannya buah dan diminumnyalah air yang jernih itu. Dengan demikian hilanglah lapar dan dahaganya, badannya kembali beransur-ansur menjadi kuat dan segar kembali, fikirannya mulai menjadi tenang pula. Sungguh besar pertolongan Tuhan terhadap Mariam. Buah korma yang matang untuk dimakan dan air jernih untuk diminum. Tetapi cukupkah kiranya mukjizat Tuhan yang maha besar ini dijadikan perisai untuk menjawab tuduhan orang nantinya? Cukupkah ini untuk menutup mulut orang yang mahu menuduh? Kesedihan dan kegelisahan Mariam tidak berkurangan hanya badannya sudah berasa lega dan waras mendapat makan dan minum yang luarbiasa itu. Matanya tidak putus-putusnya memandang wajah anaknya yang baru lahir. Luarbiasa keadaan dan hal ehwalnya. Pandangannya ke wajah bayi itulah hanya satu-satunya yang dapat menghiburkan hatinya yang duka, sehingga hatinya agak tenteram pula sedikit, sedang badannya semakin kuat juga. Kembalilah dia ke desa tempat dia mengasingkan din, meninggalkan tempat dia bersalin yang sekarang ini dinamakan orang Baitullaham (Bethlehem), ertinya tempat lahir. Mulailah orang yang tidak jauh tinggal dan rumahnya itu mengetahui khabar kelahiran bayinya. Tak lama kemudian, khabar itupun tersiarlah dengan cepatnya ke seluruh pelosok negeri.

BAYI BERBICARA

Orang-orang lalu datang berduyun-duyun, dan jauh dan dekat, ingin menyaksikan sendiri kabar yang luarbiasa itu. Mariam dihujani orang ramai dengan pertanyaan-pertanyaan. Dia tidak menjawab, hanya berkata sebagai apa yang telah diwahyukan Tuhan kepadanya, bahawa dia berpuasa dan bernazar tidak akan bercakap-cakap sehari itu. Berbagai-bagai kata orang ramai tentang Mariam dan kejadian itu. Ada yang amat hairan atas

Page 51: Kisah Nabi

keluarbiasaan kejadian itu. Ada pula memandang kejadian itu sebagai tanda kesucian dan kebesaran Mariam. Tetapi banyak pula yang mengejek-ejek dengan pelbagai tuduhan sebagai yang telah dikhuatirkan Mariam sendiri. Semuanya itu didengarkan dan dibiarkannya saja dengan sabar dan tenang, sesuai dengan petunjuk Tuhan kepadanya. Keesokan harinya, mereka pun datang pula bertanyakan ini dan itu, mengatakan apa yang terasa dalam hati dan batin mereka masing-masing. Mereka tahu bahawa nazar Maryam sudah habis waktunya. Berbagai-bagai cara dan isi pertanyaan mereka. Ada yang bertanya: Hai Mariam, sesungguhnya engkau telah membawa sesuatu yang mungkar! Ada pula yang mengejek: Hai saudaranya Harun, bapamu bukanlah orang yang jahat, sedang ibumu pun bukan perempuan jalang! Dari manakah engkau perolehi anak ini? Banyak lagi pertanyaan yang mengejek dan kasar-kasar yang dihadapkan kepada Mariam. Akhirnya Maryam berdiri mengambil anak bayinya, lalu berkata kepada mereka: Ini adalah anakku, tanyakanlah kepadanya hakikat kejadian yang sebenarnya, yang tuan-tuan tanyakan itu. Orang ramai hairan dan tercengang mendengarkan jawapan Mariam yang tidak masuk akal itu. Mereka lalu berkata: Bagaimana kami dapat berbicara dengan bayi yang masih dalam ayunan itu? Mendengar ejekan yang berturut-turut itu, lalu Allah memperlihatkan kekuasaanNya untuk mukjizat yang sebesar-besarnya bagi bayi yang bernama Isa al-Masihi itu dikala besarnya. Di saat itulah bayi Isa a.s. yang masih kecil itu berkata dengan terang kepada orang banyak: Sesungguhnya aku ini seorang hamba Allah, akan diberinya kepadaku sebuah Kitab (Injil) dan dijadikanNya aku seorang Nabi. DijadikanNya aku seorang yang berguna buat manusia dimana aku berada, diwasiatkanNya kepadaku berbuat dan mengerjakan sembahyang dan mengeluarkan zakat selama aku hidup. Dan aku berbakti kepada ibuku, tidaklah aku dijadikan Tuhan seorang yang sombong dan derhaka. Selamatlah diriku ketika aku dilahirkan dan ketika aku mati dan ketika aku kembali hidup. Barulah sebahagian orang ramai itu insaf dan percaya, yakin akan kesucian Mariam, akan kebesaran dan keagungan bayi yang baru lahir itu. Khabar kesucian dan keagungan bayi itupun tersiarlah ke mana-mana, sehingga setiap orang menunggu-nunggu akan besarnya anak itu, sebagai seorang Utusan Allah (Rasul) buat mereka.Nabi Isa al-Masihi yang dipopularkan orang Kristian dengan nama Jesus Kristus itupun makin sehari makin besar juga. Di kala dia masih berupakan seorang anak yang di bawah umur, telah banyak tampak tanda-tanda kebesaran dan keluarbiasaannya.

Page 52: Kisah Nabi

Pada suatu hari, ketika Isa sedang bermain-main dengan teman-teman sebayanya, tiba-tiba Isa menerkai semua apa yang disimpan dalam poket seluar dan dirumah mereka masing-masing, dengan tekaan yang tepat dan tidak salah sedikit juga. Kadang-kadang Isa berlaku sebagai guru terhadap teman-teman sebayanya itu, mengajarkan apa-apa yang mereka itu semua tidak mengetahuinya. Semua temannya itu menurut dan patuh terhadap ajaran Isa. Masing-masing memperhatikan sebaik-baiknya setiap kata dan nasihat yang keluar dari mulut Isa. Ketika Isa sudah berumur 12 tahun, ibunya membawa beliau meninggalkan dusun yang jauh terpencil itu, berangkat pindah ke kota Baitul Maqdis (Jerusalem). Di jalan banyaklah pemandangan baru yang belum pernah dilihat didesanya sendiri. Tetapi Isa tinggal tenang saja melihat pemandangan yang baru itu, tidak menarik hatinya sedikit juga sebagai kebanyakan anak-anak yang seumur dengan dia. Lebih-lebih lagi ketika memasuki kota besar Jerusalem menempuh jalan-jalan besar, rumah-rumah yang bagus dan menarik hati. Tidak satu pun yang menarik perhatian Isa, kesemuanya itu dipandangnya sebagai barang-barang yang biasa saja, tidak baru sedikit juga dalam pandangan mata dan hatinya. Inilah pula salah satu keluar-biasaan Isa dibanding dengan anak-anak lainnya. Ibunya lalu pulang ke desa kembali, sedang Isa tetap tinggal dikota Baitul Maqdis, kota yang penuh dengan pendita dan tempat-tempat ibadat, sebagai pusaka dan doa Nabi Ibrahim dahulu. Setiap hari, orang ramai berduyun-duyun datang ke gereja-gereja menerima pelajaran agama yang diberikan pendita-pendita. Isa pun turut serta orang ramai itu, mendengar pelajaran dan fatwa-fatwa itu. Bahkan inilah yang paling digemari Isa, lain-lain pekerjaan dan permainan tidak satu pun yang menarik hatinya dan dia tidak pernah turut berbagai-bagai keramaian dan permainan itu. Tiap-tiap kata fatwa yang keluar dan mulut pendita-pendita didengarkannya dengan penuh perhatian dan sungguh-sungguh. Berbeza dengan orang ramai yang juga turut belajar dan mendengar fatwa itu, dimana umumnya mereka itu hanya menerima dan tunduk saja terhadap semua fatwa dan kata-kata itu, maka Isa bukan hanya tunduk dan menerima mentah-mentah saja tetapi kalau perlu bertanya dan membantah mana yang tidak sesuai dengan pendapatnya. Isa di antara murid-murid yang pertama-pertama kali berani bertanya dan membantah, sedang murid yang lain seorang pun tidak pernah bertanya, apalagi akan membantah. Melihat keberanian dan perbuatan Isa itu, tidak sedikit kawan-kawan dan orang ramai yang menaruh sakit hati dan marah kepadanya dan menganggap dia seorang yang pembantah dan

Page 53: Kisah Nabi

penyangkal, tidak tunduk kepada pendita-pendita yang dihormati dan dimuliakan orang. Bahkan sudah menjadi tabiat manusia di saat itu, bahawa pendita-pendita itu adalah orang suci, orang-orang yang benar semua kata-katanya, tidak boleh dibantah atau ditanyai samasekali, sebab orang yang bertanya dan membantah itu dianggap telah melanggar agama, telah engkar dan kafir layaknya. Bukan hanya orang ramai saja yang marah kepadanya, tetapi juga pendita-pendita sendiri, sebab memang pendita-pendita itulah yang melarang orang bertanya dan membantah, serta mengajarkan bahawa sesiapa yang membantah dan bertanya itu, adalah orang engkar dan musuh Tuhan. Beratus-ratus tahun lamanya, pendita-pendita itu tidak pernah dibantah dan disoal orang, sehingga telah menjadi adat turun-temurun bagi orang banyak yang hanya mendengar, tunduk dan diam dihadapan mereka. Sebab itu, tidak hairanlah kalau hal itu dianggap orang ramai sebagai ajaran agama, ketetapan syariat yang tidak boleh dilanggar samasekali. Isa tidak menghiraukan kemarahan orang ramai itu, tidak peduli sekalipun pendita-pendita itu sendiri sakit hati kepadanya, namun Isa tetap membantah dan bertanyakan apa-apa yang tidak terang atau yang berlawanan dengan pendiriannya. Demikianlah halnya Isa bertahun-tahun asyik belajar, asyik bertanya dan membantah tiap-tiap fatwa yang tidak sesuai. Dia lupa segala-galanya, kadang-kadang dia lupa makan dan minum, lupa terhadap ibunya sendiri yang sudah lama ditinggalkannya. Dia bukan hanya tetap dalam kota Baitul Maqdis saja, tetapi juga pergi ke tempat-tempat yang jauh, didalam dan diluar kota, dimana saja ada pendita. Masing-masing pendita yang dia kenal dan dengar, sekalipun jauh tempatnya, pasti dia datangi untuk belajar dan menerima fatwanya, pula untuk ditanya dan dibantahnya apabila perlu. Begitulah; dia senantiasa pindah dari desa ke desa, dan kota ke kota lainnya.

MENJADI RASUL

Setelah Isa berumur 30 tahun, barulah datang kepadanya Ruhul Amin, iaitu Malaikat Jibril sebagai Utusan Allah untuk mengangkat Isa menjadi Rasul Allah, menyambung pelajaran yang pernah diajarkan Rasul-rasul yang sebelumnya dan untuk memberi khabar kepada manusia, bahawa nanti dikemudian hari akan diutus Allah seorang Rasul lagi, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Kepada Nabi Isa a.s. diturunkan Allah sebuah Kitab Suci (Bible) yang berisi ajaran-ajaran Tuhan yang membenarkan akan Kitab-kitab Suci yang sebelumnya dan pula memberi keterangan tentang

Page 54: Kisah Nabi

akan datangnya Kitab Suci nanti, iaitu al-Quran al-Karim, yang diturunkan kepada Rasul yang paling akhir, iaitu Muhammad s.a.w. Apa yang diterimanya itu, disampaikannya kepada manusia kaumnya. Diterangkannya bahawa dia adalah Utusan Allah, supaya semua manusia mengikutinya. Mulailah Nabi Isa a.s. berjuang menyiarkan agama yang benar, membongkar akan kesalahan dan kesesatan pendita Yahudi yang telah jauh menyimpang dan ajaran Nabi Musa a.s. yang sebenarnya, bahkan terbukti kepada Nabi Isa bahawa mereka telah lupa samasekali akan semua ajaran-ajaran yang diberikan Nabi dalam Kitab Sucinya yang bernama Taurat. Sudah banyak pula yang tidak kenal kepada Allah lagi, hanya mementingkan hartabenda dan kekayaan dunia semata, baik rakyat umum ataupun para penditanya sendiri. Mereka berebutan pangkat pendita bukan untuk menyiarkan agama Allah, tetapi semata-mata berebutan pangkat dan hartabenda yang terdiri dan emas dan perak. Mereka bukan membela nasib kaum fakir miskin lagi sebagai yang diperintahkan Allah, tetapi malah merampas hak kaum fakir miskin dan orang-orang yang terlantar, bahkan menghisap darah orang melarat dan mencelakakan penghidupan mereka. Pendita-pendita turut serta menghisap dan memeras. Mereka ajarkan kepada manusia bahawa mengorbankan harta bagi kepentingan pendita, bererti mengorbankan harta bagi Allah, sehingga banyak pendita-pendita yang lebih kaya dari raja-raja. Pendita-pendita itu menutup mata samasekali terhadap nasibnya orang-orang yang fakir dan miskin, terhadap orang-orang yang terlantar, anak-anak yatim dan piatu, terhadap orang yang mendapat kecelakaan. Mereka hanya bertekun didalam gereja-gereja untuk dipuji-puji orang ramai saja. Agama yang diajarkan Nabi Musa, telah mereka ubah disesuaikan dengan kepentingan mereka sendiri. Banyak yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan. Agama yang menyerang nafsu kebendaan, mereka ubah menjadi agama yang memuji-muji kebendaan, serta melupakan Tuhan. Rakyat, mereka anjurkan berkorban dan bersedekah untuk Rumah Suci sebanyak-banyaknya, yang sebenarnya bagi kepentingan diri mereka sendiri, sedangkan yang bersedekah itu kebanyakannya orang yang fakir miskin dan orang bawahan yang susah jalan penghidupannya. Segala rahsia itu dibongkar oleh Nabi Isa. Nabi Isa sedaya-upaya untuk mengembalikan manusia kepada agama yang benar, kepada syariat Nabi Musa yang sebenar-benarnya. Bani Israel yang telah sesat jalannya itu dianjurkan Nabi Isa agar kembali ke jalan yang benar.

Page 55: Kisah Nabi

NASIB PARA RASUL

Ajaran Nabi Isa berlawanan sungguh dengan kemahuan dan keinginan masyarakat umum dimasa itu. Isa melarang mereka berlazat-lazat dan bersenang-senang, serta umumnya mereka asyik dengan berbagai kemaksiatan dan kejahatan. Diantara pendita dan orang ramai, memang ada orang yang benar-benar suci dan bersih, ingat dan selalu mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Mereka ini sajalah yang sebenarnya mengakui akan ajakan dan pelajaran yang diberikan oleh Nabi Isa. Mereka inilah yang menjadi pembela, tulang belakang Nabi Isa a.s. dan mereka inilah yang disebutkan Allah dalam al-Quran Ansarullah dan Hawariyun. Sedang lain-lainnya, masyarakat ramai, lebih-lebih masyarakat yang kayaraya, pembesar-pembesar negeri hampir semuanya menentang akan ajakan dan ajaran Nabi Isa, bahkan menghalang dari tersiarnya pengajaran ini, sebab mereka takut akan kehilangan harta dan pangkat serta pengaruh. Nabi Isa mereka dustakan, mereka halangi dengan berbagai cara. Semua ini memang sudah menjadi nasibnya para Nabi dan Rasul Allah, sejak dari Nabi Adam a.s., sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w., kerana Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah itu diutus memang untuk merobah keadaan dan susunan masyarakat kepada siapa mereka diutus Tuhan, jadi bukan semata-mata untuk menurutkan kemahuan umat. Nabi Isa terus-menerus mengajarkan semua yang diperintahkan Allah kepadanya, dari desa ke desa dan dari kota ke kota. Kerana begitu hebat tentangan kaumnya, maka kepada Nabi Isa diberikan Allah beberapa mukjizat yang luarbiasa, agar orang ramai insaf akan kebenaran Nabi Isa sebagai orang yang diutus Allah. Nabi Isa menggumpal sekepal tanah, lalu ditiupnya, segera tanah itu menjadi burung, terbang ke sana ke mari bersiul-siul, beranak dan berketurunan. Ramai orang ditimpa penyakit kusta dan tidak seorang juga yang dapat menyembuhkan penyakit itu, sehingga penyakit itu terus-menerus, turun-temurun menyerang sebuah desa. Oleh Nabi Isa semua orang yang sakit bertahun-tahun itu dapat disembuhkan sekaligus dengan sesembuh-sembuhnya. Banyak pula orang yang buta sejak dilahirkan ke dunia ini pun dapat disembuhkan oleh Nabi Isa, sampai dapat melihat seterang-terangnya. Bahkan orang yang sudah mati pun, ada yang dihidupkan Nabi Isa. Semua itu menjadi dalil dan bukti yang tidak dapat dibantah lagi, atas kenabian dan kerasulan Nabi Isa a.s. bagi orang-orang yang mahu beriman dan percaya. Tetapi bagi musuh-musuhnya, orang-orang yang ditakdirkan Tuhan untuk jadi kayu api neraka, semua kejadian itu dipandangnya sebagai sihir semata-mata, namun Nabi Isa tetap mereka tentang

Page 56: Kisah Nabi

dan musuhi. Nabi Isa mempunyai kawan dan pula mempunyai lawan. Dengan kawan-kawannya itulah Nabi Isa berjalan ke tempat-tempat yang jauh, menyiarkan pelajaran agama, menolong manusia sengsara. Tetapi sayang, lawannya lebih banyak daripada kawannya dan lawannya ini memusuhinya dengan sehebat-hebatnya, serta mengadakan tekanan dan rintangan seberat-beratnya. Musuh Nabi Isa bukan saja orang ramai yang telah dihinggapi penyakit kekafiran, tetapi banyak dari pembesar-pembesar negeri yang takut kehilangan pangkat, banyak pendita-pendita yang takut kehilangan pengaruh. Setelah pendita-pendita sesat itu merasa bahawa Nabi Isa tidak dapat mereka kalahkan dengan debat dan kata-kata, mereka berusaha mencari jalan lain. Pembesar-pembesar negeri sejak dari raja, sampai kepada pembesar-pembesar bawahannya, mereka hasut untuk menyingkirkan Nabi Isa dan masyarakat, dengan tuduhan mengganggu ketenteraman, melenyapkan keamanan negeri dan akan merebut kekuasaan pemerintah. Pada suatu hari, Isa dan sahabat-sahabatnya itu tiba disuatu daerah padang pasir yang tandus dan kering, jauh dan desa dan kampung, tidak ada manusia dan rumah, sedang persediaan air dan makanan sudah habis samasekali. Padang pasir yang tandus itu tidak mempunyai tempat untuk berlindung, sedang matahari bersinar terik. Mereka diserang haus dan lapar yang hebat sekali. Mereka lalu duduk berunding, bertukar fikiran, jalan mana yang harus ditempuh untuk keluar dari daerah kering itu, dimana kiranya dan bagaimana caranya mendapat sedikit air untuk dapat mempertahankan hidup mereka. Keadaan mereka lebili sulit lagi, kerana disaat itu pulalah musuh-musuh mereka telah mengepung dan menunggu-nunggu kedatangan mereka untuk dihancurkannya. Dalam keadaan yang sulit dan rumit itulah Nabi Isa menuangkan pengajaran-pengajaran yang sangat dalam kepada para pengikutnya itu, meresapkan ke dalam jiwa mereka hakikat perjuangan hidup di dunia menjelang mati, merasakan erti hidup yang sebenarnya. Sesungguhnya para sahabat dan Hawariyun itu telah teguh imannya, sudah tidak syak lagi dan ragu-ragu lagi akan kebenaran Nabi Isa dan kerasulannya, tunduk dan patuh menjalankan nasihat dan perintah Nabi Isa, namun mereka masih ingin mendapatkan bukti-bukti dan tanda-tanda yang lebih nyata, semata-mata untuk menambah tebal keimanan mereka. Apalagi sekarang ini benar-benar mereka sedang dalam kesulitan menghadapi musuh dan bahaya lapar yang tidak terhingga. Mereka lalu berkata kepada Isa: Ya, Isa anak Mariam! Kuasakah Tuhan menurunkan makanan dari langit untuk kami?

Page 57: Kisah Nabi

Dengan keterangan, bahawa mereka hanya ingin tahu saja, bukanlah kerana kurang percaya dan kurang tegas iman. Permintaan yang demikian pernah pula dikemukakan oleli pengikut Nabi Ibrahim dahulu. Terhadap permintaan sahabat-sahabatnya itu, Nabi Isa menasihatkan agar mereka jangan hendaknya menuntut mukjizat-mukjizat supaya tuntutan itu janganlah menjadi fitnah terhadap keimanan mereka sendiri. Nabi Isa memperingatkan mereka sekali lagi kepada mukjizat-mukjizat yang banyak sekali, yang sudah diperlihatkan Nabi Isa kepada mereka. Mendengar keterangan Nabi Isa itu, mereka lalu berkata: Kami menghendaki yang demikian itu, supaya dapatlah kami memakan makanan yang kami katakan itu dan supaya tetap teguh kepercayaan dalam hati kami, sedang kami mengakui sebenar-benarnya, bahawa engkau orang yang benar, sehingga kami menjadi saksi atas yang demikian itu. Setelah mendengar perkataan mereka itu, Nabi Isa lalu berdoa kepada Tuhan: Ya Allah, Tuhan kami, turunkanlah makanan dan langit untuk menjadi perayaan besar (hariraya) bagi kami dan orang-orang yang sesudah kami dan pula menjadi bukti kekuasaan Engkau. Berilah kami rezeki, sedang Engkau adalah sebaik-baik pemberi rezeki. Doa dan harapanan itu dikabulkan Allah. Makanan yang lazat cita rasanya turunlah dari langit untuk mereka santap bersama-sama, diiringi oleh turunnya wahyu Allah: Sesungguhnya Aku turunkan makanan itu kepadamu, tetapi ingat, barangsiapa yang engkar diantara kamu dikemudian hari, akan Aku seksa dengan seksaan yang belum pernah Aku seksakan kepada orang-orang yang hidup didunia ini. Makanan itu segera mereka santap bersama-sama dengan sekenyang-kenyangnya, sehingga segarlah perasaannya, hilang rasa laparnya, serta kembalilah kekuatan mereka yang sudah penat dan lelah itu. Kejadian itu tersiar pula kemana-mana menambah imannya orang yang beriman dan menambah dengkinya musuh-musuh mereka. Dalam pada itu kaum Bani Israel, iaitu musuh Nabi Isa dipelopori oleh pendita-pendita mereka sendiri, telah berkumpul untuk mencari daya-upaya cara bagaimana dapat menewaskan Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya. Hadir pula dalam rapat besar itu pembesar-pembesar negeri dan raja mereka. Nabi Isa telah mengetahui lebih dahulu akan rencana-rencana mereka untuk membunuh Nabi Isa itu. Sebab itulah Nabi Isa terus mengembara menghindarkan diri dari tangkapan mereka. Dalam rapat besar itu, tiba-tiba seorang pemuda yang tangkas mengacungkan tangan minta berbicara untuk mengemukakan pendapat dan usulnya. Pemuda itu Yahuza namanya. Kepadanya

Page 58: Kisah Nabi

diberikan kesempatan membentangkan pandangan dan buah fikirannya. Dengan tegas pemuda itu lalu mengusulkan, agar Nabi Isa ditangkap dan dibunuh saja. Dia sendiri telahpun mengetahui akan tempat Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya itu bersembunyi. Dia sendiri menyanggupkan dirinya untuk menjadi pelopor dalam penangkapan dan pengepungan itu. Fikiran yang dikemukakan pemuda itu, dengan segera mendapat persetujuan dari yang hadir dengan sambutan yang meriah sekali. Apalagi orang banyak sudah lama tidak mendengar, di mana Isa sedang berada, tiba-tiba pemuda itu menerangkan, bahawa dia mengetahui tempat Nabi Isa. Pemuda itu mendapat pujian setinggi langit. Orang banyak datang berduyun-duyun mencium tangan pemuda itu dan menjanjikan kepadanya apa saja yang dia kehendaki, bila dia telah berhasil dapat menangkap Nabi Isa serta membunuhnya. Raja lalu menyiapkan tentera dan perbekalan, untuk dikerahkan menangkap Nabi Isa, dibawah pimpinan pemuda itu. Dalam pada itu pendita-pendita dan pembesar-pembesar negeri yang benci kepada Isa, berpropaganda kepada orang banyak untuk membenci Nabi Isa, dan menuduhnya sebagai pengacau, serta perusak agama dan negara. Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya telah mengetahui itu semua. Tahu bahawa tentera raja dan banyak orang telah siap mencari-cari mereka, ke mana saja mereka pergi. Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya, dengan sembunyi-sembunyi dan menyeludup pindah dari sebuah tempat ke lain tempat, agar jangan sampai diketahui oleh musuh-musuhnya. Akhirnya Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya itu terperosok ke sebuah daerah yang telah dikepung oleh musuh disekitarnya. Tidak ada jalan keluar untuk melepaskan diri dan kepungan. Tidak ada jalan lain, selain bersembunyi dibelukar yang ada dalam sebuah kebun yang luas dalam daerah kepungan itu. Disaat yang amat kritikal, dipuncak segala krisis, tidaklah hairan kalau banyak diantara pengikut Nabi Isa a.s. yang masih kurang kuat imannya, sama mencuba menghindarkan diri dari bahaya maut. Pengikut Isa a.s. berkurang satu demi satu. Akhirnya hanya tinggal 12 orang, yang menyanggupkan diri untuk tetap bersama Isa a.s. dalam keadaan yang bagaimanapun. Mereka yang 12 orang inilah yang dinamai Allah di dalam al-Quran dengan al-Hawariyun, iaitu pengikut-pengikut atau sahabat-sahabat yang setia. Di saat itu Nabi Isa a.s. mulai mengeluh dan berkata: Siapakah gerangan yang akan menjadi pembelaku? Keluhan Isa itu dijawab oleh Hawariyun tersebut dengan kata: Kami siap untuk membela dan bersamamu menegakkan agama Allah. Tentera musuh makin dekat jua dan musuh rupanya

Page 59: Kisah Nabi

sudah tahu, bahawa Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya berada di tempat itu. Ketika itulah pengikut-pengikut Nabi Isa mendapat ujian yang sebesar-besarnya. Terbuktilah, bahawa diantara pengikutnya ada yang tidak tahan, ada juga yang teguh imannya. Seorang demi seorang para pengikutnya meninggalkan Isa, lalu meminta perlindungan dari musuh. Mereka lari dengan tidak minta izin dan tidak memberitahu lebih dahulu kepada Isa. Lupalah mereka ketika itu akan pemimpin besar yang selama mi mereka puja dan ikutinya. Akhirnya salah seorang dari pengikut yang lari ini pulalah yang telah belot, menunjukkan tempat bersembunyinya Nabi Isa kepada musuh-musuh itu. Kepungan makin dipersempit, kerana sudah nyata dimana tempat Nabi Isa bersembunyi. Dengan dipelopori oleh pemuda Yahuza, musuh makin mempersempit kepungan mereka. Yahuza sebagai pelopor, lalu menyerbu masuk sendirian ke dalam belukar dimana Nabi Isa sedang bersembunyi. Dia ingin menangkap Nabi Isa dengan tangannya sendiri. Baru saja pemuda itu menyerbu ke tempat persembunyian Nabi Isa, Tuhan memperlihatkan kekuasaanNya. Mata musuh tidak dapat melihat Nabi Isa, sedang pemuda Yahuza yang telah menyerbu sendirian itu, dirobah Allah mukanya menjadi serupa dengan muka Nabi Isa. Tepat disaat itu tentera musuh menyerbu masuk, mereka melihat Yahuza yang berbentuk Nabi Isa itu segera ditangkapnya serta dipukulinya, lalu mereka gantung ditiang gantungan yang berupa salib. Ditiang salib itulah orang tangkapan yang mereka kira Nabi Isa itu, mereka pakukan, lalu dilemparinya dengan batu, serta dipukulinya dengan kayu, sehingga darah tertumpah sebanyak-banyaknya. Akhirnya tangkapan itu matilah di tiang salib itu. Nabi Isa yang sebenarnya terlepas dan tangkapan itu, tetapi orang ramai dan musuh tidak mengetahuinya. Kepada Nabi Muhammad diwahyukan Allah apa yang sebenarnya terjadi di saat itu. Firman Allah di dalam al-Quran: Kata mereka, mereka telah membunuh al-Masihi Isa Anak Mariam, seorang yang menjadi Rasul Allah. Yang sebenarnya mereka tidaklah membunuh Nabi Isa dan pula menyalibkannya, tetapi telah menyalibkan seorang lain yang diserupakan Allah dengan rupa Nabi Isa. Orang-orang yang berselisihan tentang Nabi Isa ini, yang sebenarnya masih dalam keraguan, bukanlah dengan pengetahuan yang yakin, hanya dengan menduga belaka. Bukanlah mereka telah membunuh Nabi Isa yang sebenarnya. Allah telah mengangkatkan Nabi Isa kepadaNya, Allah itu Maha Agung dan Maha Bijaksana. Dan firmanNya lagi:

Page 60: Kisah Nabi

Mereka (orang-orang kafir) membuat rencana (untuk membunuh Nabi Isa), sedang Allah juga membuat rancangan (untuk menghindarkan Nabi Isa dari dibunuh), akhirnya rencana Allah jugalah yang terjadi, kerana Allah adalah sepandai-pandai perencana. Ingatlah tatkala Allah bersabda: Hai Isa, Aku akan ambil kamu, dan akan angkatkan kamu kepadaKu, dan akan membersihkan kamu dari (tangan-tangan) orang-orang yang kafir itu dan akan jadikan orang-orang yang mengikut kamu itu diatas orang-orang yang kafir itu sampai hari kiamat dan kemudian kepadaKu jualah tempat kembali kamu. Nanti Aku akan tetapkan keputusan tentang segala perkara yang kamu perselisihkan. Selain ayat-ayat yang tersebut diatas ini, ada banyak lagi ayat-ayat didalam Kitab Suci al-Quran yang menerangkan bahawa Allah telah angkat Nabi Isa kepadaNya dan bahawa Allah akan turunkan Nabi Isa kembali untuk diimani oleh semua ahli Kitab. Di samping ayat-ayat al-Quran, tidak sedikit jumlah Hadis-hadis yang sahih menerangkan bahawa Isa akan turun kembali. Dengan alasan-alasan tersebut, maka ijmak sekalian Sahabat, Tabiin dan Mujtahidin, bahawa Isa masih hidup dan akan turun. Firman Allah dalam al-Quran, surah Ali-Imran 55: (Ingatlah) tatkala Allah berfirman: Hai Isa, sesungguhnya Aku (Allah) akan mengambil engkau dan akan mengangkat engkau kepadaKu serta akan membersihkan engkau dari mereka yang kafir itu. Perkataan Allah Aku ambil dan Aku angkat engkau kepadaKu dalam ayat tersebut di atas, diulangi Allah lagi dalam ayat-ayat lainnya, dan beberapa Hadis Sahih yang menerangkan bahawa Isa a.s. akan diturunkan kembali, menjadikan para Sahabat, Tabiin dan Mujtahidin sepakat mengatakan bahawa Nabi Isa masih hidup di langit, dan suatu waktu nanti akan turun lagi ke bumi.

PENGIKUT-PENGIKUT ISA AL-MASIHI

Iman al-Kisaie (Abu Bakar Muhammad bin Abdullah) yang hidup dalam abad ke 11 Masihi, dan menulis kitab Qisasul Anbiya, bahawa Nabi Isa a.s. pernah melalui (menjumpai) suatu kelompok manusia yang sedang menangkap ikan. Nabi Isa lalu memberikan pelajaran kepada mereka, agar mereka jangan hanya hidup untuk didunia ini saja. Diterangkannya pula kepada mereka tentang kehidupan diakhirat dengan Syurganya, dan ajaran-ajaran serta kepercayaan lainnya. Akhirnya empat orang dari kaum penangkap ikan ini beriman kepada Isa a.s. dan menjadi pengikutnya. Mereka itu ialah Syimun dan saudara lelakinya yang bernama Andirius, Yaqub dan Yuhanna. Kemudian Nabi Isa a.s. melalui pula suatu kelompok manusia yang sedang mencuci pakaian mereka

Page 61: Kisah Nabi

disungai. Nabi Isa berkata kepada mereka: Hai kaum, kamu mencuci pakaian itu dan membersihkannya dan kotoran-kotoran yang melekat padanya. Apakah kamu tidak mahu membersihkan hatimu itu? Mereka pun beriman dan menjadi pengikut Isa a.s. Mereka adalah: Lukas, Thomas, Markus dan Yuhanna dan beberapa saudara mereka yang masih kecil, di antaranya juga yang bernama Syimun dan Yaqub. Mereka itu semualah yang menjadi pengikut-pengikut yang setia dan yang disebut Hawariyun dalam al-Quran menurut al-Kisaie. Mereka semua berjumlah 12 orang. Akhirnya datang pula seorang lainnya yang bernama Judas, yang belum pernah mendengarkan akan perkataan-perkataan atau ajaran Isa a.s., tetapi turut beriman kerana ajakan orang-orang yang telah beriman lebih dahulu. Hanya setelah Isa dan pengikutnya mengalami pengepungan yang amat kritikal sebagai yang telah kita terangkan sebelum ini, Judas ini murtad, menyeleweng, meninggalkan Isa dan pengikut-pengikutnya lalu mengkhianati Isa a.s dengan memberitahukan tempat persembunyian Nabi Isa kepada musuh-musuhnya, iaitu orang-orang Yahudi, sehingga mereka menyerbu tempat persembunyian itu. Menurut sejarah, Nabi Isa diangkat Allah menjadi Nabi dan Rasul dalam umur 30 tahun. Setelah menyiarkan ajarannya selama tiga tahun atau lima tahun, terjadilah pengepungan, yang menurut kaum Nasrani, Isa tertangkap dan disalib. Jadi Nabi Isa menyebarkan ajarannya itu hanya dalam waktu tiga atau lima tahun saja, yang selalu diancam oleh orang Yahudi untuk dibunuh, sehingga menjadikan Nabi Isa selalu berpindah-randah tempat untuk menghindari penangkapan atau pembunuhan terhadap diri beliau. Kerana keadaan yang demikian itu, pengikut-pengikutnya tidak banyak, dan pelajaran yang disampaikannya pun tidak teratur, serta orang-orang yang menerima pelajaran dari beliau itu berbagai-bagai peringkat kecerdasannya, berbagai-bagai pula lamanya masing-masing mereka bergaul dengan Isa al-Masih a.s. Sesudah Nabi Isa as. diangkat Allah ke langit, maka hanya tinggal para pengikut yang setia ini sajalah, yang dengan sekadar ilmu yang ada pada masing-masing mereka, mereka ajarkan lagi ajaran Isa al-Masih a.s. itu. Juga dalam keadaan bersembunyi, tidak aman dan tidak bebas. Diantara mereka, ada pula yang menuliskan apa yang mereka ketahui itu. Dan dari tulisan-tulisan mereka inilah nantinya yang dijadikan Kitab Suci yang mereka namai Injil. Masing-masing Injil itu mereka namai dengan nama penulisnya. Di antaranya ada Injil Mathius, Injil Yuhanna, Injil Lukas, Injil Barnaba dan banyak lagi Injil-injil yang lainnya. Tentu saja Injil-injil itu tidak sama antar

Page 62: Kisah Nabi

satu sama lain, sebab hanya merupakan catatan dari masing-masing pencatat saja, selama mereka bergaul dengan Nabi Isa, atau semata-mata hanya khabar atau cerita yang sampai kepada mereka saja tentang Nabi Isa a.s. Sebab tidak semua penulis Injil itu adalah Sahabat (Hawari), malah banyak pula penulis-penulis Injil yang tidak pernah bertemu samasekali dengan Isa, bahkan tidak pula dengan para Sahabat atau Hawari. Tidak hairanlah kalau beberapa abad kemudian, ajaran yang diajarkan mereka menjadi bersimpang-siur, menjadikan mereka berpecah-belah tentang kepercayaan. Ada diantara mereka yang mengatakan bahawa Isa al-Masih a.s. adalah sebagai Nabi dan Rasul sebagaimana juga Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang datang sebelumnya. Tetapi ada pula diantara mereka yang melebihkannya kerana Isa tidak punya bapa, menganggap Isa sebagai anak Allah. Juga tentang ibunya yang bernama Mariam dan Malaikat Jibril (Ruhul Kudus) yang mendatangi Mariam. Bahkan timbul kepercayaan yang mengatakan bahawa Isa adalah Allah yang menjelma menjadi anak manusia melalui perut seorang wanita suci iaitu ibunya, Mariam. Bahkan timbul lagi kepercayaan bahawa Malaikat Ruhul Kudus yang menyampaikan berita kelahiran Isa kepada Mariam itupun adalah Allah menjelma pula. Akhirnya timbullah kepercayaan Trinitas; iaitu Allah Bapa, Allah Putra dan Allah Ruhul Kudus. Oleh orang-orang yang datang kemudian ditafsirkan bahawa Allah Bapa itu Tuhan 100%, Allah Putra, iaitu Jesus (Isa) itu Tuhan 100% dan Allah Ruhul Kudus (Malaikat Jibril) adalah Tuhan 100% pula. Bahkan ada yang mempercayai bahawa Mariam ibunya, adalah Tuhan pula, sebab ia melahirkan Tuhan iaitu Tuhan Jesus. Kekacauan yang menimpa pengikut-pengikut Isa al-Masih a.s. itu menimbulkan kekacauan yang menyebabkan pertumpahan darah yang terus-menerus dalam waktu berabad-abad lamanya dikalangan mereka. Sehingga manusia berada kembali dalam kegelapan, iaitu kegelapan kepercayaan. Untuk melenyapkan kegelapan itulah akhirnya diutus Allah Nabi dan Rasul terakhir, iaitu Muhammad s.a.w. dengan membawa Kitab Suci al-Quran, untuk membetulkan semua kitab yang salah, yang dianggap orang Kitab-kitab Suci, yang ada tersebar sebelum lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. Diantara ayat-ayat al-Quran yang ada hubungannya dengan kepercayaan-kepercayaan orang yang mengaku pengikut Nabi Isa a.s. berbunyi sebagai berikut (ertinya): Berkata Isa: Sesungguhnya aku ini adalah hamba Allah. Allah beri kepadaku Kitab, dan Allah menjadikan aku Nabi. Allah jadikan aku orang yang berbakti dimana saja aku berada. Allah wajibkan kepadaku mendirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat selama aku hidup. Allah jadikan

Page 63: Kisah Nabi

aku berbakti terhadap ibuku, dan Allah tidak jadikan aku menjadi orang sombong dan celaka. Dan keselamatan tercurah atasku pada hari aku dilahirkan, serta pada hari matiku, dan pada hari aku dibangkitkan hidup diakhirat nanti. Ya itulah Isa anak Mariam. Allah firmankan perkataan-perkataan yang penuh berisi kebenaran, kerana banyak manusia yang berselisih tentang dia dan ragu-ragu. Tidaklah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Suci Ia. Bila Ia menghendaki sesuatu, Ia hanya berkata: Jadilah, maka terjadilah sesuatu yang dikehendakiNya itu. (Berkata Isa): Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah Ia (Allah saja), inilah jalan yang lurus (benar). Maka timbullah perselisihan diantara golongan manusia. Maka celaka besarlah orang-orang kafir dihari yang amat hebat nanti. Dihari itu mereka akan datang kepada Kami, dan alangkah terangnya mereka dapat mendengar dan melihat dihari itu. Tetapi orang-orang zalim yang hidup sekarang ini tetap dalam kesesatan yang nyata. Dan ancamlah mereka (Hai, Muhammad) dengan kepastiannya hari yang penuh dengan dukacita itu, iaitu tatkala sudah diputuskan segala perkara. Mereka tetap lalai dan tidak mahu percaya. Sesungguhnya Kamilah yang memiliki bumi dan apa-apa yang terdapat diatasnya. Dan akhirnya kepada Kami jualah mereka itu akan kembali. (Mariam: 3040) Dan ingatlah ketika Isa Anak Maryam berkata: Hai, Bani Israel, sesungguhnya aku ini Rasul Allah yang diutus kepada kamu, membenarkan apa yang dihadapanku (iaitu Kitab Taurat) dan memberi khabar gembira akan kedatangannya seorang Rasul sesudahku namanya Ahmad (iaitu Muhammad). Tetapi tatkala Rasul itu datang kepada mereka membawa keterangan, mereka berkata: Ini adalah sihir semata." (as-Saff: 6) Hai, Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), sungguh sudah datang kepadamu Rasul Kami (Nabi Muhammad) menerangkan banyak perkara yang kamu (nenek-moyangmu) sembunyikan dan isi al-Kitab (Taurat dan Injil) dan banyak pula yang kamu hapuskan (kerana memberatkan kamu) sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya yang terang dan Kitab Suci (al-Quran dan Allah). (al-Maidah: 5) Hai, Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu. Janganlah kamu berkata tentang Allah selain perkataan yang benar. Sesungguhnya ia Anak Mariam itu adalah Rasul Allah dan (kejadian Isa itu adalah disebabkan) kalimahNya, yang diletakkan pada Mariam (untuk menghamilkannya) bersama roh daripadaNya. Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Janganlah kamu katakan Allah itu bertiga (Trinitas). Berhentilah kamu dan perkataan yang demikian, itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah hanya Satu (Maha Tunggal).

Page 64: Kisah Nabi

Maha Suci Ia daripada mempunyai anak. KepunyaanNyalah apa saja yang ada dilangit dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah Allah itu saja sebagai Pelindung (Saksi). (an-Nisa: 171) Berkata orang-orang Yahudi: Uzair anak Allah. Dan berkata orang-orang Nasrani: Isa al-Masihi anak Allah. Yang demikian itu adalah omongan mereka dengan mulut mereka, menyerupai perkataan orang-orang kafir yang dahulu, yang telah dibinasakan oleh Allah. Hairan mengapa mereka dipalingkan begitu rupa. Mereka menjadikan guru-guru dan pendita-pendita mereka sebagai Tuhan selain Allah. Dan begitu juga terhadap Isa Al-Masihi Anak Mariam. Padahal mereka tidak diperintah selain untuk menyembah Allah yang Maha Esa, yang tiada Tuhan selain Dia. Maha Suci Ia dan apa-apa yang mereka sekutukan. (at-Taubah: 3031) Maksud turunnya Isa itu adalah untuk menerangkan kepada orang-orang yang mengaku mengikuti pelajaran Nabi Isa, tetapi telah membelok dari ajaran Nabi Isa yang sebenarnya. Lebih-lebih untuk menegaskan kepada mereka bahawa Isa tidak pernah mengajarkan bahawa dia adalah Tuhan atau anak Tuhan dan untuk menegaskan kepada ummat manusia, bahawa Muhammad s.a.w. adalah Rasul Allah yang terakhir yang harus diimani dan diikuti dan bahawa al-Quran al-Karim adalah Kitab Suci yang mencakupi seluruh Kitab-kitab Suci yang sebelumnya dan bahawa Islam adalah ajaran semua Nabi dan Rasul yang pernah diutus Tuhan ke permukaan bumi ini. Dengan alasan yang tersebut diatas inilah, maka ummat Islam percaya, bahawa Nabi Isa a.s. tidaklah mati terbunuh ditiang salib sebagai kepercayaan ummat Nasrani sekarang ini. Kerana selain ayat-ayat al-Quran yang amat jelas tersebut diatas itu, tidak mungkin menurut kepercayaan setiap orang Islam, seorang Nabi dan Rasul Allah yang begitu benar dan mulianya, akan dapat ditangkap, serta dibunuh dengan pembunuhan kejam, di luar penkemanusiaan itu. Allah yang Maha Kuasa pasti telah dapat menyelamatkan Nabi dan RasulNya yang bernama Isa al-Masihi, dan perlakuan yang tidak sewajarnya ini. Kalau ummat Islam dan ummat Nasrani berlainan kepercayaan tentang kedua masalah ini (iaitu tentang ketuhanan Isa dan tersalibnya Isa) ummat Islam tidak diperbolehkan bertengkar dan berdebat dengan ummat Nasrani tentang masalah ini. Kerana masalah ini seratus peratus masalah ghaib, yang tidak mungkin dapat diselesaikan dengan bertengkar dan berdebat. Dengan ayat-ayat yang tersebut diatas, ummat Islam menunggu sampai datang saatnya nanti di hari kiamat, dialam akhirat, dimana Allah akan menetapkan putusan tentang masalah yang sedang

Page 65: Kisah Nabi

diperselisihkan sekarang ini, antara ummat Islam, ummat Nasrani dan ummat Yahudi. Marilah kita sama menunggu saat yang dijanjikan Allah itu dengan sabar dan menjauhkan diri dari sengketa, berjalan dan hidup dengan kepercayaan masing-masing. Tetapi bila perdebatan mengenai masalah-masalah yang diperselisihkan itu dapat dijamin akan berjalan secara baik, dijamin tidak akan membangkitkan nafsu-nafsu yang tidak dapat dikendalikan, maka setiap saat ummat Islam diperbolehkan menghadapinya. Firman Allah dalam al-Quran: Serulah manusia kejalan Allah dengan bijaksana dan nasihat-nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmulah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang sesat dari jalanNya dan Ialah pula yang lebih tahu akan orang-orang yang benar (mendapat petunjuk). Dan jika kamu terpaksa harus membalas seksaan, maka balaslah dengan pembalasan yang sebanding dengan apa yang telah mereka seksakan kepadamu. Dan jika kamu sabar (tidak membalas) maka itulah yang lebih baik, bagi orang-orang yang sabar. Dan sabarlah engkau dan tidaklah engkau dapat bersabar, kalau bukan kerana Allah. Dan janganlah engkau berdukacita terhadap mereka dan janganlah engkau berkecil hati lantaran tipu daya mereka. Sesungguhnya Allah beserta dengan orang yang taqwa dan orang yang berbuat kebaikan. (an-Nahal: 125-129)

eorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar beerti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw. DiIndia adalah merupakan factor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatau bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular. Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan

Page 66: Kisah Nabi

pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

Page 67: Kisah Nabi

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu. Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

Sebagaimana klaim orang-orang kafir dari golongan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristen) terhadap Alkitab, orang-orang kafir dari golongan musyrik Hindu juga mengklaim bahwa Kitab Weda adalah kitab yang bersifat universal, karenanya mereka pun berusaha memperkenalkan ajaran Weda kepada setiap orang.Sungguh, suatu klaim yang tak berdasar. Orang-orang Hindu tampaknya lebih mementingkan ego terhadap ajaran agamanya yang sebenarnya merupakan warisan tradisi leluhur secara turun-temurun yang tidak jelas. Secara kasat mata saja, kita bisa melihat bahwa praktek-praktek ibadah Hindu adalah praktek-praktek kepercayaan kuno yang tidak mungkin disebut universal.Berkaitan dengan ketidakuniversalan Hindu dan Weda ini, Gotama Smarti berkata:“Apabila orang Sudra kebetulan mendengarkan Kitab Weda dibaca, maka adalah kewajiban raja untuk mengecor cor-cor timah dan malam dalam kupingnya; apabila seorang Sudra membaca mantra-mantra Weda, maka raja harus memotong lidahnya, dan apabila ia berusaha untuk membaca Weda, maka raja harus memotong badannya.” (Gotama Smarti:12).Jelaslah, bahwa Kitab Weda yang diklaim Hindu sebagai kitab universal itu, ternyata hanyalah sebuah kitab untuk golongan tertentu saja, yang sekaligus membantah dugaan keuniversalannya.Lebih jauh, kitab-kitab agama Hindu lainnya justru meramalkan kedatangan seorang tokoh yang sangat cocok bahkan sama persis dengan sosok Nabi Muhammad Saw. Berikut ini kami suguhkan beberapa ramalan tentang Nabi Muhammad Saw dalam berbagai kitab agama Hindu:1. Dalam kitab agama Hindu yaitu Atharvaveda, terdapat nubuat:

“Hai orang banyak, dengarlah ini dengan sungguh-sungguh, Narashanga (Yang terpuji) akan dibangkitkan di antara orang banyak. Kita mengambil orang Kaurum (Muhajirin) itu di dalam perlindungan kita dari 60.000 dan 90 musuh-musuh; yang kendaraannya adalah 20 unta dan 2 unta betina, memiliki 12 orang istri, dan naik ke langit dengan kendaraan tercepat (Bouraq)…” (Atharvaveda Kanda 20 Saukata 127, Mantra 1-2).Narashangsa = Yang terpuji = Muhammad. kata “Kauram” berarti “emigran” yaitu orang yang meninggalkan negerinya sendiri, dalam bahasa Arabnya: “Muhajirin”. Muhammad dan pengikutnya ketika hijrah dari Mekah ke Madinah untuk menghindari serangan kaum kafir

Page 68: Kisah Nabi

Mekah yang berjumlah 60.000 orang dan 90 kepala sukunya, dikenal sebagai “Kaum Muhajirin”, sedangkan orang-orang Madinah yang menyambutnya dikenal sebagai “Kaum Anshar”. Dari sinilah tonggak dimulainya Tahun Hijriyah (hijrah = pindah). Kendaraan yang dipakai Muhammad adalah unta dan kuda. Muhammad memiliki 12 orang istri yaitu: Khadijah, Saudah, Aisyah, Hafsah, Zainah, Ummu Salamah, Zainab, Juwairiah, Raihanah, Ummu Habibah, Shafiah, dan Maimunah. Ketika melakukan Mi’raj dari Masjid Al-Aqsha di Palestina ke langit ke-7, Muhammad mengendarai Bouraq yang merupakan kendaraan tercepatnya.2. Dalam kitab agama Hindu yaitu Atharvaveda, terdapat nubuat :“Tuhan akan memberikan kepada Mamaha Rishi seratus keping emas, sepuluh kalung, tiga ratus ekor kuda, dan 10.000 ekor sapi.” (Atharvaveda Kanda 20 Saukata 127, Mantra 3).Kata “Mamaha” secara etimologis berasal dari bahasa Arab: “Muhammad” yang berarti “yang terpuji”, sedangkan “Mamaha Rishi” adalah julukan bagi Narashangsa, sehingga Mamaha Rishi = Narashangsa = Muhammad = Yang Terpuji. Adapun “seratus keping emas” maksudnya seratus orang pengikut Muhammad penyebar agama Allah yang disebut “Ash-Shabus Shuffah”. “Sepuluh kalung” maksudnya sepuluh orang yang selalu membantu Muhammad dalam peperangan yang disebut “Asy-Syara Mubasysyara”. “Tiga ratus ekor kuda” maksudnya 300 tentara pimpinan Muhammad ketika menghadapi 700 tentara kafir Mekah dalam Perang Badar (H.G. Wells, The Outline of History, 1949). “10.000 ekor sapi” maksudnya 10.000 pengikut Muhammad ketika memasuki kota Mekah (630 M) dalam keadaan aman dan damai, yang dikenal dengan peristiwa “Fathu Makkah” (Stanley Lane Poole, Speeches and Table Talks of the Prophet Mohammed, 1882).3. Dalam beberapa literatur tertentu, terdapat kesamaan keterangan yang mengarah kepada Muhammad, antara lain:

- “Mamaha adalah penunggang unta dari daerah padang pasir”(Atharvaveda 20:9:31);-”Mamaha terkenal dengan 10.000 pengikutnya” (Rigveda 5:27:1);-”Pada masa Mamaha , himne baru (syariat baru) akan disusun dan dibacakan selama kebaktian sebagai pengganti Weda yaitu Jamat (berjamaah) dan Salat (doa)” (Rigveda 1:109:2);-”Musa berprediksi: ‘…kelihatanlah ia dengan gemerlap cahayanya (Al-Quran) dari gunung Paran (Mekah), dan datang bersama 10.000 orang yang kudus…” (Ulangan 33:2);-”Kekasihku adalah putih dan kemerah-merahan, pemimpin terkemuka di kalangan 10.000 manusia” (Kidung Agung 5:10);-”Lihatlah, orang mulia ini datang bersama 10.000 pengikutnya yang kudus (Yudas 1:14);-”Nabi Muhammad berangkat bersama dengan 10.000 orang pada saat yang menentukan ini” (Washington Irving, Life of Muhammad, Hal. 17);-”…dan Muhammad membawa 10.000 pengikutnya ke Mekah” (Stanley Lane Poole, Speeches and Table Talks of the Prophet Mohammed, 1882).Jadi, jelaslah bahwa yang dimaksud dengan “Mamaha” atau “Orang Mulia” tidak lain adalah Muhammad.4. Dalam kitab agama Hindu yaitu Bhagabat-Purana, terdapat nubuat:“Dia dihiasi dengan delapan sifat dan kekayaan, menunggang kuda cepat (Bouraq) yang diberikan kepadanya oleh para malaikat dan memegang pedang di tangannya, penyelamat dunia akan menumpas segala kebatilan.” (Bhagabat-Purana 12:2:19).

Page 69: Kisah Nabi

“Kuda cepat” adalah Bouraq (lihat butir 1 di atas) dan Muhammad selalu membawa pedang dan/atau panah ketika berperang. Dalam kitab Shahih Imam Bukhari, dari Anas katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah (Muhammad) menunggang kuda dengan sebilah pedang tergantung di sampingnya.” (H.R. Bukhari).5. Dalam kitab agama Hindu yaitu Kalki- Purana, terdapat nubuat:

“Wahai Tuhan, bersama dengan empat orang sahabat, aku akan menghancurkan kebatilan.” (Kalki-Purana 2:5).Muhammad memiliki 4 orang sahabat yang terkenal sampai sekarang yang disebut “Khulafaur Rasyidin” yaitu: Abu Bakar ash-Shidiq, Umar bin Khatab, Utsman bin ‘Affan, dan Ali bin Abu Thalib. Untuk membandingkan kata “kebatilan”, lihat kembali butir 4 di atas dan periksa butir 6 di bawah ini.

6. Dalam kitab agama Hindu yaitu Kalki-Purana dan Bhagat-Purana, terdapat nubuat: “Kalki Avatar akan dilahirkan di kota Shambal, ibunya bernama Sumati, bersama empat orang temannya akan mengalahkan kali (setan/kebatilan)….Dia akan dibantu oleh para malaikat di medan pertempuran.” (Kalki-Purana 2:4-7).“Ayahnya bernama Vishnu-Yash.” (Bhagabat-Purana 12:2:18).“Dia lahir pada hari ke-12 yang cerah, pada pertengahan bulan Madhav.” (Kalki-Purana 2:15).Kata “Shambhal” berarti: rumah perdamaian dan keamanan. Muhammad lahir di kota Mekah yang dikenal sebagai “Darul Aman” yang juga berarti: rumah perdamaian dan keamanan. Ibunya bernama “Sumati” yang berarti: lemah lembut dan cerdas. Ibu Muhammad bernama “Aminah” yang juga berarti: lemah lembut. Ayahnya bernama “Vishnu-Yash” yang berarti: hamba Tuhan (Vishnu = Tuhan). Ayah Muhammad bernama “Abdullah” yang berarti juga: hamba Allah/Tuhan. “Empat orang temannya” adalah Abu Bakar, Umar, Utsman, dan Ali (lihat butir 5 di atas). Kalki Avatar dibantu oleh para malaikat di medan pertempuran. Ketika Perang Badar, Muhammad dibantu oleh para malaikat (QS. Al Imran : 123-125), juga dalam Perang Khandaq, Muhammad dibantu oleh para malaikat (QS. Al-Ahazab : 9). Kalki Avatar lahir pada hari ke-12 bulan Madhav. Muhammad juga lahir pada hari ke-12 tepatnya tanggal 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah (Sebelum Hijriyah). Jadi, Kalki Avatar tidak lain adalah Muhammad, sedangkan “Kalki Avatar” sendiri berarti: pembersih dosa yang datang ke dunia.7. Dalam kitab agama Hindu terdapat Ramalan Mahabharata, antara lain:“…Dia akan lahir di sebuah kota yang bernama Shambhal (Mekah)….Dia pergi berperang untuk mengalahkan lawan….Menghancurkan penjahat (berhala), kemudian melaksanakan ziarah terakhir (Haji Wada‘)….Rumah (Ka’bah) yang diisi oleh penjahat, dengan tuhan-tuhan buatan tangan mereka (patung/berhala); Sekarang dibersihkan untuk tempat penyembahan kebenaran. Dengan ketundukannya, seorang raja (Muhammad) berdiri menghadap-Nya….Kemudian mereka mempersembahkan doa (sholat) dan korban (qurban). Dan berpegang pada enam prinsip utama…” (Mahabharata Bag. Hutan Bab 190).Pada waktu itu (630 M) terdapat 360 buah berhala mengelilingi Ka’bah. Kemudian oleh Muhammad seluruh berhala tersebut dihancurkan dan Ka’bah dibersihkan (Prof. Hitti, History of the Arab, Bag. I Bab 8 Hal. 118). Muhammad memang menjadi pemimpin umat Islam. Ketika Muhammad melaksanakan Haji Wada’’ (haji perpisahan), sekitar 100.000 umat muslim menghadirinya untuk melaksanakan ibadah haji bersama-sama dengan Muhammad serta Sholat Ied bersama-sama yang dilanjukan dengan penyembelihan hewan qurban. Sedangkan “enam prinsip utama” adalah Syahadat, Sholat, Zakat, Puasa, Haji, dan Jihad fi Sabilillah

Page 70: Kisah Nabi

.8. Dalam kitab agama Hindu yaitu Bhavishwa-Purana, terdapat nubuat:

“Kemudian seorang dengan julukan ‘orang yang tak berilmu’, Muhammad namanya….Hai orang yang tak berdosa, Roh Kebenaran, dan tuan yang semata-mata, kepadamulah persembahanku…”(Bhaviswha-Purana 3, Khand 3, Aditya 3, Shalob 3,7,8).Ayat di atas sudah sangat jelas karena menunjuk langsung kepada Nabi Muhammad.Sementara dalam kitab agama Budha yaitu Kitab Budha, Gautama Budha berkata:“Wahai Nanda, aku bukanlah Budha yang pertama di dunia, bukan pula yang terakhir. Pada suatu masa, akan lahir seorang Budha di dunia ini yang akan memberikan ajaran tentang kebenaran dan kebatilan….Dia akan menjadi pemimpin dan penuntun seluruh umat manusia….namanya ialah Maitreya.” (Kitab Budha, Carus, hal. 217).“Maitrea” artinya “yang penyayang”, demikian juga dengan Muhammad, beliau mendapat gelar “Rahmatan lil ‘Alamin” yang artinya “yang penyayang untuk alam semesta” (QS Al-Anbiya’:107). Sedangkan Yesus bukanlah Maitreya, karena Yesus datang bukan untuk alam semesta melainkan hanya untuk umat Israel (Matius 15:24: “Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel” dan dalam Matius 10:5-6 Yesus berpesan kepada 12 orang muridnya: “Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria; melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel”).HANYA ALLAH YANG MAHA TAHUSukaBe the first to like this.

Filed under: Uncategorized

« definisi KAFiR versi syi’ah sama dengan versi Nabi SAW yaitu “bukan bermakna keluar dari agama islam”, Rasulullah bersabda : “Janganlah kalian kembali kafir sepeninggalku, sebagian kalian menebas leher yang lain ( Hr. Bukhari Muslim   )” Sahabat Nabi tidak kebal hukum.. Rasulullah SAW bersabda : “Seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, pasti saya potong tangannnya (HR.Muslim)” .. Penolakan terhadap Tiga khalifah sebelum Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib as oleh Syiah bukan berarti syi’ah menafikan jasa ketiganya , namun, syi’ah berpegang pada perintah Nabi saw bahawa hak Khilafah adalah hak Ahlul Bayt as… Bahkan Nabi SAW Tidak Menjamin Surga Untuk Abubakar… Bahkan Nabi SAW menyatakan “Sesungguhnya kalian akan menyaksikan sifat tamak yang dahsyat   selepasku” »

Satu Tanggapan

1.

arif rahman, on November 21, 2011 at 4:00 am said:

didalam al-quran bahwa nabi muhammad akan diramalkan di kitab2 terdahulu inilah salah satu buktinya………

Balas

Tinggalkan Balasan

Page 71: Kisah Nabi