kertas kerja kursus kepimpinan 2015 kolej komuniti

Upload: azmira-binti-abdul-kadir

Post on 05-Oct-2015

268 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengawas

TRANSCRIPT

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2015

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2015

SMK (LKTP) CHEMOMOI, 28310 TRIANG, PAHANG.

TEL : 09-2458393FAks : 09-2457352EMAIL : [email protected]________________________________________________________________

KERTAS KERJAKURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2015FASA 1________________________________________________________________

TARIKH / HARI :7 MAC 2015

TEMPAT :

KOLEJ KOMUNITI BENTONG, KARAK SETIA, PAHANG

ANJURAN :

UNIT HEMBIMBINGAN & KAUNSELING , PENGAWAS DAN DISIPLIN

Disediakan oleh,CIK AZMIRA BINTI ABDUL KADIRSETIAUSAHA UNIT PENGAWAS SEKOLAH

SMK (LKTP) CHEMOMOI

1.0PENGENALAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hem SMK (LKTP) CHEMOMOI. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah berjumlah 57 orang .Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian , program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan , pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.

2.0 MATLAMATMeningkatkan kebolehan pelajar untuk menjalankan peranan dan tanggungjawab serta mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik supaya pelajar-pelajar lain dapat menerima dan menghormati mereka sebagai pemimpin. Seterusnya, mereka akan dapat memikul amanah yang dipertanggungjawabkan oleh guru dengan sebaiknya.

3.0 OBJEKTIF3.1 Mendedahkan pemimpin pelajar dengan kaedah pengurusan organisasi yang betul3.2 Mendedahkan pemimpin dengan bentuk disiplin yang mantap dalam pelbagai situasi3.3 Membentuk peribadi yang sentiasa cergas fizikal dan mental3.4 Melahirkan tokoh yang sentiasa berani melaksanakan kebenaran3.5 Memantapkan organisasi Badan Pengawas agar mampu berdikari dan punya jati diri

4.0 PELAKSANAAN

4.1Tarikh: 7 MAC 2015 4.2Hari: SABTU 4.3Masa : 9.00 pagi hingga 1.30 tengah hari4.4Tempat : KOLEJ KOMUNITI BENTONG, KARAK SETIA, PAHANG.

5.0 KUMPULAN SASARAN (RUJUK LAMPIRAN SENARAI NAMA)

5.1Pengawas Sekolah (56 orang)

Pelajar Lelaki : 30 orangPelajar perempuan : 26 orang Jumlah : 56 orang

5.2Guru terlibat 4 orang

6.0ANGGARAN PERBELANJAAN

Makan Tengah Hari ( 56 Pelajar ) RM 224Kos Kursus (56 pelajar) RM 300Kos Pengangkutan Guru ( 4 orang x 1 kereta) RM 50 ____________________________________________________________JUMLAHRM 574____________________________________________________________

7.0SUMBER KEWANGANWang Sekolah, Sumbangan PIBG,

PIBGRM 300Unit Pengawas RM 274 ____________________________________________________________JUMLAHRM 574____________________________________________________________

Disediakan oleh,(CIK AZMIRA BINTI ABDUL KADIR)Setiausaha Unit Pengawas,SMK (LKTP) ChemomoiTarikh:

Disemak oleh :

..............................(PUAN HELMIAH BINTI ABDUL KUDUS)Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,SMK (LKTP) Chemomoi,Tarikh :

Diluluskan/Tidak diluluskan oleh :

..................................(PN. HJH ROSINAWATI BINTI ABDULLAH)Pengetua,SMK (LKTP) Chemomoi,Tarikh :