kertas kerja ladap skp

7
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDERAS (JHEOA) 28050 KUALA KRAU, PAHANG DARUL MAKMUR KERTAS KERJA PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LADAP ) “KERJA SEBAGAI SATU IBADAH” 2015 TARIKH : 24 JANUARI 2015 ( SABTU ) TEMPAT : DEWAN SK PENDERAS 1.0 PENGENALAN Sesungguhnya setiap perbuatan yang dilakukan seorang muslim akan dianggap sebagai ibadah jika mematuhi garis panduan yang dikehendaki syarak. Namun kenapa masih ada komuniti pekerja yang memandang remeh mengenai kerja yang diusahakan dengan melakukan sambil lewa dan ala kadar. Salah satu punca yang dikenalpasti adalah kerana mereka menganggap kerja sebagai amalan rutin untuk mendapat upah atau hasil tanpa membabitkan perancangan, etika dan kualiti. Kerja merupakan “kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”. Manakala ibadah bermaksud “kepatuhan daripada ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadaNya”. Apabila digabungkan , maka bolehlah diertikan sebagai tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah. Sesungguhnya, bekerja amat dituntut oleh Islam bagi membolehkan umat manusia mendapat rezeki kurniaan Allah dan secara tidak langsung menjadi mekanisme memakmurkan muka bumi ini. Ini menepati penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Allah Taala berfirman dalam surah At-Taubah ayat 105 yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Beramallah kamu (akan segala yang 1 | Bina Insan & LADAP SKP 2015

Upload: roslanhamzah

Post on 25-Dec-2015

167 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Panduan membuat kertas kerja bagi program LADAP sekolah yang melibatkan jemputan penceramah dari luar

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja LADAP SKP

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDERAS (JHEOA)28050 KUALA KRAU,

PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LADAP )

“KERJA SEBAGAI SATU IBADAH” 2015

TARIKH :24 JANUARI 2015 ( SABTU )

TEMPAT : DEWAN SK PENDERAS

1.0 PENGENALAN

Sesungguhnya setiap perbuatan yang dilakukan seorang muslim akan dianggap sebagai ibadah jika mematuhi garis panduan yang dikehendaki syarak. Namun kenapa masih ada komuniti pekerja yang memandang remeh mengenai kerja yang diusahakan dengan melakukan sambil lewa dan ala kadar. Salah satu punca yang dikenalpasti adalah kerana mereka menganggap kerja sebagai amalan rutin untuk mendapat upah atau hasil tanpa membabitkan perancangan, etika dan kualiti. Kerja merupakan “kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”. Manakala ibadah bermaksud “kepatuhan daripada ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadaNya”. Apabila digabungkan , maka bolehlah diertikan sebagai tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah.

Sesungguhnya, bekerja amat dituntut oleh Islam bagi membolehkan umat manusia mendapat rezeki kurniaan Allah dan secara tidak langsung menjadi mekanisme memakmurkan muka bumi ini. Ini menepati penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Allah Taala berfirman dalam surah At-Taubah ayat 105 yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. Segala tindakan dan kerja hendaklah berorientasikan kepada ciri-ciri serta nilai-nilai kerja sebagai amal soleh dan bersifat sepadu antara duniawi dan ukhrawi, rohani dan jasmani. Allah Taala berfirman dalam surah Al-Jumuah, ayat 10 yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai solat,

1 | B i n a I n s a n & L A D A P S K P 2 0 1 5

Page 2: Kertas Kerja LADAP SKP

maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”.

2.0 TAJUK LADAP

“ KERJA SEBAGAI SATU IBADAH ” oleh Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Mahmud Bin Mat.

3.0 OBJEKTIF 

Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mencapai objektif yang berikut :

1. Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik tentang kepentingan bekerja dengan ikhlas dan komited dalam tugas hakiki sebagai pendidik dan penjawat awam.

2. Memberi persediaan dan gambaran kepada guru-guru dan staf untuk melaksanakan konsep integriti dalam pekerjaan dan kehidupan seharian serta ikhlas semata-mata kerana Allah.

3. Meningkatkan komitmen warga pendidik tentang peranan yang boleh dimainkan dalam merealisasikan budaya kerja yang cemerlang, sekolah yang terbilang dan negara yang gemilang.

4.0 KUMPULAN SASARAN

- Guru-guru dan staf SK Penderas- Guru-guru dan staf sekolah-sekolah kelompok Zon Kuala Krau- Sasaran peserta seramai 150 orang

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

Tarikh  : 24 Januari 2015Tempat : Dewan SK PenderasMasa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

6.0 AHLI JAWATANKUASA

2 | B i n a I n s a n & L A D A P S K P 2 0 1 5

Page 3: Kertas Kerja LADAP SKP

JAWATANKUASA INDUK

PenasihatEn. Mohd Azri Bin AdnanGuru Besar SK Penderas

PenyelarasTn. Hj. Mohd Nordin Bin Mohd Noor

GPK HEM SK Penderas

PengerusiEn. Roslan Bin Hamzah

Naib PengerusiEn. Mohd Nazaruddin Bin Mohd Nohong

SetiausahaCik Siti Nabihah Binti Muhammad

BendahariPn. Aziah Binti Abd. Rahim

Pn. Zaiton Binti Akim @ Ibrahim

JAWATANKUASA PELAKSANA

Protokol dan jemputanEn. Armadi Bin Muda

En. Khamsani Bin Ibrahim AfandiPn. Robiatun Binti Ramli

Persiapan tempatEn.Yusni Bin Sa’ari

En. Mohd Nor Bin Abd.WahabEn. Amir Bin Jamalukhair

En. Abdul Muhaimin Bin MuhamadEn. Muhamad Hussaini Bin Razali

En. Raman A/L YunosPn. Nor Ashikin Binti Mohd YassinCik Khairin Syaziyah Binti Musa

Cik Norazimah Binti Ishak

Makanan dan minumanPn. Fairuzyani Binti Md. Yaakub

Pn. Noraini Binti JaafarPn. Rozifah Bin Yaacob

Pn. Ainun Syukriyah Binti ZamriPn. Fauziah Bin Suboh

3 | B i n a I n s a n & L A D A P S K P 2 0 1 5

Page 4: Kertas Kerja LADAP SKP

Pn. Sahrina Binti Mohd Amin

Peralatan (Laptop & LCD) dan PA SistemEn. Mohd Fuad Amir Bin Ruzali

En. Mat Taib Bin RipinEn. Youhan Bin Yon

Dokumentasi dan publisitiEn. Norazmir Bin Mohd.Noor

En. Hisham Bin Mat NoorCik Ruhaida Binti Muhammad

Pn. Wati A/P MajuSijil dan cenderahati

Pn. Rozaimah Binti MahmudPn. Maizon Binti Mamat

Pn. Nor Aini Binti Abu BakarPn. Roslila Binti Hamzah

PamfletPn. Sharifah Samirrah Binti Syed Idris

Pn. Saadiah Binti Bakar

JuruacaraEn. Mohd Nazaruddin Bin Mohd Nohong

Bacaan doaEn. Roslan Bin Hamzah

Latar belakang pentas dan hiasan pentasPn. Wan Maznah Bin Wan Muhammad

Pn. Fahimalatol Jalilah Binti AzharCik Siti Nor Aizah Binti Harun

Cik Tg.Nur Ain Binti Tg.Mohd.KhairiPn. Siti Kamaliah Binti HarunPn. Haslina Binti Mohd Hussin

7.0 TENTATIF PROGRAM

24 Januari 2014 ( Sabtu )

8.45 pagi : Pendaftaran dan para tetamu mengambil tempat9.00 pagi : Ucapan aluan Pengerusi Majlis dan bacaan doa9.15 pagi : Sesi 1 - Ceramah10.30 pagi : Rehat & minum pagi

4 | B i n a I n s a n & L A D A P S K P 2 0 1 5

Page 5: Kertas Kerja LADAP SKP

11.00 pagi : Sesi 2 - Ceramah12.00 t/hari : Sesi soal jawab12.30 t/hari : Jamuan tengah hari dan bersurai

8. 0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Jumlah

1. Bayaran penceramah RM 1000.00

2. Jamuan :- Minum pagi : RM4.00 x 150 orang- Makan tengah hari : RM8.00 x 150

orang

RM 600.00RM 1200.00

3. Sijil penyertaan, alat tulis dan kain rentang RM 300.00

4. JUMLAH KESELURUHAN RM 3100.00

* sebarang pertanyaan sila hubungi :-

- En. Roslan Bin Hamzah : 019-6944957 ( Penyelaras Program )- En. Mohd Azri Bin Adnan : 011-39118875 ( Guru Besar )

9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program LADAP ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pengajaran serta nilai yang akan diperoleh para peserta dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Diharapkan juga melalui program ini, individu khususnya para guru dan staf yang berwibawa, berintegriti, beretika dan berkeperibadian tinggi dapat dilahirkan. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan program ini. Segala kerjasama dan sokongan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

5 | B i n a I n s a n & L A D A P S K P 2 0 1 5

Page 6: Kertas Kerja LADAP SKP

Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh:

……………………………. …………………………………( ROSLAN BIN HAMZAH ) ( MOHD AZRI BIN ADNAN )Penyelaras Program, Guru BesarLADAP dan Bina Insan,SK Penderas.

Tarikh : …………………………………..

6 | B i n a I n s a n & L A D A P S K P 2 0 1 5