mesyuarat kumpulan kerja asean bagi … kesihatan/fokus kesihatan nov_dis2015.pdf · kertas dasar...

12
Terbitan Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam www.moh.gov.bn • NOVEMBER - DISEMBER 2015 • BILANGAN 173 Jerayawara Amalan Penyusuan Susu Ibu (PSI) Bagi Ibu-Ibu Berkerja Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2015 Bengkel Latihan Health Policy and Management Majlis Penutup Kempen “Quit2Win Berkumpulan Sempena Ramadhan 2015” Program Restoran Sihat di Home Kitchen Berita ms.8 Aktiviti Kesihatan ms.12 Berita ms.4 Berita ms.3 MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI KESIHATAN IBU DAN ANAK KALI KE-4 24-26 NOVEMBER 2015 Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Kumpulan Kerja Bagi Kesihatan Ibu dan Anak (ATFMCH) Kali ke 4 yang diadakan pada 24-26 November 2015, bertempat di Kiulap Plaza Hotel, Bandar Seri Begawan. Majlis Pembukaan Rasmi bagi Mesyuarat tersebut diadakan bagi pada 24 November 2015. Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis ini ialah Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan. Pendekatan terhadap kesihatan ibu dan anak merupakan satu inisiatif yang signifikan dalam menyokong Rangka Strategi ASEAN dalam Perkembangan Kesihatan (2010-2015) ASEAN Strategic Framework on Health Development (2010-2015). Selaras dengan itu, Kumpulan Tindakan bagi Kesihatan Ibu dan Anak-Anak juga telah ditubuhkan sejak tahun 2011 dengan hasrat untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium ke 4 dan 5 (Millenium Development Goals (MDGs) 4 and 5) iaitu bagi mengurangkan kadar kematian anak damit dan meningkatkan kesihatan ibu-ibu. Mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari itu memfokuskan kepada kesihatan ibu dan anak khususnya bagi mendapatkan rawatan serta perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mencukupi dan berpatutan serta dalam mempromosikan gaya hidup sihat untuk seluruh rakyat ASEAN. Antara lain tujuan mesyuarat kali ke 4 ini diadakan adalah bagi meneruskan perbincangan mengenai perkara-perkara yang tertangguh dari mesyuarat ATFMCH 2104, kali ke 3 dan mengemukakan cadangan-cadangan yang diperlukan serta meneliti semula strategi-strategi dan cadangan-cadangan dalam kertas Dasar Post-2015 Maternal Neonatal Child Health ASEAN Advocacy Tools. Ini secara am nya akan menuju kepada pengukuhan kesihatan ibu dan anak di rantau ASEAN. Ø Bersambung ke muka surat 2

Upload: hoangdien

Post on 04-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI … Kesihatan/Fokus Kesihatan Nov_Dis2015.pdf · kertas Dasar Post-2015 ... BERKERJA SEMPENA MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015 Tempat kerja

Terbitan Kementerian KesihatanNegara Brunei Darussalam

www.moh.gov.bn• NOVEMBER - DISEMBER 2015 • BILANGAN 173

Jerayawara Amalan Penyusuan Susu Ibu (PSI) Bagi Ibu-Ibu Berkerja Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2015

Bengkel Latihan Health Policy and Management

Majlis Penutup Kempen “Quit2Win Berkumpulan Sempena Ramadhan 2015”

Program Restoran Sihat di Home Kitchen

Berita ms.8 Aktiviti Kesihatan ms.12Berita ms.4Berita ms.3

MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI KESIHATAN IBU DAN ANAK KALI KE-4

24-26 NOVEMBER 2015

Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Kumpulan Kerja Bagi Kesihatan Ibu dan Anak (ATFMCH) Kali ke 4 yang diadakan pada 24-26 November 2015, bertempat di Kiulap Plaza Hotel, Bandar Seri Begawan.

Majlis Pembukaan Rasmi bagi Mesyuarat tersebut diadakan bagi pada 24 November 2015. Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis ini ialah Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Pendekatan terhadap kesihatan ibu dan anak merupakan satu inisiatif yang signifikan dalam menyokong Rangka Strategi ASEAN dalam Perkembangan Kesihatan (2010-2015) ASEAN Strategic Framework on Health Development (2010-2015). Selaras dengan itu, Kumpulan Tindakan bagi Kesihatan Ibu dan Anak-Anak juga telah ditubuhkan sejak tahun 2011 dengan hasrat untuk mencapai Matlamat Pembangunan Milenium ke

4 dan 5 (Millenium Development Goals (MDGs) 4 and 5) iaitu bagi mengurangkan kadar kematian anak damit dan meningkatkan kesihatan ibu-ibu.

Mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari itu memfokuskan kepada kesihatan ibu dan anak khususnya bagi mendapatkan rawatan serta perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mencukupi dan berpatutan serta dalam mempromosikan gaya hidup sihat untuk seluruh rakyat ASEAN. Antara lain tujuan mesyuarat kali ke 4 ini diadakan adalah bagi meneruskan perbincangan mengenai perkara-perkara yang tertangguh dari mesyuarat ATFMCH 2104, kali ke 3 dan mengemukakan cadangan-cadangan yang diperlukan serta meneliti semula strategi-strategi dan cadangan-cadangan dalam kertas Dasar Post-2015 Maternal Neonatal Child Health ASEAN Advocacy Tools. Ini secara am nya akan menuju kepada pengukuhan kesihatan ibu dan anak di rantau ASEAN.

Ø Bersambung ke muka surat 2

Page 2: MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI … Kesihatan/Fokus Kesihatan Nov_Dis2015.pdf · kertas Dasar Post-2015 ... BERKERJA SEMPENA MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015 Tempat kerja

2 FOKUSKesihatan November - Disember 2015 Bilangan 173

BERITA

JERAYAWARA PROGRAM KLINIK CARA HIDUP SIHAT DAERAH TEMBURONG

ØDari muka surat 1

Klinik Cara Hidup Sihat (KCHS) adalah satu program mengurangkan berat badan, di bawah program gaya hidup sihat yang dijalankan berdasarkan pengubahsuaian tingkah laku gaya hidup dan amalan gaya hidup sihat seperti makan diet yang sihat dan melakukan aktiviti fizikal secara tetap. KCHS Temburong adalah tempat yang ke-3 diadakan, iaitu sebagai kesinambungan dari KCHS di Pusat Kesihatan Bandar Seri Begawan dan KCHS Sungai Liang, Kuala Belait.

Objektif program ini ialah membantu peserta untuk mengurangkan berat badan mereka secara keseluruhan dengan purata 1kg - 2kg setiap bulan atau 5% - 10% berat badan dalam tempoh tiga bulan (intensive phase). Ini dilakukan melalui pendekatan pelbagai disiplin yang melibatkan doktor, ahli psikologi, pakar pemakanan, pegawai pendidikan kesihatan atau jururawat, di mana selepas bulan ketiga dan seterusnya, para peserta akan mendisplinkan diri sendiri dengan mengamalkan semua yang diajari sehingga tamat menjalani program berkenaan.

Jerayawara mengenai program berkenaan bagi peringkat Daerah Temburong telah diadakan pada 12 November 2015 bertempat di Dewan Utama Bumiputera, Kompleks Bumiputra Pekan Bangar Daerah Temburong. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Ahli Mesyuarat Negara Brunei Darussalam.

Pada majlis ini, Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman juga menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para peserta program di mana bagi program ‘pilot’ ini seramai 13 peserta menyertainya, terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan yang bertugas di daerah tersebut.

Hadir dalam mesyuarat ini adalah delegasi daripada ahli-ahli negara ASEAN, wakil daripada ASEAN Secretariat, wakil dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), The United Nations Children’s Emergency Fund (UNICEF), United Nations Fund for Population Activities (UNFPA), Japan International Cooperation Agency (JICA) dan organisasi-organisasi antarabangsa yang berkaitan.

(foto: ihsan Jabatan Penerangan)

Page 3: MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI … Kesihatan/Fokus Kesihatan Nov_Dis2015.pdf · kertas Dasar Post-2015 ... BERKERJA SEMPENA MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015 Tempat kerja

3FOKUSKesihatanNovember - Disember 2015Bilangan 173

BERITAJERAYAWARA AMALAN PENYUSUAN SUSU IBU (PSI) BAGI IBU-IBU BERKERJA SEMPENA MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015

Tempat kerja dikenalpasti sebagai persekitaran yang memberikan impak yang amat penting kepada amalan Penyusuan Susu Ibu di kalangan ibu-ibu berkerja. Justeru itu, Kementerian Kesihatan melalui Taskforce Pemakanan Ibu, Anak Damit dan Kanak-kanak Kecil [Maternal, Infant & Young Child Nutrition (MIYCN) Taskforce] telahpun memulakan Jerayawara Amalan Penyusuan Susu Ibu dan Pekerjaan sempena Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2015 yang diadakan di sektor awam dan swasta.

Setakat ini, jerayawara ini telahpun diadakan dengan jayanya di dua buah Kementerian, iaitu di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Perlancongan pada 10 November dan di Kementerian Perhubungan 11 November 2015 yang lalu.

Antara matlamat utama jerayawara ini diadakan ialah bagi memberi pengetahuan dan kesedaran akan manfaat penyusuan susu ibu termasuklah produktiviti, jaminan pendapatan keluarga dan perkerjaan, kesihatan dan kesejahteraan ibu dan anak damit, manfaat kepada majikan dalam jangka masa panjang dan sumbangannya kepada kestabilan serta kesihatan sosio ekonomi negara. Jerayawara ini juga membincangkan tentang isu-isu yang sering dihadapi oleh ibu-ibu yang berkerja seperti mengekalkan kuantiti susu ibu dan cara penyimpanan perahan air susu ibu di tempat kerja.

Objektif jerayawara ini diadakan termasuklah merangsang sokongan dan tindakan dari pelbagai sektor untuk membolehkan ibu-ibu berkerja dalam memberikan dan mengekalkan Penyusuan Susu Ibu (PSI); mempromosi dan menggalakkan pihak majikan bersikap mesra ibu dan anak damit, serta mesra keluarga dan ibu bapa.

Selain itu para majikan juga disarankan untuk mempermudahkan dan menyokong secara aktif ibu-ibu yang berkerja meneruskan PSI; memaklumkan kepada orang ramai mengenai dengan hak Perlindungan Materniti (Maternity Protection) yang terkini di peringkat

global serta meningkatkan kesedaran tentang perlunya mengukuhkan peraturan-peraturan kebangsaan berkaitan cuti beranak dan perlaksanaannya; serta memperkukuhkan, mempermudahkan dan mempamerkan amalan-amalan terbaik yang menyokong dan membolehkan ibu-ibu berkerja dalam sektor tidak formal untuk memberikan PSI.

Melalui dua jerayawara sebelum ini, rata-rata peserta taklimat berpendapat bahawa jerayawara ini sangat membantu dan menambahkan lagi pengetahuan dan menyokong sepenuhnya jerayawara ini di lanjutkan demi memberi pengetahuan tentang hak ibu berkerja yang menyusukan dan cara-cara mengekalkan air susu ibu agar tidak berkurangan setelah kembali berkerja.

Kementerian Kesihatan akan melaratkan jerayawara ini sehingga ke tahun hadapan dan diharapkan agar ianya akan dapat mencapai seluruh warga ibu yang berkerja, bukan sahaja di sektor awam, malahan di sektor-sektor swasta. Inisiatif ini merupakan satu platform yang penting bagi pihak Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan untuk mendekati para ibu-ibu yang berkerja dalam pemberian informasi mengenai hak materniti dan penyusuan susu ibu dan seterusnya mempunyai komitmen yang tinggi dan serius dalam perihal perlindungan kesihatan ibu, anak damit dan kanak-kanak kecil.

Page 4: MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI … Kesihatan/Fokus Kesihatan Nov_Dis2015.pdf · kertas Dasar Post-2015 ... BERKERJA SEMPENA MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015 Tempat kerja

4 FOKUSKesihatan November - Disember 2015 Bilangan 173

BENGKEL LATIHAN HealtH Policy and ManageMent

Jabatan Dasar dan Perancangan Kementerian Kesihatan telah mengadakan Bengkel Latihan Health Policy and Management” selama 2 hari iaitu pada 5 dan 6 Disember 2015 bertempat di Badi’ah Hotel, Bandar Seri Begawan.

Bengkel latihan tersebut diadakan sebagai program pembangunan kapisiti atau enrichment programme bagi pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kesihatan dalam meningkatkan kefahaman serta kemahiran mengenai pembentukkan, perlaksanaan dan rebiu dasar-dasar kesihatan.

Selain itu, bengkel ini juga diharapkan dapat sedikit sebanyak akan memberikan impak dalam dalam persediaan Kementerian Kesihatan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang telah dikenalpasti di bawah Pelan Induk Sistem dan Infrastruktur Kesihatan Negara Brunei Darussalam yang memerlukan reformasi. Antara topik-topik utama yang telah dibincangkan dalam bengkel Health Policy and Management ini adalah seperti Health Policy, Health Systems Reform, Quality & Safety, Public health / Population Health dan Health Care Financing.

Bengkel latihan tersebut dibiayai sepenuhnya oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mana

BERITA

pengendalian bengkel latihan tersebut dibantu oleh Dr. David George Legge iaitu seorang konsultan dari La Trobe University, Melbourne Australia. Beliau merupakan seorang pakar yang mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang kesihatan terutama yang berkaitan dengan dasar-dasar kesihatan dan disokong oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Seramai 60 orang pegawai yang terdiri daripada pelbagai peringkat seperti pengarah, penolong pengarah dan pegawai-pegawai kanan dari setiap jabatan dan bahagian yang berkenaan telah menyertai bengkel latihan tersebut.

Page 5: MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI … Kesihatan/Fokus Kesihatan Nov_Dis2015.pdf · kertas Dasar Post-2015 ... BERKERJA SEMPENA MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015 Tempat kerja

5FOKUSKesihatanNovember - Disember 2015Bilangan 173

Rombongan Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W dengan tumpuan di dua buah masjid di negara ini.

Majlis dikir Maulud yang yang diadakan di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, pada 21 Disember 2015 telah diketuai oleh Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, Menteri Kesihatan.

Sebelumnya, majlis yang sama juga telah diadakan pada 15 Disember 2015 di Masjid Jubli Perak Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak yang dihadiri oleh Dr. Hazri bin Haji Kifle, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan majlis berdikir dan diteruskan lagi dengan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah.

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan kementerian dalam sama-sama menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam serta memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.AW.

Turut hadir ialah para pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan serta penduduk Kampung Jangsak dan Kampung Jerudong.

KEMENTERIAN KESIHATAN SEMARAKKAN DIKIR SYARAfIL ANAM SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W

BERITA

Page 6: MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI … Kesihatan/Fokus Kesihatan Nov_Dis2015.pdf · kertas Dasar Post-2015 ... BERKERJA SEMPENA MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015 Tempat kerja

6 FOKUSKesihatan November - Disember 2015 Bilangan 173

AKTIVITI BULAN NOVEMBER-DISEMBER 2015

‘Social Visit’ ke Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkillah Hayatul Bolkiah, Gadong dan Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha

MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI KESIHATAN IBU DAN ANAK KALI KE-4, 24-26 NOVEMBER 2015

Page 7: MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI … Kesihatan/Fokus Kesihatan Nov_Dis2015.pdf · kertas Dasar Post-2015 ... BERKERJA SEMPENA MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015 Tempat kerja

7FOKUSKesihatanNovember - Disember 2015Bilangan 173

BERITAAKTIVITI BULAN NOVEMBER-DISEMBER 2015‘Welcoming Dinner’ bagi para delegasi yang diadakan di Tarindak d’Polo Restaurant, Jerudong

Page 8: MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI … Kesihatan/Fokus Kesihatan Nov_Dis2015.pdf · kertas Dasar Post-2015 ... BERKERJA SEMPENA MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015 Tempat kerja

8 FOKUSKesihatan November - Disember 2015 Bilangan 173

BERITA

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2015, Pusat Promosi Kesihatan telah mengungkayahkan kempen berhenti merokok yang dinamakan “Quit2Win Berkumpulan Sempena Ramadhan 2015” bagi mempromosikan lagi perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok. Majlis berkenaan telah diadakan pada 10 Disember 2015, di Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan menyampaikan hadiah kepada pemenang kempen ini ialah Yang Mulia Awang Haji Mahrub bin Awang Haji Murni, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Kesihatan.

Kempen ini telah dibukakan kepada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berminat untuk berhenti merokok bermula pada 1 Ramadhan 1436 hijrah yang lalu. Antara peserta-peserta yang ikut serta dalam kempen ini terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Diraja Brunei Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Perhubungan dan beberapa Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang lain.

Di antara matlamat kempen “Quit2Win berkumpulan sempena Ramadhan 2015” ini diadakan ialah bagi

mempertingkatkan usaha-usaha untuk menurunkan kadar jumlah perokok di negara ini melalui pemberian ganjaran atau insentif kepada perokok-perokok yang berjaya berhenti merokok. Dengan adanya sokongan dari rakan sekerja yang mempunyai matlamat yang sama, ianya diharapkan dapat menguatkan lagi semangat mereka untuk berhenti merokok.

Pasukan Polis Diraja Brunei merupakan kumpulan pertama yang memenangi Kempen Quit2Win Berkumpulan Sempena Ramadan 2015 yang mana 60 peratus daripada mereka telah berjaya menghentikan tabiat merokok sepanjang kempen dijalankan.

Manakala itu, Jabatan Perdana Menteri memenangi tempat kedua dan Kementerian Pendidikan pula di tempat ketiga dengan kedua-dua kumpulan ini mencatatkan 40 peratus daripada mereka yang menyertai kempen itu berjaya menghentikan tabiat merokok.

Secara keseluruhannya, seramai 41 orang peserta telah mengikuti kempen yang berlangsung selama enam bulan dan 18 orang atau 44 peratus daripada mereka telah berjaya berhenti merokok semasa kempen dijalankan. Manakala itu, sebilangan besar peserta berjaya mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dalam sehari.

Menerusi kempen ini, Kementerian Kesihatan menyatakan harapan agar para peserta akan dapat memberikan inspirasi kepada rakan sekerja dan ahli keluarga yang lain bagi sama-sama berusaha menjadikan diri bebas tembakau.

MAJLIS PENUTUP KEMPEN “Quit2Win BERKUMPULAN SEMPENA RAMADHAN 2015”

Page 9: MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI … Kesihatan/Fokus Kesihatan Nov_Dis2015.pdf · kertas Dasar Post-2015 ... BERKERJA SEMPENA MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015 Tempat kerja

9FOKUSKesihatanNovember - Disember 2015Bilangan 173

Langkah-langkah Keselamatan

Jika bediang masih menjadi pilihan sebagai amalan semasa berpantang maka adalah dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah keselamatan seperti berikut:

v Pastikan bilik tempat bediang tidak tertutup dan mempunyai peredaran udara yang baik.

v Elakkan bediang pada waktu malam (terutama sekali ketika tidur) tanpa pengawasan ahli keluarga yang lain.

v Elakkan bediang bersama anak damit.

v Adalah disarankan jika bediang diamalkan, gunakanlah pilihan kaedah bediang secara moden iaitu dengan menggunakan pemanas elektrik ataupun sauna.

Nasihat KeselamataN semasa “BediaNg”Bediang..

Amalan berdiang adalah satu amalan yang telah dipraktikkan secara turun temurun oleh para ibu-ibu semasa dalam pantang selepas bersalin.

Bediang biasanya menggunakan kayu atau arang yang dibakar untuk

mengeluarkan haba panas.

Menurut kepercayaan orang tua-tua dahulu, bediang boleh membantu:v Mengeluarkan darah kotorv Mengecutkan peranakanv Memulihkan urat saraf di keliling peranakan

Contoh peralatan bediang yang selalu digunakan

Tin biskut

kayu atau arang

Semasa proses bediang, asap dari arang atau kayu yang dibakar boleh mengeluarkan sejenis gas bernama karbon monoksida, jika ia dilakukan di dalam bilik atau ruang yang tertutup (kurang peredaran udara). Jika gas ini dihidu secara berlebihan, ia boleh menyebabkan keracunan gas yang membawa kepada kematian.

Keracunan Karbon Monoksida

v Karbon monoksida ialah sejenis gas yang tidak mempunyai warna, bau atau rasa. Oleh yang demikian, ianya boleh membunuh secara senyap.

v Jika karbon monoksida dihidu secara berterusan, ianya akan menyerap ke dalan sel-sel darah merah dan menghalang penyerapan gas oksigen di dalam badan.

v B i l a k e a d a a n i n i ber laku, seseorang a k a n m e n g a l a m i

s i m t o m - s i m t o m “hypoxia” (kekurangan o k s i g e n d i d a l a m badan)

Ingat!

Ingat!

Karbon

Monoksida Boleh

Membunuh

Amalan berdiang adalah satu amalan yang telah dipraktikkan secara turun temurun oleh para ibu-ibu semasa dalam pantang selepas bersalin.

Bediang biasanya menggunakan kayu atau arang yang dibakar untuk mengeluarkan haba panas.

Menurut kepercayaan orang tua-tua dahulu, bediang boleh membantu:Mengeluarkan darah kotor Mengecutkan peranakanMemulihkan urat saraf dikeliling

Simtom-Simtom Keracunan Karbon Monoksida

Sakit

kepa

la

rasa

mua

l/ m

unta

h m

unta

h

Kelem

ahan

pa

da o

tot

Sesa

k Naf

as

Pengsan

Untuk maklumat lanjut mengenai risiko keracunan

karbon monoksida yang berkaitan dengan kesihatan,

orang ramai bolehlah menghubungi talian

Healthline 145 Semasa waktu kerja

Atau Layari laman web

Kementerian Kesihatanwww.moh.gov.bn

INFO KESIHATAN

Page 10: MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI … Kesihatan/Fokus Kesihatan Nov_Dis2015.pdf · kertas Dasar Post-2015 ... BERKERJA SEMPENA MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015 Tempat kerja

10 FOKUSKesihatan November - Disember 2015 Bilangan 173

DARI MEJA PENTADBIRAN NOVEMBER

Nama & Jawatan Tarikh Bersara Nama & Jawatan Tarikh BersaraRakiah binti Haji IbrahimPembantu Makmal Kanan 1 November 2015

Bejau Anak JaliTukang Pancut 17 November 2015

Hajah Kalsom binti Haji Md MessJuru X-Ray 5 November 2015

Taha bin DuaPemandu Tingkat 2 20 November 2015

Hajah Siti Zainidah binti Abdullah @ Zenaida C. NatividadJururawat

10 November 2015Haji Zali bin Haji Metali / MataliPembantu Makmal 20 November 2015

Pg Haji Hassan bin Pg PutehPembantu Pejabat 12 November 2015

Haji Abd Rahman bin Haji YahyaKetua Teknisyen Makmal (Malaria) 26 November 2015

Dayang Siti Zahrah binti SarbiniTukang Suntik 14 November 2015

Hajah Nuridah binti Haji BasmanPendobi 27 November 2015

Sulaiman bin Haji TaliPembantu Makmal Kanan 15 November 2015

Md Jamil bin AbdullahTimbalan Pegawai Rekod 29 November 2015

Ng Siew HoonKerani 17 November 2015

Simetasan bin MatsallehBuruh 30 November 2015

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan

Pegawai-Pegawai yaNg meNghadiri Kursus / PersidaNgaN / mesyuarat / semiNar

Pegawai daN KaKitaNgaN yaNg Baru BerKhidmat

Pegawai daN KaKitaNgaN Bersara

Nama & Jawatan Kursus / Mesyuarat / Bengkel / SeminarDr. Hajah Rosmonaliza binti Haji AsliAbd Aziz bin Haji ShamsudinSalbiah binti Haji Daud

“Central Sterile Supplies Department (CSSD) Course 2015”, Singapura (2-5 November 2015)

Md Salleh bin Haji HussinHaji Md Munawar bin Haji HussinHartini binti Harun @ Khadizah

“Fourier Transform Infrared (FTIR) Spectral Interpretation Course”, Malaysia (3-5 November 2015)

Md Redzuan bin Zaini “Certificate in Cognitive Behaviour Therapy”, Australia (12-15 November 2015)

Dr. Nazar Luqman BilgramiDr. Lau Bee NgoAlias bin AbdullahSiti Sahriahwati binti Haji Md Tanjong

Kursus“8th Asia Pacific Heart Rhythm Society”, Australia (19-22 November 2015)

Rusaimah binti JuhorMasnah binti Bujang

Kursus“Blood Bank Sceintific and Technical Course”, Thailand (23-27 November 2015)

Khadijah binti Haji NordinSuria binti Arshad

Kursus Komunikasi Bersama Pelanggan, Institut Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam (23-25 November 2015)

Dr. Hilda Ho Ming ChooDr. Dk Fariza Suryani binti Pg Dato Paduka Haji Sani

Program “The Australian & New Zealand Association of Psychiatry, Psychology and Law (ANZAPPL ACT) and The Royal Australian & New Zealand College of Psychiatrists (Faculty of Forensic Psychiatry) 2015 Joint Conference”, Australia (25-28 November 2015)

Nama & Jawatan Tarikh Melapor BertugasSuzana binti Kalat/ZainalPembantu Rekod Perubatan 2 November 2015

Nornadiah binti Haji YusofPenyelenggara Stor Tingkat Khas 7 November 2015

Abdul Hafiz Aqilah bin MahriJuruteknologi Makmal 26 November 2015

Page 11: MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI … Kesihatan/Fokus Kesihatan Nov_Dis2015.pdf · kertas Dasar Post-2015 ... BERKERJA SEMPENA MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015 Tempat kerja

11FOKUSKesihatanNovember - Disember 2015Bilangan 173

DARI MEJA PENTADBIRAN DISEMBER

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan.

Nama & Jawatan Tarikh Melapor Bertugas

Nama & Jawatan Tarikh Melapor Bertugas

Heirol bin Markneh Juruteknologi Makmal

1 Disember 2015

Rosmah binti Md ShahAhli Kimia Ubat Kanan

9 Disember 2015Muhammad Nuradzim bin OthmanTukang Pelan Kanan

Dr Shahrizan binti Mohd ShahPegawai Perubatan Gred 2

Ozly bin Umar/ AbdullahPembantu Makmal Kanan

3 Disember 2015

Nora Soffeana binti OmaraliTukang Ubat Terlatih

15 Disember 2015Hj Md Omar Ali Kamaluddin bin Haji DamitPembantu Makmal Kanan

Norlinah binti Mat Sani Pembantu Tukang Ubat

Noordiana Hadizul binti BidinPekerja Tingkat 2

Syazali bin Haji LudinTeknisyen Pemelihara Peralatan Mata 5 Disember 2015

Dk Hjh Sofiah @ Sophie binti Pengiran Haji BakarKetua Pegawai Saintifik

19 Disember 2015

Nama & Jawatan Tarikh Bersara Nama & Jawatan Tarikh BersaraDayangku Hafsah binti Pengiran Haji Abdullah Pembantu Makmal Kanan

2 Disember 2015Anuar bin Haji NordinPenolong Pegawai Penyelenggara Perkakas Perubatan

30 Disember 2015

Minah binti Haji JanudinBuruh 19 Disember 2015

Haji Md Tahir bin UmarAtendan Kanan Hospital

31 Disember 2015Hajah Hamidah binti Haji MetussinKerani 22 Disember 2015

Mahari bin Haji MohammadPenolong Pegawai Penyelenggara Perkakas Perubatan

Haji Hamdi bin Haji Abd Razak Atendan Kanan Hospital

Pegawai-Pegawai yaNg meNghadiri Kursus / PersidaNgaN / mesyuarat / semiNar

Pegawai daN KaKitaNgaN yaNg Baru BerKhidmat

Pegawai daN KaKitaNgaN yaNg Bersara

Nama & Jawatan Kursus / Mesyuarat / Bengkel / Seminar

Dr. Justin Wong Yun Yaw Bengkel ‘Asean Discussion on Preparedness Against Chemical-Biological Threats: Assessment of Scientific, Prevention and Response Capabilities, Malaysia (9-11 Disember 2015)

Datin Dr. Hajah Haslinda binti Haji Md Hassan Dr. Mercy George Asean Federation of Endocrine Societies, Malaysia (10-13 Disember 2015)

Dr. Ernina Nisdzarinah binti Haji Abd RaniBengkel ‘Regional Workshop on Good Governance in Tobacco Control: Implementing WHO FCTC Article 5.3 in ASEAN’, Thailand (14-15 December 2015)

Noorilham bin Md Tahir Occupational Hygiene (Noise, Dust and Heavy Metals) and Occupational Safety (Risk Assessment), Turkey (14-18 Disember 2015)

Dr. William Chong Chee Fui Program ‘Western Pacific Region Medicus Training Workshop’, China (15-17 Disember 2015)

Julaini bin Haji BiniHaji Md Khairul Aminudin bin Haji Abu Bakar

Regional Training Program of Issuing Ship Sanitation Certificate By Who Collaborating Centre for International Health Regulations: Points of Entry, China (7-11 Disember 2015)

Semiun bin AwatHaji Nor Isham bin AmedunHaji Mohamad bin Haji LimanAbdul Azizul Jabbar bin Awang Haji Juney

Defensive Driving Course, Brunei Darussalam (8-9 Disember 2015)

Haji Sarbini bin Haji SaparNorhayati binti Awang Haji Idris Defensive Driving Course, Brunei Darussalam (16-17 Disember 2015)

Page 12: MESYUARAT KUMPULAN KERJA ASEAN BAGI … Kesihatan/Fokus Kesihatan Nov_Dis2015.pdf · kertas Dasar Post-2015 ... BERKERJA SEMPENA MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2015 Tempat kerja

12 FOKUSKesihatan November - Disember 2015 Bilangan 173

AKTIVITI KESIHATANPROGRAM RESTORAN SIHAT DI HOME KITCHEN

Sebagai salah satu inisiatif untuk menyekat peningkatan penyakit-penyakit tidak berjangkit di negara ini, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan Program Restoran Sihat sejak tahun lalu yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman serta kesedaran pihak restoran dan orang awam mengenai pilihan serta penyediaan makanan yang lebih sihat, di samping menggalakkan budaya dan amalan pilihan sihat dalam kalangan pemilik restoran, pengurus serta pelanggan.

Sebagai usaha membendung penyakit-penyakit tersebut, satu lagi Majlis Perasmian Program Restoran Sihat telah diadakan di Home Kitchen yang terletak di Beribi pada 8 Disember 2015 yang lalu. Hadir menyempurnakan pelancaran program itu ialah Pengarah Umum Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr. Awang Zainal Ariffin bin Haji Awang Yahya, Pengarah Umum, Kementerian Kesihatan.

Sebanyak sembilan buah restoran telah ikut serta dalam program tersebut sejak tahun lalu yang juga menjadi rakan kongsi untuk menyokong inisiatif pemakanan sihat.

Kelayakan setiap restoran akan dinilai oleh Pusat Promosi Kesihatan dan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pusat tersebut di mana pihak restoran yang mengambil bahagian juga disyorkan untuk memenuhi permintaan kurang gula, kurang garam dan kurang lemak atau minyak tanpa menjejaskan rasa makanan.

Makanan dan minuman yang diiktiraf sebagai sihat akan dilabel dengan simbol ‘’Pilihan Bijak’’ atau ‘’Healthier Choice’’.

Dengan perasmian program berkenaan diharap akan dapat menarik minat restoran lain untuk ikut serta dan

menyokong inisiatif pemakanan sihat serta membantu mencegah dan mengawal risiko penyakit-penyakit tidak berjangkit di Negara Brunei Darussalam.

Ia juga sebagai usaha mendukung salah satu objektif utama dalam BruMAP-NCD 2013 - 2018, di samping merealisasikan Visi Kementerian Kesihatan 2035 ‘Bersama Ke Arah Warga Sihat’.

Antara yang hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan dan para jemputan khas.