khidmat masyarakat tingkatan 2

8
KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK DAN KENEGARAAN [PSK] TINGKATAN DUA TAHUN 2015 Tema : Hidup Bermasyarakat Tajuk : Sekolahku Ceria

Upload: inertiaophelia

Post on 10-Sep-2015

121 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

psk tingkatan 2

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

KHIDMAT MASYARAKATPENDIDIKAN SIVIK DAN KENEGARAAN [PSK]

TINGKATAN DUATAHUN 2015

Tema: Hidup BermasyarakatTajuk: Sekolahku Ceria

PENGENALAN

Khidmat Masyarakat ialah komponen amali dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Setiap murid dikehendaki menjalani projek tertentu di luar waktu sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Projek ini memerlukan murid melibatkan secara aktif terhadap kerja khidmat komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah.Melalui Khidmat Masyarakat ini murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam kelas. Murid juga dapat berasakan dirinya sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

OBEJKTIF1. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.2. Memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.3. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

TEMA : Hidup Bermasyarakat

Untuk Tingkatan 2, projek yang dicadangkan berdasarkan Tema 2 iaitu Hidup Bermasyarakat. Ia menghuraikan unsur permuafakatan dan nilai semangat kekitaan yang tinggi dalam masyarakat, serta hak dan tanggungjawab warganegara.

CADANGAN PROJEKProjek adalah berbentuk cadangan meningkatkan kualiti hidup masyarakat Menceriakan dan Membersihkan Kawasan Setempat Sekolahku Ceria. Ini sesuai bagi melestarikan kebersihan dan keceriaan sekolah bagi mewujudkan suasana yang ideal untuk perkembangan diri warga sekolah. Antara aktiviti yang dirancangkan ialah:

i. Membersihkan kawasan sekolah mengikut tempat yang ditetapkanii. Menceriakan kawasan sekolah

TARIKH, MASA DAN SASARANTarikh:Ogos hingga Oktober 2015Masa:Di luar waktu P&PSasaran: Semua Pelajar Tingkatan 2

GURU TERLIBATSemua Guru Matapelajaran PSK Tingkatan 2

PELAKSANAAN PROJEKBilPerkaraMasa PelaksanaanAktivitiTindakan

1Mesyuarat Ke-124 Julai 20151. Pembentukan AJK pelaksanaan2. Pembahagian tugasan mengikut kelas / jadual

Penyelaras

2Mengenal pasti kawasan projek27 Julai 20151. Mengenalpasti kawasan yang perlu dibersihkan dan diceriakan. 2. Mengenalpasti kawasan yang perlu dibuat penambahbaikan.

Penyelaras

3Hantar Laporan 29 Julai 20151. Setiap AJK menghantar laporan masing-masing kepada penyelarasGuru Matapelajaran PSK T2

5Membeli keperluan/ bahan projek1 Ogos 20141. Mendapatkan senarai peralatan, bahan dan keperluan daripada setiap AJKPenyelaras

6Projek dimulakanOgos - Oktober1. Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah mengikut tempat yang ditetapkan kelas masing-masing.2. Menceriakan kawasan yang telah dibersihkan.Semua Guru MP PSK Tingkatan 2

7Pemantauan oleh GK dan KPOgos - Oktober1. Guru Kanan atau Ketua Panitia akan memantau perkembangan projek dari semasa ke semasa.Guru Kanan KemanusianKetua Panitia PSK

8Penyediaan LaporanPertengahan bulan Oktober1. Setiap kelas diwajibkan menyediakan satu laporan dalam bentuk folio dan perlu dihantar seminggu lepas tamat projek.Guru Matapelajaran PSKPelajar Tingkatan 2

ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEKBerikut adalah anggaran perbelanjaan:

BilPerihal BarangKos Seunit (RM) X Bilangan X KelasAnggaranJumlah (RM)

1Plastik hitamRM 4.50 x 12RM 54.00

2*Cat (merah jambu, oren dan biru)RM 40.00 x 9 tinRM 350.00

3Berus catRM 4.00 x 20 batangRM 80.00

4Pelarut catRM 18.00 x 5 tinRM 90.00

5Sarung tanganRM 6.00 x 10 kotakRM 60.00

Jumlah Besar: RM 634.00

*Untuk memperbaharui cat di taman.

TEMPAT YANG DITETAPKAN UNTUK SETIAP KELAS

KELASTEMPAT GOTONG-ROYONG

2 KRK 1Sekitar Blok D/ taman sekolah

2 KRK2Sekitar kantin/ makmal computer/ padang bola jarring

2 BEST 1Sekitar Blok C/ rumah pengetua

2 BEST 2Sekitar Dewan Harmoni/ Dewan Terbuka/ Dewan Perpaduan/ Koperasi

2 BEST 3Sekitar Padang Bola Bola Keranjang/ Surau

2 ASekitar Blok E/ Blok F

2 BSekitar Blok G/ Blok H

2 CSekitar Blok I/ Nurseri

2 DSekitar Blok I/ Nurseri

2 ESekitar Tandas/ Makmal Senior

2 FSkitar Blok A/ Blok B/ Parking guru

2 GSekitar Blok K/ Blok J

2 HSekitar pintu utama/ Pondok menunggu bas

PENUTUP

Adalah diharapkan program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sokongan padu daripada pihak sekolah. Sesungguhnya Khidmat Masyarakat setempat PSK ini adalah bertujuan melahirkan pelajar yang sanggup dan boleh memberi sumbangan serta prihatin tentang keindahan alam sekitar dan menghargai persekitaran yang indah. Di samping itu, penglibatan pelajar ini akan membuat pelajar melihat keistimewaan yang terdapat di sekolah dan menjadi pengalaman baru kepada pelajar. Dengan ini , diharap para pelajar dapat menjadikan program ini sebagai batu loncatan ke arah kemajuan diri dan pemantapan sahsiah diri pelajar.

Disediakan Oleh:Disemak Oleh:

....(Cik Nur Fathiah Abu Bakar Al Bakri)(Pn. Winnie Anak Jantai)Penyelaras ProgamKetua Panitia PSKKhidmat MasyarakatSMK LutongTingkatan 2, 2015

Disahkan Oleh:Diluluskan Oleh:

...( Pn. Mary Binti Wahab )(En. Marcus Hugo Matu Lejau)Guru KananPengetua SMK LutongBidang KemanusiaanSMK Lutong.