perlaksanaan konsep 18 s dikalangan pensyarah dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan...

30
PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Oleh: Mohd Rizal Bin Aris Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran Kolej Komuniti Temerloh PENDAHULUAN Proses pendidikan di negara ini merupakan suatu sistem yang berterusan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bertujuan untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan interlek serta berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah lebih kepada proses pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberikan sumbangan kepadapa keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara khususnya. (Sumber: Falsafah Pendidikan Negara, 1987). Oleh sebab itu proses pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan proses yang amat penting bagi mencapai dasar dan matlamat sistem pendidikan itu sendiri. Ianya selaras dengan hala tuju program tranformasi kerajaan iaitu untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar yakni meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan bekemampuan dimana ianya menjadi keutamaan Kerajaan dan Kementerian Pelajaran. “Kita mesti mempertingkat standard pendidikan sedia ada supaya standing dengan negara – negara maju di persada antarabangsa dengan memastikan jurang pendidikan dirapatkan. Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkukuh daya saing negara dan membina 1Malaysia. Sebagai contoh, bagi

Upload: upenkktm

Post on 14-Aug-2015

87 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Konsep Lapan Belas (18) S dalam perlaksanaan proses P&P dirangka untuk mewujudkan proses P&P yang lebih ceria dan berkesan kepada para pelajar dan secara langsung memberi ataupun mendatangkan minat para pelajar kepada proses P&P dan secara tidak langsung dapat mencapai objektif P&P itu sendiri.

TRANSCRIPT

Page 1: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM

MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI

KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Oleh:

Mohd Rizal Bin Aris

Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

PENDAHULUAN

Proses pendidikan di negara ini

merupakan suatu sistem yang

berterusan bagi memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu bertujuan untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan

seimbang dari segi jasmani, emosi,

rohani dan interlek serta berdasarkan

kepada kepercayaan dan kepatuhan

kepada tuhan. Usaha ini adalah lebih

kepada proses pengajaran dan

pembelajaran bagi melahirkan modal

insan yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab serta berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta dapat

memberikan sumbangan kepadapa

keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara khususnya.

(Sumber: Falsafah Pendidikan Negara,

1987). Oleh sebab itu proses pengajaran

dan pembelajaran adalah merupakan

proses yang amat penting bagi

mencapai dasar dan matlamat sistem

pendidikan itu sendiri.

Ianya selaras dengan hala tuju

program tranformasi kerajaan iaitu

untuk mempertingkatkan pencapaian

pelajar yakni meluaskan akses kepada

pendidikan berkualiti dan

bekemampuan dimana ianya menjadi

keutamaan Kerajaan dan Kementerian

Pelajaran. “Kita mesti mempertingkat

standard pendidikan sedia ada supaya

standing dengan negara – negara maju

di persada antarabangsa dengan

memastikan jurang pendidikan

dirapatkan. Pendidikan memainkan

peranan utama dalam memperkukuh

daya saing negara dan membina

1Malaysia. Sebagai contoh, bagi

Page 2: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

menyumbang ke arah gagasan

1Malaysia, status sekolah kebangsaan

perlu dipertingkatkan menjadi sekolah

pilihan utama rakyat Malaysia. Secara

peribadi, saya akan memastikan sasaran

yang dirancang tercapai, dan saya

menyeru para ibu bapa, guru dan

pentadbir sekolah memberi sokongan

dan bantuan serta sanggup bekerja

bersama saya dan pasukan dalam

menjadikan impian ini satu kenyataan.”

(Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd

Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia)

Menyedari mengenai hakikat

kepentingan ini, proses pengajaran dan

pembelajaran di kolej komuniti juga

sewajarnya mempunyai satu platform

dan juga landasan yang baik bagi

memantapkan lagi proses pengajaran

dan pembelajaran seiring dengan

kehendak dasar yang hendak dicapai. Ini

adalah kerana tahap kefahaman dan

penerimaan pelajar terhadap proses

pembelajaran yang cuba disampaikan

oleh pensyarah adalah berkadar

langsung terhadap keberkesanan

sesuatu Proses P&P di kolej komuniti itu

sendiri. Oleh itu, para pensyarah

perlulah mempunyai satu landasan yang

terbaik bagi memastikan proses P&P itu

dapat dilaksanakan dengan berkesan

dan secara tidak langsung dapat

memastikan dasar kerajaan ini tercapai.

Penulisan ilmiah ini

menerangkan secara khusus lapan belas

(18) elemen yang diperlukan bagi setiap

pensyarah bagi membentuk Konsep

Lapan Belas (18) S dalam perlaksanaan

proses P&P. Konsep ini dirangka untuk

mewujudkan proses P&P yang lebih

ceria dan berkesan kepada para pelajar

dan secara langsung memberi ataupun

mendatangkan minat para pelajar

kepada proses P&P dan secara tidak

langsung dapat mencapai objektif P&P

itu sendiri.

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (Edisi

Ketiga, 1996), maksud keberkesanan

ialah menimbulkan hasil (kesudahan

dan sebagainya) yang diharapkan

membawa kepada sesuatu perubahan

(perkembangan), efektif atau

mendatangkan sesuatu pengaruh

kepada pemikiran (sikap, watak dan

sebagainya) seseorang atau sesuatu

golongan dan lain-lain (seperti

mengubah sikap, membangkitkan

sesuatu kecenderungan atau perasaan

dan sebagainya).

‘Pengajaran’ ialah bermaksud

cara-cara yang digunakan untuk

Page 3: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

menyampaikan bahan yang hendak

diajar. Hasil daripada pengajaran

berlakulah perubahan yang relatif kekal

dalam tingkah laku atau pengetahuan

hasil daripada pengalaman. Perubahan

merupakan suatu penambahan yang

baru, pengukuhan dan

pengubahansuaian yang berlaku

terhadap anak didik. Menurut Mok

(1992), pengajaran merupakan aktiviti

atau proses yang berkaitan dengan

penyebaran ilmu pengetahuan atau

kemahiran tertentu manakala

pembelajaran merupakan suatu

perubahan tingkah laku manusia yang

agak kekal dan stabil serta dihasilkan

melalui pengalaman atau latihan.

Manakala ‘Pembelajaran’ adalah

bermaksud suatu proses yang

memfokuskan kebolehan serta kejayaan

pelajar menguasai sesuatu perkara yang

diajar daripada proses pengajaran yang

diterimanya. Selain itu, pengajaran

berkesan juga ditakrifkan sebagai

pengajaran yang dapat meningkatkan

pembelajaran dalam diri pelajar

(Hunter, 1995 dalam Esah, 2003).

KAEDAH PERLAKSANAAN

Setiap pensyarah yang

melaksanakan proses P&P di Kolej

Komuniti seharusnya menggunapakai

Konsep 18 S yang merangkumi segala

aspek-aspek yang perlu ditekankan

dalam setiap proses P&P yang berkesan.

Elemen-elemen Konsep 18 S adalah

senyum, salam, sedia, semasa, selesa

sekitar, sopan, segak, sensetif, selamat,

segera, selia, soleh, selami, sistematik,

sokongan, semak, semangat dan

stamina. Ini adalah perlu bagi

mendapatkan kesinambungan setiap

elemen ini bagi membuahkan hasil yang

berkesan di dalam proses P&P.

Page 4: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Rajah 1.0 : Carta Konsep 18 S

KONSEP SENYUM

Konsep senyum membawa

maksud kepada komunikasi ataupun

bahasa badan ( body language) antara

pensyarah dengan pelajar semasa

proses P&P. Senyum sering boleh

digunakan sebagai tanda keyakinan diri,

tanda persetujuan dan banyak lagi. Ia

merupakan satu nilai budi bahasa dan

tanda kemesraan yang perlu

ditunjukkan semasa proses P&P

dijalankan. Senyuman turut

melambangkan keakraban dan secara

tidak langsung ia akan mewujudkan

persekitaran yang kondusif dalam

proses P&P. Istilah ini juga lebih sesuai

dipanggil sebagai ‘mesra pelajar’.

Kaedah pelaksanaan yang diperlukan

untuk Konsep Senyum ini adalah

dengan sentiasa memberikan senyuman

yang ikhlas semasa berinteraksi dan

menggunakan senyuman pada masa

yang sesuai.

Page 5: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Berikut merupakan Laporan The Smiling Report 2011

Benua 2009 2010

Amerika Utara 80% 61%

Eropah 71% 79%

Asia 34% 49%

Sumber : AB Better Business World Wide

Sepertimana yang tertera pada

jadual di atas, didapati bahawa

penduduk di negara-negara Asia

mencatatkan jumlah peratus yang

terendah berbanding negara lain. Hal ini

membuktikan bahawa penduduk di Asia

masih kurang kesedaran mengenai

budaya senyum ini. Budaya ini tidak

dititikberatkan kerana masyarakat

merasakan ianya tidak penting. Padahal

budaya senyum ini merupakan amalan

yang dapat mengekalkan suasana

kondusif dalam persekitaran dan

memberi impak positif pada sesiapa

yang mengamalkannya. Perkara ini

diperkukuhkan lagi dengan beberapa

saranan dan tindakan kerajaan pada

tahun 2011 yang menyokong penuh

supaya budaya senyum ini

diperhebatkan lagi di negara kita,

Malaysia dengan memperkenalkan

Kempen Senyum kepada masyarakat

Malaysia.

PUTRAJAYA: “Kajian

menunjukkan individu yang ketawa 100

kali dalam tempoh 24 jam mendapat

manfaat kardiovaskular sama seperti

bersenam 10 minit,” kata Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, kempen selama dua bulan

itu berslogan Senyum Selalu selaras

dengan usaha kerajaan mempergiatkan

kempen amalan senyum kepada

penjawat awam terutama kepada

petugas agensi barisan hadapan, sekali

gus memantapkan budaya mesra dan

berbudi bahasa. “Saya berharap kempen

ini tidak akan berakhir begitu sahaja

selepas tamat tempoh kempen.

Janganlah hendaknya kempen akan

hanya tinggal kempen sahaja dan tidak

dipraktikkan secara berterusan. “Kita

Page 6: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

harus ingat senyum amalan sedekah

paling mudah dilaksanakan

sebagaimana sunnah Nabi Muhammad

s.a.w,” katanya berucap melancarkan

kempen itu.

Sumber : Berita Harian Online

“Flash that smile more often”.

This is the directive to civil servants to

smile to show their commitment to

provide service beyond the people’s

expectations.

Sumber: The Star: Civil service

launches new campaign for better

service

KONSEP SALAM

Konsep salam merupakan satu

ucapan permulaan dan pengakhiran

dalam suatu Proses P&P. Ia merupakan

satu budaya menghormati sesama

manusia yang perlu diamalkan oleh

pensyarah terhadap para pelajar.

Walaupun Konsep Salam ini nampak

mudah dan ringan, tetapi ianya penting

dalam suatu persekitaran. Ucapan salam

melambangkan keperibadian mulia dan

nilai-nilai murni yang terdapat dalam

individu tersebut. Jika, tiada ucapan

salam di setiap permulaan mahupun

pengakhiran di mana-mana majlis

sekalipun, ia akan dianggap sebagai satu

perbuatan yang tidak sopan dan tidak

menghormati tetamu. Oleh itu, kaedah

perlaksanaan yang perlu dilakukan bagi

melaksanakan Konsep Salam ini adalah

dengan memulakan dan mengakhiri

Proses P&P dengan ucapan salam yang

sopan dan tertib. Hal ini akan

mewujudkan persekitaran yang lebih

efektif dan berkesan.

KONSEP SEDIA

Konsep sedia ini adalah amat

penting dimana pensyarah sewajarnya

bersikap bersiapsedia dan membuat

persediaan yang rapi pada setiap masa

(sebelum, semasa dan selepas) dalam

melaksanakan proses P&P kepada

pelajar. Ini kerana dengan persediaan

yang rapi, proses P&P seseorang

pensyarah tersebut akan menjadi lebih

teratur dan tersusun. Maka perancangan

awal perlulah diamalkan sebelum

sesuatu proses P&P dilaksanakan.

Keperluan proses perancangan adalah

untuk memastikan proses P&P dapat:

a. memenuhi masa yang diperuntukan

b. menepati kehendak

objektif/matlamat

c. berkesan sepanjang waktu

pengajaran

Page 7: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

d. menarik perhatian dan tidak

membosankan

Sehubungan dengan itu, para

pensyarah perlulah menekankan aspek-

aspek penting dalam perancangan P&P.

Sebelum merancang dan melaksanakan

P&P para pensyarah perlulah:

a. Mengkaji dan mentafsir sukatan

pelajaran secara mendalam

b. Memilih kemahiran-kemahiran dan

dan isi pelajaran yang sesuai

c. Merancang pengajarannya

i. Set iduksi

ii. Perkembangan P&P

iii. Penutup

d. Menentukan strategi P&P

e. Menyediakan bahan bantu

pengajaran

Seharusnya pensyarah perlulah

bersedia lebih awal sebelum sesuatu

proses P&P dijalankan. Untuk

meningkatkan lagi keberkesanan proses

P&P para pensyarah haruslah membuat

perancangan dan merekabentuk

terlebih dahulu proses P&P yang akan

dilaksanakan. Berikut elemen-elemen

penting yang perlu diambil kira dalam

merekabentuk pengajaran ialah:

a. Objektif pengajaran

b. Strategi pengajaran yang sesuai

c. Bahan bantu pengajaran

d. Maklum balas pelajar

e. Penilaian

Proses perancangan ini perlulah

dilakukan secara berterusan iaitu

sebelum, semasa dan selepas proses

P&P tersebut dilaksanakan.

a. Pra perancangan

Ianya merupakan proses perancangan

yang perlu dilaksanakan oleh para

pensyarah setiap kali sebelum proses

P&P dilaksanakan. Semasa peringkat ini

para pensyarah seharusnya mempunyai

gambaran mental mengenai

i. keseluruhan pengajaran

ii. pelajar - potensi, pengetahuan

sedia ada dan lain-lain

iii. isi kandungan pelajaran

iv. strategi

v. bahan yang diperlukan dan boleh

digunakan

Page 8: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

b. Perancangan aktif

Ianya merupakan proses perancangan

yang juga perlu dilaksanakan oleh para

pensyarah setiap kali sebelum proses

P&P dilaksanakan. Semasa peringkat ini

para pensyarah seharusnya:

i. menulis Rancangan Mengajar

Semester (RMS) ataupunRancangan

mengajar Modular (RMM)

ii. menyediakan nota,

iii. persediaan ABM yang sesuai seperti

transperansi/power point/model

iv. memastikan peralatannya masih

berfungsi baik dan sesuai digunakan

v. menyediakan senarai semak

c. Perancangan semasa

Proses ini haruslah dilaksanakan oleh

para pensyarah pada setiap kali proses

P&P sedang dijalankan. Di sini para

pensyarah perlulah:

i. mendapat maklum balas

tentang kefahaman

pelajar melalui proses

soal jawab mahupun

perlaksanaan Penilaian

Berterusan (PB)

ii. mengubahsuai mengikut

keperluan dan keadaan

semasa

iii. mengaitkan dan

mengulangi pelajaran

yang lepas

d. Pasca perancangan

Proses ini adalah proses persediaan

yang terakhir dimana ianya

dilaksanakan semasa proses P&P telah

pun selesai dilaksanakan. Pada proses

ini para pensyarah mestilah:

i. menyedari kelemahan pengajaran

ii. mengesan kekuatan pengajaran

iii. membuat catatan tentang

perubahan yang diperlukan

iv. menyediakan penilaian

Bagi pensyarah kolej komuniti

Fail Rekod Pensyarah (FRP) perlulah

disediakan bagi setiap sesi pengajian

yang dilaksanakan.

a. Fail rekod pensyarah (FRP)

Fail rekod pensyarah adalah merupakan

pelan rujukan seseorang pensyarah

sebelum mengajar. Di dalam fail rekod

pensyarah adalah wajib bagi

mengandungi perkara penting berikut:

i. Takwim akademik

ii. Jadual waktu

iii. Struktur kursus/ struktur program

modular

Page 9: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

iv. Silibus / sukatan kurikulum

v. Rancangan mengajar Semester

(RMS) / Rancangan mengajar

modular (RMM)

vi. Rekod penilaian dan kehadiran

pelajar

Dokumen-dokumen lain yang perlu ada

di dalam FRP yang disediakan oleh

pensyarah adalah

i. Maklumat diri pensyarah

ii. Sijil kelayakkan

iii. Senarai tugas pensyarah

iv. Borang semakan FRP

v. Senarai semak FRP

b. Rancangan Mengajar Semester

(RMS) / Rancangan Mengajar Modular

(RMM)

Berikut adalah butiran yang perlu ada di

dalam Rancangan mengajar pensyarah

ialah :

i. Hari dan tarikh

ii. Program dan kursus/modular

iii. Masa

iv. Tajuk dan Objektif/kemahiran

yang ingin dicapai

v. Aktiviti yang dijalankan

vi. Impak/Refleksi

Dengan adanya proses

perancangan dan penyedia dokumen

yang tersusun, maka para pensyarah

akan lebih bersedia dalam

melaksanakan proses P&P kepada para

pelajar. Dengan ini ianya akan

memberikan impak yang positif

terhadap keberkesanan proses P&P di

kolej komuniti.

KONSEP SEMASA

Konsep Semasa membawa

maksud kepada penggunaan alat

bantuan mengajar yang sesuai dan

terkini (up to date) ketika Proses P&P

dijalankan. Penggunaan alat bantuan

mengajar yang sesuai dan terkini

mengikut peredaran masa adalah sangat

perlu. Hal ini adalah kerana dengan

memberikan sesuatu pembaharuan

dalam Proses P&P, ia akan menjadikan

Proses P&P itu lebih menarik,

menyeronokkan dan tidak

membosankan. Secara tidak langsung,

para pelajar akan lebih mudah

memahami dan berminat untuk belajar.

Menurut Fontana (1988) media perlu

dilihat sebagai sesuatu yang dinamik

yang dapat meransang tindakbalas

luaran atau dalaman yang kadang-

kadang mempengaruhi psikologi

Page 10: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

seseorang. Manusia dikatakan makhluk

yang ‘image and visually oriented’ dan

mereka banyak belajar melalui

penglihatan (Pulley). Walaupun mereka

mendengar dan membaca, apa yang

didengar dan dibaca biasanya akan

divisualkan dalam pemikiran mereka

untuk mendapatkan konsep atau

makna yang lebih jelas. Ini selaras

dengan kata-kata yang pernah

dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang

pujangga dan ahli falsafah cina “kalau

saya dengar, saya akan lupa, kalau saya

lihat saya ingat dan kalau saya buat saya

tahu”

Di sini menunjukkan betapa

pentingnya peranan pensyarah dalam

memastikan keberkesanan alat bantuan

mengajar terutama media yang boleh

dilihat dan disentuh dalam pengajaran.

Misalnya jika pensyarah menayangkan

gambar atau imej termasuk peta minda

serta mengaitkan dengan objektif-

objektif pembelajaran, maka maklumat

yang terima oleh pelajar akan

bertambah. Misalnya, Ausuble (1968)

mengemukakan konsep maklumat awal

sebagai bantuan untuk menghasilkan

pengajaran yang berkesan. Selain itu,

para pensyarah juga perlulah sentiasa

mengambil tahu isu-isu semasa yang

mepunyai kaitan dengan matapelajaran

yang diajarkan kepada pelajar. Sedikit

sebanyak, isu semasa juga boleh

diaplikasikan di dalam proses P&P

supaya pelajar akan lebih memahami

dan secara tidak langsung melahirkan

pelajar yang berkualiti dan berdaya

saing, seiring dengan peredaran masa

kini. Bagi perlaksanaan Konsep Semasa

ini, para pensyarah perlulah bijak dalam

memilih medium untuk proses P&P

supaya ianya sesuai dan berkesan.

Sebagai contoh, antara medium yang

boleh digunakan dalam Proses P&P

adalah dengan menggunakan video

interaktif, internet dan lain-lain.

KONSEP SELESA SEKITAR

Keselesaan seringkali

dihubungkait dengan keadaan

persekitaran di mana ianya merupakan

antara faktor yang utama dalam

mewujudkan persekitaran konduksif

untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran (Ee, 1993). Pengaruh

persekitaran juga menjadi faktor

penyebab kepada kegagalan atau

kecemerlangan seseorang pelajar.

Persekitaran menurut Razami (1999)

dalam Amran Khalid (2002) adalah

perihal sekeliling di mana ia juga

berkaitan dengan suasana, keadaan di

sekeliling ataupun sesuatu keadaan.

Page 11: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Persekitaran yang tidak konduksif

menggugat aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Pencapaian pelajar dan

persembahan pendidik seringkali

dihubungkaitkan dengan keadaan

persekitaran dan prasarana yang

tersedia di sesebuah pusat pengajian.

Manakala menurut Mohd Anuar (2002)

dan Norshahril (2002) faktor

persekitaran juga memberi kesan yang

tinggi terhadap pembangunan emosi

pelajar. Maka disini jelaslah keselesaan

persekitaran memberikan impak yang

amat jelas terhadap keberkesanan

proses P&P itu sendiri.

Catatan berikut dalam Garis

Panduan Perancangan Tata Atur Ruang

dan Binaan Bangunan (1991) perlu

diberi perhatian dan pemikiran yang

serius:

"The school environment has become an

all important part of education ; every

detail of the school will have its effect

upon the nonhabits and everything that

goes on in the school will contribute to

the education of children - not only in the

class spaces but throuhgout the whole

school." (m.s. 1)

Dalam aspek persekitaran ini,

Asmah Ahmad (1989) dalam Hayati

(2000) telah mengutarakan lima

komponen atau pembolehubah iaitu

objektif pengajaran, pelajar, isi

pelajaran, tenaga pengajar dan

persekitaran. Menurutnya proses

pengajaran dan pembelajaran yang

berlaku adalah hasil daripada interaksi

pembolehubah yang dinyatakan berikut.

Rajah 2.0 memberi gambaran

menyeluruh mengenai model ini.

Page 12: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

.0 Model Pembolehubah Persekitaran

Maka para pensyarah perlulah

mengambil berat dalam aspek keselesaan

ini kerana dengan jelas keselesaan dan

persekitaran akan menyumbang kepada

tahap penerimaan pelajar kepada proses

P&P yang disampaikan. Menurut Al-Sagoff

(1985) persekitaran yang mengakibatkan

gannguan dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran terbahagi kepada dua

bahagian yang utama iaitu:

a. Persekitaran makro

i. Kualiti udara

ii. Kualiti bunyi

iii. Keselesaan termal

Suhu udara

Halaju udara

Kelembapan udara

iv. Pencahayaan

b. Persekitaran mikro

i. Rekabentuk/susunatur

ruang

ii. Kebersihan dan keselesaan

ruang

Persekitaran makro dan mikro

yang tidak kondusif dari segi persekitaran

mengakibatkan gangguan dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Perubahan

yang berterusan dalam pendidikan telah

mendorong susunan dan rekabentuk

dalam prasarana pendidikan dan

pengurusan persekitaran

dipertingkatkan. Persekitaran yang baik

Page 13: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

memberi lebih keselesaan dan

mententeramkan jiwa (Al-Sagoff, 1985).

Persekitaran berperanan memberi

keselesaan kepada pelajar dalam

melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran terutamanya yang

melibatkan kerja-kerja amali di bengkel.

Persekitaran kerja yang selamat adalah

satu situasi di mana seseorang pelajar

berada di tempat kerja tanpa menerima

atau ditimpa sebarang risiko buruk dan

situasi yang tidak selamat ketika berada

di kawasan yang berisiko tinggi untuk

berlakunya kemalangan. Kekemasan dan

kebersihan di tempat kerja bukan sahaja

dapat menjauhi kemalangan tetapi juga

dapat mempertingkatkan kecekapan

bekerja (Ibrahim Che Muda dan R.

Ramudaram, 1990 dalam Mohd. Nuzi,

2000).

Maka dengan merujuk kepada

perkara di atas, bagi mendapatkan

persekitaran makro yang baik, maka para

pensyarah seharusnya memilih ruang

pembelajaran yang sesuai bagi proses

P&P. Sebagai contoh kerja amali di

bengkel seharusnya mempunyai ruang

kerja yang baik dari segi pengudaraan,

pencahayaan dan jauh daripada gangguan

bunyi bising yang melampau. Manakala

bagi mendapat persekitaran mikro yang

baik untuk proses P&P, maka para

pensyarah haruslah memastikan bahawa

ruang yang digunakan bagi proses P&P

tersebut dalam keadaan yang bersih dan

teratur. Ini kerana persekitaran yang

tidak diurus dengan baik boleh

menyebabkan kemalangan berlaku

(Turner, 1945 dalam Hayati, 2000).

Oleh itu, persekitaran bengkel

perlu dititikberatkan oleh para pensyarah

bagi mewujudkan suasana pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan. Ianya

amat perlu agar dapat menimbulkan

suasana yang selesa bagi pelajar

mahupun pensyarah itu sendiri.

Pengudaraan bagi sesebuah bengkel atau

bilik kuliah perlu diambilkira seperti

bukaan tingkap yang ada dan juga

pencahayaan yang cukup untuk

memastikan kerja dijalankan dengan baik.

Selain itu pensyarah juga perlu

memastikan ruang kerja bagi pelajar

adalah sesuai dengan bilangan pelajar

yang ada. Oleh itu bagi mendapatkan

ruang P&P yang konduksif para

pensyarah juga haruslah menitikberatkan

perkara-perkara berikut:

i. Pensyarah haruslah memastikan

tiada sampah atau alatan dan bahan

bersepah di atas lantai dan

disekeliling mesin. Ini dapat

Page 14: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

mengelakkan alatan dan bahan

tersebut daripada dilanggar, disepak

atau dipijak dan boleh menyebabkan

kemalangan dan menghasil ruang

P&P yang tidak selesa dan

konduksif.

ii. Pensyarah haruslah memastikan

ruang bilik kuliah bersih dan kemas.

Susunan atau susunatur bilik kuliah

dan bengkel seharusnya teratur dan

tersusun.

iii. Tidak membiarkan bahan lebihan

daripada kerja amali seperti

serpihan logam contohnya bersepah

di atas lantai dan disekeliling mesin.

Sebaik sahaja selesai menjalankan

amali, mesin dan bengkel hendaklah

dibersihkan.

iv. Pensyarah mestilah memastikan

bengkel mempunyai ruang dan

mendapat bekalan cahaya yang

terang, mempunyai peredaran udara

yang baik, mempunyai laluan untuk

berjalan dan hendaklah

dilengkapkan dengan rak tempat

menyimpan alatan dan bahan,

supaya alat-alat tangan dapat

disusun dengan kemas dan teratur.

v. Salah satu tanggungjawab

pensyarah bengkel adalah

memastikan persekitaran bengkel

selamat digunakan oleh pelajar.

Menurut Finney (1994) dalam

Hayati (2000), sistem pencahayaan

dan peredaran udara yang baik

diperlukan dalam sesebuah bengkel.

Bengkel yang bising, gelap, tidak

selesa dan buruk tidak berupaya

membekalkan persekitaran yang

selamat untuk bekerja dan

melakukan amali. Menurut Khan dan

Vickery (1970) dalam Hayati (2000)

pula, ruangan yang disediakan untuk

sesebuah bengkel mestilah

mengambil kira aspek pencahayaan,

peredaran udara dan bunyi bising.

KONSEP SOPAN

Konsep seterusnya adalah Konsep

Sopan yang menerangkan kepada suatu

sikap atau tingkah laku yang baik antara

pensyarah dengan para pelajar. Sikap

sopan perlu dalam suatu komunikasi

kerana ia melambangkan nilai

keperibadian seseorang. Interaksi yang

baik diantara pensyarah dan pelajar akan

mendatangkan nilai yang positif terhadap

keberkesanan proses P&P itu sendiri.

Individu yang mengamalkan sikap sopan

dalam kehidupan sehariannya akan

Page 15: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

disenangi dan disukai masyarakat malah

akan dihormati dengan wujudnya sikap

tersebut dalam diri seseorang individu

itu. Begitu juga dengan mengamalkan

Konsep Sopan dalam proses P&P, ia akan

menjadikan proses P&P tersebut lebih

berkesan dan efektif. Kaedah

Perlaksanaan yang perlu dilakukan bagi

menerapkan Konsep Sopan ini dalam

proses P&P adalah dengan menunjukkan

sikap yang baik, bersopan-santun dan

lemah lembut kepada para pelajar.

Perkara ini akan mewujudkan

persekitaran yang lebih selesa sepanjang

proses P&P berlangsung.

KONSEP SEGAK

Konsep Segak pula merupakan

satu konsep yang lebih kepada

pandangan fizikal terhadap seseorang

individu itu. Konsep segak membawa

maksud kepada cara berpakaian dan

personaliti yang perlu diamalkan oleh

pensyarah dan setiap individu

termasuklah pelajar semasa

berlangsungnya proses PNP. Apabila

seseorang pensyarah itu berketerampilan

tinggi, ia turut melambangkan personaliti

yang kemas dan bersih serta keyakinan

diri yang tinggi semasa berhadapan

dengan para pelajar dalam proses PNP.

Hal ini akan mendatangkan keselesaan

kepada para pelajar untuk belajar. Ini

kerana, dengan mengamalkan Konsep

Segak ini, ia akan mencerminkan imej

yang baik terhadap pensyarah itu sendiri,

secara langsung memberikan imej yang

baik kepada Kolej Komuniti khususnya

kerana memiliki pekerja yang

berketerampilan. Bagi kaedah

perlaksanaan yang perlu dilakukan untuk

mengamalkan Konsep Segak dalam

Proses P&P adalah para pensyarah

perlulah sentiasa berpakaian kemas,

bersih dan sesuai. Disamping itu

pensyarah juga harus memastikan pelajar

juga dapat mengamalkan konsep ini.

KONSEP SENSETIF

Konsep Sensitif bererti senantiasa

peka kepada persekitaran sekeliling.

Konsep Sensitif merupakan sebuah

konsep yang perlu diamalkan oleh setiap

pensyarah dalam proses P&P. Perkara

yang dimaksudkan adalah, pensyarah

perlulah sentiasa peka terhadap segala

kejadian dan perkara yang berlaku

sepanjang proses P&P berjalan. Sebagai

Page 16: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

contoh, pensyarah perlulah peka pada

keadaan para pelajar dan suasana

persekitaran proses P&P dijalankan.

Sebagai pensyarah, perlulah memastikan

keselamataan persekitaran semasa

proses P&P dijalankan sama ada di dalam

mahupun di luar bengkel dan bilik kuliah.

Pensyarah juga perlu peka dan prihatin

terhadap situasi pelajar, iaitu dengan

memastikan pelajar berada dalam

keadaan bersedia untuk proses P&P

tersebut. Jika pensyarah tidak

mengamalkan konsep ini, kejadian

bahaya mungkin terjadi apabila

pensyarah tidak sensitif dan peka pada

persekitarannya. Kaedah perlaksanaan

Konsep Sensitif dalam proses P&P boleh

dilakukan dengan mengambil tahu

maklumat pelajar sebelum memulakan

suatu proses P&P, iaitu dengan

merekodkan kehadiran pelajar serta

mengetahui kesihatan dan keadaan para

pelajar. Selain itu para pensyarah turut

perlu memastikan keadaan keselamatan

lokasi proses P&P sebelum dan selepas

proses P&P berlangsung.

KONSEP SELAMAT

Konsep selamat ini memberi

maksud kepada penekanan aspek

keselamatan yang perlu dititikberatkan

oleh para pensyarah kolej komuniti

sewaktu melaksanakan proses P&P.

Pengurusan keselamatan oleh para

pensyarah memainkan peranan yang

penting dalam menentukan kelancaran

aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam

bengkel mahupun bilik kuliah terutama

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pensyarah yang terlibat di dalam sistem

pengurusan bengkel perlulah mempunyai

pengetahuan yang mendalam tentang

aspek-aspek pengurusan bengkel kerana

pengurusan bengkel melibatkan banyak

aktiviti seperti merancang, mengelola,

menyelaras dan mengawal proses P&P

(Sanusi Mohd. Sidin, Monograf Organisasi

dan Pengurusan Bengkel, 1998).

Pensyarah merupakan model dan

pemimpin kepada pelajar, oleh itu

pensyarah bengkel hendaklah

mengamalkan amalan keselamatan yang

baik di bengkel. Menurut Anton, J.

Thomas (1989) dalam Mohd. Nuzi (2000),

pendidik juga mesti sentiasa

mengingatkan pelajar betapa

berfaedahnya bekerja dengan selamat.

Page 17: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Sebaliknya, pensyarah tidak seharusnya

menunjukkan perbuatan yang tidak

selamat dan bertentangan dengan

peraturan keselamatan. Pernyataan ini

juga turut disokong oleh Crow dan Crow

(1980) dalam Mohd. Nuzi (2000), dimana

pendidik sepatutnya boleh mengarah,

membimbing dan menggerakkan pelajar

untuk membina sikap yang diingini.

Keselamatan di bengkel kolej

komuniti amat penting bagi mengelakkan

sesi pengajaran dan pembelajaran

terganggu dan mengurangkan

keberkesanannya dan ini menuntut

kerjasama dari pihak pensyarah dan juga

pelajar itu sendiri. Kebiasaannya,

pensyarah akan memberikan penerangan

terhadap amalan keselamatan kerja amali

dan langkah kerjanya sebelum sesuatu

amali dijalankan. Pelajar akan diingatkan

dari semasa ke semasa supaya mereka

dapat membentuk budaya kerja yang

selamat untuk diri sendiri, orang lain,

alatan dan mesin serta persekitarannya.

Tanggungjawab seseorang pensyarah

bukan sahaja melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik kuliah atau bengkel tetapi pensyarah

juga harus sentiasa dapat mengurus dan

mengawal tingkahlaku pelajar semasa di

dalam bengkel. Ini adalah untuk

mengelakkan kemalangan dan

meningkatkan tahap keselamatan pelajar-

pelajar semasa menggunakan bengkel. Ini

secara tidak langsung, dapat melancarkan

proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam bengkel.

Menurut Fong (2000) dalam

Hayati (2000), masalah keselamatan dan

kesihatan pekerjaan yang melibatkan

orang lain seperti kemalangan yang

melibatkan pelajar juga merupakan isu

sensitif yang memerlukan perhatian yang

teliti dan tindakan yang berkesan perlu

diambil. Menurut Spielman (1979) dalam

Hayati (2000), fungsi bengkel adalah

menyerupai fungsi sesebuah industri

kecil. Lascoe (1973)dalam Hayati (2000)

juga menyatakan aspek kemalangan

industri mempunyai hubung kait yang

rapat dengan pengurusan bengkel di

institusi pengajian, dimana bengkel

seakan-akan seperti sebuah industri kecil

yang mempunyai fungsi operasi yang

sama dengan industri sebenar.

Menurut Turner (1945) dalam

Hayati (2000), walaupun tahap

kemalangan di bengkel adalah tidak

setinggi berbanding dengan industri,

namun ia masih perlu diberi perhatian

yang serius kerana selain ianya

mempengaruhi keberkesanan proses

Page 18: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

P&P, kemalangan yang berlaku di bengkel

juga boleh membawa maut. Ilmu

pengetahuan dan kemahiran keselamatan

yang yang diterapkan oleh pensyarah di

institusi pengajian adalah amat berguna

apabila seseorang pelajar keluar bekerja

pada masa akan datang. Selain itu, OSHA

(Akta Keselamatan dan Kesihatan

Pekerja) meletakkan tanggungjawab

keselamatan dan kesihatan pelajar ke atas

pihak institusi pengajian.

Selain itu, keperluan kelengkapan

bengkel seperti alatan dan mesin

haruslah diambil kira. Ini adalah kerana

ianya mestilah bersesuaian dengan

kandungan proses P&P. Lee (1982) dalam

Amran Khalid (2002) menyatakan

keperluan kemudahan dan peralatan

bergantung kepada kandungan program

pengajaran. Beliau menambah lagi

bahawa kemudahan dan peralatan perlu

dikendalikan dan dijaga supaya ianya

tidak mengganggu pengajaran.

Bagi mendapatkan sesuatu

pengurusan bengkel yang bersistematik

dan teratur, seseorang pensyarah itu

perlu belajar untuk mempertingkatkan

pengetahuannya di dalam pengurusan

dan keselamatan bengkel. Eric Hoyle

(1980) dalam Wirdawati (2007)

menyatakan ahli professional seperti

pensyarah perlu mempunyai

pengetahuan yang bersistematik dan

pengalaman yang sesuai.

Di sini jelaslah bahawa

pengetahuan seseorang pensyarah kolej

komuniti itu memainkan peranan yang

penting bagi mendapatkan pengurusan

bengkel secara terkawal, terurus,

terancang dan bersistematik. Selain itu

pengalaman seseorang pensyarah juga

merupakan salah satu faktor yang penting

di dalam pengurusan dan keselamatan

bengkel di kolej komuniti. Sesungguhnya

kelengkapan seperti peralatan dan bahan

di dalam bengkel banyak menyumbang

kepada keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran sekiranya aspek

keselamatan dilaksanakan dengan baik di

sesebuah kolej komuniti.

KONSEP SEGERA

Konsep Segera membawa maksud

kepada kadar kepantasan dan kecekapan

dalam melaksanakan sesuatu tugas. Para

pensyarah perlulah memberi komitmen

yang tinggi dan segera dalam

menjalankan tugasan mengajar tanpa

membazir dan melengahkan masa untuk

Page 19: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

menyampaikan sesuatu silibus terhadap

para pelajar. Selain itu, setiap pensyarah

perlulah bertindak segera dalam

menangani apa jua situasi semasa proses

P&P dijalankan, contohnya seperti

bertindak pantas menyelesaikan masalah

yang berlaku semasa proses P&P

berlangsung. Seterusnya, Konsep Segera

ini juga perlu supaya budaya kerja

seseorang pensyarah itu lebih efektif dan

inovatif. Kaedah Perlaksanaan yang

diperlukan bagi menerapkan Konsep

Segera dalam Proses P&P pula adalah

para pensyarah perlulah konsisten

mengikuti pelan rancangan mengajar

supaya ia segera mencapai sasaran. Setiap

pensyarah juga perlu memberi pesanan

kepada para pelajar supaya melaporkan

apa sahaja situasi kepada pensyarah agar

tindakan yang cepat boleh dilakukan.

KONSEP SELIA

Konsep Selia merupakan suatu

aktiviti yang dilakukan oleh pensyarah

untuk menyelia dan mengawal prestasi

akademik para pelajar. Dengan

mengamalkan Konsep Selia ini, para

pensyarah akan sentiasa memantau

segala perkembangan akademik para

pelajar. Sebagai contoh, pensyarah akan

memeriksa semua tugasan yang

dilakukan pelajar dan bertindak sebagai

penasihat apabila perlu. Melalui konsep

ini, para pensyarah akan lebih mudah

mengenalpasti sesuatu masalah yang

dihadapi oleh pelajar dan secara langsung

dapat menyelesaikan masalah tersebut

dengan cepat dan berkesan. Hal ini adalah

kerana apabila para pensyarah menyelia

pelajar dari awal, pensyarah akan lebih

mengetahui dan memahami situasi

pembelajaran para pelajar dan ia akan

memberikan impak positif kepada proses

P&P. Kaedah perlaksanaan Konsep Selia

dalam Proses P&P boleh dilakukan

dengan cara para pensyarah perlulah

sentiasa merekodkan segala pergerakan

dan perkembangan akademik setiap

pelajar bagi memudahkan pensyarah itu

sendiri mengenalpasti dan mengawal

setiap pelajarnya. Hal yang demikian juga

akan menyumbang kepada cara kerja

berkualiti dan prestasi cemerlang para

pelajar.

KONSEP SOLEH

Konsep soleh ini membawa

maksud kepada keperibadian yang luhur

Page 20: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

bagi para pensyarah. Pensyarah adalah

merupakan contoh ataupun “role model”

kepada pelajarnya. Sudah semestinya

para pelajar akan mencontohi setiap

perlakuan ataupun keperibadian para

pensyarah mereka. Maka para pensyarah

seharusnya mempunyai keterampilan

yang baik bagi dicontohi oleh para pelajar

mereka. Selain itu para pensyarah juga

perlulah menitikberatkan tentang sahsiah

dan juga akhlak para pelajar mereka. Di

sini ditegaskan bahawa bukan sahaja

pensyarah perlu mempunyai nilai-nilai

keperibadian yang luhur, malah

pensyarah juga perlu memastikan para

pelajar mereka mengamalkan ciri-ciri ini.

Oleh itu, para pensyarah seharusnya

menerapkan nilai-nilai murni di dalam

proses P&P mereka.

Nilai murni dapat didefinisikan

sebagai “perlakuan yang baik, peradaban

dan tatasusila individu manusia dalam

hubungannya sesama manusia, alam dan

tuhan. Nilai-nilai murni sesuatu

masyarakat biasanya diasaskan kepada

agama. Memang menjadi tujuan semua

agama, untuk membentuk kehidupan

penganutnya untuk menjadi baik dan

berakhlak mulia” Oleh itu haruslah diingat

bahawa disamping memperolehi ilmu

pengetahuan, proses pendidikan juga

mampu melahirkan pelajar yang

mempunyai ciri-ciri nilai murni yang baik

dan juga terpuji. Pengamalan nilai-nilai

murni ini seharusnya diterapkan sejak

dari awal lagi untuk memastikan

pembangunan insaniah berkembang

dalam keadaan sempurna. Nilai-nilai

murni ini juga merupakan aspek penting

dalam pembinaan sahsiah individu.

Sesuatu bangsa akan hancur

sekiranya masyarakat berada jauh

daripada landasan Islam yang

sebenarnya. Jika dilihat dari aspek

sejarah, kegemilangan tamadun Islam

yang dibina adalah bertunjangkan

kerohanian yang mantap daripada umat

yang terdahulu. Menurut Yusof Al-

Qardhawi dalam Mohd Zaini (2000)

dalam buku tulisannya menyatakan

masyarakat Islam terbina di atas akhlak

dan nilai-nilai luhur yang diyakini

keimanannya kepada agamanya serta

syariatnya. Akhlak adalah sebahagian dari

agama memandangkan ia adalah perintah

atau larangan yang datang dari Allah

s.w.t. Lantaran itu, masyarakat tersebut

adalah masyarakat berakhlak. Oleh itu,

penerapan nilai-nilai murni ini adalah

untuk memastikan sesebuah masyarakat

Page 21: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

itu mempunyai ciri-ciri yang baik di sisi

agama.

Justeru, bagi membina sebuah

Negara dan peradaban yang cemerlang

maka pembentukan jati diri generasi

muda dari awal usia remaja adalah

penting. Dengan ini, nilai-nilai murni

mestilah diterapkan dengan sempurna

kepada generasi muda pada hari ini agar

mereka tidak terus hanyut dengan

kemodenan semata-mata tanpa

mempunyai jati diri yang mantap dalam

menghadapi arus globalisasi yang kian

mencabar. Negara mungkin berjaya

menghasilkan ramai pekerja yang

berpengetahuan dan berkemahiran tetapi

kontang dengan nilai dan akhlak

sosialnya Izani (1997). Oleh itu adalah

wajar untuk menggabungkan antara

pendidikan formal dan pendidikan tidak

formal bagi mewujudkan satu sistem

pendidikan yang benar-benar sempurna.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat

negara bagi merealisasikan wawasan

2020, maka aspek nilai-nilai murni tidak

boleh dipisahkan atau diabaikan begitu

sahaja. Nilai-nilai murni ini perlulah selari

dengan aspek pembangunan negara dan

menjadi asas dalam pembentukan

masyarakat. Menurut Mohd Komel

(1998), punca permasalahan keruntuhan

nilai moral berlaku disebabkan tipisnya

iman individu terhadap agama dan nilai-

nilai baik atau yang diistilahkan sebagai

nilai-nilai murni.

Kolej komuniti juga sebagai satu

institusi masyarakat perlulah

mementingkan perkembangan dan

perubahan tingkahlaku pelajar mengikut

arah dan kehendak masyarakat itu

sendiri. Justeru itu, seharusnya kolej

komuniti memainkan peranan untuk

mengekalkan corak kehidupan dan

kebudayaan yang dianggap baik seperti

berbudi bahasa, sopan santun dan

bersifat hormat-menghormati. Akan

tetapi pada masa kini masyarakat dilanda

perubahan social yang pesat dalam zaman

perindustrian dan teknologi (Wan Mohd.

Zahid, 1993). Oleh

itu, pendidikan di institusi pendidikan

juga memainkan peranan sebagai egen

memodenkan masyarakat dalam semua

bidang termasuklah sahsiah pelajar. Ini

bermakna pendidikan di setiap institusi

pendidikan perlu mementingkan nilai

kemasyarakatan dan perkembangan sifat

serta membawa pembaharuan semasa

yang mendatangkan kesan di dalam

pembentukan sahsiah seseorang individu

pelajar tersebut.

Page 22: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Oleh itu di dalam apa jua proses

pengajaran dan pembelajaran, pensyarah

memainkan peranan yang penting

sebagai agen perantaraan ilmu. Dengan

itu, dalam proses menerapkan nilai-nilai

murni, pensyarah terlebih dahulu perlu

mempunyai sahsiah yang baik untuk

dicontohi oleh semua pelajar. Dalam hal

ini, Mohd Komel (1988) menjelaskan

bahawa contoh tauladan para pendidik

inilah yang banyak membantu

pembentukan akhlak pelajar.

Pensyarah yang seharusnya terlebih

dahulu dilengkapi dengan ciri-ciri akhlak

yang mulia walaupun masyarakat kurang

menghargai golongan yang berbudi luhur

ini. Menurut Taaherah (1994), para

pendidik seharusnya dapat

mengintegrasikan prinsip kepercayaan

kepada Tuhan dalam semua mata

pelajaran yang diajarnya. Ini akan

memperkuatkan moral dan pegangan

para pelajar dan menghalang

pertumbuhan fahaman ateistik,

materialistic sekularisme. H. Muhamad

(1993), dalam kajiannya berhubung

dengan kefahaman dan penghayatan

terhadap Falsafah Pendidikan Negara

telah menyatakan bahawa kefahaman ke

arah perlaksanaan FPN adalah

berdasarkan kepada kemampuan para

pendidik untuk menghurai isi-isi penting

dalam penerapan dan pengalaman nilai-

nilai murni dalam kehidupan seharian.

Kefahaman ini sewajarnya boleh

diterjemahkan melalui penghayatannya

dalam bentuk amalan dan tingkah laku

yang dapat dicontohi dan dihayati oleh

pelajar.

Di Kolej komuniti pensyarah

memainkan peranan sebagai ibubapa

dalam membentuk pelajar selaras dengan

penerapan yang dimasukkan dalam

Falsafah Pendidikan Negara. Nilai-nilai

murni sepatutnya mula diterapkan dari

pendidikan pra sekolah lagi merupakan

“basic” atau asas kepada proses

pembelajaran dan perkembangan ini akan

membentuk peribadi dan bernilai murni

sehinggalah mereka berada di pusat

pengajian tinggi. Di Malaysia dewasa ini

isu-isu penerapan nilai murni semakin

ketara dan menonjol. Kementerian

Pendidikan Malaysia telah melaksanakan

strategi penerapan nilai-nilai murni

secara komprehensif dimana: " Nilai-nilai

murni akan disisipkan melalui kesemua

matapelajaran dan akan diperkukuhkan

melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum,

formal dan tidak formal, di dalam dan di

luar bilik darjah, akan digunakan

sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk

Page 23: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

memastikan penerapan nilai-nilai murni

akan berhasil dan berkesan." Pensyarah

bukan hanya perlu menjalankan tugas

mengajar matapelajaran yang terdapat

dalam silibus tertentu sahaja, malah para

pensyarah perlulah menerapkan nilai

murni di dalam setiap matapelajaran yang

diajarkan kepada para pelajar.

Adakalanya nilai murni yang disalurkan

itu tidak terdapat secara khusus di dalam

matapelajaran tersebut tetapi ianya

perlulah diterapkan secara tidak formal

seperti komunikasi yang baik antara

pensyarah dan pelajar contohnya yang

akan mempengaruhi penanaman nilai

dalam jiwa pelajar.

KONSEP SELAMI

Konsep Selami pula bermaksud

mengambil tahu dan memahami keadaan

para pelajar. Konsep ini tidak tertumpu

pada akademik para pelajar sahaja, tetapi

ia lebih kepada sifat kemanusiaan

seorang pensyarah terhadap pelajar.

Konsep Selami ini penting bagi setiap

pensyarah mengamalkannya, iaitu para

pensyarah turut perlu mengetahui

keadaan dan kebajikan para pelajar. Hal

ini kerana, tidak semua orang memiliki

nasib yang baik. Kemungkinan terdapat

segelintir pelajar yang menghadapi

masalah peribadi yang secara tidak

langsung akan menjejaskan prestasi

pelajarannya. Oleh demikian, pensyarah

perlulah memainkan peranan dengan

menyelami masalah yang dialami, sejurus

itu cuba memberikan bantuan dan

sokongan moral terhadap pelajar yang

berkenaan. Konsep Selami yang

menonjolkan sifat kemanusiaan dan nilai-

nilai murni ini akan membawa kepada

persekitaran yang harmoni dan efektif

dalam Proses P&P. Kaedah Perlaksanaan

bagi menerapkan Konsep Selami dalam

Proses P&P adalah terlebih dahulu

pensyarah perlulah memaklumkan

kepada para pelajar bahawa apa sahaja

masalah berkaitan peribadi yang mungkin

boleh menjejaskan pelajaran boleh

diadukan kepada pensyarah dan bantuan

yang sewajarnya akan cuba diberi. Hal ini

kerana, kebanyakan pelajar lebih gemar

menyembunyikan masalah mereka

kerana berpendapat bahawa pensyarah

itu adalah garang dan mungkin akan

memarahinya. Pemikiran ini sewajarnya

perlu dilenyapkan dengan mengamalkan

Konsep Selami ini, secara tidak langsung

ia akan mencipta susana pembelajaran

yang lebih selesa, produktif dan berkesan.

Page 24: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KONSEP SISTEMATIK

Konsep Sistematik membawa

maksud kepada menjalankan kerja secara

tersusun dan teratur. Di sini konsep ini

begitu penting dalam perlaksaan proses

P&P kerana menurut Heinich (1981)

pengajaran akan menjadi lebih berkesan

jika penggunaan media dirancang secara

sistematik.” Dengan kaedah P&P yang

sistematik akan memberikan impak yang

positif terhadap kefahaman para pelajar

dalam proses pembelajaran itu sendiri.

Sebagai media pengajaran yang

menghampiri konkrit (Dale, 1985) media

yang digunakan secara sistematik dapat

merangsang daya imaginasi dan

perbincangan. Ia dapat menjamin proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan

lancar di samping meningkatkan

kefahaman dan menghindar salah

tanggapan dan pentafsiran. Di dalam kes

ini para pelajar mungkin akan keliru

sekiranya proses P&P dijalankan tanpa

kaedah sistematik dan teratur. Maka

pensyarah sewajarnya merancang proses

P&P itu terlebih dahulu dan

melaksanakan proses tersebut dengan

“step by step” mengikut aturan dan proses

yang tersusun.

KONSEP SOKONGAN

Konsep sokongan ini adalah

membawa maksud kepada bimbingan dan

dorongan pensyarah kepada pelajar.

Pensyarah harus berusaha untuk

memotivasi pelajar, kerana motivasi

adalah kekuatan pendorong yang

membuat pelajar untuk berusaha keras

dalam proses pembelajaran mereka.

Selain ibubapa, pensyarah adalah

merupakan pembimbing utama yang akan

membentuk para pelajar mereka. Seperti

yang kita ketahui pelajar kolej komuniti

kebanyakkannya adalah merupakan

pelajar yang tertinggal di dalam akademik

mereka dalam bersaing dengan rakan-

rakan yang lain yang berjaya melanjutkan

pelajaran di universiti dan politeknik.

Kebanyakkan mereka adalah pelajar yang

bermasalah dalam aspek akademik di

peringkat sekolah lagi. Maka disini

peranan pensyarah kolej komuniti adalah

besar bagi membimbing pelajar mereka

dalam bidang akademik dan juga sahsiah

agar kembali di landasan yang betul.

Dorongan dan bimbingan daripada

pensyarah ini akan kembali membuka

jalan dan kepercayaan pelajar bagi proses

pembelajaran.

Page 25: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Seharusnya pendekatan psikologi

amat penting dalam membimbing pelajar

kolej komuniti ini, dimana para

pensyarah seharusnya pandai memujuk

pelajar dan membimbing mereka agar

mereka menjadi lebih maju. Menurut

kajian yang telah dijalankan oleh Amira,

Hasnah dan Zurilawati (2010) di Kolej

Komuniti Bayan Baru mendapati

pendekatan psikologi ini amat penting

dalam membimbing pelajar dan

pensyarah janganlah sekali-kali

mengecilkan hati pelajar. Ini kerana

mengecilkan hati seorang pelajar hanya

membunuh semangat yang terbaik di

dalam diri pelajar tersebut. Sokongan

dan dorongan pensyarah terhadap

pelajar-pelajarnya akan memimpin

mereka untuk berjaya luar biasa. Maka

dengan ini jelaslah bahawa sokongan dan

motivasi daripada pensyarah adalah

kunci dalam proses pembelajaran.

KONSEP SEMAK

Konsep semak ini adalah

bermaksud kepada proses pemantauan

dan penilaian yang berterusan terhadap

tahap akademik para pelajar. Gay (1985)

berpendapat bahawa penilaian adalah

satu proses yang dianggap sistematik

semasa mengumpul dan menganalisis

data bagi mengenalpasti samada sesuatu

objektif yang telah ditetapkan itu tercapai

ataupun tidak. Hal ini dapat menetukan

para pensyarah membuat pertimbangan

dan keputusan yang tepat berhubung

proses pengajaran dan pembelajaran.

Para pensyarah seharusnya sentiasa

memantau kefahaman dan penerimaan

para pelajar terhadap proses P&P yang

telah dilaksanakan berdasarkan proses

penilaian yang dilaksanakan kepada

pelajar. Ianya merupakan satu proses

membuat pertimbangan dalam mentafsir

hasil pengukuran dan bertujuan

memberikan maklumat tenetang

pencapian pelajar, objektif pelajaran,

kaedah mengajar dan kurukulum. Di

dalam konteks ini penilaian pembelajaran

dapat memberikan maklum balas yang

kekal bagi memperbaiki pembelajaran

para pelajar. Ini adalah bagi mengelakkan

terjadinya “syok sendiri” kepada

seseorang pensyarah itu.

Kesimpulannya konsep ini penting

bagi pencapaian P&P yang berkesan

adalah melalui langkah-langkah

pengujian, pengukuran dan penilaian

yang tepat dan berkesan dijalankan oleh

pensyarah di bilik kuliah atau bengkel.

Page 26: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Jesteru kecekapan pensyarah dalam

membangunkan instumen pengujian dan

penilaian amat penting malah sama

pentingnya dengan penguasaan

pensyarah terhadap kurikulum bagi

menjamin keberkesanan proses P&P.

KONSEP SEMANGAT

Konsep Semangat merupakan

suatu konsep yang menerangkan kepada

kesungguhan seseorang dalam

melakukan sesuatu perkara. Konsep

Semangat ini perlu diamalkan oleh

pensyarah di dalam Proses P&P kerana ia

merupakan satu elemen penting yang

diperlukan dalam Proses P&P. Hal ini

kerana apabila pensyarah sentiasa

bersemangat mengendalikan Proses P&P,

ia akan melambangkan imej positif pada

pensyarah tersebut. Antaranya adalah ia

akan menonjolkan keyakinan diri dan

kesungguhan pensyarah tersebut untuk

mengajar, secara langsung ia turut

memberi impak positif kepada para

pelajar. Para pelajar akan lebih berminat

dan seronok untuk belajar kerana sikap

pensyarah yang bersemangat

menyampaikan ilmu. Para pelajar juga

akan lebih menghargai dan menunjukkan

kesungguhan terhadap pensyarah

mereka. Kaedah perlaksanaan yang perlu

dilakukan bagi menerapkan Konsep

Semangat dalam Prses P&P adalah

dengan memastikan pensyarah sentiasa

bersedia sebelum memulakan Proses

P&P. Pensyarah juga perlu sentiasa

menunjukkan kesungguhan dan semangat

yang tinggi sepanjang menjalankan

Proses P&P.

KONSEP STAMINA

Konsep stamina ini membawa

maksud kepada keperluan terhadap

tahap kecergasan yang optimum

dikalangan para pensyarah sewaktu

menjalankan proses P&P. Di dalam

konsep ini, stamina adalah bermaksud

kepada daya tahan serta kekuatan fizikal

dalam melaksanakan setiap amalan

seharian termasuklah di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah

penting bagi menjamin proses P&P

tersebut dapat dijalankan dan

disampaikan dengan baik. Selain itu, para

pensyarah juga perlu menitikberatkan

konsep ini kepada pelajar-pelajar mereka.

Ini adalah bertujuan agar para pelajar

Page 27: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

juga mempunyai tahap kecergasan yang

baik.

Ini kerana tahap kecergasan ini

adalah berkadar langsung terhadap tahap

kecerdasan otak serta emosi pelajar dan

juga pensyarah itu sendiri. Ini kerana

menurut Azizi dan Amir Hamzah (2003),

kegagalan pelajar dalam bidang akademik

serta berkelakuan yang tidak menepati

norma masyarakat adalah disebabkan

oleh kekurangan salah satu bidang

kecerdasan emosi iaitu kecerdasan

interpersonal. Walaupun para pelajar

mempunyai tahap kebolehan yang

hampir sama tetapi pencapaian akademik

mereka adalah berbeza. Percanggahan ini

mungkin disebabkan oleh beberapa

faktor yang mempengaruhi kebolehan

pembelajaran seseorang. Maka disini

jelaslah bahawa pentingnya tahap

kecergasan yang baik bagi seseorang

individu itu. Bagi mengaplikasikan

konsep ini para pensyarah dan pelajar

haruslah banyak melibatkan diri di dalam

aktivi-aktiviti yang boleh mengekalkan

tahap kecergasan dan stamina mereka.

CADANGAN PEMANTAPAN KONSEP 18S

DALAM PROSES P&P

1. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana

Konsep 18S dengan terma rujukan yang

jelas.

Penubuhan jawatankuasa ini

penting bagi memastikan terdapat

individu yang

dipertanggungjawabkan

mengepalai dan memantau

pelaksanaan Konsep 18S ini. Ia

juga bertujuan untuk

meningkatkan penyertaan secara

meyeluruh terhadap para

pensyarah. Peranan Jawatankuasa

Pelaksana Konsep 18S ini perlu

dijelaskan bagi memudahkan

setiap ahli merujuk dan

berbincang kepada yang

berkenaan berkaitan isu atau

masalah yang dihadapi. Ia akan

melancarkan pelaksanaan tugas

dan tanggungjawab ahli

jawatankuasa.

2. Menentukan pelan tindakan bagi

pelaksanaan Konsep 18S

Penentuan pelan tindakan

pelaksanaan Konsep 18S bertujuan

Page 28: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

untuk memudahkan proses

pelaksanaan Konsep 18S. Dengan

adanya pelan tindakan, sesuatu

proses akan lebih tersusun dan

sistematik. Segala pelaksanaan

Konsep 18S akan lebih terancang

dan secara langsung akan

mewujudkan budaya kerja dan

prestasi yang cemerlang dalam

kalangan pensyarah.

3. Mengadakan program-program latihan

berkaitan Konsep 18S

Penganjuran program latihan

berkaitan Konsep 18S ini

bertujuan untuk memahami dan

mendalami lebih lagi pengetahuan

berkaitan Konsep 18S ini di

samping untuk membudayakan

konsep ini terhadap para

pensyarah. Antara

program/latihan yang perlu

diadakan untuk meningkatkan

kefahaman para pensyarah

terhadap konsep ini adalah seperti

“Program Membudaya dan

Memperkasakan Konsep 18S

dalam Proses P&P” dan “Program

Kesedaran Amalan Konsep 18S”.

4. Memantau keberkesanan pelaksanaan

Konsep 18S secara berterusan.

Pemantauan keberkesanan

pelaksanaan Konsep 18S yang

berterusan perlu dilakukan secara

konsisten bagi mengetahui segala

permasalahan dan isu yang timbul,

seterusnya tindakan penyelesaian

perlu diambil segera. Melalui

kaedah pemantauan ini, Konsep

18S akan terus diamalkan dengan

penuh yakin dan semangat.

5. Mengkaji semula dan menentukan

langkah-langkah penambahbaikan secara

berterusan.

Pengkajian semula dan penentuan

langkah-langkah penambahbaikan

yang berterusan bertujuan bagi

mendapatkan kualiti budaya kerja

yang terbaik dalam mengamalkan

Konsep 18S untuk Proses P&P.

Selain itu ia dapat memberikan

idea-idea baru yang boleh

diterapkan dalam Konsep 18S

supaya konsep ini sentisa segar

dan tidak membosankan, secara

tidak langsung, Konsep 18S ini

akan senantiasa berterusan

menjadi amalan dan budaya kerja

Page 29: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

yang tidak membebankan malah

menyeronokkan dan menjadi

kebanggaan para pensyarah

dengan mengamalkan budaya

kerja Konsep 18S ini.

PENUTUP

Perlaksanaan Konsep 18S dalam Proses

P&P ini merupakan satu pendekatan

terbaik yang akan mengubah

persekitaran berkualiti dalam Proses

P&P, disamping dapat melahirkan para

pensyarah yang inovatif, kreatif,

bermotivasi, berterampilan,

berkeperibadian luhur, bersemangat dan

berdaya saing. Secara tidak langsung, ia

dapat menghasilkan para pelajar yang

lebih berkualiti dan cemerlang. Oleh yang

demikian, pelaksanaan Konsep 18S ini

perlu diperkasakan dan diperhebatkan

lagi bagi mencapai matlamat dan dasar

pendidikan itu sendiri. Konsep 18S ini

perlu berterusan sehingga ia sebati

menjadi budaya kerja setiap pensyarah

dan seharusnya para pensyarah perlulah

memberi komitmen yang tinggi bagi

memastikan Konsep 18S ini dilaksanakan

dengan jayanya dan berkesan.

BIBLIOGRAFI

1. Kamus Dewan (1996). Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka

2. Pelan Stategik Pengajian Tinggi

Negara. (2008). Kementerian

Pengajian Tinggi Negara

3. Mohd Shahidi Bin Mohd Saad. (2010).

Program Pembangunan Sahsiah di

Kolej komuniti, Kementerian pengajian

Tinggi Malaysia: Suatu Tinjauan bagi

Tahun 2010.

4. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Rancangan Malaysia ke-9

5. Amira Binti Omar. (2010) Jenis

Psikologial: Satu pendekatan kearah

keberkesanan Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Kolej Komuniti Bayan

Baru.

6. Mohd Anuar Bin Abdul Rahman &

Norshahril Bin Abdul Hamid., Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Kesan Persekitaran UTM

terhadap Pembangunan Emosi Pelajar

Di fakulti Pendidikan.

7. Muhd Nazmi Bin Ismail.(2002). Kajian

Persekitaran terhadap sebuah kolej

Universiti terhadap keselesaan aktiviti

Pengajaran Dan pembelajaran.

Universiti Tun Hussein Onn.

Page 30: PERLAKSANAAN KONSEP 18 S DIKALANGAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

8. Amiza bt Yaman. Kesediaan Pensyarah

Dalam perlaksanaa Pengajaran Dan

pembelajaran Menggunakan Outcame

Based Education (OBE). Politeknik

Port Dickson

9. Siti Atiqah Binti Sharudin. (2008).

Faktor yang mempengaruhi

keberkesanan Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Bengkel Vokasional Di

Dua Buah sekolah Menengah teknik Di

Negeri Sembilan. Universiti Teknologi

Malaysia.

10. Ahmad Fuad Md. Idris (1995).

Kepentingan Amalan Keselamatan di

Bengkel Kimpalan

11. dan Fabrikasi Logam di Sekolah

Menengah Vokasional Kuala

Terengganu,

12. Kemaman dan Besut Negeri

Terengganu: Satu Tinjauan. Universiti

Teknologi

13. Malaysia:Tesis Sarjana Muda.

14. Amran Khalid (2002). Amalan

Pengurusan Bengkel di Sekolah

Menengah Vokasional yang Telah di

Naik Taraf. Satu Tinjauan. Universiti

Teknologi Malaysia:Tesis

15. Sarjana Muda.

16. Aziah Daud (2003). Healthy Workplace

Report November 2003 Government

Printing

17. Johor Bahru. Occupational Health Unit

Disease Control Division Ministry

18. Health of Malaysia. Johor Bahru.

NIOSH.

19. Azizi Yahaya et. al (2007). Menguasai

Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur:

20. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

21. Azmi Bunawan (2007). Tinjauan

Terhadap Keberkesanan Perlaksanaan

Pengurusan

22. Bengkel Oleh Guru-guru Kemahiran

Hidup di Sekolah-sekolah Daerah Batu

Pahat, Johor. Universiti Teknologi

Malaysia:Tesis Sarjana Muda.