kertas kerja pembinaan surau insaniah hillpark final 2013-03-20 compact

16
2013 AJK Penaja Pembinaan Surau Surau Insaniah HillPark 3/20/2013 Kertas Kerja Pembinaan Surau Surau Insaniah HillPark

Upload: norafiqah-rifhan-ramlan

Post on 22-Oct-2015

231 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

2013

AJK Penaja Pembinaan Surau

Surau Insaniah HillPark

3/20/2013

Kertas Kerja Pembinaan Surau Surau Insaniah HillPark

Page 2: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 2/16

1.0 Pendahuluan

HillPark Homes adalah sebuah taman perumahan baru yang terletak di dalam mukim Semenyih, Selangor. Pada hari ini, selepas setahun dibuka (2012), 75% daripada unit-unit kediaman di Fasa 1 telahpun dihuni samada oleh majoriti pemilik asal unit-unit kediaman tersebut atau pun dihuni oleh penyewa-penyewa yang kebanyakkannya terdiri daripada penjawat awam, pekerja swasta dan pesara.

Sebagai memenuhi tanggungjawab fardu kifayah, penduduk telah bersepakat untuk menubuhkan surau sebagai pusat penyatuan kegiatan agama Islam di kawasan perumahan ini. Pada bulan Ogos 2012, para penduduk telah bermesyuarat dan menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dan sebulat suara, bersetuju memulakan usaha membina Surau Insaniah HillPark.

2.0 Latar Belakang HillPark Homes

2.1 Maklumat Umum

HillPark Homes terletak di kawasan Bandar Teknologi Kajang, dalam jarak 2km dari Jalan Persekutuan Semenyih-Kajang. Fasa 1 Hillpark Homes sebanyak kira-kira 300 buah rumah telah dimulakan pembinaan pada tahun 2010 dan siap untuk diduduki pada bulan Januari 2012. Selain beberapa kawasan perumahan lain, kawasan Hillpark Homes ini juga berdekatan dengan kawasan industri dan juga kawasan komersial di Bandar Teknologi Kajang.

Rajah 1: Peta Hillpark Homes di mukim Semenyih, Selangor

Hillpark Homes

Page 3: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 3/16

2.2 Maklumat Sosio Ekonomi

Penduduk di kawasan kejiranan ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan. Pekerjaan utama ialah bekerja sebagai :

- Pekerja Awam (Kakitangan Kerajaan, Pensyarah, Guru Sekolah dan lain-lain) - Pekerja Swasta (Pegawai Bank, Pengurus, Pekerja Badan Berkanun, Pekerja Am dan lain-lain) - Pesara

Dan lain-lain pekerjaan seperti pekerja kilang, jurujual, peniaga dan bekerja sendiri sebagai ahli perniagaan, perunding, konsultan dan sebagainya.

2.3 Kemudahan Asas

Diantara kemudahan asas taman perumahan ini adalah

Taman permainan kanak-kanak – 1 padang umum dan 2 padang di kawasan berpagar HillPark Fasa 2

Trek jogging dan senaman Gelanggang bola keranjang Padang bolasepak berkeluasan 1.2 padang bolasepak Padang am – berkeluasan 0.25 ekar Tapak sekolah agama Tapak tadika Tapak dewan orang ramai Tapak gerai – 5 lot

3.0 Objektif Keperluan Surau

Surau adalah wadah masyarakat muslim untuk melaksanakan sembahyang jamaah, aktiviti keagamaan, tempat bertemu dan berbincang, juga tempat mendalami ilmu keagamaan untuk penduduk setempat. Dengan komposisi 80% penduduk muslim, dan menyedari peri penting peranan sebuah surau dalam sebuah komuniti muslim, para penduduk telah bermesyuarat pada Ogos 2012 dan menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dan sebulat suara, bersetuju memulakan usaha membina Surau Insaniah HillPark

Antara objektif utama pembinaan surau dikenalpasti adalah untuk berfungsi sebagai:

Pusat solat jamaah & kegiatan agama Kelas mengaji dan fardhu ain Pusat kegiatan masyarakat (rakan surau) Pengurusan khairat kematian Tadika Islam Pusat sehenti untuk peralatan kenduri kendara dan keraian Dan lain lain

Page 4: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 4/16

4.0 Rasional

4.1 Kewujudan surau adalah penting untuk menjalankan aktiviti keagamaan dan memupuk semangat perpaduan/ukhuwah di kalangan penduduk.

4.2 Tapak surau telah digazetkan oleh pemaju di kawasan yang strategik di tengah-tengah taman dan peluang ini seharusnya dimanfaatkan oleh penduduk untuk pembinaan surau.

4.3 Surau-surau terdekat adalah terletak di taman perumahan lain yang berjauhan, manakala masjid terdekat adalah di Masjid Pekan Semenyih (7km) dan juga Masjid Bandar Kajang (10km).

4.4 Pembinaan surau ini diharap akan menjadi pemangkin pembinaan tadika di tapak bersebelahan.

5.0 Tapak Surau

5.1 Tapak cadangan pembinaan surau Insaniah adalah merupakan kawasan tapak yang telah disediakan oleh pemaju.

5.2 Tapak ini seluas 0.5 ekar dan kedudukannya adalah strategik di tengah-tengah kawasan perumahan Hillpark seperti dalam pelan di bawah:

Rajah 2: Pelan tapak surau yang telah diwartakan di HillPark Homes

Page 5: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 5/16

6.0 Perancangan Kemudahan Surau

6.1 Dewan solat jamaah yang selesa, berkapasiti 300 orang, lengkap dengan kemudahan pembesar suara dalaman untuk tujuan ibadah dan juga majlis ilmu.

6.2 Ruang belajar atau kelas mengaji lengkap dengan papan hitam dan kemudahan berkaitan.

6.3 Ruang mengambil wudhu’ dan juga tandas serta bilik mandi.

6.4 Kawasan khas pengurusan jenazah yang terpisah dari bangunan utama surau.

6.5 Perpustakaan mini yang menempatkan naskhah Al-Qur’an beserta buku rujukan islam di bahagian belakang dewan solat.

6.6 Ruang pejabat pentadbiran surau menempat fail-fail pentadbiran dan pengurusan surau.

6.7 Bilik persalinan Imam dan Bilal.

6.8 Ruang simpanan barang dan ruangan memasak di kawasan berasingan dari bangunan utama surau.

6.9 Kawasan letak kereta dan motorsikal untuk kemudahan jemaah.

6.10 Surau ini akan dibina dengan rekabentuk boleh naik taraf untuk sebarang perancangan naik taraf surau untuk menempatkan pertambahan jemaah.

6.11 Surau juga akan dibina dengan konsep mesra IT selaras dengan saranan kerajaan.

7.0 Anggaran Kos Pembinaan

Pembinaan Surau Insaniah Hillpark dijangka siap dalam tempoh 1 tahun (Ogos 2013 – Julai 2014). Pembinaan dibahagikan kepada 3 fasa seperti berikut:

Fasa 1:

Kerja cerucuk, kerangka konkrit tetulang, kerja bumbung, kerja Batu Bata. Anggaran kos : RM 400,000.00

Fasa 2:

Kerja pendawaian elektrik, PA system, perpaipan, kemasan dinding dan lantai, karpet, sehingga penyiapan pembinaan. Anggaran kos : RM 400,000.00

Page 6: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 6/16

Fasa 3:

Pengurusan kelengkapan, pengurusan jenazah dan peralatan surau dan bangunan sokongan. Anggaran kos : RM 200,000.00 Jumlah keseluruhan = RM 1,000,000.00

8.0 Sumber Dana Pembinaan

8.1 Dana semasa yang dikutip sejak Disember 2012 sehingga kini berjumlah RM 8,000.00

8.2 Diantara sumber lain yang dicadangkan adalah seperti berikut:

8.2.1 Permohonan rasmi kepada Pemimpin, Menteri atau VVIP.

8.2.2 Permohonan rasmi kepada Syarikat GLC atau korporat.

8.2.3 Sumbangan melalui komitmen ahli kariah secara kutipan bulanan dalam jangkamasa

ditetapkan.

8.2.4 Sumbangan bergerak ke pasar-pasar malam atau lokasi tumpuan masyarakat, program

atau Majlis orang ramai.

8.2.5 Notis dan tabung di surau dan masjid-masjid berhampiran

8.2.6 Edaran risalah ke rumah-rumah dan kedai berhampiran.

8.2.7 Laman Web (http://surauinsaniah.com), laman facebook dan e-mail

8.2.8 Banner, banting dan poster

8.2.9 Unit tabung bergerak (Pengutip derma bergerak)

8.2.10 Jualan Kupon wakaf bernilai RM50, RM10, RM5 setelah mendapat kelulusan kutipan

wakaf (dijangka Mei 2013)

9.0 Penutup

9.1 Berdasarkan justifikasi yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa matlamat

utama pembinaann surau Insanish ini adalah bertujuan sebagai titik tuju dan juga nadi

kehidupan harian masyarakat Islam di sini.

9.2 Dengan terbinanya bangunan surau ini, adalah menjadi harapan penduduk-penduduk Islam di

setempat, agar kegiatan keagamaan termasuk pendidikan anak-anak akan dapat berfungsi

dengan teratur dan berkesan. Hasil daripada usaha ini, manfaatnya akan dapat dikecapi oleh

Page 7: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 7/16

semua pihak, samada untuk kesenangan kehidupan dunia ataupun nikmat kehidupan akhirat,

Insya Allah.

10.0 Lampiran

Lampiran 1 – Senarai AJK Penaja Pembinaan Surau

Lampiran 2 - Gambar dan Pelan Tapak Surau Insaniah, Hillpark Homes

Lampiran 3 - Surat Permohonan Kebenaran Mendirikan Surau di Hillpark

Lampiran 4 – Surat Sokongan Permohonan Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat

Lampiran 5 – Surat Permohonan Mewartakan Tanah Rezab Surau di Perumahan Hillpark Homes oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat

Lampiran 6 – Surat Penerimaan Permohonan Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Lampiran 7 – Surat Kebenaran Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Lampiran 8 – Surat Permohonan Pembukaan akaun bank di atas nama Surau Insaniah Hillpark oleh J/K Penaja Surau Insaniah Hillpark

Lampiran 9 – Dokumen pembukaan akaun bank di atas nama Surau Insaniah Hillpark dari CIMB Bank.

Page 8: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 8/16

Lampiran 1 – Senarai AJK Penaja Pembinaan Surau

BIL NAMA ALAMAT NO. KP JAWATAN NO. TELEFON

01. Hamzah bin Husin No. 1 Jln. HP 3/1 Hill Park

600430-10-6817 PENGERUSI 017 6023789

02. Asrul Hafiz bin Houd No.. 5 Jln. HP 1/3

Hill Park

800815-10-5993 SETIAUSAHA 010 3668434

03. Muhamad Ismail bin Mohamad Hisham

No. 22 Jln. HP 1/3

Hill Park

831210-14-5425 BENDAHARI 012 2382714

04. Mohd Ramzi bin Abdul No. 13A Jln. HP 3/1 Hill Park

760701-08-6671 IMAM

019 2379198

05. Shamsol Fahimy No. 13 Jln. HP 1/3

Hill Park

BILAL 016 6180510

06. Ayub bin Haji Muda No. 13 Jln. HP 1/1

Hill Park

760413-11-5175 SIAK 012 2900369

07. Siti Fadhilah bin Abd. Rani

No. 1 Jln. HP 3/1

Hill Park

670305-06-5306 BILAL WANITA

017 6416001

08. Helmeey bin Jumaat No. 3 Jln. HP ½

Hill Park Bdr.

780811-01-6031 WAKIL PEMUDA

013 6699390

09. Mohd Faisal Fikri bin Kamaruddin

No. 13A, Jln HP1/3 820802-14-5089 PEMERIKSA KIRA-KIRA

013 6555192

10. Khairol Nizam bin Anuar

No. 22 Jln. HP ½

Hill Park

800816-14-6121 PEMERIKSA KIRA-KIRA

019 2670969

11. Rohizad Jamel

No. 3A, Jln HP1/6 770407-02-5797 AJK 017-2657447

12. Zulkefli bin Ab. Rahman

No. 6 Jln. HP ½

Hill Park

780125-04-5289 AJK 012 6564551

13. Hanafi bin Latif AJK 013 9027066

Page 9: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 9/16

Lampiran 2 - Gambar dan Pelan Tapak Surau Insaniah, Hillpark Homes

Page 10: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 10/16

Lampiran 3 - Surat Permohonan Kebenaran Mendirikan Surau di Hillpark

Page 11: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 11/16

Lampiran 4 – Surat Sokongan Permohonan Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat

Page 12: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 12/16

Lampiran 5 – Surat Permohonan Mewartakan Tanah Rezab Surau di Perumahan Hillpark Homes oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat

Page 13: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 13/16

Lampiran 6 – Surat Penerimaan Permohonan Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Page 14: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 14/16

Lampiran 7 – Surat Kebenaran Membina Surau Insaniah, Hillpark Homes oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Page 15: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 15/16

Lampiran 8 – Surat Permohonan Pembukaan akaun bank di atas nama Surau Insaniah Hillpark oleh J/K Penaja Surau Insaniah Hillpark

Page 16: Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah HillPark Final 2013-03-20 Compact

Kertas Kerja Pembinaan Surau Insaniah Hillpark Mac 2013

Mukasurat 16/16

Lampiran 9 – Dokumen pembukaan akaun bank di atas nama Surau Insaniah Hillpark dari CIMB Bank.