kertas kerja susu

12
PENGENALAN Saya telah memilih produk susu kerana dua gelas susu daripada rumusan susu yang disyorkan sudah memadai dalam memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh anda. Ini sudah pasti perlu untuk mengelakkan kemerosotan jirim tulang, satu proses yang tidak boleh diterbalikkan.Dan melalui pengambilan kalsium yang perlu setiap hari mengikut sukatan yang disyorkan, kekuatan tulang dapat dikekalkan sepenuhnya. Tetapi bagaimana untuk memastikan pengambilan kalsium daripada susu yang anda minum adalah memadai? Golongan dewasa semuda 19 tahun disyorkan mengambil antara 1000 dan 1200 milligram kalsium setiap hari. Beberapa jenama susu boleh membekalkan keperluan kalsium yang secukupnya dengan meminum dua gelas susu itu setiap hari. Syarikat-syarikat pengeluar susu di negara ini memberi perhatian serius kepada kumpulan sasaran mereka khasnya pada tabiat meminum susu termasuk pilihan perasa berlainan, mengikut kumpulan umur mereka serta faktor usia dan demografi. Produk susu dan tenusu di bawah syarikat Fonterra menguasai 80 peratus daripada pasaran dalam industri mereka dan mereka melabur US$45 juta bagi penyelidikan tulang. Sebanyak US$14 juta dibelanjakan bagi pembangunan Anlene yang menyebabkan ia diisytiharkan sebagai yang terbaik dalam kategori susu kalsium tinggi. Mckay, juga menambah kata, "kami berada di hadapan daripada segi penyelidikan dan inovasi, untuk menghasil dan menyampaikan produk

Upload: nur-farhanim

Post on 11-Aug-2015

171 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kkp math

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Susu

PENGENALAN

Saya telah memilih produk susu kerana dua gelas susu daripada rumusan susu

yang disyorkan sudah memadai dalam memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh

anda. Ini sudah pasti perlu untuk mengelakkan kemerosotan jirim tulang, satu proses

yang tidak boleh diterbalikkan.Dan melalui pengambilan kalsium yang perlu setiap hari

mengikut sukatan yang disyorkan, kekuatan tulang dapat dikekalkan sepenuhnya.

Tetapi bagaimana untuk memastikan pengambilan kalsium daripada susu yang anda

minum adalah memadai?

Golongan dewasa semuda 19 tahun disyorkan mengambil antara 1000 dan 1200

milligram kalsium setiap hari. Beberapa jenama susu boleh membekalkan keperluan

kalsium yang secukupnya dengan meminum dua gelas susu itu setiap hari. Syarikat-

syarikat pengeluar susu di negara ini memberi perhatian serius kepada kumpulan

sasaran mereka khasnya pada tabiat meminum susu termasuk pilihan perasa

berlainan, mengikut kumpulan umur mereka serta faktor usia dan demografi. Produk

susu dan tenusu di bawah syarikat Fonterra menguasai 80 peratus daripada pasaran

dalam industri mereka dan mereka melabur US$45 juta bagi penyelidikan tulang.

Sebanyak US$14 juta dibelanjakan bagi pembangunan Anlene yang

menyebabkan ia diisytiharkan sebagai yang terbaik dalam kategori susu kalsium tinggi.

Mckay, juga menambah kata, "kami berada di hadapan daripada segi penyelidikan dan

inovasi, untuk menghasil dan menyampaikan produk tenusu terbaik bersama nutrisi

terbaik bagi kesemua peringkat pengguna kami. Kami juga mengambil kira citarasa

pengguna tempatan dan mempertimbangkannya bagi pembangunan projek di masa

depan."Produk-produk tenusu yang sihat termasuk dadih, keju dan mentega.

Rakyat Malaysia hendaklah terus meningkatkan kesedaran akan keperluan

pengambilan kalsium mandatori setiap hari.

Page 2: Kertas Kerja Susu

PERKEMBANGAN

Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia pada 2009 ternyata tidak

meninggalkan kesan terhadap permintaan penggunaan susu termasuklah di Malaysia.

Malah, permintaan penggunaan susu dijangka untuk terus meningkat. Menurut Indeks

Susu Tetra Pak sebuah syarikat multinasional pemproses dan pembungkus,

penggunaan susu dijangka berkembang dengan kadar tahunan keseluruhan (CAGR)

2.2 peratus dari 2009. Trend itu dijangka berterusan bagi tiga tahun berikutnya.

"Walaupun kemelesetan ekonomi telah mempengaruhi banyak sektor, ia tidak

menjejaskan penggunaan bahan susu dan cecair susu. Susu adalah makanan ruji yang

sihat, berkhasiat dan mampu diperoleh dan diminum oleh 44 peratus daripada

penduduk dunia setiap hari. Sementara itu, penggunaan susu di Malaysia dijangka

meningkat sebanyak tiga peratus CAGR sehingga tahun 2012. Di Malaysia, industri

susu adalah hampir 24 peratus daripada jumlah minuman yang dijual dan diguna oleh

masyarakat. Antara 2005 sehingga 2009, CAGR pasaran susu telah berkembang

dengan mantap pada kadar dua peratus.

"Selari dengan trend global, di Malaysia kita tidak nampak penurunan ketara

dalam penggunaan susu disebabkan kemelesetan ekonomi. Kami percaya ini

disebabkan minuman itu adalah penting dalam diet," menurut Pengurus Pemasaran

Bahagian Pengurusan Pasaran dan Produk Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd., Noer

Wellington.Beliau berkata, tahun lepas menyaksikan kenaikan sepuluh peratus dalam

penghantaran produk pek keluarga syarikat tersebut iaitu karton satu liter apabila

pelanggan yang mahu penjimatan mula berubah kepada pek nilai itu.Menurut

Wellington, susu putih dan yang berperisa masih lagi bahagian yang penting dalam

pasaran Malaysia dengan pegangan sebanyak 60 peratus. Berdasarkan petunjuk bagi

beberapa kategori, produk itu dijangka mengekalkan kedudukannya.

Selain itu, Pembungkusan atau packaging adalah salah satu cara yang sangat

berkesan untuk menarik minat pembeli membeli produk susu anda. Bungkusan yang

unik dan lebih menonjol dapat meningkatkan lagi jualan produk berkenaan. 

Page 3: Kertas Kerja Susu

Contoh Pembungkusan Minuman Yang Menarik

Contoh botol jus minuman

Contoh kotak jus minuman

Page 4: Kertas Kerja Susu

Sebagai contoh, Dutch Lady adalah antara 3 pengilang produk tenusu yang

terunggul di Malaysia. Sejak turun temurun, Dutch Lady Milk Industries mempunyai

komitmen untuk membekalkan produk tenusu dan produk pemakanan bayi yang

berkualiti tinggi ke seluruh Negara. Generasi demi generasi di Malaysia telah

membesar dengan produk-produk tenusu Dutch Lady. Masihkah anda ingat akan susu

kotak Coklat Dutch Lady UHT yang sering dibawa ke sekolah untuk waktu rehat?

Pengguna muda bagi generasi baru hari ini mempunyai banyak pilihan dengan adanya

rangkaian produk susu yang meluas untuk keperluan tumbesaran mereka. DutchLady

123 dan 456 bukan sahaja diperkaya dengan DHA, tetapi juga boleh didapati dalam

perisavanila, madu dan coklat.

Pada awal operasi, Dutch Lady memulakan perniagaannya sebagai pengilang

susu pekat manis.Kini rangkaian produk Dutch Lady Milk Industries semakin meluas

dari rumusan bayi dan susu untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan yogurt.

Setiap inovasi produk dalam rangkaian rumusan susu bayi dan kanak-kanak yang

berkembang pesat disokong oleh kaji selidik tempatan dan antarabangsa yang

terperinci. Royal Friesland Campina, iaitu syarikat induk Dutch Lady di Belanda,

sentiasa melaburkan dana dalam usaha kaji selidik untuk meningkatkan pemakanan si

manja anda ke tahap yang lebih tinggi.Syarikat Dutch Lady percaya akan pentingnya

inovasi produk yang berterusan, suatu hasrat yang disokong sepenuhnya oleh

Friesland Campina. Dutch Lady Malaysia juga sentiasa memperbaiki kualiti dan nutrisi

produk sedia ada secara berterusan untuk memenuhi keperluan pihak pelanggan.

Dutch Lady Malaysia adalah syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan Susu

membesar yang diformulakan khas untuk kanak-kanak yang berusia 1 hingga 3 tahun.

Produk Dutch Lady mempunyai tanda 'halal' daripada Bahagian KajianMakanan

dan Barangan Gunaan Islam, JAKIM (Jabatan Kemajuan IslamMalaysia). Proses

pengilangan kami menunjukkan pemahaman bahawa makanan dan minuman halal

adalah suatu perkara yang penting untuk setiap orang Islam. Sekiranya sebarang

makanan atau minuman mempunyai tanda'halal', ini bermaksud bahawa ia boleh

dimakan oleh orang Islam.

Page 5: Kertas Kerja Susu

Dutch Lady Milk Industries Berhad begitu beriltizam untuk mendukung piawai

kesucian dan mengekalkan kepercayaan pengguna dalam setiap barangan yang

dikeluarkan oleh kilang Dutch Lady. Setiap produk Dutch Lady mempunyai logo 'halal'

rasmi keluaran JAKIM. Selain daripada mengesahkan taraf 'halal' produk, ini juga

member kepastian kepada pengguna bahawa Dutch Lady Milk Industries Berhad

mematuhi amalan kebersihan yang ketat, mengesahkan nama baik jenama yang telah

sekian lama bertapak di pasaran yang penuh dengan saingan.

Syarikat pegangan Dutch Lady Milk Industries Berhad ialah Royal Friesland

Campina, sebuah syarikat yang diperbadankan di Belanda. Royal Friesland Campina

merupakan sebuah perbadanan multinasional yang membangun, menghasil dan

menjual pelbagai produk tenusu dan minuman berasaskan buah-buahan yang

berjenama untuk pasaran pengguna, para pengguna profesional dan pengeluar

makanan. Rangkaian produk Royal Friesland Campina mempunyai kehadiran yang

kuat di market tenusu antarabangsa, terutama di Eropah Barat, Eropah

tengah, Timur tengah, Afrika Barat dan Asia Tenggara.

Selain itu, pembungkusan atau packaging susu Dutch Lady juga memainkan

peranan yang penting bagi menarik minat pelanggan untuk membeli produk-produk

Dutch Lady. Terdapat beberapa perubahan dari segi pembungkusan dan logo produk

Dutch Lady bagi mewujudkan inovasi dan kreativiti supaya pembungkusan produk-

produk Dutch Lady lebih menarik.

Perubahan Logo Produk Dutch Lady

Page 6: Kertas Kerja Susu

Dutch Lady juga telah mengubah rupa bentuk pembungkusan bagi produk UHT Milk,

Pasteurized Milk and Family Milk Powder.

Page 7: Kertas Kerja Susu

APLIKASI

Apakah asas pertimbangan kita apabila membeli sesuatu produk makanan dan

minuman? Selain harga, sudah pastinya pembungkusan dan jenama juga menjadi

kriteria utama kita dalam menilai sesuatu produk. Sesetengah jenama dengan

pembungkusan produk amat sinonim dengan kehidupan seharian kita. Peranan

pembungkusan yang menarik dan penjenamaan yang kukuh memberi impak yang

besar dalam pemasaran produk.

Pembungkusan adalah satu proses atau operasi membalut, membungkus atau

memasukkan produk ke dalam satu unit bentuk atau bekas bertujuan melindungi

produk dari sebarang kerosakan atau keadaan yang boleh mengubah atau merosakkan

produk sama ada kerosakan fizikal atau biologikal.Pembungkusan merupakan satu seni

yang menggunakan kaedah sains dan teknologi dalam melindungi, memelihara dan

mempersembahkan produk dengan lebih berkesan untuk kepuasan pengguna,

memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan kerosakan.

Oleh itu, kumpulan kami telah menghasilkan pembungkus makanan dan

minuman yang telah diserapkan beberapa inovasi dan pembaharuan bagi menarik

minat pembeli.

Pembungkus makanan Pembungkus minuman

Page 8: Kertas Kerja Susu

Pembungkus makanan dan minuman yang kami hasilkan ini dapat mengekalkan kualiti,

kesegaran dan melindungi produk dari kerosakan. Malah pembungkus makanan dan

minuman yang kami hasilkan juga senang untuk dibawa kemana-mana kerana saiznya

yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Kami telah menghasilkan corak yang berwarna warni dan menarik iaitu kartun

biskut pada pembungkus makanan dan gambar seorang bayi pada pembungkus

minuman supaya dapat menarik minat sasaran pembeli kami iaitu kanak-kanak di

bawah umur 10 tahun. Selain itu, maklumat pemakanan dan minuman seperti nutrisi

makanan, berat makanan serta isipadu air minuman, ramuan makanan dan minuman

serta nama syarikat yang menghasilkannya jelas kami nyatakan di pembungkusan

tersebut. Hal ini demikian bagi mewujudkan komunikasi terus kepada pengguna

mengenai maklumat barangan, sejarahnya dan keadaan barangan itu serta membantu

pelanggan untuk menilai kualiti sesuatu produk dengan lebih jelas.

Page 9: Kertas Kerja Susu

IMPLIKASI

Produk makanan dan minuman mempunyai sifat yang pelbagai, iaitu dalam

bentuk cecair, basah, lembab, mudah lentur, kering, ranggup, garing dan sebagainya.

Sifat-sifat produk ini mempengaruhi pemilihan bahan, bentuk dan teknik

pembungkusan. Hayat produk makanan banyak dipengaruh oleh sifat fizikal dan kimia

produk yang dikeluarkan.

Pembungkusan membantu memanjangkan hayat sesuatu produk. Terdapat

produk yang memerlukan perlindungan untuk mengekal dan memelihara cita rasa,

aroma, warna, bentuk, kekeringan dan kelembapan. Terdapat juga produk yang

memerlukan perlindungan dari kelembapan, cahaya panas, sejuk, oksigen, karat dan

lain-lain tindak balas bahan kimia, organisma halus, serangga, kulat, kecurian dan

sebagainya.

Sifat produk akan menentukan bahan dan teknik pembungkusan yang akan

digunakan seperti produk minuman susu kami ialah cecair dan memerlukan

pembungkusan yang boleh melindunginya dari tumpah atau meleleh keluar. Struktur

pembungkusan yang stabil dan kukuh diperlukan untuk melindung fizikal produk yang

mudah pecah, serpih dan hancur yang disebabkan oleh geseran, himpitan jatuh atau

hentakan seperti produk kraker coklat yang kami hasilkan. Selain itu, produk kraker

coklat kami yang bersifat ranggup seperti produk makanan ringan, memerlukan

perlindungan dari udara, kelembapan dan air untuk mengelakkan produk dari menjadi

lemau. Secara tidak langsung pembungkusan makanan dan minuman yang kami cipta

dapat memenuhi kesemua aspek perlindungan terhadap kualiti produk yang kami pilih.

Page 10: Kertas Kerja Susu