kertas kerja keceriaan 2014

Upload: nas-fellah-kalika

Post on 03-Jun-2018

379 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 KERTAS KERJA KECERIAAN 2014

    1/5

    UNIT KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 2014

    KERTAS KERJA

    UNIT KECERIAAN

    DAN KEBERSIHAN

    TAHUN 2014

    SK DATUK AKHIR ZAMAN

    71200 RANTAU

    NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

    NBA : 4028

  • 8/12/2019 KERTAS KERJA KECERIAAN 2014

    2/5

    UNIT KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 2014

    1.0 Nama ProgramPertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas

    2.0 RasionalProgram keceriaan dan kebersihan adalah satu program yang diwujudkanuntuk memastikan sekolah barada dalam keadaan ceria dan bersih.

    Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap

    tahap kebersihan sekolah melalui program ini.

    Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan

    proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

    Persekitaran kelas dan kawasan sekolah perlulah kondusif bagi

    mewujudkan semangat untuk belajar dalam kalangan murid.

    Unit keceriaan dan kebersihan telah merancang untuk menganjurkan

    pertandingan keceriaan dan kebersihan antara kelas bermula bulan

    Februari sehinga bulan Oktober pada tahun ini.

    Pertandingan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan motivasi dalam

    kalangan warga SKDAZ serta mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti

    sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.

    Sehubungan dengan itu, unit keceriaan dan kebersihan ingin memohonsumbangan daripada PIBG bagi menampung perbelanjaan untuk

    pembelian hadiah bulanan untuk kelas Tahap 1 dan Tahap 2 setiap bulan

    bermula bulan Februari hingga Oktober bagi meningkatkan motivasi serta

    dapat mewujudkan budaya saing yang sihat dalam kalangan warga

    SKDAZ.

    3.0 Objektifi.

    Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusiyang bersih, indah, selamat dan ceria.

    ii. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yangmaksimum.

    iii. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang paduantara pelajar, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam

  • 8/12/2019 KERTAS KERJA KECERIAAN 2014

    3/5

    UNIT KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 2014

    melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua

    pihak dalam program kebersihan sekolah.

    iv. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibubapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta

    menghargai kemudahan yang telah disediakan.v. Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam

    merealisasikan keberkesanan aktiviti.

    4.0 Tarikh PelaksanaanTarikh : Bulan Februari Bulan Oktober

    Tempat : Kelas Tahap 1 dan Kelas Tahap 2

    Masa : Sepanjang tahun

    5.0

    Kumpulan SasaranSemua pelajar SKDAZ dan guru-guru.

    6.0 Anggaran PerbelanjaanHadiah Bulanan Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas

    Tahap 1 Tahap 2 Jumlah

    RM 10.00 x 9 bulan

    (FEB OKT)

    RM 10.00 x 9 bulan

    (FEB OKT)

    RM 180.00

    7.0 Sumber KewanganPeruntukan PIBG sebanyak RM 180.00

    8.0 Implikasi KewanganTiada sumber kewangan.

    9.0 PelaksanaPengerusi : Pn Hjh Fadilah binti Haroon

    Naib Pengerusi : Pn Khadijah binti MasromPenyelaras : Pn Nasurah bt Mazlan

    Setiausaha : Cik Siti Rafeah binti Abd Hamid

    Ahli Jawatankuasa : Pn Emelia Diyana binti Kamaruddin

    En Md Leza bin Salleh

    Pn Norbaiti binti Alias

  • 8/12/2019 KERTAS KERJA KECERIAAN 2014

    4/5

    UNIT KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 2014

    Pn Puveneswari A/P Subramaniam

    Pn Aruna binti Malek

    Pn Salina binti Ahmad

    Pn Mazlina bt Abdul Rahman

    En Mohamad Sukri bin Abdul SalamPn Rusni binti Alias

    Cik Roshanida binti Abd Wahab

    Semua guru kelas

    10.0 PenutupAdalah diharapkan program ini akan dapat menghasilkan persekitaran

    sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat murid

    untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan

    hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah

    sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta

    tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga

    sekolah khasnya dan ibu bapa dan masyarakat setempat.

    Semoga program ini mendapat kerjasama dari pihak PIBG serta semua

    pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-

    murid dalam menghadapi kehidupan harian. Semoga segala

    sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama menjayakan

    program ini diberkati dan dirahmati.

  • 8/12/2019 KERTAS KERJA KECERIAAN 2014

    5/5

    UNIT KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 2014

    Disediakan oleh,

    ( PN NASURAH BT MAZLAN )Penyelaras

    Unit Keceriaan dan Kebersihan

    SK Datuk Akhir Zaman

    Disemak oleh,

    ...

    ( PN KHADIJAH BT MASROM )Guru Penolong Kanan HEM

    SK Datuk Akhir Zaman

    Diluluskan oleh,

    ( PN HJH FADILAH BT HAROON )

    Guru Besar

    SK Datuk Akhir Zaman