kerja kursus perkembangan kanak2

9
1.0) Pendahuluan Setiap manusia mengalaimi perubahan dan perkembangan daris aspek fizikal, sosial, kognitif dan semosi sejak dilahirkan sehingga menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.. Konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental. Perkembangan melibatkan perubahan kualitatif yang bermaksud proses perubahan yang dapat diperhatikan tetapi sukar ditentukan dari satu tahap ke satu tahap yang lain seperti penguasaan kemahiran kognitif dan emosi. Dalam tugasan ini telah diberikan satu senario yang melibatkan seorang guru iaitu guru Nadia yang mengajar kelas 1 Rafflesia. Dalam kelas tersebut guru Nadia menghadapi masalah perekambangan anak muridnya. 2.0) Masalah perkembangan fizikal Perkembangan fizikal kanak-kanak merangkumi perubahan pada saiz badan dan kepala, kandungan dalam badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang, kemahiran pergerakan motor kasar dan motor halus. Proses perkembangan fizikal kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif bermaksud perkembangan kanak- kanak boleh diuku rdengan menggunakan gred pengukur seperti meter dan kilogram. Manakala kualilatif pula melibatkan perubahan fizikal yang tidak dapat diukur iaitu peningkatan kemahiran seperti menulis dan melompat (Wong kiet wah, Khairuddin Mohamad & Maridah Alias, 2013). Dalam senario yang diberikan Benny menghadapi masalah dalam perkembangan fizikal. Hal ini dapat dibuktikan apabila Benny mewarna di luar gambar dan mempunyai tulisan yang buruk yang menyebabkan Cikgu Nadia sukar membaca tulisannya. Hal ini demikian kerana, Benny menhadapi masalah dalam teknik memegang pensel dan krayon dengan betul semasa menulis. Selain itu kelemahan dalam motor halus menyebabkan 1

Upload: nurhidayahmostaffa

Post on 02-Dec-2015

251 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Tugasan kursus mengenai subjek EDUP3023 bagi pelajar PISMP

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Perkembangan Kanak2

1.0) Pendahuluan

Setiap manusia mengalaimi perubahan dan perkembangan daris aspek fizikal, sosial,

kognitif dan semosi sejak dilahirkan sehingga menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua..

Konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental. Perkembangan

melibatkan perubahan kualitatif yang bermaksud proses perubahan yang dapat diperhatikan

tetapi sukar ditentukan dari satu tahap ke satu tahap yang lain seperti penguasaan kemahiran

kognitif dan emosi. Dalam tugasan ini telah diberikan satu senario yang melibatkan seorang

guru iaitu guru Nadia yang mengajar kelas 1 Rafflesia. Dalam kelas tersebut guru Nadia

menghadapi masalah perekambangan anak muridnya.

2.0) Masalah perkembangan fizikal

Perkembangan fizikal kanak-kanak merangkumi perubahan pada saiz badan dan

kepala, kandungan dalam badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang, kemahiran pergerakan

motor kasar dan motor halus. Proses perkembangan fizikal kanak-kanak terbahagi kepada dua

iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif bermaksud perkembangan kanak-kanak boleh diuku

rdengan menggunakan gred pengukur seperti meter dan kilogram. Manakala kualilatif pula

melibatkan perubahan fizikal yang tidak dapat diukur iaitu peningkatan kemahiran seperti

menulis dan melompat (Wong kiet wah, Khairuddin Mohamad & Maridah Alias, 2013).

Dalam senario yang diberikan Benny menghadapi masalah dalam perkembangan fizikal.

Hal ini dapat dibuktikan apabila Benny mewarna di luar gambar dan mempunyai tulisan yang

buruk yang menyebabkan Cikgu Nadia sukar membaca tulisannya. Hal ini demikian kerana,

Benny menhadapi masalah dalam teknik memegang pensel dan krayon dengan betul semasa

menulis. Selain itu kelemahan dalam motor halus menyebabkan Benny menghadapi kesukaran

memegang pensel. Menurut Levin, beliau menyatakan bahawa cara memegang alat tulis akan

mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Manakala kelemahan dalam motor

halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel. Kanak-kanak

yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis maka menyebabkan cengkaman pensel

yang tidak kuat (Christy Serini Awang, 2012).Pelajar yang bernama Nathan juga menghadapi

masalah kemahiran fizikal iaitu kemahiran motor kasar. Hal ini dapat dilihat apabila Nathan

yang suka berlari dalam kelas namun sentiasa melanggar perabot atau akan jatuh ke lantai.

Masalah Nathan juga berkait dengan teori kecerdasan kinestetik. Menurut Howard Gardner,

kecerdasan kinestetik melibatkan kemahiran fizikal seperti felksibiliti, kepantasan dan

kesimbangan tubuh badan. Kecerdasan kinestetik dapat dikaitkan dengan pergerakan fizikal

1

Page 2: Kerja Kursus Perkembangan Kanak2

kanak-kanak yang melibatkan otot-otot berfungsi dengan baik. Oleh itu, kecerdasan kinestetik

merupakan salah satu kecerdasan berkaitan pergerakan dan kemahiran fizikal yang boleh

dipelajari dan ditingkatkan ke tahap yang lebih mahir. Kanak-kanak yang mempunyai

kecerdasan kinestetik yang tinggi akan cekap melakukan pergerakan tubuh badan mereka.

Mereka juga cenderung untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan

(Wong Kiet Wah et al., 2013). Namun, bagi Nathan yang mempunyai masalah kinestetik,

Nathan tidak dapat mengawal otot-otot dengan baik menyebabkan Nathan tidak mempunyai

keseimabangan ketika berlari dan sering berlanggar dengan perabot.

2.1) Cadangan penyelesaian masalah

Dalam menyelesaikan masalah pelajar yang mengahadapi masalah perkembangan

motor halus dan motor kasar, guru berperanan untuk membimbing dan menggalakkan

mereka melakukan aktiviti fizikal tersebut agar keyakinan pelajar untuk mencuba

meningkat. Kemudian guru juga perlu menjadi role-model kepada pelajar untuk

menunjukkan pergerakkan fizikal yang betul. Seperti guru perlu mengajar cara

genggaman yang betul dan cara duduk serta kedudukan pensel dan kertas bagi

meningkatakan kemahiran menulis (Julia Mustafa, 2000). Guru juga perlu melibatkan

pelajar dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang, gimnastik untuk

menguatkan otot dan membina pergerakan yang lebih cekap bagi meningkatkan

perkembangan motor kasar.

3.0) Masalah perkembangan kognitif

Perkembangan kognitif merujuk kepada proses perkembangan keupayaan berfikir

menaakul yang berlaku seiringan dengan perkembangan sosioemosi, fizikal dan pengausaan

kemahiran bahasa.Perkembangan kognitif berkait rapat dengan perkembagan bahasa (“Teori

Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak”, 2014). Lima orang pelajar yang duduk

berdekatan dengan Tina mempunyai masalah perkembangan bahasa. Hal ini dapat dibuktikan

apabila mereka mempunyai masalah salah ejaan dalam tugasan yang diberi oleh Cikgu Nadia.

Menurut model tahap perkembangan membaca Chall (1979) menyatakan bahawa pada umur 7-

9 kanak-kanak akan fasih membaca dan mengenali perkataan (Haliza Mamzah & Joy N

Samuel,2008) . Maka lima orang pelajar itu dikategorikan mempunyai masalah perkembangan

bahasa.

Manakala, seorang pelajar yang bernama Revathi turut mengalami perkembangan

kognitif. Hal ini dapat dilihat dalam senario apabila Ravathi sentiasa menegakkan pendirianya

2

Page 3: Kerja Kursus Perkembangan Kanak2

dan tidak menerima pendirian orang lain. Perkembangan kognitif yang dihadapi oleh Ravathi

berkait rapat dengan teori Piaget iaitu pada peringkat praoperasi kanak-kanak yang berumur 2

hingga 7 tahun akan lebih bersifat egosentrik iaitu kanak-kanak masuk belum dapat

membezakan antara pandangan sendiri dengan pandangan orang lain. Kanak-kanak pada

peringkat ini selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif sama

dengan mereka (Wong Kiet Wah et al., 2013).. Jelaslah bahawa, Ravathi mengahadapi

perkembangan kognitif selaras dengan umurnya.

3.1) Cadanagn penyelesaian masalah

Dalam peringkat ini kanak-kanak sukar memahami sesuatu perkara daripada

sudut orang lain. Oleh itu, guru perlu memberi penjelasan tentang nilai atau

nasihat diberikan dalam ayat yang mudah difahami kanak-kanak dan guru harus

mempertimbangkan daripada sudut pandangan kanak-kanak tersebut agar

kanak-kanak memahami dunia di sekitarnya dari sudut berbeza. Dalam

meningkatkan perkembangan bahasa pelajar guru perlu menggunakan startegi

pengajaran dan alat bantu mengajar yang pelbagai. Seperti guru mengajar

penggunaan ejaan yang betul melalui permainan. Hal ini dapat menarik minat

pelajar dalam memahami dan mepelajari ejaan

4.0) Masalah perkembangan sosio-emosi

Perkembangan sosio emosi kanak-kanak ialah proses kanak-kanak membina hubungan

dengan orang-orang yang hamper dengan mereka. Hubungan dengan persekitaran akan

melatih kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain. Dalam senario

diberikan didapati bahawa Julie menghadapi masalah perkembangan sosio-emosi di mana,

Julie merupakan seorang yang mudah terasa, mudah marah dan akan menangis setiap kali

gagal melaksanakan tugas atau ditertawakan apabila memberikan jawapan yang salah malah

Julie akan menjadi semakin pendiam dan enggan mencuba. Masalah yanga dihadapi oleh Julie

berkait rapat dengan teori Erik Erison bahawa dalam peringkat perkembangan sosio emosi

pada umur 6 hingga 12 tahun kanak-kanak akan cuba mempelajari dan meguasai kemahiran-

kemahiran tertentu di alam persekolaha, sekiranya kanak-kanak gagal dalam menguasai

sesuatu kemahiran akan membawa perasaan rendah diri dan tiada keyakinan untuk mencuba

lagi (Wong Kiet Wah et al., 2013). Manakala, bagi pelajar yang bernama Tina juga

mengahadapi masalah perkembangan emosi kendiri di mana dalam senario yang diberikan

Tina merupakan pelajar yang pemalu dan pendiam dan tidak mahu membuat tugasan mahupun

menjawab solan Cikgu Nadia.

3

Page 4: Kerja Kursus Perkembangan Kanak2

4.1) Cadangan penyelesaian masalah

Guru perlu memberikan aktivit-aktiviti yang mencabar tetapi sesuai dengan

kebolehan kanak-kanak. Guru perlu memastikan anak murid mempunyai

kemahiran dan keupayaan yang menculupi untuk melakukan aktiviti tersebut.

Malah guru juga perlu memberi pujian dan penghargaan kepada usaha yang

dilakukan atau kejayaan yang diperolehi walaupun kecil. Malah guru perlu

memberi peluang kepada anak murid untuk berkogsi kejayaan yang mereka

lakukan dan menerima pendapat rakan lain. Guru juga perlu peka dan dapat

mengenalpasti kebolehan kanak-kanak dan jenis kecerdasan mereka. Kemudian

guru perlu mengilap kebolehan kanak-kanak secara berlainan.

5.0) Masalah perkembangan kendiri

Terdapat ciri-ciri personaliti yang berbeza maka ajhli psikologi menggunakan pelbagai

teori dalam memahami sikap personaliti manusia. Dino merupakan pelajar yang menghadapi

masalah perkembangan kendiri di mana, Perlakuan Dino dapat dikaitkan dengan Teori

Psikoanalisis yang diasaskan oleh Sigmund Freud. Menurut Freud terdapat tiga komponen

personaliti iaitu id, ego dan super ego. Id merupakan dorongan fisiologikal yang terletak di

peringkat bawah sedar. Ego mula terbentuk pada tahun pertama kehidupan di mana kanak-

kanak mendapati bahawa tidak semua yang dikenhendaki oleh id dapat dipenuhi dengan

segera. Jika id tidak dapat memenuhi sesuatu keperlua, ego mula wujud untuk mencari cara

yang rasional dalam mengatasi kekecewaan tersebut. Manakala superego merupakan stuktur

personality yang beroperasi atas prinsip kesempuranaan. Superego berfungsi akan mengawal

kehendak ego dan meberi penilaian samaada tingkahlakuyang ditunjuk ego adalah benar atau

salah (Haliza Mamzah & Joy N Samuel,2008). Hal ini berkait dengan Dino apabila id Dino ingin

memiliki krayon Sheila tetapi keinginan itu tidak tercapai menyebabkan ego Dino mula wujud

dan mencari cara untuk mengatasi kekecewaannya dengan mematahkan krayon Sheila. Dino

juga tidak dapat meletakkan superego dalam perkembangan kendirinya kerana Dino tidak

mengeatahui adalah perbuatanya salah atau benar. Maka dapat disumpulkan bahawa Dino

tidak dapat menyeimbangkan id, ego dan superegonya.

4

Page 5: Kerja Kursus Perkembangan Kanak2

5.1) Cadangan penyelesaian masalah

Dalam menyelesaiakn masalah perkembangan kendiri, guru perlu membantu

murid menyedari dan menerima hakikat bahawa membuat kesalahan dan

kegagalan mendapat sesuatu adalah proses pembelajaran. Guru hendaklah

memberi penekanan kepada penerapan nilai murni ketika sesi pemngajaran dan

pembelajar dilakukan. Guru turut perlu mewujudkan perasaan menghargai dan

kerjasama dalam kelas melalui aktiviti kumpulan agar penerapan nilai murni

seperti bertolenransi, bantu-membantu dapat diterapkan dalam diri pelajar

secara lebih berkesan. Malah, guru juga perlu menetapkan peraturan dalam

kelas bagi memperbaiki moral kendiri kanak-kanak.

6.0) Kesimpulan

Kesimpulnya, tahap perkembangan kanak-kanak berbeza disebabkan keplebagaian

dalam persekitaran dan baka sesorang yang merupakan pengaruh yang besar dalam

pekerembangan kanak-kanak. Sebagai guru hendalaklah sentiasa peka dan

menganalisis perkembangan yang dihadapi oleh muridnya agar proses pgajaran dan

pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

7.0) Refleksi

Semasa membuat tugasan ini, saya telah mendapat beberapa perkara yang

penting dan perkara yang perlu saya ketahui. Pertama sekali, melalui tugasan ini saya

dapat membuka minda dan penglihatan saya dengan lebih luas mengenai

perkembangan kanak-kanak. Daripada itu, saya mendapat simpulkan bahawa setiap

pelajar mempunyai perkembangan yang berbeza disebabkan kepelbagain pesekirtaran

dan baka yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu. Oleh itu, pelbagai cara

dan teori yang diperkenalkan oleh para tokoh ilmuan dalam menangani dan

menyelesaikan perkembangan fizikal.

Akhir sekali, harapan saya adalah apabila saya telah mendapat kerjaya sebagai

seorang guru saya perlu menaplikasikan ilmu perkembangan kanak-kanak ketika

mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran saya dapat dilakukan secara

berkesan dan lanacar.

(1,501 patah perkataan)

5

Page 6: Kerja Kursus Perkembangan Kanak2

8.0) Rujukan

Christy Serini Awang,(2012), Ada apa dengan tulisan, Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan

PISMP KG (BM)amb. Januari 2009, Seminar Penyelidakan Tindakan IPG KBL Tahun

2012, ms 230-245

Haliza Mamzah & Joy N Samuel,(2008) Perkembangan kanak-kanak: untuk Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Julia Mustafa (2002), Kebolehan Metakognitif di Kalanagan Pelajar Tingkatan Empat dalam

Penulisan Karangan. Kertas Projek Yang Dikemukakan Kepada Fakulti Pendidikna,

Universiti Malaya. Diakses dari http://studentsrepo.um.edu.my/2450/2/BAB_1.pdf

,

“Teori Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak”, (2014), Portal Edu SGO Kementerian

Pendidikan Malaysia, Diakses dari, http://www.sistemguruonline.my/2014/11/teori-

perkembangan-fizikal-dan-kognitif.html

Wong kiet wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Rashinawati Abd Rashid & Azlina

Ahmad, (2013), Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Oxfard Fajar Sdn. Bhd.

9.0) Lampiran

6