percuma 18 - 25 september 2015, 4 - 11 zulhijjah1436 www ... · pdf fileahli parlimen tumpat,...

23
PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www.selangorku.com Pakatan Rakyat kekal! Pakatan Rakyat terus memperkukuhkan gabungan antara parti termasuk penyertaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan mantan Menteri Besar Selangor ke-11 yang juga bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada 11 September lalu. Keputusan PKR untuk mengekalkan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 juga dilihat bakal memberi warna baru dalam gabungan Pakatan Rakyat selain dilihat mampu mendominasi politik tanah air ekoran kepercayaan rakyat yang semakin mendalam terhadap mereka. LIHAT BERITA DI MUKA SURAT 2 SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertemu de- ngan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dalam mes- yuarat tertutup bagi membincangkan hala tuju dan prinsip kedua-dua pihak, baru-baru ini. “Saya amat berbesar hati mengalu- alukan Amanah sebagai parti pem- bangkang baru,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Pe- jabat Presiden PKR. Dr Wan Azizah menekankan perlu- nya pembangkang yang kuat dan ber- satu padu untuk mencabar Barisan Na- sional (BN) dalam isu semasa dan dalam pilihan raya umum akan datang. “Krisis keyakinan melanda Malaysia hari ini menuntut alternatif kepada kera- jaan BN. “Saya yakin bahawa pakatan pem- bangkang baru menjadi lebih kuat dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk melawan rasuah dan salah urus ekono- mi pentadbiran Najib Razak. “Kami mencapai banyak kemajuan ke arah pembentukan pakatan pem- bangkang baru dan saya akan bertemu dengan pimpinan PAS serta DAP dalam tempoh seminggu akan datang untuk membincangkan perkara sama”, ka- tanya. Wan Azizah: Pakatan baharu hadapi BN Gambar oleh Yuisri Yus

Upload: ngohuong

Post on 06-Feb-2018

263 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www.selangorku.com

Pakatan Rakyat kekal!Pakatan Rakyat terus memperkukuhkan gabungan antara parti termasuk penyertaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan mantan Menteri Besar Selangor ke-11 yang juga bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada 11 September lalu.

Keputusan PKR untuk mengekalkan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 juga dilihat bakal memberi warna baru dalam gabungan Pakatan Rakyat selaindilihat mampu mendominasi politik tanah air ekoran kepercayaan rakyat yang semakin mendalam terhadap mereka.

LIHAT BERITA DI MUKA SURAT 2

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertemu de-ngan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dalam mes- yuarat tertutup bagi membincangkan hala tuju dan prinsip kedua-dua pihak, baru-baru ini.

“Saya amat berbesar hati mengalu-

alukan Amanah sebagai parti pem-bangkang baru,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Pe-jabat Presiden PKR.

Dr Wan Azizah menekankan perlu-nya pembangkang yang kuat dan ber-satu padu untuk mencabar Barisan Na-sional (BN) dalam isu semasa dan dalam

pilihan raya umum akan datang.“Krisis keyakinan melanda Malaysia

hari ini menuntut alternatif kepada kera- jaan BN.

“Saya yakin bahawa pakatan pem-bangkang baru menjadi lebih kuat dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk melawan rasuah dan salah urus ekono-

mi pentadbiran Najib Razak.“Kami mencapai banyak kemajuan

ke arah pembentukan pakatan pem-bangkang baru dan saya akan bertemu dengan pimpinan PAS serta DAP dalam tempoh seminggu akan datang untuk membincangkan perkara sama”, ka- tanya.

Wan Azizah: Pakatan baharu hadapi BN

Gam

bar o

leh

Yuis

ri Yu

s

Page 2: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) peringkat Kedah mengu-capkan tahniah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berani membuat keputusan besar dan tepat menerima kemasukan Ahli Parlimen Tumpat, Dato Kamarudin Jaafar, dan Tan Sri Mohamad Mohamad Taib ke dalam parti itu.

Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Is-mail Salleh, berkata beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua tokoh besar itu yang berani dan tegas dalam me-nentukan hala tuju perjuangan mereka demi mengukuhkan Pakatan Rakyat 2.0.

“Syabas dan tahniah dengan gelom-bang perubahan daripada baik kepada

yang lebih baik,” katanya dalam ke-nyataan media.

Beliau berkata, tindakan penghijra-han itu bakal memacu dan memperku-kuhkan Pakatan Rakyat 2.0 yang bakal dibentuk demi menyelamatkan Malay-sia daripada pemimpin politik korup dan jumud.

PETALING JAYA - Penyertaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) mampu memperkukuh Kerajaan Selangor, pada 11 September lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata penyertaan dua tokoh besar politik itu mampu meningkatkan sokongan rakyat ter-hadap gabungan Pakatan Rakyat kelak.

“Saya rasa ini adalah strategi kita yang pen-ting dan kritikal untuk membolehkan Kerajaan Selangor mendapat sokongan maksimun. Saya rasa kedua-dua mereka dapat memainkan pera- nan yang baik dalam hal ini,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Sementara itu, kedua-dua tokoh terbabit, berka-ta penyertaan mereka ke dalam PKR bertujuan un-tuk mengukuhkan gabungan baru pembangkang dan pada masa sama tetap bersama Amanah.

Kamaruddin berkata, beliau rasa bersyukur kerana turut terbabit dan berperanan dalam ga-gasan pembentukan Amanah.

“Malah, saya memainkan peranan aktif den-gan menjadi tuan rumah mesyuarat yang akh-irnya menubuhkan parti bernama Amanah ini,” katanya.

Bekas Setiausaha Agung PAS itu, berkata beliau memberi komitmen supaya Amanah mendapat sokongan daripada semua pihak supaya gabu- ngan pembangkang menjadi lebih kuat untuk menghadapi pilihan raya umum.

Sementara itu, Muhammad, berkata beliau memilih PKR supaya parti itu menjadi lebih ku-kuh bersama Amanah.

“Saya dah berbincang dengan kawan-kawan, termasuk Khalid Samad yang datang ke rumah berbincang berkenaan cadangan ini. Saya kata-kan (kepada Khalid), masuk nak memperkukuh-kan PKR, Amanah dan alternatif gabungan yang akan ditubuhkan,” katanya.

Bekas Naib Presiden Umno itu, berkata neg-ara kini memerlukan pembaharuan dan ber-pendapat PKR adalah parti yang sesuai dengan aspirasinya.

PETALING JAYA - PKR mengalu-alukan penyertaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam parti itu, pada 11 Septem-ber lalu.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pintu seluas-luasnya dibuka ke-pada sesiapa sahaja yang komited dengan agenda reformasi demi

menyelamatkan Malaysia.“Justeru, PKR terus meningkat-

kan kekuatan dengan penyertaan generasi muda dan juga golo-ngan veteran yang komited den-gan cita-cita perubahan,” katanya dalam sidang media di Ibu Peja-bat PKR.

Katanya, penyertaan Kama-ruddin bakal memperkukuh dan memberdaya Pejabat Ketua Umum PKR yang berperanan se-

bagai Pengarah Politik dan Dasar bagi memberi input kepada Presi-den dan Timbalan Presiden.

“Beliau juga berperanan mem-perkukuhkan rangkaian dengan badan bukan kerajaan Islam un-tuk membawa perubahan dalam negara dan jaringan bersama negara Islam juga serantau kerana berpengalaman sebagai Setiausa-ha Agung Abim,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, peny-

ertaan Muhammad pula diyakini dapat membantu memperkukuh Pakatan Rakyat bagi melakar ke-menangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, Muhammad mempu-nyai pengalaman luas dalam pen-tadbiran kerajaan dan politik ker-ana beliau mantan Menteri Besar Selangor ke-11.

“Penyertaan Muhammad ten-tunya tidak sendirian selain beliau

boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya di desa dan luar bandar serta me-narik penyertaan juga sokongan mereka terhadap PKR.

“Beliau juga akan berperanan memperkasa Biro Penerangan dan Komunikasi khususnya demi men-gangkat martabat masyarakat luar bandar termasuk komuniti Felda,” katanya.

JOHOR BAHRU - DAP terus mengekal-kan kedudukannya dalam Kerajaan Selan-gor walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap mahu bekerjasama dengan PAS, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Lim berkata, langkah itu bagi memas-tikan dasar pentadbiran Kerajaan Negeri sesuai kepada rakyat Selangor.

“Pendirian kita jelas. Walaupun PKR mahu bekerjasama dengan PAS, itu adalah hak dan keputusan mereka.

“Bagaimanapun, kita mengakui ia akan sedikit menjejaskan (kedudukan) DAP da-lam Kerajaan Selangor,” katanya selepas menghadiri Forum Kedai Kopi dan Pendaf-taran Pengundi Baru anjuran Pusat Komu-

niti Dun Johor Jaya di Taman Molek, lapor Bernama.

Lim Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PKR yang tetap mahukan PAS berada dalam pakatan pembangkang dan bagaimana kedudu-kan DAP dalam Kerajaan Selangor dengan pendirian PKR itu.

Kamaruddin dan Muhammad dialu-alukan ke PKR

Perkukuh Kerajaan Selangor

Buat keputusan tepat

DAP kekal kerjasama

2 Selangorkini 18 - 25 September 2015

Utama

Page 3: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

3Selangorkini 18 - 25 September 2015

Utama

OLEh SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang kesalahan membabitkan Kumpu-lan Pelaburan Darul Ehsan Invest-ment Group (DEIG) yang menim-bulkan persoalan pelbagai pihak.

Pengarah Pejabat SPRM Sela-ngor, Datuk Simi Abdul Ghani, berkata pihaknya tidak ber-cadang untuk mengambil se-barang tindakan ke atas DEIG kerana tiada sebarang kesala- han ditemui di bawah Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009).

“Saya menafikan laporan be-berapa pihak yang mengatakan SPRM tidak mengambil sebarang tindakan kerana kita sudah mem-buat siasatan lanjut ke atas DEIG.

“SPRM mengambil tinda-kan proaktif sebaik sahaja isu penubuhan DEIG itu dilaporkan media pada 19 Ogos lalu dengan menemubual beberapa saksi ser-ta mengambil beberapa doku-men berkaitan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, SPRM bersedia mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntu-kan undang-undang jika terda- pat maklumat baharu yang mem-punyai asas di bawah kesalahan

Akta SPRM 2009.SPRM juga sudah menjalan-

kan siasatan berhubung isu zakat yang dikaitkan dengan DEIG, se-jak Julai lalu dan ia masih lagi di-jalankan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berka-ta siasatan yang dilakukan SPRM terhadap DEIG membuktikan ketelusan Kerajaan Negeri mem-benarkan ia berlaku.

“Tahniah diucapkan kepada Dato’ Menteri Besar dan Adun yang menerima segala kritikan dan teguran pelbagai pihak serta berjaya memberi kerjasama yang baik untuk SPRM untuk semak juga imbang seperti yang patut dilakukan sesebuah Dewan Un-dangan Negeri DUN.

“Pada masa sama, kenyataan Pengarah SPRM baru-baru ini da-pat membuktikan dan menyang-kal sangkaan buruk dilemparkan terhadap Kerajaan Negeri.

“Ini amat berbeza dengan amalan persekutuan iaitu persoa- lan berhubung 1Malaysia Deve- lopment Berhad (1MDB) sering diberi jawapan tidak memuaskan dan tiada kesungguhan untuk membenarkan dewan rakyat me-mainkan peranan semak dan im-bang seperti Selangor,” katanya.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,045 sekolah di lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putraja-ya, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meng-hampiri tahap sangat tidak sihat, pada 15 September lalu.

“IPU menghampiri 200. Semua sekolah di Selangor, Kuala Lum-pur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup,” menurut kenyataan Kementerian Pendidi-kan, lewat malam 14 September lalu.

Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar, bacaan tertinggi dicatat-kan di Ipoh, Perak iaitu 190 diikuti

Kuantan, Pahang (184) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (181), set-akat jam 10 pagi, 15 September lalu.

Selain itu, Kemaman (180), Nilai (174), Banting (174), Serem-ban (168) dan Bukit Rambai (160). Manakala Jerantut, Seri Manjung, Pelabuhan Klang dan Putrajaya mencatatkan bacaan yang sama iaitu 166.

Kawasan lain yang turut sama merekodkan kualiti udara tidak si-hat iaitu Port Dickson dan Indera Mahkota (155), Shah Alam (152), Seberang Jaya 2, Perai (152), Cheras (150), Bandaraya Melaka (149), Petaling Jaya (147), Kg. Air

Putih, Taiping (143), Muar (126), Pasir Gudang (104), Bakar Arang, Sg. Petani (121), Perai (127), USM (122), Kuala Selangor (111) dan Paka (119).

Sarawak mencatatkan lima ka-wasan bacaan tidak sihat iaitu Sri Aman (153), Satikei (136), Samara-han (120), Sibu (116) dan Kuching (111), manakala kualiti udara di Sabah pada tahap sederhana.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my

SHAH ALAM - Kementerian Pen-didikan Malaysia (KPM) digesa menyemak semula had Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang membolehkan sesebuah sekolah ditutup.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata kadar semasa iaitu 200 yang ditetapkan KPM tidak lagi relevan.

Katanya, kadar berkenaan per-lu diturunkan sekurang-kurang-nya sehingga 160 kerana keadaan itu sudah dianggap tidak sihat.

“Kadar IPU seperti 177 sudah dilabel sebagai tidak sihat dan boleh menjejaskan kesihatan. Jadi, saya syorkan kadar itu ditu-runkan supaya sekolah ditutup dan anak-anak berada di dalam rumah dan bangunan tanpa per-lu keluar,” katanya, di sini, pada 14 September lalu.

SHAH ALAM - Rakyat diseru bangkit menyelamatkan negara supaya kembali gemilang dan layak dibanggakan seperti suatu masa dahulu, kata Speaker De-wan Negeri Selangor (DNS), han-nah Yeoh.

Beliau berkata, semua pihak perlu memastikan wujudnya pen-gasingan kuasa bagi mengelak mereka yang di atas memanipu-lasi dan menyalahguna kuasa un-tuk kepentingan peribadi.

“Percayalah, masih ada indi-vidu yang mampu mengangkat martabat dan nilai tinggi, bahkan menjadikan kita sebangai bangsa yang hebat.

“Saya juga percaya masih ada individu sedemikian dalam perkh-idmatan kerajaan di Putrajaya, polis, Suruhanjaya Pencegahan

Bangkit selamatkan Malaysia

�,��� sekolah di lima negeri ditutup

Semak semula indeks IPU

Rasuah Malaysia (SPRM), Suru-hanjaya Sekuriti dan Bank Negara. Sesungguhnya, kita perlu bebas,” katanya dalam status facebook.

Gesaan itu bersandarkan ke-pada situasi negara yang kini

berdepan pelbagai cabaran ter-masuk nilai riggit menyusut, pe-nutupan perniagaan kilang dan kedai, golongan profesional ter-paksa melakukan kerja tambahan dan kemungkinan pelajar di luar negara terpaksa pulang.

Status hannah sempena samb-utan Kemerdekaan dan hari Ma-laysia itu juga mengajak ibu bapa memainkan peranan menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan anak.

“Bercakaplah dengan anak berkenaan harapan dan impian kita untuk Malaysia juga rasuah serta sebarang ketidakadilan.

“Mari bersama berusaha supa-ya anak kita tidak sampai mem-pertimbang untuk meninggalkan tanah ini demi mencari harapan di tempat baru,” katanya.

Kadar semasa iaitu 200 yang

ditetapkan KPM tidak lagi relevan

MOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri akan mengedarkan topeng muka secara percuma di beberapa ka-wasan ekoran jerebu yang se-makin meningkat.

“Semalam (13 September), saya sudah mengeluarkan arahan kepada Setiausaha Kerajaan Neg-eri untuk membeli topeng muka dan kita akan mengedarkan se-cepat mungkin di kawasan tum-puan,” katanya.

Hannah Yeoh

SPRM bebaskan DEIG

Page 4: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

4Nasional

Selangorkini 18 - 25 September 2015

Azmin: Ajak PAS keputusan PKROLEh AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Keputusan Par-ti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengekalkan PAS dalam Paka-tan Rakyat 2.0 dibuat atas dasar parti bukan kenyataan peribadi, kata Timbalan Presidennya, Mo-hamed Azmin Ali.

Beliau berkata, ia sudah diper-jelaskan sebelum ini, bahkan sekali lagi ditegaskan dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

Bagaimanapun, katanya pan-dangan rakan lain dalam Pakatan tetap diraikan kerana masing-masing berhak untuk bersuara.

“Itu pendirian parti kerana PKR sentiasa mengambil sikap inklusif dan menerima mana-mana parti yang mahu maju-kan reformasi. Tidak mudah, jadi kita berharap semua pihak perlu menghargai kesulitan da-lam rundingan bersama rakan kita dalam pakatan seperti ini,” katanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor, berkata bebera-pa pihak mewakili Parti Amanah Rakyat (Amanah) juga men-galu-alukan PAS untuk bersama dalam gabu-ngan baru itu.

Katanya, perbincangan den-gan semua pihak turut dilaku-kan dari masa ke masa bagi memastikan kata sepakat da-pat dicapai berhubung perkara itu.

“Kita sentiasa adakan perbin-cangan dengan semua parti, tiada masalah kerana kita bekerjasama secara konsensus.

“Apa yang saya katakan sebe-lum ini adalah keputusan parti dan saya harap kenyataan Nurul Izzah

dan Tian Chua dapat memberi pen-

jelasan lebih jelas,” ka-tanya.

Kukuh muafakat demi rakyatSHAH ALAM - Kerjasama dan muafakat Pakatan Rakyat (Paka-tan) perlu diperkukuhkan demi menyelamatkan negara daripada kehancuran oleh Umno dan Bari-san Nasional.

Timbalan Ketua AMK Selangor, Zainol Abidin Mohamed, berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkenaan ucapan beliau di Johor Bharu berkaitan kerjasama dalam pen-tadbiran Kerajaan Selangor.

Katanya, suasana itu menun-jukkan kematangan berpoli-tik dan meletakkan kepentin-gan rakyat sebagai keutamaan

khususnya di Selangor. "Konsensus dan muafakat di

dalam Pakatan adalah amanah daripada rakyat dan kemenan-gan besar gabungan itu di Se-langor kerana ia adalah harapan juga amanah besar rakyat kepada kita.

"Muafakat Pakatan di Selan-gor penting di dalam mengekal-kan kemenangan rakyat dan bagi menjayakan agenda Pembangu-nan Berkualiti Rakyat Di Peduli," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, AMK Selangor turut menyokong dan mendu-kung penuh usaha ke arah mem-perkukuhkan Pakatan.

Anwar: Himpunan Baju Merah taktik alih pandanganSHAH ALAM - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR0, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan perhimpunan Baju Merah yang bakal dianjurkan 16 September ini hanya untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap kemelut politik dan kegawatan ekonomi yang melanda negara.

Katanya, sebarang perhimpu-nan dianjurkan tidak perlu diselit-kan dengan unsur mengapikan isu perkauman dan kebenaran untuk ahli Umno menyertainya menunjukkan kegagalan moral pemimpinnya.

“Adalah wajar pertahankan hak dan keadilan bagi semua kaum dan rakyat termasuk mempertah-ankan kepentingan masyarakat Melayu. Namun, kita tidak wajar mengapikan isu perkauman yang dibantah Islam dan budaya Mel-ayu seperti yang dirancang mela-lui perhimpunan baju merah.

“Kenyataan Datuk Seri Zahid hamidi serta sekerat pemimpin Umno lain bahawa ahli parti itu bebas untuk menyertai perhim-punan sedemikian memperlihat-kan kegagalan moral pada ke-pimpinan mereka,” katanya yang disampaikan menerusi peguam dan Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil.

Anwar berkata, rakyat tidak wajar terpedaya atau termakan dengan taktik pecah-belah sep-erti itu.

Pada 9 September lalu, Per-

PAS kekal pembangkang lawan BNPETALING JAYA - PAS kekal seba-gai pembangkang dan tidak akan sesekali bergabung dengan Bari-san Nasional (BN), kata Setiausa-ha Agung PAS, Datuk Takiyuddin hassan.

Beliau berkata, PAS terus ber- gerak sebagai pembangkang walaupun terpaksa bersendirian.

“Kata sepakat yang kita capai adalah semua pembangkang. PAS, PKR,DAP dan Amanah ada-lah pembangkang. Kita semua akan menentang BN.

”(Walaupun) tiada gabungan formal, namun kita semua dalam satu blok pembangkang. Tak ada yang menyeberang kepada BN," katanya selepas mengadakan pertemuan antara PAS dan PKR di Ibu Pejabat PKR, pada 14 Septem-ber lalu.

Sementara itu, Timbalan Presi-den PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan

Konsensus dan muafakat di dalam Pakatan adalah amanah daripada rakyat dan kemenangan besar gabungan itu di Selangor kerana ia adalah harapan juga amanah besar rakyat kepada kita.

ZAINOl AbIDINTimbalan Ketua AMK Selangor

Man, berkata parti itu masih lagi dalam perbincangan pembentu-kan Pakatan Rakyat 2.0.

“Kita perlu masa untuk bin-cang. Buat masa ini kita bincang benda yang utama dahulu.

“..Tetapi hubungan dengan PKR memang diteruskan, yang lain belum,” katanya.

Tuan Ibrahim

dana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata anggota Umno bebas untuk menyertai perhim-punan itu tetapi mengingatkan mereka supaya patuh kepada un-dang-undang.

Perhimpunan itu dirancang diadakan di kawasan Bukit Bin-tang dan Jalan Petaling sebagai membantah himpunan Bersih 4.0 yang diadakan, pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Adalah wajar pertahankan hak dan keadilan bagi semua kaum dan rakyat ter-masuk mempertah-ankan kepentingan masyarakat Melayu. Namun, kita tidak wajar mengapikan isu perkauman yang dibantah Islam

ANWAR IbRAHIM

Itu pendirian parti kerana PKR sentiasa mengambil sikap inklusif dan menerima mana-mana parti yang mahu majukan reformasi. Tidak mudah, jadi kita berharap semua pihak perlu menghargai kesulitan dalam rundingan bersama rakan kita dalam pakatan seperti ini

MOHAMED AZMINTimbalan Presiden PKR

Page 5: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

5Selangorkini 18 - 25 September 2015

Nasional

PENASIHAT: Muaz OmarKETUA PENGARANG: Fazallah Pit

PENGARANG BERITA: Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut

WARTAWAN: Afeeqa Afeera: [email protected], Hafizan Taib: [email protected], Lizawati Madfa : [email protected],

Afix Redzuan : [email protected], Naeem Raffi: [email protected], Norhayati Umor: [email protected], Nazli Ibrahim : [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Jika Najib yakin tak bersalah

Adakan sidang tergempar!OLEh AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa mem-bawa usul sidang tergempar di Par-limen bagi mempertahankan diri jika benar beliau tidak bersalah.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata usaha itu boleh dilakukan jika pimpinan Barisan Nasional (BN) mendesak Perdana Menteri mengambil langkah sede-mikian.

Katanya, Ahli Parlimen lain tidak berkuasa memandangkan pera-turan sedia ada jelas memihak ke-pada Perdana Menteri yang kini

berdepan kontroversi.“Pakar undang-undang mesti

fikir bagaimana untuk membawa Najib ke mahkamah atau dibincang di Parlimen kerana banyak aduan yang diterima sehingga hari ini. Ala-san Najib tidak boleh diterima, baik dalam kalangan pemimpin Umno atau rakyat biasa.

“Jadi, lebih baik jika mereka men-desak Perdana Menteri membawa usul sidang tergempar atau undi tidak percaya untuk membersihkan namanya,” katanya kepada Selan-gor Kini.

Charles berkata, Najib perlu membersihkan namanya di seluruh

dunia ekoran kontroversi itu meng-gugat kepercayaan pelabur masuk ke Malaysia.

Katanya, situasi itu juga memberi hentaman besar kepada ekonomi Malaysia yang saban hari merudum selain penurunan nilai ringgit.

“Ramai pelabur luar takut untuk melabur selepas Najib terpalit den-gan kontroversi, bahkan siasatan terhadap perkara itu sudah mula dijalankan negara luar. Jika perkara ini berterusan, ia akan menjejaskan Malaysia untuk jangka masa pan-jang, maka Najib perlu buat ses-uatu,” katanya.

Terdahulu, pimpinan pembang-

kang mendesak supaya sidang tergempar Parlimen diadakan bagi membolehkan Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, tindakan itu menurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya dibenarkan jika usul terbabit dikemukakan Per-dana Menteri ekoran tiada pe-runtukan dalam Peraturan Me-syuarat yang menyebut sama ada Ahli Parlimen boleh menge-mukakan usul undi tidak perca-ya terhadap Najib.

Hapus GST kepada peniaga kecilSHAH ALAM - Pengecualian Cu-kai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu dilakukan terhadap peniaga kecil kerana ia membe-bankan mereka.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata kebanyakan peniaga kini berdepan kerugian ekoran jumlah pelanggan yang semakin berkurangan disebabkan kenaikan harga barang.

“Kerajaan tidak akan meman-suhkan GST tetapi mereka boleh mengecualikannya untuk peniaga

kecil yang menjual makanan atau ubat-ubatan. Rakyat juga perlu terus mengemukakan bantahan kerana suara mereka lebih besar dan didengari kerajaan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, masalah sama turut dihadapi pemandu teksi yang terpaksa membayar lebih satu GST untuk menjalankan pe-rusahaan mereka.

Katanya, mereka kini terpaksa bersaing dengan perkhidmatan kereta sewa Uber walaupun tidak

mendapat kelulusan Suruhanja-ya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

“Sudahlah terpaksa bersaing dengan perkhidmatan lain, penda-patan mereka juga kian berkurang sehingga 30 peratus apabila GST dikuatkuasakan,” katanya.

Terdahulu, peniaga gerai ma-kanan dan runcit menggesa ker-ajaan supaya menghapuskan GST dalam Bajet 2016 yang akan dibentang di Parlimen, pada 23 Oktober ini.

Lima jemaah haji Malaysia sah terkorbanSHAH ALAM - Seorang lagi jemaah haji Malaysia menjadi korban tra-gedi kren tumbang, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa ter-korban seramai lima orang.

Menerusi kenyataan media, Lembaga Tabung haji (Th) turut mengesahkan seorang lagi mang-sa yang terlibat disahkan selamat.

“Jenazah terbaharu dikenal pasti oleh waris beliau di Tanah Suci. Beliau adalah Zainun Taha yang berumur 69 tahun dan be-rasal dari Ampang,” katanya.

“Th turut melahirkan simpati ke atas keluarga mangsa yang terb-abit dalam tragedi itu. Kami se-mua berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada se-mua ahli keluarga Allahyarhamah.

"Kami juga mengambil kesem-patan ini menasihati mereka un-tuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini. Marilah kita bersama mendoakan mereka ditempatkan dalam kalangan yang beriman dan beramal soleh,” katanya

Izzah arah peguam saman BH dan NSTSHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengarahkan peguamnya memulakan prosiding perundan-gan terhadap NST dan Berita har-ian berkenaan dakwaan beliau me-nawarkan kontrak kepada bekas pegawai teknologi maklumat Pet-rosaudi International, Xavier Andre Justo.

Nurul Izzah berkata, beliau tidak pernah bertemu dengan le-laki warga Switzerland itu yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Thailand.

Beliau menyifatkan laporan akhbar itu yang mengatakan beliau menawarkan kontrak berkenaan adalah pembohon-gan besar.

“NST dan Berita harian meny-iarkan pembohongan ini di muka hadapan dengan cara yang di-sensasikan tanpa mempedulikan sama ada mempunyai kebenaran.

“Saya mengarahkan peguam untuk memulakan prosiding un-

Insiden kren tumbang yang berlaku sekitar jam 4.30 petang (waktu tempatan) mengorbank-an sekurang-kurangnya 107 yang lain dan turut mencederakan ratu-san jemaah.

Pada masa sama, Kerajaan Arab Saudi mengumumkan 1 Zulhijjah bagi negaranya pada 15 September lalu, maka wuquf (9 Zulhijjah) adalah 23 Septem-ber ini.

Charles Santiago

dang-undang terhadap NST dan Berita harian,” katanya yang juga Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai.

Beliau berkata, tindakan akh-bar itu adalah usaha terdesak memesongkan perhatian umum daripada isu utama iaitu skandal 1MDB.

Katanya, isu utama sebenarnya bukan berkenaan dokumen yang dikatakan dicuri Justo iaitu be-kas pegawai teknologi maklumat PetroSaudi.

NST dan Berita Harian menyiarkan pembohongan ini di muka hadapan dengan cara yang disensasikan

NuRul IZZAHNaib Presiden PKR

gam

bar i

nter

net

Page 6: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

6Tempatan

Selangorkini 18 - 25 September 2015

Selangor wujud jawatankuasa khas basmi kemiskinanOLEh NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Selangor menjadi negeri per-tama menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Membasmi Kemiskinan di Dewan Neg-eri Selangor (DNS), sekali gus membuktikan usaha mengatasi masalah berkenaan sentia-sa menjadi keutamaan.

Adun hulu Klang, Saari Sungib, berkata ja-watankuasa khas itu bakal membentangkan laporan dan usul untuk dibahaskan dalam persidangan DNS.

“Ini membuktikan betapa seriusnya Kera-jaan Negeri membasmi kemiskinan di Selan-gor dan rakyat perlu menyokong usaha ini,”

katanya ketika bertindak sebagai wakil Kera-jaan Negeri pada persidangan DNS bagi Adun muda di Bangunan Annex, baru-baru ini.

Jawatankuasa khas yang dipengerusikan Saari itu turut dianggotai beberapa Adun dan pegawai kanan kerajaan.

Sementara itu, Timbalan Speaker DNS, Mohd Shafie Ngah ketika mengulas isu sama, berkata sebelum ini beberapa negara maju turut menubuhkan jawatankuasa yang ham-pir sama.

“Kita mengkaji model seumpama ini di United Kongdom, Kanada dan beberapa negara lain untuk diaplikasikan di Selangor,” katanya.

Jejak Wira hargai pengorbanan perajuritKAJANG - Warga bekas perajurit menyambut baik pelaksanaan pro-gram Jejak Wira bagi menghargai khidmat bakti dicurahkan mereka demi menjaga keamanan negara.

Mohd Askar haron, 67, dari Am-pang, berkata penghargaan itu memberi pengertian besar kepada dirinya yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 22 tahun.

“Program ini bermakna kepada kami dan ia permulaan baik bagi menjaga kebajikan bekas perajurit yang selama ini berkorban tenaga untuk keamanan negara. Lang-kah diambil wajar dipuji dan perlu berterusan,” katanya selepas majlis pelancaran Jejak Wira, di sini, pada 9 September lalu.

Berbicara berkenaan naman-ya, Askar berkata sukar dipas-tikan mengapa begitu tetapi minatnya amat mendalam ter-hadap dunia ketenteraan dan mungkin kebetulan nama itu

diberikan orang tua kepadanya.Bagi Zainuddin Ahmad, 53, pro-

gram dijayakan adalah pengiktira-fan kepada bekas perajurit yang banyak menabur jasa kepada neg-ara.

“Gembira dan berbesar hati hadir dalam program ini kerana ia majlis menghargai saya dan semua rakan. Setidak-tidaknya, apa yang kami perjuangkan untuk negara dipandang kerajaan dan semua pihak,” katanya yang berkhidmat selama 23 tahun dalam ATM.

Majlis anjuran PAS Selangor itu dirasmikan Pesuruhjaya PAS Selan-gor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Exco Kerajaan Negeri.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ahmad Yu-nus hairi; Ahli Parlimen hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat; Adun Bangi, Shafie Ngah; Adun Dusun Tua, Razali hassan dan Adun Lembah Jaya, Khasim Ab-dul Aziz.

Idearaya perluas wacana rakyatSHAH ALAM - Festival Idearaya akan dijadikan acara tahunan sebagai usaha menghidupkan Laman Budaya selain memper-hebat ruang wacana rakyat, kata Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknolo-gi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, pihaknya mahu menjadikan Laman Buda-ya sebagai pusat kota pencerah-an untuk rakyat mencambahkan fikiran dan bertukar pandangan.

“Kita mahu terap dan jadikan Laman Budaya sebagai pusat kota pencerahan sebelum men-jelajah ke setiap daerah bagi melawan pembodohan terhadap rakyat yang dilakukan golongan tertentu.

“Kita mahu luaskan ruang wa-cana dengan adanya percamba-han fikiran dan pertukaran pan-dangan. Ini bermakna, kita boleh berlapang dada walaupun tidak bersetuju tetapi tetap mend-engar serta hormat pandangan orang lain,” katanya pada malam penutup Festival Idearaya 2015

Kesesakan luar biasa di GuthrieSHAH ALAM - Kesesakan luar bi-asa lebih lima kilometer berlaku ekoran sebuah tong mengandun-gi asid nitrik yang dibawa sebuah treler bocor, di Lebuhraya Guthrie, di sini, pada 14 September lalu.

Sepasukan Unit Bahan Ber-bahaya (hAZMAT) dan anggota bomba dikejarkan ke kilometer 1.1 lebuh raya berkenaan ekoran kejadian itu.

Astro Awani melaporkan an-

ggota penyelamat terpaksa menutup sebelah jalan menghala ke Shah Alam dan mengalihkan lalu lintas ke laluan Bukit Jelutong bagi kerja pembersihan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selan-gor, Mohd Sani harul, berkata treler dari sebuah kilang di Raw-ang itu membawa muatan enam tong asid sulfurik seberat 6,000 kilogram (kg) dan tiga tong asid

nitrik seberat 3,000 kg ketika ke-jadian.

Bagaimanapun, satu tong berisi asid nitrik seberat 1,000 kg bocor menyebabkan asid itu mengalir ke atas jalan.

Sani berkata, bomba berjaya mengawal pengaliran asid meng-gunakan kaedah penyerapan dan soda ash serta water curtain bagi menghalang wap asid daripada merebak.

di Laman Budaya, di sini, pada 13 September lalu.

Festival Idearaya yang ber-langsung selama dua hari itu be-rakhir meriah dengan persemba-han muzik beberapa kumpulan anak muda antaranya kumpulan Drumken, The Garrison, Space Gambus Experiment, Spooky Wet Dreams, Fadhli Ariffin, Or-feus, Syahid Abdullah dan Pyan

habib.Festival Idearaya adalah pro-

gram kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pemban-gunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi bersama Jawatankuasa Tetap Pemban-gunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan membabitkan perun-tukan RM100,000.

Page 7: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

7Selangorkini 18 - 25 September 2015

Tempatan

Tender terbuka dikekalkan

OLEh AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Proses tender terbuka untuk pengurusan sisa pepejal di Selangor akan diter-uskan bagi memastikan ia tidak dimonopoli satu pihak sahaja, kata Dato’ Menteri Besar, Mo-hamed Azmin Ali.

Beliau berkata, pihaknya ber-sedia mengkaji semula harga kontrak ditawarkan bersesuaian dengan kerja pengurusan sisa pepejal yang semakin mening-kat.

“Selangor menghasilkan 8,000 tan sisa pepejal sehari, namun hanya separuh dikutip

dan dihantar ke tapak penguru-san sampah. Kita harus bersedia untuk mengurus peningkatan sampah berterusan dalam usa-ha menjayakan agenda makmur Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada seminar ‘Beyond 3R: A More Sus-tainable Solution For Selangor Waste Management’ di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pada 10 September ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata tanda aras atau piawaian penjagaan alam seki-tar dan pengurusan sisa pepejal bertaraf dunia perlu diwujudkan di Selangor.

Katanya, Selangor memerlu-kan visi jangka panjang meman-dangkan negeri itu bakal menja-di tuan rumah kepada beberapa bandar raya mega dengan alam sekitar bersih dan jaringan ber-taraf dunia.

“Dalam sesi dialog Belan-jawan 2016, beberapa perkara dibincangkan dan Kerajaan Neg-eri melalui Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sudah melihat beberapa cadangan.

“Saya berharap usaha Kera-jaan Negeri akan mendapat sokongan semua pihak untuk memastikan ia berjaya dilaksan-akan,” katanya.

3,000 tong sampah bergerak diedarSHAH ALAM - Sebanyak 3,000 tong sampah bergerak bakal die-dar di seluruh Selangor bulan de-pan sebagai usaha meningkatkan lagi mutu pengurusan sisa pepejal di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Permerbadanan Menteri Besar, Raja Shahreen Raja Othman, ber-kata pihaknya kini sedang melak-sanakan beberapa langkah proak-tif lain ke arah tujuan sama.

“Bila kita lihat situasi sampah di Selangor, masih belum dapat diselesaikan walaupun diperun-tukkan jumlah yang besar. Jadi, kita mahu penyelesaian kompre-hensif dilaksanakan untuk tangani masalah itu,” katanya di sini, baru-baru ini.

Raja Shahreen berkata, pihaknya bakal menubuhkan

syarikat bagi menguruskan masalah itu dan membabitkan pengurusan kontraktor diletakkan dalam satu bumbung termasuk lanjutan kontrak kepada enam hingga tujuh tahun.

“hal itu kerana, kontraktor dapat meningkatkan mutu perkhidma-tan seperti pengangkutan, kema-hiran, peralatan dan pengurusan. Ini yang kami mahu lakukan, kita juga akan wujudkan aplikasi mu-dah alih sebagai ‘Call Centre’ untuk sebarang laporan dan sebarang aduan sampah juga boleh dibuat melalui telefon,” katanya.

Beliau, berkata pihaknya juga mengkaji beberapa pelaksanaan lain termasuk teknologi baru ses-uai dengan peredaran zaman se-lain pemberian pendidikan kes-edaran.

Empat PBT rintis kajian sisa pepejalSHAH ALAM - Empat pihak berkuasa tempatan (PBT) dipilih untuk melaksanakan projek per-intis mengkaji jenis sisa pepejal paling banyak dihasilkan isi ru-mah.

Antara PBT itu adalah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Ka-jang (MPKj) dan Majlis Daerah hulu Selangor (MDhS).

Exco Pelancongan, Alam Seki-tar, Teknologi hijau dan hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, ber-kata kajian itu meliputi 250 unit perumahan, premis perniagaan dan komersial.

“Kita lihat secara langsung daripada segi jenis dan kutipan sampah iaitu setiap sisa pepejal akan dikumpulkan dalam satu beg plastik. Selain menyenang-kan pengumpulan data, kita juga mahu mendidik pengguna berkenaan barangan boleh diki-tar semula.

"Contohnya jika kertas pal-ing banyak dibuang, maka kita akan fokus untuk mengurangkan penggunaan bahan itu dan me-nyediakan fasiliti bersesuaian,” katanya pada Seminar ‘Beyond 3R: A More Sustainable Solution For Selangor Waste Management’ di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pada 10 September lalu.

Katanya, projek itu bermula pada September hingga Disem-

ber ini dan dipantau Jawatankua-sa Bertindak Sisa Pepejal Selangor yang dipegerusikan Exco negeri, Ean Yong hian Wah.

Beliau berkata, jika projek itu membuahkan hasil, maka ia di-aplikasi di semua PBT untuk me-mastikan sisa pepejal dapat diu-rus dengan baik.

“Disebabkan data sedia ada tidak terperinci, maka kita guna-kan pendekatan ini untuk memas-tikan semua masalah berkenaan sisa pepejal dapat diselesaikan. Jika kita melabur tekonologi yang kurang bersesuaian tanpa kajian, maka ia akan menjadi sia-sia,” ka-tanya.

Mangsa kebakaran Pulau Ketam dibantuSHAH ALAM - Kerajaan Negeri bersama Unit Bencana Jaba-tan Kebajikan Masyarakat dan Bomba menyerahkan sumba- ngan kepada mangsa keba-karan di Pulau Ketam, pada 14 September lalu.

Sumbangan itu diserahkan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Ke-luarga, Dr Daroyah Alwi kepa-

da mangsa bersama Adun Selat Klang, Dr halimah Ali.

Tiga buah rumah hangus ter-bakar dan menyebabkan mer-eka terpaksa tinggal di rumah saudara-mara masing-masing, pada 12 September lalu.

Selain kewangan, sumban-gan barangan seperti keperlu-an dapur, tikar, bantal dan toto turut diserahkan kepada semua

keluarga terbabit.Kerajaan Negeri turut me-

nyampaikan topeng muka khas kepada sukarelawan bomba di kawasan berkenaan bagi kegu-naan mereka.

Topeng muka khas jerebu turut diedarkan kepada pen-duduk untuk berhadapan situ-asi cuaca tidak menentu ketika ini.

Kita lihat secara langsung daripada segi jenis dan kutipan sampah iaitu setiap sisa pepejal akan dikumpulkan dalam satu beg plastik. Selain menyenangkan pengumpulan data, kita juga mahu mendidik pengguna berkenaan barangan boleh dikitar semula

ElIZAbEtH WONgExco Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna

Page 8: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

8Ekonomi

Selangorkini 18 - 25 September 2015

OLEh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Selangor sekali lagi menjadi peneraju dengan melancarkan aplikasi mudah alih yang ditukar daripada penggu-naan laman sesawang Kerajaan Negeri ke kaedah berkenaan.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan, dan Pengang-kutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata aplikasi mudah alih di android dan IOS itu juga diguna-kan 20 anak syarikat dan agensi berkaitan Kerajaan Negeri.

“Kini, penduduk Selangor dan pelabur boleh mendapat-kan maklumat dengan mudah dan cepat apabila mengguna-kan peranti mudah alih ini. Pusat Maklumat Teknologi dan Perda-gangan (SITEC) ditugaskan mem-bangunkan aplikasi itu,” katanya selepas pembentangan aplikasi itu di bilik gerakan M-TES, di sini, pada 14 September lalu.

Chang Khim, berkata SITEC membantu mewujudkan 20 ap-likasi itu termasuk agensi kera-jaan, pelaburan dan pelancon-gan.

“Ia bertujuan mewujudkan ko-muniti yang menyediakan akses secara pantas berkenaan maklu-mat dan peristiwa dalam negeri. Ia selaras dengan hasrat untuk membina komuniti mudah alih Selangor supaya menjadi lebih mudah kepada penduduk negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, 10 aplikasi sudah dilaksanakan antaranya SITEC, Universiti Selangor, Tour-ism Selangor, Selangor Interna-

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor bakal melaksanakan program ‘Apps-100’ secara percuma dalam mem-bantu usahawan muda juga in-dustri kecil dan sederhana (IKS) membangunkan perniagaan e-dagang serta dalam talian di Se-langor.

Exco Pelaburan, Perindustri-an IKS, Perdagangan, dan Pen-gangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata Kerajaan Negeri membantu usahawan memasar-kan perniagaan mereka terus ke hadapan melalui aplikasi itu.

“Pusat Maklumat Teknologi dan Perdagangan (SITEC) ditu-gaskan membangunkan Selan-gor sebagai hab perdagangan serantau. Dengan adanya aplikasi

ini, ia akan menggalakkan peru-sahaan IKS menerima e -dagang dan meluaskan pasaran mereka dalam dunia tanpa sempadan,” katanya selepas pembentangan aplikasi itu di bilik gerakan M-TES, di sini.

Chang Khim, berkata RM2 juta diperuntukkan bagi memban-gunkan ‘Apps-100’ dan jumlah itu merangkumi RM20,000 bagi set-iap syarikat IKS termasuk penye-diaan reka bentuk serta susun atur.

“Mereka diberikan latihan oleh SITEC supaya memahami proses pengendalian perniagaan ini selepas aplikasi dilaksanakan. Setakat ini, kita menerima 15 per-mohonan daripada usahawan IKS untuk menyertai program ini,”

katanya.Beliau menjangkakan pro-

gram itu dapat dilaksanakan da-lam tempoh setahun dan aplikasi mudah alih berkenaan boleh didapati melalui Android dan Ap-ple Store.

“Kita mengalu-alukan usa-hawan berminat dan menepati kriteria ditetapkan. Antaranya, syarikat itu ditafsirkan sebagai IKS mengikut garis panduan Ker-ajaan Pusat.

“Produk dan perkhidmatan mereka mesti sesuai untuk di-laksanakan e-dagang dan tidak melebihi tiga tahun. Ia ker-anakedudukan kewangan sudah tentu stabil jika sudah menjadi usahawan lebih tiga tahun ,” ka-tanya.

SHAH ALAM - Penubuhan Kum-pulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) sesuai pada masanya se-bagai entiti penambah nilai dan pelaburan ke arah mengukuh serta meningkatkan hasil negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Peja-bat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah, berkata hal itu kerana Dato’ Menteri Besar, Mo-hamed Azmin Ali ingin melihat Pemerbadanan Menteri Besar Se-langor (MBI) memberi fokus lebih baik terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Dengan adanya DEIG, maka

MBI fokus kepada membelanja-kan hasil negeri untuk program pembangunan rakyat. DEIG pula fokus bagi pelaburan, maka ia memerlukan dua kepakaran ber-beza,” katanya kepada Selangor Kini.

Fahmi berkata, DEIG ialah enti-ti penyumbang seperti Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Temasek holdings Private Limit-ed (Temasek) yang diyakini bebas pengaruh politik dengan keteta-pan Dato’ Menteri Besar melalui keanggotaan tenaga profesional dalam lembaga pengarahnya.

‘SelangorApps’ salur maklumat cepat dan mudah

DEIG tepat waktunya

Apps-100 bantu IKS bangun e-dagangtional Expo, Invest Selangor, Lem-baga Perumahan dan hartanah Selangor dan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Jabatan Per-ancangan Bandar dan Desa, Jaba-tan Kebajikan Masyarakat serta Lembaga Zakat Selangor.

Selain itu, 10 lagi aplikasi se-dang dibangunkan iaitu Selangor Kini, Selangor Times, Laman Web Kerajaan Negeri, Perkhidmatan Cemerlang Kualiti Diutamakan, Kolej Universiti Islam Antara-bangsa Selangor, Perbendaha-raan Kerajaan Negeri, program Merakyatkan Ekonomi Selangor, Dewan Undangan Negeri Sela-ngor, Sistem Tender Online dan program insentif perkahwinan belia.

“Pengguna boleh muat naik di Google Play Store. Untuk IOS, kita siapkan dalam tempoh tiga bulan lagi,” katanya.

Mohamed Azmin turut menzahirkan komitmen supaya DEIG perlu mem-punyai tahap ‘the highest standard of government’.

Temasek dimiliki Kerajaan Sin-gapura dipengerusikan Perdana Menteri serta dianggotai ahli lembaga pengarah bukan dari-pada kalangan ahli politik.

“Terdapat klausa dalam struk-tur tatakelola Temasek menya-takan Presiden dan sebarang ahli politik bertaraf menteri yang be-rada dalam lembaga pengarah tidak boleh campur tangan da-lam sebarang keputusan mem-babitkan pelaburan dan perni-agaan.

“Dato’ Menteri Besar dilihat mengambil insiatif sebegitu,

maka rakyat boleh menilai send-iri tohmahan mengatakan DEIG macam 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Beliau berkata, DEIG juga ber-peranan sebagai pemangkin ba-haru apabila anak syarikat yang ada tidak memainkan peranan seperti dikehendaki.

“Kerajaan Negeri mempunyai banyak anak syarikat dan perlu distruktur semula untuk hasil pu-langan lebih baik. Keadaan sepa-tutnya anak syarikat membantu negeri tetapi berlaku sebaliknya,” katanya.

Teng mencuba aplikasi SelangorApps menggunakan telefon pintar

Katanya, Mohamed Azmin tu-rut menzahirkan komitmen supa-ya DEIG perlu mempunyai tahap ‘the highest standard of govern-ment’.

“Contoh boleh diambil seperti

Kini, pendudukSelangor dan pelabur boleh mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat apabila meng- gunakan peranti mudah alih initENg CHANg KHIMExco Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan, dan Pengangkutan

Page 9: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

9Selangorkini 18 - 25 September 2015

Page 10: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

10Wawancara

Selangorkini 18 - 25 September 2015

Pelbagai program dilaksana-kan Kerajaan Negeri di bawah Portfolio Kesihatan, Kebajikan, hal Ehwal Wanita dan Keluarga

bagi meperkasa dan memberdaya go-longan wanita di Selangor tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Exconya, Dr Daroyah Alwi merungkai kaedah dan program yang dilaksanakan bagi pembangunan wanita di Selangor melalui sesi wawancara khas bersama Wartawan Selangor Kini, Syasya Sufian di pejabatnya, pada 15 Septem-ber lalu.

PWB lengkapi pemerkasaan wanita Selangor

Apakah bentuk bantuan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan wanita di Selangor?

Kerajaan Negeri melaksanakan program melalui Pusat Wanita Ber-daya (PWB) sebagai wadah atau landasan untuk golongan wanita di Selangor. PWB diberi peruntu-kan oleh Majlis Mesyuarat Khas Kerajaan Negeri (MMKN) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dengan per-lantikan penyelia dan penyelaras di setiap 56 DUN. Den-gan pelba-gai program yang dilaksan-akan, kita dapat menarik wanita di dalam dan luar ban-dar kerana setiap DUN juga terdapat persatuan wanita sep-erti biro wanita masjid.

Melalui kaedah itu, PWB ber-gabung bersama persatuan wanita supaya apa yang ingin Kerajaan Negeri capai untuk membantu mereka dapat dilak-sanakan bersama di DUN masing-masing. Saya memberikan ruang kepada penyelia yang dilantik untuk melaksanakan program bersesuaian seperti di kawasan kampung dengan memperba-nyakkan aktiviti kursus menjahit, memasak, kraf tangan dan guba-han. Manakala, aktiviti akan lebih cenderung kepada kursus keusa-hawan, ekonomi atau bersesua-ian di kawasan bandar yang ter-diri daripada berbilang bangsa dan lebih berpendidikan.

Selain daripada itu, Kera-jaan Negeri juga menyediakan tiga modul yang diterapkan un-

tuk diberikan kepada golongan wanita untuk dilaksanakan di se-tiap DUN. Kursus itu adalah Pro-gram Kepimpinan Wanita, Pro-gram Pemahaman Gender dan Program Pegurusan Kewangan. Untuk jangkamasa akan datang, kita sedang merangka untuk me-nambah lagi kursus lain seperti pengetahuan ekonomi.

Melalui program yang dilak-sanakan, sebilangan wanita ber-

jaya menambah penda-patan seperti

program ma-sakan apa-

bila mereka mula ber-jinak men-jual maka-

nan dengan resepi baru

yang dipelajari daripada kursus

masakan. PWB akan terus memainkan peranan untuk mem-bantu mereka mengetengahkan lagi perniagaan di samping dapat memperbaiki ekonomi isi rumah.

Bagaimana potfolio ini memas-tikan program PWB beroperasi dengan lancar di setiap 56 DUN dengan bajet yang diperuntuk-kan?

Setakat ini, setiap DUN berope- rasi dengan lancar dan sentiasa dipenuhi aktiviti menarik. Salah satu cara adalah saya memastikan mereka bergerak aktif dan penye-lia perlu menghantar kertas kerja bagi setiap program yang akan dijalankan.

Selain itu, setiap bulan kita akan adakan mesyuarat bersama 56 penyelia untuk membincang-kan segala permasalahan dan pe-nyelesaian. Di samping itu, saya

akan menyampaikan amanat dan taklimat supaya semua penye-lia dapat berkomunikasi dengan baik. Penyelia akan memben-tangkan aktiviti yang sudah atau tidak dapat dilaksanakan kepada saya melalui mesyuarat itu.

Di samping itu, penyelia juga diberi peluang mengutarakan pelbagai idea menarik yang ingin mereka laksanakan di DUN mas-ing-masing.

Prestasi penyelia akan sentiasa dipantau melalui keaktifan aktiviti yang dijalankan. Jika PWB di DUN yang dilantik tidak menjalankan aktiviti mingguan melebihi tiga kali berturut-turut, perkhidmatan penyelaras itu akan ditamatkan dan akan diganti dengan yang baru.

Bagaimana dengan penyertaan wanita dalam program Hijrah? Adakah sambutan menggalak-kan?

Penyertaan wanita dalam pro-

gram hijrah amat menggalakkan kerana lebih 70 peratus pemohon dari kaum wanita. Setakat ini, leb-ih 10,000 menerima bantuan dan kebanyakan mereka yang memo-hon adalah untuk perusahaan makanan. Sama ada produk ma-kanan, katering, restoran, gerai jualan dan peniaga pasar malam.

Selain itu, ada diantara mereka membuat perkhidmatan kecan-tikan, terapi, urutan dan perni-agaan secara atas talian.

Kita turut melantik seorang pegawai untuk memantau peser-ta hijrah di DUN masing-masing. Mereka akan berjumpa setiap minggu dengan peserta untuk mengutip pinjaman, di samping mengenal pasti permasalahan jika peserta memerlukan khid-mat nasihat untuk perkemban-gan perniagaan mereka.

Sehingga kini, 98 peratus pe-serta memberi komitmen dalam membuat bayaran serta menya- lurkan kerjasama yang baik kepa-da pegawai hijrah.

Perancangan untuk jangka masa panjang yang Kerajaan Negeri akan laksanakan bagi membantu golongan wanita di Selangor melalui PWB?

Tahun depan, kita dalam per-ancangan menyediakan tempat atau pusat pengumpulan untuk

Kerajaan Negeri melaksanakan program melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB) sebagai wadah atau landasan untuk golongan wanita di Selangor. PWB diberi peruntukan oleh Majlis Mesyuarat Khas Kerajaan Negeri (MMKN) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti

Page 11: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

11Selangorkini 18 - 25 September 2015

Wawancara

produk PWB di setiap daerah. Saya akan usaha mendapatkan premis daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk diberikan kedai bagi menempatkan produk itu.

Ia bertujuan supaya segala kraftangan, gubahan atau masa-kan seperti kek dan kuih dapat dijual kepada orang ramai.

Dengan terlaksananya hasrat itu, kita dapat membantu golo- ngan wanita memasarkan produk hasil buatan tangan mereka, di samping menambah penda-patan memandangkan kos sara hidup semakin meningkat dan membebankan rakyat terutama ibu tunggal.

Apa perkembangan terkini Pro-gram Skim Kesihatan Wanita dan bagaimana sambutannya?

Kerajaan Negeri menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita di Selangor yang layak dan berumur 35 tahun ke atas. Tu-

Setakat ini, setiap DUN beroperasi dengan lancar dan sentiasa dipenuhi aktiviti menarik. Salah satu cara adalah saya memastikan mereka bergerak aktif dan penyelia perlu menghantar kertas kerja bagi setiap program yang akan dijalankan

juan utama adalah bagi memasti-kan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum me-mandangkan ramai golongan itu yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.

Bagaimanapun, sebelum ini sambutan agak perlahan kerana kita hanya ada satu tempat/panel untuk melaksanakan mammo-gram itu.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri sudah meluluskan penambahan lima lagi pusat pemeriksaan yang menjadikan kesemuanya enam pusat pemeriksaan. Antara pusat yang mendapat kelulusan ada-lah KPJ, BP Lab, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Kerajaan Negeri berpendapat program itu adalah salah satu tanggungjawab sosial yang harus dimanfaatkan oleh semua wanita Selangor.

Dengan adanya penambahan tempat pemeriksaan, kita ber-harap dapat melancar dan memu-dahkan lagi wanita untuk menda-patkan pemeriksaan di beberapa cawangan yang tersenarai. Dan dalam satu-satu masa, DUN juga boleh menghantar wanita untuk membuat pemeriksaan mammo-gram.

Apakah bentuk program Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) untuk membantu wanita tera-niaya?

Lima hospital besar yang di-jadikan tempat perintis untuk OSCC antaranya hospital Sungai Buloh, hospital Ampang, hospi-tal Serdang, hospital Tengku Am-

puan Rahimah dan hospital Tan-jung Karang.

Kerajaan Negeri prihatin akan nasib wanita, jadi kita menggalak dan menyarankan wanita yang teraniya untuk mendapatkan bantuan di hospital berkenaan. Kita mahu mereka tahu kita ada menyediakan OSCC dan jika men-galami penderaan mereka boleh terus membuat laporan polis dan OSCC juga menyediakan tempat tinggal.

Dalam pogram OSCC terda-pat banyak agensi yang terbabit bagi membantu khususnya ke-pada golongan wanita teraniaya mendapatkan rawatan serta kh-idmat kaunseling.

Apakah harapan Kerajaan Negeri dalam memartabat

dan memperkasa wanita di Selangor?

Kita berharap semua pihak terutama golongan wanita tu-run padang dan menyertai pro-gram yang dilaksanakan Kera-jaan Negeri kerana ia sangat memberi manfaat kepada mer-eka termasuk dapat mengeta-hui dengan lebih jelas apa yang dirangka bagi pembangunan wanita Selangor.

Di samping itu, kita juga da-lam proses membantu wanita

malang terutama yang terbabit dengan penderaan untuk mer-eka berani tampil bagi men-gatasi masalah yang membe-lenggu dengan menyediakan OSCC.

Kerajaan Negeri juga meng-harapkan semua wanita tidak kira di bandar atau luar bandar mendapat manfaat daripada setiap program yang dianjur-kan, sekali gus dapat memberi-kan idea untuk menambah pendapatan isi rumah melalui ilmu yang diperoleh daripada aktviti yang disertai mereka.

Page 12: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

Aktiviti DUN12 Selangorkini 18 - 25 September 2015

Aktiviti DUN13Selangorkini 18 - 25 September 2015

Adun Sabak, Sallehen Mukhyi merasmikan penutupan Kursus Kepimpinan Wanita Abad ke-21 yang dianjurkan Pusat Wanita Berdaya DUN berkenaan dan Sungai Air Tawar

Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika perasmian program ‘treasure hunt’ di Taman Kasih sempena Program Ukhuwah Merdeka

Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman turun

padang bersama ahli kariah Taman

Meru Indahbergotong-royong

membersih kawasan dan

keceriaan surau juga membina

GazeboAdun Selat Klang, Dr halimah Ali turun padang dan memberi bantuan kepada mangsa kebakaran di Pulau Ketam

Adun Rawang, Gan Pei Nei memberikan penutup muka kepada pelajar sekolah di DUN itu ekoran tahap jerebu semakin buruk

Adun Morib, hasnul Baharuddin bersama dalam majlis memperingati pendaratan 42,000 tentera India pada 1946 , di Pantai Morib

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar melawat pesakit di hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (hUKM) sambil ber-tanya khabar

Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi bersama masyarakat meraikan Sambutan hari Kemerdekaan di DUN itu

Adun Subang Jaya, hannah Yeoh bersama penduduk ketika gotong-royong di SS 15.

Adun Teratai, Tiew Way Keng mengedarkan penutup muka kepada orang ramai bagi mengelakkan kesan jerebu yang menjejaskan kesihatan

Adun Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan menghadiri program Lumba Basikal Sukan Selangor 2015 di Kota Warisan

Page 13: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

14Seni

Selangorkini 18 - 25 September 2015

OLEh RAHMAT HUSSEIN

Tiada yang lebih sukar daripada menjadi Melayu. Tidak pasti di manakah terdengarnya kata-kata ini - di Brickfields atau di Bangsar

Utama? Sepanjang tiga dekad menjadi ‘Melayu’,

kata-kata ini makin tampak benarnya. Me-layu sering dimomok sebagai lemah, ma-las, tidak mampu bersaing. Baru-baru ini, di’bangsat’kan pula.

Sesetengah Melayu melihat gagalnya anak Melayu kerana warisan budaya yang dianggap kolot, bahasa Melayu tanpa nilai antarabangsa dan agama yang merantai kemajuan.

Lalu, mereka membuang warisan bu-daya, keMelayuan mereka (namun, ekuiti Bumiputera 30 peratus jangan sesekali dipersoal!). Ada pula anak Melayu melihat ‘kegagalan’ itu disebabkan bangsa asing - pendatang!

Apakah warisan budaya memundur-kan? Adakah jati diri keMelayuan merantai kemajuan? Lebih penting, apakah mak-sudnya menjadi Melayu?

Itu antara persoalan yang dibawa da-lam novel Amuk Malam Merdeka karya Ronasina terbitan Dubook. Ia mengupas persoalan melalui tiga watak - hang Tuah, hang Jebat dan Munsyi Abdullah.

hang Tuah - lelaki Melayu terakhir, se-tia kepada tradisi; akur kepada status quo. Segalanya ada aturan. Jangan sesekali me-nyanggah. Taat, patuh dan akur menjadi nilai tinggi seorang anak Melayu.

Akan tetapi tidaklah adil melihat Tuah begitu sahaja. Membaca Tuah perlu sam-pai penghujung. Bukan tamat ketika Tuah menang bertikam dengan Jebat.

Tidak pula ditonjol Tuah seorang yang mampu bertutur pelbagai bahasa. Sosok berbudaya dan menghormati serta merai

Polemik Melayu dalam Amuk Malam Merdeka

Antara satira komedi dan falsafah

kepercayaan orang lain. Inilah nilai utama keMelayuan itu sendiri.

Sangat silap apabila mengangkat bu-daya warisan sendiri dengan mencaci dan merendahkan budaya warisan orang lain.

Takkan Melayu hilang di dunia adalah kata-kata yang digemari orang-orang se-perti Ibrahim Ali dan Jamal Sek-

rosakan. Lebih punah, apabila yang baik akal budi pekerti hanya diam seribu ba-hasa. hanya mengeluh dan berserah. Lalu hancur mundurlah sesebuah bangsa. Ter-bangsat di bumi sendiri.

Munsyi Abdullah - Melayu yang diper-tikai darah Melayunya dilihat sebagai ham-ba setia Tuan Raffles. Sosok itu meranduk arus zaman tanpa menghiraukan cemu-han. Baginya, tiada tempat buat pemikiran kolot dan kepercayaan karut dalam meng-harungi arus kemajuan.

Diteliti tiga watak itu, jelas mereka me-wakili jalur pemikiran berbeza.

Jalur konservatif, radikal dan intelektual moden.

Tiga watak itu memiliki akar sama

iaitu warisan buda-ya sebagai jati diri. Walaupun Tuah hamba yang taat setia, Jebat den-gan amukannya serta Munsyi den-

gan daya intelek pekat orientalisnya,

mereka tetap punyai akar jati diri Melayu yang

kukuh.Ia datang dari pemahaman

bukan retorik perkauman sempit dan politik ketuanan yang dusta. Faham mak-sudnya “biar mati anak jangan mati adat”. Mengerti ungkapan “takkan Melayu hilang di dunia”.

Menjadi masalah apabila melihat bang-sa dari kaca mata generalisasi perkauman.

Naskhah 143 halaman itu membawa persoalan agak berat secara santai. Elemen komedi sedikit sebanyak menenangkan akal yang mula berserabut melayan perso-alan yang dibawa.

Watak sampingan tambah mewarnai naskhah itu. Bukan seperti membaca teks khutbah. Ini kerana tiga watak itu bukan sahaja diangkat kehebatannya tetapi juga dirai kepandiran mereka.

Malah, tajuk naskhah itu juga tidak harus dilihat sebagai satu frasa tetapi per-kataan yang berdiri sendiri.

AMUK adalah sifat Melayu yang diper-kata dunia Barat. MALAM keadaan Melayu ketika ini. Ketahuilah, terang cahaya akan tiba selepas gelita malam pekat hitamnya. MERDEKA persoalan yang sering berlegar. Apa itu merdeka? Merdeka itu bagaimana? Merdekakah kita?

Acuan satira komedi sarat falsafah itu menghiburkan, malah membuka mata. Persoalannya, apakah khalayak pembaca akan menyambutnya? Atau terus terbuai, dicandui novel romantika cinta?

inchan Ikan Bakar walaupun langsung tidak mereka difahami.

Ia sering digunakan Melayu untuk mem-bakar semangat dan membenci bangsa lain. Ia dituturkan oleh hang Tuah, seorang lelaki yang hidup di abad ke-16.

harus fahami perkataan ‘Melayu’ dan ‘hi-lang’ dengan makna orang abad ke-16, bu-kan pemahaman kita yang hidup di abad ke-21 hang Jebat.

hidup mati untuk kebenaran; setia ada tempatnya, patuh ada hadnya. Tiada lebih mulia dari bangkit menentang kezaliman serta penindasan.

Apabila rayuan tidak di-layan, rundingan tersekat, maka jalan berdarah har-us dituruti. Jebat bukan hanya seorang yang mabuk darah - melulu dan terpesong.

Jebat cuba segala saluran. Namun, ba-gaimana mahu ber-budaya dan beradat dengan mereka yang tidak berbudaya, tidak

pula bera-dat?

Yang sering ditonjol ialah Jebat yang nekad. Bukan seba-gai sosok yang dilanda dilema maha besar - ban-gun menderhaka, mem-buang pangkat, keme-wahan dan nama demi membela saudaranya.

Jebat mewakili mer-eka yang bangkit ber-korban darah, kerin-gat dan air mata demi mempertahan adat. Menarik melihat per-jalanan Jebat sebelum bulat tekadnya.

Adat pula bukan sekadar bersanding dan menepung ta-war. Itulah etika, juga roh sesebuah bang-sa. Adat pemimpin jangan sesekali mengkhianati ama-nah. Menjadi ketua jangan menindas

orang bawah. Segelintir Melayu sering menyalah-

kan kata-kata ‘biar mati anak jangan mati adat’ sebagi punca kegagalan. Ter-

lalu pentingkan adat, kata mereka. Tidak pula disalahkan haloba nafsu se-

rakah pemerintah yang menyebabkan ke-

Apakah warisan budaya memundurkan? Adakah jati diri

keMelayuan merantai kemajuan? Lebih penting, apakah maksudnya

menjadi Melayu?

JanJi Temu

tiket wayang habis fon bimbit mati janji temuku belum kulihat batang hidungnya kuketahui si dia di padang merdekabermandi peluh dan hujan mengaksi protes rakyat manakala di sini seorang pemuda bersandar menatal fon bimbit yang dicas bank tenaga buat keseratus kali bunga dan cokelat layu dan cair di atas meja kafe

Ridhwan Saidi2015

Page 14: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

15Selangorkini 18 - 25 September 2015

Cerpen

MakaOLEh SYAFIQ GHAZALI

Tidak pernah Zakariya sangka buku Mein Kampf jilid 2 yang dibelinya di sebuah kedai buku lama di

Central Market (nama Melayunya, bagi yang tidak tahu, Pasar Seni) mengandungi rahsia yang begitu besar, sementelah dia membelin-ya hanya kerana tertarik pada kavernya yang berwarna merah. Buku itu, yang didapatinya tertu-lis dalam bahasa Jerman, hanya dibeleknya pada sebelah malam, di bilik sewanya, dan pada ketika itulah baru dia menyedari rahsian-ya. Terselit di tengah-tengah hala-mannya, dia menemui sekeping kapal terbang kertas terlipat rapi.

Dia mengambil objek itu, mengepak-ngepaknya seketika sebelum merungkai lipatannya, dan mendapati sebuah peta ter-lukis padanya. Di belakang kertas itu, di ruang tengahnya, tertulis satu ayat: cogito ergo sum. Ini kata-kata Descartes, fikir Zakariya.

Dia tidak ambil pusing soal peta itu sehinggalah dia terbaca, dalam inter-net, tentang pen-emuan keretapi Nazi, yang di dalamnya ter-simpan tim-bunan emas milik hitler. Dia mengikut penuh minat cerita itu seh-inggalah keluar berita yang menyat-akan ia hanya satu pem-bohongan. Benar keretapi Nazi telah ditemui tetapi tiada emas di dalamnya walau sebongkah.

Jika cerita itu bohong, fikir Za-kariya, bermakna timbunan emas yang dimaksudkan berada di tem-pat lain. Semalaman dia berfikir, dan esok paginya dia mencapai resolusi ini: emas itu berada di negara ini. hujahnya: Mein Kampf ada dengannya (Zakariya percaya ia milik hitler) dan di dalamnya terselit selembar peta.

Seharian dia menyelongkar in-ternet, mencari lokasi yang diras-anya emas itu patut berada, dan akhirnya dia percaya ia berada di tengah-tengah hutan Pahang ker-ana banyak cakap-cakap menun-jukkan hutan itu mengandungi emas.

Esoknya, dengan kereta sewa, dia memandu ke sana. Sebaik sampai dia terus memulakan pen-jelajahannya. Sebagai seorang

yang sukakan advencer, hutan tebal bukanlah asing baginya. Ber-bekalkan parang dan peta itu, dia membelah setiap rintangan den-gan mudah, hinggalah dia tiba di hadapan sebuah bongkah batu gergasi berbentuk piramid.

Padanya Zakariya lihat garis yang membentuk pintu. Zakariya cuba menolaknya tapi ia tidak ber-ganjak. Dia kemudian teringatkan tulisan di belakang peta.

‘Cogito ergo sum!’ katanya.Pintu itu pun terbuka perla-

han-lahan, dengan bunyi gera-kan yang kasar. Bila ia ternganga luas, Zakariya meluru masuk dan mendapati dirinya berada dalam ruang gua yang cerah benderang. Dia mengimbas sekeliling dan melihat sebuah meja berserta dua buah kerusi—setiap satunya dari batu—di hadapannya; lubang se-luas raut wajahnya terlekap pada dinding di sebelah kanannya; di sebelah kirinya adalah apa yang diimpikannya selama ini: setim-bun emas membukit.

Bau kemenyan yang kuat tiba-tiba menusuk hi-

dungnya, dan ke-mudian terden-

gar, entah dari mana, satu suara halus bergema: ‘Kau da-tang ker-ana emas

itu?’Z a k a r i y a

merasa gugup, namun dia tetap

menjawab: ‘Ya, kera-na emas itu.’

‘Kau boleh memilikinya,’ balas suara itu. ‘Tapi kau perlu main satu permainan. hanya yang menang layak mendapat emas itu.’

Sejenak muncul di atas meja di hadapannya satu papan catur yang sudah sedia tersusun buah caturnya.

Zakariya memandang papan catur itu dengan mata bersinar. ‘Siapa lawan aku?’ tanya dia.

Sekilas detik muncul satu lem-baga di hadapannya. Melihatnya, Zakariya ternganga: lembaga itu menyerupai dirinya. Wajahnya kusam dan pakaiannya—sama seperti yang dipakai dirinya—kusut dan kumal, tapi jelas di mata Zakariya lelaki itu adalah dirinya.

Sedang Zakariya termangu, le-laki itu duduk di salah kerusi batu dan diam di situ. Zakariya meme-nangkan dirinya. Dia bukan aku, fikirnya, dia cuma lembaga ilusi

yang diwujudkan suara itu bagi mengelirukan aku. Setelah me-narik nafas panjang, dia meng-hampiri meja dan duduk men-gadap lawannya itu. Melihat dia masih diam, Zakariya memulakan permainan.

Di tengah permainan, dia mula sedar bahawa lelaki itu meniru se-tiap pergerakan buahnya, seratus peratus. Jika dia menggerakkan buah kuda, lelaki itu juga meng-gerakkan buah kuda; dan begitu-lah seterusnya.

Zakariya resah. Melihat lelaki itu begitu tenang, dia mula hilang sabar. Dia menarik keluar parang-nya, melompat ke atas meja, dan menetak kepala lelaki itu. Lelaki itu rebah serta-merta. Darah mem-buak keluar dari kepalanya dan membasahi sebahagian tubuhnya dan tanah. Matanya terbeliak.

Bersorak deras, Zakariya berlari mendapatkan timbunan emas. Namun, belum sempat dia men-jamah walau sebongkah, ia ghaib tiba-tiba.

‘Mana emas aku?!’ jerit Zakari-ya.

‘Emas ini hanya untuk yang menang,’ kata suara itu. ‘Dan tiada yang menang dalam permainan ini.’

‘Aku yang menang! Aku patut simpan emas tu!’

‘Orang mati tidak menyimpan harta.’

‘Tapi aku masih hidup.’

‘Jika kau masih hidup, siapa itu yang mati?’

Zakariya merenung mayat di tanah. ‘Itu… itu aku,’ katanya.

‘Jadi kau sudah mati.’Zakariya fikir suara itu sengaja

memerangkapnya dalam per-mainan kata-kata. Lalu, cuba men-jadi bijak, Zakariya berkata: ‘Kalau yang mati itu aku, yang sedang bercakap denganmu ini siapa?’

‘Bukan siapa-siapa.’ Jawapan itu mencucuk

benaknya, dan dia mula menyoal kewujudannya. Wujudkah aku, tanya Zakariya kepada dirinya sendiri, dan jika benar wujud, ba-gaimana boleh aku buktikannya. Beberapa ketika dia berfikir, dan lama kemudian dia teringatkan kata-kata keramat Descartes.

Maka berkatalah Zakariya: ‘Cog-ito ergo sum!’

Jawab suara itu: ‘Sudah 400 ta-hun Descartes berhenti berfikir.’

Dari saat itu, suara itu tidak lagi bercakap. Zakariya, setelah be-berapa ketika menyesali nasibnya, berjalan longlai menuju ke pintu gua dan menyebut lemah man-tera pembukanya. Dia menunggu tapi pintu itu tidak terbuka. Dia mencuba lagi dan hasilnya tetapi sama.

Ini satu sumpahan, fikir Zakariya.

#Bertahun-tahun berlalu dan Za-

kariya masih terperangkap dalam

gua. Di dalamnya, dia tak pernah berumur dan lapar dan mengan-tuk, namun tidak sedikit pun dia rasa beruntung. Tentang suara itu, ia tidak lagi kedengaran (Zakariya percaya ia milik Iblis yang pernah cuba menipu Sheikh Qadir Jailani satu ketika dahulu), dan Zakariya sendiri, setelah sekian lama tiada teman bercakap, sudah kehilan-gan fungsi suaranya. Satu-satunya hubungannya dengan dunia luar adalah lubang gua seluas mu-kanya. Setiap hari, berdiri di situ, dia akan terkenang masa lalunya. Namun lebih banyak masanya di-habiskan dengan menyesali na-sibnya. Dia selalu rasa dirinya telah terperangkap di dalam pusingan kegilaaan yang tak dimakan masa, dan dalam pusingan itu dia hidup dan mati dan hidup semula.

Entah setelah berapa lama satu idea menerpa benaknya.: jika dia boleh mati dan hidup semula, itu bermakna masa juga boleh berpa-tah kembali ke titik asal dan ber-mula sekali lagi. Sejarah sentiasa berulang, fikirnya lagi.

Dia mengambil peta dari ko-cek seluarnya dan melipatnya menjadi bentuk asalnya, bentuk kapal terbang. Dia kemudiannya menuju lubang gua dan melalu-inya, dia luncurkan kapal terbang kertas itu.

Zakariya melihat ia terculang-caling terbang, membawa hara-pannya.

Zakariyaberkatalah

Jika cerita itu bohong, fikir

Zakariya, bermakna timbunan emas yang dimaksudkan berada

di tempat lain

Page 15: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

16Rencana

Selangorkini 18 - 25 September 2015

OLEh AFEEQA AFEERA

Belum beroperasi tapi kontroversi. Itu antara gambaran yang boleh diberikan jika disebut

berkenaan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG).

Walaupun niat penubuhannya murni, namun sering disalah er-tikan hingga memberi gambaran buruk kepada syarikat itu. Jika diteliti, tiada apa yang salah berke-naan DEIG jauh sekali disorok sep-erti didakwa individu tertentu.

Idea penubuhan DEIG tim-bul apabila Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali merasakan pelaburan di Selangor kurang ‘ummph’ di bawah Pemerbadan-an Menteri Besar (MBI).

Bukan kata MBI tidak bagus, cuma pemerbadanan itu ‘tem-pang’ dan perlu diubati sebelum kerugian lebih besar terpaksa di-tanggung Kerajaan Selangor.

Nah, mana silapnya kalau Mo-hamed Azmin cuba betulkan lompong yang ada?

Difikiran Dato’ Menteri Besar itu, jika MBI dibiarkan kekal di tampuk lama, maka peluang Se-langor untuk menambah penda-patan bagaikan samar.

Isu penghapusan legasi ke-pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga tidak timbul kerana MBI sudah wujud sejak sekian lama tetapi tidak di ‘touch up’ ke-tika itu.

Pada ketika itu, MBI adalah satu-satunya entiti yang terpaksa menguruskan dua agenda utama

Pelaburan kurang ‘ummph’

DEIG ubat ‘penyakit’ MBI

tunai keluar atau masuk daripada syarikat itu dilakukan secara sem-bunyi.

Betulkan fakta anda kerana se-barang maklumat operasi dan ke-wangan di peringkat DEIG akan direkod dalam MBI melalui kae-dah akaun disatukan.

Ini bermakna segala aktiviti kewangan yang berlaku akan di-pantau sendiri Dato’ Menteri Be-sar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai Operasi MBI.

MBI kemudian akan mem-bentangkan akaun disatukan itu termasuk transaksi di peringkat DEIG kepada Kerajaan Negeri dan terbuka untuk diaudit Jabatan Audit Negara.

Untuk lebih meyakinkan rakyat, akaun DEIG akan turut di-audit oleh firma terkemuka yang

iaitu program kemasyarakatan atau kerakyatan dan pelaburan.

Keadaan itu menyebabkan MBI hilang identiti dan berlaku kecelaruan pentadbiran apabi-la terpaksa ‘bersengkang mata’ menjalankan dua tanggung-jawab berat pada masa sama.

Memang diakui MBI punya sumbangan besar tetapi tidak salah jika DEIG diwujudkan untuk meringankan beban pemerba-danan itu.

DEIG akan berfungsi sebagai syarikat induk pelaburan 100 per-atus milik MBI yang bakal men-jalin kerjasama dengan syarikat swasta untuk mewujudkan keun-tungan dua hala.

Mana-mana anak syarikat yang didapati kurang memberangsang-kan atau tidak menjana keuntu-ngan perlu memikirkan pendeka-tan baru yang akan meningkatkan

ekonomi negeri.hasil keuntungan itu bukan

untuk poket kroni tetapi untuk dikembalikan kepada rakyat da-lam pelbagai bentuk seperti Ru-mah Selangorku, manakala MBI pula hanya memfokuskan ke-pada program tanggungjawab sosial seperti hijrah, Wifi Sela- ngorku dan Yawas.

Bila tidak timbul pertindihan tugas, maka lebih mudah untuk kedua-dua entiti itu menggalas tanggungjawab masing-masing, bahkan peranan mereka lebih jelas dan kemas bila langkah itu diambil.

Kerja secara berpasukan leb-ih membuahkan hasil daripada hanya bergantung kepada satu badan sahaja untuk menjalankan pentadbiran.

Ada yang nakal berkata DEIG bebas audit, maka segala aliran

dilapor terus kepada Jawatankua-sa Audit dan Risiko.

DEIG juga dikehendaki menge-mukakan akaun yang diaudit se-cara berkala dan terbuka kepada penelitian awam dan boleh dini-lai agensi kerajaan atau Jawa-tankuasa Dewan Negeri Selangor (DNS).

Tidak cukup itu, Mohamed Azmin mengalu-alukan Suru-hanjaya Pencegahan Rasuah Ma-laysia (SPRM) untuk menyiasat DEIG jika benar syarikat itu ter-libat dengan penyalahgunaan dana.

Sekali lagi, ‘peluru’ Barisan Na-sional (BN) sebagai pembang-kang Selangor tersasar apabila SPRM menyatakan tiada kesala-han rasuah membabitkan DEIG.

Apa lagi yang perlu dirunsing-kan? Bertenang, biarlah DEIG ber-nafas dulu sebelum dikritik mem-babi buta.

Bukan mengharamkan kriti-kan atau pandangan, cuma DEIG masih ‘bertatih’ jadi berilah pelu-ang.

hakikatnya di DEIG, sebarang hal ehwal kewangan tidak akan dilaksanakan selagi sistem tadbir urus dan ketelusan tidak diterap-kan ke dalam entiti itu. Jangan disamakan dengan 1Malaysia De-velopment Berhad (1MDB) yang sudah busuk dan bernanah tapi masih mahu diselindung.

DEIG punya banyak masa memperbetulkan kekurangan untuk memastikan ia benar-be-nar bermanfaat kepada rakyat Selangor.

Page 16: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

17Selangorkini 18 - 25 September 2015

Rencana

OLEh NORHAYATI UMOR

Langkah jitu Kerajaan Neg-eri menyelesaikan keme-lut industri air Selangor sejak 2009 membuktikan

slogan ‘peduli rakyat’ yang diwar-warkan bukan hanya sekadar slo-gan tetapi dilaksanakan dengan penuh komited dan kesunggu-han.

Ia dapat disaksikan dengan permeteraian perjanjian pen-strukturan semula industri perkh-idmatan air oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), pada 8 September lalu.

Kejayaan menyusun semula in-dustri perkhidmatan air juga da-pat menyingkir ketidakcekapan operasi, teknikal dan kewangan di bawah model konsesi seperti peluang membuat keuntungan melampau mengikut peringkat.

Kini, rakyat Selangor dan pen-duduk sekitar Lembah Klang boleh bersorak kerana mereka amat bernasib baik apabila tidak dibebani dengan sebarang ke-naikan tarif air setiap tiga tahun seperti yang terkandung dalam perjanjian konsesi antara kera-jaan terdahulu dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Masakan tidak! Jika tiada pe-nolakan Kerajaan Negeri tentu pengguna perlu membayar 82 peratus iaitu 37 peratus pada 2009 selain 25 peratus pada 2012 dan tahun ini.

Bebanan rakyat juga dikurang-kan melalui program pemberian air percuma 20 meter padu yang akan terus dilaksanakan seperti di-utarakan Dato’ Menteri Besar, Mo-hamed Azmin Ali, baru-baru ini.

Kerajaan Negeri juga mahu mengurangkan air tidak ber-hasil (NRW) dan menyasarkan pengurangan NRW pada kadar sekurang-kurangnya dua peratus setiap tahun berbanding kira-kira 34 peratus ketika ini.

Ini bermakna Selangor akan mengurangkan kehilangan fizikal dan komersial hampir 100mld setahun, sekali gus meningkat-

Kemelut industri air selesai

Bukti komitmen tinggi peduli rakyat

katkan mutu perkhidmatan air di negeri Selangor.

“Insya Allah, mungkin selepas ini tiada lagi krisis bekalan air. Jika dibaca rancangan yang diutara-kan Kerajaan Negeri, saya sangat yakin Selangor tiada masalah air,” katanya.

Melalui struktur baru, Air Se-langor akan beroperasi secara aset ‘light’ iaitu pembiayaan ke atas perbelanjaan modal (CAPeX) akan dibuat PAAB.

Air Selangor akan menumpu perhatian penuh kepada pening-katan tahap kecekapan perkhid-matan, sekali gus meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti da-lam operasi perkhidmatan air.

Mengimbas masa lalu

Empat syarikat yang akan di-ambil alih ialah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsor-tium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor holdings Bhd (Splash).

Mengikut beberapa kontrak penswastaan pada 1997, syarikat terbabit diberi kuasa mengurus rawatan air dan pengagihannya di Selangor.

Apabila Pakatan Rakyat (Pak-atan) mengambil alih Selan-gor pada 2008, Kerajaan Negeri mendapati syarikat berkenaan tidak memainkan peranan sewa-jarnya tetapi hanya mahu men-gaut keuntungan melalui kenai-

kan tarif air dan pengurusan yang kucar-kacir.

Melihat situasi yang berlaku, Pakatan di Selangor berpanda-ngan mereka perlu mendapatkan semula kuasa daripada syarikat swasta melalui penstrukturan semula itu bagi memenuhi janji urus tadbir yang baik.

Lihat sahaja di Pulau Pinang, kuasa menentukan kadar tarif air di negeri itu dapat ditentukan rakyat negeri itu sendiri.

Malah, pengguna domes-tik dikenakan surcaj air sebagai hukuman jika melakukan pem-baziran memandangkan Pulau Pinang mengalami penggunaan paling tinggi di Malaysia iaitu 286 liter seorang sehari.

hakikatnya, penyelesaian isu air ini dijangka mampu men-gubah lanskap penswastaan air di negeri terkaya dan berpopu-lasi tinggi di Malaysia itu.

Kemampuan Mohamed Azmin sebagai peneraju utama negeri kaya itu harus dipuji kerana ke-mampuan menyelesaikan ke-melut rakyat. Dengan selesainya isu air, keyakinan penduduk ter-hadap Mohamed Azmin bertam-bah.

Selepas ini, pembangkang perlu mencari modal lain untuk mengganggu Mohamed Azmin selepas isu air juga Lebuhraya Damansara-Kinrara (Kidex) dan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) juga berjaya diselesaikan beliau dengan cemerlang.

kan keupayaan bekalan air bersih dengan ketara.

Melalui penstrukturan semula itu, Air Selangor akan mengam-bil alih operasi rawatan dan pen-gagihan daripada syarikat kon-sesi sedia ada.

Kawalan secara langsung da-pat diberi kepada Air Selangor memandangkan ia syarikat milik Kerajaan Negeri. Ditambah pula pengawasan dan pengawalan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), maka peman-tauan prestasi Air Selangor dapat dibuat lebih berkesan.

Struktur baru ini dapat mewu-judkan perkhidmatan air yang mampan berpandukan kepada pendekatan holistik seterusnya mendorong pengurusan perkh-idmatan air menjadi berdaya maju serta pengurusan kitaran air yang lebih cekap.

Kos operasi juga dikurangkan

kerana operator tidak bermat-lamat keuntungan. Dengan ini, kualiti air yang baik dapat dikeka-lkan kepada pengguna.

Dalam erti kata mudah, beka-lan air tidak lagi ‘putus-putus’ atau ‘tiada air’ termasuk catuan.

Apabila mengenangkan Lem-bah Klang pernah mengalami krisis bekalan air yang teruk se-hingga menyebabkan catuan air dilaksanakan tahun lalu, sudah tentu penduduk merasa sangat ‘cuak’.

“Sebagai pengguna beka-lan air di negeri ini, sudah tentu saya gembira dengan manfaat yang akan diterima nanti seperti yang dijanjikan Kerajaan Negeri antaranya program air percuma secara berterusan,” kata guru, Nor Najihah Nordin, 37.

Manakala, suri rumah, Yusi-dah Mohamad, 35, berpendapat penstrukturan itu dapat mening-

Page 17: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

18PBT

Selangorkini 18 - 25 September 2015

Enam kawasan ‘panas’ MPK lubuk sampah haramKLANG - Lebih enam kawasan di bawah pentadbiran Majlis Per-bandaran Klang (MPK) dikenal-pasti sebagai lokasi ‘panas’ pem-buangan sampah haram.

Antara kawasan itu adalah Jalan Kebun Nenas, Jalan Air Mata Duyong, Pangsapuri Taman Chi Liung, Jalan Sri Damak 17, Jalan Temenggung, dan Jalan Benteng, Kapar.

Ketua Komunikasi Korporat-nya, Norfiza Mahfiz, berkata MPK memandang serius perkara itu dan giat menanganinya melalui pendekatan proaktif.

“MPK terus membuat peman-tauan agresif kerana perbua-tan tidak bertanggungjawab itu boleh mengundang pelbagai pe-nyakit dan mencacatkan peman-dangan,” katanya.

Terdahulu, Norfiza berkata sebuah lori ditahan dalam ser-

buan kerana didapati membuang sampah sisa binaan disalah satu lokasi itu.

Katanya, kenderaan itu disita atas kesalahan Undang-Undang Kecil 4 Pemungutan, Pembuang-an dan Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007 kerana membuang sampah di tempat tidak sepatut-nya.

“Setakat ini, MPK menyediakan tong sampah mencukupi bagi menampung pembuangan sisa makanan di kawasan strategik. Jadi, tidak sepatutnya perkara itu berulang,” katanya.

Pada masa sama, MPK me-minta jawatankuasa setempat bertindak aktif menangani pem-buangan sampah haram de-ngan melaporkan kepada pihak berkuasa di talian 1-800-88-23826 atau 03-33748845 jika berlaku ak-tiviti mencurigakan.

Tiada keperluan tambah lampu jalanSUBANG JAYA - Tiada keperluan menambah lampu jalan di Taman Mawar Seksyen 5, Kinrara, di sini, memandangkan infrastruktur se-dia ada sudah mencukupi.

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Muhammad Azli Miswan, berkata pencahayaan di kawasan itu sedikit terjejas kerana terlin-dung dahan pokok.

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati pencahayaan lampu jalan di kawasan itu sedikit terje-jas kerana terlindung daun dan dahan pokok.

“Jadi, tiada keperluan untuk menambah lampu jalan di ka-

Pengusaha taska dan pusat jagaan didedah prosedur tepatKLANG - Pengusaha taska dan pusat jagaan menerima pende-dahan informasi tepat berkenaan prosedur dalam menjalankan o-perasi taska anjuran Majlis Per-bandaran Klang (MPK).

Ketua Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz, berkata sesi diadakan memberi ruang perbin-cangan terbuka antara pengusa-ha tadika, taska dan pusat jagaan dengan MPK dalam isu penja-gaan serta permasalahan diha-dapi.

“Taklimat diberi tertumpu ke-pada tatacara dan prosedur sebe-nar berkenaan permohonan Ke-benaran Merancang (KM) terus kepada pengusaha sebelum me-mulakan aktiviti.

“Mereka juga diberi pen-erang-an berkenaan prosedur bagi Kelulusan Pelan Bangunan dan Ubahsuaian Bangunan dan Klinik ‘Submission Plan’ iaitu lan-dasan kepada pengusaha untuk mengemukakan permohonan secara terus,” katanya.

Norfiza berkata, program dis-eliakan Jabatan Perancang Ban-dar MPK itu turut membabitkan beberapa jabatan lain antaranya Jabatan Bangunan, Perlesenan, Bomba dan Desa Selangor.

“Pengusaha juga diberi pe-nerangan tindakan penguatkua-saan di bawah Akta 172 yang di-ambil kepada pengusaha yang beroperasi tanpa kelulusan MPK.

“Di samping itu, pengusaha berhadapan dengan tindakan

penguatkuasaan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) berhubung akti-viti tanpa Kebenaran Merancang jika berlaku sebarang perubahan material bangunan,” katanya.

wasan itu buat masa ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Sehubungan itu, Azli berkata kerja mencantas pokok dibuat awal Oktober depan untuk me-mastikan pencahayaan di ka-wasan itu kembali pulih.

Terdahulu, penduduk di taman perumahan itu memohon Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau MPSJ menambah kemudahan lampu jalan di kawasan terbabit.

Mereka juga meminta pihak MPSJ menebang pokok besar di Jalan TK5/1 yang dikhuatiri tum-bang jika berlaku hujan lebat atau angin kencang.

Page 18: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

19Selangorkini 18 - 25 September 2015

PBT

400 pokok hijaukan Masjid Negeri

OLEh LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Sebanyak 400 anak pokok ditanam sekitar ka-wasan Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah sempena pro-gram ‘Shah Alam Trees For Life 2015’ baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Korpo-rat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata program memasuki tahun ke-empat itu turut menyaksikan sumbangan kewangan Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd (Prolintas) sebanyak RM45,520 dan MEPS Currency Management Sdn Bhd (RM5,000).

Katanya, Perbadanan Kema-

juan Negeri Selangor (PKNS) tu-rut menyumbang 200 pokok 'asam jawa' kepada MBSA.

"MBSA menggalakkan penyer-taan badan korporat dan syarikat swasta yang mengamalkan dan ingin melaksana tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Usaha ini dapat memberi wa-jah baru dengan konsep teduhan hijau pada kawasan persekitaran, sekali gus menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya dalam ta-man," katanya dalam satu ke-nyataan.

Majlis penanaman pokok dan serahan sumbangan disempur-nakan kehadiran Datuk Bandar, Datuk Ahmad Zaharin Mohd

Saad dan ahli majlis MBSA.Program kali ini juga mem-

babitkan 400 peserta sukarela-wan dari Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prolintas, PKNS dan MEPS Currency Man-agement Sdn Bhd.

Sebanyak 350 anak pokok di-tanam terdiri daripada pelbagai jenis buah-buahan antaranya pulasan, mata kucing, rambutan, belimbing buloh, kuini, mangga harum manis, mangga chokanan, cermai, kundang dan mentega.

Sementara, 50 anak pokok lagi daripada jenis tanaman tedu-han iaitu bucida molinetii (pokok doa).

Penduduk disaran jaga kebersihanBESTARI JAYA - Tindakan pantas penyelenggaraan dan pembersi-han dilaksanakan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) selepas pel-bagai aduan penduduk berkenaan masalah dihadapi di Taman Kilauan Sambathan, di sini.

Setiausahanya, Azahari Sairin, berkata MDKS mengambil inisiatif melaksanakan kerja pembersihan dan penyelenggaraan di kawasan bermasalah selain menasihatkan

penduduk mengutamakan keber-sihan.

“Masalah sistem perparitan dan longkang tersumbat disebabkan sikap individu yang suka mem-buang sampah di dalam longkang sehingga menyebabkan air ber-takung.

“Notis dikeluarkan kepada pen-duduk supaya MDKS boleh bertin-dak mencantas tanaman tidak me-nepati syarat dan kompaun lebih

berat dikenakan kepada mereka yang ingkar," katanya.

Untuk sebarang aduan, orang ra-mai boleh mengemukakannya se-cara atas talian di http://adu-mdks.selangor.gov.my/.

Orang ramai dijemput hadir ke hari Bertemu Pelanggan MDKS 2015 dan Kempen Derma Darah 2015, di Dewan Sri Siantan, di sini, bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang pada 22 September ini.

Caj sewa dewan serendah RM14SUBANG JAYA - Penduduk seki-tar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) boleh menggunakan empat dewan serbaguna baru lengkap dengan kemudahan awam pada harga berpatutan.

Pegawai Komunikasi Korpo-ratnya, Muhammad Azli Miswan, berkata ia disediakan sebagai tambahan kepada dewan sedia ada.

“Kadar sewa dikenakan juga berbeza mengikut majlis dan tarikh, sama ada hari biasa atau cuti umum,” katanya.

Empat dewan itu ialah Dewan Serbaguna MPSJ Batu Tiga (Ta-man Batu Tiga), Dewan Serbagu-na MPSJ Bukit Puchong (Bandar Bukit Puchong), Dewan Serbagu-na MPSJ Bukit Serdang Seksyen 13 (The Sanderson) dan Dewan Serbaguna MPSJ Jalan Perindus-trian PP2 (Fine Leather).

Kadar sewaan gelanggang badminton dan sepak takraw di-caj serendah RM14 bagi hari biasa sementara RM18 pada cuti umum tidak termasuk caj cukai barang-an dan perkhidmatan (GST).

Bagi penganjuran majlis perkahwinan pula dicaj antara RM600 hingga RM1,050 (hari bia-

sa) atau RM1,000 hingga RM1,750 (cuti umum) tidak termasuk caj GST.

Maklumat lanjut berkenaan kadar sewaan dan tempahan boleh dibuat Kaunter Bersepadu MPSJ di aras 1, Bangunan MPSJ.

Mereka juga boleh membuat tempahan secara dalam talian di laman sesawang MPSJ, www.mpsj.gov.my.

Bagaimanapun untuk majlis perkahwinan, pengguna perlu membuat tempahan secara man-ual lebih awal iaitu enam bulan sebelum majlis berlangsung.

Kadar sewa dikenakan juga berbeza mengikut majlis dan tarikh, sama ada hari biasa atau cuti umum

MuHAMMAD AZlIPegawai Komunikasi Korporat MPSJ

Page 19: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

20Wanita & Kesihatan

Selangorkini 18 - 25 September 2015

Bantu golongan tidak berkemampuan

Hospital swasta jangan abai tanggungjawabOLEh LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - hospital swasta diharap tidak mengabaikan tanggungjawab memberikan perkhidmatan rawatan dan kaunseling kepada golongan berpendapatan rendah juga sederhana.

Dato’ Menteri Besar, Mo-hamed Azmin Ali, berkata go-longan kurang berkemampuan juga berhak mendapatkan perkhidmatan kesihatan profe-sional kerana ia hak asas semua golongan tanpa mengira status dan latar belakang.

“Kerajaan Negeri mahu ja-minan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mempu-nyai akses kepada kemudahan moden juga doktor pakar pada harga berpatutan. Inilah kon-sep keadilan yang wajar diprak-tikkan sektor swasta termasuk

Kerajaan Pusat perlunaik taraf hospital lamaSHAH ALAM - Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melunaskan tanggungjawab menaiktaraf kemudahan semua hospital khususnya di Selangor demi keselesaan pesakit, kakitangan dan pelawat.

Exco Kesihatan, Kebajikan, hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata kep-erluan itu perlu ditumpukan terhadap hospital lama yang saban hari terpaksa menam-pung jumlah pesakit berskala besar.

“Kita menyambut baik seba-rang usaha untuk menaik taraf keperluan hospital khususnya yang lama. Usaha naik taraf perlu dilakukan terhadap prasa-rana, perkhidmatan kakitangan dan kepakaran doktor untuk ke-selesaan pesakit yang ada,” ka-tanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian se-bagai mengulas kenyataan Per-dana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu kerja menaik

taraf hospital dilakukan segera susulan lawatannya ke hospital Kajang, 8 September lalu.

Najib mengakui, hospital yang dibina sejak tahun 1889 itu memerlukan perhatian kerajaan untuk tujuan penambahbaikan kemudahan dan aspek kesela-matan demi keselesaan pesakit juga kakitangan.

“Kerajaan bersedia memper-timbangkan apa sahaja cadan-gan untuk mengubah suai dan menaik taraf hospital itu supa-ya dapat memberi perkhidma-tan kesihatan berkualiti dalam

Jerebu: Waspada IPU semasaSHAH ALAM - Pejabat Pusat Kh-idmat Masyarakat setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) diharap proaktif menggunakan perun-tukan yang ada untuk menyedia dan mengedarkan topeng muka kepada penduduk di kawasan masing-masing mengikut keper-luan.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi, berkata orang awam di-nasihatkan berwaspada dan mengambil berat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa bagi mengelakkan mereka terde-dah kepada pelbagai risiko yang boleh menjejaskan kesihatan.

“Keadaan jerebu mendatang-kan kesan buruk kepada semua terutama kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang menghidap penyakit seper-ti asma, paru-paru juga jantung.

“Rakyat juga disaran mening- katkan pengambilan air dan men-gurangkan aktiviti luar. Kepada pesakit yang sedang mengam-bil ubat-ubatan dinasihatkan mengambilnya secara teratur dan jika berlaku sebarang masalah pernafasan segera bertemu dok-tor,” katanya dalam kenyataan

media.Dr Daroyah, berkata perokok

juga diharap dapat mengurang-kan aktiviti itu dan mengelakkan merokok di kawasan tertutup seperti di dalam rumah.

“Pembuangan puntung rokok yang tidak dipadam sempurna dan dibuang merata-rata juga mampu mengakibatkan pemba-karan terbuka yang bakal men-gakibatkan jerebu semakin teruk.

“Pengguna jalan raya juga di-nasihatkan menjaga jarak sela-mat antara kenderaan dan elak-kan memandu jika penglihatan semakin teruk,” katanya.

Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC),” katanya ketika Majlis Peletakan Batu Asas hospital Wanita dan Kanak-kanak DEMC, di sini, pada 14 September lalu.

hadir sama Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi dan Dr Ahmad Yunus hairi; Ketua Pegawai Ek-sekutif DEMC, Datuk Dr Omar Abdul hamid dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaha-rin Mohd Saad.

hospital Wanita dan Kanak-kanak DEMC dibina di atas ka-wasan seluas dua ekar dengan kos keseluruhan RM220 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada 2018.

Ia adalah hospital pertama seumpamanya di Malaysia, bah-kan akan membuka lebih 800 peluang pekerjaan.

hospital pakar 19 tingkat itu juga menawarkan kemudahan 150 bilik pesakit, tiga bilik be-

dah, lapan bilik bersalin, empat bilik unit rawatan rapi (ICU) dan empat bilik unit rawatan intensif neonate (NICU).

Pada masa sama, hospital berkonsepkan butik eksklusif itu juga akan menempatkan 25 dok-tor pakar sepenuh masa dalam

hampir semua bidang kepak-aran seperti Infertility, Urogynae, Maternal Fetal Medicine, Neona-tolgy dan Paediatric Cardiology.

Rakyat juga disaran meningkatkan pengambilan air dan mengurangkan aktiviti luar. Kepada pesakit yang sedang mengambil ubat-ubatan dinasihatkan mengambilnya secara teratur

keadaan selesa dan selamat ke-pada mereka yang memerlukan-nya,” katanya.

Pada masa sama, Daroyah turut melahirkan kekecewaan terhadap keputusan kera-jaan yang tidak memasukkan cadangan pembinaan hospital Kapar dalam Rancangan Ma-laysia Ke-11 kerana Kerajaan Negeri sudah menyediakan ta-nah seluas 50 ekar untuk projek berkenaan, bahkan perbinca- ngan terperinci sudah diada-kan bersama pegawai KKM dan Jabatan Perdana Menteri.

Kita menyambut baik sebarang usaha untuk menaik taraf keperluan hospital khususnya yang lama

DR DAROyAH AlWIExco Kesihatan

Page 20: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

21Pendidikan

Selangorkini 18 - 25 September 2015

Adun muda minta tambah hari bersidang

OLEh NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Pejabat Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) perlu menambah hari persidan-gan bagi Adun muda dan perka-ra itu dibangkitkan mereka yang ditemui Selangor Kini pada per-sidangan itu, 9 September lalu.

Pelajar Kolej Universiti Geoma-tika, Muhammad Faisal Abd Rah-man, 20, berkata keputusan me-nambah masa dan hari bersidang membolehkan lebih ramai golon-gan muda mengambil peluang membahaskan sesuatu usul.

“Program ini adalah landasan terbaik untuk anak muda me-nyampaikan idea. Saya menjang-kakan Kerajaan Negeri akan men-gumpul data perbahasan kami seterusnya membawa dalam per-sidangan yang sebenar.

“Perlu ditambah kepada tiga hari dua malam supaya usul yang dibincangkan lebih telus dan mendalam. Dua hari satu malam tak cukup,” katanya.

Cadangan sama turut dikongsi pelajar Kolej Taylor, Sahain Nada Puthucheary, 18, selain percaya program itu memberi peluang kepada golongan muda menim-

ba pengalaman dan merasai pro-siding sebenar persidangan DNS.

“Bukan senang untuk Adun meneruskan usulnya, tambahan pula jika berada di pihak bukan majoriti. hakikatnya, setiap usul itu perlu persetujuan ramai.

“Saya juga rasa perlu lebih ban-yak usul berkenaan golongan be-lia secara langsung dan masanya pula agak pendek, tak cukup ke-luarkan semua hujah untuk ses-uatu usul,” katanya.

Sementara itu, pelajar Uni-versiti Sains Islam Malaysia, Nur Atheefa Sufeena M Suaree, 22, menyifatkan program itu mampu memberi ruang golongan muda khususnya anak jati Selangor me-mahami dasar Kerajaan Negeri.

“Saya nampak aktiviti dalam program ini mengasah bakat anak muda seperti kemahiran

pengucapan awam dan berfikir untuk mereka mengemukakan idea juga menambah pengeta-huan apa yang sebenarnya ber-

laku di Selangor.“Generasi muda juga lebih be-

rani mengemukakan idea yang agak panas berbanding ahli poli-

tik sebenar. Saya rasa elok juga ditambah slot pengisian keil-muan dalam minda anak muda,” katanya.

Kena buat lebih ‘kerja rumah’SHAH ALAM - Adun muda dis-aran membuat rujukan lebih terperinci sebelum memben-tangkan sesuatu fakta ketika membahaskan usul di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Timbalan Speaker DNS, Shafie Ngah berkata Adun muda yang terlibat dalam perbahasan juga perlu meluaskan skop rujukan mereka dengan membuat per-bandingan antara Selangor den-gan negeri lain.

“Memang bersemangat, petah

berhujah tetapi saya kira mereka perlu cari maklumat lebih lagi berhubung isu yang diketen-gahkan supaya lebih bersedia semasa berbahas.

“Selain itu, terdapat beberapa Adun muda ini yang tidak mem-fokuskan kepada isu sebenar disebabkan terlalu melayan se-rangan pihak lawan.

“Bagaimanapun, saya kira ini pendedahan bagus. Saya perca-ya walaupun ada sedikit kelema-han tentunya agak agresif tetapi

mereka boleh digilap ke tahap lebih bagus,” katanya ketika ditemui Selangor Kini ketika me-syuarat DNS Adun Muda, pada 9 September lalu.

DNS Adun Muda bersidang selama dua hari dengan peny-ertaan penuntut institusi penga-jian tinggi tempatan dan setiap mereka mewakili 56 kawasan ditetapkan dengan mengikut parti yang memenangi kawasan terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Empat syarikat kerjasama perkasa industriSHAH ALAM - Universiti Se-langor (Unisel) sekali lagi me-langkah ke hadapan dengan menandatangani memoran-dum persefahaman (MoU) serta memorandum perjanjian (MoA) bersama empat jaringan indus-tri, pada 4 September lalu.

Setiausaha Kanan Exco Pen-didikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi, Ab-bas Awang, berkata usaha itu mampu menghasilkan produk bermutu tinggi seterusnya men-jana pendapatan Unisel, bahkan ia juga selaras dengan misi Se-langor menjana dan memperku-kuh pembangunan industri.

“Diharap, usaha sebegini akan terus berkembang bagi memberi peluang golongan yang tidak mampu mengguna otak mampu mengguna otot mereka untuk menyumbang kepada pemban-gunan.

“Selama ini kita terlalu fokus kepada potensi otak sahaja tanpa memberi tumpuan dan penekanan kepada potensi lain,” katanya pada majlis Menanda-tangai MoU dan MoA berkenaan di APFT Maintenance Training Berhad, di sini.

hadir sama Timbalan Naib Canselor Akademi Unisel, Profe-

sor Dr Mokhtar Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Pe-nasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah dan wakil syarikat terbabit.

MoA memmbaitkan Unisel bersama DNS Venture Sdn Bhd dan Bostani Technology Sdn Bhd, manakala MoU pula dilak-sanakan dengan Teamwork All-gain Sdn Bhd dan APFT Mainte-nance Berhad.

Terdahulu, Kerajaan Negeri meluluskan geran RM300,000 bagi Unisel dengan kerjasama DNS Venture menghasilkan pembersih udara berjenama Airys dan ia mendapat tempah-an 100,000 unit dari Arab Saudi.

Diharap, usaha sebegini akan terus berkembang bagi memberi peluang golongan yang tidak mampu

AbbAs AWANgSetiausaha Kanan Exco Pendidikan

Page 21: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

22Agama

Selangorkini 18 - 25 September 2015

OLEh AFIX REDZUAN

KLANG - Kerajaan Selangor meng- hulurkan sumbangan RM35,000 bagi membiayai projek pembe-saran ruang solat luar Masjid Ar-Rahimin, Kampung Teluk Mene-gun, di sini.

Sumbangan itu bagi meri-ngankan beban dana keperluan jawatankuasa pembangunan masjid yang dianggarkan hampir RM200,000.

Majlis penyerahan cek disem-purnakan Dato’ Menteri Besar Se-langor, Mohamed Azmin Ali ke-pada nazir masjid, Abdul Shukor Idris.

Abdul Shukor, 63, yang ber-khidmat hampir enam tahun me-ngakui pembesaran ruang solat itu adalah keperluan mendesak bagi memberikan keselesaan ke-pada kariah setempat.

“Kita akan melakukan peleba-ran ruang solat luar yang memer-

Masjid Ar-Rahimin terimasumbangan RM200,000

SHAH ALAM - Bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) memban-tu mengurangkan beban Mohd harris Asraf, 2, dari Rawang yang menghidapi masalah usus sejak lahir.

Menerusi laman rasmi LZS, ter-kini keluarga harris menerima ban-tuan pembelian rumah kos rendah di Bukit Beruntung, Rawang.

Sehubungan itu, LZS mengu-capkan jutaan terima kasih kepa-da warga pembayar zakat yang membolehkan mereka memban-tu golongan asnaf yang memer-lukan.

Sebelum ini, keluarga har-ris termasuk ayahnya, Rohaizat Ashikin menerima bantuan ke-

wangan dan makanan bulanan, pendidikan, bantuan raya, tung-gakan bil hospital serta peruba-tan.

Pada 2013, Rohaizat yang be- kerja sebagai pemandu teksi ter-beban dengan kekangan anaknya itu sehingga tidak dapat fokus bekerja seterusnya menyebab-kan tunggakan sewa teksi.

Keadaan itu menyebabkan ke-hidupan mereka bertambah su-kar sebelum disantuni LZS yang kemudian membiayai hutang sewa teksinya.

harris menghadapi masalah kesihatan sejak dilahirkan dan memerlukan penjagaan rapi dari-pada ayah dan ibunya.

SUNGAI BULOH - Karnival Kam-pungku Kesayanganku (3K) me-nitikberatkan semangat kerjasa-ma masyarakat ke arah menjaga kesejahteraan dan keselamatan kampung.

Exco Agama Islam, Adat Me-layu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus hairi, berkata program itu memberi kesedaran masyarakat berkenaan tanggungjawab ber-sama selain berkongsi maklumat

berhubung Kerajaan Negeri.“Program itu menjadikan

masjid sebagai lokasi membabit-kan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dengan orang ramai dide- dahkan pelbagai program ter-masuk penjagaan alam sekitar, kebersihan dan keselamatan kampung.

“Ia adalah tanggungjawab bersama dan bukan setakat di bawah jabatan atau agensi ter-tentu,” katanya, di sini.

Program 3K di Kampung Kubu Gajah dalam DUN Paya Jaras, di sini adalah yang kelima dan membabitkan semua daerah di Selangor.

Ia membabitkan pelbagai ja-batan dan agensi kerajaan dalam menyampaikan maklumat se-cara langsung termasuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Ahmad Yunus berkata, pro-gram dua hari itu bermula den-

gan sesi perjumpaan bersama Pejabat Agama Islam Daerah dii-kuti tazkirah Jumaat dan terselit maklumat yang perlu disampai-kan kepada masyarakat berke-naan akidah, ajaran sesat dan maqasid syariah.

“Program diteruskan keeso-kannya seperti sembang santai, sesi bersama masyarakat dan program motivasi. Saya kira ia memberi manfaat berguna kepa-da orang ramai,” katanya.

3K erat kerjasama masyarakat kampung

LZS bantu kurangkan beban keluarga Rohaizat

lukan kos hampir RM180,000. Kita mohon sumbangan lebih banyak bagi mencukupkan dana.

“Masjid ini dapat menampung

2,000 jemaah untuk satu masa. Biasanya untuk solat Jumaat ke-hadiran jemaah akan melimpah dan mencukupi pada waktu bia-

sa,” katanya.Dijangkakan projek pembesa-

ran seluas 1,700 kaki persegi itu akan bermula Oktober ini.

SUNGAI BULOH - Program menarik dan berbeza perlu diadakan dalam Karnival Kampungku Kesayan-ganku (3K) bagi mencetuskan mi-nat masyarakat untuk hadir meme-riahkannya.

‘Wow’ tarik minat golongan muda

h i s h a m -uddin Mohd Nor, 34, ber-kata pro-gram yang memiliki fak-tor pemikat atau ‘wow’ perlu bagi menghindar-kan perspek-tif negatif masyarakat terhadap kar-nival anjuran kerajaan.

“Ia perlu diadakan dengan wu-jud sesuatu berbeza bagi menarik minat ramai terutama golongan muda dan belia ke majlis seperti ini.

“Menghimpunkan banyak ja-batan dan agensi rasanya belum cukup untuk tujuan ini walaupun ia baik serta bermanfaat kepada semua,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagaimanapun, tidak kurang yang memuji langkah Kerajaan Negeri mengadakan 3K termasuk husaini Roslin.

h u s a i n i , 30, berkata pembabitan lebih banyak jabatan dan agensi Kera-jaan Negeri penting ke arah me- n y a l u r k a n lebih banyak informasi ke-

pada masyarakat.“Kita perlukan pembabitan lebih

supaya maklumat dapat disam-paikan lebih jelas serta dekat men-dampingi masyarakat. Ia bagus kerana membawa banyak kebaik-an selain menjimatkan kos kerana pihak berkuasa berhubung terus dengan pelanggan,” katanya.

Mohd Shah Sani, 61, pula ber-kata komunikasi Kerajaan Negeri dan masyarakat dapat diwujudkan secara berkesan melalui karnival berkenaan.

“Satu pendekatan baik diambil kerajaan dalam menganjurkannya. Masyarakat terutama penduduk setempat juga boleh mengeratkan silaturrahim dalam program ini,” ka-tanya.

Page 22: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

23Selangorkini 18 - 25 September 2015

Sukan

WAKTU SOLAT SeLAngOr18 - 25 September 20154 - 11 Zulhijjah 1436H

Gombak, hulu Selangor, Rawang, hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

18 Jumaat 5:38 5:48 7:04 1:10 4:13 7:13 8:2219 Sabtu 5:38 5:48 7:04 1:10 4:13 7:13 8:2220 Ahad 5:38 5:48 7:04 1:10 4:14 7:12 8:2121 Isnin 5:38 5:48 7:04 1:09 4:14 7:12 8:2122 Selasa 5:38 5:48 7:03 1:09 4:14 7:11 8:2023 Rabu 5:37 5:47 7:03 1:09 4:14 7:11 8:2024 Khamis 5:37 5:47 7:03 1:08 4:15 7:10 8:1925 Jumaat 5:37 5:47 7:03 1:08 4:15 7:10 8:19

18 Jumaat 5:40 5:50 7:06 1:12 4:15 7:15 8:2419 Sabtu 5:40 5:50 7:06 1:12 4:15 7:15 8:2420 Ahad 5:40 5:50 7:06 1:12 4:16 7:14 8:2321 Isnin 5:40 5:50 7:06 1:11 4:16 7:14 8:2322 Selasa 5:40 5:50 7:05 1:11 4:16 7:13 8:2223 Rabu 5:39 5:49 7:05 1:11 4:16 7:13 8:2224 Khamis 5:39 5:49 7:05 1:10 4:17 7:12 8:2125 Jumaat 5:39 5:49 7:05 1:10 4:17 7:12 8:21

OLEh:NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Pelumba OA Ra- cing Team, Azrul Affendi hadi berjaya mengukuhkan kedudukan walaupun tercicir dua perlumbaan sebelum ini selepas menjuarai pusingan ke-6 Ke-juaraan Petronas AAM Cup Prix 2015 yang berlangsung di Kangar, Perlis, pada 15 hingga 16 Ogos lalu.

Beliau yang beraksi dalam kategori Pro-Am ketika ini berjaya mengumpul 88 mata dengan hanya ketinggalan empat mata di belakang pendahulu keseluruhan, Yusof Omar.

Pengurus OA Racing Team, hadi Anak Jembik, berkata kemenangan itu memberi suntikan semangat kepada Azrul untuk meneruskan rentak keme-nangan dengan baki empat pusingan.

“Ini adalah kemenangan kedua ber-

turut-turut selepas menang pada pu-singan pertama. Jika kekal konsisten, saya yakin kami mampu bergelar juara keseluruhan tahun ini dan percaya Az-rul boleh melakukannya,” katanya ke-pada Selangor Kini, di sini, pada 9 Sep-tember lalu.

Terdahulu, perlawanan itu menyak-sikan Azrul berjaya menduduki petak pertama pada perlumbaan saringan dan akhir selepas mencatatkan masa sepusingan terpantas.

Pada perlumbaan akhir, Azrul men-catatkan masa tujuh minit 53.9 saat meninggalkan jauh pelumba di tem-pat kedua, Md Faiz Azmi dengan 5.821 saat di belakang.

Azrul yang menunggang jentera nombor 19 turut menjuarai pusingan pertama di Temerloh, Pahang dan pu-singan ke-5 yang berlangsung di Sta-

Kejuaraan Petronas AAM Cup Prix 2015

Orang Asal Selangor juara lagi

SHAH ALAM - Impian OA Racing Team meneruskan penyertaan di peringkat lebih tinggi selepas men-juarai tiga pusingan di Petronas AAM Cup Prix 2015 mungkin sukar apabila pasukan itu gagal mendapat penajaan.

Pengurusnya, hadi Anak Jembik, berkata sehing-ga kini pihaknya masih bergelut mencari penaja bagi membiayai kos pembelian, modifikasi jentera per-lumbaan dan kos lain bagi menyertai perlumbaan Asia Road Racing yang masih berbaki dua pusingan.

“Sejak 2013, kami sudah 12 kali naik podium den-gan enam kali sebagai juara tetapi masih tidak ada penaja yang tampil membantu kami. Saya harap ada pihak swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tampil menaja,” katanya ketika dihubungi Se-langor Kini.

Dalam Kejuaraan Petronas AAM Cup Prix 2015, OA Racing Team tercicir dua perlumbaan disebab-kan kekurangan sumber kewangan bagi menam-pung kos perlumbaan.

Namun, jentera OA Racing Team yang dikemudi Azrul Affendi hadi mampu menduduki tempat ked-ua dengan hanya empat mata di belakang penda-hulu apabila menjuarai pusingan di Temerloh, Mela-ka dan Perlis.

Prestasi cemerlang di Petronas AAM Cup Prix 2015 menyuntik semangat besar buat pasukan dari Kampung Bukit Tadom, Banting itu menyertai Ke-juaraan FIM Asia Road Racing Championship dan Malaysia Super Series.

Rayu penaja, idam aksi di Asia Road Racing

SHAH ALAM - Gombak dan hulu Lan-gat bersaing sengit di gelanggang memanah Sukan Selangor (Sukses) 2015 apabila menguasai kutipan pin-gat emas dalam 12 acara dilangsung-kan, pada 11 September lalu.

Dua daerah itu memenangi sembi-lan emas iaitu Gombak (lima), manaka-la hulu Langat (empat) diikuti Petaling (dua) dan Klang (satu).

Muhammad Khairuzaman meng-hadirkan ceria bagi kem Gombak apabila cemerlang meraih tiga emas

dalam Compound 30 meter (m), 50m dan 70m lelaki, selain Muhammad Id-ris dengan dua emas melalui Recurve 50m dan 70m Lelaki.

hulu Langat pula berbangga dengan pemanah wanita dengan Siti Farah Iz-zati memenangi dua emas (Compound 30m dan 50m wanita) serta satu dari-pada Nur Adlina Marini (Recurve 60m wanita) selain pemanah lelaki, Muham-mad Ikram (Recurve 30m lelaki).

Klang mencuri tumpuan dengan Fatin Izzati (Compound 60m wanita)

mengutip emas menghampakan Siti Farah Izzati (hulu Langat) di tempat kedua dan Rikasa Fira (Gombak) ketiga.

Petaling meneruskan kecemerlan-gan dalam lumba basikal apabila me-nyapu bersih empat emas dalam em-pat acara.

Nurul Alissa menyumbang dua emas menerusi 200 meter dan Krite-rium Wanita serta masing-masing satu daripada Muhammad Shariz Efandi (200 m lelaki) dan Izat Tolha (kriterium lelaki).

Pemanah Gombak dan Hulu Langat tunjuk gah

Jika kekal konsisten, saya yakin kami mampu bergelar juara keseluruhan tahun ini dan percaya Azrul boleh melakukannyaHADI ANAK JEMbIKPengurus OA Racing Teamdium hang Jebat, Melaka.

OA Racing Team adalah pasukan yang dianggotai Orang Asal Selangor dan berpangkalan di Kampung Bukit Tadom, Banting.

Page 23: PERCUMA 18 - 25 September 2015, 4 - 11 Zulhijjah1436 www ... · PDF fileAhli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar ... boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya

Gam

bar o

leh

Asrie

Sap

fie

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanAngkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985

OLEh LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Stadium Shah Alam di-jadual siap sepenuhnya sebelum Piala Sul-tan Selangor, pada Oktober ini.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulakan kerja pemasangan lebih awal daripada insiden kekecohan sebelum ini.

Katanya, tindakan itu diambil sebagai salah satu langkah keselamatan di dalam kawasan stadium terutama membabitkan aksi penonton.

“Sebanyak 80 CCTV dipasang sebelum insiden itu yang menunjukkan bahawa kita memang mengambil berat hal membabit-kan isu keselamatan.

“Kita jangka semuanya siap dipasang pada Oktober dan dapat membantu jika insiden tidak diingini berlaku lagi,” katanya selepas Majlis Peletakan Batu Asas hospital Wanita dan Kanak-kanak Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), di sini, pada 14 Sep-

OLEh HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Klang dan Petaling merancakkan saingan Sukan Selangor (Sukses) 2015 apabila cemerlang di ge-langgang olahraga dengan pungutan 13 emas daripada 16 acara.

Klang mengatasi Petaling yang juga juara Sukses 2013 apabila menang tujuh berbanding enam emas diikuti hulu Selangor (dua) dan hulu Langat (satu).

Atlet kedua-dua daerah mencuri tum-puan dalam acara pecut 100 meter (m) lelaki dan wanita dengan keputu-san 1–1.

Klang meraih emas 100m lelaki melalui Mu-hammad Aqil Yasmin, sekali gus mengham-pakan Md hazwan Ghalib (Petaling) un-tuk perak dan Muhammad Khairul Amin (Kuala Selangor) gangsa.

Petaling menebus kekecewaan dalam 100m wanita melalui hee Xio Yi yang mengetepikan cabaran Lim Yin Xuan (Klang) serta Yip Wan Ni (hulu Langat) ketiga.

Enam emas lain untuk Klang diraih Faris hazim Jamlaujuddin (lontar peluru lelaki), Muhammad Fariz hazim (mere-jam lembing lelaki), Muhammad hafiz

Pantau Stadium Shah Alam

MB: CCTV tambahan siap Oktober

SUKSES: Klang, Petaling bersaing kuasai olahraga

Sebanyak 80 CCTV dipasang sebelum insiden itu yang menunjukkan bahawa kita memang mengambil berat hal membabitkan isu keselamatan

MOHAMED AZMINDato’ Menteri Besartember lalu.

Terdahulu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata RM2.2 juta diperuntukkan bagi memasang 80 CCTV berkenaan.

Pada 8 September lalu, perlawanan ke-layakan Piala Dunia 2018 antara Malay-sia dan Arab Saudi dicemari tindakan pe-nyokong membakar suar, bom asap dan mercun.

Mohd Razali (110m lari berpagar lelaki), Norhasimah Mohd Shahril (Lontar Pe-luru Wanita), Joeyne Ong (100m lari ber-pagar wanita) dan pasukan 4x100m wanita.

Manakala, lima emas Petaling dari

Amirul hakim Johari (5000m lelaki), Mohd Sharin Azuan (lompat jauh le-laki), Tay Fung Liang (800m lelaki), Mu-hammad hairi Rosman (10,000m jalan kaki lelaki) dan pasukan 4x100m lelaki.

Pelari hulu Selangor, A Manissha mempamerkan kecemerlangan da-lam 800m dan 5,000m wanita dengan meraih dua emas, manakala hulu La-ngat berpuashati dengan emas tung-gal melalui Nurul Emilia Abd Razi (re-jam lembing).

Klang mengatasi Petaling yang juga juara Sukses 2013 apabila menang tujuh berbanding enam emas diikuti Hulu Selangor (dua) dan Hulu Langat

(satu).

CEMERLANG... Pasukan AR Kenthos berjaya dinobatkan

sebagai juara selepas berjaya menewaskan

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam Pestabola Merdeka anjuran Setiausaha

Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

Perlawanan yang berlangsung

selama dua hari itu menyaksikan enam

pasukan bertanding bagi merebut

kejuaraan.