kertas konsep bahas piala ketua menteri sarawak 2010

17

Upload: amri-dgreat

Post on 27-Sep-2015

82 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kertas konsep

TRANSCRIPT

PERTANDINGAN BAHAS

PIALA KETUA MENTERI 2010

MUKADIMAH

Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri yang telah memasuki tahun ke-25 penganjurannya ialah pertandingan tahunan yang dibuka kepada para pelajar Sekolah Menengah. Bagaimanapun bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai Tingkatan 4 ke atas tidak layak menyertai pertandingan ini.Ini merupakan salah satu projek sumbangan murni RTM kepada pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Sarawak yang dijadikan dasar rasmi mulai tahun 1985.

Pertandingan dalam bentuk yang ada sekarang telah dipelopori oleh RTM dalam tahun l986. Pada tahun itu pertandingan ini hanya diadakan untuk sekolah-sekolah di Bahagian Kuching/Samarahan. Mulai tahun 1987 pertandingan ini diperluas ke seluruh negeri.

Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, beberapa perubahan dan penyesuaian telah dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur. Perubahan Format bahas, pembahagian zon dan kelompok serta sistem pertandingan dilakukan sesuai dengan kehendak semasa.Apa yang ada pada hari ini adalah yang terbaik dan paling proaktif untuk mencapai matlamat asal pertandingan ini Di samping prestasinya yang semakin meningkat setiap tahun projek ini juga mendatangkan kesan positif di kalangan pelajar khasnya dan masyarakat umum amnya.

Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak yang di pelopori oleh Jabatan Penyiaran Malaysia Sarawak dan memasuki tahun ke telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada agensi-agensi lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak dan Pejabat Residen dan Daerah. Paduan agensi-agensi ini menjadi ramuan penting dalam memastikan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak ini berjalan dengan licin serta telah berjaya mencapai matlamatnya.

TUJUAN:

Projek ini bertujuan:

i.Mengasah dan mencungkil bakat pelajar-pelajar yang berpotensi dalam perbahasan

ii. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar mengenai tajuk-tajuk

yang berkaitan isu-isu semasa.

iii.Meningkatkan mutu dan meluaskan penggunaan Bahasa Melayu.

iv. Mendedahkan para pelajar sekolah kepada suasana berbahas yang seluas mungkin.

MATLAMAT:

Memantapkan penggunaan Bahasa Melayu.

PENYERTAAN

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar di sekolah Menengah Kerajaan, Bantuan dan Maktab-maktab Rendah di seluruh Negeri Sarawak. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 4 orang (3 orang peserta bahas dan seorang peserta simpanan).

Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam, pasukan sekolah berkenaan tidak boleh mengandungi lebih daripada seorang pelajar dari tingkatan tersebut.

Perubahan atau pertukaran ahli pasukan boleh dibuat dengan memberitahu pihak penganjur secara lisan sekurang-kurangnya seminggu dan secara bertulis sekurang-kurangnya dua hari sebelum diadakan sesi pertandingan yang berkaitan. Dua kali perubahan dalam satu musim saja dibenarkan.

STRATEGI PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan SECARA KONVENSIONAL BUKAN ALA PARLIMEN dan diadakan dalam tiga peringkat iaitu :-

(i)

Peringkat Kelompok (Awal)

(ii)

Peringkat Zon

(iii)

Peringkat Negeri.

Dua sistem digunakan mengikut kesesuaian keadaan dan peringkat, iaitu secara sistem kalah mati (knock out) di peringkat Zon dan peringkat awal antara zon dan kalah setelah dua perlawanan (double knock out) di pusingan kedua peringkat Antara Zon.

Pembahagian Zon adalah seperti berikut :

Zon A - Sekolah-sekolah di Bahagian Kuching

Zon E - Sekolah-sekolah di Bahagian Samarahan/Kuching

Zon B - Sekolah-sekolah di Bahagian Sri Aman / Betong

Zon C - Sekolah-sekolah di Bahagian Sarikei.

Zon D - Sekolah-sekolah di Bahagian Sibu

Zon F - Sekolah-sekolah di Bahagian Kapit

Zon G - Sekolah-sekolah di Bahagian Miri

Zon H - Sekolah-sekolah di Bahagian Limbang

Zon I - Sekolah-sekolah di Bahagian Bintulu

Zon J - Sekolah-sekolah di Bahagian Mukah

Setiap zon pula dibahagikan kepada maximum empat kelompok berdasarkan faktor geografi dan wibawa. Pembahagian kelompok adalah terserah kepada Jawatankuasa peringkat zon

PERTANDINGAN PERINGKAT KELOMPOK DAN ZON

Pengelola pertandingan peringkat zon ialah Jawatankuasa Pertandingan Bahas di Zon masing-masing, kecuali Zon A dan E yang akan dikendalikan langsung oleh Jawatankuasa Induk.

Pertandingan Peringkat Kelompok dan Zon boleh dimulakan pada bulan

Mac 2010 dan mesti selesai pada atau sebelum 22 Mei 2010

PERTANDINGAN PERINGKAT ANTARA ZON/BAHAGIAN Pasukan yang menjadi juara setiap zon/bahagian layak ke pertandingan Antara Zon yang akan diadakan selama 4-minggu dalam bulan Jun. Pengundian akan dilakukan untuk menentukan kedudukan dan rakan perlawanan.

PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI

Dua pasukan yang menang di peringkat antara zon akan memasuki pertandingan akhir negeri yang dicadang akan diadakan pada bulan Ogos 2010 (tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh Pejabat Y.A.B. Ketua Menteri Sarawak)

Jawatankuasa Induk

Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri 2010

Penaung

YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud

Ketua Menteri SarawakPengerusi Bersama:

Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak

Pengarah Pelajaran Sarawak

Pengerusi Pengelola : Timbalan Pengarah Rancangan RTM

Tim. Pengerusi Pengelola : Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawanagn Sarawak

Setiausaha Bersama : Encik Montgomery Montahar (RTM)

Encik Mohadi Bin Mobin (Jabatan Pelajaran Sarawak)

Penolong Setiausaha :Haji Abdul Khalid Bin Suut

Encik Stephen Naidi Gadug (Jabatan Pelajaran Sarawak)

Bendahari:

Puan Rohaya Yusuf

Ahli-Ahli:

Pengurus RTM Sri Aman

Pengurus RTM Sibu

Pengurus RTM Miri

Pengurus RTM Limbang

Penyelia Studio Rakaman Kapit

Penyelia Studio Rakaman Sarikei

Pengawal TV

Pengawal Berita Ehwal Semasa

Pengawal Radio

Jurutera Penyiaran (Sumber & Fasiliti )

Jurutera Penyiaran (Penerbitan & Siaran )

Jurutera Penyiaran ( TV)

Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Wakil dari Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak

Wakil dari Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak

SYARAT

PERTANDINGAN BAHAS PIALA KETUA MENTERI 2010

1.Pertandingan akan diadakan dalam Bahasa Melayu.

2.Peruntukan masa berbahas seperti berikut:

Pembahas I

- 5 minit

Pembahas II

- 5 minit

Pembahas III

- 5 minit

Penggulung bahas- 7 minit

Masa dikira dari perkataan pertama diucapkan oleh peserta.

3.Loceng/Buzer akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan dua kali apabila masa tamat. Markah tidak akan diberikan oleh jemaah hakim setelah loceng penamat (loceng/buzer kedua) dibunyikan. Pengerusi berhak menyampok dan meminta pembahas menamatkan hujahnya jika pembahas masih meneruskan hujahnya selepas loceng penamat dibunyikan.

4.Pembahas pertama ditetapkan sebagai penggulung perbahasan bagi kedua-dua pasukan.

5.Pembahas adalah diadili dari segi ketepatan isi termasuk penghuraian dan penyusunan idea yang lojik, kelancaran bahasa , penyampaian yang meyakinkan dan keupayaan membidas hujah-hujah pihak lawan.

6.Markah akan dipotong jika pembahas membaca nota atau skrip lima ayat atau lebih secara bersambung-sambung.

7.Apa-apa kritikan yang menyentuh peribadi seseorang dan isu-isu sensitif atau politik yang berlawanan dengan agama, bangsa dan kebudayaan dilarang sama sekali. Pengerusi pertandingan berhak menegur atau memberhentikan peserta yang melanggar peraturan ini dan markah akan dipotong.

8.Peserta tidak dibenarkan menghentak meja, menudingkan jari atau menunjukkan genggaman tangan mereka atau aksi-aksi lain yang kurang sopan kepada penonton atau pihak lawan atau menimbulkan gangguan terhadap perjalanan sesi perbahasan.

9.Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan tidak dibenarkan

10.KEPUTUSAN JEMAAH HAKIM MUKTAMAD.

PANDUAN PENGHAKIMAN

PERTANDINGAN BAHAS PIALA KETUA MENTERI 2010

1.Kriteria Penghakiman:

Pertandingan Bahas ini akan dihakimi dan dinilai berlandaskan kriteria pertandingan bahas sedunia. Tiga aspek penting yang akan diberi perhatian oleh para hakim ialah;

I.Hujah

50 markah.

II.Struktur (Pendekatan)

20 markah.

III.Gaya/Bahasa

30 markah.

2.Hujah (matter):

Penilaian oleh hakim dibuat berdasarkan mutu hujah yang disampaikan serta cara hujah-hujah itu disusun dengan baik dan seterusnya disampaikan dengan berkesan dan menarik.

Setiap hujah perlu mempunyai ciri-ciri berikut;

2.1Tema (case-line)

2.2Logik dan tepat.

2.3Menggunakan contoh-contoh yang berkesan untuk membuktikan kebenaran hujah.

2.4Mendefinisikan frasa-frasa, perkataan-perkataan dan ayat-ayat penting berlandaskan sudut pandangan dan pendirian pembahas sendiri yang boleh diterima oleh orang lain.

3.Struktur (method)

Hakim akan memberi tupuan dari segi mutu pengurusan dan penyusunan idea dan hujah serta kerja berpasukan setiap pembahas dalam pasukan.

3.1Setiap pembahas dari pencadang atau pembangkang perlu menunjukkan kaitan kerja berpasukan melalui berbagai elemen semasa menyampaikan hujah-hujah dan bidasan masing-masing.

3.2Mengemukakan tema yang tepat dan menghuraikannya dengan konsisten.

3.3 Terdapat pertalian yang rapat di antara hujah-hujah yang dikemukakan oleh setiap pembahas dalam pasukan masing-masing.

3.4 Setiap pembahas menunjukkan struktur dan organisasi hujah yang berkesan dalam memperjelas dan memperkukuh pendirian pasukan terhadap tajuk yang dibahaskan.

3.5 Hakim juga akan melihat kemampuan pembahas setiap pasukan memberikan reaksi yang sesuai terhadap perkembangan situasi perbahasan.

4.Gaya/Bahasa:

Hakim akan menilai aspek-aspek berikut;

4.1Stail vokal.

4.2Penggunaan bahasa yang betul dan menarik.

4.3Penggunaan nota rujukan yang sesuai dan tepat.

4.4Penggunaan gerak-geri badan yang sesuai dan berkesan.

4.5Cara berpakaian.

4.6Penampilan keikhlasan (Impression of sincerity)

4.7Cara membahas dan membidas hujah pasukan lawan.

4.8Terdapat unsur-unsur kecindan (jenaka) yang menarik dan sesuai.

5.Tugas Setiap Pembahas:

5.1Pembahas pertama pasukan pencadang:

- Definisikan tajuk perbahasan.

- Jelaskan isu-isu penting yang berkaitan.

- Berikan garis kasar struktur pasukan.

- Nyatakan aspek-aspek penting yang berkaitan pendirian

pasukan yang akan dibahaskan oleh rakan sepasukan.

- Jelaskan dan buktikan pendirian dengan memberikan hujah-

hujah yang mantap terhadap tema yang dikemukakan.

5.2Pembahas pertama pasukan pembangkang:

- Jelaskan perkara-perkara yang tidak disetujui dengan hujah

yang dikemukakan oleh pihak pencadang.

- Perdebatkan setiap perkara yang tidak disetujui dengan

pendirian pencadang termasuk definisi pihak pencadang

(jika perlu).

- Bidas satu atau beberapa hujah penting pencadang.

- Nyatakan garis kasar atau struktur pasukan pembangkang.

- Berikan hujah-hujah yang boleh meyakinkan untuk

memperkukuh pendirian pembangkang.

5.3Pembahas kedua pihak pencadang:

- Nyatakan perkara-perkara pokok yang tidak disetujui dengan

hujah-hujah yang diberikan oleh pihak pembangkang yang

pertama.

Perdebatkan definisi dan perkukuh pendirian pasukan

pencadang.

Bidas satu atau beberapa hujah penting pasukan pembangkang.

Jika perlu perdebatkan segala hujah atas dasar

mempertahankan pendirian pencadang terhadap segala

bidasan yang diberikan oleh pihak lawan.

- Berikan hujah-hujah tambahan bagi memperkukuh pendirian

pasukan pencadang.

5.4Pembahas kedua pasukan pembangkang:

Bidas aspek-aspek penting yang dikemukakan oleh pihak

pencadang.

Jika perlu, perdebatkan isu-isu difinisi jika masih memerlukan

penjelasan untuk meneguhkan pendirian pembangkang.

Berikan hujah-hujah tambahan untuk memperkukuh pendirian

pembangkang mengikut bidang atau bahagian yang diberikan

kepadanya sebagai pembahas kedua.

5.5Pembahas ketiga pihak pencadang:

Bidas dan cuba musnahkan segala hujah pihak pembangkang

secara keseluruhan.

Rujuk semula kepada tema asal pasukan pencadang dan perkukuh dengan beberapa penjelasan dan isi serta contoh- contoh.

- Simpulkan segala hujah dan pendirian pencadang.

Boleh mengemukakan beberapa rujukan yang baharu atau bukti-bukti baru jika perlu untuk memperkukuh pendirian pasukan pencadang.

5.6Pembahas ketiga pasukan pembangkang:

- Perjelas pendirian pihak pembangkang.

Berikan definisi yang baharu jika dicabar oleh pencadang yang

kedua.

- Bidas semua hujah pencadang yang belum dibidas.

Pembangkang ketiga tidak perlu mengemukakan hujah-hujah

yang baru.

6.Penggulungan Perbahasan:

6.1Penggulungan dilakukan oleh pembahas pertama setiap pasukan.

6.2 Pembahas pertama pasukan pembangkang hendaklah membuat

penggulungan terlebih dahulu kemudian diikuti oleh pembahas

pertama pasukan pencadang.

6.3 Penggulungan perbahasan ialah rumusan umum terhadap keseluruhan perbahasan meliputi kesimpulan hujah dan bidasan yang dikemukakan.

6.4 Penggulungan seharusnya mempunyai ciri-ciri analisis terhadap dua atau tiga isu pokok yang diperdebatkan.

6.5Penggulungan hendaklah mampu menunjukkan bahawa pendekatan yang dibawa oleh pasukan lawan terhadap tajuk yang dibahaskan kurang tepat dan pendekatan pasukan penggulung tersebut yang paling tepat.

PANDUAN ASAS PENGHAKIMAN

Aspek Pemarkahan Mengikut Peserta :

PENCADANGPEMBANGKANG

Pencadang PertamaPembangkang Pertama

1. Definisi

2. Tema

3. Hujah 1 pasukan

4. Hujah 2 pasukan

5. Rumusan

1. Membidas definisi/

tema/hujah.

2. Definisi/Tema

3. Hujah 1 pasukan

4. Hujah 2 pasukan

5. Rumusan

Pencadang KeduaPembangkang Kedua

1. Membetulkan Definisi/tema

2. Membidas.

3. Hujah 3 pasukan.

4. Hujah 4 pasukan.

5. Rumusan.

1. Membidas.

2. Hujah 3 pasukan.

3. Hujah 4 pasukan.

4. Rumusan.

Pencadang KetigaPembangkang Ketiga

1. Mempertahankan kes

bidasan kumpulan.

2. Pengkukuhan secara keseluruhan.

3. Mengenal pasti yang tidak disetujui daripada pihak lawan.

4. Bidas

5. Rumusan

1. Mempertahankan kes bidasan kumpulan.

2. Pengkukuhan secara keseluruhan.

3. Mengenal pasti yang tidak disetujui daripada pihak lawan.

4. Bidas.

5. Rumusan

Penggulung

(Pembahas Pertama)Penggulung (Pembahas Pertama)

1. Menggulung dan

TIADA BIDASAN.

1. Menggulung dan

TIADA BIDASAN.

TUGAS PENGERUSI PERBAHASAN:

1. Memperkenalkan para pembahas, hakim dan

penjaga masa.

2. Pengerusi hendaklah memberikan amaran kepada para penonton jika terdapat sebarang gangguan seperti membuat bising dan sebagainya.

3. Pengerusi boleh menegur mana-mana pembahas yang menunjukkan tingkah laku yang melanggar peraturan perbahasan.

4. Pengerusi tidak boleh memberikan komen-komen terhadap tajuk dan hujah-hujah yang diberikan semasa perbahasan sedang berjalan.

5. Pengerusi boleh menghentikan perbahasan jika

keadaan memerlukan atas sebab-sebab yang

dijelaskan di dalam peraturan perbahasan.

6. Pengerusi hendaklah memberikan ruang senyap beberapa saat (budibicara/kebijaksanaan ) untuk para hakim menentukan markah bagi pembahas yang telah berhujah sebelum mempersilakan pembahas berikutnya berhujah.

BORANG KEPUTUSAN

PERTANDINGAN BAHAS PIALA KETUA MENTERI 2010

NAMA SEKOLAHMARKAH

PENCADANG

PEMBANGKANG

PENGISYTIHARAN HAKIM

SETELAH DIHAKIMI PERTANDINGAN DENGAN JUJUR, ADIL DAN SAKSAMA OLEH TIGA ORANG HAKIM YANG BERTUGAS,

DENGAN INI DIISYTIHARKAN BAHAWA PASUKAN YANG MEMENANGI SESI INI IALAH :

NAMA HAKIMTANDATANGAN

HADIAH-HADIAH

Hadiah-hadiah ditawarkan adalah seperti berikut :

PERINGKAT AKHIR ZON

Johan

Piala ( untuk setiap peserta dan sekolah)

Wang Tunai

-RM 500.00

Sijil Penyertaan

Naib Johan

Piala ( untuk setiap peserta dan sekolah)

Wang Tunai

-RM 300.00

Sijil Penyertaan

Pembahas Terbaik

Piala

Wang Tunai

-RM 100.00

Sijil Penyertaan

PERINGKAT AKHIR NEGERI

Johan

Piala Pusingan YAB Ketua Menteri Sarawak

Piala Iringan ( untuk setiap peserta dan sekolah )

Wang Tunai

-RM 3,000.00

Sijil Penyertaan

Naib Johan

Piala ( untuk setiap peserta dan sekolah)

Wang Tunai

-RM 2,000.00

Sijil Penyertaan

2 x Hadiah Tempat Ketiga

Piala ( untuk setiap peserta dan sekolah)

Wang Tunai

@ RM 1,000.00 x 2 -RM 2,000.00

Sijil Penyertaan

Pembahas Terbaik

Piala

Wang Tunai

-RM 500.00

Sijil Penyertaan