kesepaduan sosial

2
Kesepaduan sosial: pandangan alternatif untuk memahami hubungan etnik di Malaysia. Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia menggunakan konsep konflik untuk memahami setiap permasalahan yang wujud dalam setiap etnik di Malaysia. Pandangan sedemikian mengandaikan masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam persengketaan, saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama. Konsep-konsep yang berhubungkait dengan konsep konflik adalah konsep polarisasi (sikap perkauman), segregasi (pemisahan/pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan etnik yang lain), ketegangan, persaingan , persengketaan, pertentangan, perbezaan atau perpecahan. Konsep-konsep ini telah menjadi salah satu alat analisis untuk memahami permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Melalui konsep negatif yang dikatakan untuk memahami permasalahan hubungan etnik telah membawa kecenderungan untuk menghadapi sesuatu isu yang berbangkit secara bertentangan. Contohnya, antara Melayu dan bukan Melayu, Islam dan bukan Islam, lelaki dan perempuan, bandar dan luar bandar, muda dan tua, miskin dan kaya, berpendidikan dan tidak berpendidikan, serta heteroseksual dan homoseksual. Etnik lain juga memiliki pelbagai kerencaman dalam beragama, malahan bertindan lapis dengan kategori yang lain. Etnik Cina, India, Iban, Kadazan begitu juga dengan agama Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya turut mempunyai kepelbagaian dan kerencaman mereka

Upload: trevor-riley

Post on 11-Sep-2015

81 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kesepaduan sosial

TRANSCRIPT

Kesepaduan sosial: pandangan alternatif untuk memahami hubungan etnik di Malaysia. Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia menggunakan konsep konflik untuk memahami setiap permasalahan yang wujud dalam setiap etnik di Malaysia. Pandangan sedemikian mengandaikan masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam persengketaan, saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama. Konsep-konsep yang berhubungkait dengan konsep konflik adalah konsep polarisasi (sikap perkauman), segregasi (pemisahan/pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan etnik yang lain), ketegangan, persaingan , persengketaan, pertentangan, perbezaan atau perpecahan. Konsep-konsep ini telah menjadi salah satu alat analisis untuk memahami permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Melalui konsep negatif yang dikatakan untuk memahami permasalahan hubungan etnik telah membawa kecenderungan untuk menghadapi sesuatu isu yang berbangkit secara bertentangan. Contohnya, antara Melayu dan bukan Melayu, Islam dan bukan Islam, lelaki dan perempuan, bandar dan luar bandar, muda dan tua, miskin dan kaya, berpendidikan dan tidak berpendidikan, serta heteroseksual dan homoseksual. Etnik lain juga memiliki pelbagai kerencaman dalam beragama, malahan bertindan lapis dengan kategori yang lain. Etnik Cina, India, Iban, Kadazan begitu juga dengan agama Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya turut mempunyai kepelbagaian dan kerencaman mereka sendiri seperti etnik Melayu dan agama Islam. Hakikat menerima konsep konflik ini sebagai alat untuk memahami permasalahan masyarakat di Malaysia adalah kurang tepat kerana realitinya, masyarakat hidup dalam aman dan stabil. Masyarakat di Malaysia lebih stabil dan kukuh selepas Peristiwa 13 Mei.