kesan penuaan penduduk

11
PROSIDING PERKEM IV, JILID 1 (2009) 305-315 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV) Memacu Pembangunan Ekonomi Dalam Ketidaktentuan Persekitaran Global Kuantan, Pahang, 2-4 Jun 2009 KESAN PENINGKATAN JANGKA HAYAT DI MALAYSIA EFFECTS OF INCREASED LIFE EXPECTANCY IN MALAYSIA (DORIS PADMINI SELVARATNAM, NOR AINI HJ IDRIS, NORLAILA ABU BAKAR & ONG BEE KIM) ABSTRAK Semenjak 1960-an terdapat peningkatan jumlah warga tua di Malaysia kerana penurunan kadar kelahiran dan mortaliti, peningkatan kawalan penyakit berjangkit serta kemudahan kesihatan yang bertambah baik. Peningkatan jangka hayat penduduk ini menyebabkan kumpulan umur yang lebih tua meningkat secara signifikan. Peningkatan jangka hayat mempunyai implikasi ekonomi dan sosial. Dari segi ekonomi, terdapat beban kewangan terhadap individu, ahli keluarga dan juga kerajaan. Dari segi sosial, ianya melibatkan penyediaan kemudahan perumahan dan kesihatan yang melibatkan perbelanjaan yang besar. Kertas kerja ini membincangkan implikasi peningkatan jangka hayat penduduk terhadap perbelanjaan kerajaan Malaysia. Kata kunci: jangka hayat, warga emas, jaminan sosial. ABSTRACT Since 1960s, increase in the number of elderly in Malaysia is due to reduced number of births and mortality, better control of epidemic and improved health facilities. Increase in the population life expectancy causes the older age group to significantly increase. This increase has implications on the economic and social aspects. In terms of economy, there is burden of financial to individuals, family members and the government. From the social aspect, it involves large expenses in providing housing and health facilities. This paper discusses the implication of increased population life expectancy on Malaysian government expenditure. Keywords: life expectancy, elderly, social security 1. Pengenalan Di peringkat global, perangkaan tahun 2020 menunjukkan terdapat 635 juta warga emas yang berusia 65 tahun ke atas di seluruh dunia iaitu 10.0% daripada jumlah penduduk dunia. Menjelang tahun 2050 pula, bilangan warga emas dijangka meningkat kepada kira-kira 30.0% daripada jumlah penduduk dunia. Dari segi jumlah, antara negara membangun yang mempunyai bilangan warga emas yang ramai termasuk China (230 juta), India (142 juta), Indonesia (29 juta), Brazil (27 juta) dan Pakistan (18 juta). Namun warga emas di negara membangun kurang diberi tumpuan oleh kerajaan berbanding warga emas di negara maju (Norazam, 2000). Warga emas merujuk kepada individu yang berusia 60 tahun ke atas. Kini warga emas tidak boleh diukur berasaskan kepada had umur semata-mata memandangkan “umur kronologi” tidak melambangkan “umur fisiologi”. Dengan kata lain, keupayaan fizikal dan mental warga emas boleh berubah (Law Sung Ing, 2000). Semenjak 1960-an berlaku peningkatan dalam jumlah warga emas di Malaysia ekoran dari penurunan kadar kelahiran dan mortaliti, wujud penambahbaikan dalam kemudahan kesihatan dan peningkatan kawalan penyakit berjangkit. Peratus warga emas di Malaysia meningkat daripada 5.7% pada tahun 1990 kepada 6.3% pada tahun 2000. Bagi tahun 2020,

Upload: anisnabela

Post on 23-Oct-2015

69 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kesan penuaan penduduk

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Penuaan Penduduk

PROSIDING PERKEM IV, JILID 1 (2009) 305-315

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV)

Memacu Pembangunan Ekonomi Dalam Ketidaktentuan Persekitaran Global

Kuantan, Pahang, 2-4 Jun 2009

KESAN PENINGKATAN JANGKA HAYAT DI MALAYSIA EFFECTS OF INCREASED LIFE EXPECTANCY IN MALAYSIA

(DORIS PADMINI SELVARATNAM, NOR AINI HJ IDRIS, NORLAILA ABU

BAKAR & ONG BEE KIM)

ABSTRAK

Semenjak 1960-an terdapat peningkatan jumlah warga tua di Malaysia kerana penurunan

kadar kelahiran dan mortaliti, peningkatan kawalan penyakit berjangkit serta kemudahan

kesihatan yang bertambah baik. Peningkatan jangka hayat penduduk ini menyebabkan

kumpulan umur yang lebih tua meningkat secara signifikan. Peningkatan jangka hayat

mempunyai implikasi ekonomi dan sosial. Dari segi ekonomi, terdapat beban kewangan

terhadap individu, ahli keluarga dan juga kerajaan. Dari segi sosial, ianya melibatkan

penyediaan kemudahan perumahan dan kesihatan yang melibatkan perbelanjaan yang besar.

Kertas kerja ini membincangkan implikasi peningkatan jangka hayat penduduk terhadap

perbelanjaan kerajaan Malaysia.

Kata kunci: jangka hayat, warga emas, jaminan sosial.

ABSTRACT

Since 1960s, increase in the number of elderly in Malaysia is due to reduced number of births

and mortality, better control of epidemic and improved health facilities. Increase in the

population life expectancy causes the older age group to significantly increase. This increase

has implications on the economic and social aspects. In terms of economy, there is burden of

financial to individuals, family members and the government. From the social aspect, it

involves large expenses in providing housing and health facilities. This paper discusses the

implication of increased population life expectancy on Malaysian government expenditure.

Keywords: life expectancy, elderly, social security

1. Pengenalan

Di peringkat global, perangkaan tahun 2020 menunjukkan terdapat 635 juta warga emas yang

berusia 65 tahun ke atas di seluruh dunia iaitu 10.0% daripada jumlah penduduk dunia.

Menjelang tahun 2050 pula, bilangan warga emas dijangka meningkat kepada kira-kira 30.0%

daripada jumlah penduduk dunia. Dari segi jumlah, antara negara membangun yang

mempunyai bilangan warga emas yang ramai termasuk China (230 juta), India (142 juta),

Indonesia (29 juta), Brazil (27 juta) dan Pakistan (18 juta). Namun warga emas di negara

membangun kurang diberi tumpuan oleh kerajaan berbanding warga emas di negara maju

(Norazam, 2000). Warga emas merujuk kepada individu yang berusia 60 tahun ke atas. Kini

warga emas tidak boleh diukur berasaskan kepada had umur semata-mata memandangkan

“umur kronologi” tidak melambangkan “umur fisiologi”. Dengan kata lain, keupayaan fizikal

dan mental warga emas boleh berubah (Law Sung Ing, 2000).

Semenjak 1960-an berlaku peningkatan dalam jumlah warga emas di Malaysia ekoran

dari penurunan kadar kelahiran dan mortaliti, wujud penambahbaikan dalam kemudahan

kesihatan dan peningkatan kawalan penyakit berjangkit. Peratus warga emas di Malaysia

meningkat daripada 5.7% pada tahun 1990 kepada 6.3% pada tahun 2000. Bagi tahun 2020,

Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Page 2: Kesan Penuaan Penduduk

306 Doris Padmini, Nor Aini Idris, Norlaila Abu Bakar & Ong Bee Kim

jumlah warga emas di negara ini dijangka meningkat kepada 3 juta iaitu kira-kira 10.0%

daripada anggaran 32 juta penduduk (Norazam, 2000).

Jangka hayat juga dijangka akan meningkat ekoran peningkatan tahap kesihatan

khususnya di negara-negara maju. Secara puratanya di Malaysia, jangka hayat untuk lelaki

meningkat daripada 65 tahun (1990) kepada 70 tahun (2000), sementara untuk perempuan

daripada 68 (1990) kepada 76 tahun (2000). Purata jangka hayat bagi warga emas lelaki kini

ialah 72.3 tahun, manakala wanita 76.9 tahun. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

(JKMM) menjangka menjelang 2020, jangka hayat bagi lelaki adalah 75.4 tahun dan wanita

80.4 tahun (Buletin Perangkaan Sosial, 2007). Semakin tinggi umur warga emas, semakin

tinggi risiko yang mereka hadapi. Jadi, penambahan bilangan warga emas menjadi satu isu

perbincangan penting dan mendapat perhatian dari pelbagai pihak termasuk media, ahli

politik, individu, pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan.

2. Isu dan Kesan Penuaan

Peningkatan jangka hayat warga emas di negara Malaysia berlaku disebabkan wujud

kemajuan sains dan teknologi perubatan, peningkatan taraf hidup, penurunan kadar mortaliti,

kemerosotan fertiliti, peningkatan tahap pendidikan dan peningkatan kesedaran terhadap

kepentingan kesihatan. Ini bermakna banyak isu perlu dihadapi oleh individu yang mungkin

akan membawa kesan-kesan yang serius dan buruk terhadap negara.

Permasalahan penuaan penduduk akan menimbulkan keperluan kewangan yang lebih

tinggi di hari tua. Sekiranya warga emas tidak mempunyai simpanan atau pencen untuk

menyara kehidupan hari tua mereka, kaum keluarga mereka perlu membantu mereka. Jika

kaum keluarga pula tidak mampu menampung perbelanjaan orang tuanya, maka mereka akan

memohon bantuan daripada kerajaan. Keadaan ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengutip

lebih banyak cukai daripada pembayar cukai bagi tujuan membantu warga emas. Kesannya

kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan sosial yang tinggi. Pihak kerajaan perlu

menggubal dasar-dasar yang sesuai untuk warga emas dari segi menanggung kos bersara, kos

kesihatan, ganjaran, kos KWSP, dan kos-kos yang lain berkaitan dengan warga emas.

Peningkatan golongan warga emas juga turut mendorong kerajaan menyediakan perumahan

untuk mereka dan keadaan ini akan menambahkan perbelanjaan kerajaan (Syed Shahir, 2007).

Dari segi kesihatan, peningkatan usia juga menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan

psikologikal. Perubahan fizikal membabitkan perubahan dari segi luaran dan dalaman,

antaranya kulit semakin mengendur, penglihatan tidak jelas (50.0% warga emas mengalami

masalah penglihatan) dan pendengaran agak kurang (34.0% di kalangan warga emas). Warga

emas juga mengalami tindakan yang lambat, sembelit akibat kurang penyerapan air, degup

jantung yang tidak berapa kuat dan menyebabkan cepat penat selain paru-paru yang tidak

boleh mengembang sepenuhnya yang menghalang seseorang warga usia emas melakukan

aktiviti lasak. Ini bermakna warga emas akan menghadapi banyak risiko di dalam kesihatan

(Norazam, 2000). Ini bererti akan wujud permintaan yang semakin meningkat untuk rawatan,

penjagaan dan perubatan untuk warga emas.

Menurut Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, 2005, warga emas

menghadapi masalah memperolehi bantuan kewangan seperti pinjaman bank, sementara

syarikat insuran seakan-akan tidak berminat untuk menjual polisi hayat kepada mereka.

Justeru, wujud ketidakseimbangan jaminan sosial yang memerlukan keprihatinan dan

tindakan sewajarnya. Kerajaan memerlukan sokongan untuk membina lebih banyak rumah

orang tua dan prasarana kesihatan khusus untuk warga emas terutama mereka yang terlibat

dalam sektor tidak formal dan bergantung pada simpanan peribadi untuk meneruskan hidup.

Suraya
Highlight
Suraya
Sticky Note
faktor menyebabkan penuaan penduduk
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Page 3: Kesan Penuaan Penduduk

Kesan Peningkatan Jangka Hayat di Malaysia 307

3. Trend Warga Emas di Malaysia

Warga emas merujuk kepada penduduk yang berusia 60 tahun ke atas. Kementerian

Kesihatan Malaysia mentakrifkan warga emas sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Manakala jangka hayat bermaksud perkadaran bagi ahli sesuatu kohort ini untuk terus kekal

hidup pada satu-satu peringkat umur tertentu dan baki tahun tinggal untuk mereka terus hidup

(Weeks, 2008).

Penetapan kadar umur 60 tahun ini adalah lebih rendah berbanding tahap umur yang

digunapakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 65 tahun. Warga emas

mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran. Sumbangan mereka kepada pembangunan

keluarga, masyarakat dan negara begitu banyak. Mereka menjadi penasihat utama kepada

keluarga dan tidak keterlaluan jika dikatakan yang mereka ini adalah aset negara yang paling

berharga. Warga emas memiliki kemampuan regeneratif yang terbatas dan lebih mudah

diserang penyakit. Di barat seseorang dianggap tua ketika mencapai umur 60-65 tahun.

Negara yang berbeza mempunyai takrif umur warga emas yang berbeza (Weeks, 2008). Dari

sudut ekonomi, warga emas dikelaskan sebagai golongan tua yang terdiri daripada individu

yang telah bersara atau tamat tempoh perkhidmatan. Ini kerana mereka sudah kurang berdaya

untuk melakukan kerja dan menghadapi risiko yang tinggi dari kesihatan mereka.

Jadual 1 menunjukkan jumlah bilangan penduduk Malaysia mengikut kumpulan umur

dan jantina antara tahun 1980 hingga tahun 2007. Didapati bilangan penduduk lelaki pada

tahun 1980 adalah sebanyak 6,992,000 orang sahaja tetapi pada tahun 2007, bilangan ini

meningkat sehingga 13,833,000 orang, iaitu pertambahan sebanyak 6,841,000 dalam tempoh

27 tahun ini. Manakala bilangan penduduk perempuan pada tahun 1980 adalah 6,887,000

orang dan ianya bertambah menjadi 13,341,000 orang pada tahun 2007. Ini bermakna telah

berlaku peningkatan sebanyak 6,454,000 orang dalam tempoh yang sama.

Jadual 1: Jumlah Penduduk Mengikut Kumpulan Umur dan Jantina di Malaysia, 1980- 2007

Umur/jantina 1980 1991 1995 2000 2001 2004 2006 2007

Lelaki 6992 9417 10564 11853 12062 13023 13563 13833

Perempuan 6887 9131 10125 11421 11733 12558 13078 13341

Jumlah 13879 18547 20689 23274 23795 25581 26640 27174

Kumpulan Umur

0-14 5542 6900 7331 7751 7881 8416 8632 8748

Lelaki 2834 3543 3777 3989 4050 4336 4451 4511

Perempuan 2708 3357 3554 3762 3830 4080 4181 4237

15-64 7846 10972 12602 14623 14957 16091 16859 17238

Lelaki 3915 5559 6440 7446 7566 8189 8577 8768

Perempuan 3931 5413 6162 7178 7391 7902 8282 8470

65> 491 676 756 901 958 1074 1150 1187

Lelaki 243 315 347 419 446 499 535 554

Perempuan 248 361 409 488 512 576 615 633

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (Buletin Perangkaan Sosial) 1980-2007

Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Page 4: Kesan Penuaan Penduduk

308 Doris Padmini, Nor Aini Idris, Norlaila Abu Bakar & Ong Bee Kim

Data di atas menunujukkan berlaku peningkatan warga jumlah emas secara mendadak

dalam tempoh 27 tahun. Pada tahun 1980, bilangan warga tua adalah sebanyak 491,000 orang

sahaja tetapi pada tahun 2007 ianya meningkat menjadi 1,187,000 orang. Bilangan warga

emas lelaki meningkat sebanyak 311,000 orang manakala bilangan warga emas perempuan

meningkat sebanyak 385,000.

Jadual 2 menunjukkan bilangan dan peratusan warga emas dalam kohort umur tertentu.

Didapati pada tahun 1980, bilangan warga emas adalah sebanyak 7,452,000 orang dan

6,045,000 orang adalah bilangan tua-muda iaitu orang berumur antara 60-74 tahun dan

1,407,000 orang adalah bilangan tua-tua iaitu orang berumur lebih 75 tahun ke atas. Manakala

pada tahun 2020, bilangan warga emas akan meningkat sehingga 32,098,000 orang dan

26,350,000 orang adalah bilangan tua-muda dan 5,748,000 orang adalah bilangan tua-tua. Ini

membuktikan bahawa akan berlaku peningkatan bilangan warga emas yang berumur 60 tahun

di masa akan datang.

Jadual 2: Peratus Penduduk Mengikut Kohort Umur, 1980 hingga 2020

Tahun

Jumlah

(000)

Bilangan(000) Peratus Kadar Pertumbuhan

Tua-muda Tua-tua Tua-muda Tua-tua Tua-muda Tua-tua

1980 745.2 604.5 140.7 81.1 18.9 - -

1991 1032.3 813.1 219.2 78.8 21.2 2.7 4.0

2000 1418.2 1150.8 267.4 82.2 18.9 3.9 2.2

2010 2076.1 1688.4 387.7 81.3 18.7 3.8 3.7

2020 3209.8 2635.0 574.8 82.1 17.9 4.5 3.9

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (Buletin Perangkaan Sosial) 2007.

4. Isu Warga Emas: Satu Sorotan

Menurut Kart dan Metress (1984), penuaan manusia boleh dijelaskan melalui dua konsep

umur iaitu had umur dan jangkaan hayat. Had umur merupakan tempoh hayat maksimum

yang boleh dicapai oleh manusia secara keseluruhannya. Sementara itu, jangkaan hayat pula

adalah umur purata hayat sekumpulan individu atau golongan manusia di sesuatu kawasan

tertentu. Menurut kajian beliau, bidang perubatan dan teknologi semakin maju akan

meningkatkan jangkaan hayat seseorang. Maka, semakin lama seseorang dapat hidup,

semakin ramai warga emas didapati daripada populasi penduduk. Selain itu, gaya hidup juga

akan meningkatkan jangkaan hayat. Seseorang yang mempunyai gaya hidup yang baik

berkemungkinan besar akan hidup lebih lama. Gaya hidup yang baik termasuk amalan

pemakanan yang sihat, tidak merokok, dan tidak minum arak, mempunyai masa rehat yang

mencukupi, penjagaan kebersihan diri dan alam perkeliling yang baik dan sebagainya.

Kajian Tengku Aizan (2003) mendapati pertambahan jumlah warga emas akan

membentuk critical mass yang boleh digemblengkan untuk perubahan sama ada untuk

kepentingan bersama atau untuk kepentingan komuniti warga emas. Warga emas mempunyai

hubungan dengan pembangunan masyarakat iaitu hasrat murni penggubalan dasar warga emas

negara adalah untuk mewujudkan masyarakat warga emas yang sejahtera, bermaruah,

mempunyai martabat diri yang tinggi dengan mengoptimumkan potensi diri mereka dan

menentukan mereka menikmati semua peluang di samping mendapat penjagaan dan

perlindungan sebagai ahli keluarga, masyarakat dan negara.

Mengikut Sharol (2002) profil demografi rakyat Malaysia telah berubah. Sebagai contoh

kadar mortaliti telah berkurang dan jangka hayat pula meningkat. Di negara maju, 50.0%

Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Page 5: Kesan Penuaan Penduduk

Kesan Peningkatan Jangka Hayat di Malaysia 309

daipada perbelanjaan penjagaan kesihatan digunakan pada usia tua. Hal yang demikian kerana

pada usia ini timbul penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, sakit jantung, kencing manis,

dan lain yang sukar pula untuk dipulihkan. Hayat hidup yang panjang dan penyakit kronik

pada usia tua membawa kesan kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan yang tinggi.

Kajian Sharifah Azizan et al. (2006), telah menunjukkan lebih daripada separuh warga

emas di negara ini tinggal secara bersendirian tanpa keluarga. Hanya satu perempat sahaja

tinggal dengan anak-anak atau individu lain. Kebanyakan warga emas yang tinggal

bersendirian adalah mereka yang tidak mempunyai suami dan berumur 65 tahun ke atas,

mempunyai tahap pendidikan tidak formal, tahap kesihatan yang teruk dan peruntukan yang

sangat sedikit untuk keperluan kesihatan. Kesimpulannya, warga emas perlu diberikan

bantuan kewangan untuk memperbaiki status kesihatan mereka.

Tan Hui Meng (2008) telah membuat satu kajian tentang status kesihatan lelaki dan

wanita di Lembah Klang. Daripada 351 lelaki yang ditemubual (berusia melebihi 50 tahun),

didapati kebanyakannya mengamalkan gaya hidup tidak sihat Sebanyak 41.9% merokok (atau

pernah merokok) 43.3% minum arak, 57.3% sangat kurang bersenam dan 78.7% mengalami

obesiti. Hasil kajian juga mendapati lelaki banyak mengalami gangguan kesihatan seperti

tekanan darah tinggi, kencing manis serta masalah jantung, prostat dan pendengaran. Lebih

66.1% dilaporkan menghadapi sekurang-kurangnya dua masalah kesihatan dan hanya 13.4%

benar-benar sihat. Walaupun ramai yang menghadapi masalah kesihatan namun hanya 38.4%

sahaja yang menjalani pemeriksaan kesihatan.

Menurut Ziauddin (2006), jangkaan hayat merupakan salah satu petunjuk demografi

yang signifikan mempengaruhi pertumbuhan warga emas di Malaysia. Beliau tidak

menggunakna cara statistik iaitu permodelan untuk menganalisiskan kajiannya, kajian

menunjukkan dalam tempoh jangka panjang, tahap kesihatan warga emas akan menjadi lebih

buruk apabila tidak bersenam. Hasilnya warga emas perlu berusaha untuk kekal aktif

mengikut kemampuan mereka. Berbeza dengan tanggapan umum, bersenam bukan saja

memberi manfaat kepada warga emas berumur sekitar 60-an yang masih mampu berdikari

dan melakukan aktiviti seperti berjoging. Penyelidik mendapati senaman dan kegiatan fizikal

mampu meningkatkan tahap warga emas berusia 90 tahun atau lebih tua. Mengekalkan

kehidupan yang aktif dan bersenam secara tetap boleh mencegah atau melewatkan mendapat

sesetengah jenis penyakit apabila umur meningkat. Kesimpulannya, peningkatan jangka hayat

adalah dipengaruhi oleh gaya hidup individu tersebut. Kajian Jariah, et al. (2006) mendapati

kebanyakan anak warga emas yang telah berkeluarga sukar membiayai perbelanjaan

perubatan orang tua mereka. Justeru, disarankan supaya kerajaan mempertingkatkan bantuan

kewangan untuk membiayai perbelanjaan kesihatan warga emas yang tidak dapat ditanggung

oleh anak mereka.

5. Hubungan di antara Perbelanjaan Kerajaan Terhadap Kesihatan Warga Emas

dengan Peningkatan Jangka Hayat Warga Emas

Apabila berlaku peningkatan jangka hayat warga emas di Malaysia maka perbelanjaan

kerajaan terhadap kos kesihatan bagi warga emas akan meningkat dari tahun ke tahun.

Masalah ini dapat ditunjukkan melalui Jadual 3 yang menunujukkan perhubungan di antara

jangka hayat penduduk, jumlah warga emas dengan perbelanjaan kerajaan bagi kos kesihatan

di Malaysia dari tahun 1993 hingga tahun 2007. Hubungan antara jangka hayat penduduk di

Malaysia dengan perbelanjaan kerajaan wujud secara positif iaitu semakin meningkat jangka

hayat penduduk bermakna jumlah perbelanjaan kerajaan bertambah secara berganda ekoran

peningkatan perbelanjaan terhadap kesihatan untuk warga emas yang semakin meningkat.

Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Page 6: Kesan Penuaan Penduduk

310 Doris Padmini, Nor Aini Idris, Norlaila Abu Bakar & Ong Bee Kim

Warga emas adalah golongan yang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap

penyakit kritikal. Penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit kritikal juga melibatkan kos yang

tinggi kerana ia memerlukan kepakaran tertentu serta penggunaan alat-alat perubatan yang

canggih (Syed Shahir, 2006). Jika warga emas tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan

sendiri atau melalui keluarga untuk mendapat penjagaan kesihatan, mereka akan mendapat

penjagaan ini daripada hospital kerajaan.

Jadual 3: Hubungan di antara Jangka Hayat Penduduk dengan Perbelanjaan Kesihatan di Malaysia, 1993 - 2007

Tahun Jangka hayat

penduduk (tahun)

Bilangan jumlah

warga emas (000’

orang)

Perbelanjaan kerajaan bagi

kesihatan warga emas (RM

Juta)

1993 68.7 1107.8 2429

1994 69.0 1144.5 2327

1995 69.3 1188.6 2772

1996 69.6 1226.9 3474

1997 69.9 1267.4 3727

1998 70.2 1312.3 4047

1999 70.5 1361.2 4462

2000 70.8 1451.2 5403

2001 71.1 1494.8 6250

2002 71.4 1544.1 6654

2003 71.7 1599.6 8976

2004 72.0 1661.9 9361

2005 72.2 1731.2 8723

2006 72.5 1786.9 9503

2007 72.8* 1853.6* 9969*

Nota: *Anggaran disemak

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (Buletin Perangkaan Sosial dan Buku Tahunan Perangkaan), 1993- 2007

Seperti yang umum ketahui, hospital kerajaan sedang mengalami masalah yang

meruncing untuk memberikan perkhidmatan kepada terlalu ramai pesakit pada masa kini.

Bayangkan masalah ini akan ditambah dengan masalah berkaitan dengan keperluan warga

emas pula. Maka kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak kos untuk memperbaiki

perkhidmatan kesihatan warga emas di Malaysia. Contohnya pada tahun 1993, jangkat hayat

penduduk hanya adalah 68.7 tahun tetapi jumlah warga emas adalah 11,078,000 orang dan

perbelanjaan kerajaan terhadap kesihatan penduduk adalah sebanyak RM2,429 juta. Manakala

selepas 5 tahun iaitu tahun 1997, didapati jangka hayat penduduk meningkat kepada 70 tahun,

jumlah warga emas telah meningkat ke 12,674,000 orang dan perbelanjaan kerajaan terhadap

kos kesihatan penduduk juga meningkat ke RM 3,727 juta. Selama 5 tahun ini, perbelanjaan

kerajaan terhadap kos kesihatan penduduk meningkat sebanyak RM 1,298 juta. Pada tahun

2001, jangka hayat penduduk meningkat ke 71.1 tahun bagi setiap penduduk di Malaysia dan

perbelanjaan kos kesihata adalah RM 6,250 juta. Seterusnya pada tahun 2005, jangka hayat

penduduk adalah 72.2 tahun, jumlah warga emas adalah 17,312,000 orang dan perbalanjaan

kerajaan terhadap kos kesihatan adalah sebanyak RM 8,723 juta. Manakala pada tahun 2007,

jangka hayat penduduk akan meningkat kepada 73 tahun, jumlah warga emas adalah dijangka

meningkat sehingga 18,536,000 orang dan kos kesihatan adalah dijangka sebanyak RM 9,969

juta.

Suraya
Highlight
Page 7: Kesan Penuaan Penduduk

Kesan Peningkatan Jangka Hayat di Malaysia 311

Ini bermakna dalam tempoh 15 tahun, kos perbelanjaan kesihatan juga meningkat secara

berganda-ganda iaitu sebanyak RM 7,540 juta. Keadaan telah membuktikan semakin

peningkatan jangka hayat warga emas di Malaysia, maka perbelanjaan kerajaan turut

meningkat. Akhirnya kerajaan terpaksa mengurangkan insentif, faedah kepada penduduk dan

meningkatkan cukai terhadap penduduk Malaysia.

5. Hubungan di antara Perbelanjaan Kerajaan Terhadap Ganjaran dan Pencen

dengan Peningkatan Jangka Hayat Warga Emas

Peningkatan jangka hayat warga emas turut meningkatkan perbelanjaan perbelanjaan kerajaan

terhadap ganjaran dan pencen untuk mereka. Ini dapat ditunjukkan melalui Jadual 4.

Penuaan penduduk akan menimbulkan keperluan kewangan yang lebih tinggi di hari tua.

Sekiranya warga emas yang terlibat tidak mempunyai ganjara atau pencen untuk menyara

kehidupan hari tua, kaum keluarga perlu membantu mereka. Jika kaum keluarga pula tidak

mampu berbuat demikian, akhirnya mereka akan memohon bantuan daripada kerajaan. Ini

bermakna kerajaan terpaksa mengutip lebih banyak cukai daripada pembayar cukai untuk

memberi bantuan/ganjaran bagi mengelakkan kemiskinan dikalangan warga emas.

Melalui jadual, kita dapati semakin meningkat jangka hayat warga emas di Malaysia

maka perbelanjaan kerajaan terhadap kos pencen dan ganjaran kepada warga emas adalah

banyak. Kos pencen adalah kos yang diberi kepada seseorang yang berumur 60 tahun ke atas

yang bersara manakala ganjara adalah kos bantuan kepada warga emas yang miskin atau tiada

mempunyai sebarang simpanan pada hari tua mereka. Menurut statistik Buletin Perangkaan

Sosial, kos bantuan penerimaan warga emas semakin meningkat secara beberapa kali ganda.

Pada tahun 2002, jumlah bantuan diberi warga emas oleh kerajaan adalah RM 17,599,564,

tahun 2003 adalah RM 19,697,380, tahun 2004 adalah RM 32,067,488, tahun 2005 adalah

RM 31,342,805, dan tahun 2006 adalah RM 47,369,400 ( Buletin Perangkaan Sosial, 2007).

Jadual 4: Hubungan di antara Jangka Hayat Penduduk dengan Perbelanjaan Ganjaran dan Pencen di Malaysia,

1993 - 2007

Tahun Jangka hayat penduduk

(tahun)

Bilangan pesara

(orang)

Perbelanjaan ganjaran dan

pencen( RM Juta)

1993 68.7 20472 2337

1994 69.0 24278 2742

1995 69.3 18914 2769

1996 69.6 20118 3517

1997 69.9 23246 3638

1998 70.2 20826 3658

1999 70.5 18523 3793

2000 70.8 18748 4187

2001 71.1 16755 4711

2002 71.4 12065 5134

2003 71.7 18396 5870

2004 72.0 17155 6060

2005 72.2 16253 6809

2006 72.5 15212 7009

2007 72.8* 16237 8049*

Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Page 8: Kesan Penuaan Penduduk

312 Doris Padmini, Nor Aini Idris, Norlaila Abu Bakar & Ong Bee Kim

Nota: * Anggaran disemak

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (Buletin Perangkaan Sosial dan Buku Tahunan Perangkaan) 1993-2007.

Walaupun peningkatan bilangan pesara yang menerima pencen adalah tidak kosisten

tetapi jumlah perbelanjaan kerajaan terhadap kos pencen dan ganjaran adalah semakin

bertambah dari tahun ke tahun. Ini disebabkan pada tahun1998, Perdana Menteri, Datuk Seri

Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan pihak kerajaan akan menaikkan had umur persara

dari 56 tahun meningkat kepada 60 tahun. Ini kerana beliau menganggap umur penduduk

pada 50 tahun merupakan umur yang peling produktif dan cemerlang bagi kakitangan awam.

Pada masa yang sama, negara kita menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja, jadi

perlaksanaan dasar ini akan menyebabkan negara kita mengurangkan import tenaga buruh

asing dari negara luar. Jadi dengan pelaksanaan peningkatan umur pesara maka jumlah pesara

di negara Malaysia menjadi tidak konsisten antara tahun 1993 hingga 2007.

Menurut Dato Seri Mohamed Khalil Hussein (2003), hampir separuh dari 450,000 pesara

menerima pencen di bawah RM 500 sebulan. Bayaran pencen RM 500 mungkin sesuai

kepada pesara yang menetap di kawasan pendalaman tetapi jika diterima kepada pesara yang

tinggal di bandar-bandar besar maka jumlah wang ini tidak dapat menampung kos kehidupan

mereka. Jadi, untuk penyelesaikan masalah pesara hidup dalam keadaan yang kesusahan

maka ganjaran dan pencen yang diterima semakin bertambah dari tahun ke tahun walaupun

jumlah pesara semakin tidak konsisten.

Pada tahun 1993, jangka hayat penduduk adalah 68.7 tahun, jumlah pesara adalah

sebanyak 20472 orang dan perbelanjaan kerajaan adalah RM 2337 juta, pada tahun 1997 pula,

jangka hayat penduduk adalah 70 tahun, jumlah pesara adalah 23246 orang dan perbelanjaan

kerajaan adalah RM 3,638 juta. Dalam 5 tahun ini, perbelanjaan kerajaan terhadap kos

ganjaran dan pencen telah meningkat sebanyak RM 1,301 juta. Manakala pada tahun 2001,

jangka hayat penduduk adalah 71 tahun, jumlah pesara ialah 16,755 orang dan perbelanjaan

kerajaan adalah RM 4,711 juta, pada tahun 2005, jangka hayat penduduk adalah 72 tahun,

jumlah pesara ialah 16,253 orang dan perbelanjaan kerajaan adalah RM 6,809 juta, pada tahun

2007 pula, jangka hayat penduduk meningkat sehingga 73 tahun, jumlah pesara dijangka

meningkat sehingga 16,237 orang dan perbelanjaan kerajaan meningkat sehingga RM 8,049

juta. Hubungan antara peningkatan jangka hayat warga emas dan perbelanjaan kerajaan

terhadap kos ganjaran dan pencen adalah positif iaitu semakin tinggi jangka hayat warga emas

maka semakin tinggi kos bantuan kewangan dan pencen walaupun pada masa yang sama

jumlah pesara adalah tidak konsisten. Keadaan ini membuktikan objektif kajian yang

menerangkan peningkatan jangka hayat warga emas akan membawa kesan peningkatan

perbelanjaan kerajaan.

6. Hubungan di antara Peningkatan Jangka Hayat Warga Emas dengan

Perbelanjaan Kerajaan Terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Berdasarkan Jadual 5, kita dapati wujud hubungan secara positif di antara peningkatan jangka

hayat warga emas dengan perbelanjaan kerajaan terhadap KWSP. Mulai 1 November 2007,

pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mencapai umur persaraan 55

tahun diberi pilihan sama ada mengeluarkan semua caruman mereka sekali gus, berperingkat

atau secara bulanan. Kaedah pengeluaran lebih fleksibel itu adalah antara 12 pembaharuan

utama yang diperkenalkan agensi pengurus dana pencen itu bagi memastikan pencarum

mempunyai jaminan kewangan bagi menghadapi hari persaraan. Pembaharuan lain termasuk

melanjutkan tempoh had umur pekerja yang wajib mencarum daripada 55 kepada 75 tahun

Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Page 9: Kesan Penuaan Penduduk

Kesan Peningkatan Jangka Hayat di Malaysia 313

serta memperkenalkan konsep simpanan asas mengikut umur yang mana pencarum yang

mempunyai caruman melebihi paras ditetapkan dalam Akaun 1.

Pencarum KWSP yang mempunyai caruman lebih RM1 juta pula boleh mengeluarkan

jumlah yang melebihi RM1 juta itu untuk tujuan pelaburan setiap tiga bulan tertakluk kepada

pengeluaran minimum RM100,000 bagi setiap pengeluaran. Menjelaskan pembaharuan di

bawah insiatif strategik bertemakan 'Bukan Hanya Simpanan' yang akan dilaksanakan secara

berperingkat sehingga 1 Januari 2013 itu, Ketua Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol,

berkata bagi menggalakkan ahli yang sudah mencapai umur persaraan mengeluarkan caruman

secara berkala, KWSP memperkenalkan tiga pilihan kaedah pengeluaran, iaitu secara sekali

gus, bulanan atau berperingkat. Beliau berkata, bagi pencarum yang memilih pengeluaran

bulanan, jumlah minimum ialah RM250 sebulan dan ia mestilah untuk tempoh sekurang-

kurangnya setahun. Bagi yang memilih secara berperingkat pula, pengeluaran boleh dibuat

pada bila-bila masa dengan kadar kekerapan setiap 30 hari tertakluk kepada minimum

RM2,000 setiap pengeluaran. Baki caruman yang dikekalkan dalam akaun mereka di KWSP

akan terus menikmati bayaran dividen kerana di bawah pembaharuan yang diperkenalkan ini,

dividen akan dibayar ke atas caruman pencarum sehingga mereka mencapai umur 75 tahun.

Jadual 5: Hubungan Jangka Hayat Penduduk dengan Perbelanjaan Kerajaan terhadap KWSP di Malaysia, 1993 -

2007

Tahun Jangka hayat

penduduk (tahun)

Bilangan pencarum kepada KWSP

berumur > 55 tahun ( Orang)

Jumlah KWSP

(RM Juta)

1993 68.7 172049 71125

1994 69.0 197328 83437

1995 69.3 337563 96924

1996 69.6 356127 113492

1997 69.9 373711 129478

1998 70.2 487261 145326

1999 70.5 505227 163380

2000 70.8 461096 180128

2001 71.1 481538 184194

2002 71.4 517030 200275

2003 71.7 548613 218493

2004 72.0 581054 238398

2005 72.2 625987 262100

2006 72.5 661274 287336

2007 72.8* 696681* 292114*

Nota: *Anggaran disemak

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (Buletin Perangkaan Sosial dan Buku Tahunan Perangkaan) 1993- 2007

Rumusanya semakin meningkat jangka hayat warga emas, maka perbelanjaan terhadap

kos KWSP turut meningkat. Pada tahun 1993, jangka hayat warga emas adalah 68.7 tahun,

jumlah warga emas yang mendapat KWSP adalah 172,049 orang dan jumlah perbelanjaan

KWSP adalah RM 71,125juta. Pada tahun 1997 pula, jangka hayat warga emas adalah 70

tahun, jumlah warga emas yang mendapat KWSP ialah 373,711 orang dan perbelanjaan kos

KWSP ialah RM 129,478 juta. Pada tahun 2001, jangka hayat warga emas meningkat

sehingga 71.1 tahun, jumlah warga emas yang menerima KWSP adalah 481,538 orang dan

perbelanjaan kos KWSP ialah sebanyak RM 184,194 juta.

Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Page 10: Kesan Penuaan Penduduk

314 Doris Padmini, Nor Aini Idris, Norlaila Abu Bakar & Ong Bee Kim

Pada tahun 2005, jangka hayat warga emas juga meningkat sehingga 72.2 tahun, jumlah

warga emas yang menerima KWSP meningkat sehingga 625,987 orang dan perbelanjaan kos

KWSP mencapai RM 262,100 juta dan pada tahun 2007, jangka hayat warga emas mencapi

73 tahun, jumlah warga emas yang menerima KWSP dijangka meningkat sehingga 696,681

orang dan perbelanjaan kos KWSP dijangka akan meningkat ke RM 292,114 juta. Keadaan

ini membuktikan hubungan antara jangka hayat warga emas dan perbelanjaan KWSP adalah

positif ini kerana semakin ramai warga emas maka mereka akan memerlukan wang simpanan

untuk digunakan pada hari semasa mereka bertua. Akhirnya kerajaan menghadapi masalah

kewangan untuk menampungkan perbelanjaan KWSP yang semakin banyak yang berjuta-juta

ringgit.

Berdasarkan perbincangan di atas dapat dirumuskan bahawa kerajaan terpaksa

menanggung perbelanjaan yang tinggi disebabkan peningkatan jangka hayat warga emas di

Malaysia. Semakin meningkat jangka hayat warga emas maka perbelanjaan kerajaan semakin

bertambah berat dan akhirnya mungkin membawa banyak kesan terhadap negara Malaysia

seperti hutang negara meningkat sebab meningkat pinjaman untuk menampung perbelanjaan

terhadap kos pencen, ganjaran, kesihatan, KWSP dan lain-lain perbelanjaan.

8. Gaya Hidup Warga Emas

Analisis Statistical Pakage For Social Sciences (SPSS) menunjukkan wujud hubungan di

antara peningkatan jangka hayat warga emas dengan gaya hidup warga emas yang dijalankan.

Gaya hidup warga emas mengandungi tiga bahagian iaitu amalan pemakanan, amalan

senaman dan tahap kesihatan mereka. Kajian mendapati kebanyakan warga emas yang

ditemuduga adalah mengandungi gaya hidup yang sihat seperti pengambilan minuman yang

mencukupi, pengambilan makanan yang mengikut piramid makanan yang seimbang, selalu

melakukan senaman dan lain-lain. Warga emas yang mengamalkan pemakanan dan senaman

yang sihat mampu menambahkan jangka hayat mereka. Ini bererti wujud hubungan secara

langsung di antara jangka hayat warga emas dengan gaya hidup mereka.

Tahap kesihatan warga emas juga mempunyai hubungkait dengan peningkatan jangka

hayat warga emas di Malaysia. Warga emas yang ditemuduga dalam kajian menunjukkan

semakin peningkatan jangka hayat maka kesihatan mereka semakin sederhana baik ini

disebabkan mereka sudah bertua dan menghadapi penyakit yang tertentu seperti kekaburan

penglihatan yang menyebabkan kesihatan mereka terganggu. Didapati kabanyakan warga

emas akan melakukan pemeriksaan kesihatan dalam setahun untuk memastikan kesihatan

mereka adalah di dalam kawalan dan pencegahan penyakit yang serius dihadapi pada masa

hadapanya. Hubungan antara tahap kesihatan warga emas dengan peningkatan jangka hayat

adalah songsang iaitu semakin peningkatan jangka hayat warga emas maka tahap kesihatan

mereka semakin kurang baik jika mereka tidak selalu melakukan pemeriksaan kesihatan.

9. Rumusan dan Implikasi Dasar

9.1 Umur Persaraan yang Fleksibel

Pihak kerajaan perlu melaksanakan satu kaedah iaitu umur persaraan secara pilihan yang

fleksibel. Kaedah ini perlu disokong oleh polisi kerja separuh masa, waktu kerja yang juga

fleksibel, mengambil semula pekerja yang telah bersara dan sebagainya dengan syarat

melindungi hak dan syarat minimum para pekerja dan tidak dengan mudah dieksploitasi oleh

majikannya. Melalui kaedah ini, negara tidak akan mengalami kekurangan tenaga kerja dalam

Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Suraya
Highlight
Page 11: Kesan Penuaan Penduduk

Kesan Peningkatan Jangka Hayat di Malaysia 315

bidang yang tidak formal (pertanian, perikanan, dan lain-lain) dan juga akan mengalakkan

penuaan yang produktif. Secara tidak langsung kesihatan warga emas juga akan menjadi lebih

baik kerana mereka tidak menghadapi tekanan berhubung dengan saraan hidup. Pada masa

yang sama, kerajaan juga perlu terus mengambilkira peluang pekerjaan bagi golongon muda.

9.2 Mempertingkatkan Jangka Hayat Warga Emas

Untuk mengekalkan tahap kesihatan, warga emas perlu mengamalkan kaedah-kaedah

tertentu. Contohnya, mereka perlu mematuhi pemakanan yang seimbang dan melakukan

senaman yang cergas. Usaha yang berterusan perlu dilakukan sama ada dalam bnetuk

kempen atau medisa masa atau elektronik untuk member kesedaran tenyang peri pentingnya

penjagaan kesihatan terutamanya di kalangan warga emas lelaki. Selain pihak kerajaan,

tugas ini juga harus dimainkan oleh anak-anak mereka.

10. Kesimpulan

Peningkatan jangka hayat di Malaysia menyebabkan berlaku peningkatan dalam perbelanjaan

kerajaan terhadap kos ganjaran dan pencen, KWSP dan kos kesihatan untuk warga emas.

Keadaan ini dapat dibuktikan berdasarkan data-data perbelanjaan kerajaan dalam tempoh 15

tahun yang menunjukkan wujud hubungan yang signifikan di antara peningkatan jangka hayat

warga emas dengan perbelanjaan kerajaan. Sekiranya warga emas masih lagi sihat, mereka

sebenarnya dapat menjadi aset negara yang berharga dan sekaligus boleh menyumbang

kepada pendapatan negara.

Rujukan

Dato Seri Mohamed Khalil Hussein. 1999. Perbelanjaan pesara di Malaysia.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.phpid=206246 [2 Februari, 2009].

Jariah Masud, Sharifah Azizan dan Tengku Aizan. 2006. Proses Penuaan Berkaitan dengan Hubungan antara

Pendapatan dan Kesihatan Warga Emas. Dewan Masyarakat, September: 13-15.

Kart dan Matress. 1984. Proses Penuaan Warga Emas di Malaysia. Jurnal Masyarakat Malaysia, (2)2:09.

Law Sung Ing. 2000. Aspek Penuaan Warga Emas di Malaysia. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia,

Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Malaysia.

Norazam. 2000. Peningkatan Jumlah Warga emas di Malaysia. http://www.

bernama.com/bernama/v3/bm/news.phpid=206246 [2 Januari, 2009].

Sharifah Azizan et.al. 2006. Corak Aturan Hidup dan Status Kesihatan Warga Emas. UPM: Institut Gerontologi.

Sharol Lail Sujak. 2002. Era Sistem Penjagaan Kesihatan Maya. Jurnal Masyarakat Malaysia, (1)1:03.

Syed Shahir Syed Mohamud . 2006. Memorandum Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia kepada YAB Perdana

Menteri Malaysia. Mac: 09-14.

Tan Hui Meng. 2008. Perangkaan Jangka Hayat antara Jantina di Malaysia. Dasar Warga Tua Negara, Jabatan

Kebajikan Masyarakat Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Malaysia.

Tengku Aizan Hamid. 2003. Nasib Warga Tua pada Alaf Baru. 31(1): 187-220.Atas talian:http://www.<Warga

tua> <Older people-Malaysia> <Aging-Malaysia> [5 Januari 2009].

Weeks, J.R.2008. Population: An Introduction to Concepts and Issues.10th Edition. United States: Wadsworth.

Bab 9 and 10.

Ziauddin Sharuddin. 2006. Proses Demografi dalam Malaysia.http://www.bernama.com. my/bernama/v3/ m/news

[20 Februari 2009].

Suraya
Highlight
Suraya
Highlight