kesan komunikasi visual mesej kesihatan pada … - rusydi... · kesedaran masyarakat tentang bahaya...

14
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1490 KESAN KOMUNIKASI VISUAL MESEJ KESIHATAN PADA KOTAK ROKOK KE ATAS PEROKOK Rusydi Mohamad Kamal, Abdul Latif Abu Bakar & Muhammad Hakimi Tew Abdullah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia [email protected] Azmi Aminordin Fakulti Sains Komputer Matematik Universiti Teknologi MARA, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia ABSTRAK Kajian tentang kesan komunikasi visual mesej kesihatan pada kotak rokok ke atas perokok ini bertujuan mengenalpasti fungsi komunikasi visual mesej kesihatan kepada perokok berkaitan bahaya merokok. Strategi terbaru dan agresif memaparkan gambar-gambar penyakit kronik pada kotak rokok menjadi asas kajian penyelidik di mana memilih untuk mengkaji keberkesanan mesej tersebut melalui komunikasi visual dalam bentuk mesej kesihatan. Penyelidikan ini menggunakan penelitian kualitatif di mana penyelidik telah menjalankan sesi temubual kumpulan fokus yang terdiri daripada seramai 10 informan berasal daripada faktor demografi yang berbeza. Analisa dapatan kajian dipadankan dengan kerangka paradigma pemprosesan mesej aktif yang ditulis oleh Michael Pfau dan Roxanne Parrot (1993) di dalam buku Persuasive Communication Campaigns yang menyatakan beberapa tahap dalam pemprosesan mesej oleh khalayak dan merupakan model yang sangat berguna di dalam kajian keberkesanan mesej kesihatan. Hasil kajian mendapati mesej telah menyentuh emosi informan dari segi perasaan takut terhadap mesej tetapi perasaan takut hanyalah bersifat sementara dan rata-rata informan bersifat tegar dan menolak mesej yang disampaikan. Kesimpulannya, pemaparan mesej visual memberi kesan dalam jangka pendek tetapi lama-kelamaan menjadi kebiasaan dan tidak dihiraukan oleh penerima mesej. Walaubagaimanapun terdapat juga akibat pemaparan mesej visual secara terus kepada penerima mesej kerana ianya di dalam bentuk pemberitahuan yang mengancam dan memainkan emosi. Kata kunci: Komunikasi visual, Mesej visual, Mesej kesihatan. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Kajian ini adalah untuk menilai kesan komunikasi mesej kesihatan pada kotak rokok ke atas perokok. Penggunaan komunikasi visual adalah satu langkah agresif Kementerian Kesihatan untuk mendidik publik tentang bahaya merokok. Bermula pada tahun 2009 Kementerian Kesihatan telah menetapkan kotak rokok mesti mengandungi 40 peratus grafik yang dicetak pada bahagian depan dan 60 peratus di belakang sebagai satu langkah yang diambil bagi mengurangkan jumlah perokok yang mencecah 2.73 juta orang. Statistik oleh Kementerian Kesihatan menerusi laman webnya (www.infosihat.gov.my) menunjukkan rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM16 juta sehari membeli rokok. Sebanyak RM30 juta diperuntukkan oleh kerajaan pada Kempen Tak Nak memberi kesan sebanyak 77 peratus tidak berhenti merokok manakala 33 peratus lagi berhasrat untuk berhenti merokok (www.infosihat.gov.my). Hal ini memaksa kerajaan bertindak lebih tegas dengan menetapkan peraturan mereka yang di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan membeli rokok dan begitu juga penjual rokok tidak boleh menjual kepada mereka. Langkah kerajaan juga tidak membenarkan jualan rokok secara

Upload: buidat

Post on 04-Mar-2018

255 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1490

KESAN KOMUNIKASI VISUAL MESEJ KESIHATAN PADA KOTAK ROKOK KE ATAS PEROKOK

Rusydi Mohamad Kamal, Abdul Latif Abu Bakar & Muhammad Hakimi Tew Abdullah

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia

[email protected]

Azmi Aminordin

Fakulti Sains Komputer Matematik Universiti Teknologi MARA, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia

ABSTRAK

Kajian tentang kesan komunikasi visual mesej kesihatan pada kotak rokok ke atas perokok ini bertujuan mengenalpasti fungsi komunikasi visual mesej kesihatan kepada perokok berkaitan bahaya merokok. Strategi terbaru dan agresif memaparkan gambar-gambar penyakit kronik pada kotak rokok menjadi asas kajian penyelidik di mana memilih untuk mengkaji keberkesanan mesej tersebut melalui komunikasi visual dalam bentuk mesej kesihatan. Penyelidikan ini menggunakan penelitian kualitatif di mana penyelidik telah menjalankan sesi temubual kumpulan fokus yang terdiri daripada seramai 10 informan berasal daripada faktor demografi yang berbeza. Analisa dapatan kajian dipadankan dengan kerangka paradigma pemprosesan mesej aktif yang ditulis oleh Michael Pfau dan Roxanne Parrot (1993) di dalam buku Persuasive Communication Campaigns yang menyatakan beberapa tahap dalam pemprosesan mesej oleh khalayak dan merupakan model yang sangat berguna di dalam kajian keberkesanan mesej kesihatan. Hasil kajian mendapati mesej telah menyentuh emosi informan dari segi perasaan takut terhadap mesej tetapi perasaan takut hanyalah bersifat sementara dan rata-rata informan bersifat tegar dan menolak mesej yang disampaikan. Kesimpulannya, pemaparan mesej visual memberi kesan dalam jangka pendek tetapi lama-kelamaan menjadi kebiasaan dan tidak dihiraukan oleh penerima mesej. Walaubagaimanapun terdapat juga akibat pemaparan mesej visual secara terus kepada penerima mesej kerana ianya di dalam bentuk pemberitahuan yang mengancam dan memainkan emosi. Kata kunci: Komunikasi visual, Mesej visual, Mesej kesihatan. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Kajian ini adalah untuk menilai kesan komunikasi mesej kesihatan pada kotak rokok ke atas perokok. Penggunaan komunikasi visual adalah satu langkah agresif Kementerian Kesihatan untuk mendidik publik tentang bahaya merokok. Bermula pada tahun 2009 Kementerian Kesihatan telah menetapkan kotak rokok mesti mengandungi 40 peratus grafik yang dicetak pada bahagian depan dan 60 peratus di belakang sebagai satu langkah yang diambil bagi mengurangkan jumlah perokok yang mencecah 2.73 juta orang. Statistik oleh Kementerian Kesihatan menerusi laman webnya (www.infosihat.gov.my) menunjukkan rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM16 juta sehari membeli rokok. Sebanyak RM30 juta diperuntukkan oleh kerajaan pada Kempen Tak Nak memberi kesan sebanyak 77 peratus tidak berhenti merokok manakala 33 peratus lagi berhasrat untuk berhenti merokok (www.infosihat.gov.my). Hal ini memaksa kerajaan bertindak lebih tegas dengan menetapkan peraturan mereka yang di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan membeli rokok dan begitu juga penjual rokok tidak boleh menjual kepada mereka. Langkah kerajaan juga tidak membenarkan jualan rokok secara

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1491

batang malah jualan minima adalah 14 batang sekotak di mana peningkatan harga rokok secara berperingkat dilakukan.

Penggunaan komunikasi visual di kotak rokok dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2009 dan mulai tarikh tersebut, semua kotak rokok di pasaran Malaysia diwajibkan mempunyai 40 peratus amaran bergrafik di bahagian hadapan dan 60 peratus di belakang kotak. Langkah-langkah lain yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan adalah menaikkan harga rokok dan percetakan tulisan amaran kesihatan serta larangan jualan rokok hanya kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah menyaksikan berjaya mengurangkan jumlah perokok sebanyak dua peratus sahaja berbanding di Kanada berjaya mempengaruhi hampir separuh jumlah perokok untuk berhenti merokok manakala 80 peratus jumlah perokok di Thailand mempercayai kesan imej akibat merokok yang dipaparkan (sumber Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Rajah 1.1 di bawah merupakan visual enam penyakit kronik yang dipaparkan pada kotak rokok yang menjadi asas kajian.

Penyakit Gangren Keguguran Janin Kanser Paru-paru

Kelahiran Bayi Kanser Mulut Kanser Tekak Pramatang

Rajah 1.1 Contoh Visual Penyakit Kronik Di Kotak Rokok

2. Strategi Mencegah Amalan Merokok Strategi mencegah amalan merokok ini dengan pendekatan penguatkuasaan peraturan seperti larangan menjual rokok kepada 18 tahun ke bawah, menaikkan cukai rokok ataupun harga rokok dan larangan merokok di tempat awam. Pendekatan mendidik juga digunakan melalui kempen komunikasi yang

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1492

berterusan seperti slogan ‘TAK NAK’ merokok serta penggunaan komunikasi visual. Pendekatan seperti ini dijalankan secara berperingkat dan langkah terkini bermula pada 1 Januari 2010, Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (Nombor 2) 2009 sekali gus menyaksikan rokok dijual pada harga minimum RM6.40 bagi 20 batang. Menyedari hakikat betapa seriusnya ancaman amalan tabiat merokok terhadap kualiti kesihatan rakyat di negara ini, kerajaan Malaysia telah menggubal Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993. Peraturan ini dikuatkuasakan oleh pihak Unit Penguatkuasa Undang-undang Kesihatan Awam di Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh negara. Peraturan 10(1) menetapkan bahawa semua premis kerajaan, institusi pengajian tinggi, tadika, taman asuhan kanak-kanak dan sekolah adalah kawasan larangan merokok. 3. Penggunaan Komunikasi Visual Setiap mesej yang bertujuan mendidik seperti mesej berbentuk visual pada kotak rokok tersebut mesti mampu untuk mempengaruhi perokok. Mesej itu mestilah diproses oleh khalayak itu. Proses mesej boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu a) pendedahan, b) mentafsir, dan c) mengingati. Pada peringkat pendedahan mengenalpasti sejauhmana mesej/visual dilihat dan dibaca. Kemudian mentafsir iaitu cuba memahami dan menghayati mesej iaitu imej pada kotak rokok tersebut sama ada mempercayai adakah ianya akan benar-benar akan berlaku pada mereka. Pada peringkat terakhir iaitu mengingati setiap kali ingin membeli rokok adakah mesej tersebut berjaya mempengaruhi perokok.

Satu kajian yang bertajuk ‘Health warnings on tobacco packages: Summary of evidence and legal challenges” oleh David Hammond (2008) di mana mendapati pakej-pakej amaran kesihatan pada kotak rokok adalah satu cara yang paling efektik dalam komunikasi visual, amaran-amaran kesihatan mempunyai impak dan kesedaran tinggi terhadap golongan bukan perokok dan remaja, amaran-amaran teks kabur mempunyai impak kecil, visual yang besar mengenai amaran-amaran bergambar boleh meningkatkan pengetahuan kesihatan, motivasi untuk berhenti, dan kelakuan pemberhentian, amaran-amaran bergambar terutamanya penting untuk mendidik perokok dan mesej-mesej yang menggambarkan risiko-risiko kesihatan sangat jelas untuk membangkitkan perasaan cara yang paling berkesan serta amaran-amaran bergambar besar boleh dipercayai dan berimpak tinggi orang ramai. 4. Fungsi Komunikasi Visual dalam Mesej Kesihatan Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kecenderungan tindak balas perokok kepada komunikasi visual di kotak rokok. Ia juga bagi mengenalpasti bagaimana komunikasi visual berkesan kerana ianya dapat dilihat oleh mata dan diingati seperti kebanyakan komunikasi visual.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Hammond, Fong, Mc Neill, Cummings dan Hasting

(2006), mendapati tahap kesedaran perokok terhadap bahaya dan kesan merokok akan meningkat sekiranya mesej tentang bahaya dan kesan merokok disampaikan melalui iklan-iklan di media masa.

Haizal Haron Kamar (2009) mendapati, mesej kesihatan yang disampaikan melalui kotak rokok

merupakan cara yang paling berkesan untuk memberitahu kepada perokok tentang implikasi amalan merokok kepada perokok. Hasil kajian beliau mendapati, perokok-perokok akan berhenti daripada tabiat

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1493

merokok setelah menyedari implikasi daripada amalan merokok kepada kesihatan mereka. Secara tidak langsung mesej kesihatan melalui komunikasi visual terbukti berkesan menurunkan jumlah perokok.

Peranan mesej kesihatan yang disampaikan melalui komunikasi visual juga memberi kesan yang

mendalam terhadap sasaran apabila imej-imej yang dipaparkan pada kotak rokok menakutkan mereka. Cummings (2002) pula berpendapat, mesej kesihatan tentang bahaya merokok memberi kesan terhadap perokok sekiranya ianya diletakkan pada bahagian hadapan kotak rokok. Beliau juga menekankan bahawa mesej kesihatan dalam bentuk visual yang disampaikan melalui kotak rokok adalah cara yang lebih berkesan daripada medium pengiklanan yang lain.

Kelebihan penggunaan komunikasi visual dinyatakan oleh Ruiter (2005) iaitu kesan amalan

merokok dari segi kesihatan yang menggunakan visual grafik pada kotak rokok dapat mempengaruhi perokok supaya berhenti daripada merokok. Hammond (2004) pula menjelaskan, mesej kesihatan yang menggunakan visual grafik pada kotak rokok sebenarnya dapat mempengaruhi emosi perokok supaya berhenti daripada amalan merokok kerana ianya terbukti menakutkan perokok. Perokok tegar pula sanggup menukar kotak rokok dan meletakkan rokok ke dalam bekas lain supaya tidak melihat meseh kesihatan yang dipaparkan. Ini menunjukkan penggunaan komunikasi visual sememangnya berkesan seperti yang dinyakan oleh Borland (1997) bahawa untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran perokok tentang bahayanya amalan merokok, saiz mesej visual grafik pada kotak rokok perlulah besar untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif. Apa yang dikatakan oleh sarjana tersebut menunjukkan mesej kesihatan terbukti mempengaruhi dan perlu diberi lebih penekanan dari segi saiz supaya memberi kesan yang lebih besar.

Parker (2008) menyatakan mesej kesihatan yang ingin disampaikan melalui kotak rokok perlulah

mudah difahami, mesejnya jelas dan mengandungi imej visual grafik yang menunjukkan implikasi kesihatan kepada perokok. Ini sememangnya dilakukan dengan tepat apabila mesej kesihatan pada kotak rokok memaparkan komunikasi mesej kesihatan berbentuk visual cetakan amaran bergrafik pelbagai penyakit kronik pada kotak rokok ke atas perokok.

Selin dan Hammond (2009) menyatakan komunikasi visual dalam mesej kesihatan yang

digunakan pada kotak rokok mampu memberikan kesedaran kepada perokok tentang implikasi penggunaan tembakau secara berterusan kepada kesihatan perokok. Beliau mendapati kajian yang dilakukan di Kanada pada tahun 1990, kebanyakan perokok menyatakan bahawa mesej kesihatan yang disampaikan melalui kotak rokok merupakan teknik yang terbaik untuk meningkatkan tahap kesedaran perokok tentang bahayanya merokok. Ini bermaksud mesej dalam bentuk grafik akan dilihat dan seterusnya diketahui oleh perokok.

Berdasarkan kajian-kajian tersebut menunjukkan bagaimana mesej visual mempengaruhi

perokok dan memberi kesan yang mendalam ataupun tidak. Ini menunjukkan mesej itu berjaya sampai kepada penerima iaitu perokok tetapi sama ada mesej itu akan difahami, ditakuti atau diingati dan seterusnya mendorong untuk berhenti masih lagi belum boleh dipastikan. Mesej visual yang disampaikan adalah melibatkan perokok sebagai penerima jadi mereka membaca mesej dan memahami mesej dan proses seterusnya adalah mengambil tindakan. Boleh disimpulkan bahawa bentuk mesej yang boleh mempengaruhi perokok adalah berbentuk ancaman kepada mereka iaitu penyakit kronik akibat merokok boleh membawa maut. Ianya berbentuk suatu perkara yang mempengaruhi dan melibatkan emosi perokok. Bentuk saiz mesej juga perlulah lebih besar dan imejnya sangat jelas dan mengerikan mampu mempengaruhi emosi perokok.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1494

5. Kesedaran Masyarakat Tentang Bahaya Merokok Amalan tabiat merokok dalam masyarakat di negara ini merupakan salah satu fenomena yang perlu diberi perhatian serius bagi melahirkan persekitaran yang kondusif di negara ini. Kesungguhan pelbagai pihak menangani gejala amalan tabiat merokok di kalangan masyarakat merupakan suatu langkah untuk menunjukkan kesan buruk akibat daripada gejala ini. Rata-rata di negara-negara maju, bilangan perokok menurun. Ini kerana mereka lebih berpelajaran, menerima lebih banyak kesedaran dan amat mementingkan kesihatan. Mereka sedar mengenai bahaya yang disebabkan oleh tabiat merokok dan telah memilih sama ada untuk berhenti merokok atau tidak terpengaruh dengan tabiat ini. Senario di negara membangun adalah sebaliknya. Bilangan perokok semakin bertambah, terutamanya di kalangan mereka yang begitu muda dan beranggapan bahawa tabiat merokok adalah “bergaya” merupakan satu tanggapan yang digalakkan oleh syarikat-syarikat pengeluar rokok yang berminat untuk memancing pasaran baru untuk produk mereka.

Austin dan Gortmaker (2001), menyatakan remaja perempuan yang mengawal pemakanan

untuk menurunkan berat badan mempunyai risiko yang tinggi untuk memulakan tabiat merokok. Hal yang demikian ini kerana mereka beranggapan merokok dapat mengurangkan berat badan selain daripada langkah mengawal pemakanan. Memandangkan kebanyakan remaja perempuan terlalu prihatin tentang penjagaan berat badan berbanding pelajar lelaki, maka kerisauan tentang berat badan memberi kesan meningkatkan kemungkinan merokok dalam kalangan mereka. Malahan kebanyakan wanita menganggap merokok adalah strategi yang berkesan untuk mengawal berat badan.

Banyak kajian telah membuktikan tabiat merokok akan menyumbang kepada penagihan dadah yang dimulai dengan tabiat menghisap ganja. Gregory (2003), menyatakan pada 1960-an hingga 1970-an ramai dalam kalangan orang muda termasuklah remaja menghisap marijuana dan seterusnya terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Sebenarnya tabiat merokok mendorong remaja terlibat dengan tingkah laku devian terutama penyalahgunaan bahan dadah dan alkohol. Hal ini kerana remaja amat terdorong untuk mencuba sesuatu yang mengkhayalkan untuk tujuan berseronok. Gregory (2003) mempertikaikan sikap pihak yang berkepentingan meneruskan industri tembakau semata-mata kerana kepentingan ekonomi. Maka perlu disedari bahawa pembangunan industri tembakau akan meningkatkan bilangan perokok sekaligus menambah bilangan penagih dadah serta penagih alkohol.

6. Paradigma Pemprosesan Mesej oleh Khalayak Michael Pfau dan Roxanne Parrot (1993) di dalam buku Persuasive Communication Campaigns menyatakan beberapa pendekatan aktif untuk penerima menerima sesuatu bentuk penyampaian mesej berkaitan. Pendekatan ini berkaitan dengan kajian penyelidik kerana ianya berkenaan penerimaan mesej oleh subjek kajian, bagaimana mereka melihat, membaca, menghayati, bertindak ataupun mengelak mesej yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial, perkhidmatan digunakan untuk menyebarkan maklumat kepada khalayak yang ramai dan berkembang. Medium terbesar penyampaian adalah televisyen pada ketika itu kemudiannya media cetak juga digunakan. Ia kemudiannya berkembang seiring dengan teknologi yang sentiasa berubah dan memudahkan penyampaiannya.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1495

Menurut Langer (1978), mesej berbentuk kesedaran lebih diproses oleh penerima, dihayati dan beremosi. Ia juga terpulang kepada sikap penerima yang berbeza-beza terpulang kepada penerimaan mereka iaitu perokok yang tegar tidak akan dipengaruhi dan sentiasa mencari jalan supaya dapat mengelak menerima mesej. Cara yang dilakukan oleh golongan tegar ini ialah sanggup menukarkan kotak rokok ke bekas lain, supaya tidak melihat mesej yang dipaparkan. Secara tidak langsung mesej dilihat berkesan apabila sasaran secara emosinya berasa takut dan terancam.

7. Kerangka Konseptual Kajian Kajian ini akan menggunakan paradigma pemprosesan mesej oleh khalayak yang mengandaikan beberapa faktor iaitu faktor mempengaruhi keaktifan pemprosesan maklumat, ketidaksamaan maklumat dan percanggahan dan pembolehubah penerima, mesej, sumber dan saluran yang mempengaruhi pemprosesan maklumat. Paradigma ini mengatakan bagaimana khalayak terdedah kepada mesej, keaktifan memproses makluman, percanggahan, saluran dan pengaruh mesej tersebut.

Berdasarkan permasalahan kajian kerangka konseptual mengukur kesan komunikasi visual mesej kesihatan berbentuk cetakan amaran bergrafik penyakit kronik pada kotak rokok ke atas perokok. Kesan mesej itu bergantung kepada faktor mesej iaitu menolak dan menerima seperti perasaan takut, menolak, tahu, bertindak. Kajian ini adalah untuk melihat faktor yang ada pada mesej dalam mempengaruhi perokok menggunakan mesej berbentuk visual. Paradigma permasalahan kajian ini menyatakan bahawa dipengaruhi oleh dua faktor pemprosesan mesej oleh khalayak iaitu; Faktor menolak Faktor pada mesej yang menolak individu daripada memproses mesej. Faktor ini ada pada diri individu seperti keterlibatan sama ada seseorang individu terlibat secara langsung dengan isu ataupun mesej yang disampaikan misalnya kalau dia mendapat penyakit kencing manis, dia akan mendedahkan pasal penyakit tersebut kepada khalayak lain kerana dia terlibat.

Faktor ini berkenaan faktor diri individu yang berkaitan dengan isu mengenai diri, keluarga, personaliti individu yang berfikiran positif. Ianya dibezakan dengan tahap pendedahan yang diterima oleh individu tersebut. Faktor menarik Faktor menarik yang ada pada mesej yang mempengaruhi individu memproses mesej adalah bagaimana untuk memastikan mesej untuk menarik mereka memproses mesej. Mesej mestilah menarik perhatian pada gambar, warna, mempunyai bukti, hujah dan daya penariknya juga mestilah menakutkan atau menghiburkan.

Daya penarik yang menghiburkan digunakan untuk mempengaruhi dan mesej mestilah lengkap dan berfaedah. Ia juga mestilah berkenaan sesuatu yang baru memandangkan sebelum ini kesan penyakit tidak ditunjukkan secara jelas dan nyata. Inilah ciri-ciri yang digunakan untuk menarik, ada bukti, menakutkan, lengkap dan berfaedah. Ciri-ciri tersebut memainkan peranan dalam menarik penerima dalam memberi perhatian terhadap mesej yang disampaikan.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1496

Proses mesej oleh khalayak Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah Bersandar Faktor Pada Mesej Visual Proses Mesej oleh Perokok

Rajah 2.1 Kerangka Teori Sumber : Lester, P.M (1999), Visual Communication, Images with Messages, Second Edition 8. Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melalui perbincangan kumpulan fokus. Berasaskan instrumen yang dibangunkan oleh Boree pada tahun 2005, kaedah kualitatif, sebagai melibatkan ukuran atau perangkaan-perangkaan. Bagaimanapun, kaedah ini boleh juga menggunakan sementara data statistik berangka.

Dua kumpulan fokus iaitu terdiri daripada lima orang setiap kumpulan untuk mendalami respon mereka terhadap mesej visual. Sampel kajian merupakan perokok yang membeli dan merokok. Pemilihan subjek kajian adalah berdasarkan faktor demografi dan perlakuan merokok seperti:-

Bila mula merokok

Jenis rokok

Berapa kerap 8.1 Lokasi dan Subjek Kajian Lokasi bagi kajian ini adalah kakitangan dan pelajar Universiti Teknologi MARA Melaka (UiTM Alor Gajah). Pemilihan ini melibatkan mereka yang terdiri daripada subjek kajian iaitu perokok. Lokasi ini dipilih adalah kerana merupakan satu institusi yang terdiri daripada golongan pelajar yang ramai merupakan remaja lelaki dan perempuan, kakitangan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan jantina. Mereka merupakan golongan yang berpotensi merokok dan terdapat jumlah perokok yang ramai di kalangan mereka. Faktor demografinya juga cukup menarik kerana kakitangan dan pelajar UiTM Melaka terdiri daripada individu yang datang daripada negeri yang berbeza berkumpul di dalam satu kawasan. Subjek kajian iaitu perokok mudah didapati kerana UiTM Melaka mempunyai jumlah keseluruhan melebihi enam ribu orang.

- Terdedah (lihat) - Faham - Sedar - Ingat - Tahu - Bertindak

- Menarik - Ada bukti/hujah - Daya penarik - Lengkap - Berfaedah

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1497

8.2 Populasi dan Persampelan Populasi kajian terdiri daripada kakitangan dan pelajar Universiti Teknologi MARA Melaka (UiTM Alor Gajah). Ciri-ciri populasinya adalah perokok yang terdiri daripada faktor umur iaitu golongan remaja, dewasa dan tua berjantina lelaki dan perempuan. Pemilihan sampel kajian dibuat berdasarkan subjek kajian iaitu mereka yang terdiri daripada perokok. Sampel yang dipilih terdiri daripada 10 orang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu lima orang untuk satu kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada kakitangan lelaki dan perempuan yang berumur di antara 27 hingga 52 tahun dan satu lagi kumpulan yang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan UiTM Melaka yang berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Kumpulan dibahagikan berdasarkan pecahan sama rata dua kelompok yang berbeza iaitu kakitangan dan pelajar berbeza jantina dan peringkat umur. 8.3 Instrumen Kajian Instrumen kajian berbentuk soalan perbincangan dalam kumpulan fokus terhadap 10 orang kakitangan, dan pelajar dari Universiti Teknologi MARA Melaka (UiTM Alor Gajah) yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu lima orang satu kumpulan. Berdasarkan kajian ini, permasalahan kajian dikenalpasti dengan pengupasan persoalan kajian (RQ) untuk mencapai objektif kajian iaitu:

RQ= Apakah fungsi komunikasi visual dalam mesej kesihatan yang disampaikan kepada

perokok berkaitan bahaya merokok?

8.4 Pengumpulan Data Kajian Proses pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik untuk kajian ini ialah dilakukan secara perbincangan kumpulan fokus iaitu bagi mengenalpasti tahap penerimaan mesej visual, adakah berkesan atau mempengaruhi mereka. Data yang didapati melalui proses temubual direkodkan melalui pita rakaman suara seterusnya dianalisis. 8.5 Analisis Data Kajian Data kajian yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu perbincangan kumpulan fokus. Data yang didapati daripada temubual dengan kumpulan fokus dibahagikan mengikut maklumat tertentu berdasarkan objektif kajian. Selepas perbincangan kumpulan fokus, pengkaji akan mendengar semula rakaman pita rakaman suara yang dipasang ketika temubual. Pengkaji akan mencari tema-tema berdasarkan objektif kajian untuk mendapatkan maksud. 9. Hasil Kajian 9.1 Persepsi tentang fungsi komunikasi visual dalam mesej kesihatan yang disampaikan kepada perokok berkaitan bahaya merokok

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1498

Penyelidik mendapati kesemua informan iaitu seramai 10 orang yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua perempuan berumur di antara 18 hingga 52 tahun merupakan perokok. Terdapat sebanyak tujuh informan yang sudah merokok selama lima tahun hingga 20 tahun dan tiga informan lagi empat tahun ke bawah. Sebanyak lapan informan merokok dalam jumlah 10 hingga 20 batang dalam sehari manakala dua informan lagi kurang dari 10 batang. Fakta ini menguatkan kajian penyelidik kerana mereka tergolong dalam golongan perokok tegar dan perokok tidak tegar yang merupakan subjek kajian iaitu penerima mesej kesihatan yang dipaparkan pada kotak rokok.

Penyelidik menyimpulkan di sini bahawa sebanyak sembilan informan berpendapat gunanya gambar penyakit kronik pada kotak rokok adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang akibat yang boleh menimpa mereka, jika merokok dan memberi kesedaran kepada perokok supaya berhenti merokok. Ini merujuk kepada jawapan informan seperti berikut:

Berdasarkan kepada informan keenam, beliau berpendapat secara umumnya mesej kesihatan

yang dipaparkan adalah ditujukan kepada orang ramai tentang bahaya merokok. “Pada pendapat saya gambar penyakit kronik yang dipaparkan pada kotak rokok adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang penyakit akibat merokok, akibat-akibat buruk yang akan terjadi terhadap kesihatan jika merokok. Mesej visual pada kotak rokok mungkin menakutkan segelintir perokok sehingga ada yang berhenti merokok. Kesannya kepada saya adalah saya masih merokok tapi setiap kali merokok gambar-gambar tersebut terngiang-ngiang di kepala. Informan Sembilan, juga memberi pendapat seakan-akan responden keenam tetapi kali ini berbentuk seperti lebih dipengaruhi oleh mesej kesihatan yang dipaparkan. “Supaya rakyat Malaysia sedar bahawa rokok sangat membahayakan kesihatan, tapi masih ramai yang tetap membeli dan merokok. Ada yang terpengaruh, ada yang berhenti merokok. Saya cuma kurangkan jumlah batang rokok yang dihisap dalam sehari. Gambarnya merupakan satu perkara, perkara yang satu lagi adalah harganya yang mahal. Sekarang berharga RM10 sekotak, sudah cukup mahal buat saya. Gambarnya menakutkan dan kadang-kadang terpikir untuk berhenti. Saya kini mengurangkan belanja untuk beli rokok, mungkin sedikit tapi tetap merokok.” Pendapat umum itu berbeza dengan kesan mesej visual yang dipaparkan kepada apabila sebanyak lima informan berkata mesej tersebut tidak berkesan langsung ke atas mereka dan mereka tetap merokok seperti biasa seperti jawapan berikut: Informan ketiga, pula berpendapat perokok mempunyai cara menggelakkan melihat gambar yang dipaparkan pada kotak rokok. “Untuk memberi mesej dan kesedaran terhadap perokok, mungkin ianya merupakan langkah kerajaan dalam mengurangkan dan mencegah aktiviti merokok. Pendapat saya mesej visual pada kotak rokok mungkin memberi kesan, tapi lama-kelamaan macam tidak berkesan sebab ramai juga yang hisap rokok seludup jadi tiada gambar. Saya tetap membeli rokok tetapi tidak tengok sangat kotaknya, pilih kotak yang kurang beri impak. Mula-mula dulu koyakkan gambar, sekarang tidak peduli lagi.” Informan kelima mengakui terpengaruh dengan mesej visual yang dipaparkan. “Bagi saya ia adalah untuk menyedarkan perokok akan bahaya dan kesan akibat merokok. Pada mulanya memang saya tak pandang langsung pada gambar tersebut tapi lama-lama ia bagaikan pandangan kosong. Takut memanglah takut tapi kesannya sekejap saja. Secara jujur saya memang

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1499

kurangkan merokok, salah satu sebab mungkin kesan daripada imej di kotak itu juga. Saya ada cuba kurangkan merokok takut jadi seperti gambar-gambar itu.” 9.2. Rumusan Berdasarkan kajian yang dijalankan penyelidik mendapati bahawa proses mesej telah menyentuh emosi informan dari segi perasaan takut terhadap mesej yang disampaikan. Walaubagaimanapun perasaan takut hanyalah bersifat sementara dan rata-rata informan adalah perokok tegar dan menolak kesan dari segi mesej mendorong mereka untuk berhenti. Informan memberi beberapa jenis perasaan iaitu sebahagian besar informan takut, segelintir lagi tidak tetapi secara keseluruhan mesej yang disampaikan tidak berjaya menyebabkan mereka berhenti merokok. Penyelidik menegaskan berdasarkan temubual yang dijalankan, terdapat dua kelompok penerima mesej dari segi kesan iaitu satu kelompok keseluruhan membaca mesej, kemudian memahaminya, menghayati kemudian beremosi lalu mengambil tindakan. Satu kelompok lagi cuba mengelakkan menerima mesej yang berkaitan dengan mereka kerana menyangkakan imej tidak berkaitan dengan mereka. Secara keseluruhannya pemaparan mesej visual memberi kesan dalam jangka pendek tetapi lama-kelamaan menjadi kebiasaan dan tidak dihiraukan oleh penerima mesej. Walaubagaimanapun terdapat kesan juga apabila ada di kalangan informan yang masih memikirkan tentang mesej visual sehingga teringat setiap kali ingin merokok sehingga ada yang merancang untuk berhenti kerana takutkan mesej. Pemaparan mesej visual juga secara terus kepada penerima mesej kerana ianya di dalam bentuk pemberitahuan yang mengancam dan memainkan emosi. 10. Kesimpulan dan Cadangan Secara kesimpulannya di bawah objektif ini penyelidik mendapati hampir kesemua informan iaitu sembilan orang daripada mereka memahami mesej visual iaitu kegunaan gambar adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang akibat yang boleh menimpa mereka.

Kesan mesej pula berbeza dengan kefahaman mereka terhadap mesej visual apabila seramai lima informan tidak berkesan langsung ke atas mesej dan mereka tetap merokok seperti biasa serta tiada keinginan berhenti, dua informan berasa marah dan terancam dengan mesej tersebut mungkin kerana ianya dalam bentuk emosi yang mengancam. Dua informan menyatakan terus merokok tetapi kurang kerana teringatkan mesej visual tersebut, dan satu informan tetap merokok tetapi berkurangan.

Pemaparan mesej visual penyakit kronik pada kotak rokok menunjukkan kesan yang mendalam pada peringkat awalnya, tetapi perokok tegar tetap mencari jalan dan dibantu oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab seperti aktiviti penyeludupan rokok yang berleluasa pada masa kini. Rokok seludup yang dibawa masuk lebih murah dan tidak mempunyai paparan mesej visual penyakit kronik dan ini memberi pilihan kepada golongan perokok tegar untuk membelinya. Penguatkuasaan yang lemah juga menyebabkan rokok seludup mudah diperolehi di mana-mana sahaja. Kerajaan perlu bertindak pantas membendung aktiviti penyeludupan ini kerana ianya ibarat membawa penyakit ke dalam negara. Terdapat juga trend pengilangan bekas menyimpan rokok oleh yang membolehkan perokok memindahkan rokok ke dalam bekas tersebut. Ini menunjukkan sedikit sebanyak keberkesanan kempen cetakan gambar penyakit kronik pada kotak rokok ke atas perokok apabila golongan perokok berasa takut dan terancam setiap kali ingin merokok dengan membeli rokok seludup, ataupun memindahkan

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1500

rokok ke dalam bekas lain. Ini boleh diatasi dengan membanteras aktiviti penyeludupan dan menyita mana-mana premis yang yang menjual rokok seludup dan bekas rokok gantian tadi di bawah Akta Dagangan. Cadangan yang boleh dilakukan setelah pelbagai kempen-kempen anti merokok, kesedaran dan penguatkuasaan menyaksikan kesan yang sedikit, adalah dengan memaparkan golongan perokok sebagai golongan yang tidak sihat, lemah, berisiko, pengotor, pembawa penyakit dengan menunjukkan golongan perokok merupakan golongan yang tidak boleh dicampuri. Ini boleh dilakukan dengan melakukan kempen-kempen besar-besaran seluruh negara melalui media massa dan elektronik bagi mempengaruhi masyarakat supaya membenci golongan perokok. Kempen ini boleh merujuk kepada bagaimana kempen lain iaitu kempen membasmi najis dadah dengan merujuk najis dadah sebagai musuh nombor satu negara berjaya menyedarkan masyarakat. Ini boleh dilakukan dengan menjalankan kempen agresif meminggirkan golongan perokok supaya mereka berasa dipinggirkan dan akhirnya berhenti merokok. Rujukan Anwar Husin (2008). Ramai wanita merokok mahu kuruskan badan. Retrieved on January 25th, 2010, from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/. Austin, S. B., & Gortmaker, S. L. (2001). Dieting and smoking initiation in early adolescent girls and boys: A prospective study. American Journal of Public Health, 91(3), 446 - 449. Bandura A. (1977). Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change. Psychological Review 84:191-215. Baxter, L.A. & Babbie, E. (2003). The basic of communication research. Boston: Wadsworth Publishing Co. Boeree, C. G. (2005). Qualitative methods. Retrieved on January 24th, 2010, from http://webspace.ship.edu/cgboer/genpsyqualmeth.html Borland R, Hill D. (1997). Initial impact of the new Australian tobacco health warnings on knowledge and beliefs. Tob Control 1997; 6: 317-325. Chandra, A. (2010). Four million Malaysians addicted to smoking. 21st July, The Star Online. Cigarette.com. (1990). History of cigarette smoking and lung cancer. Retrieved on January 26th, 2010, from http://www.smokinglungs.com/cighist.htm. Eckert, P. (1983). Beyond the statistics of adolescent smoking. Retrieved on January 21st, 2010, from http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1650780. Edwards, J. A., & Warburton, D. M. (1983). Smoking, nicotine and electrocortical activity. Pharmucology and Therapeutics, 19, 147-164.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1501

Edwards, J. A., Wesnes, K., Warburton, D. M., & Gale, A. (1985). Evidence of more rapid stimulus evaluation following cigarette smoking. Addictive Behaviors, 10, 113-126. Elliott & Shanahan (2003). Developmental research for new Australian health warnings on tobacco products stage 2. Prepared for: The Australian Population Health Division Department of Health and Ageing. Commonwealth of Australia, August 2003. Gregory, R. J. (2003). Reflections of the drug scene. Drugs: Education, Prevention and Policy, 10(1), 1-5. Hafizah Iszahanid (2009). Risiko mati awal. Retrieved on January 21st, 2010, from http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20091108100254/Article/ Haizal Haron Kamar, (2009). Why smokers just can’t stop tobacco. Malay Mail,1st June. Hammond, D. (2008). Health warnings on tobacco packages: summary of evidence And legal challenges. University of Waterloo. Hammond D, Fong GT, Borland R, Cummings KM, McNeill A, Driezen P. (2007). Text and graphic warnings on cigarette packages: Findings from the ITC four country survey. Am J Prev Med; 32 (3): 202–209. Hammond D, Fong GT, Borland R, McNeill A, Cummings KM, Hastings G. (2006). Effectiveness of cigarette warning labels in informing smokers about the risks of smoking: findings from the International Tobacco Control (ITC) Four Country Survey. Tobacco Control;15(Suppl III):iii19–iii25. Hammond D, Fong GT, McDonald P, Brown, KS, Cameron R. (2004). Graphic Canadian warning labels and adverse outcomes: evidence from Canadian smokers. Public Health; 94 (8): 1442-45. Haug MR, Lavin B. (1983). Physician and patient; Power (Social sciences); Consumers; Consumer participation; Consumer advocacy. Sage Publication. Hecker, S. Stewart's, D.W. (1988). Nonverbal Communication in Advertising. 2nd Edition. Irfan Mohammad. 2009. Wartakan segera fatwa haram merokok. Utusan Malaysia, 3 Nov. pp. 11. Janz, Becker, (1984) Rosenstock. 1974. Effective health risk messages, A step by step guide. Sage Publications. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2005). Bahagian Pendidikan Kesihatan. www.infosihat.gov. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Educational and psychological measurement. Danville, IL: Interstate Printers and Publisher. Krugman, D. M. (1994). Do adolescents attend to warnings in cigarette advertising?. Retrieved on January 21st 2010, from http://proquest.umi.com/pqdweb

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1502

Langer, S. K. (1960). Philosophy in a New Key. Cambridge: Harvard University Press. Leigh, J. P. (1986). Smoking, self-selection and Absenteeism. Retrieved on February 14th, 2010, from http://papers.ssrn.com/so13/papers.cfm?abstract_id=7098. Lester, P. M. (2006). Syntactic theory of visual communication. Retrieved on January 24th 2010 from http://commfaculty.fullerton.edu/lester/writings/ Lester, P. M. (2000). Visual communication; Images with messages (2nd ed). Wadsworth. Modul Berhenti Merokok. (2001). Panduan berhenti merokok. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Norliza, A.R. (2009). Harga minimum sekotak RM6.40. Utusan Malaysia, 29 Dis. m.s.8. Parker JR, Hammond D, Sirirassamee B, Omar M, Fong GT, Borland R. (1997). Exposure to antismoking information among Thai and Malaysian Youth: findings from the ITC south-east Asia survey. Presented at: Society for Research on Nicotine and Tobacco, Portland, OR, February 2008. Pfau, M. Parrot, R. (1993). Persuasive communication campaigns. Augustana College, University of Georgia. Raute, L.J. Pednekar, M.S. Gupta, P.C (2000). Pictorial health warnings on cigarette packs: A population based study findings from India. Healis Sekhsaria Institute for Public Health. Reinard, J. C. (2001). Introduction to Communication Research (3rd ed). McGraw Hill. Rosalinda Md Said. (2010). Harga rokok mungkin RM50. Retrieved on January 21st, 2010, from http://www.utusan.com.my/utusan/info. Rosenstock, I. M. (1974). The health belief model and preventive health behavior. Health Education Monograph., 2, 354-386. Ruiter, R.A.C., & Kok, G. (2005). Saying is not (always) doing: Cigarette warning labels are useless. European Journal of Public Health, 15, 329. Rusted, J. M., & Warburton, D. M. (1992). Facilitation of memory by post-trial administration of nicotine: Evidence for an attentional explanation. Psychopharmacology, 108, 452±455. Salmon, C. T. (1991). Bridging theory "of" and theory "for" communication campaigns: an essay on ideology and public policy. Communication Yearbook 15. Newbury Park, Calif., Sage: 346-357. Salmon, Charles T. (1989), Information campaigns: balancing social values and social change in: sage annual reviews of communication research, Volume 18. Newbury Park: Sage Publications. Skinner WF, Krohn MD. (1990). Age and gender differences in a social process model of adolescent cigarette use. Sociological Inquiry. ;62(1):56.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1503

Sufean Russin Mariani Md Nor. (2004). Dasar warga sihat: isu psikologi faktor remaja sekolah merokok. Jurnal Pendidikan. Universiti Malaya. Warburton, D. M., Rusted, J. M., & Muller, C. (1992). Patterns of facilitation of memory by nicotine. Behavioural Pharmacology, 3, 375-378. Warburton, D. M., & Wesnes, K. (1978). Individual differences in smoking and attentional performance. In R. E. Thornton (Eds.), Smoking behaviour: Physiological and psychological influences (pp. 19-43). London: Churchill-Livingston. Wendt, J. K. (1995). The languagues of pictures: An epidemiological review. Journal of Substance Abuse, 3, 187-204. Werthiemer, M. (2000). Visual communication; images with messages (2nd ed). Wadsworth. Witte, K, Meyer G, Martell D. (2001). Effective health risk messages: a step-by-step guide. Sage Publications. World Health Organization. (2008). Programmes and projects, tobacco free initiative (tfi), who report on the global tobacco epidemic, the mpower package. http://www.who.int/tobacco/mpower/tobacco_facts/en/index.html.