kolej komuniti kepala batas - kkkba.files.wordpress.com · age.co m m arcbil.h 01 kolej komuniti...

16
www.bookpage.com march www.kkkba.edu.my KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS Bil. 01 KORPORAT Buletin KKKB Isu Pertama diterbitkan m/s 04 DALAMAN Pertandingan ROBOCON 2010 menguji kemampuan pelatih m/s 12 KOMUNITI Konvoi 1 Malaysia Merentas kampus bersama Mutiara FM m/s 18 ISU TERKINI KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS 01 R I S A L A H K O M U N I T I K K K B Layari Risalah Komuniti secara On-Line di www.kkkba.edu.my /risalah

Upload: haque

Post on 18-Apr-2019

347 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

w w w . b o o k p a g e . c o m m a r c hw w w . k k k b a . e d u . m y K O L E J K O M U N I T I K E P A L A B A T A SB i l . 0 1

KORPORATBuletin KKKBIsu Pertama diterbitkanm/s 04

DALAMANPertandingan ROBOCON 2010menguji kemampuanpelatihm/s 12

KOMUNITIKonvoi 1 MalaysiaMerentas kampusbersama Mutiara FMm/s 18

I S U T E R K I N I

KOLEJ KOMUNITIKEPALA BATAS

01 •

• RI

SALA

H

KOMUNITI KKKB

Layari Risalah Komuniti secara On-Line diwww.kkkba.edu.my /risalah

KKKB BERSAMA MASYARAKATFESKOM

KONVOI JELAJAH 1 MALAYSIARancangan Merentas Kampus Radio Mutiara.FM

PENASIHATMohd Nasir Bin Abd Ghani

PENYELARASSazali Bin Saidin

KETUA EDITORRazlan Bin Burhaumudin

PENOLONG KETUA EDITORSabrina Jessica Tan Bt Abdullah

PEREKA GRAFIKNorziana Bt Abdul Malim

KEWANGANKamilah Bt Yusof

EDARANYogeswari A/P NagalingamZurina Bt Ahmad

SIDANG PENGARANGYogeswari A/P NagalingamNurul Syarafina Bt SholahuddinNur Mazlina Bt Abdul Hadi

SIDANG PENGARANGSiti Norhazlina Bt Shafie Syed Mohd Fadhly Bin Syed HassanMohd Zikri Bin RamliZaliza Bt ZakariaMuhamad Nur Arsh Bin Mohamad Basir

SIDANG PENGARANGSiti Haida Bt HarrisKamilah Bt YusofMegat Fairoz Bin NasirSuhaimi Bin YusofShabriyah Bt SehatZurina Bt AhmadSofizain Bin Adam

SEKAPUR SIREHPembuka kata oleh Pengarah KKKB

UNIT HAL EHWAL PELAJARKebajikan Dan DisiplinPengambilan & Data

UNIT MULTIMEDIA KREATIF (ANIMASI)Majlis Perpisahan Staff Animasi

UNIT PELUKUS PELAN SENIBINAMajlis Perjumpaan Pelajar SPSKursus Latihan Kad Hijau Oleh CIDBLawatan Akademik

kandunganw w w . k k k b a . e d u . m y / b u l l e t i n

R u j u k a n K o m u n i t i A n d a

JANUARI 2011

muka depan

PENGARAH KKKBPenggerak - Menuju Kecemerlangandan Kegemilangan

dalaman03

04

05

07

04

09

komuniti

Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Keusahawanan Kolej Komuniti, Kptm

Projek Perniagaan Peramusaji Ihya Ramadhan Dan Hari Raya Aidilfitri

Projek Perniagaan Mee Sanggul, Pencicah Ikan Bakar, Sos Cili Dan Kicap

08

usahawan

04 07

15

06

05

12

11

14

08

14

07

06

2

SekapurSireh

Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya sepanjang tahun 2010 ini, pelbagai program dapat dilaksanakan dan dijayakan dengan cemerlang sekali. Kecemerlangan sesuatu aktiviti itu tidak akan bermakna sekiranya tiada catatan atau coretan perjalanannya. Justeru, dengan terhasilnya buletin/ buku laporan tahunan 2010 ini kita dapat mengenalpasti sejauh mana pencapaian dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti di KKKB. Sekalung penghargaan buat semua warga kerja KKKB yang tidak jemu-jemu menyumbangkan tenaga dan masa demi menjamin hasil atau output program-program dan ilmu-ilmu yang terbaik untuk pelajar-pelajar seterusnya warga penduduk setempat. Semoga keringat yang kalian sumbangkan itu menjadi nadi utama dalam meningkatkan potensi kerja seharian kita sekaligus menjadi kunci utama kepada kecemerlangan dan kegemilangan kolej komuniti. Selamat Maju Jaya dan Salam 1 Malaysia!

MOHD NASIR BIN ABD GHANIPengarah Kolej Komuniti Kepala BatasKementerian Pengajian Tinggi Malaysia

3

HEP:Kebajikan & DisiplinSIRI PROGRAM PEMANTAPAN MINGGU SUAIKENAL DAN KEM BINA INSAN PELAJAR-PELAJAR BARU SESI JANUARI 2010. 13 – 15 Januari (MSK), 18 - 20 Januari (KBI)KKKB & Damai Park Resort, Merbok, Kedah.Pelajar baru diberi pendedahan tentang sistem pengajian di Kolej Komuniti Kepala Batas. Disamping itu, penekanan kepada pembentukan sahsiah, disiplin dan keroha-nian juga diutamakan. Pelajar juga diberi pendedahan tentang tanggungjawab dan komitmen sebagai pelajar, memahami kepentingan kokurikulum dan kurikulum.

CERAMAH KEMPEN KURANGKAN PENGAMBILAN GULA OLEH PPDNKK27 Januari 2010Ceramah daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang ini mendedahkan pelajar dan staf tentang kepentingan pengurangan gula dalam ambilan seharian, serta keburukan ambilan gula yang berlebihan dalam sajian harian. Dalam program selama satu hari ini, peserta didedahkan dengan kandungan gula dalam makanan seharian dan cara-cara untuk menggantikan gula dalam sajian harian. Selain daripada itu, peserta juga didedahkan dengan risiko penyakit-penyakit yang diakibatkan oleh pengambilan gula yang berlebihan.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma juga disediakan oleh pihak Jabatan Kesihatan kepada staf dan pelajar.

PROGRAM CERAMAH MAULIDUL RASUL24 Febuari 2010 Program ini diadakan bagi memperingati hari kelahiran Rasulullah SAW. Seramai 41 orang peserta dari kalangan staf menyertai program ini.

JAMUAN HARI RAYA PERDANA 201029 Sept 2010 Program ini diadakan untuk merapatkan hubungan sesama warga KKKB sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Setiap Unit diberi tugas untuk menyediakan hidangan yang berlainan seperti bihun sup, Char Kue Teow, ABC, sate, laksa, buah-buahan dan kuih-muih tradisional. Majlis ini diadakan di C-Walk KKKB. PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH3 November 2010 Seramai 50 orang pelajar telah menderma darah sempena program yang dianjurkan.

PROGRAM KARNIVAL KERJAYA PRS2K24 Nov 2010

HEP:Pengambilan & DataAMBILAN KEDUA SIJIL MODULAR KEBANGSAAN09 November 2010Seramai 54 orang pelajar lama telah mendaf-tar untuk Modular kedua iaitu Imbangan dan Penjajaran Beroda manakala 21 orang pelajar baru mendaftar untuk Penyelengga-raan Kenderaan Ringan. Kelas bagi kedua-dua modular ini akan bermula pada 15 November 2010 dan tamat pada 15 Februari 2011.

Ambilan kedua diadakan pada 09 November 2010 bertempat di Dewan Kuliah Utama KKKB. Jawatankuasa yang terlibat adalah Pn Ruzita Md Yusoff (Pegawai Pengambilan dan Data), Pn Norhasifah bt Mohd Noor (Pengarah Pendaftaran), Cik Nur Mazlina bt Abdul Hadi (Penyelaras iDBMS/ Pendaftaran), Cik Hani Zurihan bt Abdul Razak (Penyelaras iDBMS/ Pendaftaran), Pn Syahidah bt Ilias dan Pn Siti Haida bt Harris (Koperasi dan Insurans Pelajar).

unit

4

JEMPUTAN KE JALAN-JALAN CARI ILMU BERSAMA MMU16 Mac 2010 Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang syarat-syarat kemasukan dan ambilan serta kursus-kursus yang ditawar-kan di MMU bersesuaian dengan pelajar kolej komuniti. Seramai 30 orang pelajar KKKB dipilih sebagai peserta.

Selain daripada itu, program ini juga mendedahkan pelajar kepada dunia sains dan teknologi dengan adanya lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara Cawangan Utara yang bertempat di Gunung Kerian, Alor Setar. Program lawatan ini berakhir pada jam 5.00 petang.

PROGRAM UNTUKMU BELIA22 Mei 2010Program Untukmu Belia ini memberi pende-dahan dan kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab sebenar sebagai pelajar dan tanggungjawab menjaga sahsiah diri. Program ini dianjurkan bersama Persatuan Belia Islam Pulau Pinang (PEMBINA).

SEMINAR GEMA MERDEKA 20103 Sept 2010 Program ini diadakan untuk menghayati detik-detik kemerdekaan dan menghargai susahpayah rakyat negara kita suatu masa dahulu ketika menuntut kemerdekaan daripada penjajah oleh pejuang2 kemerde-kaan terdahulu.

JEMPUTAN PROGRAM REMPIT ANTARA REALITI DAN FANTASI22-25 Sept 2010 Seramai 4 orang pelajar dipilih menyertai program ini. Selama 3 hari program berlang-sung, peserta diberi pendedahan tentang kehidupan “Mat Rempit” yang tiada jaminan masa depan. Selain daripada itu, peserta juga dibawa menyertai dan melihat dengan lebih dekat Operasi Membanteras Rempit yang diadakan oleh pihak polis Kuala Terengganu.

FESKOMKKKB BERSAMA MASYARAKATPada 22 Mei 2010Kolej Komuniti Kepala Batas telah mengan-jurkan satu festival yang bertemakan 1 Komu-niti 1 Hati. Penganjuran Festival Komuniti 2010 (FESKOM 2010) ini membawa harapan agar pihak Kolej Komuniti dapat mengenali dan merapatkan silaturrahim bersama komu-niti setempat. Festival ini telah dirasmikan oleh YB Hjh Zabariah bt Wahab, ADUN Bertam dan turut diserikan dengan kehad-iran ADUN Pinang Tunggal, YB Dato’ Hj Roslan bin Saidin dan isteri. Turut meng-hadiri FESKOM ini ialah pengarah-pengarah Kolej Komuniti zon utara dan pengarah-pengarah cawangan. Pelbagai acara telah

diadakan sempena festival ini yang berlang-sung sejak jam 7.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Acara dimulakan dengan senamrobik tradisional masyarakat cina iaitu Wai Tan Kung yang dikendalikan oleh Persatuan Warga Emas Hospital Kepala Batas diikuti dengan acara-acara lain seperti bola sepak kain pelikat, kukur kelapa dan perah santan, pertandingan melukis poster, pertandingan mewarna, gali kata jawi dan sebagainya. Pertandingan-pertandingan ini terbuka kepada seluruh pengunjung festival ini.

Dalam masa yang sama, pihak KKKB telah menyediakan tapak jualan bagi penduduk setempat untuk mempromosi serta menjual barangan keluaran mereka. KKKB juga menjemput beberapa agensi dan syarikat sekitar Pulau Pinang seperti ILP Nibong Tebal, CELCOM, ETIQA, dan Raviraj Sdn. Bhd. Pihak HEP KKKB juga telah beker-jasama dengan pihak Persatuan Belia Islam Nasional Pulau Pinang (PEMBINA) untuk mengadakan ceramah ‘Untukmu Belia’ yang dihadiri oleh pelajar-pelajar KKKB dan pengunjung festival. Kerjasama juga diada-kan dengan pihak hospital iaitu dengan mengadakan kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung festival.

Beberapa demonstrasi kursus pendek juga dijalankan seperti ukiran buah, anyaman tudung saji, jahitan manik, makarame, dan hiasan kek oleh Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Program Automotif KKKB pula telah mengadakan ‘AUTODAY’ dimana para pensyarah dan pelajar bekerjasama untuk menyediakan perkhidmatan membasuh dan servis kenderaan kepada pengunjung festival. Unit Multimedia dan Sumber pula telah mengadakan program Semarak Jawi dimana satu bengkel penulisan jawi telah diadakan. Bagi meraikan para penduduk dan komuniti setempat, pihak kolej telah mengadakan gotong-royong kenduri ‘1 komuniti 1 hati’. Jamuan ini telah disediakan oleh pensyarah dan pelajar Program Hotel dan Katering, Kolej Komuniti Nibong Tebal.

komuniti

5

Tips Keselamatan ICT

1. Rahsiakan kata laluan (password).Gunakan kata laluan yang kukuh melalui gabungan nombor, huruf, tanda dan simbol (contoh: P4s$w0rd untuk password)

2. Salin maklumat lengkap. Buat salinan dengan kerap dan simpan di tempat yang selamat. (contoh: simpan dalam cd, external harddisk, dsbgnya)

3. Gunakan perisian anti-virus yang sah. (elak menggunakan perisian cetak rompak atau versi crack).

4. Encrypt maklumat terperingkat.5. Berwaspada apabila memuat turun (download) program atau fail dari internet.6. Jangan buka e-mel dari penghantar yang tidak dikenali.7. Jangan biarkan komputer anda berada atas talian (online) jika

tidak digunakan.8. Shutdown komputer anda sebelum meninggalkan pejabat.

Multimedia Kreatif AnimasiSANTAI…MAGIKASeramai 22 orang pelajar daripada kelas SAN 1B telah dibawa menonton filem Magika pada 20 Oktober 2010. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar semester satu mengenai teknologi terkini di dalam bidang CGI. Selain itu, pelajar akan lebih minat terhadap bidang animasi dan meggalakkan pelajar berfikiran kreatif. Pelajar dikehendaki membuat laporan hasil daripada filem tersebut dibawah modul MAS 1215 - Introduction To Storytelling.

MAJLIS PERPISAHAN STAF ANIMASISeorang daripada staf Animasi telah melan-jutkan pelajaran ke peringkat Sarjana pada bulan September. Unit Animasi telah mengadakan jamuan ringkas sempena merai-kan beliau. Jamuan ini dihadiri oleh semua staff Unit Animasi.

KURSUS STAF ANIMASI & PELAJAR SEM 4Pada 19 Oktober 2010 Unit Animasi telah mengikuti seminar Msc Malaysia Creative Industry Dialogue & Workshop bertempat di Eastin Hotel, Penang. Seminar sehari ini dihadiri oleh pensyarah dan pelajar semester 4. Beberapa firma terkenal telah membentang-kan kertas kerja, antaranya ialah Brainstorm Sdn. Bhd., Rhythm & Hues,

unitVision New Media dan The One Academy. Seminar ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang pekerjaan dan potensi di dalam bidang animasi.

SANTAI…TOY MUSEUM & WAR MUSEUMPada 29 Julai 2010 Unit Animasi telah mengadakan lawatan akademik ke Toy Museum dan War Museum. Lawatan ini melibatkan pelajar semester 2 dan 4. Objektif lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar pelbagai berkaitan karektor, material, saiz dan sebagainya yang digunakan dalam pembuatan model. Dalam pada itu, lawatan ke War Museum pula mendedahkan kepada pelajar teknik “outdoor shooting”. Pelajar yang terlibat dikehendaki membuat tugasan untuk Modul MPM 3512 - Audio Video dan Modul MAS 3414 - Projek Portfolio.

SANTAI…CAMERON HIGHLANDUnit Animasi telah mengadakan lawatan akademik ke Cameron Highland pada 2-3 Mei yang lalu. Program ini diadakan untuk memantapkan lagi kemahiran pelajar dengan teknik-teknik outdoor shooting di bawah Modul MPM 3512 - Audio Video dan Modul MAS 3414 - Projek Portfolio. Lawatan ini melibatkan pensyarah animasi dan pelajar semester 4.

Teknologi PembuatanBersepaduLAWATAN AKADEMIK KE POLITEKNIK PORT DICKSON DAN METAL TECHEXHIBITION 20106 - 8 Mei 2010Politeknik Port Dickson dan PWTCSeramai 38 orang pelajar semester 4 serta 5 orang pensyarah pengiring telah menyertai lawatan ini. Lawatan ini diketuai oleh En. Mohd Nur Arsh bin Mohd Basir. Pelajar dan pensyarah pengiring bermalam di PSPN (Bahagian Teknologi Perguruan) Shah Alam. Lawatan akademik ke Politeknik Port Dickson diadakan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang sistem pengajaran & pembelajaran serta syarat-syarat pengambi-lan pelajar di politeknik. Lawatan ini bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Program ini diteruskan dengan lawatan sambil belajar ke Muzium Tentera di Port Dickson. Pada hari yang seterusnya, pelajar telah dibawa melawat ke Metal Tech Exhibition yang diadakan di PWTC. Lawatan ini bertu-juan untuk mendedahkan pelajar tentang teknologi-teknologi terbaru dalam dunia kejuruteraan.

KURSUS PENDEK PENGATURCARAAN CNC LARIK DAN KISARKursus ini diadakan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah teknik dari seluruh zon utara. Ia dijalankan selama 2 hari bagi satu sesi iaitu pengaturcaraan cnc larik (satu hari) dan pengaturcaraan cnc kisar (satu hari). Setiap pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM20 bagi satu sesi. (Bayaran perlulah melalui pihak sekolah). Seramai lebih kurang 14 orang pelajar telah menjalani kursus ini pada setiap sesi, setiap peserta diberikan sijil penyertaan. Antara sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Teknik Butterworth, Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang, Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal dan Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.6

Pelukis Pelan SenibinaMAJLIS PERJUMPAAN PELAJAR SPS07/04/2010Majlis tersebut berlangsung di Dewan Kuliah KKKB pada jam 8.00 pagi. Ia dihadiri oleh para pelajar SPS dan beberapa pensyarah SPS.Beberapa perkara berkaitan disiplin dan motivasi pelajar telah disentuh oleh Pn. Norliza bt Mat Abu (Ketua Program SPS) dan En. Mohd Suhairi bin Hj.Mohd Shariff. Diharap penganjuran majlis tersebut dapat memberi mesej kepada pelajar berkenaan ‘tanggungjawab sebagai pelajar’.

KURSUS LATIHAN KAD HIJAU OLEH CIDB13 Ogos 2010Latihan Kad Hijau – Program integrasi yang melibatkan pendaftaran dan pembangunan personel binaan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak pembinaan. Kursus ini dijalankan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

LAWATAN AKADEMIK 14, 15 dan 16 Oktober 2010KLCC, Putrajaya, Shah AlamDiiringi oleh En. Mohd Suhairi Bin Hj. Mohd Shariff (Pensyarah Kursus Lukisan Kerja 2 & Penasihat Kelab Pelukis Pelan Senibina) dan Pn. Sharifah Rusniza Binti Syed Mohamed (Pensyarah Kursus Lukisan Kerja 1).Disertai oleh 20 orang pelajar dari semester 4 dan 18 orang pelajar dari semester 2 SPS.

unit29 Oktober 2010Alor Star, KedahDiiringi oleh pensyarah, En. Mohd Suhairi Bin Hj. Mohd Shariff dan Pn. Siti Haida Binti Haris. Disertai oleh 30 orang pelajar dari semester 1 B kursus Pelukis Pelan Senibina.

17 Oktober 2010Alor Star, KedahDiiringi oleh pensyarah, En. Mohd Suhairi Bin Hj. Mohd Shariff dan Pn. Noor Diana Muhamad Sukki. Disertai oleh 30 orang pelajar dari semester 1 A kursus Pelukis Pelan Senibina.

11 & 12 November 2010Pulau Langkawi, KedahDiiringi oleh En. Mohd Suhairi Bin Hj. Mohd Shariff (Pensyarah Kursus Lukisan Kerja 2 & Penasihat Kelab Pelukis Pelan Senibina) dan Pn. Kamilah Binti Yusuf, ( Pensyarah Kursus Lukisan Kerja 2 ). Disertai oleh 20 orang pelajar dari semester 4 kursus Pelukis Pelan Senibina.

7

AutomotifKEM MOTIVASI PELAJAR DIPLOMA WBL Mei 2010-Kem Bumi Jati Jalan Kebun.Tujuan kem ini adalah untuk peningkatan sahsiah dan disiplin diri pelajar dalam menempuh suasana pekerjaan yang sebenar.

PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA DI PLAZA ANGSANA, JOHORMei 2010 Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dengan kerjasama Proton telah menganjur-kan satu Pertandingan Kemahiran untuk pelajar-pelajar yang mengambil kursus Automotif. Antara kolej yang menyertai pertandingan ini adalah Kolej Komuniti Kepala Batas, Kolej Komuniti Sungai Siput, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Giat Mara, Akademi Saga, TOC dan banyak lagi.Kolej Komuniti Kepala Batas telah menghan-tar 2 orang pelajar untuk menyertai pertand-ingan tersebut.

Julai 2010Pendaftaran pelajar Diploma, pelajar semes-ter 2 & 4 dan pengambilan pertama pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK).

Oktober 2010Menyewa sebuah bangunan kedai di Taman Seri Serdang, bagi menambah kelas untuk pelajar-pelajar SMK. Aktiviti mengecat lantai di premis baru Taman Seri Serdang.

November 2010 Pengambilan pelajar baru SMK1 dan pelajar lama SMK2. Pameran projek pelajar Diploma , dirasmi kan oleh Pengarah KKKB. Program Kebolehpasaran Graduan untuk lepasan pelajar KKKB.

MAJLIS PELANCARAN PELAN STRATEGIK PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN KOLEJ KOMUNITI, KPTM7 hingga 9 Ogos 2010Gerik, PerakObjektif program ini ialah menubuhkan Pusat Keusahawanan di JPKK dan Kolej Komuniti, menyediakan pendidikan dan program keusahawanan yang terancang dan holistic, memantapkan program pembangu-nan dan pengukuhan keusahawanan, mewu-judkan mekanisme pengukuran yang berke-san, menyediakan persekitaran dan ekosistem bagi pembangunan keusahawanan serta mengukuh kompetensi penyelaras keusahawanan.

PROJEK PERNIAGAAN PERAMUSAJI IHYA RAMADHAN DAN HARI RAYA AIDILFITRI USAHASAMA DENGAN KETUA POLIS PULAU PINANG BERSAMA BELIA DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN DAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH JAWI25 Ogos 2010, 8 Okt 2010Ibupejabat Polis, Daerah JawiObjektif program ini ialah mempromosikan kursus hospitaliti dan peluang pendidikan yang ditawarkan di Kolej Komuniti pada masyarakat sekitar, menjalin hubungan yang erat dengan pihak luar, mendedahkan persekitaran perniagaan kepada para pelajar dan menarik minat para pelajar dan penduduk terutama golongan belia agar menceburi bidang perniagaan berasaskan hospitaliti.

PROJEK PERNIAGAAN MEE SANGGUL, PENCICAH IKAN BAKAR, SOS CILI DAN KICAP7 - 9 Oktober 2010Pasar awam kepala BatasObjektif program ini ialah mendedahkan asas perniagaan dan pemasaran keusahawanan kepada pelajar, seterusnya menjadikan pelajar lebih berani dan yakin.

usahawanAntara berikut merupakan program-program keusahawanan yang mempunyai matlamat yag sama antaranya;

PROJEK PERNIAGAAN BURGER12 hingga 19 Okt 2010Surau Taman Seri Kijang, Alma

PROJEK PERNIAGAAN ‘CAR WASH AND FREE INSPECTION’14 hingga 16 Okt 2010Blok Automotif, KKKB

PROJEK PERNIAGAAN MINUMAN15 hingga 24 Okt 2010Medan Selera Mergong, Taman Wira Mergong, Alor Setar

PROJEK PERNIAGAAN ‘TOWING SERVICE’17 hingga 24 Okt 2010Sekitar Sungai Korok, Jitra hingga Alor Setar

PROJEK PERNIAGAAN NASI LEMAK SPECIAL29 hingga 31 Okt 2010Flat Ampang Jajar, Mak Mandin

PROJEK PERNIAGAAN ZARL KEREPEK29 hingga 31 Okt 2010Pasar Awam dan Sekitar Bandar Tasek Mutiara

KURSUS USAHAWAN PEMANGKIN KEMAJUAN BELIA13 hingga 14 Okt 2010.Hotel Paradise Sandy Beach Resort, Penang

PERASMIAN MINGGU KEUSAHAWANAN DAN KLINIK USAHAWAN GLOBAL 201014 Okt 2010Dewan Mutiara, Politeknik Seberang PeraiObjektif program ini ialah menggalakkan pelajar menceburi bidang keusahawanan, mewujudkan jaringan perniagaan dan memberi gambaran tentang perjalanan dan pemantapan nilai keusahawanan di kalangan pelajar.

SEMINAR PEMBANGUNAN MERENTAS KECEMERLANGAN KERJAYA, KK, KPTM.08 hingga 10 Nov 2010Perak Riverside Resort, Kuala Kangsar, Perak.Objektif program ini ialah menggalakan pelajar menceburi bidang keusahawanan dan ke arah menghasilkan usahawan yang berjaya di masa hadapan.

PROGRAM USAHAWAN BISTARI 2010 ZON TENGAH DAN UTARA.27 hingga 28 Nov 2010Swiss Inn, Sungai Petani.Objektif program ini ialah mendedahkan pelajar tentang kaedah penulisan kertas kerja perniagaan dan mengetahui peluang-peluang pinjaman dari pelbagai pihak yang berkaitan seperti pihak bank atau agensi-agensi kerajaan yang lain.

PROGRAM CABARAN KEUSAHAWANAN 2010 WILAYAH UTARA11 hingga 13 Dis 2010Siswa Tekun, USMAntara aktiviti program ini ialah mengadakan latihan perniagaan di pasar Bayan Baru, bertujuan menggalakkan para pelajar berjumpa serta berurusniaga dengan pelang-gan secara bersemuka.

08

Renungan"Orang yang berjaya dalam

hidup adalah orang yang

nampak tujuannya dengan

jelas dan menjurus kepa-

danya tanpa menyimpang."

~ Cecil B. DeMille

Konvoi Jelajah 1 Malaysia SINGGAH DI KKKBKhamis, 28/10/2010Konvoi program Jelajah 1 Malaysia Kami Prihatin Dengan Anak menggunakan 180 motosikal berkuasa tinggi telah singgah di KKKB pada 28 Oktober 2010, jam 10.30 pagi. Ketibaan konvoi yang disertai oleh 250 ahli kelab Persatuan Bermotosikal Negeri Johor disambut oleh Pengarah KKKB, En. Mohd Nasir Bin Abdul Ghani, kakitangan dan 300 pelajar KKKB. Turut sama dalam konvoi tersebut ialah Penaung Program Jelajah 1 Malaysia, Tunku Hassan Tunku Moham-med Archibald, diiringi Pengerusi Persatuan Bermotosikal Negeri Johor, En. Abdul Rahim Ahmad, penyanyi terkenal dan duta kempen Kami Prihatin, Fauziah Latiff serta Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenan-jung (GPMS), Rosdi Amir.

Disambut dengan paluan kompang, peserta konvoi kemudiannya menyertai perhimpunan khas diikuti lafaz ikrar pelajar KKKB sebagai tanda sokongan terhadap kempen tersebut. Peserta konvoi turut mengedarkan risalah untuk menyampaikan mesej ‘Kami Prihatin Dengan Anak’ yang bermatlamat meningkatkan kesedaran dan menangani kes pembuangan bayi. Ia merupa-kan tanggungjawab sosial yang perlu dipikul bersama-sama sejajar dengan isu-isu kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa pada masa kini.

Kempen ini merupakan inisiatif Utusan Malaysia bersama Kementerian Pembangu-nan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Belia Dan Sukan, Astro, Karyawan serta digerakkan oleh MHM Excel-lents (M) Sdn. Bhd., Persatuan Bermotosikal Negeri Johor dan GPMS. Antara lokasi persinggahan konvoi ialah Universiti Teknikal Melaka (UteM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Islam Antara-bangsa (KIA), Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB), Universiti Utara Malaysia (UUM),

komuniti

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).

RANCANGAN MERENTAS KAMPUS RADIO MUTIARA.FMRabu, 27/10/2010C-Walk, KKKBKolej Komuniti Kepala Batas dengan kerjasama RTM Mutiara.fm dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan Rancangan Merentas Kampus untuk siaran radio Mutiara.fm. Rancangan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan di antara pihak Mutiara.fm dengan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi.

Rancangan ini bermula pada pukul 2.00 petang bertempat di C-Walk. Aktiviti dimula-kan dengan persembahan Kombo RTM, diiringi nyanyian oleh wakil RTM dan juga 2 orang pelajar KKKB yang terbukti berbakat besar.

Selesai acara tersebut, Penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohamad Fawwaz b. Mohd. Jan (PUZ Pulau Pinang) menyampai-kan ceramah kampus bertajuk “Jejak…Kasih Remaja”. Pelbagai ilmu, nasihat dan mesej telah disampaikan oleh Ustaz Fawwaz kepada para pelajar; beliau ternyata bijak menterjemahkan mesej-mesej secara tersurat dan tersirat.

Selain itu, seramai 10 orang pelajar telah dipilih untuk menjalani sesi rakaman untuk slot remaja yang juga akan disiarkan di Mutiara.fm. Pada waktu yang sama, siaran lintas langsung Mutiara.fm diadakan di bilik tuan pengarah KKKB; dimana En Mohd Nasir b. Abd Ghani ditemuramah oleh pemberita Mutiara.fm dan wartawan Sinar Harian. Peluang ini telah digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempromosikan Kolej Komu-niti kepada pendengar Mutiara fm.

9

Amalan pemakanan yang baik

Jangan makan serentak...

Susu + DagingDaging + Ikan Ikan + SusuAyam + SusuIkan + TelurSusu + Cuka

KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2010Sept-Oktober 2010Program kebolehpasaran graduan 2010 adalah satu program penempatan graduan sebagai pelatih di syarikat yang terpilih. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran dan seterus-nya mengurangkan kadar pengangguran graduan IPT melalui strategi yang berikut :1. Latihan industri berstruktur yang boleh meningkatkan kebolehpasaran2. Melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran3. Meningkatkan penglibatan syarikat melatih dan menempatkan pekerja.4. Melatih graduan menjadi usahawan dan mewujudkan pekerjaan.

Seramai 35 graduan dari program sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu, sijil Automotif dan sijil Multimedia Animasi telah pun ditempatkan di beberapa syarikat bagi melaksanakan program kebolehpasaran 2010. Antara syarikat yang terlibat ialah syarikat Hanny Mega Enterprise, Chairu Enterprise, Iltizam Niaga Engineering, syarikat Ilham Management dan, KR Auto Sdn. Bhd., syarikat Utara Graphic Sdn.Bhd dan Artcom Advertising.

MAJLIS KONVOKESYEN ZON UTARA 2010Majlis Konvokesyen 2010 Zon Utara telahpun diadakan di Dewan Wawasan Jitra, Kedah pada 15 dan 16 Mei 2010. Majlis penganugera-han diploma dan sijil dilakukan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, DKH.,DKYR.,SSDK.,JP. dan Datuk Ahmad Zaini Japar. Secara rasminya, seramai 138 graduan sesi Disember 2009 dan 173 graduan sesi Jun 2009 dari kolej Komuniti Kepala Batas telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Semoga para graduan dapat menyemat-kan keazaman untuk melangkah lebih jauh kejayaan di masa hadapan.

PROGRAM KARNIVAL KERJAYA PRS2K FASA II 201024.11.2010Dewan Mellinium, Kepala BatasOBJEKTIF PROGRAM• Membantu pelajar mengetahui teknik-teknik bagi peringkat kerjaya.• Membantu individu mengenali personaliti diri dan kesesuaian pekerjaan.• Mengetahui kewujudan pelbagai jenis pekerjaan dalam bidang yang diikuti.• Menguasai kemahiran mencari maklumat kerjaya secara manual.

program

• Memberi maklumat tentang peluang-peluang kerjaya dengan menemukan pelajar dengan firma dan industri.

PENGLIBATAN:• Kolej Komuniti:1. Kolej Komuniti Kepala Batas2. Kolej Komuniti Nibong Tebal3. Kolej Komuniti Bukit Mertajam4. Kolej Komuniti Bayan Baru5. Kolej Komuniti Kulim6. Kolej Komuniti Sungai Petani7. Kolej Komuniti Baling8. Kolej Komuniti Bandar Bharu9. Kolej Komuniti Jerai10. Kolej Komuniti Bandar Darulaman11. Kolej Komuniti Langkawi12. Kolej Komuniti Arau13. Kolej Komuniti Teluk Intan14. Kolej Komuniti Pasir Salak15. Kolej Komuniti Chenderoh

• AGENSI Melibatkan 36 syarikat/ agensi seperti JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja, Tekun, Puspakom, SCC Sweet Enterprise, Nurizz Kosmetik & De Touch Hair Salon dan beberapa institusi pendidikan seperti Geoma-tika College International, Taj International College, Twintech & KL Universiti. Dianggar-kan 1,000 orang pengunjung telah hadir memeriahkan Karnival Kerjaya tersebut.

10

Renungan"Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak

akan menjadi kaya kerananya.

Tetapi jika anda me-nyintai pekerjaan

yang anda lakukan itu, kejayaan akan

menjadi milik anda."

~ Ray Kroc (PengasasMcDonalds)

PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN13 Julai 2010Dewan Kuliah UtamaSeramai 79 orang peserta telah mendaftar untuk mengikuti SMK-1 Penyelenggaraan Kenderaan Ringan.

Hari pendaftaran ini berlangsung dengan jayanya hasil daripada kerjasama oleh semua staf dan ajk yang dilantik.

BENGKEL PEMURNIAN DOKUMENTASI PROSEDUR MS ISO 9001:2008 / FAIL MEJA DAN MANUAL PROSEDUR KERJA18 – 22 Januari 2010ILP Kepala BatasBengkel yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menyemak semula dokumen-dokumen yang terlibat dan seterusnya membuat beberapa pindaan mengikut keper-luan semasa.

AUDIT DALAMAN KKKB27 – 30 Julai 2010KKKBAudit dalaman pada kali ini telah dijalankan selama 4 hari berturut-turut iaitu bermula dari 27 Julai 2010 dan berakhir pada 30 julai 2010. Ianya merupakan audit susulan selepas KKKB dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM. Seramai 13 orang juru audit dalaman telah terlibat dalam sesi pengaudi-tan, di mana skop pengauditannya meliputi semua aspek pengurusan dan P&P.

MESYUARAT PENUTUPAN AUDIT DALAMAN KKKB30 Julai 2010Dewan Kuliah KKKBMesyuarat Penutup Audit Dalaman KKKB telah diadakan di Dewan Kuliah Utama pada 30.07.2010, jam 11.30 pagi dengan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Pembela-jaran Sepanjang Hayat (En Abd Latif b. Ahmad) yang juga bertindak sebagai wakil Pengurusan. Pengisian Majlis diperincikan oleh Ketua Pasukan Juruaudit Dalaman KKKB (En Sofizain bin Adam) dan Pegawai Kualiti (Pn Nadia Hanim bt Abd Rani) dengan pembentangan hasil dapatan audit dalaman serta cadangan tindakan pembetu-lan serta pencegahan.

program

Mayat Cikgu: Hasan, sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.' Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Tiru Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.

Bapa: Apa bukti awak? Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Makan cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je? cB: kau makan ape? cA: makan angin...........

Jenaka PendekMan: Bapa aku hebat. Dia polis.Semua orang takut ngan dia. Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk. Man: Wow! Bapa kau keja apa? Ali: Tukang gunting rambut.

Bahasa Inggeris Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah? Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Sudu Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari. Pesakit: Eh! tak boleh la doktor. Doktor: Kenapa? Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

11

Orang yang terlalu memikirkan

akibat dari sesuatu keputusan

atau tindakan, sampai bila-bilapun

dia tidak akan menjadi orang

yang berani .

-Khalifah Ali bin Abi Talib

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)KEM KEINDAHAN BERSAMAMUKem Keindahan Bersamamu merupakan program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Arau dengan kerjasama KRJ Motivation bertempat di Eagle Park Resort, Bukit Ayer, Perlis. Kem yang disertai ini bertujuan menyediakan aktiviti berfaedah kepada para pelajar dan memupuk kerjasama yang erat di kalangan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Zon Utara.

Selain dapat bertukar pandangan di antara peserta, kem yang dianjurkan ini juga dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya menjaga serta mengekalkan keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan. Kolej Komuniti Kepala Batas diwakili tiga (3) orang dikalangan ahli JPP. Kem yang dianjurkan berjalan dengan lancar sepanjang 3 hari 2 malam yang memberi banyak input berguna kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan di masa kini.

unit

ROBOCON 2010Pertandingan ROBOCON 2010 ini berlang-sung selama 6 hari, bermula dari 22 Jun 2010 sehingga 27 Jun 2010. Walaupun begitu, persiapan pasukan KKKB telah bermula sejak 2 bulan sebelum pertandingan berlangsung. Bermula dari pembentukkan pasukan yang terdiri dari 10 orang pelajar dan 7 orang pensyarah sehingga kepada pembinaan robot, semuanya dilakukan dalam masa 2 bulan tersebut. Gelanggang pertandingan juga dibina mengikut skala sebenar mengikut ukuran yang diberikan.

Dalam pembinaan robot, pelajar didedahkan dengan kemahiran-kemahiran dalam membina robot seperti pengaturcar-aan, pembinaan struktur robot dan mengin-tregasikan program bersama motor dan struktur robot. Pelajar juga diberi pendeda-han mengenai ‘troubleshooting’ jika berlaku sebarang permasalahan pada robot samada dari segi sistem dan mekanikal. Sebanyak4 unit robot telah dihasilkan iaitu 1 unit robot manual dan 3 unit robot automatik. Robot-robot ini telah dibina berdasarkan spesifikasi yang diberi dan juga peraturan permainan. Setelah bertungkus-lumus membuat persia-pan, pasukan KKKB bertolak dari kolej pada 21 Jun 2010 ke tempat penginapan di UKM Bangi.

ROBOCON 2010 pada kali ini melibatkan penyertaan sebanyak 55 buah pasukan dari pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara. Dalam peringkat ‘round robin’, 55 pasukan tersebut telah dibahagikan kepada 16 buah kumpulan. Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) telah diletakkan dalam kumpu-lan A bersama dengan 3 buah pasukan lain iaitu pasukan UTHM dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, KL-JTM C dari Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, dan CUTIES dari Universiti Teknologi Curtin.Sesi pendaftaran pasukan berlangsung pada

22 Jun 2010 dan sesi pendaftaran robot dan ‘test run’ bagi KKKB telah ditetapkan pada 23 Jun 2010. Pertandingan peringkat saringan atau ‘round robin’, pasukan KKKB telah memperolehi satu kemenangan dan dua kekalahan. Dengan keputusan ini, pasukan KL-JTM C telah layak ke peringkat seterusnya manakala perjalanan pasukan KKKB tersekat diperingkat ini sahaja. Walaupun begitu, kesungguhan dan semangat para pelajar yang tidak mengaku kalah dalam menghadapi pertandingan ini boleh diberikan pujian. Walaupun kalah, mereka tetap pulang dengan pengalaman menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan.

12

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan

KEGEMBIRAAN MAMPU HINDARI SELSEMAMANUSIA yang sentiasa

gembira mempunyai kekuatan menghindari selsema tiga kali ganda lebih daripada manusia

sebaliknya, menurut satu penyelidikan terhadap sukarela yang diletakkan virus selsema

di hidung mereka.

Ahli psikologi, Sheldon Cohen dan rakan kumpulannya dari Carnegie Mellon University,

Pennsylvania, juga mendapati manusia yang mempunyai pemikiran positif kurang

mengadu mengenai tanda-tanda dijangkiti penyakit

tersebut.

berita

13

SEMINAR GEMA MERDEKA03 September 2010Seminar ini dianjurkan sempena menyambut bulan kemerdekaan pada 31 Ogos 2010 yang lepas. Seminar ini diharapkan dapat mener-apkan semangat patriotik dikalangan pelajar dan staf KKKB.

Seminar ini telah dijalankan di Dataran C-Walk, bermula pada jam 9.00 pagi iaitu dimulakan dengan Montaj Kemerdekaan serta Sajak Kemerdekaan yang disampaikan oleh Cik Syariza (Pensyarah KKKB).

Tuan Pengarah KKKB, En. Mohd Nasir Bin Abd Ghani telah merasmikan seminar ini bersama-sama dengan pegawai-pegawai kanan KKKB. Seterusnya, satu ceramah berkaitan dengan kemerdekaanjuga telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazimi Zaim Bin Ismail. Seminar ini tamat dengan jayanya pada jam 11.00pagi.

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI (STAF & JEMPUTAN)22 September 2010Jamuan Hari Raya Aidilfitri ini telah diadakan di C-Walk KKKB. Majlis ini dihadiri oleh kakitangan KKKB dan para jemputan (wakil Pembentangan Kertas Kerja Keusahawanan Wilayah Utara).

Majlis ini bermula pada jam 10.00pagi dan berakhir pada jam 1.00petang. Majlis ini telah dijalankan dengan meriahnya yang mana semua hadirin telah diraikan dengan berbagai juadah hari raya seperti lemang, ketupat, satay, rendang , kuih-muih raya dan berbagai lagi.

dalaman

JAMUAN HARI RAYA PERDANA29 September 2010KKKB telah menganjurkan satu Jamuan Hari Raya Perdana yang mana ianya diraikan bersama-sama kakitangan dan pelajar KKKB. Ini adalah jamuan hari raya kedua KKKB dalam tempoh seminggu setelah Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dilaksanakan pada 22 September 2010.

Jamuan ini dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar bersama-sama dengan Kelab Staf KKKB yang mana ianya bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara pelajar dan kakitangan KKKB. Majlis ini juga turut disertai dan diserikan oleh kehadiran pegawai-pegawai Latihan Industri dan Pegawai Psikologi Wilayah Utara.

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILADHA BERSAMA KOMUNITI25 November 2010Buat julung-julung kalinya KKKB telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidiladha Bersama Komuniti.

Majlis ini telah dimulakan dengan aktiviti gotong-royong memasak bermula dari jam 8.00 hingga 11.00 pagi. Aktiviti ini telah disertai oleh kakitangan KKKB bersama masyarakat setempat. Majlis telah dirasmi-kan oleh Pembantu Khas Adun Pinang Tung-gal iaitu Yang Berbahagia Tn. Hj Ishak Bin Hj Ismail.

Tetamu majlis ini terdiri daripada warga penghuni Rumah Warga Emas Darul Hanan Pulau Pinang, Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas, Ibu tunggal dan penduduk kawasan Bertam Indah, Qariah

Masjid Permatang Tinggi A, Qariah Perma-tang Rambai, Qariah Paya Keladi, Qariah Lahar Minyak, Qariah Lahar Kepar, Qariah Permatang Haji Hassan, Qariah Masjid Bertam Indah dan Pajak Song serta Pengarah-pengarah Kolej Komuniti Zon Utara.

14

Tips Ketika Memilih Katalaluan1. Gunakan 6 hingga 8 huruf sebagai katalaluan. Jumlah huruf yang sedikit memudahkan lagi katalaluan dipecah (cracked).2. Gunakan campuran huruf kecil, huruf besar dan angka sebagai katalaluan.3. Tukarkan katalaluan setiap 3 bulan atau kurang. Jadikan ia sebagai satu tabiat.

PROGRAM MAI..RIUH!!!Program ini yang ditunaskan oleh YABhg Tun Jeanne Abdullah (Pengerusi Eksekutif Sekretariat Malaysia Prihatin) telah berlang-sung di tiga lokasi. Program Mai…Riuh!!! yang pertama telah diadakan di SRK Hashim Awang, Bertam pada 26 – 27 Jun 2010. Program keduanya diadakan di SMK Teluk Air Tawar, Tasek Gelugor pada 31-1 Ogos 2010, manakala program Mai…Riuh yang ketiga telah diadakan pada 7-8 Ogos 2010 di SMK Paya Keladi, Kepala Batas.

Sempena progran tersebut, KKKB telah dijemput untuk mengadakan pameran pendidikan bagi mempromosikan Kolej Komuniti kepada masyarakat setempat di Kepala Batas.

program

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2010 (ZON 6)27 & 28 Februari 2010Dewan Millenium, Seberang Perai Utara, Pulau PinangKarnival ’Jom Masuk U’ merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pengajian Tinggi dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada Kementerian Pelajaran Malay-sia. Kumpulan sasaran ialah lepasan SPM/STPM/Diploma, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, Kaunselor, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.

Kolej Komuniti Kepala Batas diberi tanggungjawab untuk mewakili Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) serta Kolej-kolej Komuniti Zon 6 (Perak Utara, Pulau Pinang dan Kedah Selatan). Seramai 26 orang pensyarah KKKB telah bertugas di booth JPKK mengikut jadual tugas yang ditetapkan. Aktiviti KKKB pada 27 Februari 2010 ialah pameran serta demonstrasi oleh Unit Multi-media Kreatif (Animasi), Unit Automotif, Unit Fesyen & Pakaian (KK Bukit Mertajam) serta Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Manakala pada 28 Februari 2010; aktiviti dijalankan oleh Unit Pelukis Pelan Senibina, Unit Teknologi Pembuatan Bersepadu serta Unit Bakeri & Konfeksionari (KK Tasek Gelugor.

Selain itu, KKKB juga terlibat dalam menjayakan Forum Karnival Pengajian Tinggi Negara pada 28 Februari 2010 yang bertempat di Pearl View Hotel, Butterworth, Pulau Pinang. Taklimat berkenaan JPKK dan Kolej Komuniti telah disampaikan oleh Pengarah KKKB, En Mohd Nasir bin Abd

Ghani. Peserta Forum terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling, Kaunselor Politeknik, Bahagian Matrikulasi serta wakil-wakil terpilih.

Program ’Jom Masuk U’ Zon 6 telah mendapat sambutan yang hebat dari masyarakat setempat serta golongan sasaran; di mana ianya telah membantu pengunjung pameran mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkenaan peluang-peluang pendidi-kan yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS.

15

Tips Ketika Memilih Katalaluan1. Gunakan 6 hingga 8 huruf sebagai katalaluan. Jumlah huruf yang sedikit memudahkan lagi katalaluan dipecah (cracked).2. Gunakan campuran huruf kecil, huruf besar dan angka sebagai katalaluan.3. Tukarkan katalaluan setiap 3 bulan atau kurang. Jadikan ia sebagai satu tabiat.

Berapa kali mata berkedip dalam sehari?

Mata berkedip dalam sehari sebanyak 15000 kali. Tujuan-nya untuk melindungi mata. Selain itu, kedip mata menun-jukkan emosi dan kerja otak.

Layari Risalah Komuniti secara On-Line di www.kkkba.edu.my /risalah

Kolej Komuniti Kepala BatasNo 87, Lrg. Bertam Indah 1, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Tel : 04-5755930 Fax : 04-5759300