kertaskerjainovasi-140910021246-phpapp02

7
TAJUK PROJEK Projek Perangkap Tikus Menggunakan Bahan Terbuang. PENGENALAN Kami menjalankan projek penangkapan tikus menggunakan bahan terbuang. Kajian ini dijalankan bertujuan menangkap tikus yang banyak berkeliaran di kantin sekolah. Kajian ini dijalankan oleh 12 orang pelajar yang dipimpin oleh Puan Rohana Abdul Rahman selaku guru penasihat kelab. Pemilihan projek perangkap tikus adalah bertujuan untuk membendung populasi tikus yang semakin bertambah yang akan menyebabkan wabak penyakit yang dibawa oleh tikus tersebar seperti leptospirosis. Leptospirosis atau penyakit kencing tikus boleh menyerang manusia melalui air yang dicemari dengan air kencing tikus tersebut menyentuh bukaan pada kulit, mata atau dengan selaput lendir. Tikus merupakan sejenis mamalia yang mempunyai habitat di kawasan tempat tinggal manusia. Tikus merupakan haiwan perosak yang selalu mengundang kesusahan buat manusia, amnya. Hal ini demikian kerana, tikus merupakan binatang yang paling kotor, mencemari makanan dan merosakkan harta benda. Sekiranya tiada langkah pencegahan yang diambil, sudah tentu ramai manusia terpaksa menanggung risiko penyakit berbahaya termasuk kos rawatan yang tinggi. Oleh itu, kami telah mencipta alat untuk menangkap tikus menggunakan kos menjimatkan yang beranggaran RM 1.00. Alat ini akan memudahkan masyarakat membinanya sendiri. Selain itu, kita juga dapat mengitar semula bahan terbuang, menjimatkan kos dan sekaligus dapat memelihara alam sekitar. OBJEKTIF I. Menggunakan bahan terpakai untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar . II.Memanfaatkan bahan terpakai dengan lebih efisyen . III. Dapat mengurangkan penyakit berjangkit dengan mengurangkan bilangan tikus. IV. Meningkatkan lagi kadar kebersihan alam sekitar. RASIONAL PROJEK I. Mengurangkan populasi tikus. II. Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran. III. Mengelakkan populasi haiwan perosak yang lain di kawasan tersebut. IV. Mengurangkan penyakit berjangkit yang dibawa oleh tikus. V. Menjimatkan kos menggunakan bahan terbuang. VI. Mengitar semula bahan terbuang yang mengambil masa yang lama untuk lupus. VII. Mengurangkan tahap pencemaran alam sekitar.

Upload: alkubra313

Post on 11-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

,

TRANSCRIPT

Page 1: kertaskerjainovasi-140910021246-phpapp02

TAJUK PROJEK

Projek Perangkap Tikus Menggunakan Bahan Terbuang.

PENGENALAN

Kami menjalankan projek penangkapan tikus menggunakan bahan terbuang. Kajian ini dijalankan bertujuan menangkap tikus yang banyak berkeliaran di kantin sekolah. Kajian ini dijalankan oleh 12 orang pelajar yang dipimpin oleh Puan Rohana Abdul Rahman selaku guru penasihat kelab.

Pemilihan projek perangkap tikus adalah bertujuan untuk membendung populasi tikus yang semakin bertambah yang akan menyebabkan wabak penyakit yang dibawa oleh tikus tersebar seperti leptospirosis. Leptospirosis atau penyakit kencing tikus boleh menyerang manusia melalui air yang dicemari dengan air kencing tikus tersebut menyentuh bukaan pada kulit, mata atau dengan selaput lendir.

Tikus merupakan sejenis mamalia yang mempunyai habitat di kawasan tempat tinggal manusia. Tikus merupakan haiwan perosak yang selalu mengundang kesusahan buat manusia, amnya. Hal ini demikian kerana, tikus merupakan binatang yang paling kotor, mencemari makanan dan merosakkan harta benda. Sekiranya tiada langkah pencegahan yang diambil, sudah tentu ramai manusia terpaksa menanggung risiko penyakit berbahaya termasuk kos rawatan yang tinggi.

Oleh itu, kami telah mencipta alat untuk menangkap tikus menggunakan kos menjimatkan yang beranggaran RM 1.00. Alat ini akan memudahkan masyarakat membinanya sendiri. Selain itu, kita juga dapat mengitar semula bahan terbuang, menjimatkan kos dan sekaligus dapat memelihara alam sekitar.

OBJEKTIF

I. Menggunakan bahan terpakai untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar .II. Memanfaatkan bahan terpakai dengan lebih efisyen .III. Dapat mengurangkan penyakit berjangkit dengan mengurangkan bilangan tikus. IV. Meningkatkan lagi kadar kebersihan alam sekitar.

RASIONAL PROJEK

I. Mengurangkan populasi tikus.II. Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran.

III. Mengelakkan populasi haiwan perosak yang lain di kawasan tersebut.IV. Mengurangkan penyakit berjangkit yang dibawa oleh tikus.V. Menjimatkan kos menggunakan bahan terbuang.

VI. Mengitar semula bahan terbuang yang mengambil masa yang lama untuk lupus.VII. Mengurangkan tahap pencemaran alam sekitar.

-1-

Page 2: kertaskerjainovasi-140910021246-phpapp02

SKOP DAN LIMITASI PROJEK

SKOP PROJEK- Alat penangkap tikus yang telah kami reka dapat digunakan secara pakai buang. Hal ini

kerana, bakteria yang dibawa bersama tikus yang ditangkap amat berbahaya untuk disentuh. Oleh itu, alat ini hanya perlu dibuang setelah digunakan.

- Oleh kerana bahan yang digunakan untuk membuat alat ini senang didapati, maka proses pembuatan alat ini amat mudah dan dapat dibuat di mana-mana sahaja sama ada di rumah, sekolah, dan sebagainya.

LIMITASI PROJEK

- Sepanjang melakukan projek ini,kami telah menghadapi kesulitan untuk ke tempat kajian kerana perlu mendapat keizinan daripada pihak pengurusan kantin kerana kaji selidik yang kami jalankan setelah waktu persekolahan berakhir.

- Kami juga terpaksa menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak bagi menyiapkan projek ini kerana waktu yang terhad. Oleh itu, terdapat beberapa subjek yang tidak dapat kami ikuti.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

KEPENTINGAN

i. Bilangan tikus dapat dikurangkanii. Pencemaran dapat dikurangkan

iii. Membantu meringankan kos kerajaan untuk menangkap tikus iv. Mengurangkan pembaziran bagi kos rawatan penyakit yang dibawa tikus

IMPAK

i. Mengurangkan populasi tikus melalui alat iniii. Peratus habitat untuk tikus akan menurun

iii. Kesihatan masyarakat akan lebih terjaga kerana persekitaran yang lebih bersih

-2-

Page 3: kertaskerjainovasi-140910021246-phpapp02

ANGGARAN KOS PROJEK

Bil. Peralatan Kos seunit (RM)1. Gunting (sedia ada)2. Benang (sedia ada)3. Pisau pemotong (sedia ada)4. Hot glue gun (sedia ada)5. Botol mineral plastik (kitar semula)6. Batang sate (kitar semula)7. Gelang getah (kitar semula)8. Paku (kitar semula)9. Klip kertas 0.2010. Hot glue gun stick 0.80

Jumlah 1.00

TINJAUAN/KAJIAN LITERATUR

Pelbagai kaedah penyelidikan yang telah kami jalankan. Antaranya ialah melalui kaedah pemerhatian,kaedah kaji selidik dan juga kaedah temu ramah.

Oleh itu, kami telah membuat pemerhatian dengan meninjau keadaan di kantin pada waktu tamat sesi persekolahan untuk mendapatkan kenyataan seperti yang telah dinyatakan oleh pihak pengurusan kantin. Kami telah mendapati keadaan stor kantin yang gelap dan terdapat sumber makanan yang banyak merupakan antara faktor stor tersebut menjadi tempat tinggal bagi tikus-tikus tersebut.

Selain itu, kami juga telah menggunakan kaedah kaji selidik dengan meletakkan dua keping roti pada salah satu sudut di dalam stor tersebut. Pada keesokan harinya, kami mendapati bahawa terdapat sisa-sisa roti di tempat kaji selidik kami. Hal ini membuktikan bahawa stor tersebut memang terdapat tikus-tikus.

Tambahan pula,kami telah menemu ramah seorang kakitangan kantin dan beliau telah menyatakan bahawa tikus-tikus tersebut telah mencemari bekas-bekas yang digunakan untuk memasak yang sebelum ini telah dicuci oleh mereka. Hal ini telah membebankan pihak kantin untuk mencuci bekas tersebut semula. Oleh itu, kami juga telah meninjau aspek kebersihan stor dan mendapati terdapat najis-najis tikus di sudut-sudut stor tersebut

KAEDAH PENYELIDIKAN ATAU METODOLOGI PROJEK

METODOLOGI PROJEK

Pembinaan model Membaiki kekurangan pada model Menguji keberkesanan model dengan meletakkannya di kantin sekolah Menilai

-3-

Page 4: kertaskerjainovasi-140910021246-phpapp02

PELAN PERANCANGAN PROJEK

Mula

Taklimat projek

Pemilihan Tajuk Projek dan Penyediaan Kertas Cadangan

Pembentangan Kertas

DiterimaDiterima

Aktiviti ProjekAktiviti Projek

Penyerahan hasil projek dan draf laporan

Penyerahan hasil projek dan draf laporan

Diterima

Diterima

Membentang projek

Menghantar laporan

Menyemak laporan dan menilai hasil projek

Pembetulan

TIDAK YA

Penambahbaikan

TIDAK YA

Guru Pembimbing Projek

Murid

Ketua Kumpulan

Guru Pembimbing

Murid

Murid

Panel/guru pembimbing

Membuat Kesimpulan

-4-

Page 5: kertaskerjainovasi-140910021246-phpapp02

KESIMPULAN

Menyedari tentang masalah yang selalu dihadapi oleh pekerja-pekerja kantin,kami telah memasang perangkap tikus yang telah kami cipta daripada bahan buangan. Impak positif telah dapat dilihat dengan perangkap yang kami pasang dikantin sekolah telah berjaya menangkap seekor tikus. Diharapkan dengan adanya alat ini,dapat membantu mengurangkan kadar populasi haiwan perosak di negara kita.

Pada masa yang sama,alat ini juga dapat mengurangkan lagi kadar pencemaran alam sekitar. Seterusnya, dapat meningkatkan kualiti kebersihan. Penciptaan alat ini mampu mengurangkan kos kerajaan untuk memproses semula bahan-bahan terbuang tanpa memanfaatkannya terlebih dahulu. Akhir sekali, alat ini akan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kegunaan bahan-bahan terbuang.

-5-

Page 6: kertaskerjainovasi-140910021246-phpapp02

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DURIAN GULING,MARANG, TERENGGANU

PROJEK PERANGKAP TIKUS MENGGUNAKAN BAHAN TERBUANG

PROJEK PERANGKAP TIKUS MENGGUNAKAN BAHAN TERBUANG

Page 7: kertaskerjainovasi-140910021246-phpapp02

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DURIAN GULING

AHLI KUMPULAN :

MOHD AMIRUL AIMAN BIN MOHD TARMIZI 980830-06-5521

MOHD AZMAN BIN AWANG 980202-29-5019

MUHD HAKIMI BIN MOHD LAJI980202-11-5575

AHMAD MIZWAR FIKRI BIN BAHARUDDIN980207-11-5371

MUHD FIRDHAUS BIN MAKHTAR 980531-11-5867NURUN NADHIRAH BINTI MOHAMAD980727-04-5098ASMA FATHIYAH BINTI ABD JALIL980520-11-5466NURAINI BINTI ISMAIL981004-11-5624NUR NAYLI BINTI MAZUKI980808-10-6366IFFAH MUKTASIMAH BINTI MOKHTAR980102-11-5092AISYAH ATIQAH BINTI ABDUL990101-11-7140NURAIN BINTI ALI 980607-11-5346