asal-usul, pengaruh dan kesan aliran al-asy'ari dan al … · 2017. 3. 7. · asal-usul,...

23
ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN ZAlLAN KAMARUDDlN BIN WAN AL1* AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH AI-Asy'ari atau nama penuhnya Abu ai-Hasan 'Ali bin Isma'il bin Ishaq bin Salim bin Isma'il bin 'Abd-Allah bin Musa bin Bilal bin Abi Burdah bin Abi Musa a1-Asy' ari. Beliau merupakan seorang tokoh ularnak Kalam dan pengasas rnazhab usul yang mengarnbil sernpena narnanya. Beliau dilahirkan pada tahun 260Hl873- 4M, di kota Basrah dan rnerupakan keturunan yang kesernbilan daripada sahabat Nabi iaitu Abu Musa al-Asy'ari.1 Pada ketika ayahnya rneninggal dunia, beliau telah diamanahkan untuk dijaga oleh Zakariyya bin Yahya al-Saji, seorang tokoh ularnak fiqh al-Syafi'iyyah. Dalarn beberapa peristiwa, beliau dikatakan pada usia rnudanya telah dipelihara oleh Abu ' A1ial-Jubba' i, di Kota Basrah dengan berdasarkancerita yang rnengatakan ibunya berkahwin dengan al-Jubba'i dan beliaulah yang telah rnernbesarkannya. AI-Asy' ari kernudian terns rnenjadi penganutMu 'taziJah sehinggausianya rnencapai 40tahun. Olehkerana kefasihan dan umumya, al-Jubba' i selaku ketua rnazhab Mu 'tazilah di kota tersebut rnernilih al-Asy'ari sebagai penggantinya dalarn perbahasan.' Beliau merupakan salah seorang anak murid al-J ubba' i yang terbaik dan mungkin bakal rnenjadi penggantinya seandainya beliau tidak rneninggalkan rnazhab Mu'tazilah dengan rnemasuki golongan Ahl al-Haq wa Ahl al-Sunnah,' Ahl al- Penulis inlah pensyarah di Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 1. Beliau menjadi orang perantaraan dalam sengketa di antara Imam 'Ali (a.s) dan Mu'awiyah dalam peristiwa al·Tahkim. 2. Abu Zuhrah. Tarikh al·Madhahib al·!s!amiyyah. hIm. 191 . 3. AI.Asy·llri. al·!banah. hIm. 20. 84

Upload: others

Post on 12-Nov-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH

DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU

WAN ZAlLAN KAMARUDDlN BIN WAN AL1*

AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH

AI-Asy'ari atau nama penuhnya Abu ai-Hasan 'Ali bin Isma'il bin Ishaq bin Salim bin Isma'il bin 'Abd-Allah bin Musa bin Bilal bin Abi Burdah bin Abi Musa a1-Asy' ari. Beliau merupakan seorang tokoh ularnak Kalam dan pengasas rnazhab usul yang mengarnbil sernpena narnanya. Beliau dilahirkan pada tahun 260Hl873-4M, di kota Basrah dan rnerupakan keturunan yang kesernbilan daripada sahabat Nabi iaitu Abu Musa al-Asy'ari. 1

Pada ketika ayahnya rneninggal dunia, beliau telah diamanahkan untuk dijaga oleh Zakariyya bin Yahya al-Saji, seorang tokoh ularnak fiqh al-Syafi'iyyah.

Dalarn beberapa peristiwa, beliau dikatakan pada usia rnudanya telah dipelihara oleh Abu ' A1ial-Jubba' i, di Kota Basrah dengan berdasarkancerita yang rnengatakan ibunya berkahwin dengan al-Jubba'i dan beliaulah yang telah rnernbesarkannya. AI-Asy' ari kernudian terns rnenjadi penganutMu 'taziJah sehinggausianya rnencapai 40tahun.

Olehkerana kefasihan dan umumya, al-Jubba' i selaku ketua rnazhab Mu 'tazilah di kota tersebut rnernilih al-Asy'ari sebagai penggantinya dalarn perbahasan.' Beliau merupakan salah seorang anak murid al-J ubba' i yang terbaik dan mungkin bakal rnenjadi penggantinya seandainya beliau tidak rneninggalkan rnazhab Mu'tazilah dengan rnemasuki golongan Ahl al-Haq wa Ahl al-Sunnah,' Ahl al-

• Penulis inlah pensyarah di Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 1. Beliau menjadi orang perantaraan dalam sengketa di antara Imam 'Ali (a.s) dan Mu'awiyah dalam peristiwa

al·Tahkim. 2. Abu Zuhrah. Tarikh al·Madhahib al·!s!amiyyah. hIm. 191 . 3. AI.Asy·llri. al·!banah. hIm. 20.

84

Page 2: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

JlAlArSlA d4ri u,i SEJARAH

Sunnah atau Abl a1·Hadith' yang berlaku pada tahun 300Hl912·3M. Dalarn kehidupan seterusnya, beIiau telah berpindah ke Baghdad dan meninggal dunia di sana pada tahun 324H1935-6M.

Perubahan mengenai cerita-cerita al-Asy'ari diterangkan dalarn banyak variasi.' Ia terjadi tiga (3) kali pada bulan Rarnadan - iaitu beliau dilcatakan telah berjumpa dengan Rasulullah (s.a. w) dalarn mimpi dan'diperintahkan supaya berpegang kuat kepada hadith. BeIiau menganggap mimpi itu sebagai benar dan boleh dipercayai, dan sejak ahIi-ahIi hadith mencela ilmu Kalam, beIiau turut sarna berbuat demikian. Bagaimanapun, dalam mimpi ketiga beliau disuruh supaya berpegang kuat kepada hadith dan pada masa yang sama tidak meninggalkan ilmu Kalam.

Cerita-cerita tersebut walaupun tidak dapat dipastikan kebenarannya, menjelaskan kedudukan al-Asy'ari. Beliau telah mengenepikan kepercayaan­kepercayaan Mu 'tazilah dengan menyertai Ahmad ibn Hambal,· yang memang ingin diilcutinya. Namun demilcian, beliau mempertahankan kepercayaan barunya menerusi hujah-hujah aka! yang digunakan oleh Mu'tazilah.

Di antara persoalan-persoalan pokok yang ditentang oleh al-Asy'ari terhadap Mu'tazilah termasuklah:

a. Beliau mempercayai Tuhan mempunyai sifat yang kekal' (qadim) seperti mengetahui, meIihat, berkata-kata dan dengan sifat-sifat itulah Tuhan mengetahui, melihat dan berkata-kata, sedangkan Mu'tazilah mengatakan Tuhan tidak mempunyai sifat·sifat yang berbeza daripada dhat-Nya.

b. Mu'tazilah mengatakan keterangan al-Qur' an seperti tangan dan wajah Allah mestilah ditafsirkan dengan maksud rahmat, dhat dan lain-lain. Al­Asy' ari mengatakan Allah mempunyai wajah (wajhan),dua tangan (yadain) dan dua mata ('ainain). BeIiau menjelaskan bahawa semua sifat itu adalah sifat-sifat sebenar yang keadaannya tidak diketahui dengan tepat (bi-Ia kayfa).' Beliau menganggap"Allahdudukdi alas 'arasy' juga dalarn bentuk yang sarna.'

c. Al-Asy' ari mengatakan bahawaal-Qur' an adalah Kalam Allah, dan Kalam Allah adalah qadim, oleh kerana itu al-Qur' an adalah qadim' sedangkan Mu'tazilah pula berpendapat al-Qur'an adalah makhluq (bukan qadim).

d. AI-Asy'ari berpendapat melihat Allah di akhirat adalah suatu hakikat, walaupun tidak dapat difahami caranya 10 manakala Mu'tazilah pula

4. Aliran ini dianutinyasehinggalah beliau berusia 40 tabun dan tidak sedikit pun dnripada umwnya digunnkan untuk mengarang kitab·kitab yang bercirikan. Mu'lazHM. CA. Hanati. PenNanlllr Telllog; lflam, him. 101 .)

5. Ahmad Amin. Zuhr aI-Islam. IV. hIm. 65; Ahmad Mahmud Subhi, Fi '/1m al-Kalam, him. 91. 6. AI-Asy'ari, al-lbanah. him 20. 7. Ibid .• hIm. 22 8. Ibid. him. 21 9. Pendapamya sarna dengan pendaplllf. aJ-Syari'i . (lihm:: Ahmad Mnhmud Subhi, Fi '/1m ai·KaJam, him. 187. 10. AI-Asy'an. op.cil. him. 25.

85

Page 3: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

ASAL·USU4 PENGARUH DAN KESAN AURAN Af....ASYI!oRI DAN AL·ASYA'IRAH

mengatakan bahawa Allah tidak boleh dilihat kerana ia seolah-blah memperlihatkan bahawa Allah berjisim dan terbatas.

e. Berhubung dengan kebebasan manusia, al-Asy' ari menekankan kekuasaan (qudrah) Allah, semua perkara sarna ada baik mahupun buruk adalah dikehendaki oleh Allah, dan Dia menjadikan perbuatan manusia dengan menjadikan dalam diri manusia, kuasa untuk melakukan setiap perbuatan. II (Ajaran tentang kasb" atu iktisab (usaha) yang kemudiannya menjadi ciri­ciri golongan a1-Asya'irah biasanya disifatkan kepada al-Asy'ari sendiri, tetapi walaupun beliau biasa dengan konsep tersebut, tetapi beliau tidak kelihatan berpegang kepada ajaran itu sendiri.

f. AI-Asy'ari menekankan bahawa orang Islam yang berdosa besar tetap mu'min tetapi akan menerima hukuman azab neraka.13 MU'taziiah mengatakan orang Islam tersebut bukanlah mu'min atau kafirberdasarkan pegangan mereka kepada prinsip al-mansilah bain al-manzilatain.

g. AI-Asy'ari mempertahankan pelbagai aspek ukhrawi seperti al-haud, al­sirar, al-mizan dan syafa 'at" Nabi Muhammad (s.a.w) yangdinaftkan atau ditafsirkan secara logik (aqli) oleh Mu'tazilah.

AI-Asy'ari bukanlah orang yang pertama menggunakan ilmu Kalam atau hujah akal untuk mempertahankan ajarannya. Di antara mereka yang pemah membuat percubaan yang serupa lebih awal daripadanya ialah a1-Harigh bin Asad al­Muhasibi.

Walau bagaimanapun, kelihatan al-Asy'ari menjadi orang yang pertama melakukannya dengan cara yang diterima oleh sebahagian besar ulamak.

Beliau juga mempunyai kelebihan kerana memiliki pengetahuan yang terperinci dan mendalam rnengenai pendapat-pendapat Mu'tazilah."

Para pengikutuya dikenali sebagai al-Asy 'ariyyah atau al-Asya 'irah, walaupun kebanyakan daripada mereka berbeza dengannya dalam beberapa persoalan.

AI-Asy' ariyyah merupakan mazhab ilmu Kalam yang terdiri daripada para pengikut Abu ai-Hasan al-Asy'ari, dan ada ketikanya mereka dikenali sebagai al­Asya'irah. Sejarah mazhab ini agak kurang mendapat perhatian. 16

II. AI-Asy'an. al-Ibanah. hIm. 25. 12. (Doktrin al-Kasb bererti suatu usaha atau perubatan yang dilakukan seseorang dengan kekuasaan yang baru

(ma'na al-leasb an yakuna al-Ji'l bi qudrah al-muhdalluJh) (Uha!: Maqalal al-Islamiyyin. t. hIm. 199). 10. merujuk kepada manusia sebagai pelaku (Fa'U @ Muktasib) kepada sesuatu usaha atau perbuatan secam mojllli sahaja, sedangkan pelaku (Fa 'it @Muktasib)yanghakikiialahAlIahs.w.t(Lihat:lbid.lI.hlm. 192).

13. Ibid. hIm. 26. 14. Ibid. him. 27. 1 S. A.J. Wensinck, The Muslim Creed. him. 87. (Sepeni yang diperliootkan dalam hasil [ulisannya. Maqalacal­

IsJamiyyin wa l1chtilof al-Musalli"); G. Makdisi. "Ash' an and the Ash'antes in Islamic religious history," dIm. SI. XVIII (18). 1963. him. 19-40.

16. G. Makdisi. "Ash'an and the Ash'antes in Islamic religious hismty." dim. SI. XVH (17), 1962. hlm. 37-80.

86

Page 4: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

MALA YS/Ia daTi s~Ri SEJARAH

Sepanjang dua dekad terakhir daripada hidupnya, al-Asy'ari berjaya menarik ramai pengikut dan dengan itu mazhab ini diasaskan. Ajaran mazhab barn ini sentiasa terdedah kepadaserangan daripada berbagai-bagai penjurn. Selain daripada para ulamak Mu' tazilah, kumpulan-kumpulan tertentu ulamak Kalam tradisi (ortodoks) juga turnt menyerang mereka.

Menurnt pandangan golongan pengikut Ahmad ibn Hanbal, hujan akal yang digunakan oleh Mu'tazilah dianggap bid'ah yang mesti ditolak. Ini bererti metodologi yang diimplementasikan oleh aI-Asy' ari turnt sarna mendapattentangan daripada mereka.

Dari perspektif lain, golongan aI-Maturidiyyah turnt mempertahankan ajaran ortodoks dengan hujah aka!. Sebahagian daripada mereka kelihatan terlalu bersifat konservatif. 17

Walaupun menghadapi tentangan, golongan aI-Asya' irah beransur-ansur menjadi mazhab yang dominan di tanah Arab dalam kekuasaan 'Abbasiyyah (khustisnya selepas zaman aI-Ma'mun) dan mungkin juga di Khurasan.

Secara umumnyadari segifiqh, mereka menganuti mazhab fiqh aI-Syafi 'i kerana al-Asy'ari selaku pengasasnya menganuti mazhab fiqh yang samalS manakala golongan al-Maturidiyyah adalah bermazhab Hanafi.

Sehingga pertengahan abad ke-5H1IIM, golongan aI-Asya'irah ditekan oleh Bani Buwaih yang menyokong dan menyebelahi kombinasi pendapat Mu'tazilah dan Syi'ah, tetapi dengan kedatangan kaum Saljuq,l9 keadaan telah bern bah dan golongan aI-Asya'irah menerima sokongan rasmi khususnya daripada menteri (wazir) agungnya, Nizam al-Mulk. Sebagai imbalannya, mereka memberikan sokongan bersifat intelektual kepada khalifah bagi menetang kedua-dua golongan tersebut, di samping kerajaan Syi' ah Fatimiyyah di Mesir.

Contohnya, al-Ghazali telah diminta oleh Khalifah 'Abbasiyyah supaya menuliskan kritikan mengenai aspek-aspek intelektual atau teologi berhubung dengan propaganda tersebut yang dilakukan iii antara 487-488H1Februari 1094-1095M sewaktu pemergiannya dari kota Baghdad.20

Mulai dari masa itu sehinggalah mungkin pada awal abad ke SHlI4M, ajaran al­Asya'irah hampir selaras dengan ajaran ortodoks dan ia berkekalan dalam keadaan tersebut sehingga ke hari ini.

Dari segi pengaruh, gerakbalas golongan Hanbali yang lebih tertumpu kepada Ibn Taimiyyah (m. 728H11327M) adalah agak terbatas.

Bagaimanapun, kira-kira pada zaman aI-Sanusi (m. 895H11490M), walaupun al-Asy' ari dan tokoh-tokoh besar lain dalam mazhabnya disanjung dan diterima,

17. BOlIldingan: Kritiknn-kritikan yang dilakuk.m oleh para ulamak. awal dalam mazhD.b tersebut daJam Syarh al-Fiqh aI-Akbar yang dihubungkan kepada al-Maturidi.

18. Ahmod Mahmud Subhi. Fi '11m al·Kalam. him. 187. 19. W.M. Watt. Islamic Philosophy and TheoloKY. him. 110. 20. Ibid. him. 118.

87

Page 5: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

ASAL-USUL. PENGARUH DAN KESAN AURAN AlrASY'ARI DAN AL-ASYA 'IRAH

namun begitu tokoh-tokoh ulamak KaLam tidak lagi menganggap mereka tennasuk dalam golongan al-Asya'irah. Pada hakikatnya mereka telah mengambil ajaran daripada sumber-sumber lain.

Di antara tokoh-tokoh ulamak yang terkemuka dalam golongan al-Asya'irah terdiri daripada:

I. AI-Baqillani [Abu Bakr Muhammad bin Tayyib] (m.403H/I013M). 2. Ibn Furak [Abu Bakr Muhammad bin aI-Hasan] (m.406H/I OI5-6M). 3.AI-

Isfara'ini (m.418H/I052M). 4. AI-Baghdadi [Abu Mansur Abd Qahir bin Tahir] (m.429H/I037M). 5. AI-Sumnani (m.444HIl052M). 6. AI-Qusyairi (m. 460H/1072M) 7. AI-Juwaini [' Abd aI-Malik bin 'Abd-Allah bin Yusuf] Imam al-Haramayn

(m.4 78H/I 085-6M). 8. AI-Ghazali [Abu Hamid Muhammad] (m.505H/IIIIM). 9. Muhammad bin Tuman (m.525H/1130M). 10. AI-Syahrastani [Abu al-Fath Muhammad' Abd aI-Karim bin Abi Bakr

Ahmad] (m.548HIl153M) II. Fakhr aI-Din al-Razi [Abu 'Abd-Allah Muhammad bin 'Umar] (m.606H/

1210M). 12. AI-Iji ['Adud aI-Din 'Abd aI-Rahman bin Ahmad] (m.756H/1355M). 13. AI-Jurjani [Abu Bakr 'Abd al-Qahir bin 'Abd aI-Rahman] (m.816H/

1413M). 14. AI-Sanusi [Abu' Abd-Allah Muhammad bin Yusufbin 'UmarbinSyu'aib]

(m.895H/1 490M).

Berhubung dengan aspek-aspek pemikiran mereka, tidak banyak yang diketahui ten tang pendapat al-Asya' irah dalam'setengah abad selepas kematian pengasasnya.

AI-Baqillani merupakan tokoh penama yang mempunyai hasil tulisan yang wujuddan boleh ditemui,dan padazamannya, golongan al-Asya'irah menggunakan konsepsi Mu 'tazilah tenentu (terutamaajaran Abu Hasyim tentang haL atau ahwa(21 dan mungkin juga dipengaruhi oleh kritikan-kritikan golongan Maturidiyyah.

Satu persoalan yang menyebabkan mazhab ini mulai berbezadengan al-Asy'ari sendiri adalah mengenai tafsiran istilah berunsurkan fizikal (jism) yang digunakan kepada Allah sepeni tangan. wajah dan duduk di atas 'arasy.

AI-Asy ' ari 22 mengatakan bahawa semua perkara tersebut hendaklah diterima bukan dari segi bahasa atau kiasan (tasybih) tetapi bi-La kay!, (tanpa menanyakan

21 . AI -Syahrastani. al-Milal wa al-Nillal. I. him. 95: Ahmad Mahmud Subhi . Fi'llm al-Kalam. him. 226. 22. AI-Asy·ari. a/-Ibanall. him. 9. 23. AI-Asy'ari dikatilkan pengasas yang pertama berhubung dengan konsep hi Ja /ca)fa. (P.K. Hini. The History

of ,lie Arab. him. 43 1).

88

Page 6: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

MALAYSIA dori.feg; SEJARAH

bagaimana), tetapi al-Baghdadi dan al-Iuwaini mentafsirkan tangan seeara kiasan (tasybih) sebagai kuasa dan wajah sebagai dhat atau Wujud,24 dan iajuga menjadi sikap kebanyakangolongan al-Asya'irah terkemudian.

Dalam persoalan usaha (al-leasb) atau al-iktisab). al-Asy' ari menekankan usaha (kasb) manusia dalam perbuatan adalah dieiptakan (makhluq). Dengan demikian, beliau menegaskan bahawakekuasaan Allahadalah hakiki manakala usaha manusia hanyabersifat perlambangan (majazi) sahaja. NamuD, al-luwayni mengemukakan pendapat bahawa ajaran al-Asya'irah adalah berada dipertengahan.

Menjelang pertengahan abad ke-5H1IIM, perubahan telah berlaku dalam metodologi kerana teologi Islam telah menerima perubahan metodologi daripada tokoh-tokoh ulamak seperti ai-Baghdadi, Ibn Hazm, a1-Razi, a1-Ghazali dan juga daripada ahli-ahli falsafah seperti al-Farabi, Ibn Sina dan lain-lain.

Ibn Khaldun'" meneeritakan a1-Ghazali merupakan orang yang pertama termasuk dalam golongan modemis kerana menggunakan cara berhujah Aristotle. Namun begitu, kesan-kesan itu telah pun wujud sebelumnya dalam perkembangan metodologi al-luwaini.

Mengenai a1-Ghazali, sungguhpun beliau dianggap sebagai tokoh a1-Asya'irah yang terulung, namun beliau telah menolak kitab-kitab al-Asy'ari dan para ulamak Kalam yang bercampuraduk dengan falsafah Greek.

AI-Ghazali melibatkan diri seeara aktif dalam ajaran Ibn Sina dan ahli-ahli falsafah yang lain sehingga dia alchimya mampu menentang mereka menerusi asas yang mereka sendiri gunakan dengan beroleh kejayaan yang menggalakkan. Beliaujugalah yang mempelopori kemenangan terakhir a1-Asya'irah di Timur.2•

Dari zaman ini dan seterusnya, eara berhujah Aristotle dan metafizik-metafizik Plato bam yang lain diserapkan dalam ajaran golongan a1-Asya'irah.

Ajaran-ajaran ini'dengan cepat menjadi lebih bersifat intelektual dalam keadaan. yang tidak begitu sempuma. Ada ketikanya pendapat-pendapat ortodoks yang diragui juga turu! diambil dan perbahasan awal falsafah memenuhi hampir sebahagian besar ruang dan perhatian berbanding dengan ajaran ilmu Kalam yang sebenar.27

Contoh yang paling nyata dapa! dilihat dalam kitab al-Mawaqif dan Maqasid dan penafsiran kepada kedua-duanya yang mengambil bentuk kitab Tajrid.2' Pada

24. AI·Juwaini. al·lrsyad. him. 155. 25. Ibn Khaldun. MuqaddifrUJh. Ill, him. 61; W.M.W"'~ Islamic Philpsophy and Theology, him. 118. 26. A.J. Weosinck. TM Mu.rlim Creed. him. 95. 27. Selepas Khwajah Nasir ai-Din al-Tusi menulis kitnbnya Tajrid aJ-/'liqad, hampir90 perotus Hmu Kalam

mengarnbil benwk falsafah. Selepas penerbitan kitab Tajrid. hampir keseluruhnn ulama' Kalamtennasuk Mu'tazilall d"" Asya'irah mengikuti jalan yang samo. yang telab dirintis oleh ahIi falsafall ulung dan ulama' Kalam Syi·alI. (Mutallhari. "Introduction of ' Um Kalam" dlm. al·Tawhid.lI. No. 2.1405H11985M. him. 71.

28. Ibid. him. 73.

89

Page 7: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

ASAL-USUL. PENGARUH DAN KESAN AURAN AL·ASY~RI DAN AL-ASYA 'IRAH

akhimya, mazhab al-Asya'irah boleh dikatakan telah tenggelam dalam arus falsafah.29

Secara keseluruhannya, ia menunjukkan bahawa di antara al-Asy'ari dan a1-Asya'irah, terdapat peru bah an yang ketara. Mereka tidak lagi terikat dengan metodologi yang diasaskan oleh al-Asy'ari tetapi secara beransur-ansur berubah kepada ciri-ciri pemikiran Mu'tazilah atau falsafah.

Perubahan dalam aspek-aspek pemikiran mereka boleh dikatakan turut sama mengubah a1iran a1-Asya'irah hingga pada abad-abad seterusnya aliran ini tidak lagi dikenali sebagai al-Asya' irah tetapi telah bertukar kepada a1iran Ahl al-Sunnah wa a1-lamaah .

Pada peringkat awal, mazhab Ahl al-Sunnah wa ai-lama' ah tidak dikenali dalam dunia Islam. Istilah yang diberikan kepada mereka ialah mazhab al­Asya'irah. Menurut a!-Syahrastani, istilah Ahl al-Sunnah wa al-lama'ah hanya timbul setelah al-Asy'ari melibatkan diri dengan golongan Sifatiyyah dalam menetapkan sifat-sifatazali bagi Allah, dan menyokong pendapat-pendapat mereka dengan hujah-hujah ilmu Kaiam. Semenjak itulah nama al-Sifatiyyah bertukar kepada al-Asy'ariyyah.30

Di dalam kitab Maqalat ai-lsiamiyyin sewaktu membicarakan pendapat­pendapatnyaatau dengan kata-kata lain akidah-akidahnyaal-Asy' ari menyebutkan "Ini adalah sebahagian daripada pendapat (qual) Ashab ai-Hadith dan Ahl al­Sunnah.31 Sementara itu, di dalam kitab al-Ibanah pula, beliau menyebutkan". Ini adalah pendapat (qual) Ahl Haq wa ai-SunnahY Di dalam kedua-dua kenyataan itu, beliau tidak menyebut perkataan ai-lama 'ah.

Besar kemungkinan ai-Baghdadi ialah orang pertama dikalangan al-Asya'irah yang menggunakan perkataan ai-lama' ah selepas perkatan Ahi al-Sunnah33 diikuti oleh a1-Syahrastani .34 Bagaimanapun, ai-lama 'ah yang sebeilar menu rut 'Ali bin Abi Talib (a.s) adalah bersama Ahli Kebenaran sekalipun mereka itu sedikit. AI­Furqah (perpecahan) adalah dengan mengikut Ahl al-Bati! sekalipun mereka itu ramai .33

Sementaraitu, a1-Asy'ari al-Qummi (m.301 Hl914M) berkata: ai-lama 'ah ialah golongan ramai, menyokong mana-mana pemerintahan tanpa mengira sama ada pemerintahan itu adil ataupun zalim. Mereka bersepakat (berjama'ah) bukan kerana keagamaan, malahan pengertian al-Jama'ah yang sebenar bagi merek. adalah perpecahan (al-Furqah) kerana dendam mendendam berlaku sesama merek<

29. S.H.Nosr. "AI·Hikmah .I·llohiyy.h ond K.I.m". dim. SI. Vol. XXXII (32) 1970. him. 140. 30. AI-Syohrastoni, al-Milal. him. 93. 31. AI-A'y·";. Maqalal al,lslamiyyi •• I. him. 320 32. AI-A.y·";. al-Ibanah. hIm. 8. 33. AI-B.ghd.di. al-Farq bai. al-Firaq, him. 304 34. AI-Syohrnstoni. "p.dl, I. hIm. II. 35. Q.di· Abd a1-J.bbar. Fad! a/-/,lillll. him. 185.

90

Page 8: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

MALA YSIA dOor; ... ~gi SEJARAH

terutamanya mengenai Tawhid, hukum, fatwa dan lain-lain. Mereka bertengkar dan mengkafir sesama mereka." .

Justeru itu, tidak hairanlahjika al-Zamakhsyari (m.537H11143M) memandang Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dengan pandangan yang begitu negatif, malahan beliau menamakan mereka al-Mujbirah atau al-Jabariyyah.J7

Oleh itu, al-Jama 'ah menurut pengertian yang kedua adalah simbol perpaduan lahiriah sesarna mereka di bawah satu pemerintahan yang tidak berkaitan dengan keagamaan (perpaduan politik). Pada hakikatnya, ia merupakan perpecahan dan perselisihan dari segi hukum, fatwa dan lain-lain.

Istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah pada mulanya diberikan kepada aliran al­Asya'irah tetapi kemudian telah diperluaskan sehingga merangkumi mazhabfiqh dan lapangan-Iapangan ilmu Islam yang lain.

Ini berdasarkan keterangan ai-Baghdadi (m.429H11037M) yang menjelaskan bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah terdiri daripada lapan (8) golongan:

Pertama: Orang yang mengetahui aspek Tawhid, kenabian, hukum janji dan ancaman, pahala dan dosa, syarat-syarat ijtihad, kepimpinan (imamah), kepimpinan umat (al-za' amah) dengan metod a1iran ulama' -ulama' Kalam al-Sifatiyyah (yang menetapkan sifat-sifat Tuhan yang tidak berkait dengan fahaman tasybih, ta'til (ingkar sifat-sifat Allah) serta bid'ah al­Rafidah, al-Khawarij, al-Jahmiyyah, al-Najjariyyah dan semua golongan bid'ah lainnya.

Kedua: para imam dalamfiqh, sama ada Ahl al-Ra'y mahupun Ahl al-Hadith yang menganuti aliran golongan al-Sifatiyyah dalam persoalan pokok agama, mengenai zat dan sifat Tuhan yang azali dan menjauhkan diri daripada fahaman al-Qadariyyah dan Mu'tazilah, menetapkan adanya ru 'yah (melihatTuhan dengan mata) tanpatasybih dan ta 'til, kebangkitan (al-Hasyr), pertanyaan dalam kubur, telaga (al-haud),jambatan (al-siral), syafaat dan pengampunan dosa kecuali syirik, nikrnat pahala ahli syurga dan azab ahli neraka.

Mereka mengikuti kekhilafahan para khalifah yang empat, memuji para ulamak salaf, mewajibkan sembahyang dan sembahyang Juma'at di belakang imam-imam yang menjauhkan diri daripadabid' ah, mengatakan wajibnya pengambilan (istinbat) hukum daripada al-Qur'an, hadith dan ijma' (sahabat), mengharuskan sapu di alas duakhuf, talaq tigasekaligus, haramnikah mut'ah, wajibmentaati pemerintah (sultan) dalam perkara-perkara yang bukan berbentuk maksiat, termasuklah dalamgolongan ini juga pengikut-pengikut Malak, al-Syafi'i, al-Awza'i, al-Thawri, Abu Hanifah,

36. AI-Asy'ari al-Qummi, Kitabal-Maqalat wa al-Firaq, him. 15. 37. A1.Zamakbsyari, al-Kasysyaf, I, him. 421.

91

Page 9: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

ASAL·USUL. PENGARUH DAN KESAN AUMN AI,ASY:4RI DAN AL·ASYA 'IRAH

Ibn Abi Laila, juga para peogikut Abu Thaur, Ahmad bin Hambal, al-Zahiri, dan seluruh ulamak fiqh yang berpegang kepada pokok-pokok ajaran golongan al­sifatiyyah dalam bidang usul dan tidak mencampurkan fiqhnya dengan bid'ah golongan-golongan lain.

Ketiga: Mereka yang mengetahui saluran hadith (al-akhbarwa al-sunnah) yang datang daripadaNabi (s.a.w), membezakan yang benar dan yang palsu, mengetahui sebab-sebab kebaikan dan kelemahan seseorang (al-Jarhwa al-Ta'dil) dengan menghindarkan diri daripada bid'ah yang sesat.JM

Keempat: Mereka yang mengetahuibanyak persoalan kesusasteraan, nahw-saraf dan mengikutijejak langkah tokoh-tokoh bahasa seperti aI-Khalil, Abi 'Amru bin al- 'Ala', Sibawaih, aI-Farra' , al-Akhfasy, al-Asmu'i, al­Muzani, Abu 'Ubaid dan semua ulamak nahw, sarna ada daripada aliran Kufah mahpun Basrah yang tidak bercampur pengetahuan mereka dengan bid'ah al-Qadariyyah, al-Rafidah atau al-Khawarij.

Kelima: Mereka yang mengetahui pelbagai bentuk bacaan (qira 'at) al-Qur' an, tafsiran-tafsiran ayat serta takwi lannya yang bersesuaian dengan mazhab Ahl al-Sunnah, bukan takwilan ahli-ahli bid'ah.

Keenam: Ahli-ahli zuhud dan golongan tasawwufyang giat beramal dengan tidak banyak bicara, menetapkan Tawhid dan menidakkan tasybih serta menyerahkan diri kepada Tuhan.

Ketu juh: . Mereka yang bertempat di kawasan atau medan pertahanan orang-orang Islam untuk menjaga keamanan negara Islam dan mempertahankan serta melahirkan mazhab Ahl al-Sunnah wa aI-lama' ah.

Kelapan: Seluruh negara yangtunduk kepada penguasaan (sya 'a 'ir) Ahl al-Sunnah, berpegang kepada pendapat ulamak Ahl al-Sunnah wa aI-lama' ah dalam aspek keadilan, ketauhidan,janji, ancaman dan merujuk urusan­urusan agamakepada merekadan bertaklid dalam hukum-hukumfuru " sarna ada dalam perkara halal atau haram.J'

Berpandukan keterangan aI-Baghdadi tersebut, temyata bahawa apa yang dikatakan Ahl al-Sunnah wa al-J ama' ah pada zaman terse but dan seterusnya sudah merangkumi banyak kumpulan di dalamnya. Ada kemungkinan inilah juga dimaksudkan oleh aI-Baghdadi sebagai al-Jama'ah seperti yang terangkum di dalam istilah tadi.

38. AI.SaghdOldi. al·Farq bain al-Fir.aq. him. 189. 39. Ibid. him. 190.

92

Page 10: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

MALAYSIA do'; s~gj SEJARAH

PERKEMBANGAN ALIRAN AL-ASYA'IRAH DALAM DUNIA ISLAM

Perkembangan aliran al-Asya' irah atau Ahl al-Sunnah waal-Jama' ah, kekuasaan dan pengaruhnya dalam dunia Islam secara meluas dan dianuti oleh sebahagian besarumat Islam dapat diperhatikan daripada beberapa faktor. Di antara faktor­faktor tersebut adalah seperti berikut:

Pertama: Tekanan dan paksaan yang dikenakan oleh aliran Mu'tazilah terhadap para pengikut aliran-aliran lain dalam masalah al-Qur' an adalah bukan qadim (Makhluq), disamping paksaan di atas perintah al-Ma'mun (m.218H1833M) yang menganuti aliran Mu'tazilah pada abad 3H19M diikuti selepasnya oleh al-Mu'tasim (m.227H1842M) dan aI-Wathiq (m.232H1847M) sehinggalah al-MutawakkiI (m.247H186IM) menaiki takhta. Al-Mutawakkil ialah khalifah yang memainkan peranan penting dalam kejayaan golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah mendominasi dunia Islam seterusnya.'"

Ked ua: Dalam ban yak aspek, aliran al-Asy' ari dan al Asya' irah menepati kehendak dan citarasa orang ramai. Justeru itu, mereka diterima dengan mudah.

Ketiga: Aliran Mu'tazilah merupakan suatu aliran pemikiran berkonsepkan falsafah yang seringkali mempersoalkan persoalan-persoalan yang berat dan sulit untuk dimengertikan oleh orang awam. OIeh sebab itulah, mereka lebih dikenali sebagai golongan "rasionalis Islam"."

Keempat: Mu 'tazilah dalam aspek-aspek 'aqidah dan lain-lain adalah bersesuaian atau hampir sarna dengan Syi' ah.42 Sehubungan dengan itu, apabila Mu'tazilah ditolak, dengan sendirinya ia memberi implikasi bahawa Syi' ah turut sama di tolak. Ini disebabkan Mu'tazilah mengambil ajaran daripada Abu Hasyim yang merupakan cucu kepada 'Ali bin Abi Talib (a.s) dari sebelah anaknya, Muhammad al-Hanafiyyah.

Kelima: Kebangkitan golongan Turki Saljuq (429-700HlI037-I300M) yang berkuasa di Iran dan juga di Baghdad (44 7H11 055M) serta penerimaan mereka terhadap kekuasaan khalifah, di samping mereka itu puladaripada goIongan AhI al-Sunnah wa 'al-Jama'ah menyebabkan keadaan hidup goIongan tersebut menjadi lebih mudah.

Ia rnerupakan faktor berkesan dalam kemenangan dan propaganda al-Asya' irah atau AhI al-Sunnah wa al-Jama'ah. Kaum Saljuq tidak mempercayai kebebasan berfikir. Mereka adalah penentang kepada Bani Buwaih (320-447H1932-I055M)

40. Mutahh:ui. "Introduction of'Um Kalam" dim, al·Tawhid.lI. No.2. him. 77. 41. Harun Nasution, Teo/llgi Islam, him. 66. 42. Zuhdi Hasan Jar Allah. al·Mu·razilah. him. 203·213,

93

Page 11: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

ASAL-USUL. PENGARUH /JAN KESAN AURAN AL-ASrARI DAN AL·ASYA·IRAH

diketuai oleh Ahmad bin Buwaih (m.356H1967M) yang mendokong aliran Syiah'ah.43

Namun begitu, golongan al-Asya'irah juga terpaksa menghadapi penindasan yang dilakukan oleh Menteri Sultan Saljuq iaitu Abu Nasr Muhammad ibn Mansur a1-Kunduri (416-456H11 025-1 064M) yang telah diarah supaya mengambil tindakan terhadap golongan yang kufur. Dalam hal ini, beberapa orang tokoh al-Asya'irah turut terbabit dan dikenakan tindakan.

Dikatakan bahawa perkara ini terjadi kerana al-Kunduri bermazhab Hanafi­Mu'tazilah"" dan merupakan penentang kuat kepada golongan Syafi'i-Asy'ari.4S

Dalam beberapa waktu, golongna al-Asya'irah dicela secara terbuka di masjid­masjid padahari lurna' at dan dilarang daripada mengajar atau berdakwah. Beberapa orang ulama termasuk al-Qusyairi dan a1-luwayni merasa lebih selamat melarikan diri atau bersembunyi. Atas alasan inilah, al-luwayni menghabiskan masa selarna 4 tahun di Hijaz sehingga beliau dikenali sebagai Imam al-Haramayn (Imam dua tanah haram, Makkah dan Madinah).

Kematian Sultan Saljuq Tughril (m.455H11063M) dan kenaikan AI-Arsalan (m,465H1I072M) ke takhta pemerintahan mengubahkan nasib golongan al­Asya'irah secara menyeluruh. Sultan yang barn mempunyai seorang menteri (wazir) yang berkuasa dan berkemampuan iaitu Nizam al-Mulk al-Tusi yang bermusuhan secara peribadi dengan al-Kunduri kerana beliau mempunyai hubungan erat dengan golongan al-Syafi'iyyah dan al-Asya'irah.""

Menteri bam iniialah penganut aliran al-Asya'irah dan beliau telah mengadakan beberapa langkah atau usaha untuk mengangkat golongan al-Asya'irah kembali. Di samping itu, beliau menyedari bahawa propaganda Kerajaan Fatimiyyah Syi' ah Isma'iJiyyah di Mesir dan mengetahui bahawa ia hanya boleh diubah menerusi bentuk tekanan semata-mata.

Oleh itu, beliau membuat polisi jangka panjang bagi mempertahankan ajaran­ajaran Ahl a1-Sunnah wa al-lama'ah. OIeh kerana itu, kedudukan pusat diberi kepada golongan al-Asya'irah. Celaan kepada mereka pada hari luma'at telah dihentikan dan pada akhir tahun 456H11065M, pembinaan kolej al-Nizamiyyah yang bam di kota Baghdad dimulakan dengan mengajarkan teologi al-Asya'irah. Para pembesar negara juga turnt sarna menganuti aliran itu.

Selepas pembinaan kolej al-Nizamiyyah padatahun terse but, golongan Hanabilah (para pengikut Ahmad ibn Hanbal) di Baghdad yang mengalami tekanan daripada

43. Mutahhari. "Introduction of ' lIm KaJ;un" dim. ul·Tu",hid.lI. No. 2. him. n; W.M. Won. Islamic Philosophy and Theology. htm. 110; G. Malcdi.i. "The Sunni Revivol." dlnl.lslamic Civilization: 950·1/50. him. 155· 168.

44. HQrun Nasution. Ten/og; Islam, him. 11. 45. At-Asy' ruiyyah dan al-Syafi 'iyynh merupOlkiUI kombinasi dua m~hllb- U,tu/ dan Fiqh ynng diferima umump3.do.

masa itu. 46. W.M. Watt, The Formtltive Pu;od tlf Islamit: ThoUKhl. him. 110-111 : Idem. TM Majt,tfy thai was Islam. him.

249.

\14

Page 12: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

MALA YSIA do.r; segi SEJARAH

golongan a1-Asya'irah membuatkekacauan yang membawakepada pemberontakan. Nizam al-Mulk al-Tusi, tanpa menarik sokongannya daripada golongan al­

Asya'irah membuat beberapa pemberian yang dapat mengurangkan dan meredakan ketegangan.

Beliau juga terus membina kolej-kolej yang sarna dibeberapa buah bandar utama yang lain dalam kekuasaan khalifah 'Abbasiyyah.47 Di antara yang berpengaruh ialah al-Nizamiyyah di Nisyapur, dengan diterajui oleh a1-Juwayni (m.478H11085M) sebagai al-Ustadh (profesor) dan a1-Ghazali (m.505H1111IM) sebagai penuntut.4K Dengan demikian, a1iran al-Asya'irah mulai tersebar luas bukan sahaja di daerah kekuasaan Saljuq malahan juga di dunia Islam yang lain.

Seterusnya, aliran a1-Asya'irah telah dapat menggantikan aliran Mu'tazilah (ai­Qadariyyah)49 dan dian uti oleh kebanyakan umat Islam selepasnya. Faktor-faktor lain yang menguntungkan aliran al-Asya'irah termasuklah campurtangan para pemerintah di beberapa buah negara yang mempunyai pengaruh yang besar, di antaranya:

I. Salahuddin al-Ayyubi di Mesir dan Syria. 2. Muhammad bin Tumart di Sepanyol (Andalusia) dan Morocco (Maghrib). 3. Mahmud Ghaznawi di iran, Iraq, India dan Afghanistan.so

Sebelum Salah uddin (m.589H1ll93M) berkuasa, Mesir dikuasai oleh orang­orang Syi'ah Fatimiyyah" (356-567H1969-117IM) yang telah menyebarkan fahaman-fahaman Syi'ah dalam segala lapangan hidup di Mesir dan Syria:

Selepas Salahuddin berkuasa pada tahun 564H/1169MS2 beliau telah menggantikan aliran Syi' ah dengan aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jama' ah, terutama dalam bidang i1miah, kebudayaan dan agama. Contoh yang paling jelas ialah perubahan yang berlaku kepada Universiti al-Azhar."

Terdapat satu lagi peristiwa menarik yang berlaku di Mesir hinggamencorakkan Islam menurut wajah Ahl a1-Sunnah wa al-Jama'ah. Ini kerana para ulamak daripada mazhab tersebut telah mengambil keputusan menutup pintu ijtihad.'4

47. G. Makdisi. "Muslim Institutions of learning in Eleventh Century aghdad··. dIm. BSOAS. XXIV (24). 1961. him. 9; Idem. "Madrasa and Univen;ity in the Middle Ages". dim. SI. XXXII (32). 1970. him. 255-264.

48. W. M. Watt. TM Formative Period rifl.tlamic ThtlUxht, him. III; Idem, ''The Studyofal-Ghazali" in Oriefl.':, XIII-XIV, hIm. 124.

49. Mutahhnri, "Introduction of ' 11m Kalam" dim. af-Tawhid, lI. No.2, him. 77. 50. A.Hanafi. PengantarTeofogi Islnm, him. 120; Harun Na.c;ution. Tl!o/(lgi Islnm, him. 71-72. 51. P.K. Hitti. The Hist(lry()/Ihe Arab. him. 442. 52. Khilafah Ayyubiyyah berlangsung dari tAhun 564H1I169M hingga 648H11250M. 53. Abu NaSI. II Hi.'tory of Magh,ib, him. 85-86. 54. Mahmassani, Falssafat al-Tosy'i' fi al-I.,Iam, him. 36.55. Beliau memerintah dan tahun 658-676H1I260-

I 277M di Mesir. Lihat: Lane Poole, The M.humnwdan Dyna.<lies. him. 81.

95

Page 13: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

ASAL·USUL. PENGARUH DAN KESAN AURAN AirASY'ARI DAN AL·ASYA 'IRAH

Keterangan al-Maqrizi (m.845H11441 M) menjelaskan bahawaselepas kerajaan Fatimiyyah ditumbangkan di Mesir, keempat-empat mazhab (fiqh) iaitu Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali telah menempati dan menguasai Mesir. Keadaan tersebut terus berkekalan sehinggalah pada tahun 665H11266M, apabila tidak ada lagi suatu mazhab yang dikenali sebagai mazhab Islam kecuali empat mazhab tersebut yang berpegang kepada 'aqidah al-Asy'ari selepas Sultan aI-Malik al­Zahir Rukn aI-Din Baybar Bundukdariss melantik seorang qadi daripada setiap mazhab tadi.s•

Perkembangan pesat keempat-empat mazhab tersebut ke seluruh pelusuk dunia Islam akhimya mendorong para ulamak mengeluarkan fatwa "mewajibkan bertaklid kepada mazhab-mazhab tersebut dan mengharamkan bertaklid kepada mazhab-mazhab selainnya."S7

Justeru itu, seluruh dunia Islam telah menerima pengaruh keempat-empat mazhab tersebutdan pintu ijtihadkemudiannyaditutupSK setelah keempat-empatnya diakui sah untuk memutuskan hukum, manakala mazhab al-Asy' ari secara langsung diterima dalam membentuk pemikiran 'aqidah generasi Islam seterusnya.

Muhammad bin TumartSO(m.522H11128M) pula merupakan pengasas Kerajaan Muwahhidun (524-667H/I130-1269M) di Afrika Barat-Laut (Maghrib) dan Sepanyol (Andalusia). Waktu mud any a, beliau melawat negeri-negeri Islam di bahagian timur, antara lain Iskandariah dan Makkah, kemudian belajardi Baghdad dan mungkin juga di Damsyik.

Disitulah beliau banyak mengambil fikiran-fikiran al-Ghazali yang telah menggerakkan hatinya untuk memperbaiki kepercayaan-kepercayaan masyarakat negerinya, meskipun Ibn Tumartsendiri dikatakan tidak pernah bertemu dengan al­Ghazali. Setelah Ibn Tumart berkuasadan mendirikan negaraMuwahhidun, beliau menanamkan ajaran-ajaran aliran al-Asya'irah menurut konsepsi al-Ghazali.

Sebelum itu, pada masa pemerintahan al-Murabitun (448-541 Hli 056-1 147M), kitab-kitab karangan al-Ghazali dilarang malah kitab lhya' 'Ulum ai-Din dibakar. Setelah golongan Muwahhidun berkuasa, kemegahan al-Ghazali dikembalikan semula.

Di dunia Islam sebelah timur, ajaran al-Asya'irah dibawa oleh Mahmud Ghaznawi, (390-421 Hl999-1 030M) anak kepadaSubuktigin yang sampai ke India.

56. 1.S. Nielsen. "Sultan >I-Z>hir Baybars and the Appointment of four Chief Qadis (663/1265)," dim. 5/, LX 960), him. 167-116.

57. AI-Maqrizi. Khifu/al-Maqrizi.IV. him. 161; al-Syawkani,lr:ryod al-Fuhul. him. 253; Ahmad Amin. ZuhrCll· I.r/am, IV, him. 213.

58. Muhib Allah bin' Abd al-Syakur. Fawatih al-Rahamur. 11, him. 399; Wael b. HaJlaq, "On the Origins oflhe Controversy about the Existence of Mujtahids and the Gate of ljtihad," dim. SI, 1986. LXIII (63) him. 129-142.

59. Abu' Abd Allah Muhammad bin Tumm beras::.1 daripada keturunan Barbardaripada puak Masmuda. Lihat: Lane Poole. The Muhammadan DynasrieJ. him. 45.

96

Page 14: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

MA.L4YSIA. daTi.feB; SEJA.RAH

Kerajaan yang dibentuk oleh Dinasti Ghaznawi ini berkuasa di Afghanistan dan Punjab dari tahun 351-582H1962-1186M.

Beliau telah menjadikan mazhab Ahl al-Sunnah wa aI-J ama' ah sebagai mazhab rasmi negara. Pada suatu masa, kekuasaan mereka telah meluas sampai ke iraq. Ia juga dapat menguasai Iran dan mengusir kekuasaan kaum Syi'ah dari negeri ini. Namun, beliau telap mengakui khalifah 'Abbasiyyah ai-Qadir (381-422H1991-J03IM), seperti yang dilakukan oleh SaIahuddin.

Setelah kaum Turki berkuasa di Baghdad, mereka membela Ahl al-Sunnah wa ai-lama' ah. Padamasa, Mahmud Ghaznawi, ilmu pengetahuan mendapatkemajuan yang pesat dengan corak aI-Asya'irah (Ahl aI-Sunnah wa al-lama'ah).

Menurut Ahmad Amin, sesuatu pemerintahan apabila kuat dan menyokong sesuatu aliran tertentu.',o dengan sendirinya aliran itu akan dianuti pula oleh rakyat. Ini merupakan salah satu faktor penting menyebabkan tersebar luasnya aliran ini pada waktu itu.

Dengan tenggelamnya aliran-aliran lain, terutama aliran Mu'tazilah, aliran al­Asya'irah tidak lagi mempunyai sebarang saingan untuk mempengaruhi umat Islam dalam bidang akidah sejak waktu itu. Perkembangan ini terus berlangsung dan berleluasa meliputi seluruh pelusuk dunia Islam termasuklah kawasan di Kepulauan Melayu sehingga sekarang.

PERKEMBANGAN DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU

Berhubung dengan kedatangan Islam ke kepulauan Melayu khususnya di Malaysia, ahli-ahli sejarah tidak bersepakat dalam menentukan masa dan tempat, tetapi kebanyakannya bersetuju bahawa Islam sampai antara abad-abad ke-7 dan SHll3 dan 14M.·J

Berdasarkan kepada fakta-fakla terkini memperlihatkan bahawa kemungkinan Islam telah sampai ke Semenanjung Malaysia lebih awal dari masa yang disepakati itu. iaitu kira-kira pada abad ke 5H110M lagi menerusi penemuan batu nisan bersurat di Pahang.·2

Ahli-ahli sejarah mempunyai pendapat yang berbeza mengenai asal-usul para pendakwah yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu. Bagaimanapun, mereka bersepakat mengatakan bahawa para pendakwah itu datang dari luar semenanjung ini. Secara keseluruhannya pendapat mereka berhubung dengan perkara tersebut

60. Ahmad Amin. Zuhr al·lsUun.IV. him. %-100. 61 . S.M. Naquib al-Attas.PreliminarySlatement on a GeneralTheory of the /slamisalion a/1M Malay-Indonesia

Archip<lago. Kula Lumpur. 1969; S.Q. Fatimi. Islam Comes to Malaysia, Singapore. 1%3; C.A. Majul, Muslim in Philliphines. Quezon City. Philliphines, 1973; D.G.E. HaJl. SejarahAria T<nggara, D.B.P. Kuala Lumpur. 1984; W. Hussain Azmi, "Islam di Malaysia: KcdoJangan dan Perkembangan (Abad 7 - 20) dim. Tamadun ISUundi Malaysia, him. 135-157.

62. Mukh"" Syafi'i. Batu Nisan kurun ke 5H1IOM di Pekan Pahang. dim. Tamadun Islamdi Malaysia, him. 15.

97

Page 15: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

ASAL·USUL. PENGARUH DAN KESAN AURAN AL·A$Y:ARI DAN AL·ASYA 'IRAN

terbahagi kepada dua:

Pertama: Para pendakwah itu berasal dari negara-negaraArab."3 Pendapat-pendapat tersebut diterima sebelum tahun 1302Hf1885M.

Kedua: Pendapat yang lain pula menunjukkan bahawa mereka bukanlah berasal dari negara-negara Arab tetapi dari India"

Kedua-dua kumpulan pendapal tersebut saling bercanggah di antara satu sama lain. Bagaimanapun, percanggahan ini dapat diketepikan dengan pandangan yang diketengahkan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas yang lebih cenderung menerima pendapat yang pertama iaitu para pendakwah itu berasal dari negara­negara Arab dan bukannya dari India. Kemungkinan semasa dalam perjalanan ke rantau ini, mereka menjadikan India dan beberapa destinasi lain sebagai tempat persinggahan.

Kenyalaan ini dibuklikan menerusi kajian beliau terhadap kandungan ajaran­ajaran Islam itu dalam berbagai-bagai aspek yang memperlihatkan pengaruh Arab ke atas orang-orang Melayu dengan jelas sekali.

Unsur-unsur seperti itu dapal dilihat dalam bidang teologi, mistik, bentuk lulisan Jawi, nama-nama hari, cara membacaal-Qur'an dan unsur-unsur lain yang secara keseluruhan menekankan keaslian Arab dan bukannya India.

Bukti-bukti tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa para pendakwah yang menyebarkan Islam di ranlau ini ialah orang-orang Arab, bukannya orang-orang India.·'

Dari penelilian yang dibuat, walau apasahaja tarikh Islam dalang ke Semenanjung Tanah Melayu, sama ada pada abad ke-5HfIOM atau ke-7HIl3M, pendidikan, pengajaran dan dakwah Islam dalam bidang leologi yang berkembang dan

tersebar luas itu dijelaskan menurul mazhab (aliran pemikiran) al-Asya'irah ata\! Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sahaja manakala aliran-aliran lain boleh dikatakan terlalu terbatas ruang lingkupnya.

Kedudukan ini adalah berasaskan kepada perkembangan dan penyebaran aliran pemikiran lersebut dalam dunia Islam secara umum, dan di Nusanlara ini secara khusus, berdasarkan kepada faklor-faktor seperti yang lelah dikemukakan sebelumnya.

Kesan yang berlaku ke alas dunia Islam keseluruhannya mempengaruhi proses perkembangan ajaran-ajaran Islam digugusan Kepulauan Melayu. Lantaran itu, dalam perkembangan leologi Islam di Nusanlara, temyata hanya satu aliran pemikiran sahaja yang mendapattempat iailu aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jama' ah.

63. Crawford. History of Indian Archiptlago, Xl, h1m. 28. 64. Harrisson, Suuth East Asia, A Short History. him. 43. 65. S.Naquib aI·Atlas, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melaya. hIm. 34.

98

Page 16: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

MALA YSIA dDri s~gi SEJARAH

Oleh yang demikian, penafsiran dalam lapangan teologi Islam hanya tertumpu kepada mazhab aI-Asya'irah kerana itulah satu-satunya aliran pemikiran yang terdapat di rantau ini.

ladi, berdasarkan kepada interpretasi mazhab al-Asya' irah, orang-orang Melayu di negara ini menerima Islam dan tidak terdapat interpretasi daripada mazhab­mazhab lain yang disampaikan kepada mereka dapat dikesan. Lantaran itu, mereka telah menjadi golongan pengikut mazhab al-Asya'irah yang tidak berfikiran terbuka sehingga tidak adaruang bagi aIiran-aliran lain untuk sama-sama berasimilasi dengannya.

Untuk melihat sejauh mana pengaruh dan kesan aliran Ahl al-Sunnah wa al­lama' ah (al-Asya'irah) dalam pemikiran umat Islam di Malaysia secara khusus dan di Nusantara secara umum dapat diteliti menerusi aspek-aspek berikut: Pertama: Bahan-bahan pengajaran dan pendidikan, serta tokoh-tokoh ulamak (asing dan tempatan).

Kedua: AnaIisis beberapa aspek pemikiran dalam kandungan bahan-bahan pengajaran dan pendidikan.

Ketiga: Kesan dalam pemikiran umat Islam - Melayu.

Berhubung dengan bahan-bahan pengajaran dan pendidikan yang diimplementasikan, boleh dikatakan hampir keseluruhannya bersumberkan daripada karangan para ulamak Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah (al-Asya'irah) di samping beberapa hasil tulisan daripada para ulamak aI-Maturidiyyah. Ini disebabkan dalam bidang teologi, kebanyakan ulamak Melayu mengikuti mazhab al-Asya' irah.

Perkembangan i1mu Kalam di luar Malaysia dikatakan bermula di Aceh pada zaman keagungannya sejak abad ke-IIlIlI7M selepas kejatuhan Melaka. Sebagai contoh, Pasai dirujuk untuk mentafsirkan kitab Dur al-Manzum yang ditulis oleh Abu Ishak al-Marwazi (al-Syafi'i) yang membahaskan masalah akidah berhubung dengan persialan zat, sifat dan perbuatan Allah."; Selain itu, Pasai juga dirujuk dalam persoalan Qadar yang timbul di Melaka.67

Catatan daIam buku Sejarah Melayu menggambarkan bahawa Melaka sedang mengalami perbalahan dalam masalah tersebut antara pendukung fahamap al­Jabariyyah (Ahl al-Sunnah wa al-lama'ah) dengan fahaman al-Qadariyyah (Mu'tazilah). Menurut fahaman aI-Jabariyyah, ia menganggap nasib atau rezeki seseorang itu sudah ditentukan sejak azali lagi dan manusia tidak memiliki daya ikhtiar untuk mengubah kehendak Tuhan. SebaIiknya, fahaman aI-Qadariyyah

66. Shafie Abu Bakar. "Kitab Dar al-Mazlum dan maklumat seb~gai pane""", Bud.y. IImu di Melak., PennasaJahan dan pengaruhnya,. .. kertas-kertas kerja di Persidangan Anlarabangsa Pengajian Melayu. Universiti MaI.ya, 21-23 Ogos. 1989.

67. W.G. Shell.bear. Sejarah Melayu. hIm. 187.

99

Page 17: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN AURAN AL-ASYARI DAN AL-ASYA'/RAH

• mendukung kebebasan ikhtiar manusia atas alasan bahawa manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya sendiri.

Oi antara ulamak yang dikatakan mempelopori perbincangan ilmu al-kalam ini ialah Bukhair aI-Jauhari dengan kitabnya yang terkenal, Taj al-Salatin yang dikarang pada tahun IOI2H11603M. Kitab ini bukanlah kitab yang membicarakan asas-asas agama yang sebenar, tetapi ia dianggap kita pertama ditemui dalam bahasa Melayu yang niembahaskan persoalan mengenal diri dan Tuhan seperti yang terkandung dalam ajaran al-Ghazali.61 Kitab ini dikatakan kitab yang pertama menonjolkan fahaman al-Asya'irah menurut tafsiran aI-Ghazali.69

Oisamping Bukhair, terdapat dua orang ulamak besar yang membahaskan il mu al-kalam iaitu Syaikh Nur ai-Din al-Raniri (I 068H11658M» dan Syaikh 'Abd al­Rauf Singkil (1029-11 04H11620-1693M). Nur aI-din al-Raniri yang berasal dari Rander, India cenderung membicarakan fahaman al-Maturidiyyah - al-Hanafiyyah kerana beliau menterjemahkan kitab Syarh al- 'Aqa 'id al-Nasafiyyah oleh Sa'd al­Oin aI-Taftazani (m.790Hl1388M) dan kemudian diberi judul Durrat al-Fara 'id bi-syarh al- 'Aqa 'id. 7.

Kitab al-Taftazani ini sebenamya berasaskan karangan Abu Hafs 'Umar bin Muhammad al-Nasafi (m.537H11143M) sedangkan al-Nasafi dan al-Taftazani merupakan ulamak al-Hanafiyyah dalam bidangfiqh.71

Pengaruh aliran Maturidiyyah dapat dilihat dalam karya Nur ai-~in al-Raniri yang berjudul Hikayat al-boom yang membahaskan zat, sifatdan perbuatan Allah, kebenaran Rasul (s.a.w) dan rukun Islam yang lima.

Beliau juga menu lis kitab Jawi dalam bentuk cetak yang terawal iaitu kitab Bad' al-Khalq al-Samawat wa al- 'Ard72 pada tahun 1047H11639M di alas perintah Sultan Iskandar Thani yang memerintah Acheh (I 045-1051H11636-1641 M).

Kitab tersebut menceritakan kejadian manusia, malaikat, jin dan lain-lain di alam ini berdasarkan ceritaal-Qur'an, hadith dan daripadacerita-ceritaoleh Ka'b al-Ahbar.73

68. Bukhair a1·1auhari, Taj oJ·Sa/alin, hIm. 28·34. 69. Abelur Rahman Abu Zaid, oJ·Ghazali un Divin. p,.dical<." Sh. Muhammad Ashraf, Lohure, 1970. 70. S.M. Naquib a1-Attas, T'" Oltk." KfIOWfIMfIlay MiJlllLfCript: A 16thunturyo!t'" 'Aqa'jd o!aI·Na.,aji, Kuala

Lumpur, 1988. 71. A.K.M.Ayyub, 'Maturidism",cJJm. M.M.ShllIiff(cd), Hi.tory rifMa.,/im PhilrlS('phy, I,hlm. 173; W.M. Wall

mcngatakan a1-Taftazanmi ialah pengiJcl/t aI·A.ya'irah, waloupun akidah yang dibicaraJcannya bercorill< .1· Maturidiyyah. Dikatakan bahnWR aJ .... ny. adaJah kcmna dim mengajnt di te""'at yang dikua."; aliran a1-Maluridiyyah. (Wall, Islamic Philn.oplry and T"'"lngy, him. 154).

72. Mohd Nor Ngab, Ki/4b Jawi: Islamic Thoullht oft'" Malay SC/Ullan, hIm. S. 73. Peadita Y"""eIi dari Yaman dikatakan mcnganuti Islam padR zaman sahahat dan tidal< pernah bertemu dcng.n

RasuJullah (s.a.w) kenna ia tidak pemah dalang kc kOla Madinah se .... <a bagindo masih hidup. OIeh ilU. i. di",loagkan dalam genctaSi Tabi'in. Diccritakan bahnwa i. tclap bernd. daJam agama Yahudi di Yam. n tClapi menpku sebapi scorang Islam dan betdakwah di Yaman. I. hany. datang ke kOla Madinah ,em:!.'. 'Umar menjadi khalifah. 'a bonyak mengajarlcan ajaran-ajaran Yahudi, I.ra 'iliyyat ,cna hadith-hadith yang penuh dcngao khv.rafat dan /sykalat(kcragaan) yang diperolchiny. daripada kital> T.urat. McnuM Said .1· Afghani, Ka'b sebenamya ialah zionis yang pcrtama. (Lihat komenlar pada ulama' yang lain tentang Kn'b aJ-Abbardaiam O. Hasbem, SfJI[ifah: Awal P<r ... li.ihon Umat I.lam, him. 59; M. Schmitz, EI, (cdi,i baru). 1978, lv, him. 316-17).

100

Page 18: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

MA.LA YSIA dari .ft!gi SEJARAH

• Abd al-Rauf Singkil pula ialah tokoh tempatan yang membahaskan ilmu Kalam dalam kitab tasawwufnya Umdat al-Muhtajin. Beliau dikatakan tokoh pertama membicarakan SiCat Dua Puluh, kupasan tentang sifat wajib, mustahil dan harus bagi Tuhan, pembahagian sifat wajib kepada empat (4) bahagian: nafsiyyah, salbiyyah, rna 'ani dan ma'nawiyyah. Perbahasan yang hampir sarna juga terdapat dalam kitabnya yang berbentuk puisi berjudul Sya'ir Mar'rifah.

Pada zaman keagungan Aceh juga, pihak pemerintah telah mengisytiharkan aliran al-kalam terstibut sebagai pegangan rasminyadan serentakdengan itu aliran­ali ran lain yang disebutkan sebagai Aliran Tujuh Puluh Dua (72)14 dihararnkan kerana dikatakan sesat, dan sesiapa yang melanggamya akan dikenakan hukuman seperti denda, penjara atau buang negeri."

Mengenai perkembangan ilmu al-kalam dalam abad ke- 1 2H118M, tokoh pertama yang dikatakan mendahului para ulamak di abad tersebut ialah Muhammad Zayn Faqih lalal aI-din al-Ashi menerusi usaha beliau pada tahun 1170Hll757M menteIjemahkan dan mengubahsuaikan kitab Ummal-Barahin, karangan al-Sanusi yang membincangkan ajaran SiCat Dua Puluh yang telah diberi judul Bidayat al­Hidayah.

Kemudian, beberapa buah kitab yang bersumberkan kitab Umm al-Barahin muneu!. Diantaranya ialah Zuhratal-Muridji Bayan Kalimat al-Tawhid oleh • Abd al-Samad al-Falimbani pada tahun ll77H/1764M di kota Makkah.

Disusuli seterusnya oleh Syaikh Nawawi Bentan menyusun kitab syarah Umm al-Barahin bertajuk Zari'at al-Yaqin. Berikutnya pula, ajaran Sifat Dua Puluh dikembangkan oleh Tok Syihab aI-Din Palembang menerusi kitabnya 'Aqidah al­Bayan dan dalam bentuk puisi seperti Sya'ir Sifat Dua Puluh.16

Pada abad ke-13H11 9M. kitab-kitab ilmu kalam yang membahaskan persoalan yang sarna muneul. di antara yang terpenting ialah lni Kitab sifat Dua Puluh oleh Sayyid 'Uthman ibn Yahya al-Betawi pada tahun 1304H11 886M," Siraj al-Huda oleh Muhammad Zayn ai-Din ibn Muhammad Badawi al-Sambawi pada tahun 1302-1303H11 885- 1 886M, 'Aqidat al-Najinji 'JIm Usul ai-Din karangan Zayn al-• Abidin Muhammad al-Fatani tahun 1308H11890M.

Teks Umm al-Barahin digunakan sebagai bahan pengajaran di Melaka" pada pertengahan abad ke-13H119M seperti diakui oleh Abdullah bin Abdul Kadir

74. Lihat perb:lhasan tentang h:ldith·hadith ini dim. (Lutpi Ibrahim "al-Firaq al-Islamiyyah : Suatu perkembangan pemikiran Islam. dlm. lslamika. IV, him. &6·96). H3..-.il kajian tersebut menunjukkan b.ahawa hadith-hadith mengenni ol·Firaq al-Islamiyyah tidak menepati realiti. di sa.mping percangg3han daJam pelbagai riwayal yang cukup ketara.

75 . Abdul Rahman Hj . Abdullah. Pemikiran Umal !.flam di Nusan{ara. him. 108. 76. Abdul Rahman Hj. Abdullah. Islam dolam Sejarah A.ria Tenggara. him. 144. 77. Mohd. Nor Ngah. Kitab Jawi. him. 7. 78. Abdullah bin Abdul K.dir Munsyi. Hikn}'at Abdullah. him. 55.

101

Page 19: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

ItSA.t..-USUl. Pf.NGARUH DAN Kf.SAN ItURAN ltJ.rltSY'ARI DAN AL·ASYA'IRAH

Munshi (m.1271WI854M)." Pada abad ke-14H/20M, lahir pula tokoh alim yang produktif iaitu Syaikh

Dawud ibn' Abdullah al-Fatani. Oi antara kitab-kitabnya yang membahaskan Sifat Dua Puluh ialah al-Durral-Thamin pada tahun 1232WI816M dan Sifat Dua Puluh yang bertulisan tangan.

Di Kelantan, Haji Abdul Samad bin Muhammad Salih (1256-1309WI840-1891 M) yang digelarTuan Tabal membahaskan Sifat DuaPuluh menerusi kitabnya Hi Kifayat al- 'Awwam.

Di Kedah pula, Muhammad Tayb bin Mas'ud al-Banjari daripada keturunan Muhammad Arsyad al-Banjari membahaskannya dalam kitabnyaM iftah al-Jannah.

Di Pulau Penyegat, Kepulauan Riau-Lingga, kitab Umm al-Harahin diajaroleh Raja Ali bin Raja Ahmad.'" Di sini juga seorang putera Sultan Melayu Riau bernama Engku Haji Muda Raja Abdullah (m.1275HII858M) didapati mempelajarinya sebagai sebahagian daripada pelajaran agamanya." Kitab-kitab lain ialah Minhaj al- 'Abidin oleh al-Ghazali dan Jawhar al-Tawhid oleh Ibrahim al-Laqani.

Aliran kalam yang berkembang di Nusantara adalah bersumberkan ajaran Sifat Dua Puluh menurut huraian al-SanusiK2 dalam kitabnya itu yang pada asasnya merupakan fahaman al-Asya'irah yang juga terpengaruh dengan falsafah Greek."

Berhubung dengan aspek kedua di sini anal isis akan dibuat terhadap beberapa kandungan da!am bahan-bahan pengajaran mereka.

Dalam persoalan teologi, tokoh-tokoh ulamak yang mengarang kitab khususnya kitab-kitab Jawi memberikan penekanan mereka kepada pelbagai aspek. Kebanyakannya menumpukan perhatian mereka dengan menjelaskan sifat dan zat Allah, rasul dan nabi, jin, malaikat, kejadian alam dan man usia. Topik-topik tersebut merupakan'tema teologi yang utama dibahaskan seeara terperinei.

Oleh kerana, hampir kesemua tokoh ulamak Melayu menganuti fahaman al­Asya' irah (Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah), kandungan tulisan mereka itu seeara langsung menjelaskan pendapat atau akidah al-Asy' ari dan al-Asya' irah itu sendiri.

Dalam artikel ini, anal isis hanyadilakukan kepada beberapa aspek teologi yang difikirkan penting .

Pertama sekali, boleh dikatakan hampir keseluruhan kitab yang membiearakan persoalan akidah tidak terlepas daripada membiearakan ajaran Sifat Dua Puluh ini

79. Omar Aw::mg, ''The Major Arabic Source. .. which detennined the structure or Islamic Thought in the Malay Archipelago berore the nineteenth century A.D in the field orlaw, theology and sufism" dlm. lrlamilw , I, him. 83,

80. Raja Ali Haji, Tuhfat al-Naji.f, him. 335. 81 . Omat Awamg, "The Major Arabic Sources which determined the structure or Islamic Thought in the' Malay

Archipelago berore the nineteenth century A.D in the field arlaw. theology and sufism", dlm. /-fiamika. i, him. 83,

82 . Frederick 1. Barny, "The Creed or aI-S':lnusi", dim. MW. 1::m 1933, XXIII (23). him. 46-55 . 83 . Mohd. Nor Ngah, Kitab Jawi. him. 10.

102

Page 20: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

MALAYSIA dDri .ug; SEJARAH

berasaskan ajaran al-Asy' ari yang pada peringkat permulaannya hanya menetapkan tiga belas (13) sifat Allah yang wajib diimani oleh setiap orang yang beriman.

Perubahan berlaku ke atas doktrin ini apabila dua orang daripada golongan al­Asya'irah iaitu al-Baqillani dan Imam al-Haramayn telah menambahkan tujuh (7) lagi sifat kepada Allah sebagai tambahan kepada tiga belas (13) sifat yang sediaada. Ini menjadikannya berjumlah dua puluh. Justeru itu, sifat-sifat wajib Allah lebih dikenali sebagai Sifat Dua Puluh'"

Pendapat mereka ini telah diambil dan dimasukkan oleh al-Sanusi dalam kitabnya, Umm al-Barahin yang kemudiannya menjadi salah satu kitab yang membentuk struktur pemikiran Islam di Malaysia."

Bersesuaian dengan keadaan yang melahirkannya itu yang tidak mendorong kegiatan berfikir, ajaran Sifat Dua Puluh itu tidaklah dapat membentuk asas keimanan yang kukuh, bahkan hingga ke hari ini tidak ramai orang Melayu-Islam yang memahaminya. Kenyataan di atas dapat diperkuatkan menerusi pendapat oleh Prof. H.M. Rasyidi, Prof. Harnka dan lain-lain.

Prof. H.M. Rasyidi dalam komentarnya mengatakan bahawa rangkaian Sifat Dua Puluh itu jelas merupakan reaksi yang dicari-cari terhadap falsafah Greek, sifat-sifat itu tidak terdapat bentuknya dalam al-Qur'an atau hadith, dan telah menyebabkan orang berfikir memahami secara yang tidak sihat. Sebenarnya lebih wajar untuk memahami kewujudan Tuhan secara merenung alam sebagaimana diwahyukan al-Qur'an.K6

Prof. Hamka juga menegaskan bahawa ajaran Sifat Dua Puluh itu bukannya menambahkan keyakinan umat, sebaliknya menambahkan keraguan dan malah boleh mengelirukan lagi. M7

Berhubung dengan persoalan inijuga, golongan Wahhabi atau Islah (aliran al­Salafiyyah yang menuruti ajaran Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan Muhammad Ibn 'Abd aI-Wahab) juga menolak ajaran Sifat Dua Puluh."

Menurut A. Hassan Bandung, Abu Mansur al-Maturidi yang menjadi Imam mazhab Hanafi telah menambahkan 13 sifat Allah dengan sifat-sifatma 'nawiyyah hingga menjadi 20 sifat kesemuanya."

Tujuh (7) sifat mL/'nawiyyah (yang bukan berasal daripada Abu Hassan al­Asy'ari, imam Tauhid bagi penganlJt mazhab Syafi'i, sebenarnya tidak perlu kerana sudah tersimpul dalam 13 sifat tersebu. Bahkan ia tidaklah menambah terang, tetapi bertambah kebingungan.

84. Ibid. 85. Omar Awang. Nusanlara, No. 2, Julai. Mm. 157-168. 86. H.M. Rasyidi. "Unity and Diversity in Islam" dim. Kenneth W. Morgan (ed), Islam - Tht SuaighlPalh. him.

409. 87 . Hamka, Prinsip dan KtbijaJcsanaon Dakwah Islam, him. 240-241. 88 . Abdul RahrlUUl Haji Abdullah. Gualuut Islah di Pulis: Stjarah dan Ptmikiran. him. 56. 89 . A. Hassan Bandung. Kilab al-Tallhid. him. 25.

103

Page 21: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

ASAL-USUL. PENGARUH DAN KESAN AURAN Al.--ASYi1Rf DAN AL-ASYA'IRAH

Apa perlunya kita berkata; Allah bersifat berkuasa, kemudian kita menambah lagi dengan mengatakan: Allah dalam keadaan berkuasa. Kalau kita berkata: Allah bersifat ilmu, sudah tentu Ia dalam keadaan berilmu. Dengan menambahkan kalimat (kaunuhu - keadaan) itu, jika boleh dipandang sifat, sudah tentu enam (6) sifat yang pertama juga perlu ditambah dengan kaunuhu juga, padahal tidak ada ulamak yang berpendapat begitu.'"

Kedua: Persoalan mengenai perbuatan manusia. Dalam hal ini; penulis-penulis kitab tersebut mengatakan bahawa Allah S.W.t sejak azali lagi telah menetapkan segala sesuatu, sarna ada baik, jahat, iman dan kafir. Kenyataan ini adalah selaras dengan akidah al-Asy'ari yang mengatakan perbuatan manusia dijadikan (makhluqah) oleh Allah s.w.t'J

Dalam pemikiran al-Asya'ari, manusia tidak berkuasa di atas perbuatannya kerana ia adalah akibat daripada kehendak Allah. Dengan kata-kata lain, manusia dipaksa (al-Jabr) dalam perbuatannya yang dikehendaki oleh Allah dan dia tidak diberi pili han untuk melakukannya atau menolaknya. Ini bererti kalau seseorang itu menjadijahat, ia adalah atas kehendak Allah yang mahu supaya ia menjadi jahat dan begitulah sebaliknya.

Ajaran seperti ini diikuti pula oleh al-Asya'irah" yang temyata tidak dapat melepaskan diri mereka daripada fahaman al-Jabariyyah" kerana mereka percaya bahawa tidak ada mu'aththir (pelaku) yang sebenar selain daripada Allah S.W.1.

Ajaran yang seumpama inilah banyak didapati dalam kitab-kitab agama khususnya kitabJawi." Lantaran itu, ia telah meninggalakan kesan yang mendalam dalam pemikiran umat Islam sehingga orang-orang Melayu lebih cenderung menyerah kepada takdir daripada berusaha mengatasi sesuatu perkara.

AI-Qur' an, jelas membuktikan bahawa kepercayaan seperti ini tidak menepati realiti yang dituntut oleh Allah. Terdapat banyak ayat al-Qur' an menjadi jawapan kepada persoalan tersebul.

Diantaranya seperti firman Allah berikut: "Tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan"" dan "barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalannyadan barangsiapa yang membawa amal yang jahat, makadia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedangkan mereka itu sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)"."

Oleh itu, jika seseorang itu dipaksa (majbur) di dalam perbuatannya, sudah tentu ia mempunyai hujah yang kuat di hadapan Allah s.w.t, apabila Allah mahu

90. A. Hassan Bandung. Kilab al-Tauhid. him. 23-24. 91. AI-Asy'ari, Maqalal a/-/s/amiyyin. I. him. 321: af-/banal!, him. 23, 92. AI-Baghdadi ol-Farq, him. 328. 93. la'far Subhani, Ma'alim al-Tawhid. him. 308. 94. Ibrahim al-Laqani, Jawhar al-Tawhid, him. 27: 'Ulhman bin' Abdullah bin Yahya. Kitab Sifot Dua Puluh,

him. 17. 95. AI-Qur'an. surah Taha (20): 15. 96. AI-Qur'an, surah al-An'am (6): ISO.

104

Page 22: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

MAlA YSIA dari seg; SEJARAH

menyiksanya di atas perbuatan maksiatnya yang telah dikehendaki Allah S.W.t kerana dia tidak diberi pilihan untuk tidak melakukannya."

Berhubung dengan aspek ini, ajaran Mu'tazilah ternyata lebih rnudah difahami oleh orang-orang awarn kerana mereka mengatakan rnanusialah yang rnelakukan perbuatannya sama ada baik ataupun jahat dengan kuasa yang Allahjadikan kepada dirinya. Walaupun begitu, Mu'tazilah dianggap sebagai golo~gan rnurtad dan dilaknat oleh Allah."

Ketiga: Persoalan asal-usul rnanusia dan kejadian alamo Berdasarkan kepada beberapa buah kitab dikatakan bahawa manusia dan alam dijadikan daripada Nur Muhammad. Nur atau cahaya itu digarnbarkan dalam bentuk seekor burung merak yang diciptakan pula daripada permata putih. Kemudian Allah menjadikan sebatang pokok iaitu aL-muttaqin untuk rnenempatkan burung merak itu. Ia memuji-muji Allah selama tujuh puluh ribu (70,000) tahun . Selepas itu Allah menjadikan cermin dihadapannya dan apabila burung merak melihat gambaran dirinya, ia merasa malu dan mulai berpeluh.

Titis-titis pelunya itu bertukar menjadi ruh para nabi, sahabat-sahabat Nabi Muhammad seperti Abu Bakr, 'Umar, 'Uthman, 'Al i dan segala sesuatu dalam alam ini. Nur atau cahaya itu kemudian bersujud selama lima kali dan ia menjadi asal-usul sembahyang lima waktu setiap hari bagi umat Islam'"

Bagaimanapun, keterangan tentang cerita-cerita di atas lebih menampakkan unsur-unsur khayalan. Ini disebabkan tidak adanya sandaran atau nas-nas yang sahih daripada mana-mana ayat al-Qur'an-"KI

Besar kemungkinan, cerita-cerita seumpama ini diambil daripada Ka'b al­Ahbar yang dikenali sebagai seorang yang banyak mengajar ajaran-ajaran Yahudi, isra'i/iyyat dan hadith-hadith yang penuh dengan khurafat dan keraguan yang diperolehinya daripada kitab Taurat.

97 . Lihat ay.at·ayat aJ·Qur'an berkaitan dengan kebebasan manusia dalam perbualan. Surah al-An'am (6): 160; surah Saba' (34): 4; surah Falir (35): 5; suro.h al-Safat (37): 7 dan Jain-lain.

98. Ibrahim aJ-l...aqani, lawhar al-Tawhid. him. 27. 99. Nur .al·Din .al·Raniri. Bad' al-Khalaq al-Samawal wa ai-'Ard, him. J4: Zayn al- 'Abidin bin Muhamm.ad .. 1-

Fatani, Kasyf al·Ghaybiyyah. him. 3; Ahmad bin Muhammad Yunus l...angka. Daqa'iq u[-Aklibur, him. 2-3. 100. Lihat; Suta1l .al-Anbiya' (22) 5, Allah berfinnan : "Hai manusia. jika kamu dalam keraguan ICnlang

kebangkitan (dan kubur) maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami lelah menjadikan kamu d.ari (anah. kemudian d.ari seleles mani, kemudi.an dari segumpal darah, kcmudian dari scgumpal dnging y.ang sempuma kejadiannya dan yang lidak sempuma. agar Kami jcla .. k.an kcpada kamu dan Kami tctapkan d.al.am mhim. apa yang Kami kehendaki samp.ai waklu yang sudah ditcntukan, kemudian K.ami keluarkan knmu sebag.ai bayi, kemudian (dengan bernnsur-ansur) kamu ~mpailah kepadakedewasaan dan di anl.arn. kamu ad.ayang diwafar.k:m d:m (ada pula) di nnlara kamu yang dipanjangkan umumya sampai nyanyuk supaya tidak mengelahui Jagi sesualupun yang dahu)unya lelOlh dikclahuinya".

105

Page 23: ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL … · 2017. 3. 7. · ASAL-USUL, PENGARUH DAN KESAN ALIRAN AL-ASY'ARI DAN AL-ASYA'IRAH DI MALAYSIA DAN KEPULAUAN MELAYU WAN

ASAL·USUL. PENGARUH DAN KESAN AURAN AlrASY~RI DAN AL·ASYA 'IRAH

KESIMPULAN

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa sikap atau sifat orang Melayu temyata mempunyai kaitan yang rapat dengan aspek akidah yang diimani oleh mereka. Kelemahan dalam akidah menyebabkan kelemahan dalam cara berfikir dan bertindak.

Kedua: Kepercayaan kepada aspek-aspek tahyul, khurafat, bid'ah dan seumpamanya tidak dapat dihindari kerana banyak unsur seperti itu terdapat dalam ajaran-ajaran yang dimomokkan dalam pernik iran mereka.

Ketiga: Pemahaman terhadap agama sukar terutama dalam masalah akidah kerana kandungannya yang tidak menepati realiti. Sikap fanatik mazhab agak ketara kerana ketiadaan ciri-ciri keterbukaan dalam berfikir hingga akhimya mendorong orang Melayu haya berusaha memahami Islam menerusi ibadat dan mu' amalat wa!aupun tidak begitu mendalam.

Keempat: Aliran sufi juga mendapat tempat kerana menuru! Iqbal,IOI permasalahan dalam teologi yang sulit mengalihkan mereka kepada sufi yang sesuai denganjiwa mereka yang tidak gemar berfikir. Kesannya, ajaran-ajaran tariqat timbul dan memungkinkan sebahagiannya mengambil kesempatan di atas kelemahan orang-orang Melayu untuk kepentingan mereka. Kelima: Salah faham tentang Islam turut sarna timbul hingga menyebabkan daya tolak wujud terhadap Islam (yang difahami dalam skop yang terbatas) dan membawa mereka kepada daya tarik ke arah sekularisme (pemisahan agama).

101. Iqbill . The Recon.ftruct;()f1 of Rdi,;ious Thought in I.flum, him. 150.

106