kertas 3 - modul cemerlang

7
Diberikan kepada calon sebulan sebelum peperiksaan. SEJARAH SPM KERTAS 3 1249/3 TAJUK 11.1 – KESEDARAN TENTANG PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA Pembentukan Malaysia 16 September 1963 ( Merujuk tema 11 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 6 ) Berdasarkan tajuk di atas; i) Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku teks,buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain. ii) Pada hari peperiksaan, calon hanya dibenarkan membawa masuk buku teks,buku ilmiah, akhbar, majalah dan risalah sahaja ke dalam dewan / bilik peperiksaan. iii) Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.

Upload: muhammad-hafiz

Post on 15-Sep-2015

286 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kertas 3sejarah

TRANSCRIPT

Diberikan kepada calon sebulan sebelum peperiksaan.

SEJARAH SPM KERTAS 3 1249/3

TAJUK 11.1 KESEDARAN TENTANG PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Pembentukan Malaysia 16 September 1963

( Merujuk tema 11 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 6 )

Berdasarkan tajuk di atas;

i) Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku teks,buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.

ii) Pada hari peperiksaan, calon hanya dibenarkan membawa masuk buku teks,buku ilmiah, akhbar, majalah dan risalah sahaja ke dalam dewan / bilik peperiksaan.

iii) Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.

Soalan : HARI PEPERIKSAAN Masa : 3 jamPenubuhan negara bangsa Malaysia yang berdaulat telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Walau bagaimanapun, segala rintangan dan cabaran itu telah diatasi sehingga Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang berkembang pesat dari aspek politik, ekonomi dan sosial.Huraikan sejarah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat sehingga kini.Peringatan:Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.AspekPerincianMarkah Penuh

Pengenalan1. Pengenalan

Nyatakan idea cadangan pembentukan Malaysia5 markah

Isi danHuraian2. Terangkan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan Malaysia

30 markah

3. Jelaskan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia. 15 markah

4. Mengapakah anda patut berbangga menjadi warganegara Malaysia?

15 markah

5. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kejayaan yang boleh dibanggakan telah dicapai oleh Malaysia sehingga kini.

10 markah

6.i)Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara. ( 5Markah) ii)Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ( 5 Markah )

10 markah

7. Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar/ patriotisme daripada pembentukan Malaysia

10 markah

Kesimpulan8. Rumusan

- Pengetahuan yang diperolehi- Iktibar kepada diri, bangsa dan negara- Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang

5 markah

Skema PemarkahanHuraikan sejarah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat .SoalanIsi dan HuraianMarkah

1Nyatakan idea cadangan pembentukan Malaysia

Cadangan pertama Lord Brassey (1887 ) mengabungkan Sarawak dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat Cadangan Kedua Sir Malcolm MacDonald Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan Cadangan Ketiga - Dato Onn Jaafar PTM yang merdeka dinamakan Malaysia Cadangan Keempat- PemimpinSingapura Cadangan Kelima Tunku Abdul Rahman menyetujui gagasan Malaysia5 X 1 = Mak 5 Markah

5

2Huraikan faktor-faktor pembentukan Malaysia

Politik Kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihan raya Hong Lim di Singapura Melemahkan Parti Tindakan Rakyat pimpinan Lee Kuan Yew Menggugat rancangan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura Barisan Sosialis dianggap oleh Lee Kuan Yew berhaluan kiri Ancaman komunis Alasan Lee Kuan Yew untuk bergabung dengan Tanah Melayu PTM mempunyai pengalaman banteras pengaruh PKM Semasa darurat(1948 -1960) Clandestine Communist Organization(CCO) Bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis Mendorong Tunku Abdul Rahman membentuk Malaysia Penyertaan Sabah, Sarawak, Singapura menjadi benteng menghadapi Komunis Mempercepatkan kemerdekaan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei Merdeka lebih awal Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh 2 tahun Dapat menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik Proses dekolonisasi British terhadap negara-negara kecil yang belum membangun Selaras dengan hasrat PBB agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan Memberi kestabilan politik di rantau Asia Tenggara Menghalang penyebaran pengaruh komunis Menjamin kepentingan British terkawal Terutamanya pangkalannya di Singapura

Ekonomi

Wujud pasaran yang luas Menggalakkan pelaburan Perkembangan industri pertanian Memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri ini Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah Cth getah dan bijih timah, Sarawak dan Sabah kaya dengan balak, Brunei dengan minyak Menikmati pembangunan sosioekonomi dan politik

Sosial

Mengimbangi jumlah penduduk Mengimbangi kadar pertumbuhan kaum Kemasukan Sarawak, Sabah dan Brunei dapat mengimbangi penduduk Melayu dan bukan Melayu Memajukan anggota yang belum membangun seperti Sarawak dan Sabah33 X 1 = Mak 30 Markah

30

3Jelaskan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia.

Penubuhan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum ( JPPK ) di Singapura Menjelaskan kepada orang ramai tentang Gagasan Malaysia Telah mengadakan empat kali mesyuarat Mesyuarat terakhir mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold Penubuhan Suruhanjaya Cobbold Ahli Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, Sir David Wathershon, Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie Meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak April 1962 laporan satu pertiga menyokong tanpa syarat Satu pertiga menyokong dengan syarat iaitu kepentingan mereka dilindungi Satu pertiga menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia Kemukakan cadangan iaitu perlembagaan berasaskan perlembagaan PTM Boleh menentukan dasar imigresen Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ) Bagi menerangkan penubuhan Malaysia Turut membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak Perwakilan Malaysia ke PBB PBB tinjaupendapat penduduk Sabah dan Sarawak dan mendapati bersetuju menyertai PTM berbanding Filipina dan Indonesia Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 Pada 16 September 1963 negara Malaysia di tubuhkan

20 X 1 = Mak15 Markah

15

4 Mengapakah anda patut berbangga menjadi warganegara Malaysia?

- Negara aman- Politik stabil- Rakyat bersatu- Kehidupan harmoni- Peluang pekerjaan banyak- Rakyat berpendapatan tinggi- Persekolahan percuma- Tahap pendidikan tinggi- Negara maju- Pemimpin berwibawa- Negara makmur- Kaya dengan pelbagai budaya- Flora dan fauna yang cantik- Terkenal dalam bidang skuasy dan badminton- Tidak berlaku bencana alam- Tidak dilanda peperangan- Mana-mana jawapan yang munasabah 16 x 1 = Mak 15

15

5Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kejayaan yang boleh dibanggakan telah dicapai oleh Malaysia sehingga kini.

Dasar Ekonomi Baru Dasar Pandang ke Timur Dasar Penswastaan Pembinaan bangunan yang menjadi mercu tanda ( KLCC , Menara KL ) Penciptaan kereta nasional Penganjuran sukan bertaraf dunia Angkasawan pertama ke ISS Menawan puncak Everest Berenang menyeberangi Selat Inggeris Merentasi Kutub Selatan Secara Solo Mana-mana yang munasabah10 X 1 = Mak 10 Markah

10

6Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara.

Polarisasi kaum Masalah social Keruntuhan akhlak Ketidakstabilan politik Kenaikan harga barang Kemelesetan ekonomi Rasuah Salahguna kuasa Karenah birokrasi Keciciran dalam pendidikan Mana-mana yang munasabah

Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas

Konsep 1 Malaysia Kurikulum yang sama Sekolah Wawasan Penghayatan nilai-nilai murni Pendidikan wajib sehingga tingkatan 5 Ketegasan penguatkuasaan undang-undang Kesaksamaan gender Kebebasan bersuara Mana-mana yang munasabah10 X 1 = Mak 10Markah

10

7Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar/ patriotisme daripada pembentukan Malaysia

Mempunyai ilmu pengetahuan Bersyukur dgn kemakmuran Negara Mentaati pemimpin negara Menghormati Rukun Negara Berusaha gigih Kreatif Berinovatif Berwawasan Mengamalkan semangat 1 Malaysia Jati diri yang unggulMana-mana yang munasabah10 X 1 = Mak 10Markah

10

8 Rumusan

Mengenal budaya masyarakat kaum lain Membentuk masyarakat yang berilmu Menyokong pembentukan negara maju menjelang 2020 Membentuk masyarakat bersatu padu Membentuk modal insan yang berdaya saing di peringkat globalMana-mana yang munasabah5 X 1 = Mak 5 Markah

5