kertas kerja persatuan bola jaring ipg ksah

Upload: joey

Post on 07-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Kertas Kerja Persatuan Bola Jaring Ipg Ksah

    1/10

    1

    KERTAS KERJA PERSATUAN BOLA JARING INSTITUT PERGURUAN

    SULTAN ABDUL HALIM

    1.0 MUKADIMAH

    Kertas cadangan ini merupakan program yang dirancang oleh Persatuan

    Bola Jaring PISMP Ambilan Jan 2010, Institut Sultan Abdul Halim. Program

    ini merupakan program berfaedah untuk memberi peluang kepada para guru

    pelatih mengaplikasikan teknik-teknik bermain bola jaring dalam pertandingan

    ini.

    2.0 NAMA PERTANDINGAN

    Pertandingan Bola Jaring Institut Sultan Abdul Halim 2010.

    3.0 ANJURAN

    Persatuan Bola Jaring PISMP Ambilan Jan 2010, Institut Sultan Abdul Halim.

    4.0 RASIONAL

    Teknik-teknik bermain bola jaring dapat diasahkan dan dikuasai oleh para

    guru pelatih melalui pertandingan ini. Di samping itu, para guru boleh mengisi

    waktu tersebut dengan menceburkan diri secara aktif dalam permainan bola

    jaring. Yang pentingnya, bermain bola jaring dapat meningkatkan

    pengetahuan dan kemahiran tentang bola jaring supaya mereka boleh

    mengintegrasikan sukan ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    5.0 OBJEKTIF

    5.1 Mengisi masa lapang dengan mengambil bahagian dalam pertandingan

    bola jaring.

  • 8/6/2019 Kertas Kerja Persatuan Bola Jaring Ipg Ksah

    2/10

    2

    5.2 Menggalakkan guru pelatih bergiat secara aktif dalam bidang sukan,

    khususnya permainan bola jaring.

    5.3 Mencungkil bakat dan potensi baru dalam permainan bola jaring

    khususnya di kalangan guru pelatih Institut Sultan Abdul Halim.

    5.4 Melatih dan memperkaya kemahiran guru dalam bidang kepengadilan,

    khususnya bagi permainan bola jaring.

    5.5 Melatih ahli-ahli persatuan dalam bidang pengurusan sukan.

    5.6 Menggalakkan kerjasama, kesabaran dan mengeratkan silaturrahim di

    antara guru pelatih dengan rakan sebayanya yang terlibat dalampertandingan ini.

    6.0 SASARAN

    6.1 Guru pelatih PISMP ambilan Jan 2010, Institut Sultan Abdul Halim

    7.0 Masa, Tarikh dan Tempat

    Tarikh : 25 Oktober 2010

    Masa : 8.10 am

    Tempat : Gelanggang Bola Jaring, Institut Perguruan Sultan Abdul

    Halim

    8.0 AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR

    Rujuk Lampiran 1

  • 8/6/2019 Kertas Kerja Persatuan Bola Jaring Ipg Ksah

    3/10

    3

    9.0 SYARAT PERTANDINGAN

    Rujuk Lampiran 2

    10. HADIAH

    Johan : Sijil Penyertaan

    Naib Johan : Sijil Penyertaan

    Cenderahati : Sijil Penyertaan bagi setiap peserta

    11. PENUTUP

    Semoga kertas kerja cadangan ini dapat menerangkan tentang program yang

    dirancang ini dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Adalah diharapkan

    agar kertas cadangan ini dipertimbangkan agar segala yang telah

    dirancangkan sebelum ini dapat dilaksanakan secepat yang mungkin.

    Disediakan oleh,

    .

    (Nur Halizah Binti Abu Bakar)

    Ahli Gerko Bola Jaring,

    PISMP Ambilan Jan 2010, Institut Sultan Abdul Halim

  • 8/6/2019 Kertas Kerja Persatuan Bola Jaring Ipg Ksah

    4/10

    4

    Disemak oleh:

    . ..

    (DR SITI SAKINAH BT MAMAT) (PN FARIDAH BT SAMAD)

    Pensyarah Penasihat Gerko Bola Jaring Ambilan Jan 2010

    Diluluskan oleh

    .

    (EN. IBRAHIM BIN YUSUF)

    Timbalan Pengarah

    Institut Pendidikan Guru Malaysia

    Kampus Sultan Abdul Halim

  • 8/6/2019 Kertas Kerja Persatuan Bola Jaring Ipg Ksah

    5/10

    5

    1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

    Keseluruhan pertandingan ini dijalankan adalah tertakluk di bawah undang-

    undang Gabungan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa serta peraturan Am

    MSSD dan MSSJ.

    2.0 PENDAFTARAN PEMAIN

    2.1 Kelayakan pemain seperti di peraturan Am MSSD dan MSSJ.

    2.2 Perubahan akhir nama pemain hendaklah mematuhi peraturan Am MSSD

    dan MSSJ

    2.3 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar lebih daripada satu (1) Pasukan yang

    mengandungi 12 orang peserta yang terdiri daripada

    Pengurus Pasukan 1 orang

    Jurulatih 1 orang

    Pemain 10 orang

    2.4 Pemain yang tidak disenaraikan di dalam senarai nama tidak dibenarkan

    mengambil bahagian.

    2.5 Perubahan nama pemain masih boleh digubah semasa mesyuarat

    Pengurus Pasukan atau jam sebelum perlawanan pertama dimulakan.

    2.6 Senarai nama pemain akan diserahkan kepada pengadil perlawanan 10

    minit sebelum sesuatu perlawanan bermula.

    2.7 Semua perlawanan akan bermula pada masa yang telah ditetapkan oleh

    Jawatankuasa Pengelola.

    2.8 Setiap pasukan terdiri daripada pengurus dan sekurang-kurangnya 7 orang

    memakai bib lengkap dalam masa 15 minit sebelum memulakan

  • 8/6/2019 Kertas Kerja Persatuan Bola Jaring Ipg Ksah

    6/10

    6

    perlawanan. Jika gagal mematuhi peraturan Am MSSD dan MSSJ ,

    pasukan berkenaan dianggap kalah dan memberi kemenangan percuma

    kepada pasukan lawannya.

    2.9 Pendaftaran:

    Tarikh : 25 October 2010

    Masa : 7.40 am 8.10 am

    Tempat : Gelanggang Bola Jaring, Institut Perguruan Sultan Abdul

    Halim

    3.0 Pasukan dan Masa Bermain

    3.1 Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 7 orang

    berkumpul di gelanggang sebelum pertandingan perlawanan pertama

    bermula.

    3.2 Masa:

    3.2.1 Tiap-tiap pasukan mesti berada di gelanggang bola jaring padapukul 7.40 am.

    3.2.2 Masa pertandingan bermula pada pukul 8.30 pagi.

    3.2.3 Masa bermain ialah 15 minit, tiap-tiap separuh masa dengan 5

    minit masa rehat (15 x 5 x 15).

    4.0 PERTUKARAN

    4.1 Pemain-pemain dibenarkan membuat penukaran sekiranya berlaku

    sebarang kemalangan seperti luka atau pemain tidak dapat meneruskan

    permainan.

  • 8/6/2019 Kertas Kerja Persatuan Bola Jaring Ipg Ksah

    7/10

    7

    4.2 Penukaran pemain dapat dilaksanakan setelah kedua-dua pasukan

    bersetuju dengan cadangan tersebut selepas setengah masa permainan

    dijalankan walaupan pemain tidak mengalami kecederaan.

    4.3 Mana-mana pemain yang telah diganti tidak dibenarkan bermain semuladalam perlawanan itu.

    4.4 Kecederaan dan kesakitan yang kemungkinan akan berlaku semasa

    pertandingan sedang dijalankan,seperti berikut:

    - Apabila seorang pemain mendapat cedera atau sakit

    semasa bermain,pemain dalam pasukan boleh meminta

    pemberhentian masa daripada pengadil perlawanan.

    Hanya Pegawai Penjagaan Utama ( Primary Care

    Personnel ) sahaja dibenarkan masuk ke dalam

    gelanggang untuk merawat pemain yang cedera tersebut.

    Sekiranya pasukan tidak mempunyai Pegawai

    Penjagaan Utama, pasukan perubatan yang bertugas di

    venue secara automatik bertindak sebagai Pegawai

    Penjagaan Utama tersebut.

    - Pemain lain tidak dibenarkan keluar daripadagelanggang. Hanya Pengurus Pasukan sahaja yang

    boleh memberi minuman, tuala muka dan sebagainya

    yang diminta oleh pemain yang berada di dalam

    gelanggang. Air tidak boleh dibaling atau seumpamanya.

    Pemain simpanan dan jurulatih TIDAK DIBENARKAN

    meninggalkan kerusi simpanan, bercakap atau memberi

    sebarang KEJURULATIHAN kepada pemain yang

    berada di dalam gelanggang semasa tempoh

    pemberhentian ini.

    - Masa pemberhentian kecederaan yang dibenarkan

    adalah seperti berikut:

  • 8/6/2019 Kertas Kerja Persatuan Bola Jaring Ipg Ksah

    8/10

    8

    Pemberhentian kecederaan kali pertama

    daripada mana-mana pasukan diberi sehingga

    dua (2) minit sahaja. Pemain boleh dirawat di

    dalam atau di luar gelanggang.

    Pemberhentian kecederaan kali kedua dan

    seterusnya daripada pasukan yang sama

    dalam masa permainan yang sama diberi

    sehingga tiga puluh (30) saat sahaja. Pemain

    hendaklah dirawat di luar gelanggang atau

    pertukaran pemain dilakukan (bergantung

    daripada keputusan jurulatih pasukan).

    Sekiranya pemain lewat mengambil tempatselepas tempoh 30 saat, pemain tersebut tidak

    boleh terus memasuki gelanggang sehingga

    diberitahu oleh pengadil mengikut peraturan

    pemain yang lewat memasuki gelanggang.

    Sekiranya pemberhentian diminta oleh

    pasukan yang berbeza maka kiraan

    kecederaan akan dikira bermula daripada yangpertama (1) dan seterusnya.

    Pemberhentian kecederaan adalah mengikut

    pemberhentian yang ke berapa, pasukan yang

    meminta dan masa permainan yang terlibat.

    Pemberhentian kecederaan akan bermula baru

    apabila perlawanan memasuki masa

    perlawanan berikutnya.

    5.0 PAKAIAN

    5.1 Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian baju asrama iaitu corak,

    bentuk sama. Pakaian yang sama hendaklah dipakai di sepanjang

    kejohanan.

  • 8/6/2019 Kertas Kerja Persatuan Bola Jaring Ipg Ksah

    9/10

    9

    5.2 Setiap pemain hendaklah memakai baju- T atau Jersi dengan skirt atau

    Track- bottom. Seluar pendek atau tight tidak dibenarkan.

    5.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna

    yang ketinggian hurufnya adalah 4-6 inci.

    5.4 Huruf-huruf dibawah hendaklah disemadikan di bahagian hadapan dan

    belakang baju pemain iaitu :

    GS - Penjaring Gol (Goal Shooter)

    GA - Penyerang Gol (Goal Attack)

    WA - Penyerang Sayap (Wing Attack)

    C - Pemain Tengah (Centre )

    WD - Penangkis Sayap (Wing Defence)

    GD - Penahan Gol (Goal Defence)GK - Penjaga Gol (Goal Keeper)

    7.0 KELEWATAN

    Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas

    itu, pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma kepada pasukan yang

    berada di gelanggang dengan 3 mata dan jaringan 10-0.

    8.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN

    Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan

    disebabkan oleh keadaan cuaca, atau kerana hal-hal yang tidak

    dijangkakan,perlawanan tidak dapat dimainkan, atau sekiranya sesuatu

    perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawal kedua-dua pasukan, maka

    perlawanan yang ditunda atau dihentikan hendaklah dilangsungkan pada tarikh,

    tempat dan masa yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

    9.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

    Secara Kalah Mati

  • 8/6/2019 Kertas Kerja Persatuan Bola Jaring Ipg Ksah

    10/10

    10

    Jika keputusannya berakhir dengan seri pada peringkat suku akhir, separuh

    akhir dan akhir, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:-

    9.2.1 Pertandingan disambung semula setelah berehat 3 minit.

    9.2.2 Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian

    akan dimainkan.

    9.2.3 Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula

    oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah.

    9.2.4 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.

    9.2.5 Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada

    Hantaran Tengah yang berikutnya.

    9.2.6 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan permainan akan

    diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol .

    10.0 PENGADIL PERTANDINGAN

    10.1 Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil

    yang bertauliah sepanjang pertandingan.

    10.2 Segala keputusan pengadil berkaitan undang-undang permainan

    adalah muktamad.