kisah nabi harun a.docx edited

Upload: syafrizalrobi

Post on 29-Oct-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KISAH NABI HARUN A.S

Assalamualaikum w.b.t, yang dihormati pengacara majlis, yang dimuliakan barisan hakim yang arif lagi bijaksana, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Batu Bersurat batu ternama, Menjadi bukti keagungan Islam, Sudah tersurat kita bersama,Hayatilah kisah Nabi Harun Alaihissalam.

AyyuhalAsdiqa,Nabi Harun ialah Harun bin Imran bin Qahits bin Lawi. Baginda merupakan adik-beradik seibu dengan Nabi Musa. Kisah Nabi Harun ini telah disebut di dalam Al-Quran sebanyak 19 kali.

Baginda diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 sebelum masehi dan ditugaskan untuk membantu Nabi Musa berdakwah kepada Firaun, Hamman, Qarun serta Bani Israel di Sinai, Mesir. Baginda juga seorang yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian yang tetap..Firman Allah : Surah Thaha

"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.

"Iaitu Harun saudaraku;

"Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku

Rakan-rakan; kefasihan berbicara merupakan salah satu kelebihan dalam berdakwah sebagaimana Ustaz Kazim bin Elias yang telah mencatatkan penonton paling ramai di astro Oasis. Selain bijak berbicara dalam menyampaikan dakwah, beliau sentiasa memberi nasihat dengan cara yang berhikmah.

Kawan kawan ,Harun pembantu MusaBebaskan Israel Daripada Firaun durjana Walau dikeji dihina, Baginda sabar dan redha

Raja Firaun berasa tercabar dengan keberanian Nabi Harun. Firaun mengancam untuk membunuh baginda. sehinggalah Baginda diselamatkan Allah dengan cara menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya ke dalam laut Merah.

Firman Allah: Surah Toha

Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya. Rakan-rakan, kita perlulah bersabar dalam menyampaikan dakwah Islam sebagaimanakesabaran Ikhwanul Muslimin selama 84 tahun dalam usaha mendaulahkan Islam sehingga berjaya memerintah Mesir pada hari ini.

Ayyuhal Asdiqa,Turunnya wahyu dari Ilahi, Perintahkan Musa bermunajat 40 hari,Gunung Sinai tempat mengabdi diri, T inggallah Harun sebagai pengganti

Maka, Nabi Harun pun meneruskan dakwah dengan mengawasi dan memimpin penduduk Bani Israel daripada melakukan kemungkaran dan menyekutukan Allah.

Firman Allah,

Bermaksud Dan berkatalah Nabi Musa kepada Nabi Harun, gantikanlah aku dalam memimpin kaumku dan perbaikilah, jangan kamu mengikuti jalan orang yang melakukan kerosakan( Surah al-Araf ayat 142 )

Rakan-rakan,Jadilah pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab. Sebagai seorang murid, kita bertanggunggjawab terhadap pembelajaran dan juga ibu bapa kita dengan menjadi anak yang patuh dan menjauhi diri daripada gejala yang merosakkan.

Hadirin sekalian,Sepanjang peninggalan Nabi Musa,. Tiba tiba muncul seorang yang bernama Samiri yangMengaku menjadi pemimpin Bani Israel telah berjaya membuat patung sapi yang boleh berkata-kata dan diperbuat daripada emas tulen yang menyebabkan umat Nabi Musa berduyun-duyun menyembahnya.

WNabi Harun terus berusaha menghalang umatnya daripada terus syirik kepada Allah. Sehinggalah Nabi Musa pulang, mereka berganding bahu membawa pulang umat mereka ke jalan Allah

Firman Allah:

Ertinya: Sesungguhnya kaum ini telah menganggapku lemah dan hampir-hampir mereka membunuhku (Al-Araf ayat 150)

Rakan-rakan, Usaha yang gigih akan membuahkan kejayaan sebagaimana kegigihan dua orang pelajar kurang upaya (OKU) yang berjaya menjadi pelajar cemerlang dan merangkul Anugerah Pelajar Terbaik sempena Majlis Konvokesyen ke-46 Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di Skudai, Johor

Kesimpulannya..

Hayatnya Harun 122 tahunWafat Baginda sebelum Musa Bersemadi di Jabal MusaDi Wilayah Sinai, negara Mesir

Soalan:

1. Kepada siapakah Nabi Harun ditugaskan untuk berdakwah2. Bagaimanakah pembalasan Allah ke atas Firaun dan pengikutnya3. Siapakah yang muncul dan mengaku menjadi pemimpin Bani Israil4. Apakah tanggungjawab sebagai seorang murid5. Bagaimanakah kamu menasihati kawan kawan kamu