kertas kerja puppetry workshop final

5
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNDAR, LAWAS, SARAWAK KERTAS KERJA PROJEK PUPPETRY WORKSHOP PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH ARIKA WIRA BIN KARIM PELAJAR PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2012 DENGAN KERJASAMA SK SUNDAR, LAWAS, SARAWAK.

Upload: arika-wira

Post on 07-Dec-2015

71 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

INTERNSHIP PAPERWORK

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Puppetry Workshop Final

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNDAR, LAWAS, SARAWAK

KERTAS KERJA PROJEK PUPPETRY WORKSHOP

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH ARIKA WIRA BIN KARIM

PELAJAR PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2012DENGAN KERJASAMA SK SUNDAR, LAWAS, SARAWAK.

Page 2: Kertas Kerja Puppetry Workshop Final

1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk

mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas

guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan

menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam

dan di luar bilik darjah. Lantaran itu, aktiviti mengadakan puppetry workshop ini

dirancang bagi memenuhi objektif tersebut.

Di sekolah, aktiviti bercerita merupakan antara aktiviti yang sangat diminati

murid. Ia merupakan saluran pengantara yang baik bagi kanak-kanak belajar dan

juga meningkatkan keyakinan diri dihadapan rakan-rakan. Justeru itu, dengan

adanya puppetry workshop ini, murid akan didedahkan kepada pelbagai jenis puppet

yang ada. Murid juga akan terlibat secara langsung dalam menghasilkan puppet

dengan menggunakan barang-barang terpakai.

Diharapkan agar dengan adanya ilmu pengetahuan dari bengkel ini, ia akan

menjadikan pengajaran guru lebih berkualiti dengan adanya puppet yang terhasil dan

pembelajaran kanak-kanak lebih bermakna.

2.0 MATLAMAT

Mendedahkan murid terhadap jenis-jenis puppet dalam pembelajaran dan

seterusnya memberikan ilmu pengetahuan khususnya mengenai teknik

menghasilkan puppet.

3.0 OBJEKTIF

i. Mendedahkan murid terhadap jenis-jenis puppet,

ii. Melibatkan murid dalam aktiviti menghasilkan puppet; dan

iii. Menggalakkan murid untuk terlibat dalam aktiviti bercerita.

4.0 TARIKH

8 Oktober 2015

5.0 TEMPAT

Pusat Sumber SK Sundar, Lawas.

Page 3: Kertas Kerja Puppetry Workshop Final

6.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahun 6

7.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

Penasihat

Komodin bin Slamah

Mentor

Teo Ah Geok

Pengerusi

Arika Wira bin Karim

8.0 PELAN TINDAKAN

Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek membina sudut bercerita ;

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan

18 Oktober

2015

Memberi pengenalan untuk murid akan kegunaan puppet

Menghasilkan puppet

Kerjasama daripada murid-murid

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL ITEM UNIT HARGA UNIT JUMLAH UNIT JUMLAH

1 Penyebit baju (kayu) 1 kotak RM 3.00 RM3x1 RM3.00

2 Kertas A4 1 rim RM 8.00 RM8x1 RM8.00

3 Pinggan kertas 1 kotak RM5.00 RM5x2 RM10.00

4Beg makanan kertas

(brown lunch bag)1 paket RM7.00 RM7x1 RM7.00

7 Double-sided tape 1 gulung RM2.50 RM2.50x1 Rm2.50

Page 4: Kertas Kerja Puppetry Workshop Final

8 Warna air 1 kotak RM3.00 RM3x1 RM3.00

9 Kad Manila 1 helai RM0.50 RM0.50x10 RM5.00

TOTAL RM38.50

10.0 PENUTUP

Semoga dengan adanya puppetry workshop dapat membantu guru dalam

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkualiti

seterusnya membina suasana pembelajaran kanak-kanak yang seronok dan

gembira. Bagi pihak guru pelatih, projek puppetry workshop ini diharapkan mampu

dijadikan sebagai pengalaman yang berguna apabila ditempatkan di sekolah kelak.

Pelaksanaan projek ini juga diharapkan dapat memberi impak kepada konsep kendiri

guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan memimpin.

Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah

diharapkan bagi kejayaan program ini.

Disediakan oleh,

......................................... (ARIKA WIRA BIN KARIM) Pengerusi Projek Puppetry Workshop, Guru Pelatih PISMP TESL IPG Teknik, Nilai, Negeri Sembilan.

Disemak oleh,

.

......................................... ( TEO AH GEOK ) Mentor Projek Internship, Guru SK Sundar.

Disahkan oleh,

.......................................................... ( KOMODIN BIN SLAMAH) Guru Besar, SK Sundar.