kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

19
1.0 PENGENALAN Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun- tamadun ini tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan. Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun. Interaksi ini kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada tamadun-tamadun yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu menjadi jumud yakni kaku dan kolot. 1.2 Faktor berlakunya interaksi tamadun: Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dilihat dari pelbagai sudut. Secara umumnya, interaksi tamadun ini disebabkan sifat toleransi dan sikap saling hormat-menghormati di antara tamadun. Manakala, secara khususnya, interaksi di antara tamadun adalah berpunca daripada aspek seperti kepimpinan, sikap golongan agama, kedudukan geografi, perkahwinan, perdagangan dan misi politik. Faktor kepimpinan memainkan peranan yang amat penting di dalam proses interaksi tamadun. Sifat pemimpin akan mempengaruhi proses interaksi yang dilakukan. Ini bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil, bertoleransi dan menghormati kebudayaan lain, proses interaksi akan berjalan dengan lancar yakni aman dan damai. Contoh interaksi tamadun yang berlaku dengan aman ialah melalui pemimpin Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah. Sebaliknya hak golongan ini dilindungi oleh undang-undang. Tetapi, sekiranya pemimpin bersikap kuku besi, interaksi tamadun juga akan memberi kesan negatif. Antaranya, sikap tidak bertoleransi Sultan Shamsuddin Altamish di India terhadap penganut Hindu.

Upload: tun-mohd-hilmi

Post on 18-Jun-2015

8.837 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan.

TRANSCRIPT

Page 1: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

1.0 PENGENALAN

Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan

berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya

mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi

budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan

masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini

membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan.

Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun. Interaksi ini

kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada tamadun-tamadun

yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan

tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu menjadi jumud

yakni kaku dan kolot.

1.2 Faktor berlakunya interaksi tamadun:

Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dilihat dari

pelbagai sudut. Secara umumnya, interaksi tamadun ini disebabkan sifat toleransi dan

sikap saling hormat-menghormati di antara tamadun. Manakala, secara khususnya,

interaksi di antara tamadun adalah berpunca daripada aspek seperti kepimpinan, sikap

golongan agama, kedudukan geografi, perkahwinan, perdagangan dan misi politik.

Faktor kepimpinan memainkan peranan yang amat penting di dalam proses

interaksi tamadun. Sifat pemimpin akan mempengaruhi proses interaksi yang

dilakukan. Ini bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil, bertoleransi dan

menghormati kebudayaan lain, proses interaksi akan berjalan dengan lancar yakni

aman dan damai. Contoh interaksi tamadun yang berlaku dengan aman ialah melalui

pemimpin Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian

dalam pemerintahan Madinah. Sebaliknya hak golongan ini dilindungi oleh undang-

undang. Tetapi, sekiranya pemimpin bersikap kuku besi, interaksi tamadun juga akan

Page 2: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

memberi kesan negatif. Antaranya, sikap tidak bertoleransi Sultan Shamsuddin

Altamish di India terhadap penganut Hindu.

Seterusnya, faktor yang sangat banyak mempengaruhi proses interaksi di antara

tamadun ialah sikap golongan agama. Sikap golongan agama ini menjadi penentu

kepada hidup beragama secara harmoni di mana kerukunan hidup bersama-sama

insan yang mempunyai agama yang berbeza diterapkan. Dalam Tamadun Islam,

golongan agama merupakan para ulama manakala Tamadun India yang berteras

kepada agama Hindu, minoriti kasta Brahmin menjadi tunggak kepada agama.

Golongan agama dalam kepercayaan Buddha pula didukung oleh sami sementara

paderi menguasai fahaman Kristian.

Sikap golongan agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan ulama Islam di

Alam Melayu memudahkan proses interaksi dan Islamisasi berlaku. Mereka berjaya

memberikan tasawwur Islam (pandangan Islam) yang sebenar sehingga terbentuknya

pendidikan formal melalui institusi seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah

(Acheh). Kesannya, Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli dan beberapa ulama lain

terkenal di rantau Melayu.

Namun demikian, terdapat juga golongan agama yang mencetuskan konflik

seperti tindakan Paus Urban II yang mengadakan perjumpaan besar-besaran dengan

penganut Kristian di Perancis pada tahun 1095 M untuk memerangi orang Islam yang

dikatakan bertindak zalim kepada penganut Kristian. Konflik ini juga berlaku ketika

pemerintahan Dinasti Han apabila seorang pemerintah memenjarakan segolongan sami

dan penganut Buddha. Namun, konflik yang berlaku tidak menghilangkan kepercayaan

dalam kalangan masyarakat Asia kerana agama dan penguasanya tetap berada pada

kedudukan yang tinggi.

Seperti yang diketahui, sejarah sering menyebut tentang pentingnya kedudukan

geografi yang strategik dan menjadi laluan utama dalam aktiviti perdagangan. Hal ini

juga turut memberi kesan yang sama sehingga berlakunya interaksi tamadun.

Contohnya, Tamadun China berinteraksi dengan pelbagai tamadun lain kerana terdapat

dua laluan utama iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan darat dan laut. Laluan

Page 3: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

sutera darat menghubungkan China dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke

Peking. Manakala, laluan laut pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India,

Kepulauan Melayu hingga ke Canton di Tenggara China. Kedua-dua laluan ini

membolehkan negara-negara terlibat berinteraksi dan menjalankan aktiviti

perdagangan. Pelabuhan Melaka juga terkenal kerana kedudukan geografinya yang

strategik dan terlindung dari angin monsun. Pelabuhan ini menjadi tumpuan dan

persinggahan para pedagang. Aktiviti perniagaan berlaku di Pelabuhan Melaka

disebabkan ramai pedagang yang singgah.

Dalam pada itu, perkahwinan juga antara faktor penting dalam proses interaksi

tamadun. Contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dan Puteri Pasai dalam

kalangan golongan bangsawan dan pemerintah. Di rantau Alam Melayu juga,

berlakunya interaksi di antara penduduk tempatan dengan pedagang Arab dalam

tempoh mereka bermukim di situ sementara menunggu angin monsun. Perkahwinan ini

juga membawa kepada Islamisasi kerana gadis tempatan perlu diislamkan terlebih

dahulu sebelum berkahwin dengan pedagang Arab. Malahan, ahli keluarga gadis

tersebut juga turut sama menerima Islam dalam kehidupan mereka.

Hubungan perdagangan di antara Arab dan China memang membuktikan

perdagangan sebagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya interaksi.

Hubungan kedua buah negara tersebut bermula sejak 3 Masihi lagi. Malah, pedagang

Arab dan Parsi membina penempatan di Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan

Chuan Chow. Masjid turut didirikan di Guangzhou yang membuktikan berlaku

Islamisasi di wilayah tersebut.

Alam Melayu turut berinteraksi dengan Arab secara tidak langsung apabila

pedagang Arab singgah sementara menunggu angin yang sesuai sebelum ke China.

Catatan Marco Polo tentang pengislaman Perak pada tahun 1292 M menunjukkan

berlakunya proses Islamisasi. Selain itu, Tamadun India berinteraksi dengan rantau

Melayu sejak kurun pertama Masihi lagi di mana nama wilayah Asia Tenggara seperti

yang tercatat di dalam kitab Ramayana seperti Suvarnadvipa1 dan Suvarnabhumi2.

1

2

Page 4: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

Misi politik yang dimaksudkan ialah hubungan diplomatik seperti Alam Melayu

dengan China. Hubungan diplomatik dengan China berlaku sejak 1404 M seperti yang

tercatat dalam sejarah Melaka. Tujuan Melaka mengadakan hubungan diplomatik ini

adalah untuk mendapatkan perlindungan dari ancaman Siam. Laksamana Cheng Ho

yang beragama Islam dihantar ke Melaka yang secara tidak langsung menggalakkan

Islamisasi di rantau Alam Melayu. Perlindungan ini juga memberi kesan yang sama

kepada negeri-negeri di Kepulauan Melayu seperti Kedah, Johor, Kamar dan

sebagainya.

Page 5: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

2.0 PENGARUH TAMADUN ISLAM

2.1 Institusi Keluarga dan Komuniti

Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam

hubungan kekeluargaan.

Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan

tanggungjawab.

Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di

dalam kandungan.

Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-

anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.

Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah

terletak pada keredhaan ibu bapa.

Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam

2.2 Komuniti

Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam tamadun Islam.

Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan

kekerabatan, malah hubungan sesama agama(ukhwah) dan hubungan sesama

manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan

Islam.

Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap

jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.

Asas hubungan individu dalam Islam:

a) ikatan kekerabatan

b) persamaan agama

c) ikatan kemanusiaan

Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian

bermaksud sama rata.

Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam

masyarakat-tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita.

2.3 Islam Dalam Masyarakat Malaysia

Page 6: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

Islam merupakan suatu elemen yang sangat penting dan signifikan dalam

membincangkan tamadun Melayu. Ini kerana, Islam banyak mempengaruhi

perkembangan tamadun Melayu. Kesan dan nilai Islam dapat ditemui pada hampir

segenap aspek dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Dari segi masa, ada yang menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam

Melayu bermula pada abad ke lapan Masehi dan ada yang berpandangan bahawa

kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah pada abad ke sembilan Masehi.

Dari segi sumbernya, ada mengatakan Islam datang secara langsung dari negeri

Arab, ada yang mengatakan dari India dan ada yang mengatakan dari China.

2.4 Kesan Dan Pengaruh Islam Dalam Masyarakat Malaysia

Kedatangan Islam telah banyak mencorakkan suasana masyarakat di masyarakat

Malaysia. Kesan dan pengaruh Islam dalam masyarakat Malaysia dapat dilihat dalam

beberapa aspek, antaranya:

1. Politik

2. Sosial

3. undang-undang

4. Ekonomi

5. Kebudayaan

6. Bahasa dan sastera

7. Kesenian

8. Pendidikan dan Ilmu Syariah

2.5 Islam Dan Pembentukan Masyarakat Malaysia

Page 7: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang

dogolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu

wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Alam Melayu,

Nusantara, Tanah Jawi, Gugusan Kepulauan Melayu dan sebagainya.

Wilayah ini ditandai dengan dua elemen iaitu bahasa Melayu sebagai lingua franca dan

agama Islam sebagai anutan majoriti penduduknya.

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan

semesta Melayu dan berlaku pentakrifan semula tentangnya. Pandangan semesta

Melayu yang berpusatkan manusia Melayu (man-centered) dan kesedaran bahawa

seluruh hidup terfokus ke arah tuhan (god-centered) membuatkan manusia Melayu

menyedari serta meyakini bahawa Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Mengasihani.

Ini seterusnya menjadikan pandangan semesta Melayu juga dibentuk berasaskan

hubungan manusia dengan Allah (hablum minalLah) dan hubungan dengan sesama

manusia (hablum minannas).

2.6 Pengaruh Islam Pada Seni Bina

1) Batu Nisan

Gambar : Batu nisan yang menerima pengaruh Islam

2) Rekebentu Banggunan

Page 8: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

Gambar : Masjid Cina. Senibina masjid yang menerima pengaruh Cina.

3.0 Pengaruh Tamadun Melayu Dalam Masyarakat Malaysia

Page 9: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

Kemajuan dan pencapaian yang dinikmati oleh negara kita hari ini merupakan proses

pengukuhan dan pemantapan kepada pekembangan sejarah yang berkesinambungan

daripada peradaban bangsa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan agama islam

oleh orang Melayu.

Keunggulan yang tercerna menerusi beberapa ciri ampuh yang dipunyai oleh

bangsa Melayu zaman kegemilangan menjadi rujukan primer kepada generasi kini dan

akan datang untuk membina satu bangsa yang hebat dalam konteks pembinaan negara

bangsa Malaysia. Ciri-ciri ampuh tersebut merangkumi pembentukan pandangan

semesta orang Melayu, sistem pemerintahan dan pentadbiran, agama Islam dan adat

istiadat Melayu, peranan Bahasa Melayu,system perundangan, pembudayaan ilmu,

pembinaan jati diri dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dalam

pembinaan negara bangsa Malaysia yang progresif dan tangkas.

Justeru, dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini

amatlah perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang

jelas terbukti berjaya mermetabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu

ketika dahulu.

Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa tamadun melayu perlu

menjadi asas utama dalam pembinaan tamadun Malaysia.

i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah

Melayu sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari

Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu.

ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan

dan gerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk

mempertahankan tanah air mereka.

iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.

3.1 Pembinaan Jati Diri Dan Modal Insan

Page 10: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

Konsep kemuliaan insan dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat

bertamadun perlu diterpkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia. Istilah

peradapan yang diperjuangkan oleh masyrakat Melayu merangkumi ketinggian akhlak

dan budi pekerti perlu mengatasi nilai-nilai material yang diamalkan oleh sebahagian

besar masyrakat hari ini.

Justeru, dalam usaha membina jati diri manusia Melayu ini ia memerlukan

kebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam. Apa yang jelas mutahir ini

ialah nilai-nilai kemuliaan insane ini semakin terhakis akibat gelombang modenisasi dan

globalisasi yang melanda umat Melayu Islam di negara kita khususnya. Ia juga dapat

diperincikan menerusi:

i. Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepada

kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling

menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.

ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang

menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara

manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan

sesama manusia tidak lagi bersifat sacral(Zulkiflee & Mohd Nasir, 2005:89).

Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini,

sewajarnya umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap

oleh umat Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap

ajaran Islam yang syamul yang tentunya akan melahirkan watak insane Melayu

yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

3.2 Sistem Pemerintahan

Page 11: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

Tamadun Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses sejarah yang

berkesinambungan yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai sumber sejarah dan

kaedah arkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau negara

bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari politi-politi atau kerajaan-kerajaan Melayu

sebelumnya. Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa

buah kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-

Ria, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001, 23-33).

Hari ini, Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan

yang mengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang pernah menjadi

Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-

negeri Selat.

Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasan

utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia

ialah tamadun Melayu-Islam. Setiap politik Melayu yang dinyatakan diatas, diperintah

oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertua. Sistem pemerintahan beraja (skarang ini

system pemerintahan raja berpelembagaan)adalah sumbangan utama tamadun Melayu

kepada tamadun Malaysia. Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua intitusi beraja

iaitu Yang di-Pertua Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai komponen penting

dalam pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Yang di-Pertua Agong

merupakan ketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam

kerajaan iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan

badan kehakiman (judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59).

Yang di-Pertua Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan negara

dan baginda berdasarkan bidang kuasanya boleh mewakili tugasnya kepada sesiapa

atau suruhanjaya yang dilantik atas perkan baginda. Baginda merupakan paying dan

paksi kepada perjalanan sistem pemerintahan negara. Inilah hakikat sistem raja

berpelembagaan kerana banginda tidak berkuasa mutlak, sebaliknya baginda bertindak

atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri seperti yang termajtub dalam

Perlembagaan persekutuan Malaysia.

3.3 Sistem Perundangan

Page 12: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

Dalam konteks sejarah, politi-politi Melayu merupakan kamus perundangan sendiri

yang berasaskan adat Melayu dan undang-undang Islam(hukum syarak)

Antara cacatan awal mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah

pada prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di Sungai Terasat, Kuala

Berang, Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan 22

Februari 1303 m. Ia mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam yang perlu

dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan

menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum

sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara

semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90)

Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan

dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan

Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh Undang-

undang Melaka.

Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak merosakkan

kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat

melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British

memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila

mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malay Union (Abdul Monir,

2005:68).

3.4 Bahasa,Kesenian, dan Kesusasterraan

Page 13: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

Tamadun Melayu mencapai era kegemilangan setelah penerimaan Islam oleh

Masyarakat Melayu. Perkembangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu tidak dapat

dipisahkan daripada peranan penting yang diamankan oleh Bahasa Melayu. Bahasa

Melayu merupakan salah satu bahasa tertua di rantau Asia Tengara. Bukti-bukti epigrafi

menunjukkan bahawa bahasa Melayu sudah digunakan sejak abad ketujuh Masihi.

Bahasa Melayu sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai bahasa Melayu

Kuno iaitu hasil pencampuran bahasa Melayu Kuno dengan bahasa Sunkrit. Bahasa

Melayu Kuno inilah yang digunakan untuk menulis batu-batu bersurat memakai huruf

yang berasal dari huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Palava. Menurut de Caparis,

bahawa Melayu Kuno yang ditulis dalam bentuk tulisan Palava ini telah digunakan oleh

orang Melayu di kawasan Sumatera Selatan(Mahayudin, 1998:59). Atas dasar inilah

sarjana Inggeris, John Crawfurd mengatakan tamadun Melayu bermula di bahagian

pendalaman Sumatera, tetapi tanah asal itu tidak lebih dari pantai dan sungai-sungai

yang boleh diharungi (Asmah, 1987:543).

Dengan penybaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh

Arab, bahasa Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang

dikenali sebagai tulisan jawi. Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi

diangkat sebagai bahasa ligua franca dan wahana ilmu.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam telah

meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-istilah yang baru dan cara

penhujahan dan penyataan yang baru demi mengungkapkan penegasan dan

penghujahan yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik (Abu

Hassan, 2001:179).

Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran baru

dalam kehidupan masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar

baru kepada masyrakat turut juga membawa memperkenalkan tuulisan yang wajar dan

sesuai untuk dikembangkan pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang telah

sekian lama digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih peranan yang

dimainkan oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam juga ikut

diperkenalkan penggunaan (Siti Hawa, 2002:6)

Page 14: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh

masyarakat Melayu serentak dengan mereka menerima agama Islam dan mereka

hanya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi yang

terdapat dalam bahasa mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri (Siti

Hawa, 2002:10).

Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkan

bahawa mereka tidak Berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun

Melayu yang penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi

komponen penting atau terus teras kepada kebudaya dan tamadun Melayu. Ini kerana

pihak penjajah Belanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasaai

intitusi politik, pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa yang sama,

mereka tidak pula menghalang perkembangan bahasa, sastera san kesenian Melayu.

Malah ada dikalangan mereka yang bertidak sebagai penaung atau pengkaji bahasa,

sastera dan kesenian yang terus menerus berkembang (Wan Hashim, 2001:112).

Buktinya ialah Stanford Riffles, merupakan orang yang pertama yang telah

memperkenalkan konsep The Malayan nation, the Malay race, wilayah Melayu dan

mengkonsepsi ‘ sejarah’ orang Melayu berdasarkan falsafah romantik, teori social dan

biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90).

Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya bekas

Negeri-negeri Mealyu Tidak Bersekutuan iaitu Kedah Perlis, Kelantan, Terenganu dan

Johor mengunakan bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam

mesyuarat, surat menyurat dan penulisan minit (Wan Ab Rahman, 2004:92).

Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan bahasa

Melayu, namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di semua

peringkat, rendah, menegah dan tinggi (universiti) pada awal abad ke-20, bahasa

Inggeris mula bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian tinggi.

Selama hamper tiga suku dekat bahasa Inggris menduduki tangga pertama

dibandingkan dengan bahasa Mealayu (Wan Hashim, 200587).

Begitu juga dengan era selepas Perang Dunia Kedua yang memperlihakan

penghakisan sedikit sebanyak penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang

terpaksa member laluan kepada bahasa Inggeris. Ia merupakan syarat yang

Page 15: kesan dan pengaruh islam dan melayu dalam masyarakat malaysia

diwajaibkan oleh pihak inggeris untuk mempercepatkan penerimaan sistem Common

Law British dan sistem pentadbiran mereka. Setelah negara mencapai kemerdekaan

pada tahun 1957, penggubal perlembagaan menerima hakikat sejarah penerimaan

bahasa Melayu di negara ini. Satu peruntukan dimasukan kedalam Perlembagaan

Persekutuan untuk member kedudukan kepada bahasa Melayu ini.

Pekara 152 Perlembagaan Persekutuan menmperutukan bahawa bahasa

Melayu menjadi bahasa Kebangsaan dan bahasa perantaraan untuk digunakan dalam

semua maksud rasmi maksud rasmi dan bahasa lain walaupun boleh diajar dan

dipelajari, tetapi bagi tujuan selain daripada maksud rasmi. Akta Pelajaran 1961 juga

telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem

pendidikan negara, baik di peringkat rendah, menegah dan tinggi.

Dalam dasawarsa lepas, bahasa Melayu dilihat agak kehilangan arah dam masih

tercari-cari jati diri khususnya di kalangan warga Malaysia sendiri. Mereka lebih gemar

mengunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak sebagai bahasa pertuturan sehariaan.

Ini ditambah lagi dengan kehadiran bahasa SMS yang cukup di kalangan remaja dan

para pelajar khususnya. Keadaan ini membimbangkan pihak kerajjan khususnya badan

yang dipertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa

dan Pustaka. Lantaran itu, dalam tahun 2006, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah

diberi Kuasa oleh kerajaan unhtuk memantau malah mengambil tindakan terhadap

mana-mana pihak yang menyalahgunakan dan mencemarkan kesuian bahawa

kebangsaan ini.