kesan beriman kepada masyarakat

Click here to load reader

Post on 24-Nov-2015

63 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kesan beriman kepada masyarakat

TRANSCRIPT

KESAN BERIMAN KEPADA MASYARAKAT

AINA, NABILAH , ABIRAH & SYAHMINDALAM KEHIDUPANKESAN & PENGARUH PENGAJIAN AKIDAHPim 3112pendahuluan MANUSIA TERDIRI DARIPADA JASAD & ROH- masing-masing bergantung antara satu sama lain.

TEORI-TEORI PSIKOLOGI BARAT MEMBENARKAN KEWUJUDAN HATI NURANI.- manusia dipandu oleh kekuatan dalaman dalam kehidupan seharian.

3 KEPERLUAN MUSLIM:IMAN UKHUWAH - MATERIAL

DEFINISIBAHASA:Percaya & yakinISTILAH:Kepercayaan yang meresap ke dalam hati, dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. TENTANG IMAN

IMAN memandu manusia ke arah peribadi yang diredhai Allah

IMAN menentang keinginan hawa nafsu yang menjurus ke arah maksiat

IMAN terdapat pelbagai cabang.Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Iman itu memiliki 70 cabang (riwayat lain 77 cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaahaillaLlah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman. (HR Muslim).KESAN BERIMAN DALAM KEHIDUPAN(keluarga dan MASYARAKAT)

KELUARGA123

masyarakatMasyarakat yang aman daripada gejala sosial atau maksiatKeimanan yang mendalam menggalakkan diri seseorang melakukan amalan yang hanya diredhai-Nya di samping meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Hal ini kerana orang yang beriman memahami hikmah perintah & larangan-Nya. Terdapat sepotong hadith yang membuktikan bahawa iman mampu menjauhkan diri dari maksiat:

Tidak berzina seseorang yang berzina, sedangkan ketika ia berzina dalam keadaan beriman, tidak mencuri seseorang pencuri itu sedangkan ia dalam keadaan beriman, dan tidak minum arak seseorang peminum arak sedangkan ia dalam keadaan beriman [Riwayat Bukhari & Muslim]

Melahirkan :

Masyarakat yang berfikiran luasMenurut al.Maududi, orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin mempunyai pandangan yang sempit kerana dia percaya kepada Yang Menciptakan langit dan bumi, Pemilik alam semesta, Pemilik barat dan timur, Pemberi rezeki dan Pendidik makhluk. Tidak ada sesuatu pun dalam alam ini yang dapat menghalang dan membataskan rasa cintanya dan kecenderungannya untuk memberi pertolongan dan khidmat kepada sesama manusia.3. Masyarakat yang bersatu padu (keutuhan ukhuwah)Maksudnya: Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana [Al-Anfal 8:63]

Melahirkan :

4. Masyarakat yang sensitif terhadap kemungkaranBarangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu, maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya. Yang demikian itulah selemah-lemah iman [Riwayat Muslim]

Hadith di atas telah menyatakan selemah-lemah iman adalah mereka yang mencegah kemungkaran dengan hati.Jadi jelaslah keimanan seseorang mampu dinilai tahapnya menerusi cara pencegahannya. Iman mempengaruhi keupayaan seseorang untuk mencegah kemungkaran kerana iman mendorong untuk menjauhi kemungkaran bukan terhadap diri sendiri sahaja, malah menjaga persekitaran supaya sentiasa berada dalam keadaan yang diredhai-Nya.

Melahirkan :

5. Masyarakat yang bertanggungjawab

Apabila sudah memiliki iman yang kukuh dan menanamkan perasaan cinta kepada Islam, maka dengan sendirinya ia akan menghasilkan sifat bertanggungjawab dalam diri untuk melakukan kebaikan di samping menanamkan sikap berwaspada agar tidak terjerumus dalam kencah dosa dan maksiat.Melahirkan :

KESIMPULANIMAN yang terpelihara menjamin peribadi yang diredhai Allah. Jatuh naik iman memberikesan kepada tingkah laku manusia. Apa yang diperlukan sekarang ialah peribadi yang kental imannya untuk membina keluarga yang beriman, seterusnya masyarakat, negara dan Ustaziatul Alam insyaAllah!! Takbir!