alumni kolej komuniti bandar penawar, kolej · pdf filemenyediakan minit mesyuarat...

30
1 ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, D/A KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, 81930 BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI, JOHOR email : [email protected] http://alumnikkbp.wordpress.com Kepada, AlumniKKBP.bil ( ) Tarikh : Tuan/Puan/Dato’/Datin Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar 1 / 2012. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar 1/2012. 2. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar akan diadakan pada : Tarikh : 10 Mac 2012. Hari : Sabtu. Masa : 2.00 petang. Tempat : Bilik Seminar KKBP. 3. Agenda mesyuarat : 3.1 Ucapan aluan Pengarah Kolej Komuniti Bandar Penawar. 3.2 Taklimat Kertas Cadangan Penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 3.3 Perlantikan pengerusi mesyuarat. 3.4 Ucapan mesyuarat. 3.5 Cadangan Penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

Upload: doankhuong

Post on 03-Feb-2018

407 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

1

ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR,

D/A

KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR,

81930 BANDAR PENAWAR

KOTA TINGGI, JOHOR

email : [email protected] http://alumnikkbp.wordpress.com

Kepada, AlumniKKBP.bil ( )

Tarikh :

Tuan/Puan/Dato’/Datin

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar 1 / 2012.

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput

untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar 1/2012.

2. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej

Komuniti Bandar Penawar akan diadakan pada :

Tarikh : 10 Mac 2012.

Hari : Sabtu.

Masa : 2.00 petang.

Tempat : Bilik Seminar KKBP.

3. Agenda mesyuarat :

3.1 Ucapan aluan Pengarah Kolej Komuniti Bandar Penawar.

3.2 Taklimat Kertas Cadangan Penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar.

3.3 Perlantikan pengerusi mesyuarat.

3.4 Ucapan mesyuarat.

3.5 Cadangan Penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar.

Page 2: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

2

3.6 Perlantikan Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar.

3.7 Perbincangan Perlembagaan Alumni KKBP.

3.8 Perbincangan aktiviti Alumni KKBP

4.7.1 Pendaftaran pertubuhan.

4.7.2 Pendaftaran ahli.

4.7.3 Majlis Ramah Mesra Alumni KKBP dan Kakitangan KKBP.

4.7.4 Aktiviti susulan.

3.9 Hal-hal lain.

4. Sehubungan dengan itu, bersama ini dilampirkan Kertas Cadangan Alumni Kolej

Komuniti Bandar Penawar sebagai makluman awal sebelum dibincangkan di dalam

mesyuarat nanti.

3. Kehadiran tuan/puan amat-amat diharapkan bagi merealisasikan penubuhan

Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

.

Sekian, terima kasih

Saya yang menurut perintah,

…………………………………..

( SAHALANI BIN BASAR )

Pengarah,

Kolej Komuniti Bandar Penawar.

Page 3: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

3

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

81930 BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR

Pendahuluan

Sebagai sebuah kolej yang telah lama ditubuhkan, Kolej Komuniti Bandar

Penawar (KKBP) telah melahirkan graduan yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

Golongan ini kini bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dan melalui pelbagai

pengalaman dalam kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat diturunkan

kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelajar yang masih menuntut.

Bekas pelajar-pelajar ini juga telah melalui berbagai cabaran semasa menempuhi alam

pembelajaran yang pastinya dapat membantu para pelajar yang masih bertungkus-

lumus menimba ilmu di kelas.

Apa yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini

berkongsi pengalaman mereka. Disinilah timbulnya idea untuk menubuhkan satu

persatuan yang mampu menjadi medium untuk menyalurkan segala pengalaman dan

ilmu yang berguna kepada pelajar-pelajar. Persatuan yang paling relevan dengan

fungsi tersebut ialah sebuah persatuan yang dapat mengumpulkan bekas pelajar-

pelajar ini dalam satu organisasi. Idea penubuhan ini sebenarnya telah timbul sejak

beberapa tahun lepas. Ada usaha bagi menubuhkan Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar tetapi menghadapi kekangan dari segi masa dan kewangan. Justeru tindakan

segera perlu diambil segera supaya idea tersebut tidak terkubur begitu sahaja. Semoga

Kewujudan kertas kerja ini dapat membuka langkah pertama penubuhan ALUMNI KKBP.

Page 4: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

4

Relevan Penubuhan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi

memastikan pengalaman dan kepakaran bekas pelajar-pelajar dapat digunakan untuk

memajukan kolej. Selain itu, penubuhan alumni juga dapat mengumpulkan semula

hampir keseluruhan bekas pelajar-pelajar yang pernah menuntut ilmu di KKBP. Dengan

ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu

idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikan

kepada kolej khasnya dan komuniti amnya.

Jika difikirkan semula, sebuah kolej yang telah berusia hampir 1 dekad

sepatutnya mempunyai satu persatuan khas untuk mengumpulkan bekas pelajar-

pelajarnya bagi memastikan kewujudan kolej ini sentiasa memberi faedah dan kebaikan

kepada orang ramai di sekitarnya. Jadi penubuhan Alumni ini sangat bersesuaian

dengan keadaan semasa di mana orang ramai kini kurang mengambil perhatian

terhadap isu-isu yang berlaku di kolej.

Alumni perlu diberi peluang menyertai program dan aktiviti kolej bagi membawa

impak yang lebih besar kepada kemajuan kolej kerana mereka dilihat sebagai satu

lapisan yang satu hari nanti akan membarisi tampuk kepimpinan lembaga penasihat

dan kolej. Apa yang diharapkan agar golongan ini akan dapat meneruskan malah

memperkukuhkan perjuangan lembaga penasihat yang sedia ada.

Pihak kolej sendiri pastinya menyimpan harapan agar pelajar-pelajar yang

pernah menuntut di sini pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak kolej

mencapai visinya menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk

membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan falsafah pendidikan

kebangsaan. Hanya alumni dapat merealisasikan harapan ini kerana ia tidak terhad

kepada lapisan masyarakat tertentu sahaja.

Page 5: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

5

Objektif Penubuhan

Alumni diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas pelajar-pelajar

KKBP, malah membantu kolej untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang dan

kepakaran. Berikut digariskan beberapa objektif utama penubuhan Alumni :

1. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap

lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan KKBP.

2. Sebagai satu mekanisma sokongan kepada KKBP dalam memperbaiki sistem

pendidikan dan pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar dan

alumni sentiasa diberi perhatian.

3. Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak Kolej dari segi sumber

pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat

membantu kemajuan kolej.

4. Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan

cadangan kepada pihak kolej. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan

lebih lancar dan sistematik.

5. Menjadi perancang dan pelaksana dalam menjayakan sesuatu majlis yang

dianjurkan oleh pihak Kolej sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.

6. Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi KKBP.

7. Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk

membantu kecemerlangan kolej dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.

8. Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam

pekerjaan.

Page 6: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

6

Aktiviti

Aktiviti alumni perlu ditumpukan kepada beberapa elemen penting:

• Pembangunan sosial dan akademik pelajar.

• Penjanaan Kewangan.

• Perkongsian kepakaran.

• Bakti Komuniti kepada masyarakat.

Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan oleh Alumni:

1. Majlis ramah mesra Alumni dan Kakitangan KKBP bagi menjalinkan kembali

hubungan keakraban bekas pelajar dengan kakitangan KKBP khususnya staf

akademik.

2. Program pendidikan dan kerjaya boleh diadakan bagi mengatasi masalah

pengangguran di kalangan pelajar KKBP.

3. Kempen dan promosi kemasukan pelajar baru ke KKBP.

4. Program Coaching dan Mentoring khas untuk melatih bekas pelajar menjadi

seorang usahawan KKBP yang berjaya.

5. Program Bakti Komuniti kepada masyarakat bagi mendekatkan diri bekas pelajar

dengan masyarakat berpaksikan slogan “Dari Masyarakat Kami Datang, Kepada

Masyarakat Kami Berbakti”.

Penutup

Berdasarkan kertas kerja ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa penubuhan

Alumni adalah relevan dengan keperluan semasa KKBP. Melalui penubuhannya semua

pihak akan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan samada secara langsung

mahupun tidak langsung. Seharusnya semua pihak memberi bekerjasama agar

penubuhan Alumni KKBP dapat direalisasikan dengan jayanya.

Page 7: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

7

CARTA ALIRAN KERJA PENUBUHAN ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

1. Mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1

2. Perlantikan Jawatankuasa Penaja Alumni KKBP.

3. Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1

4. Mendraf perlembagaan Alumni KKBP.

5. Proses pendaftaran Alumni KKBP

6. Menjalankan aktiviti.

SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN PERSATUAN

BIL TINDAKAN TANDA ( / ) CATATAN

1 Mesyuarat Penaja

2 Surat permohonan Penubuhan

dan JK Penaja Pertubuhan

3 Surat Kelulusan Penubuhan

4 Perlembagaan dan peraturan-

peraturan persatuan

5 Senarai AJK Pertubuhan

6 Senarai aktiviti utama

pertubuhan

7 Surat pengesahan penubuhan

dan pendaftaran pertubuhan

8 Perlaksanaan Persatuan

Page 8: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

8

SENARAI JAWATANKUASA PENAJA

ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

81930 BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR

Penaung : ……………………………………………………………………..

Pengerusi : ……………………………………………………………………..

Naib Pengerusi : ……………………………………………………………………..

Setiausaha 1 : …………………………………………………………………….

Setiausaha 2 : ……………………………………………………………………

Bendahari : ……………………………………………………………………

Ahli Jawatankuasa :

Biro ……………………………………………………

Ketua : …………………………………………………………………………..

Biro …………………………………………………..

Ketua : ………………………………………………………………………….

Biro ……………………

Ketua : …………………………………………………………………………

Biro ……………………

Ketua : …………………………………………………………………………

Page 9: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

9

KERTAS KERJA PERLEMBAGAAN ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

81930, BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR

FASAL 1 – NAMA

1.1. Organisasi bekas pelajar ini dikenali dengan nama ALUMNI KOLEJ KOMUNITI

BANDAR PENAWAR di dalam perlembagaan ini.

FASAL 2 - ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT URUSAN 2.1. Alamat Berdaftar 2.1.1 Alamat berdaftar Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar

Kolej Komuniti Bandar Penawar,

Jalan Ungku Abdul Aziz,

81930 Bandar Penawar,

Kota Tinggi, Johor.

2.2. Alamat Urusan 2.2.1 Alamat urusan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar ialah di:

Kolej Komuniti Bandar Penawar,

Jalan Ungku Abdul Aziz,

81930 Bandar Penawar,

Kota Tinggi, Johor.

2.3. Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Majlis

Tertinggi.

Page 10: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

10

FASAL 3 – LOGO DAN LAMBANG

ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR : Nama organisasi .

Vektor Manusia : Melambangkan perpaduan, kerjasama dan permuafakatan sesama ahli Alumni Kolej

Komuniti Bandar Penawar

Logo Kolej : Merupakan logo Kolej Komuniti JPKK Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

FASAL 4 – OBJEKTIF DAN MATLAMAT 4.1 Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap

lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan KKBP.

4.2 Sebagai satu mekanisma sokongan kepada KKBP dalam memperbaiki system

pendidikan dan pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar

dan alumni sentiasa diberi perhatian.

4.3 Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak Kolej dari segi sumber

Page 11: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

11

pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat

membantu kemajuan kolej.

4.4 Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan

cadangan kepada pihak kolej. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan

lebih lancar dan sistematik.

4.5 Menjadi perancang dan pelaksana dalam menjayakan sesuatu majlis yang

dianjurkan oleh pihak Kolej sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.

4.6 Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi KKBP.

4.7 Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk

membantu kecemerlangan kolej dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.

4.8 Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam

pekerjaan.

FASAL 5- KEAHLIAN

5.1 Ahli Berstatus Pelajar 5.1.1 Mana-mana pelajar yang pernah menuntut di Kolej Komuniti Bandar Penawar

layak untuk mendaftar sebagai ahli.

5.1.2 Setiap ahli berstatus pelajar layak untuk mengundi dan diundi dalam setiap

Mesyuarat Agung yang diadakan.

5.2 Ahli Berstatus Pensyarah 5.2.1 Mana-mana pensyarah yang pernah mengajar di layak untuk mendaftar sebagai

ahli.

5.2.2 Setiap ahli berstatus pensyarah diberi pengecualian daripada membayar

sebarang yuran yang ditetapkan oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

Page 12: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

12

5.3 Prosedur Permohonan dan Penerimaan Keahlian Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 5.3.1 Mereka yang ingin memohon keahlian Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar

perlu mengisi borang yang diterbitkan oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar dan

dihantar kepada Setiausaha Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar untuk diluluskan.

5.3.2 Pendaftaran juga boleh dilakukan secara online melalui laman blog Alumni Kolej

Komuniti Bandar Penawar iaitu http://alumnikkbpe.wordpress.com.

5.3.3 Pemohon yang diluluskan permohonannya hendaklah membayar yuran

pendaftaran serta yuran tahun pertama seperti yang telah ditetapkan dalam Fasal

Yuran.

5.3.4 Pemohon yang diterima permohonannya juga dikehendaki mematuhi segala

perkara yang termaktub dalam perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

FASAL 6: TANGGUNGJAWAB DAN HAK-HAK AHLI 6.1 Setiap ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar mempunyai tanggungjawab

seperti berikut:

6.1.1 Memegang teguh dan mentaati perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar serta peraturanperaturan lain yang dibuat untuk mencapai matlamat Alumni

Kolej Komuniti Bandar Penawar.

6.1.2 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar.

6.1.3 Menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

6.2 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan ini setiap ahli

berhak bersuara,memilih,dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam Alumni

Kolej Komuniti Bandar Penawar.

6.3 Seseorang ahli hanya berhak mengundi atau menjadi calon untuk sesuatu

pemilihan atau perlantikan sekiranya beliau telah menjadi ahli dan menjelaskan semua

yurannya sama ada semasa atau tertunggak.

6.4 Mana-mana ahli yang digantung dan/atau tergantung keahlian Alumni Kolej

Komuniti Bandar Penawar disebabkan pelanggaran peraturan dan perlembagaan ini

tidak berhak :

Page 13: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

13

6.4.1 Menjadi calon bagi sesuatu perlantikan dan pemilihan untuk sebarang jawatan di

dalam Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

6.4.2 Bersuara atau mengemukakan pendapat di dalam mana-mana Mesyuarat Agung

Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

6.4.3 Memilih, mengundi dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam mana-mana

Mesyuarat Agung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

6.4.4 Menggunakan sebarang kemudahan serta keistimewaan yang diberi selaras

dengan hak-hak sebagai seorang ahli.

FASAL 7 - PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

7.1 Pemberhentian secara sukarela 7.1.1 Segala bayaran tertunggak kepada Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang

ditanggung oleh ahli yang ingin berhenti hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan

dari tarikh penyerahan surat pemberhentian.

7.1.2 Pihak Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar berhak mengambil tindakan

undang-undang ke atas ahli yang berhenti tetapi masih belum menjelaskan bayaran

tertunggak dalam tempoh yang telah ditetapkan.

7.1.3 Mana-mana ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang membuat

permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan

oleh Majlis Tertinggi adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli Alumni Kolej

Komuniti Bandar Penawar.

7.2 Pemecatan ahli 7.2.1 Setiap ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang didapati menjalankan

sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan Perlembagaan Alumni Kolej Komuniti

Bandar Penawar bolehlah dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh

masa sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Majlis Tertinggi. Sebelum tindakan

sedemikian diambil, ahli berkenaan hendaklah diberikan surat tunjuk sebab. Ahli

berkenaan hendaklah diberi peluang untuk membela diri. Pemecatan atau

penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Majlis

Page 14: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

14

Tertinggi. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi

dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Majlis Tertinggi.Ahli

yang dipecat boleh membuat rayuan untuk menjadi ahli semula dengan bayaran RM

50.

FASAL 8 – YURAN

8.1. Yuran Pendaftaran 8.1.1 Yuran pendaftaran yang telah ditetapkan ialah RM 50.00.

8.1.2 Yuran ini boleh dijelaskan oleh setiap ahli permohonan untuk menjadi ahli dibuat.

8.1.3 Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan sebelum 31 Disember tahun

permohonan keahlian ahli tersebut diluluskan kepada Bendahari Alumni Kolej Komuniti

Bandar Penawar atau melalui Jawatankuasa Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

8.2. Yuran Tahunan

8.2.1 Yuran tahunan yang telah ditetapkan ialah RM10.00

8.2.2 Yuran ini boleh diserahkan secara terus kepada Bendahari Alumni Kolej Komuniti

Bandar Penawar ataupun kepada Jawatankuasa Kolej Komuniti Bandar Penawar.

8.2.3 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan dalam tempoh bermula dari 1 Januari

sehingga 31 Disember setiap tahun.

FASAL 9- PENAUNG ATAU PENASIHAT 9.1 Majlis Tertinggi berhak melantik orang-orang yang layak menjadi penasihat atau

penaung jika difikirkan perlu dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan

persetujuannya secara bertulis.

Page 15: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

15

FASAL 10- MAJLIS TERTINGGI 10.1. Majlis Tertinggi hendaklah terdiri daripada:

a. Seorang (1) Pengerusi

b. Seorang (1) Naib Pengerusi

c. Seorang (1) Setiausaha 1

d. Seorang (1) Setiausaha 2

e. Seorang (1) Bendahari

f. Seorang (1) ketua serta dua (2) orang ahli untuk setiap biro-biro yang berikut :

i. Perlembagaan dan Alumni

ii. Pembangunan Sumber Manusia

iii. Akses dan Multimedia

iv. Ekonomi

v. Kebajikan dan Kerohanian

vi. Perhubungan dan Urusan Luar

vii. Publisiti dan Tugas-Tugas Khas

viii. Sukan dan Rekreasi

10.2. Mana-mana pemegang jawatan yang didapati bersalah di mahkamah atas

pertuduhan jenayah hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta.

10.3. Majlis Tertinggi akan dirombak pada (3) tiga tahun sekali.

10.4. Presiden diberi kuasa untuk melantik dan memberhentikan perkhidmatan

Setiausaha 1 dan Setiausaha 2.

10.5. Setiap ahli Majlis Tertinggi hendaklah seorang warganegara Malaysia.

10.6. Pemilihan semua Ahli Majlis Tertinggi hendaklah dilakukan malalui

undian.Keputusan adalah dengan undian terbanyak. Sekiranya jumlah undi yang

diperoleh untuk sesuatu jawatan tersebut adalah sama,maka pengerusi mesyuarat

ketika itu mempunyai undi pemutus (casting vote), di samping undinya sendiri.

10.7. Tugas-tugas Majlis Ahli Tertinggi ialah:

10.7.1. Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan

10.7.2. Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-program

organisasi.

Page 16: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

16

10.7.3. Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang

diluluskan.

10.7.4. Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas dalam

Mesyuarat Agung Tahunan.

10.7.5. Mengawal,mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang disabit dengan

ahli,termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi membicarakan ahli-ahli yang

telah melanggar Perlembagaan ini,serta menentukan peraturan-peraturan dan prosedur

perjalanan Jawatan tersebut.

10.7.6. Boleh melantik penaung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

10.7.7. Meluluskan Belanjawan Kolej Komuniti Bandar Penawar.

10.8. Keahlian Majlis Tertinggi dalam 3 tahun pertama penubuhan Alumni Kolej

Komuniti Bandar Penawar ditentukan tanpa perlu melalui Mesyuarat Agung. Ahli-ahli

majlis tertinggi adalah seperti berikut:

Presiden :………………………………………………………………

Naib Presiden : ………………………………………………………. Setiausaha 1 : …………………………………………………………

Setiausaha 2 : …………………………………………………………

Bendahari :

Biro Perlembagaan dan Alumni Ketua Ahli Biro I

Ahli Biro II

Biro Pembangunan Sumber Manusia Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II

Biro Akses dan Multimedia Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II

Page 17: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

17

Biro Ekonomi Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II

Biro Kebajikan dan Kerohanian Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II

Biro Perhubungan dan Aktiviti Luar Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II

Biro Publisiti dan Tugas-Tugas Khas Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II

Biro Sukan dan Rekreasi Ketua

Ahli Biro I

Ahli Biro II

FASAL 11- TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI

11.1 Presiden 11.1.1 Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan pentadbiran, perjalanan dan hal

ehwal Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar secara keseluruhannya.

11.1.2 Mempengerusikan semua mesyuarat. Sekiranya beliau tidak hadir, salah

seorang daripada Naib Presiden akan dilantik sebagai pengerusi mesyuarat.

11.1.3 Menandatangani minit-minit mesyuarat,cabutan-cabutan dan salinan-salinan

rekod Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar bersama Setiausaha sekiranya perlu.

Page 18: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

18

11.1.4 Tertakluk pada Fasal 10.4 di atas, Presiden mempunyai kuasa untuk melantik

dan memberhentikan perkhidmatan Setiausaha 1 dan Setiausaha 2.

11.1.5 Memanggil sendiri atau melalui Setiusaha mesyuarat-mesyuarat Agung dan

Majlis Tertinggi serta mesyuarat yang lain apabila perlu

11.1.6 Mengarah Juruaudit Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar supaya mengaudit

akaun Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar pada bila-bila masa yang diperlukan dan

melaporkan keputusan audit kepada Majlis Tertinggi bila perlu.

11.2 Naib Presiden 11.2.1 Dalam masa ketiadaan Presiden,seorang Naib Presiden akan mengambil alih

dan menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Presiden.

11.2.2 Membantu Presiden dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan.

11.2.3 Menjalankan sebarang tugasan yang telah diberikan oleh Majlis Tertinggi

kepadanya dari semasa ke semasa.

11.3 Setiausaha 11.3.1 Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar Setiausaha bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden. Atas

arahan Presiden, beliau akan memanggil dan menghadiri semua Mesyuarat Agung

Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar , Mesyuarat Majlis Tertinggi dan mesyuarat-

mesyuarat yang diadakan dan sekiranya perlu, menyampaikan segala dokumen-

dokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat itu.

11.3.2 Menyimpan dengan betul, teratur dan kemaskini daftar ahli-ahli, buku-buku dan

laporan lain yang dikehendaki oleh pengurusan.

11.3.3 Menyimpan dan menjaga dengan selamat meterai Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar .

11.3.4 Menyediakan laporan tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar untuk

dipertimbangkan oleh Majlis Tertinggi sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Agung

Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar .

11.3.5 Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan harian sekretariat Alumni

Kolej Komuniti Bandar Penawar serta kakitangan-kakitangan yang bekerja di sekretariat

tersebut

Page 19: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

19

11.3.6 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi

kepadanya dari masa ke masa.

11.4 Setiausaha 2. 11.4.1 Di dalam ketiadaan Setiausaha 1, Setiausaha 2 akan menjalankan tugas-tugas

yang telah ditetapkan kepada Setiausaha 1.

11.4.2 Membantu Setiausaha 1 menjalankan tugas.

11.5 Bendahari 11.5.1 Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh organisasi ini dan

membuat pembayaran mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi.

11.5.2 Menyimpan ke dalam akaun bank yang dibuka atas kelulusan Majlis Tertinggi

atas nama Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar akan semua wang yang diterima

oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar secepat mungkin selepas penerimaannya.

11.5.3 Mengeluarkan resit-resit, menyediakan baucar-baucar dan surat-surat lain

mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi.

11.5.4 Menyelenggarakan dan menyimpan akaun-akaun Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sempurna dan kemaskini

supaya boleh diperiksa pada bila-bila masa.

11.5.5 Menyediakan penyata kewangan tahunan yang telah siap diaudit untuk

dipertimbangkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi.

11.5.6 Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan Alumni Kolej

Komuniti Bandar Penawar untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi

sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

11.5.7 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan ke

atas semasa ke semasa.

11.6 Biro dan Tugas-tugas Biro 11.6.1 Biro Akses dan Multimedia

Page 20: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

20

11.6.1.1 Menyimpan maklumat ahli-ahli serta mengemaskini rekod keahlian persatuan

dari semasa ke semasa.

11.6.1.2 Menubuhkan laman web atau blog persatuan serta mengemaskini laman-

laman tersebut dari semasa ke semasa.

11.6.1.3 Bertanggungjawab ke atas segala perihal multimedia yang berkaitan dengan

persatuan.

11.6.1.4 Bekerjasama dengan Biro Kebajikan & Kerohanian dan Biro Perhubungan &

Urusan Luar dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada ahli-ahli Alumni Kolej

Komuniti Bandar Penawarmelalui medium multimedia.

11.6.1.5 Menjalankan sebarang tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan

biro ini.

11.6.2 Biro Perlembagaan dan Alumni 11.6.2.1 Sentiasa memantau perlembagaan agar sentiasa relevan dengan kepentingan

ahli-ahli persatuan.

11.6.2.2 Menerima segala aduan mengenai perlembagaan dan membentangkan

cadangan pindaan perlembagaan dalam mesyuarat agung jika ada.

11.6.2.3 Memastikan tugas-tugas pentadbiran persatuan dibuat mengikut peruntukan

perlembagaan.

11.6.2.4 Memahamkan dan memberi tafsiran yang benar terhadap mana-mana perkara

yang dinyatakan dalam perlembagaan sekiranya berlaku percanggahan tafsiran

terhadap perlembagaan.

11.6.2.5 Menyediakan audit mengenai perihal harta benda milik persatuan kecuali

kewangan untuk diserahkan kepada bendahari, setiausaha agung, dan presiden.

11.6.2.6 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.

11.6.2.7 Bekerjasama dengan Biro Publisiti & Tugas-tugas Khas bagi merancang dan

mengelolakan sebarang jenis mesyuarat atau perjumpaan rasmi antara ahli-ahli

persatuan.

11.6.2.8 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.

Page 21: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

21

11.6.3 Biro Ekonomi 11.6.3.1 Bertanggungjawab memastikan sumber kewangan yang berterusan untuk

persatuan.

11.6.3.2 Menyediakan audit bagi kemasukan wang ke dalam dana persatuan untuk

diberikan kepada bendahari,setiausaha agung,dan presiden setiap tiga bulan.

11.6.3.3 Mengenalpasti sumber-sumber kewangan yang strategik untuk menyalurkan

wang ke dalam dana persatuan.

11.6.3.4 Merancang projek-projek bagi meningkatkan dana persatuan dan

mengelolakan projek-projek tersebut bersama Biro Publisiti & Tugas-tugas Khas, Biro

Akses dan Multimedia, Biro Perhubungan dan Hubungan Luar dan Biro Pembangunan

Sumber Manusia.

11.6.3.5 Menjalankan sebarang tugas yang difikirkan relevan oleh Majlis Tertinggi

dengan biro ini.

11.6.4 Biro Kebajikan dan Kerohanian

11.6.4.1 Menjaga kebajikan ahli-ahli serta warga alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar dengan menyalurkan bantuan material atau tenaga kepada mana-mana ahli

atau pihak kolej sekiranya difikirkan perlu oleh ahli-ahli Biro Kebajikan & Kerohanian

dan dipersetujui presiden.

11.6.4.2 Mengeratkan hubungan sesama ahli terutamanya diantara batch melalui

program aktiviti yang sesuai dan dikelolakan bersama-sama Biro Publisiti & Tugas-

tugas Khas.

11.6.4.3 Menghubungi pihak kolej dari semasa ke semasa dan mengenalpasti bantuan-

bantuan yang boleh disalurkan oleh persatuan kepada pihak kolej.

11.6.4.4 Megeratkan hubungan yang akrab antara pihak kolej dengan persatuan.

11.6.4.5 Menjadi pengantara antara Majlis Tertinggi Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar dengan Jawatankuasa Batch dalam segala urusan rasmi berkaitan persatuan.

11.6.4.6 Menjalankan tugas yang yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro

ini.

Page 22: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

22

11.6.5 Biro Perhubungan dan Urusan Luar 11.6.5.1 Menjadi pengantara antara persatuan dengan pihak luar iaitu mana-mana

pihak yang tidak berkaitan dengan organisasi persatuan selain pihak kolej.

11.6.5.2 Menyimpan butir-butir dan rekod perhubungan dengan pihak luar.

11.6.5.3 Mewujudkan hubungan dengan persatuan bekas-bekas pelajar yang lain dan

persatuan-persatuan lain yang sah di sisi undang-undang demi kepentingan bersama.

11.6.5.4 Menjadi medium publisiti dan hebahan bagi pihak persatuan pada setiap masa.

11.6.5.5 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.

11.6.6 Biro Publisiti dan Tugas-tugas Khas 11.6.6.1 Bekerjasama dengan biro-biro lain dalam merancang dan mengelolakan

aktiviti-aktiviti yang dapat mencapai objektif persatuan.

11.6.6.2 Menyediakan butiran-butiran aktiviti yang dirancangkan untuk dibentangkan

kepada Majlis Tertinggi untuk diluluskan.

11.6.6.3 Menjalankan sebarang tugas yang tidak tersenarai dalm peranan biro-biro lain.

11.6.6.4 Merangka jawatankuasa kerja bagi melaksanakan sesuatu aktiviti bagi

dibentangkan kepada presiden untuk dipersetujui.

11.6.6.5 Menyediakan sebut harga dengan biro-biro lain yang berkaitan dalam

menjayakan sesuatu aktiviti untuk dibentangkan kepada presiden untuk dipersetujui.

11.7 Tugas-tugas Majlis Tertinggi ialah:

11.7.1 Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan

11.7.2 Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-program

organisasi

11.7.3 Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang

diluluskan

11.7.4 Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas dalam

Mesyuarat Agung Tahunan

11.7.5 Mengawal,mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang disabit dengan

ahli,termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi membicarakan ahli-ahli yang

Page 23: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

23

telah melanggar Perlembagaan ini,serta menentukan peraturan-peraturan dan prosedur

perjalanan Jawatan tersebut.

11.7.6 Boleh melantik penaung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

11.7.7 Meluluskan Belanjawan Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

FASAL 12-MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

12.1 Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar merupakan

forum tertinggi yang akan menentukan hala tuju dan wawasan Alumni Kolej Komuniti

Bandar Penawar. Ahli-ahli dan ahli Majlis Tertinggi boleh hadir bagi menjalankan

Mesyuarat Agung tahunan mengikut peraturanperaturan sepertimana yang ditetapkan

oleh Perlembagaan ini.

12.2 Semua Ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli lain yang hadir berkuasa mengundi di

dalam Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar .

12.3 Korum untuk Mesyuarat Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar

dianggap cukup jika ahli yang hadir berjumplah sekurang-kurangnya dua (2) kali ganda

daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi.

12.4 Jika korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam daripada waktu yang telah

ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke satu (1) jam

seterusnya, dan jika korum masih tidak mencukupi setelah tempoh penagguhan

tersebut, maka Majlis Tertinggi berkuasa untuk menjalankan mesyuarat pada hari itu

tetapi tidaklah berkuasa meminda Perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

12.5 Agenda-agenda Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar ialah:

12.5.1 Menerima laporan Setiausaha berkenaan perjalanan Alumni Kolej Komuniti

Bandar Penawar dalam tahun sebelumnya.

12.5.2 Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi

tahun sebelumnya.

12.5.3 Memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi dan dua orang juruaudit untuk tempoh tiga (3)

tahun akan datang.

Page 24: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

24

12.5.4 Menguruskan perkara-perkara selain daripada yang dibenarkan di dalam

mesyuarat itu sepertimana yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi.

12.6 Notis awal mengenai Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar yang menyatakan tarikh, waktu, tempat serta jemputan mengemukakan

cadangan untuk perbincangan (usul), meminda Perlembagaan dan pencalonan untuk

pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi, hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung

kepada setiap Ahli Majlis Tertinggi tiga puluh (30) hari sebelum tarikh yang ditetapkan

untuk mesyuarat. Di samping itu satu (1) salinan notis yang sama hendaklah juga

dipamerkan di pusat berdaftar Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar .

12.7 Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan wakil dan pencalonan untuk

pemilihan ahli Majlis Tertinggi serta cadangan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat

hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung pada 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat

Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar .

12.8 Mana-mana ahli yang ingin membuat pencalonan tanpa melalui ahli-ahli lain

bolehlah membuat pencalonan dengan syarat hendaklah mencapai sekurangkurangnya

lima belas (15) sokongan ke atas pencalonan tersebut. Pencalonan tersebut hendaklah

dihantar kepada Setiausaha tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh

Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar .

12.9 Setiausaha Agung hendaklah menghantarkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi

sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej

Komuniti Bandar Penawar notis peringatan beserta satu (1) salinan agenda, peringatan

mesyuarat agung yang lalu, Laporan Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar

dan Penyata Kira-kira Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar bagi tahun lalu yang

telah diaudit.

Page 25: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

25

FASAL 13- MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI 13.1 Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali di

dalam masa enam (6) bulan.Tiap-tiap pengumuman hendaklah diberikan kepada ahli-

ahli tujuh (7) hari sebelumnya. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang

daripada empat (4) orang ahli Majlis Teringgi bersama-sama boleh memanggil supaya

diadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya satu per

dua (1/2) daripada bilangan ahli Majlis Tertinggi hendaklah hadir bagi mengesahkan

perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

13.2 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Majlis Tertinggi dan

mesyuarat Majlis Tetinggi tidak boleh dijalankan maka Setiausaha bolehlah

mendapatkan kelulusan daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi melalui pengedaran surat

pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum

keputusan Majlis Tertinggi boleh dianggap sebagai boleh diterima:

13.2.1 Masalah yang dibangkitkan itu dibutirkan dengan terang dalam surat pekeliling

yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Majlis Tertinggi.

13.2.2 Sekurang-kurangnya satu per dua (½) bilangan ahli Majlis Tertinggi mestilah

menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu.

13.2.3 Keputusan hendaklah mengikut bilangan undi yang terbanyak. Sebarang

keputusan yang diperoleh melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh

Setiausaha kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi berikutnya untuk disahkan dan

dicatatkan dalam peringatan mesyuarat.

FASAL 14-KEWANGAN 14.1 Penyata wang diterima dan dibelanjakan beserta lembaran imbangan bagi setahun

hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit mengikut

perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-

kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang

berikutnya dan salinannya hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli yang lain.

14.2 Kumpulan wang yang lebih daripada Ringgit Malaysia tiga ratus (RM 300.00) tidak

boleh disimpan oleh Bendahari sebagai wang runcit.

Page 26: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

26

14.3 Wang yang dimasukkan ke dalam bank hendaklah diletakkan di dalam akaun

Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 14.4 Sesuatu perbelanjaan yang kurang daripada Ringgit Malaysia lima ratus (RM

500.00) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan

Bendahari

14.5 Perbelanjaan yang melebihi had ini perlu diluluskan oleh Majlis Tertinggi.

14.6 Segala cek atau penyata pengeluaran wang dari kira-kira Alumni Kolej Komuniti

Bandar Penawar hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha dan

Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha atau Bendahari, maka bolehlah

Majlis Tertinggi melantik sesiapa sahaja antara mereka sebagai pengganti untuk

menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar .

14.7 Pendapatan organisasi yang diperoleh hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai

tujuan dan matlamat Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar seperti dinyatakan dalam

Fasal 4.

14.8 Sumber-sumber kewangan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar diperoleh

melalui:

14.8.1 Yuran pendaftaran dan tahunan ahli.

14.8.2 Derma dan tajaan.

14.8.3 Bantuan dari kerajaan dan badan-badan berkenaan.

14.8.4 Hasil perniagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar .

14.8.5 Sumber-sumber lain yang dibenarkan undang-undang Negara.

14.9 Walaubagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli

yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

14.10 Tahun kewangan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-

tiap tahun.

FASAL 15-JURUAUDIT 15.1 Dua orang pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung tahunan

Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang

jawatan selama tiga (3) tahun dan tidak boleh dilantik semula secara berturut-turut.

Page 27: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

27

15.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawarbagi setahun dan membuat laporan untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung

Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar . Jika sekiranya diperlukan, mereka

juga boleh diarahkan oleh Presiden untuk mengaudit kira-kira Alumni Kolej Komuniti

Bandar Penawar pada bila-bila masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat

laporan kepada Majlis Tertinggi.

FASAL 16-PEMEGANG AMANAH 16.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada empat puluh satu

(40) tahun bolehlah dilantik di dalam mesyuarat agung,dan mereka berkhidmat selama

yang dikehendaki oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar . Harta boleh alih yang

dimiliki oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar boleh diamanahkan kepada

mereka dengan menandatangani satu (1) Surat Ikatan Amanah.

16.2 Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik dan menukarkan harta

kepunyaan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar tanpa persetujuan dan kuasa yang

diberikan oleh Majlis Tertinggi.

16.3 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Pemegang Amanah, Majlis Tertinggi

berhak melantik penggantinya yang baru dan mesyuarat Agung Alumni Kolej Komuniti

Bandar Penawar yang diadakan pada tahun yang berikutnya hendaklah mengesahkan

perlantikannya.

16.4 Seseorang pemegang amanah itu boleh dilucutkan jawatannya oleh Majlis

Tertinggi atas sebab uzur kerana penyakit atau kerana sebab lain yang mengakibatkan

tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaan dengan memuaskan.

Page 28: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

28

FASAL 17- PINDAAN PERLEMBAGAAN 17.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah dan dipinda kecuali dengan keputusan

mesuarat agung persatuan. Permohonan untuk perubahan dan pindaan Perlembagaan

hendaklah dibuat kepada Pendaftar Persatuan dalam tempoh enam puluh hari dari

tarikh keputusan mesyuarat agung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar meluluskan

perubahan atau pindaan itu hanya boleh berkuat kuasa mulai daripada tarikh

perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar pertubuhan.

17.2 Majlis Tertinggi pada tiga (3) tahun pertama penubuhan berhak meminda

perlembagaan tanpa perlu melalui mesyuarat agung.

FASAL 18-TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 18.1 Di antara berlangsungnya mesyuarat agung Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar, Majlis Tertinggi boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan

sekiranya perlu membuat keputusan berhubung perkara-perkara yang tidak terkandung

di dalam perlembagaan ini. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak

selaras dengan apa yang terlah ditetapkan di dalam mesyuarat agung Alumni Kolej

Komuniti Bandar Penawar ,keputusan Majlis Tertinggi berkenaan perkara ini adalah

muktamad,melainkan jika ia dibuat oleh keputusan mesyuarat Agung Alumni Kolej

Komuniti Bandar Penawar.

Page 29: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

29

FASAL 19-PEMBUBARAN 19.1 Organisasi ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan tidak kurang daripada

dua pertiga (2/3) jumlah ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Luar biasa yang

dipanggil khusus kerananya.

19.2 Sekiranya Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar hendak dibubarkan secara yang

disebutkan di atas,maka segala hutang dan tanggungan Alumni Kolej Komuniti Bandar

Penawar yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang

tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung

Luar Biasa.

19.3 Kenyataan mengenai pembubaran hendaklah disampaikan oleh Majlis Tertinggi

kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh

pembubaran itu.

DISAHKAN OLEH: ………………………………………………………………

Presiden, Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar …………………………………………………………….. Setiausaha ,

Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar DISEDIAKAN OLEH: BIRO PERLEMBAGAAN DAN ALUMNI

Page 30: ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN

30

BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

http://alumnikkbp.wordpress.com  /  email  :  [email protected]  

Nama : …………………………………………………………………………….

No. Kad Pengenalan : …………………………………..…..

Tarikh Lahir : ……………………………………….

Alamat 1 : …………………………………………………………………………….

( Kampung ) …………………………………………………………………………….

Alamat 2 : ……………………………………………………………………………

( Sekarang ) …………………………………………………………………………….

Pekerjaan : ………………………………………………………..

Institusi : …………………………………………………….( jika masih belajar )

Nombor Telefon : ……………………………… Email: ……………………………

Program Pengajian dan Tahun di KKBP : ………………………..

-------------------------------------------Keratan Sumbangan Derma---------------------------------- Bersama ini saya sertakan RM……………………….. ( Ringgit Malaysia :

………………………………………………….. ) sebagai sumbangan ikhlas saya bagi

menjayakan penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.

Saya yang benar,

…………………………………………..

Nama : ……………………………………………..

*** Borang diserahkan kepada : 1. Encik Azhar Bin Abd Hamid

2. Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan & Alumni KKBP.

gambar