kertas kerja keceriaan spbt 2016

Upload: zarah-ahmad

Post on 09-Mar-2016

1.004 views

Category:

Documents


95 download

DESCRIPTION

bilik boss

TRANSCRIPT

SMK CYBERJAYA

PERSIARAN FAUNA 2, ZON FLAGSHIP 2,

63000 CYBERJAYA, SEPANG

SELANGOR.KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM

KECERIAAN BILIK BOSSDISEDIAKAN OLEHPN ASLANIAH JAMALI

PK KURIKULUMZARAH BINTI AHMAD

SETIAUSAHA SPBTKERTAS KERJA

PERMOHONAN PERUNTUKAN PROGRAM KECERIAAN

BILIK BOSS

1.0 PENDAHULUAN

Program SKIM Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975. SPBT adalah merupakan satu program memberi pinjaman buku teks kepada semua pelajar semenjak tahun 2008 setelah kerajaan menggubal dasar memberi buku teks kepada semua pelajar tanpa mengira dari segi kelayakan. Semua warganegara layak mendapat buku teks.Bilik BOSS ini telah ditubuhkan pada tahun 2004. Bilik ini terletak di tingkat 1, blok D. Tujuan bilik ini adalah menguruskan hal ehwal SPBT sekolah ini seperti agihan, pelupusan dan pemulangan buku teks. Dengan adanya bilik ini, ia dapat melancarkan lagi pengurusan SPBT. Berdasarkan keadaan semasa setiap tahun, kemasukan pelajar semakin bertambah serta penawaran subjek tingkatan 4 yang berubah menyebabkan kuantiti buku teks juga semakin meningkat. Keadaan ini menyebabkan bilik SPBT dan keperluan infrastruktur yang diterima ketika penubuhan tidak dapat menampung jumlah buku yang ada. Selain itu, melalui pemantauan pihak KPM, unit SPBT disarankan untuk menaiktarafkan keperluan bilik BOSS bagi memenuhi aspek yang telah ditetapkan.

2.0 MATLAMAT

Program keceriaan bilik BOSS adalah memastikan unit SPBT dapat melakukan operasi buku teks dengan cekap, cepat dan berintegriti dengan adanya kemudahan infrastruktur yang lengkap.3.0 OBJEKTIF3.1 Menguruskan hal-hal buku teks dengan berkualiti dan menepati kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia3.2 Menguruskan pemerolehan dan bekalan buku teks dengan secukupnya3.3 Memastikan bekalan buku teks yang diperoleh oleh para pelajar berada dalam keadaan baik3.4 Memastikan buku-buku yang disimpan di dalam bilik Operasi SPBT dijaga dengan baik

3.5 Mengutamakan kepuasan hati pelanggan dalam pengagihan dan pemulangan buku teks

4.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi

: Pn Nurul Aini Chan Bt Abdullah

PengetuaNaib pengerusi I: Pn Hjh Aslaniah Bt Jamali

Penolong Kanan HEMNaib pengerusi II: Pn Che Supiah Bt Che Awang

Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi III: Pn Rosnah Bt Sarip

Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha SPBT : Zarah Bt AhmadPenyelaras

: Pn Roslinda Bt Khalid

Pn Salmy Bt Mohd Yatim

Pn Haryani Bt Arafullah

Pn Ashikin Bt Ahmad5.0 ANGGARAN KEWANGAN

Menggunakan sumber peruntukan daripada PIBG bagi membiayai kos menyediakan keperluan berkaitan dengan bilik boss. Anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut:

BilButiranHarga seunit (RM)KuantitiJumlahJumlah keseluruhan (RM)

1Kaunter pinjaman buku1 00011 0001000

2Almari besi2002400400

3Kerusi pejabat1452290290

4Komputer2 000120002000

5Mesin cetak3001300300

6Meja kerja800216001600

7Kerusi plastik2410240240

8File folder445220220

9Kabinet rendah berpintu3002600600

10Kipas berdiri1501150150

11Kerusi sofa5001500500

12Rak kasut5015050

13Meja sofa1501150150

14Penyapu/penyodok/bakul sampah1 set4040

JUMLAH7 540

6.0 PENUTUP

Kerjasama positif daripada pihak PIBG amatlah kami alu-alukan dalam usaha melicinkan lagi sistem pengurusan unit SPBT SMK Cyberjaya menepati piawaian pengurusan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan ini besar harapan pihak sekolah agar PIBG untuk mempertimbang dan meluluskan usul kertas kerja permohonan peruntukan kemudahan perabot dan alatan daripada unit SPBT SMK Cyberjaya dapat diluluskan. Disediakan oleh:

(ZARAH BT AHMAD)Disemak oleh :

(HJH ASLANIAH BT JAMALI)

Disahkan oleh :

.

( NURL AINI CHAN BT ABDULLAH)