kertas kerja muamalat complete

12
BAI’-AL-INAH Pengertian al-bay dari segi istilah ialah pertukaran sesuatu barangan dengan sesuatu barangan yang lain. Manakala dari segi syara pula ialah pertukaran harta dengan harta yang lain malalui prosedur tertentu atau proses proses pertukaran sesuatu barangan yang disukai dengan sesuatu yang setimpal dengan cara tertentu yang sempurna. Melalui pengertian ini dapat disimpulkan bahawa al-bay ialah satu kontrak pertukaran harta dengan harta melalui prosedur tertentu iaitu mengandungi penawaran dan penerimaan(ijab dan qabul) yang melibatkan pemberian dan penerimaan milik serta mendapat persetujuan daripada kedua belah pihak. Manakala pengertian al-inah diambil daripada perkataan al-ain iaitu al-naqd yang bermaksud wang tunai. Oleh itu pengertian bai’al-inah adalah satu keadaan dimana seseorang memerlukan wang tunai lalu datang kepada seseorang yamg lain untuk memohon pinjaman. Pihak pemiutang(al-muqrid) enggan memberikan pinjaman kecuali beliau akan mendapat keuntungan daripada pinjaman itu dan dalam masa yang sama keuntungan tersebut akan membawa kepada berlakunya riba yang haram disisi islam. Oleh itu untuk mengelak daripada terjadinya riba maka pemiutang bertindak sebagai penjual dengan menjual serta mewujudkan sesuatu barangan kepada penghutang dengan harga tertentu dan dibayar secara kredit ataupun hutang. Selepas berlakunya proses penyerahan, penjual(pemiutang) membeli semula barangan yang telah dijualnya atau pembeli menjual semula kepada penjual asalnya secara tunai dengan harga yang lebih rendah. Oleh itu, transaksi ini mengandungi dua kontrak jual beli dimana kontrak mempunyai harganya yang tersendiri. Konsep bai’al-inah ini juga digunapakai di bank islam yang berada di Negara Brunei Darussalam. Pihak bank akan menjual aset(harta 1

Upload: erlinamohamad

Post on 28-May-2015

286 views

Category:

Presentations & Public Speaking


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja muamalat complete

BAI’-AL-INAH

Pengertian al-bay dari segi istilah ialah pertukaran sesuatu barangan dengan sesuatu barangan yang lain. Manakala dari segi syara pula ialah pertukaran harta dengan harta yang lain malalui prosedur tertentu atau proses proses pertukaran sesuatu barangan yang disukai dengan sesuatu yang setimpal dengan cara tertentu yang sempurna.

Melalui pengertian ini dapat disimpulkan bahawa al-bay ialah satu kontrak pertukaran harta dengan harta melalui prosedur tertentu iaitu mengandungi penawaran dan penerimaan(ijab dan qabul) yang melibatkan pemberian dan penerimaan milik serta mendapat persetujuan daripada kedua belah pihak.

Manakala pengertian al-inah diambil daripada perkataan al-ain iaitu al-naqd yang bermaksud wang tunai.

Oleh itu pengertian bai’al-inah adalah satu keadaan dimana seseorang memerlukan wang tunai lalu datang kepada seseorang yamg lain untuk memohon pinjaman. Pihak pemiutang(al-muqrid) enggan memberikan pinjaman kecuali beliau akan mendapat keuntungan daripada pinjaman itu dan dalam masa yang sama keuntungan tersebut akan membawa kepada berlakunya riba yang haram disisi islam. Oleh itu untuk mengelak daripada terjadinya riba maka pemiutang bertindak sebagai penjual dengan menjual serta mewujudkan sesuatu barangan kepada penghutang dengan harga tertentu dan dibayar secara kredit ataupun hutang. Selepas berlakunya proses penyerahan, penjual(pemiutang) membeli semula barangan yang telah dijualnya atau pembeli menjual semula kepada penjual asalnya secara tunai dengan harga yang lebih rendah. Oleh itu, transaksi ini mengandungi dua kontrak jual beli dimana kontrak mempunyai harganya yang tersendiri.

Konsep bai’al-inah ini juga digunapakai di bank islam yang berada di Negara Brunei Darussalam. Pihak bank akan menjual aset(harta atau barangan) kepada pembeli secara harga tangguh atau hutang. Kemudian pihak bank akan membeli semula harta berkenaan dari pembeli dengan harga tunai. Dengan cara ini pembeli akan memperolehi wang tunai dan membayar balik hutangnya kepada pihak bank secara ansuran atau instalmen dalam tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Keuntungan pihak bank adalah berdasarkan perbezaan harga tunai dan harga tangguh. Peratus keuntungan yang dikenakan adalah berbeza berdasarkan tempoh penangguhan yang dipersetujui secara bersama.

1

Page 2: Kertas kerja muamalat complete

Schema bai’al-inah

Contohnya:

Seseorang memerlukan wang tunai sebanyak $14,000 untuk kegunaan peribadi tetapi dia tidak mempunyai sebarang harta untuk membuat pinjaman. Oleh itu dia telah memohon kepada pihak bank untuk memohon pinjaman bai’al-inah. Setelah pihak bank meluluskan permohonan tersebut maka pihak bank menjual asset yang berupa harta seperti bangunan, saham, rumah ataupun sebagainya. Contohnya pihak bank menjual saham yang berharga $23,838.94. Oleh kerana pembeli tersebut merupakan pelangan tetap di bank tersebut maka pihak bank memberikan potongan harga sebanyak $1.037.12. Maka harga jualan saham setelah potongan ialah $22,801.82. Disebabkan jualan dilakukan secara harga tangguh selama 7 tahun maka bank akan mengambil keuntungan dengan kadar 7.7% yang bernilai sebanyak $7,985.82.

Kemudian bank akan membeli balik saham itu semula secara tunai dengan harga belian sebanyak $14,816($816 adalah bayaran deposit sekuriti). Selepas transaksi melalui tandangan pada boring kontrak, pembeli akan mendapatkan wang tunai sebanyak $14,000 tetapi masih berhutang dengan pihak bank sebanyak $22,801.82 yang dibayar secara ansuran selama tempoh tujuh tahun. Kaedah pengiraan adalah seperti berikut:

Tempoh bayaran secara ansuran: 84 bulan(12 bulan x 7 tahun)

Kadar keuntungan bank: 7.7% setahun

2

Page 3: Kertas kerja muamalat complete

Harga jualan yang kedua: $14,816

Harga jualan(bank): Jumlah yang dipohon + keuntungan

$14,816 + ($14,816 x 7.7% x 7 tahun)

= $ 22.801.82

Bayaran bulanan: Amaun + (amaun x kadar keuntungan x tahun) ÷ bulan

$14,816 + ($14,816 x 7.7% x 7 tahun) ÷ 84 bulan

= $272

Ini adalah contoh jual beli dengan cara bai’al-inah. Pada transaksi yamg pertama pihak bank menjual asetnya pada harga $22,801.82 secara harga tangguh selama 84 bulan(7 tahun). Bank akan menerima bayaran secara ansuran sebanyak $272 sebulan.

Terdapat persamaan dan perbezaan di antara bai’al-inah dengan konsep tawarruq.

Pengertian tawarruq dari segi bahasa ialah al-wariq yang berkmaksud wang perak,dirham atau logam perak. Secara ringkasnya al-tawarruq ialah suatu kontrak yang melibatkan penjualan sesuatu barangan kepada seseorang pembelisecara harha tertangguh(hutang). Pembeli tersebut kemudiannya menjual barang tersebut kepada orang yang ketiga secara tunai pada harga yang lebih kurang daripada harga tangguh dengan tujuan untuk mendapatkan wang tunai. Ia dinamakan tawarruq kerana ketika membeli barang tersebut secara bayaran tangguh, pembeli tidak berniat untuk menggunakan atau memanfaatkannya tetapi hanya ingin menjadikannya laluan kearah memperolehi wang tunai.

Al-tawarruq boleh terjadi kepada dua keadaan yang berangsingan.keadaan yang pertama dimana pembeli pertama membeli barangan secara ansuran atau tangguh dan menjualnya kepada pihak yang ketiga secara tunai dengan harga yang rendah. Dalam keadaan ini pihak ketiga langsung tidak mempunyai kaitan dengan penjualan yang pertama. Keadaan yang kedua digunakan dalam sistem kewangan yang menjadikannya sebagai satu medium pembiayan yang sistematik. Dalam hal ini, pembeli barangan yang terakhir tadi bertindak sebagai wakil kepada penjual barangan pertama ataupun penjual pertama akan mewakili pembeli terakhir dalam menguruskan kontrak.

3

Page 4: Kertas kerja muamalat complete

Schema tawarruq

Contohnya:

Seseorang membeli sesuatu barangan daripada penjual dengan harga $1000 secara tangguh ataupun hutang dan kemudiannya menjual kembali barangan yang dibelinya kepada orang lain(bukan penjual asal) dengan harga $900 secara tunai. Dalam hal ini, pembeli akan mendapatkan wang tunai sebanyak $900 yang dikehendakinya dengan segera dan dalam masa yang sama pembeli juga kekal menjadi penghutang kepada penjual asal sebanyak $1000.

Perbezaan bai’al-inah dengan tawarruq ialah bai’al-inah hanya melibatkan dua pihak sahaja manakala al-tawarruq melibatkan tiga pihak.

HUKUM

Terdapat perbezaan pandangan terhadap hukum bai’al-inah ini.

Menurut pandangan yang pertama yang terdiri daripada jumhur fuqaha iaitu hanafi, maliki dan hanbali. Dari kalangan para sahabat ialah saiditina Aisyah, ibn abbas dan anas ibn malik. Manakala dikalangan tabi’in ialah al-hasan, ibn sirin, sya’bi dan nakhai’e.

Golongan ini berpendapat adalah jual beli dengan cara bai’al-inah adalah batil dan fasid.

Mereka mengharamkan jual beli dengan bai’al-inah adalah berdasarkan hadis rasullullah sallahu alaihi wassalam yang member amaran keras terhadap muamalah bai’al-inah.

4

Page 5: Kertas kerja muamalat complete

الله� ل�ط� س� اد� ه� ال�ج ك�ت�م� ت�ر� و� ع ر� ب الز� ي�ت�م� ض و�ر� ر ال�ب�ق� أ�ذ�ن�اب� ذ�ت�م� خ�أ� و� ب ال�ع ي�ن�ة ت�ب�اي�ع�ت�م� إ ذ�ا

د ي�ن ك�م� إ ل�ى ا ع�و� ج ت�ر� ت�ى ح� ي�ن�ز ع�ه� ال� ذ�ال0 ع�ل�ي�ك�م�

Maksudnya:

“Apabila kalian telah berjual beli dengan cara Al-‘Inah dan kalian telah redha dengan perkebunan dan kalian telah mengambil ekor-ekor sapi dan kalian meninggalkan jihad, maka Allah akan menimpakan kepada kalian suatu kehinaan yang (Allah) tidak akan mencabutnya sampai kalian kembali kepada agama kalian”. (Riwayat abu daud)

Hadis sahih di atas menunjukkan pengharaman bay‘ al-‘inah kerana akad ini merupakan antara faktor turunnya bala Allah s.w.t. ke atas manusia. Dalam perbicangan ilmu Usul Fiqh, jika sesuatu perkara atau perbuatan itu diikuti dengan ancaman dosa, azab atau bala maka ia menunjukan bahawa perkara tersebut adalah ditegah dalam Islam.

Pengharaman bai’al-inah menurut golongan yang terdiri daripada kalangan para sahabat seperti saiditina Aisyah:

ولد أم معها فدخلت عائشة على دخلت أنها امرأته عن ، السبيعي إسحاق ابن عن : مائة بثمان أرقم بن زيد من غالما بعت إنEي المؤمنين أم يا فقالت أرقم بن زيد

. شريت ما بئس عائشة لها فقالت نقدا مائة Eبست منه ابتعته وإنEي نسيئة، درهماعليه الله صلى الله رسول مع جهاده أبطل قد أنه زيدا أبلغي ، اشتريت ما وبئس

: . يا فقالت عليها سهل إنها Eثم طويال تتكلم فلم صاحبتنا وأفحمت يتب لم إن وسلم " : من موعظة جآءه فمن عليها فتلت مالي؟ رأس إال آخذ لم إن أرأيت المؤمنين أم

... ” الله إلى وأمره سلف ما فله فانتهى ربEه

Terjemahan : Daripada Ibn Ishaq al-Subay‘i, daripada isterinya bahawa dia telah menemui ‘A’isyah dan masuk bersamanya ummu walad Zayd Bin Arqam lalu berkata; “Wahai Ummu al-Mu’minin, sesungguhnya aku telah menjual seorang hamba kepada Zayd Bin Arqam dengan harga lapan ratus dirham secara tangguh. Dan aku kemudiannya membelinya semula dengan harga enam ratus dirham secara tunai”. Maka berkata ‘A’isyah kepadanya; “Itu adalah seburuk-buruk jual beli yang engkau lakukan. Sampaikan kepada Zayd bahawa dia telah membatalkan (pahala) jihadnya bersama Rasulullah jika dia tidak bertaubat”. Perkataan ‘A’isyah itu telah membuatkan sahabat kami terdiam lalu ia tidak berkata-kata agak lama. Kemudian setelah dia menerima kata-kata ‘A’isyah itu lalu dia berkata; “Apakah pandangan puan jika saya hanya mengambil modalku sahaja?” Lalu ‘A’isyah membacakan firman Allah yang bermaksud : maka sesiapa yang telah didatangi akan peringatan daripada Tuhannya lalu ia behenti(meninggalkannya) maka baginya adalah modalnya dan urusannya adalah diserahkan

kepada Allah [Al-Baqarah : 275] .

5

Page 6: Kertas kerja muamalat complete

Berdasarkan hadis di atas Ibnu Qudamah telah menegaskan bahawa bay‘ al-‘inah adalah ditegah kerana Saidatina ‘A’isyah tidak akan berkata dengan sedemikian tegas kecuali kerana adanya pengakuan yang beliau dengar sendiri daripada Rasulullah s.a.w.

Anas Bin Malik r.a:

: الله مه Eحر مما هذا ، يخدع ال الله إن فقال العينة عن سئل أنه ، أنس عن رويورسوله

Terjemahan:Diriwayatkan daripada Anas, bahawa beliau telah ditanya berkenaan al-‘inah, maka beliau berkata : Sesungguhnya Allah swt tidak boleh ditipudaya. Ini (al-‘inah) adalah daripada apa yang diharamkan oleh Allah dan rasulNya.

Ibnu ‘Abbas r.a.

. حريرة : وبينهما بدراهم دراهم تبع ال العينة هذه اتقوا عباس ابن قال

Terjemahan:

Takutlah (hindarilah) akan al-‘inah. Janganlah kamu berjual-beli(bertukar) beberapa dirham dengan beberapa dirham dan antara kedua-duanya ada secebis sutera (sebagai barang perantara).

Pengharaman jual beli melalui bay’al-inah dalam dalil Ijma‘ berkata Ibn Qayyim :

“Sesungguhnya para sahabat seperti ‘A’isyah, Ibn ‘Abbas dan Anas telah memfatwakan keharaman bay‘ al-‘inah dan bersikap keras dalam perkara tersebut pada masa dan situasi yang berbeza-beza, dan tidak datang daripada kalangan sahabat yang merukhsahkannya / memberi kelonggaran terhadap muamalah ini, maka ini menunjukkan telah berlakunya ijma‘ di kalangan mereka dalam pengharaman bay‘ al-‘inah.”

Al-syatibi(1996) turut menjelaskan bahawa pengharaman bay’al-inah ini juga berasaskan kepada tiga alas an iaitu:

6

Page 7: Kertas kerja muamalat complete

1. Kontrak bai’al-inah secara kebiasaannya membawa kepoada menghalalkan riba. Ini kerana majoritinya pihak yang berjual itu mempunyai niat untuk memperolehi riba.

2. Berdasarkan kaedah usul fiqh antara dua prinsip utama iaitu jual beli pada asalnya diharuskan dan prinsip memelihara manusia dari kemudharatan. Apabila timbulnya pertentangan antara dua prinsip ini, islam lebih mengutamakan prinsip kedua iaitu memelihara manusia dari kemudharatan.

3. Terdapat banyak nas yang mengharamkan sesuatu perkara walaupun pada asalnya ianya diizinkan sebab ianya selalu menimbulkan keburukan walaupun secara tidak pasti. Contohnya larangan wanita bermusafir tanpa mahramnya. Sehubungan itu, pengharaman bay’al-inah adalah berdasarkan bentuk transaksi jual beli tersebut dianggap membawa kepada kontrak pinjaman secara riba yang member manfaat kepada penjual pertama ataupun diistillahkan sebagai pemiutang dalam kontak yang sebenarnya. Perkara ini selaras dengan sabda rasullah sallahu alaihi wassalam:“setiap hutang yang membawa manfaat material keoada pemiutang adalah riba.”

Menurut pandangan kedua berlainan dengan pendapat yang pertama yang mengharamkan bai’al-inah.

Pandangan kedua yang terdiri daripada fuqaha maliki dan fuqaha syafie yang berpendapat bay’al-inah adalah sah dan diharuskan sekiranya mencukupi rukun dan syarat jual beli tetapi hukumnya boleh berubah menjadi makruh sekiranya disertai dengan niat yang fasid. Ianya juga disokong oleh sebahagian fuqaha hanafi seperti abu yussof dan Muhammad Hassan al-syaibani.

Pendapat yang kedua yang mengharuskan bai’al-inah adalah berlandaskan firman allah:

Maksudnya:

“ Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”[Al-Baqarah : 275]

Maka, hukum bay‘ al-‘inah adalah harus kerana ia merupakan satu bentuk jual beli.

Hadis Tamar Janib

7

Page 8: Kertas kerja muamalat complete

على رجال استعمل وسلم عليه الله صلى الله رسول أن هريرة أبي و سعيد أبي عن : . خيبر تمر أكل وسلم عليه الله صلى الله رسول فقال جنيب بتمر فجاءه خيبر

. : رسول فقال بالثالثة والصاعين ، بالصاعين هذا من الصاع لنأخذ إنا قال هكذا؟جنيبا : بالدراهم ابتع ثم بالدراهم الجمع بع ، تفعل ال وسلم عليه الله صلى .الله

Terjemahan: Daripada Abi Sa‘id dan Abi Hurairah: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melantik seorang lelaki (sebagai wakilnya) di Khaibar . Lalu dia mendatangi baginda dengan membawa tamar janib . Nabi bertanya kepadanya, “Adakah semua tamar di Khaibar begini keadaannya?” Lelaki itu menjawab, “Kami mengambil segantang tamar ini (janib) dengan dua gantang (tamar al-jam‘) dan dua gantang (tamar janib) dengan tiga gantang (tamar al-jam‘) ”. Maka berkata Rasulullah, “Jangan kamu lakukan demikian, tetapi juallah tamar al-jam‘ dengan dirham, kemudian kamu belilah dengan dirham tersebut akan tamar janib”.

Berdasarkan hadis di atas, Nabi menegah perbuatan wakil baginda di Khaibar yang menukarkan tamar al-jam‘ untuk memperoleh tamar janib dengan sukatan yang berbeza kerana ia merupakan riba yang diharamkan iaitu pertukaran barang ribawi yang sama jenis dengan kuantiti (sukatan) yang berbeza. Kemudian Nabi telah memberikan penyelesaian dengan mengarahkannya supaya menjual tamar al-jam‘ untuk mendapatkan dirham, lalu menggunakan dirham tersebut untuk membeli tamar janib. Ini bermakna akad jual beli hanyalah sebagai wasilah untuk merealisasikan tujuan sebenar iaitu mendapatkan tamar janib.

Lagipun di dalam hadis tersebut Nabi tidak memperincikan sama ada jual beli tersebut boleh berlaku di antara dua pihak yang sama ataupun melibatkan pihak yang lain. Ini menunjukkan bahawa harus wakil tersebut (A) menjual dua gantang tamar al-jam‘ dengan nilai dirham kepada pembelinya (B), kemudian dia membeli pula satu gantang tamar janib daripada B ataupun orang lain (C).

Jelaslah bahawa memperoleh dirham bukanlah maksud sebenar urusniaga tersebut, bahkan akad jual beli hanyalah sebagai wasilah untuk mendapatkan tamar janib. Dalam konteks bay‘ al-‘inah pula, akad jual beli barang adalah sebagai wasilah juga untuk mendapatkan duit tunai, dan bukannya ma‘qud ‘alaih itu sendiri.

Penjelasan yang mengharuskan melalui Qiyas:

Para ulama’ sepakat bahawa jika suatu barang dijual dengan harga yang sama dengan harga jualan pertama atau lebih tinggi, hukumnya adalah harus. Maka dalam konteks bay‘ al-‘inah, hukum menjual

8

Page 9: Kertas kerja muamalat complete

barang yang sama dengan harga yang lebih rendah juga adalah harus apabila diqiyaskan dengan masalah di atas.

Dalam hal ini Imam Syafie ada berkata:

“ Apabila sebahagian sahabat Nabi berselisih pendapat dalam suatu perkara, sebahagiannya menyatakan begini, sebahagian yang lain pula mencanggahinya, maka usul yang kami pegang ialah kami akan menerima pendapat yang disokong oleh qiyas….”

9