kertas konsep

16
KERTAS KONSEP SELANGKAH KE PROGRAM INKUSIF BERKESAN : PERANAN GURU, IBUBAPA, SEKOLAH DAN PIHAK LUAR. ABSTRAK Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana mereka memasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana dan mengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Walaupun banyak isu berbangkit namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Objektif kertas kerja ini adalah ingin merungkai setiap satu masalah berkaitan dengan perlaksanaan program inklusif yang berkesan. Permasalahan ini banyak berkaitan dengan kekeliruan peranan yang dihadapi oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Setiap individu di sekolah perlu memainkan peranan penting bagi menjamin keberkesanan program inklusif yang dilaksanakan.Namun kekeliruan dan kekurangan maklumat tentang bidang tugas dan peranan setiap pihak menyebabkan banyak isu yang dibangkitkan. Antara isu yang sering diutarakan ialah burn-out dikalangan guru aliran perdana mengajar pendidikan khas. Oleh itu kertas kerja ini diharap dapat mengupas isu apakah peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh

Upload: siti-khadijah

Post on 25-Jun-2015

7.161 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP

SELANGKAH KE PROGRAM INKUSIF BERKESAN : PERANAN GURU, IBUBAPA, SEKOLAH DAN PIHAK LUAR.

ABSTRAK

Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam

pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana mereka

memasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana dan

mengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah

bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung.Walaupun banyak isu berbangkit namun implikasi

pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Objektif kertas

kerja ini adalah ingin merungkai setiap satu masalah berkaitan dengan perlaksanaan program

inklusif yang berkesan. Permasalahan ini banyak berkaitan dengan kekeliruan peranan yang

dihadapi oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Setiap individu di sekolah perlu

memainkan peranan penting bagi menjamin keberkesanan program inklusif yang

dilaksanakan.Namun kekeliruan dan kekurangan maklumat tentang bidang tugas dan peranan

setiap pihak menyebabkan banyak isu yang dibangkitkan. Antara isu yang sering diutarakan

ialah burn-out dikalangan guru aliran perdana mengajar pendidikan khas. Oleh itu kertas kerja ini

diharap dapat mengupas isu apakah peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh guru, ibu bapa,

sekolah dan pihak luar dalam menjayakan program inklusif yang berkesan di sekolah.

PENGENALAN

Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar

bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikan

khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan

menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan

perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di

Page 2: KERTAS KONSEP

sekolah. Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang

sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya.

Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini

adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program

inklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek

akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.Menurut

Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah

pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut juga

mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan

akademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan

kemahiran kefungsian hidup.

Oleh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan

mereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan

inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan

inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka amsing- masing bagi mengerakkan

pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak.

PERANAN GURU

Peranan guru sebenarnya telah berubah secara dramatic sejak beberapa dekad ini, iaitu berubah

daripada individu yang menyampaikkan ilmu dengan pengajaran secara terus kepada fasilitator

dan konsultan (Nancy D’isa Turner, 2008). Ini adalah benar kerana sekarang guru bukan sahaja

sebagai penyampai maklumat namun melangkaui perhubungan yang lebih rumit dan mendalam.

Guru menjadi bahan rujukan kepada beberapa aspek dalam kehidupan tidak kira dalam aspek

pendidikan mahupun rohani.

Selepas keluarga, guru merupakan salah satu pihak yang paling berpengaruh dalam

pendidikan murid pendidikkan khas. Mereka berperanan sebagai sumber sokongan yang

berterusan kepada ibubapa( Eitan, Rachel & Zohar 2009). Ini adalah kerana sokongan dan

Page 3: KERTAS KONSEP

perhatian yang guru berikan kepada murid pendidikan khas ini membuka mata ibubapa tentang

kepentingan pendidikan inklusif dan memberi sokongan moral kepada mereka.

Dalam melaksanakan pendidikan inklusif yang berkesan guru pendidikan khas

memainkan peranan penting kerana mereka perlu mempunyai pengetahuan unik sebagai amalan

yang terbaik bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan konsultasi bersama guru aliran

perdana (Lim Kilanowski et.al 2010). Pengetahuan dan pengalaman mereka berinteraksi dan

berhubung dengan murid pendidikan khas memberikan mereka kelebihan dalam menjalinkan

hubungan dengan guru aliran perdana. Mereka perlu selalu berbincang dan mendapatkan idea

bagi mencari jalan penyelesaian tentang beberapa konflik pendidikan inklusif di dalam kelas

aliran perdana.

Pembelajaran kooperatif merupakan kaedah pembelajaran yang sinonim dengan

pendidikan ink;usif. Ini disokong dengan dapatan yang dikaji oleh Lim Kilanowski et.al 2010

yang menyatakan pembelajaran kooperatif merupakan model bagi amalan dalam inklusif yang

paling berguna. Dalam pembelajaran kooperatif guru pendidikan khas dan guru aliran perdana

akan berkerjasama di dalam pengajaran dan pembelajaran namun mengikut gaya masing- masing

dalam menyampaikan isi kandungan pembelajaran.

Menurut Frederickson et. al 2004 mendapati adalah satu kebiasaan dalam memaparkan

definisi kejayaan inklusif di kalangan guru melibatkan proses inkusif. Guru mula beberapa

bentuk sokongan dan program peningkatan kemahiran bagi masyarakat. Ini adalah penting bagi

memastikan semua pihak yang berkenaan memndapat latihan dan pendedahan yang berterusan

mengenai program inklusif yang berkesan. Guru juga memainkan peranan yang sangat penting

dalam kejayaan program inklusif (Burrack, Root et.al 1997) yang turut menyatakan ianya ada

perkaitan program latihan perguruan yang mereka hadiri sebelum mula mengajar. Komitmen

guru dan sekolah dalam menjayakan program inklusif adalah salah satu perkara yang paling

penting dalam merealisasikannya. Ini disokong oleh Avramidis et.al 2000 yang menyatakan guru

dengan sikap positif adalah disebabkan ilmu pendidikan inklusif dan pendidikan khas yang

mereka perolehi semasa program latihan penguruan.

Selain itu para guru juga perlu dibina secara professional dan bersedia secara psikologi,

social dan sikap supaya dapat menghadapi situasi yang memerlukan mereka menyokong

Page 4: KERTAS KONSEP

pendidikan inklusif dengan apa cara sekalipun (Mittler, 2000) Ini adalah penting kerana banyak

karenah dalam pendidikan inklusif yang perlu mereka hadapi sepanjang karier mereka sebagai

guru inklusif. Karenah birokrasi sekolah, karenah rakan sekerja, karenah murid aliran perdana,

karenah murid masalah pembelajaran dan karenah ibubapa adalah perkara yang sering terjadi

dalam karier sebagai guru.

PERANAN IBUBAPA

Mengikut Cross, Traub, Shelton et.al 2004 dalam melaksanakan program inklusif yang berkesan,

ibubapa perlu :

Sentiasa berfikiran positif

Menjalin hubungan yang erat dengan guru

Mengenalpasti program intervensi yang bersesuaian

Menjalin hubungan sesame ibubapa murid khas yang lain

Berkolaborasi bersama guru khas, guru aliran perdana, pentadbir sekolah dan pihak luar.

Menghadiri kursus dan latihan keibubapaan

mendapatkan khidmat sokongan

Ibubapa perlu menjalinkan hubungan yang mantap dengan guru untuk melaksanakan intervensi

yang berkesan bagi mengenalpasti keperluan pelajar dan pengubahsuaian yang berkesan.(Cross,

Tranb & Shelton et.al 2004) Sebagai pihak yang paling rapat dengan murid pendidikan khas,

ibubapa adalah sumber maklumat yang paling penting bagi guru bagi melaksanakan sesuatu

program yang berkesan bagi murid inklusif

Menurut Vito L & Valerie Valenti 2010 sebagai salah satu pihak yang bertanggungjawab

dengan pendidikan anak mereka, ibubapa juga perlu diinklusifkan di mana mereka perlu terlibat

dengan latihan pembangunan staff. Ini adalah relevan kerana sesuatu program inklusif sukar

untuk berjaya kerana kekurangan sokongan dan penglibatan dari ibubapa. Jika ibubapa turut

terlibat secara tidak langsung dengan program inklusif, maka pelajar dengan sendirinya dapat

menyesuaikan diri dengan persekitaran inklusif.

Page 5: KERTAS KONSEP

Sesetengah sokongan dan latihan bukan sahaja menyediakan ibubapa dengan peralatan

yang boleh digunakan dalam situasi mereka, tetapi juga memahami bahawa mereka juga tidak

keseorangan. (Amanda A.A & Elaine Frankell 2010). Seperti yang diketahui ibubapa yang

mempunyai anak berkeperluan khas mengalami tekanan dalam membesarkan anak mereka.

Ibubapa ini selalunya mempunyai pengharapan yang tinggi terhadap anak mereka. Maka

sokongan daripada guru khususnya memberikan mereka satu suntikan semangat bahawa anak

mereka juga masih mempunyai peluang untuk menerima pendidikan sama seperti pelajar aliran

perdana yang lain.

Memberi pendidikan kepada ibubapa tentang pendidikan khas boleh meningkatkan

kesedaran dan menguatkan lagi kemahiran mereka semasa berhadapan dengan anak khas mereka

(Amanda A A & Elaine Frankel 2010). Ini adalah bertepatan dengan konsep pendidikan itu

sendiri di mana memberi ilmu yang berguna untuk diaplikasikan. Contohnya ibubapa yang

mempunyai anak disleksia boleh mengetahui cara untuk mengatasi masalah anak mereka dengan

mengenalpasti permasalahan anak mereka terlebih dahulu.

PERANAN PIHAK SEKOLAH

Sekolah boleh diumpamakan seperti tempat murid istimewa ini mendapatkan bekalan

ilmu yang berguna untuk meneruskan kehidupan mereka. Sekolah membentuk program yang

telah dikenalpasti bersesuaian dengan setiap individu murid berdasarkan penilaian oleh pihak

yang terlatih dengan kerjasama ibubapa. (Eitan, Rachel & Zohar 2009). Kolaborasi ini penting

kerana dengan adanya campur tangan ibubapa, guru dan sekolah dalam penilaian pendidikan

maka masalah keciciran pelajar, tersalah penilaian dan penempatan dan lain-lain dapat diatasi.

Menurut John C. 2010, pihak sekolah seharusnya menyediakan pelbagai bentuk latihan

dan sokongan kepada guru yang terlibat dalam program inklusif bagi memantapkan lagi

kemahiran guru dan seterusnya mengubah pandangan dan sikap guru terhadap program inklusif

yang dijalankan di sekolah. Ini adalah kerana ada segelintir guru yang mengajar murid inklusif

ini langsung tidak mempunyai latihan dan pengetahuan tentang program inklusif ini dan pelajar-

pelajar pendidikan khas. Ini menyukarkan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Page 6: KERTAS KONSEP

berjalan dengan lancar. Dengan adanya bantuan dari pihak sekolah ini maka kebajikan murid

berkeperluan khas ini lebih terjamin.

Pendidikan inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah secara asas. Dengan

meletakkan kepentingan mewujudkan persekitaran untuk pembelajaran inklusif dan

menyediakan peluang memgembangkan pendidikan secara professional yang mampan melalui

warga pendidik yang professional. (Stainbanck & Stainbanck 1990). Sekolah secara asasnya

akan berubah secara drastik apabila pendidikan inklusif diwujudkan secara berperingkat. Guru

pendidikan khas dan guru aliran perdana khasnya akan merasakan perubahan di mana sistem

pembelajaran yang boleh dimodifikasi akan digunakan semasa pembelajaran dan pengajaran

kepada murid inklusif.

Pihak sekolah seharusnya memastikan murid pendidikan inklusif benar-benar terlibat

secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga seharusnya diberi peluang

berinteraksi secara bermakna dengan guru dan rakan- rakan kelas yang lain serta murid khas itu

sendiri mendapat faedah daripadanya.(John Charema, 2010) Ini adalah kerana kepentingan

program itu sendiri adalah memberi peluang murid pendidikan inklusif ini untuk bersosialisasi

dan berintegrasi dengan murid aliran perdana agar memberikan impak yang berfaedah kepada

mereka. Menurut kajian oleh menyatakan murid berkeperluan khas yang berinteraksi secara

bermakna dengan murid aliran perdana didapati menjadi lebih bersemangat dan ceria semasa

proses pembelajaran dan pengajaran.(Jennifer Katz & Pat Mirenda 2002)

Pada asasnya pihak sekolah dan kerajaan seharusnya berkerjasama ke arah

mengimplementasikan dan memperkasakan falsafah, nilai dan prinsip dalam pendidikan inklusif

seperti mana yang telah ditetapkan oleh UNESCO 1994. Kerjasama ini adalah berguna dalam

menyediakan prasarana dan bantuan dari aspek tenaga pengajar dan kelas yang bersesuaian

dengan murid berkeperluan khas.

Page 7: KERTAS KONSEP

PERANAN PIHAK LUAR

Peranan pihak luar ini melibatkan banyak individu, sukarelawan, badan berkanun dan

badan tidak berkanun, pihak swasta, pakar terapi dan pihak berkepentingan. Penglibatan pihak

luar ini membawa banyak faedah bagi melancarkan lagi perjalanan pendidikan inklusif di

sekolah. Sokongan sukarelawan di dapati menjadi mekanisme sokongan kedua paling biasa di

dalam kelas inklusif (Lisa Kilanowski et. al 2010). Peranan sukarelawan ini penting kerana

mereka memudahkan dan membantu guru dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas

dan di luar kelas.

Selain itu peranan staff sokongan seperti penolong pembantu murid merupakan sumber

utama menyokong pelajar pendidikan khas di dalam kelas aliran perdana (Farrell, 1995) Staff

sokongan terutama penolong pembantu murid memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya

di dalam pembelajaran murid khas di dalam kelas aliran perdana. Ini terutama pelajar yang

mempunyai masalah fizikal dan tingkahlaku. Dengan adanya penolong pembantu murid, ini

membantu guru aliran perdana menyesuaikan diri secara beransur- ansur dan kepelbagaian

kecacatan murid berkeperluan khas ini.

Institusi pendidikan tinggi juga berperanan untuk mengkaji semula kursus kepada bakal

pendidik serta kurikulum mereka agar berfaedah kepada pelajar khas (Vito L & Valerie 2010).

Bakal pendidik ini perlu dibekalkan dengan ilmu pendidikan khas yang mencukupi bagi

memberikan persediaan kepada mereka dari aspek pembelajaran dan pengajaran. Selain itu pihak

berkuasa yang berkaitan pendidikan merasakan perlunya pengukuran bagi penempatan murid

berkeperluan khas untuk mengelakkan pelajar yang diinklusifkan di kelas aliran perdana gagal

(Emma M Maddington & Phil Reed 2006).

Page 8: KERTAS KONSEP

CADANGAN

Halangan-halangan di dalam menginklusifkan pelajar pendidikan khas merupakan satu masalah

yang ada jalan penyelesaian. Antara cadangan- cadangan yang boleh digunakan dalam

pendidikan inklusif yang boleh digunakan dan dijadikan iktibar adalah :

a) Penglibatan adalah berguna untuk keperluan manusia untuk menikmati dan menjayakan

hak- hak manusia dalam program inklusif.

b) Perbezaan manusia adalah normal

c) Perbezaan pembelajaran mesti diadaptasi mengikut keperluan kanak- kanak pendidikan

khas.

d) Sekolah biasa mesti mengenalpasti dan memberi respon terhadap kepelbagaian

keperluan pelajar mereka.

e) Sekolah biasa dengan orientasi inklusif merupakan satu cabaran besar dalam melawan

sikap mendiskriminasi, membentuk komuniti yang mengalu- alukan pendidikan inklusif,

membina masyarakat inklusif dan mecapai tahap pendidikan untuk semua

f) Bila sekolah aliran perdana menyediakan pendidikan yang efektif kepada majoriti kanak-

kanak khas, mereka juga meningkatkan kecekapan dan dan keefektifan bagi keseluruhan

sistem pendidikan..

g) Kerajaann perlu mengadaptasikan undang- undang dan prinsip polisi bagi kemasukan

pelajar pendidikan inklusif dalam sekolah biasa.

IMPLIKASI

Implikasi kertas kerja ini diharap dapat memberi idea kepada setiap pihak yang terlibat dalam

menjayakan program inklusif. Dalam kertas kerja ini diterangkan beberapa peranan setiap pihak

yang berkenaan dalam program inklusif. Setiap peranan yang dihuraikan diambil daripada

dapatan kajian yang terdahulu samaada membuat tinjauan mahupun daripada pembacaan. Setiap

peranan yang diberikan diharap dapat membantu setiap pihak membuat perhitungan yang positif

sebelum membuat keputusan di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif.

Page 9: KERTAS KONSEP

RUMUSAN

Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan

murid adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas

mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak

konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang

berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Bagi murid berkeperluan

khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan yang sangat

diminatinya.

Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara

pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua

pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama,

iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas.

Tambahan pula, “pendidikan untuk semua’’ yang telah diperkenalkanperlu sentiasa diingati

dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanakkanakberkeperluan khas. Ini adalah supaya

hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin,

terutamanya dalam persekitaran semula jadi.

Page 10: KERTAS KONSEP

RUJUKAN  

1 John Charema (2010) : Inclusive Education In Developing Countries In The Sub

Saharan Africa : From Theory To Practice; http://

www . internationaljournalofspecialeducation .

2 Maria Del Carmen Tejeda- Delgado (2009) : Teacher Efficacy, Tolerance, Gender

and Years Of Experience And Special Education Referrals http://

www . internationaljournalofspecialeducation

3 Eitan Eldar, Rachel Talmor and Zohar Dayan Romem(2009) : An Integrative

Model For Including Children With Autistic Spectrum Disorder In General

Education Settings- A Practical Lesson In Israel : http://

www . internationaljournalofspecialeducation

4 Vito Loiacono and Valerie Valenti(2010) ; General Education Teachers Need To Be

Prepared To Co-teach The Increasing Number Of Children With Autism In

Inclusive Settings : http:// www . internationaljournalofspecialeducation

5 Amanda Ajodhia- Andrews & Elaine Frankel (2010) ; Inclusive Education In

Guyana : A Call For Change : http:// www . internationaljournalofspecialeducation

6 Jennifer Katz & Pat Mirenda, 2002 ; Including Students With Developmental

Disabilities In General Education Classrooms : Social Benefit : http://

www . internationaljournalofspecialeducation

7 Angela Valeo 2003; Inclusive Education Support Systems : Teacher and

Administrator Views : http:// www . internationaljournalofspecialeducation

8 Emma M Waddington & Phil Reed 2006; Parents and Local Education Authority

Officers’ Perceptions Of The Factors Affecting The Success of Inclusion of Pupils

With Autistic Spectrum Disorder:

http://www. internationaljournalofspecialeducation

9 Effrosini Kalyva, Dina Gojkovic & Vlastaris Tsakiris 2005; Serbian Teachers’

Attitudes Towards Inclusion : http:// www . internationaljournalofspecialeducation

Page 11: KERTAS KONSEP

10 Nancy D’Isa Turner 2008 ; Preparing Preservice For Inclusion In Secondary

Classroom. http:// www . internationaljournalofspecialeducation