kerja kursus pip2203m-pengenalan kurikulum dan pedagogi pendidikan islam

6
Institut Pendidikan Guru Malaysia Pendidikan Teknik Pentaksiran Kerja Kursus-Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan) Kursus: Pengenalan Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Islam Tempoh: 6 Minggu Tarikh Mula: 2 September 2013 Tarikh Serahan: 27 September 2013 Program: DPLI j-QAF Tahun/Semester: 2013/Semester 2 Kumpulan: DPLI j-QAF BA1 dan BA2 Disediakan oleh: Aleas bin Md Isa Disahkan oleh: Penyelaras Kursus Ketua Jabatan Nama &Tandatangan: Tarikh: 0

Upload: nor-shafira

Post on 29-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kerja Kursus Pip2203m-Pengenalan Kurikulum Dan Pedagogi Pendidikan Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Pip2203m-Pengenalan Kurikulum Dan Pedagogi Pendidikan Islam

Institut Pendidikan Guru Malaysia Pendidikan Teknik

Pentaksiran Kerja Kursus-Projek

(Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Kursus: Pengenalan Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Islam

Tempoh:

6 Minggu

Tarikh Mula:2 September 2013Tarikh Serahan:27 September 2013

Program: DPLI j-QAF Tahun/Semester: 2013/Semester 2

Kumpulan: DPLI j-QAF BA1 dan BA2

Disediakan oleh: Aleas bin Md Isa

Disahkan oleh: Penyelaras Kursus Ketua Jabatan

Nama &Tandatangan:

Tarikh:

0

Page 2: Kerja Kursus Pip2203m-Pengenalan Kurikulum Dan Pedagogi Pendidikan Islam

Spesifikasi Tugasan

TAJUK

TUGASAN WAJARAN CATATAN

1.Pengenalan dan Hala Tuju Pendidikan Islam;

1.4. Hala tuju dan cabaran Pendidikan Islam di Malaysia.

2.Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran;

5.1 Kemahiran-Kemahiran dan Pengajaran Mikro.

1. Esei pendekSistem pendidikan Islam pada zaman awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu dianggap telah mantap dari segi sukatan pelajaran, institusi dan tenaga pengajarnya. Namun dengan kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah merubah corak sistem pendidikan Islam.Buat analisis perkembangan Pendidikan Islam dalam dua zaman berkenaan.

2. Sediakan satu perancangan set induksi yang menarik dan berkesan yang akan dilaksanakan dalam masa 4 atau 5 minit dengan disertakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai

70%

30%

Kriteria penilaian keseluruhan Kandungan Perbincangan kritikal dan

reflektif. Persembahan Organisasi Bahasa Rujukan dan bahan-bahan

sokongan. Tugasan secara individu Tugasan disediakan

dalam bentuk esei. Berusaha mencari bahan

rujukan relevan dan terkini.

Tugasan secara berkumpulan. Setiap kumpulan 2 orang. Tugasan perlu dibuat

secara bersama. Menunjukkan

kesungguhan dan penglibatan penuh dalam menyediakan tugasan

Persembahan yang berkualiti dan menarik.

1

Page 3: Kerja Kursus Pip2203m-Pengenalan Kurikulum Dan Pedagogi Pendidikan Islam

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN PROJEK

TARIKH MULA 2 September 2013 TARIKH HANTAR 25 Oktober 2013

I. Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menghuraikan Falsafah Pendidikan Islam menurut al-Quran,al-Sunnah dan al-Ghazali, Falsafah Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia, sejarah Pendidikan Islam serta hala tuju dan cabaran Pendidikan Islam di Malaysia dan Asia Tenggara.

2. Menganalisis Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR, Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam KSSR, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

3. Menjelaskan konsep strategi, pendedahan, kaedah dan teknik yang berkaitan dengan Pendidikan Islam.

4. Membina rancangan pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran mikro dan makro Pendidikan Islam sekolah rendah mengikut prinsip dan panduan yang betul.

5. Menganalisis konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan penilaian PAFA dalam Pendidikan Islam.

Tugasan ini mengambil kira hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4 .

II. Objektif Kerja KursusPelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut;

1. Menjelas falsafah dan hala tuju pendidikan Islam di negara ini. 2. Menjelas, membanding beza Pendidikan Islam zaman Rasulullah saw, zaman sahabat,

zaman sebelum dan selepas merdeka.3. Menganalisis pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.4. Menyediakan rancangan pengajaran Pendidikan Islam dan Bahan Bantu Mengajar

dengan penggunaan yang optimum dan sesuai.

2

TAJUK PROGRAM: DPLI j-QAF NAMA PELAJAR:

NAMA KURSUS: Pengenalan Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Islam

KOD KURSUS :PIP2203M

SEMESTER: 2(Ambilan Jan 2013)

Page 4: Kerja Kursus Pip2203m-Pengenalan Kurikulum Dan Pedagogi Pendidikan Islam

Tugasan Projek (100%) 1. Pendidikan Islam di Tanah Melayu sebelum penjajahan bermula iaitu sejak zaman

kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15 Masehi. Pendidikan Islam mula berkembang dari rumah imam hinggalah ke pondok-pondok dan selepas itu menjadi madrasah dan akhirnya menjadi sekolah. Sistem pendidikan Islam pada zaman ini dianggap telah mantap dari segi sukatan pelajaran, institusi dan tenaga pengajarnya. Namun dengan kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah berlaku perubahan corak sistem pendidikan Islam tertsebut.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas. Anda diminta membuat analisis perubahan-perubahan yang telah berlaku terhadap sistem pendidikan Islam pada dua zaman berkenaan beserta bukti. (70%)

2. Sediakan satu perancangan set induksi yang menarik dan berkesan yang akan dilaksanakan dalam masa 4 atau 5 minit dengan disertakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai.(30%)

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan esei ini ialah tugasan individu.2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut;

3.1. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.3.2. Font Arial3.3. Saiz huruf – 113.4. Langkau 1.5 baris3.5. Rujukan mengikut format APA ( American Psychological Association)

4. Panjang tugasan adalah antara 2500 hingga 3000 perkataan dan tidak melebihi 15 muka surat( termasuk persembahan visual).

5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.7. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut;

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut;

a) Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas tentang Pendidikan Islam.b) Analisis dikaitkan dengan isu-isu semasa dalam perkembangan pendidikan

Islam pada masa berkenaan.c) Perlu menghuraikan dengan jelas dan dibuktikan dengan sokongan tertentu.

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan melalui penulisan, gambar-gambar dan sebagainya.

4. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.

5. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan( sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet dan bahan-bahan lain.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

3

Page 5: Kerja Kursus Pip2203m-Pengenalan Kurikulum Dan Pedagogi Pendidikan Islam

( ALEAS BIN MD ISA ) ( )Penyelaras Kursus Pendidikan Islam Pakar Bidang (SME)Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pendidikan Islam dan MoralIPGK Pendidikan Teknik IPGK Pendidikan Teknik

Disahkan oleh:

(ILIAS BIN EMBONG)Ketua JabatanJabatan Pendidikan Islam dan MoralIPGK Pendidikan Teknik

4