ketaksamaan peluang pendidikan (done)

30
KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN 1.0 PENDAHULUAN merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein (Perutusan Tahun Baru, 2006) Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin (2006) tentang pentingnya kesamarataan dalam memberikan kemudahan pendidikan kepada semua rakyat Malaysia menggambarkan pentingnya misi pembangunan modal insan yang seimbang. Apa yang penting ialah kemajuan negara hendaklah disertai oleh kemajuan dalam semua aspek termasuklah pendidikan di kalangan rakyat. Tanpa mengira di mana mereka berada, kemajuan dan pembangunan perlulah dinikmati dan dikuasai secara bersama. Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada pembangunan negara. Ini kerana pendidikan merupakan penyalur kepada modal insan negara. Kecemerlangan pendidikan akan menjamin kecemerlangan dalam sesebuah negara. Justeru itu pembangunan pendidikan perlulah mengambil kira semua aspek tanpa mengira di mana lokasi sesebuah sekolah berada. Satu permasalahan yang sentiasa menjadi pokok perbincangan utama ialah kecemerlangan pendidikan antara bandar dan luar bandar. Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat perbezaan pendidikan antara bandar dan luar bandar. Didapati bahawa jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar masih ketara terutamanya daripada aspek kemudahan-kemudahan asas dan sumber pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pendemokrasian pendidikan bererti memberi peluang yang sama untuk semua kanak-kanak 1

Upload: vener-js

Post on 18-Dec-2015

164 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

da

TRANSCRIPT

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

1.0 PENDAHULUAN

merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.

YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein

(Perutusan Tahun Baru, 2006)Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin (2006) tentang pentingnya kesamarataan dalam memberikan kemudahan pendidikan kepada semua rakyat Malaysia menggambarkan pentingnya misi pembangunan modal insan yang seimbang. Apa yang penting ialah kemajuan negara hendaklah disertai oleh kemajuan dalam semua aspek termasuklah pendidikan di kalangan rakyat. Tanpa mengira di mana mereka berada, kemajuan dan pembangunan perlulah dinikmati dan dikuasai secara bersama. Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada pembangunan negara. Ini kerana pendidikan merupakan penyalur kepada modal insan negara. Kecemerlangan pendidikan akan menjamin kecemerlangan dalam sesebuah negara. Justeru itu pembangunan pendidikan perlulah mengambil kira semua aspek tanpa mengira di mana lokasi sesebuah sekolah berada. Satu permasalahan yang sentiasa menjadi pokok perbincangan utama ialah kecemerlangan pendidikan antara bandar dan luar bandar. Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat perbezaan pendidikan antara bandar dan luar bandar. Didapati bahawa jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar masih ketara terutamanya daripada aspek kemudahan-kemudahan asas dan sumber pendidikan.Dalam konteks pendidikan, pendemokrasian pendidikan bererti memberi peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkannya. Kesamaan peluang pendidikan merujuk kepada kesamaan hasil jika diberi input secara individu yang sama (Coleman, 1968 : 14). Manakala konsep ketidaksamaan boleh ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan peralatan, peluang kerjayaan dan sebagainya (Noriati A. Rashid, 2011: 69). Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kedudukan sekolah, latar belakang pelajar, status sosial ekonomi, pencapaian akedemik, minat pelajar, peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa.Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal). Rakyat bawahan, golongan pembesar, dan golongan istana menerima sistem pendidikan yang berbeza. Diteruskan lagi pada zaman penjajah. Golongan pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan orang kampung terus ketinggalan. Tugasan ini akan menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamarataan peluang pendidikan antara pelajar sekolah luar bandar dengan pelajar sekolah bandar serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ketaksamarataan peluang pendidikan ini.2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA KETAKSAMARATAAN Terdapat beberapa faktor yang sering kali menyebabkan ketaksamarataan peluang pendidikan ini berlaku dalam kehidupan kita pada masa kini.2.1 Jurang Kelas Sosial

Kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat. Kelompok ini boleh dikatakan sebagai satu golongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi politik, kuasa, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan ataupun hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Ketaksamaan peluang pendidikan boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri atau juga antara kaum. Sebagai contohnya, Masyarakat Melayu iaitu golongan pembesar dan rakyat bawahan; Masyarakat India iaitu kasta dalam masyarakat manakala bagi Masyarakat Cina iaitu antara golongan berada dan kurang berkemampuan.Dari segi ekonomi, keluarga yang kaya dan berada lebih berupaya untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Sebaliknya keluarga yang miskin tidak mampu untuk menghantar anak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Golongan berada biasanya mempunyai pekerjaan sebagai pegawai tinggi ataupun mempunyai perniagaan sendiri. Golongan miskin pula hanya bekerja sebagai petani dan nelayan dikampung. Mereka biasanya mengamalkan pekerjaan tradisional untuk sara diri. Sesetengah ibu bapa juga lebih mengalakkan anak mereka mewarisi pekerjaan tradisi keluarga daripada melanjutkan pelajaran ke bandar dan meninggalkan kampung. Contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi 2 golongan iaitu Bourgouisie dan Proletariat. Bourgouisie bermaksud masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran, pertukaran dan pengagihan manakala Proletariat iaitu masyarakat yang tidak memiliki modal, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja.Institusi sosial pula merujuk konsep utama dalam memenuhi masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yang telah menjadi kebiasaan atau suatu pola hubungan sosial yang mempunyai matlamat sosial yang tertentu. Antara contoh institusi sosial yang utama ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dan lain-lain. Selain itu, konsep diskriminasi pula ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap kelompok etnik yang lain. Hal Ini mudah berlaku apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat. Diskriminasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu sama ada individu atau kumpulan etnik serta mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

Ketaksamaan Peluang Pendidikan juga merupakan satu bentuk diskriminasi yang perlu dielakkan. Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya kelas sosial masyarakat dari Sistem Feudal lagi. Hal ini kerana rakyat bawahan, golongan pembesar dan golongan istana menerima sistem pendidikan yang berbeza. Di samping itu, pihak penjajah meneruskan dasar yang sama yang mana anak-anak dari golongan pentadbir dan pembesar diberikan peluang untuk belajar di sekolah yang dikhaskan untuk mereka.

Ketidaksamaan sosial (Social Inequality) merujuk kepada ketidaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial berbeza akibat daripada sistem stratifikasi sosial. Menurut Rohand Meighan (1986), beliau mengatakan bahawa ketidaksamaan sosial mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan sesuatu bangsa yang sama. Berdasarkan Max Weber (1989), beliau mengatakan terdapat 5 Kelas Sosial iaitu golongan bangsawan (Aristokrat), golongan pertengahan atasan (profesional), golongan pertengahan bawahan, kelas pekerja (kolar biru) dan golongan bawahan (kelulusan amat rendah). Ini jelas bahawa ketaksamaan kelas sosial telah mencetus keadaan ketaksamaan peluang-peluang terutamanya dalam peluang pendidikan.Menurut kajian Saifuddin Hj Masduki (1977) mendapati terdapat hubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Serta mendapati kedua-dua hubungan adalah positif, iaitu semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. Rusli Md Zain (1988), dalam kajiannya juga melaporkan terdapat hubungan positif di antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluaraga. Fakta ini dapat diperkukuhkan lagi dengan keadaan pencapaian murid-murid luar bandar adalah kurang daripada murid-murid bandar ini dapat dilihat dalam tahun 80-an (Victort. King 1992:376). Ibu bapa yang berpendapatan tinggi akan dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka dengan mudah jika berbanding dengan keluarga yang miskin. Sebagai contohnya, tahap kesihatan seperti kemudahan mendapatkan rawatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit juga menjadi punca kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid. Selain itu, suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. Kajian ini membuktikan bahawa tahap pendidikan yang secukupnya perlu diberikan kepada semua murid agar tahap ekonomi mereka juga terus bertambah baik. Dari segi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga, jurang digital berlaku kerana kelas sosial mereka yang baik dapat menyediakan pelbagai jenis peralatan seperti komputer, perisian komputer canggih dan internet supaya murid dapat mengakses maklumat dan bahan bantuan pembelajaran dengan cepat dan pantas. Sebaliknya golongan kurang kemampuan tidak dapat perolehan maklumat dengan mudah kerana terbatas akibat daripada kurang kemampuan membekalkan peralatan dan akses internet kepada murid. Hal tersebut berkait rapat dengan peluang pendidikan dimana akses melalui internet dapat menyediakan skop tanpa sempadan untuk pelajar daripada kelas sosial tinggi bagi merebut peluang pendidikan. Kesimpulannya, hal ini dapat menjelaskan bahawa masalah ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih berterusan sehingga kini disebabkan oleh masalah jurang kelas sosial yang berbeza antara masyarakat.2.2 Jurang Jantina (Perbezaan layanan di antara lelaki dan perempuan)

Ketidaksamaan peluang pendidikan mengikut jantina telah berlaku sejak sekian lama lagi. Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki manakala golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada ketika itu. Sebagai contohnya, pada tahun 1892, pendidikan rendah diwajibkan kepada kanak-kanak lelaki dan diberi secara percuma (Victort. King, 1992:367). Sesebuah masyarakat tidak ada imbangan sekiranya menghadapi masalah dalam bilangan jantina, sama ada jumlah lelaki lebih daripada perempuan atau sebaliknya (Noran Fauziah,1987). Menurut kajian Sharifah Alwiah Alsagoff (1985: 210-211) melaporkan bahawa kadar enrolmen murid perempuan adalah lebih rendah berbanding dengan kadar enrolmen murid lelaki bagi semua ras di Malaysia. Perbezaan kadar enrolmen ini paling besar di kalangan orang-orang miskin, dan yang tinggal di luar bandar. Kebanyakkan ibubapa dari pelbagai masyarakat percaya bahawa anak lelaki mereka berupaya mencapai kejayaan dibandingkan dengan anak perempuan. Oleh itu mereka lebih mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan. Bagi anak-anak perempuan pula, mereka diharapkan untuk tinggal di rumah bagi membantu membuat kerja rumah. Ibubapa juga kurang memberi sokongan untuk anak perempuan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi. Ibubapa beranggapan bahawa anak perempuan tidak perlu mendapat pendidikan yang tinggi kerana akhirnya mereka akan berumah tangga. Hasil kajian mendapati bahawa kadar pencapaian murid perempuan di Pengajian Tinggi telah meningkat daripada 0.5% pada tahun 1970 kepada 4.9% pada tahun 1991. Peningkatan pencapaian dalam pendidikan formal telah mempengaruhi kadar penglibatan guna tenaga. Selain itu, Bernama 2008 pernah mengeluarkan kenyataan 65.3% pelajar institut pengajian tinggi adalah perempuan (sesi akademik 2008/09) dan hanya 34.7% terdiri daripada pelajar lelaki. Kajian ini membuktikan bahawa peluang pendidikan harus diberi secara sama rata terhadap jantina lelaki dan perempuan. Tambahan pula, berdasarkan kajian sutherland (2000) juga menyatakan bahawa fenomena prestasi pelajar wanita lebih baik daripada lelaki adalah fenomena sejagat.Menurut Siti Rohani Yahya (1998), terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita hampir sama dengan yang disumbangkan oleh lelaki, maka adalah wajar bagi murid perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama. Menurut Aminah Ahmad (2000), beliau menyatakan bahawa penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut jantina dalam pendidikan di peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi pengajian tinggi (IPT), khususnya di politenik. Di pusat pengajian tinggi, kebanyakan ruang dan peluang untuk berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan. Oleh yang demikian ketaksamaan dalam pendidikan kesannya dalam pencapaian akademik kini amat ketara di mana golongan lebih dominan di IPT.Amalan ini masih diamalkan sehingga kini terutamanya masyarakat luar bandar. Mereka masih beranggapan bahawa kaum lelaki adalah lebih hebat dan berkemampuan untuk mengendalikan semua jenis perkara berbanding dengan kaum perempuan. Dari aspek pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuan dan kelakian. Dapat disimpulkan pemilihan ini secara langsung akan menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat kita.2.3 Kekurangan Kemudahan Asas

Sekolah luar bandar sering mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur di sekolah. Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan dalam peluang pendidikan. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri telah mendedahkan sehingga September 2006, masih terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah di Malaysia masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan ada yang tidak cukup untuk menjana kuasa terutamanya bagi pengunaan teknologi maklumat (ICT). Menurut beliau, kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali sebanyak 1,517 buah sekolah rendah dan 68 buah sekolah menengah tidak mempunyai bekalan air awam. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well). Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan pula menggunakan air tadahan hujan. Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid, secara tidak langsung menjadi sebagai satu halangan kepada murid untuk menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri. Sikap ibubapa di pedalaman yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi kesan negatif terhadap pendidikan anak-anak mereka. Oleh itu, kerajaan berusaha merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar melalui pembahagian sumber serta kemudahan secara adil dan saksama.2.4 Kurang Tenaga Pengajar

Isu ketaksamaan peluang pendidikan yang jelas adalah berkenaan kurangnya guru terlatih. Antaranya terdapat kurangnya guru dalam bidang kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris; kurangnya guru berkelayakan mengikut opsyen ditempatkan di pedalaman menimbulkan masalah pengendalian aktiviti kokurikulum serta bilangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) masih ramai di sekolah pedalaman. Kerajaan perlu befikir wajar untuk menempatkan guru-guru di kawasan pedalaman. Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman pada masa sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana. Kebanyakan mereka hanya inginkan elaun yang diberikan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memilih tenaga-tenaga pengajar yang memang ingin ke kawasan pedalaman dan mereka ini perlu diberikan lebih elaun. Ini akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih kondusif. Di samping itu, isu ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pendalaman juga berlaku disebabkan kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang. Kementerian Pendidikan Malaysia juga menghadapi kesukaran menempatkan guru-guru terlatih dan berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran kritikal dikawasan luar bandar dan pedalaman. Sebagai contohnya, kajian mendapati bahawa terdapat 15,444 guru di sekolah rendah dan 2,895 guru di sekolah menengah ialah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan dan guru sambilan atau sementara. Akhir kata, kekurangan guru dalam bidang kritikal, kekurangan guruguru Pendidikan Khas, guruguru lelaki mengikut opsyen dan bilangan guru sandaran yang tidak terlatih yang masih ramai menjadi punca ketaksamaan peluang pendidikan berlaku. 2.5 Kumpulan Minoriti

Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Menurut Kamus Dewan (2007), kumpulan minoriti merujuk kepada kumpulan kecil masyarakat yang sama keturunan, agama, budaya ddan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama dan sebagainya. Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Contohnya di Malaysia, orang Melayu merupakan kumpulan majoriti manakala golongan Cina, India, Kadazan, Iban, Bidayuh, Orang Asli dan kumpulan etnik yang lain merupakan kumpulan minoriti (Noriati A. Rashid, 2011:76). Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibubapa mereka. Golongan minoriti biasanya mempunyai masalah dalam komunikasi disebabkan bahasa yang berbeza dan sering menjadi mangsa diskriminasi. Oleh itu, Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan. Diskriminasi terhadap mereka perlu dihapuskan untuk memastikan mereka lebih selesa untuk mendapatkan pendidikan mereka.Orang asli dianggap sebagai kumpulan minoriti di Malaysia kerana bilangannya tidak mencecah 141,230 orang (statistik 2005) dan kedudukan mereka di pedalaman dan kawasan terpencil menyebabkan mereka terpinggir dalam kebanyakkan aspek (Noriati A. Rashid, 2011: 76). Orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang legkap di tempat tinggal. Kadar keciciran pendidikan Orang Asli di Malaysia adalah 31,939 pada tahun 2008 (untuk tahap sekolah rendah dan sekolah menengah) (Pemandu, 2008) merupakan antara isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi. Cara hidup Orang Asli yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002). Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Bong Muk Shin, ibu bapa Orang Asli masih belum memahami bahawa kepentingan pendidikan dan kesedaran untuk belajar. Manakala hubungan kekeluargaan masyarakat Orang Asli yang sangat rapat menjadikan murid-murid Orang Asli enggan ke sekolah memandangkan jarak sekolah yang jauh dan mereka terpaksa tinggal di asrama dan terpisah dengan keluarga. Malah, katanya lagi, kebanyakkan pelajar perempuan tidak menyambung persekolahan ke peringkat menengah kerana biasanya akan dikahwinkan pada usia yang muda. Tambahan pula, kajian menunjukkan bahawa tahap pendidikan yang rendah di kalangan Orang Asli menyebabkan mereka tidak mendapat peluang pekerjaan bergaji tinggi. Sebahagian besar mempunyai pendapatan di bawah RM1000, yang merupakan di bawah garis kemiskinan. Ini memberi impak yang besar untuk mewujudkan ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan golongan Orang Asli.Menurut Mustaffa Omar (2004), beliau menyatakan bahawa kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula melaporkan bahawa minat belajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli masih berada dalam tahap yang rendah di mana keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah 45.8% dan kadar buta huruf adalah 49.2% (Kadar Nasional 6.4%) serta 34.31 % murid Orang Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 % dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima. Tambahan pula, kajian Kementerian Pelajaran, mendapati bahawa ada dalam kalangan ibu bapa orang asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka. Majoriti ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi agama, sebahagian besar orang Asli beragama Animisme. Dari aspek pendidikan, pencapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia. Kadar keciciran sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan.Seterusnya, kebanyakkan Orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak diadakan. Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai ke perkampungan Orang Asli. Di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi, prasaran seperti kipas, bilik darjah yang selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat Orang Asli. Hal ini telah menyebabkan minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli juga adalah rendah. Ini turut didorong oleh faktor persekitaran seperti ibu bapa yang kurang mengambil berat mengenai pelajaran anak-anak mereka. Cara hidup mereka masih tertumpu kepada hutan telah mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka mencari rotan, membantu ladang ubi dan padi bukit. Taraf ekonomi yang rendah juga menyebabkan kebanyakkan kanak-kanak Orang Asli menghadapi masalah kesihatan kerana tidak mendapat makanan yang seimbang. Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Faktor ini telah memberi kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam kalangan mereka sehingga mencetusnya ketaksamaan peluang pendidikan.Dari aspek Indigenious, indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum, mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan dan Kelabit. Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka masih perpegang kepada sistem kehidupan masyarakat yang telah mereka bina sejak dari dulu lagi. Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana sistem pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh sistem belajar asli (Indigenious Learning System) masyarakat tradisional. Sistem belajar asli memiliki banyak aspek positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Masyarakat indigenious masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka. Sistem pendidikan di Malaysia dengan sistem belajar asli mempunyai perbezaan dan kurang dapat dikaitkan antara satu sama lain. Hal ini kerana penyataan sistem pendidikan nasional yang kurang memberi tumpuan tehadap kesinambungan antara kurikulum sekolah dengan budaya belajar yang mewarnai masyarakat tradisional. Sistem belajar asli masyarakat indigenous diwarisi secara turun-temurun yang berpandukan pengalaman merupakan satu proses pendidikan yang berbentuk manusiawi. Dikatakan berbentuk manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat dan perkembangan manusia.Dari aspek masyarakat pedalaman, ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pendalaman berlaku disebabkan kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang. Pertumbuhan pusat bandar yang lembab turut memberi kesan kepada sistem pendidikan di kawasan berkenaan. Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pedalaman juga kurang memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT. Ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anak-anak mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil hutan. Segala kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung menjadi satu halangan kepada mereka untuk memajukan diri. Walaupun kini kerajaan telah melaksanakan program kampung tanpa wayar, namum keluarga di luar bandar masih tidak mampu untuk membayar bil internet dan penggunaanya belum meluas.Kekurangan guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu bidang juga mencetuskan isu ketaksamaan peluang pendidikan di kawasan pedalaman. Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik. Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakkan murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri. Dengan itu, peranan pengajaran guru adalah penting bagi membolehkan sebahagian besar pelajar tertarik dengan mata pelajaran. Sesetengah pelajar yang poteng kelas dan benci kepada guru adalah disebabkan oleh cara pengajaran gruu yang tidak sesuai dan sukar difahami (Mohd Salleh Lebar, 2000:206). Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. Kesimpulannya, isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih lagi tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. Isu-isu luar bandar dan pedalaman masih lagi menjadi duri dalam daging.2.6 Murid Keperluan Khas

Murid berkeperluan khas merupakan golongan yang mengalami pelbagai masalah kecacatan yang menyebabkan mereka bermasalah dalam mendapatkan pendidikan seperti kanak-kanak normal. Mengikut Dr Chua Tee Tee (1982), Murid Berkeperluan Khas merupakan satu program pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani dan sosial atau emosi. Kanak-kanak yang berkeperluan khas biasa menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah laku terbias. Mereka mempunyai tingkahlaku yang suka menentang autoriti, tidak mematuhi undang- undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang lain. Murid keperluan khas juga didapati menghadapi tingkah laku ketidakmatangan yang agak ketara. Kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak minat belajar dan sering berkhayal. Kanak-kanak ini juga bersifat pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung. Mereka ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras ugut, mencuri dan ponteng. Terdapat tujuh 7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas iaitu:

i.Kerencatan mental.

ii.Bermasalah pembelajaran

iii.Kecelaruan tingkah laku

iv.Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi

v.Cacat penglihatan

vi.Cacat fizikal

vii.Pintar Cerdas dan berbakat istimewaSelain itu, ada pendapat menyatakan bahawa murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan program sekolah biasa. Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkan bahawa majoriti kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. Oleh itu mereka memerlukan pendidikan khas. Melalui Akta Pendidikan Khas 1966, telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai untuk golongan ini serta tindakan lain bagi mengembangkan pendidikan khas. Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu, mereka tidak memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada di sekolah. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka.Menurut Kirk and Kirk (1994), beliau berpendapat bahawa murid keperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot -otot dan sendi), sosial (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Terdapat juga murid berkeperluan khas kerana proses perkembangan yang lewat, hiperaktif dan pintar-cerdas dan ADHD (Attention Deficit Hyperactiviti Disorder). Murid ini biasa kurang memberi perhatian, kurang mengekalkan perhatian dalam penglibatan setiap aktiviti dan tidak dapat memyempurnakan tugasan yang diberikan. Terdapat pula murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsif. Murid ini menunjukkan tanda-tanda kurang senang duduk diam-diam, suka berkeliaran, aktif, menunjukkan inpulsiviti dan sering menggangu orang lain. Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak tercicir serta mewujudkan ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat.Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan. Oleh itu, guru harus memberi fokus terhadap masalah sosio-emosi mereka. Menurut Woitaszewski (2003), faktor persekitaraan seperti masalah berkomunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini, masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Masalah-masalah yang mereka hadapi menyebabkan mereka perlu ditempatkan berasingan daripada murid-murid normal. Mereka amat sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain dan menyebabkan memerolehan dan pemberian ilmu daripada guru amat terbatas. Penempatan mereka yang berasingan dengan arus sekolah perdana menyebabkan kemahiran komunikasi dan sosial mereka terbantut dan sering disisihkan. Keperluan asasi dan perkembangan pendidikan mereka kadangkala tidak diberi perhatian yang menyeluruh oleh pihak sekolah disebabkan oleh kesukaran untuk mengukur tahap pencapaian mereka. Di samping itu, guru biasanya kurang memberi perhatian kepada keperluan murid-murid pendidikan Khas ini kerana mereka lebih cenderung mengajar semua murid dengan cara yang sama (Ting Len Siong, 2013: 64) Ini telah mewujudkan ketidaksamaan pendidikan yang amat besar kepada mereka.3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKANApa yang kita sedia maklum, banyak faktor yang menyebabkan masyarakat peribumi serta pedalaman tidak mendapat peluang pendidikan yang sama berbanding dengan masyarakat yang berada di kawasan Bandar dan kampung. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menangani isu ini. Mari kita meneliti Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dasar KPM ini adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Seterusnya KMP telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperuntukkan RM 1 Billion untuk keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program pembangunan pendidikan dalam usaha mengatasi ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat di negara ini. Pihak kerajaan juga boleh melaksanakan pelbagai inisiatif yang lain untuk tangani isu ketaksamaan tersebut. Berikut adalah RM 1 bilion disediakan KPM bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pendidikan seperti :

i.Rancangan Makanan Tambahan

ii.Kumpulan Wang SImpanan Pelajar Miskin

iii.Bantuan Makanan Asrama

iv.Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid

v.Jaket Keselamatan

vi.Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya

vii.Skim Pinjaman Buku Teks

viii.Skim Baucer Tuisyen

ix.Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Unifrsiti

x.Asrama HarianSatu penyelesaian utama untuk mengurangkan jurang antara kelas atasan dengan seluruh penduduk adalah meningkatkan kesamaan peluang pendidikan dalam kalangan penduduk tanpa mengira jantina dan ras (Noriati A. Rashid, 2011: 68). Dalam era pembangunan Negara kita ini, apabila ketaksamarataan dalam apa jua pembangunan masih ada di dalam suatu struktur masyarakat ini masih wujud, maka pembangunan sepenuhnya masih belum dikecapi dan akan terus menjadi kesan negatif yang harus diperbaiki. Hal ini demikian, masalah ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih memerlukan usaha yang lebih dan berterusan dalam menjamin pendidikan dapat diberi kepada semua rakyat. 3.1 Peranan guru dalam menangani isu ketaksamaan peluang pendidikan

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani isu isu ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid pelbagai etnik dan budaya. Kelancaran dan penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang baik oleh guru mampu membentuk perkembangan minda murid dan menarik minat murid untuk terus mengikut serta secara aktif dalam pendidikan salam bilik darjah tanpa berasa diskriminasi antara etnik dan budaya. Guru harus menjadikan tanggungjawab untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini adalah penting apabila murid keluar dari sistem persekolahan nanti, mereka mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum untuk merealisasikannya. Tidak dapat dinafikan bahawa pemupukan nilai yang baik dan menghormati budaya kaum lain dalam kalangan masyarakat haruslah bermula daripada peringkat akar umbi lagi. Bak kata pepatah, Melentur buluh biar dari rebungnya, amalan budaya ini harus dididik sejak kecil lagi dalam jiwa kanak-kanak supaya sifat prejudis dan stereotaip tidak wujud dalam kalangan generasi muda lagi. Justeru, guru-guru sekolah rendah amat memainkan peranan yang besar bagi membentuk dan memupuk nilai-nilai sosial yang positif di dalam jiwa setiap muridnya tanpa mengira bangsa dan agama. Pendidikan awal murid-murid mampu mencorakkan dan melahirkan masyarakat yang berupaya bekerjasama dan bertoleransi bagi membangunkan negara sebagai satu masyarakat dan organisasi yang utuh bukan sahaja dari aspek luaran malah dari pelbagai aspek lain. Di samping itu, guru juga harus menyediakan bilik darjah yang kondusif iaitu merupakan bilik darjah yang dapat memberikan persekitaran yang mampu meningkat keinginan murid untuk belajar. Sebagai contohnya, guru boleh menyediakan pelan susunan meja yang memudah guru untuk mengawal kelas. Bukan sahaja bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan asas, peranan guru dalam mengawal dan menguruskan bilik darjah juga penting terutama melibatkan percampuran murid dari pelbagai latar belakang. Guru perlu bijak memainkan peranan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Ini dapat dibuktikan dengan guru perlulah mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang terdapat di dalam kelas. Guru juga harus mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Contohnya guru tidak seharusnya mengelaskan dan membuat kumpulan murid mengikut kaum sahaja seperti berkumpulan murid Cina dengan kaum Cina sahaja. Guru perlu mengambil langkah dengan setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya memberi peluang untuk mereka berinteraksi secara terbuka.Di dalam bilik darjah, terdapat perbezaan kelas sosial di kalangan murid, guru harus memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid dari kelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial atasan. Guru harus bijak dalam menggalakkan muridmurid untuk bergaul dengan bebas tanpa ada sekatan budaya. Guru juga boleh menerapkan nilai murni di dalam kelas yang mempunyai perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan murid dari kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial bawahan serta meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan. Oleh itu, guru harus dapat menyesuaikan dan mengadaptasi kurikulum sedia ada supaya mesra budaya dan semua murid tanpa mengira kaum, agama dan budaya dapat menerimanya. Selain daripada itu, Sebagai seorang role model kepada murid, guru perlu peka terhadap amalan dan kepercayaan yang dipegang oleh murid. Guru perlu mengelakkan dari menyentuh atau mempertikaikan amalan kepercayaan oleh murid. Ini penting sekiranya seorang guru itu mempunyai murid berketurunan Orang Asli yang mengamalkan amalan nenek moyang mereka. Guru perlu memikirkan dan merancang aktiviti pengajaran yang sesuai supaya mereka tidak tersinggung. Jika seseorang guru itu mempunyai murid yang mengamalkan pelbagai kepercayaan, guru perlu mengelak dari menjadikan kepercayaan mereka itu sebagai contoh kerana dikhuatiri akan menjadi bahan ejekan murid lain. Oleh itu, guru perlu mengetahui dan mengkaji latar belakang murid agar perancangan aktiviti pengajaran besesuaian dengan semua kepercayaan, nilai, dan agama murid. Guru juga harus bijak bertindak sekiranya berhadapan dengan situasi dimana berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham antara murid yang melibatkan kaum yang berbeza atau berlainan kelas sosial atau berlainan jantina. Tambahan lagi, penggunaan bahasa perlu dititik beratkan oleh guru ketika mengajar di dalam kelas. Dialek bahasa yang pelbagai akan dikesan sekiranya mempunyai murid yang berbilang kaum. Guru perlu menggunakan bahasa standard iaitu bahasa baku (Bahasa Kebangsaan) bagi mengelakkan jurang jika menggunakan bahasa dialek. Penggunaan bahasa standard akan membuka peluang yang sama rata untuk murid mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan sesi pengajaran kerana murid dapat memahami penggunaan bahasa murid. Sebagai contohnya, jika guru berasal dari Kelantan, dialek Kelantan perlu dikurangkan apabila mengajar di luar kawasan Kelantan kerana tidak semua murid dapat memahami dialek Kelantan dengan baik. 3.2 Program Pembestarian Sekolah

Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah dikawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan luar bandar. Program pembestarian sekolah yang sedang dijalankan juga menyediakan sekolah luar Bandar dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar School Net dan bagi sebahagian sekolah di luar Bandar dan pendalaman, pusat akses akan dibina. Sebagai contohnya, Hishamuddin (2006) telah menyatakan bahawa usaha turut diadakan untuk membestarikan sekolah luar bandar dengan memberi tumpuan khusus kepada sistem pengajaran dan pembelajaran termasuk penyediaan makmal komputer, pusat akses, kelengkapan teleconferencing dan web-TV serta sistem komunikasi termasuk telefon satelit dan faksimili. Infrastruktur ini mestilah setaraf dengan infrastruktur yang terdapat di sekolah-sekolah kawasan Bandar.Tambahan pula, konsep Sekolah Bestari, projek Sekolah Net, projek Smart Lab dan projek Sekolah Vista adalah sebagai lonjakan kepada pemantapan sektor pendidikan negara. Usahasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan National Implementation Task Force (NITF) untuk menambah baik jurang pendidikan adalah komitmen kerajaan bagi memperkasa pendidikan negara. 3.3 Menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar, orang Asli, pedalaman dan peribumi

Dari aspek bekalan elektrik, kerajaan perlu berusaha untuk membekalkan bekalan elektrik yang sepenuhnya ke kawasan pedalaman. Pada apa yang kita sedia maklum, bekalan elektrik di kawasan pedalaman masa sekarang hanyalah seketika sahaja. Terdapat juga beberapa sekolah di pedalaman hanya menggunakan generator untuk bekalan elektrik mereka. Jika masalah ini tidak diselesaikan, sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan terganggu. Selain daripada bekalan elektrik, kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh melancarkan kehidupan masyarakat di pedalaman. Antaranya adalah bekalan air bersih dan juga klinik-klinik desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah itu sendiri untuk keselesaan pelajar dan juga guru. Melalui projek berimpak tinggi, Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (BBPN) telah membantu untuk memastikan kemudahan asas seperti bekalan elektrik 24 jam bagi 900 sekolah dan bekalan air bersih untuk 300 sekolah ditingkatkan. Sebanyak 2,600 buah sekolah rendah dan menengah juga akan dinaik taraf melalui penyediaan kemudahan bilik darjah yang mencukupi, sekolah baru, bangunan tambahan dan bangunan gantian. Di samping itu, Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga telah merancang strategi untuk menyebar cara pendidikan kanak-kanak dari dalam rahim hingga umur tiga tahun. Tindakan ini diambil untuk menentukan supaya jurang perbezaan antara masyarakat bandar dan luar bandar tidak menjadi begitu ketara (Wan Azmi Ramli, 1992: 326). KPM juga akan memperluaskan penawaran Mata Pelajaran Vokasional (MPV) kepada 480 buah sekolah luar bandar bagi meningkatkan peluang pelajar kurang cenderung akademik. Tambahan pula, KPM dan agensi-agensi lain juga telah menyediakan bantuan tempat tinggal melalui pembinaan sekolah-sekolah berasrama. Status sosio-ekonomi murid dan juga pecapaian dalam peperiksaan kebangsaan menjadi kriteria untuk memasuki sekolah berasrama (Victort. King, 1992: 374).Kerajaan juga harus menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM). Di Malaysia, sekolah yang bersaiz kecil adalah merujuk kepada sekolah kurang murid (SKM) dengan yang bilangan murid yang kurang daripada 150 orang. Kebanyakan sekolah-sekolah ini adalah sekolah luar bandar di pedalaman seperti sekolah orang asli dan sekolah pedalaman di Sarawak. Kewujudan sekolah bersaiz kecil ini sangat diperlukan terutamanya untuk menyempurnakan tuntutan dan tanggungjawab sosial kerajaan yang perlu memastikan bahawa setiap individu rakyat mendapat pendidikan percuma tanpa mengira perbezaan taraf ekonomi, sosial, politik dan kaum. Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 peratus SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Sebagai contoh sekolah ialah SJK (C) Ming Chiang, Bintagor, Sarawak yang hanya terdiri daripada 31 orang murid pada 2012 (SKM). Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan. Jurang digital merupakan salah satu bentuk kemiskinan yang perlu ditangani di sekolah luar bandar dan pedalaman. Pemahaman situasi sebenar di peringkat akar umbi serta pengumpulan sumber adalah elemen yang perlu ditangani dalam masalah jurang digital. Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut KPM mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru terutamanya di sekolah luar bandar dan pedalaman. Dalam RMKe- 8, KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer; perkakasan seperti komputer komputer riba, projektor LCD dan pelayan (server), membangunkan perisian khusus dan program TV Pendidikan bagi membantu p&p, melatih guru bagi meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam p&p dan melatih pentadbir sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan. Bagi memastikan pembudayaan ICT juga berlaku di luar bandar, KPM telah menghubungkan sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar. Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar School-Net dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina. Pada waktu yang sama, KPM akan menambah baik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dan merintis penggunaan video teleconferencing sebagai kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan PdP kepada pelajar dan guru di kawasan pedalaman.3.4 Mengembangkan Program Pendidikan Khas

Jabatan Pendidikan khas di bawah kementerian pelajaran pada 1 oktober 1995 telah mewujudkan pelbagai perkhimatan pembelajaran untuk dimanfaatkan oleh murid berkepeluan khas. Perkhimatan pendidikan ini adalah untuk mereka yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran, tidak dapat menguasai 3 M (Membaca, Menulis Dan Mengira) serta pembangunan pendidikan murid Orang Asli dan Penan (Ting Len Siong 2013:77-78). Akta Pendidikan Khas 1996 telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan kemudahan Pendidikan Khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid serta tindakan lain bagi mengembangkan pendidikan khas. Selain itu kerajaan Malaysia telah menubuhkan Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK. Dalam tahun 2005, sebanyak 32 program Pendidikan Khas Intergrasi untuk murid bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. Kanak-kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan KPM seawal umur 4 atau 4 tahun lebih, agensi lain yang turut terlibat adalah Kementerian Kesihatan atau Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti murid normal lain. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) juga menyediakan pendidikan kepada pelajar kurang upaya dengan lebih daripada satu jenis kecacatan kerana sebelumnya KPM hanya menyediakan pendidikan bagi pelajar yang mempunyai satu jenis kecacatan sahaja serta boleh mengurus diri seperti yang tertakluk dalam Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1995. PDK sepatutnya memberi ceramah kepada ibubapa tentang program yang disediakan supaya mereka boleh menghantar anak-anak kurang berupaya untuk mendapat pendidikan yang seperti murid-murid normal. Ibu bapa seharusnya mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan dan tidak harus menganggap anak kurang berupaya sebagai satu beban serta berputus asas.Secara keseluruhnya, kementerian pelajaran malaysia telah berusaha merapatkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan kumpulan berkeperluan khas dengan Program Pendidikan khas Integrasi, Kelas Inkusif, selain menambah Sekolah Pendidikan Khas. Di samping itu, intervensi awal melalui program Kia2M, program pemulihan khas, program Gerak Gempur bagi 3 M PROTISM (Program pemulihan 3M merupakan sokongan dan pengukuhan kepada pemulihan khas) dapat menangani masalah pembelajaran yang dihadapi murid pada peringkat awal persekolahan. 3.5 Sekolah Dalam Hospital diperluas

Kini ibu bapa tidak perlu gusar jika anak-anak mereka terpaksa tinggal di hospital dalam tempoh lama. Terdapat lapan buah hospital di seluruh negara mempunyai Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang membolehkan pelajar mengikuti pelajaran seperti biasa walaupun hanya empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kokurikulum. Idea SDH yang dicetuskan oleh Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abd. Rahman yang prihatin dengan nasib kanak-kanak yang ketinggalan pembelajaran apabila terpaksa dimasukkan ke hospital.Sekolah Dalam Hospital yang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu diperluaskan ke semua hospital di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak sebagai satu inisiatif berterusan kerajaan dalam menyediakan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang menjalani rawatan di hospital. Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, pada masa ini terdapat lapan buah hospital yang mempunyai kemudahan Sekolah Dalam Hospital manakala dua lagi dalam perancangan untuk diwujudkan iaitu masing-masing satu di Sabah dan Sarawak. Fungsi SDH adalah bagi menseimbangkan pembelajaran di mana saja murid berada walaupun mereka mempunyai masalah kesihatan yang serius. Pendekatan pembelajaran Sekolah Dalam Hospital berbeza daripada sekolah biasa iaitu berasaskan 'fun learning' yang menekankan pembelajaran secara santai dan menyeronokkan. Persekitaran pembelajaran yang tenang, menarik dan penuh warna-warni merupakan terapi secara semula jadi bagi pelajar dan kanak-kanak di hospital.Matlamat penubuhan Sekolah Dalam Hospital adalah bagi membolehkan golongan murid yang tidak bernasib baik dan terganggu masalah kesihatan mendapatkan kemudahan pendidikan lebih baik melalui sistem pembelajaran yang teratur serta sistematik ketika menjalani rawatan di hospital kerajaan. Program sekolah dalam hospital ini akan dibahagikan kepada tiga peringkat persekolahan iaitu peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Kanak- kanak berusia antara tiga hingga 18 tahun boleh menyertai program SDH ini. Sukatan pelajaran SDH adalah berteraskan kepada kurikulum kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah sedia ada di peringkat sekolah rendah dan menengah dan digunakan secara fleksibel berdasarkan Akta Pendidikan 1996 dengan kaedah pengajaran serta pembelajaran disesuaikan mengikut keupayaan pesakit. Proses pengajaran dan pembelajaran SDH dilaksanakan secara berkumpulan di kelas dan secara individu di wad. Sesi pembelajaran di SDH bermula pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari dan 2 petang hingga 4 petang dari hari Isnin hingga Jumaat. SDH menyediakan dua ruang pembelajaran di tingkat yang sama disediakan untuk murid sekolah rendah dan menengah dengan kemudahan komputer, ruang santai untuk pelajar serta ruang menunggu untuk ibu bapa. Ketika diwujudkan pada Julai 2011, tiga perintis Sekolah Dalam Hospital ialah di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang dan Hospital Serdang. Kemudian diteruskan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras (kasa kedua projek). Seterusnya, Sekolah Dalam Hospital di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor merupakan yang kelapan dan telah beroperasi bermula 1 April lalu manakala perluasan ke Sabah dan Sarawak dijangka dilaksanakan pada akhir 2013. Setakat ini, lebih 22,000 murid yang mempunyai masalah kesihatan telah mendapat akses pendidikan menerusi projek itu sejak Julai 2011 hingga April 2013.Kewujudan SDH mampu menghilangkan rasa bimbang para ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak mereka apabila menerima rawatan di hospital. Kebimbangan ini tentunya lebih tinggi jika anak-anak mereka akan menduduki peperiksaan awam pada tahun berkenaan. Pelaksanaan SDH sekurang-kurangnya mengelakkan anak-anak mereka daripada ketinggalan dalam pelajaran dan seterusnya membantu dalam mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaaan yang bakal dihadapi. Dengan SDH ini, isu ketaksamaan peluang pendidikan bagi golongan murid yang sakit berpanjangan dapat diatasi dengan efektif. Maka SDH seharusnya memperluaskan lagi di merata-rata tempat untuk memudahkan lagi bagi masyarakat pendalaman serta luar bandar mendapatkan pendidikan.3.6 Meningkatkan Taraf Sosio-Ekonomi MasyarakatFaktor kemiskinan dalam kalangan ibu bapa luar bandar juga menyebabkan anak-anak mereka tidak mendapat peluang pendidikan yang sempurna (Ting Len Siong, 2013:73). Berdasarkan kajian bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPDP), Kemeterian Pendidikan pada tahun 1996 melaporkan bahawa kebanyakkan kes keciciran datang daripada keluarga berpendapatan rendah atau sederhana dan tinggal di kawasan yang persekitarannya tidak menggalakkan untuk pembelajaran. Kemiskinan telah menyebabkan murid-murid dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang tidak memberikan kelebihan dalam bidang akademik. Para ibubapa miskin dikatakan tidak mampu menyediakan peralatan persekolahan yang cukup untuk anak-anak mereka (Ting Len Siong, 2013: 76).Usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan perlu dijalankan merangkumi pemberian bantuan kewangan yang bersifat bantuan kebajikan penuh. Hal ini perlu mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan lain-lain agensi yang berkaitan. Selain daripada itu, bantuan kewangan di dalam menyokong penglibatan mereka di dalam kegiatan-kegiatan saraan hidup baru perlu diberikan. Ini termasuk menggalakkan mereka menceburi bidang-bidang keusahawanan, pertanian moden, perniagaan dan lain-lain. Apabila taraf sosio-ekonomi masyarakat Orang Asli berjaya ditingkatkan, secara tidak langsung anak-anak mereka berpeluang untuk belajar di sekolah tanpa perlu ponteng untuk membantu menyara keluarga.Pengubalan Dasar Pembagunan Nasional (DPN) yang mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah menetapkan langkah permulaan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dari semua segi termasuk keadilan sosial, nilai dan etika, ekonomi dan politik, kualiti hidup dan kecekapan pentadbiran kerajaan (Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, 2006:194). Tujuan dasar ini diperkenalkan adalah untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat. Program-program berbentuk kerja-kerja kemasyarakatan yang melibatkan pelajar-pelajar Universiti dan persatuan-persatuan pelajar harus disemarakkan bagi mendekatkan mereka dengan golongan yang berpendidikan tinggi. Ini sekaligus menanam keinginan pelajar-pelajar Orang Asli untuk ke diperingkat lebih tinggi lagi. Pendekatan seperti penganjuran bengkel kecemerlangan akademik, kepimpinan, dan lain-lain yang difikirkan sesuai perlu mendapat kerjasama jabatan pelajaran, sekolah dan NGO.3.7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pada hari Jumaat 6 September, 2013, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelan ini merupakan dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara serta dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi. Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 seperti:1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.Pelan pembangunan pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan (Ekshibit 7). Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta Dialog Nasional Pendidikan Kebangsaan.

Dari segi Akses, setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian perlu memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang tahun 2020.Dari aspek kualiti, semua kanak-kanak akan berpeluang mendapatkan pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Sistem pendidikan di Malaysia menetapkan aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu diterima di peringkat antarabangsa.Dari segi Ekuiti, Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan berkualiti kepada setiap kanak-kanak tanpa sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara jantina sehingga 50% menjelang tahun 2020.Dari aspek perpaduan, murid yang berumur antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Oleh itu, sekolah berperanan untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan murid. Melalui interaksi bersama murid lain dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, dan belajar untuk memahami, menerima serta menghayati perbezaan, suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi dapat dibentuk. Kementerian berhasrat untuk menjanakan suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.Dari segi Kecekapan, Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak setanding dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan masa kini, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa. Secara kesimpulanya, Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025 dilancarkan merupakan satu usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan untuk pembangunan negara secara efektif supaya negara kita dapat setanding dengan negara maju yang lain. Bak kata pepatah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. 4.0 Rumusan"Dalam kita menyediakan pelbagai kemudahan di kawasan luar bandar, bagi saya tiada gunanya kita membekalkan komputer jika tiada bekalan elektrik. Tiada gunanya mengadakan kedua-duanya jika tiada guru yang dapat dihantar ke kawasan ini. Dan, tiada gunanya jika kita mengadakan segala kemudahan, jika ibu bapa sendiri tidak serius tentang pendidikan anak mereka.

YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein

Ketaksamaan peluang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar bandar merupakan tinggalan sejarah pembangunan pendidikan yang tidak setara antara lokasi. Fenomena ini amat merugikan pelajar berkaitan serta boleh menjejaskan perpaduan, pembangunan tenaga manusia, keharmonian dan kemajuan negara. Bukannya kerana tiada usaha, tetapi kerana tiadanya komitmen yang telus dalam menangani isu ini. pelbagai bantuan, dana dan program-program telah dicetuskan oleh kerajaan bagi memastikan semua rakyat di negara ini dapat menikmati peluang pendidikan yang sama bagi semua orang. Sebagai Wargenegara Malaysia yang berdaulat, masalah mereka juga harus mendapat pembelaan yang sewajarnya. Oleh itu, semua pihak tidak kira kerajaan, swasta, NGO mahupun individu itu sendiri perlu memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah-masalah ketaksamaan peluang pendidikan di kalangan masyarakat yang ketinggalan dalan bidang pendidikan. Semua pihak juga perlu sedar dan saling bantu-membantu terutamanya para guru amat diharapkan untuk merapatkan jurang perbezaan, dikriminasi serta pengasingan. Hal ini perlu diberi perhatian serius bagi memastikan fokus membina masyarakat Malaysia yang berilmu dan progresif tidak tersimpang daripada landasan untuk mempersiapkan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020.1