kertas kerja lasabel

15
KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR (LASABEL) PANITIA SAINS SUKAN PUSAT PRA-UNIVERSITI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN KE FAKULTI SAINS SUKAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH & HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG, KOTA KINABALU, SABAH 1.0 Pendahuluan Program lawatan sambil belajar (LASABEL) pra-universiti ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Panitia Sains Sukan sekoah. Program ini dikhaskan untuk pelajar pra-universiti (Tingkatan 6) khususnya yang mengambil subjek Sains Sukan. Lawatan akan diadakan ke Sekolah Sains Sukan, Universiti Malaysia Sabah dan juga Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu. Program lawatan ini juga merupakan salah satu aktiviti tahunan panitia seperti yang telah dicadangkan oleh pelajar dan para guru. Program ini dijalankan untuk mempertingkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan pelajar pra-universiti akan suasana sebenar pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) agar mereka lebih yakin dan bersemangat memasuki IPT. Lantaran itu, diharapkan semangat itu nanti dapat membentuk pelajar pra-universiti yang lebih berketrampilan, berpersonaliti mulia dan berkualiti dalam segenap aspek. 2.0 Matlamat Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu serta dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan Negara. Pendek kata program ini dapat membantu menjana modal insan yang berkualiti. 3.0 Objektif 3.1 Membentuk satu semangat belajar dan terus belajar dalam diri setiap peserta tanpa kenal erti jemu dalam usaha menggapai kejayaan dalam bidang akademik; 3.2 Mengeratkan persefahaman dan toleransi antara peserta pelbagai kaum di sekolah; 3.3 Memupuk kepentingan pengurusan masa dalam sebarang aktiviti yang dijalankan; 3.4 Meningkatkan pengetahuan peserta dari tempat-tempat yang dilawati; dan 3.5 Melatih peserta hidup berdisiplin melalui peraturan-peraturan program yang perlu dipatuhi. 4.0 Tarikh, Masa dan Tempat Tarikh (Hari)Program : 7 April 2011 (Khamis) Masa Program : 1000 1700 (10.00 pagi hingga 5.00 petang) Tempat Program : Universiti Malaysia Sabah (UMS) & Hospital Mesra Bukit Padang Kota kinabalu (HMBP) 5.0 Kumpulan Sasaran 5.1 Seramai 26 orang pelajar Pra-Universiti 3 Sains Sukan Sesi 2010/ 2011 Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan. 6.0 Peserta Program ini akan disertai oleh: 6.1 Guru Pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan : 5 orang Pecahan Guru : 3 orang lelaki & 2 orang perempuan 6.2 PelajarPra-Universiti Senior 3 Sains Sukan Sesi 2010/ 2011Sekolah Menengah KebangsaanTambunan seramai 26 orang Pecahan pelajar : 7 orang lelaki & 19 orang perempuan (* Senarai nama guru dan pelajar boleh di rujuk dalam Lampiran A) 7.0 Tentatif Program (Perjalanan aktiviti selama program diadakan boleh di rujuk dalam Lampiran B). 8.0 Belanjawan Program (Sumber perolehan pendapatan dan pengeluaran perbelanjaan boleh di rujuk dalam Lampiran C) 9.0 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program (Senarai semak AJK Pelaksana yang berkaitan dengan program yang akan dijalankan boleh dirujuk dalam Lampiran D) 10.0 Yuran Penyertaan Program 10.1 Yuran makan = RM 5.00 setiap pelajar. 10.2 Yuran masuk Pusat Marin UMS = RM7.00 setiap pelajar. 10.3 Yuran tambang/sewa bas = RM30.00 setiap pelajar. 10.4 Jumlah yuran penyertaan : RM42.00 x 26 orang pelajar = RM1092.00 11.0 Penutup Adalah diharapkan program ini dapat merealisasikanmatlamat dan objektif program yang telah dinyatakan melalui semangat bekerjasama yang jitu dan erat.Komitmen tidak berbelah bagi dari semua pihak merupakan teras ke arah pencapaian kejayaan program ini. Pada masa yang sama, pihak Panitia Sains Sukan turut berharap agar program ini boleh ditabalkan sebagai program tahunan dalam takwim sekolah amnya dan takwim panitia khususnya pada tahun hadapan dan tahun-tahun mendatang.

Upload: kombura

Post on 08-Jul-2015

1.767 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Contoh kertas kerja untuk program lawatan praunversiti.

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja lasabel

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR (LASABEL) PANITIA SAINS SUKAN PUSAT PRA-UNIVERSITI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN KE FAKULTI SAINS SUKAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH & HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG,

KOTA KINABALU, SABAH

1.0 Pendahuluan Program lawatan sambil belajar (LASABEL) pra-universiti ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Panitia Sains Sukan sekoah. Program ini dikhaskan untuk pelajar pra-universiti (Tingkatan 6) khususnya yang mengambil subjek Sains Sukan. Lawatan akan diadakan ke Sekolah Sains Sukan, Universiti Malaysia Sabah dan juga Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu. Program lawatan ini juga merupakan salah satu aktiviti tahunan panitia seperti yang telah dicadangkan oleh pelajar dan para guru. Program ini dijalankan untuk mempertingkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan pelajar pra-universiti akan suasana sebenar pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) agar mereka lebih yakin dan bersemangat memasuki IPT. Lantaran itu, diharapkan semangat itu nanti dapat membentuk pelajar pra-universiti yang lebih berketrampilan, berpersonaliti mulia dan berkualiti dalam segenap aspek.

2.0 Matlamat Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu serta dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan Negara. Pendek kata program ini dapat membantu menjana modal insan yang berkualiti.

3.0 Objektif

3.1 Membentuk satu semangat belajar dan terus belajar dalam diri setiap peserta tanpa kenal erti jemu dalam usaha menggapai kejayaan dalam bidang akademik;

3.2 Mengeratkan persefahaman dan toleransi antara peserta pelbagai kaum di sekolah; 3.3 Memupuk kepentingan pengurusan masa dalam sebarang aktiviti yang dijalankan; 3.4 Meningkatkan pengetahuan peserta dari tempat-tempat yang dilawati; dan 3.5 Melatih peserta hidup berdisiplin melalui peraturan-peraturan program yang perlu dipatuhi.

4.0 Tarikh, Masa dan Tempat

Tarikh (Hari)Program : 7 April 2011 (Khamis) Masa Program : 1000 – 1700 (10.00 pagi hingga 5.00 petang) Tempat Program : Universiti Malaysia Sabah (UMS) & Hospital Mesra Bukit Padang Kota kinabalu (HMBP)

5.0 Kumpulan Sasaran 5.1 Seramai 26 orang pelajar Pra-Universiti 3 Sains Sukan Sesi 2010/ 2011 Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan.

6.0 Peserta

Program ini akan disertai oleh: 6.1 Guru Pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan : 5 orang

Pecahan Guru : 3 orang lelaki & 2 orang perempuan 6.2 PelajarPra-Universiti Senior 3 Sains Sukan Sesi 2010/ 2011Sekolah Menengah KebangsaanTambunan seramai 26

orang Pecahan pelajar : 7 orang lelaki & 19 orang perempuan (* Senarai nama guru dan pelajar boleh di rujuk dalam Lampiran A)

7.0 Tentatif Program

(Perjalanan aktiviti selama program diadakan boleh di rujuk dalam Lampiran B).

8.0 Belanjawan Program (Sumber perolehan pendapatan dan pengeluaran perbelanjaan boleh di rujuk dalam Lampiran C)

9.0 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program (Senarai semak AJK Pelaksana yang berkaitan dengan program yang akan dijalankan boleh dirujuk dalam Lampiran D)

10.0 Yuran Penyertaan Program 10.1 Yuran makan = RM 5.00 setiap pelajar. 10.2 Yuran masuk Pusat Marin UMS = RM7.00 setiap pelajar. 10.3 Yuran tambang/sewa bas = RM30.00 setiap pelajar. 10.4 Jumlah yuran penyertaan : RM42.00 x 26 orang pelajar = RM1092.00

11.0 Penutup Adalah diharapkan program ini dapat merealisasikanmatlamat dan objektif program yang telah dinyatakan melalui semangat bekerjasama yang jitu dan erat.Komitmen tidak berbelah bagi dari semua pihak merupakan teras ke arah pencapaian kejayaan program ini. Pada masa yang sama, pihak Panitia Sains Sukan turut berharap agar program ini boleh ditabalkan sebagai program tahunan dalam takwim sekolah amnya dan takwim panitia khususnya pada tahun hadapan dan tahun-tahun mendatang.

Page 2: Kertas kerja lasabel

LAMPIRAN A SENARAI NAMA PESERTA : GURU & PELAJAR

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR 07 APRIL 2011 (KHAMIS)

* HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG & UNIVERSITI MALAYSIA SABAH * 1000 - 1630

BIL. NAMA JAWATAN NO. KAD PENGENALAN

NAMA GURU PENGIRING : 5 ORANG

1. En. Jenius Gadiman Guru 760915-12-5701

2. En. Mohd Alli Gipit @ Charles Guru 730610-12-5949

3. En. Hazeli bin Abas Guru 770830-03-6303

4. Cik Cindy John Guru 861009-49-5586

5. Cik Mary Magdalene Guntala Kaunselor 840421-12-5074

NAMA PELAJAR : 26 ORANG

6. Airlyne Donna Philip Pelajar 920303-12-5698

7. Bearine Julanih Pelajar 920318-12-5914

8. Dunstan Immanuel Pelajar 920107-12-5631

9. Elystha Pani Pelajar 920812-12-6672

10. Frannia Juin Pelajar 920908-12-6546

11. Gerald Jutri Pelajar 920516-12-5843

12. Herda Barbara Paidilin Pelajar 920723-12-7104

13. Herman John Pelajar 920130-12-5891

14. Ketrinika Ison Pelajar 920130-12-6704

15. Leevyne Modin Pelajar 920829-12-6935

16. Leliana Jusil Pelajar 920915-12-6800

17. Maslida Paunil Pelajar 920107-12-5850

18. Michelle Reacel Edmund Pelajar 920707-12-5264

19. Nita Willybroad Johnny Pelajar 920729-12-6014

20. Norain Ramandari Pelajar 921230-12-6052

21. Nurul Shyakira Ayu Zakaria Pelajar 920617-12-6386

22. Randy Marinus Pelajar 920211-12-6503

23. Sandra Petius Pelajar 920612-12-6010

24. Sovian Simon Pelajar 921213-12-6501

25. Stanley Peliment Pelajar 921115-12-6575

26. Stella Sidih Pelajar 920521-12-6728

27. Sue Allyn Dausip Pelajar 920930-12-6614

28. Theresie Galitang Pelajar 921205-12-7176

29. Tika Louisa Saiving Pelajar 920711-12-6470

30. Vianney Evana Vide Pelajar 920513-12-6218

31. Vianney John Pelajar 920826-12-6534

Page 3: Kertas kerja lasabel

LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR 07 APRIL 2011 (KHAMIS)

* HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG & UNIVERSITI MALAYSIA SABAH * 1000 - 1630

MASA AKTIVITI CATATAN

0630 – 0730 Pendaftaran peserta.

Taklimat ringkas.

Taklimat : Keselamatan dan Disiplin.

0730 – 0930 Bertolak ke Hospital Mesra Bukit Padang

1000 – 1200 Program lawatan bermula. Program lawatan diatur oleh pihak Hospital Mesra Bukit Padang.

1200 – 1400 Kudapan.

1400 - 1630 Bertolak ke Universiti Malaysia Sabah. Program lawatan diatur oleh pihak Universiti Malaysia Sabah.

1630- 1800 .Bergerak pulang ke SMK Tambunan.

Page 4: Kertas kerja lasabel

LAMPIRAN C BELANJAWAN PROGRAM

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR 07 APRIL 2011 (KHAMIS)

* HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG & UNIVERSITI MALAYSIA SABAH * 1000 - 1630

PENDAPATAN PERBELANJAAN

Sumber Kuantiti (1 unit)

Nilai sebenar Sumber Kuantiti (1 unit)

Nilai sebenar

Kewangan Sekolah : Tambang/sewa bas.

RM 30.00 seorang. (jika tunai)

RM780.00 untuk 26

pelajar untuk 2 bas. (jika

tunai).

Pengangkutan : Bas Sewa (2 buah): 26

orang

RM30.00/orang

RM780.00 (jika tunai). RM400 jika

LPO.

Yuran Penyertaan. Murid : 26 orang (Makan tengahari) Sumber: Pelajar

RM 5.00

RM 130.00 (RM5 x 26

orang)

Makan Tengahari Murid : 26 orang

RM 5.00/orang

RM130.00

Yuran (Pusat Marin UMS) : 26 orang Sumber: Pelajar

RM5.00

RM130.00 (RM5 x 26

orang)

Yuran lawatan (Pusat Marin UMS). RM5.00

RM 5.00/orang

RM130.00

Cendera kenangan: Bakul cenderahati: Sumber: Sumbangan (Guru-guru pengiring). Produk halia: RM30.00 x 2 tempat. Sumber:Sumbangan. (Pemborong Mangkab Enterprise, Kg. Botung Tambunan)

RM2.50

RM30.00

RM5.00 (RM2.50 x 2

destinasi)

RM60.00 (RM30 x 2 destinasi)

Cenderakenangan : 2 set (2 tempat-UMS & HMBP).

RM 32.50/set

RM65.00

Banner Lawatan (Kain 2m & Pelaka) Sumbangan. (Kordinator Pra-Universiti)

RM26.00

RM26.00

Banner Lawatan: RM26.00

1 Banner.

RM26.00

JUMLAH

RM1131.00

JUMLAH

RM1131.00

Jika kewangan program masih lagi berbaki selepas program selesai dijalankan, wang berkenaan akan dibahagikan samarata dengan semua murid yang terlibat.

Jika terdapat penaja/penyumbang diperolehi, maka yuran untuk perkara berkenaan tidak akan dikutip.

DISEDIAKAN OLEH :…………….…..…………………………………..

(Setiausaha program)

DISEMAK OLEH :……………………..…………………………….. (Pengarah program)

DISEMAK SEMULA OLEH : .....................................................

(Kordinator Pra-Universiti)

DISAHKAN OLEH :…………………….…………………………….. (Pengetua)

Page 5: Kertas kerja lasabel

LAMPIRAN D AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR 07 APRIL 2011 (KHAMIS)

* HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG & UNIVERSITI MALAYSIA SABAH * 1000 - 1630

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA (GURU)

PENASIHAT UTAMA : TUAN HAJI MOHMAD MOHLIS B. YUSAK (Pengetua)

PENASIHAT PROGRAM I : EN JENIUS GADIMAN(Kordinator Pra-u)

PENASIHAT PROGRAM II : EN. ADRIAN GAISANKordinator Kokum/Hep Pra-u

PENGARAH PROGRAM : Sandra Petius (Pelajar)

TIMBALAN PENGARAH PROGRAM : Randy Marinus (Pelajar)

SETIAUSAHA PROGRAM : Vianney Evana Vide (Pelajar)

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA (Pelajar)

PENGARAH :Sandra Petius

TIMBALAN PENGARAH : Randy Marinus

SETIAUSAHA : Vianney Evana Vide

BENDAHARI :Norain Ramandari

AJK KHAS PROGRAM :

AJK PENDAFTARAN PESERTA : Herman John Madangin

AJK PENGANGKUTAN : Vianney John

AJK KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN/KECEMASAN : Leevyne Modin

AJK MAKANAN DAN MINUMAN :Nita Willybroad Johny

AJK JURUACARA : Vianney Evana Vide

AJK BANNER :Stanley Peliment

AJK PENYELIA PESERTA : Stella Sideh

AJK CENDERAHATI & SIJIL : Leliana Jusil

Page 6: Kertas kerja lasabel

SENARAI SEMAK BARANG YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA PROGRAM PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

07 APRIL 2011 (KHAMIS) * HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG & UNIVERSITI MALAYSIA SABAH * 1000 - 1630

A. KEPERLUAN LAWATAN

Bil. Keperluan Kuantiti

1. Kotak Kecemasan 1 set

B. PERALATAN INDIVIDU

Bil. Keperluan Kuantiti

Peralatan Wajib Bawa Bersama

2. Alatulis 1 set

3. Bekas air 1 buah

4. Buku catatan 1 buah

5. Kelengkapan sembahyang : Peserta Muslim 1 set lengkap

6. Tuala wanita Secukupnya

7. Wang saku Secukupnya

Peralatan Digalakkan Bawa Bersama

8. Kamera video 1 set

9. Minyak angin/anti-mabuk kereta 1 botol kecil

Page 7: Kertas kerja lasabel

SENARAI SEMAK TAKLIMAT KHAS : PERATURAN-PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI (BILIK PRA-UNIVERSITI 3 SAINS SUKAN * 4 APRIL 2011 * ISNIN * 0740 – 0820)

BERHUBUNG

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRA-UNIVERSITI

HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG & UNIVERSITI MALAYSIA SABAH * 07 APRIL 2011 (KHAMIS) 1000 – 1630

1. MELAPOR DIRI & PENDAFTARAN 1.1 Semua peserta adalah dikehendaki melaporkan diri bagi sesi pengesahan pendaftaran di Ruang Legar SMK Tambunan

pada atau sebelum 07 April 2011 bersamaan hari Khamis pada pukul 6.30 pagi. 1.2 Setiap pelajar mesti memakai kad matrik masing-masing.

2. TAKLIMAT PENTING 2.1 Pengarah Program akan memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Pelaksana (Guru & PPelajar) dan memaklumkan peranan

yang akan dipertanggungjawabkan. 2.2 Semasa slot pembentukan kumpulan, semua peserta dikehendaki membentuk empat (5) kumpulan di mana setiap

kumpulan akan diketuai oleh satu (1) orang guru bersama enam (5-6) orang murid dalam setiap kumpulan. Ianya bertujuan memudahkan pergerakan dan pengawalan keselamatan setiap pesertaprogram sepanjang aktiviti lawatan dijalankan.

2.3 Peringatan!!! : Peserta tidak dibenarkan bergerak secara individu semasa dijalankan aktiviti lawatan.

3. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 3.1 Memastikan semua peserta yang mengikuti program lawatan ini mempunyai insurans Takaful. 3.2 Semua peserta diwajibkan mendapat kebenaran bertulis daripada pihak ibu bapa atau penjaga (Surat Kebenaran Ibu

Bapa/ Penjaga disediakan oleh pihak pelaksana program). 3.3 Semua peserta dikehendaki mematuhi semua arahan Ketua Kumpulan masing-masing sepanjang sesi lawatan diadakan. 3.4 Semua peserta adalah bertanggungjawab menjaga peralatan peribadi (termasuk telefon bimbit) supaya sentiasa berada

dalam keadaan baik dan selamat. 3.5 Jika berlaku sebarang kecemasan, wakil kumpulan hendaklah memaklumkan kepada Ketua Kumpulan atau AJK

Pelaksana dengan kadar yang segera. 3.6 Segala tutur kata hendaklah sentiasa dipelihara dalam keadaan sopan sepanjang sesi lawatan. 3.7 AJK Pelaksana tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan barang berharga (termasuk telefon bimbit)

atau wang dalam simpanan peserta. 3.8 Aktiviti mencuri, berjudi, merokok, berdua-duaan, meminum minuman yang memabukkan dan bergaduh adalah

perbuatan yang dilarang sama sekali semasa sesi lawatan dijalankan. Tindakan tatatertib akan di ambil jika disabitkan kesalahan.

3.9 Wang tunai yang di bawa hendaklah dijaga dan dibelanjakan secara bijak. 3.10 Peserta program tidak dibenarkan keluar daripada kawasan lawatan kecuali setelah mendapat kebenaran daripada guru

pengiring. 3.11 Peserta adalah dilarang sama sekali berada berhampiran dengan kawasan berisiko tinggi tanpa pengawasan atau

kebenaran pihak pengurusan pihak UMS atau HMBP mahupun guru pengiring. 3.12 Peserta perempuan adalah dilarang memakai barangan kemas yang keterlaluan.

4. PERGERAKAN KE LOKASI LAWATAN 4.1 Semua peserta dikehendaki mengikuti semua aktiviti lawatan yang dijalankan sepanjang program lawatan diadakan. 4.2 Semua peserta dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian dan beretika (tidak menjolok mata) sepanjang lawatan

dijalankan. 4.3 Para peserta tidak dibenarkan sama sekali mencuba, menyentuh atau menggunakan apa-apa peralatan tanpa

kebenaran. 4.4 Setiap peserta diwajibkan memakai kasut selama menjalani program lawatan kecuali solat dan atas kebenaran. 4.5 Kotak kecemasan mestilah di bawa bersama sepanjang sesi lawatan diadakan.

5. MAKANAN DAN MINUMAN

5.1 Setiap peserta dikehendaki berbaris semasa mengambil makanan dan/atau minuman. 5.2 Memastikan sisa makanan di buang di tempat yang telah disediakan.

6. KEBERSIHAN

6.1 Kebersihan kawasan lokasi lawatan adalah tanggungjawab semua. 6.2 Semua peserta adalah di larang sama sekali membuang sisa makanan, bekas pembungkus makanan dan tuala wanita

(bagi peserta perempuan) ke dalam mangkuk tandas. 7. SOLAT

7.1 Peserta muslim diwajibkan menunaikan ibadah solat bagi setiap waktu solat di masjid atau surau yang berhampiran dengan lokasi lawatan.

7.2 Pada masa yang sama, peserta yang tidak terlibat (peserta bukan muslim dan peserta perempuan muslim yang keuzuran) dikehendaki berkumpul di kawasan berkumpul yang ditetapkan.

8. PELAWAT 8.1 Semua pelawat yang ingin menemui peserta dikehendaki berjumpa dengan AJK Pelaksana terlebih dahulu.

Page 8: Kertas kerja lasabel

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN PETI SURAT 30, 89657 TAMBUNAN, SABAH. NO. TEL : 087-774097 NO. FAX : 087-773209 KOD SEKOLAH : XEA1219

Rujukan Fail : XEA121/700-02/01 Tarikh : 1 Mac 2011 Kepada : Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan, Tingkat 2, Kompleks Majlis Daerah, Peti Surat 27, 89657 Tambunan, Sabah. Tuan,

PROGRAM YANG DIURUSKAN OLEH SEKOLAH Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada tuan mengenai perkara di atas. 2. Sehubungan dengan perkara di atas, Surat Pekeliling Jabatan Pendidikan mengenai perkara ini Ruj: KP/8592/1 bertarikh 1 November,1985 adalah dirujuk. 3. Bersama ini dikemukakan Borang Permohonan Pelancongan Sekolah 1957 yang berkaitan dengan perkara di atas untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sekian, harap maklum. Yang Menjalankan Tugas, ……………………………….............................. (TUAN HAJI MOHMAD MOHLIS BIN YUSAK) Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan s.k. Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan Pusat Pra-Universiti, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan.

Panitia Sains Sukan, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan

Page 9: Kertas kerja lasabel

BORANG PERMOHONAN PELANCONGAN SEKOLAH (UNDANG-UNDANG PELANCONGAN SEKOLAH-SEKOLAH 1957)

Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan. Kod Sekolah : XEA1219 Alamat Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan, Peti Surat 30, 89657 Tambunan, Sabah.

Nama Pengetua : Tuan Haji Mohmad Mohlis Bin Yusak Nama guru yang menyelia pelancongan & nama guru-guru lain yang bersama :

BIL. NAMA GURU LELAKI NAMA GURU PEREMPUAN

1. En. Jenius Gadiman Cik Mary Magdalen Guntala

2. En. Md Alli Gipit@Charles Cik Cindy John

3. En. Hazeli bin Abas

JUMLAH 3 orang guru lelaki 2 orang guru perempuan

5 orang guru

Tujuan Pelancongan : Memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih luas tentang hala tuju murid yang mengambil pengkhususan Sains Sukan di peringkat sekolah menengah.

Tempat-tempat yang akan dilawati :

Nama Tempat / Bandar / Negeri Termasuk alamat tempat bermalam

Tarikh Catatan

Daripada Hingga

1. Universiti Malaysia Sabah (UMS) 07 April 2011 07 April 2011 Hari:Khamis

2. Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP) 07 April 2011 07 April 2011 Hari: Khamis

Cara-cara mendapatkan wang : Yuran penyertaan peserta, kewangan sekolah& sumbangan. Tiap-tiap seorang pelajar(Yuran makan & yuran masuk Pusat Marin UMS) : RM10.00x 26 orang pelajar Jumlah : RM260.00 Dari lain-lain (jika daripada penderma sebutkan nama dan alamatnya) : (a) Sumbangan sekolah (tambang/sewa 2 bas) :RM30.00x 26 orang pelajar

Jumlah murid : RM780.00 (b) Sumbangan guru-guru pengiring (bakul hadiah) : RM5.00 (c) Sumbangan oleh Syarikat Pemborong Mangkab Enterprise (Produk halia) : RM60.00 (d) Sumbangan guru-guru pengiring (banner) : RM26.00 Nama orang yang diamanahkan mengumpulkan wang :

Nama No. Kad Pengenalan Umur Alamat Rumah

En. Jenius Gadiman

(Kordinator Pra-Universiti)

760915-12-5701

35 Tahun

SMK Tambunan, Peti Surat 30, 89657 Tambunan, Sabah.

Tarikh : Cop Sekolah : Tandatangan Pengetua/ Guru Besar :………………………..................………………......... (TUAN HAJI MOHMAD MOHLIS BIN YUSAK)

Page 10: Kertas kerja lasabel

LAMPIRAN A PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

07 APRIL 2011 (KHAMIS) * HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG & UNIVERSITI MALAYSIA SABAH * 1000 - 1630

Bil. Nama Penuh Dalam Tulisan Cina (jika ada)

No. Kad Pengenalan

Jantina Umur (Tahun)

Jawatan/ Tingkatan

Alamat Rumah & No. Telefon

1. En. Jenius Gadiman 760915-12-5701 Lelaki 34 Guru SMK. Tambunan & 087-774097

2. En. Mohd Alli Gipit @ Charles 730610-12-5949 Lelaki 37 Guru SMK. Tambunan & 087-774097

3. En. Hazeli bin Abas 770830-12-6303 Lelaki 34 Guru SMK. Tambunan & 087-774097

4. Cik Mary Magdalen Guntala 840421-12-5074 Perempuan 27 Kaunselor SMK. Tambunan & 087-774097

5. Cik Cindy John 861009-49-5586 Perempuan 25 Guru SMK Tambunan & 087-774097

6. Airlyne Donna Philip 920303-12-5698 Perempuan 19 Pelajar Kampung Tombotuon& 0198418314

7. Bearine Julanih 920318-12-5914 Perempuan 19 Pelajar Kampung Sinungkalangan

8. Dunstan Immanuel 920107-12-5631 Lelaki 19 Pelajar Asrama SMK Tambunan

9. Elystha Pani 920812-12-6672 Perempuan 19 Pelajar Kg. Tontolob, Tambunan

10. Frannia Juin 920908-12-6546 Perempuan 19 Pelajar Kg. Sunsuron & 0138722689

11. Gerald Jutri 920516-12-5843 Lelaki 19 Pelajar Kampung Tontolob

12. Herda Barbara Paidilin 920723-12-7104 Perempuan 19 Pelajar Kampung Pantai& 0138678779

13. Herman John 920130-12-5891 Lelaki 19 Pelajar Asrama SMK Tambunan

14. Ketrinika Ison 920130-12-6704 Perempuan 19 Pelajar Kampung Patau& 014 5549670

15. Leevyne Modin 920829-12-6935 Lelaki 19 Pelajar Asrama SMK Tambunan

16. Leliana Jusil 920915-12-6800 Perempuan 19 Pelajar Kampung Sunsuron& 0125434248

17. Maslida Paunil 920107-12-5850 Perempuan 19 Pelajar Kampung Sunsuron& 0135591692

18. Michelle Reachel Edmund 920707-12-5264 Perempuan 19 Pelajar Kampung Patau& 0135460422

19. Nita Willybroad Johnny 920729-12-6014 Perempuan 19 Pelajar Kg. Pantai, Tambunan& 0138661931

20. Norain Ramandari 921230-12-6052 Perempuan 19 Pelajar Kampung Tunggaring & 0143554353

21. Nurul Shyakira Ayu Zakaria 920617-12-6386 Perempuan 19 Pelajar Pekan Tambunan

22. Randy Marinus 920211-12-6503 Lelaki 19 Pelajar Kampung Mangi-Pangi& 0145635250

23. Sandra Petius 920612-12-6010 Perempuan 19 Pelajar Kampung Tontolob & 0168029884

24. Sovian Simon 921213-12-6501 Perempuan 19 Pelajar Kampung Tontolob

25. Stanley Peliment 921115-12-6575 Lelaki 19 Pelajar Kampung Patau

26. Stella Sidh 920521-12-6728 Perempuan 19 Pelajar Asrama SMK Tambunan

27. Sue Allyn Dausip 920930-12-6614 Perempuan 19 Pelajar Asrama SMK Tambunan

28. Theresie galitang 921205-12-7176 Perempuan 19 Pelajar Kampung Pantai& 0148640192

29. Tika Louisa Saiving 920711-12-6470 Perempuan 19 Pelajar Kampung Sunsuron& 0148622914

30. Vianney Evana Vide 920513-12-6218 Perempuan 19 Pelajar Kampung Patau & 0165099019

31. Vianney John 920826-12-6534 Perempuan 19 Pelajar Kampung Sunsuron& 013 5413627

Tarikh : Cop Sekolah : Tandatangan Pengetua : …………………………………………………… (TUAN HAJI MOHMAD MOHLIS B. YUSAK)

Page 11: Kertas kerja lasabel

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN PETI SURAT 30, 89657 TAMBUNAN, SABAH. NO. TEL : 087-774097 NO. FAX : 087-773209 KOD SEKOLAH : XEA1219

___ Rujukan Fail : XEA121/700-02/01 Tarikh : 1.3.2011 Kepada : Tuan/Puan/Encik/Cik ……………..……………………………………………. PERMOHONAN KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA BAGI MENGIKUTI PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRA-UNIVERSITI DENGAN PENYERTAAN SERAMAI 26 ORANG PESERTA YANG DIKELOLAKAN OLEH PANITIA SAINS SUKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar yang bernama ………………..……….………..…………………….. dari Tingkatan ……………….…… telah terpilih sebagai salah seorang peserta bagi Program Lawatan Sambil Belajar Pra-Unviversiti yang akan dianjurkan oleh Panitia Sains Sukan selama satu (1) hari sahaja. Maklumat lanjut berkenaan program tersebut adalah seperti mana ketetapan berikut :

Tarikh Lawatan : 07 April 2010 (Khamis) Tempat Lawatan : Universiti Malaysia Sabah & Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu. Pakaian Lawatan : Pakaian Uniform Sekolah Lengkap + BLAZER MPP Masa Pendaftaran : 0630 - 0700 (6.30 pagi hingga 7.00 pagi) Tempat Pendaftaran : Ruang Legar Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan Tempat Berkumpul : Ruang Legar Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan

Yuran Program : RM42.00 (Pembayaran diselesaikan sebelum atau pada 03 April 2011) 2. Adalah diharapkan Tuan/Puan/Encik/Cik membenarkan penyertaan anak jagaan Tuan/Puan/Encik/Cik ini. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak Tuan/Puan/Encik/Cik, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Bersama-sama surat permohonan ini, disertakan borang jawapan untuk diisi oleh pihak Tuan/Puan/Encik/Cik sebagai pengesahan sama ada murid tersebut dibenarkan atau sebaliknya. Yang Menjalankan Tugas, …………………………… (SANDRA PETIUS) Pengarah Program Lawatan Sambil Belajar Pra-Universiti, Panitia Sains Sukan, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan. SIMPANAN IBUBAPA/ PENJAGA --------------------------------------------------------------------------------------------- Sila potong di sini -------------------------------------------------------------------

SIMPANAN SEKOLAH BORANG JAWAPAN : KEBENARAN IBU BAPA/ PENJAGA

Saya ………………………………………..........…. (Ibu / Bapa/ Penjaga) No. Kad Pengenalan : ………......................………………… dengan sukacitanya membenarkan/

tidak membenarkan anak jagaan saya : …………………………................……….. No. Kad Pengenalan : …………........…......………………… dari Tingkatan ……………….

mengikuti program berikut :

Nama Program : Program Lawatan Sambil Belajar Pra-Universiti Tarikh Lawatan : 07 April 2011 Tempat Lawatan : Universiti Malaysia Sabah & Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu. .

Sekiranya kesihatan anak jagaan saya terganggu semasa program berlangsung, maka saya dengan sepenuh hati membenarkan pihak penganjur atau wakilnya menguruskan bagi pihak saya untuk mendapatkan rawatan. Soal keselamatan dan disiplin juga sentiasa di beri perhatian sewajarnya oleh pegawai-pegawai yang diamanahkan.

KEMALANGAN

Saya adalah faham bahawa pegawai berkenaan mencuba seberapa daya untuk menjaga dan menjauhkan anak jagaan saya daripada sebarang kemungkinan kemalangan. Saya juga faham bahawa pihak sekolah akan mengambil tindakan yang perlu dan sewajarnya bagi memastikan keselamatan anak jagaan saya semasa program berlangsung adalah terjamin. Saya selaku ibu bapa/ penjaga akan menasihati dan mengingatkan anak jagaan saya supaya sentiasa patuh kepada segala arahan yang diberikan oleh guru pengiring sepanjang program berlangsung. Sekiranya masih berlaku sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan, ianya adalah di bawah tanggungjawab saya. Sekian dimaklumkan, terima kasih. …………………………………… (Tandatangan Ibu/ Bapa/ Penjaga) Nama : No. Kad Pengenalan : No. Telefon : sk. Pengetua SMK Tambunan. Ibubapa / Penjaga.

Page 12: Kertas kerja lasabel

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN PETI SURAT 30, 89657 TAMBUNAN, SABAH. NO. TEL : 087-774097 NO. FAX : 087-773209 KOD SEKOLAH : XEA1219

___ Rujukan Fail : XEA121/700-02/01

Tarikh : 1.3.2011 Kepada : Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan, Peti Surat 30, 89657 Tambunan, Sabah. Tuan, PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRA-UNIVERSITI DENGAN PENYERTAAN SERAMAI 26 ORANG PESERTA YANG DIKELOLAKAN OLEH PANITIA SAINS SUKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Bagi makluman pihak Tuan, Panitia Sains Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan amat berbesar hati telah memilih Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial sebagai lokasi pilihan yang bersesuaian dan bertepatan dengan objektif dan tujuan diadakan program lawatan sambil belajar. 3. Maklumat lanjut berkenaan program tersebut adalah seperti mana ketetapan berikut :

Nama Program : Program Lawatan Sambil Belajar Pra-Unversiti Tarikh Lawatan : 07 April 2011 (Khamis) Tempat Lawatan : Universiti Malaysia Sabah & Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu. Pakaian Lawatan : Pakaian Uniform Sekolah Lengkap + BLAZER MPP Masa Pendaftaran : 0630 - 0700 (6.30 pagi hingga 7.00 pagi) Tempat Pendaftaran : Ruang Legar Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan Tempat Berkumpul : Ruang Legar Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan

Yuran Program : RM42.00 4. Peserta program adalah melibatkan semua pelajar pra-universiti yang mengambil mata pelajaran Sains. Tujuan lawatan adalah memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih luas tentang hala tuju pelajar yang mengambil pengkhususan Sains Sukan di peringkat sekolah menengah. Selain daripada itu, program ini secara tidak langsung memotivasikan diri pelajar untuk sedaya upaya belajar bersungguh-sungguh demi kejayaan dalam hidup dan masa depan mereka.Bersama surat permohonan ini disertakan beberapa dokumen penting untuk disemak dan ditandatangani oleh pihak Tuan (bergantung kepada keputusan pihak sekolah sama ada program ini mendapat kelulusan atau sebaliknya) sebelum ianya dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan program. Adalah diharapkan agar pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan di atasdan segala kerjasama yang diberikan oleh pihak Tuan, kami mendahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan tugas, .......................................... (SANDRA PETIUS) Pengarah Program Lawatan Sambil Belajar Pra-Universiti, Panitia Sains Sukan, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan.

Page 13: Kertas kerja lasabel

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN PETI SURAT 30, 89657 TAMBUNAN, SABAH. NO. TEL : 087-774097 NO. FAX : 087-773209 KOD SEKOLAH : XEA1219

Rujukan Kami : XEA121/700-02/01 Tarikh : 1.3.2011 Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan, Peti Surat 30, 89657 Tambunan, Sabah. Tuan,

PERMOHONAN PERUNTUKAN BAGI PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJARPRA-UNIVERSTI DENGAN PENYERTAAN SERAMAI 26 ORANG PESERTA YANG DIKELOLAKAN OLEH PANITIA SAINS SUKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Bagi makluman pihak Tuan, Panitia Sains Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan amat berbesar hati telah memilih Universiti Malaysia Sabah dan Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu sebagai lokasi pilihan yang bersesuaian dan bertepatan dengan objektif dan tujuan diadakan program lawatan sambil belajar. 3. Maklumat lanjut berkenaan program tersebut adalah seperti mana ketetapan berikut :

Nama Program : Program Lawatan Sambil Belajar Tarikh Lawatan : 07 April 2011 (Khamis) Tempat Lawatan : Universiti Malaysia Sabah & Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu. Pakaian Lawatan : Pakaian Uniform Sekolah Lengkap + BLAZER MPP Masa Pendaftaran : 0630 - 0700 (6.30 pagi hingga 7.00 pagi) Tempat Pendaftaran : Ruang Legar Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan Tempat Berkumpul : Ruang Legar Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan

Yuran Tambang Bas Sewa : RM30.00

4. Berdasarkan kepada yuran penyertaan (seperti mana yang tertera di atas), adalah didapati setiap peserta dikehendaki menyediakan yuran tambang bas sewa sebanyak RM30.00 (Ringgit Malaysia tiga puluh Sahaja). Senarai semak belanjawan bagi merealisasikan program ini boleh dirujuk dalam Lampiran A yang dikepilkan bersama surat permohonan ini. 5. Oleh yang demikian, saya selaku Pengarah Program ingin memohon kerjasama dan budi bicara dari pihak Tuan untuk menyumbang peruntukan sebanyak RM780.00 (Ringgit Malaysia tujuh ratuslapan puluh sahaja). Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menampung kos pengangkutan yang melibatkan perjalanan antara Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan denganlokasi lawatan iaitu Hospital Mesra Bukit Padang dan Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu. Selanjutnya, para peserta dapat menyertai program ini dengan hati yang ceria dan bermotivasi untuk memastikan objektif dan matlamat program tercapai dengan cemerlang. Adalah diharapkan agar pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan di atas dan segala kerjasama yang diberikan oleh pihak Tuan, kami mendahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan tugas, .......................................... (SANDRA PETIUS) Pengarah Program Lawatan Sambil Belajar Pra-Universiti, Panitia Sains Sukan, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan.

Page 14: Kertas kerja lasabel

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN PETI SURAT 30, 89657 TAMBUNAN, SABAH. NO. TEL : 087-774097 NO. FAX : 087-773209 KOD SEKOLAH : XEA1219

Rujukan Fail : XEA121/700-02/01 Tarikh : 1.3.2011 Kepada : Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan, Tingkat 2, Kompleks Majlis Daerah, Peti Surat 27, 89657 Tambunan, Sabah. Melalui : Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan, Peti Surat 30, 89657 Tambunan, Sabah. Tuan, PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRA-UNIVERSITI DENGAN PENYERTAAN SERAMAI 26 ORANG PESERTA YANG DIKELOLAKAN OLEH PANITIA SAINS SUKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada tuan mengenai perkara di atas. 2. Sehubungan dengan perkara di atas, dimaklumkan dengan lanjut tentang program berkenaan :

Nama Program : Program Lawatan Sambil Belajar Tarikh Lawatan : 07 April 2011 (Khamis) Tempat Lawatan : Universiti Malaysia Sabah & Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu. Pakaian Lawatan : Pakaian Uniform Sekolah Lengkap + BLAZER MPP Masa Pendaftaran : 0630 - 0700 (6.30 pagi hingga 7.00 pagi) Tempat Pendaftaran : Ruang Legar Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan Tempat Berkumpul : Ruang Legar Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan

Yuran Program : RM42.00

Adalah diharapkan agar pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini dan segala kerjasama yang diberikan oleh pihak Tuan, kami mendahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. Saya Yang Menjalankan Tugas, ................................. (SANDRA PETIUS) Pengarah Program Lawatan Sambil Belajar Pra-Universiti, Panitia Sains Sukan, Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan.

SENARAI SEMAK

Page 15: Kertas kerja lasabel

PERMOHONAN MELAWAT/MELANCONG/MENINGGALKAN SEKOLAH

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR 07 APRIL 2011 (KHAMIS)

* HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG & UNIVERSITI MALAYSIA SABAH * 1000 - 1600

SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBUNAN

BIL. PERKARA CATATAN

ADA TIADA/ TIDAK LENGKAP

1. Surat Iringan

2. Borang Permohonan Pelancongan Sekolah

(a) Butir-butir Sekolah/Guru

(b) Tempat yang Dilawati

(c) Cara-cara Mendapatkan Wang

(d) Nama Orang yang Diamanahkan Mengutip Wang

3. Kertas Kerja

(a) Objektif

(b) Sasaran. Tempat & Tarikh Aktiviti

(c) Tentatif

(d) Ahli Jawatankuasa

(e) Pendapatan

(f) Perbelanjaan

4. Senarai Nama Ahli Yang Membuat Lawatan

(a) No. Kad Pengenalan/ Surat Beranak

(b) Jantina

(c) Umur

(d) Jawatan / Tingkatan

(e) Alamat Rumah

5. Surat Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga

6. Permohonan disediakan dalam 4 salinan