kertas kerja program pemantapan disiplin 2013

8
SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK JALAN HIJRAH UTAMA, KAMPUNG KOPOK BARU, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR KERTAS KERJA PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN SK KOPOK 2013 DISEDIAKAN OLEH:

Upload: james-nicholas-johnny

Post on 01-Dec-2015

574 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

contoh utk tatapan umum.... tq

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Program Pemantapan Disiplin 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOKJALAN HIJRAH UTAMA, KAMPUNG KOPOK BARU,

81700 PASIR GUDANG, JOHOR

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLINSK KOPOK 2013

DISEDIAKAN OLEH:

AINUL FARINA BINTI HUSSINSETIAUSAHA UNIT DISIPLIN

Page 2: Kertas Kerja Program Pemantapan Disiplin 2013

1.0 TAJUK KERTAS KERJA

PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN SK KOPOK 2013

TARIKH : 23, 24, 25 Januari dan 29, 30, 31 Januari 2013 (Selasa, Rabu, Khamis) TEMPAT : Dewan SK KopokMASA : 7.20 AM – 12.00 PM

2.0 PENDAHULUAN

Dalam mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi, disiplin dan motivasi merupakan aspek yang amat penting. Tanpa disiplin dan motivasi yang tinggi, adalah sukar bagi seseorang individu untuk berjaya. Oleh sebab itu, kedua-duanya haruslah diterapkan secara konsisten dalam diri murid-murid sejak awal lagi iaitu di peringkat sekolah rendah. Sebagai satu inisiatif ke arah ini, pihak Unit Disiplin SK Kopok bercadang untuk menganjurkan Program Pemantapan Disiplin agar disiplin dan motivasi murid-murid di sekolah ini dapat dipertingkatkan.

3.0 RASIONAL

Tanpa disiplin dan motivasi diri yang tinggi, sukar untuk seseorang murid mencapai kejayaan dalam bidang akademik ataupun kokurikulum. Oleh sebab itu, kedua-dua aspek ini amat penting untuk diterapkan dalam diri murid-murid sejak dari awal lagi supaya mereka dapat menjadi individu-individu yang cemerlang di masa hadapan.

4.0 MATLAMAT

Untuk memastikan semua murid SK Kopok mempunyai tahap disiplin dan motivasi diri yang tinggi serta memantapkan jati diri mereka sebagai murid yang cemerlang dalam pelbagai aspek.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memberi peringatan kepada murid-murid tentang disiplin dan peraturan sekolah.

5.2 Meningkatkan disiplin dan motivasi murid untuk belajar.

5.3 Memberi kesedaran tentang kepentingan disiplin dan motivasi kepada murid-murid.

5.4 Memupuk rasa tanggungjawab dalam diri murid-murid serta sikap saling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain.

1

Page 3: Kertas Kerja Program Pemantapan Disiplin 2013

6.0 JAWATANKUASA

Penasihat : Encik Mohammed Salleh bin MizanPengerusi : Puan Sainah binti SabikanPenyelaras : Encik Mohd Fairuz bin AhmadSetiausaha : Puan Ainul Farina binti Hussin

Ahli-ahli Jawatankuasa:

6.1 Persiapan tempatEn. Nor Azman Dirkhan bin Ab. KadirEn. Mohd Ridzuan bin Che Rahim@ NawiEn. Noor Afiq bin Noor OthmanEn. Norsaifuri bin Mohd RazaliEn. Abd Halim bin Rebu

6.2 Siaraya/PA SystemEn. Musa bin Abdul HamidEn. Mohd Yurizani bin Che HusinEn. Abd. Rouf bin Ruslan

6.3 Pengacara MajlisTahun 1 - En. Norsaifuri bin Mohd RazaliTahun 2 - Cik Sofeka Ika binti AbasTahun 3 - Pn. Rozita binti SapriTahun 4 - Pn. Nora@Suraya binti IdinTahun 5 - En. Mohd Ridzuan bin Che Rahim@ NawiTahun 6 - Pn. Safiah binti Osman

6.4 Bacaan DoaEn. Muhammad Azhari bin AhmadEn. Ahmad Khairi Omri bin Adam

6.5 Jurufoto dan dokumentasiEn. Md Fadli bin BasirPn. Ainul Farina binti HussinCik Norsyahidah binti Mahmood

6.6 Kawalan Murid dan KebersihanSemua guru matapelajaran mengikut jadual PdP.

2

Page 4: Kertas Kerja Program Pemantapan Disiplin 2013

7.0 BIDANG TUGAS

7.1 Penyelaras program- Mengadakan perbincangan dengan GPK HEM dan Guru Besar.

- Mengadakan mesyuarat dam memastikan program berjalan lancar.

7.2 Setiausaha- Menyediakan kertas kerja program.

- Menguruskan makluman kepada murid.

- Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat.

7.3 Persiapan Tempat

- Menyediakan dan menyusun tempat untuk program.

7.6 Siaraya/PA System

- Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi di dewan.- Mencari alternatif dan ‘back up’ sekiranya ada gangguan.

7.7 Pengacara Majlis

- Berbincang dengan penyelaras berkaitan dengan aturcara majlis. - Mempengerusikan majlis hingga tamat.

7.8 Jurufoto dan Dokumentasi

- Mengambil foto di sepanjang majlis berlangsung untuk didokumentasikan.- Menyediakan laporan program.

7.9 Kawalan Murid dan Kebersihan

- Memastikan disiplin murid terkawal sepanjang program berlangsung. - Memastikan kebersihan dewan semasa dan selepas program.

8.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK Kopok (Tahun 1 - 6)

3

Page 5: Kertas Kerja Program Pemantapan Disiplin 2013

9.0 JADUAL PERLAKSANAAN DAN TENTATIF PROGRAM

TARIKH HARI MURID YANG TERLIBATMINGGU PERTAMA

23 Januari 2013 Selasa Tahun 6

24 Januari 2013 Rabu Tahun 5

24 Januari 2012 Khamis Tahun 4

MINGGU KEDUA

29 Januari 2013 Selasa Tahun 3

30 Januari 2013 Rabu Tahun 2

31 Januari 2013 Khamis Tahun 1

MASA PROGRAM7.20 - 10.20 pagi Ucapan Guru Besar

Slot Disiplin (Guru Disiplin)

10.20 - 10.40 pagi REHAT

10.40 - 12.00 tengahari Slot Kaunseling (Kaunselor)

4

Page 6: Kertas Kerja Program Pemantapan Disiplin 2013

10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan di akhir program ini semua murid SK Kopok akan dapat menyedari tugas dan tanggungjawab mereka sebagai murid-murid sekolah yang berdisiplin dan bermotivasi tinggi. Program ini juga diharapkan dapat melahirkan generasi masa depan yang berkebolehan, berdaya maju serta berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.

Disediakan oleh,

…………………………………….

(AINUL FARINA BINTI HUSSIN)

Setiausaha Unit Disiplin SK Kopok

Disemak oleh,

…………………………………….

(PUAN SAINAH BINTI SABIKAN)

GPK HEM SK Kopok

Diluluskan oleh,

………………………………………..

(ENCIK MOHAMMED SALLEH BIN MIZAN)

Guru Besar SK Kopok

5