penanda aras 800,000 penduduk perkhidmatan … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada...

23
KESIHATAN RAKYAT DIUTAMAKAN muka 3 selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor MediaSelangor Media_Selangor PERCUMA 20 - 29 Ogos 2018, 8 - 17 Zulhijjah 1439 PRK SERI SETIA: HALIMEY BERTEMU HALIMAH muka 5 DAGANGAN MALAYSIA-ARAB SAUDI DITINGKATKAN muka 7 OLEH ZAREEF MUZAMMIL RAWANG - Pembangunan Hos- pital SELGATE Rawang menjadi penanda aras terhadap sek- tor penjagaan kesihatan dalam negara, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari. Beliau berkata, hospital per- tama dibangunkan SELGATE Corporation itu selaras dengan mandat diberi Kerajaan Negeri bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk meneroka bidang perkhidmatan penjagaan kesihatan. “Ia dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2019 meliputi dua fasa dengan 95 katil yang akan memulakan operasi, pada suku pertama 2020. “Manakala, fasa kedua dengan kapasiti 267 katil akan beropera- si, pada 2023,” katanya selepas Majlis Perletakan Baru Asas Hos- pital SELGATE Rawang, pada 17 Ogos lalu. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof; Ketua Pega- wai Eksekutif Kumpulan SELGATE Corporation, Noor Hisham Mohd Ghouth dan barisan EXCO Kera- jaan Negeri. Amirudin berkata, hospital berkenaan bakal memiliki kon- sep infrastruktur moden dan unik bagi mencapai penarafan perak Indeks Bangunan Hijau (GBI). “Reka bentuk hospital ini juga akan mewujudkan persekitaran kondusif yang dapat meningkat- kan mutu kesihatan pesakit. “Ini ditambah dengan faktor persekitaran seperti pencahaya- an, warna, aroma, pandangan, seni, bunyi dan tekstur selain bahan pembinaan digunakan mampu memberikan kesan tera- peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat PKNS yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan peng- gabungan hospital serta kilinik umum sedia ada. Pembinaan hospital ini bakal mem- berikan perkhidmatan khususnya untuk masyarakat di Rawang dan sekitarnya yang hampir mencecah 800,000 penduduk PENANDA ARAS PERKHIDMATAN KESIHATAN

Upload: dangquynh

Post on 13-Jul-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

KESIHATAN RAKYAT DIUTAMAKAN

muka 3

selangortv.mywww.selangorkini.my

PERCUMA 2 - 8 Ogos 2018, 20 - 26 Zulkaedah 1439MediaSelangorMediaSelangor

Media_SelangorPERCUMA 20 - 29 Ogos 2018, 8 - 17 Zulhijjah 1439

PRK SERI SETIA: HALIMEY BERTEMU HALIMAH

muka 5

DAGANGAN MALAYSIA-ARAB SAUDI DITINGKATKAN

muka 7

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

RAWANG - Pembangunan Hos-pital SELGATE Rawang menjadi penanda aras terhadap sek-tor penjagaan kesihatan dalam negara, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, hospital per-tama dibangunkan SELGATE Corporation itu selaras dengan

mandat diberi Kerajaan Negeri bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk meneroka bidang perkhidmatan penjagaan kesihatan.

“Ia dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2019 meliputi dua fasa dengan 95 katil yang akan memulakan operasi, pada suku pertama 2020.

“Manakala, fasa kedua dengan

kapasiti 267 katil akan beropera-si, pada 2023,” katanya selepas Majlis Perletakan Baru Asas Hos-pital SELGATE Rawang, pada 17 Ogos lalu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof; Ketua Pega-wai Eksekutif Kumpulan SELGATE Corporation, Noor Hisham Mohd Ghouth dan barisan EXCO Kera-

jaan Negeri. Amirudin berkata, hospital

berkenaan bakal memiliki kon-sep infrastruktur moden dan unik bagi mencapai penarafan perak Indeks Bangunan Hijau (GBI).

“Reka bentuk hospital ini juga akan mewujudkan persekitaran kondusif yang dapat meningkat-kan mutu kesihatan pesakit.

“Ini ditambah dengan faktor

persekitaran seperti pencahaya-an, warna, aroma, pandangan, seni, bunyi dan tekstur selain bahan pembinaan digunakan mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya.

SELGATE adalah anak syarikat PKNS yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan peng-gabungan hospital serta kilinik umum sedia ada.

Pembinaanhospital ini bakal mem- berikan perkhidmatan

khususnya untuk masyarakat di Rawang dan sekitarnya

yang hampir mencecah800,000 pendudukPENANDA ARAS

PERKHIDMATAN KESIHATAN

Page 2: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

2Utama

SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

100 hari pentadbiran Amirudin

Penuh pelbagai cabaranOLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, menyifatkan menjelang 100 hari pentadbiran beliau di Selangor penuh cabaran apabila terpaksa menghadapi tiga Pilihan Raya

Kecil (PRK).Katanya, ia cabaran besar buat

Selangor kepada rakyat khususnya menyambung perjuangan dan khidmat Ahli Dewan Negeri yang meninggal dunia.

“100 hari pertama saya (sebagai Dato’ Menteri Besar) berhadapan

tiga PRK untuk sama-sama bekerja selepas kehilangan tiga rakan kita.

“Keadaan sudah ditentukan, maka sampai masanya untuk kita datang ke DUN Seri Setia semula bagi memohon dan meminta jasa baik pengundi memberikan sokongan seperti sebelum ini,

sejak 2008,” katanya ketika Majlis Pengumuman Calon PRK N.32 DUN Seri Setia, pada 16 Ogos lalu.

Amirudin yang juga ADN Sungai Tua, mengangkat sumpah sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor ke-16 menggantikan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali,

pada 19 Jun lalu.Beliau berkata, suasana 2008

menyaksikan PAKATAN datang dengan membawa harapan supaya rakyat menyokong mereka tetapi kini kehadiran sempena PRK bersama rekod kepimpinan yang baik.

Susun semula Insentif Perkahwinan Belia SHAH ALAM - Insentif Perkah-winan Belia akan disusun semula dengan menambah baik lagi skim berkenaan mengikut kesesuaian situasi semasa, kata Dato' Menteri Be-sar, Amirudin Shari.

Amirudin berkata, keperlu-an kursus perlu dilaksanakan bagi memastikan isu rumah tangga seperti kes penceraian daripada berlaku.

"Statistik penceraian dalam kalangan pasangan muda agak tinggi apabila gagal menangani masalah tekanan ekonomi dan psikologi serta gagal menyesuaikan diri de-ngan kehidupan berkeluarga.

"Insentif RM500 itu boleh ditambah baik dengan pro-gram pengetahuan dan pendi-dikan yang mungkin mewajib-kan pasangan sudah bernikah menghadiri kursus berkaitan," katanya memetik laporan Sinar Harian.

Sementara itu, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri juga akan memberi perhatian khusus kepada skim lain yang memfokuskan kepada golo-ngan muda.

"Ia termasuk skim perumahan yang akan dibincangkan dalam bajet negeri dengan memfokus-kan kepada golongan muda bagi memastikan kadarnya mencuku-pi dan sempurna.

"Malah, secara tidak lang-sung membantu dalam pem-bentukan kekeluargaan har-moni dan sesuai dengan persekitarannya," katanya.

Insentif Perkahwinan Belia itu membabitkan bantuan

khas sejumlah RM500 kepada pasangan muda yang mendirikan rumah tangga khusus buat anak Selangor atau yang sudah bermastautin di negeri itu, lebih 10 tahun.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri akan menyusun semula segala program Inisiatif Peduli Rakyat mengikut situasi sema-sa bagi memastikan objektif dan matlamat penubuhan itu mencapai sasaran.

Logo PAKATAN digunakan buat pertama kaliPETALING JAYA - Pakatan Harapan (PAKATAN) menggunakan logo sendiri buat pertama kali dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia yang bakal berlangsung, pada 8 September ini.

Perkara itu diumumkan Pre-siden PAKATAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Majlis Pengumuman Calon PRK N.32 DUN Seri Setia, di Padang Permainan Blok 4, 5 dan 6 Desa Mentari, pada 16 Ogos lalu.

“Pada PRK kali ini, kita akan guna logo PAKATAN. Justeru, saya menyeru semua pengundi supaya pilih Pakatan Harapan,” katanya.

Dr Wan Azizah sebelum itu mengumumkan Halimey Abu

Pada PRK kali ini, kita akan guna logo PAKATAN. Justeru, saya menyeru semua pengundi supaya pilih Pakatan HarapanWAN AZIZAHPresiden PAKATAN

Bakar sebagai calon PAKATAN bagi mengekalkan penguasaan, di DUN Seri Setia.

Halimey bakal berhadapan calon PAS, Dr Halimah Ali yang diumumkan mewakili pembangkang.

Malaysia akan buktikan pesawat Jho Low hasil wang curi KUALA LUMPUR - Malaysia akan berusaha membuktikan pesawat peribadi yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho, atau Jho Low, dibeli dengan duit yang dicuri daripada negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu pen-ting sebelum pesawat berkenaan dibawa pulang, ke negara ini.

“Kita kena buktikan bahawa wang digunakan untuk membeli jet itu adalah yang dicuri.

“Jika dia (Jho Low) mencuri wang daripada Malaysia, maka jet itu adalah milik kita. Sama seperti bot (Equanimity),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan hospital pakar jantung Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur

(CVSKL), pada 16 Ogos lalu.Sebelum ini, Dr Mahathir berkata

Malaysia sedang berbincang dengan Singapura untuk membawa pulang pesawat peribadi itu.

Pesawat Bombardier Global 5000 yang dianggarkan berharga AS$35 juta itu didakwa dibeli menggunakan wang yang diambil daripada syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia De-velopment Berhad (1MDB).

Ia kini dilaporkan berada di tempat meletak pesawat persendirian, di Seletar Aerospace Park, Singapura.

Kapal mewah Equanimity yang diserahkan kepada Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia, tiba di Pelabuhan Klang, pada 7 Ogos lalu.

Ia turut dikaitkan dengan siasatan skandal 1MDB.

Page 3: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

Utama3SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Selangor terus peduli

Kesihatan rakyat diutamakanOLEH ZAREEF MUZAMMIL

RAWANG - Kerajaan Negeri te-rus komited memastikan tahap kesihatan dan kualiti hidup rakyat terus terjamin.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, keprihatinan itu dibuktikan menerusi beberapa siri kejayaan pelaksanaan program kesihatan untuk rakyat seperti Skim Peduli Sihat.

“Program ini bahkan menjadi contoh dan model kepada Kerajaan Persekutuan serta negeri lain.

“Pencapaian ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan Majlis Perletakan Batu Asas Hospital SELGATE Rawang, pada 17 Ogos lalu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM22 juta bagi penjagaan kesihatan asas rakyat.

Katanya, ia adalah suatu jumlah yang cukup signifikan untuk membuktikan Kerajaan Negeri komited dengan program bantuan kepada rakyat.

“Setakat Ogos ini, jumlah keahlian Skim Peduli Sihat mencecah 342,396 keluarga.

“Jumlah ini membolehkan 1,369,584 rakyat mendapat manfaat Skim Peduli Sihat berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dengan purata saiz isi rumah adalah empat orang.

“Daripada skim ini juga, sebanyak 1,131 Klinik General Practice (GP) sudah mendaftar sebagai klinik panel khusus bagi program terbabit,” katanya.

1,000 peluang pekerjaan diwujudkanRAWANG - Penubuhan Hospital SELGATE Rawang bakal membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, khususnya tenaga berkemahiran, dalam sektor kesihatan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pada masa sama turut membantu rakyat dan kerajaan bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.

Justeru, katanya, ia dijangka mampu mewujudkan hampir 1,000 peluang pekerjaan bagi kategori berkemahiran tinggi, sederhana dan sokongan menerusi pembangunan hospital berkenaan.

“Dalam aspek peluang pekerjaan yang wujud dalam sektor kesihatan ini juga, ia jelas menunjukkan suatu perubahan dan peningkatan yang sangat signifikan dan selari dengan peningkatan populasi rakyat.

“Pastinya, perkembangan ini amat baik terutama dalam

merancakkan lagi kegiatan ekonomi masyarakat tempatan yang secara tidak langsung berupaya menangani masalah pengangguran rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan Majlis Perletakan Batu Asas Hospital SELGATE Rawang, pada 17 Ogos lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin berkata, kesihatan rakyat dan pertumbuhan ekonomi mampan menjadi aset terpenting bagi merealisasikan sasaran sebagai sebuah negara maju.

“Justeru, langkah SELGATE Corporation ini bukan sahaja atas faktor peluang perniagaan dan keuntungan semata-mata, malahan sebagai langkah proaktif syarikat berdasarkan keperluan semasa rakyat.

“Langkah ini amat bertepatan dengan dasar yang saya selalu tekankan iaitu ‘Maju Bersama’,” katanya.

Amirudin mengorek tanah menggunakan jengkaut simbolik kepada perasmian, pada Majlis Perletakan Batu Asas Hospital SELGATE Rawang

Optimis tingkat hasil negeri PETALING JAYA - Kerajaan Ne-geri komited mempertingkat- kan lagi hasil supaya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, keyakinan itu berprinsipkan semangat keber-samaan di dalam Ahli Majlis Me-syuarat Kerajaan Negeri serta saf penjawat awam yang jitu.

“Kami baru sahaja selesai program ‘retreat’ bagi membincangkan pelan dan strategi bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Selangor selain menambah baik polisi sedia ada.

“Antara perkara dibincangkan adalah untuk menyelaras dan menjajarkan semula program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dilaksanakan.

“Tujuannya, supaya faedah

IPR ini dapat sampai kepada golongan sasaran yang tepat selain mengelak pertindihan terutama kini Kerajaan Persekutuan dan Negeri seiringan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Menyantuni dan Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat, di Masjid Al- Islamiah Kampung Lindungan, pada 17 Ogos lalu.

Amirudin berkata, komitmen yang ditunjukkan itu selaras konsep yang diketengahkan iaitu ‘Maju Bersama’.

Katanya, semua rakyat dapat bersama-sama memakmurkan negeri serta menikmati hasil menerusi konsep itu.

“Tiada yang tersisih, apa gunanya kalau kita jadi ‘economic powerhouse’ di Malaysia serta penyumbang

utama Keluaran Dalam Negara Kasar tetapi masih ada yang tersisih dan tertinggal.

“Inilah sebab kenapa saya yakin dengan penjajaran semula IPR dan penyelarasan

semula, maka ia akan lebih efektif dalam memberi kebaikan kepada rakyat,” katanya.

Amirudin bersama penerima bantuan pada Program Menyantuni dan Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat, di Masjid Al- Islamiah Kampung Lindungan, Petaling Jaya

Page 4: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

4Utama

SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa AfeeraWARTAWAN:

Hafizan Taib : [email protected], Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Ermizi Muhamad : [email protected]

Sheeda Fathil : [email protected] Zamlus : [email protected]

Zareef Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Shafiq Hamsi : [email protected] | 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

PRK Balakong

PAKATAN dan MCA bertembungOLEH NORHAYATI UMOR

HULU LANGAT - Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PAKATAN) dan MCA.

Dua calon layak bertanding selepas nama mereka diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)PRK DUN Balakong, Dato’ Rosli Othman, pada 18 Ogos lalu.

Calon MCA, Tan Chee Teong, menyerahkan borang penamaan pada jam 9.06 minit pagi diikuti calon PAKATAN, Wong Siew Ki, pada jam 9.13 minit pagi.

“Saya berpuas hati. Tiada calon ditolak penamaannya dan semua calon ini sah bertanding, dalam PRK kali ini,” kata Rosli.

Siew Ki, 32, adalah Ketua DAP-SY Serdang dan Timbalan Wanita Serdang serta pernah menjadi Ahli Majlis, di Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Manakala, MCA memperta-ruhkan ahli perniagaan yang juga anak tempatan, Chee Teo-ng, 40, sebagai calonnya.

Buat pertama kalinya, PRK Balakong dan Seri Setia menyaksikan logo PAKATAN digunakan.

Dalam PRK kali ini, SPR menambah 29 saluran pada hari pengundian PRK DUN Balakong

yang akan dijalankan pada 8 September ini yang menjadikan jumlah saluran sebanyak 129.

Ia ekoran pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebanyak 100 saluran disediakan dan ber-laku kesesakan kerana jumlah pengundi yang ramai.

Kerusi DUN Balakong kosong apabila penyandangnya, Eddie Ng Tien Chee, maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, pada 20 Julai lalu.

Pada PRU14, Eddie yang bertanding menggunakan logo KEADILAN, menang majoriti 35,538 undi selepas menewaskan calon PAS, Mohamad Ibrahim Ghazali dan Lim Chin Wah (BN).

Tekad teruskan kecemerlanganHULU LANGAT - Calon Pakatan Harapan (PAKATAN), Wong Siew Ki, berjanji meneruskan kecemerlangan penyandang terdahulu, mendiang Eddie Ng Tien Chee, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Beliau berkata, mendiang sebelum ini berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaiknya.

“Saya bangga dipilih menjadi calon dan berasa lega kerana proses penamaan selesai tanpa ada sebarang perkara tidak diingini.

“Saya berharap, selepas ini boleh menjadi pemimpin yang membanggakan pengundi Bala-

kong jika dipilih menjadi Ahli De-wan Negeri,” katanya ketika dite-mui selepas penamaan calon, di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, pada 18 Ogos lalu.

Siew Ki berkata, kawasan yang ditandinginya itu adalah rumit khususnya pembangunan bercampur antara kampung baru tradisi dan perumahan bandar.

“Sudah tentu pelbagai ma-salah dan permintaan dilontar-kan pengundi, di sini. Tetapi, saya menganggap ia cabaran dan satu faktor yang menarik.

“Saya akan menaiktaraf kualiti kehidupan pengundi menerusi aktiviti perniagaan di sini selain ke-mudahan infrastruktur,” katanya.

Guan Eng seru jentera kerja kuatHULU LANGAT - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mahu seluruh jentera tidak terlalu ya-kin menang di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Sebaliknya, beliau meminta seluruh jentera parti berusaha sehabis daya mengekalkan ke-menangan di kerusi ditinggal-kan mendiang Eddie Ng Tien Chee.

“Saya buat kenyataan bukan mewakili DAP tetapi semua parti dalam Pakatan Harapan (PAKA-TAN). Kita akan berusaha melak-sanakan amanah dan tanggung-jawab diberikan rakyat.

“Kita tidak boleh yakin menang, sebaliknya seluruh jentera perlu berusaha bersungguh-sungguh sehingga kemenangan berpihak kepada PAKATAN,” katanya ketika ditemui di dewan penamaan calon, di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, pada 18 Ogos lalu.

Pada masa sama, Guan Eng berkata, penggunaan logo PAKATAN buat pertama kalinya dalam pilihan raya membuktikan kerjasama kukuh antara parti gabungan.

Guan Eng turut menyifatkan, MCA adalah parti serpihan bersifat memencilkan diri dan mewakili satu kaum sahaja.

“Terserah kepada rakyat sama ada ingin memilih parti yang mewakili seluruh rakyat Malaysia atau sebaliknya,” katanya.

SPR jangka �� hingga �� peratus keluar mengundiHULU LANGAT - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong sebanyak 75 hingga 80 peratus.

Setiausahanya, Dato’ Mohamed Elias Abu Bakar berharap, pengundi dapat keluar menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

Katanya, SPR juga memohon semua pihak khususnya media untuk turut memainkan peranan menggalakkan pengundi keluar mengundi, pada 8 September ini.

“SPR berharap semua pe-ngundi di N.27 Balakong dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dan tidak mensia-siakan hak serta undi mereka.

“SPR juga berharap, aktiviti

berkempen berjalan harmoni dan tidak melanggar undang-undang serta peraturan,” katanya dalam sidang media selepas penamaan calon DUN berkenaan, di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, pada 18 Ogos lalu.

Pada masa sama, Mohamed Elias berkata, SPR melaksanakan beberapa penambahbaikan de-ngan mewujudkan dua saluran bagi pengundi berumur 60 tahun ke atas.

Katanya, tambahan waktu mengundi juga dilakukan iaitu selama 30 minit, dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya tidak boleh merayu undi pada hari mengundi termasuk di media sosial antaranya Facebook, Twitter dan Instagram.

Page 5: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

Utama5SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

PRK Seri Setia

Halimey bertemu Halimah OLEH NADIAH ZAMLUS

PETALING JAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menyak-sikan pertembungan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PAKATAN) dan PAS.

Pengesahan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya

PRK DUN N.32, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada jam 10.37 pagi.

PAKATAN meletakkan calon muka baharu, Halimey Abu Bakar iaitu bekas Ahli Majlis MBPJ serta aktif dengan kepimpinan di Se-langor sementara PAS pula mem-pertaruhkan, Dr Halimah Ali.

Mohd Azizi berkata, Suru-hanjaya Pilihan Raya menerima kertas penamaan daripada dua calon untuk bertanding pada PRK DUN Seri Setia, pada 8 Sep-tember ini.

Katanya, semua calon sudah mengemukakan kertas penamaan.

“Halimey daripada PAKATAN

menyerahkan borang pada jam 9.10 pagi sementara Dr Halimah (PAS) menyerahkan borang, pada jam 9.15 pagi.

“Pengundian awal adalah 4 September dan hari mengundi, pada 8 September ini,” katanya.

Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas penyandangnya, Allahyarham Prof Dr

Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia, pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Dr Shaharuddin mengalahkan tiga pencabarnya Datuk Yusoff HM Hanif daripada BN, Mohd Ghazali Daud (PAS) dan calon Bebas Dr S Vignes dengan majoriti 19,372 undi.

Optimis tawan Seri SetiaPETALING JAYA - Pengalaman sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mematangkan Halimey Abu Bakar.

Ia sekali gus menjadikannya sebagai ‘senjata’ bagi pertempuran merebut kerusi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, kali ini.

Halimey yang berusia 46 tahun itu berkhidmat sebagai Ahli Majlis MBPJ, sejak 2008.

“Sebagai anak tempatan, pelbagai masalah sebelum ini turut ditangani dan ketika Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin masih ada, saya turut bekerjasama membantunya, dalam beberapa isu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengumuman calon bagi PRK DUN Seri Setia, di Dewan Sivik MBPJ, pada 18 Ogos lalu.

Beliau yang pernah memegang jawatan

Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Kelana Jaya itu turut berpengalaman menyelesaikan isu penduduk, sekitar Petaling Jaya.

Antaranya, menyelesai dan memindahkan perniagaan pasar malam PJS 10 ke PJS 8 Mentari pada 2009 dan turut membantu mempercepatkan proses pembinaan Masjid Al- Islamiah PJS 6, Kampung Lindungan, pada 2010 .

Terbaru, Halimey turut berjaya membina semula kiosk di PJS 8 untuk peniaga kecil, tahun ini.

Halimey berkata, fokus utama beliau jika memenangi DUN Seri Setia ialah memfokuskan isu perumahan kos rendah.

“Saya juga akan cuba melihat isu kemiskinan bandar, Pakatan Harapan akan terus memikul tanggungjawab membantu masyarakat dengan bantuan rakan parti komponen,” katanya.

Yakin Seri Setia kekal milik PAKATANPETALING JAYA - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, yakin kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia kekal milik Pakatan Harapan (PAKATAN).

Katanya, keyakinan itu berdasarkan rekod pencapaian PAKATAN yang mentadbir Selangor, sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, tiada nilai tambah jika DUN Seri Setia jatuh ke tangan pembangkang, sebaliknya hanya mengganggu kelangsungan program yang sudah dirangka.

“Tiada manfaat apa-apa jika bertukar, buat masa ini. Cuma, menambah suara pembangkang daripada lima kepada enam kerusi.

“Bagi saya, ia cuma mengganggu kelangsungan program yang sudah

dirangka, di sini,” katanya.Pada masa sama, Amirudin berharap

rakyat DUN Seri Setia dapat memberikan sokongan penuh kepada calon PAKATAN.

“Kita berusaha mendapatkan undi dari pada semua pihak tidak kira UMNO, PAS atau pengundi atas pagar,” katanya.

Berkempen secara berhemah PETALING JAYA - Semua parti yang bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia perlu berkempen dengan cara berhemah serta mengikut landasan undang-undang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, anggota polis memantau keseluruhan proses kempen sehingga hari mengundi mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya.

“Untuk permohonan permit ceramah, seperti biasa permohonan perlu dimajukan kepada Ketua Polis Petaling Jaya, secara

‘manual’.“Kita tidak buka permohonan secara

dalam talian,” katanya kepada SelangorKini selepas Penamaan Calon PRK DUN Seri Setia di Dewan Sivik MBPJ, pada 18 Ogos lalu.

Sementara itu, Mohd Zani turut memaklumkan jumlah kehadiran penyokong bagi Parti KEADILAN dan PAS ketika proses penamaan calon ialah seramai 1,000 orang.

“Suasana aman sahaja sepanjang pagi tadi walaupun hujan berlaku secara tiba-tiba, namun sekali lagi ingin saya ingatkan, berkempenlah secara berhemah,” katanya.

Page 6: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

6Utama

SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi de-ngan pihak atau individu yang terbabit dalam kes kebocoran gas ammonia, pada 16 Ogos lalu.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, kejadian kali kedua itu tidak seharusnya berulang, namun ada pihak yang masuk semula ke dalam kilang terbabit bagi menjalankan kerja pembaikan.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk memantau kilang itu sebelum dipindahkan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan memastikan gas ammonia itu dipindahkan secepat mungkin ketika musim cuti sekolah, minggu depan.

“Sebelum ini, kilang haram itu sudah ditutup selepas kes pertama, namun kita percaya ada orang masuk membuat kerja ‘repairing’ menyebabkan kebocoran gas berlaku lagi.

“Kita pandang serius kes ini dan tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan nyawa.

BATU CAVES - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, melawat tiga keluarga mangsa kebakaran, di Kampung Melayu Wira Damai, di sini, pada 16 Ogos lalu.

Beliau turut menggesa supaya bantuan segera diberikan kerana Hari Raya Aidiladha bakal menjelang beberapa hari lagi.

“Sejurus tiba dari Kedah, saya bergegas menziarahi mangsa kebakaran, di sini.

“Saya amat bersimpati de-ngan nasib keluarga mangsa kebakaran yang kehilangan rumah dan harta benda mereka,” katanya yang turut ditemani Pegawai Daerah Gombak, Dato’ Amirul Azizan.

Sementara itu, Pengurus Operasi Bahagian Promosi dan

SHAH ALAM - Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor melancarkan Inisiatif Kitar Semula bagi memupuk kesedaran berkenaan konsep ‘Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula’ (3R) dalam kalangan warga kerja, di Bangunan Darul Ehsan, pada 16 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Shahreen Raja Othman berkata, hampir 7,000 tan sampah dihasilkan di Selangor setiap hari dan dihantar ke tapak pelupusan sisa pepejal.

“Semakin hari, kita sudah tiada tempat untuk buang sampah. Kita sebenarnya tidak diajar sejak mula (untuk mengamalkan 3R).

“Setiap hari, sampah yang dibuang adalah makanan sekitar 30 hingga 40 peratus. Kita perlu belajar dari Jepun yang paling

Kes ammonia

Kerajaan Negeri tiada kompromiJadi, kita akan pastikan kilang ini akan ditutup sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat kilang berkenaan, di Seksyen 36, di sini.

Pada masa sama, Loy Sian berkata, Kerajaan Negeri akan mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan membuat semakan ke atas semua kilang yang berada di kawasan berhampiran sekolah atau perumahan.

Pada 16 Ogos lalu, tujuh pelajar dan seorang guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Klang terletak bersebelahan kilang ais yang mengalami kebocoran gas ammonia dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit tekak

serta sesak nafas.Kejadian dipercayai berlaku

ekoran kegagalan pemilik kilang membaiki sepenuhnya lima tangki yang menyalurkan gas ammonia ke mesin memproses ais.

Bacaan di lokasi dalam kilang dan kawasan persekitaran mendapati berada di bawah 40 ‘part per million’ (PPM) dan masih terkawal.

Manakala, pada 13 Ogos

Amirudin lawat tiga keluarga mangsa kebakaran

Sumbangan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Md Ariffin Jaafar berkata, pihaknya menyerahkan sumbangan barang keperluan asas dan wang tunai kepada semua keluarga mangsa kebakaran terbabit.

Katanya, bantuan itu adalah inisiatif YIDE bagi meringankan beban setiap mangsa yang ter-jejas.

“Diharapkan, bantuan ini dapat meringankan sedikit beban. Pro-gram ini adalah aktiviti kema-syarakatan atau tanggungjawab sosial korporat YIDE kepada ma-syarakat setempat khususnya, di Selangor,”katanya.

Selain memberi bantuan ben-cana, YIDE juga berperanan menguruskan hal ehwal anak

yatim di Selangor dengan me- laksanakan program agihan sum-bangan kewangan dan bantuan pendidikan.

Selain itu, YIDE juga turut menawarkan perkhidmatan Ra- watan Hemodialisis.

MBI lancar inisiatif galak amalan �R

berdisiplin mengamalkan 3R,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Katanya, sisa pepejal itu bo-leh diproses kepada bentuk lain, sekali gus menyelamatkan tanah yang menjadi kawasan pengum-pulan sebelum dilupuskan.

Inisiatif MBI itu turut membabitkan kerjasama Kloth Malaysia Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Eksekutifnya, Nik Suzila Nik Hassan dan Mahanom Basri selaku Pengerusi Persatuan Taska Negeri Selangor.

Sempena dengan inisiatif 3R itu, MBI menyediakan tiga tong sampah bagi pengasingan kertas, barangan plastik dan tin aluminium.

MBI turut menempatkan sebuah tong khas bagi orang awam membuang fabrik yang tidak lagi diguna pakai.

Saya amat bersimpati dengan nasib keluarga mangsa kebakaran yang kehilangan rumah dan harta benda merekaAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

lalu, dua pekerja warga asing di kilang membuat ais maut selepas dilaporkan terhidu gas ammonia yang bocor, manakala 18 lagi dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Page 7: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

Ekonomi7 SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd (PetGas) meningkat kepada RM537.08 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun lalu daripada RM425.93 juta yang direkodkan suku sama, pada tahun 2017.

Perolehan meningkat 15.7 peratus kepada RM1.36 bilion daripada RM1.17 bilion pada tempoh sama didorong terutamanya terminal regasifikasi gas asli cecair baharu syarikat itu di Pengerang, Johor, yang memulakan operasi komersial pada November 2017 selain perolehan lebih tinggi daripada semua segmen.

Dalam kenyataan kepada

Bursa Malaysia, PetGas berkata, keuntungan bersih bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun lalu bertambah kepada RM1.04 bilion daripada RM889.09 juta, pada tempoh sama 2017.

Perolehan meningkat kepada RM2.71 bilion daripada RM2.34 bilion, bagi tempoh sama.

Berdasarkan prestasi syarikat, PetGas berkata loji pemprosesan gas miliknya mencapai 100 pera-tus kebolehpercayaan, sekali gus mengekalkan piawaian berkelas dunia.

“Prestasi pengekstrakan loji cecair secara konsisten melebihi sasaran sepanjang suku kedua yang menjadikan bahagian pendapatan

berstruktur berasaskan prestasi diperoleh lebih tinggi berbanding suku sama,” kata PetGas.

Berhubung prospek, PetGas berkata, ia masih berbincang dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memuktamadkan garis panduan tarif bagi perkhidmatan pengangkutan dan regastifikasi gas, selepas 2018.

“Prestasi syarikat pula dijangkakan kekal stabil ekoran sokongan aliran pendapatan kukuh dan mampan hasil Perjanjian Pemprosesan Gas, Perjanjian Pengangkutan Gas serta Perjanjian Perkhidmatan Regastifikasi sedia ada yang dimeterai dengan Petronas,” kata PetGas.

SHAH ALAM - Program Jom Bersantai Sambil Makan Durian anjuran Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dijadikan landasan bagi merapatkan hubungan dengan jabatan dan agensi lain, di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Seri Ahmad Omar berkata, program terbabit juga memberi peluang PNSB mengenali rakan niaga dengan lebih dekat.

“Musim durian bukan ada sepanjang tahun. Justeru, PNSB mengambil peluang ini menyantuni rakan daripada jabatan atau agensi lain serta rakan niaga kami.

“Ini peluang yang baik untuk kami

beramah mesra, di samping merapatkan lagi silaturahim dengan mereka,” katanya kepada SelangorKini ketika program berkenaan yang berlangsung, di Stadium Mini Shah Alam, pada 15 Ogos lalu.

Beliau berkata, PNSB sedia menganjurkan program sama pada masa akan datang jika terdapat kesesuaian waktu dan bekalan durian mencukupi.

Terdahulu, majlis berkenaan turut dihadiri kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar dan Communication Corporation Sdn Bhd.

Galak lebih banyak kerjasama

Dagangan Malaysia-Arab Saudi ditingkatkan

KUALA LUMPUR - Perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malay-sia dengan Arab Saudi ditingkatkan menerusi kerjasama dalam sektor seperti minyak juga gas, penjagaan kesihatan, pembinaan, pendidikan, pelancongan perubatan, perkhid-matan kewangan serta industri ha-lal.

Pesuruhjaya Perdagangan Per-badanan Pembangunan Perdagan-gan Luar Malaysia (MATRADE) di Jed-dah, Yusram Yusup, menggalakkan syarikat Malaysia meneroka pasaran Jeddah dan mewujudkan hubungan perniagaan dengan syarikat, di sana.

“Banyak perlu dilakukan untuk meningkat dan memperdalamkan hubungan perdagangan antara Malaysia serta Arab Saudi.

“Kita perlu menggalakkan lebih banyak kerjasama perdagangan dan

pelaburan dalam kalangan komuniti perniagaan di kedua negara yang membuka peluang kepada syarikat Malaysia, dalam sektor berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkembangan itu dizahirkan selepas bertemu Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Riyadh, Abdulrahman Ali Al-Jeraisi dan Pengerusi Dewan Perniagaan Dewan Wilayah Timur (Dewan Asharqia), Abdul Hakim Hamad Al-Ammar Al-Khalidi.

Pada masa ini, Arab Saudi adalah rakan dagang kedua terbesar Malay-sia di Timur Tengah dengan jumlah perdagangan RM15 bilion, tahun lalu.

Bagi enam bulan pertama 2018, perdagangan Malaysia dengan negara terbabit meningkat kepada RM9.57 bilion berbanding RM7.6 bilion, pada separuh 2017.

Untung bersih Petronas Gas Bhd meningkat

PNSB jamu raja buah erat hubungan antara agensi

Page 8: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

8Nasional

SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meningkatkan inisiatif memastikan lebih ramai pengasuh memperoleh kelayakan minima Kursus Asuhan dan Didikan Awal PERMATA (KAP).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, KPWKM sentiasa memastikan perkhidmatan berkualiti di Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dikendalikan pengusaha dan pengasuh terlatih.

“Kementerian sudah melaksanakan ‘KAP Massive Open Online Courses’ secara dalam talian dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Holdings Sdn Bhd yang mempunyai waktu pembelajaran fleksibel serta yuran kursus lebih murah.

“Kita juga mengiktiraf lebih banyak agensi latihan mengendalikan latihan pengasuhan bertauliah KAP dan memperhalusi Akta Taman Asuhan Kanak-kanak bagi mewajibkan semua pengasuh mempunyai syarat kelayakan serta pendidikan

awal kanak-kanak, termasuk pengasuh di rumah yang akan mengikuti kursus khas,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, seramai 16,873 pengasuh berkhidmat di TASKA yang berdaftar dengan JKM sehingga Jun lalu dengan 13,700 daripadanya tidak memenuhi syarat minimum ekoran beberapa faktor antaranya kadar tukar ganti (turn over) yang tinggi.

Pada masa sama, katanya, seramai 5,720 lulus KAP pada 2013, namun hanya 2,171 masih kekal dalam industri pengasuhan kanak-kanak, sehingga kini.

“Satu lagi faktor adalah Peraturan 14(3) Peraturan-Peraturan TASKA 2012 memberi tempoh 12 bulan kepada pengasuh untuk melengkapkan KAP.

“Untuk makluman, industri pengasuhan adalah industri baru yang masih belum berkembang dengan sempurna.

“Dengan mengambil kira ‘turn over’ yang tinggi dalam kalangan pengasuh, maka kementerian menjangkakan daripada 13,700 itu, kebanyakannya adalah pengasuh yang baru berkecimpung, dalam industri ini,” katanya.

Pastikan pengasuh miliki KAP

KUALA LUMPUR - Sembilan Rang Undang-undang (RUU) termasuk yang menjadi bualan umum seperti Akta Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 diluluskan pada mesyuarat pertama Dewan Rakyat Parlimen ke-14 yang ditangguhkan, pada 16 Ogos lalu.

RUU lain diluluskan adalah RUU Cukai Jualan 2018, RUU Cukai Perkhidmatan 2018, RUU Kastam (Pindaan) 2018 dan RUU Akta Zon Bebas (Pindaan) 2018.

Mesyuarat turut meluluskan

Dewan Rakyat lulus sembilan RUU

dipulihkan serta segala maklumat dapat didedahkan kepada umum.

Hari terakhir juga menyaksikan satu usul mencadangkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin daripada BN dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, namun usul itu diputuskan untuk dibahaskan, pada persidangan akan datang.

Usul itu ekoran tindakan Bung Moktar mengeluarkan kata kesat ketika membahaskan Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018, di Dewan Rakyat, pada 7 Ogos lalu.

PUTRAJAYA - Kerajaan Persekutuan membatalkan semua 3.1 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang belum berbayar, bernilai RM435 juta.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, langkah itu dilaksanakan selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dua syarikat konsesi pengendali sistem AES yang tamat, pada 31 Ogos ini.

“Kerajaan sudah ‘berkorban’ untuk tidak mengutip saman AES, maka semua saman AES setakat ini yang masih belum dibayar oleh orang ramai dibatalkan.

“Jumlah saman adalah sebanyak 3.1 juta. Dengan setiap saman AES adalah RM150, maka

Saman AES dibatalkan

Mesyuarat turut meluluskan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018 dan RUU Suruhanja-ya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) (Pembubaran) 2018

semua jumlah adalah RM435 juta,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kementerian Pengangkutan, di Putrajaya, pada 17 Ogos lalu.

Katanya, operasi kamera dan saman AES akan diambil alih sepenuhnya Jabatan Pengangkutan Jalan mulai 1 September ini dan ia akan dikuatkuasakan dengan tegas tanpa diskaun.

PETALING JAYA - Peniaga di-minta memberikan kepercayaan kepada kerajaan dalam melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan tidak cuba mengelak daripada membayar cukai berkenaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jika peniaga merasakan mereka layak mendapat pengecualian cukai, maka mereka terlebih dahulu perlu membuat permohonan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang akan

menentukan kelayakan mereka.“Sebagai contoh, ada

antara peniaga terbabit dalam perkhidmatan, tidak pasti dikenakan SST atau tidak. Oleh itu, mereka perlu membuat permohonan supaya syarikat itu dikecualikan.

“Selepas itu (permohonan), kita akan siasat dan jika mereka tidak layak dikecualikan, maka kena bayar tapi jika layak, maka mereka akan dikecualikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat SST

bersama Menteri Kewangan, di Subang Jaya, pada 18 Ogos lalu.

Katanya, ia adalah pendekatan mesra dipraktik kerajaan untuk menggalakkan peniaga mendaftarkan perniagaan mereka untuk sistem percukaian itu yang akan dikuatkuasa, mulai 1 September ini.

Sementara itu, Guan Eng berkata, dalam taklimat bersama peniaga dan wakil persatuan perniagaan itu, beberapa perkara dibincangkan termasuk kekeliruan berhubung

pengecualian SST terhadap susu berperisa untuk kanak-kanak.

Katanya, memandangkan produk itu penting untuk tumbesaran dan kesihatan kanak-kanak, maka kerajaan bersetuju untuk mengecualikan produk itu daripada dikenakan SST.

“Hari ini, baru saya tahu berhubung perkara itu (bahawa susu berperisa dikenakan SST), dan akan mengecualikan susu berperisa daripada dikenakan cukai," katanya.

Beri kepercayaan kepada kerajaan

Jangan cuba elak bayar SST

RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018 dan RUU Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) (Pembubaran) 2018.

Selain itu, Dewan Rakyat juga meluluskan RUU Perbekalan (Pe-nguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 yang memperuntukkan RM6.22 bilion dan dibentangkan ekoran beberapa penyusunan semula kementerian selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Turut menjadi tumpuan ialah PAC yang diberi kebenaran untuk menyiasat semula skandal 1MDB dan syarikat berkaitan dapat

Page 9: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

Nasional9SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Beberapa negeri di Semenanjung, kawasan barat Sabah dan Sarawak dijangka menerima hujan di bawah paras purata ekoran cuaca panas, sepanjang Ogos hingga September ini.

Negeri terbabit adalah Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, keadaan itu disebabkan negara sedang mengalami fasa

musim Monsun Barat Daya antara lain turut menyebabkan suhu menjadi lebih panas daripada biasa.

“Cuaca panas melanda kebanyakan kawasan negara yang dijangka berlarutan sehingga hujung minggu ini, namun siri cuaca panas masih boleh berlaku sehingga monsun itu berakhir, pada hujung September ini.

“Semua negeri dijangka kem-bali menerima hujan pada paras

purata mulai September kecuali Sarawak,” katanya.

Menurut jabatan itu lagi, taburan hujan lebih rendah secara relatif sepanjang monsun itu boleh mengakibatkan kemarau, jerebu dan kejadian kebakaran hutan.

Sepanjang tempoh itu, julat suhu maksimum tertinggi bagi kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka berada antara 34 hingga 37 darjah celcius, katanya.

Negara dijangka panas, kurang hujan

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan denda RM15 juta terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika bank pusat berkenaan dibenarkan melakukannya, kata Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan jelas waktu berkenaan.

Nor Shamsiah berkata demiki-an sebagai menjawab soalan ber-hubung jumlah denda dikenakan setakat ini terhadap 1MDB dalam satu sidang media, pada 17 Ogos lalu.

Pada 28 April, 2016, BNM mengeluarkan surat keterangan pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013.Ia adalah antara tindakan akhir

yang diambil Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum bersara sebagai Gabenor BNM.

Nor Shamsiah mendedahkan pada waktu berkenaan, bank pusat itu dilarang menyatakan jumlah denda berkenaan.

“Oleh kerana Parlimen (16 Ogos lalu) memberikan lampu hijau untuk membuka semula siasatan 1MDB, maka BNM akan meneruskan untuk menyelaraskan dengan pelbagai agensi di bawah pasukan petugas khas yang dibentuk bagi menyiasat syarikat berkenaan,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada 21 Mei lalu berkata, pasukan petugas khas diketuai bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga

lagi pemimpin dibentuk untuk menyiasat 1MDB.

Pasukan petugas khas itu turut merangkumi pegawai BNM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan polis selain peguam yang mengkhusus dalam bidang undang-undang berkaitan.

“Sebagai sebahagian daripada pasukan petugas khas itu, maka kami membantu pasukan berkenaan dengan berkongsi kertas siasatan dan apa yang diketahui setakat ini kepada agensi berkaitan dan pasukan petugas itu

“Kami juga membantu me- reka melihat aliran wang (syarikat berkenaan). Keutamaan BNM masih terhadap menyampaikan mandat bagi memastikan kestabilan kewangan,” katanya.

BNM dedah

�MDB didenda RM�� juta

KLANG - Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung kaedah baru bagi membolehkan pembersihan kebun secara mes-ra alam dilaksanakan.

Menterinya, Yeo Bee Yin ber-kata, hal itu bagi mengelakkan kebakaran besar berlaku ketika petani membuat pembersihan kebun.

“Selain kaedah baru, program pendidikan secara berterusan juga perlu diterapkan kepada petani.

“Kita mahu satu teknologi mesra alam dihasilkan bagi membolehkan petani tidak perlu membakar untuk melakukan pembersihan kebun.

“Pada masa sama, dengan adanya langkah baru nanti, maka ia juga tidak menjejaskan sumber pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan kawasan kebakaran tanah gambut Johan Setia, pada 15 Ogos lalu.

Pada 13 Ogos lalu, kira-kira 50 hektar kawasan tanah gambut di kawasan Johan Setia terbakar menyebabkan penduduk tidak senang ekoran menghidu asap tebal.

Sementara itu, Bee Yin berkata, pihaknya bersama agensi berkaitan akan mengadakan dialog bersama

Cari kaedah baru bersih kebun elak bakar

KLANG - Kerajaan Persekutuan memberi jaminan kebakaran tanah gambut, di Johan Setia, di sini, akan diselesaikan secara segera dan bersepadu.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, pihaknya kini menggerakkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi Kementerian Pertahanan untuk melaksanakan pembenihan awan.

Selain itu, katanya, pihaknya turut mengarahkan 40 anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pihak Berkuasa Tempatan dengan lima pam air ke lokasi bagi membantu operasi pemadaman.

“Ketika ini, fokus kita untuk memadamkan api terlebih dahulu

Kebakaran tanah gambut, TUDM laksana pembenihan awan

bagi mengelakkan berlakunya pencemaran udara bertambah buruk.

“Saya sudah menelefon Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, untuk segera menggerakkan TUDM bagi melaksanakan pembenihan awan," katanya.

Bee Yin berkata, kekurangan punca air semula jadi juga antara kekangan kerja pemadaman api

dijalankan.Pada masa sama, katanya,

tindakan tegas akan dilakukan kepada individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang memulakan pembakaran itu.

“Mereka boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM500,000 dan penjara lima tahun jika sabit kesalahan, di bawah Seksyen 29 A Akta Jabatan Alam Sekitar,” katanya.

penduduk dan ‘stakeholders’ bagi membincangkan masalah kebakaran di tanah gambut, di kawasan itu.

Katanya, kebakaran yang sering berlaku itu berlarutan, sejak 15 tahun lalu.

“Saya akan mengadakan dialog dan mesyuarat bersepadu dengan semua pihak termasuk pemilik kebun bagi mencari penyelesaian supaya insiden ini tidak berulang lagi.

“Setiap tahun, kita dengar masalah yang sama. Perkara membabitkan kesihatan tidak boleh dipandang mudah, maka saya mahu semua pihak tangani isu ini secara serius,” katanya.

Beliau memberi jaminan untuk menyelesaikan insiden berskala besar seperti itu supaya tidak berulang dan pemantauan akan diadakan secara berterusan.

Kita mahu satu teknologimesra alam dihasilkan bagi membolehkan petani tidak perlu membakar untuk melakukan pembersihan kebun

YEO BEE YINMenteri Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Page 10: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

10Global

SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

ANKARA - Qatar berjanji membuat pelaburan terus sebanyak AS$15 bilion (RM61.5 bilion) di Turki yang terjejas teruk akibat krisis mata wang di tengah-tengah kebuntuan diplomatik yang semakin meruncing dengan Amerika Syarikat (AS), kata beberapa pegawai.

“Qatar menjanjikan pelaburan terus sebanyak AS$15 bilion di Turki,” kata jurucakap Presiden, Ibrahim Kalin, di laman Twitter.

“Hubungan Turki-Qatar berdasarkan asas kukuh perpaduan dan persahabatan sejati,” katanya.

Mata wang lira jatuh teruk dan sehingga 16 Ogos lalu didagang-kan pada 5.7 lira berbanding satu

MANILA - Presiden Filipina, Ro-drigo Duterte menggesa China mengawal tingkah laku di Laut China Selatan dalam kritikan yang jarang dibuat ke atas kuasa besar Asia berkenaan program pembinaan pulau oleh Beijing.

Duterte turut menegaskan perbuatan itu salah kerana per-airan terbabit dianggap se- bagai laut antarabangsa dan hak laluan adalah terjamin.

“Anda tidak boleh mencipta sebuah pulau. Pulau itu buatan manusia dan anda pula berkata bahawa ruang udara di atas pulau buatan manusia itu hak anda,” kata Duterte menurut transkrip yang disiarkan Istana Presiden, pada 15 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Duterte menambah, beliau tidak mahu ‘berkelahi’ dengan China.

Kenyataan beliau menyusul

PARIS - Pemanasan global akibat buatan manusia dan peningkatan semula jadi suhu permukaan bumi akan menyebabkan suhu dunia menjadi semakin panas dalam tempoh lima tahun, menurut kajian Nature Communications.

Berdasarkan laporan dikelu-arkan dalam jurnal itu, pening-katan dua kali ganda pemana-san global dan ‘fenomena suhu melampau’ di permukaan air laut akan mencetuskan ribut serta taufan.

“Fasa panas ini menjurus kepada perubahan iklim, jangka masa panjang. Fasa seperti ini dijangka berterusan sekurang-kurangnya untuk lima tahun lagi,” kata penulis utama jurnal itu, Florian Sevellec yang juga saintis iklim, di Universiti Brest, Perancis.

Sevellec dan pasukannya menangani masalah itu dengan cara berbeza.

Pertama, mereka memberi tumpuan kepada perubahan semula jadi suhu dunia dan kedua, menggunakan pendekatan statistik yang

SARASOTA - Kerajaan negeri mengeluarkan perintah darurat di Florida susulan fenomena alga merah terburuk sejak sedekad lalu yang menyaksikan kematian lebih 100 tan hidupan laut.

Antara hidupan berkenaan ter-masuk ikan lumba-lumba, pen- yu dan ikan yang memenuhi per-mukaan laut selain mula berbau busuk yang menyebabkan kerja mengalihkan semua bangkai itu terpaksa dilakukan tanpa henti.

Semua bangkai haiwan berkenaan memenuhi kawasan pantai yang menjadi tumpuan

Ikrar perpaduan dan persahabatan sejati

Qatar labur lebih RM�� bilion di Turki

Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani mengadakan run-dingan makan tengah hari dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, baru-baru ini

dolar. Mata wang itu mencatat ke-

dudukan terendah 7.24, minggu lalu.

“Erdogan berterima kasih kepada Emir dan rakyat Qatar kerana menyokong Turki,” lapor agensi berita rasmi Anadolu.

Katanya, hubungan dengan Qatar yang digambarkan seb-agai ‘negara mesra dan bersauda-ra’ akan dirangsang dalam pelb-agai bidang.

Menteri Kewangan Turki, Berat Albayrak iaitu menantu Erdogan dan rakan sejawatnya dari Qatar, Ali Sharif Al-Emadi turut hadir dalam rundingan, di Ankara itu.

Turki kebelakangan ini

dikejutkan dengan penurunan mendadak nilai lira selepas Presiden AS, Donald Trump, memuat naik 'tweet' di laman Twitter bahawa Washington akan menggandakan tarif aluminium dan keluli untuk Ankara.

Tindakan Washington itu dibuat ketika pertikaian ke atas Turki yang masih menahan paderi dari AS, selama dua tahun.

Sebagai tindak balas, Erdogan turut menggesa rakyatnya memboikot barangan elektrik AS, manakala Ankara juga menaikkan tarif terhadap beberapa barangan, dari negara itu.

Henti bina pulau di Laut China Selatan - Duterte

selepas dakwaan pada Mei lalu bahawa China mengancam pasukan tentera Filipina di sebuah kawasan lain, di Laut China Selatan, lapor AFP.

Penasihat keselamatan Duter- te, Hermogenes Esperon memberitahu wartawan ketika itu, bahawa Filipina akan melancarkan perang jika rakyatnya di situ dicederakan.

Pada Mei lalu, China men-

daratkan beberapa pesawat tem-pur termasuk jet pengebom jarak jauh yang berupaya membawa senjata nuklear, H-6K, di sebuah pulau lain di Laut China Selatan buat kali pertama, sekali gus me-nimbulkan kebimbangan ma-syarakat antarabangsa.

Selain China dan Filipina, sebahagian Laut China Selatan turut dituntut Brunei, Malaysia, Taiwan dan Vietnam.

Suhu dunia panas dalam lima tahun

diperkemas daripada model iklim komprehensif untuk menjana ramalan jangka panjang.

“Kami membangunkan satu sistem ramalan antara waktu atau jangka masa pendek perubahan semula jadi, dalam iklim.

“Untuk tempoh 2018-2022, kami mendapati anomali yang sama dengan kesan pemana-san global akibat perbuatan manusia,” kata Sevellec.

Selain itu, kemungkinan gel-ombang panas marin atau ‘kejadi-an pemanasan’ laut lain dijangka meningkat 150 peratus, dalam tempoh lima tahun.

Kaedah terbaharu itu dike-nali sebagai 'PRObabilistic fore- CAST' atau singkatannya PRO-CAST, diuji bagi membandingkan rekod suhu terdahulu dan terbuk-ti lebih berkesan serta tepat ber-banding model 'standard'.

Ia juga boleh dijalankan den-gan lebih pantas pada kom-puter riba, berbanding men- ggunakan komputer super yang memakan masa berminggu la-manya.

Fenomena alga merah paksa Florida isytihar darurat

Lovewell menemui bangkai ikan lumba-lumba yang hampir reput dengan nombor 252 ditanda, pada sirip mamalia itu

pelancong di barat daya Florida sejak mikro organisma itu mula membiak, bulan ini.

Hanya dalam tem- poh seminggu, 12 ikan lumba-lumba ditemui terdampar mati di Sarasota County iaitu jumlah kematian yang menyamai tempoh untuk sepanjang tahun, sebelum ini.

Ketua pasukan pengumpul rangka haiwan dari Makmal Marin Mote, Gretchen Lovewell berkata,

keadaan itu amat mencabar mental dan fizikal semua pihak terbabit.

Beliau dan dua lagi petu-gas bekerja hampir 24 jam se-hari untuk membantu men- gutip semua bangkai haiwan ber- kenaan.

Page 11: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

11SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

DARI KACA MATA MB MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Gambar: global-warming

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kur-niaNya dapat hadir

meraikan serta beramah mesra bersama peserta Konvoi Kem-bara Merdeka Jalur Gemilang an-juran Jabatan Penerangan Malay-sia, pada 16 Ogos lalu.

Selamat datang ke Selangor diucapkan dan ucapan terima kasih daripada saya kerana dapat singgah ke negeri yang bertuah ini. Tahniah kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia atas kejayaan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang, di Pulau Pinang, pada 4 Ogos lalu.

Kehadiran Konvoi Merdeka Jalur Gemilang adalah satu acara istimewa dalam Program Sambutan Bulan Kebangsaan di Selangor, pada tahun ini. Kerjasama dan komitmen antara Kerajaan Pusat serta Kerajaan Negeri dalam menjayakan agenda negara amat penting terutama dalam konteks membangkit dan menterjemahkan tema sambutan

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang

Pupuk semangat cintakan tanah airbulan kebangsaan pada tahun ini iaitu ’Sayangi Malaysiaku’.

Tema ini amat tepat sekali bagi memupuk semangat cintakan tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia. Saya juga ingin memetik ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melancarkan sambutan bulan kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2018.

Beliau berkata ”Berbanggalah untuk mengibarkan Jalur Gemi-lang di mana sahaja; di rumah, kereta, bangunan dan di mana sahaja yang sesuai. Kibarkanlah Jalur Gemilang bagi menzahir-kan rasa cinta terhadap negara, sekali gus bersyukur dengan na-sib kita yang begitu baik kerana dapat menukar kerajaan tanpa rusuhan”.

Saya akan sentiasa menyo-kong dan memberi komitmen bagi menjayakan agenda negara yang akan memberi manafaat ke-pada masyarakat, khususnya ke-pada rakyat Selangor sendiri.

Harapan saya program ini dapat menjadi ruang kepada kita semua untuk membina jalinan

Kerjasama dan komitmen antara Kerajaan Pusat serta Kerajaan Negeri dalam menjayakan agenda negara amat penting terutama dalam konteks membangkit dan menterjemahkan tema sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini iaitu’Sayangi Malaysiaku’

persahabatan yang lebih erat lagi bagi kerjasama lebih hebat, pada masa hadapan.

Anak dagang mengail ikan,Dibawa ke muara dibeli pedagang,Sayangi malaysiaku tema ke-merdekaan,Sayangi malaysia, kibarkan jalur gemilang.

Saya mendoakan konvoi ini selamat sampai ke setiap desti-

nasi yang dituju dan dapat me-nyampaikan mesej serta agenda kebangsaan kepada setiap ma-syarakat juga menggelorakan sambutan bulan kebangsaan, di seluruh negara.

Saya sekali lagi ingin mengu-capkan syabas serta tahniah ke-pada semua peserta konvoi dan Jabatan Penerangan Malaysia di atas inisiatif pelaksanaan Pro-gram Sambutan Bulan Kebang-saan, pada tahun ini.

Page 12: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

Album Album13SelangorKini 20 - 29 Ogos 201812 SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

02ADN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin, turut serta menderma darah pada kempen derma darah Kampung Chempaka

04ADN Sungai, Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin, turun padang dalam Program Ziarah Kasih, di Sungai Haji Dorani

06ADN Hulu Kelang, Saari Sungib, merasmikan Akademi Bola Sepak AU5D dan menyumbangkan dua tiang gol

01ADN Taman Medan,

Syamsul Firdaus Mohamed Supri, turun padang

program gotong-royong pembersihan rumah

terbiar anjuran Persatuan Penduduk Seksyen 3

Petaling Jaya

03ADN Dengkil, Adhif Syan Abdullah, turun padang

menjayakan Perkemahan Badan Berunifom SJKC

Daerah Sepang

05ADN Bukit Melawati,

Juwairiya Zulkifli, bersama-sama

menjayakan Majlis Penutup Hari Potensi

Kanak-Kanak daerah Kuala Selangor

07ADN Banting, Lau Weng

San, turun padang melawat kebun, di Sungai

Kelambu Kuala Langat

1

3

54 7

2

6

Page 13: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

14Rencana

SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

Selepas disingkir keluarga

Penghuni Lembah Harapan kian dilupakanOLEH SHEEDA FATHIL

Kusta antara salah satu penyakit yang amat di-geruni setiap manusia, malahan sesiapa sahaja

didapati menghidapnya pasti akan disisihkan masyarakat kera-na bimbang dijangkiti.

Berdasarkan sejarah, kusta yang juga dikenali sebagai Han-sen ditemui secara saintifik oleh Dr Armauer Hansen dari Norway pada tahun 1873 dan ia bukan sesuatu penyakit baharu.

Namun, penyakit kuno itu dikesan sejak lebih 600 tahun da-hulu sebelum Masihi yang mem-bawa kepada ribuan kematian penduduk China, Mesir dan India.

Di Malaysia, tiada sejarah dicatatkan bila dan di mana penyakit itu mula bertapak tetapi sebelum tahun 1926, penghidap kusta berkumpul sesama sendiri selepas disingkirkan keluarga serta masyarakat.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM), kusta adalah penyakit berjangkit kronik disebabkan jangkitan bakteria 'Mycobacterium Leprae' yang boleh menjangkiti saraf periferal serta tisu lain seperti mata, saluran pernafasan dan selaput dalaman hidung.

Ribuan manusia di dunia ini didapati dijangkiti kusta, namun kebanyakan kes dikesan, di ne-gara membangun.

Paling mendukacitakan, apa-bila penghidap kusta terpaksa diasingkan daripada manusia normal kerana dikhuatiri akan merebak.

Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berjaya menemui penawar yang mampu menyembuh penyakit kusta iaitu 'Multidrug Therapy' (MDT) hasil gabungan tiga jenis antibiotik ‘Dapson’, ‘Clofazimin’ dan ‘Rifampicin’, pada tahun 1983.

Berdasarkan laporan KKM, pengambilan tiga kapsul antibio-tik MDT setiap hari selama seta-hun boleh menyembuhkan pe-

sakit kusta sepenuhnya.Ia kerana antibiotik MDT

mampu membunuh kuman kusta dengan pantas, sekali gus pesakit tidak perlu khuatir penyakit itu berulang.

Perkampungan kusta kedua terbesar di dunia

Menyingkap sejarah kusta, pasti ramai tidak tahu wujudnya perkampungan kusta di Malaysia yang menempatkan ribuan penghidap penyakit berkenaan.

Diberikan nama Lembah Harapan, ia lokasi yang tidak asing lagi bagi penduduk sekitar Sungai Buloh. Pernah menjadi kawasan larangan suatu ketika dahulu, namun kini mempunyai sejarahnya tersendiri.

Pasti ramai yang tidak menjangkakan kawasan itu pernah dihuni kira-kira 2,000 pesakit kusta sejak ia mula dibuka pada tahun 1926 oleh Kerajaan British.

Lebih kurang 92 tahun usia-nya, Lembah Harapan atau kini dikenali sebagai Pusat Kawalan Kusta Negara (PPKN) dirasmikan Penguasa Perubatan pertama di Tanah Melayu, Dr Gordon Alexander Ryrie, pada 16 Ogos 1930.

Namun, pesakit berkenaan pernah ditempatkan di kem penempatan kusta seluruh negeri

antaranya Pulau Jerejak, Pulau Pinang; Setapak, Kuala Lumpur; Pulau Pangkor, Perak; Pulau Ketam, Klang; Kota Bharu, Kelantan dan Tampoi, Johor, sebelum pusat itu dibuka.

Sebaik sahaja dibuka, semua kem berkenaan ditutup dan pesakit dipindahkan ke Lembah Harapan, sekali gus menjadikannya sebagai pusat penempatan pesakit kusta atau pusat kawalan kedua terbesar di dunia, selepas Pulau Culion, Filipina.

Sejak wujudnya Enakmen Kusta 1926, sesiapa sahaja menghidap kusta perlu diasingkan di sini, malahan mereka dilarang keras menggunakan pengangkutan awam, menginap di hotel atau menggunakan apa sahaja kemudahan awam bagi mengelakkan penyakit menular kerana ketika itu tiada sebarang vaksin yang sempurna.

Mempunyai kemudahan sendiri

Kemudahan yang ada di situ paling lengkap di dunia dan meliputi kawasan seluas 229.86 hektar serta mempunyai ladang getah serta kelapa sawit seluas 242.81 hektar.

Mempunyai 2,000 chalet dan 855 katil di hospital, ia pernah digelar sebagai bandar taman dengan kemudahan termaju.

Menariknya, penempatan itu mempunyai matawang sendiri untuk digunakan pesakit di kawasan berkenaan kerana wujudnya stigma dan kebimbangan orang ramai bahawa kusta boleh berjangkit melalui sentuhan.

Laporan media tempatan pada 2012, matawang itu sebagai satu

kemudahan disediakan kerajaan kepada pesakit untuk mereka melakukan sebarang aktiviti jual beli.

Malah, sebuah bas antik jenama 'Morris' atau digelar sebagai 'Sungai Buloh Settlement Bus' turut terdapat di situ sebagai pengangkutan termoden suatu ketika dahulu bertujuan membawa pesakit bersiar-siar atau berkelah.

Keadaan itu bukan satu perkara asing kerana Lembah Harapan ketika itu bukan sahaja dijadikan pusat pengasingan, namun perkampungan dengan pelbagai kemudahan.

Sejak dibuka, Lembah Harapan turut mempunyai masjid, gereja, kuil dan sekolah sendiri hingga pernah digelar sebagai Perkampungan Kusta.

Tidak dapat dinafikan, sememangnya kampung itu dahulunya sangat meriah walaupun terdapat kekurangan dalam diri setiap pesakit, namun ia tidak menjadi penghalang buat mereka untuk meneruskan hidup, di Lembah Harapan.

Namun, kampung itu mungkin sudah tidak semeriah dahulu kerana kini hanya terdapat kurang daripada 100 pesakit sahaja.

Kini, PKKN bukan sahaja terkenal sebagai pusat penyelidikan kusta terkemuka tetapi turut menjadi hab penjualan pokok bunga dan buah-buahan daripada bekas pesakit kusta.

Justeru, sebagai sebuah destinasi pelancongan antara yang paling menarik di Lembah Klang, maka Lembah Harapan atau PKKN berpotensi dijadikan sebagai 'Taman Sejarah Kusta', satu hari nanti.

Kemudahan yang dise-diakan untuk penduduk di Lembah Harapan

Page 14: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

15SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Tekad perkasa keperluan sosial

Bela rakyat berpendapatan rendahOLEH NORHAYATI UMOR

Kemajuan ekonomi rakyat sentiasa diberi keutamaan dan komitmen keperluan

sosial termasuk pembelaan rakyat termiskin yang terus diberi perhatian Kerajaan Negeri.

Exco Pemberdayaan, Pem-bangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, program sosioekonomi bagi menangani masalah kadar kemiskinan yang tinggi akan di-pertingkatkan.

Katanya, ia membabitkan penyediaan infrastruktur, kos rumah rendah dan sederhana, selain bantuan pendidikan serta perniagaan akan terus dipergiatkan.

"Oleh itu, Yayasan Jawatankua-sa Kerja Kemiskinan akan diak-tifkan dalam kadar segera untuk menyelaraskan dan memantau kejayaan program," katanya ke-pada SelangorKini.

Tapak pasar malam sistematik dan kiosk

Smart Selangor

Penyediaan tapak pasar malam bertemakan ‘Bazar Smart Selangor’ akan disediakan secukupnya, di bawah setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ganabatirau berkata, kekera-pan pasar malam berkenaan akan dijalankan seminggu sekali bagi memberi peluang perniagaan ke-pada rakyat tempatan untuk me-nambah pendapatan keluarga.

"Konsep pasar malam ini ha-nya diperuntukkan khas untuk golongan berpendapatan rendah, miskin tegar dan B40.

"Ia juga membolehkan tiada ruang untuk pendatang asing berniaga, dalam program ini," ka-tanya.

Pada masa sama, satu tapak khas yang diperuntukkan

kepada peniaga tempatan untuk meneruskan pelbagai jenis perniagaan, setiap hari.

Katanya, Kiosk Smart Sela-ngor terbabit akan menjadi tapak menjual hasil produk tempatan yang dihasilkan melalui industri desa dan kecil atau sederhana.

"Ia akan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri serta memberi peluang keutamaan kepada penerima bantuan 'blueprint'," katanya.

Sifar perniagaan warga asing

Semakan dan pemantauan warga asing tanpa lesen dan dokumen rasmi perlu dibuat bagi mengurangkan persaingan antara masyarakat tempatan.

Katanya, ramai pendatang asing tanpa izin sudah mula berkecimpung dalam pelbagai bidang pekerjaan dan perniagaan, sekali gus menjadikan peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat tempatan serta graduan terbantut.

"Secara tidak langsung, isu ini mengakibatkan kebanjiran pendatang asing dan berlaku peningkatan dalam

Kerajaan Selangor juga menyediakan peruntukan besar dalam kemahiran teknikal khususnya dalam menjayakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)V GANABATIRAUExco Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin

pengangguran, di Selangor," katanya.

Perkasa TVET menerusi Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor

Ganabatirau berkata, kemahiran teknikal juga akan ditingkatkan dalam melaksana

beberapa kemahiran asas teknikal yang merangkumi aspek kaedah, prosedur dan teknik dalam mengendalikan alatan teknikal.

Katanya, program kemahiran akan diperkasa dalam pelbagai bentuk bagi memberi peluang kepada remaja kurang cemerlang dalam peperiksaan dan pelajaran.

"Kerajaan Selangor juga menyediakan peruntukan besar dalam kemahiran teknikal khususnya dalam menjayakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)," katanya.

Justeru, Kerajaan Negeri akan melaksanakan satu program perdana yang dikenali sebagai Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor untuk mencapai matlamat itu.

Katanya, ia bertujuan memberikan peluang kepada anak muda menggarap kemahiran bagi menjamin kebolehpasaran dengan pendapatan tinggi dan meningkatkan rantaian nilai modal insan.

"Di samping itu, di bawah kemahiran teknikal memerlukan anjakan paradigma kerana kita bukan saja meneruskan agenda menyediakan latihan pendidikan dan teknikal.

"Malah, sudah tiba masanya melahirkan tenaga pengajar bagi memenuhi keperluan institusi latihan kemahiran, di Selangor.

"Ini termasuk peningkatan tenaga pengajar secara berte-rusan dalam bidang kemahiran dan metodologi latihan mengikut perkembangan teknologi serta mentauliah tenaga pengajar juga pakar industri selaras dengan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia," katanya.

Beliau juga mahu semua pihak menggembleng tenaga dalam merealisasikan hasrat itu walaupun kerajaan menerajui proses pembangunan negeri.

"Dalam semangat ini, saya mengajak semua pihak sama ada pemimpin atau rakyat bagi membulatkan tekad untuk berjaya dan hidup sejahtera," katanya.

Page 15: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

OLEH JOHAN RADZI

Adindaku Irene,

Penerbanganku mengambil masa lapan jam untuk selamat mendarat di KLIA. Pesawat kami jadi sedikit tergendala kerana gangguan ribut di angkasa Indonesia. Mujurlah tiada musibah yang melanda. Aku sendiri merasa tidak pasti de- ngan kepulanganku kali ini. Peguam itu telah hubungiku berkali-kali dan kukira, mungkin inilah waktu aku akan temui jawapan yang sekian lama membelengguku.

Sesudah mendarat, aku hampir-hampir lupa akan cuaca di sini, sehinggalah bahang surianya datang menyengat-nyengat kulitku. Aku mengambil teksi untuk langsung ke Klang. Supirku seorang lelaki India yang ramah. Dia banyak merintih tentang pekerjaan yang semakin sulit didapati di KL. Mulutnya terlongo apabila mendapat tahu bahawa aku juga anak kelahiran negara ini. Kami tertawa.

Sementara itu, tunggulah ke-pulanganku. Jagalah dirimu dan Thomas sekali.

Tulus ikhlas,

Alex

Udara Pelabuhan Klang masih berjelaga saat kereta mereka memasuki wilayah Barat Selangor itu. Jalan-jalan aspalnya berbau

hangus dan terbakar. Semilir bertiup, menghadirkan aroma masin dan asap corong. Mereka melintasi jambatan lama yang berlatarkan paya bakau dan muara sungai. Airnya berkelodak dan

kapal-kapal bersimpang siur menghantar pesan kargo terakhir senja itu.

Mereka lalui sebuah pendesaan cina sebelum akhirnya tiba di sebuah rumah kayu bercat biru di tebing jalan. Halamannya sarat ditumbuhi lalang. Pagar karatnya terselak. Seorang wanita berkemeja putih berskirt hitam sedang menghisap rokok di kerusi rotan. Dia melambai-lambai kepada mereka. Alex membayar tambang lalu melangkah masuk. Mereka bersalaman.

“Nama saya Melati. Saya peguam yang mengendalikan wasiat bapakmu.”

Pintu dibuka. Alex memerhatikan latar sekelilingnya sekali lagi, cuba menafsir latar rumah lama ini serta bekas penghuninya. Jiwanya tak tenteram. Adakah dia miliki keberanian itu? Melati sedang menanti di ambang pintu. “Encik mahu masuk?”

Air liurnya ditelan. Alex mengangguk gugup.

Dia berasa seperti memasuki suatu zaman silam yang bukan miliknya. Mizbah Buddha dan patung-patung dewata menyambut

mereka di muka hadapan. Udaranya berbau purba: bergentayangan aroma-aroma kayu, debu, hapak, hamis, serta bau bakaran setanggi yang tipis. Terdapat jampi-jampi aksara Sanskrit yang ditampal berdekatan tugu-tugu kecil tersebut.

“Rumah ini dan segala isinya adalah kepunyaan bapakmu. Rumah ini sudah berusia tiga dasawarsa. Sangat dekat dengan pantai.”

Alex berjalan lagi. Di ruang tamu terduduk sepasang kerusi rotan, lukisan desa, jambak bunga, jam dinding, almari curut, rak buku dan ensiklopedia, radio lama, patung guido, dan asbak rokok separa penuh. Alex menghampiri rak tersebut, mencapai sebuah album yang sudah lusuh kulitnya. Dia menyelak album-album yang tersusun rapi: Lisbon, Portugal. Goa, India. Jakarta, Indonesia.

Foto: Lautan biru. Matahari terbenam di hujung saujana. Anak-anak kapal dan nakhoda. Tebing dermaga. Kafe-kafe berjejeran. Bar minuman keras. Rumah pelacuran.

“Bapakmu seorang nakhoda. Sepanjang riwayatnya beliau belayar ke pelabuhan-pelabuhan dunia…”

Alex berasa janggal. Dia cuba mencari titik persamaan dengan lelaki yang tersenyum dengan botol bir di tangan kanan itu. Tetapi hampa. Seperti terdapat satu jurang yang melebar antara dia dengan lelaki yang dikatakan bapak kandungnya itu. Mereka berkongsi darah daging namun Alex tidak mengingati apa-apa tentang lelaki itu. Yang terhampar cumalah satu lubang yang kosong dan mencengkam.

Bunyi ekzos motosikal dan

tawa anak-anak muda melintas menyusup celah tingkap.

“Sepanjang usiaku aku tidak pernah mengenal bapak. Ibuku tidak pernah menceritakan dan ketika umurku berusia empat tahun, aku sudah tidak bertanya lagi. Bilangnya, bapak sudah pergi untuk menyahut seruan laut. Dia tidak peduli akan nasib kita lagi.”

Kemudian;“ada sesiapa lagi yang menuntut

rumah ini?”“Dia ada dua anak hasil

perkahwinannya. Tetapi seorang sudah jadi korban kemalangan dan seorang lagi meringkuk di penjara. Wasiatnya menegaskan bahawa harta pusakanya hanya akan ditujukan kepadamu seorang. Lantas, kami terpaksa menjejakimu sehingga ke Sydney.”

Mereka berjalan pula ke dapur. Kabinet-kabinet yang bersawang dan kosong. Terdapat pinggan dan teko porselin China. Kuali buruk, tin biskut, dan periuk yang berha-buk. Botol-botol wiski. Di dinding ada satu lagi lukisan – sekumpulan gadis Eropah dengan lagak meng-ghairahkan. Pada sudutnya hanya tertulis: Para mi amigo, Marzo 1989.

“Apa punca kematiannya?”Melati teragak-agak: “Sifilis”Melangkah ke kamar tidur. Dia

melihat keranjang, almari, meja, dan permaidani yang kian memu-dar. Jendelanya terbuka. Alex me-nyelongkar laci; menyelak diari-diari peribadi bapaknya. Hampa. Kemudian dia mengintai ke bawah katil: kosong. Cahaya senja sema-kin malap di mulut langit. Bayang-bayangnya merangkak sehingga ke hujung kaki mereka. Di luar, Se-lat Klang menggumam. Lautnya tenang dan berkeruh. Kapal-kapal mulai menyalakan lampu masing-

masing.Suara Alex memecah. Dia sudah

tak mahu berselindung lagi. “Ada dia meninggalkan apa-apa surat untukku? Apa-apa pesan? Atau…”

Wanita itu menggeleng simpati. “Hanya rumah ini sahaja, encik.”

Alex mendengus. Ke kamar studi. Jendelanya masih sama. Ter-dapat rak not muzik di sisi kiri dan peta atlas membentang di belah kanan. Di tengah – tersergam pia-no hitam berkilat.

“Jadi, encik mahu tandatangani borang pengesahan penerimaan harta pusaka ini?”

“Piano ini masih berfungsi?” Alex memotong.

“Err, ya.”Alex duduki kerusi piano terse-

but. Dia memandang risalah muzik di hadapan – Malayan Classic Songs. Kemudian jarinya menekan kunci piano tersebut dan berden-tinglah seluruh kamar itu. Dia masih hafal bahasa muzik. Dia menyelak-nyelak halaman risalah itu sehing-ga pada judul ‘Rasa Sayang’ sebe-lum sekeping foto sepia terjatuh di depannya. Alex mengutip foto itu. Tangannya menggeletar. Di situ seorang lelaki berseragam nakho-da sedang berdiri menatap renu- ngan Alex. Dia sedang mendukung seorang bayi. Mata lelaki itu redup. Tubuhnya tinggi dan wajahnya berjambang. Bayi itu tidur lena di pangkuan lelaki tersebut.

Alex menyelitkan foto tersebut ke dalam risalah semula lalu menu-tupnya. Melati mengulang perta-nyaannya sekali lagi. Tetapi Alex berdiam diri. Jari-jemarinya seka-rang sedang menari-nari di atas kekunci piano itu dan dia masih ti-dak mahu menjawabnya. Matahari sudah tenggelam di kerongkong langit. Dia hanya tersenyum pahit.

Adindaku Irene,

Aku sudah melawati rumah bapakku di Klang. Terdapat pelba-gai pertanyaan yang bergalau di kepalaku tetapi barangkali hal silam sebegitu sudah tidak penting lagi. Umurku semakin menginjak. Aku sudah tidak sepatutnya berpaling ke belakang. Mataku harus ditetapkan kepada masa hadapan.

Esok aku akan menziarahi pusara bapak di KL. Kemudian ada bebera-pa hal lain yang perlu kusegerakan. Seusai habis, aku akan cuba ambil pesawat yang terawal untuk pulang ke pangkuanmu nanti.

Sebelum kuhabiskan, bolehkah kau menyampaikan salam rinduku kepada anak lelaki kita Thomas? Sudah berhari-hari aku tidak meli-hatnya. Beritahulah kepadanya ba-hawa papanya sentiasa merindu-kannya dan beritahulah kepadanya bahawa papanya berjanji akan pulang awal demi menghadiri per-lawanan bola sepak akhirnya bulan September nanti. Bolehkah kau beri-tahunya begitu, sayangku?

Tulus ikhlas,Alex

Lalu Mengapa Pagi IniHujan Pula Turun

Dalam likat malamyang mendinginkan imankita palar berpeganganjatuh mencumbu nafsulewat lorong kefasikanmeniti jalan murka Tuhan.

Kita mahu terus bercandahingga bersalin pagidan sepertinya bulan lebih nakalberdegil untuk kekal lamamenarik langit bersamamenjadi saksi berahi cintaoleh manusia-manusia nestapatertewas dalam bayang malam.

Lalu angin pun datangcuba menggoncang perduagar kita bangun melurutdosa-dosa di sela waktunamun telah kita hentikantersentak di muka pintudan kembali lena berpelukandalam kufur yang menyelimut.

Lalu mengapa pagi inihujan pula turunmerintik ke jendela bilikdengan sabar tekunmengejut dan mengetuk hatiyang telah menggusar Ilahiberkali-kalilagi dan lagi.

Iz BaidillehIrbid, Jordan

Page 16: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

17SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

Bagi penggemar sukan luncur udara atau para-gliding, nama Bukit Jug-ra bukanlah asing buat

mereka.Diselimuti gunung-ganang

menghijau terbentang luas de-ngan lanskap panoramanya yang sungguh mempesona, seolah-olah melengkapi keindahan Bukit Jugra yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Lebih menarik, di bahagian bawah rumah api terdapat sebuah pelantar yang membolehkan pe-ngunjung menyaksikan sendiri pemandangan, dari atas bukit.

Menjadi lokasi tunggal di Selangor dalam pelaksanaan aktiviti paragliding, Bukit Jugra antara yang pernah tersenarai dalam peta dunia sejak Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa, pada 2006.

Kini, aktiviti penerbangan ber-bentuk rekreasi itu semakin digilai ramai terutama kepada golongan muda yang mahu merasai pengala-man berbeza kerana ia sememang-nya menjanjikan keseronokan tidak terhingga.

Bermula di kawasan lapang berhampiran stesen radar TUDM di atasnya, kepuasan terbang bebas seperti burung helang paling dirasai tatkala diluncurkan ke ruang udara sambil menikmati keindahan Sungai Langat yang mengalir tiada hentinya ke muara.

Semakin tinggi terbang, pelbagai cabaran menanti untuk sampai ke kawasan pendaratan tetapi kesempatan berlegar di permukaan udara setinggi 300 kaki dari aras laut untuk tempoh masa yang lama sudah tentu tidak akan disia-siakan penggemar sukan lasak ini.

Walaupun paragliding dianggap sebagai permainan berisiko yang sukar dikesan melalui mata kasar, namun masih meneruskan aktiviti ini.

Justeru, penulis cuba mem-bongkar cabaran dan kekangan yang harus ditempuh setiap pe-main serta turut me-nyelami pengalaman sama seperti mereka.

Titik berat soalkeselamatan

Sebelum berkecim-pung dengan sukan paragliding, setiap ju-ruterbang perlu men-jalani latihan khusus dan memenuhi sili-bus bagi mendedah-kan mereka secara lebih mendalam ber-hubung risiko dan ber-dasarkan teknik betul.

Pada masa sama, untuk memboleh-kan juruterbang di- anugerahkan lesen terbang sah selepas

mengetahui teknik menerbang-kan dan mendarat payung terjun dengan selamat.

Kakitangan Bahagian Komuni-kasi Korporat MDKL, Nor Hisham Othman berkata, pelatih baharu perlu menjalani latihan asas sela-mat empat hari selain menawar-kan latihan lanjutan, sehingga 30 hari.

Katanya, aspek keselamatan peserta amat dititikberatkan de-ngan mewajibkan pemakaian kasut bertutup, topi keledar dan sarung tangan yang sesuai ketika mengikuti aktiviti paragliding.

“Sebelum diterbangkan, kita akan memberikan taklimat bagi memastikan peserta mematuhi se-tiap peraturan ditetapkan, dalam sukan lasak ini.

“Ia dijamin selamat kerana se-tiap juruterbang mempunyai dua

payung terjun iaitu utama dan sokongan,” kata- nya ketika dite-mui pada Media Familiarization Trip Tourism Se-langor, di sini, ba-ru-baru ini.

Hisham berka-ta, aktiviti para-gliding yang di- kendalikan Kelab Paragliders Ma-laysia bersama Prosky Adven-ture itu tidak me-merlukan per- belanjaan besar jika dibanding-kan dengan su- kan paramotor yang boleh men-cecah sehingga ribuan ringgit.

“Kepada pe-

minat yang benar-benar menggemari paragliding, maka mereka boleh membeli sendiri peralatan diguna pakai, dalam sukan ini.

“Harga pasaran termasuk pa-yung terjun dianggarkan RM6,000 sahaja tetapi jika menyewanya sekitar RM200,” katanya.

Perancangan MDKL ke arah 2020 untuk paragliding

Selaku Pihak Berkuasa Tempa-tan yang turut menjadi pemain utama terhadap pertumbuhan ekonomi negeri, maka MDKL optimis menjadikan permainan paragliding sebagai sukan rasmi, di Selangor.

Hisham yang sudah mener- bangkan ramai peserta dari dalam atau luar negara berkata, pihaknya giat membuat persia-pan ke arah merealisasikan pen-ganjuran ‘Jugra International Paragliding Accuracy Champi-onship 2019’, tahun hadapan.

Katanya, inisiatif sempena menyambut ‘Tahun Melawat Malaysia 2020’ itu diperhebat-kan dengan kerjasama Tourism Selangor selaras mempromosi dan merancakkan sektor pelan-congan, di negeri itu.

“Justeru, kami sedang menye-diakan segala ke-mudahan dan in- frastruktur leng-kap serta me-nepati kriteria ditetapkan, di peringkat anta-rabangsa.

“Yang pas-ti, Bukit Jugra s a t u - s a t u n y a

lokasi yang men- dapat kelulusan dan pengikti-rafan untuk menganjurkan per-

tandingan berprestij ini,” katanya.Pada masa sama, beliau ber-

kata, pihaknya juga bakal me-nganjurkan Kejohanan Paragli- ding Peringkat Kebangsaan, pada November ini.

“Kejohanan ini sebahagian daripada persediaan menjelang kejohanan antarabangsa yang sedang dilaksanakan,” katanya.

Bukit Jugra syurga penggemar paragliding

Sementara itu, pengunjung, Muhd Nabil Ashraf Suhaimi, 22, ketika ditemui berkata, be-liau begitu teruja kerana diberi peluang merasai pengalaman mencuba sukan paragliding.

“Pada awalnya, memang agak takut sebab tidak pernah mencu-ba sebelum ini tetapi perasaan gayat itu hilang serta-merta ketika di udara terutama apabila turut dikendalikan pelatih profesional.

“Perasaan ketika meluncur sungguh menakjubkan. Ia seakan-akan seekor burung yang terbang bebas sambil menikmati kein-dahan alam.

“Detik hati saya juga berkata-kata, betapa indahnya alam cip-taan tuhan ini,” katanya.

Bagi Syahirah Zamani, 24, permainan itu ternyata me-narik minatnya untuk turut terapung di udara menggu-

nakan payung terjun pelbagai warna.“Sebelum ini, saya hanya berangan un-

tuk mencuba aktiviti ini walaupun pernah beberapa kali diberitahu oleh kawan ber-hubung keseronokan dan kepuasannya.

“Kali ini, impian untuk terbang meng-gunakan payung terjun tercapai juga wa-laupun 10 minit sahaja tetapi pengala-man ini pasti akan diceritakan kepada kawan lain,” katanya.

Nor Hisham Othman

Page 17: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

18PBT

SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan melaksanakan kompaun kepada mereka yang melakukan aktiviti kebakaran hutan secara terbuka, di sekitar Johan Setia, di sini.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mo-hamad Yasid Bidin berkata, se-hingga kini belum ada sebarang denda dikenakan MPK kerana pi-haknya belum dapat mengenal pasti pelaku terbabit.

“Namun, kita akan men- genalpasti pemilik tanah terb-abit dan jika mereka gagal mem-beri penjelasan, maka MPK tidak teragak-agak mengenakan kom-paun.

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meraikan 11 pesara sempena Majlis Persaraan dan Pengkhidmat Setia 2018, pada 16 Ogos lalu.

MBSA menerusi kenyataan di Facebook berkata, majlis itu juga bertujuan menghargai jasa yang dicurahkan kakitangannya sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

“Mereka diberikan Sijil Pe- sara dan hadiah persaraan ber-bentuk wang tunai RM1,000 serta Sijil Simpanan Premium BSN RM500 setiap seorang.

“Pada masa sama, kami turut meraikan 12 kakitangan yang setia berkhidmat bersama MBSA, selama 25 tahun dan 30 tahun.

“Penerima Pengkhidmat Se- tia bagi 25 tahun menerima sijil dan wang tunai RM4,000 seorang, manakala penerima Pengkhidmat Setia bagi 30 ta-hun juga menerima sijil serta wang tunai setiap seorang,” ka-tanya.

SHAH ALAM - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bakal menganjurkan Program Hulu Selangor Hari Tanpa Kenderaan, di kawasan parkir berhadapan Pejabat Pos Bandar Kuala Kubu Bha-ru, pada 25 Ogos ini.

Menampilkan kelainan dengan mengetengahkan tema ‘Hari Kemerdekaan’, program itu adalah inisiatif MDHS ke arah menggalakkan amalan gaya hidup sihat kepada komuniti setempat.

Sekretariat Media, Unit Komunikasi Korporatnya

Kebakaran hutan Johan Setia

MPK tegas kenakan kompaun

“Isunya apabila berlaku kebakaran terbuka adalah sukar untuk mengenalpasti pelaku kerana semua orang tidak akan mengaku melainkan kita dapat melihat dengan mata sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Program Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-61 pe-ringkat MPK, di Dewan Hamzah, pada 15 Ogos lalu.

Mengulas sama ada terdapat pengawasan daripada MPK, Mo-hamad Yasid berkata, Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) su- dah ditempatkan 24 jam di ka-wasan hutan Johan Setia untuk

mengawal kebakaran terbuka daripada terus merebak.

“Bagaimanapun, pembakaran masih berlaku disebabkan sikap segelintir manusia yang lang-sung tidak menghiraukan arahan diberikan kerana bagi mereka itu antara jalan mudah serta murah untuk melupuskan sisa tanaman.

“Namun, bagi kita ia seolah-olah menimbulkan bencana kerana keadaan itu akan me-nyebabkan kawasan sekitar se- perti Taman Putra, Sijangkang dan Bandar Botanic terkesan akibat pembakaran terbabit,” katanya.

Katanya, MPK komited un- tuk mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melakukan pembakaran terbuka meman-dangkan cuaca kini agak panas luar biasa menyebabkan api mu-dah merebak.

MBSA meraikan 11 pesara dan 12 kakitangannya dalam satu majlis

Pesara dan kakitangan dihargai

Selain itu, turut diadakan perhimpunan bulanan kali ketujuh, iaitu acara bulanan MBSA.

Majlis disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Hari Tanpa Kenderaan MDHS semarak patriotisme

Penerima Pengkhidmat Setia bagi 25 tahun menerima sijil dan wang tunai RM4,000 seorang, manakala penerima Pengkhidmat Setia bagi 30 tahun juga menerima sijil serta wang tunai setiap seorang

berkata, tema itu dipilih bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan penduduk dan masyarakat luar yang bakal menyambutnya, pada 31 Ogos ini.

“Orang ramai dipelawa bersama-sama menjayakan program yang akan bermula dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari itu.

“Pendaftaran adalah secara ‘walk in’ dan ‘t-shirt’ percuma diberikan kepada 400 penyertaan terawal,” katanya dalam kenyataan, di Facebook.

MDHS berkata, program itu juga adalah pendekatan pihaknya

mengurangkan penggunaan kenderaan, sekali gus dapat mengawal pencemaran udara.

Katanya, program terbabit turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai masyarakat awam.

“Ia termasuk larian santai kemerdekaan sejauh 1.3 kilo- meter, basikal santai, jalan kaki, senamrobik, ‘skutter blade’, ‘roller blade’, ’skate board’ dan kereta bateri untuk kanak-kanak.

“Selain itu, terdapat aktiviti lain seperti ‘line dance’, ‘buskers’, sukan tradisional, sewaan basikal dan mewarna terbuka

serta membuka tapak ‘food truck’, jualan produk PPDK, pameran agensi kerajaan juga swasta, kaunter cukai MDHS selain pemeriksaan kesihatan percuma,” katanya.

“Dalam kesempatan itu, kami juga menjalankan program ‘Flea Market’ dan ‘Eco Free Market’ serta lebih 50 cabutan bertuah,” katanya.

Sebarang pertanyaan ber- hubung program itu, hubun-gi Jabatan Perancang Bandar MDHS di talian 03-60641331 atau layari Facebook Bahagian Korporat MDHS.

Page 18: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

19SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

3

YBrs. Dr. Muhammed Abdul KhalidPengarah Urusan & Ahli Ekonomi

DM AnalyticsKetua Pengarah Jabatan

Imigresen Malaysia

YBhg. Datuk Seri Mustafar AliTan Sri Abu Kassim MohamedKetua Pengarah Pusat Governans

Integriti & Anti-Rasuah (GIAC), Jabatan Perdana Menteri

Ybhg. Dato’ Akhbar SatarPresiden Transparency

International-Malaysia (Ti-M)

SELANGOR

RM 350/peserta RM 450/peserta

Jabatan/Agensi Kerajaan/Badan Berkanun

Agensi & Syarikat Swasta / Government Linked Companies*

S I L A H U B U N G I

Page 19: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

20Pendidikan

SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Sejajar dengan tekad memperkasa program berteraskan belia, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Selangor me-ngambil inisiatif menganjurkan Forum Bual Bicara ‘Malaysia Baharu, Apa Belia Mahu’, di Universiti Selangor (UNISEL), pada 14 Ogos lalu.

Membabitkan penyertaan kira-kira 100 pelajar, program itu antara yang pertama dijalankan di UNISEL melalui kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar.

Timbalan Pengarah JBS, Mu’azammir Jili berkata, pelaksanaanya bakal memberi peluang kepada belia untuk menyuarakan idea dan pandangan berkaitan isu semasa khususnya, di negeri itu.

“Dengan keadaan Malaysia serba baharu, maka kita memilih UNISEL dalam menjayakan program ini kerana mahu memberi ruang kepada pelajar untuk berkongsi berkenaan hak belia.

“Ini juga salah satu daripada program Ahli Parlimen Belia iaitu mereka diberi peruntukan untuk merancang dan menjalankan aktiviti atau program ilmiah yang membabitkan golongan belia,”

SHAH ALAM - Mendepani era Ma-laysia baharu kini, kebolehpasa-ran peluang pekerjaan dan mutu hidup setaraf negara maju antara aspirasi popular yang diidamkan, khususnya golongan belia.

Tinjauan SelangorKini men-dapati, kebanyakan daripada mereka menanam azam memi-liki pekerjaan berpendapatan tinggi setaraf dengan bidang diceburi.

Bagi pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Korporat, Amir Aizat Jafree, 25, menyifatkan setiap dasar dan agenda direncana kerajaan kini diharap memberi manfaat kepada belia.

“Saya yakin dengan Malaysia baharu, maka ia bakal menampil-kan perubahan baru terutama as-pek peluang pekerjaan.

“Belia wajar diberi peluang kerana banyak lagi idea terbaharu yang berbeza dapat diterapkan daripada setiap bidang dipelajari.

“Seperti dapat dilihat feno-mena sekarang, ramai belia terutama graduan, sejurus tamat pengajian di universiti mula menganggur tanpa melakukan sebarang kerja,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Shafieza Natasha Binti Suriya, 21, optimis dengan peralihan kerajaan yang mampu memberi hasil positif terhadap nasib belia yang sukar mendapat pekerjaan.

“Saya berpandangan, kami se-bagai pelajar dan bakal bergelar

Belia impi peluang kerja setaraf negara maju

graduan harus diberi medium untuk bekerja.

“Jika diberi peluang pekerjaan selepas sekian lama menganggur, maka kami tawarkan gaji setaraf. Contohnya, gaji lepasan kedoktoran di sektor awam juga swasta diberi sama rata.

“Walaupun di sektor berlainan tetapi suasana kerja itu sama,” ka-tanya.

Amir Aizat Jafree

Shafieza Natasha Suriya

‘Malaysia Baharu, Apa Belia Mahu’

JBS realisasi pandangan belia

baharu supaya apa yang belia mahukan dapat direalisasikan,” katanya.

Barisan panel terdiri daripada wakil Ahli Parlimen Belia Malaysia, Mohammad Hisham Sah Nuddin dan Ariff Affandi Shaarifuddin serta dikendalikan moderator yang juga Dekan Pascasiswah UNISEL, Dr Kamisah Supian.

GOMBAK - Perpustakaan Dar Al-Hik-mah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kini mempunyai Kafe Rehat dan Rawat (RnR).

Ketua Bahagian Korporat UIAM, Lee-nawati Razali berkata, kafe itu dijadikan tempat pembelajaran umum bagi ma-hasiswa berbincang, mengkaji, bersosial dan juga merehatkan minda.

Katanya, ia juga mengikut ‘trend’ semasa di negara moden hari ini iai-tu kafe layan diri dibina, dalam per-pustakaan.

“Kafe RnR UIAM menyediakan per- khidmatan layan diri untuk memboleh-kan mahasiswa serta pengunjungnya membeli kopi, biskut serta snek, mala-han pengunjung juga boleh menggu-nakan mesin urut. Ia boleh menampung lebih 40 hingga 50 orang, dalam satu-satu masa.

“Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjadikan kafe sebagai tempat yang lebih selesa untuk perbincangan dan bersantai,” katanya dalam kenyataan.

Kafe RnR itu dilancarkan oleh Rektor UIAM, Prof Dato’ Sri Dr Zaleha Kamaru-din.

Menurut rekod, dari 2016 hingga 2017, pelawat harian ke perpustakaan UIAM meningkat kepada 1.2 juta, manakala pengunjung alam maya mencecah 3,000.

UIAM sedia Kafe RnR dalam perpustakaan

katanya kepada SelangorKini.Pada masa sama, Mu’azammir

berkata, ia sekali gus membantu ke arah mempertingkatkan usaha pembangunan negara selain berbahas dan membincangkan isu terpilih dalam sidang Parlimen Belia, setiap tahun.

“Selain diberi kesempatan melontarkan pandangan, kita turut memberi peluang kepada ahli parlimen belia sendiri yang juga merangkap bekas felo perdana untuk memanjangkan isu dibahaskan wakil belia, dalam kalangan pelajar ini.

“Kita mahu wakil UNISEL sendiri menyuarakan pandangan mereka berasaskan Malaysia

Ini juga salah satu daripada program Ahli Parlimen Belia iaitu mereka diberi peruntukan untuk merancang dan men-jalankan aktiviti atau program ilmiah yang membabitkan golongan belia

MU’AZAMMIR JILITimbalan Pengarah JBS

Page 20: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

21SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH SHEEDA FATHIL

GOMBAK - Sekurang-kurangnya 12 lembu diserahkan kepada 10 surau dan dua persatuan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, sempena Aidiladha.

Sumbangan itu disempurnakan Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Hilman Idham pada Majlis Hi-Tea Bersama Rakyat, Sumbangan Kemasyarakatan dan Penyerahan Lembu Korban DUN Gombak Setia, di Masjid Gombak Utara @ Masjid Zakaria, pada 18 Ogos lalu.

“Ia adalah program sumbangan tahunan anjuran Kerajaan Negeri bagi membantu

kumpulan sasaran yang dikenal pasti pengurusan masjid dan surau, di Selangor.

“Kerajaan Negeri mengambil inisiatif ini bagi melakukan ibadah korban untuk umat Islam di Selangor terutama yang tidak berkemampuan atau belum pernah melakukannya,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Hilman turut mengi-ngatkan orang ramai untuk bersama mendoakan seluruh jemaah Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya yang sedang menunaikan ibadah haji, di Makkah, ketika ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Hil-man turut menyerahkan sumbangan ke-

MAKKAH - Kerajaan memberi jaminan bahawa jumlah bayaran subsidi bagi jemaah haji muas-sasah Tabung Haji (TH) dikekalkan seperti tahun ini untuk musim haji, ta-hun depan.

Menteri di Jabatan Per-dana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ber-kata, kerajaan memasti-kan jemaah tidak akan terbeban dengan kos menunaikan haji se-suai dengan asas penubuhan TH,.

“Kita subsidikan setiap je-maah lebih daripada jumlah dibayar. Mereka cuma bayar RM9,980 manakala kerajaan sub-

sidikan lebih kurang RM12,000 bagi setiap jemaah.

“Kita juga ada membincangkan sa-ma ada pelan baik pu-lih (bagi pengurusan haji) yang dijalankan akan membabitkan penambahan kos dan seterusnya membe-bankan kita.

“Namun, saya diberitahu se-tiap penambahbaikan tidak akan membabitkan kos yang

tinggi untuk jemaah,” katanya pada sidang media, di sini, baru-baru ini.

Beliau berharap, sektor per-niagaan TH dapat berkembang pada masa akan datang dan mendatangkan pulangan lebih tinggi kepada syarikat dalam usaha untuk terus menampung subsidi jemaah haji Malaysia.

“Bahagian perniagaan (TH) sedang melalui pemulihan. Kita sudah ada pengerusi baharu, ketua pegawai eksekutif baharu dan mungkin dalam masa yang

terdekat, ahli lembaga pengarah yang baharu akan diperkenalkan,” katanya.

Kerajaan juga katanya, akan meneliti pelan subsidi ibadah haji terdahulu untuk melihat sama ada ia masih relevan untuk diteruskan atau sebaliknya.

Dr Mujahid turut menyambut baik kebenaran kerajaan Arab Saudi hasil rundingan antara TH dan Kementerian Haji negara itu berkenaan waktu melontar khas di jamrah pada hari tasyrik bagi jemaah haji Malaysia, tahun ini.

MAKKAH - Kerajaan Arab Saudi bakal memperkenalkan bilik kapsul unik di bandar Mina yang direka khas untuk memberi ruang jemaah haji berehat ke-tika lebih dua juta umat Islam berkum-pul menunaikan rukun Islam kelima itu.

Pod tidur percuma terbabit adalah sebahagian daripada langkah baharu yang dilancarkan Arab Saudi tahun ini dalam usaha untuk memodenkan infrastruktur.

Ketua Persatuan Hadiah Amal Haji dan Mutamer, Mansour al-Amer berkata, pihaknya bakal menawarkan antara 18 hingga 24 kapsul untuk jemaah haji berehat dan tidur secara percuma, sepanjang musim haji.

Setiap pod gentian kaca berukuran hampir tiga meter panjang dan lebih satu meter tinggi itu mempunyai tilam, cadar bersih, penyaman udara dan cermin yang besar dan terang.

Bilik kecil bergerak itu disusun se-cara mendatar atau menegak untuk menjimatkan ruang.

“Kami sentiasa memikirkan keba-ji-kan jemaah haji dan bagaimana untuk menyediakan kemudahan yang lebih

Sempena Aidiladha

Kerajaan Negeri sumbang lembu korban

masyarakatan seperti pendidikan, peru-batan, perniagaan dan sara diri kepada 30 penduduk DUN Gombak Setia.

Terdahulu, Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya mengagihkan 1,200 lembu bernilai RM6.4 juta, kepada pengurusan masjid dan surau, di seluruh

Selangor, sempena Aidiladha, tahun ini.Ia membabitkan kerjasama Pemer-

badanan Menteri Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings, Kumpulan Darul Ehsan Bhd, Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan Per-badanan Kemajuan Pertanian Selangor.

Subsidi jemaah haji muassasah kekal

Arab Saudi perkenal ‘kapsul rehat’

selesa ketika menyempurnakan ibadat mereka,” kata Mansour.

Bilik tidur istimewa itu menjadi alternatif terbaik kepada jemaah haji yang memerlukan ruang melepaskan lelah seketika waktu menunaikan haji.

Setiap pengguna akan diberikan akses selama tiga jam untuk berehat dan tidur di pod berkenaan yang di-import dari Jepun dengan kos sekitar

AS$1,114 (RM4,570) setiap satu.Selepas pengguna bangun untuk

menunaikan solat dan ibadah lain, pekerja akan membersihkan pod berkenaan sebelum membukanya kepada jemaah lain.

“Idea ini sudah wujud di seluruh du-nia. Kami percaya, ini amat sesuai un-tuk tempat yang sesak selain diperke-nalkan, di Makkah,” katanya.

WAKTU SOLAT SELANGORGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Klang dan Kuala Langat

20 - 29 Ogos 2018 /8 - 17 Zulhijjah 1439H

20 Isnin 5:43 5:53 7:09 1:19 4:34 7:25 8:3621 Selasa 5:43 5:53 7:09 1:19 4:33 7:25 8:3522 Rabu 5:43 5:53 7:09 1:19 4:32 7:24 8:3523 Khamis 5:43 5:53 7:09 1:19 4:32 7:24 8:3424 Jumaat 5:42 5:52 7:09 1:18 4:31 7:24 8:3425 Sabtu 5:42 5:52 7:08 1:18 4:30 7:23 8:3426 Ahad 5:42 5:52 7:08 1:18 4:29 7:23 8:3327 Isnin 5:42 5:52 7:08 1:18 4:29 7:23 8:3328 Selasa 5:42 5:52 7:08 1:17 4:28 7:22 8:3229 Rabu 5:42 5:52 7:08 1:17 4:27 7:22 8:32

20 Isnin 5:45 5:55 7:11 1:22 4:36 7:27 8:3821 Selasa 5:45 5:55 7:11 1:22 4:35 7:27 8:3822 Rabu 5:45 5:55 7:10 1:21 4:35 7:27 8:3723 Khamis 5:45 5:55 7:10 1:21 4:34 7:26 8:3724 Jumaat 5:45 5:55 7:10 1:21 4:33 7:26 8:3625 Sabtu 5:45 5:55 7:10 1:20 4:32 7:26 8:3626 Ahad 5:44 5:54 7:10 1:20 4:31 7:25 8:3527 Isnin 5:44 5:54 7:09 1:20 4:31 7:25 8:3528 Selasa 5:44 5:54 7:09 1:20 4:30 7:25 8:3529 Rabu 5:44 5:54 7:09 1:19 4:29 7:24 8:34

20 Isnin 5:44 5:54 7:10 1:20 4:35 7:25 8:3621 Selasa 5:44 5:54 7:10 1:20 4:34 7:25 8:3522 Rabu 5:44 5:54 7:10 1:20 4:34 7:24 8:3523 Khamis 5:44 5:54 7:10 1:19 4:33 7:24 8:3424 Jumaat 5:44 5:54 7:10 1:19 4:32 7:24 8:3425 Sabtu 5:44 5:54 7:09 1:19 4:31 7:23 8:3326 Ahad 5:43 5:53 7:09 1:18 4:31 7:23 8:3327 Isnin 5:43 5:53 7:09 1:18 4:30 7:23 8:3328 Selasa 5:43 5:53 7:09 1:18 4:29 7:22 8:3229 Rabu 5:43 5:53 7:09 1:18 4:28 7:22 8:32

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Sabak Bernam dan Kuala Selangor

Page 21: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR - Jangan takut dan gentar untuk merestui anak gadis yang terbabit dengan politik, kata Yang DiPertua Kebaji-kan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Masdiana Muhamad.

"Mungkin ada antara kita yang khuatir apabila anak gadis didedahkan pada dunia politik ekoran mereka akan terbabit dengan politik kepartian yang sering terpalit dengan persepsi negatif.

"Namun saya ingin nyatakan di sini, politik adalah penggerak kepada dasar dan polisi yang menentukan hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Pelancaran Inisiatif Girl2Leader, di Hotel Corus, di sini, pada 19 Ogos lalu.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Presiden Girl2Leader, Nurainie Haziqah.

Masdiana yang juga isteri kepada Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, beliau berharap Program Girl2Leader dapat mendidik ibu bapa memahami bahawa anak gadis

mereka adalah permata yang perlu digilap. Katanya, anak gadis adalah pemimpin

masa depan yang memerlukan dorongan dan panduan supaya dapat menjadikan Malaysia sebuah negara maju, berdaya saing serta cemerlang untuk semua.

"Tugas kita adalah memberi pendedahan secukupnya supaya mereka faham bahawa masa depan negara terletak di tangan mereka.

"Kita menaruh harapan yang amat besar kepada program Girl2Leader ini supaya wanita Malaysia tidak lagi ketinggalan terutama daripada posisi pembuat keputusan, kepimpinan politik, industri dan masyarakat," katanya.

Jika anak perempuan minat politik

Jangan takut merestui

KAJANG - Yayasan Warisan Anak Se-langor (YAWAS) menyerahkan cek khai-rat kematian kepada waris Allahyarham Umar Rusyduddin Zamlauddin, yang me-ninggal dunia ekoran pendarahan otak.

Manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ber-jumlah RM1,500 itu dis-ampaikan Ahli Dewan Negeri Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yu-sof kepada bapanya, Muhammad Zam-lauddin, 26, di Taman Sri Nanding, pada 16 Ogos lalu.

Edry Faizal berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban ke-wangan ditanggung keluarga berke-naan.

“Saya bangga dan terharu melihat ke-cekalan bapa Allahyarham Umar yang ta-bah mengharungi kehidupan walaupun kehilangan anak tersayang.

“Pada masa sama, syabas kepada be-liau kerana mendaftar dengan skim ini yang juga satu daripada 40 program di-laksanakan Kerajaan Negeri.

“Beliau sedar bahawa Kerajaan Negeri ada menyediakan skim yang sememang-nya membantu rakyat jika berlaku se-suatu tidak diduga,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua masyarakat memanfaatkan se-tiap kemudahan yang diberikan Kera-jaan Negeri sebaik mungkin demi ke-

baikan bersama.“Saya berharap, melalui skim yang

diperkenalkan dapat memberi man-faat kepada seluruh warga Selangor.

“Kami di pihak Kerajaan Negeri sen-tiasa komited dan bekerja

keras dalam memastikan hak serta kebajikan rak-

yat terbela,” katanya.Sementara itu, Mo-

hammad Zamlaud-din, yang menerima sumbangan bagi pihak anaknya itu terharu atas inisiatif

dilaksana Kerajaan Negeri terhadap rakyat.“Saya bersyukur dan

berterima kasih kepada Kera-jaan Negeri termasuk YAWAS atas ke-

prihatinan mewujudkan peluang se-perti ini.

“Walaupun ia satu jumlah yang ke-cil tetapi nilainya amat besar bagi saya sekeluarga dan amat membantu de-ngan keadaan ekonomi sekarang.

“Justeru, saya menggalakkan se-mua rakyat di luar sana supaya turut mendaftar dalam skim ini kerana ia ti-dak merugikan, sebaliknya memberi faedah,” katanya.

Difahamkan, Zamlauddin antara penerima keenam manfaat itu, di DUN Dusun Tua.

Seramai 323,186 ahli TAWAS berdaf-tar direkodkan pihak YAWAS, setakat ini.

YAWAS serah sumbangan kepada waris TAWAS

Page 22: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

23SelangorKini 20 - 29 Ogos 2018

Page 23: PENANDA ARAS 800,000 penduduk PERKHIDMATAN … · mampu memberikan kesan tera-peutik kepada pesakit,” katanya. SELGATE adalah anak syarikat ... berdasarkan Bancian Penduduk dan

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR - Seramai 36 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Keramat terpilih menyaksi dan meme-riahkan kejohanan Piala Sultan Selangor, di Stadium Shah Alam, pada 25 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Tan Sri Abdul Karim Munisar berkata, pihaknya memilih kumpulan pelajar dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) itu kerana mereka seharusnya diberi peluang sama seperti masyarakat normal.

“Ia amat penting dalam kita merealisasi-kan penyertaan mereka bagi mendapat so-kongan seluruh masyarakat untuk menja-yakan kejohanan Piala Sultan Selangor edisi ke-17 ini.

“Dalam perancangan ini, kita tidak se-harusnya meminggirkan golongan istime-wa ini, malahan memastikan mereka tidak ketinggalan,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan tiket, di SMK Seri Keramat, pada 16 Ogos lalu.

Pada majlis itu, Abdul Karim yang juga Pengurus Pilihan Selangor berkata, pro-gram berkenaan adalah jelajah promosi terakhir dan istimewa kerana membabitkan pelajar OKU serta berharap penyertaan le-bih ramai golongan itu, pada masa depan.

Katanya, jelajah promosi itu dimulakan-nya bersama Majlis Bandaraya Shah Alam diikuti Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Maj-lis Perbandaran Selayang, Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor dan Majlis Perban-daran Ampang Jaya, di sekolah itu.

Sementara itu, wakil SMK Seri Keramat berkata, pihaknya berterima kasih kepa-da penganjur kerana memilih pelajar PPKI

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari tidak ketinggalan menzahirkan ucapan tahniah buat skuad bola sepak negara bawah 23 tahun apabila berjaya mengalahkan Korea Selatan dalam perlawanan bola sepak Sukan Asia 2018, pada 17 Ogos lalu.

Amirudin menerusi Twitternya berkata, kejuaraan itu adalah hasil yang begitu luar biasa.

“Pasukan Malaysia membuat serangan yang cukup luar biasa dan benteng pertahanan berusaha sebaiknya, pada keseluruhan perlawanan.

“Syabas Datuk Ong Kim Swee menewaskan Korea Selatan, juara bertahan!,” tulisnya.

Terdahulu, skuad bola sepak negara mengharumkan nama Malaysia selepas berjaya menjaringkan dua gol untuk Malaysia menewaskan Korea Selatan 2-1, di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Indonesia.

Kemenangan itu mengesahkan kemaraan Malaysia ke pusingan kalah mati selepas mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan kumpulan E.

Sebelum ini, Malaysia mengalahkan Kyrgyzstan 3-1 dalam perlawanan pertama kumpulan E, manakala Korea membelasah Bahrain 6-0.

Meriahkan Piala Sultan Selangor

Pelajar pendidikan khas ke stadium

Abdul Karim menyerahkan tiket kepada pelajar PPKI SMK Seri Keramat yang terpilih

sekolah itu untuk turut serta menyaksikan kejohanan berkenaan.

“Bagi pihak sekolah, saya amat terharu kerana pelajar PPKI ini memerlukan pendedahan kepada aktiviti luar sebegini.

“Saya berterima kasih kepada jawa-

tankuasa penganjur kerana memilih seko-lah kami dalam menjayakan jelajah pro-gram ini,” katanya.

Kejohanan Piala Sultan Selangor hasil cetusan idea Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah,

mempertemukan Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura, setiap tahun.

Selain itu, ia turut membabitkan dua perlawanan lain antara pasukan sekolah Selangor-Singapura B16 dan Veteran Selan-gor-Singapura.