kertas kerja bola sepak

11
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN ZON KEDUP ANJURAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUMPAS 2013 01. PENGENALAN Bola sepak merupakan satu sukan yang amat popular di negara kita Malaysia pada masa kini. Keadaan ini juga dapat kita lihat turut menular dikalangan pelajar sekolah sekolah rendah. Melalui sukan bola sepak ini juga kita dapat mengeratkan hubungan dikalangan para pelajar kita. Oleh yang demikian Sekolah Kebangsaan Sumpas telah mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan satu pertandingan bola sepak bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak anjuran Majlis Sukan Sekolah Rendah Daerah Serian. 02. MATLAMAT Matlamat penganjuran pertandingan ini adalah untuk memupuk dan menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik para pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam bidang sukan. 03. OBJEKTIF 3.1Melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang ko-kurikulum atau sukan. 3.2 Membina kesedaran tentang kepentingan bidang sukan terhadap pelajar Sekolah Kebangsaan Sumpas.

Upload: karen-kayny

Post on 26-May-2015

14.108 views

Category:

Documents


58 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja bola sepak

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN

ZON KEDUP ANJURAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUMPAS 2013

01. PENGENALAN

Bola sepak merupakan satu sukan yang amat popular di negara kita

Malaysia pada masa kini. Keadaan ini juga dapat kita lihat turut menular

dikalangan pelajar sekolah sekolah rendah. Melalui sukan bola sepak ini

juga kita dapat mengeratkan hubungan dikalangan para pelajar kita.

Oleh yang demikian Sekolah Kebangsaan Sumpas telah mengambil satu

inisiatif untuk menganjurkan satu pertandingan bola sepak bagi

mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah dalam pertandingan

bola sepak anjuran Majlis Sukan Sekolah Rendah Daerah Serian.

02. MATLAMAT

Matlamat penganjuran pertandingan ini adalah untuk memupuk dan

menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar. Selain itu, ia

juga bertujuan untuk mendidik para pelajar untuk mengamalkan

gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam bidang sukan.

03. OBJEKTIF

3.1Melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik

tetapi juga dalam bidang ko-kurikulum atau sukan.

3.2Membina kesedaran tentang kepentingan bidang sukan terhadap pelajar

Sekolah Kebangsaan Sumpas.

3.3Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri pengalaman dalam

menyertai sesuatu pertandingan amnya pertandingan bola sepak.

3.4Membina, memupuk dan melahirkan pelajar yang kuat fizikal dan jatidiri,

mampu bersaing dalam mana-mana pertandingan.

3.5Mengeratkat tali silaturrahim di kalangan pelajar dan juga kakitangan sekolah.

Page 2: Kertas kerja bola sepak

04.NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini adalah merupakan Pertandingan Bola Sepak Bawah

12 Tahun SK Sumpas anjuran Unit KoKurikulum SK Sumpas.

05. TARIKH, MASA, DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 16-17 Mac 2013

Masa : 8.00 Pagi Hingga 6.00 Petang

Tempat : Padang Bola Sepak SK Sumpas.

06.Jadual Pertandingan.

JADUAL PERTANDINGAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN SK SUMPAS.

Hari/masa 8.00am- 9.30 am 9.45am-12pm 12.00pm-

1.00pm

3pm-6pm

Sabtu

(16 Mac)

Pendaftaran

pasukan dan

taklimat sistem

pertandingan

Perlawanan

peringkat

kumpulan

Rehat

Perlawanan

peringkat

kumpulan

Hari/masa 8.00am-

9.30am

11.00am-

12.30pm

12.30pm-

1.00pm

1.00 pm-

4.00 pm

4.15pm-

5.00 pm

Ahad

(17 Mac)

Perlawanan

Separuh

pertama

Perlawan

separuh akhir

kedua

Rehat

1.Perlawanan

untk tempat

ketiga dan

keempat

2.Perlawanan

akhir

Majlis

penutupan

dan

penyampaian

hadiah

Page 3: Kertas kerja bola sepak

7. Ahli Jawatankuasa

AHLI JAWATAN KUASA INDUKPERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN ZON KEDUP

ANJURAN SK SUMPAS, SERIAN

PENASIHAT

ENCIK IGO DING(Guru Besar)

PENGERUSIENCIK NELSON NYANGUD

(Penolong Kanan KO-Kurikulum)

TIMBALAN PENGERUSIENCIK ABDILLAH BIN DUBI

SETIAUSAHAENCIK ALEXANDER GAI ANAK MANSOR

BENDAHARIENCIK ABDUL ARRAHMANNIA BIN ALI

AHLI JAWATANKUASA KECIL

PENGURUS PERTANDINGAN : ENCIK CHULIN ANAK JUS

PUBLISITI : ENCIK HAZLAN BIN ABU HASSAN

PERSIAPAN PADANG : ENCIK WAN MOHD ALI

PENGADIL : ENCIK BAGOK ANAK DOLAH

HADIAH & CENDERAMATA : PUAN MAUREEN ANAK SIMON

SIARAYA : CIK MARY ANAK GAWONG

RAYUAN & BANTAHAN : ENCIK WILFRED ANAK AYOB

TEKNIKAL : BLUKA ANAK SMAIL

Page 4: Kertas kerja bola sepak

8. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

8.1- Penyertaan , Pendaftaran dan Status Pemain.

i. Setiap pasukan boleh menyenaraikan 15 orang pemain .

ii. Setiap pemain hendaklah berumur 12 tahun ke bawah.

iii. Sijil lahir asal atau dokumen yang berkaitan hendakalah dibawa bersama ketika pendaftaran pemain dibuat.

iv. Hanya pemain yang didaftarkan sahaja boleh bermain dan pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa.

v. Jika berlaku perlanggaran syarat ( iii ) di atas pasukan yang berkenaan boleh menyebabkan penyertaan pasukan tersebut terbatal.

vi. Setiap pemain hendaklah memakai jersey bernombor tetap seperti pendaftaran.

8.2- Sistem Pertandingan

i. Pertandingan akan diakan secara liga kumpulan iaitu dibahagikan kepada dua kumpulan ( Kumpulan A dan Kumpulan B)

ii. Penentuan kumpulan akan dilakukan oleh penganjur dengan cabutan undi.

iii. Pasukan juara dan naib juara dari kedua-dua kumpulan akan layak ke perlawan separuh akhir dimana juara Kumpulan A akan menentang naib juara Kumpulan B dan juara Kumpulan B akan mentang naib juara Kumpulan A.

iv. Pusingan kedua separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara kalah mati.

Page 5: Kertas kerja bola sepak

8.3Pengadil

i. Pengadil dan Pembantu Pengadil akan disediakan oleh pihak penganjur.

ii. Pemain yang menerima 2 kad kuning secara otomatik digantung satu perlawanan iaitu perlawanan berikutnya.

iii. Jika menerima kad merah pemain tidak akan dibenarkan meneruskan permainan di dalam pertandingan tersebut.

iv. Mana-mana pasukan / pemain yang menimbulkan pergaduhan atau kekecohan di luar batasan permainan bola sepak akan dikenakan tindakan tidak dibenarkan lagi bermain di dalam pertandingan ini.

v. Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.

8.4Lain-lain

Penganjur berkuasa penuh untuk membuat semua keputusan dan menentukan sebarang perkara berkaitan pertandingan dan keputusan itu adalah MUKTAMAD.

9 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

9.1Masa Permainan

Masa permainan adalah 40 minit ( 20 minit separuh masa pertama dan 20 minit separuh masa kedua)

9.2Ketepatan Masa

Setiap pasukan hendaklah menepati masa yang ditetapkan oleh penganjur.

Mana-mana pasukan yang gagal berada di padang selepas 5 minit masa perlawanan, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dengan kiraan 3 mata dan 3 jaringan gol.

Bilangan pemain di dalam satu-satu pertandingan adalah 9 orang tetapi adalah dikira sah jika terdapat 7 orang pemain di atas padang ketika

Page 6: Kertas kerja bola sepak

perlawanan akan dimulakan. Jika kurang maka pasukan lawan akan diberi kemenangan percuma dengan mata dan jaringan yang sama pada perkara ( ii )

9.3Pertukaran Pemaian.

Setiap pasukan dibenarkan membuat 3 pertukaran bagi satu-satu perlawanan.

Pemain yang telah diganti tidak dibenarkan masuk semula untuk perlawanan tersebut.

Semasa perlawanan ‘ sudden death ’ pertukaran pemain tidak dibenarkan.

9.4Keputusan Seri

Pada perlawanan kalah mati sekiranya seri 3 tendangan penalti akan diberikan untuk menentukan pemenang dan jika masih seri tambahan 1 + 1 akan diberikan sehingga semua 9 pemain di dalam padang melakukan tendangan dan jika masih seri ‘ toss coin ’ akan dilakukan sebanyak maksima 3 kali oleh pengadil pertandingan ( ‘toss coin dengan 2 kemenangan’).

9.5Persamaan Mata

Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai mata yang sama bagi pasukan yang diperlukan untuk layak ke pusingan seterusnya maka

Perbezaan gol ( jaringan – kena ) yang lebih besar dikira pemenang.

Jika perbezaan gol masih sama , jumlah jaringan terbanyak dikira pemenang.

Jika masih seri pasukan yang telah mengalahkan pasukan yang terlibat di dalam peringkat kumpulan akan dikira pemenang.

Jika masih seri pasukan yang paling banyak menang di peringkat kumpulan akan dikira pemenang.

Jika masih seri urusetia akan mengambil keputusan untuk melakukan ‘toss coin’.

Page 7: Kertas kerja bola sepak

9.6Kiraan Mata

Menang - 3 mataSeri - 1 mataKalah - 0 mata

9.7Persamaan Warna JerseyJika sama maka pasukan kedua yang disebut di dalam jadual pertandingan dikehendaki menukar jersey. Oleh itu pasukan dinasihatkan membawa 2 set jersey.

9.8Penarikan Diri

Jika terdapat pasukan yang menarik diri pada atau selepas melalui satu perlawanan , maka keputusan perlawanan lepas yang melibatkan pasukan tersebut akan dimansuhkan.

Jika menarik diri selepas bermain 2 perlawanan dan seterusnya maka pasukan ketiga dan seterusnya akan diberikan 3 mata dan 3 jaringan gol.

Pasukan yang menarik diri tidak akan dibenarkan bermain untuk semua pertandingan.

10. Bantahan

Bantahan boleh dibuat secara bertulis oleh Pengurus Pasukan kepada JK Penganjur 15 minit selepas sesuatu perlawanan yang hendak dibantah tamat.

Setiap bantahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 100.00 dan tidak akan dikembalikan jika bantahan yang dibuat itu gagal.

Bantahan hanya boleh dibuat oleh pasukan yang terlibat dengan perlawanan tersut sahaja.

11.Lain-lain

Peraturan dan Undang-undang yang tidak disebut di atas adalah tertakluk kepada Peraturan dan Undang-undang FIFA dan FAM.

Pihak Penganjur masih boleh menokok tambah atau mengenakan apa-apa syarat yang dirasakan relevan dengan pertandingan pada bila-bila masa dan keputusan tersebut adalah MUKTAMAD.

Page 8: Kertas kerja bola sepak

12. Anggaran Perbelanjaan.

A. HadiahMedal 15 x 4 = 60 ( 60 x RM 4.00 = RM 240.00)

Trofi 4 (4 x Rm 50 = RM 200.00)

B. Makanan Pegawai Kejohanan

20 orang x RM 4.00 x 2 hari = RM 160.00

C.Minuman

20 orang x RM 1.20 X 2 hari = RM 48.00

D.Perbelanjaan mengurus ( Tali, bola, manila kad dan sebagainya ) = RM 300.00

Jumlah = RM 948.00

Page 9: Kertas kerja bola sepak

13. PENUTUP

Memandangkan Pertandingan begini adalah pertama kali dilaksanakan

oleh SK Kebangsaan Sumpas maka pihak kami berharap ia akan dapat

berjalan dengan lancar..Sekadar penyertaan tidak memberi apa-apa erti

tetapi semangat ingin bersaing untuk menang secara bersih, semangat

juang yang tinggi, mengeratkan perpaduan dan persahabatan,

menambahkan kenalan di kalangan warga Zon Kedup.

Selamat bertanding .

Disediakan oleh,

Setiausaha

Kelab Bola Sepak

SK Sumpas.

Page 10: Kertas kerja bola sepak

Nama: Alexander Gai Anak MansorNo. Kad Pengenalan: 810424-13-5887

Refleksi Pengajaran: Permainan Bola Jaring.

Tanggal 10 Mac 2013 adalah merupakan sejarah dalam hidup saya

kerana pada hari tersebut merupakan pengalaman pertama saya mengajar

permainan bola jaring.

Sebelum proses pengajar saya dan rakan saya Ronny berasa agak risau

kerana inilah kali pertama kami berdua membuat rancangan mengajar untuk

permaianan bola jaring. Namun dengan segala kemudahan yang ada seperti

internet memudahkan kami berdua untuk membuat rujukan bagi menyiapkan

rancangan mengajar harian tersebut.

Ketika proses pengajaran ini dijalankan saya mendapati beberapa

kelemahan yang amat ketara dalam proses P&P kami berdua. Kelemahan yang

pertama ialah penerangan berkenaan aktiviti yang dijalankan adalah tidak jelas

menyebabkan pelajar tidak faham tentang aktiviti yang dijalankan. Selain itu juga

melalui proses P&P yang dijalakan terdapat kelemahan yang amat ketara dalam

kawalan kelas. Oleh yang demikian bagi mengatasi masalah ini kami berdua

perlu lebih teliti semasa memberi arahan bagi memastikan arahan yang di

berikan adalah jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Bagi kawalan kelas pula

kami berdua perlu merancang urutan aktiviti dengan teliti supaya aktiviti yang

dirancang dapat berjalan lancar.

Pengurusan masa proses P&P kami berdua pada masa tersebut juga

adalah amat lemah. Sepatutunya kami berdua perlu aktiviti yang bersesuaian

dengan masa yang diperuntukkan.

Pekara yang amat mengejutkan ialah apabila pensyarah menyatakan

bahawa objektif yang kami berdua tulis adalah tidak terlaksana dalam proses

P&P yang kami berdua jalankan. Jadi secara tidak lansung P&P yang kami

berdua jalankan pada hari tersebut adalah tidak mencapai objektif yang

dirancang Oleh yang demikian pada masa hadapan kami berdua perlu

Page 11: Kertas kerja bola sepak

memastikan segala aktiviti yang dijalankan adalah bertepatan dengan objektif

yang ditulis dalam rancangan mengajar harian.

Pada hari tersebut juga cara penulisan rancangan mengajar harian kami

berdua juga salah apabila ada beberapa bahagian penting yang tertinggal. Jadi

pada masa akan datang kami berdua hendaklah membuat rujukan sebelum

menulis rancangan mengajar harian.

Kesilapan-kesilapan yang tersebut adalah merupakan kesilapan yang

terdapat dalam proses P&P yang telah kami berdua lakukan. Jadi kami berdua

perlu memperbaiki segala kesilapan tersebut berdasarkan tunjuk ajar yang

diberikan oleh pensyarah untuk menghasilkan proses P&P yang lebih berkualiti.