kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
IPGK PEREMPUAN MELAYU,DURIAN DAUN 75400 MELAKA.
KERTAS CADANGAN PERMOHONAN MENGADAKAN PROGRAM KHIDMAT SISWI
PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) DI PDK SERI MUTIARA
“ SAYANG DISAYANG ”
TEMPAT :
PDK Seri Mutiara,
KM 32 Jalan Parit Putat (T/L 48), Sg Rambai, 77400, Jasin, Melaka
TARIKH:
27 September 2012
ANJURAN :
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 AMBILAN JANUARI 2010,
IPGK Perempuan Melayu, Melaka
PERKARA TANDATANGAN / ULASAN
Disediakan oleh :
(IZYAN DIYANA BT NEEMAT)
Setiausaha,
Program Sayang Disayang,
Program Khidmat Siswi,
PDK Seri Mutiara,
PISMP PK5 Januari 2010,
IPGK Perempuan Melayu.
Disemak oleh :
(PN. ROZILAWATI BT ABDUL KADIR)
Penasihat,
Program Khidmat Siswi,
PDK Seri Mutiara,
PISMP PK5 Januari 2010,
IPGK Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun,
75400 Melaka.
Disemak oleh :
(EN. ISRAFI BIN SAYUTI)
Ketua Jabatan,
Unit Pendidikan Khas,
IPGK Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun,
75400 Melaka.
Disahkan oleh :
(DR HAJI MIHAT BIN DOLLAH)
Ketua Jabatan HEP,
IPGK Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun,
75400 Melaka.
Diluluskan oleh:
(TUAN HAJI HASSAN BIN PARDI)
Timbalan Pengarah,
IPGK Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun,
75400 Melaka.
1. PENGENALAN
Program ini merupakan kursus major bagi mata pelajaran Pemulihan Dalam
Komuniti (PKU 3112) dan wajib dilaksanakan oleh para guru pelatih semester 6,
sebagai syarat pengijazahan guru pelatih PISMP Pendidikan Khas Ambilan
Januari 2010. Program ini juga merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan
pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program
ini melibatkan guru pelatih dari unit PISMP Pendidikan Khas 5 ambilan Januari
2010. Melalui program seperti ini, guru pelatih dapat merancang dan
melaksanakan aktiviti yang berbentuk perkhidmatan dan kemasyarakatan
terhadap pelbagai komuniti setempat terutamanya bagi golongan istimewa dan
kurang upaya dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti serta masyarakat setempat. Program ini diharapkan dapat
melahirkan guru-guru yang bukan sahaja kaya dengan ilmu pengetahuan tetapi
juga memiliki personaliti diri yang menarik, dapat melambangkan nilai diri dan
seterusnya dapat mempersiapkan diri untuk memenuhi keperluan pendidikan
kanak-kanak istimewa di sekolah dan dalam kehidupan berkomuniti kelak.
2. TUJUAN
2.1 Merancang dan melaksanakan Program Khidmat Siswi di PDK dengan
acara rasmi berbentuk sosial dan melibatkan komuniti setempat.
2.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga PDK, guru pelatih dan
penduduk setempat melalui aktiviti yang dirancang.
2.3 Memberi pendedahan kepada warga PDK dan ahli keluarga akan
keistimewaan insan kurang upaya ini dan terapi yang bersesuaian serta
berkesan untuk mereka.
2.4 Memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga warga PDK untuk
mengaplikasikan terapi dan pemulihan intervensi terhadap anak-anak
mereka.
2.5 Memberi pendedahan kepada guru pelatih PISMP dalam menjalankan
program khidmat masyarakat.
3. OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada guru pelatih PISMP merancang, mengurus,
mengelola dan melaksanakan program yang berbentuk perkhidmatan
kemasyarakatan di PDK bersama komuniti setempat.
3.2 Menilai kembali keberkesanan perjalanan Program Khidmat Siswi yang
dianjurkan sepanjang lima minggu di PDK Seri Mutiara.
3.3 Membentuk semangat kerjasama dan memberi komitmen yang
sepenuhnya antara pihak yang terlibat sepanjang aktiviti dijalankan.
3.4 Menerapkan nilai toleransi, bertanggungjawab dan bertimbang rasa
terhadap keperluan kehidupan bermasyarakat.
4. MATLAMAT
4.1 Menggalakkan penglibatan komuniti setempat terhadap aktivti
kemasyarakatan yang dijalankan di PDK.
4.2 Membina sikap prihatin dan penyayang masyarakat terhadap insan
istimewa dan keluarga mereka yang menjadi warga PDK.
4.3 Menjalin hubungan yang baik dan berkekalan antara guru pelatih PISMP
dengan warga PDK dan komuniti setempat.
4.4 Memberi sumbangan dan cenderahati kepada warga PDK sebagai
bantuan menaik taraf tempat dan membela nasib insan istimewa.
5. TARIKH, TEMPAT DAN MASA
5.1 Tarikh : 27 September 2012
5.2 Hari : Khamis
5.3 Masa : 7.30 – 1.00 petang
5.4 Tempat : Rumah pelatih di PDK Seri Mutiara.
6. AHLI JAWATAN KUASA PROGRM SAYANG DISAYANG
PENGERUSI :
Normahara binti Norlias
SETIAUSAHA :
Izyan Diyana bt Neemat
BENDAHARI :
Rohaidah binti Jamal
AHLI JAWATANKUASA CENDERAMATA :
Ramizah binti Mahmood
AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI:
Nurul Ain binti Mohd Yusof
Nurhaimi binti Abdul Rahman
AHLI JAWATANKUASA DOKUMENTASI :
Wan Rosnani binti Wan Ahmad
AHLI JAWATANKUASA PERALATAN :
Nur Hafizah binti Bachok
AHLI JAWATANKUASA PERHUBUNGAN LUAR :
Azliza binti Mohammed
Nur Fatehah binti Mohammad
SPESIFIKASI TUGAS
JAWATAN TUGAS
Pengerusi Program - Ketua pengurusan program.
- Mempengerusikan mesyuarat.
- Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan
segala keputusan yang diputuskan.
- Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa program.
- Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
penasihat dari semasa ke semasa.
Setiausaha - Menguruskan hal-hal surat menyurat.
- Menyediakan kertas kerja program.
- Menguruskan hal-hal surat menyurat.
- Mencatat dan menandatangani minit
mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
- Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat
diadakan.
- Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan
program.
Bendahari - Bertanggungjawab berkenaan semua hal
kewangan program.
- Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan
semua perkara kewangan dan bertanggungjawab
di atas kesahihannya.
- Menyediakan Penyata Kira-Kira program dan
menandatanganinya.
- Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya
diminta di dalam mesyuarat.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa.
Jawatankuasa Dokumentasi / Buku program
- Merakam video dan mengambil gambar sepanjang
program berlangsung iaitu sebelum, semasa dan
selepas program.
- Menjalankan kerja-kerja menyunting video dan
mempersembahkan hasil akhir.
- Menyediakan buku program dan brochure.
- Memastikan program berjalan lancar.
Jawatankuasa Aktiviti - Merancang aktiviti yang bersesuaian.
- Memastikan kelancaran aktiviti seperti yang
dirancang.
Jawatankuasa Peralatan - Memastikan semua peralatan yang ingin dibawa
mencukupi dan berfungsi.
- Memastikan susunan dewan berada dalam keadaan baik
Jawatankuasa
Cenderamata
- Menyediakan cenderamata untuk pihak yang
terlibat.
Jawatankuasa
Perhubungan Luar
- Menghubungi pihak penceramah dan sekolah untuk
memaklumkan mengenai program yang ingin
dijalankan.
- Membincangkan tarikh yang sesuai bagi menjalankan
program.
7. ASAS PERTIMBANGAN
7.1 Program ini wajib diadakan sebagai tanda penghargaan atas komitmen
yang ditunjukkan sepanjang penglibatan semasa melaksanakan pelbagai
aktiviti di PDK Seri Mutiara seperti yang telah dirancangkan. Merangkumi
beberapa aktiviti yang bermanfaat dan membawa implikasi yang
mendalam terhadap mereka yang terlibat terutamanya golongan istimewa,
warga kerja PDK serta ibu bapa dan masyarakat setempat.
8. TENTATIF PROGRAM
27 September 2012, Khamis
MASA AKTIVITI TEMPAT CATATAN
7.30 pagi Bertolak ke rumah pelatih PDK.
Rumah pelatih PDK
Penglibatan:
Pelatih PDK
Pihak
Pengurusan
PDK
Guru Pelatih
IPGK PM
Ahli keluarga
pelatih PDK
8.00 pagi-9.30 pagi
Aktiviti suai kenal bersama pelatih PDK dan keluarga
Minum pagi
9.40 pagi-12.00 tengahari
Aktiviti menghias bilik tidur dan pengurusan diri.
12.00
tengahari
Penyampaian sumbangan
1.00 petang Bersurai
9. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH
1 Minum pagi
i. Nasi lemak
ii. Kuih
iii. Air teh
RM 1.00
RM 0.35
RM 0.50
30 bungkus
30 biji
30 bungkus
RM 55.00
2 Hamper RM 50.00 1 RM 50.00
3 Makan tengah hari
i. Nasi ayam
ii. Air sirap limau
RM 4.50
RM 0.50
30 bungkus
30 bungkus
RM 150.00
4 Barangan hiasan
i. Pelekat dinding
ii. Puzzle ABC
iii. Bidai pintu
iv. Kertas warna
v. Poster ilmiah
RM 10.00
RM 30.00
RM 20.00
RM 10.00
RM 10.00
2 set
1 set
1 set
1 set
3 keping
RM 110.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 365.00
10. IMPLIKASI KEWANGAN
10.1 Setiap guru pelatih PISMP dikehendaki mencari sumbangan untuk meraih
sumber kewangan.
10.2 Kutipan wang dan aktiviti jualan daripada guru pelatih PISMP Pendidikan
Khas 5 Januari 2010 juga turut diadakan bagi menampung perbelanjaan
program ini.
11.KESIMPULAN DAN SYOR
11.1 Besarlah harapan pihak penganjur agar program ini dapat mencapai
segala objektifnya dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada
semua pihak adalah amat diharapkan dan dihargai. Semoga program ini
mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T serta berjalan lancar
seperti yang diharapkan.
12.PENUTUP
12.1 Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat
memantapkan lagi keyakinan dalam membentuk jati diri seseorang dan
melahirkan guru pelatih yang mampu berdaya saing menuju
kecemerlangan. Dengan adanya program ini dapat memupuk dan
mengeratkan silaturrahim sesama insan. Selain itu, diharapkan dengan
program ini juga dapat membantu bakal guru untuk merancang dan
melaksanakan segala aktiviti di pusat PDK dengan jayanya.