kertas kerja seminggu bersama disiplin

9
SJKT SENTUL JALAN SENTUL KERTAS KERJA SeMinggu Bersama Unit Disiplin 2015 Pada : 10.08.2015 – 14.08.15 DISEDIAKAN OLEH: PN.PUSPAVENI A/P TANAPPAN KETUA GURU DISIPLIN SEKOLAH

Upload: thenmoly

Post on 12-Feb-2016

53 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

disiplin, unit B&K

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja SeMinggu Bersama Disiplin

SJKT SENTUL JALAN SENTUL

KERTAS KERJA

SeMinggu Bersama Unit Disiplin

2015

Pada : 10.08.2015 – 14.08.15

DISEDIAKAN OLEH:

PN.PUSPAVENI A/P TANAPPAN

KETUA GURU DISIPLIN SEKOLAH

Page 2: Kertas Kerja SeMinggu Bersama Disiplin

KERTAS KERJA

SEMINGGU BERSAMA  DISIPLIN

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SENTUL,

JALAN SENTUL, 51000 KUALA LUMPUR.

Ruj. Tuan : Tarikh : 01/07/2015

Kepada:Guru Besar,Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sentul,Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur.

Melalui:Unit DisiplinSekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sentul,Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur.

Tuan,

MEMOHON KELULUSAN KERTAS KERJA PROGRAM SEMINGGU BERSAMA DISIPLIN

Dengan segala hormatnya perkara atas adalah dirujuk.

2. Bahagian Hal Ehwal Murid dan Unit Disiplin Sekolah akan mengadakan Program Seminggu bersama Disiplin untuk Murid-murid Tahap 1 dan 2 (Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6)

3. Berikut adalah butiran program yang akan kami adakan :Tarikh : 10.08.2015 – 14.08. 2015Tempat : SJKT Sentul.Masa : SemingguJumlah peserta :342 orang murid dan 30 orang guru,

4. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja berkaitan program kami. Semoga program ini

mendapat sokongan dan kebenaran daripada pihak tuan. Segala jasa baik tuan, kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………...( PUSPAVENI TANAPPAN)KETUA GURU DISIPLINUnit Hal Ehwal Muri

Page 3: Kertas Kerja SeMinggu Bersama Disiplin

1.0 PENDAHULUAN

Menjadi satu lumrah bagi pelajar-pelajar sekolah  untuk menjadi pelajar yang berdisplin, menepati masa dan sentiasa serius dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Namun sejak kebelakangan ini peraturan displin sentiasa diabaikan oleh murid-murid SJKT Sentul dan mereka tidak menganggap displin sebagai faktor kejayaan. Dengan menyedari hakikat ini, Ahli Jawatankuasa Disiplin ingin mengadakan sebuah program yang diberi nama ‘SEMINGGU BERSAMA DISIPLIN 2015’. Semoga dengan program ini maka tercetuslah penggerak dalam diri pelajar agar menjadi seorang pelajar yang berdisplin, bersemangat dan berketerampilan sesuai dengan tuntutan sebagai seorang pelajar yang cemerlang akademik dan sahsiahnya.2.0 RASIONALBerakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek dalam kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup.Segala usaha untuk meningkatkan dan mengukuhkan disiplin seharusnya bermula dari rumah dan diperkukuhkan di sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menyedarkan pelajar tentang kepentingan disiplin dalam kehidupan sebagai seorang pelajar .3.2 Melatih pelajar agar dapat mengamalkan kehidupan seharian dengan sifar salah laku disiplin.3.3 Membentuk keperibadian mulia di kalangan pelajar.                                                              3.4 Mewujudkan persekitaran harmoni tanpa masalah sahsiah.3.5 Memberi kesedaran kepada pelajar di peringkat awal lagi sehingga mereka mencapai satu tahap yang dapat menanamkan sikap suka kepada pelajaran. 3.6 Memberi maklumat yang jelas tentang peranan polis,penjara,AADK dan sebagainya yang berkaitan dengan tingkahlaku dan disiplin pelajar.

4.0 NAMA PROGRAMNama   - SEMINGGU BERSAMA DISIPLIN SJKT SENTULTema   - Disiplin Pemancu Kecemerlangan DiriTajuk - Punca- Punca dan Cara Mengatasi masalah disiplin pelajar serta membentuk sahsiah yang teruja

5.0 - TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAANTARIKH         : 10 Ogos – 14 Ogos 2015TEMPAT        : SJKT SENTUL

Page 4: Kertas Kerja SeMinggu Bersama Disiplin

6.0 - KUMPULAN SASARANSemua pelajar SJKT SENTUL

7.0 AJK PELAKSANA PROGRAM                     AHLI JAWATANKUASA INDUK  MINGGU DISIPLIN 2015

Penaung :Pn.M.SupaletchumiGuru Besar,Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sentul

Penasihat 1 :Pn.E.MargretGuru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sentul

Penasihat 2 :Pn.M.Mani ArasiGuru Penolong Kanan 1,Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sentul

Penasihat 3 :En.K.PovaneswaranGuru Penolong Kanan Ko-KurikulumSekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sentul

Penyelaras : Pn.T.Puspaveni Ketua Guru Disiplin Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sentul

AHLI JAWATANKUASA

BIL TUGASAN/JAWATAN NAMA GURU       BIDANG TUGAS

1 P.A Sistem Pengawas En.S Eswaran

Menyediakan LCD dan Komputer riba di dewan

Page 5: Kertas Kerja SeMinggu Bersama Disiplin

kursusMengemas semula peralatan setelah selesai program

2 Pengerusi Majlis Pn. Sri Vithya3 Jemputan Penceramah Pn.T.Puspaveni

En Uthaya4 Persiapan Dewan En.U.Rajan , Pn.L.Kavitha Menyediakan kerusi

Memastikan kebersihan tempat.Membuka & mengemas

5. Pengurusan Dewan Pn.M.Guna Cik.G.Vino Menguruskan murid di dewan semasa ceramah

6. Disiplin Semua Guru Memastikan disiplin murid semasa sesi ceramah

7. Dokumentasi Pn.Sivakavitha, Cik.Kanageswari Mengambil gambar aktiviti programMembuat dokumentasi program tersebut

8.Hadiah/Cenderamata Pn.Geetha , Pn.S.Kavitha Menyediakan hadiah kuiz dan

cenderamata penceramah

9.Kuiz Pn.R.Kalaivani ,Pn.B.Nesa Malar Menyediakan beberapa soalan

yang bersesuaian

10.Buku Program Pn. R.Thenmoly , PnNanthini Menyediakan Buku Program

11.Pameran Dadah Pn.Norhidayah, Cik.vinoodhini

12. Program ’Sistem Merit’ En.Uthaya, Cik.M.Nalini,

13.Perasmian Pn.A.NyanaMalli, Cik. Bagya,

Pn. Shanthini,

14.Sijil Penghargaan Pn.Thevisvari, Pn.T.Puspaveni

Page 6: Kertas Kerja SeMinggu Bersama Disiplin

8.0 TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA MAKLUMAN TINDAKANIsnin 10.08.15

Perasmian Minggu Disiplin(Masa Perhimpunan)

- Tandatangan Di Buku Disiplin

-Di Tapak Perhimpunan

Pn. Shanthini.R,Pn.A.Nyana MalliCik. Bagyasri

Selasa11.08.157.45- 8.15

Kuiz Disiplin Soalan-soalan kuiz disediakan.

-Setiap kelas akan melawat tapak pameran mengikut giliran yang telah ditetapkan.

Pn.R.KalaivaniPn.B.Nesa MalarDan Semua Guru

Rabu 12.08.15

Taklimat Tatatertip Diri Dan Sukan

Waktu Kokurikulum 1.30pm 3.30pm

Semua Guru

Khamis 13.08.15 Ceramah

10.35 11.35 (Tahap 1)

11.35 – 12.35 (Tahap 2)

Pn.T.Puspaveni En Uthaya dan Semua guru

Jumaat 14.08.15

Ceramah Disiplin PolisPameran

Pn.Noorhidayah Cik vinoDan semua guru

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA JUMLAH1. Bayaran Penceramah (RM 100 x2) RM 3002. Hadiah Kuiz (RM5 x 10) RM 1003. Jamuan Penceramah RM   50

Jumlah RM 420

Page 7: Kertas Kerja SeMinggu Bersama Disiplin

9.0 CADANGAN PENCERAMAH 9.1 Penceramah daripada pegawai polis9.2 Penceramah daripada Bahagian kaunsling

10.0 PENUTUP

Semoga perlaksanaan usaha murni ini mendapat bantuan dan pertolongan daripada semua warga sekolah . Harapan kami semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur seterusnya berjaya mencapai objektif.  Penggemblengan dan kerjasama semua pihak amat diharapkan sepanjang program ini dijalankan. Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…………………………(PUSPAVENI TANAPPAN)KETUA GURU DISIPLIN SJKT SENTUL

Disemak oleh,

……………………………

Pn.E.MargretGuru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sentul

Disahkan oleh,

……………………………

(Pn.M.Supaletchumi)

Guru Besar,

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sentul

Page 8: Kertas Kerja SeMinggu Bersama Disiplin