noor diyana binti kamaruddin - fp.utm.my filependidikan syariah islamiah-kajian di sekolah menengah...

29
PENGETAHUAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH – KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PEREMPUAN KANGAR PERLIS NOOR DIYANA BINTI KAMARUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: voliem

Post on 15-Jul-2019

246 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PENGETAHUAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH – KAJIAN DI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PEREMPUAN KANGAR PERLIS

NOOR DIYANA BINTI KAMARUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PENGETAHUAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH-KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PEREMPUAN

KANGAR PERLIS

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya NOOR DIYANA BINTI KAMARUDDIN

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: NO. 154, TMN SRI AMAN, PERUMAHAN POLIS SERIAB, 01000 KANGAR PERLIS Tarikh : 27 APRIL 2009

(TANDATANGAN PENYELIA)

Nama Penyelia: PROF.MADYA. AMINUDDIN BIN RUSKAM AL-DAWAMY Tarikh : 27 APRIL 2009

Disahkan oleh :

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PROF.MADYA AMINUDDIN BIN RUSKAM AL-DAWAMY

Tarikh : 27 APRIL 2009

iii

PENGETAHUAN PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH – KAJIAN DI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PEREMPUAN KANGAR PERLIS

NOOR DIYANA BINTI KAMARUDDIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

27 APRIL 2009

iv

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : NOOR DIYANA BINTI KAMARUDDIN

Tarikh : 27 APRIL 2009

v

DEDIKASI

Tuhanku

Kupanjatkan Kesyukuran

Atas hidayah, taufiq dan ilhamMu

Ayananda dan bonda yang dikasihi dan disayangi

En. Kamaruddin Hassan dan Pn. Rosita Omar

Terima kasih di atas iringan doa restu kalian yang sentiasa mengiringi anakanda

hingga ke akhir hayat

Kasih sayang dan semangat yang kalian titipkan amat anakanda hargai.

Buat adinda-adinda yang dikasihi

Mohd Taufik, Noor Syazwani dan Muhammad Hafizuddin

Kuucapkan jutaan terima kasih di atas pengorbanan kalian

Teruskanlah perjuangan kalian dalam mengharungi hidup yang penuh dugaan

Doa dan harapan agar kalian menuju kejayaan yang gemilang

Semoga kalian sentiasa diberkati Allah S.W.T.

Para pendidik yang dihormati,

Terima kasih di atas segala dorongan dan sokongan yang diberikan selama ini

semoga segala jasa dan tunjuk ajar kalian dirahmati Allah hendak-Nya.

Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan.

Buat teman-teman segandingan

Terima kasih di atas segalanya

Moga ukhuwah yang terjalin

Agar terus kekal hingga ke penghujungnya

Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.

vi

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia dan taufiq-Nya, laporan

Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tulus ikhlas ditujukan khas buat

Profesor Madya Aminuddin bin Ruskam, selaku penyelia pembimbing dan penasihat

yang tanpa jemu memberi bimbingan, tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan yang sangat

berguna serta membantu menyelia penulisan ilmiah ini sejak awal sehinggalah ke

akhirnya. Didoakan semoga setiap usaha murni yang telah beliau taburkan mendapat

rahmat Allah SWT hendak-Nya. Begitu juga buat pihak Pusat Pengajian Islam dan

Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pentabiran Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama Perempuan Kangar, Perlis kerana telah memberikan kerjasama

yang baik dalam proses menyiapkan kajian ini. Penghargaan terima kasih juga

ditujukan kepada pelajar-pelajar yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya

dalam memberi maklum balas terhadap kajian yang telah dijalankan. Tidak

ketinggalan, penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan dan semua yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat

keluarga tersayang. Segala sokongan dan kerjasama kalian selama ini amatlah

dihargai dan sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja sebaik-baik pemberi balasan di

dunia dan di akhirat. Semoga kita semua diberkati Allah SWT hendak-Nya.

Wassalam.

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan pelajar tingkatan lima

terhadap mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah. Selain itu kajian ini juga

adalah bertujuan untuk mengenal pasti minat pelajar terhadap mata pelajaran ini,

pengetahuan pelajar terhadap jenis-jenis kesalahan jenayah syariah dalam Islam serta

hukuman yang dikenakan ke atas pesalah jenayah syariah. Semua pelajar tingkatan

lima di sekolah berkenaan telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang

digunakan berbentuk soal selidik yang mengandungi 45 item soalan. Data yang

diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS)

versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, min dan peratusan. Nilai kebolehpercayaan

soal selidik ialah α = 0.807. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi kebanyakan

responden bersetuju dengan persoalan yang dikemukakan. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar serta minat pelajar terhadap mata

pelajaran ini berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min masing-masing 4.28 dan

4.21. Namun demikian, tahap pengetahuan pelajar terhadap jenis-jenis kesalahan

jenayah syariah serta hukuman yang dikenakan ke atas pesalah jenayah syariah

berada pada tahap yang sederhana berdasarkan nilai min masing-masing 3.25 dan

3.39. Pada akhir kajian juga disertakan beberapa cadangan agar ia menjadi panduan

dan tindakan pihak-pihak tertentu. Antara cadangan yang dikemukakan adalah untuk

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah dan juga pelajar itu sendiri.

viii

ABSTRACT

This research aims to determine knowledge among form five students

towards subject Education of Islamic Syariah. It is carried out to identify interest

among students to this subject, the knowledge among students about kinds of crime

syariah in Islam and punishments for criminal syariah. In this research, all form five

students from that school were involved as the respondents. A set of questionnaire

with 45 questions was used as the research instrument. The data was analyzed using

Statistical Package for Social Science (SPSS), software version 14.0 in order to get

the frequency, percentage and the average of the data. The reliability for this

questionnaire is α = 0.807. Based on the findings, most of the respondents agree with

the questions posed. The findings revealed that the knowledge and interest among

students towards this subject were at a high level witch min value are 4.28 and 4.21.

However, the knowledge among students about kinds of crimes syariah in Islam and

punishments for criminal syariah was at the moderate level witch min value are 3.25

and 3.39. At the end of the research, a few suggestions had been given such as for

Ministry of Education Malaysia, school and students as a guideline and endorsement

to the respective parties.

ix

KANDUNGAN:

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Pengetahuan 10

1.8.2 Pendidikan Syariah Islamiah 10

x

1.8.3 Pelajar 10

1.9 Kesimpulan 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sejarah Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama Perempuan Kangar Perlis 12

2.3 Pendidikan Syariah Islamiah 13

2.3.1 Aqidah 15

2.3.2 Sejarah Perundangan Islam 18

2.3.3 Usul Fiqh 18

2.3.4 Ayat-ayat Hukum 19

2.3.5 Hadis-hadis Hukum 20

2.3.6 Fiqh 22

2.4 Jenayah Dalam Islam 23

2.4.1 Pengertian Jenayah 24

2.4.2 Jenis-jenis Jenayah 25

2.4.3 Jenis-jenis Kesalahan Jenayah dan

Hukumannya Menurut Islam 26

2.4.4 Hukum dan Dalil 35

2.5 Kajian-kajian Lepas 36

2.6 Kesimpulan 40

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Reka Bentuk Kajian 41

3.3 Tempat Kajian 42

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42

3.5 Instrumen Kajian 43

3.5.1 Bahagian A 43

3.5.2 Bahagian B, C, D dan E 44

3.6 Tatacara Kajian 45

xi

3.7 Kajian Rintis 47

3.8 Kajian Sebenar 47

3.9 Analisis Data 48

3.10 Kesimpulan 49

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 50

4.2 Analisis Data (Bahagian A) 51

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 54

4.4 Analisis Data (Bahagian C) 62

4.5 Analisis Data (Bahagian D) 69

4.6 Analisis Data (Bahagian E) 76

4.7 Kesimpulan 83

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 84

5.2 Perbincangan 84

5.3 Rumusan Kajian 92

5.4 Cadangan 92

5.4.1 Kementerian Pendidikan Malaysia 93

5.4.2 Sekolah 93

5.4.3 Pelajar 94

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 94

5.6 Kesimpulan 95

BIBLIOGRAFI 96

LAMPIRAN

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert 44

3.2 Agihan Soalan Mengikut Klasifikasi Objektif Kajian 45

3.3 Rangka Kerja kajian yang digunakan dalam kajian ini 46

3.4 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 48

3.5 Nilai Skor Min 49

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 51

4.2 Taburan Responden Mengikut Sekolah Asal 52

4.3 Taburan Responden Mengikut Tujuan Belajar

Di Sekolah Agama 52

4.4 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik Beradik

Sekolah Agama 53

4.5 Taburan Responden Mengikut Pendidikan Agama

Ibu Bapa 53

4.6 Kekerapan dan peratusan bagi item: Mata pelajaran

Pendidikan Syariah Islamiah wajib bagi pelajar sekolah

menengah agama. 54

4.7 Kekerapan dan peratusan bagi item: Mata pelajaran ini

terbahagi kepada enam bahagian utama. 55

4.8 Kekerapan dan peratusan bagi item: Fekah merupakan

salah satu bahagian yang terkandung di dalam mata

pelajaran ini. 55

4.9 Kekerapan dan peratusan bagi item: Mata pelajaran ini

mengandungi tajuk tentang Jenayah Dalam Islam. 56

4.10 Kekerapan dan peratusan bagi item: Saya tidak pernah

belajar tentang wasiat sebelum ini. 56

xiii

4.11 Kekerapan dan peratusan bagi item: Tajuk Membunuh

Tanpa Sengaja termasuk dibawah bahagian ayat-ayat

hukum. 57

4.12 Kekerapan dan peratusan bagi item: Saya yakin mata

pelajaran ini dapat membantu saya mengetahui tulisan jawi

dengan baik. 57

4.13 Kekerapan dan peratusan bagi item: Saya dapat memahami

tajuk-tajuk yang diajar dalam mata pelajaran ini dengan

sempurna. 58

4.14 Kekerapan dan peratusan bagi item: Guru banyak

membantu saya menguasai mata pelajaran ini. 58

4.15 Kekerapan dan peratusan bagi item: Saya bersedia

mempelajari mata pelajaran ini ke peringkat yang lebih

tinggi. 59

4.16 Analisis keseluruhan bagi item 1 hingga 10 (Bahagian B) 60

4.17 Kekerapan dan peratusan bagi item: Pendidikan Syariah

Islamiah menjadikan saya suka menghadiri kelas. 62

4.18 Kekerapan dan peratusan bagi item: Mata pelajaran ini

adalah mata pelajaran yang paling saya minati. 62

4.19 Kekerapan dan peratusan bagi item: Mata pelajaran ini

adalah mata pelajaran yang senang dipelajari. 63

4.20 Kekerapan dan peratusan bagi item: Pelajaran Pendidikan

Syariah Islamiah mampu mengubah tingkah laku pelajar. 63

4.21 Kekerapan dan peratusan bagi item: Saya mengamalkan

apa yang dipelajari dalam mata pelajaran ini. 64

4.22 Kekerapan dan peratusan bagi item: Saya berasa gembira

setiap kali tiba waktu mata pelajaran ini. 64

4.23 Kekerapan dan peratusan bagi item: Saya rasa rugi kalau

tidak hadir ke kelas bagi mata pelajaran ini. 65

4.24 Kekerapan dan peratusan bagi item: Saya sentiasa bertanya

kepada guru sekiranya tidak faham dengan tajuk yang

diajar. 65

4.25 Kekerapan dan peratusan bagi item: Guru sentiasa

membantu saya untuk memahami mata pelajaran ini. 66

xiv

4.26 Kekerapan dan peratusan bagi item: Mata pelajaran ini

banyak membantu saya untuk menjadi insan yang solehah. 66

4.27 Analisis keseluruhan bagi item 1 hingga 10 (Bahagian C) 67

4.28 Kekerapan dan peratusan bagi item: Jenayah syariah

terbahagi kepada tiga. 69

4.29 Kekerapan dan peratusan bagi item: Kesalahan hudud

terbahagi kepada tujuh. 69

4.30 Kekerapan dan peratusan bagi item: Kesalahan hudud ialah

zina, minum arak,murtad,mencuri dan samun. 70

4.31 Kekerapan dan peratusan bagi item: Qazaf ialah membuat

tuduhan zina ke atas seorang yang baik. 70

4.32 Kekerapan dan peratusan bagi item: Membunuh terbahagi

tiga, iaitu bunuh dengan sengaja, separuh sengaja dan tidak

sengaja. 71

4.33 Kekerapan dan peratusan bagi item: Perbuatan membunuh

dan mencederakan merupakan jenayah qisas. 71

4.34 Kekerapan dan peratusan bagi item: Tersilap bunuh tidak

termasuk dalam jenayah Islam yang hukumannya telah

ditentukan. 72

4.35 Kekerapan dan peratusan bagi item: Riba merupakan salah

satu daripada jenayah takzir. 72

4.36 Kekerapan dan peratusan bagi item: Kesalahan takzir telah

ditetapkan oleh Allah S.W.T. 73

4.37 Kekerapan dan peratusan bagi item: Rasuah merupakan

salah satu daripada jenayah takzir. 73

4.38 Analisis keseluruhan bagi item 1 hingga 10 (Bahagian D) 74

4.39 Kekerapan dan peratusan bagi item: Dalam hukum hudud

setiap pencuri akan dipotong tangannya. 76

4.40 Kekerapan dan peratusan bagi item: Hukuman terhadap

pesalah zina tidak termasuk di dalam hukum hudud. 76

4.41 Kekerapan dan peratusan bagi item: Hukuman hudud

merupakan ketetapan daripada Allah s.w.t kepada

hamba-Nya. 77

xv

4.42 Kekerapan dan peratusan bagi item: Diyat merupakan ganti

rugi kepada hukuman bunuh balas. 77

4.43 Kekerapan dan peratusan bagi item: Seseorang yang telah

memotong jari orang lain akan dikenakan qisas. 78

4.44 Kekerapan dan peratusan bagi item: Dalam hukuman qisas,

pembunuh boleh dimaafkan oleh waris si mati. 78

4.45 Kekerapan dan peratusan bagi item: Hukuman terhadap

kesalahan takzir berdasarkan pertimbangan para hakim. 79

4.46 Kekerapan dan peratusan bagi item: Orang Islam yang

tidak berpuasa di bulan Ramadhan boleh dihukum takzir. 79

4.47 Kekerapan dan peratusan bagi item: Hukuman sebanyak 80

rotan dikenakan bagi peminum arak. 80

4.48 Kekerapan dan peratusan bagi item: Mencuri pensel akan

dikenakan hukuman takzir. 80

4.49 Analisis keseluruhan bagi item 1 hingga 10 (Bahagian E) 81

xvi

SENARAI SINGKATAN

FPN : Falsafah Pendidikan Negara

KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR : Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

MCKK : Kolej Melayu Kuala Kangsar

NUTP : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

PDRM : Polis Diraja Malaysia

PPIPS : Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

SMA : Sekolah Menengah Agama

SMAHMY : Sekolah Menengah Agama Haji Mohd. Yatim

SMK : Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SMKAP : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan

SPSS : Statistical Package for Social Science

STAR : Sekolah Tuanku Abdul Rahman

S.W.T : Subhanahu wa Ta’ala

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik

B Surat Kelulusan

Kementerian Pelajaran Malaysia

C Surat Kelulusan Jabatan Pelajaran Perlis

D Surat Permohonan Menjalani Projek Sarjana Muda

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menyatakan bahawa pendidikan di

Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan

seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat serta Negara (Dr. Ee Ah Meng, 2003:20).

KBSR dan KBSM merupakan hasil perubahan yang diaspirasikan di dalam

FPN (Dr. Ee Ah Meng, 2003:25). KBSM ialah akronim bagi Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah. Kurikulum ini berupa perkembangan dari Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR) iaitu akan mengembangkan lagi pendidikan asas dan

memperkenalkan pendidikan umum yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan

pravokasional. Kandungan KBSM mempunyai pertalian rapat antara manusia, alam

dan Tuhan. Kemahiran-kemahiran 3M (mendapat, meningkat dan menyebarkan

ilmu) akan terus diperkukuhkan dan diperkembangkan lagi. KBSM adalah

berorentasikan unsur-unsur moral. Ini bermakna unsur nilai akan dititikberatkan.

Tumpuan khas bagi mengajar nilai-nilai murni akan dilakukan melalui Pendidikan

Islam (bagi pelajar Islam) dan Pendidikan Moral (bagi pelajar bukan Islam).

2

Falsafah Pendidikan Islam pula berusaha melahirkan individu yang soleh,

seterusnya melahirkan warganegara yang beriman dan beramal soleh. Ia juga

berusaha ke arah melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi

kebendaan dan rohani. Oleh itu, insan yang dididik berasaskan Falsafah Pendidikan

Islam akan bersifat takwa, ‘iffah, ikhlas, benar dalam percakapan, amanah dalam

pekerjaan, istiqamah dalam tingkah laku dan seterusnya memiliki sifat-sifat

kemanusiaan yang tinggi seperti al-rahmah, berbuat baik kepada jiran, suka

menolong orang yang lemah, menghormati hak-hak manusia serta berusaha ke arah

melahirkan insan yang berkeperibadian tinggi (Ahmad Mohd. Salleh, 2004:21).

Oleh itu, rasional kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengetahuan

pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar terhadap

mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah di mana fokus kajian adalah pada tajuk

Jenayah Dalam Islam.

1.2 Latar Belakang Masalah

Skop Pendidikan Agama Islam yang ditekankan pada dua bidang. Pertama,

bidang Tilawah Al- Quran dengan menitik beratkan aspek membaca, memahami,

menghafaz dan menghayati pengajaran dan nikmat ayat Al-Quran. Kedua, bidang

Ulum Syariah dengan menitik beratkan aspek-aspek keimanan kepada Allah,

Malaikat, Rasul, kitab, qada’ dan qadar, pengibadatan iaitu sembahyang, puasa,

zakat, haji, prinsip-prinsip muamalat dan inayat dengan menekankan hikmah dan

faktornya serta penjelasan tentang institusi pengurusan dan pentadbiran Islam di

Malaysia. Aspek sifat-sifat ini dan cara hidup Islam serta mengetahui Sirah

Nabawiyyah serta Tamadun Islam akan juga dibentangkan. Huraian kemahiran-

kemahiran di dalam bidang Ulum Syariah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah

bagi mendekatkan pelajar-pelajar dengan kedua-dua sumber utama ini supaya ia

menjadi pegangan utama di dalam amalan dan penghayatan mereka (Dr. Ee Ah

Meng, 2003:38).

3

Mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah termasuk dalam kumpulan mata

pelajaran elektif Pengajian Islam di peringkat persekolahan menengah atas

(http://pusatislam.smkberangan.com/sp_psi.pdf). Mata pelajaran ini lebih meluas dan

mendalam daripada mata pelajaran Pendidikan Islam teras. Ini selaras dengan hasrat

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempertingkatkan Pendidikan Islam di

sekolah-sekolah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat

Pendidikan Syariah Islamiah yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah adalah

untuk membentuk, memperkembang dan melahirkan insan yang mengetahui dan

memahami Ulum Syariah secara lebih meluas dan mendalam supaya menjadi muslim

berilmu, beriman, beramal soleh, berperibadi mulia dan berupaya menunaikan

tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa. Oleh itu, mata

pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah ini amatlah sesuai bagi mendidik para pelajar

dalam memahami konsep dosa dan pahala serta menjauhi daripada melakukan

perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T.

Melakukan jenayah juga termasuk dalam perkara-perkara yang boleh

mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T. Kini, kejadian jenayah kerap berlaku di

mana-mana sahaja tanpa mengenal peringkat umur. Terdapat banyak kes jenayah

yang berlaku yang melibatkan golongan pelajar sekolah menengah. Sebagai contoh,

di dalam BuletinOnline yang bertarikh 17 Mei 2008 Tan Sri Lee Lam Thye telah

menyatakan bahawa lebih 3 ribu pelajar sekolah menengah ditahan kerana terbabit

dalam pelbagai kesalahan jenayah sepanjang tahun 2007. Beliau menyatakan lagi

bahawa seramai 3,383 pelajar ditahan atas jenayah rogol, merusuh, mencuri,

mendatangkan kecederaan, pecah rumah dan curi motosikal. Walaupun perangkaan

menunjukkan berlaku penurunan sedikit berbanding pada tahun 2006 iaitu 3,550

pelajar ditangkap, namun statistik ini masih dianggap serius

(http://www.buletinonline.net).

Kes yang berlaku di Kangar Perlis di mana seorang guru wanita di belasah

oleh dua orang pelajar perempuan disekolahnya. Gara-gara tidak berpuas hati dengan

tugasan yang diberikan, dua orang pelajar perempuan di Sekolah Menengah

Kebangsaan (SMK) Perlis bertindak di luar batasan membelasah seorang guru

wanita. Pelajar tingkatan dua berkenaan dipercayai telah menendang dan memukul

4

guru Sivik dan Geografi, Azhana Ibrahim, 27, pada pukul 10 pagi pada 16 Oktober

2008 (Kosmo, 17 Oktober 2008).

Menurut Mardzelah dan Mohamad Fadli, 2004 di dalam majalah Pemikir,

terlalu banyak yang diperkatakan tentang masalah pelajar di dalam media. Tetapi

fokus masalah pelajar yang dibicarakan kebanyakannya lebih tertumpu kepada isu

ponteng sekolah, hisap rokok, masalah disiplin, lepak, buli, gengsterisme, merokok,

dadah dan gejala sosial. Kelakuan negatif ini dianggap sebagai masalah sosial

(Pemikir, 2006). Isu-isu ini mendapat liputan media dan perhatian umum walaupun

bilangan kejadian ponteng sekolah, dadah, gengsterisme dan merokok ini adalah

kecil. Misalnya menurut Marzita, 2004 di dalam majalah Pemikir, laporan bilangan

kes ala samseng dan seksual di sekolah seluruh negara bagi tempoh antara 2000

hingga 2003 ialah masing-masing 176 kes dan 672 kes. Manakala jumlah kes buli

bagi tempoh sepanjang 2003 pula ialah 909 kes iaitu 0.02 peratus daripada lima juta

pelajar di negara ini. Bilangan ini adalah terlalu kecil dan boleh dianggap terpencil

jika dibandingkan dengan bilangan lima juta pelajar ini (Pemikir, 2006:92).

Menurut Supyan Hussin dan Saharuddin Ujang (Pemikir, 2006) lagi,

walaupun kecil, masalah kronik ini apabila dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh

membawa kepada masalah yang lebih besar. Contohnya terdapat kes buli atau

gengsterisme ini yang membawa kepada kecederaan dan pembunuhan. Antaranya

pada tahun 2003, laporan di dalam Berita Harian pada 18 Ogos 2003 telah

menyatakan bahawa 20 orang pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)

disingkir kerana cuba menghidupkan kembali budaya ‘High Counsil’ di sekolah

tersebut. Seterusnya masyarakat dikejutkan dengan penyingkiran beberapa orang

pelajar di sekolah asrama penuh ternama iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

akibat menyerang guru mereka (Pemikir, 2006). Seterusnya di dalam Berita Harian

yang bertarikh 2 September 2003 yang dipetik di dalam majalah Pemikir telah

menyatakan tentang kes lapan pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat

dihadapkan ke mahkamah akibat membelasah seorang rakan mereka sehingga

kehilangan sebelah buah pinggangnya (Pemikir, 2006:92).

5

Marzita, 2004 di dalam majalah Pemikir, satu kajian yang dijalankan oleh

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai isu kemerosotan

tahap disiplin di sekolah-sekolah menunjukkan masalah yang hampir sama. Kajian

yang melibatkan 1305 orang guru di seluruh negara mendapati bahawa hampir dua

per tiga daripada guru berkenaan mengakui bahawa mereka tidak dapat mengawal

masalah disiplin dalam kelas dengan lebih efektif (Pemikir, 2006:93).

Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman wab rasmi

mereka, kadar jenayah di semua negeri di Malaysia meningkat dalam tempoh tiga

bulan pertama tahun ini. Kuala lumpur naik 41.1%, Perak (21.8%), Melaka (19.9%),

Kelantan (17.7%), Selangor (12.9%), Serawak (8.11%), Pulau Pinang (1.5%) dan

Terenganu (1.0%). Peningkatan kadar jenayah ini mempunyai hubung kait dengan

peningkatan kemajuan ekonomi dan sosial. Faktor lain seperti kemiskinan,

ketidakseimbangan pendapatan, pengangguran, tekanan hidup, ketidakadilan sosial,

sikap rakus dan ganas, sikap mahu cepat jadi kaya, keruntuhan nilai murni, kenaikan

harga barangan dan gaji yang rendah, merupakan antara punca meningkatnya

jenayah (Dewan Masyarakat, 2007:45).

Statistik yang terkini oleh PDRM menyatakan bahawa masalah disiplin

membabitkan pelajar berada pada tahap yang serius apabila statistik polis mendapati

3,725 orang pelajar ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan 2,218 kes jenayah

di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Angka itu menunjukkan peningkatan

mendadak berbanding 2007 yang hanya merekodkan 1,836 kes dan penahanan 3,383

orang pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa

Hassan, berkata keadaan itu dianggap semakin membimbangkan dan perlu ditangani

segera. Beliau berkata, hasil kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia

Malaysia (IPPBM) mendapati golongan itu terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah

antaranya kes bunuh, rogol, samun, merusuh, curi dan pecah rumah (Harian Metro, 2

April 2009).

Jika diperhatikan berita-berita yang dilaporkan serta statistik oleh PDRM

seperti di atas, maka jelaslah di sini bahawa berlakunya masalah jenayah di kalangan

remaja sekolah menengah malah masalah ini kian serius. Oleh itu, amalan yang baik

6

dan kehidupan beragama perlu dikembangkan dalam kehidupan golongan remaja dan

masyarakat umum (Dewan Masyarakat, 2007:45).

1.3 Pernyataan Masalah

Selain kes-kes jenayah yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah,

terdapat juga kes-kes jenayah yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah

agama. Antaranya ialah laporan mengenai tujuh orang pelajar dari Sekolah

Menengah Agama Haji Mohd. Yatim (SMAHMY) yang keluar dari asrama sekolah

mereka dan tidur di kawasan landasan kereta api sehingga menyebabkan dua

daripada mereka maut akibat digilis kereta api kargo. Takut kepada pelajar senior

dikatakan punca pelajar-pelajar tersebut melarikan diri. Empat daripada lima pelajar

yang terselamat itu memberitahu pemberita bahawa mereka keluar dari asrama itu

selepas digertak oleh pelajar senior yang mahu memukul mereka (Utusan Malaysia,

28 Oktober 2007).

Selain itu terdapat juga laporan berkaitan seorang pelajar perempuan di

Sekolah Menengah Agama Pokok Sena Kedah yang telah membuang bayi

perempuan yang baru dilahirkan dan bayi tersebut ditemui mati di tempat

pembuangan sampah di belakang asrama sekolah itu (Kosmo, 8 Mei 2008).

Kejadian jenayah yang berlaku di Kuala Terengganu yang melaporkan

tentang seorang pelajar perempuan di salah sebuah sekolah agama pondok yang

terpaksa menahan kesakitan melahirkan bayi seorang diri di bawah tangga di blok

asrama. Bayi yang dilahirkan itu hanya mampu untuk hidup selama lima minit

sahaja. Pelajar perempuan tersebut kemudiannya membalut mayat bayi itu dengan

baju sejuk, skirt dan seluar dalamnya lalu dimasukkan ke dalam baldi berwarna

merah sebelum dibawa ke belakang asrama perempuan dan diletakkan di bawah

ampaian kain (Kosmo, 2 Jun 2008).

7

Seterusnya, laporan berita Agenda Daily pada 30 Ogos 2008, seramai lapan

orang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato' Klana Petra

Ma'amor di Seremban didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang pelajar

tingkatan empat sekolah yang sama, Muhammad Farid Ibrahim, 16, pada Mac lepas.

Lapan pelajar, lima berasal dari Kuala Lumpur dan tiga dari Negeri Sembilan,

dituduh secara bersama-sama membunuh Muhammad Farid Ibrahim, 16, pelajar

tingkatan empat Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato' Klana Petra Ma'amor,

Seremban Negeri Sembilan. Kesemua mereka yang berusia 17 tahun didakwa

melakukan perbuatan itu antara pukul 10.30 pagi dan 4.15 petang di Dom Osman,

Tingkat Dua, Asrama Putera sekolah itu pada 28 Mac lepas

(http://www.agendadaily.com).

Jika diperhatikan berita-berita yang dilaporkan seperti di atas, maka jelaslah

menunjukkan bahawa kejadian jenayah yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah

agama adalah sangat serius.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:

1.4.1 Untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengetahuan pelajar terhadap mata

pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah.

1.4.2 Untuk mengetahui minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Syariah

Islamiah.

1.4.3 Untuk mengenalpasti pengetahuan pelajar terhadap jenis-jenis kesalahan

dalam jenayah syariah.

8

1.4.4 Untuk mengenalpasti pengetahuan pelajar terhadap bentuk-bentuk hukuman

yang dikenakan ke atas pesalah jenayah syariah.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Sejauhmanakah pengetahuan pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan

Syariah Islamiah?

1.5.2 Adakah pelajar berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Syariah

Islamiah?

1.5.3 Apakah pelajar tahu tentang jenis-jenis kesalahan dalam jenayah syariah?

1.5.4 Adakah pelajar tahu bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan ke atas pesalah

jenayah syariah?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini sangat penting kepada semua pihak terutamanya para guru dan

juga pelajar. Hal ini kerana, masyarakat manusia sekarang ini sedang dilanda

penyakit-penyakit kanser rohani dan jasmani yang sangat serius (Drs. Abdul Ghani

Azmi B. Idris,1997:4). Di mana-mana sahaja berlaku keruntuhan akhlak dan krisis

nilai yang sangat berat. Di mana-mana sahaja juga berlaku kejahatan-kejahatan,

bahkan kian lama kian merebak dan tidak terkawal. Gejala-gejala kehancuran umat

manusia sangat jelas.

Selain itu, antara beberapa kepentingan kajian ini juga ialah:

9

1.6.1 Mendapatkan maklum balas daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama Perempuan Kangar tentang sejauhmana pengetahuan

mereka terhadap jenayah syariah. Melalui maklumat yang diperolehi diharap

dapat membantu pihak-pihak tertentu terutamanya para guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mereka.

1.6.2 Dapatan kajian diharapkan dapat membantu mana-mana pihak yang

memerlukan data berkenaan dengan pengetahuan pelajar sekolah menengah

agama terhadap jenayah syariah.

1.6.3 Adalah diharapkan melalui soal selidik yang bakal diedarkan ini secara tidak

langsung memberi gambaran umum tentang jenayah syariah kepada para

pelajar serta mewujudkan rasa ingin tahu dengan lebih lanjut dalam diri

mereka tentang jenayah syariah.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah menengah agama di negeri

Perlis iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar Perlis. Kajian

ini tertumpu kepada semua pelajar tingkatan lima di sekolah berkenaan. Kajian

terhadap mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah hanya tertumpu pada tajuk

Jenayah Dalam Islam sahaja. Rasional penyelidik memilih pelajar tingkatan lima

adalah kerana tajuk Jenayah Dalam Islam ini hanya terkandung di dalam sukatan

mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan lima.

10

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengetahuan membawa maksud

perihal mengetahui dan apa-apa yang diketahui (Kamus Dewan Edisi Keempat,

2005:1571). Maksud pengetahuan dalam kajian ini ialah pengetahuan pelajar

terhadap mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah di mana fokus kajian adalah

pada tajuk Jenayah Islam.

1.8.2 Pendidikan Syariah Islamiah

Pendidikan Syariah Islamiah merupakan salah satu mata pelajaran yang

terkandung di dalam sukatan mata pelajaran di sekolah menengah agama. Maksud

Pendidikan Syariah Islamiah di dalam kajian ini ialah mata pelajaran yang

mengandungi bidang Akidah, Sejarah Perundangan Islam, Ayat-ayat dan Hadis-hadis

Hukum, Usul Fiqh dan Fikah.

1.8.3 Pelajar

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pelajar bermaksud orang yang belajar

seperti murid sekolah, penuntut di maktab, dan sebagainya. Selain itu pelajar juga

bermaksud orang yang mengaji atau menyelidiki ilmu. (Kamus Dewan Edisi

Keempat, 2005:21). Di dalam kajian ini, pelajar yang dimaksudkan adalah pelajar-

pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar

Perlis.

11

1.9 Kesimpulan

Pendidikan Syariah Islamiah merupakan pendidikan yang mengandungi

hukum serta peraturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia,

baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain mengandungi hukum dan peraturan,

Pendidikan Syariah ini juga mengandungi penyelesaian masalah seluruh kehidupan

ini. Sebagai umat Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan

sempurna seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini.