kesantunan berbahasa

26
KESANTUNAN BAHASA Oleh: Hj. Mohd. Samsuddin Mahmod Institut Pendidikan Guru Malaysia: Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur

Upload: clatan-gunyongchee

Post on 23-Jun-2015

6.757 views

Category:

Education


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesantunan Berbahasa

KESANTUNAN BAHASA

Oleh:

Hj. Mohd. Samsuddin Mahmod

Institut Pendidikan Guru Malaysia:

Kampus Bahasa Melayu

Kuala Lumpur

Page 2: Kesantunan Berbahasa

KONSEP KESANTUNAN

• Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi (Lakoff, 1975:64)

• Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik (Fraser dan Nolan, 1981:96)

• Perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983:104)

Page 3: Kesantunan Berbahasa

KONSEP KESANTUNAN

• Kesantunan ialah usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka(Brown &Levinson, 1987:62)

• Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung (Asmah, 2000:88)

• Perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman (Bayraktaroglu,1997:5)

Page 4: Kesantunan Berbahasa

RUMUSAN KONSEP KESANTUNAN

Kesantunan merupakan penggunaan kata-kata atau perlakuan yang:• sesuai• Tidak menimbulkan konflik• sentiasa menjaga air muka pendengar• Ikhlas• merangkumi hubungan manusia – manusia manusia - khalik

Page 5: Kesantunan Berbahasa

KONSEP MUKA

• Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka (Asmah, 2000:101)

• Menjangkau ruang lintup melampaui masa berlangsung sesuatu perbualan

• Melibatkan anggota keluarga/masyarakat

• Merujuk kepada hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan Tuhan

Page 6: Kesantunan Berbahasa

KONSEP MUKA

• Dalam sembahyang dibaca doa:

“Sesungguhnya aku menghadap wajahku (mukaku) kepada zat Allah yang menitahkan emua yang ada di langit dan di bumi dengan kecondongan hati serta menyerahkan diri.”

Page 7: Kesantunan Berbahasa

KONSEP MUKA

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan tidak mengetahui”

(al-Ruum:30)

Page 8: Kesantunan Berbahasa

KONSEP MUKA

“Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah Allah. Sesungguhnya, Allah maha luas (rahmat-Nya) lagi maha mengetahui.”

(al-Baqarah:115)

Page 9: Kesantunan Berbahasa

MODEL KESANTUNAN BAHASA

• Model Kesantunan Lakoff (1975):- Jangan memaksa- Berikan pilihan- Jadikan pendengar selesa

Page 10: Kesantunan Berbahasa

MODEL KESANTUNAN BAHASA

• Model kesantunan Asmah (2000)

- Kesantunan Asas : Kesantunan yang sedia ada – sikap berbaik-baik dalam masyarakat

- Kesantunan Berkendala: usaha yang dilakukan dalam sesuatu interaksi

Page 11: Kesantunan Berbahasa

MODEL KESANTUNAN BAHASA

Kesantunan Berkendala• Siapa yang bercakap?• Apa yang dicakapkan?• Di mana percakapan berlaku?• Mengapa percakapan berlaku?• Bagaimana cara percakapan

disampaikan?

Page 12: Kesantunan Berbahasa

STRATEGI KESANTUNAN ORANG MELAYU

• Kategori Strategi Budiman

- strategi ikhlas

- strategi memudahkan

- strategi merendah diri

- strategi maaf

Page 13: Kesantunan Berbahasa

STRATEGI KESANTUNAN ORANG MELAYU

• Kategori Strategi Kerjasama

- Strategi penyelesaian

- Strategi Persetujuan

- Strategi muafakat

- strategi berikan peluang

Page 14: Kesantunan Berbahasa

STRATEGI KESANTUNAN ORANG MELAYU

• Kategori Strategi Menyenangi

• Kategori Strategi Kiasan

• Kategori Strategi Berhemah

• Kategori Rujukan Sumber (merujuk sunah)

• Kategori Strategi Ungkapan Rabbani

- ungkapan salam

- bismillah

Page 15: Kesantunan Berbahasa

STRATEGI KESANTUNAN ORANG MELAYU

• Strategi Bukan Bahasa

- senyum

- Bersalam

- duduk

- artifak

Page 16: Kesantunan Berbahasa

KESANTUNAN BAHASA DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYU

Falsafah Pendidikan Kebangsaan: “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke

arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Page 17: Kesantunan Berbahasa

Objektif Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menegah

Pada akhir sekolah menengah, murid dapat:

i. Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan;

ii. Mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

iii. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

Page 18: Kesantunan Berbahasa

Kesantunan Bahasa Dalam Kurikulum BM Tk 5

Contoh:1.1 Berbual dan berbicara tentang perkara yang berkaitan

dengan kehidupan harian yang menyentuh diri, keluarga, rakan dan masyarakat dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi, serta nada yang sesuai;

1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan;

1.5 Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi;

1.6 menyatakan perasaan secara berterus terang dan beradab tentang sesuatu perkara untuk mengekalkan hubungan

Page 19: Kesantunan Berbahasa

Contoh Aktiviti

Anda telah berjanji dengan rakan anda untuk menghadiri Rumah Terbuka Rakyat Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil bersempena dengan tahun baharu pada malam 31 Disember yang lalu. Namun, pada malam itu anda perlu menghantar abang anda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana dia akan melanjutkan pengajian ke Jerman dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa. Anda tidak dapat menghubungi rakan anda yang sedang menunggu di pekarangan sekolah untuk memaklumkan perkara tersebut.

Anda berasa terkilan dan serba salah atas kejadian tersebut. Bina dialog untuk menyatakan perasaan tersebut. 1.6 Aras 2 (ii)

Page 20: Kesantunan Berbahasa

Kesantunan Bahasa dalam Kurikulum BM Tk 1

– Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik.

– Aras 1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun.

– Aras 1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai bagi seseorang.

Page 21: Kesantunan Berbahasa

Contoh Kesantunan Dalam Teks Komsas (Sehijau Warna Daun)

(a) Perlakuan bahasa• Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan “Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada

harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak.”• Kata-kata pujian “…Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik

macam tulah,”• Kata panggilan yang sesuai “Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.

“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan.

Page 22: Kesantunan Berbahasa

Contoh Kesantunan Dalam Teks Komsas

(b) Bukan perlakuan bahasa• Empati Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.• Air muka/ raut wajah …wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di

bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.

• Menujukkan sikap bertanggungjawab Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali

mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.

(Sehijau Warna Daun, hlm.52-54)

Page 23: Kesantunan Berbahasa

Contoh Kesantunan Dalam Teks Komsas

“Tapi hakikatnya kita tetap berbeza Jun.Setidak-tidaknya kau guru tetap, lepasan maktab.”

“Jun tak suka Fuad merendah diri begitu. Jadilah seorang laki-laki yang berani dan Jun akan mengagumi keberanian itu.”

“Aku memang selalu cuba jadi berani, Jun. Kalau aku tak berani, aku tak akan berdepan dengan kau sekarang, anak majikan aku sendiri.”

Senyum Junainah mekar dan segar. (Kerusi, hlm.81)

Page 24: Kesantunan Berbahasa

Contoh Kesantunan Dalam Teks Komsas

• “Ya Allah, pandulah saya menghadapi musibah ini,” (Kerusi, hlm. 48)

• “Insya Allah, saya akan datang!” (Kerusi, hlm. 54)

• “Tak mengapa, nak. Engkau sudah sedar, kesatkan air matamu. Lupakan tragedi itu. Tidak ada sebesar huma pun rasa dendam di dalam jiwa saya, nak.”

(Kerusi, hlm. 54)

Page 25: Kesantunan Berbahasa

Renungan

Jika kita pengurus,Jalankan kerja dengan terurus.Jika kita pekerja,Jalankan kerja dengan rela.Jika kita guru,Amalkanlah apa yang tahu.Jika kita pelajar,Amalkan apa yang diajar.Jika ingin menjadi pandai,Ajaran guru janganlah lalai.Jika sudah berada di puncak jaya,Ibu dan bapa dilupa jangan.

Page 26: Kesantunan Berbahasa

Yang kurik kundi,yang merah saga;

yang baik budi,yang indah bahasa.

SEKIAN, TERIMA KASIH.