modul kertas 2

210
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2 PRAKATA Diharap dengan adanya modul Menguasai Rumusan SPM ini dapat memandu guru membimbing pelajar menguasai teknik merumus karangan. Adalah diharapkan pelajar-pelajar akan berupaya: Menguasai teknik membina pendahuluan rumusan Menguasai teknik mengesan isi tersurat Menguasai teknik membina perenggan isi tersurat Menguasai teknik membina isi tersirat Menguasai teknik membina perenggan isi tersirat Menguasai teknik membina kesimpulan rumusan Menghasilkan jawapan soalan rumusan yang cemerlang Menguasai teknik menjawab soalan pemahaman. Menguasai teknik menjawab soalan berdasarkan novel. 1

Upload: syafiqah-sedan

Post on 20-Dec-2015

119 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

jj

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

PRAKATA

Diharap dengan adanya modul Menguasai Rumusan SPM ini dapat memandu guru membimbing pelajar menguasai teknik merumus karangan. Adalah diharapkan pelajar-pelajar akan berupaya:

Menguasai teknik membina pendahuluan rumusan

Menguasai teknik mengesan isi tersurat

Menguasai teknik membina perenggan isi tersurat

Menguasai teknik membina isi tersirat

Menguasai teknik membina perenggan isi tersirat

Menguasai teknik membina kesimpulan rumusan

Menghasilkan jawapan soalan rumusan yang cemerlang

Menguasai teknik menjawab soalan pemahaman.

Menguasai teknik menjawab soalan berdasarkan novel.

1

Page 2: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

(MODUL 1)

MODUL MERUMUS PETIKAN KARANGAN

TAJUK: AKTIVITI MERUMUS

Pendahuluan:

Merumus petikan rencana merupakan salah satu komponen kemahiran dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Pengetahuan tentang kaedah merumus sepatutnya sudah menjadi pengetahuan asas kepada setiap guru bahasa Melayu di sekolah menengah..

Namun begitu terdapat kekeliruan di kalangan guru-guru bahasa Melayu yang baru mengajar antara teknik merumus dengan teknik meringkaskan petikan rencana. Keadaan ini boleh memberi kesan yang buruk kepada pencapaian prestasi pelajar dalam peperiksaan awam.

Oleh itu, satu pendekatan yang lebih bersistematik perlu dimiliki oleh guru bahasa Melayu tentang teknik pengajaran dan pembelajaran merumus ini. Modul ini bertujuan supaya tidak timbul kecelaruan dalam teknik merumus petikan rencana di kalangan guru atau pelajar di sekolah.

Matlamat:

1. Meningkatkan kecekapan merumus dalam kalangan pelajar.2. Sebagai panduan guru dalam PDP bahasa Melayu di sekolah bagi aktiviti merumus

petikan rencana.

Objektif:

a. Kepada pelajar:1. Dapat mengurangkan kesilapan dalam aktiviti merumus.2. Dapat merasakan aktiviti merumus satu perkara yang mudah, praktikal, berkesan dan

bersifat objektif.3. Dapat keyakinan diri untuk merumus dengan baik dan mudah.4. Dapat membina ayat sendiri.

b. Kepada guru:1. Dapat mengelakkan kekeliruan dalam pengajaran teknik merumus.2. Dapat merasakan keyakinan diri ketika mengajar.3. Dapat merasakan pengajaran dan pembelajaran merumus tidak sukar dilaksanakan

di kelas.

Permasalahan:1. Sukar diikuti oleh pelajar yang terus tidak mahir berbahasa Melayu.2. Kekurangan perbendaharaan kata menyebabkan pelajar sukar mengesan dan

mencari isi.

2

Page 3: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Cara-cara mengatasi:

1. Guru Bahasa Melayu menggunakan teknik pembacaan dan pengamatan yang berulang-ulang ketika proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi permasalahan di atas.

2. Guru perlu mengambil masa yang lebih panjang dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar yang lemah.

3. Guru perlu menggunakan teknik menganalisis maksud ayat bagi menentukan sama ada terdapat isi atau tidak dalam setiap ayat yang dibaca.

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran:

Pengajaran dan pembelajaran merumus rencana boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti berikut:

1. Kemahiran membina pendahuluan.2. Kemahiran mengesan isi tersurat.3. Kemahiran meringkaskan ayat.4. Kemahiran membina ayat dan menyambung ayat.5. Kemahiran mencari isi tersirat.6. Kemahiran membuat kesimpulan.

PDP 1.

Tajuk : Kemahiran Membina Pendahuluan

Langkah 1

Guru perlu memberitahu kepada pelajar bahawa pendahuluan sesebuah rumusan dihasilkan daripada gabungan dua isi iaitu isi daripada kehendak soalan (kata tugasan pertama) dan isi daripada petikan rencana. Isi daripada petikan rencana diperoleh selepas membaca dan memahami petikan keseluruhan.

Langkah 2

Guru memberikan contoh-contoh soalan rumusan dan contoh pendahuluan bagi petikan yang dirumuskan.

Di sini dibekalkan beberapa set contoh soalan rumusan supaya pelajar benar-benar faham tentang cara-cara membina pendahuluan berdasarkan kehendak soalan yang diberikan.

3

Page 4: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

1. Baca petikan di bawahdengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan mengurut dari sudut kesihatan dan masalah-masalah yang wujud. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pendahuluan

Petikan membincangkan faedah/ keistimewaan/ kelebihan mengurut dari sudut kesihatan......................

2. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca pengangguran dalam kalangan siswazah dan kesan-kesan pengangguran. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengenalan:

Petikan menerangkan sebab-sebab/ faktor-faktor pengangguran dalam kalangan siswazah...........*..........

3. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan pelaksanaan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan halangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengenalan:

Petikan menerangkan kebaikan/ faedah/ impak/ implikasi pelaksanaanKempen Belilah Barangan Buatan Malaysia ......*.......

4. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat suatu rumusan tentang halangan-halangan memperkukuh perpaduan dan kesan-kesannya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Pengenalan:

Petikan menerangkan rintangan-rintangan /masalah-masalah memperkukuh perpaduan.........*..........

5. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara remaja menjalani gaya hidup sihat dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengenalan:

Petikan menerangkan langkah-langkah/ usaha-usaha remaja menjalani gaya hidup sihat..........*...........

Perhatian tanda (*) bermaksud isi yang diperoleh selepas membaca dan memahami petikan rumusan.

4

Page 5: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Langkah 3

Guru memberikan contoh-contoh soalan rumusan yang lain sebagai pengukuhan. Seterusnya, guru perlu menggunakan teknik pengamatan yang berulang-ulang bagi mencapai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran merumus untuk memastikan pelajar yang sederhana dan lemah memahami maksud ayat bagi petikan yang hendak dirumus.

Langkah 4

Pelajar perlu mengesan satu isi lagi daripada rencana yang dirumus untuk dijadikan isi kedua bahagian pendahuluan.

Bagi tujuan pengesanan ini, sila lihat contoh soalan 1. Kehendak soalan bagi soalan tersebut ialah merumuskan kebaikan mengurut dari sudut kesihatan.

Pelajar perlu membaca petikan dalam soalan 1 secara keseluruhan dan cari satu idea keseluruhan daripada isi-isi tersurat yang dikemukakan dalam rencana tersebut.

Soalan 1,

Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan mengurut dari sudut kesihatan dan masalah-masalah yang wujud. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Mengurut merupakan salah satu rawatan tradisional masyarakat Malaysia, terutama dalam kalangan kaum Melayu. Mengurut juga menjadi kelaziman bagi masyarakat Jepun, China, Mesir dan India. Di Amerika Syarikat, mengurut merupakan masalah satu cabang perubatan sejak pertengahan abad ke-19. Dalam bidang perubatan, mengurut dilakukan oleh seorang profesional. Mereka terlatih dalam pelbagai teknik mengurut dengan bantuan peralatan saintifik.

Gaya hidup masyarakat sekarang tidak menghalang pelbagai lapisan bangsa, jantina dan peringkat umur untuk meninggalkan kaedah rawatan mengurut. Mengurut dapat merehatkan tubuh dan melancarkan aliran darah serta oksigen ke bahagian yang diurut. Mengurut dapat mengurangkan rasa sakit di bahagian tubuh yang terlibat. Malahan kaedah urutan juga dipercayai merangsang fungsi sistem saraf.

Dalam perubatan tradisional pula, mengurut dipercayai berupaya mengubati pelbagai penyakit terutamanya angin ahmar. Walaupun keberkesanannya tidak diketahui, amalan

5

Page 6: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

mengurut untuk rawatan tenaga batin menarik minat banyak orang. Sebilangan rakyat di negara kita begitu teruja dengan rawatan alternatif ini. Kini, teknik mengurut semakin moden. Pelbagai jenis kerusi urut ada di pasaran. Namun kebanyakan orang hanya membeli kerusi urut untuk merehatkan otot dan bukannya untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang lain.

Selain itu, kajian sainifik mendapati mengurut membantu menyelesaikan masalah kesihatan. Bagi individu yang menghidap migrain, sakit selepas bersalin, sakit otot dan sakit belakang, kaedah mengurut memberikan kelegaan. Di samping itu, mengurut dapat meningkatkan aliran darah ke otot, mengurangkan perasaan resah dan tekanan. Mengurut dipercayai dapat merehatkan otot dan menyekat rasa sakit yang dibawa oleh saraf ke otak. Mengurut juga dikatakan boleh meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki imej diri. Hal ini praktikal kepada individu yang mempunyai masalah kecacatan fizikal dan menghidap penyakit kronik seperti kanser. Selain itu, urutan akan meningkatkan sistem imun yang melindungi tubuh daripada mengalami infeksi dan meningkatkan pertahanan tubuh daripada serangan sel kanser.

Seseorang ibu digalakkan mengurut anggota tubuh bayinya kerana kaedah ini dapat merangsang pertumbuhan fizikal bayi dengan lebih baik. Namun begitu, mengurut yang tidak dilakukan mengikut cara yang betul boleh mengundang pelbagai masalah. Pesakit yang mempunyai darah beku di salur darah terutamanya di kaki, masalah pendarahan, osteporosis, patah tulang, luka dan mengalami infeksi, dinasihatkan tidak menjalani rawatan mengurut. Lantaran itu, bagi mengelakkan sebarang masalah, orang ramai dinasihatkan agar merujuk kepada ahli perubatan terlebih dahulu sebelum melakukan urutan. Elakkan daripada melakukan urutan tanpa mengetahui jenis penyakit yang dihidapi. Di Barat, individu yang terlibat dengan bidang urutan dikehendaki menjalani sesi latihan dengan pakar yang bertauliah. Sudah sampai masanya bagi negara kita mencontohi Barat dalam hal ini memandangkan kaedah mengurut telah lama diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Kesimpulannya, jika kita mahu mengelakkan sebarang kejadian buruk akibat mengurut, kita perlulah berhati-hati memilih tukang urut agar mengurut benar-benar memberi kelegaan kepada kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana”Mengurut dari Sudut Kesihatan,” Dewan Masyarakat,

April 2009)

Hasilnya, terdapat satu idea keseluruhan daripada isi-isi tersurat untuk disambung dengan ayat pendahuluan ‘ kebaikan mengurut dari sudut kesihatan dalam kalangan masyarakat’.

6

Page 7: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Langkah 5

Melatih pelajar menulis pendahuluan dengan cara yang lengkap.

Berdasarkan petikan di atas, pendahuluan bagi rumusan ini ialah, Petikan membincangkan kebaikan mengurut dari sudut kesihatan dalam

kalangan masyarakat.

PDP 2

Tajuk: Kemahiran Mengesan Isi-Isi Tersurat

Langkah 1:

Guru perlu menegaskan kepada pelajar bahawa ayat-ayat yang hendak dikesan mestilah mempunyai kaitan dengan kehendak soalan sahaja. Ayat-ayat inilah disamakan dengan ayat-ayat isi tersurat.

Langkah 2:

Guru mengarahkan pelajar membaca setiap ayat dalam rencana yang dikemukakan. Jika pelajar merasakan ayat tersebut sudah pasti ada kaitan dengan kehendak soalan maka tandakan ( / ) di hujung ayat dan jika tiada kaitan, tandakan ( X ) di hujung ayat juga. Ayat-ayat yang mengandungi isi-isi tersurat yang hendak dikesan ialah ayat-ayat yang berkaitan dengan kebaikan mengurut dari sudut kesihatan.

Dengan cara ini, pelajar dapat memahami apa yang patut mereka lakukan iaitu mereka hanya perlu mengesan ayat-ayat yang mempunyai kaitan dengan kebaikan mengurut dari sudut kesihatan sahaja.

Ikuti aktiviti berikut. :

Adakah ayat-ayat berikut memperkatakan tentang kebaikan mengurut dari sudut kesihatan?

Kalau ada isi tandakan ( / ) dan kalau tidak ada isi tandakan ( X ).

Ayat Isi Tersurat: Ada / Tiada

7

Page 8: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

1. Mengurut merupakan salah saturawatan tradisional masyarakat Malaysia, terutama dalam kalangan kaum Melayu Tiada

2. Mengurut juga menjadi kelazimanbagi masyarakat Jepun, China, Mesir dan India. Di Amerika Syarikat, mengurut merupakan masalah satu cabang perubatan sejak pertengahan abad ke-19.

Tiada

3. Dalam bidang perubatan, mengurutdilakukan oleh seorang profesional. Mereka terlatih dalam pelbagai teknik mengurut dengan bantuan peralatan saintifik.

Tiada.

4. Gaya hidup masyarakat sekarang tidak menghalang pelbagai lapisan bangsa, jantina dan peringkat umur untuk meninggalkan kaedah rawatan mengurut.

Tiada

5. Mengurut dapat merehatkan tubuh dan melancarkan aliran darah serta oksigen ke bahagian yang diurut.

Ada

1. Mengurut dapat merehatkan tubuh dan melancarkan aliran darah serta oksigen ke bahagian yang diurut. ( / )

6. Mengurut dapat mengurangkan rasasakit di bahagian tubuh yang terlibat malahan kaedah urutan juga dipercayai merangsang fungsi sistem saraf.

Ada (2 isi)

2. Mengurut dapat mengurangkan rasa sakit di bahagian tubuh yang terlibat malahan (3) kaedah urutan juga dipercayai merangsang fungsi sistem saraf. ( / )

7. Dalam perubatan tradisional pula, mengurut dipercayai berupaya mengubati pelbagai penyakit terutamanya angin ahmar.

Ada

4. Dalam perubatan tradisional pula, mengurut dipercayai berupaya mengubati pelbagai penyakit terutamanya angin ahmar.( / )

8. Walaupun keberkesanannya tidak

8

Page 9: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

diketahui, amalan mengurut untuk rawatan tenaga batin menarik minat banyak orang.

Tiada

9. Sebilangan rakyat di negara kita begitu teruja dengan rawatan alternatif ini. Kini, teknik mengurut semakin moden. Pelbagai jenis kerusi urut ada di pasaran.

Tiada

10. Namun kebanyakan orang hanya membeli kerusi urut untuk merehatkan otot dan bukannya untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang lain.

Tiada

11. Selain itu, kajian sainifik mendapati mengurut membantu menyelesaikan masalah kesihatan.

Ada

5. Selain itu, kajian sainifik mendapati mengurut membantu menyelesaikan masalah kesihatan.

12. Bagi individu yang menghidap migrain, sakit selepas bersalin, sakit otot dan sakit belakang, kaedah mengurut memberikan kelegaan.

Ada

6. Bagi individu yang menghidapmigrain, sakit selepas bersalin, sakit otot dan sakit belakang, kaedah mengurut memberikan kelegaan.( / )

13. Mengurut dipercayai dapat merehatkan otot dan menyekat rasa sakit yang dibawa oleh saraf ke otak.

Ada

7. Mengurut dipercayai dapat merehatkan otot dan menyekat rasa sakit yang dibawa oleh saraf ke otak.

14. Mengurut juga dikatakan boleh meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki imej diri.

Ada

8. Mengurut juga dikatakan boleh meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki imej diri.( / )

15. Hal ini praktikal kepada individu yang mempunyai masalah kecacatan fizikal dan menghidap penyakit kronik seperti kanser. Tiada

16. Selain itu, urutan akan meningkatkan

sistem imun yang melindungi tubuh daripada mengalami infeksi dan meningkatkan pertahanan tubuh daripada serangan sel kanser.

Ada

9. Selain itu, urutan akanmeningkatkan sistem imun yang melindungi tubuh daripada mengalami infeksi dan meningkatkan pertahanan tubuh daripada serangan

9

Page 10: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

sel kanser.( / )

17. Seseorang ibu digalakkan mengurutanggota tubuh bayinya kerana kaedah ini dapat merangsang pertumbuhan fizikal bayi dengan lebih baik.

Ada

10. Seseorang ibu digalakkanMengurut anggota tubuh bayinya kerana kaedah ini dapat merangsang pertumbuhan fizikal bayi dengan lebih baik.( / )

18. Namun begitu, mengurut yang tidak dilakukan mengikut cara yang betul boleh mengundang pelbagai masalah. Tiada

19. Pesakit yang mempunyai darah beku di salur darah terutamanya di kaki, masalah pendarahan, osteporosis, patah tulang, luka dan mengalami infeksi, dinasihatkan tidak menjalani rawatan mengurut. Tiada

20. Lantaran itu, bagi mengelakkan sebarang masalah, orang ramai dinasihatkan agar merujuk kepada ahli perubatan terlebih dahulu sebelum melakukan urutan.

Tiada

21. Elakkan daripada melakukan urutan tanpa mengetahui jenis penyakit yang dihidapi. Tiada

22. Di Barat, individu yang terlibat dengan bidang urutan dikehendaki menjalani sesi latihan dengan pakar yang bertauliah.

Tiada

23. Sudah sampai masanya bagi negara kita mencontohi Barat dalam hal ini memandangkan kaedah mengurut telah lama diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Tiada

23. Kesimpulannya, jika kita mahu mengelakkan sebarang kejadian buruk akibat mengurut, kita perlulah berhati-hati memilih tukang urut agar mengurut benar-benar memberi kelegaan kepada kita.

Tiada

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ”Mengurut dari Sudut Kesihatan,” Dewan Masyarakat,

April 2009)

10

Page 11: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Langkah 3

Menyusun ayat-ayat yang telah dikesan dengan tanda ( / ). Hasilnya adalah seperti berikut.

1. Mengurut dapat merehatkan tubuh dan melancarkan aliran darah serta oksigen ke bahagian yang diurut. ( / )

2. Mengurut dapat mengurangkan rasa sakit di bahagian tubuh yang terlibat malahan kaedah urutan juga dipercayai merangsang fungsi sistem saraf. ( / )

3. Mengurut dapat mengurangkan rasa sakit di bahagian tubuh yang terlibat malahan kaedah urutan juga dipercayai merangsang fungsi sistem saraf. ( / )

4. Dalam perubatan tradisional pula, mengurut dipercayai berupaya mengubati pelbagai penyakit terutamanya angin ahmar.

5. Selain itu, kajian sainifik mendapati mengurut membantu menyelesaikan masalah kesihatan. ( / )

6. Bagi individu yang menghidap migrain, sakit selepas bersalin, sakit otot dan sakit belakang, kaedah mengurut memberikan kelegaan. ( / )

7. Mengurut dipercayai dapat merehatkan otot dan menyekat rasa sakit yang dibawa oleh saraf ke otak. ( / )

8. Mengurut juga dikatakan boleh meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki imej diri. ( / )

9. Selain itu, urutan akan meningkatkan sistem imun yang melindungi tubuh daripada mengalami infeksi dan meningkatkan pertahanan tubuh daripada serangan sel kanser. ( / )

10. Seseorang ibu digalakkan mengurut anggota tubuh bayinya kerana kaedah ini dapat merangsang pertumbuhan fizikal bayi dengan lebih baik. ( / )

11

Page 12: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

PDP 3.

Tajuk: Kemahiran Meringkaskan Ayat Berdasarkan Isi-Isi Tersurat

Langkah 1:

Meringkaskan ayat-ayat yang panjang supaya menjadi ayat-ayat yang lebih pendek dan tepat maksudnya.

Contoh yang perlu guru lakukan adalah seperti berikut iaitu menggariskan perkataan-perkataan yang penting supaya menjadi ayat yang ringkas dan tepat maksudnya.

1. Mengurut dapat merehatkan tubuh dan melancarkan aliran darah serta oksigen ke bahagian yang diurut.

2. Mengurut dapat mengurangkan rasa sakit di bahagian tubuh yang terlibat malahan kaedah urutan juga dipercayai merangsang fungsi sistem saraf.

3. Mengurut dapat mengurangkan rasa sakit di bahagian tubuh yang terlibat malahan kaedah urutan juga dipercayai merangsang fungsi sistem saraf.

4. Dalam perubatan tradisional pula, mengurut dipercayai berupaya mengubati pelbagai penyakit terutamanya angin ahmar.

5. Selain itu, kajian sainifik mendapati mengurut membantu menyelesaikan masalah kesihatan.

6. Bagi individu yang menghidap migrain, sakit selepas bersalin, sakit otot dan sakit belakang, kaedah mengurut memberikan kelegaan.

7. Mengurut dipercayai dapat merehatkan otot dan menyekat rasa sakit yang dibawa oleh saraf ke otak.

8. Mengurut juga dikatakan boleh meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki imej diri .

9. Selain itu, urutan akan meningkatkan sistem imun yang melindungi tubuh daripada mengalami infeksi dan meningkatkan pertahanan tubuh daripada serangan sel kanser.

10. Seseorang ibu digalakkan m engurut anggota tubuh bayinya kerana kaedah ini dapat merangsang pertumbuhan fizikal bayi dengan lebih baik.

12

Page 13: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Langkah 2:

Menyusun ayat-ayat yang telah diringkaskan. Hasilnya adalah seperti berikut.

Kebaikan mengurut dari segi kesihatan ialah;

1. merehatkan tubuh dan melancarkan aliran darah serta oksigen.

2. mengurangkan rasa sakit di bahagian tubuh.

3. merangsang fungsi sistem saraf.

4. berupaya mengubati pelbagai penyakit terutamanya angin ahmar.

5. membantu menyelesaikan masalah kesihatan.

6. menghidap migrain, sakit selepas bersalin kaedah mengurut memberikan

kelegaan.

7. merehatkan otot dan menyekat rasa sakit yang dibawa oleh saraf ke otak

8. meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki imej diri.

9. meningkatkan sistem imun yang melindungi tubuh.

10. merangsang pertumbuhan fizikal bayi dengan lebih baik.

Langkah 3:

Guru memberikan latihan-latihan tambahan sebagai latihan pengukuhan. Latihan ini boleh dibuat secara berkumpulan atau secara perseorangan. Tujuannya untuk menguji keberkesanan kaedah pengajaran guru dan setakat mana pelajar berjaya memahami pengajaran guru.

13

Page 14: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

PDP 4

Tajuk: Kemahiran Menyambung Ayat dan Membina Ayat Sendiri,

Langkah 1:

Pelajar dikehendaki menyambung ayat secara gramatis dan tepat dengan menggunakan ‘wacana’ atau penghubung ayat yang betul supaya ayat yang dibina bersifat jelas dan mudah difahami.

Langkah 2:

Ayat-ayat berikut disambung dengan menggunakan ‘wacana’ yang betul.

1. merehatkan tubuh dan melancarkan aliran darah serta oksigen.

2. mengurangkan rasa sakit di bahagian tubuh.

3. merangsang fungsi sistem saraf.

4. berupaya mengubati pelbagai penyakit terutamanya angin ahmar.

5. membantu menyelesaikan masalah kesihatan.

6. menghidap migrain, sakit selepas bersalin kaedah mengurut memberikan

kelegaan.

7. merehatkan otot dan menyekat rasa sakit yang dibawa oleh saraf ke otak

8. meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki imej diri.

9. meningkatkan sistem imun yang melindungi tubuh.

10. merangsang pertumbuhan fizikal bayi dengan lebih baik.

Hasilnya adalah seperti berikut,

Mengurut dapat merehatkan tubuh dan melancarkan aliran darah serta oksigen. Mengurut juga dapat mengurangkan rasa sakit selain merangsang fungsi sistem saraf. Di samping itu mengurut berupaya mengubati pelbagai penyakit terutamanya angin

14

Page 15: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

ahmar. Mengurut juga banyak membantu menyelesaikan masalah kesihatan. Yang penting mengurut dapat meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki imej diri.

(cukup nyatakan 6 isi sahaja)

Langkah 3:

Guru memberikan latihan tambahan iaitu menyenaraikan 6 isi secara tersusun mengenai apa-apa jua tajuk dan pelajar dikehendaki menyambungkan ayat-ayat berkenaan dengan ‘wacana’ yang betul supaya ayat yang dibaca bersifat gramatis.

Langkah ini dapat menilai kemahiran dan kebolehan pelajar menyambung ayat dan membina ayat sendiri.

PDP 5.

Tajuk: Kemahiran Mengesan Atau Mengemukakan Isi Tersirat

Langkah 1:

Guru menerangkan maksud isi tersirat ialah isi yang diberi berdasarkan kehendak soalan iaitu masalah-masalah yang wujud.

Masalah-masalah yang wujud ketika mengurut ialah:

1. orang ramai terpedaya dengan tawaran tukang urut palsu.

2. kaedah mengurut yang dimiliki oleh tukang urut kebanyakannya tiada pengiktirafan daripada pakar perubatan.

3. orang ramai tidak dapat mengenal pasti jenis penyakit yang membolehkan mereka menggunakan kaedah mengurut.

4. penyakit yang dialami tidak sembuh sebaliknya semakin parah

Langkah 2:

Guru memberikan beberapa latihan yang lain bagi melihat setakat mana pelajar berupaya memberikan isi-isi tersirat. Latihan-latihan tersebut digunakan sebagai pengukuhan dalam mengesan isi-isi tersirat dalam kalangan pelajar.

Langkah 3:

Guru menegaskan supaya pelajar mencari sekurang-kurang 8 isi iaitu 6 isi tersirat dan 2 isi tersirat.

15

Page 16: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Atau sebaliknya seperti tertera dalam jadual di bawah. Isi Tersurat 6 5 4 3 2

Isi Tersirat 2 3 4 5 6

Contoh gabungan dua isi tersirat:

Mengurut dapat mengurangkan rasa sakit di bahagian tubuh yang terlibat malahan kaedah urutan juga dipercayai merangsang fungsi sistem saraf.

PDP 6

Tajuk: Kemahiran Membuat Kesimpulan

Langkah 1:

Guru perlu menjelaskan kepada pelajar bahawa ada dua perkara yang perlu ditulis dalam kesimpulan. Dua perkara tersebut ialah ‘cadangan pelajar’ dan ‘harapan pelajar’ terhadap perkara yang dirumuskan.

Langkah 2:

Contoh kesimpulan yang perlu dibuat oleh pelajar adalah seperti berikut,

Cadangan;

orang ramai perlu mengenal pasti penyakit mereka sebelum menggunakan kaedah mengurut

Harapan;

supaya tidak memudaratkan kesihatan.

Contoh ayat kesimpulan setelah digabungkan antara ‘cadangan’ dengan ‘harapan’ adalah seperti berikut;

Kesimpulannya, orang ramai perlu mengenal pasti penyakit mereka sebelum menggunakan kaedah mengurut supaya tidak memudaratkan kesihatan.

16

Page 17: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Langkah 3:

Pelajar dikehendaki membuat jadual seperti berikut bagi memudahkan mereka merangka isi.

Rangka RumusanPendahuluan,Petikan membincangkan faedah/ keistimewaan/ kelebihan kaedah mengurut dari sudut kesihatan

kepada masyarakat.

Kebaikan mengurut dari sudut kesihatan

Isi Tersurat1. merehatkan tubuh dan melancarkan aliran darah serta oksigen.

2. mengurangkan rasa sakit di bahagian tubuh.

3. merangsang fungsi sistem saraf.

4. berupaya mengubati pelbagai penyakit terutamanya angin ahmar.

5. membantu menyelesaikan masalah kesihatan.

6. menghidap migrain, sakit selepas bersalin kaedah mengurut memberikan kelegaan.

7. merehatkan otot dan menyekat rasa sakit yang dibawa oleh saraf ke otak

8. meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki imej diri.

9. meningkatkan sistem imun yang melindungi tubuh.

10. merangsang pertumbuhan fizikal bayi dengan lebih baik.

Masalah-masalah yang wujud ketika mengurutIsi Tersirat

1.Orang ramai terpedaya dengan tawaran tukang urut palsu.

2.kaedah mengurut yang dimiliki oleh tukang urut kebanyakannya tiada pengiktirafan daripada pakar perubatan

3.orang ramai tidak dapat mengenal pasti jenis penyakit yang membolehkan mereka menggunakan kaedah mengurut.

4.Penyakit yang dialami tidak sembuh sebaliknya semakin parah

17

Page 18: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Penutup/Kesimpulan

Kesimpulannya, orang ramai perlu mengenal pasti penyakit mereka sebelum menggunakan kaedah mengurut

supaya tidak memudaratkan kesihatan.

Langkah 4:

Pelajar boleh menghasilkan rumusan dalam bentuk seperti berikut,

Hasil RumusanDitulis dalam empat perenggan

Petikan membincangkan kelebihan kaedah mengurut dari sudut kesihatan kepada masyarakat.

Antara kebaikan mengurut ialah dapat merehatkan tubuh dan melancarkan aliran darah serta oksigen. Mengurut juga dapat mengurangkan rasa sakit selain merangsang fungsi sistem saraf. Di samping itu mengurut berupaya mengubati pelbagai penyakit terutamanya angin ahmar. Mengurut juga banyak membantu menyelesaikan masalah kesihatan. Yang penting mengurut dapat meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki imej diri.

Antara masalah yang wujud ketika mengurut ialah orang ramai mudah terpedaya dengan tawaran tukang urut palsu. Selain itu penyakit yang dialami tidak sembuh sebaliknya semakin parah.

Kesimpulannya, orang ramai perlu mengenal pasti penyakit mereka sebelum menggunakan kaedah mengurut supaya tidak memudaratkan kesihatan.

[Jumlah perkataan = 104]

Kesimpulan:

Modul ini diharapkan dapat membantu guru bahasa Melayu dan pelajar dalam memahami aktiviti merumus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah. Guru perlu memberikan kepada pelajar tugasan secara berulang-ulang untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kaedah membuat rumusan.

Pada awal pengajaran dan pembelajaran guru terpaksa mengajar mengikut peringkat-peringkat yang dicadangkan bagi menimbulkan keberkesanan dalam meningkatkan kemahiran merumus di kalangan pelajar.

Setelah pelajar cekap dalam semua kemahiran, guru tidak perlu lagi menggunakan masa yang panjang bagi aktiviti merumus ini. Seluruh peringkat pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dalam masa yang singkat iaitu dalam satu atau dua masa waktu sahaja.

18

Page 19: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Guru boleh menggunakan jadual waktu anjal untuk menyesuaikan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi kelas yang sederhana atau lemah. Perkara yang penting ialah pelajar mesti menguasai kemahiran-kemahiran yang dicadangkan walaupun dalam jangka masa yang panjang.

BORANG UNTUK MERANGKA ISI-ISI RUMUSAN

Pendahuluan:

Isi Tersurat:

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Isi Tersirat:

1.

2.

Penutup:

19

Page 20: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

KAEDAH MENGESAN ISI TERSURAT

Soalan ISI TERSURAT YANG PERLU DIKESAN DALAM AYAT.

Ayat 1

Ayat 2.

Ayat 3.

Ayat 4.

Ayat 5.

.

Ayat 6.

Ayat 7.

Ayat 8.

Ayat 9.

20

Page 21: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Ayat 10.

Ayat 11.

Ayat 12.

Ayat 13.

Ayat 14.

Ayat 15.

Ayat 16.

Ayat 17.

Ayat 18.

Ayat 19.

Ayat 20.

Ayat 21.

21

Page 22: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Ayat 22.

(MODUL 2)

STRATEGI MERUMUS KARANGAN

A. STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN

RUMUSAN SPM 2012

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Formula Menulis Pendahuluan

+ + +

__________________________________________________________________________

= petikan menerangkan

= sebab-sebab

= pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan

= di dunia

Contoh-contoh frasa pelengkap selepas frasa fokus utama (merujuk kepada isu):-

Tempat Masa Manusiadi antarabangsa pada era ini dalam kalangan murid/pelajardi Malaysia pada masa ini dalam kalangan masyarakatdi negara ini pada alaf ini dalam kalangan komuniti

22

Perubahan Tema Utama (∆ TU)

Frasa Kerja (FK)

Fokus Utama

Frasa Pelengkap

Perubahan Tema Utama (∆ TU)

Frasa Kerja (FK)

Fokus Utama

Frasa Pelengkap

Page 23: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

di sekolah pada zaman ini dalam kalangan rakyatdi seantero/ seluruh dunia pada abad ini dalam kalangan warganegara

+ + +

Petikan menerangkan sebab-sebab pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan di dunia.

B. STRATEGI MENCARI ISI TERSURAT

Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali.

Bacaan kali pertama untuk mendapat gambaran keseluruhan petikan.(masa dicadangkan 2 minit)

Bacaan kali kedua untuk pemahaman isi kandung dalam petikan (masa dicadangkan 5 minit)

STRATEGI 1

Mengenal pasti penanda wacana (contoh :- hal ini demikian/ selain itu/ sehubungan dengan itu/ lebih istimewa)

STRATEGI 2

Menggunakan perubahan tema utama (contoh:- sebab/ faktor/ punca)

23

Perubahan Tema Utama (∆ TU)

Frasa Kerja (FK)

Fokus Utama

Frasa Pelengkap

Page 24: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

STRATEGI 3

AA = P1

______________

AP = P2

AT = P2

AA = P2

______________

AP = P3

AT = P3

AA = P3

______________

AP = P4

AT = P4

AA = P4

______________

24

Ayat Akhir Perenggan 1

Ayat Pertama

Ayat Tengah

Ayat Akhir

Perenggan 2

Perenggan 3

Perenggan 4

Ayat Pertama

Ayat Tengah

Ayat Akhir

Ayat Pertama

Ayat Tengah

Ayat Akhir

Page 25: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

RUMUSAN SPM 2012

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bersesuaian dengan langkah transformasi ekonomi negara yang memerlukan pendekatan dan strategi menyeluruh, kerajaan melaksanakan usaha sama dalam pelbagai bidang yang menjadi teras ekonomi negara. Kerjasama yang terjalin antara sektor kesihatan dengan sektor pelancongan telah merancakkan industri pelancongan kesihatan, iaitu lebih pelancong dari serata dunia berkunjung ke Malaysia bagi mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan selain memenuhi agenda pelancongan mereka. Hal ini dipengaruhi oleh faktor kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi, Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menarik lebih banyak pelancong kesihatan. Hal ini demikian kerana negara kita sememangnya mampu menyediakan perkhidmatan pelancongan kesihatan yang terbaik dan seterusnya menjadi peneraju industri ini di rantau Asia Tenggara. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta merupakan elemen bernilai tambah yang mempunyai potensi untuk menjadi sumber penjanaan perkhidmatan tersebut. Selain itu, negara kita mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia. Tambahan pula, caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara maju.

Keyakinan pelancong kesihatan terhadap mutu rawatan di negara kita didorong oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS ISO9002. Pengiktirafan tersebut dimiliki oleh pengamal perubatan tempatan yang memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan dengan itu, Malaysia amat sesuai sebagai destinasi pelancongan kesihatan kerana terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan yang canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Lebih istimewa, pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan kerana kos penginapan hospital bergantung pada pilihan pesakit sama ada mahu memilih penginapan yang mewah atau penginapan yang selesa dengan bayaran yang berpatutuan. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia daripada pusat perubatan swasta tempatan.

Bagi memperkasakan industri ini agar lebih berdaya saing dan menawarkan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan semasa, KKM telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan. Usaha penambahbaikan sektor pelancongan kesihatan melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada Majlis Kesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya. Bagi memastikan jumlah

25

AA P1

AA P2

AA P3

AA P4

AT P2

AT P3

AT P4

AA P2

AA P3

AA P4

Page 26: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

pelancong kesihatan meningkat dalam kadar yang lebih tinggi dari tahun ke tahun, kerajaan mengkaji kemungkinan untuk meminda undang-undang agar dapat membantu pengamal perubatan mempromosikan perkhidmatan mereka di luar negara.

(Dipetik dan diubah suai daripada“Sinergi Sektor Kesihatan Pelancongan”

Oleh Hanafi Timan, Dewan Ekonomi, Oktober 2010) Cadangan Isi tersurat

1. Hal ini dipengaruhi oleh faktor kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

2. Sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi, Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menarik lebih banyak pelancong kesihatan.

3. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta merupakan elemen bernilai tambah yang mempunyai potensi untuk menjadi sumber penjanaan perkhidmatan tersebut.

4. Tambahan pula, caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara maju.

5. Keyakinan pelancong kesihatan terhadap mutu rawatan di negara kita didorong oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS ISO9002.

6. Sehubungan dengan itu, Malaysia amat sesuai sebagai destinasi pelancongan kesihatan kerana terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan yang canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi.

7. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia daripada pusat perubatan swasta tempatan.

8. Bagi memperkasakan industri ini agar lebih berdaya saing dan menawarkan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan semasa, KKM telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan.

9. Usaha penambahbaikan sektor pelancongan kesihatan melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada Majlis Kesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya.

10. Bagi memastikan jumlah pelancong kesihatan meningkat dalam kadar yang lebih tinggi dari tahun ke tahun, kerajaan mengkaji kemungkinan untuk meminda undang-undang agar dapat membantu pengamal perubatan mempromosikan perkhidmatan mereka di luar negara.

Isi tersurat yang sebenar

26

Page 27: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

1. Hal ini dipengaruhi oleh faktor kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

2. Sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi, Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menarik lebih banyak pelancong kesihatan.

3. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta merupakan elemen bernilai tambah yang mempunyai potensi untuk menjadi sumber penjanaan perkhidmatan tersebut.

4. Tambahan pula, caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara maju.

5. Keyakinan pelancong kesihatan terhadap mutu rawatan di negara kita didorong oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS ISO9002.

6. Sehubungan dengan itu, Malaysia amat sesuai sebagai destinasi pelancongan kesihatan kerana terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan yang canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi.

7. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia daripada pusat perubatan swasta tempatan.

8. Bagi memperkasakan industri ini agar lebih berdaya saing dan menawarkan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan semasa, KKM telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan.

9. Usaha penambahbaikan sektor pelancongan kesihatan melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada Majlis Kesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya.

10. Bagi memastikan jumlah pelancong kesihatan meningkat dalam kadar yang lebih tinggi dari tahun ke tahun, kerajaan mengkaji kemungkinan untuk meminda undang-undang agar dapat membantu pengamal perubatan mempromosikan perkhidmatan mereka di luar negara.

Cadangan Penulisan Perenggan Isi Tersurat

Fokus Utama (FU) + Isi Tersurat 1 (S1). Seterusnya + 1/2 FU + lain + ialah + S2 dan S3. Selain itu + 1/2 FU + seterusnya + ialah + S4 dan S5. Akhirnya + 1/2 FU + lain + ialah + S6 + S7.

Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan ialah ___________(S1)_____________. Seterusnya, faktor-faktor lain ialah _________(S2)_______ dan ___________(S3)____________. Selain itu, faktor-faktor

27

Page 28: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

seterusnya ialah ________(S4___________dan________(S5)____________. Akhirnya faktor-faktor lain ialah ____________(S6)___________ dan ____________(S7)____________.

Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan ialah kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa Seterusnya, faktor-faktor lain ialah mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi dan kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta merupakan elemen bernilai tambah yang mempunyai potensi untuk menjadi sumber penjanaan perkhidmatan tersebut Selain itu, faktor-faktor seterusnya ialah caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara maju dan mutu rawatan di negara kita didorong oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS ISO9002. Akhirnya faktor-faktor lain ialah terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi dan para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia daripada pusat perubatan swasta tempatan.

C. STRATEGI MENULIS ISI TERSIRAT

Fokus Sampingan (FS ) + ialah + Isi Tersirat 1 (T1) dan T2.

Faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita ialah T1 dan T2.

(Cadangan isi tersirat)Bil. Faedah1. membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan2. kemudahan asas semakin baik3. menaikkan imej negara 4. ekonomi negara semakin maju

Faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita adalah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan menaikkan imej negara.

(Cadangan isi tersirat bagi isu-isu lain)Bil. Faktor Kesan Langkah1. ibu bapa modal insan kelas pertama ibu bapa2. pengaruh rakan sebaya masyarakat pihak sekolah3. pengaruh media massa imej negara anggota masyarakat4. Masyarakat ekonomi negara pihak media massa

pihak kerajaan

28

Page 29: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

D. STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN

Formula Menulis Kesimpulan

+ + + +

____________________________________________________________________________

= kesimpulannya

= semua pihak

= menyokong industri pelancongan kesihatan

= supaya

= mutu rawatan setanding negara maju

(Penutup)

+ + +

Kesimpulannya, semua pihak wajar menyokong industri pelancongan kesihatan supaya

mutu rawatan setanding dengan negara maju.

29

Kesimpulan (K)

Pihak berwajib (Pb)

Cadangan (C)

Harapan (H)

Kata hubung (Kh)

Kesimpulan (K)

Kata hubung (Kh)

Kata hubung (Kh)

Kesimpulan (K)

Pihak berwajib (Pb)

Pihak berwajib (Pb)

Cadangan (C)

Cadangan (C)

Harapan (H)

Harapan (H)

Page 30: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Contoh jawapan penulisan rumusan yang lengkap.

Petikan menerangkan sebab-sebab pemilihan Malaysia sebagai destinasi

pelancongan kesihatan di dunia.

Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan ialah

kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa

Seterusnya, faktor-faktor lain ialah mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi dan

kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta merupakan elemen bernilai tambah yang

mempunyai potensi untuk menjadi sumber penjanaan perkhidmatan tersebut Selain itu,

faktor-faktor seterusnya ialah caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara

maju dan mutu rawatan di negara kita didorong oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan

Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS ISO9002. Akhirnya faktor-faktor

lain ialah terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap canggih dan doktor

pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi dan para pelancong kesihatan turut

mendapat layanan bertaraf dunia daripada pusat perubatan swasta tempatan.

Faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita adalah membuka

peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan menaikkan imej negara.

Kesimpulannya, semua pihak wajar menyokong industri pelancongan kesihatan

supaya mutu rawatan setanding deng negara maju.

30

Page 31: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

(MODUL 3)

STRATEGI MERUMUS KARANGAN

A. STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN

STRATEGI:

1. Fokus pada tugasan 1 dalam arahan soalan. (Bermula selepas perkataan tentang ......)

2. Tukarkan tugasan 1 kepada perkataan sinonim atau seerti dengannya contohnya;a. Faktor-faktor sebab-sebab, punca-puncab. Usaha-usaha langkah-langkah, cara-carac. Kesan-kesan impak, implikasid. Kekangan-kekangan masalah-masalah, halangan-halangan

3. Pelengkap pendahuluan akan ditulis daripada idea keseluruhan isi-isi tersurat.4. Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.5. Mulakan ayat pendahuluan dengan ;

a. Petikan membincangkan/ menjelaskan....

CONTOH PENDAHULUAN:

SPM 2012

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tugasan 1 : faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan

Petikan membincangkan sebab-sebab pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan + (pelengkap pendahuluan)

31

Tugasan 1 Kata

Kunci

Page 32: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

B. STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT

STRATEGI 1

Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali.

Bacaan kali pertama untuk mendapat gambaran keseluruhan petikan.(masa dicadangkan 2 minit)

Bacaan kali kedua untuk pemahaman isi kandung dalam petikan (masa dicadangkan 5 minit)

RUMUSAN SPM 2012

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bersesuaian dengan langkah transformasi ekonomi negara yang memerlukan pendekatan dan strategi menyeluruh, kerajaan melaksanakan usaha sama dalam pelbagai bidang yang menjadi teras ekonomi negara. Kerjasama yang terjalin antara sektor kesihatan dengan sektor pelancongan telah merancakkan industri pelancongan kesihatan, iaitu lebih pelancong dari serata dunia berkunjung ke Malaysia bagi mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan selain memenuhi agenda pelancongan mereka. Hal ini dipengaruhi oleh faktor kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi, Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menarik lebih banyak pelancong kesihatan. Hal ini demikian kerana negara kita sememangnya mampu menyediakan perkhidmatan pelancongan kesihatan yang terbaik dan seterusnya menjadi peneraju industri ini di rantau Asia Tenggara. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta merupakan elemen bernilai tambah yang mempunyai potensi untuk menjadi sumber penjanaan perkhidmatan tersebut. Selain itu, negara kita mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia. Tambahan pula, caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara maju.

Keyakinan pelancong kesihatan terhadap mutu rawatan di negara kita didorong oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS ISO9002. Pengiktirafan tersebut dimiliki oleh pengamal perubatan tempatan yang memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan dengan itu,

32

Page 33: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Malaysia amat sesuai sebagai destinasi pelancongan kesihatan kerana terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan yang canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Lebih istimewa, pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan kerana kos penginapan hospital bergantung pada pilihan pesakit sama ada mahu memilih penginapan yang mewah atau penginapan yang selesa dengan bayaran yang berpatutuan. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia daripada pusat perubatan swasta tempatan.

Bagi memperkasakan industri ini agar lebih berdaya saing dan menawarkan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan semasa, KKM telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan. Usaha penambahbaikan sektor pelancongan kesihatan melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada Majlis Kesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya. Bagi memastikan jumlah pelancong kesihatan meningkat dalam kadar yang lebih tinggi dari tahun ke tahun, kerajaan mengkaji kemungkinan untuk meminda undang-undang agar dapat membantu pengamal perubatan mempromosikan perkhidmatan mereka di luar negara.

STRATEGI 2:

Tentukan tugasan dalam arahan soalan (Tugasan 1 dan Tugasan 2) dan gariskan perkataan-perkataan tersebut.

Tugasan 1 = Isi tersurat Tugasan 2 = Isi tersirat

Sebagai contoh dalam petikan rumusan SPM 2012; Tugasan 1 iaitu faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan merupakan tugasan untuk isi tersurat manakala Tugasan 2 iaitu faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita merupakan tugasan untuk isi tersirat.

RUMUSAN SPM 2012

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

33

Tugasan 1= Isi Tersurat

Tugasan 2 = Isi Tersirat

Page 34: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

STRATEGI 3

1. Baca petikan sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Tugasan 1 dalam petikan yang diberi iaitu faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan.

2. Panduan-panduan untuk mengesan isi-isi tersurat:-a. Perkataan yang sinonim (sebab, faktor,punca)b. Penanda wacana. (selain itu, di samping itu, tambahan pula, juga, pula)c. Fokus kepada frasa dalam tugasan 1 (pelancongan kesihatan)

RUMUSAN SPM 2012

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bersesuaian dengan langkah transformasi ekonomi negara yang memerlukan pendekatan dan strategi menyeluruh, kerajaan melaksanakan usaha sama dalam pelbagai bidang yang menjadi teras ekonomi negara. Kerjasama yang terjalin antara sektor kesihatan dengan sektor pelancongan telah merancakkan industri pelancongan kesihatan, iaitu lebih pelancong dari serata dunia berkunjung ke Malaysia bagi mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan selain memenuhi agenda pelancongan mereka. Hal ini dipengaruhi oleh faktor kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi , Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menarik lebih banyak pelancong kesihatan. Hal ini demikian kerana negara kita sememangnya mampu menyediakan perkhidmatan pelancongan kesihatan yang terbaik dan seterusnya menjadi peneraju industri ini di rantau Asia Tenggara. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta merupakan elemen bernilai tambah yang mempunyai potensi untuk menjadi sumber penjanaan perkhidmatan tersebut. Selain itu, negara kita mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia . Tambahan pula, caj rawatan di sini lebih murah berbanding dengan negara maju.

Keyakinan pelancong kesihatan terhadap mutu rawatan di negara kita didorong oleh pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS ISO9002. Pengiktirafan tersebut dimiliki oleh pengamal perubatan tempatan yang memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan dengan

34

S1

S2

S3

S4

S5 S

6

S7

Page 35: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

itu, Malaysia amat sesuai sebagai destinasi pelancongan kesihatan kerana terdapat banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan yang canggih dan doktor pakar yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi. Lebih istimewa, pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan kerana kos penginapan hospital bergantung pada pilihan pesakit sama ada mahu memilih penginapan yang mewah atau penginapan yang selesa dengan bayaran yang berpatutuan. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia daripada pusat perubatan swasta tempatan.

Bagi memperkasakan industri ini agar lebih berdaya saing dan menawarkan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan semasa, KKM telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan. Usaha penambahbaikan sektor pelancongan kesihatan melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada Majlis Kesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya. Bagi memastikan jumlah pelancong kesihatan meningkat dalam kadar yang lebih tinggi dari tahun ke tahun, kerajaan mengkaji kemungkinan untuk meminda undang-undang agar dapat membantu pengamal perubatan mempromosikan perkhidmatan mereka di luar negara.

STRATEGI 4

1. Menuliskan isi-isi tersurat dalam perenggan kedua dalam rumusan yang lengkap.2. Pastikan ayat dalam isi-isi tersurat lengkap. (subjek dan predikat)3. Jika ayat isi terlalu panjang, subjek diambil daripada tugasan 1 (faktor-faktornya/

Malaysia/ pelancongan kesihatan + isi )

Rumusan yang lengkap dengan pendahuluan dan isi tersurat.

1. Daripada keseluruhan isi tersurat, anda perlu kemukakan idea keseluruhan petikan tersebut untuk menghasilkan perenggan pendahuluan.

2. Perenggan kedua melengkapkan isi-isi tersurat.

Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan [1m] + di peringkat antarabangsa/ di dunia/ oleh pelancong luar. [2m] [11 perkataan]

Kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Negara yang mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta. negara kita mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia. Caj rawatan di sini lebih murah. Malaysia mendapat pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS ISO9002. Banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap. Pusat perubatan swasta di Malaysia

35

S8

S9

Page 36: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

menawarkan pelbagai pilihan penginapan. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia daripada pusat perubatan swasta tempatan. [80 patah perkataan]

C : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT

STRATEGI:

1. Isi tersirat dibina berdasarkan Tugasan 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan

yang diberikan.

Contoh dalam Rumusan SPM 2013; Tugasan 2 ialah faedah-faedah industri

pelancongan kesihatan kepada negara kita.

2. Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan isi tersurat

dan Tugasan 2 dalam arahan soalan.

3. Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurannya 2 isi tersirat

4. Kata tugas untuk Tugasan 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi

tersirat.

Contoh perenggan isi tersirat:

Negara dapat meningkatkan pendapatan/ekonomi. Peluang pekerjaan bertambah. Imej negara meningkat. Teknologi perubatan juga meningkat.

[14 patah perkataan]

D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN.

1. Kaji semula tugasan soalan sama ada Tugasan 1 dan Tugasan 2.2. Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan tugasan soalan tersebut.3. Kesimpulan merupakan cadangan/ harapan anda terhadap tugasan tersebut beserta

kesan atau akibat cadangan/ harapan tersebut.4. Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan/ harapan dengan kesan atau

akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, agar, supaya, demi, bagi. untuk.

5. Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan.Contoh : Kesimpulannya, ...

36

Page 37: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

CONTOH KESIMPULAN:

1. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk memajukan industri pelancongan

kesihatan agar kemakmuran/kesejahteraan rakyat terjamin.

CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP

Petikan membincangkan sebab-sebab pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan di peringkat antarabangsa.

Kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Negara mempunyai tahap kualiti perubatan yang tinggi. Kemajuan dalam perkhidmatan perubatan swasta. Negara kita mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia. Caj rawatan di sini lebih murah. Malaysia mendapat pengiktirafan Kualiti Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH) serta standard MS ISO9002. Banyak pusat perubatan persendirian yang lengkap. Pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan. Para pelancong kesihatan turut mendapat layanan bertaraf dunia daripada pusat perubatan swasta tempatan.

Negara dapat meningkatkan pendapatan. Peluang pekerjaan bertambah. Imej negara meningkat. Teknologi perubatan meningkat.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk memajukan industri pelancongan kesihatan agar kemakmuran rakyat terjamin.

(106 patah perkataan)

37

cadangan

Matlamat/harapan/tujuanKata hubung

Page 38: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

CARA MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN (2a)

Jawapan bagi soalan 2a (i)- Berdasarkan Petikan

fakta berdasarkan petikan rumusan tidak boleh ubah maksud. Fakta disalin penuh tanpa mengubah frasanya. Bilangan isi mestilah mengikut markah yang diperuntukkan

Jawapan bagi soalan 2a (i)- Berdasarkan Maksud rangkai kata

Maksud rangkai kata hendaklah merujuk konteks ayat dalam petikan. Untuk mendapat 2 markah, mesti memberikan maksud keseluruhan rangkai kata

berkenaan. Contoh SPM 2012 – maksud rangkai kata strategi menyeluruh – tidak boleh

memberikan maksud strategi atau menyeluruh (dipisah) sahaja tetapi perlu memberi maksud kedua-dua kata tersebut.

strategi

kaedah/cara

menyeluruh

merangkumi semua aspek/yang lengkap

Markah

2 markah

kaedah menyeluruh 1 markahstrategi Merangkumi semua aspek 1 markahkaedah - 0 markah

- lengkap 0 markahcara keseluruhan 0 markah

inisiatif menyeluruh 0 markah

Jawapan bagi soalan 2a (ii)- daripada PETIKAN

Fakta berdasarkan petikan rumusan Fokus kepada ayat-ayat yang tidak terdapat isi-isi tersurat. Fakta disalin penuh tanpa mengubah frasanya. Bilangan isi mestilah mengikut markah yang diperuntukkan

Contoh soalan SPM 2012Pengarang menyatakan beberapa usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan kesihatan. Nyatakan usaha-usaha tersebut.

o Jika soalan ‘usaha’ jawapan mesti menyatakan pihak yang terlibat.

o Jawapan mesti mengandungi ayat yang lengkap.

38

Page 39: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

o Isi-isi terdapat dalam perenggan terakhir petikan.

Bagi memperkasakan industri ini agar lebih berdaya saing dan menawarkan perkhidmatan yang relevan dengan keperluan semasa, KKM telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan. Usaha penambahbaikan sektor pelancongan kesihatan melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada Majlis Kesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya. Bagi memastikan jumlah pelancong kesihatan meningkat dalam kadar yang lebih tinggi dari tahun ke tahun, kerajaan mengkaji kemungkinan untuk meminda undang-undang agar dapat membantu pengamal perubatan mempromosikan perkhidmatan mereka di luar negara.

Contoh jawapan lengkap.Usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan kesihatan ialah KKM telah memperuntukkan undang-undang baharu untuk mentadbir penjagaan kesihatan. Usaha penambahbaikan sektor pelancongan kesihatan melibatkan pemberian kuasa tambahan kepada Majlis Kesihatan Malaysia sekali gus akan mempertingkatkan fungsinya. Kerajaan mengkaji kemungkinan untuk meminda undang-undang.

Jawapan bagi soalan 2a (iii)- KBKK

o Fakta atau pendapat calon mestilah berdasarkan arahan soalan yang terdiri daripada

kata tugas, pihak [ diri, keluarga, masyarakat, negara] isu [berdasarkan petikan].

o Jika kata tugas; jelaskan, huraikan, bincangkan. Isi jawapan mesti disertakan huraian

atau contoh atau bukti.

o Kata tugas yang biasa diuji dalam soalan terdiri daripada;

Tindakan/usaha/cara/langkah/peranan Sebab/punca/faktor Kesan/faedah

39

Page 40: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Kata kunci yang digunakan untuk menjawab kata tugas soalan ini terdiri daripada

Kata Tugas Kata Kunci

Peranan Tugas Tanggungjawab Fungsi

Tindakan/usaha/cara langkah

Kempen/promosi/pendedahan Aktiviti/program/kursus/pertandingan prasarana./kemudahan/bantuan alatan Tubuhkan agensi/pertubuhan/persatuan Pelbagai bantuan/kewangan/rundingan Nasihat/bimbingan /kaunseling/panduan Penyelidikan/rujukan

Galakan/perancangan

Sebab/punca/faktor Pengaruh persekitaran/gangguan negatif Status/tanggapan Kurang sokongan/kerjasama Sikap /nilai kemanusiaan

Kesan/faedah Imej/maruah [diri, keluarga, masyarakat,negara]

Contoh soalan SPM 2012

o Jelaskan pendapat anda tentang dua peranan pihak media untuk memajukan industri pelancongan kesihatan di negara ini. [4 markah]

Jawapan lengkap;

Peranan pihak media untuk memajukan industri pelancongan kesihatan di negara ini ialah mempromosikan destinasi pelancongan supaya dapat menarik kedatangan pelancong. Selain itu, pihak media menulis rencana tentang pelancongan kesihatan supaya banyak maklumat yang dapat disebarkan.

* Isi boleh beri lebih daripada dua.

40

Page 41: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

CARA MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN (2b)

Jawapan bagi soalan 2b (i) - Berdasarkan Petikan

Fakta berdasarkan petikan sepenuhnya Tidak boleh mengubah maksud. Fakta disalin penuh tanpa mengubah frasanya. Bilangan isi mestilah mengikut markah yang diperuntukkan

Jawapan bagi soalan 2b (ii) - KBKK

Fakta atau pendapat calon mestilah berdasarkan arahan soalan yang terdiri daripada:

kata tugas, pihak [ diri, keluarga, masyarakat, negara ] isu [ berdasarkan petikan] .

Kata tugas yang biasa diuji dalam soalan terdiri daripada:

Tindakan/usaha/cara/langkah Sebab/punca/faktor Kesan/faedah

Kata kunci yang digunakan untuk menjawab kata tugas soalan ini terdiri daripada:Kata Tugas Kata Kunci

Tindakan/usaha/cara/langkah

Kempen/promosi/pendedahan Aktiviti/program/kursus/pertandingan Prasarana./kemudahan/bantuan alatan Tubuhkan agensi/pertubuhan/persatuan Pelbagai bantuan/kewangan/rundingan Nasihat/bimbingan /kaunseling/panduan Penyelidikan/rujukan Galakan/perancangan

Sebab/punca/faktor Pengaruh persekitaran/gangguan negatif Status/tanggapan Kurang sokongan/kerjasama Sikap /nilai kemanusiaan

Kesan/faedah Imej/maruah [diri, keluarga,

masyarakat,negara]

Cabaran-cabaran

Persaingan Prasarana/kemudahan Persekitaran Undang-undang/akta

41

Page 42: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Jawapan bagi soalan 2b (iii)-Komsas

Kata Kunci Menjawab Soalan Pemahaman Komsas

Aspek komsas yang diuji terdiri daripada:

Nilai/nilai kemanusiaan Persoalan Pengajaran Perwatakan Latar masyarakat Latar tempat

Jawapan yang diambil daripada petikan tidak boleh dijadikan jawapan untuk keseluruhan .

Jawapan dalam petikan dan keseluruhan perlu dibezakan. Pastikan jawapan berpandukan formula Fakta dan Huraian

Ch: Nilai yang terdapat dalam petikan ialah kegigihan [F]. Buktinya……………[H] Jawapan tidak boleh dimulakan dengan Huraian. Bezakan ayat Fakta dan ayat Huraian. Contoh panduan menjawab soalan komsas

Aspek komsas Kata kunci Contoh jawapan

nilaiKata nama [ke – an]keberanian

Nilai yang terdapat dalam petikan adalah keberanian.

pengajaran

Kita hendaklah….Kita haruslah…….Kita mestilah…….

Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita hendaklah berani

perwatakan

Kata adjektifBerani[seorang yang]

Perwatakan Mak Jah ialah seorang yang berani

persoalan

Nilai + Keterangan Persoalan yang terdapat dalam cerpen adalah keberanian mempertahankan warisan keluarga.

Set 1 Cerpen Tanggar Amanat

42

Page 43: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Abang takut mati?” dia menghadiahi pandangan menguji. “Setiap kita akan mati.”“Ya, tapi bukan menunggu begini.”“Belum tentu, sayang. Bayangkan taman nasional ini meletup, lahar panasnya

terpelanting jauh ke atmosfera, kemudian jatuh entah ke mana. Kita juga akan terpelanting, lebur, dan berkecai entah di mana.”

Dia terkebil-kebil memandang Adam, suami yang sabar memujuk lembut dengan kesabaran entah berapa lapis menghadapi kedegilan seorang isteri.

“Kita tidak mungkin berkubur di Yellowstone. Barangkali terpelanting ke Boston, entah-entah ke Miami, mungkin juga ke lain. Kaki terpelanting ke timur, kepala tercampak ke barat.”

Astaghfirullahalazim! Kecut perutnya membayangkan kata-kata Adam. Itulah risiko tertinggi untuk terus mempertahankan hak warisan Ahmad Abdullah di atas Taman Nasional Yellowstone, berkawahkan gunung berapi di dasarnya. Magmanya menunggu masa menceratkan lava dalam waktu terdekat.

“(Allah minta kita berusaha). Lari daripada musibah juga satu usaha. Kita pulang ke kampung saya. Hawa boleh menjejak waris Ahmad Abdullah di sana.”

Pipinya bergerak-gerak mendengar saranan itu. Ikut pulang ke Malaysia? Tinggalkan usaha Ahmad Abdullah turun-temurun begitu sahaja? Tidak mungkin.( Di bahunya tertanggar amanat warisan.)

“Tidakkah kedengaran penakut?”Adam menggeleng. “Lari daripada satu takdir untuk mendepani takdir yang lain

bukanlah sikap pengecut, Hawa.”

(Dipetik daripada Cerpen ‘Tanggar Amanat’Oleh Amaruszati Noor Rahim

Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Adam bagi memujuk Hawa meninggalkan Yellowstone.

[2 markah]alasan-alasan Adam

- mereka tidak mungkin berkubur di Yellowstone - mereka pulang ke kampung halaman Adam

- Hawa boleh menjejak waris Ahmad Abdullah di sana

(ii) Sekiranya anda Hawa, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil bagi memastikan warisan turun-temurun keluarganya kekal terpelihara.

43

Page 44: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

[3 markah]

Tindakan-tindakan Hawa memelihara warisan keluarga

- menjaga kemudahan peranginan yang sedia ada dengan baik - memohon bantuan/pertolongan / nasihat daripada pihak berkuasa jika berlaku

letupan - mengekalkan keistimewaan kawasan pelancongan tersebut. - promosi /iklankan kawasan peranginan di pelbagai media - mengadakan pelbagai aktiviti/ pakej pelancongan yang menarik

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah].

Persoalan dalam petikan;

- Persoalan kepercayaan kepada Tuhan Adam mengingatkan Hawa bahawa Tuhan meminta mereka berusaha dengan melarikan diri daripada berhadapan dengan musibah.

- Persoalan tanggungjawab terhadap amanah diberikan. Hawa tidak sanggup meninggalkan usaha Ahmad Abdullah turun-temurun begitu sahaja.

Persoalan dalam keseluruhan cerpen;

- Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat..

-Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat.

-Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air sendiri.

. - Persoalan kasih sayang suami terhadap isteriAdam bimbangkan keselamatan Hawa yang tidak mahu pulang ke Malaysia

44

Page 45: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Set 2 Drama Gelanggang Tuk Wali

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

TUK WALI: Boleh! Aku boleh duduk di masjid berzikir terus sampai mati! Tapi, orang patah kaki, urat terkehel tu, siapa nak ubatkan? Budak-budak kilang menjerit histeria beramai-ramai siapa nak menolong?

MAK UMI: Yang itu tak pulak disebut! Bersilat dalam majlis kahwin saja! Kurang manis katanya!

TUK WALI: (Menggantung biola di dinding beranda. TUK WALI kelihatan tersinggung dan marah.) Dah setengah abad aku bersilat! Dulu, semua budak muda dalam kampung ini anak murid aku belaka...zaman darurat dulu! Aku dilantik jadi ketua mengawal kampung! Dua kali bertempur di hutan, berkumpul semua lelaki perempuan, datang pada aku belajar silat. Masa itu, apa yang aku buat semuanya baik! Semuanya manis! Tapi, bila aku dah tua macam ni, tak manis pulak jadinya.

MAK UMI: Kerana dah tualah jadi tak manis tu!

TUK WALI: Aku buat benda yang sama jugak! Aku bukan ajar budak-budak tu merompak!

MAK UMI: Jangan marah saya! Imam yang kata macam tu!

TUK WALI: Apa awak jawab?

MAK UMI: Apa yang saya nak jawab?

TUK WALI: Takkanlah awak tak jawab apa pun

MAK UMI: Jawab sedaya sayalah! Tapi, susah nak jawab bagi pihak orang lain!

(Dipetik daripada drama Gelanggang Tuk Wali olehIsmail Kassan dalam antalogi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan Tuk Wali mahir bersilat.

Bukti-bukti yang menunjukkan Tuk Wali mahir bersilat adalah sudah setengah abad TukWali bersilat, semua anak muda kampung dulu menjadi anak muridnya dan Tuk Wali dilantik menjadi ketua mengawal kampung. Selain itu semua lelaki perempuan belajar silat dengannya.

[2 markah]

45

Page 46: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

(ii) Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru silat dalam mempopularkan seni silat pada hari ini.

Beri 3 pendapat anda.

Contoh jawapan 1:

Cabaran –cabaran yang dihadapi oleh guru silat dalam mempopularkan seni silat pada hari ini ialah halangan daripada individu sendiri, masyarakat dan juga halangan persekitaran.

Catatan: Calon mendapat 0 markah

Contoh jawapan 2:

Pada pendapat saya, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru silat dalam mempopularkan seni silat pada hari ini ialah persaingan dengan seni mempertahankan diri yang lain [ / ]. Selain itu lebih ramai anak muda suka mempelajari teakwando [U]. Cabaran lain ialah seni silat kurang dipromosikan [ / ] dan tiada pendedahan tentang seni silat kepada anak muda [U ].

Catatan: Calon mendapat 2 markah sahaja

Contoh jawapan 3:

Pada pendapat saya, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru silat dalam mempopularkan seni silat pada hari ini ialah persaingan dengan seni mempertahankan diri yang lain [ / ]. Selain itu, tiada pendedahan tentang seni silat kepada anak muda [U ]. Cabaran lain adalah kurang kemudahan gelanggang silat.[ / ]

Catatan: Calon mendapat 3 markah.

[ 3 markah ]

46

Page 47: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

(iii) Huraikan satu persoalan berdasarkan petikan drama di atas dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama ini.

[ 4 markah ]

Contoh jawapan 1:

Satu persoalan berdasarkan petikan drama ialah persoalan budaya warisan yang diremehkan dalam kehidupan [ F ]. Sebagai contohnya, tindakan Tuk Wali bersilat dalam majlis kahwin dianggap tidak manis oleh iman [ H ]. Persoalan lain dalam drama ini ialah persoalan keruntuhan akhlak generasi muda [F ]. Sebagai buktinya, anak Piee terlibat dalam gejala penagihan dadah dan mencuri biola Tuk Wali.[ H ]

Catatan: Calon mendapat 2 markah

Contoh jawapan 2:

Satu persoalan berdasarkan petikan drama ialah persoalan budaya warisan yang diremehkan dalam kehidupan.[ F ] Manakala persoalan yang terdapat dalam keseluruhan drama ialah anak Piee terlibat dalam gejala penagihan dadah dan mencuri biola Tuk Wali . [ H ]

Catatan: Calon mendapat 1 markah

Contoh jawapan 3:

Satu persoalan berdasarkan petikan drama ialah persoalan budaya warisan yang diremehkan dalam kehidupan.[ F ] Sebagai contohnya, tindakan Tuk Wali bersilat dalam majlis kahwin dianggap tidak manis oleh iman.[ H ] Manakala persoalan yang terdapat dalam keseluruhan drama ialah persoalan keruntuhan akhlak generasi muda.[ F ] Sebagai buktinya, anak Piee terlibat dalam gejala penagihan dadah dan mencuri biola Tuk Wali.[ H ]

Catatan: Calon mendapat 4 markah

Contoh jawapan 4:

Satu persoalan berdasarkan petikan drama ialah kita hendaklah menghargai budaya warisan yang diremehkan dalam kehidupan.[ F ] Sebagai contohnya, tindakan Tuk Wali bersilat dalam majlis kahwin dianggap tidak manis oleh iman.[ H ] Manakala persoalan yang terdapat dalam keseluruhan drama ialah hormat-menghormati. [ F ] Sebagai buktinya, Ripin amat menyanjung tinggi Tok Wali yang telah mengajarnya ilmu silat. .[ H ]

Catatan: Calon mendapat 0 markah

47

Page 48: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

LANGKAH-LANGKAH PdP KOMSAS – PROSA KLASIK

CARA MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN (2c)

1.0 PENGENALAN

1.1 Soalan pemahaman prosa klasik merupakan bahagian yang mesti dijawab oleh semua calon tanpa mengambil kira sama ada pelajar cemerlang, sederhana atau lemah.

1.2 Pelajar dalam setiap kategori berpeluang memperoleh markah maksimum melalui soalan prosa klasik.

1.3 Penulis juga telah menyediakan jawapan berdasarkan soalan-soalan yang telah diuji dalam peperiksaan SPM.

1.4 Tumpuan diberikan terhadap aspek-aspek yang diuji dalam soalan pemahaman prosa klasik.

2.0 UNSUR-UNSUR PEMAHAMAN PROSA KLASIK YANG PENTING DIKETAHUI.

2.1 Ciri-ciri prosa klasik.2.2 Sinopsis / plot cerita.2.3 Tema.2.4 Watak dan perwatakan.2.5 Nilai-nilai murni.2.6 Persoalan.2.7 Pengajaran.2.8 Latar.2.9 Teknik penceritaan.

3.0 PANDUAN MUDAH MEMPELAJARI PROSA KLASIK [ TUMPUAN KHUSUS UNTUK MENJAWAB ASPEK NILAI – PERSOALAN – PENGAJARAN ]

3.1 Sebaik-baiknya, pelajar membaca prosa yang ditetapkan.3.2 Sila buat sinopsis ringkas tetapi agak rinci 3.3 Sila kenal pasti 3 hingga 5 peristiwa penting yang mengandungi nilai murni.3.4 Secara mudah, nilai murni boleh dikesan melalui perwatakan watak, terutama

melalui watak utama sesebuah novel.

4.0 TEKNIK MENJAWAB PEMAHAMAN PROSA KLASIK.

4.1 Bagi soalan 2 c (i) wajaran markah pada kebiasaannya terbahagi kepada 2 markah

4.2 Bagi pecahan 2c (ii) dan 2 c (iii), wajaran markah lazimnya 3 markah. Jawapan tidak perlu terlalu panjang. Teliti peruntukan markah isi yang diperuntukkan.

4.3 Jawapan mesti dalam ayat-ayat lengkap. Jawapan tidak boleh dalam bentuk nota.

4.4 Jawap apa yang disoal, bukan apa yang calon tahu? Jawapan mesti tepat.

48

Page 49: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

4.5 Setiap isi mestilah disokong dengan contoh yang jelas dan tepat.4.6 Fakta nama watak, tempat, masa, peristiwa, dan sebagainya mesti tepat.

Bentuk Soalan 2c (i).

Soalan maksud rangkai kata bagi soalan 2c(i) berdasarkan pemahaman dalam petikan

Perhatikan soalan, jika ada ganti nama diri, rujuk watak dalam petikan

Contoh soalan:

Berikan maksud rangkai kata – bukan nasi kau yang dimakannya dan bukan air kau yang diminumnya (m/s 33 Harga Remaja)

Maksud – bukan jurumudi yang memberi Awang Sulung Merah Muda makan dan minum/menanggung makan dan minum Awang Sulung Merah Muda

Contoh soalan rangkai kata (SPM 2011)

2c(i). Setelah sudah santap=

Selepas/selesai/sehabis/tamat makan/menjamu selera

Contoh soalan

(i) Apakah maksud rangkai kata setelah putus bicara dua bersaudara itu ( Merah Silu m/s 52 Antologi Harga Remaja)

Jawapan.

Selepas Merah Silu dan Merah Hasum sama-sama bersetuju/ Mencapai kata sepakat/Mencapai persetujuan

Soalan 2c(i) juga boleh berdasarkan fakta dalam petikan sepenuhnya

Contoh soalan SPM 2012 2 c(i)

1. Mengapakah Raja Muhammad membunuh Merah Gajah? ( Merah Silu – Antologi Harga Remaja)

[2 markah]

Jawapan mesti - berdasarkan petikan sepenuhnya - tidak boleh ubah maksud. - fakta disalin penuh tanpa mengubah frasanya

Jawapan

49

Page 50: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

1. Puteri Betong hilang/ mati kerana Merah Gajah telah mencabut / membantun rambutnya.

Cara Menjawab Soalan Pemahaman 2c(ii)

Jawapan hendaklah fakta berdasarkan petikan sepenuhnya tidak boleh ubah maksud. Fakta disalin penuh tanpa mengubah frasanya

Contoh soalan SPM 2012

1. Apakah reaksi Raja Ahmad setelah mendengar berita kematian Merah Gajah?

Jawapan

Reaksi:

- Menghempaskan dirinya- Mengoyak-ngoyakkan bajunya- Mencarik-carikkan kainnya- Terlalu marah - Menghimpunkan segala askar yang lengkap dengan senjata

CONTOH JAWAPAN LENGKAP

Reaksi Raja Ahmad setelah mendengar berita kematian Merah Gajah ialah menghempaskan dirinya, mengoyak-ngoyakkan bajunya, mencarik-carikkan kainnya. Baginda juga terlalu marah lalu menghimpunkan segala askar yang lengkap dengan senjata.

(Markah penuh 2 markah)

Contoh soalan SPM 2011

1. Apakah keistimewaan-keistimewaan gemala hikmat yang menyebabkan Inderaputera ingin memilikinya?

Jawapan:

- Boleh membina sebuah negeri- Boleh membina negeri yang lengkap dengan takhta kerajaan, pembesar,

hulubalang- Boleh mencipta hulubalang / Dikar Agus dan Dikar Kilat

CONTOH JAWAPAN

50

Page 51: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Keistimewaan-keistimewaan gemala hikmat yang menyebabkan Inderaputera ingin memilikinya ialah boleh membina sebuah negeri. Gemala hikmat juga boleh membina negeri yang lengkap dengan takhta kerajaan, pembesar, hulubalang dan mecipta hulubalang iaitu Dikar Agus dan Dikar Kilat.

Soalan 2c(ii)

Berikan bukti bagaimana baginda raja menyambut kedatangan tetamu?

Jawapan:

- Raja menitahkan negeri dihiasi- Orang-orang besar baginda diarahkan menjemput tetamu/anak-anak geliung- Pembesar membenarkan tetamu melakukan aktiviti yang disukai seperti

menyabung ayam dan bermain catur- Menyediakan jamuan

CONTOH SOALAN KBKK [Prosa Klasik]

Soalan 2c(iii)

Soalan meminta pendapat/pandangan anda dalam menghuraikan sesuatu isu

Contoh soalan:

1. Sekiranya anda Raja Muhammad, apakah tindakan yang mungkin anda ambil untuk mengelakkan peperangan dengan Raja Ahmad [SPM 2012]

2. Sekiranya anda Inderaputera, apakah yang akan anda lakukan untuk membalas jasa tuan puteri yang telah memberikan gemala hikmat itu?

Berikan dua cadangan.

Jawapan anda mestilah menggunakan kata ganti nama saya

Sekiranya saya Raja Muhammad, saya akan …………………………………….

- pastikan fakta tidak berulang-ulang - tidak ada kesalahan bahasa/ bahasa gramatis - Soalan 3m - pastikan ada 3 atau lebih fakta

Bentuk soalan lain dalam soalan 2c(iii) ialah:

51

Page 52: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

1. Pada pendapat anda, apakah yang wajar dilakukan oleh Si Kembang Cina apabila disuruh menyediakan sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung?

Contoh cadangan jawapan:

- Menasihati jurumudi agar melayan semua manusia secara adil- Mengadu perkara tersebut kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa- Menghidangkan makanan seperti tetamu lain kepada Awang Sulung tanpa

pengetahuan jurumudiJawapan anda hendaklah dimulakan dengan pada pendapat saya, ……………………Jawapan hendaklah logik dan boleh diterima sesuai dengan situasi dalam petikan/teks SOALAN KBKK PROSA KLASIK BIASANYA FOKUS KEPADA BEBERAPA ASPEK:

PIHAK

RAJA PUTERA/PUTERI PEMBESAR RAKYAT

NILAI RAJA

ADIL/SAKSAMA BERKUASA MUTLAK PEMURAH/BAIK HATI PEMBUAT KEPUTUSAN TAMPAN/CANTIK KAYA/BERHARTA BIJAKSANA

NILAI PEMBESAR/RAKYAT

TAAT SETIA MENJALANKAN ARAHAN/TUGAS TIDAK BERHARTA/MISKIN KERJASAMA

LATAR CERITA

ISTANA/MAHLIGAI/GUA LAUT DAN SUNGAI HUTAN DAN GUNUNG UNSUR ALAM [HAIWAN, POKOK]

PERISTIWA

52

Page 53: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

PERGADUHAN PEREBUTAN KUASA PEPERANGAN PERKAHWINAN PERLUASAN KUASA PERDAMAIAN

KATA KUNCI DALAM SOALAN KBKK PROSA KLASIK

Soalan - Sekiranya anda Inderaputera, apakah yang akan anda lakukan untuk membalas jasa tuan puteri yang telah memberikan gemala hikmat itu. ( SPM N0V 2011)

KATA KUNCI - Cara membalas jasa Tuan Puteri

Jawapan

- Jadikan isteri / berkahwin / meminang/- jadikan permaisuri- beri anugerah / pingat / gelaran / jawatan / penghargaan- berikan hadiah / duit / wang / harta

JAWAPAN LENGKAP

Sekiranya saya Inderaputera, saya akan membalas jasa tuan puteri dengan menjadikan Tuan Puteri sebagai isteri. Saya juga akan memberi anugerah dan memberikah hadiah kepada Tuan puteri.

Soalan - Pada pandangan anda mengapakah raja pada zaman dahulu digambarkan sebagai manusia yang berasal daripada keturunan yang hebat sebagaimana asal keturunan Tuan Bujang itu (SPM Jun 2012)

KATA KUNCI– Mengapa raja digambarkan daripada keturunan yang hebat

Jawapan

Status / martabat / kuasa sakti / luar biasa.Disegani / dihormati / adil / tegasDigeruni / ditakuti / kuat fizikalMembezakan kedudukan / keturunan raja dan rakyat / perpaduan

Sekiranya anda Raja Muhammad, apakah tindakan yang mungkin anda ambil untuk mengelakkan peperangan dengan Raja Ahmad? [SPM 2012]

53

Page 54: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Berunding / bincang / jelaskanNilai murni - Mohon maafBayar ganti rugi / beri hadiah / ganjaranSerah diri / serah kalah Larikan / sembunyikan diriBantuan luar / diplomatik

CONTOH LATIHAN

HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN – Set 1

Soalan 2 ( c ) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian bina 3 soalan dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Soalan 1. – Soalan berdasarkan rangkai kata

Soalan 2 - Soalan berdasarkan petikan

Soalan 3 – Soalan berdasarkan KBKK

Lalulah mengahwinkan Opu Daeng Chelak dengan Tengku Puan, adik Sultan Raja Sulaiman.

Kemudian lalulah diangkat nasi persantapan, berjamu-jamu makan. Lepas makan maka diangkat air panas serta dengan air serbatnya. Maka orang Bugis pun berkelong usung, lalu mengaruk Opu Daeng yang berlima bersaudara. Maka orang Bugis pun mengaruklah semuanya, masing-masing dengan cakapnya. Setelah selesai demikian itu waktu pun hampir maghrib.

Maka Opu Daeng yang berlima pun bermohon balik hendak sembahyang. Maka orang yang di dalam negeri Riau pun bermohon juga sekaliannya. Mana-mana yang tinggal di dalam kota bermainlah dengan permainannya, ada yang berwayang kulit, ada yang bermain wayang Cina.

Setelah selesai demekian itu, tiada berapa lamanya, Opu Daeng Perani pun bermohon kepada Sultan Raja Sulaiman hendak belayar ke negeri Selangor.

Maka kata Raja Sulaiman, “Baiklah. Jikalau Opu Daeng Perani suka, baiklah pinta anaknya yang tua perempuan Yang Amtuan Raja Selangor itu. Saya semua samalah menyukakan.”

Kemudian Opu Daeng perani pun belayarlah dengan kenaikannya gurap, serta dengan saudaranya yang berdua.

(Antologi Dirgahayu Bahasaku,

54

Page 55: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Halaman 98 – 99)

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SET 1

1. Berikan maksud rangkai kata berkelong usung.[2 markah ]

2. Berdasarkan petikan, nyatakan perjalanan majlis perkahwinan Opu Daeng Chelak dengan Tengku Puan.

[3 markah]

3. Pada pendapat anda, mengapa kita perlu sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas? Nyatakan 3 pendapat anda [3 markah]

Jawapan

1. Maksud rangkai kata berkelong usung ialah berpantun cara bugis dengan bertandu.[2 markah ]

2. Perjalanan majlis perkahwinan

- Jamuan makan dengan nasi persantapan

- Selepas makan air panas bersama air serbat diangkat.

- Orang Bugis berkelong usung, lalu mengaruk opu Daeng bersaudara.

- Opu Daeng bersaudara dan rakyat dalam negeri Riau mohon pulang untuk menunaikan solat maghrib

- Orang yang tinggal di kota bermain wayang kulit dan wayang cina.[3 markah ]

3. Kita perlu sentiasa bekerjasama

- Sesuatu pekerjaan akan menjadi lebih mudah untuk diselesaikan

- Mengeratkan tali persaudaraan sesama manusia.

- Dapat berkongsi idea antara satu sama lain

- Dapat menghasilkan sesuatu yang lebih mantap dan menarik.

- Dapat mengelakkan persengketaan dan permusuhan.

- Dapat mencipta kejayaan dan dipandang tinggi oleh orang lain.[3 markah ]

HIIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN – Set 2

Soalan 2 ( c ) Petikan Prosa Klasik

55

Page 56: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian bina 3 soalan dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Soalan 1. – Soalan berdasarkan rangkai kata

Soalan 2 - Soalan berdasarkan petikan

Soalan 3 – Soalan berdasarkan KBKK

Alkisah, maka tersebutlah kisah Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri Kedah. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu Daeng yang berlima bersaudara, silakan ke Kedah.

Maka tidak berapa antara maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu. Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah seorang.

Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijahul ghaib. Maka belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah masuk ke dalam kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah santap nasi. Telah sudah santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, “Minta tolong perang, kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan.”

Khabar Raja Kedah,”Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara,”

Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, “Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap tandatangan, dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini dan seperti Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya.”

(Dipetik daripada”Hikayat Opu Daeng Menambun”

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN SET 2

(i) Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah?

56

Page 57: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

[2 markah]

(ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan sesuatu perjanjian.Berikan tiga sebab.

[3 markah]

JAWAPAN

(i) Opu Daeng dan saudaranya diutus ke Kedah- Supaya dapat membantu Raja Kedah menjatuhkan/mengalahkan saudaranya - Supaya Raja Kedah dapat memerintah negeri Kedah

[2 markah ]

(ii) Perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua pihak sekiranya Raja Kedah Berjaya mencapai hasratnya memerintah Kedah

Janji Raja Kedah – akan memberikan Opu Daeng dan saudara-saudaranya lima belas bahara setiap seorang sekiranya Berjaya dalam perebutan kuasa tersebut.

Syarat Opu Daeng – meminta pengesahannya /persetujuannya orang dagang dari Timur seperti orang Bugis, Mengkasar dan Madura di bawah pemerintahannya

[ 3 markah]

(iii) Tiga kepentingan sesuatu perjanjian

- Supaya kedua-dua belah pihak maklum tentang janji yangn telah dibuat- Tidak mendatangkanpersaan tidak puas hati pada kemudian hari- Untuk mengelakkan penipuan/ penindasan/ penyalahgunaan kuasa- Memperoleh ganjaran / pulangan sebagaimana yang ditetapkan

[ 3 markah]

LATIHAN

Soalan 2 (c) Prosa Klasik.

57

Page 58: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Baca petikan prosa klasik dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Apabila melintasi perairan Pulau Salah Nama, keluarlah kumpulan lanun datang menyerang geliung panjang. Orang di geliung itu lari ke bawah menyelamatkan diri masing-masing, jurumudi sendiri telah lari lintang-pukang menyelamatkan nyawanya.

“Pergi kaupanggilkan budak hitam itu ke mari melawan bajak laut itu!” perintah Tuan Puteri Dayang Sri Jawa kepada Si Kembang Cinanya.

Awang Sulung berhelah, katanya dia hanya layak menjadi penunggu reban dan penyapu rumah sahaja.

“ Pergi kau sekali lagi memujuknya dengan bahasa yang lemah lembut.”

“Hai kakak Kembang, bagaimana hendak melawan, tangan dan kakiku sakit-sakit!”

Mendengar alasan itu tahulah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apa yang mesti diberi Awang Sulung itu lalu disuruhnya Si Kembang Cina mengambil limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung pergi mandi. Turunlah Awang Sulung mandi lalu menggosok badannya, sekali menggossok limau, dua tiga panau tercelik:hilang cahaya bulan, timbul cahaya panaunya.

(Dipetik daripada “Pelayaran yang Penuh Peristiwa”, diselenggarakan oleh Matlob, dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 35)

(i) Apakah maksud menyerang geliung panjang? [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga usaha Tuan Puteri Dayang Seri Jaya untuk memastikan Awang Sulung membantunya menghadapi lanun. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Awang Sulung memberi pelbagai alasan terhadap permintaan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa?

Nyatakan tiga alasan yang menjadi penyebab tindakan Awang Sulung. [3 markah]

JAWAPAN

(i) Maksud menyerang geliung panjang [2 markah]-menentang kapal perang yang panjang.

58

Page 59: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

(ii) Tiga usaha Tuan Puteri [3 markah]

-menyuruh Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung, tetapi Awang Sulung menyatakan dia tidak layak

-Kemudian, dia meminta Si Kembang Cina memujuk dengan bahasa yang lemah lembut, Awang Sulung menolak dengan alasan kakinya sakit.

-Menyuruh Si Kembang Cina mengambil limau selimpat pagar lalu diserahkan kepada Awang Sulung.

(iii) Tiga alasan tindakan Awang Sulung [3 markah]

- Ingin melihat kesungguhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mahu mendapatkan khidmatnya- Dia tidak mahu berkawan dengan tuan puteri itu agar tuan puteri tidak mengetahui latar belakang hidupnya.- Kemungkinan sememangnya tubuhnya letih dan tidak mampu membantu orang lain.

LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN DALAM PEMAHAMAN KOMSAS

CARA MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN (2d)

59

Page 60: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

1.0 PENGENALAN

4.7 Soalan pemahaman puisi moden dan puisi tradisional merupakan bahagian yang mesti dijawab oleh semua calon tanpa mengambil kira sama ada pelajar cemerlang, sederhana atau lemah.

4.8 Pelajar dalam setiap kategori berpeluang memperoleh markah maksimum melalui soalan puisi moden dan puisi tradisional.

4.9 Penulis juga telah menyediakan jawapan berdasarkan soalan-soalan yang telah diuji dalam peperiksaan SPM.

4.10 Tumpuan diberikan terhadap aspek-aspek yang diuji dalam soalan pemahaman puisi moden dan puisi tradisional.

5.0 UNSUR-UNSUR PEMAHAMAN PUISI MODEN DAN PUISI TRADISIONAL YANG PENTING DIKETAHUI.

5.1 Maksud setiap rangkap5.2 Tema.5.3 Nilai-nilai murni.5.4 Persoalan.5.5 Pengajaran.

6.0 PANDUAN MUDAH MEMPELAJARI PUISI MODEN DAN PUISI TRADISIONAL

(TUMPUAN KHUSUS UNTUK MENJAWAB ASPEK MAKSUD, NILAI, PERSOALAN DAN PENGAJARAN )

6.1 Sebaik-baiknya, pelajar membaca puisi yang ditetapkan.6.2 Sila buat maksud setiap rangkap.6.3 Sila kenal pasti nilai murni yang terdapat dalam setiap rangkap.

Pemahaman Puisi Moden (Sajak)Soalan 2 (d)

Langkah-langkah menjawab Soalan

2d (i) Maksud kata/rangkaikata

1. Jawapan bagi soalan maksud perkataan/rangkai kata mestilah maksud yang tersirat.2. Jawapan hendaklah berdasarkan sajak yang diberi.3. Jawapan perlulah menggunakan ayat yang lengkap4. Bahasa hendaklah gramatis5. Markah penuh ialah 2 markah.

60

Page 61: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Contoh Soalan : Berikan maksud perut belantara menjadi ladang.

Contoh Jawapan: Maksud perut belantara menjadi ladang ialah kawasan hutan diusahakan menjadi kawasan pertanian. (2m)

2d (ii) Soalan KBKK1. Jawapan memerlukan pendapat calon sendiri. Calon tidak dibenarkan merujuk jawapan daripada sajak yang diberikan.2. Jawapan yang diberikan perlu merujuk jumlah markah. Contoh 3 markah memerlukan 3 isi yang lengkap.3. Jawapan mestilah dalam ayat yang lengkap.4. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk melengkapkan jawapan.

Contoh Soalan:

Dalam sajak tersebut, penyajak ada menyentuh persoalan kelekaan generasi muda pada masa ini.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya kepada negara kita jika generasi muda terus leka?

Cadangan Jawapan: Negara kita semakin mundur/ekonomi jatuh/merudum/melesetKetandusan pemimpin berwibawaKekurangan tenaga kerja yang berkualitiMasalah sosial/pengangguran/jenayahMungkin dijajah semula

Contoh jawapan yang lengkap :

Pada pendapat saya, kesan-kesannya kepada negara kita jika generasi muda terus leka ialah negara semakin mundur dan ketandusan pemimpin berwibawa. Selain itu, negara akan kekurangan tenaga kerja yang berkualiti.

2d (iii) Fokus kepada soalan komsas1. Soalan yang biasanya diuji ialah soalan tentang persoalan, nilai dan pengajaran.2. Jawapan mestilah merujuk arahan soalan dan markah yang diberi.3. Jawapan hendaklah mengandungi fakta dan huraian.4. Pemberatan markah berdasarkan fakta (1 markah) dan huraian (1 markah )- (1+1)5. Jawapan perlulah menggunakan ayat yang lengkap6. Bahasa hendaklah gramatis7. Markah penuh ialah 4 markah.

61

Page 62: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Contoh Soalan:

(Merujuk Sajak – Bangkitlah)

Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. (4m)

Cadangan Jawapan:

- Kita hendaklah berusaha merebut peluang yang ada supaya tidak ketinggalan.- Kita hendaklah sedar akan kepentingan membina masa depan yang cemerlang agar

hidup bahagia.- Kita hendaklah segera melakukan sesuatu sebelum terlambat.- Kita hendaklah gigih membangunkan negara.- Kita hendaklah berusaha mencari rezeki.

Contoh Jawapan:

Pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut ialah kita hendaklah berusaha merebut peluang yang ada supaya tidak ketinggalan. Di samping itu, kita hendaklah sedar akan kepentingan membina masa depan yang cemerlang agar hidup bahagia. (4m)

LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN DALAM PEMAHAMAN KOMSAS

Pemahaman Puisi Tradisional Soalan 2 (d)

Langkah-langkah menjawab Soalan 2d (i) Maksud rangkap puisi1. Jawapan bagi soalan maksud rangkap puisi mestilah maksud yang tersirat.2. Jawapan hendaklah berdasarkan maksud rangkap tertentu dalam puisi yang diberikan.3. Jawapan perlulah menggunakan ayat yang lengkap4. Bahasa hendaklah gramatis5. Markah penuh ialah 2 markah.

Contoh Soalan : Berikan maksud rangkap kedua pantun tersebut.

Ambil galah jolok kedondong,Galah pendek buluh sumpitan,

62

Page 63: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Buluh bersisip tali jerami;Bukan salah ibu mengandung,

Sudah takdir sudah suratan,Sudah nasib jadi begini.

Contoh Jawapan:

Maksud rangkap kedua pantun tersebut ialah bukan salah orang lain apabila seseorang ditimpa perkara buruk kerana itu sudah ditakdirkan.

2d (ii) Soalan KBKK

1. Kenal pasti kata tugas dalam soalan . Contoh:Nyatakan….Huraikan….Jelaskan….

2. Jawapan memerlukan pendapat calon sendiri. Calon tidak dibenarkan merujuk jawapan daripada puisi yang diberikan.

3. Jawapan yang diberikan perlu merujuk jumlah markah. Contoh 4 markah memerlukan 2 isi yang lengkap.4. Jawapan mestilah merujuk arahan soalan dan markah yang diberikan.5. Jawapan hendaklah mengandungi fakta dan huraian.6. Pemberatan markah berdasarkan fakta (1 markah) dan huraian (1 markah ) iaitu (1+1)7. Jawapan mestilah dalam ayat yang lengkap.8. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk melengkapkan jawapan.

Contoh Soalan: Rangkap pertama pantun menggambarkan perasaan kecewa yang cuba disembunyikan oleh seseorang

Pada pendapat anda, wajarkah kita bersikap demikian.

Jelaskan dua alasan anda.

Putik kelapa menjadi muda,Kelapa muda jadi kemirau,

Sudah kemirau menjadi kotai;Hati luka pura tiada,

Rasa pedih buat tak hirau,Ibarat kaca jatuh ke lantai.

63

Page 64: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Cadangan Jawapan:

Wajar- Menjaga maruah diri - Tidak menyinggung perasaan orang lain.- Tidak menyusahkan orang lain.- Tidak melukakan hati orang lain.

Tidak Wajar- Menimbulkan tekanan perasaan- Menimbulkan masalah kesihatan/kemurungan/kurang siuman/gila- Menyusahkan orang lain/ibu bapa /keluarga/masyarakat- Menghilangkan selera

Contoh jawapan yang lengkap :

Pada pendapat saya, kita wajar menyembunyikan perasaan kecewa untuk menjaga maruah diri, di samping tidak menyinggung perasaan orang lain. Selain itu, kita tidak menyusahkan orang lain dan melukakan hati orang lain.

2d (iii) Fokus kepada soalan komsas1. Soalan yang biasanya diuji ialah soalan tentang persoalan, nilai dan pengajaran.2. Jawapan mestilah merujuk arahan soalan berdasarkan rangkap yang ditetapkan.3. Jawapan hendaklah mengandungi fakta dan huraian.4. Pemberatan markah berdasarkan fakta dan huraian.5. Jawapan perlulah menggunakan ayat yang lengkap6. Bahasa hendaklah gramatis7. Markah penuh ialah 3 markah.

Contoh Soalan:

(Merujuk Gurindam Tonggak Dua Belas) Huraikan nilai yang terdapat dalam rangkap kelapan gurindam tersebut.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,Walaupun sederhana tetapi tegas.

Cadangan Jawapan:(iii) Nilai

- Nilai bertanggungjawab : Kita perlu bertanggungjawab menjalankan tugas supaya tugas yang diberikan dapat diselesaikan dengan sempurna

- Nilai amanah : Setiap orang hendaklah menjalankan tugas dengan amanah supaya dipercayai oleh orang lain

Contoh Jawapan yang lengkap:

64

Page 65: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Nilai yang terdapat dalam rangkap kelapan gurindam tersebut ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya, kita perlu bertanggungjawab menjalankan tugas supaya tugas yang diberikan dapat diselesaikan dengan sempurna. Selain itu, terdapat juga nilai amanah. Contohnya, setiap orang hendaklah menjalankan tugas dengan amanah supaya dipercayai oleh orang lain.

LATIHAN PUISI MODEN- Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mahsuri

(1)

Selendangmu mengibar di pantaimenyambut tetamu pulausetiamu menjadi lagunyanyian ombak pagirambutmu menjadi jalur hitamterapung di laut malamair matamu dingin embunjatuh di tujuh telagadendam tujuh keturunanmelengkung tujuh tanjungPutihlah pulau inidisimbah darah suciMahsuri sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawikerana tanpamuLangkawi tidak sebegini.

(2)

Kata orang Mahsuri tidak pernah hidupdia hanya bermula dengankhayalan seorang senimanpun kata orang Mahsuri pernah hiduptetapi bahasa seorang penceritamembuatnya lebih hidup dari kehidupannyasastera yang mewarnai tanah airkerana tanpa MahsuriLangkawi tidak sebegini bererti

Mahsuri membesarkan Langkawisastera membesarkan tanah air

Zurinah Hassan

65

Page 66: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Bicara Kasih Buat Ibu, 2007Dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud

Mahsuri membesarkan Langkawisastera membesarkan tanah air.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang patut dilakukan untuk memastikan sejarah Mahsuri tidak luput ditelan zaman?

[3 markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.[4 markah]

CAADANGAN JAWAPAN - Sajak Mahsuri

(i) Kaitan- Kisah Mahsuri menjadikan Langkawi terkenal- karya sasteran mengharumkan nama negara

(ii) Usaha- Membukukan cerita tentang Mahsuri- Menerbitkan buku tentang Mahsuri- Cerita tentang Mahsuri difilemkan- Wujudkan Galeri Langkawi- Mempersembahkan cerita Mahsuri dalam bentuk teater- Mencipta lagu tentang Mahsuri

(iii) Pengajaran- Kita perlu mengetahui adat dan budaya negara kita dengan membaca dan mengkaji bahan- bahan sastera.- Kita hendaklah bersyukur atas kemajuan yang kita nikmati supaya kita tidak lalai

dengan kesenangan hidup.

LATIHAN PUISI TRADISIONAL – Gurindam

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM TONGGAK DUA BELASMohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki) - Penyelenggara

66

Page 67: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Hendak pandai menghargai masa,Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerjaUsah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,Perkara susah menjadi senang.

Peningkatan bakat diberi sokonganTunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,Kembangkan bakat semoga aktif.

Seuntai Kasih Secebis Harapan, 2007Antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka(i) Berikan maksud rangkap pertama gurindam tersebut.

[2 markah]

(ii) Rangkap kesepuluh gurindam mengajar kita supaya bersabar dan bertenang dalam menghadapi sebarang masalah?

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersabar dan bertenang apabila menghadapi sebarang masalah?

Jelaskan dua alasan anda.

67

Page 68: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

[4 markah]

(iii) Huraikan pengajaran yang terdapat dalam rangkap keenam gurindam tersebut.

[3 markah]Skema - Gurindam Tonggak Dua Belas

(i) Maksud rangkap pertama- Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa

(ii) Perlu bersabar dan bertenang- supaya kita dapat bertindak dengan rasional dan tidak terburu-buru agar tidak menyesal- Untuk mengelakkan diri daripada mengambil tindakan yang di luar batasan

supaya tidak menyusahkan diri sendiri dan orang lain- Supaya kita dihormati oleh orang lain kerana kita telah dapat menyelesaikan

masalah dengan bijak

(iii) Pengajaran rangkap keenam- Kita perlu mengamalkan sikap baik hati supaya jasa baik kita akan dikenang orang- Kita hendaklah bersimpati terhadap golongan yang kurang bernasib baik agar

nasib mereka akan terbela

TEKNIK MEMAHAMI DAN MENJAWAB SOALAN BERDASARKAN NOVEL :

MELUNAS RINDU

KABUS DI PERBUKITAN

68

Page 69: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

1.0 PENGENALAN

6.4 Soalan novel merupakan bahagian yang mesti dijawab oleh semua calon tanpa mengambil kira sama ada pelajar cemerlang, sederhana atau lemah.

6.5 Pelajar dalam setiap kategori berpeluang memperoleh markah maksimum melalui soalan novel.

6.6 Melalui model ini, penulis telah menyediakan nota yang lengkap lagi padat agar calon dapat mengulang kaji tajuk yang terkandung dalam kedua-dua buah novel.

6.7 Penulis juga telah menyediakan jawapan lengkap berdasarkan soalan-soalan yang telah diuji dalam peperiksaan SPM ( November 2001 – November 2011 ).

6.8 Tumpuan diberikan terhadap aspek-aspek yang dijangkakan akan menjadi tumpuan dalam peperiksaan yang terdekat memandangkan kedua-dua buah novel baru pertama kali digunakan dalam SPM 2011.

7.0 UNSUR-UNSUR NOVEL YANG PENTING DIKETAHUI.

7.1 Ciri-ciri novel.7.2 Biodata Pengarang.7.3 Sinopsis / plot cerita.7.4 Tema.7.5 Watak dan perwatakan.7.6 Nilai-Nilai murni.7.7 Persoalan.7.8 Pengajaran.7.9 Latar.7.10 Teknik penceritaan.7.11 Gaya Bahasa.7.12 Sudut pandangan penulis.

8.0 ASPEK-ASPEK YANG TELAH DIUJI DALAM PEPERIKSAAN SPM SEBENAR [ SPM 2001 –NOVEMBER 2011 ]

8.1 SPM November 2001a) Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang

terdapat dalam novel yang anda pelajari? Berikan ulasan anda. [ 7 markah ]

b) Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu. [ 8 markah ]

8.2 SPM Jun 2002a) Tulis sinopsis yang telah anda pelaj [ 7 markah ]

69

Page 70: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

b) Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu.

[ 8 markah ]8.3 SPM November 2002

a) Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari [ 7 markah ]

b) Huraikan latar masyarakat dalam novel yang telah anda pelajari. [ 8 markah ]

8.4 SPM Jun 2003a) Plot merupakan aspek penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang

telah anda pelajari, jelaskan klimaks novel tersebut dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita. [ 7 markah ]

b) Huraikan empat latar tempat berdasarkan novel yang telah anda pelajari. [ 8 markah ]

8.5 SPM November 2003a) Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda

pelajari. Buktikan pernyataan terebut. [ 7 markah ]

b) Huraikan watak utama dalam novel yang telah anda pelajari. [ 8 markah ]

8.6 SPM Jun 2004a) Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran.

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak tersebut. [ 7 markah ]

b) Huraikan empat pengajaran daripada novel yang anda pelajari itu. [ 8 markah ]

8.7 SPM November 2004a) Huraikan tiga nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

[ 7 markah ]

b) Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda baca, bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi. [ 8 markah ]

8.8 SPM Jun 2005a) Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel.

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan satu daripada watak sampingan tersebut. [ 7 markah ]

b) Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya.

70

Page 71: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Jelaskan tiga peristiwa yang dapat anda teladani berdasarkan novel yang anda pelajari. [ 8 markah ]

8.9 SPM November 2005a) Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel.

Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari.

Mengapakah anda berpendapat demikian? [ 7 markah ]

b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu. [ 8 markah ]

8.10 SPM Jun 2006a) Pertentangan antara watak banyak terdapat dalam sesebuah novel.

Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak dalam sebuah novel yang anda telah kaji. [ 7 markah ]

b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua nilai kemasyarakatan daripada setiap novel tersebut.

[ 8 markah ]

8.11 SPM November 2006a) Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda telah kaji.

[ 7 markah ]b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu persoalan

daripada setiap novel tersebut. [ 8 markah ]

8.12 SPM Jun 2007a) Nilai setiakawan sering dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua nilai

setiakawan dalam sebuah novel yang anda pelajari. [ 7 markah ]

b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tema dalam setiap novel itu.

[ 8 markah ]8.13 SPM November 2007

a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah. [ 7 markah ]

b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. [ 8 markah ]

8.14 SPM Jun 2008

71

Page 72: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

a) Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut.Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji. [ 7 markah ]

b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji,berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam setiap novel. [ 8 markah ]

8.15 SPM November 2008a) Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada

pembaca untuk meneruskan pembacaan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda. [ 7 markah ]

b) Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari. [ 8 markah ]

8.16 SPM Jun 2009a) Sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan

pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda. [ 7 markah ]

b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu latar masa dalam setiap novel. [ 8 markah ]

8.17 SPM November 2009a) Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh

kejayaan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas. [ 7 markah ]

b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu contoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel. [ 8 markah ]

8.18 SPM Jun 2010a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang

menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. [ 7 markah ]

b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat dalam setiap novel. [ 8 markah ]

72

Page 73: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

8.19 SPM November 2010a) Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca. [ 7 markah ]

b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel. [ 8 markah ]

8.20 SPM Jun 2011a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, ceritakan kandungan novel itu secara

ringkas. [ 7 markah ]

b) Sesebuah novel dapat memberikan pengajaran kepada para pembaca.

Huraikan dua pengajaran yang dapat anda peroleh melalui sebuah novel yang telah anda kaji. [ 8 markah ]

3.21 SPM November 2011a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan

watak utama dalam novel tersebut. [ 7 markah ]

b) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [ 8 markah ]

9.0 PANDUAN MUDAH MEMPELAJARI NOVEL [ TUMPUAN KHUSUS UNTUK MENJAWAB ASPEK NILAI – PERSOALAN – PENGAJARAN ]

9.1 Sebaik-baiknya, pelajar membaca novel yang ditetapkan.

9.2 Sila buat sinopsis ringkas tetapi agak rinci [dengan menyebut latar masa / latar tempat ].

9.3 Sila kenal pasti 4 hingga 8 peristiwa penting yang mengandungi nilai murni.

73

Page 74: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

9.4 Secara mudah, nilai murni boleh dikesan melalui perwatakan watak, terutama melalui watak utama sesebuah novel.

9.5 Sesuatu peristiwa yang dipilih boleh digunakan untuk menjadi bukti atau contoh kepada jawapan berkaitan nilai ATAU persoalan ATAU pengajaran ATAU perwatakan (watak utama).

9.6 Untuk lebih memahami, sila lihat beberapa contoh berikut;

NOVEL MELUNAS RINDU : PERISTIWA DALAM NOVEL

PERISTIWA: Fuad sanggup mencari kubur arwah ibunya kerana amat menyayangi dan merindui ibunya yang telah lama terpisah. Setelah dia mengetahui ibunya masih hidup, dia meneruskan pencarian dan segera menjejakinya.

NILAI PERSOALAN PENGAJARAN

Kasih sayang Persoalan kasih sayang terhadap ibu kandung yang dipercayai telah meninggal dunia.

Setiap orang hendaklah menyayangi ahli keluarganya agar dapat melahirkan keluarga yang bahagia.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN : PERISTIWA DALAM NOVEL

PERISTIWA: Faridah sangat sayang akan anak-anaknya iaitu, Melina dan Anne dan sentiasa mengambil berat terhadap anak-anaknya.

NILAI PERSOALAN PENGAJARAN

Kasih sayang Persoalan kasih sayang ibu kandung terhadap anak-anaknya.

Kita mestilah menumpahkan kasih sayang terhadap anak-anak demi kebahagiaan keluarga.

NOVEL MELUNAS RINDU : PERWATAKAN WATAK UTAMA

PERWATAKAN NILAI PERSOALAN PENGAJARAN

Fuad seorang yang penyayang

Kasih sayang Persoalan kasih sayang terhadap ibu kandung yang dipercayai telah meninggal dunia.

Kita mestilah mengamalkan sikap kasih sayang terhadap anak-anak demi kebahagiaan keluarga.

Fuad amat menyayangi ibunya yang telah lama terpisah. Fuad sanggup mencari kubur arwah

74

Page 75: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

ibunya. Setelah dia mengetahui ibunya masih hidup, dia meneruskan pencarian dan segera menjejakinya.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN : PERWATAKAN WATAK UTAMA

PERWATAKAN NILAI PERSOALAN PENGAJARAN

Faridah sangat sayang akan anak-anaknya iaitu, Melina dan Anne.

Kasih sayang Persoalan kasih sayang ibu kandung terhadap anak-anak yang pernah dikandunginya.

Setiap orang hendaklah menyayangi ahli keluarganya sendiri agar dapat melahirkan keluarga yang bahagia.

Faridah sangat sayang akan anak-anaknya iaitu, Melina dan Anne dan sentiasa mengambil berat terhadap anak-anaknya.

10.0 TEKNIK MENJAWAB NOVEL.

10.1 Jawapan calon mestilah berdasarkan sebuah novel sahaja jika bukan soalan perbandingan.

10.2 Bagi soalan yang memerlukan calon menggunakan dua buah novel, sila ambil contoh peristiwa daripada kedua-dua buah novel.

10.3 Bagi soalan perbandingan, jawapan mestilah berdasarkan dua buah novel yang dikaji dan mesti menunjukkan adanya unsur perbandingan sama ada persamaan atau perbezaan.

10.4 Bagi soalan 4 (a) wajaran markah pada kebiasaannya terbahagi kepada 4 atau 3 markah iaitu, 4 markah isi dan 3 markah bahasa. [ Markah Bahasa : Baik (3m) / Sederhana (2m) / Lemah (1m) ].

10.5 Bagi pecahan 4 (b), wajaran markah lazimnya 6 markah untuk isi dan 2 markah untuk bahasa. Markah bahasa : Baik (2m) / Lemah (1m).

10.6 Jawapan tidak perlu terlalu panjang. Teliti peruntukan markah isi yang diperuntukkan.

10.7 Jawapan mesti dalam bentuk esei / dalam ayat-ayat lengkap. Jawapan tidak boleh dalam bentuk nota.

10.8 Jawap apa yang disoal,bukan apa yang calon tahu? Jawapan mesti tepat.

10.9 Setiap isi mestilah disokong dengan contoh yang jelas dan tepat.

75

Page 76: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

10.10 Isi tanpa contoh / contoh salah diberikan 1 markah.

10.11 Isi yang dinyatakan salah tetapi contohnya betul tidak akan diberikan markah.

10.12 Kesalahan tatabahasa dan ejaan akan ditolak markah.

10.13 Fakta nama watak, tempat, masa, peristiwa, tema, persoalan dan sebagainya mesti tepat.

11.0 SINOPSIS NOVEL .

11.1 Tulis sinopsis novel yang telah anda pelajari. [ 7 markah ]

11.2 Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, ceritakan kandungan novel itu secara ringkas. [ 7 markah ]

MELUNAS RINDU : SINOPSIS CERITA.

Fuad seorang mualaf (saudara baru dalam Islam) merupakan anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Walaupun baru setahun tinggal bersama dengan Pak Ismail dan Mak Salmah, Fuad pandai menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di kampung itu. Sepanjang tinggal dengan Pak Ismail dan Mak Salmah, Fuad berusaha untuk menjaga hati mereka setelah berlaku konflik antara dia dengan Mak Salmah yang kehilangan Sofea. Fuad mendalami ilmu agama Islam dengan bantuan Pak Ismail.

Fuad ditawarkan menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Fuad yang memiliki Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Amerika Syarikat menerima tawaran tersebut. Kehadiran Fuad di sekolah itu disambut baik oleh guru-guru yang lain. Fuad diperkenalkan dengan Farhana, Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Mereka saling berkerjasama untuk meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris pelajar sekolah tersebut.

Chin datang ke sekolah Fuad untuk menanyakan khabar Fuad. Berita tentang Fuad akan disampaikan kepada ayah Fuad, Robert Lim. Kedatangan Chin ke sekolahnya , mengingatkan Fuad akan arwah ibunya. Keinginan mencari pusara ibunya, mengetahui asal usul dirinya, dan menjejaki keluarga sebelah ibunya semakin kuat. Pak Ismail bersyukur atas hasrat Fuad untuk mencari pusara ibunya semasa cuti persekolahan. Dia berharap agar Fuad akan kembali semula ke kampung itu setelah cutinya berakhir.

Dalam usaha mencari pusara ibunya, Fuad pergi ke Sungai Ruan. Dia ke rumah bapa saudara yang membesarkannya, Peter Lim. Fuad yang baik hati telah membantu membayar yuran peperiksaan dan perbelanjaan persekolahan anak-anak Peter Lim dan Swee Lan. Fuad mendapat maklumat tentang keluarganya. Ayahnya, Robert Lim telah berkahwin dengan Mariana, seorang wanita Melayu.

76

Page 77: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Setelah tiga bulan berkahwin, Mariana ditinggalkan oleh Robert Lim tanpa khabar berita. Mariana yang kecewa mengalami tekanan perasaan yang hebat. Setelah melahirkan Fuad, Mariana gila meroyan. Dia mengikut kakak angkatnya berpindah ke Bentong, Pahang. Mariana dikatakan masih hidup kerana tiada pusaranya di kampung itu. Peter Lim menasihati Fuad supaya menemui ayahnya untuk mendapatkan gambar ibunya dan sebentuk cincin bagi memudahkan pencariannya.

Walaupun sebagai guru sandaran , Fuad menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi. Hubungan Fuad dengan Farhana pula semakin akrab. Farhana dipandang istimewa di mata Fuad. Dalam diam, Fuad menyimpan hasrat untuk memperisterikan Farhana. Farhana pulang ke Kuantan untuk menemui ibunya yang dirawat di hospital. Fuad yang bimbang akan keadaan Farhana yang sering bertengkar dengan Cikgu Zamani menyusul ke hospital. Ketika berada di wad, Fuad terkejut apabila melihat nama yang tertera pada kad rawatan pesakit. Fuad baru menyedari bahawa ibu Farhana adalah ibu kandung yang dicari-carinya selama ini. Fuad terpaksa menerima hakikat bahawa dia dan Farhana bersaudara dan keinginannya untuk memperisteri Farhana dipendamkan.

Akhirnya, hubungan kedua-dua keluarga terjalin. Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah sebelum meneruskan pengajiannya dalam bidang perguruan. Robert Lim turut datang untuk mengiringi pemergian mereka. Dia meminta Fuad menjaga ibunya dan memberitahu berkemungkinan akan menyusul kemudian.

KABUS DI PERBUKITAN : SINOPSIS CERITA.

Novel ini mengisahkan pasangan suami isteri,Kamarudin seorang tentera dan Salmah ,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Semasa Kamarudin ditugaskan sebagai pegawai pemerintah di Pengkalan Hulu Perak,dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermula saat perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tingggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah.

Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia,UPM. Faridah menjadi sukarela PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidapi kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridh gagal mengawal kenderaan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu vannya menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu, Faridah menamatkan pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya,sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.

77

Page 78: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu ,Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Service for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah, Faridah berkahwin dengan Soleh Johnson dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar,iaitu Melina dan Anne.

Melina berkenalan dengan Jabbar al-Anbia atau dikenali sebagai ‘Benny’ secara tidak sengaja. Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin dengan Beny di Masjid al-Noor ,Christchurch. Mereka berpindah di Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di Terengganu. Di Malaysia Benny berkawan baik dengan Mohamed Atar dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlumat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.

Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya,arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah.

Akhirnya Melina yang sedang sarat mengandung pergi ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat perternakan keluarga di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan hotel di Cameron Highlands.

7.0 ASPEK-ASPEK NOVEL DALAM NOVEL – MELUNAS RINDU & KABUS DI PERBUKITAN ( SECARA PERBANDINGAN ).

7.1 TEMA DAN PERBANDINGAN TEMA.

7.1.1 Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari. [ 7 markah ]

7.1.2 Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tema dalam setiap novel itu. [ 8 markah ]

NOVELMELUNAS RINDU

78

Page 79: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Novel ini mengemukakan tema kasih sayang seorang saudara baru terhadap ahli keluarga dan sesama manusia.

Perasaan sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga menyebabkan Fuad sanggup mencari asal usulnya yang sebenar. Setelah menjalani kehidupan baru, Fuad rindu akan ibunya. Dalam mengubati kerinduannya dia berusaha mencari pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya.

Perasaan sayang yang mendalam juga menyebabkan Fuad hampir mengahwini adik-adiknya sendiri iaitu, Sofia dan Farhana.

Kasih sayangnya terhadap Pak Ismail dan Mak Salmah menyebabkan Fuad sanggup membelikan tanah, motosikal dan membawa mereka berdua mengerjakan umrah ke Tanah Suci.

Akibat daripada perasaan kasih sayang yang mendalam menyebabkan Fuad tidak melupakan bapa (apaknya), Robert Lim, bapa saudaranya, iaitu Peter Lim dan Swee Lan serta adik-adik sepupunya.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel ini mengemukakan tema jati diri individu yang berbangsa Melayu.

Faridah yang bermastautin di Rosewood, New Zealand tidak pernah melupai tanah tumpah darahnya Malaysia, walaupun sudah 25 tahun menetap di Rosewood. Buktinya, Faridah tetap ingat akan kampung halamannya di Sungai Besar walaupun berada jauh di negeri orang.

Walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, Faridah tidak pernah menukar kewarganegaraannya Malaysia.

Faridah masih mengekalkan panggilan namanya dengan nama Melayu iaitu Idah.

Faridah juga tetap mengamalkan budaya Melayu dengan gemar berbaju kurung ketika berada di New Zealand.

Faridah masih kuat berpegang pada ajaran agama Islam yang menjadi pegangan kuat bangsa Melayu.

Faridah masih menggemari masakan Melayu iaitu, kari yang juga merupakan masakan kegemaran anaknya Anne.

Faridah mendengar Radio 1 ( Malaysia ) melalui internet.

Faridah akhirnya tetap kembali ke tanah air dan membuat keputusan menetap di Malaysia.

79

Page 80: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

7.2 WATAK UTAMA DAN PERBANDINGAN WATAK UTAMA.

7.2.1 Huraikan watak utama novel yang telah anda pelajari. [ 7 markah ]

7.2.2 Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran.Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan cabaran-cabaran

yang dihadapi oleh watak tersebut. [ 7 markah ]

7.2.3 Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda baca, jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi. [ 8 markah ]

7.2.4 Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.

[ 8 markah ]

7.2.5 Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas. [ 7 markah ]

7.2.6 Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel.

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan satu daripada watak sampingan tersebut. [ 7 markah ]

7.2.7 Pertentangan antara watak banyak terdapat dalam sesebuah novel.

Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak dalam sebuah novel yang anda telah kaji. [ 7 markah ]

7.2.8 Kegigihan watak utama banyak dihuraikan dalam novel.Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan peristiwa yang menunjukkan kegigihan watak utama menjalani kehidupan mereka.

[ 8 markah ]

80

Page 81: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

7.2.9 Berdasarkan dua novel yang anda kaji, bandingkan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel.

[ 8 markah ]

WATAK UTAMA DAN PERBANDINGAN

MELUNAS RINDU : WATAK UTAMA – FUAD / ABDUL HALIM / JOSHUA

Fuad seorang yang baik hati.o Fuad memberikan hasil tanaman iaitu jagung kepada guru-guru di

sekolahnya termasuk Farhana.o Fuad membelikan hadiah seperti pakaian kepada keluarga angkatnya,

Peter Lim.o Fuad memberikan hadiah dan membelanja Farhana keluar makan

sempena ulang tahun kelahiran Farhana.

Fuad seorang yang penyayang.o Fuad sayang akan Pak Ismail dan Mak Salmah dengan memberikan

tanah yang dibeli daripada Awang Sojar.o Fuad sayang akan ibunya dan bersama-sama mencari kubur ibunya dan

saudara mara sebelah ibunya.

Fuad seorang yang alim / taat dan patuh kepada ajaran agama.o Fuad sering mengerjakan solat di Danau Seberang dan belajar mengaji

dengan Pak Ismail.o Fuad rajin ke surau untuk bersolat berjemaah.

Fuad seorang yang tabah / gigih dan cekal.o Fuad gigih mendidik murid-murid di SM Seri Setia. Dia berusaha

mencari kaedah pengajaran yang sesuai kepada murid-muridnya.o Fuad gigih berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah

Klau, Raub, Pahang untuk mengesan lokasi kubur arwah ibunya.

Fuad rajin dan suka berbudi pada tanah.o Fuad membantu membuat kerja-kerja harian di rumah Pak Ismail dan

Mak Salmah seperti mencari kayu api di hutan berhampiran serta mengusahakan tanaman jagung di tanah yang dibelinya daripada Awang Sojar.

Fuad seorang yang mengenang budi .o Fuad menziarahi apak dan mamanya yang telah membesarkannya

untuk bertanyakan khabar.

81

Page 82: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

o Fuad membiayai persekolahan adik-adik saudaranya. Fuad seorang yang bijak.

o Kaedah yang digunakan oleh Fuad dapat membantu Panitia Bahasa Inggeris menangani masalah penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di SM Seri Setia.

Fuad ikhlas / suka membantu orang lain.o Fuad membantu Borhan menghantar anaknya yang demam panas untuk

mendapatkan rawatan di Kuala Terengganu walaupun hari sudah lewat malam.

Fuad seorang yang kemas dan bergaya.o Fuad memakai pakaian dan jam tangan berjenama seperti John Master,

Alain Delon dan Rolex di sekolah.

Fuad seorang yang berpendidikan tinggi.o Fuad berkelulusan Ijazah Pentadbiran perniagaan dari universiti

ternama di Amerika.

Fuad seorang yang pemurah.o Fuad menanggung perbelanjaan perkahwinan Borhan dan Masnah.o Fuad membelikan motosikal untuk Pak Ismail agar dia mudah pergi

kenduri dan ke surau.o Fuad membelikan sebidang tanah dan menamakan Pak ismail sebagai

pemiliknya.

Fuad bersikap setiakawano Fuad sentiasa membantu Farhana melakukan pelbagai aktiviti sekolah

demi meningkatkan pencapaian murid di sekolah.

Fuad seorang prihatin.o Fuad membelikan nasi bungkus untuk Farhana semasa Farhana

menjaga ibunya di hospital.

Fuad seorang yang bertanggungjawab.o Fuad menguruskan hal-hal berkaitan ibunya yang telah dibenarkan

keluar dari hospital.

KABUS DI PERBUKITAN : WATAK UTAMA – FARIDAH BINTI KAMARUDIN

Faridah seorang yang taat kepada ajaran agama dan perintah Tuhan / beriman.o Faridah taat mengerjakan perintah Tuhan dengan sentiasa menunaikan

solat lima waktu dan solat tahajud ( selepas mengalami mimpi Rahayu

82

Page 83: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

dan ibunya, dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud )

Faridah seorang yang bersifat penyayang. o Faridah seorang yang penyayang kepada kanak-kanak dengan bekerja

di sekolah kanak-kanak Sindrom Down.o Faridah tetap tinggal bersama ibunya walaupun selepas dia berkahwin

kerana ingin menemani dan menjaga ibunya.o Faridah sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya,

terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya, Anne dan Melina.

Faridah seorang yang tabah / cekal.o Faridah tabah menghadapi dugaan atas kematian adik kembar

kesayangannya, Rahayu akibat parah paru-paru. Selepas itu, dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali.

o Faridah tabah menjalani kehidupan di negara asing.o Faridah tabah menerima hakikat pertunangannya dengan Azman

diputuskan.

Faridah amat mementingkan ilmu pengetahuan.o Faridah sanggup menggadaikan tanahnya untuk perbelanjaannya

semasa berkursus di New Zealand.

Faridah taat kepada ibunya.o Faridah menerima cadangan ibunya, Salmah agar berkahwin dengan

Ghazali.

Faridah reda dengan ketentuan Tuhan.o Faridah reda dan pasrah menerima ketentuan Ilahi terhadap orang yang

disayangi iaitu, adiknya Rahayu, ibu dan suaminya Ghazali telah meninggal dunia.

Faridah menghormati tetamunya.o Faridah melayan Zain dengan baik semasa Zain berkunjung ke

rumahnya di New Zealand.

Faridah seorang yang bertanggungjawab.o Faridah sangat sayang akan anak-anaknya dan tidak mahu mereka

mengalami nasib yang sama sepertinya akibat penceraian kedua-dua ibu bapanya.

o Faridah telah menjemput anaknya, Melina dan mengajak tinggal bersama-samanya di Cameron Highland kerana risau akan keadaan Melina yang sarat mengandung seorang diri.

83

Page 84: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Faridah seorang yang rajin.o Faridah rajin menyediakan makanan untuk suami dan anak-anaknya

dengan memasaknya sendiri.

Faridah mempunyai jati diri yang tinggi.o Walaupun hidupnya senang dan sudah 25 tahun di New Zealand,

Faridah sanggup pulang ke Malaysia semula kerana terlalu rindu akan kampung halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-bila.

o Faridah tetap pulang ke kampung halamannya kerana tidak mahu anak-anak dan cucu-cucunya nanti tidak tahu susur galur keturunannya.

Faridah bersikap prihatin.o Faridah menganggap menjalankan khidmat kepada kanak-kanak

istimewa dianggap sebagai satu ibadah.

Faridah cinta akan negara.o Faridah sentiasa teringat akan kampung halamannya walaupun telah

lama menetap di luar negara.o Faeridah akhirnya kembali dan menetap di Malaysia setelah 25 tahun

menetap di Rosewood, New Zealand.

PERSOALAN KEGIGIHAN WATAK UTAMA DALAM MELUNAS RINDU & KABUS DI PERBUKITAN

KEGIGIHAN FUAD ( MELUNAS RINDU)

Kegigihan Fuad berusaha mencari ibu kandungnya, Mariana yang dikatakan telah meninggal dunia tetapi sebenarnya masih hidup.

Kegigihan Fuad menjalani kehidupan sebagai saudara baru dalam Islam. Kegigihan Fuad sebagai guru sementara di SMK. Seri Setia yang mengajar

murid-murid tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM.

KEGIGIHAN FARIDAH ( KABUS DI PERBUKITAN)

Kegigihan Faridah menghadapi cabaran tinggal di negara asing yang berbeza budaya dan agama.

Kegigihan Faridah yang bekerja di pusat penyembelihan sebelum berkahwin dengan Soleh Johsons.

Kegigihan Faridah menjadi tenaga pengajar bagi kanak-kanak pendidikan khas contohnya yang mengalami sindrom down.

84

Page 85: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

7.3 NILAI MURNI DAN PERBANDINGAN NILAI MURNINILAI-NILAI MURNI ( MELUNAS RINDU)

Nilai tanggungjawab.o Pak Ismail dan Mak Salmah bertanggungjawab terhadap Fuad. Mereka

bimbang akan keselamatan Fuad yang pulang lewat daripada mencari kayu di hutan.

o Fuad bersedia memikul tanggungjawab sebagai abang kepada Farhana dan adik-adiknya yang lain dan anak kepada beberapa orang ibu dan bapanya.

Nilai ketaatan kepada Tuhan dan ajaran agama.o Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau

sebagai musafir dia menunaikan solat qasar.

Nilai kasih sayang.o Kasih sayang yang wujud antara Fuad / Joshua dengan keluarga ibu dan bapa

saudaranya, walaupun mereka telah berbeza agama dan kepercayaan.

Nilai berbudi kepada tanah.o Fuad membeli sebidang tanah terbiar milik Awang Sojar yang bernilai

RM 10,000.00 untuk mengusahakan tanaman jagung.

Nilai tolong-menolong.o Buktinya, Fuad membantu kawannya, Borhan dengan menghantar anak

Borhan ke klinik kerana demam pada suatu malam.o Fuad membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital

dan mengambil berat akan adik-adik Farhana.

Nilai mengenang dan membalas budi.o Fuad berusaha membalas kebaikan Pak Ismail dan Mak Salmah terhadapnya

dengan membelikan sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail dan Mak Salmah.

o Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya, Mei Lin dan Ah

Soh sebagai membalas budi bapa saudaranya, Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini.

Nilai berdedikasi.o Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh rasa tanggungjawab.o Fuad tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk

85

Page 86: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Nilai ketabahan.o Fuad tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya.

Nilai baik / murah hati.o Fuad dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, Borhan yang

demam panas.

Nilai hormat-menggormati.o Fuad menghormati Pak Ismail dan Mak Salmah serta tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara dengan mereka.

Nilai kegigihan.o Swee Lan gigih menjalankan tugas sebagai ketua keluarga setelah suaminya jatuh sakit.

Nilai berpendirian tegas.o Cikgu Abas bersikap tegas terhadap guru yang bersikap sambalewa

dan ponteng mengajar kelas lanjutan / tambahan.

Nilai keikhlasan.o Fuad ikhlas membantu membawa anak Borhan yang demam ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

NILAI-NILAI MURNI ( KABUS DI PERBUKITAN)

Nilai kasih sayang.o Kamarudin tidak berputus asa mencari anaknya, Faridah yang hilang di

dalam hutan walaupun ramai pihak yang telah gagal menemuinya dan akhirnya dia berjaya menemui Faridah dengan bantuan rakannya, Buyung,

o Akibat terlalu rindu dan sayang akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia, Salmah menderita sehingga menemui ajalnya.

o Kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.

86

Page 87: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Nilai ketaatan kepada agamao Buktinya, Faridah taat pada agama dan sentiasa mematuhi ajaran agama

walaupun telah lama tinggal di New Zealand.o Semasa di Cameron Highlands, setiap hari Solleh Johnson menunaikan

sembahyang di masjid secara berjemaah.

Nilai kerjasama.o Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan Operasi Pusat

Pemulihan Dalam Komuniti (OPS PDK) melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.

o Soleh Johnsons dan Datuk Azrul bekerjasama membangunkan kawasan tanah tinggi Lojing sebagai pusat pelancongan (agropelancongan).

o Masyarakat kampung Sungai Besar bergotong-royong dalam majlis perkahwinan Anne dan Zain.

Nilai cinta terhadap alam sekitar.o Datuk Azrul digambarkan

aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar.

Nilai berdikari.o Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang

diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

Nilai ketabahan.o Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-

orang yang disayanginya, iaitu adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah, dan suaminya, Ghazali.

Nilai kegigihan.o Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya

hingga berjaya.

Nilai bertanggungjawab.o Setelah ditinggalkan suaminya, Salmah bekerja di sawah untuk menampung

kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang anak lelakinya.

Nilai cinta akan tanah air.

87

Page 88: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

o Sungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya.

Nilai mengamalkan budaya bangsa.o Datuk Azrul mengenakan baju Melayu dan bersongkok hitam semasa

mengunjungi keluarga Faridah di Cameron Highlands.

7.4 PERSOALAN DAN PERBANDINGAN PERSOALAN.

7.4.1 Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 7 markah ]

7.4.2 Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu persoalan daripada setiap novel tersebut.

[ 8 markah ]

7.4.3 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.

[ 8 markah ]

7.4.4 Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Buktikan pernyataan tersebut. [ 7 markah ]

PERSOALAN : MELUNAS RINDU dan KABUS DI PERBUKITAN

PERSOALAN NOVEL MELUNAS RINDU

Persoalan tanggungjawab terhadap keluarga.o Pak Ismail dan Mak Salmah bertanggungjawab terhadap Fuad. Mereka

bimbang akan keselamatan Fuad yang pulang lewat daripada mencari kayu di hutan.

Persoalan ketaatan kepada Tuhan dan ajaran agama.o Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau

sebagai musafir dia menunaikan solat qasar.

Persoalan berbudi kepada tanah.

88

Page 89: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

o Fuad membeli sebidang tanah terbiar milik Awang Sojar yang bernilai RM

10,000.00 untuk mengusahakan tanaman jagung.

Persoalan memberikan pertolongan kepada yang memerlukan.o Buktinya, Fuad membantu kawannya, Borhan dengan menghantar anak

Borhan ke klinik kerana demam pada suatu malam.o Fuad membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital

dan mengambil berat akan adik-adik Farhana.

Persoalan kesan kekacauan politik.o Kesan daripada zaman darurat telah memecahbelahkan

keluarga. Fuad dipisahkan daripada ibu kandungnya yang berbangsa Melayu setelah bapa kandungnya yang berbangsa Cina meninggalkan ibunya.

Persoalan sikap mengenang dan membalas budi.o Fuad berusaha membalas kebaikan Pak Ismail dan Mak Salmah terhadapnya

dengan membelikan sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail dan Mak Salmah.

o Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya, Mei Lin dan Ah

Soh sebagai membalas budi bapa saudaranya, Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini.

Persoalan kasih sayang yang terhalang.o Kasih sayang antara Fuad dan Farhana terhalang setelah mengetahui bahawa

mereka sebenarnya adik-beradik.

Persoalan tidak amanah terhadap tugas.o Cikgu Zamani tidak menjalankan tugas sebagai guru dengan amanah dalam

mendidik anak-anak muridnya di Sekolah Menengah Seri Setia kerana sering masuk lewat ke kelas dan mengabaikan anak-anak muridnya.

Persoalan tanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.o Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah

Menengah Seri Setia dengan penuh rasa tanggungjawab.o Fuad tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk

89

Page 90: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Persoalan menerima ketentuan Ilahi dengan hati yang redha.o Mak Salmah menerima hakikat bahawa anak angkat kesayangannya, Sofia

telah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.

Persoalan tabah menghadapi cabaran hidup.o Fuad tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya.

Persoalan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.o Fuad dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, Borhan yang

demam panas.

Persoalan menghormati orang yang lebih tua.o Fuad menghormati Pak Ismail dan Mak Salmah serta tidak pernah

meninggikan suaranya ketika berbicara dengan mereka.

PERSOALAN NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Persoalan menerima ketentuan Ilahi.o Azrul menerima ketentuan Ilahi apabila orang yang disayanginya, iaitu

Rahayu meninggal dunia kerana penyakit kanser.o Faridah menerima ketentuan Ilahi apabila orang yang disayanginya

iaitu, Rahayu, ibunya Salmah dan suaminya Ghazali meninggal dunia dalam masa yang hampir sama ( berturutan).

Persoalan kasih sayang terhadap keluarga.o Kamarudin tidak berputus asa mencari anaknya, Faridah yang hilang di

dalam hutan walaupun ramai pihak yang telah gagal menemuinya dan akhirnya dia berjaya menemui Faridah dengan bantuan rakannya, Buyung,

o Akibat terlalu rindu dan sayang akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia, Salmah menderita sehingga menemui ajalnya.

o Kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.

Persoalan hubungan istimewa antara saudara kembar.o Faridah dan Rahayu mempunyai hubungan yang istimewa dengan dapat

merasai keadaan kembar mereka walaupun telah terpisah akibat perceraian ibu bapa mereka.

90

Page 91: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

o Faridah dan Rahayu merupakan pasangan kembar tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana Rahayu dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dipelihara oleh ibunya sendiri. Namun begitu, Rahayu sentiasa merindui kakaknya, Faridah.

Persolan ketaatan kepada agamao Buktinya, Faridah taat pada agama dan sentiasa mematuhi ajaran agama

walaupun telah lama tinggal di New Zealand.o Faridah mementingkan pendidikan agama kepada anak-anaknya, seusia 6

tahun anaknya telah dihantar belajar agama.

Persoalan kepentingan sektor pertanian sebagai penjana ekonomi negara.o Datuk Azrul berjaya dalam hidupnya walaupun menceburkan diri

dalam bidang pertanian selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM). Datuk Azrul mengusahakan kegiatan penternakan untuk membekalkan sumber makanan dan seterusnya membantu ekonomi negara.

o Datuk Azrul membantu pekebun-pekebun kecil memajukan pertanian dan menubuhkan Pertubuhan Peladang untuk membantu para petani memasarkan hasil pertanian mereka.

o Soleh Johnsons turut mengusahakan beribu-ribu ekar tanah dalam bidang pertanian dan mempunyai pusat penyembelihan di New Zealand.

Persoalan jati diri bangsa.o Faridah tetap menjaga jati dirinya sebagai seorang Melayu dan beragama

islam walaupun tidak kembali ke tanah air selama 25 tahun.

Persoalan kesederhanaan orang Melayu.o Haji Awang dan Ustaz Hassan Syukri sentiasa bersikap sederhana dalam

menyemarakkan syiar Islam.

Persoalan kesan keruntuhan rumah tangga yang sering terjadi dalam masyarakat.o Contohnya: Penceraian Mejar (B) Kamaruddin dengan Salmah telah

menyebabkan Faridah dan Rahayu berpisah dan mendatangkan kesan buruk kepada Salmah dan Rahayu.

Persoalan perkahwinan campur dalam masyarakat.o Fenomena kahwin campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi

perkara biasa pada zaman ini. Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah yang berbangsa Melayu dengan Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya, Soleh Johnson yang berketurunan Inggeris berasal dari New Zealand.

o Perkahwinan Melina dengan Benny (Al-Jabbar) yang berketurunan Arab.

91

Page 92: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

o Perkahwinan Anne dengan Zain, pemuda Melayu dari Malaysia.

Persoalan masalah kumpulan militan Islam.o Mohamed Attar merupakan seorang pejuang agama yang radikal yang cuba

mempengaruhi Benny agar turut serta dalam perjuangan jihadnya.

Persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam (Islamofobia)o Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan

yang dilakukan oleh umat Islam.

Persoalan semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat.o Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan Operasi Pusat

Pemulihan Dalam Komuniti (OPS PDK) melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.

o Soleh Johnsons dan Datuk Azrul bekerjasama membangunkan kawasan tanah tinggi Lojing sebagai pusat pelancongan (agropelancongan).

o Masyarakat kampung Sungai Besar bergotong-royong dalam majlis perkahwinan Anne dan Zain.

Persoalan kepercayaan khurafat.o Sarjan Yusoff mencadangkan supaya usaha mencari Faridah dan Iqbal

diteruskan dengan menggunakan bomoh.

Persoalan pegangan agama yang longgar.o Walaupun Melina dididik mengikut ajaran islam, dia masih minum arak

tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar.o Datuk Azrul digambarkan

aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar.

Persoalan sikap berdikari golongan siswazah.o Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang

diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

PERSOALAN KASIH SAYANG DALAM NOVEL MELUNAS RINDU

Persoalan kasih sayang terhadap ibu kandung yang telah lama terpisah.

92

Page 93: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Buktinya, Fuad amat merindui ibunya yang telah lama terpisah. Dia sanggup mencari kubur arwah ibunya. Setelah dia mengetahui ibunya masih hidup, dia meneruskan pencarian dan segera menjejakinya.

Kasih sayang Farhana terhadap ibunya. Dia berasa cemas lalu pulang segera ke kampung apabila mendapat panggilan ibunya sakit dan dimasukkan ke hospital. Farhana menyuapkan ibunya, bihun sup dan menjaganya walaupun terpaksa bermalam di hospital.

Persoalan kasih sayang keluarga angkat.Contohnya; Mak Salmah dan Pak Ismail sangat menyayangi Sofia walaupun Sofia cuma anak angkat. Kematian Sofia begitu terkesan di hati mereka dan masih tidak dapat melupakan Sofia.

Kasih sayang terhadap saudara kandung.Fuad sangat menyayangi Sofia dan Farhana kerana kedua-dua mereka adalah saudara kandungnya yang berlainan bapa

PERSOALAN KASIH SAYANG DALAM NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Persoalan kasih sayang ibu kepada anaknya.Contohnya: Faridah sangat sayang akan anak-anaknya iaitu Melina dan Anne dan sentiasa mengambil berat terhadap anak-anaknya.

Salmah sentiasa teringat akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia dan sering mengunjungi kubur Rahayu sambil membacakan yassin.

Persoalan kasih sayang anak terhadap ibu.Contohnya: Faridah sangat sayang akan ibunya, buktinya dia sanggup menjaga ibunya dan tidak berpindah apabila suaminya, Ghazali bertugas di Kelang.

Persoalan kasih sayang terhadap saudara kembar.Buktinya; Faridah juga sangat sayang pada Rahayu, adik kembarnya yang terpisah. Kekuatan kasih sayang itu menyebabkan Faridah seolah-olah dapat berhubung secara bawah sedar dengan Rahayu ketika Faridah berada dalam keadaan koma.

Persoalan kasih sayang terhadap tanah air.Contohnya: Kasih sayang Faridah terhadap kampung halaman . Faridah tetap ingat akan kampung halamannya di Sungai Besar walaupun berada jauh di New Zealand.

Persoalan kasih sayang bapa terhadap anakContohnya; Mejar (B) Kamaruddin berusaha mencari Faridah yang hilang di Bukit Frezer setelah van yang dipandunya jatuh ke dalam gaung.

93

Page 94: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

7.5 PENGAJARAN DAN PERBANDINGAN PENGAJARAN ( MESEJ / IKHTIBAR)

PENGAJARAN ( NOVEL MELUNAS RINDU )

Pelbagai pengajaran dapat diperoleh melalui novel Melunas Rindu yang telah saya pelajari; Kita hendaklah sentiasa menghormati orang yang lebih tua.

Contohnya, Fuad menghormati Peter Lim, Pak Ismail, dan Mak Salmah.

Kita hendaklah mengamalkan semangat bekerjasama dalam pasukan.Contohnya, Fuad dan Farhana sering berbincang dan bekerjasama untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar mereka.

Kita hendaklah menerima suratan takdir dengan hati yang tabah.Contohnya, Pak Ismail menerima kehilangan Sofea daripada keluarganya.

Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.Contohnya, Fuad membuka buku akaun Giro untuk adik-adik sepupunya sebagai mengenang jasa Peter Lim dan Swee Lan.

Kita hendaklah insaf apabila melakukan sesuatu kesalahan.Contohnya, Fuad insaf akan kesilapannya dengan meminta maaf kepada Mak Salmah dan Pak Ismail menyebabkan mereka kehilangan Sofia.

Kita mestilah taat dalam mengerjakan suruhan Tuhan.Contohnya, Fuad mengerjakan solat walaupun dalam keadaan musafir dan rajin menunaikan solat secara berjemaah.

Kita hendaklah memberikan bantuan tanpa mengharapkan balasan.Contohnya, Fuad menguruskan perkahwinan Borhan dan menanggung keseluruhan perbelanjaan perkahwinan tersebut.

Kita janganlah melepaskan tanggungjawab yang diamanahkan.Contohnya, Robert Lim meninggalkan Mariana yang baru tiga bulan dikahwininya tanpa sebarang berita.

Setiap orang hendaklah menyayangi ahli keluarganya sendiri agar dapat melahirkan keluarga yang bahagia.

94

Page 95: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Contohnya, Fuad yang sentiasa mengingati dan menyayangi ayahnya, Robert Lim walaupun mereka tidak lagi tinggal bersama.

Farhana amat menyayangi ibunya Mariana dengan cara pulang ke kampung untuk menziarahi ibunya semasa cuti persekolahan.

Kita haruslah bersifat tabah ketika menghadapi dugaan dalam kehidupan.Contohnya, Fuad amat tabah ketika menerima kenyataan bahawa Farhana ialah adik kandungnya.

Kita perlulah membantu orang yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama.Contohnya, Fuad membantu rakannya Borhan, dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik pada waktu malam.

Robert Lim menghulurkan bantuan wang perbelanjaan kepada abangnya Peter Lim pada setiap bulan.

PENGAJARAN ( KABUS DI PERBUKITAN )

Pelbagai pengajaran dapat diperoleh melalui novel Kabus di Perbukitan yang telah saya pelajari;

Kita hendaklah menerima ketentuan takdir dengan hati yang terbuka.Contohnya, Azrul menerima takdir kematian Rahayu dengan hati yang tenang dan menyimpan kasih sayang terhadap Rahayu dalam hatinya.

Kita perlulah berhati-hati dalam memilih kawan agar tidak terjebak dalam situasi yang menyusahkan.Contohnya, Benny yang berkawan dengan Mohamed Attar tidak menyangka sahabatnya itu terlibat dengan aktiviti keganasan.

Masyarakat hendaklah mengelakkan diri daripada terlalu bergantung dengan kerjaya makan gaji.Contohnya, Azrul tidak mahu kerja makan gaji, sebaliknya mahu mengusahakan ternakan kambing sebagai sumber pendapatan.

Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain walaupun bukan darah daging sendiri.

95

Page 96: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Contohnya, Hamidah menyayangi Rahayu seperti anaknya sendiri walaupun Rahayu merupakan anak tirinya.

Kita hendaklah berpegang kuat pada budaya dan agama walaupun di mana kita berada.Contohnya, Faridah tetap berpegang pada agama dan budayanya walaupun sudah lama tinggal di New Zealand.

Kita hendaklah membantu golongan kurang upaya.Contohnya, Faridah sentiasa membantu Iqbal, iaitu kanak-kanak Sindrom Down.

Janganlah kita melakukan perkara yang dilarang agama.Contohnya, Benny dan Melina walaupun beragama Islam tetapi melakukan perkara yang ditegah agama, iaitu minum arak.

Kita mestilah menjaga alam sekitar agar tidak rosak atau tercemar.Contohnya, Azrul menyertai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pemuliharaan alam sekitar.

Contohnya, Soleh Johnsons mementingkan pemeliharaan keindahan alam semula jadi dalam melaksanakan pembangungan tanah tinggi Lojing.

Kita haruslah tabah menghadapi dugaan Tuhan.Contohnya, Rahayu tabah apabila mengetahui dia mengidap kanser yang boleh membawa maut.Contohnya, Faridah tabah apabila kehilangan orang-orang yang disayanginya, Rahayu, ibu, dan suaminya.

Kita perlulah mempunyai jati diri yang teguh.Contohnya, walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, dia tetap mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia.

Setiap orang perlu gigih berusaha mencapai kemajuan. Contohnya, Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya sehingga berjaya.

Setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka.Contohnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan mereka.

96

Page 97: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Sebagai penganut agama yang taat, kita hendaklah mematuhi ajaran agama.Contohnya, Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan.

Kita perlu mengamalkan budaya bangsa kita.Contohnya, Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik ke tanah air.

7.6 LATAR DAN PERBANDINGAN LATAR7.6.1 Latar Masa7.6.2 Latar Tempat7.6.3 Latar Masyarakat

7.6.1 Latar Masa7.6.1.1 Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda pelajari.

[ 8 markah ]

NOVEL MELUNAS RINDU

Latar masa novel Melunas Rindu adalah pada masa zaman sekarang, iaitu berlangsung dalam jangka waktu lebih kurang setahun. Hal ini dapat dibuktikan, iaitu cerita ini bermula pada bulan Disember ketika Fuad mengambil angin di Pantai Buruk dan berakhir ketika Fuad membawa maknya, Pak Ismail, Mak Salmah ke Mekah pada cuti persekolahan akhir tahun.

Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang dan malam. Buktinya:

Waktu pagiFuad sampai di Sekolah Menengah Seri Setia pada pukul tujuh lima belas pagi untuk melaporkan diri dan memulakan tugasnya sebagai guru sandaran.

Waktu tengah hariSelepas tamat sesi pagi, Fuad membahagi-bahagikan jagung yang ditanamnya kepada guru-guru yang lain.

Waktu petangFuad mengajak Farhana keluar dan makan pada hari ulang tahun Farhana pada waktu petang.

Fuad mengerjakan solat Asarnya di rumah Farhana di Kuantan sebelum meneruskan perjalanannya ke Sungai Ruan.

97

Page 98: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Waktu malamFuad menyuarakan keinginannya pada Pak Ismail bahawa dia ingin membeli tanah Awang Sojar untuk bercucuk tanam.Fuad ke rumah Borhan setelah didapati Borhan tidak mengerjakan solat Isyak di surau dan mendapati anak Borhan sakit lalu menghantarnya ke klinik.Fuad ke rumah Cikgu Zamani untuk menghadiri kenduri. Rupa-rupanya, Cikgu Zamani mengajak Fuad ke rumahnya untuk memujuk Fuad menyertai parti politik.

Waktu cuti persekolahanFuad mencari kubur ibunya dengan ditemani oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias. Mereka ke Kampung Sedili mencari kakak angkat Mariana untuk mendapatkan maklumat tentang ibunya.

Fuad balik ke rumah Peter Lim dan mendapati Peter Lim sedang sakit.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Merangkumi latar masa dua generasi – iaitu bermula dengan Faridah terlibat dalam kemalangan semasa menuruni Bukit Fraser dalam perjalanan ke Raub kemudian melibatkan generasi anak-anaknya yang kembali ke Malaysia walaupun dilahirkan dan dibesarkan di New Zealand.

Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang dan malam. Buktinya:

Waktu pagiKetika Rahayu berasa berat untuk bangun setelah semalaman menyiapkan tugasan semasa belajar di UPM. Pagi itu juga dia terjatuh lalu pengsan semasa berada di perpustakaan bersama-sama Azrul.

Kamarudin menerangkan kepada isterinya, Hamidah bahawa kembar Rahayu, iaitu Faridah mengalami kemalangan dan hilang di Bukit Fraser.

Waktu petangKetika gerakan mencari dan meyelamatkan Faridah dihentikan pada waktu petang kerana tidak berjaya menemui Faridah dan Iqbal walaupun van yang mereka naiki telah dijumpai.

Waktu SenjaKetika Melina sering duduk di beranda banglo miliknya di Marang untuk menikmati keindahan laut pada waktu senja.

98

Page 99: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Waktu malamKetika Mejar (B) Kamaruddin bermalam di hutan bersama-sama Buyung dalam usaha mengesan anaknya Faridah di Bukit Kutu.Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca Yaasin, memohon kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat kemalangan.

Tahun 1980Sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di Kuala Kubu Baharu ke Bukit Fraser.

Tahun 1989Parti Komunis Malaya (PKM) meletakkan senjata di Hatyai.

7.6.2 Latar Tempat

7.6.2.1 Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda pelajari. [ 8 markah ]

7.6.2.2 Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu. [ 8 markah ]

7.6.2.3 Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat dalam setiap novel. [ 8 markah ]

NOVEL MELUNAS RINDU

Latar dalam novel ini adalah kawasan di sekitar Kuala Terengganu (Terengganu), Kuantan (Pahang), dan beberapa kawasan lain di negeri Pahang.

Latar tempat lain yang digunakan;

Danau Seberang, iaitu tempat tinggal Fuad bersama dengan keluarga angkat Pak Ismail dan Mak Salmah.

Persisiran Pantai Batu Buruk. Fuad ke sini untuk mengambil angin. Di sini, Fuad teringat akan kisah silamnya.

99

Page 100: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Sekolah Menengah Seri Setia. Fuad, Farhana, Cikgu Abas, dan Cikgu Zamani bertugas sebagai guru di sekolah tersebut.

Kawasan Perumahan Taman Mas, Kuantan. Fuad menghantar Farhana ke sini, iaitu rumah ibu Farhana.

Sungai Ruan (Raub, Pahang). Fuad dibesarkan oleh bapa dan ibu saudaranya, Peter Lim dan Swee Lan.

Lembah klau (Raub, Pahang). Mariana dan Pak Seman tinggal di sini sebelum Mariana mengikut kakak angkatnya berpindah.

Kampung Sedili, Kuala Lipis. Fuad mencari pusara ibunya yang disangkanya meninggal dunia.

Restoran Terapung di Taman Syahbandar. Fuad mengajak Farhana makan di restoran tersebut untu meraikan hari lahir Farhana.

Hospital Tengku Ampuan Afzan. Tempat ibu Farhana dirawat kerana penyakit lelah.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Latar tempat dalam novel ini adalah kawasan atau tempat di dalam dan di luar negara.

Sungai Besar – kampung halaman Faridah. Dia dibesarkan oleh ibunya, Salmah setelah ibunya berpisah dengan bapanya Mejar (B) Kamaruddin dan Faridah akhirnya kembali ke Sungai Besar setelah 25 tahun menetap di New Zealand.

Bukit Fraser – tempat Faridah memulakan perjalanan ke Raub dan peristiwa yang berlaku dalam perjalanan apabila dia terkejut apabila anak muridnya Iqbal berada di dalam van tersebut, dan vannya terbabas jatuh ke dalam gaung dan dia tidak sedarkan dirinya.

Hospital UKM – Rahayu yang mengidap penyakit kanser dirawat dan Azrul tetap setia menunggunya ketika dirawat.

Christchurch – tempat tinggal Faridah semasa di New Zealand dan dia tinggal di Rosewood di luar bandar Christchurch yang sangat indah pemandangannya.

100

Page 101: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Marang – tempat Melina menetap di sebuah banglo mengadap laut dan Melina sangat suka akan tempat itu, malah senang bergaul dengan masyarakat setempat walaupun dia dilahirkan di New Zealand.

Cameron Highland – Soleh Johnsons membeli sebuah rumah dan tinggal bersama-sama Faridah.

Lojing - Soleh Johnsons bekerjasama dengan Datuk Azrul membangunkan tanah seluas 500 ekar untuk dijadikan kawasan agropelancongan yang terkenal.

Gloria Coffee Bean – tempat Melina mula berkenalan dengan Benny.

Empire Tower Hotel – tempat Melina bertemu semula dengan suaminya Benny yang telah lama menghilangkan diri.

Balai Polis Marang – Melina melaporkan kehilangan suaminya, Benny.

7.6.3 Latar Masyarakat7.6.3.1 Huraikan latar masyarakat dalam novel yang telah anda pelajari. [ 8

markah ]

7.6.3.2 Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari. [ 8 markah ]

7.6.3.3 Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. [ 7 markah ]

NOVEL MELUNAS RINDU

Terdapat pelbagai latar masyarakat yang cuba diungkapkan oleh pengarang dalam novel Melunas Rindu;

Masyarakat guru yang berdedikasi terhadap kerjayanya sebagai guru. Contohnya, meskipun cuma menjawat jawatan guru sandaran, Fuad menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.

Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Contohnya, bapa Fuad, Robert Lim berbangsa Cina manakala ibunya, Mariana berbangsa Melayu.

101

Page 102: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar pekerjaan.Contohnya, Farhana sebagai seorang guru, Robert Lim sebagai ahli perniagaan, Pak Ismail pesawah, Peter Lim pengawal keselamatan dan penoreh getah, manakala Fakhrudin sebagai pegawai polis.

Masyarakat yang tahu membalas jasa.Contohnya, Fuad membalas budi keluarga bapa angkatnya, Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini dengan membayar yuran peperiksaan STPM Ah Song.

Masyarakat yang sedar akan kesalahan diri dan berusaha untuk menebusnya kembali.Contohnya, Fuad berusaha mengambil hati Mak Salmah kerana sedar akan kesilapannya melarikan Sofia untuk dipulangkan kepada keluarga kandungnya.

Masyarakat yang bersimpati atau prihatin terhadap kesulitan orang lain. Contohnya, Robert Lim menghulurkan bantuan kewangan kepada adiknya, Peter Lim yang hidup susah.

Masyarakat yang berpegang kuat pada ajaran agama.Contohnya, Fuad rajin mengerjakan solat walau di mana dia berada.

Masyarakat yang suka memburuk-burukkan orang lain. Contohnya, Cikgu Zamani yang tidak suka akan sikap Farhana yang lepas laku menasihati Fuad supaya tidak memilih Farhana sebagai isterinya.

Masyarakat yang pandai menghormati tetamu. Contohnya, adik-adik Farhana menyediakan hidangan, kain pelikat dan tuala untuk Fuad yang datang ke rumah mereka.

Masyarakat yang reda menerima ketentuan Ilahi.Contohnya, Fuad menerima hakikat bahawa dia tidak dapat berkahwin dengan Farhana kerana mereka ialah adik beradik. Malah, Fuad bersyukur kerana Farhana dapat menggantikan tempat Sofia.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Terdapat pelbagai latar masyarakat yang cuba diungkapkan oleh pengarang dalam novel Kabus di Perbukitan;

Masyarakat yang berpelajaran tinggi.

102

Page 103: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Contohnya : Rahayu dan Azrul belajar di UPM, Zain dan Anne belajar di Unoversity of Canterbury.

Masyarakat yang mengalami perpecahan rumah tangga.Contohnya : Rahayu dan Faridah merupakan saudara kembar yang terpisah akibat perceraian ibu bapa mereka, iaitu Mejar (B) Kamaruddin dan Salmah.

Masyarakat Melayu yang berhijrah dan menetap di negara asing.Contohnya : Faridah telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan menetap di New Zealand.

Masyarakat kulit putih yang bermastautin di Malaysia.Contohnya : Soleh bertemu dengan beberapa orang Barat yang menetap di Cameron Highland dan sudah memeluk islam.

Masyarakat yang ekstrim dalam memperjuangkan agama.Contohnya : Mohamed Attar merupakan seorang yang ekstrim dan cuba mempengaruhi Benny agar berjihad bersama-samanya, akhirnya telah ditangkap oleh polis antarabangsa.

Masyarakat yang gigih berusaha.Contohnya: Datuk Azrul gigih berusaha memajukan sektor pertanian dalam negara. Selain itu, Salmah yang gigih mengusahakan tanah sawahnya.

Masyarakat yang teguh jati diri.Contohnya : Faridah walaupun lama tinggal di New Zealand tetapi masih mengamalkan budaya Melayu malah mendidik anak-anaknya dengan bahasa pertuturan dan masakan Melayu.

Masyarakat yang longgar pegangan agama. Contohnya : Benny dan Melina walaupun beragama Islam tetapi masih minum arak.

Masyarakat yang menghargai alam sekitar.Contohnya : Azrul melibatkan diri dalam kegiatan yang membabitkan penjagaan alam sekitar seperti selamatkan sungai yang tercemar. Soleh Johnsons memastikan pembangunan yang dijalankan di tanah tinggi Loijing tidak memusnahkan pokok-pokok yang berharga.

Masyarakat yang berpandangan jauh.

103

Page 104: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Contohnya : Azrul melibatkan diri dalam kegiatan pertanian kerana pada pendapatnya bidang pertanian diperlukan sepanjang masa dan akhirnya dia berjaya menjadi usahawan dalam bidang pertanian.

Masyarakat orang asli.Contohnya : Faridah dan Iqbal dijaga oleh orang asli (Tok Batin Senik) setelah terlibat dalam kemalangan. Pekerjaan utama mereka mengambil hasil hutam seperti damar.

Masyarakat yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa.Contohnya : Datuk Azrul mempunyai rangkaian perniagaan berasaskan pertanian dan penternakan. Soleh Johnsons mempunyai beribu-ribu estet penternakan dan Jaafar al-Anbia terlibat dalam cari gali petroleum dan gas.

104

Page 105: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

PANDUAN MENJAWAB NOVEL BERDASARKAN SOALAN-SOALAN SPM 2001-2011

SOALAN-SOALAN PILIHAN DAN TEKNIK MENJAWAB NOVEL ( SINOPSIS )

1. Tulis sinopsis yang telah anda pelajari. [ 7 markah ]

2. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, ceritakan kandungan novel itu secara ringkas. [ 7

markah ]Contoh Jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Sinopsis atau kandungan novel itu secara ringkas adalah seperti yang berikut.

Novel Melunas Rindu mengisahkan Fuad seorang saudara baru (mualaf) tinggal dengan Pak Ismail dan Mak Salmah sebagai anak angkat. Fuad pandai menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di kampung itu serta mendalami ilmu agama Islam dengan bantuan Pak Ismail .

Kemudiannya, Fuad yang memiliki Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Amerika Syarikat berkhidmat sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Seri Setia. Fuad saling berkerjasama dengan Farhana untuk meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris pelajar di sekolah tersebut.

Kedatangan sepupunya, Chin ke sekolahnya pada suatu hari, mengingatkan Fuad akan arwah ibunya. Keinginan mencari pusara ibunya serta saudara sebelah ibunya semakin kuat. Fuad telah pergi ke rumah bapa saudaranya, Peter Lim di Sungai Ruan untuk mendapatkan maklumat tentang keluarganya. Peter Lim menasihati Fuad supaya menemui ayahnya, Robert Lim untuk mendapatkan gambar ibunya dan sebentuk cincin bagi memudahkan pencariannya.

Sementara itu, hubungan Fuad dengan Farhana pula semakin akrab. Dalam diam, Fuad menyimpan hasrat untuk memperisterikan Farhana. Pada suatu hari, Fuad pulang ke Kuantan untuk menemui ibunya yang dirawat di hospital. Fuad yang bimbang akan keadaan Farhana menyusul ke hospital. Ketika berada di wad, Fuad terkejut apabila melihat nama yang tertera pada kad rawatan pesakit. Fuad baru menyedari bahawa ibu Farhana ialah ibu

105

Page 106: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

kandung yang dicari-carinya selama ini. Fuad terpaksa menerima hakikat bahawa dia dan Farhana bersaudara dan keinginannya untuk memperisteri Farhana dipendamkan.

Akhirnya, hubungan kedua-dua keluarga terjalin. Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah sebelum meneruskan pengajiannya dalam bidang perguruan. Rober Lim turut datang untuk mengiringi pemergian mereka. Dia meminta Fuad menjaga ibunya dan memberitahu berkemungkinan akan menyusul kemudian.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Sinopsis atau kandungan novel itu secara ringkas adalah seperti yang berikut.

Novel Kabus di Perbukitan mengisahkan pasangan suami isteri, Salmah dan Kamarudin, yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Semasa Kamarudin ditugaskan di Pengkalan Hulu, Perak dia telah berkahwin pula dengan Hamidah . Kemudian, Kamarudin telah diarahkan bertugas di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya saat perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tingggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah .

Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia,UPM. Faridah menjadi sukarela PDK Suria. Pada suatu hari, Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan dan disahkan menghidapi kanser . Sementara itu, Faridah yang membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser telah mengalami kemalangan jalan raya dan didapati hilang di dalam gaung. Faridah dan Iqbal dijumpai di perkampungan orang asli di Sungai Dua oleh bapanya,Kamarudin dan rakannya, Buyung. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu yang melawat Faridah, akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah.

Selepas kematian Rahayu, Faridah menamatkan pengajian di universiti, Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Ghazali . Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Faridah kemudiannya, ditawarkan berkursus di New Zealand selama enam bulan. Di situlah, Faridah berkahwin dengan Soleh Johnson dan dia terus menetap di sana selama 25 tahun. Mereka dikurniakan sepasang anak kembar,iaitu Melina dan Anne .

Faridah dan Soleh Johnson pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan anak mereka Anne dengan pasangannya, Zain. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah. Sementara itu, Melina yang sedang sarat mengandung pergi ke

106

Page 107: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh Johnson untuk berjumpa dengan suaminya, Benny yang telah melarikan diri ke Dubai kerana bimbang ditangkap pihak berkuasa. Melina dan Benny akhirnya menetap di sana. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat perternakan keluarga di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan hotel di Cameron Highland.

SOALAN-SOALAN PILIHAN DAN TEKNIK MENJAWAB NOVEL ( TEMA )

1. Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari. [ 7 markah ]

Contoh Jawapan:NOVEL MELUNAS RINDU

Novel ini mengemukakan tema kasih sayang seorang saudara baru terhadap ahli keluarga dan sesama manusia.

Tema yang dipaparkan dapat dibuktikan melalui perasaan sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga menyebabkan Fuad sanggup mencari asal usulnya yang sebenar. Setelah menjalani kehidupan baru, Fuad rindu akan ibu kandungnya yang disangka telah meninggal dunia. Dalam mengubati kerinduannya dia berusaha mencari pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya.

Selain itu, perasaan sayang yang mendalam juga menyebabkan Fuad hampir mengahwini adik-adiknya sendiri iaitu, Sofea dan Farhana.

Seterusnya, perasaan sayang terhadap Pak Ismail dan Mak Salmah juga menyebabkan Fuad sanggup membelikan sebidang tanah daripada Awang Sojar dengan menamakan Pak Ismail sebagai pemiliknya. Fuad juga membelikan motosikal dan membawa mereka berdua mengerjakan umrah ke Tanah Suci.

Bukti lain, disebabkan kasih sayang yang mendalam menyebabkan Fuad tidak melupakan bapanya, Robert Lim dan bapa dan ibu saudaranya, iaitu Peter Lim dan Swee Lan serta adik-adik sepupunya. Fuad telah membantu menyara persekolahan adik-adik sepupunya. itu.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Novel ini mengemukakan tema jati diri individu yang berbangsa Melayu.

107

Page 108: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Tema yang dipaparkan dapat dibuktikan melalui watak utama, Faridah yang bermastautin di Rosewood, New Zealand tidak pernah melupai tanah tumpah darahnya Malaysia, walaupun sudah 25 tahun menetap di Rosewood. Faridah tetap ingat akan kampung halamannya di Sungai Besar, Selangor walaupun berada jauh di negeri orang.

Selain itu, walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, Faridah tidak pernah menukar kewarganegraaan negara asalnya, Malaysia.

Bukti lain, Faridah juga tetap mengamalkan budaya hidup Melayu dengan gemar berbaju kurung ketika berada di New Zealand. Faridah masih menggemari masakan Melayu iaitu, kari yang juga merupakan masakan kegemaran anaknya Anne.

Seterusnya, Faridah akhirnya tetap kembali ke tanah air dan membuat keputusan menetap di Malaysia buat selama-lamanya .

2. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tema dalam setiap novel itu.

[ 8 markah ] Contoh Jawapan:

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5.

Novel Melunas Rindu mengemukakan tema kasih sayang seorang saudara baru terhadap ahli keluarga dan sesama manusia.

Tema yang dipaparkan dapat dibuktikan melalui perasaan sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga menyebabkan Fuad sanggup mencari asal usulnya yang sebenar. Setelah menjalani kehidupan baru, Fuad rindu akan Fuad rindu akan ibu kandungnya yang disangka telah meninggal dunia. Dalam mengubati kerinduannya dia berusaha mencari pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya.

Sementara itu novel Kabus di Perbukitan pula mengemukakan tema jati diri individu yang berbangsa Melayu.

Tema yang dipaparkan dapat dibuktikan melalui watak utama, Faridah yang bermastautin di Rosewood, New Zealand tidak pernah melupai tanah tumpah darahnya Malaysia, walaupun sudah 25 tahun menetap di Rosewood. Faridah tetap ingat akan kampung halamannya di Sungai Besar, Selangor walaupun berada jauh di negeri orang.

SOALAN-SOALAN PILIHAN DAN TEKNIK MENJAWAB NOVEL ( PLOT )

1. Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel

108

Page 109: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

yang anda pelajari? Berikan ulasan anda. [ 7 markah ]

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah . Pada pendapat saya, pengarang wajar mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang telah ditulisnya itu.

Alasan saya ialah ketabahan dan kegigihan Fuad untuk mencari pusara ibunya, mengetahui asal usul dirinya, dan menjejaki keluarga sebelah ibunya akhirnya telah menemui kejayaan. Ketika berada di wad di Hospital Ampuan Afzan, Fuad terkejut apabila melihat nama yang tertera pada kad rawatan pesakit. Di situlah Fuad baru menyedari bahawa ibu Farhana ialah ibu kandung yang dicari-carinya selama ini. Akhirnya, Fuad terpaksa menerima hakikat bahawa dia dan Farhana bersaudara dan keinginannya untuk memperisteri Farhana dipendamkan.

Pada akhir cerita, pembaca berasa gembira kerana Fuad berjaya melunaskan rindunya apabila hubungan kedua-dua keluarga yang disayangi terjalin. Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah sebelum meneruskan pengajiannya dalam bidang perguruan. Apa yang lebih menarik lagi bapanya, Robert Lim turut datang untuk mengiringi pemergian mereka. Dia meminta Fuad menjaga ibunya dan memberitahu berkemungkinan akan menyusul kemudian memperlihatkan satu lagi kegembiraan yang akan dirasai oleh Fuad dalam kehidupannya.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Pada pendapat saya, pengarang wajar mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang telah ditulisnya itu.

Alasan saya ialah pada akhir cerita, Faridah yang mempunyai jati diri yang kuat dan amat mencintai tanah airnya telah kembali semula ke Malaysia setelah tinggal selama 25 tahun di New Zealand. Pada awalnya kepulangan Faridah bersama suaminya, Soleh Johnson ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan anaknya, Anne dan pasangannya Zain. Apa yang lebih menggembirakan ialah semasa rombongan meminang Anne di Cameron Highland, Faridah berasa terharu apabila mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki kepada Azrul, bekas teman lelaki adiknya,arwah Rahayu. Majlis perkahwinan Anne dan Zain berlangsung dengan meriah seolah-olah menggambarkan kegembiraan Faridah.

Pada akhir cerita, pembaca berasa gembira kerana Melina telah kembali bertemu dengan suaminya, Benny. Kaitan dengan pertemuan itu, Faridah kembali berasa tenang apabila anaknya, Melina dan Benny menetap di Dubai. Sementara itu, kegembiraan Faridah berterusan apabila Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat perternakan keluarga di New

109

Page 110: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Zealand. Cerita berakhir dengan penuh kegembiraan apabila Datuk Azrul dan Soleh Johnsons yang berbesan membuka perniagaan hotel di Cameron Highlands. Tuntasnya, segala permasalahan atau ‘kabus’ yang dihadapi oleh Faridah terlerai dengan terjelmanya kegembiraan dan ketenangan hasil daripada peristiwa yang berlaku terhadap diri dan keluarganya.

2. Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda. [ 7 markah ]

Contoh Jawapan:NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Tidak dapat dinafikan bahawa bahagian permulaan sesebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.

Peristiwa yang berlaku pada permulaan cerita ialah peristiwa Fuad pulang lewat daripada mencari kayu api di hutan. Fuad disapa oleh Mak Salmah ketika masuk ke rumah melalui pintu dapur. Fuad menjelaskan bahawa dia terleka dan terlupa membawa jam. Pada pendapat saya, peristiwa ini dianggap menarik kerana situasi tersebut menunjukkan Mak Salmah seakan-akan sudah berubah dan mula memaafkan Fuad yang sebelum ini menjadi punca menyebabkan dirinya kehilangan Sofea buat selama-lamanya.

Selain itu, pada permulaan cerita juga Fuad telah diminta oleh Pak Imam melaungkan azan Isyak di surau apabila masuk waktu Isyak. Selepas menunaikan solat sunat, dia terus melaungkan Iqamah dan mereka bersama-sama menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Pada pendapat saya, peristiwa ini dianggap menarik kerana sebagai saudara baru, Fuad telah pun diberikan kepercayaan untuk melaungkan azan serta melaungkan Iqamah sebelum solat Isyak dimulakan. Dalam hal ini, Fuad sebagai saudara baru dalam Islam, bukan hanya menjadi penumpang malahan dianggap individu yang penting dan dihormati dalam jemaah tersebut.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Tidak dapat dinafikan bahawa bahagian permulaan sesebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.

110

Page 111: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Peristiwa yang berlaku pada permulaan cerita ialah peristiwa Rahayu tiba-tiba pengsan di perpustakaan dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Pada masa yang sama juga Faridah, kembar Rahayu turut ditimpa kemalangan bersama-sama kanak-kanak istimewa Iqbal semasa dalam perjalanannya ke Pekan Raub. Van yang mereka naiki melanggar tembok penghadang jalan dan terus menjunam ke dalam gaung. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kedua-dua peristiwa berlaku hampir serentak melibatkan dua saudara kembar iaitu Faridah dan Rahayu. Peristiwa tersebut menggambarkan hubungan yang amat rapat antara kedua-duanya, tetapi dalam masa yang sama juga peristiwa yang berlaku menjadi punca Rahayu dan Faridah akhirnya tidak bertemu lagi di dunia ini.

Selain itu, pada permulaan cerita juga digambarkan hubungan yang sangat rapat antara Rahayu dengan Azrul yang berhasrat untuk berkahwin selepas tamat pengajian nanti. Hubungan jujur dan ikhlas mereka dianggap menarik kerana direstui oleh kedua-dua ibu bapa Mereka juga berkongsi minat yang sama iaitu berminat dalam kerja-kerja kemasyarakatan seperti menjalankan kempen menyelamatkan sungai yang tercemar. Peristiwa ini dianggap menarik kerana hubungan baik yang berlaku secara jujur, ikhlas dan direstui keluarga tidak semestinya akan berakhir di gerbang perkahwinan. Rahayu kemudiannya meninggal dunia kerana menghidapi kanser paru-paru.

3. Berdasarkan sebuah buah novel yang anda kaji, huraikan perumitan yang terdapat dalam novel tersebut.

[8 markah

]Contoh Jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU-

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Seperti novel-novel lain, aspek perumitan turut digarapkan dalam novel tersebut bertujuan mempelbagaikan lagi teknik penulisan pengarang.

Dalam novel Melunas Rindu, aspek perumitan dapat ditinjau melalui peristiwa yang dipaparkan pengarang. Antaranya, peristiwa kedatangan Chin ke sekolah telah mengubah pendirian Fuad. Kedatangan Chin menyebabkan Fuad berada dalam keadaan dilema dan Fuad menjadi semakin rindu akan ibunya. Akibatnya, atas nasihat Pak Ismail, Fuad pulang ke Sungai Ruan dalam usaha menjejaki keluarga sebelah ibunya.

Perumitan dalam novel ini juga dikesan apabila Fuad yang ingin menjejaki pusara ibunya terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Pada awalnya, Fuad bertanya asal usul ibunya daripada Peter Lim dan Swee Lan. Kemudiannya, Fuad ke Lembah Klau bersama dengan Pak Said yang sudi menemaninya. Di sana, Fuad bertemu Pak Ngah Lias, iaitu jiran datuknya. Mereka seterusnya ke Kampung Sedili, Kuala Lipis tempat tinggal ibu saudara Fuad. Malangnya, Mariah telah

111

Page 112: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

berpindah. Mereka memiliki satu harapan baru apabila Pak Samsudin menyatakan Mariana masih hidup kerana pusaranya tiada di kampung itu. Fuad menaruh harapan untuk mencari ibu kandungnya.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN-

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Novel ini memaparkan peristiwa yang boleh dianggap sebagai perumitan bertujuan mempelbagaikan lagi teknik penulisan pengarang.

Dalam novel Kabus di Perbukitan, aspek perumitan dapat ditinjau melalui peristiwa yang dipaparkan pengarang. Antaranya, peristiwa Faridah berkahwin dengan Ghazali. Namun begitu, Ghazali telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kematian Ghazali menyebabkan Faridah hilang tempat bergantung hidup. Akibat daripada itu, Faridah terpaksa membuat keputusan mengikuti kursus di New Zealand selama 6 bulan. Selepas tamat kursus, Faridah akhirnya menetap di New Zealand selama 25 tahun dan berkahwin dengan Soleh Johnsons, seorang hartawan New Zealand. Lantaran itu, Faridah menjadi rindu akan tanah airnya, Malaysia.

Perumitan dalam novel ini juga dikesan apabila, Melina berkahwin dengan Benny, seorang hartawan keturunan Arab yang suka belayar. Melina kemudiannya, mengikut suaminya menetap di Marang kerana Benny bekerja di syarikat milik keluarganya dalam perusahaan penerokaan minyak di luar pantai Terengganu. Di Terengganu, Benny telah berkawan dengan seorang ekstremis agama, iaitu Mohamed Attar dan nyaris ditangkap oleh pihak polis antarabangsa. Benny melarikan diri dan pulang ke Dubai. Segala kejadian yang menimpa Melina menyebabkan dia berada dalam keadaan sukar kerana ditinggalkan Benny seorang diri di Malaysia tanpa sebarang berita.

4. Berdasarkan novel yang anda telah kaji, huraikan peristiwa yang mengandungi unsur

saspens dalam novel tersebut.[8 markah ]

Contoh jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel yang telah saya kaji itu.

Peristiwa pertama yang mengandungi unsur saspens ialah peristiwa Fuad berusaha mencari ibunya yang disangkanya telah mati. Usaha Fuad pusara ibunya bermula apabila dia meminta izin daripada Pak Ismail untuk mencari pusara ibunya di Lembah Klau. Pembaca tertanya-tanya mengenai nasib Fuad sama ada dia akan

112

Page 113: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

berjumpa dengan ibunya atau tidak. Apabila Pak Samsuddin memberitahu Fuad bahawa ibu Fuad belum meninggal dunia, pembaca menjadi lebih suspens kerana pembaca ingin mengetahui siapa sebenarnya ibu Fuad dan di mana ibunya berada.

Selain itu, unsur saspens wujud melalui peristiwa Fuad pergi ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk melawat ibu Farhana yang dirawat di sana. Pembaca berasa saspens apabila Fuad terpandang nama ibu Farhana yang sama dengan nama ibunya, Mariana. Pembaca tertanya-tanya adakah ibu Farhana juga merupakan ibu kepada Fuad yang dicari-carinya selama ini?

Seterusnya, unsur saspens juga dapat ditinjau melalui hubungan baik antara Fuad dengan Farhana. Hubungan baik antara Farhana dan Fuad menimbulkan unsur saspens dalam kalangan pembaca kerana pembaca ingin mengetahui apakah kesudahan hubungan mereka. Penampilan watak Cikgu Zamani yang tidak menyukai Farhana tetapi bersikap baik dengan Fuad, menambahkan lagi rasa saspens tersebut.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel yang telah saya kaji itu.

Peristiwa pertama yang mengandungi unsur saspens ialah peristiwa pelbagai pihak yang berusaha untuk menyelamatkan Faridah dan Iqbal. Pembaca tertanya-tanya ke manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa tersebut walaupun kenderaan yang dinaiki mereka telahpun ditemui. Pembaca tertanya-tanya adakah Faridah dan Iqbal terselamat dan bagaimanakah nasib mereka.

Selain itu, unsur saspens wujud melalui peristiwa kehilangan Benny yang cuba melarikan diri ke Dubai untuk mengelakkan ditangkap oleh pihak Interpol. Pembaca tertanya-tanya adakah Benny benar-benar terlibat dengan kumpulan militan yang diketuai oleh Muhammad Attar. Di samping itu, pembaca juga ingin mengetahui adakah Benny berjaya melarikan diri atau sebaliknya. Turut menjadi kebimbangan dan saspens kepada pembaca ialah apakah yang akan terjadi kepada Melina yang ditinggalkan seorang diri di Kuala Terengganu,

Seterusnya, peristiwa Azrul yang menyatakan bahawa dia sudah memiliki gadis pilihannya sendiri. Pembaca tertanya-tanya siapakah gadis pilihan hatinya itu? Hal ini demikian kerana pembaca amat mengharapkan gadis yang menjadi pilihan hati Azrul ialah Rahayu memandangkan mereka amat bersesuaian sekiranya menjadi pasangan suami isteri.

5. Plot merupakan aspek penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan klimaks novel tersebut dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita.

113

Page 114: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

[ 7 markah ]Contoh Jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Seperti novel-novel lain yang telah dipelajari, novel Melunas Rindu juga mengandungi klimaks atau puncak cerita.

Klimaks dalam novel ini ialah apabila Fuad tiba di Hospital Ampuan Afzan, Kuantan dan kemudian terpandang fail pesakit milik ibu Farhana. Fuad terkejut besar kerana nama ibunya sama dengan nama ibu Farhana. Ciri hidung mereka juga sama menjadikan Fuad agak sukar untuk menerimanya. Semasa berbincang dengan Farhana, Robert Lim tiba di hospital dan mengesahkan bahawa Mariana adalah ibu kandung yang dicari oleh Fuad selama ini. Lantaran itu, Fuad dan Farhana terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adalah bersaudara.

Fuad dan Farhana kemudiannya mula belajar menerima kenyataan bahawa mereka adalah bersaudara dan tidak boleh mendirikan rumah tangga. Fuad membawa ibu, Mariana dan adik-adiknya ke Danau Seberang dan hubungan kekeluargaan antara dua buah keluarga menjadi semakin erat.

Akhirnya, hubungan kedua-dua keluarga terjalin. Fuad akhirnya, membawa ibunya, Mariana, Mak Salmah dan Pak Ismail menunaikan umrah sebelum dia menyambung pengajian dalam bidang perguruan. Dalam masa yang sama, Robert Lim datang untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka dan meminta Fuad menjaga ibunya dengan baik. Robert Lim memberitahu Fuad bahawa dia akan menyusul mereka kemudian.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Seperti novel-novel lain yang telah dipelajari, novel Kabus di Perbukitan juga mengandungi klimaks atau puncak cerita.

Klimaks dalam novel ini ialah apabila Faridah kembali semula ke Malaysia setelah 25 tahun hidup di negara asing, iaitu New Zealand. Faridah kemudiannya telah bertemu kembali dengan Datuk Azrul dalam majlis perundingan perkahwinan Zain dengan Anne yang dijalankan di Cameron Highland. Datuk Azrul ialah bekas teman lelaki arwah Rahayu,kembar Faridah. Datuk Azrul telah berkahwin dengan Datin Aisyah dan Zain merupakan anak mereka. Pertemuan Faridah dengan Datuk Azrul menyebabkan kenangan lama kembali segar. Akhirnya mereka menjadi besan.

114

Page 115: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Melina yang sedang sarat mengandung kemudiannya, telah pergi ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh Johnson untuk berjumpa dengan Benny. Melina berasa tenang dan sangat gembira apabila dapat bertemu kembali dengan Benny. Melina dan Benny akhirnya menjadikan Dubai sebagai tempat tinggal mereka kerana dianggap tempat paling selamat buat mereka.

Faridah akhirnya menjadikan Cameron Highland tempat tinggal tetapnya di Malaysia. Soleh Johnson iaitu suami Faridah, telah bekerjasama dengan Datuk Azrul untuk mengusahakan kawasan tanah tinggi Lojing sebagai kawasan agropelancongan. Usaha mereka sangat berjaya. Sementara itu, Anne dan Zain pula menetap di New Zealand dan mengambil alih syarikat perternakan keluarga di New Zealand.

6. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan klimaks cerita yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut.

[8 markah]Contoh Jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5. Kedua-dua novel mempunyai klimaks atau puncak cerita yang menarik.

Klimaks novel Melunas Rindu ialah apabila Fuad tiba di Hospital Ampuan Afzan, Kuantan dan kemudian terpandang fail pesakit milik ibu Farhana. Fuad terkejut besar kerana nama ibunya sama dengan nama ibu Farhana. Semasa berbincang dengan Farhana, Robert Lim tiba di hospital dan mengesahkan Mariana adalah ibu kandung yang dicari oleh Fuad selama ini. Fuad dan Farhana terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adalah bersaudara.

Sementara itu, klimaks dalam novel ini ialah apabila Faridah kembali semula ke Malaysia setelah 25 tahun hidup di negara asing, iaitu New Zealand. Faridah kemudiannya telah bertemu kembali dengan Datuk Azrul dalam majlis perundingan perkahwinan Zain dengan Anne yang dijalankan di Cameron Highland. Datuk Azrul ialah bekas teman lelaki arwah Rahayu,kembar Faridah. Datuk Azrul telah berkahwin dengan Datin Aisyah dan Zain merupakan anak mereka. Pertemuan Faridah dengan Datuk Azrul menyebabkan kenangan lama kembali segar. Akhirnya mereka menjadi besan.

7. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan peristiwa peleraian cerita yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut.

[8 markah]Contoh Jawapan:

115

Page 116: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5. Kedua-dua novel mempunyai peleraian cerita yang menarik.

Dalam novel Melunas Rindu peristiwa yang memperlihatkan peleraian cerita ialah apabila Fuad dan Farhana mula belajar menerima kenyataan bahawa mereka adalah bersaudara. Fuad membawa ibu dan adik-adiknya ke Danau Seberang dan hubungan kekeluargaan antara dua buah keluarga menjadi semakin erat.

Fuad akhirnya, membawa ibunya Mariana, Mak Salmah dan Pak Ismail untuk menunaikan umrah sebelum dia menyambung pengajian dalam bidang perguruan. Dalam masa yang sama, Robert Lim datang untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka dan meminta Fuad menjaga ibunya dengan baik. Robert Lim memberitahu anaknya, Fuad bahawa dia akan menyusul kemudian.

Sementara itu, dalam novel Kabus Di Perbukitan pula peristiwa yang memperlihatkan peleraian cerita ialah Melina yang sedang sarat mengandung kemudiannya, telah pergi ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh Johnson untuk berjumpa dengan Benny. Melina berasa tenang dan sangat gembira apabila dapat bertemu kembali dengan Benny. Melina dan Benny akhirnya menjadikan Dubai sebagai tempat tinggal mereka kerana dianggap tempat paling selamat buat mereka.

Faridah akhirnya menjadikan Cameron Highland tempat tinggal tetapnya di Malaysia. Soleh Johnson iaitu suami Faridah, telah bekerjasama dengan Datuk Azrul untuk mengusahakan kawasan tanah tinggi Lojing sebagai kawasan agropelancongan. Usaha mereka sangat berjaya. Sementara itu, Anne dan Zain pula menetap di New Zealand dan mengambil alih syarikat perternakan keluarga di New Zealand.

8. Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Huraikan satu peristiwa yang berlaku pada penamat novel yang anda kaji itu.. [ 7 markah ]Contoh Jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa yang berlaku pada penamat novel bagi menunjukkan cerita akan berakhir.

Dalam novel Melunas Rindu, peristiwa Farhana dan adik-adiknya Muhammad Fikri dan Muhammad Syukri menghantar Fuad, ibu kandungnya Mariana, Pak Ismail dan Mal Salmah mengerjakan umrah ke tanah suci merupakan satu peristiwa yang berlaku pada penamat novel tersebut. Di sana, Mariana berpesan kepada Farhana supaya menjaga adiknya baik-baik.

116

Page 117: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Peristiwa kedatangan Robert Lim di lapangan terbang merupakan satu lagi peristiwa yang berlaku pada penamat novel Melunas Rindu. Kedatangan Robert Lim, mengejutkan Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah. Robert Lim berpesan kepada Fuad supaya menjaga ibunya baik-baik di sana sebelum mereka berangkat ke tanah suci. Robert Lim memaklumkan bahawa dia mungkin akan menyusul mereka kemudian.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa yang berlaku pada penamat novel bagi menunjukkan cerita akan berakhir.

Dalam novel Kabus di Perbukitan, peristiwa Datuk Azrul dan Soleh Johnsons menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands merupakan satu peristiwa yang berlaku pada penamat novel tersebut. Perniagaan mereka sangat berjaya dan dalam masa yang sama dapat menyelamatkan pencemaran hutan yang berlaku.

Peristiwa Anne dan Zain mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons di New Zealand merupakan satu lagi peristiwa yang berlaku pada penamat novel Kabus di Perbukitan. Zain siswazah pertanian, mampu menguasai selok-belok perniagaan dan pertanian.

9. Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel.

Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari.

Mengapakah anda berpendapat demikian? [ 7 markah ]

Contoh Jawapan:NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa yang dianggap paling menarik dalam novel tersebut.

Peristiwa pertama yang dianggap menarik dalam novel ini ialah peristiwa Fuad mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin iaitu jiran Mariah (kakak angkat ibu Fuad). Pak Samsudin juga meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan berjumpa dengan ibu kandungnya, Mariana sendiri bukan dengan kuburnya. Peristiwa ini dianggap menarik kerana peristiwa ini menjadikan perjalanan cerita bertambah menarik dan pembaca ingin mengetahui cerita yang seterusnya.

117

Page 118: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Peristiwa seterusnya yang dianggap menarik ialah peristiwa Fuad menyedari bahawa ibu Farhana, Mariana yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit lelah ialah ibu kandungnya yang dicari selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya (Mariana) ialah ibu Farhana juga Di samping itu, Fuad juga terpaksa mengakui bahawa Farhana gadis yang dicintai dan ingin dikahwininya ialah adik kandungnya sendiri. Peristiwa ini dianggap menarik kerana membawa unsur kejutan kepada pembaca. Pembaca akan berasa simpati kepada Fuad dan Farhana yang baru mula ingin bercinta. Peristiwa ini juga menjadikan pengakhiran cerita menjadi bertambah menarik.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa paling menarik dalam novel tersebut.

Peristiwa pertama yang dianggap menarik dalam novel ini ialah peristiwa Rahayu bertemu dengan Faridah dalam keadaan bawah sedar. Mereka bertemu di dalam sebuah rumah papan yang hampir roboh ditolak arus. Selepas diselamatkan Rahayu, Faridah memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu setelah bertahun-tahun tidak bertemu. Selepas Faridah sedar, Rahayu telah pun meninggal dunia. Peristiwa ini dianggap menarik kerana menggambarkan keistimewaan hubungan kembar antara Faridah dan Rahuyu yang masih boleh berhubung walaupun jasad mereka terpisah jauh.

Peristiwa seterusnya yang dianggap paling menarik ialah peristiwa Melina bertemu semula dengan suaminya, Benny di Dubai. Sebelum itu, Benny terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Melina seorang diri di Marang, Terengganu. Benny meminta maaf dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Dubai. Peristiwa ini dianggap menarik kerana pertemuan itu merungkai masalah yang dihadapi oleh Melina dan akhirnya mereka hidup bahagia.

10. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan teknik imbas kembali yang digunakan oleh pengarang dalam novel tersebut.

[ 8 markah ]Contoh jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa yang dipaparkan melalui teknik imbas kembali (flash back) yang bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau telah dialaminya. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula, kenangan, dan ingatan seseorang watak.

118

Page 119: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel Melunas Rindu ialah peritiwa Mak Salmah yang sering teringat akan Sofia yang telah meninggal dunia. Kedatangan Fuad, menyebabkan Mak Salmah akhirnya terpisah dengan Sofea.

Selain itu, teknik imbas kembali dipaparkan apabila Fuad masih teringat bahawa pada suatu masa dulu Mak Salmah pernah membencinya kerana kehilangan Sofia. Akibat daripada itu, Fuad cuba mengambil hati Mak Salmah dengan melakukan perkara-perkara yang tidak menyinggung hati dan perasaan Mak Salmah.

Seterusnya, teknik imbas kembali dapat dikesan apabila Peter Lim menceritakan kembali peristiwa Fuad dilarikan orang semasa kecil. Dalam masa yang sama juga, Pak Ngah Lias dan Shamsuddin menceritakan kembali tentang ibu Fuad semasa hayatnya.

Peristiwa lain, Mariana terkenang akan arwah suaminya yang meninggal dunia sebagai akibat pembengkakan di ususnya. Swee Lan pula teringat akan kepulangan Fuad pada suatu senja lebih setahun yang lalu.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa yang dipaparkan melalui teknik imbas kembali (flash back) yang bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau telah dialaminya. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula, kenangan, dan ingatan seseorang watak.

Peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali yang terdapat dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah tentang peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat pada suatu masa dahulu. Semasa zaman kolonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh pengurus-pengurus ladang.

Selain itu, kenangan Faridah ketika dia dan Rahayu masih kecil. Faridah teringat sewaktu dia masih kecil, dia membesar di kawasan pantai Sungai Haji Dorani. Ketika itu, dia bermain dengan Rahayu mengutip lala dan kerang di pantai ketika emak mereka berniaga menjual pisang goreng. Keindahan itu tidak lama, kerana ayah mereka datang lalu membawa Rahayu pergi selama bertahun-tahun. Malah dia hanya sempat menatap jenazah Rahayu walaupun Rahayu hadir dalam igauannya.

Seterusnya, ingatan Melina terhadap ibu dan ayahnya ketika menunggu di ruang legar KLIA. Dia teringat ibunya bukanlah anak jati bumi kiwi, ibunya berasal dari Malaysia. Wajah ibunya, Faridah tetap cantik dan menarik walaupun pada usia 50-an. Dia teringat jika dia berjalan dengan ibunya, Faridah untuk membeli-belah

119

Page 120: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

pasti ada mata-mata keranjang yang berpaling. Wajah Asia ibunya kelihatan begitu anggun di bumi kiwi.

11. Sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda. [ 7 markah ]

Contoh Jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Tidak dinafikan bahawa sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan pembaca.

Berdasarkan novel Melunas Rindu yang saya pelajari, peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan saya ialah peristiwa Fuad membawa lari Sofea daripada kehidupan Mak Salmah dan Pak Ismail. Saya turut merasai kemarahan Mak Salmah terhadap Fuad. Perasaan marah Mak Salmah berpunca daripada tindakan Fuad yang membawa lari Sofea daripada keluarganya yang menyebabkan Mak Salmah kehilangan Sofea buat selama-lamanya.

Selain itu, saya juga berasa terharu semasa membaca novel tersebut. Saya berasa terharu kerana dengan sikap tabah dan sabarnya, akhirnya Fuad berjaya menemui kembali ibu kandungnya, Mariana yang disangkanya telah meninggal dunia sebelum ini. Saya berasa terharu kerana pada akhir cerita, Fuad berjaya mengumpulkan semula orang-orang yang disayangi dalam hidupnya.

Seterusnya, saya turut berasa simpati apabila mendapati Fuad gagal memperisterikan kedua-dua gadis yang dicintainya iaitu Sofea dan Farhana. Namun begitu, perasaan simpati saya terubat apabila mengetahui bahawa Fuad dan Farhana merupakan adik kandungnya sendiri dan menurut agama Islam, mereka memang tidak layak untuk berkahwin.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Tidak dinafikan bahawa sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan pembaca.

120

Page 121: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan yang saya pelajari, peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan saya ialah peristiwa Faridah yang kehilangan orang-orang tersayang dalam jarak masa yang singkat. Saya berasa sedih akan nasib yang dialami Faridah. Pada awalnya, Faridah kehilangan Rahayu, kembarnya yang sangat dirindui. Seterusnya, Faridah kehilangan Salmah, ibu yang disayangi yang telah meninggal dunia akibat terlalu rindu akan arwah Rahayu. Seterusnya Faridah kehilangan suaminya, Ghazali yang menemui ajal akibat kemalangan jalan raya.

Selain itu, saya juga berasa kagum dengan jati diri yang dimiliki oleh Faridah. Peristiwa Faridah yang sanggup pulang ke Malaysia selepas 25 tahun tinggal di New Zealand kerana terlalu rindu akan kampung halamannya benar-benar mengkagumkan saya. Faridah juga berjanji akan mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-bila. Faridah tetap pulang ke kampung halamannya kerana tidak mahu anak-anak dan cucu-cucunya nanti tidak tahu susur galur keturunannya.

Seterusnya, saya juga berasa gembira apabila pada akhir cerita Faridah memiliki segalanya yang diimpikannya selama ini. Peristiwa Faridah yang kini telah menetap kembali di Malaysia dan hidup gembira di samping suaminya Soleh Johnson yangturut sudi menetap di Malaysia benar-benar menggembirakan saya. Sementara itu, saya gembira kerana Melina telah bertemu kembali dengan suaminya Benny. Anne dan suaminya , Zain pula mengambil alih perniagaan Soleh Johnson di New Zealand.

SOALAN-SOALAN PILIHAN DAN TEKNIK MENJAWAB NOVEL (WATAK DAN PERWATAKAN )

1. Huraikan watak utama novel yang telah anda pelajari. [ 7 markah ]

2. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan watak utama dalam novel tersebut. [ 7 markah ]

Contoh Jawapan Soalan 1dan 2:NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Watak utama dalam novel Melunas Rindu ialah Joshua, Abdul Halim atau Fuad.

Perwatakan watak utama dalam novel tersebut ialah Fuad seorang yang murah hati. Buktinya, Fuad memberikan hasil tanaman yang diusahanya, iaitu jagung kepada rakan-rakan guru termasuk Farhana. Fuad juga memberikan hadiah dan membelanjakan Farhana keluar makan sempena ulang tahun kelahiran Farhana.

121

Page 122: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Selain itu, Fuad seorang yang seorang penyayang. Misalnya, Fuad sayang akan Pak Ismail dan Mak Salmah dengan menamakan Pak Ismail sebagai pemilik tanah yang dibeli daripada Awang Sojar. Fuad juga seorang yang penyayang terhadap ibu kandungnya sehingga sanggup mencari kubur ibunya dan saudara mara sebelah ibunya.

Seterusnya, Fuad seorang yang taat akan suruhan dan perintah agama. Sebagai contoh, Fuad sering mengerjakan solat di Danau Seberang dan belajar mengaji Al-Quran dengan Pak ismail . Fuad juga rajin ke surau untuk bersolat berjemaah.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Watak utama dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah Faridah Binti Kamarudin.

Perwatakan watak utama dalam novel tersebut ialah Faridah seorang yang taat akan suruhan dan perintah agama. Faridah taat mengerjakan perintah Tuhan dengan sentiasa menunaikan solat lima waktu dan solat tahajud.

Selain itu, Faridah seorang yang penyayang. Misalnya, Faridah seorang yang sayang kepada kanak-kanak dengan bekerja di sekolah kanak-kanak Sindrom Down. Faridah juga tetap tinggal bersama ibunya, Salmah walaupun selepas dia berkahwin kerana ingin menemani dan menjaga ibunya .

Seterusnya, Faridah seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup. Sebagai contoh, Faridah tabah menghadapi dugaan atas kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat parah paru-paru. Selepas itu, dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali . Faridah juga seorang yang tabah menjalani kehidupan di negara asing.

3. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan persamaan watak utama dengan memberikan contoh yang sesuai. [ 8 markah ]Contoh Jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5. Watak utama dalam novel Melunas Rindu ialah Fuad manakala watak utama dalam novel Kabus di Perbukitan ialah Faridah.

Persamaaan watak utama dalam kedua-dua buah novel ialah kedua-dua watak utama seorang yang tabah. Berdasarkan novel Melunas Rindu,Fuad tabah berusaha mencari

122

Page 123: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau, Raub, Pahang untuk mengesan lokasi kubur arwah ibunya. Di samping itu, dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah tabah menghadapi perpisahan dengan adik kembarnya kerana ibu bapanya bercerai. Sejak peristiwa itu, mereka merindui antara satu sama lain kerana Faridah dipelihara oleh ibu kandungnya, Salmah manakala Rahayu dipelihara oleh bapanya dan ibu tirinya, Hamidah.

Persamaan kedua watak utama dalam kedua-dua buah novel ialah kedua-dua watak utama seorang yang taat pada suruhan agama. Berdasarkan novel Melunas Rindu, sebagai seorang saudara baru, Fuad tekun mendalami agama dan belajar mengaji Al-Quran dengan Pak Ismail. Dia juga sering ke surau berhampiran untuk solat berjemaah dengan penduduk kampung. Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah tetap menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah walaupun telah 25 tahun hidup di New Zealand . Dia menunaikan solat lima waktu, menghantar anak-anaknya, Melina dan Anne mendapatkan pendidikan agama, tidak mengambil makanan yang haram dan sering membaca Yasin.

Akhir sekali, persamaan kedua-dua watak utama dalam novel ialah watak utama sebagai seorang yang prihatin serta mengambil berat. Berdasarkan novel Melunas Rindu, Fuad merupakan seorang yang sangat prihatin dan mengambil mengambil berat. Sebagai contoh, Fuad mengambil berat terhadap anak muridnya yang tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Manakala, dalam novel Kabus di Perbukitan pula Faridah sangat prihatin dan bertanggungjawab terhadap kanak-kanak istimewa. Sebagai contoh, Faridah sanggup bekerja sebagai sukarelawan di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjaga kanak-kanak istimewa. Faridah amat meminati tugas tersebut walaupun hanya dibayar elaun yang kecil. Dia berpendapat berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa seperti Iqbal merupakan satu ibadah.

4. Berdasarkan dua novel yang anda kaji, bandingkan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel. [ 8 markah ]

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5. Watak utama dalam novel Melunas Rindu ialah Fuad manakala watak utama dalam novel Kabus di Perbukitan ialah Faridah. Terdapat beberapa perbezaan dan persamaan antara kedua-dua watak dalam novel.

Perbezaan watak utama dalam kedua-dua novel ialah dalam novel Melunas Rindu, watak utamanya seorang lelaki hasil perkahwinan campur antara Robert Lim (Azman) dengan Mariana. Bapanya Robert Lim berbangsa Cina, sementara Mariana pula berbangsa Melayu. Namun begitu, Fuad telah memilih Islam sebagai agama yang dianutinya. Manakala, watak utama novel Kabus di Perbukitan iaitu

123

Page 124: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Faridah seorang perempuan yang benar-benar berbangsa Melayu hasil perkahwinan Salmah dengan Kamarudin. Salmah juga mempunyai saudara kembar yang sangat dirinduinya iaitu, Rahayu yang akhirnya meninggal dunia kerana kanser paru-paru.

Selain itu, persamaaan watak utama dalam kedua-dua buah novel ialah kedua-dua watak utama adalah seorang yang tabah. Berdasarkan novel Melunas Rindu,Fuad tabah berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau, Raub, Pahang untuk mengesan lokasi kubur arwah ibunya. Di samping itu, dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah tabah menghadapi perpisahan dengan adik kembarnya kerana ibu bapanya bercerai. Sejak peristiwa itu, mereka merindui antara satu sama lain kerana Faridah dipelihara oleh ibu kandungnya, Faridah manakala Rahayu dipelihara oleh bapanya dan ibu tirinya, Hamidah.

Selain itu, watak utama dalam kedua-dua buah novel ialah kedua-dua watak utama seorang yang taat pada suruhan agama. Berdasarkan novel Melunas Rindu, sebagai seorang saudara baru, Fuad tekun mendalami agama dan belajar mengaji Al-Quran dengan Pak Ismail. Dia juga sering ke surau berhampiran untuk solat berjemaah dengan penduduk kampung. Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah tetap menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah walaupun telah 25 tahun hidup di New Zealand. Mereka menunaikan solat lima waktu, menghantar anak-anaknya, Melina dan Anne mendapatkan pendidikan agama, tidak mengambil makanan yang haram dan sering membaca Yasin.

5. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan keistimewaan yang dimiliki oleh watak utama.

[ 7 markah ]

Contoh Jawapan:NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Watak utama dalam novel Melunas Rindu ialah Joshua atau Abdul Halim atau juga Fuad.

Keistimewaan pertama Fuad ialah seorang yang gigih dalam mengharungi cabaran hidup. Buktinya, Fuad gigih berusaha mencari pusara ibunya. Fuad telah pergi ke Sungai Ruan untuk mencari pusara ibunya dan bertemu dengan keluarga sebelah ibunya untuk mengesahkan sama ada ibunya masih hidup atau benar-benar telah meninggal dunia.

Keistimewaan lain yang dimiliki Fuad ialah seorang yang membalas jasa terhadap orang yang telah membantunya. Tamsilnya, Fuad telah membeli tanah seluas setengah ekar dan menamakan Pak Ismail sebagai pemiliknya bagi membalas jasa dan pertolongan Pak Ismail yang telah mengajarnya mendalami ajaran Islam dan menjaganya setelah dia menganut agama Islam. Selain itu, Fuad sanggup membiayai yuran persekolahan Ah Soh dan

124

Page 125: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Mei Lin sebagai membalas jasa bapa dan ibu saudaranya yang telah memeliharanya selama ini.

Setererusnya, Fuad mempunyai keistimewaan sebagai seorang saudara baru ( mualaf ) yang taat pada ajaran agama. Sebagai contoh, sebagai seorang saudara baru, Fuad tekun mendalami ilmu agama dan belajar mengaji Al-Quran dengan Pak Ismail. Dia juga sering mengerjakan solat secara berjemaah di surau Danau Seberang.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Watak utama dalam novel Kabus di Perbukitan ialah Faridah Binti Kamarudin.

Keistimewaan pertama Faridah ialah seorang yang mempunyai jati diri yang kukuh sebagai orang Melayu. Sebagai contoh, Faridah tetap pulang semula ke Malaysia setelah 25 tahun menetap di New Zealand bersama keluarganya kerana perasaan rindu yang mendalam terhadap kampung halamannya di Sungai Besar, Selangor. Faridah tetap beragama Islam serta mempertahankan budaya bangsanya dengan sering memakai baju kurung. Faridah juga amat menggemari masakan Melayu, iaitu kari.

Keistimewaan lain yang dimiliki Faridah ialah Faridah seorang yang sangat prihatin akan kanak-kanak istimewa. Tamsilnya, Faridah sanggup bekerja sebagai sukarelawan di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjaga kanak-kanak istimewa. Faridah amat meminati tugas tersebut walaupun hanya dibayar elaun yang kecil. Dia berpendapat bahawa berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa seperti Iqbal dianggap sebagai satu ibadah.

Seterusnya, Faridah mempunyai keistimewaan sebagai seorang yang tabah. Buktinya, Faridah tabah menghadapi perpisahan dengan adik kembarnya, Rahayu kerana ibu bapanya bercerai. Sejak peristiwa itu, mereka sentiasa merindui antara satu sama lain kerana Faridah dipelihara oleh ibu kandungnya, Salmah manakala Rahayu dipelihara oleh bapanya dan ibu tirinya, Hamidah.

6. Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran.

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak tersebut. [ 7 markah ]

125

Page 126: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Contoh Jawapan:NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh watak utama, Fuad dalam novel Melunas Rindu.

Cabaran pertama yang terpaksa dilalui oleh Fuad ialah cabaran sebagai saudara baru. Sebagai saudara baru, Fuad gigih mendalami ilmu agama dan belajar mengaji dengan Pak Ismail. Selain itu, Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah walaupun dalam keadaan sibuk. Contohnya, Fuad bergegas ke surau untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah walaupun terlewat pulang kerana mencari kayu api di hutan.

Cabaran kedua yang terpaksa dilalui oleh Fuad ialah cabaran mencari ibu kandungnya. Fuad gigih berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau untuk mengesan pusara ibunya. Dengan bantuan Pak Ngah Lias dan Pak Samsudin, Fuad mendapat petunjuk bahawa ibunya masih hidup kerana pusaranya tidak ditemui sehingga kini. Fuad gigih meneruskan usaha mencari ibu kandungnya walaupun terpaksa meminta bantuan daripada ayahnya, Robert Lim.

Seterusnya, cabaran menghadapi karenah ibu angkatnya, Mak Salmah. Sebagai contoh, Fuad tabah menghadapi sikap Mak Salmah yang membencinya kerana dia dikatakan punca kematian Sofea. Sejak peristiwa itu, Mak Salmah bersikap dingin terhadap Fuad. Mak Salmah enggan makan semeja dengan Fuad walaupun mereka tinggal serumah. Fuad tetap bersabar menghadapi kemarahan Mak Salmah sehinggalah Mak Salmah sedia memaafkannya.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh watak utama, Faridah dalam novel Kabus di Perbukitan.

Cabaran pertama yang terpaksa dilalui oleh Faridah ialah cabaran berpisah dengan ahli keluarga. Buktinya, setelah ibu bapanya bercerai, Faridah terpaksa berpisah dengan adik kembarnya Rahayu. Faridah dipelihara oleh ibu kandungnya, Salmah manakala Rahayu mengikut ayahnya dan ibu tirinya, Hamidah.

Cabaran kedua yang terpaksa dilalui oleh Faridah ialah cabaran menghadapi kehilangan orang tersayang. Faridah kehilangan adik kembarnya, Rahayu akibat penyakit kanser paru-paru. Selang beberapa tahun dia kehilangan ibunya, Salmah akibat terlalu merindui arwah Rahayu. Akhirnya, suaminya, Ghazali turut meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan.

Seterusnya, cabaran hidup seorang diri di bumi asing. Sebagai contoh, setelah kematian Rahayu, ibunya Salmah dan suaminya Ghazali, Faridah meneruskan hidup

126

Page 127: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

bersendirian. Selepas itu, dia membawa diri ke New Zealand kerana mengikuti Kursus ‘Comunitty Services for Disable People’ selama enam bulan. Faridah terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di bumi asing.

7. Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda baca, bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi.

[ 8 markah ]

Contoh jawapan: NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Tidak dinafikan bahawa konflik merupakan perkara yang menarik dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang saya baca, watak utama telah berjaya menyelesaikan konflik yang dihadapinya.

Konflik pertama yang dapat dikesan ialah konflik antara Fuad dengan ibu angkatnya, Mak Salmah. Konflik tersebut berpunca apabila Mak Salmah berasa kecil hati dan tersinggung dengan tindakan Fuad yang menyebabkan dia kehilangan Sofea. Hal ini berlaku apabila Fuad membawa Sofea kembali kepada keluarga kandungnya dan kemudiannya Sofea meninggal dunia. Untuk menyelesaikan konflik tersebut, Fuad sentiasa bersabar dengan tindakan dan layanan Mak Salmah terhadapnya termasuk sentiasa bersikap baik hati serta menghormati Mak Salmah.

Selain itu, Fuad mengalami konflik jiwa apabila jatuh cinta terhadap adik kandungnya sendiri iaitu, Sofea dan Farhana. Apabila Fuad mengetahui bahawa kedua-duanya ialah adik kandungnya,Fuad hanya memendamkan perasaannya tanpa menyatakan kepada pihak lain. Untuk menyelesaikan konflik tersebut, Fuad bersikap sabar dan tidak melakukan tindakan yang salah serta menyerahkan segala-galanya yang berlaku sebagai ketentuan Tuhan.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Tidak dinafikan bahawa konflik merupakan perkara yang menarik dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang saya baca, watak utama telah berjaya menyelesaikan konflik yang dihadapinya.

Konflik pertama yang dapat dikesan ialah konflik jiwa yang dialami oleh Faridah apabila kehilangan orang-orang tersayang yang begitu rapatnya dalam jarak masa yang singkat. Pada awalnya, Faridah kehilangan Rahayu, kembar yang dirinduinya, Kemudiannya, Faridah kehilangan Salmah ibu tersayangnya yang meninggal dunia kerana amat rindu dengan arwah Rahayu dan seterusnya Ghazali suaminya yang mati akibat kemalangan jalan raya. Untuk itu, Faridah membuat keputusan mengikuti kursus yang ditawarkan kepadanya selama enam bulan di New Zealand bagi mengatasi konflik jiwa yang dialaminya.

127

Page 128: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Selain itu, Faridah juga mengalami konflik dengan Melina yang enggan meneruskan pengajiannya setelah gagal pada tahun pertama di University of Canterbury walaupun dipujuk dengan baik oleh Faridah. Konflik antara kedua-duanya berterusan apabila Melina membuat keputusan untuk pergi ke Auckland bagi mendapatkan pekerjaan. Bagi Faridah keputusan tersebut bermakna Melina akan tinggal berjauhan dengan dirinya dan suaminya, Soleh Johnson, namun bagi Melina dia ingin hidup bebas seperti gadis-gadis lain. Melina juga berpendapat bahawa keadaan dirinya di New Zealand adalah berbeza dengan Faridah yang dilahirkan di Malaysia. Faridah akhirnya terpaksa menerima keputusan yang dibuat Melina demi menjaga hati dan hubungan baiknya dengan Melina kerana menyedari sikap Melina yang suka akan kebebasan dalam hidupnya.

8. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.

[ 8 markah ]Contoh jawapan:

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5. Tidak dinafikan bahawa konflik merupakan perkara yang menarik dalam kedua-dua novel tersebut. Berdasarkan kedua-dua novel tersebut watak utama telah berjaya menyelesaikan konflik yang dihadapinya.

Konflik pertama yang dapat dikesan ialah konflik antara Fuad dengan emak angkatnya, Mak Salmah. Konflik tersebut berpunca apabila Mak Salmah berasa kecil hati dan tersinggung dengan tindakan Fuad yang menyebabkan dia kehilangan Sofea apabila Fuad membawa Sofea kembali kepada keluarga asalnya. Untuk menyelesaikan konflik tersebut, Fuad sentiasa bersabar dengan tindakan dan layanan Mak Salmah terhadapnya termasuk sentiasa menghormati Mak Salmah.

Sementara itu, konflik yang dapat dikesan dalam novel kabus di Perbukitan pula ialah konflik jiwa yang dialami oleh Faridah apabila kehilangan orang-orang yang tersayang yang begitu rapatnya dalam jarak yang singkat. Pada awalnya, Faridah kehilangan Rahayu, kembar yang dirinduinya, Kemudiannya, Faridah kehilangan Salmah ibu tersayangnya yang meninggal dunia kerana rindu yang amat sangat dengan Rahayu, dan seterusnya Ghazali suaminya yang mati akibat kemalangan jalan raya. Untuk menyelesaikan konflik tersebut, Faridah mengikuti kursus yang ditawarkan kepadanya selama enam bulan di New Zealand.

9. Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas. [ 7 markah ]

Contoh jawapan:NOVEL MELUNAS RINDU

128

Page 129: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.Tidak dinafikan bahawa ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan.

Dalam novel Melunas Rindu, ketabahan watak utama ialah Fuad tabah berusaha mencari ibu kandungnya, Mariana yang dikatakan telah meninggal dunia tetapi sebenarnya masih hidup. Berkaitan itu juga, Fuad tabah berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau, Raub, Pahang untuk mengesan lokasi kubur arwah ibunya. Usaha yang dilakukan oleh Fuad akhirnya menemui kejayaan apabila beliau telah bertemu dengan ibunya, Salmah yang sakit lelah di Hospital Ampuan Afzan, Kuantan. Pertemuan tersebut juga akhirnya mendedahkan bahawa Fuad dan Farhana merupakan saudara kandung tetapi berlainan bapa.

Selain itu, ketabahan Fuad sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Seri Setia. Fuad tabah mengajar murid-murid tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM. Fuad telah berusaha mencari kaedah pengajaran yang sesuai dan berkesan bagi meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris murid-muridnya. Usaha yang dilakukan oleh Fuad dengan bantuan Farhana akhirnya telah dapat membantu Panitia Bahasa Inggeris menangani masalah penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di Sekolah Menengah Seri Setia apabila mendapati keputusan subjek Bahasa Inggeris semakin meningkat.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Tidak dinafikan bahawa ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan.

Dalam novel Kabus di Perbukitan, ketabahan watak utama, Faridah ialah ketabahan Faridah menghadapi cabaran tinggal di negara asing yang berbeza budaya dan agama. Ketabahan Faridah akhirnya menemui kejayaan apabila beliau tetap mempertahankan agama yang dianutinya selama ini iaitu, sebagai seorang Islam. Faridah juga tetap teguh jati dirinya sebagai seorang yang berbangsa Melayu dengan tidak mengubah namanya serta tetap mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan hariannya.

Selain itu, ketabahan Faridah menghadapi dugaan atas kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat parah paru-paru. Selepas itu, dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali. Ketabahan yang ada pada dirinya untuk meneruskan kehidupannya menyebabkannya menerima tawaran untuk berkursus di New Zealand selama enam bulan. Keputusannya itu akhirnya menyebabkan Faridah menemui kebahagiaan apabila dia menemui jodohnya dengan Soleh Johnson dan dikurniakan dua orang anak kembar iaitu, Anne dan Mellina. Faridah akhirnya telah kembali semula ke Malaysia dan terus menetap di Malaysia bersama suaminya, Soleh Johnson.

129

Page 130: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

10. Pertentangan antara watak banyak terdapat dalam sesebuah novel.

Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak dalam sebuah novel yang anda telah kaji. [ 7 markah ]

Contoh jawapan:NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa pertentangan antara watak yang cuba dipaparkan dalam novel tersebut.

Pertentangan antara watak yang pertama dapat dikesan dalam novel tersebut ialah pertentangan watak utama Fuad dengan ibu angkatnya, Mak Salmah. Pertentangan watak antara Fuad dan Mak Salmah berpunca apabila Mak Salmah berasa kecil hati dan tersinggung dengan tindakan Fuad yang menyebabkan dia kehilangan Sofea apabila Fuad membawa Sofea kembali kepada keluarga kandungnya,

Pertentangan antara watak juga dapat dikesan melalui pertentangan watak Farhana dengan Cikgu Zamani. Dalam novel ini, Farhana amat tidak bersetuju dengan sikap Cikgu Zamani yang sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai guru di Sekolah Menengah Seri Setia yang sering ponteng kelas serta menghabiskan terlalu banyak masa di kantin. Sementara itu, Cikgu Zamani benci dengan Farhana yang begitu komited dengan tugasnya sebagai guru di sekolah tersebut.

Pertentangan watak juga berlaku antara watak Robert Lim dengan bekas isterinya, Mariana yang merupakan ibu kandung Fuad. Setelah tiga bulan berkahwin, Robert Lim telah meninggalkan Mariana tanpa khabar berita. Mariana yang kecewa mengalami tekanan perasaan yang hebat. Setelah melahirkan Fuad, Mariana gila meroyan dan akhirnya Mariana terpaksa mengikut kakak angkatnya berpindah ke Bentong, Pahang kerana kehilangan tempat bergantung.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa pertentangan antara watak yang cuba dipaparkan dalam novel tersebut.

Pertentangan antara watak yang dapat dikesan dalam novel tersebut ialah pertentangan watak utama Faridah dengan anak kesayangannya, Melina. Melina yang gagal dalam pengajiannya pada tahun pertama di University of Canterbury mahu tinggal bersendirian setelah berjaya mendapatkan pekerjaan di Auckland walaupun dipujuk dengan baik oleh Faridah. Bagi Faridah keputusan tersebut bermakna Melina akan tinggal berjauhan dengan dirinya dan suaminya, Soleh Johnson, namun bagi Melina dia ingin hidup bebas seperti gadis-gadis lain.

130

Page 131: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Pertentangan antara watak juga dapat dikesan dengan wujudnya pertentangan watak antara Melina dengan suaminya, Benny. Pertentangan watak antara Melina dengan Benny bermula apabila Benny akhirnya terpengaruh dengan gerakan militan yang diketuai oleh Mohammad Attar. Akibat pertentangan tersebut, Benny akhirnya melarikan diri ke Dubai kerana takut ditangkap oleh pihak berkuasa dan meninggalkan Melina seorang diri di Malaysia.

Pertentangan watak juga berlaku antara watak Ustaz Hassan Syukri dengan Mohammad Attar. Pertentangan antara watak berlaku apabila Mohammad Attar lebih berpegang kepada prinsip keganasan atau militan untuk menghadapi musuhnya, sementara Ustaz Hassan Syukri lebih bersikap sederhana.

11. Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel.

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan satu daripada watak sampingan tersebut. [ 7 markah ]Contoh jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat beberapa watak sampingan dalam novel Melunas Rindu yang berperanan membantu menghidupkan lagi sesebuah novel yang ditulis oleh pengarang. Watak sampingan yang saya pilih ialah Farhana.

Perwatakan Farhana dalam novel Melunas Rindu ialah Farhana seorang yang dedikasi serta komited dengan tugasnya sebagai seorang guru. Buktinya, Farhana dengan kerjasama Fuad, berusaha meningkatkan pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia.

Selain itu, Farhana seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Misalnya, Farhana segera pulang ke Kuantan untuk menziarahi dan menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke Hospitan Ampuan Afzan, Kuantan.

Seterusnya, Farhana seorang berani serta berpendirian tegas. Sebagai contoh, walaupun dia perempuan, Farhana berani berhadapan serta berhujah dengan Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas dan suka mengkritiknya.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Terdapat beberapa watak sampingan dalam

131

Page 132: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

novel Kabus di Perbukitan yang berperanan membantu menghidupkan lagi sesebuah novel yang ditulis oleh pengarang. Watak sampingan yang saya pilih ialah Rahayu iaitu, saudara kembar kepada watak utama Faridah.

Perwatakan Rahayu dalam novel Melunas Rindu ialah Rahayu seorang yang penyayang. Buktinya, walaupun Rahayu tinggal bersama-sama ayah kandungnya, Kamarudin dan ibu tirinya, Hamidah, namun hatinya amat rindu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah kerana amat menyayanginya.

Selain itu, Rahayu seorang yang rajin membantu orang lain. Misalnya, Rahayu rajin memasak dan sering membantu ibunya di dapur sekiranya tiada kuliah.

Seterusnya, Rahayu seorang yang minat membaca untuk meningkatkan pengetahuannnya. Sebagai contoh, Rahayu sering dilihat sering menghabiskan masa di kedai buku dan digelar sebagai ‘ulat buku’ oleh Azrul.

( SOALAN-SOALAN PILIHAN DAN TEKNIK MENJAWAB NOVEL (NILAI-NILAI

MURNI )

1. Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu. [ 7 markah ] Contoh jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang telah saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat banyak nilai murni yang dipaparkan dalam novel tersebut.

Pertama, nilai tanggungjawab. Sebagai contoh, Pak Ismail dan Mak Salmah bertanggungjawab terhadap Fuad. Mereka bimbang akan keselamatan Fuad yang pulang lewat daripada mencari kayu di hutan. Sementara itu, Fuad bersedia memikul tanggungjawab sebagai abang kepada Farhana dan adik-adiknya yang lain dan anak kepada beberapa orang ibu dan bapa saudaranya.

Kedua, nilai taat kepada perintah Tuhan dan ajaran agama. Buktinya, Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar.

Ketiga, nilai kasih sayang. Misalnya,kasih sayang yang wujud antara Fuad atau Joshua dengan keluarga ibu dan bapa saudaranya, walaupun mereka telah berbeza agama dan kepercayaan.

132

Page 133: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Akhir sekali, nilai setiakawan. Buktinya, Fuad membantu kawannya, Borhan dengan menghantar anak Borhan ke klinik kerana demam panas pada suatu malam. Fuad juga telah membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana .

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah . Terdapat banyak nilai murni yang dipaparkan dalam novel tersebut.

Pertama, nilai kasih sayang. Sebagai contoh, akibat terlalu rindu dan sayang akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia, Salmah menderita sehingga menemui ajalnya. Kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.

Kedua, nilai taat kepada perintah Tuhan dan ajaran agama. Buktinya, Faridah taat pada perintah Tuhan dan sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah lama tinggal di New Zealand . Semasa di Cameron Highlands, setiap hari Solleh Johnson menunaikan sembahyang di masjid secara berjemaah.

Ketiga, nilai berkejasama. Misalnya, Soleh Johnsons dan Datuk Azrul bekerjasama membangunkan kawasan tanah tinggi Lojing sebagai pusat pelancongan (agropelancongan). Sementara itu, masyarakat kampung Sungai Besar bergotong-royong dalam majlis perkahwinan Anne dan Zain.

Akhir sekali, nilai cinta kepada alam sekitar. Buktinya, Datuk Azrul digambarkan aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar.

2. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua nilai kemasyarakatan daripada setiap novel tersebut. [ 8 markah ]

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah semasa di Tingkatan 5. Terdapat beberapa nilai kemasyarakatan yang dipaparkan dalam kedua-dua novel tersebut.

Nilai kemasyarakatan pertama yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah memberikan kerjasama kepada individu yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh, Pak Ngah Lias dan Pak Samsudin sanggup melapangkan masa untuk membantu Fuad mencari pusara ibunya sehingga sanggup pergi ke Lembah Klau untuk mengesan pusara ibu Fuad di samping berusaha mencari saudara mara sebelah ibu Fuad.

133

Page 134: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Nilai kemasyarakatan kedua yang terdapat dalam novel tersebut ialah nilai tolong-menolong rakan baik yang mengalami masalah . Buktinya, Fuad membantu kawannya, Borhan dengan menghantar anak Borhan ke klinik kerana deman panas pada suatu malam.

Sementara itu, nilai kemasyarakatan pertama yang terdapat dalam novel Kabus di Perbukitan ialah nilai kerjasama membantu masyarakat yang ditimpa musibah. Sebagai contoh, operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan Operasi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (OPS PDK) melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.

Nilai kemasyarakatan kedua yang terdapat dalam novel tersebut ialah melalui aktiviti gotong-royong yang dijalankan. Sebagai tamsilnya, masyarakat kampung Sungai Besar bergotong-royong bagi menjayakan majlis perkahwinan Anne dan Zain.

3. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.

[ 8 markah ]Contoh jawapan:

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5. Terdapat beberapa perbandingan nilai kemanusiaan yang boleh dibuat berdasarkan dua buah novel yang telah saya kaji itu.

Pertama perbandingan nilai kegigihan. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad gigih berusaha mencari kubur ibu kandungnya yang disangka telah meninggal dunia sehingga membawa kepada penemuan dengan ibunya di Hospital Ampuan Afzan, Kuantan. Manakala, dalam novel Kabus Di Perbukitan, Azrul, gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya sehingga berjaya.

Selain itu, perbandingan nilai kasih sayang. Dalam novel Melunas Rindu, Mariana sering merindui anaknya Fuad yang telah dilarikan sejak kecil. Fuad juga menyayangi ibunya, Mariana, keluarga angkatnya Mak Salmah dan Pak Ismail. Begitu juga nilai kasih sayang yang dapat dilihat pada watak Mak Salmah dan Pak Ismail terhadap dua orang anak angkat mereka, iaitu Sofea dan Fuad. Di samping itu, dalam novel Kabus Di Perbukitan, Rahayu amat merindui kakak kembarnya, Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu.

Seterusnya, perbandingan nilai ketabahan. Dalam novel Melunas Rindu, Swee Lan tabah membesarkan anak-anaknya, memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah suaminya, Peter Lim terlantar sakit. Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat

134

Page 135: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

kematian orang-orang yang disayanginya iaitu, adik kembarnya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali.

Akhir sekali, perbandingan nilai bertanggungjawab. Dalam novel Melunas Rindu, Cikgu Abas, Cikgu Farhana dan Fuad bertanggungjawab memikul tugas sebagai pendidik di Sekolah Menengah Seri Setia. Mereka bertanggungjawab mendidik anak-anak murid supaya berjaya dalam pelajaran. Manakala, Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Salmah bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga anak-anaknya.

4. Nilai setiakawan sering dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua nilai setiakawan dalam sebuah novel yang anda pelajari. [ 7 markah ]

Contoh jawapan:NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat beberapa nilai setiakawan yang cuba dipaparkan dalam novel tersebut.

Dalam novel Melunas Rindu, nilai setiakawan yang pertama dapat dikesan melalui watak utamanya, Fuad yang ikhlas serta suka membantu sahabatnya yang berada dalam keadaan kesusahan. Sebagai contoh, Fuad membantu Borhan menghantar anaknya yang demam panas untuk mendapatkan rawatan di Kuala Terengganu walaupun hari sudah lewat malam. Sebelum itu, Fuad sanggup menanggung perbelanjaan perkahwinan Borhan dan Masnah sebagai tanda persahabatan mereka.

Selain itu, nilai setiakawan juga dapat dilihat melalui sikap Fuad yang sentiasa membantu Farhana melakukan pelbagai aktiviti sekolah demi meningkatkan pencapaian murid di sekolah khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Sementara itu, sebagai kawan, Fuad membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Terdapat beberapa nilai setiakawan yang cuba dipaparkan dalam novel tersebut.

Dalam novel Kabus di Perbukitan nilai setiakawan yang pertama dapat dikesan melalui watak Buyung sanggup membantu rakannya, Kamarudin yang tidak berputus asa mencari anaknya, Faridah yang hilang di dalam hutan

135

Page 136: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

walaupun ramai pihak yang telah gagal menemuinya. Akhirnya mereka berjaya menemui Faridah bersama anak muridnya, Iqbal.

Selain itu, nilai setiakawan juga dapat dilihat melalui sikap Soleh Johnsons dan Datuk Azrul yang bekerjasama membangunkan kawasan tanah tinggi Lojing sebagai pusat pelancongan (agropelancongan). Sebagai kawan dan juga rakan kongsi, mereka saling bekerjasama dan bertanggungjawab memajukan perniagaan mereka.

5. Huraikan tiga nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda kaji. [ 7 markah ] Contoh jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang telah saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.

Nilai kasih sayang pertama yang diungkapkan dalam novel ini ialah kasih sayang yang wujud antara Fuad atau Joshua atau Abdul Halim dengan keluarga ibu dan bapa saudaranya iaitu Peter Lim dan Swee Lan. Walaupun mereka telah berbeza agama dan kepercayaan tetapi hubungan mereka tetap baik. Fuad sering mengunjungi mereka dan bersedia membayarkan yuran persekolahan anak-anak Peter Lim dan Swee Lan.

Kedua, nilai kasih sayang seorang anak terhadap ibu dan bapa angkatnya . Fuad sangat menyayangi Mak Salmah dan Pak Ismail . Buktinya, Fuad sanggup membelikan tanah daripada Awang Sojar dan ditukarmilikkan kepada Pak Ismail. Akibat, kasih sayang yang mendalam, Fuad turut membawa ibu dan bapa angkatnya menunaikan umrah.

Ketiga, nilai kasih sayang seorang anak terhadap ibu kandung. Buktinya, Farhana segera pulang ke Kuantan setelah mengetahui ibunya dimasukkan ke hospital kerana sakit lelah. Farhana sanggup tidur di hospital untuk menjaga ibunya.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji ialah Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah.

Nilai kasih sayang pertama yang diungkapkan dalam novel ini ialah kasih sayang antara ibu dan anak. Sebagai contoh, Faridah yang begitu menyayangi kedua-dua anaknya. Faridah sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan dan didikan agama untuk anak-anaknya, Anne dan Melina.

Kedua, nilai kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya yang hilang. Disebabkan kasih sayang yang mendalam, Kamarudin tidak berputus asa mencari anaknya, Faridah yang hilang di dalam hutan walaupun ramai pihak yang telah gagal

136

Page 137: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

menemuinya. Dia akhirnya berjaya menemui Faridah dan Iqbal dengan bantuan rakannya, Buyung,

Ketiga, nilai kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah selepas takut ditangkap oleh pihak Interpol kerana terlibat dengan pihak militan.

6. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu contoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel. [ 8 markah ]

Contoh jawapan:

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu di Tingkatan 4 dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5.

Melalui novel Melunas Rindu, nilai kasih sayang diungkapkan melalui kasih sayang seorang anak terhadap ibu dan bapa angkatnya. Fuad sangat menyayangi Mak Salmah dan Pak Ismail. Buktinya, Fuad sanggup membelikan tanah daripada Awang Sojar dan ditukarmilikkan kepada Pak Ismail. Akibat, kasih sayang yang mendalam, Fuad turut membawa ibu dan bapa angkatnya menunaikan umrah.

Sementara itu, nilai kasih sayang yang diungkapkan dalam novel Kabus di Perbukitan ialah kasih sayang antara anak dan ibu kandungnya sendiri. Sebagai contoh, Faridah yang begitu menyayangi kedua-dua anaknya. Faridah sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan dan didikan agama untuk anak-anaknya, Anne dan Melina.

7. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel. [ 8 markah ]

Contoh jawapan:

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu di Tingkatan 4 dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5.

Satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam novel Melunas Rindu ialah keberanian Farhana menegur Cikgu Zamani yang sering ponteng mengajar kelas tambahan walaupun Cikgu Zamani lebih tua dan lebih berpengalaman daripadanya. Peristiwa ini jelas menunjukkan nilai keberanian dalam menegur perbuatan rakan sekerja yang tidak menjalankan tugas dengan baik dan amanah.

137

Page 138: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Sementara itu, berdasarkan novel Kabus di Perbukitan nilai keberanian dapat dibuktikan melalui peristiwa Faridah yang berani merebut peluang untuk berkursus di New Zealand seorang diri dan seterusnya menetap di sana selama 25 tahun setelah berkahwin dengan Soleh Johnson. Peristiwa ini jelas menunjukkan nilai keberanian menjalani kehidupan seorang diri di bumi asing tanpa saudara terdekat.

8. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang memaparkan nilai kegigihan dalam novel tersebut.

[ 7 markah ]Contoh jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Terdapat pelbagai peristiwa yang memaparkan nilai kegigihan dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.

Pertama, nilai kegigihan seorang anak mencari ibu kandung yang telah disangka telah meninggal dunia. Sebagai contohnya, Fuad gigih berusaha mencari kubur ibu kandungnya yang disangka telah meninggal dunia dengan pergi ke Sungai Ruan dan Lembah Klau untuk mencari pusara ibunya dan saudara-saudara sebelah ibunya.

Selain itu, nilai kegigihan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Misalnya, kegigihan Swee Lan mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga demi membesarkan anak-anaknya yang masih bersekolah setelah suaminya, Peter Lim yang sakit tenat.

Seterusnya, nilai kegigihan menambat kembali hati seorang ibu angkat yang merajuk. Buktinya, Fuad gigih berusaha untuk mengambil hati Mak Salmah yang sangat membencinya ekoran tindakan Fuad melarikan Sofea untuk diserahkan kepada bapa kandungnya, Robert Lim.

Akhir sekali, nilai kegigihan mendidik anak-anak bangsa. Tamsilnya, Cikgu Farhana, seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia, gigih mendidik anak-anak muridnya supaya berjaya dalam pelajaran mereka. Sementara itu, Fuad (guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia) turut gigih mengadakan kelas tambahan sehingga lewat petang kepada murid-muridnya dalam usaha memastikan anak-anak muridnya berjaya dalam pelajaran.

NOVEL KABUS DI BERBUKITAN

Terdapat pelbagai peristiwa yang memaparkan nilai kegigihan dalam novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid bin Hamzah.

138

Page 139: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Pertama, nilai kegigihan untuk mencapai kemajuan dalam kerjaya yang diceburinya. Sebagai contohnya, Azrul atau Datuk Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.

Selain itu, nilai kegigihan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Misalnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anaknya Faridah, setelah Kamarudin meninggalkan mereka.

Seterusnya, nilai kegigihan mencari mangsa kemalangan yang hilang. Buktinya, kegigihan pihak polis, Bomba dan Penyelamat, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor yang berusaha mencari Faridah dan Iqbal yang hilang selepas van yang mereka naiki terbabas dan terhumban ke dalam gaung. Selepas pihak polis gagal menemui mereka, Mejar (B) Kamarudin (bapa Faridah) dengan bantuan Buyong gigih meneruskan usaha mencari Faridah dan Iqbal sehingga berjaya menemui mereka di perkampungan Orang Asli.

Akhir sekali, nilai kegigihan mengamalkan adat, budaya dan ajaran agama Islam walaupun berada di negara asing. Tamsilnya, Faridah walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zealand dan berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris (Soleh Johnsons), tetap gigih mengamalkan adat dan budaya Melayu serta ajaran agama Islam dalam kehidupan mereka sekeluarga.

9. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan nilai kekeluargaan dalam kedua-dua buah novel tersebut.

[ 8 markah ]Contoh jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Terdapat beberapa nilai kekeluargaan dalam kedua-dua buah novel yang telah saya kaji iaitu, novel Melunas Rindu di Tingkatan 4 dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5.

Antara nilai kekeluargaan dalam novel Melunas Rindu ialah nilai kekeluargaan yang erat antara ahli keluarga Mak Salmah dan Pak Ismail. Mereka mempunyai hubungan yang akrab dengan anak-anak angkat mereka, iaitu Sofea dan Fuad. Mak Salmah dan Pak Ismail sangat sayang akan anak-anak angkat mereka. Walaupun Fuad pernah melarikan Sofea, Mak Salmah boleh memaafkan Fuad dan menerimanya kembali menyebabkan hubungan kekeluargaan mereka kembali pulih.

Selain itu, nilai kekeluargaan yang erat dalam keluarga Swee Lan dan Peter Lim turut dipaparkan dalam novel ini. Mereka sangat menyayangi anak-anak mereka. Sementara itu hubungan mereka dengan Fuad juga baik. Fuad dianggap seperti anak kandung sendiri walaupun Fuad hanya anak saudara mereka. Swee Lan (isteri Peter Lim) mengambil alih tugas memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga apabila Peter Lim terlantar sakit.

139

Page 140: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Nilai kekeluargaan juga turut diungkap oleh pengarang dalam novel Kabus Di Perbukitan. Antara nilai kekeluargaan yang terdapat novel ini ialah nilai kekeluargaan yang erat dalam keluarga. Faridah mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya sehingga dia tidak sanggup berpindah meninggalkan ibunya apabila dia berkahwin dengan Ghazali. Faridah juga mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anaknya, Melina dan Anne. Faridah sentiasa memenuhi permintaan anak-anaknya terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya.

Selain itu, nilai kekeluargaan yang erat dalam keluarga Datuk Azrul turut diungkapkan oleh pengarang dalam novel ini. Datuk Azrul mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan isterinya, Datin Aisyah. Mereka merupakan pasangan suami isteri yang hidup bahagia. Datuk Azrul juga mempunyai hubungan yang rapat dengan anaknya, Zain. Dalam masa yang sama juga Zain, anak Datuk Azrul juga mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan ayahnya. Buktinya, dia ingin menyampaikan sendiri hasratnya untuk mengahwini Anne.

SOALAN-SOALAN PILIHAN DAN TEKNIK MENJAWAB NOVEL (PERSOALAN )

1. Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu. [ 8

markah ]

2. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [ 8 markah ]

Contoh Jawapan ( Soalan 1 dan Soalan 2):

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang telah saya kaji semasa di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat pelbagai persoalan yang telah diungkapkan oleh pengarang dalam novel ini.

Persoalan pertama yang diungkapkan oleh pengarang ialah persoalan tanggungjawab terhadap keluarga. Sebagai contoh, Pak Ismail dan Mak Salmah bertanggungjawab terhadap Fuad. Mereka bimbang akan keselamatan Fuad yang pulang lewat semasa mencari kayu di hutan.

Persoalan kedua ialah persoalan taat kepada perintah Tuhan dan ajaran agama. Misalnya, Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar.

Selain itu, persoalan memberikan pertolongan kepada yang memerlukan. Buktinya, Fuad membantu kawannya, Borhan dengan menghantar anak Borhan ke

140

Page 141: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

klinik kerana demam pada suatu malam. Fuad juga membantu Farhana menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana.

Seterusnya, persoalan sikap mengenang dan membalas budi. Sebagai contoh, Fuad berusaha membalas kebaikan Pak ismail dan Mak Salmah terhadapnya dengan membelikan sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail dan Mak Salmah . Di samping itu, Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya, sebagai membalas budi bapa saudaranya, Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji semasa di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah.

Persoalan pertama yang diungkapkan oleh pengarang ialah persoalan menerima ketentuan Ilahi. Sebagai contoh, Azrul menerima ketentuan Tuhan apabila orang yang disayanginya, iaitu Rahayu meninggal dunia kerana penyakit kanser paru-paru. Faridah pula menerima ketentuan Ilahi apabila orang yang disayanginya iaitu, Rahayu, ibunya Salmah dan suaminya Ghazali yang meninggal dunia dalam masa yang hampir sama ( berturutan).

Kedua, persoalan kasih sayang terhadap keluarga. Misalnya, disebabkan kasih sayang yang mendalam, Kamarudin tidak berputus asa mencari anaknya, Faridah yang hilang di dalam hutan walaupun ramai pihak yang telah gagal menemuinya. Kamarudin akhirnya berjaya menemui Salmah dan Iqbal dengan bantuan rakannya, Buyung. Kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.

Selain itu, persoalan ketaatan kepada perintah Tuhan. Buktinya, Faridah taat pada perintah Tuhan dan sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah lama tinggal di New Zealand .

Akhir sekali, persoalan sikap berdikari golongan siswazah. Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

3. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu persoalan daripada setiap novel tersebut. [ 8 markah ]

Contoh jawapan:

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5.

141

Page 142: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Satu persoalan yang diungkapkan dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah ialah persoalan sikap mengenang dan membalas budi. Sebagai contoh, Fuad berusaha membalas kebaikan Pak Ismail dan Mak Salmah terhadapnya dengan membelikan sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail dan Mak Salmah. Di samping itu, Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya, sebagai membalas budi bapa saudaranya, Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini.

Sementara itu, satu persoalan yang diungkap oleh pengarang dalam novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah ialah persoalan kasih sayang terhadap keluarga. Misalnya, disebabkan kasih sayang yang mendalam, Kamarudin tidak berputus asa mencari anaknya, Faridah yang hilang di dalam hutan walaupun ramai pihak yang telah gagal menemuinya. Kamarudin akhirnya berjaya menemui Faridah dan Iqbal dengan bantuan rakannya, Buyung. Kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak pulang ke rumah.

4. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan persoalan kasih sayang daripada setiap novel. [ 8 markah ]

Contoh Jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU & KABUS DI PERBUKITAN

Persoalan kasih sayang merupakan satu daripada beberapa persoalan lain yang diketengahkan oleh pengarang melalui novel Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan yang saya telah kaji.

Kedua-dua novel mengemukakan persoalan kasih sayang terhadap ibu kandung yang melahirkan. Melalui novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, Fuad amat merindui ibunya yang telah lama terpisah. Dia sanggup mencari kubur ibu kandungnya. Setelah dia mengetahui ibunya masih hidup, dia meneruskan pencarian dan segera menjejakinya. Manakala melalui novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah, Faridah sangat sayang akan ibunya. Buktinya dia sanggup menjaga ibunya dan tidak berpindah mengikut suaminya, apabila Ghazali diarahkan bertugas di Kelang.

Selain itu, terdapat persoalan kasih sayang terhadap ahli keluarga. Berdasarkan novel Melunas Rindu, Mak Salmah dan Pak Ismail sangat menyayangi Sofea walaupun Sofea cuma anak angkat kepada mereka. Kematian Sofea begitu terkesan di hati Mak Salmah dan Pak Ismail dan mereka masih tidak dapat melupakan Sofea. Dalam novel Kabus di Perbukitan pula, Kamarudin tidak berputus asa mencari anaknya, Faridah yang hilang di dalam hutan walaupun ramai pihak yang telah gagal menemuinya. Kamarudin akhirnya berjaya menemui Faridah dan Iqbal dengan bantuan rakannya, Buyung,

142

Page 143: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Seterusnya, persoalan kasih sayang terhadap adik beradik yang telah lama terpisah. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad sangat menyayangi Sofea dan Farhana walaupun kedua-dua mereka adalah saudara kandungnya yang berlainan bapa. Manakala dalam novel Kabus di Perbukitan, dipaparkan kasih sayang terhadap saudara kembar Buktinya, Faridah sangat sayang pada Rahayu, adik kembarnya yang terpisah. Kekuatan kasih sayang itu menyebabkan Faridah seolah-olah dapat berhubung secara bawah sedar dengan Rahayu ketika Faridah berada dalam keadaan koma.

5. Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

Buktikan pernyataan tersebut. [ 7 markah ]

Contoh Jawapan:NOVEL MELUNAS RINDU

Kegigihan sememangnya merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang saya telah pelajari.

Dalam novel Melunas Rindu persoalan kegigihan dapat dilihat melalui watak utamanya Fuad atau Joshua atau Abdul Halim. Pertama, kegigihan Fuad berusaha mencari ibu kandungnya Mariana, yang dikatakan telah meninggal dunia tetapi sebenarnya masih hidup. Fuad gigih berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau, Raub, Pahang untuk mengesan lokasi kubur arwah ibunya.

Selain itu, kegigihan Fuad menjalani kehidupan sebagai saudara baru dalam Islam. Fuad rajin bersolat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di masjid serta mendalami ilmu agama dengan Pak Ismail. Tanpa kegigihan diri yang ada pada Fuad sukar baginya mendalami agama Islam dengan sebaik-baiknya.

Seterusnya, kegigihan Fuad sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Seri Setia yang mengajar murid-murid tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM. Fuad gigih mendidik murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia. Sebagai bukti, Fuad berusaha mencari kaedah pengajaran yang sesuai kepada murid-muridnya.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Kegigihan sememangnya merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah yang saya telah pelajari.

Dalam novel Kabus di Perbukitan persoalan kegigihan dapat dilihat melalui watak utamanya Faridah . Pertama kegigihan Faridah gigih menghadapi cabaran

143

Page 144: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

tinggal di negara asing yang berbeza budaya dan agama. Walaupun tinggal selama 25 tahun di New Zealand, Faridah tetap beragama Islam dan mengekalkan budaya Melayu dalam kehidupannya.

Selain itu, kegigihan Faridah semasa bekerja di pusat penyembelihan sebelum berkahwin dengan Soleh Johsons turut dipaparkan dalam novel ini. Dengan kegigihan yang ada pada Faridah, dia akhirnya berjaya dalam hidupnya apabila bertemu jodoh dengan Soleh Johnson dan dikurniakan dua orang anak iaitu, Melina dan Anne.

Seterusnya, kegigihan lain yang cuba diungkapkan ialah kegigihan Faridah menjadi tenaga pengajar bagi kanak-kanak pendidikan khas contohnya Iqbal yang mengalami sindrom down. Sesungguhnya, sifat gigih perlu ada pada seseorang yang ingin menjadi tenaga pengajar di pusat jagaan kanak-kanak pendidikan khas kerana perlu melayani pelbagai karenah mereka.

6. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan persoalan tanggungjawab bagi setiap novel.

[ 8 markah ]Contoh jawapan:

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu di Tingkatan 4 dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5. Terdapat beberapa persoalan tanggungjawab yang telah diungkapkan dalam setiap novel tersebut.

Persoalan pertama dalam novel Melunas Rindu ialah persoalan tanggungjawab sebagai seorang guru atau pendidik. Sebagai contoh, Fuad tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh dedikasi walaupun beliau hanya seorang guru sementara.

Selain itu, persoalan tanggungjawab terhadap ahli keluarga sendiri. Buktinya, Farhana segera pulang ke rumahnya di Kuantan, Pahang untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia sanggup tidur di hospital semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit.

Persoalan tanggungjawab juga turut dipaparkan dalam novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Buktinya, melalui sikap tanggungjawabnya sebagai bapa, Kamarudin tidak berputus asa mencari anaknya, Faridah yang hilang di dalam hutan walaupun ramai pihak yang telah gagal menemuinya. Kamarudin akhirnya berjaya menemui Faridah dengan bantuan rakannya, Buyung.

Selain itu, persoalan tanggungjawab dalam memulihara alam sekitar dariapada tercemar oleh aktiviti pembalakan. Sebaai contoh, Datuk Azrul

144

Page 145: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

digambarkan seorang yang bertanggungjawab kerana aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar.

7. Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup jelas dipaparkan oleh pengarang.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan peristiwa yang mengandungi persoalan tersebut. [ 8 markah ]

Contoh jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup jelas dipaparkan oleh pengarang dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang saya telah pelajari.

Peristiwa pertama yang memaparkan persoalan tersebut ialah, ketabahan Fuad yang sanggup kembali ke rumah Peter Lim di Sungai Ruan dan kemudian ke Lembah Klau, Raub, Pahang untuk mencari pusara dan saudara-saudara sebelah ibunya. Peristiwa tersebut benar-benar menggambarkan ketabahan Fuad. Fuad terpaksa menemui pelbagai pihak dan masalah tertentu untuk mengesan pusara ibunya itu.

Peristiwa kedua yang memaparkan persoalan ketabahan ialah ketabahan Fuad melayan karenah Mak Salmah yang tidak melayannya dengan baik setelah Fuad menyebabkan dirinya terpisah dengan Sofea. Fuad tetap cuba mengambil hati Mak Salmah dengan membantu mencarikan kayu api dan dan menyapanya setiap kali bertemu walaupun tahu Mak Salmah membencinya. Walau apapun yang dilakukan oleh Mak Salmah terhadapnya, Fuad tetap tabah menghadapi keadaan tersebut.

Peristiwa seterusnya ialah peristiwa semasa mengetahui bahawa gadis yang dicintai selama ini iaitu, Farhana merupakan saudara kandungnya sendiri . Dalam hal ini Fuad tabah dan tidak bertindak melulu kerana tahu akan batas agama bahawa saudara kandung amat dilarangberkahwin.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup jelas dipaparkan oleh pengarang dalam novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah yang saya telah pelajari.

Peristiwa pertama yang memaparkan persoalan tersebut ialah Faridah tetap tabah walaupun mengalami nasib malang yang bertimpa-timpa terhadap dirinya. Sebagai contoh, setelah pemergian Rahayu, ibunya Salmah pula meninggal dunia sesudah sekian lama

145

Page 146: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

menderita masalah kesihatan. Suaminya, Ghazali pula meninggal tidak lama selepas itu setelah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya.

Peristiwa kedua yang memaparkan persoalan ketabahan ialah peristiwa Rahayu yang begitu tabah menghadapi penyakit kanser. Walaupun terpaksa menerima rawatan kimoterapi yang menyakitkan Rahayu tetap tabah menghadapinya.

Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Melina tabah menghadapi berita kehilangan Benny. Melina telah memandu seorang diri ke Cameron Highland untuk berjumpa keluarganya walaupun sedang sarat mengandung.

8. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah. [ 7 markah ]Contoh jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah . Terdapat beberapa peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah dalam novel tersebut.

Peristiwa pertama yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah ialah peristiwa Fuad yang teguh mengamalkan ajaran Islam demi menjaga maruahnya sebagai saudara baru. Sebagai contoh, Fuad akan mengerjakan solat terlebih dahulu apabila masuk sahaja waktu solat. Beliau juga sering solat berjemaah dan mendalami ilmu agama melalui bapa angkatnya, Pak Ismail.

Peristiwa lain yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah ialah peristiwa Robert Lim yang meninggalkan Mariana tanpa khabar berita selepas tiga bulan berkahwin. Tindakan tersebut menjatuhkan maruah Robert Lim yang bersikap tidak bertanggungjawab terhadap isterinya, Mariana. Robert Lim kemudiannya keluar daripada agama Islam. Peristiwa tersebut juga menyebabkan maruah diri Mariana turut musnah. Mariana yang kecewa mengalami tekanan perasaan yang hebat. Setelah melahirkan Fuad, Mariana didapati gila meroyan.

Selain itu, peristiwa lain yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah ialah perhubungan antara Farhana dengan Fuad. Sebagai wanita, Farhana tetap menjaga maruah dirinya dengan menjaga batasan pergaulannya dengan Fuad, walaupun dalam diam dia amat menyayangi dan mencintai Fuad.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

146

Page 147: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah dalam novel tersebut.

Peristiwa pertama yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah ialah peristiwa Melina dan Benny yang minum arak semasa mereka kali pertama bertemu. Tindakan kedua-dua watak yang meminum arak bukan sahaja telah menjatuhkan maruah diri mereka tetapi juga merendahkan Islam di mata masyarakat lain.

Peristiwa lain yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah ialah peristiwa Mejar Kamaruddin yang berfoya-foya dengan rakannya di kelab malam semasa zaman mudanya . Peristiwa tersebut juga boleh mencemarkan nama baik dan maruah Islam kepada masyarakat yang bukan beragama Islam.

Selain itu, peristiwa lain yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah ialah sikap Faridah yang sanggup mempertahankan jati dirinya sebagai seorang Islam dan sebagai seorang Melayu walaupun telah tinggal selama 25 tahun di New Zealand. Sebagai contoh, Faridah tetap mengekalkan nama Melayunya, mengamalkan ajaran agama Islam dan menggemari budaya serta cara hidup Melayu.

SOALAN-SOALAN PILIHAN DAN TEKNIK MENJAWAB NOVEL (PENGAJARAN )

1. Huraikan empat pengajaran daripada novel yang anda pelajari itu. [ 8 markah ]

2. Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda telah kaji. [ 7 markah ]

3. Sesebuah novel dapat memberikan pengajaran kepada para pembaca.

Huraikan dua pengajaran yang dapat anda peroleh melalui sebuah novel yang telah anda kaji. [ 8

markah ]Contoh jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Pelbagai pengajaran dapat diperoleh melalui novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang telah saya pelajari;

Pengajaran pertama yang dapat diambil melalui novel Melunas Rindu ialah kita hendaklah bersikap bertanggungjawab terhadap ahli keluarga. Sebagai contoh, Pak Ismail dan Mak Salmah bertanggungjawab terhadap Fuad. Mereka bimbang akan keselamatan Fuad yang pulang lewat daripada mencari kayu di hutan.

147

Page 148: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Selain itu, kita mestilah sentiasa taat kepada Tuhan dan ajaran agama. Tamsilnya, Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar.

Seterusnya, kita haruslah memberikan pertolongan kepada yang memerlukan. Buktinya, Fuad membantu kawannya, Borhan dengan menghantar anak Borhan ke klinik kerana demam pada suatu malam. Fuad juga, membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana.

Akhir sekali, kita hendaklah bersikap mengenang dan membalas budi atas pertolongan orang lain. Sebagai contoh, Fuad berusaha membalas kebaikan Pak Ismail dan Mak Salmah terhadapnya dengan membelikan sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad juga sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya, Mei Lin dan Ah Soh sebagai membalas budi bapa saudaranya, Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Pelbagai pengajaran dapat diperoleh melalui novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah yang telah saya pelajari.

Pengajaran pertama yang dapat diambil melalui novel Melunas Rindu ialah kita mestilah menerima ketentuan Ilahi. Sebagai contoh, Azrul menerima ketentuan Ilahi apabila orang yang disayanginya, iaitu Rahayu meninggal dunia kerana penyakit kanser. Faridah pula menerima ketentuan Ilahi apabila orang yang disayanginya iaitu, Rahayu, ibunya Salmah dan suaminya Ghazali meninggal dunia dalam masa yang hampir sama ( berturutan).

Selain itu, kita mestilah sentiasa taat kepada Tuhan dan ajaran agama. Buktinya, Faridah taat pada agama dan sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah lama tinggal di New Zealand. Faridah mementingkan pendidikan agama kepada anak-anaknya, seusia 6 tahun anaknya telah dihantar belajar agama.

Seterusnya, kita haruslah mengekal jati diri bangsa walaupun di mana kita berada. Tamsilnya, Faridah tetap menjaga jati dirinya sebagai seorang Melayu dan beragama islam walaupun tidak kembali ke tanah air selama 25 tahun.

Akhir sekali, kita mestilah menjaga alam sekitar agar tidak rosak atau tercemar. Sebagai contoh, Datuk Azrul menyertai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pemuliharaan alam sekitar. Soleh Johnsons pula amat mementingkan pemeliharaan keindahan alam semula jadi dalam melaksanakan pembangungan tanah tinggi Loijing.

4. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji,berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam setiap novel. [ 8 markah ]

148

Page 149: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Contoh jawapan:

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu di Tingkatan 4 dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5. Terdapat pelbagai pengajaran dapat diperoleh melalui novel kedua-dua buah novel tersebut.

Pengajaran pertama yang dapat diambil melalui novel Melunas Rindu ialah kita hendaklah bersikap bertanggungjawab terhadap ahli keluarga. Sebagai contoh, Pak Ismail dan Mak Salmah bertanggungjawab terhadap Fuad. Mereka bimbang akan keselamatan Fuad yang pulang lewat daripada mencari kayu di hutan.

Selain itu, kita mestilah sentiasa taat kepada Tuhan dan ajaran agama. Tamsilnya, Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar.

Seterusnya, kita haruslah memberikan pertolongan kepada yang memerlukan. Buktinya, Fuad membantu kawannya, Borhan dengan menghantar anak Borhan ke klinik kerana deman pada suatu malam. Fuad juga, membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana.

Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan pula pengajaran pertama yang dapat diambil ialah kita mestilah menerima ketentuan Ilahi. Sebagai contoh, Faridah menerima ketentuan Ilahi apabila oarng yang disayanginya iaitu, Rahayu, ibunya Salmah dan suaminya Ghazali meninggal dunia dalam masa yang hampir sama ( berturutan).

Selain itu, kita mestilah sentiasa taat kepada Tuhan dan ajaran agama. Buktinya, Faridah taat pada agama dan sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah lama tinggal di New Zealand.

Seterusnya, kita haruslah mengekal jati diri bangsa walaupun di mana kita berada. Tamsilnya, Faridah tetap menjaga jati dirinya sebagai seorang Melayu dan beragama Islam walaupun tidak kembali ke tanah air selama 25 tahun.

5. Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya.

Jelaskan tiga peristiwa yang dapat anda teladani berdasarkan novel yang anda pelajari. [ 8 markah ]

Contoh jawapan:NOVEL MELUNAS RINDU

149

Page 150: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Banyak peristiwa yang memberikan teladan kepada saya melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novel Melunas Rindu yang saya telah pelajari.

Antara peristiwa yang dapat diteladani berdasarkan novel Melunas Rindu ialah peristiwa Fuad yang tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagai saudara baru ( muslim ) dengan rajin solat berjemaah serta tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam keadaan bermusafir. Peristiwa ini perlu saya teladani kerana sebagai muslim, kita hendaklah mentaati perintah Tuhan dan tidak mengabaikan ajaran agama walau dalam keadaan apa sekalipun.

Peristiwa kedua yang boleh saya teladani ialah peristiwa Fuad telah membantu rakannya Borhan dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik walaupun hari telah larut malam. Peristiwa ini perlu saya teladani kerana sebagai manusia kita hendaklah saling membantu sesama insan apabila mereka memerlukan pertolongan.

Peristiwa ketiga yang dapat diteladani ialah peristiwa Fuad yang begitu tabah menghadapi kemarahan Mak Salmah dan penduduk kampung. Peristiwa ini perlu saya teladani kerana sebagai manusia, kita hendaklah tabah menghadapi hidup yang penuh cabaran dan dugaan yang hebat.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang saya kaji ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Banyak peristiwa yang memberikan teladan kepada saya melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novel Kabus di Perbukitan yang saya telah pelajari.

Antara peristiwa yang dapat diteladani berdasarkan novel Kabus di Perbukitan ialah peristiwa Salmah yang sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anaknya, Faridah setelah Kamarudin meninggalkan mereka. Peristiwa ini perlu saya teladani kerana walaupun Salmah ibu tunggal, dia tetap bertanggungjawab menjaga anaknya walaupun hidupnya susah setelah ditinggalkan suaminya.

Peristiwa kedua yang dapat diteladani ialah peristiwa Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik ke tanah air. Peristiwa ini perlu saya teladani kerana walaupun Faridah telah menetap selama 25 tahun di bumi Kiwi ( New Zealand ), dia tetap memperlihat jati dirinya dengan tidak melupakan budaya bangsa, sebagai seorang Melayu.

Peristiwa ketiga yang dapat saya teladani ialah peristiwa Azrul yang bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya dipersetujui oleh bapanya . Peristiwa ini perlu saya teladani kerana bagi seseorang yang mempunyai pelajaran yang tinggi kita janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja makan gaji sahaja tetapi mestilah melatih diri berdikari untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.

150

Page 151: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

6. Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca. [ 7 markah ]Contoh Jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Berdasarkan novel Melunas Rindu yang telah saya kaji, sebab-sebab novel tersebut boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca ialah watak utamanya Fuad, digambarkan begitu patuh kepada ajaran dan suruhan agama yang baharu dianutinya iaitu, Islam. Melalui sikap Fuad itu timbul kesedaran kepada pembaca bahawa semua manusia yang beragama wajib mematuhi dan mengikuti suruhan agama yang dianutinya.

Selain itu, kesedaran juga timbul melalui sikap tabah Fuad mencari pusara ibunya. Keinginan mencari pusara ibunya, mengetahui asal usul dirinya, dan menjejaki keluarga sebelah ibunya menimbulkan kesedaran kepada pembaca akan kepentingan ibu dalam kehidupan seseorang. Pembaca akan sedar bahawa tanpa kehadiran ibu tersayang kehidupan seseorang kurang bermakna walaupun mempunyai kedudukan dan harta yang banyak.

Seterusnya, kesedaran juga timbul melalui kerajinan Fuad mengusahakan tanah yang dibelinya daripada Awang Sojar dengan mengusahakan tanaman jagung. Terbukti bahawa sekiranya kita berbudi kepada tanah, kita akan menikmati hasilnya malahan berkemungkinan dapat menambah hasil pendapatan kita. Sebagai contoh, pada suatu hari semasa waktu rehat Fuad telah memberikanhasil jagung yang ditanamnya kepada guru-guru di Sekolah Menengah Seri Setia termasuk Farhana.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan yang telah saya kaji, sebab-sebab novel tersebut boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca ialah watak utamanya Faridah mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun hidupnya senang dan sudah 25 tahun di New Zealand, Faridah sanggup pulang ke Malaysia. Selain terlalu rindu akan kampung halamannya, dia juga tidak mahu anak-anak dan cucu-cucunya nanti tidak tahu susur galur keturunannya. Sikap Faridah ini akan menimbulkan kesedaran

151

Page 152: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

pembaca bahawa sejauh manapun kita merantau untuk mencari rezeki tetapi negara sendiri tidak seharusnya dilupakan.

Selain itu, kesedaran juga timbul melalui sikap Faridah yang cekal dan tabah. Faridah tabah menghadapi dugaan apabila adik kembar kesayangannya, Rahayu meninggal dunia akibat parah paru-paru. Selepas itu, dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali. Faridah juga tabah menjalani kehidupan di negara asing. Ketabahan Faridah menghadapi masalah dan dugaan dalam kehidupannya menimbulkan kesedaran kepada pembaca bahawa sebesar manapun masalah dan halangan yang dihadapi, kita harus meneruskan kehidupan dan tidak boleh mudah patah semangat.

Seterusnya, kesedaran dalam kalangan pembaca akan wujud melalui peristiwa Datuk Azrul yang berjaya dalam bidang pertanian selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM). Datuk Azrul mengusahakan kegiatan penternakan untuk membekalkan sumber makanan dan seterusnya membantu ekonomi negara. Melalui watak Datuk Azrul, pembaca sedar bahawa lepasan universiti tidak semestinya bergantung kepada makan gaji tetapi boleh berjaya dengan usaha sendiri. Jelas bahawa selain memperoleh pendapatan yang lumayan, Datuk Azrul juga telah membantu pekebun-pekebun kecil serta membantu para petani memasarkan hasil pertanian mereka.

SOALAN-SOALAN PILIHAN DAN TEKNIK MENJAWAB NOVEL (LATAR MASA )

1. Bandingkan latar masa yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji. . [ 8 markah ]

2. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu latar masa dalam setiap novel.

[ 8 markah ]

PANDUAN : Gunakan maklumat berikut untuk menjawab soalan berkaitan latar masa.

NOVEL LATAR CONTOH PERISTIWA

MR

Zaman Pada zaman sekarang, iaitu berlangsung dalam jangka waktu lebih kurang setahun, bermula pada bulan Disember ketika Fuad mengambil angin di Pantai Buruk dan berakhir ketika Fuad membawa emaknya Mariana, Pak Ismail, Mak Salmah ke Mekah pada cuti persekolahan akhir tahun.

Pagi Fuad sampai di Sekolah Menengah Seri Setia pada pukul tujuh lima belas pagi untuk melaporkan diri dan memulakan tugasnya sebagai guru sandaran.

152

Page 153: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Petang Fuad mengajak Farhana keluar dan makan pada hari ulang tahun Farhana pada waktu petang.

Malam Fuad ke rumah Borhan setelah didapati Borhan tidak mengerjakan solat Isyak di surau dan mendapati anak Borhan sakit lalu menghantarnya ke klinik.

KDP

Zaman Merangkumi latar masa dua generasi, iaitu bermula dengan Faridah terlibat dalam kemalangan semasa menuruni Bukit Fraser dalam perjalanan ke Raub kemudian melibatkan generasi anak-anaknya yang kembali ke Malaysia walaupun dilahirkan dan dibesarkan di New Zealand.

Pagi Kamarudin memberitahu kepada isterinya, Hamidah bahawa kembar Rahayu, iaitu Faridah mengalami kemalangan dan hilang di Bukit Fraser.

Petang Gerakan mencari dan meyelamatkan Faridah dihentikan pada waktu petang kerana tidak berjaya menemui Faridah dan Iqbal walaupun van yang mereka naiki telah dijumpai.

Malam Mejar (B) Kamaruddin bermalam di hutan bersama-sama Buyung dalam usaha mengesan anaknya Faridah di Bukit Kutu.

Contoh Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah.

Kedua-dua novel berlaku pada zaman yang berbeza. Novel Melunas Rindu berlaku pada zaman sekarang, iaitu berlangsung dalam jangka waktu lebih kurang setahun , bermula pada bulan Disember ketika Fuad mengambil angin di Pantai Buruk dan berakhir ketika Fuad membawa emaknya Mariana, Pak Ismail, Mak Salmah ke Mekah pada cuti persekolahan akhir tahun, manakala novel Kabus di Perbukitan merangkumi latar masa dua generasi, iaitu bermula dengan Faridah terlibat dalam kemalangan semasa menuruni Bukit Fraser dalam perjalanan ke Raub kemudian melibatkan generasi anak-anaknya yang kembali ke Malaysia walaupun dilahirkan dan dibesarkan di New Zealand.

Peristiwa dalam kedua-dua novel ini juga berlaku pada waktu pagi. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad sampai di Sekolah Menengah Seri Setia pada pukul tujuh lima belas pagi untuk melaporkan diri dan memulakan tugasnya sebagai guru sandaran. manakala dalam novel Kabus di Perbukitan, Kamarudin memberitahu kepada isterinya, Hamidah bahawa kembar Rahayu, iaitu Faridah mengalami kemalangan dan hilang di Bukit Fraser.

Selain itu, peristiwa juga berlaku pada waktu petang. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad mengajak Farhana keluar dan makan pada hari ulang tahun Farhana pada waktu petang, sementara dalam novel Kabus di Perbukitan, gerakan mencari dan menyelamatkan Faridah dihentikan pada waktu petang kerana tidak berjaya menemui Faridah dan Iqbal walaupun van yang mereka naiki telah dijumpai.

153

Page 154: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Peristiwa juga berlaku, pada waktu malam. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad ke rumah Borhan setelah didapati Borhan tidak mengerjakan solat Isyak di surau dan mendapati anak Borhan sakit lalu menghantarnya ke klinik, manakala dalam novel Kabus di Perbukitan, Mejar (B) Kamaruddin bermalam di hutan bersama-sama Buyung dalam usaha mengesan anaknya Faridah di Bukit Kutu.

3. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan perbandingan latar masa yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut. [ 8 markah ]

PANDUAN : Gunakan maklumat berikut untuk menjawab soalan berkaitan perbezaan dan persamaan latar masa.

Perbezaan latar masa

BIL NOVEL MELUNAS RINDU NOVEL KABUS DI PERBUKITAN1. Tahun 1969.

Ketika itu berlaku pergaduhan antara kaum menyebabkan sukar untuk Mariana mencari anaknya yang dilarikan.

Tahun 1980. Sepasang pelancong British

hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di Kuala Kubu Baharu ke Bukit Fraser.

Tahun 1989. PKM meletakkan senjata di

Hatyai.

Persamaan latar masa

BIL NOVEL MELUNAS RINDU NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

1. Waktu pagi. Sebelum subuh apabila

Fuad dan Farhana bertolak ke Terengganu dari Kuantan untuk ke Sekolah Menengah Seri Setia.

Fuad keluar pada awal pagi untuk melaporkan diri sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia.

Pada waktu pagi, semasa Fuad memandu ke sekolah. Hari cuti persekolahan Fuad mengambil

Waktu pagi. Jam 6.00 pagi, Rahayu terjaga

dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akan tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pada pagi itu.

Jam 8.00 pagi, Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Asrul.

Pada waktu pagi, sejam selepas Kamarudin meninggalkan rumah untuk mencari Faridah, Hamidah menerima panggilan yang memaklumkan Rahayu pengsan dan telah dihantar ke Hospital

154

Page 155: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

kesempatan pulang ke Sungai Ruan untuk menemui Peter Lim dan Swee Lan.

UKM. Hamidah dimaklumkan oleh Dr. Susan, kemungkinan Rahayu menghidap barah paru-paru.

2. Waktu petang. Fuad mengajar bahasa

Inggeris sehingga lewat petang selama dua hingga tiga jam selepas tamat sesi persekolahan.

Fuad pulang dari hutan mencari kayu api.

Fuad mengerjakan solat Asar di rumah Farhana di Kuantan sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Ruan.

Waktu petang. Jam 3.30 petang, pihak Polis

menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari Faridah dan Iqbal selama dua minggu menemui kegagalan.

Waktu petang, sebelum majlis perkahwinan Benny dan Melina, Zain berkenalan dengan Anne.

Jam 2.00 petang, Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia.

3. Waktu malam. Fuad menghantar anak

Borhan yang demam panas ke klinik.

Semasa jemaah surau sedang menunaikan solat Isyak.

Fuad ke rumah Cikgu Zamani untuk menghadiri kenduri. Rupa-rupanya Cikgu Zamani mengajak Fuad ke rumahnya untuk memujuk Fuad menyertai parti politik.

Waktu malam. Pak Imam Sohod mengetuai

kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohon kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat kemalangan.

Contoh Jawapan:

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5. Terdapat beberapa perbandingan latar masa yang boleh dibuat berdasarkan kedua-dua novel tersebut sama ada dari segi persamaan dan perbezaannya.

Perbezaan latar masa yang terdapat dalam kedua-dua buah novel ialah dari segi jarak masa. Peristiwa yang berlaku dalam novel Melunas Rindu ada yang berlaku dalam sekitar tahun 1969. Ketika itu berlaku pergaduhan antara kaum menyebabkan sukar untuk Mariana mencari anaknya yang dilarikan. Manakala, dalam novel Kabus di Perbukitan ialah latar masa pada sekitar tahun 1980. Pada masa

155

Page 156: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

itu didapati, sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di Kuala Kubu Baharu ke Bukit Fraser.

Terdapat juga persamaan latar masa dalam kedua-dua buah novel. Dalam kedua-dua novel banyak peristiwa berlaku pada waktu siang, misalnya pada waktu pagi. Sebagai contoh, dalam novel Melunas Rindu, Fuad keluar pada awal pagi, untuk melaporkan diri sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan pada waktu pagi, sejam selepas Kamarudin meninggalkan rumah untuk mencari Faridah, Hamidah menerima panggilan yang memaklumkan Rahayu pengsan dan telah dihantar ke Hospital UKM. Hamidah dimaklumkan oleh Dr. Susan, kemungkinan Rahayu menghidap barah paru-paru.

Seterusnya, terdapat juga latar masa pada waktu malam yang digunakan oleh kedua-dua pengarang dalam novel mereka. Dalam novel Melunas Rindu, pada waktu malam Fuad menghantar anak Borhan yang demam panas ke klinik. Manakala, dalam novel Kabus di Perbukitan, pada waktu malam Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohon kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat kemalangan.

SOALAN-SOALAN PILIHAN DAN TEKNIK MENJAWAB NOVEL (LATAR TEMPAT )

1. Huraikan empat latar tempat berdasarkan novel yang telah anda pelajari. [ 8 markah ]

2. Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu.

[ 8 markah ]

PANDUAN : Gunakan maklumat berikut untuk menjawab soalan berkaitan latar tempat.

BIL NOVEL MELUNAS RINDU NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

1. Latar dalam novel ini adalah kawasan di sekitar Kuala Terengganu (Terengganu), Kuantan (Pahang), dan beberapa kawasan lain di negeri Pahang.

Latar tempat dalam novel ini adalah kawasan atau tempat di dalam dan di luar negara.

2. Danau Seberang, Terengganu.o Rumah Pak Ismail dan Mak

Salmah.o Fuad dan Sofia tinggal di

rumah tersebut sebagai anak

Sungai Besar.o Kampung halaman Faridah. Dia

dibesarkan oleh ibunya, Salmah setelah ibunya berpisah dengan bapanya Mejar (B) Kamaruddin

156

Page 157: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

angkat kepada Pak Ismail dan mak Salmah.

dan Faridah akhirnya kembali ke Sungai Besar setelah 25 tahun menetap di New Zealand.

3. Sekolah Menengah Seri Setia.o tempat Fuad bekerja sebagai

guru sandaran.Cikgu Abas, Cikgu Zamani juga menjadi guru di sekolah ini.

Jalan ke Pekan Raub.o tempat Faridah memulakan

perjalanan ke Raub dan peristiwa yang berlaku dalam perjalanan apabila dia terkejut apabila anak muridnya Iqbal berada di dalam van tersebut, dan vannya terbabas jatuh ke dalam gaung dan dia tidak sedarkan dirinya.

4. Persisiran Pantai Batu Buruk.o Tempat Fuad melayan

perasaannya sendiri dan teringat akan kisah silamnya sambil menikmati keindahan alam pada waktu petang.

Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser.

o Faridah dan Mastura membawa murid ‘Sindrom Down’ seramai 10 orang ke Bukit Fraser.

5. Klinik Ihsan di Bandar Kuala Terengganu.

o Fuad menyewa kereta untuk membawa anak Borhan mendapatkan rawatan di klinik itu.

Smoke House.o Rumah Tuan Cecil Renking

yang wujud dalam halusinasi Faridah yang koma selepas terlibat denga kemalangan jalan raya.

6. Restoran Terapung di Taman Syahbandar.

o Tempat Fuad dan Farhana singgah makan untuk meraikan hari lahir Farhana.

Perpustakaan di UPM.o Rahayu dan Azrul belajar dan

mencari maklumat di perpustakaan.

7. Kawasan Perumahan Taman Mas, Kuantan.

o Fuad menghantar Farhana ke sini, iaitu rumah ibu Farhana.

Kafeteria di UPM.o tempat Azrul dan Rahayu

bersarapan.

8. Sungai Ruan (Raub, Pahang)o Tempat tinggal Peter Lim dan

Swee Lan sekeluarga.o Fuad juga pernah tinggal

bersama mereka yang dianggap sebagai anak sendiri.

Hospital UKMo Tempat Rahayu menerima

rawatan Kimoterapi kerana menghidap penyakit kanser paru-paru. Azrul tetap setia menunggunya ketika dirawat.

9. Lembah Klau (Raub, Pahang). Lapangan Terbang Antarabangsa

157

Page 158: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

o Mariana dan Pak Seman tinggal di sini sebelum Mariana mengikut kakak angkatnya berpindah.

Kuala Lumpur (KLIA).o Benny dan Melina tiba di

KLIA untuk bekerja di Malaysia.

10. Kampung Sedili, Kuala Lipis. o Fuad mencari pusara ibunya yang

disangkanya meninggal dunia.

Christchurch.o tempat tinggal Faridah semasa

di New Zealand dan dia tinggal di Rosewood di luar bandar Christchurch yang sangat indah pemandangannya.

11. Hospital Tengku Ampuan Afzan.o Tempat ibu Fuad

/Farhana , iaitu Mariana terlantar sakit dan dirawat kerana penyakit lelah.

Marang, Terengganu.o tempat Melina menetap di

sebuah banglo mengadap laut dan Melina sangat suka akan tempat itu, malah senang bergaul dengan masyarakat setempat walaupun dia dilahirkan di New Zealand.

12. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

o Fuad membawa ibunya, (Mariana) Pak Ismail dan Mak Salmah untuk menaiki pesawat ke Mekah bagi menunaikan Umrah.

Cameron Highland.o Soleh Johnsons membeli

sebuah rumah dan tinggal bersama-sama Faridah.

1. Huraikan empat latar tempat berdasarkan novel yang telah anda pelajari. [ 8 markah ]Contoh jawapan:

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang saya kaji semasa di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat pelbagai latar tempat yang digunakan oleh pengarang dalam mengembangkan plot novel tersebut.

Pada keseluruhannya, latar tempat yang digunakan dalam novel Melunas Rindu adalah kawasan di sekitar Kuala Terengganu (Terengganu), Kuantan (Pahang), dan beberapa kawasan lain di negeri Pahang.

158

Page 159: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Pertama, pengarang menggunakan latar tempat di Danau Seberang, Kuala Terengganu. Di Danau Seberang, terletaknya rumah Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad dan Sofia tinggal di rumah tersebut sebagai anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.

Selain itu, terdapat latar tempat di Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah tersebut, Fuad bekerja sebagai guru sandaran dengan mengajarkan mata pelajaran Bahasa Inggeris . Cikgu Abas, Cikgu Zamani dan Farhana juga menjadi guru di sekolah ini.

Seterusnya, latar tempat di Hospital Ampuan Afzan. Di hospital tersebut, tempat ibu Fuad dan Farhana , iaitu Mariana terlantar sakit dan dirawat kerana penyakit lelah.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang saya kaji semasa di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Terdapat pelbagai latar tempat yang digunakan oleh pengarang dalam mengembangkan plot novel tersebut.

Pada keseluruhannya latar tempat yang digunakan dalam novel Kabus di Perbukitan adalah kawasan atau tempat di dalam negara, iaitu Malaysia dan di luar negara, iaitu di New Zealand.

Pertama, pengarang menggunakan latar tempat di Sungai Besar, Selangor yang merupakan kampung halaman Faridah. Dia dibesarkan oleh ibunya, Salmah setelah ibunya berpisah dengan bapanya Mejar (B) Kamaruddin. Faridah akhirnya kembali ke Malaysia setelah 25 tahun menetap di New Zealand .

Selain itu, terdapat latar tempat di Christchurch, New Zealand. Tempat tersebut juga merupakan tempat tinggal Faridah semasa di New Zealand. Faridah tinggal di Rosewood di luar bandar Christchurch yang sangat indah pemandangannya.

Seterusnya, latar tempat di Kuala Terengganu, Terengganu yang merupakan tempat Melina menetap di sebuah banglo mengadap laut. Melina sangat suka akan tempat itu, malah senang bergaul dengan masyarakat setempat walaupun dia dilahirkan di New Zealand.

159

Page 160: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

2. Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu.

[ 8 markah ]Contoh jawapan:

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5.

Dalam novel Melunas Rindu, sebahagian besarnya pengarang menggunakan latar tempat di Kuala Terengganu , Terengganu. Di Danau Seberang, Kuala Terengganu terletaknya rumah Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad dan Sofia tinggal di rumah tersebut sebagai anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.

Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan pula pengarang lebih banyak menggunakan latar tempat di Sungai Besar , Selangor yang merupakan kampung halaman Faridah . Dia dibesarkan oleh ibunya, Salmah setelah ibunya berpisah dengan bapanya Mejar (B) Kamaruddin. Faridah akhirnya kembali ke Malaysia setelah 25 tahun menetap di New Zealand .

SOALAN-SOALAN PILIHAN DAN TEKNIK MENJAWAB NOVEL (LATAR MASYARAKAT )

1. Huraikan latar masyarakat dalam novel yang telah anda pelajari. [ 8 markah ]

Contoh jawapan:NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang saya kaji semasa di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat pelbagai latar masyarakat yang cuba diungkapkan oleh pengarang dalam novel Melunas Rindu.

Pertama, latar masyarakat pendidik yang berdedikasi terhadap kerjayanya sebagai guru . Sebagai contoh, meskipun cuma menjawat jawatan sebagai guru sandaran, Fuad menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.

Kedua, latar masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum . Sebagai contoh, bapa Fuad, Robert Lim berbangsa Cina manakala ibunya, Mariana berbangsa Melayu.

Ketiga, latar masyarakat yang tahu membalas budi dan jasa. Buktinya, Fuad membalas budi keluarga bapa angkatnya, Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini dengan membayar yuran persekolahan Ah Soh dan Mei Lin.

160

Page 161: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Keempat, latar masyarakat yang sedar akan kesilapan dan berusaha untuk menebusnya kembali. Tamsilnya, Fuad berusaha mengambil hati Mak Salmah kerana sedar akan kesilapannya melarikan Sofea untuk dipulangkan kepada keluarga kandungnya.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang saya kaji semasa di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Muhamad Kholid Bin Hamzah. Terdapat pelbagai latar masyarakat yang cuba diungkapkan oleh pengarang dalam novel Kabus di Perbukitan.

Pertama, latar masyarakat yang berpendidikan tinggi . Sebagai contoh, Rahayu dan Azrul belajar di Universiti Putera Malaysia, manakala Melina dan Anne belajar di University of Canterbury, New Zealand.

Kedua, latar masyarakat yang mengalami perpisahan dengan orang tersayang. Sebagai contoh, Faridah dan Rahayu merupakan saudara kembar yang terpisah akibat perceraian ibu bapa mereka, iaitu Mejar (B) Kamarudin dan Salmah .

Ketiga latar masyarakat Melayu yang berhijrah dan menetap di negara asing. Buktinya, Faridah telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan menetap di New Zealand selama 25 tahun.

Keempat latar masyarakat yang teguh jati dirinya. Tamsilnya, walaupun Faridah lama tinggal di New Zealand tetapi masih mengamalkan budaya Melayu malah mendidik anak-anaknya dengan bahasa pertuturan dan masakan Melayu.

2. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat dalam setiap novel.

[ 8 markah ]Contoh jawapan:

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5.

Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah latar masyarakat yang tahu membalas budi dan jasa. Buktinya, Fuad membalas budi keluarga bapa angkatnya, Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini dengan membayar yuran persekolahan Ah Soh dan Mei Lin.

161

Page 162: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan terdapat latar masyarakat Melayu yang berhijrah dan menetap di negara asing. Buktinya, Faridah telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan menetap di New Zealand selama 25 tahun.

3. Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari. [ 8 markah ]

Contoh jawapan:

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan semasa di Tingkatan 5. Terdapat beberapa persamaan dan perbezaan latar masyarakat yang cuba diungkapkan oleh pengarang dalam kedua-dua buah novel.

Persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah ialah latar masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa . Dalam novel Melunas Rindu terdapat masyarakat yang pelbagai bangsa . Contohnya, Farhana, Mariana berbangsa Melayu manakala Robert Lim, Peter Lim, Swee Lan, Chin pula berbangsa Cina . Manakala, Dalam novel Kabus di Perbukitan juga terdapat masyarakat yang pelbagai bangsa. Contohnya, Faridah, Rahayu berbangsa Melayu manakala Soleh Johnsons berbangsa Inggeris, Benny berketurunan Arab.

Selain itu, terdapat juga perbezaan latar masyarakat dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Dalam novel Melunas Rindu terdapat latar masyarakat Melayu yang baik hati dan bersedia memberikan pertolongan kepada orang lain. Buktinya, Pak Ismail dan Mak Salmah memberikan pelbagai pertolongan kepada Fuad dan Sofea yang juga merupakan anak angkat kepada mereka. Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan pula terdapat latar masyarakat Melayu yang berhijrah dan menetap di negara asing. Buktinya, Faridah telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan menetap di New Zealand selama 25 tahun.

3. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut. [ 8 markah ]

Novel yang saya telah kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Kabus di Perbukitan karya Muhamad Kholid Bin Hamzah.

Persamaan pertama latar masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu dan novel Kabus Di Perbukitan ialah latar masyarakat yang terdiri

162

Page 163: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

daripada pelbagai bangsa. Dalam novel Melunas Rindu terdapat masyarakat yang pelbagai bangsa. Contohnya, Farhana, Mariana berbangsa Melayu manakala Robert Lim, Peter Lim, Swee Lan, Chin pula berbangsa Cina. Di samping itu, Dalam novel Kabus di Perbukitan juga terdapat masyarakat yang pelbagai bangsa. Contohnya, Faridah, Rahayu berbangsa Melayu manakala Soleh Johnsons berbangsa Inggeris, Benny berketurunan Arab.

Selain itu, masyarakat yang mempunyai pelbagai kerjaya. Dalam novel Melunas Rindu, Farhana, Fuad, Cikgu Abas, Cikgu Zamani bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Seri Setia, manakala Robert Lim (bapa kandung Fuad) adalah seorang ahli perniagaan, Peter Lim (adik Robert Lim) pula bekerja sebagai pengawal keselamatan dan penoreh getah. Manakala, dalam novel Kabus Di Perbukitan, Azrul adalah seorang usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan sehingga mendapat anugerah gelaran Datuk. Kamarudin pula ialah bekas tentera yang berpangkat Mejar.

Seterusnya, masyarakat yang mengamalkan ajaran serta cara hidup Islam. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad dan Pak Ismail sering sembahyang berjemaah di surau berdekatan rumah mereka, manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah merupakan seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Rahayu dan ibunya. Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud.

4. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. [ 7 markah ]

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang saya kaji semasa di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa dalam novel tersebut yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.

Kepincangan masyarakat yang dapat dikesan dalam novel Melunas Rindu ialah

melalui peristiwa Cikgu Zamani yang menjemput rakan-rakan guru yang lain termasuk Fuad untuk menghadiri kenduri di rumahnya pada suatu malam. Melalui peristiwa tersebut kepincangan masyarakat berlaku apabila Cikgu Zamani mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan orang lain. Contohnya, Cikgu Zamani yang tidak suka akan sikap Farhana yang lepas laku menasihati Fuad supaya tidak memilih Farhana sebagai isterinya.

Selain itu, peristiwa lain yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat ialah peristiwa Robert Lim yang meninggalkan Mariana tanpa khabar berita selepas tiga bulan berkahwin. Akibatnya, Mariana yang kecewa mengalami tekanan

163

Page 164: Modul Kertas 2

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 SPM Soalan 1 dan Soalan 2

perasaan yang hebat. Setelah melahirkan Fuad, Mariana gila meroyan. Dia akhirnya, mengikut kakak angkatnya berpindah ke Bentong, Pahang kerana hilang tempat bergantung.

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN

Novel yang saya kaji semasa di Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Bin Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa dalam novel tersebut yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.

Kepincangan masyarakat yang dapat dikesan dalam novel Kabus di Perbukitan ialah peristiwa penceraian Mejar (B) Kamaruddin dengan isterinya, Salmah. Penceraian Mejar (B) Kamaruddin dengan Salmah keruntuhan rumah tangga sememangnya sering terjadi dalam masyarakat. Penceraian Mejar (B) Kamaruddin dengan Salmah telah menyebabkan Faridah dan Rahayu berpisah dan mendatangkan kesan buruk kepada Salmah dan Rahayu.

Selain itu, peristiwa lain yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat ialah peristiwa Melina yang masih minum arak walaupun Melina dididik mengikut ajaran islam. Kepincangan masyarakat sedemikian sering berlaku dalam kalangan masyarakat yang longgar pegangan agamanya serta terpengaruh dengan budaya hidup Barat yang mengamalkan gaya hidup bebas.

164