ketaksamaan sosial di lebanon

6
1.0 PENDAHULUAN Nama Lebanon (Loubnan) berasal daripada Aramaic, yang bermaksud putih iaitu merujuk kepada kemuncak gunung yang diliputi salji. Lebanon merupakan sebuah negara kecil yang terletak di timur tebing laut Mediterranean dan bersempadan dengan negara Syria dan Palestin. Negara ini berkeluasan 10,453 Km 2 , dengan panjang 250 km dan kelebaran 40 hingga 70km. Ibu negara Lebanon ialah Beirut. Lebanon mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1943. Sehingga Julai 2014, populasi penduduk Lebanon dianggarkan seramai 5,882,562 orang iaitu 50.06% orang lelaki dan 49.94% orang perempuan. Kumpulan etnik di Lebanon terdiri daripada Arab (95%), Armenian (4%) dan lain-lain (1%). Bahasa rasmi bagi negara ini ialah Bahasa Arab, walau bagaimanapun Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis turut digunakan secara meluas. Dari segi agama, terdapat 18 agama di Lebanon iaitu terdiri daripada Muslim 54% (27 % Sunni dan 27% Syiah), Kristian 40.5% dan selebihnya merupakan penganut agama Yahudi, Buddha, Hindu dan Mormos. Oleh sebab itu, keadaan di Lebanon boleh dikatakan homogenous dari segi etnik dan hampir tiada ketaksamaan etnik yang berlaku. 2.0 KETAKSAMAAN SOSIAL DI LEBANON 1

Upload: cheyennelea

Post on 01-Feb-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Inequality in Lebanon

TRANSCRIPT

Page 1: Ketaksamaan Sosial Di Lebanon

1.0 PENDAHULUAN

Nama Lebanon (Loubnan) berasal daripada Aramaic, yang bermaksud putih

iaitu merujuk kepada kemuncak gunung yang diliputi salji. Lebanon

merupakan sebuah negara kecil yang terletak di timur tebing laut

Mediterranean dan bersempadan dengan negara Syria dan Palestin. Negara

ini berkeluasan 10,453 Km2, dengan panjang 250 km dan kelebaran 40 hingga

70km. Ibu negara Lebanon ialah Beirut. Lebanon mendapat kemerdekaan

daripada Perancis pada tahun 1943.

Sehingga Julai 2014, populasi penduduk Lebanon dianggarkan seramai

5,882,562 orang iaitu 50.06% orang lelaki dan 49.94% orang perempuan.

Kumpulan etnik di Lebanon terdiri daripada Arab (95%), Armenian (4%) dan

lain-lain (1%). Bahasa rasmi bagi negara ini ialah Bahasa Arab, walau

bagaimanapun Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis turut digunakan secara

meluas. Dari segi agama, terdapat 18 agama di Lebanon iaitu terdiri daripada

Muslim 54% (27 % Sunni dan 27% Syiah), Kristian 40.5% dan selebihnya

merupakan penganut agama Yahudi, Buddha, Hindu dan Mormos. Oleh sebab

itu, keadaan di Lebanon boleh dikatakan homogenous dari segi etnik dan

hampir tiada ketaksamaan etnik yang berlaku.

1

Page 2: Ketaksamaan Sosial Di Lebanon

2.0 KETAKSAMAAN SOSIAL DI LEBANON

Ketaksamaan sosial merangkumi apa juga bentuk penyusunan manusia ke

dalam kedudukan-kedudukan sosial yang tidak sama rata dan terbentuk

menerusi proses penilaian dan penyusunan taraf ke atas manusia dan

kedudukan sosial (tugas atau peranan). Individu atau kumpulan yang memiliki

ciri atau kedudukan sosial yang berbeza dinilai dan disusun taraf secara

berbeza. Lalu diikuti dengan agihan peluang dan ganjaran dalam kadar yang

berbeza (Kntayya Mariappan, 2000).

2.1 Ketaksamaan Gender

Ketaksamaan gender yang berlaku di Lebanon sebenarnya berpunca

daripada tradisi dan kebudayaan. Sistem partriarki yang melebihkan kaum

lelaki ternyata menyebabkan berlaku ketaksamaan gender. Meskipun,

ramai wanita Lebanon memperolehi taraf pendidikan tinggi iaitu sebanyak

55% merupakan lulusan universiti, namun penyertaan dalam sektor

pekerjaan tidak begitu memberangsangkan iaitu hanya 19.624% yang

bekerja. Pada tahun 2011, hanya 21% daripada wanita yang memiliki

sumber ekonomi sendiri, berbanding lelaki sebanyak 66%. Hal ini

disebabkan oleh wanita dikehendaki menjaga anak-anak, amalan budaya

dan tanggungjawab domestik iaitu kerja rumahtangga (Daily Star

2011/01/31, CAS 2011).

Dalam kebanyakan negara Arab, wanita tidak akan kehilangan

kewarganegaraan apabila berkahwin dengan lelaki warganegara asing.

Walau bagaimanapun, wanita ini tidak boleh mewariskan status

kewarganegaraannya kepada anak-anak atau pasangan, melainkan anak

tersebut daripada pasangan yang tidak memiliki kewarganegaraan atau

anak tidak sah taraf. Terdapat pelbagai agama di Lebanon. Setiap komuniti

ini memiliki undang-undang keluarga sendiri. Di Lebanon, perundangan

yang digunakan berdasarkan kepada undang-undang Perancis.

Berdasarkan undang-undang ini, seseorang dikatakan orang Lebanon

apabila bapanya merupakan orang Lebanon; sekiranya dilahirkan dalam

kawasan Lebanon dan dapat membuktikan bahawa dia tidak menerima

kewarganegaraan lain; atau jika dia dilahirkan di Lebanon tanpa dikenali

ibubapanya atau ibubapanya tidak memiliki sebarang status

kewarganegaraam. Seorang ibu Lebanon boleh mewariskan

2

Page 3: Ketaksamaan Sosial Di Lebanon

kewarganegaraan anaknya sekiranya dilahirkan secara tidak sah. Ataupun,

seorang ibu warganegara Lebanon yang memiliki anak kecil, anak tersebut

akan memperolehi status sebagai warganegara Lebanon sepertimana

dirinya setelah suaminya meninggal. Dalam kes ini, undang-undang lebih

memberikan kelebihan kepada wanita warga asing. Seorang wanita

warganegara Lebanon tidak boleh mewariskan kewarganegaraannya

kepada anak-anaknya.

Selain daripada ketaksamaan gender daripada sudut perundangan,

wanita di Lebanon juga menghadapi diskriminasi di kawasan awam seperti

gangguan seksual, kawalan pergerakan, gaji dan tekanan sosial

disebabkan norma-norma tradisional. Keadaan ini terpaksa dihadapi

kerana terikat dengan kebudayaan selain menjaga maruah dan reputasi

diri.

Selain itu, berlaku juga ketaksamaan gender dari sudut penceraian.

Undang-undang bagi penceraian adalah berbeza-beza mengikut kumpulan

agama. Bagi lelaki Islam, proses menceraikan isterinya agak mudah.

Namun, berbeza bagi wanita Islam yang ingin bercerai dengan suaminya.

Sebagai contoh, wanita Sunni yang mahu diceraikan oleh suaminya perlu

mengemukakan alasan yang sewajarnya untuk memohon penceraian. Atau

boleh menggunakan cara lain, iaitu memulangkan kembali mas kahwin

dan membayar segala kerugian sebagai pertukaran untuk penceraian.

Bagi Kristian Katholik pula, penceraian tidak dibenarkan, walau

bagaimanapun, disebabkan oleh alasan tertentu, perkahwinan tersebut

boleh dibatalkan.

Bagi orang Islam, hak harta pusaka adalah berbeza berbanding dengan

yang bukan Islam. Bagi bukan Islam, lelaki dan perempuan memperolehi

pembahagian hak yang sama rata. Manakala bagi yang Islam pula, secara

umumnya menurut undang-undang Islam, bahagian harta pusaka yang

diperolehi oleh perempuan adalah separuh daripada yang diperolehi oleh

lelaki (UNICEF, Oktober 2011)

2.2 Ketaksamaan Wilayah

Punca kepada ketidaksamaan wilayah ini berlaku disebabkan oleh faktor

sejarah. Sepertimana yang kita tahu, Beirut merupakan pelabuhan. Oleh

sebab itu, berlaku perkembangan ekonomi di situ. Perkembangan ekonomi

3

Page 4: Ketaksamaan Sosial Di Lebanon

berlaku mengikut wilayah dan secara keseluruhannya perkembangan ini

tidak sama rata. Pada kebiasaannya, kawasan-kawasan luar bandar yang

didominasi oleh penduduk Syiah merupakan kawasan yang termiskin.

Ketaksamaan pendapatan antara wilayah ini memaksa penduduk untuk

berhijrah daripada kawasan luar bandar ke pusat-pusat bandar dan

mengakibatkan pertumbuhan yang pantas bagi kawasan-kawasan pinggir

bandar, terutamanya di bandar-bandar utama seperti Beirut.

Berdasarkan kajian United Nation Development Programme (UNDP)

pada tahun 2007, sekitar 25% daripada populasi orang Lebanon hidup di

bawah kemiskinan iaitu hanya memperolehi USD 4 sehari dan 8%

daripadanya berada dalam kemiskinan tegar iaitu hanya mempunyai

pendapatan sebanyak USD 2 sehari. Terdapat perbezaan yang ketara dari

segi perolehan pendapatan berdasarkan faktor geografi iaitu di Beirut

secara keseluruhannya, kadar kemiskinan di bawah 6% sedangkan di

kawasan lain seperti North memiliki kemiskinan secara keseluruhannya

53% dan kemiskinan tegar 18%.

Selain daripada ketaksamaan wilayah daripada segi pendapatan,

terdapat juga ketaksamaan wilayah dari sudut agihan infrastruktur.

Sebagai contoh, air dibekalkan ke kawasan urban di Beirut dan

Pergunungan Lebanon, yang didiami kira-kira separuh daripada populasi

masyarakat Lebanon. Keluarga yang berpendapatan rendah pula langsung

tidak berpeluang menerima bekalan air awam ekoran kawasan tempat

tinggal mereka di Lembah Bekaa dan Utara (World Bank 2013).

Terdapat juga perbezaan yang berlaku daripada segi pendidikan

akibat ketaksamaan wilayah di Lebanon berikutan pembangunan sosio-

ekonomi yang tidak sekata. Contohnya, kadar buta huruf di kawasan

mundur seperti Bekaa (14.45%) dan selatan Lebanon (12.25%). Hal ini

berbeza dengan kawasan bandar yang memperolehi peluang yang lebih

baik kerana memiliki kemudahan pendidikan yang lebih banyak.

Disebabkan kekurangan kemudahan dalam sistem pendidikan awam,

kebanyakan individu berpendapatan rendah dinafikan hak bagi

mendapatkan pendidikan yang berkualiti. 15% daripada mereka buta

huruf, 43.62% hanya memperolehi pendidikan setakat sekolah rendah dan

hanya 3.24% berjaya mencapai pendidikan sehingga ke universiti.

4

Page 5: Ketaksamaan Sosial Di Lebanon

2.3 Pengagihan kuasa berdasarkan Agama

Pengagihan kuasa di Lebanon dibuat berdasarkan anutan agama

seseorang. Seseorang individu yang hendak menjadi Presiden Lebanon

mestilah seorang yang beragama Kristian. Manakala, untuk mendapatkan

jawatan sebagai Perdana Menteri, individu tersebut mestilah beragama

Islam (Sunni) dan Speaker Parlimen pula diserahkan kepada individu yang

beragama Islam (Syiah). Hal ini ternyata mewujudkan peluang dan agihan

kuasa yang tidak sama rata. Pengagihan ini menyebabkan individu yang

berkelayakan tidak berpeluang untuk menjawat jawatan ini apabila

didapati menganut agama yang berbeza.

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, ketaksamaan sosial yang berlaku di Lebanon merupakan

ketaksamaan sosial yang berasaskan kepada pegangan agama dan

kebudayaan. Meskipun masyarakat Lebanon dikatakan telah mengamalkan

cara hidup yang agak moden berbanding negara-negara lain yang

berhampirannya dalam konteks geografi, namun nilai-nilai masyarakat yang

dipegang oleh masyarakat ini sebenarnya masih bersifat tradisi secara

keseluruhannya baik dari segi kuasa, status mahupun ekonomi.

5

Page 6: Ketaksamaan Sosial Di Lebanon

Rujukan

History of Lebanon from prehistory to 2004 dalam

http://www.rcplonline.org/research-study/History%20Lebanon.pdf diakses

pada 5 November 2014

http://www.indexmundi.com/lebanon/demographics_profile.html diakses pada 9

November

2014

http://www.unicef.org/gender/files/Lebanon-Gender-Eqaulity-Profile-2011.pdf

diakses pada 9

November 2014

http://www.undp.org/content/dam/lebanon/docs/Poverty/Publications/Poverty,

%20Growth%20and%20Inequality%20in%20Lebanon.pdf Diakses pada 24

Oktober 2014

Kntayya Mariappan. 2000. Ketidaksamaan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Trapped by Consociationalism: The Case Of Lebanon

dalam http://www.luc.edu/orgs/meea/volume11/PDFS/Paper-by-Makdisi &

Marktanner.pdf diakses pada 5 November 2014

6