kertas kerja penubuhan kelab taekwondo-kms

22
 KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 42700 BANTING SELANGOR DARUL EHSAN KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB TAEKWONDO KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

Upload: nurinsyirahjamil

Post on 12-Oct-2015

2.274 views

Category:

Documents


165 download

DESCRIPTION

proposal kelab taekwondo

TRANSCRIPT

KOLEJ MATRIKULASI SELANGORKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA42700 BANTINGSELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJAPENUBUHAN KELAB TAEKWONDOKOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

1. PengenalanTaekwondo merupakan satu aktiviti riadah yang sihat dan ianya adalah satu aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa lapang pelajar terutamanya para pelajar di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Justeru, untuk mengisi masa lapang pelajar, satu cadangan penubuhan Kelab TaekwondoKMS telah diusulkan bersama. Dengan adanya kelab ini maka pelajar-pelajar boleh mengenali permainan ini secara lebih dekat dan dapat menganjurkan beberapa perlawanan persahabatan dalam kolej atau dengan kolej-kolej lain bagi mengeratkan silaturahim. Selain itu, kelab ini juga akan mendedahkan kepada pelajar dengan beberapa kemahiran seperti kemahiran kepimpinan, teknik mempertahankan diri, ilmu pertolongan cemas dan sebagainya. Penyertaan kelab ini akan dibuka kepada semua pelajar KMS yang berminat untuk menyertainya.

2. RasionalPenubuhan kelab ini adalah di atas dasar untuk mendekatkansukan Taekwondo kepada para pelajar supaya pelajar-pelajar lebih berani menghadapi situasi yang lebih mencabar. Semua pelajar KMS yang berminat bolehlah menyertai kelab ini.

Rasional penubuhan kelab ini adalah untuk:I. Mendedahkan dan memperkenalkan sukan Taekwondo kepada pelajar Kolej Matrikulasi Selangor.II. Memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang pengurusan kelab.III. Melatih para pelajar dalam menguruskan sesebuah organisasi.IV. Mewujudkan satu organisasi yang mantap dan teratur.V. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan para pelajar.VI. Meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan para pelajar.VII. Mengeratkan hubungan antara pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang berbilang kaum.

3. Matlamat

Matlamat utama penubuhan Kelab Taekwondo KMS ialah untuk memperkenalkan kepada para pelajar sukan riadah ini. Selain itu, dengan adanya kelab ini, diharapkan hubungan silaturahim sesama pelajar KMSdiperkukuhkan melalui perlawanan persahabatan dan pertandingan. Masa yang terluang juga akan dapat dimanfaatkan dan digunakan sepenuhnya oleh pelajar dengan aktiviti yang sihat dan tidak terbuang begitu sahaja. Ia juga akan dapat mengasah bakat para pelajar dalam sukan ini memandangkan sukan ini memerlukan fokus dan kemahiran yang tinggi. Di samping itu, para pelajar juga dilatih untuk lebih berdisiplin dalam kelab ini. Matlamat terakhir adalah agar guru-guru pelatih dapat menguasai permainan ini untuk diajar pada murid-murid apabila menjadi guru kelak.

4. Objektif

Objektif penubuhan Kelab TaekwondoKMS ialah:

i. Memperkenalkan/mempopularkan sukan Taekwondo kepada warga KMS.ii. Menggunakan ilmu yang ada untuk melatih para pelajar apabila menjadi pendidik kelak.iii. Melahirkan pelajar yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.iv. Mengeratkan hubungan silaturahim antara warga.v. Memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar.vi. Meningkatkan tahap disiplin di kalangan pelajar.vii. Mengisi masa lapang pelajar pada waktu petang.viii. Memperkenalkan seni mempertahankan diri.ix. Mencungkil bakat pelajar dalam sukan Taekwondo.

5. Jawatankuasa Penaja Kelab Taekwondo KMS.

Penasihat:Pengerusi:Nabilah Natasha Bt Mohd Arif (MA1323546124)Naib Pengerusi:Chow Yee Suen (MS1323605530)Setiausaha:Ng Zhi Heng (MS 1323605140)Penolong Setiausaha:Tong Boon Choon (MS 1312504915)Bendahari:Aaron Michael A/L Anthony (MS 1323542141)Penolong Bendahari:Harith Hazwan Bin Ruzaidi (MS 1323544006)

AJK Promosi:Yap Eng Sam:Ng Yang ZhenAJK Aktiviti:Kuganeshwaran A/L Ganesan:Muhammad Syafiq Bin Mohd JoharAJK Disiplin:Robin Kok Zhen Liang (MS1324546604):Wong Chin Wooi

6. Kaedah Pemilihan Jawatankuasa tetap Persatuan Taekwando

i. Jawatankuasa Tertinggi Penaja akan disahkan dan dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi dalam persatuan manakala ajli jawatankuasa lain akan dilantik semasa Mesyuarat Agung.ii. Ahli yang hadir sahaja yang layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.iii. Pemilihan Ahli Jawatankuasa adalah secara undian.iv. Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat peletakkan jawatan kepada pensyarah penasihat.

Ahli Jawatankuasa Kelab terdiri daripada :

PengerusiNaib PengerusiSetiausahaPenolong SetiausahaBendahariPenolong Bendahari

AJK1. Pendaftaran & Keahlian2. Tempat & Peralatan3. Sosial & Kebajikan4. Tugas-tugas Khas5. Aktiviti6. Penyertaan pertandingan

7. Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa

I. Pengerusii. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.ii. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasaiv. Memantau keadaan semasa aktiviti dijalankan

II. Naib Pengerusii. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.ii. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari semasa ke semasa.

III. Setiausahai. Menguruskan hal-hal surat-menyurat.ii. Mencatat kehadiran ahliiii. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.iv. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari semasa ke semasa.

IV. Penolong Setiausahai. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.ii. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari semasa ke semasa.

V. Bendaharii. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuanii. Menyediakan anggaran perbelanjaan sebelum aktiviti dijalankan.iii. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.iv. Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat Agung.v. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari semasa ke semasa.

VI. Penolong Bendaharii. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari semasa ke semasa.

VII. Ahli jawatankuasai. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakanii. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari semasa ke semasa.

KELAB TAEKWONDOKOLEJ MATRIKULASI SELANGORNO. PENDAFTARAN

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

PERATURAN 1NAMA DAN ALAMAT

a.Nama Kelab: Kelab Taekwondo,Kolej Matrikulasi Selangor,

b.Alamat: Kolej Matrikulasi Selangor,Mukim Jugra42700 Banting, Selangor.

PERATURAN 2MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3OBJEKTIF3.1Supaya ahli dapat menganggotai kelab dengan lebih terpimpin dalam sukan Taekwondo yang meluas dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

3.2Ahli dapat meningkatkan semangat perpaduan dan mananam sikap bekerjasama dalam menjalankan aktiviti.

PERATURAN 4KEAHLIAN

4.1Dibuka kepada semua pelajar matrikulasi ini.

4.2Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4.3Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

4.4Terhad kepada 80orang ahli sahaja.

PERATURAN 5PENSYARAH PENASIHAT

5.1Pensyarah Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah kolej ini.

5.2Pensyarah Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

5.3Pensyarah Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6AHLI JAWATANKUASA

6.1Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Pensyarah Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Pensyarah Penasihat.

6.6Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa (5 hingga 10 orang)

PERATURAN 7TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA7.1Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa.

7.2Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.

7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa.

7.3Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli.

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab.

7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa.7.4Penolong Setiausaha7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari masa ke semasa.

7.5Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab

7.5.2 Menyediakan anggaran perbelanjaan sebelum aktiviti dijalankan.

7.5.3 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.4 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

7.5.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa.

7.6Penolong Bendahari7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa.

7.7Ahli Jawatankuasa

7.7.1Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.7.2Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.3Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat dari semasa ke semasa

PERATURAN 8KEWANGAN

8.1Kelab juga memperolehi kewangan melalui aktiviti.

8.2Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaanbesar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.3Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Kolej, sekiranya mendapat kebenaran Pengarah.

PERATURAN 9KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab.

PERATURAN 10AKTIVITI

10.1Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Pensyarah Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 11PERATURAN-PERATURAN

11.1Peraturan kolej adalah menjadi peraturan asas.

11.2Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 12TINDAKAN DISIPLIN

12.1Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1Amaran lisan

12.2.2Amaran bertulis

12.3Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Pensyarah Penasihat kelab secara bertulis dan keputusan Pensyarah Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa, Pensyarah Penasihat atau pengurusan kolej secara bertulis.

13.3Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pensyarah Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengarah

PERATURAN 14PEMBUBARAN PERSATUAN / KELAB14.1 Pengarah diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.. PERATURAN 15HAL-HAL LAIN

15.1Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

. .. .( ) ( )Setiausaha PengerusiKelab Taekwondo Kelab TaekwondoTarikh:................. Tarikh:..................

....................( )Pensyarah PenasihatKelab TaekwondoTarikh: ..............

8. Draf AktivitiBILTARIKHNAMA AKTIVITIPENGLIBATAN

14-10SEPTEMBER 2013 Pengambilan ahli-ahli baru1 Ahli jawatankuasa penaja2 Pensyarah penasihat

212 SEPTEMBER 2013 Perjumpaan pertama (Mesyurat agung) Sesi kenalan antara ahli Pelantikan ahli jawatankuasa tetap persatuan Perancangan dan pengemaskinian aktiviti

1 Ahli jawatankuasa penaja2 Pensyarah penasihat3 Ahli baru

426 SEPTEMBER 2013 Perjumpaan kedua Menjalankan latihan tendangan Menjalankan latihan tumbukan1 Semua AJK2 Semua Ahli kelab3 Pensyarah

510 OKTOBER 2013 Perjumpaan ketiga Menjalankan latihan pertahanan diri1 Semua AJK2 Semua Ahli kelab3 Pensyarah

728NOVEMBER2013 Perjumpaan keempat Menjalankan latihan pertandingan Meningkatkan stamina1 Semua AJK2 Semua Ahli kelab3 Pensyarah

85 DISEMBER 2013 Kursus Referee Memberi taklimat sebagai refree1 Semua AJK2 Ahli Senior3 Pensyarah

919 DISEMBER 2013 Perjumpaan kelima Kursus Pertolongan Kecemasan Memberi ilmu pertolongan cemas1 Semua AJK2 Semua Ahli kelab3 Pensyarah

109 JANUARI 2014 Perjumpaan keenam Pertandingan sparring persahabatan antara ahli1 Semua AJK2 Semua Ahli kelab3 Pensyarah

1120 FEBRUARI 2014 Pertandingan memecah papan1 Semua pelajar KMS

1226 FEBRUARI 2014 Majlis perpisahan1 Semua AJK2 Semua Ahli kelab3 Pensyarah

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

________________________ ____________________________() ()Setiausaha JK Penaja Kelab Takwondo Pensyarah Penasihat Kelab TaekwondoKolej Matrikulasi Selangor Kolej Matrikulasi Selangor

Disemak oleh:

_____________________________(EN. MOHD LUTFI BIN ABDULLAH)Ketua Unit KokurikulumKolej Matrikulasi Selangor

9. Carta Gantt Kelab TaekwondoMasa dan kekerapan perjumpaan Kelab Taekwando 2013/2014

BILAKTIVITISEPTEMBEROKTOBERNOVEMBER

Minggu123412341234

01Pengambilan ahli-ahli baruXX

02Mesyurat agungX

03PerjumpaanX

04Perjumpaan X

05PerjumpaanX

BILAKTIVITIDISEMBERJANUARIFEBRUARI

Minggu123412341234

06Kursus RefereeX

07Kursus Pertolongan KecemasanX

08Pertandingan sparringX

09Pertandingan memecah papanX

10Majlis perpisahanX

10. Anggaran PerbelanjaanAktivitiRMJumlah (RM)

Pertandingan sparring

Hadiah pertama: trophy bernilai RM 30 dan hamper bernilai RM10Hadiah kedua: trophy bernilai RM 20 dan hamper bernilai RM10Hadiah ketiga: trophy bernilai RM10 dan hamper bernilai RM10Hadiah cenderahati untuk 6 juri

40

30

20

30

120

Pertandingan memecah papan

PapanHadiah pertama: trophy bernilai RM 50 dan hamper bernilai RM20Hadiah kedua: trophy bernilai RM 30 dan hamper bernilai RM20Hadiah ketiga: trophy bernilai RM20 dan hamper bernilai RM20Hadiah cenderahati untuk 6 juri

150

70

50

4050

360

JUMLAH KESELURUHAN : RM 480

Penutup

Konklusinya, penubuhan Kelab Taekwondo merupakan usaha yang penting serta aset yang bernilai kepada kolej untuk meningkat prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik kolej melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu, pengetahuan, kemahiran dan disiplin yang diterapkan melalui Kelab Taekwondo mampu melahirkan golongan masa depan yang kualitinya melangkaui sempadan, bekerjasama, berintegrasi dan berhemah tinggi.

Diharapkan penubuhan kelab ini akan memberikan peluang untuk para pelajar mengenali dengan lebih dekat lagi sukan Taekwondo ini. Di samping itu semangat kesukanan akan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar amnya dan warga KMS khasnya. Semoga cadangan penubuhan kelab ini mendapat pertimbangan sewajarnya dan diluluskan oleh pihak kolej sertaakan terlaksana dengan jayanya. Sekian, terima kasih.

Contoh Laporan Aktiviti Kelab TaekwondoPensyarah Penasihat 1..

2..

3..

Setiausaha

Tarikh / Hari

Minggu

Tempat

Jumlah Kehadiran

Laporan Kegiatan

Hal-Hal Lain

Yang Benar

__________________________ ____________________________( ) ( )Setiausaha Kelab Taekwondo Pensyarah Penasihat Kelab TaekwondoKolej Matrikulasi Selangor. Kolej Matrikulasi Selangor.

Kelab Taekwondo,Kolej Matrikulasi Selangor,42700 Banting, SelangorNo. Tel : 03-31201372___________________________________________________________________________ Ruj kami : Tarikh : 08 Jun 2012

Pendaftar Kelab Dan Persatuan,Kolej Matrikulasi Selangor,42700 Banting, Selangor

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB TAEKWONDO

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf Perlembagaan.2.2 Draf Aktiviti Asas.2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARABERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

Saya yang menurut perintah,

............................................()Pensyarah Penasihat,Kelab Taekwondo,Kolej Matrikulasi Selangor,42700 Banting, Selangor.

Disediakan oleh,

.....()SetiausahaPenubuhan Kelab TaekwondoKolej Matrikulasi Selangor

Disemak dan disahkan oleh,

.....() Pensyarah PenasihatKelab TaekwondoKolej Matrikulasi Selangor

Disemak dan disahkan oleh,

.....(EN. MOHD LUTFI BIN ABDULLAH) Ketua Unit KokurikulumKolej Matrikulasi Selangor

Disemak dan disahkan oleh,

.....(EN. AWANG KECHIK BIN MOHAMMAD) Ketua Jabatan Pengurusan PelajarKolej Matrikulasi Selangor

Disokong oleh,

.....(EN. HUSAIN BIN HITAM)Timbalan PengarahKolej Matrikulasi Selangor

Diluluskan oleh,

.....(TUAN HJ. MUSTAFAR BIN MUSA)Tuan PengarahKolej Matrikulasi Selangor

Ulasan :__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3