kertas keja titisan ilmu jalinan kasih (assign pk setp09)

17
PROGRAM KEDAIDS (KEKELUARGAAN, DADAH, AIDS) 1. PENDAHULUAN. PENAGIHAN dan penyalahgunaan dadah antara punca utama yang dikenal pasti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) sebagai punca utama pelbagai kejadian ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah termasuklah AIDS. Sekiranya masalah penagihan dadah dapat diatasi, banyak jenayah berkait rapat dengan dadah dapat dibendung. Individu, keluarga, sekolah, pertubuhan agama, agensi kerajaan serta pihak swasta haruslah bersama-sama dalam usaha membendung gejala penyalahgunaan dadah dalam masyarakat kita. Pendidikan, pencegahan dan penguatkuasaan adalah kunci kepada kejayaan membanteras najis dadah di negara kita. Di sekolah, pelajar perlu diberitahu mengenai bahaya penggunaan dadah, fakta penting, kesan serta simptomnya. Mereka hendaklah mengetahui dan memahami pengaruh negatif desakan rakan sebaya dan cara menanganinya. Wujud keperluan untuk membina harga diri dan membantu pelajar mencari aktiviti alternatif yang bersifat positif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengambil pendekatan yang lebih efektif dengan menganjurkan satu program KEDAIDS dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar tentang

Upload: julia-bt-benjamin-siri

Post on 25-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kerja Kurusu PJ

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Keja Titisan Ilmu Jalinan Kasih (ASSIGN PK SETP09)

PROGRAM KEDAIDS (KEKELUARGAAN, DADAH, AIDS)

1. PENDAHULUAN.

PENAGIHAN dan penyalahgunaan dadah antara punca utama yang dikenal pasti

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) sebagai punca utama pelbagai

kejadian ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah termasuklah AIDS. Sekiranya

masalah penagihan dadah dapat diatasi, banyak jenayah berkait rapat dengan

dadah dapat dibendung. Individu, keluarga, sekolah, pertubuhan agama, agensi

kerajaan serta pihak swasta haruslah bersama-sama dalam usaha membendung

gejala penyalahgunaan dadah dalam masyarakat kita. Pendidikan, pencegahan dan

penguatkuasaan adalah kunci kepada kejayaan membanteras najis dadah di negara

kita. Di sekolah, pelajar perlu diberitahu mengenai bahaya penggunaan dadah,

fakta penting, kesan serta simptomnya. Mereka hendaklah mengetahui dan

memahami pengaruh negatif desakan rakan sebaya dan cara menanganinya.

Wujud keperluan untuk membina harga diri dan membantu pelajar mencari

aktiviti alternatif yang bersifat positif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengambil pendekatan yang lebih efektif

dengan menganjurkan satu program KEDAIDS dengan tujuan untuk memberi

pendedahan dan kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar tentang pentingnya

peranan dalam mewujudkan suatu komuniti yang bersih dan sihat ke arah hidup

yang cemerlang dan sejahtera.

Hidup cemerlang jaminan kesejahteraan menjadi tema untuk program KEDAIDS

di sekolah. Ia menggambarkan penekanan dan fokus terhadap amalan-amalan

yang sihat yang boleh dipraktikkan oleh guru, ibu bapa dan pelajar untuk

mempromosikan kesihatan mereka. Program ini juga menegaskan konsep yang

jelas dalam mempromosikan kesihatan keluarga bahawa masyarakat boleh

diperkasa untuk mengambil tindakan terhadap penentu-penentu kesihatan.

Page 2: Kertas Keja Titisan Ilmu Jalinan Kasih (ASSIGN PK SETP09)

2. TUJUAN

2.1 Meningkatkan penglibatan secara aktif guru, ibu bapa dan pelajar di dalam

progaram sekolah ke arah membentuk masyarakat yang sihat.

2.2 Memberi pengetahuan dan pendedahan terhadap amalan harian yang sihat

dapat membentuk masyarakat berdisiplin.

2.3 Menyatakan peranan yang perlu dimainkan oleh guru, ibu bapa dan pelajar

dalam mewujudkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai yang baik.

3. RASIONAL

3.1 Mewujudkan satu program tentang kesihatan yang mampu melahirkan

rasa tanggungjawab bersama dan komitmen di kalangan warga sekolah

dan komuniti.

3.2 Program ini dijalankan untuk memastikan penyeragaman program-

program seperti PROSTAR (Program Sihat Tanpa Aids untuk Remaja),

Bebas Dadah dan Kekeluargaan dapat dilaksanakan di bawah satu

program bersepadu di peringkat sekolah yang melibatkan guru, ibu bapa,

pelajar dan komuniti.

3.3 Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan

kominiti dalam menangani isu-isu kesihatan

.

Page 3: Kertas Keja Titisan Ilmu Jalinan Kasih (ASSIGN PK SETP09)

4. MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Program yang dirancang mempunyai matlamat dan objektif seperti berikut :-

4.1 Memberi kefahaman dan pengetahuan tentang pengertian sebenar cara

hidup cemerlang menjamin kesejahteraan kepada diri, keluarga,

masyarakat dan negara.

4.2 Memberi kesedaran tentang penglibatan dan kerjasama komuniti sangat

penting dalam melahirkan masyarakat yang sihat terutamanya di sekolah.

4.3 Memberi pengetahuan tentang bahayanya AIDS, kesan penyalahgunaan

dadah serta amalan kekeluargaan menjamin kesejahteraan.

4.4 Membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan serta

melahirkan warga sekolah dan komuniti yang sihat dan berkualiti ke arah

pencapaian wawasan negara.

4.5 Membina satu persekitaran sosial sekolah yang positif tentang penjagaan

kesihatan diri, keluarga dan komuniti.

Page 4: Kertas Keja Titisan Ilmu Jalinan Kasih (ASSIGN PK SETP09)

5. CADANGAN ORGANISASI

5.1 (JAWATAN KUASA PENGELOLA)

PENASIHAT

PN. HJH JAMILAH BT MUDA

( GURU BESAR )

PENGERUSI

EN. MOHAD BIN SALIM

( PENOLONG KANAN HEM )

PENYELARAS

PN. TG. LAILAWATI BT. SY. ABD. GHANI

( PENGERUSI PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT )

SETIAUSAHA

CIK LATIPAH BT. ABDULLAH

( GURU BIMBINGAN )

AHLI JAWATANKUASA

PN. SULAINI BT. AWANG BOTO’

UST. HAMIDI B. SOLAHUDDIN

PN. JULIA BT BENJAMIN SIRI

EN. MOHD KAMAL B. ISMAIL

EN. ROSTAM B. ISMAIL

EN. ZULKIFLI B. YAHYA

Page 5: Kertas Keja Titisan Ilmu Jalinan Kasih (ASSIGN PK SETP09)

5.2 (JAWATANKUASA KERJA)

Jawatan Kuasa Kerja

Persiapan Tempat / Back Drop SolatPn. Suriati bt. Junaidi ( K ) Ust. Sy. Ibrahim Halmi b. Sy. MohamadPn. Noriah bt. Ali Ust. Hamidi b. Solahuddin

Ustz. Normaiza bt. KadirUstz. Tg. Lailawati bt. Sy. Abd.

Ghani

Makanan dan Minuman Kawalan MuridCik Kartini bt. Omar 8.00 pg – 10.00 pgYM. Tg. Fauzana bt. Tg. Anua En. Zulkifli b. YahyaPn. Samsu Gani bt. Abd. Kadir Pn. Marhaini bt. AwangPn. Sulaini bt. Awang Boto’ Cik Latipah bt. AbdullahCik Latipah bt. Abdullah En. Azmi b. Awang

Hadiah dan Cenderahati 10.30 pg – 12.30 tghPn. Julia bt. Benjamin Siri Ust. Sy. Ibrahim Halmi b. Sy. MohamadPn. Normaiza bt. Kadir Pn. Samsu Gani bt. Abd. Kadir

Ustz. Tg. Lailawati bt. Sy. Abd. Ghani

En. Rostam b. IsmailJuru AcaraPn. Mazenah bt. Jahani

2.00 ptg – 3.00 ptgPn. Zaleha bt. OmarPn. Noriah bt. Ali

Siaraya 3.00 ptg – 5.00 ptgEn. Rostam b. Ismail Ust. Hamidi b. SolahuddinEn. Zulkifli b. Yahya Pn. Mazenah bt. Jahani

YM. Tg. Fauzana bt. Tg. Anua

Page 6: Kertas Keja Titisan Ilmu Jalinan Kasih (ASSIGN PK SETP09)

6. CADANGAN PROGRAM.

Program ini akan diadakan pada 11 November 2009. Peserta akan didedahkan

tentang konsep Hidup Cemerlang Jaminan Kesejahteraan. Justeru itu, dalam

pengisian program ini terbahagi kepada 3 bahagian sebagaimana berikut:-

6.1 Pembentang kertas kerja 1

Tajuk :Faktor-Faktor Yang Menyumbang kepada

Masalah Gejala Sosial Dan Langkah-

Langkah Untuk Membendungnya

Disampaikan oleh :SUPT. Ong Chin Lan

Suprintendan Bahagian Siasatan Seksual,

Penderaaan dan kanak – kanak.

PDRM Bukit Aman.

6.2 Pameran Dadah

Aktiviti pameran dadah ini diadakan di Astaka Minda sekolah

dengan kerjasama daripada pihak polis.

6.3 Aktiviti Gotong-royong

Aktiviti gotong-royong diadakan di kawasan sekolah melibatkan

guru, ibu bapa dan pelajar ke arah mewujudkan sekolah sebagai

tempat yang selamat, bersih dan bebas daripada penyakit.

Page 7: Kertas Keja Titisan Ilmu Jalinan Kasih (ASSIGN PK SETP09)

7. KAEDAH PELAKSANAAN

Program ini dijalankan dalam bentuk seminar, pameran dan aktiviti gotong-

royong yang melibatkan ibu bapa serta para pelajar.

7.1 Seminar Hidup Cemerlang Jaminan Kesejahteraan

Program seminar diadakan di dewan sekolah dengan menjemput seorang

penceramah dari PDRM Bukit Aman, Kuala Lumpur dengan kerjasama

pihak PDRM Kontijen Terengganu yang menyentuh tentang Faktor-faktor

yang menyumbang kepada masalah gejala sosial dan langkah-langkah

untuk membendungnya. Di akhir program seminar akan diadakan bengkel

dan sesi soal jawab bagi memberi peluang kepada para peserta

mengemukakan soalan dan permasalahan. Selain itu, para ibu bapa akan

diberikan risalah tentang konsep Hidup Cemerlang Jaminan

Kesejahteraan.

7.2 Pameran Dadah

Pameran Dadah ini diadakan di Astaka Minda sekolah yang dikendalikan

oleh Bahagian Narkortik Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu. Para ibu

bapa dan pelajar berpeluang melihat kesan penyalahgunaan dadah dan

jenis hukuman yang dikenakan ke atas pengedar dan penagih dadah.

Pameran ini akan bermula jam 10.00 pagi hingga 2.30 petang.

7.3 Aktiviti Gotong-Royong

Aktiviti gotong-royong ini diadakan pada sebelah petang yang melibatkan

guru, para ibu bapa dan pelajar. Para peserta akan dibahagikan kepada

kumpulan kecil bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah.

Aktiviti gotong-royong ini terdiri daripada aktiviti seperti menanam pokok

bunga di dalam pasu, mengecat pagar sekolah, mengutip sampah sarap dan

Page 8: Kertas Keja Titisan Ilmu Jalinan Kasih (ASSIGN PK SETP09)

menebas semak samun di bahagian belakang kawasan sekolah. Peralatan

untuk aktiviti gotong-royong akan disediakan oleh pihak sekolah.

7.3 ATUR CARA PROGRAM

8.00 pagi - Pendaftaran Peserta

8.15 pagi - Sarapan Pagi

8.30 pagi - Pembentangan kertas kerja Pertama.

Tajuk : Faktor – faktor yang menyumbang kepada

Masalah Gejala Sosial Dan Langkah-Langkah

Untuk Membendungnya.

Oleh : SUPT. Ong Chin Lan.

D 11. Seksual / Kanak-kanakn Bukit Aman.

10.00 pagi - Pameran Dadah

10.30 pagi - Rehat dan Minum Pagi.

11.00 pagi - Bengkel dan Sesi soal jawab

12.30 tengahari - Majlis Penutupan Seminar dan Penyampaian

Cenderahati

1.00 petang - Rehat, Makan Tengahari dan Solat Zohor

2.45 petang - Aktiviti Gotong-Royong

5.00 petang - Jamuan ringan

- Bersurai

Page 9: Kertas Keja Titisan Ilmu Jalinan Kasih (ASSIGN PK SETP09)

7.4 JEMPUTAN

1. Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu

2. YDH SAC 1 Datuk Ayub Bin Hj Yaakob, Ketua Polis Terengganu

3. Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia Kontijen Terengganu

4. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pasir

Panjang

5. Ahli Jawatankuasa PIBG

Page 10: Kertas Keja Titisan Ilmu Jalinan Kasih (ASSIGN PK SETP09)

8. ANGGARAN PERBELANJAAN.

ANGGARAN PERBELANJAAN.

PERKARA

PENGIRAAN

PERBELANJAAN

(RM)

JUMLAH

(RM)

Penyediaan makan/minum untuk peserta

program seramai 366 orang Termasuk

Urusetia/ AJK Program

RM 11.00 x 366 4026.00

Keperluan Seminar

(Kulit Fail/Pen/Buku Nota) RM 3 x 366 1098.00

Cenderahati Penceramah RM 50.00 50.00

Bayaran Kepada Penceramah RM200.00 200.00

Backdrop 100.00

Buku Aturcara 2.00 x 203 406.00

Sijil Penyertaan Peserta 244.80

Kad Jemputan VVIP 35.00

Peralatan Gotong-Royong 500.00

Cetakan bahan informasi (booklet)

‘KEDAIDS’

RM3.00 x 366 1098.00

Page 11: Kertas Keja Titisan Ilmu Jalinan Kasih (ASSIGN PK SETP09)

JUMlAH RM7757.80

9. PENUTUP

Diharapkan program KEDADIS ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat

mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan

terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran

untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan mengamalkan nilai-nilai

murni sepanjang masa. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak

dan memberi manfaat sepenuhnya kepada pelajar dan komuniti setempat

‘HIDUP CEMERLANG JAMINAN KESEJAHTERAAN’

Disediakan oleh, Tarikh: 6 Oktober 2009

……………………………..........…

(PN. TG. LAILAWATI BT. SY. ABD. GHANI)Pengerusi Program Bersepadu Sekolah Sihat SK Pasir Panjang,21100 Kuala Terengganu.

Disemak oleh, Tarikh: 6 Oktober 2009

…………………………………........(EN MOHAD BIN SALIM)Guru Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSK Pasir Panjang,21100 Kuala Terengganu Disahkan oleh, Tarikh: 6 Oktober 2009

………………………………………...(PN HJH JAMILAH BT MUDA)

Page 12: Kertas Keja Titisan Ilmu Jalinan Kasih (ASSIGN PK SETP09)

Guru BesarSK Pasir Panjang21100 Kuala Terengganu

Page 13: Kertas Keja Titisan Ilmu Jalinan Kasih (ASSIGN PK SETP09)