kertas 2 t5

9
KERTAS 2 Masa: 2 Jam 30 Minit Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang langkah- langkah untuk mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan kesan-kesan kemasukan mereka ke negara ini. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melehihi 120 patah perkataan. Jutaan penduduk dari pelbagai negara memasuki negara kita lantaran pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita yang telah meningkatkan keperluan tenaga kerja asing dalam pelbagai bidang. Kehadiran mereka mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin dan rakyat tempatan. Dalam usaha membendung kehadiran PATI, pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara. Pihak polis marin dan tentera laut perlulah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. Pihak polis perlulah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berhubung dengan kemasukan pekerja asing terutamanya yang masuk tanpa izin. Para dalang dan sindiket yang terlibat dalam gejala negatif ini seharusnya ditumpaskan seberapa segera dan dihukum. Tindakan yang tegas diharapkan akan “mendidik”mereka supaya tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan. Oleh sebab bilangan PATI ini ramai dan kedudukan mereka pula bertebaran di seluruh negara, operasi yang kerap perlulah dilakukan oleh pihak berkuasa supaya kecenderungan mereka untuk memasuki negara ini dapat dihapuskan. Para pekerja yang telah diberkas pula perlulah dihantar pulang dengan seberapa segera ke negara asal mereka. Walau bagaimanapun, kejayaan usaha yang dilakukan amat bergantung pada kerjasama dan sokongan masyarakat kita.

Upload: jessy-ling

Post on 17-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kertas

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS 2 t5

KERTAS 2 Masa: 2 Jam 30 Minit

Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah untuk mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan kesan-kesan kemasukan mereka ke negara ini. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melehihi 120 patah perkataan.

Jutaan penduduk dari pelbagai negara memasuki negara kita lantaran pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita yang telah meningkatkan keperluan tenaga kerja asing dalam pelbagai bidang. Kehadiran mereka mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin dan rakyat tempatan.

Dalam usaha membendung kehadiran PATI, pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara. Pihak polis marin dan tentera laut perlulah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. Pihak polis perlulah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berhubung dengan kemasukan pekerja asing terutamanya yang masuk tanpa izin. Para dalang dan sindiket yang terlibat dalam gejala negatif ini seharusnya ditumpaskan seberapa segera dan dihukum. Tindakan yang tegas diharapkan akan “mendidik”mereka supaya tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

Oleh sebab bilangan PATI ini ramai dan kedudukan mereka pula bertebaran di seluruh negara, operasi yang kerap perlulah dilakukan oleh pihak berkuasa supaya kecenderungan mereka untuk memasuki negara ini dapat dihapuskan. Para pekerja yang telah diberkas pula perlulah dihantar pulang dengan seberapa segera ke negara asal mereka. Walau bagaimanapun, kejayaan usaha yang dilakukan amat bergantung pada kerjasama dan sokongan masyarakat kita.

Para majikan yang selama ini gemar menggaji pekerja asing perlulah mengubah sikap mereka. Mereka perlu lebih bertanggungjawab walaupun diakui bahawa pekerja asing sangat rajin bekerja dan sanggup berpanas asalkan memperoleh pekerjaan. Jika terdapat pekerja mereka yang maklumatnya meragukan, para majikan mestilah mengadukan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Para maijikan yang "menyembunyikan” tenaga kerja asing dengan matlamat memperoleh keuntungan lebih, sewajarnya dikenakan hukuman yang berat agar sikap mereka berubah.

Di peringkat serantau pula, kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan negara jiran yang terbabit amat penting untuk membendung masalah ini. Kementerian Luar Negeri perlulah mengadakan rundingan tentang kawalan sempadan dengan rakan serantau agar kemasukan PATI dapat dihalang secara bersama-sama. Melalui rundingan yang diadakan pelantikan ejen-ejen yang sah perlu diusahakan supaya kemasukan pekerja asing ke negara kita dapat dikawal secara efektif.

Sesungguhnya pekerja asing memang diperlukan di negara kita. Baiknya mereka ialah mereka t idak kisah akan pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka. Walau bagainnapun kita perlu sedar bahawa kemasukan mereka secara tidak terkawal boleh memudaratkan negara. Sehubungan dengan itu. langkah yang bijaksana perlu diaplikasikan supaya masalah yang mclanda negara ini

Page 2: KERTAS 2 t5

dapat diatasi sedapat mungkin.

Soalan 2: Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Rumusan. jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kehadiran mereka mencetuskan kebimbangan. [2 markah]

(ii) Apakah nilai positif yang boleh kita contohi daripada pekerja asing? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara kita? [4 markah]

Soalan 2(b) – Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

SABARIAH: Hoi, engkau ni nak pergi parti di mana? Huh!SALMAH: Eh, kakak! Bila kakak balik?SABARIAH: Engkau belum jawab pertanyaan aku lagi. Hendak ke parti mana?SALMAH: Apa ini, kak? Sal belum pun duduk lagi sudah kena seranah. Kalau ya pun sedih bapakita hilang, janganlah nak marah tidak tentu fasal.SABARIAH: Oh... engkau tahu bapa hilang? Aku ingat engkau tidak tahu. Ini, engkau tahusudah berapa hari bapa hilang di laut itu? Baru sekarang teringat hendak balik? sudahlahbegitu, pakaian engkau ini tidak ubah macam orang hendak pergi parti. Aku ini tinggal diLondon, tahu. Kota London! Engkau baru dekat pekan Ipoh. Mengalahkan orang kulit putihdi London. Tak malukah? Pusat terjojol! Telinga bertindik kalahkan langsir tingkap. kenapaengkau ini, Sal?SALMAH: Kakak inikan, tak berubah-ubah dari dulu lagilah. Sal bukan anak-anak kecil lagi. Salahkah pakai pakaian macam ini?SABARIAH: Ini cara engkau hendak hadap mayat bapa? Sudah, engkau tukar pakaian gila kau itu dulu. Kalau tidak engkau pergi balik ke Ipoh. Jangan hendak semakkan lagi otak aku ini.

(Dipetik daripada Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tingkatan 5, halaman 219

Page 3: KERTAS 2 t5

i) Berdasarkan petikan drama, nyatakan dua perkara yang menimbulkan kemarahan Sabariah. [ 2 markah]

ii) Banyak remaja dalam masyarakat kita terpengaruh dengan trend-trend pakaian semasa. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan wujud jika masalah itu dibiarkan berlanjutan? Berikan tiga kesannya. [ 3 markah]

iii) Huraikan satu perwatakan Sabariah berdasarkan petikan drama di atas dan satu perwatakannya yang lain berdasarkan seluruh drama tersebut. [ 4 markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Alkisah maka tersebutlah perkataan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi itu. Pada malam itu tuan puteri duduk dihadap oleh segala dayang-dayang inang pengasuhnya sekalian. Maka scmbah inangnya, "Ya tuanku tuan puteri, patik bermimpi semalam ini tuanku, langit bcrpayung, bulan dipagar bintang rasanya." Maka segala dayang-dayang pun tertawa. Maka sahut Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi, "Kami pun bermimpi juga tidur semalam. Rasanya berselimut bunga dikarang rasanya. Maka baunya pun belum hilang sekarang ini kami cium lekat pada tubuh kami. Inginlah kami hendakkan bunga itu, baunya ada, rupanya tiada." Maka scmbah seorang dayang-dayang, katanya, "Kalau-kalau tuanku hendak bersuami." Maka tuan puteri pun berpaling mukanya seraya tersenyum. Maka ramailah dayang-dayang dan biti-biti perwara bergurau dan bersenda dengan tuan puteri sekalian. Setelah sudah maka kata tuan puteri, "Hai inangda, esok harilah kita pergi ke taman, mandi, berbedak, dan berlangir." Maka segala dayang-dayang perwara pun berbuat bedak dan langir.

(Dipetik daripada Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa danPustaka, Tingkatan 5, halaman 36)

i) Huraikan maksud rangkai kata “Kalau-kalau tuanku hendak bersuami”. [2 markah]

ii) Apakah perkara yang dimimpikan oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi? [3 markah]

iii) Pada pendapat anda, apakah yang wajar dipertimbangkan oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi sebelum baginda mencari lelaki idamannya? [3 markah]

Page 4: KERTAS 2 t5

Soalan 2 (d) – Syair

Baca syair dengan teliti, kemudian jawab soalan –soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR MAKNA RIAK

Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia, Inilah kebencian Tuhan yang sedaya, Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan, Mengiringkan beberapa puasa tak makan, Bertutur itu suara diperlahankan, Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ia wali, Akan dunia tidak peduli, Hemahnya itu sangatlah ali, Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu, Bersurah ketika orang berjamu, Berkata-kata tidaklah jemu, Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik, Bicara alhayat konon diselidik, Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian, Berserban lilit ekor berhambayan, Sejadah di bahu bersampaian, Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila, Lidah berzikir Allah Taala, Terkadang jazbah seperti gila, Kasadnya hendak iadi kepala.

Riak demikian icnjadii balJak,Amal itu tentu dolak,Terkadang dilemarkam kee mukanya pulak,Allah Taala suak.

(Dipetik daripada antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan PustakaPustaka, Tingkatan 5)

i) Nyatakan tiga kelakukan orang yang bersifat riak berdasarkan syair di atas. [2 markah]

ii) Pada pendapat anda, adakah kesan-kesan yang akan timbul seandainya seseorang itu bersifat riak dalam hubungan sosialnya? Nyatakan tiga kesannya. [3 markah]

iii) Huraikan dua nilai murni yang telah anda pelajari daripada syair tersebut. [4 markah]

Page 5: KERTAS 2 t5

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai perihahasa atau nama khas.(i) lalu-lalang(ii) sorak-sorai(iii) bolak-balik(iv) riuh-rendah(v) kusut-masai(vi) gitang-gemilang

[6 markah]

(b) Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Puisi ini saya karang semalam.(ii) Pokok-pokok bunga itu kami tanam.(iii) Kamariah melukis pemandangan pantai pada waktu senja.(iv) Industri automobil telah mengalami penguncupan ketika ini.(v) Penswastaan penjagaan kesihatan membebankan masyarakat miskin.(vi) Rombongan pelancong dari negara Jepun itu mendaki gunung yang tinggi di utara Kedah.

[6 markah]

(c) Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menxcnaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Pulau Kapalai menjadi tumpuan para menyelam scoba yang ingin melihat hidupan marin. Teromba karang di sini agak berbeza jika perbandingan dengan tempat-tempat penyelaman yang lain. Malah para wartawan yang mekhusus dalam bidang selaman skuba mengelaskan pulau ini sebagai salah satu destinasi penyelaman macro yang terbaik di dunia.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap avat. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin axat itu semula.

(i) Pakaian yang kusam itu telah dibasuh oleh orang gaji Puan Habibah kepada pagi tadi.(ii) Sedangkan para seniman masih belum dapat menyelesaikan masalah tersebut. bahkan juga orang yang dangkal pengetahuannya. (iii) Sikap saling musuh-memusuhi dalam kalangan pemimpin korporat perlu dielakkan demi mengekalkan perpaduan kaum.

[6 markah ]

Page 6: KERTAS 2 t5

(e) Berikan maksud perihahasa di bawah ini.(i) Bagai Belanda minta tanah(ii) Biar ular mati, jangan kayu patah(i i i ) Hati gajah sama dilapah. hati kuman sama dicecah

[6 markah ]

Soalan 4 : Novel[ 15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Papa (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Jelaskan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga latar tempat serta contoh peristiwa yang berlaku di situ. [7 markah]

(b) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa berkaitan dengan persoalan ketabahan yang terkandung dalam novel-novel tersebut. [8 markah]