isu-isu ketaksamaan peluang murid orang asli - kumpulan 1

26
Isu-isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Dalam Kalangan Orang Asli. Disediakan oleh Cheong Qin Qian Ong Rou Harn Tan Zee Ying

Upload: su-yee-chong

Post on 25-Sep-2015

105 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

jjkjkj

TRANSCRIPT

Isu-isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Dalam Kalangan Orang Asli.

Isu-isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Dalam Kalangan Orang Asli.Disediakan oleh Cheong Qin QianOng Rou Harn Tan Zee YingPengenalanOrang Asli merujuk masyarakat yang kebanyakannya tinggal di dalam atau pinggir hutan.Kadar keciciran yang sangat tinggi dalam kalangan murid orang Asli merupakan isu yang perlu ditanggani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan.

(a) KonsepMenurut Rusli Zaenal (2002), keserasian cara hidup yang berharmonian dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibua sebagai mengihormati sumbangan alam kapada kehidupan mereka.

Oleh itu, orang Asli atau komuniti yang kaya dengan ilmu pengetahuan mengenai alam semula jadi.

(b) Latar belakangKebanyakan orang asli masih terpinggir dalam pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan masih tidak diadakan.Biasanya, pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai ke perkampungan orang asli.Di sekolah pula, bekalan elektri tidak mencukupi prasarana seperti kipas, bilik darjah yang selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya.

(c) Statistik Pendidikan Orang Asli

(d) DemografiMengikut perangkaan, terdapat kira-kira 180,000 penduduk Orang Asli yang mewakili 0.01 peratus populasi rakyat Malaysia. Orang Asli secara umumnya terbahagi kepada tiga suku kaum terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Setiap suku kaum pula terdiri daripada enam suku kaum kecil, iaitu Kebanyakan kaum mendiami beberapa kawasan mengikut demografi kumpulan kaum masing-masing :

Isu-isuLatar belakang akademik yang rendah Minat belajar dalam kalangan masyarakat orang Asli masih berada dalam tahap yang rendah.Mudah lupa dan mempunyai daya ingatan yang rendah.Mengalami masalah untuk menguasai 3M.Tidak belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengetahui nilai ekonomi melalui pendidikan.

Ibu bapa kurang mengambil berat mengenai pelajaran anak-anak mereka.Tahap pendidikan ibu bapa yang rendah juga mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak Orang Asli.Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka mencari rotan, membantu ladang ubi dan padi bukit.Suasana persekitaran fizikal dan sosio-budaya bagi kawasan pedalaman juga kurang meransang. Tidak ada akses untuk ICT.Usaha-usaha Pihak Kerajaan dan Pihak lain.KerajaanProgram Kelas Dewasa Orang Asli (KEDAP)Program Kedap ini telah diperkenalkan oleh KPM beberapa tahun dahulu sebagai usaha sokongan membantu masyarakat orang Asli mempelajari asas 3M supaya mereka dapat membantu anak-anak dalam pelajaran di rumah.Program ini juga diharap dapat membantu membina kesedaran tentang pentingnya pendidikan pada generasi mereka.

Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Di Pinggir BandarPelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).Tujuan adalah untuk mencapai matlamat pembangunan pendidikan Orang Asli serta menyediakan program atau aktiviti khusus dan keperluan peruntukan di kawasan pinggir.

Berdasarkan kepada jadual di atas, kita dapat melihat bahawa pada setiap tahun, kerajaan memperuntukkan dana bagi membantu pendidikan anak-anak OrangAsli.Skim Galakkan Pendidikan Pelajar Orang AsliMerupakan strategi ke arah kecemerlangan pendidikan serta membantu meringankan beban ibu bapa Orang Asli dalam membiayai persekolahan dan pengajian anak-anak mereka.

Syarat Penerimaan Skim Galakan Bantuan Pendidikan:Pemohon adalah Orang Asli mengikut Akta 134: Akta Orang Asli 1954 (pindaan 1974).Pendapatan ibu bapa/ penjaga adalah kurang dari RM2,000.00.Pelajar yang menuntut di Sekolah Bantuan Penuh/ Separa sahaja layak menerima bantuan ini.

Program PendidikanProgram Motivasi/ Kecemerlangan Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.Program Skor AProgram Mesra DidikLawatan Sambil Belajar

Kemasukan Pelajar Cemerlang ke MRSMMendapat keputusan 4A dan ke atas.Keputusan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik adalah A.

Cadangan/Pandangan Bangunan dan Kemudahan PersekolahanBangunan baru untuk sekolah Orang Asli yang lebih sempurna dan lengkap perlu dibangunkan. Contohnya, bilik sumber dan bilik komputerSekolah yang cantik dapat mempertingkat semangat murid-murid untuk belajar dan menjadi maju.Bahan-bahan bacaan yang sesuai perlu diperbanyakkan untuk membolehkan pelajar mengembangkan pengetahuan mereka.Kemudahan untuk murid-murid menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani dan untuk aktiviti sukan juga perlu disediakan. Ini akan membolehkan pelajar tumbuh sihat bukan sahaja dari segi mental malah dari segi fizikal dan sosial juga. Kantin perlu selesa dan bersih supaya murid-murid dapat menikmati makanan dengan lebih baik. Mereka juga perlu di asuh dengan nilai menjaga kebersihan. Makanan yang lebih berkhasiat akan menjadikan pelajar lebih sihat dan cerdas.

(b) PelajarPelajar diberi bantuan pakaian sekolah, alat tulis dan makanan serta asrama bagi mereka yang memerlukan mestilah diteruskan sehingga keadaan ekonomi keluarga berada pada tahap yang lebih baik dan stabil. Pihak sekolah perlulah menggalakkan murid-murid membawa buku pulang ke rumah untuk membolehkan mereka mengulang kaji dan membuat latihan. Murid-murid juga perlu didedahkan dengan pengetahuan, interaksi antara murid Orang Asli dan murid sekolah lain melalui aktiviti dan kegiatan ko-kurikulum perlu diadakan secara lebih kerap. Ini juga akan memberikan mereka peluang dan menimbulkan kesedaran untuk bersaing dan mendorong murid-murid tersebut memajukan diri di samping mengurang kan prasangka pelajar lain terhadap mereka.

(c) Ibu bapaKesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pelajaran perlu dipertingkat kan melalui program kaunseling dan penerangan yang berterusan bagi menimbulkan kesedaran dan keyakinan pada diri ibu bapa terhadap betapa perlunya anak-anak mereka meneruskan persekolahan sehingga ke tahap yang paling tinggi. Kempen kesedaran dan kaunseling ini seperti daripada kumpulan orang Asli yang berjaya dalam usaha ini sangat diperlukan supaya mereka boleh menjadi model kepada masyarakat orang asli sendiri.

(d) Guru-guruGuru-guru yang di hantar untuk mengajar di sekolah-sekolah Orang Asli sebaiknya adalah guru-guru dari keturunan Orang Asli sendiri yang mendapat latihan keguruan.Ini memudahkan mereka menerima keadaan dan menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya masyarakat setempat senang untuk berdamping dengan masyarakat mereka sendiri. Mereka akan lebih komited mendidik kaum mereka sendiri dan murid-murid akan merasa lebih selesa untuk berhubung dengan guru-guru tersebut. Kelebihan lain yang diperolehi ialah guru-guru tersebut dapat menggunakan bahasa Orang Asli pada ketika tertentu untuk memberikan penerangan kepada pelajar mereka. Ini akan memudahkan pelajar memahami dan menerima pelajaran yang disampaikan. Insentif-insentif seperti elaun kesengsaraan dan tempoh had masa berkhidmat di sekolah tersebut mestilah ditetapkan. Sebaiknya guru-guru wajib tinggal di sekitar kawasan sekolah supaya mereka dapat menyumbangkan khidmat murid-murid

KesimpulanTerdapat jurang pergaulan masyarakat orang asli dengan masyarakat luar disebabkan oleh perbezaan bahasa dan budaya.Perbezaan ini telah menyebabkan mereka kurang terdedah kepada perkembangan pendidikan semasa. Ini juga menyukarkan usaha pembangunan dan perkembangan pendidikan berjalan seiring dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua pihak seharusnya memainkan peranan penting dalam mengubah paradigma orang asli yang tidak mahu mengubah gaya hidup dan taraf kehidupan kepada yang lebih baik dan mampu bersaing dengan masyarakat luar yang lain.Pendemokrasian pendidikan tidak pernah menghalang mereka untuk mendapatkan pendidikan dan berjaya seperti orang lain kerana setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya.