kertas konsep pertandingan

4
PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH 1 MATLAMAT Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya. 2 OBJEKTIF 2.1 Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari. 2.2 Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang, joget, asli serta tarian rakyat yang sistematik. 2.3 Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya. 2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian di kalangan pelajar sekolah. 2.5 Sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar. 3 PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN. 3.2 Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap ganerasi agar ia tidak luput di telan zaman.

Upload: amri-dgreat

Post on 11-Nov-2015

167 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pertandingan tarian

TRANSCRIPT

UNIT KURIKULUM

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH 1MATLAMAT

Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2OBJEKTIF

2.1Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari.

2.2 Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang, joget, asli serta tarian rakyat yang sistematik.

2.3Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.

2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian di kalangan pelajar sekolah.

2.5 Sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar.

3PERTANDINGAN

3.1Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN.3.2Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap ganerasi agar ia tidak luput di telan zaman.

3.3Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni tari tradisional dan tarian rakyat.

3.4Pertandingan ini dijalankan diperingkat daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan.

4PERYERTAAN

4.1Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah kerajaan dan sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan.

4.2Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 10 orang dan maksimum 12 orang.

4.3Anggota pasukan adalah bebas dari segi jantina dan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum (markah bonus akan diberikan kepada kumpulan yang mempunyai minimum 2 kaum).

5KONSEP TARIAN

5.1Konsep persembahan terbahagi kepada 2 kategori :

i.Rampaian 3 tarian tradisional ( Asli, Inang, Zapin, Joget )

ii.Rampaian tarian rakyat negeri-negeri dan etnik di Malaysia (3 jenis tarian rakyat/etnik)

5.2Setiap kumpulan wajib mempersembahkan kedua-dua kategori rampaian tarian. (Rampaian Tarian Tradisional dan Rampaian Tarian Rakyat/Etnik )

5.3Persembahan kedua-dua kategori rampaian tarian tersebut wajib disertai oleh peserta/artis yang sama.

5.4Setiap kategori persembahan hendaklah tidak kurang dari 6 minit dan tidak melebihi 8 minit.

5.5Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang telah ditetapkan.

6LAGU / MUZIK IRINGAN

6.1Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD sahaja (Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan ).

6.2CD hendaklah diserahkan kepada pengelola pertandingan sehari sebelum pertandingan dijalankan.

7PAKAIAN / AKSESORI

Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah bersesuaian dan sopan.

8CARA PEMARKAHAN

Markah keseluruhan adalah gabungan daripada markah kedua-dua kategori.

1. Pemarkahan Kategori A ( Rampaian Tarian Tradisional)

Koreografi atau Keaslian Tari

25Kordinasi Muzik dan Gerakan

25

Pecahan Tari dan Pola Lantai

10

Penggunaan Ruang Pentas

10

Kesantunan

10

Busana dan Tatarias

20

JUMLAH

1002. Pemarkahan Kategori B ( Rampaian Tarian Rakyat/Etnik)

Koreografi atau Keaslian Tari

25

Kordinasi Muzik dan Gerakan

25

Pecahan Tari dan Pola Lantai

10

Penggunaan Ruang Pentas

10

Kesantunan

10

Busana dan Tatarias

20

JUMLAH

100

32