laporan kelab spbt 2011

Upload: wong-mee-eng

Post on 16-Jul-2015

299 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Laporan Kelab SPBT 2011 ( SJK ( C ) Tung Hua ) Tarikh:12 / 1 / 2011 Aktiviti : Pertubuhan Jawatankuasa SPBT Pada 12 Januari 2011 Kelab SPBT telah mengadakan sesi pertubuhan jawatankuasa SPBT . Jawatankuasa kelab SPBT ditubuhakan supaya semua aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Sebahagian murid juga terlibat dalam jawatankuasa. Ini adalah untuk melatih mereka lebih bersemangat membantu pihak sekolah dan melatih kepimpinan mereka. Diharap semoga Dr.Boss dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cekap dan bertanggungjawab.

Laporan Kelab SPBT 2011 Tarikh: Aktiviti : Memeriksa dan membuat spot check buku- buku pelajar Dalam sepanjang tahun , kelab SPBT telah mengadakan 3 kali memeriksa dan membuat spot check buku-buku pelajar. Tujuan menjalankan aktiviti ini adalah memastikan pelajar menjaga buku buku yang dipinjam dengan baik. Pada 28 March 2011 iaitu kali pertama mengadakan memeriksa dan membuat spot check buku-buku pelajar. Pada akhir pemeriksaan kali pertama ini , mendapati bahawa masih ada 30 % pelajar yang belum membalut buku mereka dengan pembalut buku. Oleh itu, guru SPBT memberi amaran kepada mereka supaya membalut buku mereka secepat mungkin.

Pada 23 Mei 2011dan 10 Otocber 2011,merupakan kali kedua dan ketiga mengadakan memeriksa dan membuat spot check buku-buku pelajar. Pada akhir pemeriksaan kali kedua dan ketiga ini, keputusannya amat memuaskan. Ini kerana semua pelajar telah membalut buku dengan kemas dan menjaga buku dengan baik.

Laporan Kelab SPBT 2011 Tarikh: 9 / 2 / 2011 Aktiviti : Mengemaskini sistem fail Sistem fail yang kemas dan teratur adalah penting dalam kelab SPBT. Semua fail akan dilabel, diminit dan dinomborkan mengikut sistem fail sekolah. Guru SPBT mencetak kertas minit fail dan dilekatkan di bahagian depan sebelah dalam kulit fail. Setiap kali ada guru SPBT akan menggunakan pen dakwat biru/hitam bagi merekodkan surat-surat keluar dan dakwat merah merekod surat-surat masuk .

Laporan Kelab SPBT 2011 Tarikh: 16 / 2 / 2011 Aktiviti : Penyelenggaraan Buku Stok Guru SPBT menyelenggaraan buku stok yang disediakan, sentiasa disemak dan ditandatangani oleh PKHEM serta ditutup kira-kira pada 31 Disember setiap tahun. Murid- murid pula menolong mengira bilangan baki buku dalam BOSS. Ini adalah untuk memastikan baki dalam buku stok adalah sama dengan baki fizikal di BOSS.

Laporan Kelab SPBT 2011 Tarikh: Aktiviti : Pengurusan Pemesanan Selepas membuat pengiraan buku stok, guru SPBT mengisi Borang BTBT190 & SPBT E dengan lengkap untuk membuat pesanan. Tujuannya ialah supaya dapat membekalkan buku teks yang mencukupi kepada murid-murid.

Laporan Kelab SPBT 2011 Tarikh: November Aktiviti : Penerimaan Bekalan Buku Teks Pada bulan November ini, guru SPBT sibuk dengan penerimaan bekalan buku teks. Tarikh penerimaan buku teks ada dicatat dalam BTBT460. Selepas itu , guru dan murid bekerjasama memasukkan maklumat pembekalan dan penerimaan buku telah dimasukkan dalam program eMATEKS. Murid-murid pula menolong mencatatkan No. Perolehan dan tarikh penerimaan pada setiap buku teks yang diterima. Oleh kerana masih ada sebahagian buku teks belum lagi diterima sebelum waktu persekolahan tamat. Jadi pengerusi Kelab SPBT terpaksa melatih beberapa orang kakitangan untuk bertanggung jawab dalam menerima buku teks pada masa cuti sekolah.

Laporan Kelab SPBT 2011 Tarikh: November Aktiviti : Pengurusan Pengagihan Buku Teks Pada minggu terakhir persekolahan ini , kelab SPBT sibuk dengan membuat pengagihan buku teks kepada setiap murid. Guru kelab SPBT menyediakan surat akuan penerimaan buku teks kepada setiap guru kelas. Semasa mengagihkan buku teks kepada murid. Guru kelas mesti mengisi surat akuan penerimaan buku teks dengan lengkap. Surat tersebut mesti ditandatangani oleh murid , ibu bapa dan guru kelas. Surat itu disimpan dalam fail di BOSS. Surat tersebut adalah bukti bahawa murid itu telah meminjam buku teks itu. Selain itu , guru kelas juga perlu mengisi borang SPBT G yang mengandungi maklumat peminjam. Borang ini juga perlu dilengkan dengan tandatangan dan tarikh guru kelas dan murid. Jika ada sebarang kehilangan berlaku , murid itu mesti

bertanggung jawab ke atas buku teks tersebut.