kesantunan bahasa.tutorial 3

25
GSB 1012 Ahli Kumpulan: Hemalatha A/P Rajakumar Phua Wan Joo

Upload: wan-rou

Post on 23-Jun-2015

1.541 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesantunan bahasa.tutorial 3

GSB 1012

Ahli Kumpulan:Hemalatha A/P Rajakumar

Phua Wan Joo

Page 2: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Tajuk:Aspek-aspek kesantunan

dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang majmuk mengikut pandangan

J.Ferguson dan Das Gupta

Page 3: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Takrifan Kesantunan Oleh J.Ferguson dan Das Gupta

• J. Ferguson dan Das Gupta(1968) menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.

Page 4: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Kontrak Perbualan Yang Digunakan Oleh Penutur Dan Pendengar:

• Mampu mewujudkan persetujuan bersama dalam kalangan masyarakat.

• Mampu mewujudkan etika dan peraturan dalam kalangan masyarakat.

• Biasanya mengamalkan budaya yang sama dalam kalangan masyarakat.

• Tujuan kontrak perbualan adalah ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.

Page 5: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Contoh Kontrak Perbualan Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

• Masyarakat Malaysia mempunyai kontrak perbualan antara penutur dan pendengar yang boleh mengikat masyarakat di bawah etika dan peraturan yang sepatutnya diamalkan semasa berkomunikasi dengan orang lain.

• Contoh kontrak perbualan yang menimbangkan aspek kesantunan:

1. Prinsip Rukun Negara2. Pendidikan Moral3. Pendidikan Agama4. Warisan Kekeluargaan

Page 6: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Kontrak Perbualan Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia

Prinsip Rukun Negara• Dalam Rukun Negara Malaysia, salah satu

prinsip yang perlu dipegang oleh seluruh rakyat adalah:

KESOPANAN DAN KESUSILAAN• Semua rakyat Malaysia diikat oleh prinsip

Rukun Negara dan kita akan mempraktikkan prinsip kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seharian kita terutamanya dari segi pertuturan .

Page 7: Kesantunan bahasa.tutorial 3

• Kesopanan: Mengamalkan cara bertutur yang bersopan santun serta lemah lembut. Rakyat Malaysia sepatutnya bersopan santun serta bertutur dengan lemah lembut dan halus apabila menjalankan perbualan dengan orang lain.

• Kesusilaan: Kebaikan yang dilakukan oleh individu seperti jujur, ikhlas, merendah diri serta tidak menyombongkan diri. Rakyat haruslah bercakap dengan jujur dan ikhlas serta bercakap dengan merendah diri.

Page 8: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Pendidikan Moral• Pendidikan moral yang diajar di semua peringkat

sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah telah mendidik anak murid kita supaya menjadi insan yang bersantun semasa menjalankan perbualan. Kita akan mengamalkan nilai-nilai moral yang dipelajari semasa bertutur dengan orang lain. Contohnya, nilai-nilai moral seperti hemah tinggi, toleransi dan hidup bersama secara aman.

Page 9: Kesantunan bahasa.tutorial 3

• Nilai Murni:Hemah TinggiDefinisi:Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia

dalam pergaulan seharian.Contoh:1. Masyarakat Malaysia mengamalkan nilai hemah

tinggi semasa berkomunikasi dengan orang lain.2. Beradab Sopan: *Menegur sapa dengan orang lain secara sopan. *Mengucapkan terima kasih apabila menerima bantuan daripada orang lain.

Page 10: Kesantunan bahasa.tutorial 3

3. Berbudi Pekerti Mulia: *Bertutur dengan lemah lembut dan suara yang halus. *Merendah diri dan tidak sombong apabila berkomunikasi dengan orang lain.

Page 11: Kesantunan bahasa.tutorial 3

• Nilai Murni:Hidup Bersama Secara AmanDefinisi:Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.Contoh:Bagi mengekalkan komunikasi yang harmoni

tanpa menimbulkan sebarang konflik, masyarakat Malaysia juga mengamalkan nilai hidup bersama secara aman. Kita bergaul secara bersopan santun antara satu sama lain supaya kita tidak menimbulkan konflik semasa bergaul dan secara tidak langsungnya kita dapat hidup berbaik-baik secara aman damai.

Page 12: Kesantunan bahasa.tutorial 3

• Nilai Murni:ToleransiDefinisi: Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.Contoh:Nilai toleransi juga diamalkan oleh masyarakat

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum semasa bergaul antara satu sama lain. Sifat bertolak ansur, sabar dan mengawal diri yang diamalkan dalam pergaulan seharian dapat mengelakkan kita daripada marah serta mengeluarkan perkataan kesat apabila bercakap dengan orang yang tidak bermunasabah.

Page 13: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Pendidikan Agama• Agama Islam: 1. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis: “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”2. Penganut agama Islam sentiasa berpegang kepada ajaran agama yang meminta umat Islam untuk bertutur dengan baik iaitu secara sopan santun supaya dapat diberkati oleh Tuhan.

Page 14: Kesantunan bahasa.tutorial 3

• Agama Buddha:1. Ajaran agama Buddha juga mengajar penganutnya

supaya bersantun semasa menjalankan pergaulan seharian.

2. “Mempunyai pemikiran yang baik, bercakap dengan baik, melakukan perkara yang baik.”

3. Ketiga-tiga prinsip ini merupakan asas yang perlu dipegang kepada penganut agama Buddha. Oleh yang demikian, penganut akan sentiasa memegang pinsip “bercakap dengan baik” semasa bergaul dengan orang lain. Bersopan santun sentiasa diamalkan oleh penganutnya apabila bertutur dengan orang lain supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Page 15: Kesantunan bahasa.tutorial 3

• Agama Hindu

1. Bagi masyarakat India,terdapat salah satu prinsip Tiga Kerangka Dasar yang mendidik penganut Agama Hindu supaya mengamalkan sifat kesantunan dalam kehidupan seharian, iaitu susila (Etika).

2. Susila (Etika): Berbudi pekerti mulia apabila berkomunikasi antara satu sama lain untuk mewujudkan hubungan harmoni sesama manusia.

3. Kaum India akan berpegang kepada prinsip susila dalam Tiga Kerangka Dasar agama Hindu dengan bersifat bersopan santun, lemah lembut, halus, beradab dan berbudi pekerti mulia semasa menjalankan perbualan seharian.

Page 16: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Warisan Kekeluargaan• Dalam kesantunan berbahasa, setiap kaum

mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.

• Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama yang diwarisi secara turun-temurun.

• Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

Page 17: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Pak Digunakan untuk orang lelaki yang sama sebaya dengan ayah sendiri.

Mak Digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak sendiri.

Tok Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek sendiri.

Abang Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak semuda dengan diri sendiri.

Kakak Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda dengan diri sendiri.

Adik Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada diri sendiri.

Masyarakat Melayu

Page 18: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Masyarakat Cina

Pak Cik/Encik(Shu Shu/Xian Sheng)

Digunakan untuk orang lelaki yang sama sebaya dengan ayah sendiri.

Mak Cik/Puan(A Yi/Nu Shi) Digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak sendiri.

Datuk(Gong Gong) Digunakan untuk orang lelaki yang kira-kira sebaya dengan datuk sendiri.

Page 19: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Nenek(Nai Nai) Digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan nenek sendiri.

Abang/Encik(Ge Ge/Xian Sheng) Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak semuda dengan diri sendiri.

Kakak/Cik(Jie Jie/Xiao Jie) Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda dengan diri sendiri.

Adik(Xiao Peng You) Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada diri sendiri.

Page 20: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Masyarakat IndiaPak Cik Digunakan untuk orang lelaki yang sama

sebaya dengan ayah sendiri.

Mak Cik Digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak sendiri.

Datuk(Tata) Digunakan untuk orang lelaki yang kira-kira sebaya dengan datuk sendiri.

Nenek(Patti) Digunakan untuk perempuan yang kira-kira sebaya dengan nenek sendiri.

Abang(Anna) Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak semuda dengan diri.

Kakak(Akka) Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda dengan diri.

AdikLelaki(Thambi)Perempuan(Thangachi)

Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada sendiri.

Page 21: Kesantunan bahasa.tutorial 3

• Rakyat Malaysia mempunyai tatasusila pertuturan yang lebih kurang sama yang diwarisi secara turun-temurun walaupun kaum kita berbeza.

Page 22: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Contoh:• Kita haruslah bertegur sapa dengan orang lain

terutamanya orang yang dikenali serta orang yang lebih tua daripada kita seperti guru dan jiran.

Orang Melayu: Assalamualaikum.Orang India: Vanakkam.Orang Cina:Ni Hao Ma?• Kita seharusnya mengucapkan terima kasih apabila

menerima pertolongan daripada orang lain.• Kita perlu lemah lembut dan suara kita perlulah

halus apabila bercakap dengan orang lain.• Kita perlulah meminta maaf daripada orang lain

apabila kita melakukan sesuatu kesalahan.

Page 23: Kesantunan bahasa.tutorial 3

• Kita sepatutnya tidak mencelah apabila orang lain sedang bercakap.

• Kita sepatutnya tidak mengeluarkan perkataan kasar atau kesat semasa bercakap.

• Kita sepatutnya tidak boleh meninggikan suara apabila bercakap dengan orang lain.

• Kita perlulah bersenyum apabila bertutur dengan orang lain.

Page 24: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Kesimpulan

Kesimpulannya, Rukun Negara, pendidikan moral, pendidikan agama dan warisan kekeluargaan merupakan antara kontrak perbualan masyarakat Malaysia untuk berkomunikasi. Dengan adanya kontrak perbualan ini, masyarakat Malaysia dapat mengamalkan sifat kesantunan dalam kehidupan seharian. Sebagai hasilnya, konflik dan perselisihan faham antara masyarakat Malaysia dapat dielakkan.

Page 25: Kesantunan bahasa.tutorial 3

Sekian,Terima Kasih.