kewujudan ciri-ciri kreatif dalam mereka cipta : … · kita capai. kejayaan yang kita hasratkan,...

23

Upload: lephuc

Post on 10-Apr-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam
Page 2: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam
Page 3: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : SATU TINJAUAN

TERHADAP PELAJAR TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH DI SEKITAR DAERAH

SEGAMAT JOHOR

MUHAMMAD KHAIRIE B. ABD KARIM

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam).

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

SEPTEMBER, 2004

Page 4: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

ii

Page 5: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayahanda dan bonda,

Abd Karim b. Sabid Khan, Siti Fatimah bt Ahmad,

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup

anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua terima kasih atas segalanya.

Buat kekakanda-kekakanda ,

Siti Hajar bt Abd Karim,

Siti Mariam bt Abd Karim Siti Noraishah bt Abd Karim

Siti Norhamidah bt Abd Karim Siti Norashikin bt Abd Karim

Mohamed Farid b. Abd Karim ,

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Page 6: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, saya dapat menyiapkan Kajian in.

Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, Prof. Madya

Dr. Muhammad Rashid b. Rajuddin yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan,

tunjuk ajar dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang

mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada penasihat akademik En. Kandar b.

Selamat, segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu

diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan

membalasnya serta maafkanlah segala kesilapan yang lalu.

Sekalung ucapan terima kasih kepada pensyarah bahagian Jabatan Teknik dan

Vokasional, pembantu-pembantu bengkel dan kepada yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini

Akhir sekali, ucapan ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana sudi

menghulurkan bantuan, pendapat dan idea dalam menjayakan projek penyelidikan ini.

Segala ganjaran dan pembalasan semuanya ku serahkan pada Yang Maha Esa.

Page 7: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada para pelajar sekolah rendah

Tahap 2 memilikki ciri-ciri seorang yang kreatif dalam mereka cipta. Lima persoalan

kajian telah dibina bagi menyelidik tahap kreatif para pelajar. Ciri-ciri kreatif yang dikaji

adalah dari segi sifat ingin tahu pelajar,daya imaginasi pelajar, kebolehan memanipulasi

idea, keberanian pelajar dan minat pelajar terhadap seni. Temubual berstruktur

digunakan untuk mengumpul data bagi kajian berbentuk Ya dan Tidak. Responden kajian

terdiri daripada 111 orang pelajar Tahun 4 dan 5 dari tiga buah sekolah rendah di sekitar

daerah Segamat Johor . Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS (

Statistical Package for the Social Science ) Versi 10.0. Hasil analisis mengikut item

diterjemahkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Hasil kajian menunjukkan para

pelajar mempunyai ciri-ciri seorang yang kreatif sebagaimana yang dikehendaki dalam

reka cipta dan berada pada tahap sederhana. Namun analisis terdapat juga data yang

menunjukkan para pelajar ini mempunyai ciri-ciri sifat ingin tahu dan berada pada tahap

yang tinggi. Adalah dicadangkan agar kajian-kajian seperti ini dijalankan pada tahap

umur yang lebih tinggi iaitu bagi para pelajar di peringkat sekolah menegah di Malaysia.

Page 8: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the creativity in invention among the

second level of Primary school students. Five research questions were constructed to

identify the level of creativity among the students. The types of creativity were; self

inquiries, imagination, skill of manipulation ideas, courage and interested in art.

Structured interview was used as a mean of collecting data. A total of 111 Standard 4 and

Standard 5 students from three Segamat Primary Schools were selected. Items analysis

were done using SPSS (Statistical Package for the Social Science) version 10.0 which

were then interpreted into frequencies and percentages. Results showed that the

achievement of students in those levels were at average level. However through the item

analysis, specific high levels in self inquiries were identified. It is recommended for

future research, this similar research should be conducted at the Secondary level students

in Malaysia.

Page 9: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1

JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif kajian 1.5 Persoalan Kajian

i

ii

iii

iv v

vi

vii

xii

xiv

xv

1 3 5 6 6

Page 10: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

viii

BAB II BAB III

1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Batasan Kajian 1.8 Definisi Istilah SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan

2.2 Keperluan Asas Untuk Mereka Cipta

2.2.1 Prasyarat Pada Diri Seorang

Pereka Cipta 2.2.2 Galakan Daripada Masyarakat Dan

Negara 2.3 Menilai Potensi Diri Untuk Mereka Cipta 2.4 Kreativiti dan Peranannya Dalam Reka

Cipta 2.5 Sifat-sifat Orang Yang Kreatif

2.5.1 Sifat ingin tahu Kanak-kanak 2.5.2 Daya Imaginasi Kanak-kanak 2.5.3 Kebolehan Memanipulasi Idea 2.5.4 Keberanian 2.5.5 Minat Terhadap Seni

2.6 Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam

Reka Cipta

2.6.1 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 2.7 Aspek Perkembangan Kanak-kanak. METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan

7 8 8

10

10

11

11

11

12

12

13 14 14 15 16

17

18

20

22

Page 11: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

ix

BAB IV

3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 3.4 Instrumen Kajian 3.5 Pembinaan Soal Selidik

3.5.1 Bahagian A 3.5.2 Bahagian B 3.6 Kesahan 3.7 Tatacara Kajian 3.8 Analisis Data ANALISA DATA 4.1 Pengenalan 4.2 Dapatan Kajian bahagian A 4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Umur 4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Jantina 4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Bangsa 4.2.4 Taburan Responden Mengikut

Agama 4.2.5 Taburan Responden Mengikut

Darjah Kelas Dan Sekolah 4.3 Dapatan Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1 4.3.2 Persoalan Kajian 2

22

23

25

25

26

26

27

27

28

30

31

31

32

32

33

34

35

35

37

Page 12: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

x

BAB V

4.3.3 Persoalan Kajian 3 4.3.4 Persoalan Kajian 4 4.3.5 Persoalan Kajian 5 4.4 Kesimpulan PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Rumusan 5.2.1 Latar Belakang Responden 5.2.2 Sifat Ingin Tahu 5.2.3 Daya Imaginasi 5.2.4 Kebolehan Memanipulasi Idea

Yang Sedia Ada 5.2.5 Keberanian 5.2.6 Minat Dalam Seni 5.2.7 Keseluruhan Rumusan 5.3 Perbincangan 5.4 Cadangan 5.4.1 Cadangan Kepada Ibu Bapa 5.4.2 Cadangan Kepada Guru Serta Pihak

Sekolah 5.4.3 Cadangan Kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia

39

41

44

46

48

50

50

50

51

52

53

53

54

54

59

59

59

60

Page 13: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

xi

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 5.6 Penutup RUJUKAN LAMPIRAN Lampiran A ( Borang Soal Selidik) Lampiran B ( Borang Keesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian) Lampiran C (Surat Kebenaran EPRD) Lampiran D ( Surat Kebenaran SRK Dato Wan Idris) Lampiran E (Surat Kebenaran SRK Bukit Hampar) Lampiran F ( Surat Kebenaran SRK Kampung Tengah) Lampiran G ( Surat Kebenaran UTM)

60

61

62

64

68

70

73

75

77

79

Page 14: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

xii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 3.2 3.3 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7

Pemilihan Sampel mengikut sekolah-sekolah yang dikaji Taburan Soalan Mengikut Setiap Pembolehubah Analisis Skor Markah dan Tahap Pencapaian Kreatif Secara Keseluruhan Mengikut Peratus Bilangan responden yang terlibat dalam kajian. Taburan Responden mengikut umur Taburan Responden Mengikut Jantina Taburan Responden Mengikut Bangsa Taburan Responden Mengikut Agama Taburan Responden Mengikut Darjah kelas dan

Sekolah

Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

yang menjawab Persoalan Kajian 1

24

27

29

31

32

32

33

33

34

36

Page 15: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

xiii

4.8 4.9 4.10

4.11 4.12

Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

yang menjawab Persoalan Kajian 2

Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

yang menjawab Persoalan Kajian 3

Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

yang menjawab Persoalan Kajian 4

Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

yang menjawab Persoalan Kajian 5

Kesimpulan keseluruhan persoalan kajian

38

40

42

44

47

Page 16: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1

Dua Komponen Kemahiran Berfikir secara Kreatif

20

Page 17: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

Borang Soal selidik

64

B Borang Keesahan Isi Kandungan

Instrumen

68

C Surat Kebenaran EPRD

70

D Surat Kebenaran SRK Dato Wan Idris

73

E Surat Kebenaran SRK Bukit Hampar

75

F Surat Kebenaran SRK Kampung Tengah

77

G Surat Kebenaran UTM 79

Page 18: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Semenjak pendidikan pravokasional diperkenalkan dalam sistem Aneka Jurusan

pada tahun 1965, banyak perubahan yang dinamik telah berlaku bagi memenuhi hasrat

kerajaan dan hala tuju pendidikan Negara sejajar dengan perkembangan sains dan

teknologi. Empat mata pelajaran elektif ditawarkan dalam sistem tersebut iaitu Seni

Perusahaan, Perdagangan dan Keusahawanan, Sains Pertanian dan Ekonomi Rumah

Tangga (Bidang Perancangan Dasar dan Penilaian Kurikulum :1996).

Selain itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) mendapati bahawa mata-mata

pelajaran elektif ini menjurus pelajar kepada pengkhususan terlalu awal. Oleh kerana itu

Kementerian Pendidikan telah menggubal dan melaksanakan mata pelajaran Kemahiran

Hidup pada tahun 1989 yang bercorak umum dan lebih berguna kepada kehidupan

seharian.

Bagi usaha ke arah menanamkan celik teknologi, kesedaran ekonomi dan

kemahiran sosial di kalangan pelajar, maka mata pelajaran Kemahiran Hidup mula

diperkenalkan bermula pada Tahap 2 di sekolah rendah lagi . Ia juga ditawarkan di

sekolah menengah rendah sebagai kesinambungan dalam persediaan pelajar menangani

Page 19: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

cabaran-cabaran menjelang abad ke 21 (Bidang Perancangan Dasar dan Penilaian

Kurikulum : 1996).

Menurut (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

1996) terdapat komponen baru yang diperkenalkan dalam kurikulum Kemahiran Hidup

sekolah rendah dan menengah rendah serta elektif baru untuk sekolah menengah atas,

komponen baru tersebut ialah Reka Cipta . Ia mula dilaksanakan sepenuhnya di semua

sekolah rendah dan menengah rendah serta beberapa buah sekolah menengah atas terpilih

mulai tahun 1996. Reka Cipta diperkenalkan bertujuan melahirkan generasi Malaysia

yang lebih kreatif, inovatif dan inventif agar mereka dapat menyumbang ke arah

merealisasikan Wawasan 2020 (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian

Pendidikan Malaysia: 1996)

Berdasarkan pernyataan dari Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian

Pendidikan Malaysia (1996). Setiap manusia mempunyai potensi diri masing-masing.

Melalui pemerhatian dan perbincangan kita boleh menilai potensi seseorang dalam reka

cipta. Sikap, sifat dan perlakuan seseorang dapat menggambarkan minat dan potensi

dirinya. Antara ciri-ciri seorang yang berpotensi untuk mereka cipta ialah sentiasa kreatif

di dalam menyuarakan pendapat dan idea. Selain itu kita dapat melihat kreativiti

daripada tiga aspek iatu sikap, atau tabiat seseorang , proses minda dan dan produk yang

dihasilkan. Berdasarkan pernyataan tersebut maka kita dapat menilai dan melihat

kreativiti kanak-kanak melalui sikap atau tabiat kanak-kanak tersebut. Oleh itu tujuan

utama kajian ini dijalankan adalah untuk menilai potensi seseorang tersebut sejak dari

peringkat sekolah rendah lagi.

Page 20: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

1.2 Latar belakang masalah

Menurut Som dan Dahalan (1998) bekas Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato’

Seri Dr Mahathir Mohamed mengatakan bahawa Malaysia mempunyai sistem pendidikan

yang terbaik di kalangan dunia ketiga. Tetapi disebaliknya untuk perjalanan yang akan

kita tentukan untuk generasi kedua, piawai baru perlu kita tetapkan dan kejayaan perlu

kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan

antara lain termasuklah cabaran yang keenam dalam wawasan 2020, iaitu mewujudkan

masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh

ke hadapan. Masyarakat yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga

memberi sumbangan kepada kemajuan teknologi masa hadapan.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1996) Reka cipta adalah mata

pelajaran yang berasaskan kemahiran teknologi dan kreativiti. Namun bagi memenuhi

kehendak dan menangani cabaran kurikulum abad ke 21, hala tuju dan perkembangan

teknologi Negara perlu dijadikan sebagai landasan. Oleh itu kurikulum Reka cipta harus

lebih bersepadu dari segi pendekatan dan juga relevan bagi memenuhi kehendak semasa.

Ini kerana dunia sentiasa berubah dan perubahan tersebut berlaku terlalu pantas. Ilmu,

kemahiran dan maklumat berkembang berlipat ganda dalam masa yang singkat. Tidak

ketinggalan perkembangan sebegini juga berlaku di negara kita.

Sebagaimana yang kita ketahui, golongan yang mereka cipta adalah golongan

yang mempunyai pemikiran yang kreatif. Menurut Som dan Dahalan (1998) lagi,

manusia dilahirkan kreatif dan unsur-unsur kreatif itu memang wujud dalam diri kita.

Cuma apa yang berlaku ialah ia tidak dipupuk dan dikembangkan kerana kita tidak

menyedari bahawa diri kita itu ada mempunyai daya kreatif. Kadang kala susasana dan

persekitaran yang tidak menggalakkan mematikan kreativiti kita. Kenyataan tersebut juga

turut disokong oleh Ainon dan Abdullah (1994) yang mengatakan sebilangan tokoh

Page 21: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

kreativiti percaya bahawa semua orang kreatif, tetapi kepintaran kreatif mereka kemudian

tertekan dan terbantut dan ia mula-mula berlaku di sekolah. Maka untuk melahirkan

individu-individu yang kreatif yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas,

persekitaran dan suasana yang menggalakkan perlu disediakan agar idea-idea yang kreatif

dapat dijanakan. Ini amat penting terutama sekali di sekolah bermula dari sekolah rendah

lagi.

Selain itu menurut Ab Rahim (2000), minat untuk kreatif tidak semestinya timbul

dengan adanya bakat sebaliknya ia perlu dipupuk dan dididik. Oleh itu kemahiran-

kemahiran menuju ke arah pemikiran kreatif perlulah diberikan penekanan dalam

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini adalah supaya potensi murid untuk berkreatif

terutama dalam reka cipta dapat dikembangkan kepada tahap yang sewajarnya mengikut

kesesuaian umur pelajar.

Sesungguhnya kajian-kajian tentang ciri-ciri kreatif atau perkara yang berkaitan

dengannya amat kurang dijalankan. Selain itu penyelidikan terhadap pelajar sekolah

terutama pelajar sekolah rendah juga kurang terutama dalam mengkaji tentang ciri-ciri

seorang yang kreatif. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Hassan (1997) bahawa bahan-

bahan rujukan terutama dalam bidang kreativiti atau daya cipta amat berkurangan.

Maka ini telah mendorong pengkaji untuk mejalankan kajian bagi mengenalpasti

ciri-ciri yang wujud dikalangan pelajar sekolah rendah supaya kita dapat melahirkan

lebih ramai pereka cipta bagi merealisasikan wawasan 2020 dan juga untuk memberi

sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan juga yang berminat mengkaji bidang

kreatif ini.

Page 22: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

1.3 Pernyataan masalah

Cabaran ke enam dalam wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang

saintifik dan progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakin sebuah

masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi

penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.

Bidang reka cipta adalah merupakan salah satu bidang yang mampu memenuhi

cabaran tersebut. Reka cipta telah diserapkankan ke dalam kemahiran hidup dan mula

diperkenalkan di kalangan pelajar Tahap 2 di sekolah rendah dan pelajar sekolah

menengah rendah selain dijadikan mata pelajaran elektif di sekolah menengah atas.

Oleh itu bidang reka cipta ini harus dipupuk sejak dari peringkat awal

persekolahan lagi terutama bagi pelajar sekolah rendah dari Tahap 2. Namun adakah

pelajar sekolah rendah Tahap 2 ini mempunyai ciri-ciri seseorang yang kreatif terutama

dalam bidang reka cipta supaya dapat melahirkan generasi yang dikehendaki

sebagaimana yang dinyatakan di dalam Cabaran Wawasan 2020 tersebut

Dari pernyataan di atas, maka timbul minat pengkaji untuk mengkaji dan

mengenalpasti ciri-ciri kreatif yang wujud di kalangan para pelajar sekolah rendah tahap

dua ini.

Page 23: KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan antara lain termasuklah cabaran yang keenam

1.4 Objektif kajian Objektif kajian ini adalah untuk:

i) Mengenalpasti sama ada pelajar mempunyai sifat ingin tahu.

ii) Mengenalpasti sama ada pelajar mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

iii) Mengenalpasti sama ada pelajar mempunyai kebolehan memanipulasi idea

yang sedia ada.

iv) Mengenalpasti sama ada pelajar mempunyai keberanian.

v) Mengenalpasti sama ada pelajar mempunyai minat dalam seni.

1.5 Persoalan kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

i. Adakah pelajar ini mempunyai sifat ingin tahu?

ii. Adakah pelajar ini mempunyai daya imaginasi yang tinggi?

iii. Adakah pelajar ini mempunyai kebolehan memanipulasi idea yang sedia ada?

iv. Adakah pelajar ini mempunyai keberanian?

v. Adakah pelajar ini mempunyai minat dalam seni?