kertas cadangan program pengurusan permainan tradisional

7
Program Pengurusan Permainan Tradisional Kursus PISMP Ambilan Januari 2009 IPG Kampus Ilmu Khas 1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk kepada budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat untuk suatu tempoh yang tertentu. Namun begitu, di zaman yang serba moden ini, permainan tradisional semakin dilupakan oleh masyarakat Melayu khasnya. Terdapat beberapa jenis permainan tradisional yang telah wujud sejak dahulu lagi. Antaranya ialah congkak, layang-layang, sabung ayam, biji saga, batu seremban, ceper dan sebagainya. Kebiasaannya, permainan tradisional ini dimainkan pada waktu lapang. Sebagai rakyat yang prihatin, kita memainkan peranan yang penting dalam penjagaan permainan tradisional ini agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Realitinya, permainan tradisional ini merupakan peranan yang penting sebagai lambang keagungan bangsa dan Negara. Oleh sebab itu, bersama-samalah kita memelihara kepentingan permainan tradisional di Malaysia. 2.0 Nama Projek Program ilmiah ini dinamakan sebagai ‘Program Pengurusan Permainan Tradisional’ (PJM 3112) yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur. Program ini

Upload: aimanasyraf88

Post on 12-Aug-2015

61 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Program Pengurusan Permainan Tradisional

Program Pengurusan Permainan Tradisional

Kursus PISMP Ambilan Januari 2009

IPG Kampus Ilmu Khas

1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk kepada budaya yang

sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat untuk suatu tempoh yang tertentu.

Namun begitu, di zaman yang serba moden ini, permainan tradisional semakin

dilupakan oleh masyarakat Melayu khasnya. Terdapat beberapa jenis permainan

tradisional yang telah wujud sejak dahulu lagi. Antaranya ialah congkak, layang-

layang, sabung ayam, biji saga, batu seremban, ceper dan sebagainya.

Kebiasaannya, permainan tradisional ini dimainkan pada waktu lapang.

Sebagai rakyat yang prihatin, kita memainkan peranan yang penting dalam

penjagaan permainan tradisional ini agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman.

Realitinya, permainan tradisional ini merupakan peranan yang penting sebagai

lambang keagungan bangsa dan Negara. Oleh sebab itu, bersama-samalah kita

memelihara kepentingan permainan tradisional di Malaysia.

2.0 Nama Projek

Program ilmiah ini dinamakan sebagai ‘Program Pengurusan Permainan

Tradisional’ (PJM 3112) yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Cochrane

Perkasa, Kuala Lumpur. Program ini akan dijalankan oleh para guru pelatih PISMP

Ambilan Januari 2009 iaitu PJ G5.8.

3.0 Matlamat

i) Mempopularkan kembali permainan tradisional ini dalam kalangan murid

sekolah rendah khususnya di kawasan bandar.

Page 2: Kertas Cadangan Program Pengurusan Permainan Tradisional

ii) Dapat memberi pengetahuan dan tunjuk ajar kepada murid yang tidak

mempunyai pengetahuan tentang permainan tradisional.

iii) Meningkatkan kemahiran-kemahiran murid dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial.

4.0 Latar Belakang

Program Pengurusan Permainan Tradisional ini akan disertai oleh 30 orang guru

pelatih bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2009 dan

diiringi oleh pensyarah pembimbing iaitu Cik Eleanor Ann Tan Lye Neo.

5.0 Objektif

5.1 Psikomotor

5.1.1 Melakukan kemahiran yang berbeza-beza mengikut aktiviti permainan

iaitu memukul dan memadang, menjaring dan mendinding, serangan

dan kawasan serta sasaran.

5.1.2 Menguji tahap kecergasan murid berdasarkan permainan tradisional

yang dimainkan.

5.1.3 Mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian

5.2 Kognitif

5.2.1 Menerangkan kepentingan-kepentingan memainkan permainan

tradisional.

5.2.2 Menjelaskan peraturan-peraturan bagi setiap permainan tradisional

yang ingin dijalankan.

Page 3: Kertas Cadangan Program Pengurusan Permainan Tradisional

5.3 Afektif

5.3.1 Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan pensyarah, guru-guru

pelatih dan murid-murid.

5.3.2 Membina keyakinan diri dan sifat patuh pada arahan dan peraturan.

5.3.3 Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan ketika memainkan

permainan tradisional.

5.3.4 Memupuk sikap menghargai permainan tradisional agar tidak hilang

ditelan zaman.

6.0 Butiran Program Tentatif

6.1 Tarikh

14 Februari 2011

6.2 Tempoh

8.00 pagi – 11.00 pagi

6.3 Tempat

Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur.

6.4 Kumpulan Sasaran

Murid Tahun 4 (25-30 orang)

6.5 Pensyarah Pengiring

Cik Eleanor Ann Tan Lye Neo

Page 4: Kertas Cadangan Program Pengurusan Permainan Tradisional

7.0 Penutup

Program Pengurusan Permainan Tradisional ini berhasrat dapat mengembalikan

kegemilangan dan populariti permainan tradisional dalam kalangan murid-murid.

Dalam erti kata lain, permainan tradisional ini perlu dikekalkan dan dimainkan di

zaman serba moden ini. Dengan adanya program seperti ini, murid-murid akan

dapat memandang tinggi permainan budaya masyarakat Melayu dan tidak akan

meminggirkannya. Akhirnya, murid-murid akan mengetahui kepentingannya dan

permainan tradisional akan dapat dikekalkan.

Disediakan oleh: Pengerusi Program:

.................................. ...................................

(NURUL FAEZIEN BT ABD RASID) (MALARKODEE A/P MUNIANDY)

Setiausaha, Pengerusi,

Program Pengurusan Permainan Tradisional, Program Pengurusan Permainan Tradisional

PISMP Ambilan Jan 2009, PISMP Ambilan Jan 2009,

IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Ilmu Khas,

Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Disemak oleh: Disokong oleh:

.................................... .....................................

(CIK ELEANOR ANN TAN LYE NEO) (EN. MOKHTAR B. AHMAD)

Penyelaras, Ketua Jabatan Sains Sukan,

Program Pengurusan Permainan Tradisional, Jabatan Sains Sukan,

IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Ilmu Khas,

Page 5: Kertas Cadangan Program Pengurusan Permainan Tradisional

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS ILMU KHAS

PISMP SEMESTER 5

AMBILAN JANUARI 2009

KERTAS CADANGAN PROGRAM PENGURUSAN

PERMAINAN TRADISIONAL

TARIKH : 14 FEBRUARI 2011

MASA : 8.00 – 11.00 PAGI

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN COCHRANE PERKASA,

KUALA LUMPUR